The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bombakualamuda, 2023-08-16 20:43:29

ALAT PERNAFASAN

ALAT PERNAFASAN (BA)

95 MUSHROOMING (PEMBENTUKAN SEPERTI CENDAWAN) Apabila berlaku kebakaran, asap akan terbentuk dan tahap kepanasan makin meningkat. Berhampiran dengan kawasan kebakaran terdapat gumpalan asap yang menyerbu ke atas dan kawasan-kawasan lapang berkaitan di dalam petak-petak di mana kebakaran tersebut berlaku. Asap tersebut akan naik ke atas secara menegak atau separuh menegak sehingga ia mencecah siling atau bumbung. lanya akan tersebar ke merata tempat dan ini dipanggil mushrooming dan ianya menyebabkan kemusnahan yang besar sekiranya api yang sedang marak itu tidak boleh dikawal atau dipadam. TANDA-TANDA LAIN Jika asap tidak dapat digunakan untuk mengesan api, terdapat tanda-tanda lain yang boleh digunakan 1. Suhu akan meningkat di tempat kebakaran berlaku (punca api) apabila ia semakin hampir, tetapi ia akan menjadi lebih sejuk sekiranya terdapat angin sejuk. 2. Bunyi hasil daripada kebakaran adalah jelas. Cara terbaik adalah dengan menghampiri rapat ke arah lantai atau papan di bahagian bawah dinding. 3. Merasa atau menyentuh benda yang diperbuat daripada kayu dengan belakang tangan untuk merasai kepanasan api. 4. Cat-cat yang terkopak dan tampalan dinding atau lantai yang berubah warna. MENCARI DAN MENGENALPASTI LOKASI MANGSA Gerak kerja mencari mangsa mestilah mengikut prosedur dan cara yang bersistematik dan tepat seperti yang diarahkan oleh Pegawai Bertugas, bagi memastikan keseluruhan kawasan telah ditinjau dan diselidiki. Perkara-perkara berikut hendaklah dikuti apabila kerja-kerja mencari mangsa dilakukan. 1. Mendapatkan maklumat berkaitan sebanyak yang boleh:- i. Lokasi mangsa ii. Bagaimana untuk sampai ke sana iii. Jumlah mangsa


96 2. Mencari di kawasan yang berisiko tinggi, dan meninggalkan tempat tersebut jika tiada sebarang maklumat diperolehi. 3. Di bangunan tinggi, cara terbaik adalah dengan memulakan usaha mencari dari tingkat atas kemudian ke tingkat bawah. 4. Sekiranya berlaku kebakaran di tingkat bahagian tengah, kebanyakan mangsa akan terperangkap di tingkat atas, usaha menyelamat hendaklah dimulakan dari atas atau bumbung bangunan. 5. Jika kebakaran berlaku hanya di sebuah bangunan sahaja, usaha mencari bermula dari kawasan berhampiran dengan kejadian. 6. Pastikan tindakan mencari secara menyeluruh telah dilakukan ke atas semua bilik atau tempat yang tersorok. 7. Apabila memasuki sesebuah bilik, tempat pertama yang perlu diperiksa ialah kawasan belakang pintu di mana kebanyakan mangsa yang cuba menyelamatkan diri daripada asap akan mencari pintu untuk keluar. 8. Dua tempat yang dikenalpasti di mana mangsa yang cuba melarikan diri dari asap kebiasaannya ditemui ialah di belakang pintu dan di bawah tingkap. 9. Buat pusingan yang lengkap untuk sesebuah bilik di tepi atau selari dengan dinding bilik. Mengesan mangsa di bawah katil atau perabotperabot lain serta membuka dan mencari di dalam almari atau tempat simpan pakaian. 10. Membuat pemeriksaan bilik secara menyilang. 11. Apabila selesai pemeriksaan bilik hendaklah buat penanda bagi menunjukkan bilik tersebut telah diperiksa. KESELAMATAN DIRI Pemakai BA boleh membuat keputusan jika terdapat sebarang bahaya dalam sesuatu insiden. Langkah-langkah keselamatan berikut mesti diambilkira bagi mengurangkan risiko kemungkinan berlakunya kemalangan atau kecelakaan yang tidak diingini.


97 i. Anggota Penyelamat menggunakan cara shuffle (mengheret kaki) dan bukan berjalan biasa. Keberatan badan mesti diletakkan di kaki belakang sehingga kaki di hadapan telah pasti langkah seterusnya adalah selamat. Kaki pula jangan diangkat dari lantai, ianya perlu diseret ke hadapan untuk mengenalpasti sebarang halangan, lubang atau bahaya lain. Sebelah tangan diangkat ke atas, tapak tangan sedikit digenggam untuk merasai sebarang halangan. Jika bahagian belakang tangan tersentuh wayar dengan cas elektrik, ianya akan membuatkan anggota melantun kebelakang dan bukannya terus memegang wayar tersebut. TEKNIK MENCARI MANGSA Pencarian mangsa perlu dirancang dengan bersistem atas arahan pegawai operasi sebelum ianya boleh dilakukan: • Pencarian sebelah kiri (left hand search) dengan mengekalkan sentuhan di sebelah kiri dinding. • Pencarian sebelah kanan (right hand search) dengan mengekalkan sentuhan di sebelah kanan dinding. PROSEDUR MEMBUKA PINTU KAWASAN INSIDEN (DOOR OPENING PROCEDURES) Semasa ingin membuka pintu sesebuah premis yang terlibat dalam kebakaran, suhu di permukaan pintu mesti diuji. Perhatikan setiap sudut pintu tersebut jika wujud kesan haba serta asap. Pemeriksaan hendaklah dibuat sekeliling sudut pintu tersebut jika terdapat kehadiran haba dengan menggunakan belakang tapak tangan. Semburan air diperlukan untuk mengenalpasti suhunya. Jika terdapat risiko api atau backdraf di belakang pintu tersebut maka langkahlangkah keselamatan berikut perlu diambil bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini: • Pastikan pemakaian PPE yang sesuai. • Pertimbangkan melakukan tactical ventilation sebelum membuka sebarang pintu struktur. • Lakukan teknik gas-cooling untuk meminimakan risiko berlakunya backdraf di dalam ruang struktur. • Pastikan jenis serta arah bukaan pintu dan melihat engsel pintu tersebut.


98 Jika pintu terbuka ke arah anda: • Menggunakan pintu sebagai pelindung anggota. • Menggunakan kaki sebagai penghadang. • Melutut di sebalik pintu. • Memastikan anggota mempunyai perlindungan semburan. • Memaklumkan anggota lain supaya bersedia. • Membuka pintu perlahan-lahan tidak lebih dari 0.5 m. • Memastikan keadaan selamat dan jika selamat, terus mara ke dalam. Jika pintu terbuka ke arah dalam struktur: • Menggunakan dinding di sebelah pintu sebagai pelindung anggota (cara ini mungkin kurang praktikal). • Melutut di sebalik pintu. • Memegang kemas tombol pintu. • Memastikan mempunyai perlindungan semburan. • Memberitahu anggota lain supaya bersedia. • Membuka pintu perlahan-lahan tidak lebih dari 0.5 m. • Memastikan keadaan selamat dan jika selamat, terus mara ke dalam. BERGERAK MELALUI TANGGA Semasa menaiki tangga, anggota hendaklah memastikan badan mereka rapat dinding kerana kekuatan struktur sesebuah tangga adalah paling kukuh berhampiran dengan dinding dan setiap anak tangga perlu diuji integriti serta kestabilannya sebelum meletakkan berat badan kita ke atasnya. Semasa menuruni tangga pula, lebih baik bergerak dengan membelakangkan diri kerana ianya akan melindungi muka pemakai BA dari haba serta membolehkan kita mencapai tangga untuk mengelakkan jika terjatuh. Setiap anak tangga perlu diperiksa dengan kaki sebelum menuruni setiap anak tangga. Jika keadaan didapati kurang selamat, maka seorang demi seorang harus menuruni anak tangga tersebut bergilir-gilir. BERGERAK MELALUI TANGGA TEGAK (VERTICAL LADDER) Apabila hendak menuruni tangga tegak, hanya seorang sahaja anggota yang dibenarkan pada satu-satu masa. Tangan harus diletak di bahagian sisi tangga dan bukan pada anak tangga bagi mengelakkan memegang sebarang deposit minyak atau bahan-bahan yang boleh menjadi licin.


99 MENCARI MANGSA Proses mencari mangsa harus dilakukan dengan baik serta merangkumi semua kawasan pencarian. Setiap pintu mesti diberi perhatian bagi memastikan pencarian mangsa telah dilakukan secara menyeluruh. Selepas memasuki sesebuah bilik, perkara pertama yang harus dilakukan ialah memeriksa di belakang pintu jika terdapat mangsa yang pengsan akibat terhidu asap dan tidak sempat membuka pintu. Antara dua tempat yang biasa ditemui mangsa ialah di belakang pintu dan di bawah tingkap. Pencarian juga boleh dibuat di bawah katil, almari, tepi perabut dan manamana ruang yang mungkin boleh dimasuki oleh orang dewasa atau kanak-kanak. Selesai pencarian dalam bilik atau ruang, tandakan yang menunjukkan bilik tersebut telah diperiksa. Tanda yang paling mudah ialah dengan menutup pintu bilik, ia juga berfungsi untuk mengurangkan impak kemerebakan api. MENYELAMATKAN MANGSA Pasukan penyelamat perlu bertindak sepantas mungkin apabila menemui mangsa kerana pendedahan berterusan mangsa kepada asap akan mengurangkan peluang survival mangsa. Perkara berikut perlu diambil kira semasa pemakaian BA ialah: • Selalu memeriksa tolok tekanan. • Berkomunikasi dengan BAECO/pegawai operasi bahawa mangsa telah ditemui beserta lokasi. • Memberitahu BAECO/pegawai operasi untuk menyediakan pasukan bantuan jika tekanan BA rendah. • Kepala mangsa mesti dilindungi dan semasa membawa mangsa pastikan tidak terkena risiko keracunan gas-gas bertoksik.


100 Convection berlaku melalui peredaran haba melalui cecair dan gas Semasa mencari punca api, pengetahuan mengenai pergerakan asap banyak membantu. Walau bagaimanapun, pergerakan asap mungkin jauh dari punca api, dan kadangkala jumlah asap yang banyak bukan bermakna api yang marak. Asap terhasil dari proses convection peredaran haba melalui cecair dan gas. Biasanya, suhu akan meningkat apabila berhampiran dengan api. Tanda-tanda seperti rekahan cat pada pintu serta perubahan warna pada dinding struktur mungkin menandakan kehadiran api. Kehadiran api juga mungkin boleh dilihat jika terdapat cahaya walaupun diselubungi asap. Kadangkala sesuatu kebakaran mungkin dapat dikesan jika terdapat bunyi bising, seperti jatuhan dari siling yang juga merupakan tanda berlakunya sesuatu kebakaran sedang marak. MELAWAN KEBAKARAN DENGAN MEMAKAI ALAT PERNAFASAN Apabila memasuki sesebuah struktur yang terlibat dengan kebakaran, anggota yang memakai alat pernafasan mesti membawa sebarang peralatan menentang kebakaran untuk tujuan keselamatan diri. Hose reel atau hos jentera boleh digunakan dan pemakai BA perlu sedar bekerja dengan hos jentera mungkin boleh mendatangkan sedikit kesukaran apabila bergerak ke aras berlainan. MENCARI PUNCA API


BAB 13 BEKERJA DALAM SEWER


102 PENGENALAN Fungsi sewer di bandar-bandar besar adalah untuk mengalirkan bahan-bahan buangan dari kawasan perumahan, perusahaan, air hujan dan lain-lain kotoran berbentuk cecair. Sistem sewer ini berupa sistem paip yang berukuran dari 15.0 cm hingga 7.0 m, bermula dari sewer kecil dan kemudiannya dialirkan ke sewer yang lebih besar yang dinamakan interceptor dan seterusnya bahan-bahan buangan dibawa hingga ke tempat yang ditentukan. Kuasa graviti memainkan peranan yang penting dalam proses pengaliran bahan-bahan buangan ke tempat buangan terakhir. Kaedah mengepam terpaksa dilakukan apabila kuasa graviti tidak berupaya untuk bertindak. Kadar bahan buangan mengalir sepanjang saluran sewer pada satu-satu masa adalah bergantung kepada tiga (3) faktor iaitu luas kawasan, masa dan keadaan cuaca. BINAAN SEWER Reka bentuk dan saiz sewer adalah bergantung kepada tempat dan kegunaan. lamengandungi tiga (3) binaan iaitu:- i. Manhole ii. Vertical shafts dan tangga iii. Chamber a) Manhole Manhole adalah lubang yang menegak di mana ia memberi kemudahan bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih serta kemudahan pengudaraan. Di lubang inilah kerja-kerja menyelamat dilakukan. Binaan manhole ini bergantung kepada tempat dan kedalaman sewer itu. Penutup manhole biasanya berbentuk bulat bergaris-pusat 70 cm serta diperbuat daripada heavy cast iron supaya dapat menahan keberatan kenderaan dan tidak boleh dialih dengan mudah oleh seseorang.


103 Contoh binaan sewer manhole b) Vertical shafts Ia adalah lubang tegak yang biasanya tidak melebihi 6 m tetapi kadangkala terdapat yang sedalam 30 m. Lubang ini dibuat bagi membolehkan seseorang turun dan naik dengan selamat. Ada yang berbentuk bulat dan ada juga yang empat segi. Ada yang sempit dan ada juga yang agak luas serta selesa bila melaluinya sama ada dengan membawa peralatan kebombaan ataupun tidak. Tangga Tangga pula dipasang di dalam lubang tegak yang kedalamannya melebihi 6 m di bawah permukaan jalanraya. Biasanya ia dipecahkan kepada dua bahagian dengan menyediakan pelantar di perantaraan. Anak tangga daripada permukaan jalan turun ke bawah hingga ke pelantar di sebelahnya dan anak tangga bawah bermula daripada 1 m, atas daripada pelantar turun hingga ke bawah. Satu rantai keselamatan diperbuat daripada besi terdapat pada penjuru pelantar itu.


104 Contoh vertical shaft dan tangga Cara menuruni tangga dalam sewer


105 Kedudukan di permukaan sewer Binaan sewer chamber c) Chamber Ukuran diameter melintang chamber pada sewer biasanya tidak terlalu besar. Biasanya sewer kecil berukuran 1.5 m panjang menghala aliran air dan lebar 1 m. Bagi sewer besar pintu tepi manhole chamber menghala aliran air, pelantar tempat berdiri 65 mm dan tinggi chamber 2 m.


106 Gambarajah : Binaan Sewer Penutup Manhole Tangga glavanised iron Palang keselamatan Pelantar Rantai Keselamatan Lantai Vertical shaft Aras jalan


107 Gambarajah : Binaan Sewer Aras jalan Manhole Tangga Glavanised iron Chamber Palang keselamatan Rantai keselamatan Lantai BINAAN SEWER


108 Gambarajah : Binaan Sewer Manhole Tangga Vertical shaft Sewer Air SEWER BENTUK EMPAT SEGI


109 CIRI-CIRI GAS SEWER Gas ini adalah campuran sulphuretted hydrogen dan methane. Ciri-cirinya adalah seperti berikut: Sulphuretted hydrogen:- - Formula H2S - Tidak berwarna - Berbau seperti telur busuk - Sangat beracun - 1 bahagian dari 500 boleh mengakibatkan maut - Boleh terbakar - Had meletup (EL) – Tinggi (UL) 46% - Had meletup (EL) - Tinggi (UL) 46% - Rendah (LL) 4.3% Methane:- - Formula CH4 - Tidak berwarna - Tidak berbau - Sedikit beracun - Boleh terbakar - Had meletup (EL) – Tinggi (UL) 46% - Had meletup (EL) - Tinggi (UL) 15% - Rendah (LL) 5% Gas ini terbentuk semasa penguraian keladak yang terdapat di dasar saliran sewer yang bergerak perlahan atau bertakung. Pembentukan seperti sarang tebuan seakan gemburan gas dari buih di antara keladak dan bila terusik akan terlepas ke udara. Keadaan ini akan menjadi sangat berbahaya jika seseorang itu masuk ke dalamnya. BAHAYA-BAHAYA LAIN YANG TERDAPAT DALAM SEWER a) Karbon monoksida (Co) • Sangat beracun • Terjadi daripada asap kenderaan • Lebih berat daripada udara


110 b) Heavy carburatted hydrogen • Mudah terbakar • Boleh menyebabkan sesak nafas • Terjadi daripada hasil perusahaan arang batu c) Kuman weils (Leptospirosis) • Kencing tikus • Menyebabkan demam dan sakit otot • Sesak nafas • Peringkat awal seperti demam selsema, influenza, tonsilius, pneumania • Perlu suntikan dari pihak kesihatan d) Banjir Penyelamat hendaklah sentiasa berwaspada dengan banjir yang tiba-tiba berlaku dalam sewer semasa bekerja di dalamnya. Keadaan banjir ini mungkin adalah hasil daripada dua (2) faktor di bawah: • Pelepasan air yang banyak secara tiba-tiba. • Hujan lebat dalam jangkamasa yang boleh mengakibatkan paras air tiba-tiba meningkat. Tanda-tanda amaran: • Penambahan pergerakan/tiupan udara melalui sistem pembentungan • Pertambahan paras aliran • Pertambahan kelajuan aliran • Pertambahan tahap kebisingan e) Lain-lain gas yang mempunyai keberatan lebih daripada udara biasa seperti LPG.


111 STRATEGI OPERASI DI SEWER a) Perancangan awal i. Mendapatkan maklumat awal daripada pihak berkuasa perihal sewer tersebut. ii. Mendapatkan maklumat umum berkenaan laluan utama sewer tersebut. iii. Mengadakan latihan di tempat berkenaan. b) Semasa dalam perjalanan ke tempat kejadian i. Pasukan penyelamat bersedia dengan alat pernafasan. ii. Menghubungi pihak ambulan dengan segera. iii. Memohon kehadiran pakar yang lain sekiranya perlu. c) Semasa tiba di tempat kejadian i. Memastikan kedudukan yang betul sebelum melaksanakan tugas operasi. ii. Mendapatkan nasihat daripada pihak yang bertanggungjawab sekiranya perlu. iii. Memastikan kawasan sekitar adalah selamat dan jauhkan orang awam. iv. Memasang sawar-sawar. v. Membuka penutup lubang (manhole) yang terdekat bagi tujuan pengudaraan. Mengumpulkan maklumat berikut: • Arah pengaliran air. • Memastikan pintu masuk yang paling hampir. • Memastikan di mana kedudukan terakhir mangsa dan apa yang boleh menyebabkan kecederaan. • Mendapatkan maklumat atau prosedur keselamatan yang telah dilaksanakan oleh pekerja dalam sewer.


112 d) Semasa Kejadian Pegawai operasi hendaklah mengambil perhatian mengenai perkaraperkara berikut:- i. Mengawasi/menyelenggara secara ketat dan mengawal semua kawasan yang telah dikepung. ii. Memastikan peralatan perhubungan dan lampu dalam keadaan baik. iii. Melarang aktiviti merokok sekitar 3 m dari sebarang pembukaan lubang (manhole). iv. Melukiskan arah aliran sewer. v. Mendapatkan maklumat berhubung cuaca daripada agensi berkaitan. vi. Menggunakan pakaian perlindungan yang telah dibekalkan. vii. Mewujudkan zon nyahcemaran. viii. Menggunakan peralatan yang sesuai untuk menaikkan mangsa seperti paraguard strecher, harness, hoist dan lain-lain. e) Setelah balik ke balai i. Membersihkan semua pakaian dan peralatan yang telah digunakan. ii. Membersihkan keseluruhan badan sebelum makan atau minum. iii. Memberi rawatan awal yang sewajarnya terhadap luka atau calar dan rujuk ke hospital jika perlu. f) Selepas kejadian i. Mengumpulkan anggota dan de-brief. ii. menganalisa kejadian dengan pihak berkuasa berkaitan. iii. Mengenalpasti pengajaran daripada operasi dan lakukan pra rancang dengan lebih tersusun dan kemas.


113 PROSEDUR BEKERJA DALAM SEWER i. Setiap anggota penyelamat hendaklah membawa alat pernafasan, lengkap dan bersedia untuk dipakai pada bila-bila masa. ii. Mengunakan tali pandu utama. iii. Keadaan cuaca hendaklah dipastikan terlebih dahulu sebelum masuk, pastikan penutup sewer (manhole) di bahagian hulu dan hilir dibuka sehingga operasi selesai. iv. Periksa dan pastikan lubang tersebut bebas dari gas-gas beracun dengan menggunakan gas detector dan sekiranya terdapat gas beracun, pakai alat pernafasan (facemask). Gunakan gas detector sepanjang operasi berjalan. v. Setiap 3 minit, anggota di permukaan mesti berhubung dengan anggota penyelamat (alat perhubungan seperti walkie talkie) memastikan mereka berada dalam keadaan selamat. Jika tiada jawapan, mulakan prosedur kecemasan. vi. Anggota di permukaan hendaklah memberitahu sebarang perubahan cuaca kepada anggota penyelamat yang sedang bekerja. Semasa memasuki sewer i. Periksa anak tangga dan pemijak/pelantar sebelum turun dan berhati-hati semasa turun dan naik. ii. Pada satu-satu masa hanya seorang anggota sahaja berada di atas tangga. iii. Peralatan lain diturunkan secara berasingan kecuali alat pernafasan lengkap dan tali pandu utama. TINDAKAN KECEMASAN Sekiranya memasuki sewer dengan memakai alat pernafasan atau escape set bersama dengan air line equipment dan berlaku gangguan bekalan udara dari air line equipment buka injab tabung set yang disandang.


BAB 14 MENYELAMAT MANGSA DALAM SEWER


116 PENGENALAN Semua Pegawai Bomba boleh mengawal kadar pernafasan dan berkemahiran di dalam menggunakan alat pernafasan semasa operasi. Membiasakan diri dengan menggunakan alat pernafasan ini adalah perlu supaya Pegawai Bomba tidak berasa cemas dan mahir dalam penggunaan alat pernafasan pada bila-bila masa. PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM MENGGUNAKAN ALAT PERNAFASAN a) Menguji alat pernafasan i. Ujian tekanan tinggi ii. Pemeriksaan ketetapan wisel amaran iii. Ujian tekanan rendah iv. Pemeriksaan tekanan positif MENGESAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA Aktiviti yang dilakukan adalah menggunakan peralatan-peralatan yang berupaya mengesan kehadiran gas-gas yang berbahaya contohnya gas detector dan lainlain peralatan berkaitan. Dengan kekangan pergerakan dan lain-lain pancaindera pelatih yang memakai peralatan pernafasan, perlu membiasakan diri dan bertindak dengan penuh berhati-hati supaya tidak berlaku kesilapan. GERAK KERJA BERPASUKAN Dalam sesuatu operasi memerlukan suatu gerak kerja yang teratur. Contohnya, seorang bertindak sebagai ketua dan yang lain-lain dipecahkan mengikut tugas masing-masing. Asas prosedur operasi hendaklah diikuti bila berlaku insiden semasa memakai alat pernafasan: i. Pemakai alat pernafasan mestilah kerap memeriksa tolok tekanan semasa operasi bagi memastikan ia selamat untuk keluar di dalam jangkamasa yang telah ditetapkan. ii. Ketua pasukan mesti menyedari perkara (i) dan arahkan pasukan keluar pada masa yang ditetapkan. iii. Setiap pasukan alat pernafasan adalah minima seramai dua (2) orang dan maksima empat (4) orang. iv. Fungsikan distress signal unit (DSU) jika menghadapi kesukaran. Pasukan lain yang berada di persekitaran akan memberikan bantuan dengan segera. v. Cara untuk menarik perhatian rakan sepasukan dengan cara suara lantang atau menepuk-nepuk dengan tangan.


117 MENANGGALKAN SET ALAT PERNAFASAN i. JANGAN tanggalkan alat pernafasan sehingga benar-benar dipastikan anda berada di tempat yang selamat dari kawasan bahaya. ii. Jika anda memakai chemical protective suit jenis gas tight, JANGAN tanggalkan set alat pernafasan sehingga proses nyahcemaran (decontamination process) selesai. iii. Tahan nafas dan tekan butang reset button. iv. Tanggalkan buckle waistbelt, longgarkan shoulder straps dengan menarik buckle ke atas dan tanggalkan set alat pernafasan. v. Tanggalkan head harness dengan menarik buckle harness ke depan. Tanggalkan topeng muka dan biarkan ianya tergantung. vi. Tekan handwheel locking mechanism dan tutup cylinder valve. vii. Pusing atau tekan demand valve bypass knob bagi mengeluarkan tekanan udara yang masih berada di dalam sistem, kemudian pusingkan demand valve bypass knob ke kedudukan OFF. MENANGGALKAN TABUNG/SILINDER i. Tutup cylinder valve dan keluarkan tekanan udara yang masih berada di dalam sistem dengan memusing demand valve bypass knob. ii. Buka cylinder band cam-lock dan keluarkan silinder. Asingkan tabung yang kosong dan hantar untuk isian semula. PROSEDUR SELEPAS PENGGUNAAN Pembersihan • Membersihkan face mask. • Membersihkan demand valve. • Membersihkan tali pinggang dan tali bahu. • Membersihkan tolok tekanan. • Membersihkan tabung. Penyimpanan • Untuk penyimpanan, alat pernafasan hendaklah diceraikan dan digantung di tempat yang sesuai (tabung pada rak). • Jangan sekali-kali merendam tolok tekanan dan demand valve. • Jangan terdedah pada kepanasan haba dan cahaya matahari secara terus. • Tempatkan pada tempat yang redup dan udara bersih.


BAB 15 BEKERJA DALAM KEADAAN PANAS DAN LEMBAP


120 PENGENALAN Anggota Bomba memerlukan perlindungan daripada bahang panas. Pemakaian alat pernafasan dan pakaian perlindungan boleh menyebabkan anggota bomba rasa keletihan akibat panas yang berlebihan atau gangguan kepada sistem pernafasan mereka. Keadaan kepanasan dan kelembapan wujud hampir dalam semua operasi kebombaan. Untuk mengurangkan kesan mental dan fizikal akibat tekanan panas (heat stress). Anggota bomba mesti dapat mengenali tanda-tanda, kesan, akibat kepanasan, kelembapan dan memahami kesan ke atas prestasi kerja atau tugas. SEBAB-SEBAB TEKANAN PANAS ATAU BAHANG - Suhu di dalam bilik meningkat iaitu semakin hampir angota bomba dengan punca api, semakin tinggi suhu udara di sekeliling. - Kelembapan yang tinggi iaitu udara panas akan bercampur dengan wap air seperti sauna apabila air yang digunakan untuk rendaman menjadi stim. - Ketidakupayaan sebab suhu badan menjadi lebih panas ditambah dengan pemakaian pakaian perlindungan dan BA akan menghalang pengaliran haba tersebut. - Olakhaba iaitu udara yang mengalir ke seluruh badan akan menyejukkan badan. Tetapi dengan pemakaian pakaian perlindungan menghalang udara dan seterusnya menyebabkan badan menjadi panas. - Pengewapan iaitu darah di dalam (dinding) paru-paru disejukkan oleh udara sejuk yang disedut semasa pernafasan. Sekiranya udara panas yang disedut, semakin kuranglah kesannya dalam proses penyejukan. Suhu udara bilik yang tinggi semasa kebakaran, ditambah dengan pemakaian pakaian perlindungan dan BA akan menghalang pengaliran haba tersebut. - Pakaian perlindungan anggota bomba menghalang pelepasan suhu panas yang dihasilkan akibat kerja berat yang dilakukan. Seterusnya mewujudkan tekanan panas ke atas anggota.


121 KESAN TEKANAN PANAS Bekerja di dalam keadaan panas dan lembap akan memberikan kesan ke atas anggota bomba dari segi mental dan fizikal. a) Kesan mental Semasa bekerja di dalam keadaan panas dan lembap, kesan pada mental akan meningkat dan pengesanan tanda-tanda perlu dibuat di peringkat awal. Anggota bomba perlu mengenali tanda-tanda awal untuk mengelakkan kekeliruan dan ketidakupayaan dalam menjalankan tugas pemadaman. Tekanan kepada mental akan memberi kesan kepada anggota bomba dan mengakibatkan tahap keupayaan bekerja menjadi lemah dan kurang berkesan, dari segi penglihatan, pendengaran dan pemikiran. Tahap umur, kesihatan diri dan berat bada anggota bomba juga akan mempengaruhi tahap keupayaan kerja serta memberi kesan kepada tugasan yang diberikan. b) Kesan fizikal Semasa berada di tempat insiden, anggota bomba mungkin diperlukan untuk melakukan kerja yang berat dan lebih dalam keadaan panas dan lembap. Bekerja di dalam keadaan ini akan menyebabkan anggota bomba: i. Kepenatan disebabkan panas (Heat Exhaustion) Keadaan ini disebabkan kehilangan air akibat peluh berlebihan. Peluh mengandungi garam dan air. Kekurangan garam akan menyebabkan kejang otot, sakit kepala, lemah diikuti pengsan. Anggota bomba yang menghadapi masalah ini perlu dibawa ke tempat selamat, longgarkan semua pakaian perlindungan dan diberi minum air garam. Jika pengsan dan jatuh, hantar ke hospital dengan segera. ii. Pengsan akibat panas (Heat Syncope) Apabila memasuki atmosfera yang menghalang suhu panas dari badan mengalir keluar radiasi: badan anggota bomba mula menyerap haba panas dari atmosfera sekeliling. Jika proses ini berterusan tanpa diperiksa tekanan darah akan turun, menyebabkan kekurangan darah yang beroksigen untuk sampai ke otak. Ini akan menyebabkan mangsa pengsan. Anggota yang terlibat, perlu dialihkan ke tempat selamat dan hantar ke hospital dengan segera.


122 iii. Cara pemulihan Tindakan yang perlu diambil ialah dengan mengalihkan anggota bomba ke tempat yang selamat, membasahkan pakaian perlindungan dengan menggunakan semburan air, mengipas dengan tujuan menurunkan suhu badan kembali normal. REHABILITASI Rehabilitasi adalah suatu cara atau proses untuk membantu seseorang pulih daripada sesuatu kecederaan atau penyakit yang berpunca daripada apa-apa aktiviti. Di sini kita memfokuskan kepada kesan daripada penggunaan alatan pernafasan dalam pelbagai situasi kecemasan yang dihadapi oleh pasukan penyelamat. Kepentingan: 1. Untuk mengembalikan kekuatan otot, ligamen atau mana-mana bahagian badan yang telah mengalami kecederaan daripada terus-menerus menjadi lebih teruk. 2. Memulihkan tahap kecergasan anggota bomba. 3. Mengembalikan keyakinan anggota bomba terhadap keupayaannya yang telah hilang berpunca daripada insiden-insiden yang berlaku semasa latihan. 4. Meminimumkan kesan buruk hasil daripada kecederaan yang berlaku. 5. Meningkatkan julat pergerakan dan kestabilan sendi atau otot. Faktor Penyebab: 1. Risiko kecederaan adalah sangat tinggi ketika aktiviti latihan kebombaan. 2. Untuk memberikan respon awal yang efektif bagi mengelakkan kecederaan menjadi lebih serius. 3. Cedera yang teruk dan serius. 4. Keperluan peserta untuk menyertai rutin latihan kembali.


123 BIBLIOGRAFI 1. Draeger Safety Co. Ltd. 2. www.interspiro.com. 3. Scott Health & Safety Ltd, Skelmersdale, Lancashire, UK. 4. Compressed Gas Association (CGA). 5. Fire Service College, Moreton In Marsh. 6. Community European (CEN). 7. Luxfer Group - Luxfer Gas Cylinders. 8. Wikipedia. 9. The Home Office Technical Bulletin 1/1997, “Breathing Apparatus Command And Control Procedures.” (London: HMFSI, 1997). 10. Breathing Appratus. Technical Bulletin 1/89 (Second Edition). 11. Home Office: London. 12. International Fire Service Training Association 1991. Self Contained Breathing Appratus (Second Edition). Fire Protection Publications: Oklahoma. 13. Manual Of Firemenship. Breathing Appratus and Resuscitation (Book 6) 1974. Home Office (Fire Department): London. 14. Specialist Traning Manual. Compressed Air Breathing Appratus (CABA) 1995. Department Of Bush Fire Services: London.


Click to View FlipBook Version