The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Abdullah Haq, 2023-02-05 22:15:44

Kitab Forex Bahagian 1

Kitab Forex Bahagian 1

6 ( * $ / $ 1 < $ % ( 5 0 8 / $ ' ,6 ,1 , % $ + $ * ,$ 1  ,5 ) $ 1 6 $ / ( +


ii Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 Hak Cipta Terpelihara @ AAT 2019 Panduan sumber ini mempunyai kandungan proprietari dan tidak dibenarkan dan dilarang untuk dikongsi, dijual, dirumuskan, diduplikasi, diedar, dijadikan bahan latihan, atau digunakan untuk menghasilkan kerja-kerja terbitan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak penerbit. Penerbit: Mohd Rozaime Rozelan Penulis: Mohamad Irfan Mohamad Saleh Editor: Nur Safiah Abdul Malek Tahun Terbitan: 2019 Grafik: All About Traders (AAT)


iii Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 Penafian Maklumat yang terkandung dalam buku ini adalah bertujuan untuk memberikan pendidikan berkaitan perdagangan matawang kepada para pembaca. Segala maklumat adalah berdasarkan kajian dan penyelidikan yang telah dilakukan dan merupakan pendapat bertulis dan idea daripada penulis. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberi cadangan kepada anda untuk berdagang dalam sebarang bentuk instrumen kewangan seperti sekuriti / forex / saham dan bon. Sebarang tindakan atau keputusan untuk trade / melabur adalah keputusan anda. Amaran Risiko Perdagangan matawang (Forex) membawa risiko yang tinggi dan mungkin tidak sesuai kepada semua pelabur. Kelebihan leverage yang tinggi boleh memberikan anda untung dan juga rugi yang tinggi. Sebelum anda membuat keputusan untuk berdagang forex, sila pastikan anda jelas dengan objektif pelaburan, tahap pengalaman dan risiko anda. Terdapat kemungkinan bahawa kerugian anda akan melebihi untung yang diperoleh. Oleh itu, jangan sesekali membuat pelaburan sekiranya anda tidak sanggup menghadapi risiko kehilangan wang anda. Anda harus sedar dengan segala risiko yang hadir berkaitan perdagangan forex. Dapatkan khidmat nasihat daripada perunding kewangan sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan.


iv Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 Penghargaan Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T yang telah memberi kudrat, ilham dan mengizinkan saya menyiapkan buku ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada kumpulan All About Traders (AAT) yang diketuai oleh Tuan Mohd Rozaime Rozelan atas kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk bersama dan menjadi penulis dalam kumpulan ini. Buku ini juga tidak mungkin akan menjadi lengkap tanpa pertolongan dan sumbangan daripada ahli yang lain. Terima kasih juga diucapkan kepada Tuan Ameer Rais Hj Mohamad atas sumbangan idea dan nasihat sepanjang proses menyiapkan buku ini. Semoga pembaca mendapat kebaikan daripada buku ini InsyaAllah.


v Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 Biodata Penulis Mohamad Irfan bin Mohamad Saleh dilahirkan di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 1994. Penulis merupakan seorang graduan sarjana muda dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) dalam bidang Petroleum Geoscience (2012-2017). Penulis mula berkecimpung di dalam industri matawang / komoditi / saham sejak Julai 2018. Mula bergerak secara serius dalam industri ini bersama kumpulan All About Traders (AAT) sebagai penulis pada Oktober 2018. Penulis juga mempunyai pengalaman bekerja bersama beberapa broker sebagai content writer dan juga pengurus media sosial. Kini, penulis bergerak sebagai freelance dan masih lagi kekal bersama kumpulan All About Traders.


vi Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 Prakata Perdagangan matawang adalah satu bidang yang luas, dan sangat menguntungkan jika anda tahu kaedahnya. Namun seperti apa jua bidang sekalipun, komitmen, disiplin dan yang paling penting, ilmu diperlukan sekiranya anda ingin berjaya dalam industri ini. Buku ini bertujuan untuk memberi penerangan dan kefahaman yang lebih jelas kepada mereka yang mahu menjadi pelabur (investor), pedagang (trader) ataupun buat mereka yang baru ingin mengenali apa itu forex sebenarnya. Buku “Kitab Forex” ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama akan meliputi terma-terma asas dalam forex manakala bahagian kedua akan meliputi asas fundamental, teknikal termasuklah cara menggunakan MetaTrader 4 (MT4). Dalam buku pertama ini, terdapat tiga bahagian yang akan dikongsikan iaitu: 1) Bahagian 1: Pengenalan Forex 2) Bahagian 2: Broker Forex 3) Bahagian 3: Pasaran Forex Harapan saya, semoga anda mendapat manfaat dan kebaikan daripada buku ini dan menjadi orang yang berjaya dalam industri ini.


vii Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 Isi Kandungan BAHAGIAN 1 – PENGENALAN FOREX 1 1.1 – APA ITU FOREX? 1 1.2 – TUJUAN BERDAGANG FOREX? 1 1.3 – FAKTA & MITOS FOREX 1 1.4 – BAGAIMANA CARA BERDAGANG FOREX? 5 1.5 – BEZA FOREX DAN SAHAM 7 1.6 – APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMULAKAN DAGANGAN? 9 1.7 – MATAWANG UTAMA DALAM FOREX 9 1.8 – JENIS PASANGAN MATAWANG 11 1.9 – KENAPA JAPANESE YEN SENTIASA MENJADI QUOTE CURRENCY? 13 1.9.1 – Hierarki Matawang 14 1.10 – MAKNA DI SEBALIK KOD XAUUSD (GOLD) 16 1.11 – ASET ‘SAFE HAVEN’ 18 1.12 – WAKTU DAGANGAN FOREX 24 BAHAGIAN 2 – KENALI BROKER FOREX 28


viii Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 2.1 – APA ITU BROKER? 28 2.2 – APA BEZA MONEY CHANGER DAN PERDAGANGAN FOREX SECARA ONLINE? 29 2.3 – BADAN REGULATOR 30 BAHAGIAN 3 – PASARAN FOREX 32 3.1 – 3 CHART UTAMA DALAM FOREX 32 3.1.1 – Line Chart 33 3.1.2 – Bar Chart 36 3.1.3 – Candlestick Chart 39 3.2 – ASK & BID 43 3.3 – SPREAD 44 3.4 – PIP & POINT 45 3.5 – LOT 48 3.6 – KIRAAN UNTUNG BERDASARKAN SAIZ LOT & PIP 50 3.7 – MARGIN 52 3.7.1 – Free Margin 54 3.7.2 – Margin Level 56 3.7.3 – Margin Call 57


ix Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 3.7.4 – Stop Out 59 3.8 – LEVERAGE 62 3.8.1 – Leverage Berdasarkan Margin 64 3.8.2 – Leverage Sebenar 65 3.8.3 – Mengapa Leverage Diperlukan dalam Perdagangan Forex 67 3.8.4 – Bagaimana Leverage Digunakan Dalam Pasaran Kewangan 67 3.8.5 – Tips apabila Menggunakan Leverage 75 3.9 – SWAP & ROLLOVER 77 3.9.1 – Apa itu Swap dalam Forex? 77 3.9.2 – Rollover Rate 80 3.9.3 – Bolehkah Anda Membuat Wang Melalui Swap dalam Trading? 81 3.9.4 – Polisi Rollover Broker 82 3.9.5 – Pengiraan Rollover 83 3.9.6 – Adakah Swap Dibenarkan Dalam Islam? 84 3.10 – TRADING STYLE 86 3.10.1 – Scalping 89


x Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 3.10.2 – Intraday Trading atau Day Trading 90 3.10.3 – Swing Trading 91 3.10.4 – Position Trading 92 PENUTUP 97 RUJUKAN 99


1 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 BAHAGIAN 1 – PENGENALAN FOREX 1.1 – Apa Itu Forex? Forex membawa maksud foreign exchange. Ia lebih dikenali sebagai urus niaga matawang atau perdagangan matawang sesuatu negara dengan matawang negara yang lain. Forex termasuk dalam kategori pasaran spot (spot market) [1] . 1.2 – Tujuan Berdagang Forex? Semestinya untuk mendapatkan untung lebih-lebih lagi pasaran forex mempunyai jumlah dagangan harian menjangkau 5.1 trillion USD! [2] Setakat hari ini, inilah lubuk duit terbesar di dunia. 1.3 – Fakta & Mitos Forex Sebelum kita pergi dengan lebih mendalam, kita perlu tahu terlebih dahulu apakah fakta dan mitos yang terdapat dalam Forex. Disebabkan semua orang mempunyai pendapat yang tersendiri, maka kita haruslah tahu membezakan apa yang benar dan apa tidak benar.


2 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 Mari kita lihat fakta-fakta dan mitos-mitos yang terdapat dalam Forex. 1) Perdagangan forex adalah terlalu berisiko Perdagangan forex tidak dinafikan sememangnya berisiko tinggi. Benar, kes mereka yang kehilangan puluhan ribu mahupun hampir kesemua duit mereka memang pernah berlaku. Namun seringkali kes-kes sebegini berlaku disebabkan kurangnya pengetahuan. Dengan ilmu yang mencukupi, pengurusan wang yang betul, penggunaan leverage yang bersesuaian serta pengawalan emosi yang baik, anda boleh mengurangkan risiko yang anda hadapi. 2) Perdagangan forex hanya untuk orang kaya Pada suatu masa dahulu, disebabkan perdagangan forex secara digital belum lagi ada, maka pedagang runcit (retail traders) tidak mempunyai akses kepada pasaran interbank forex melainkan mereka mampu berdagang dengan nilai melebihi $1,000,000 USD. Namun pada hari ini, dengan adanya platform forex digital, perdagangan forex boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja asalkan anda mempunyai gajet elektronik, internet dan modal kewangan.


3 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 3) Hanya pedagang professional yang membuat duit Kenyataan ini sememangnya benar kerana fakta menunjukkan kebanyakan pedagang runcit mengalami kerugian apabila berdagang forex. Namun, ini tidak bermakna tiada pedagang runcit yang mempunyai kisah kejayaan yang boleh dikongsi bersama. Dianggarkan jumlah pedagang runcit yang gagal mendapatkan keuntungan adalah sebanyak 90%. Satu angka yang sangat besar. Jadi apa yang perlu anda lakukan? Ajar diri anda untuk bertindak dan berfikir seperti seorang pedagang professional untuk berada dalam lingkungan 10%. Jangan risau, carilah mentor atau guru yang mampu membimbing anda dengan baik. Anda pasti berupaya untuk menjadi sama atau lebih hebat daripada pedagang professional itu sendiri. Mereka juga merupakan manusia biasa. Jika mereka boleh, mengapa tidak anda? 4) Forex boleh memberi kekayaan yang pantas kepada kita Ramai yang mempunyai tanggapan bahawa perdagangan forex ini boleh memberi kekayaan sepantas kilat kepada kita. Ya lah, siapa yang tidak terliur dengan iklan yang menawarkan pulangan yang tinggi dengan modal yang rendah dalam masa yang singkat? Ditambah pula dengan gambar kereta mewah dan kemampuan untuk melancong ke mana-mana sahaja yang dikehendaki, lagilah berkobar-kobar semangat kita untuk terus berdagang!


4 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 Malangnya, realiti forex tidaklah seindah iklan yang digambarkan. Hakikatnya, berdagang forex memerlukan kesabaran dan ilmu. Jika benar forex ini membolehkan kita untuk cepat kaya, sudah pasti lebih ramai orang yang kaya-raya disebabkan forex, betul? 5) Pasaran forex bergerak secara rambang Sekali lihat, memang benar pergerakan naik turun dalam pasaran forex kelihatan seolah-olah berlaku secara rambang. Tetapi sebenarnya, pergerakan pasaran ini dipandu oleh beberapa faktor termasuklah negara itu sendiri, para trader dan juga para pelabur itu sendiri. Dalam forex juga wujud istilah analisis teknikal dan juga analisa fundamental. Senang cerita, setiap pergerakan yang berlaku adalah bersebab dan boleh dianalisa supaya kita mampu meramalkan hala tuju pasaran yang seterusnya. Apa yang pasti, dengan bantuan analisa teknikal dan/atau analisa fundamental, anda sebenarnya boleh menjangkakan arah pergerakan pasaran. Dan tidak mustahil anda akan menemui corak yang sama dalam pasaran yang pernah berlaku suatu ketika dahulu. 6) Perdagangan forex adalah sama seperti berjudi Ini sebenarnya adalah satu tanggapan yang agak popular di mana perdagangan forex dikatakan sama seperti berjudi.


5 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 Perbezaan utama forex dan berjudi adalah perdagangan forex mempunyai unsur strategi. Ini berbeza dengan berjudi yang hanya bergantung kepada nasib semata-mata. Selain itu, kebarangkalian untuk anda untung dalam perdagangan forex juga akan bertambah sekiranya anda menggunakan analisa teknikal dan analisa fundamental. Ditambah dengan pengurusan wang yang baik, saiz lot yang sesuai serta mempunyai risk-to-reward ratio (RR) yang berpatutan, anda juga mampu meningkatkan peluang keuntungan yang berlipat kali ganda. Tetapi sekiranya anda tidak menggunakan unsur-unsur strategi, trade secara membuta-tuli dan berharap kepada nasib baik, maka apa yang anda lakukan adalah berjudi. Jadi, tanya diri anda, adakah anda sedang trade atau anda sedang berjudi? 1.4 – Bagaimana Cara Berdagang Forex? Jadi bagaimana sebenarnya proses perdagangan matawang? Mudah sebenarnya. Cuba bayangkan anda ingin pergi bercuti di Amerika Syarikat.


6 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 Figure 1: Contoh matawang yang ada di money changer. Sudah pasti apa yang akan anda lakukan adalah menukar matawang Ringgit Malaysia (MYR) kepada USD kerana Amerika menggunakan matawang USD. Dalam kadar pertukaran semasa, untuk mendapatkan 1 USD, anda perlu menukarkan RM 4.10. Jadi sekiranya anda menukar wang sebanyak RM 4100, anda akan mendapat 1000 USD. Bayangkan pada bulan hadapan, Ringgit melemah, menjadikan 1 USD = RM 4.2. Ini bermakna, apabila anda ingin menukar semula 1000 USD kepada MYR, anda mendapat RM 4200. Anda sudah berjaya mendapat keuntungan sebanyak RM100! Konsep yang sama digunakan dalam perdagangan matawang ini. Bezanya, anda melakukan semua transaksi ini secara online.


7 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 1.5 – Beza Forex dan Saham Forex Saham Nilai Transaksi Harian Nilai transaksi harian bernilai lebih daripada $5.3 trillion [3] . Nilai transaksi harian bagi pasaran saham terbesar (NYSE) bernilai $169 billion (2013) [4] . Waktu Operasi Beroperasi 24 jam dari hari Isnin - Jumaat Waktu kerja (office hour) dari hari Isnin – Jumaat Modal Bergantung kepada broker yang anda pilih. Sesetengahnya membenarkan untuk mula trade dengan modal serendah $10 USD Bergantung kepada nilai saham syarikat tersebut. Kebiasaannya anda memerlukan modal yang besar untuk membeli saham. Kecairan Sangat cair. Pasaran sentiasa sibuk, menyebabkan Bergantung kepada jumlah pembeli / penjual sesuatu


8 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 matawang bergerak dengan laju. saham. Tidak semua saham akan bergerak dengan pantas, malah ia mungkin bergerak dengan perlahan. Komisen Broker Kebanyakan broker mendapat manfaat daripada spread yang dikenakan; tiada komisen dikenakan. Kebiasaannya setiap jualan dan pembelian saham perlu dibayar komisen kepada broker. Leverage Bantuan leverage yang tinggi sehingga 1:1000. Leverage yang tinggi membolehkan anda melakukan transaksi yang mempunyai nilai yang tinggi dengan modal yang rendah. Bantuan leverage tidak setinggi forex, biasanya sekadar 1:3. Anda memerlukan modal yang tinggi untuk melakukan transaksi yang mempunyai nilai yang tinggi.


9 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 1.6 – Apa Yang Diperlukan Untuk Memulakan Dagangan? 1) Gajet elektronik (Komputer/Laptop/Smartphone/Tablet) 2) Internet 3) Platform Dagangan (Kebiasaannya MetaTrader 4 atau MT4) 1.7 – Matawang Utama dalam Forex Figure 2: Matawang-matawang utama dalam forex.


10 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 Simbol Matawang Gelaran USD US Dollar Greenback/Bucks GBP Great Britain Pound Cable/Sterling EUR Euro Fiber CHF Swiss Franc Swissy NZD New Zealand Dollar Kiwi AUD Australian Dollar Aussie CAD Canadian Dollar Loonie JPY Japanese Yen Yen Matawang-matawang di atas adalah merupakan matawang utama [5] dalam forex. Dalam forex, setiap matawang didagangkan secara berpasangan (pair). Mari kita lihat contoh pada mukasurat seterusnya.


11 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 Seperti yang anda lihat pada pair EUR/USD di atas, EUR adalah base currency manakala USD adalah quote currency. Maksudnya di sini, apabila kita mahu dagangkan pair ini, apa yang kita sedang lakukan adalah kita berdagang matawang EUR dengan melihat harga (quote) dalam matawang USD. Contoh, anda membeli pair EUR/USD pada harga 2.0000. Ini bermakna anda membeli 1 EUR dengan harga 2.00 USD. 1.8 – Jenis Pasangan Matawang Terdapat tiga jenis pasangan matawang [6] dalam forex seperti dalam jadual di bawah ini:


12 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 Jenis Pasangan Matawang Matawang Major Pair (Matawang utama yang berpasangan dengan USD) EUR/USD, GBP/USD, USD/JPY, AUD/USD, NZD/USD, USD/CHF Cross Pair atau Minor Pair (Matawang utama yang tidak berpasangan dengan USD) EUR/JPY, EUR/CHF, EUR/AUD, GBP/JPY, GBP/AUD dan seterusnya. Exotic Pair (Pasangan matawang yang kurang popular) USD/CNH, USD/DKK, USD/SGD, USD/MYR dan sebagainya. Dalam ketiga-tiga jenis pasangan matawang ini, major pair adalah pasangan matawang yang paling banyak didagangkan di seluruh dunia. EUR/USD sahaja sudah mewakili 20% daripada kesemua transaksi forex di dunia [7]! Disebabkan itu, anda akan mendapati spread bagi major pair adalah yang paling rendah dalam kesemua pasangan matawang manakala spread bagi exotic pair selalunya adalah yang paling tinggi. Anda mungkin tertanya-tanya apa itu spread? Kita akan kaji perkara tersebut pada m/s 44.


13 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 1.9 – Kenapa Japanese Yen Sentiasa Menjadi Quote Currency? Adakah anda perasan, dalam semua pasangan matawang utama (major pair) dan juga pasangan matawang bersilang (cross pair) yang melibatkan Japanese Yen (JPY), mesti JPY adalah quote currency dalam semua jenis pasangan matawang. Kita sedia maklum bahawa matawang didagangkan dalam bentuk pasangan namun JPY tidak pernah menjadi base currency. Cuba lihat pair-pair utama yang melibatkan JPY di bawah ini: Seperti anda lihat di atas, dalam semua pair utama yang melibatkan JPY, JPY sentiasa berada di belakang ataupun sebagai quote currency. Mengapa? Jawapannya adalah disebabkan hierarki dalam matawang [8]. Jangan terkejut, matawang juga mempunyai kedudukan mereka yang tersendiri.


14 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 1.9.1 – Hierarki Matawang Sejak penubuhannya pada tahun 1999 dan seperti yang ditetapkan oleh Bank Pusat Eropah (European Central Bank), matawang Euro mempunyai keutamaan yang pertama sebagai base currency [8]. Ini bermakna, dalam apa juga keadaan sekalipun, matawang EUR adalah matawang asas. Bagaimana pula dengan matawang JPY? Jika EUR adalah hierarki yang pertama dan sentiasa mendapat tempat sebagai base currency, maka kita sudah boleh mengagak bahawa hierarki JPY adalah yang terakhir di antara semua matawang utama. Walaupun tidak ada satu badan yang membuat standard hierarki ini, ranking keutamaan matawang utama sudah pun tertubuh dan digunapakai seperti berikut:


15 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 Jadi, mana-mana matawang yang mempunyai hierarki yang lebih tinggi akan menjadi base currency manakala matawang dengan hierarki yang lebih rendah akan menjadi quote currency. Inilah sebab mengapa Japanese Yen adalah quote currency bagi pasangan matawang utama dan bersilang.


16 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 1.10 – Makna di Sebalik Kod XAUUSD (Gold) Kita semua tahu XAUUSD merupakan komoditi gold yang disebut dalam harga Dolar AS. Namun apakah sebenarnya XAU itu? Adakah XAU merupakan satu bahasa yang dicipta oleh alien? Hehe...sudah tentu tidak! Sebenarnya, XAU adalah kod standard ISO 4217 [9] bagi 1 auns gold. Apa itu ISO 4217? ISO 4217 merupakan satu standard yang diterbitkan oleh International Organization for Standard (ISO) bagi matawang dan kod negara (huruf dan angka). Seperti contoh, ISO merupakan badan yang bertanggungjawab meletakkan angka +60 kepada negara Malaysia dan juga kod matawang sebagai MYR. Berbalik kepada gold, disebabkan gold ataupun metal yang berharga dikira ‘sama’ seperti matawang, maka kod X telah digunakan untuk kategori metal yang berharga. Baik, kita sudah tahu XAU itu adalah kod bagi gold yang diberikan oleh ISO. Seterusnya, adakah anda tahu XAUUSD ini disebut harga dalam berat apa? Cuba lihat chart pada mukasurat seterusnya.


17 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 Figure 3: XAUUSD dalam chart. Seperti yang tertera dalam gambar di atas, anda melihat XAUUSD berada pada harga 1305.95 USD. Persoalannya, 1305.95 USD tersebut adalah harga untuk berapa berat emas? Adakah 1 gram? Adakah 1 kilogram? Atau adakah 1 auns? Jawapannya adalah 1 auns. Berapakah pula berat 1 auns? Mari kita lihat formula di bawah: Formula: 1 auns x 28.35 = 28.35g atau 0.02835kg Dalam erti kata lain, 1 auns adalah bersamaan 28.35g. Jadi angka yang anda lihat dalam chart di MT4, MT5 ataupun platform yang lain, ketahuilah bahawa nilai XAUUSD tersebut adalah bersamaan nilai gold dalam 1 auns (28.35g).


18 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 1.11 – Aset ‘Safe Haven’ Tahukah anda, dalam dunia perdagangan forex, terdapat beberapa aset (komoditi/matawang) yang digelar sebagai safe haven? Apa itu safe haven? Safe haven adalah aset yang mampu mengekalkan atau meningkatkan nilainya ketika nilai aset lain jatuh. Situasi sebegini kebiasaannya berlaku sewaktu ketidaktentuan ekonomi – misalnya ketika Trump tiba-tiba mengenakan tarif kepada China ataupun undian Brexit pada tahun 2016 – yang menyebabkan pasaran matawang menjadi bercelaru. Tetapi tidak safe haven. Mereka ini lebih berdaya tahan. Pendek cerita, aset safe haven ini dicari pelabur apabila berlakunya situasi-situasi seperti di atas. Tetapi adakah aset safe haven ini akan terus menerus meningkat nilainya? Sudah tentu tidak! Ini disebabkan terlalu banyak faktor yang mempengaruhi pasaran forex itu sendiri. Contoh aset ‘safe haven’ Terdapat beberapa aset yang dianggap sebagai safe haven. Dalam buku ini, kita akan melihat tiga aset yang dianggap safe haven iaitu:


19 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 1) Emas Sejak bertahun-tahun lamanya, emas sememangnya sudah dianggap sebagai aset yang mampu mengekalkan nilainya. Sebagai satu komoditi fizikal, ia tidak boleh dicetak seperti wang, dan nilainya tidak terkesan dengan keputusan kadar faedah yang dilakukan oleh kerajaan. Sejarah sendiri menunjukkan emas mampu mengekalkan nilainya dalam tempoh yang lama, ia dianggap sebagai satu bentuk insurans terhadap peristiwa ekonomi yang besar. Apabila peristiwa ekonomi besar berlaku – seperti kemelesetan ekonomi pada tahun 2008 – pelabur akan menukarkan pelaburan mereka kepada emas. Apabila permintaan meningkat, sudah pasti harga emas akan meningkat.


20 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 Selain itu, apabila terdapatnya ancaman inflasi, nilai emas juga akan meningkat kerana emas disebut harga dalam dolar AS. 2) Swiss Franc (CHF) Beberapa matawang seperti CHF dianggap lebih selamat berbanding sesetengah matawang yang lain. Mengapa? Hal ini disebabkan kestabilan kerajaan Switzerland dan sistem kewangannya serta beberapa faktor seperti: i. industri perbankan yang besar, selamat dan juga stabil, ii. pasaran modal yang mempunyai naik turun yang rendah, iii. hampir tiada penggangguran, iv. taraf kehidupan yang tinggi dan v. angka imbangan perdagangan yang positif.


21 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 Tambahan pula, Switzerland tidak terikat dengan Kesatuan Eropah (EU) yang menjadikan negara tersebut imun terhadap sebarang peristiwa ekonomi dan politik yang negatif. Disebabkan Switzerland mempunyai sistem keselamatan yang tinggi serta mempunyai ciri perbankan tanpa nama, ia menjadi pilihan bagi mereka yang kaya untuk mengelak cukai serta menyembunyikan wang yang “kurang bersih.” 3) Japanese Yen (JPY) Selain daripada Swiss Franc, Japanese Yen (JPY) juga dianggap sebagai matawang safe haven. Hal ini sudah dianggap lazim dan ia tidak banyak dipersoalkan. Kita boleh melihat mengapa yen dianggap sebagai safe haven menerusi peristiwa-peristiwa ekonomi yang pernah berlaku. Misalnya, ketika berlakunya krisis kewangan pada 2008, matawang yen telah meningkat lebih daripada 20%. Kemudian pada 2010, kebimbangan mengenai hutang Eropah menyebabkan nilai yen meningkat sebanyak 10% berbanding


22 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 matawang Euro. Begitu juga pada tahun 2011, ketika berlakunya gempa bumi yang besar, nilai yen masih lagi mampu meningkat. Tetapi apa yang menarik, adakah anda mengetahui Jepun adalah negara yang paling banyak berhutang? Paling banyak berhutang? Ya, walaupun Jepun adalah sebuah negara dengan ekonomi yang maju, negara tersebut merupakan negara yang paling banyak berhutang di dunia. Figure 4: Senarai negara dengan hutang paling banyak di dunia. Sumber - statista.


23 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 Apa yang menghairankan, selain daripada mempunyai hutang yang terbanyak di dunia, ia juga sentiasa bergelut dengan kemelesetan, deflasi serta mempunyai kadar faedah negatif. Jadi kenapa semua orang mahukan yen? Terdapat dua sebab mengapa perkara ini terjadi iaitu: I. Lebihan Akaun Semasa Jepun sememangnya merupakan pengeksport yang besar dari dahulu lagi dan lebih banyak mengeksport barangan dan servis berbanding mengimport. Hasilnya, ia menjadikan Jepun sebagai pemiutang bersih kepada dunia. Kesannya, apabila pasaran takut kepada risiko, wang biasanya akan pulang ke tempat asal. Jadi apa yang berlaku, modal akan keluar daripada matawang lain dan kembali kepada yen, menyebabkan ia menjadi kuat. Nampak pelik apabila negara yang paling banyak berhutang adalah pemiutang terbesar dunia. Tetapi itulah Jepun. II. ‘Carry Trade’ Disebabkan Jepun mempunyai kadar faedah yang sangat rendah (negatif sebenarnya), ia menjadi pilihan bagi trader yang mahu melakukan carry trade. Carry trade adalah apabila pelabur meminjam wang daripada negara dengan kadar faedah yang rendah (Jepun), kemudian


24 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 melaburkan duit tersebut dalam aset yang memberi pulangan yang lebih tinggi dari negara lain. Apabila ketidaktentuan melanda pasaran, pelabur akan menutup trade-trade sebegini yang kemudiannya akan menyebabkan permintaan yen bertambah. Seperti yang telah dikatakan, safe haven bukanlah aset yang akan terus menerus meningkat nilainya. Kita harus faham bahawa dalam apa jua pasaran sekalipun, terdapat hukum perrmintaan dan penawaran (law of supply and demand) – akan dikaji dalam buku kedua. Maka sudah pasti turun naik akan berlaku. Bezanya, tiga aset yang dibincangkan ini mampu mengekalkan nilainya lebih baik berbanding aset-aset yang lain. 1.12 – Waktu Dagangan Forex Tahukah anda, forex boleh didagangkan selama 24 jam dari hari Isnin sehingga hari Jumaat? Terdapat sebab mengapa ia boleh dilakukan sedemikian rupa. Ia adalah kerana terdapatnya empat sesi trading yang berterusan bertukar (dan kadangkala bertindih) antara satu sama lain. Jika kita membandingkan forex dengan pasaran kewangan yang lain seperti saham, kita akan mendapati pasaran saham hanyalah beroperasi pada waktu kerja (office hour) sahaja. Kelebihan ini membolehkan anda untuk menjana keuntungan tidak kira siang, mahupun malam.


25 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 Umumnya, pasaran forex terbahagi kepada empat sesi trading utama [10] iaitu sesi Sydney, sesi Tokyo, sesi London dan juga sesi New York. Mari kita lihat jadual di bawah untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut. Nota: Jadual di bawah menunjukkan masa dalam GMT +8 disebabkan Malaysia berada dalam zon masa tersebut. Sesi Buka Tutup Sydney 5.00 AM 2.00 PM Tokyo 8.00 AM 5.00 PM London 3.00 PM 11.00 PM New York 8.00 PM 5.00 AM *Masa adalah dalam GMT +8 *Hari pasaran forex yang baru bermula pada jam 5 pagi di Malaysia (sesi Sydney).


26 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 Seperti yang anda dapat lihat, pasaran forex di Malaysia bermula pada jam 5.00 pagi. Ini bermakna, jika anda mahu memulakan trade pada hari Isnin, anda haruslah menunggu sehingga jam 5.00 pagi untuk memulakan trade anda. Kesemua sesi trading ini berkesinambungan antara satu sama lain yang menjadi keseluruhan masa selama 24 jam. Waktu yang paling aktif kebiasaannya adalah pada jam 8.00 PM – 11.00 PM. Ini adalah kerana berlakunya pertindihan waktu pasaran Eropah dan US. Bagaimana pula dengan pasaran yang berada di luar waktu seperti pasaran Asia pada jam 8.00 malam? Adakah sebarang aktiviti atau transaksi tidak akan berlaku? Atau adakah pasaran tidak akan bergerak? Tidak sama sekali. Walaupun pasaran berada di luar waktu yang ditetapkan, ini hanyalah bermakna pergerakan bagi matawang berkenaan akan menjadi sedikit perlahan atau sedikit pasif. Satu perkara yang anda perlu ketahui adalah Daylight Saving Time (DST) pada bulan Mac/April dan juga bulan Oktober/November [10] bagi negara-negara seperti Amerika Syarikat, England dan Australia. Waktu trading akan dianjakkan sebanyak satu jam sewaktu DST [11]. Hanya sesi trading Tokyo sahaja yang tidak berubah kerana Tokyo tidak menggunakan DST. Nota: Daylight Saving Time adalah satu amalan menganjakkan waktu sebanyak satu jam ketika musim panas dan mengembalinya kepada waktu asal apabila tibanya musim luruh.


27 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 NOTA


28 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 BAHAGIAN 2 – KENALI BROKER FOREX Anda sudah tahu apa itu forex. Anda juga faham bagaimana forex berfungsi dan cara mendapatkan keuntungan daripada forex. Langkah seterusnya yang anda perlu tahu adalah berkaitan broker forex itu sendiri. Anda perlu sedar bahawa dalam apa jua industri sekalipun, terdapat individu atau entiti yang mahu mendapatkan duit anda melalui penipuan. Disebabkan itu, kita haruslah mengenali broker terlebih dahulu supaya kita selamat daripada sebarang penipuan dan kita mampu mendapat pengalaman yang baik dalam trading. 2.1 – Apa Itu Broker? Broker adalah entiti yang menyediakan akses kepada aset yang anda mahu dagangkan seperti matawang, saham dan juga komoditi. Broker jugalah yang menyediakan platform perdagangan yang membolehkan kita berdagang secara online. Tanpa broker, tidak mungkin anda akan mampu mempunyai akses terhadap kesemua benda tersebut melainkan anda melakukannya secara manual.


29 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 2.2 – Apa Beza Money Changer dan Perdagangan Forex secara Online? Kedua-dua penukaran wang melalui pengurup matawang berlesen (licensed money changer) dan perdagangan forex secara online adalah melalui broker forex. Beza antara kedua-duanya adalah medium yang digunakan. Pengurup matawang berlesen menggunakan medium secara manual untuk berdagang matawang. Maksudnya, kita perlu membeli dan menjual matawang yang kita kehendaki secara fizikal di kaunter pengurup matawang. Berlainan dengan perdagangan forex secara online, kita tidak perlu membeli atau menjual matawang secara fizikal. Sebaliknya kita boleh melakukan transaksi tersebut sepenuhnya secara online di mana sahaja kita berada. Selain itu, bagi platform forex secara online, terdapat kelebihan yang diberikan iaitu leverage. Leverage adalah pertolongan daripada broker yang membolehkan kita untuk melakukan transaksi yang bernilai lebih tinggi daripada modal kita yang kita ada. Anda boleh ke m/s 63 untuk membaca lebih lanjut mengenai leverage.


30 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 2.3 – Badan Regulator Siapakah mereka yang bertanggungjawab dalam mengawasi broker-broker dalam industri forex ini? Jika bank-bank di Malaysia seperti Maybank, CIMB dan RHB dikawalselia (regulated) oleh Bank Negara Malaysia (BNM), broker juga mempunyai badan regulator yang bertanggungjawab melakukan perkara tersebut. Forex regulator adalah entiti yang akan mengawalselia broker daripada sebarang salah laku dan menjamin broker tersebut adalah sah. Jika broker tidak mempunyai mana-mana badan regulator yang mengawasi mereka, adakah anda yakin broker tersebut selamat untuk kita berdagang bersama mereka? Apakah jaminan bahawa broker tersebut mahu berbisnes secara benar dan berintegriti? Figure 5: Contoh Badan Regulator dalam Forex


31 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 Terdapat banyak badan regulator dalam dunia forex. Namun yang paling biasa ditemui di Malaysia adalah: i. St. Vincent and the Grenadines (St. Vincent) – SVG FSA ii. British Virgin Island (BVI) – BVI FSC iii. Cyprus Stock Exchange Commision (CySEC) dari Cyprus. iv. Financial Services Authority (FSA) atau juga dikenali sebagai FCA dari United Kingdom. v. Australian Securities and Investment Commission (ASIC) dari Australia. vi. Financial Markets Authority (FMA) dari New Zealand. Badan-badan regulator di atas adalah contoh badan regulator yang ada dalam industri forex. Broker yang mempunyai badan regulator seperti di atas sudah boleh dikatakan selamat untuk anda trade bersama mereka. Anda juga boleh bertanya kepada individu atau kumpulan yang berpengalaman serta anda percayai untuk meminta pendapat mereka berkaitan broker yang ada di Malaysia. Terdapat banyak lagi badan-badan regulator yang lain selain daripada contoh di atas. Jadi, jika anda mendapati terdapat broker yang tidak mempunyai badan regulator seperti di atas, ini tidak bermakna broker tersebut tidak selamat. Mungkin mereka menggunakan badan regulator yang tidak biasa ditemui di Malaysia.


32 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 BAHAGIAN 3 – PASARAN FOREX 3.1 – 3 Chart Utama Dalam Forex Dalam perdagangan forex, terdapat banyak jenis chart yang boleh kita gunakan untuk berdagang. Namun, kita hanya akan fokus terhadap tiga jenis chart yang paling umum serta biasa digunakan dalam trading iaitu: i. Line Chart ii. Bar Chart iii. Candlestick Chart Ketiga-tiga jenis chart ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.


33 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 3.1.1 – Line Chart Line chart adalah sejenis chart yang menunjukkan harga terakhir matawang. Ia adalah merupakan chart yang paling asas dalam trading. Dalam line chart, apa sebenarnya yang berlaku adalah pada setiap penutupan harga, akan terbentuknya satu dot di akhir tempoh masa (timeframe) tersebut. Sebagai contoh, sejurus selepas tamat timeframe H1, satu dot akan terbentuk menandakan penutupan harga untuk H1. Dot yang terbentuk akan disambung dengan dot yang sebelumnya lalu membentuk satu garisan dalam chart. Ia dianggap chart yang paling asas kerana ia hanya menunjukkan dimanakah harga pasaran tutup pada hari waktu tersebut, tetapi tidak menunjukkan bagaimana ia sampai ke situ. Melalui line chart, anda dapat melihat trend pasaran, sama ada pasaran sedang uptrend, downtrend mahupun sideway. Walaupun line chart tidak memberikan banyak informasi kepada anda, tetapi jika anda trade menggunakan trend, chart ini sudai memadai bagi anda.


34 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 Di bawah adalah contoh line chart bagi pair EUR/USD. Figure 6: Line chart bagi pair EUR/USD Dalam contoh di atas, garisan yang terbentuk adalah berdasarkan harga terakhir matawang yang telah disambung pada timeframe yang kita pilih. Namun, kita tidak dapat melihat harga yang tertinggi atau yang terendah yang pernah dicapai bagi timeframe tersebut.


35 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 NOTA


36 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 3.1.2 – Bar Chart Bar chart adalah sejenis chart yang biasa digunakan dan dipercayai oleh orang-orang professional sejak berdekad-dekad lamanya. Berbeza dengan line chart, anda akan mendapat lebih banyak informasi daripada bar chart ini, bukan hanya sekadar harga terakhir di akhir timeframe. Dalam contoh chart bagi pair EUR/USD di bawah, anda dapat melihat nuansa-nuansa yang hadir bersama chart apabila chart ini di zoom kan. Anda akan mendapati setiap bar diwakili dengan garisan menegak beserta dua tick mendatar di bahagian kiri dan kanan. Figure 7: Bar chart bagi pair EUR/USD Tick di sebelah kiri menunjukkan pembukaan harga manakala tick di sebelah kanan menunjukkan penutupan harga pada timeframe tersebut. Dalam erti kata lain, jika tick di sebelah kanan adalah lebih tinggi daripada tick di sebelah kiri, ini bermakna harga tutup matawang tersebut adalah lebih tinggi


37 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 daripada harga pembukaan. Dalam erti kata lain, nilai aset telah meningkat. Sama juga sekiranya tick di sebelah kiri adalah lebih tinggi berbanding tick di sebelah kanan, ini bermakna harga tutup adalah lebih rendah daripada harga buka. Apa yang berlaku adalah nilai aset telah menurun. Figure 8: Penjelasan tentang bar chart.


38 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 NOTA


39 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 3.1.3 – Candlestick Chart Sejak beberapa dekad yang lalu, penggunaan candlestick chart telah meningkat secara ketara dalam perdagangan forex. Candlestick chart memberikan maklumat yang sama seperti bar chart, tetapi disebabkan rupa dan bentuknya yang lebih menarik, ia mampu membantu anda melihat trend pasaran dengan lebih baik dan cepat. Badan candle juga boleh diberikan warna. Kebiasaannya warna yang digunakan adalah gabungan warna hijau & merah, ataupun warna putih & hitam. Jika warna hijau & merah digunakan, ini bermakna hijau menunjukkan peningkatan harga pada timeframe tersebut manakala warna merah pula menunjukkan kejatuhan harga. Dalam skema warna putih dan hitam pula, warna putih adalah positif manakala warna hitam adalah negatif. Di bawah adalah contoh candlestick chart bagi pair EUR/USD. Figure 9: Candlestick chart bagi pair EUR/USD


40 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 Seperti yang diberitahu sebentar tadi, informasi yang diberikan oleh candlestick chart adalah sama seperti bar chart. Bahagian candlestick yang lebih besar – dikenali sebagai body – menunjukkan kepada kita dimanakah harga buka dan tutup bagi timeframe yang kita gunakan. Bahagian atas dan bawah body tersebut adalah sama seperti tick pada bar chart. Cara anda membezakan harga buka dan harga tutup adalah pada warna body tersebut. Sebagai contoh, jika body tersebut berwarna merah, bahagian atas body adalah harga buka manakala bahagian bawah body adalah harga tutup. Ini bermaksud nilai aset telah jatuh dan menandakan bahawa ianya adalah candle yang negatif. Anda boleh lihat gambar di bawah ini. Figure 10: Penjelasan tentang candlestick chart. Dengan candlestick chart ini, anda boleh menentukan pasaran sedang menguat dengan adanya beberapa candle hijau secara


Click to View FlipBook Version