41 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 berturut-turut. Jika perkara yang sama berlaku dengan candle merah yang berturut-turut, ini bermakna pasaran sedang melemah. Selain itu, terdapat beberapa candlestick pattern yang anda boleh gunakan dalam membuat analisa teknikal seperti Engulfing, Marubozu, Three White Soldiers & Three Black Crows dan juga Morning Star & Evening Star yang akan kami kongsikan dalam bahagian kedua buku ini. NOTA
42 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019
43 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 3.2 – Ask & Bid Untuk mengetahui ask & bid dengan lebih jelas, mari kita ambil contoh yang sama daripada bab 1.4 “Bagaimana Cara Berdagang Forex?” pada mukasurat 5. Dalam contoh tersebut, situasinya adalah, jika anda ingin melancong di Amerika Syarikat, maka anda perlulah menukar Ringgit Malaysia (MYR) kepada US Dollar (USD) terlebih dahulu di pengurup matawang berlesen. Baik. Setibanya anda di situ, anda melihat perkataan “We Buy” dan “We Sell” terpampang pada skrin di sebelah senarai matawang-matawang di money changer tersebut. Apakah “We Buy” dan “We Sell” ini? Kedua-dua terma inilah merupakan ask & bid dalam topik kita ini. Ask merupakan harga beli atau dalam kes anda yang ingin melancong, Ia adalah harga yang anda perlu bayar untuk mendapatkan matawang USD. Dalam erti kata lain, “We Buy” mewakili ask ini. Bid pula membawa maksud harga jual atau nilai yang anda peroleh apabila anda menukarkan USD kepada MYR setelah pulang dari Amerika. Bagi pengurup matawang berlesen pula, bid diwakili oleh “We Sell”. Sebagai contoh, katakanlah 1 USD = 4 MYR. Namun, sewaktu anda berada di pengurup matawang berlesen, untuk
44 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 mendapatkan matawang USD, anda berkemungkinan terpaksa membayar 4.1 MYR untuk mendapatkan 1 USD. Manakala apabila anda ingin menjual satu USD pula, anda berkemungkinan hanya mendapat 3.9 MYR. Perbezaan inilah merupakan cara pengurup matawang berlesen mendapatkan untung daripada setiap transaksi. Figure 11: Garisan ask dan bid dalam chart. 3.3 – Spread Spread membawa maksud perbezaan harga ask dan harga bid. Pernahkah anda perasan, kadar pertukaran di pengurup matawang berlesen mempunyai harga yang lebih kompetitif (menguntungkan) jika dibandingkan dengan kadar pertukaran yang diberikan oleh bank? Ini adalah disebabkan spread. Lebih tinggi spread antara harga
45 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 ask dan bid, maka lebih untunglah entiti yang menguruskan pertukaran matawang tersebut. Jadi, jika anda ingin memaksimakan nilai pertukaran matawang anda, carilah pengurup matawang berlesen yang memberikan spread yang rendah. Figure 12: Spread adalah perbezaan ask & bid 3.4 – Pip & Point Dalam pasaran kewangan, perubahan harga terkecil pada matawang dinyatakan dalam pip. Pip adalah singkatan kepada price interest point atau percentage in point dan merupakan satu unit standard yang digunakan untuk mengukur perubahan harga matawang. Nilai pip adalah 1/1000 daripada kebanyakan matawang yang disebut harga atau 1/100 daripada matawang yen. Bagi kebanyakan matawang yang disebut harga (quote currency), pip terletak di titik perpuluhan yang keempat
46 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 manakala bagi matawang yen pula, pip bermula pada titik perpuluhan yang kedua. Jika anda lihat dengan teliti, anda akan mendapati bahawa terdapat titik perpuluhan yang kelima dalam matawang yang disebut harga (atau titik perpuluhan ketiga bagi matawang yen). Apakah itu sebenarnya? Titik perpuluhan yang kelima itulah adalah point atau juga dikenali sebagai pipette. Satu point mewakili pecahan daripada pip, dan mempunyai nilai 1/10 daripada pip. Untuk lebih jelas, mari kita lihat contoh di bawah bagi pasangan matawang yang mempunyai lima titik perpuluhan seperti pair EURUSD, AUDUSD, GBPUSD dan seterusnya. Figure 13: Pip dan point dalam matawang selain JPY. Bagi pasangan matawang yang disebut harga dalam yen pula seperti GBPJPY, USDJPY, EURJPY dan seterusnya, anda boleh melihat contoh pada mukasurat seterusnya.
47 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 Figure 14: Pip dan point dalam JPY. Seperti yang anda lihat di atas ini, titik perpuluhan yang kelima (atau ketiga bagi yen) adalah point manakala titik perpuluhan yang keempat (atau kedua bagi yen) adalah pip. Jadual di bawah akan menerangkan dengan lebih jelas dengan lebih perihal pip dan point. Point Pip 1 0.1 10 1 100 10 1000 100 10000 1000 Dalam MetaTrader 4 (MT4), jika anda membuka MT4 dan melihat di bahagian “Market Watch” di bawah bahagian “Trading”, cuba lihat spread pada pair-pair yang ada.
48 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 Figure 15: Spread pada pair seperti yang dapat dilihat dalam MT4. Seperti di atas, anda dapat melihat spread pair EURUSD adalah 9. Ini bermakna spread pada pair tersebut adalah 9 point ataupun 0.9 pip. Setiap posisi yang anda masuk pada pair tersebut akan bergerak 0.9 pip secara automatik daripada harga yang anda masuk. 3.5 – Lot Dalam perdagangan forex, dagangan dilakukan dalam amaun yang spesifik iaitu dalam lot ataupun dalam bilangan unit matawang yang anda mahu beli atau jual. Lot hadir dalam pelbagai saiz seperti saiz standard, saiz mini dan juga saiz mikro. Anda boleh melihat jadual yang
49 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 disediakan untuk mengetahui saiz lot dan juga bilangan unit matawang yang diperlukan. Saiz Lot Bilangan Unit Matawang Standard (1.00) 100,000 Mini (0.10) 10,000 Mikro (0.01) 1,000 Apa yang dimaksudkan dengan saiz lot dan bilangan unit matawang ini adalah, sekiranya anda mahu melakukan trade dan mahu menggunakan saiz lot standard (1.00), anda perlu mempunyai 100,000 unit matawang asas (base currency) untuk melakukan trade tersebut. Seperti contoh, anda mempunyai akaun dalam USD dan anda mahu trade pair EURUSD. Dengan kadar pertukaran EURUSD = 1.13, untuk memasuki trade dengan saiz lot standard yang bernilai 100,000 Euro, anda memerlukan sekurang-kurangnya 113,000 USD di dalam akaun anda! Bagaimanakah anda mahu mendapatkan wang sebesar itu untuk trade? Jawapannya adalah melalui leverage yang akan kami kongsikan sebentar lagi.
50 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 3.6 – Kiraan Untung Berdasarkan Saiz Lot & Pip Untuk mendapat gambaran keuntungan anda melalui pip dan saiz lot yang digunakan, anda boleh lihat jadual di bawah. 1) Lot 0.01 Pip Nilai dalam USD ($) 1 0.10 10 1.00 100 10.00 1000 100.00 Dengan memasuki saiz lot sebesar 0.01, pergerakan 1 point adalah bernilai 1 sen. Jadi 1 pip adalah bernilai $0.10. 2) Lot 0.10 Pip Nilai dalam USD ($) 1 1.00 10 10.00 100 100.00
51 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 1000 1000.00 Bagi lot 0.10 pula, pergerakan 1 pip adalah bernilai $1.00. 3) Lot 1.00 Pip Nilai dalam USD ($) 1 10.00 10 100.00 100 1000.00 1000 10000.00 Bagi lot bersaiz 1.00, pergerakan 1 pip adalah bernilai $10.00. Dengan mengetahui nilai keuntungan anda berdasarkan pip dan juga saiz lot anda, anda boleh mengira secara tepat berapa keuntungan yang anda mahukan setiap hari. Nota: Kiraan keuntungan di atas tidak berdasarkan kadar pertukaran matawang semasa. Untuk mendapat kiraan yang lebih tepat, anda perlu menggunakan kadar pertukaran matawang semasa bagi pair yang anda mahu trade.
52 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 3.7 – Margin Apa itu Margin? Untuk mendalami dan memahami forex dengan lebih baik, anda perlu tahu apa itu margin. Margin adalah antara konsep asas yang penting untuk difahami dalam perdagangan forex. Figure 16: Apa itu Margin, Free Margin & Margin Level seperti yang dilihat di MT4 ini? Margin mempunyai hubungkait dengan leverage. Leverage membenarkan kita melakukan transaksi yang bernilai lebih tinggi daripada modal kita. Jadi berdasarkan leverage anda, margin adalah sebahagian wang yang diperlukan untuk membuka sesuatu posisi. Amaun tersebut diapungkan (float) daripada sebahagian ekuiti akaun yang dijadikan sebagai margin. Namun adakah ini bermakna ekuiti anda akan berkurang? Tidak! Ekuiti anda hanya akan berubah melalui posisi anda yang sedang profit ataupun floating.
53 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 CONTOH 1: Anda deposit 1,000 USD ke dalam akaun anda di broker A yang menawarkan leverage sebanyak 1:500. Dengan leverage 1:500, transaksi maksimum yang anda boleh lakukan adalah sebesar 500,000 USD [1000 USD x 500 (leverage)]. Anda ingin memasuki trade untuk pair USDJPY dengan saiz 2 lot standard (2 lot = 200,000 USD). Daripada jumlah deposit anda, 400 USD diperlukan untuk memasuki trade bernilai 2 lot ini [400 USD x 500 (Margin) = 200,000]. Jadi dalam situasi ini, sebanyak 400 USD dijadikan sebagai margin bagi posisi tersebut. Ekuiti anda masih kekal pada 1000 USD. Margin kebiasaannya dizahirkan dalam bentuk peratusan daripada amaun keseluruhan posisi yang anda masuk. Sebagai contoh, kebanyakan keperluan margin forex dianggarkan berada dalam sekitar 2%, 1%, 0.5%, 0.25% dan seterusnya. Berdasarkan margin yang diperlukan oleh broker anda, anda boleh mengira leverage maksimum yang anda boleh gunakan dalam dalam trading. Ataupun sebaliknya, berdasarkan leverage yang ditawarkan oleh broker anda, anda juga boleh mengira margin yang diperlukan untuk memasuki sesuatu posisi.
54 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 Dalam topik margin kita ini, terdapat beberapa terma yang akan kita kupas iaitu: i. Free margin ii. Margin level iii. Margin call (MC) iv. Stop out 3.7.1 – Free Margin Free margin adalah lebihan wang yang tidak digunakan dalam apa-apa trade. Dalam erti kata lain, free margin adalah jumlah margin yang tidak digunakan. Formulanya adalah seperti di bawah. Free margin = Ekuiti – Margin Dengan adanya free margin ini, anda boleh memasuki lebih banyak posisi yang anda inginkan. Untuk lebih faham, lihat contoh di bawah. CONTOH 2: Dalam contoh 1 yang ditunjukkan sebentar tadi, kita sudah pun mengira bahawa margin untuk memasuki 2 lot standard posisi USDJPY adalah 400 USD.
55 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 Jadi free margin yang ada dalam akaun anda adalah 600 USD [1000 (Ekuiti) – 400 (Margin)]. Disebabkan free margin berkait dengan ekuiti yang berubah-ubah berdasarkan posisi anda yang sedang floating atau profit, ini bermakna, posisi yang profit akan menjadikan ekuiti anda lebih besar seterusnya membesarkan free margin anda. Namun, jika posisi anda sedang floating, kesannya ekuiti anda akan menjadi lebih kecil seterusnya mengecilkan jumlah free margin anda. Free margin yang lebih besar membolehkan anda masuk lebih banyak posisi dan free margin yang lebih kecil akan mengurangkan keupayaan anda untuk memasuki banyak posisi dalam satu masa yang sama. Jika Free Margin Tidak Cukup, Apa Akan Jadi? Jika anda menggunakan pending order seperti buy limit dan sell limit, apabila pasaran ingin mencetuskan pending order tersebut, pending ordertersebut tidak akan tercetus ataupun akan dibatalkan secara automatik kerana free margin dalam akaun anda tidak mencukupi. Perkara ini boleh menyebabkan sesetengah trader berpendapat bahawa broker cuba menipu mereka sedangkan trader itu sendiri yang tidak mempunyai free margin yang mencukupi.
56 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 3.7.2 – Margin Level Margin level adalah nilai peratusan berdasarkan ekuiti akaun dan margin yang digunakan. Dalam erti kata lain, ia adalah nisbah ekuiti kepada margin, dan dikira dengan cara berikut: Margin Level = (Ekuiti/Margin) x 100% Broker menggunakan margin level sebagai salah satu kaedah untuk mengenal pasti sama ada trader boleh memasuki posisi baru ataupun tidak. Margin level akaun anda sepatutnya melebihi 100% oleh kerana ekuiti anda adalah lebih besar daripada margin. Mari kita lihat contoh pengiraan margin level di bawah ini. CONTOH 3: Berdasarkan contoh 1 dan contoh 2 yang telah ditunjukkan, kita sedia maklum bahawa: Ekuiti = 1000 USD Margin = 400 USD. Free margin = 600 USD.
57 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 Anda boleh mengira margin level anda melalui ekuiti dan margin anda. Dalam situasi ini, margin level anda adalah 250% [1000 (Ekuiti) / 400 (Margin) x 100%]. Seperti yang anda dapat lihat pada contoh di atas, margin level akaun anda adalah 250%. Namun sekiranya margin level akaun anda terus menjadi semakin rendah dan rendah, terdapat kemungkinan anda akan dikenakan margin call (MC) dan seterusnya stop out. Apa itu margin call dan stop out ini? Teruskan membaca. 3.7.3 – Margin Call Haa, margin call (MC). Satu mimpi ngeri bagi trader-trader. Boleh kata semua trader pernah mengalami situasi dan pengalaman mendapat margin call. Margin call terjadi apabila posisi anda mengalami floating yang teruk dan menyebabkan ekuiti anda menjadi lebih rendah berbanding margin anda. Dalam erti kata lain, margin call akan berlaku apabila margin level anda sudah mencecah paras minima yang ditetapkan oleh broker. Kebiasaannya, had margin call ini adalah pada
58 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 50% margin level. Untuk makluman anda, had margin call ini adalah berbeza mengikut broker itu sendiri. Pada peringkat ini, broker boleh namun tidak diperlukan untuk menutup sebahagian atau kesemua posisi trader tersebut. Biasanya trader tersebut akan diberitahu untuk menambah deposit sebagai support margin akaun tersebut untuk menampung floating yang sedang berlaku. CONTOH 4: Seperti yang ditunjukkan dalam contoh-contoh sebelum ini, posisi 2 lot USDJPY yang kita masuk tadi memberikan margin level sebanyak 250%. Margin call terjadi apabila margin level berada pada paras 50%, Bagaimana margin level boleh menjadi serendah itu? Jawapannya adalah kerana posisi 2 lot USDJPY tersebut sedang floating sebanyak 800 USD. Floating 800 USD bermaksud ekuiti akaun anda sekarang hanyalah sebanyak 200 USD [1000 (ekuiti awal) – 800 (posisi floating)]. Jadi margin level akaun anda sekarang adalah: (200/400) x 100% = 50% Margin level anda sudah pun mencecah paras 50% ataupun paras minima yang ditetapkan oleh broker. Oh ya, anda tahu floating 800 USD ini berapa pips? Hanya 40 pips sahaja.
59 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 Tidak percaya? Mari kita guna formula profit iaitu saiz lot didarab dengan point. 2.00 (saiz lot) x 400 (point) = 800 USD. Nota: 10 point = 1 pip Inilah kesan menggunakan lot bersaiz besar. Jika margin level akaun anda terus menjadi semakin rendah, maka akaun anda akan dikenakan stop out oleh broker. 3.7.4 – Stop Out Peringkat terakhir selepas margin call adalah stop out. Stop out adalah paras margin level terakhir yang dibenarkan oleh broker sebelum broker menutup satu per satu atau kesemua posisi trader tersebut. Kebiasaannya stop out ini berada pada paras 30% margin level. Sama seperti margin call, paras stop out ini berbeza mengikut broker. Tujuan broker menutup satu per satu atau kesemua posisi adalah untuk menyelamatkan akaun daripada terus rugi dan mengalami baki negatif (negative balance) ataupun bawah 0 USD. Jika selepas posisi tersebut ditutup dan akaun masih mempunyai baki, trader masih boleh trade seperti biasa.
60 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 Bezanya anda hanya boleh menggunakan saiz lot yang kecil berikutan ekuiti anda yang sudah sedikit. CONTOH 5: Daripada contoh 4, kita sudah maklum bahawa apabila ekuiti mencecah 200 USD, margin level adalah 50%. Jika posisi tersebut terus floating sehingga ekuiti tinggal 120 USD, maka posisi tersebut akan ditutup oleh broker. Mengapa 120 USD? Ini kerana: (120/400) x 100% = 30% Mencecah ekuiti 120 USD bermakna margin level adalah 30%. Dalam erti kata lain, akaun anda sudah pun dikenakan stop out. Walaupun contoh di atas menunjukkan akaun anda telah dikenakan stop out, namun akaun anda sebenarnya masih boleh digunakan untuk trade kerana anda masih lagi mempunyai baki (balance) sebanyak 120 USD. Hanya posisi 2 lot USDJPY sahaja yang ditutup kerana sudah mencecah had margin level yang terakhir iaitu 30%. Bagaimana pula jika anda mempunyai beberapa posisi dengan saiz lot yang berbeza kemudian ekuiti anda mencecah 30% margin level?
61 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 Apa yang berlaku adalah posisi yang mempunyai saiz lot yang lebih besar akan ditutup terlebih dahulu, melainkan ekuiti anda sudah hampir mencecah 0 USD yang mana kesemua posisi akan ditutup secara automatik. NOTA
62 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 3.8 – Leverage Salah satu sebab mengapa ramai orang tertarik dengan perdagangan forex berbanding dengan instrumen ekonomi yang lain seperti saham adalah disebabkan tawaran leverage yang lebih tinggi [12] . Terdapat banyak kelebihan menggunakan leverage dalam perdagangan. Pada masa yang sama, kita juga akan membincangkan mengapa menggunakan leverage boleh menjadi pedang dua mata (double-edged sword) kepada kita. Definisi Leverage Leverage bermaksud meminjam sejumlah wang untuk melabur dalam sesuatu. Namun, dalam forex, leverage ini lebih sinonim dengan bantuan yang diberikan oleh broker daripada meminjam. Mengapa begitu? Ini kerana, dalam forex, anda tidak perlu memulangkan semula wang yang anda pinjam untuk melakukan pelaburan yang tinggi nilainya. Semuanya ditanggung oleh broker. Dengan bantuan leverage yang tinggi, anda boleh melakukan transaksi yang lebih tinggi nilainya berbanding wang yang ada di dalam akaun anda.
63 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 Figure 17: Leverage membolehkan anda melakukan transaksi yang lebih tinggi nilainya. Anda akan melihat terdapat banyak pilihan leverage yang ditawarkan oleh broker. Kita ambil contoh leverage 1:100. Leverage 1:100 bermakna, untuk setiap 1 USD yang anda laburkan, anda boleh dagangkan nilai sebesar 100 USD. Dalam bab ini, kita akan membincangkan dua jenis leverage iaitu: i. Leverage berdasarkan margin (margin-based leverage) ii. Leverage sebenar (real leverage)
64 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 3.8.1 – Leverage Berdasarkan Margin Untuk mengira leverage berdasarkan margin, anda perlu mengira jumlah keseluruhan transaksi anda dengan amaun margin yang anda perlu letakkan. Leverage Berdasarkan Margin = Jumlah Penuh Transaksi / Margin yang Diperlukan Sebagai contoh, jika anda diperlukan untuk deposit 1% daripada jumlah keseluruhan transaksi sebagai margin dan anda mahu dagangkan 1 lot standard pair yang bersamaan $100,000 USD bagi pair USDCHF, margin yang diperlukan adalah $1,000 USD. Nota: 1 lot dalam perdagangan forex = 100,000 unit. Jadi, leverage berdasarkan margin anda adalah 1:100 (100,000/1,000). Untuk keperluan margin sebesar 0.25% sahaja, leverage berdasarkan margin anda adalah 1:400 dengan menggunakan formula yang sama. Leverage berdasarkan margin dalam bentuk ratio Margin yang diperlukan untuk jumlah penuh transaksi 1:400 0.25% 1:200 0.50% 1:100 1.00%
65 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 3.8.2 – Leverage Sebenar Walaubagaimanapun, leverage berdasarkan margin tidak semestinya akan memberi kesan kepada risiko. Sama ada seseorang trader diperlukan untuk meletakkan 1% atau 2% jumlah penuh transaksi sebagai margin berkemungkinan tidak memberi kesan pun kepada keuntungan atau kerugian. Ini adalah kerana pelabur boleh sahaja meletakkan margin yang lebih daripada sepatutnya untuk apa-apa posisi. Jadi. leverage sebenar (real leverage) adalah penunjuk yang lebih kuat terhadap keuntungan atau kerugian berbanding leverage berdasarkan margin. Untuk mengira leverage sebenar yang anda sedang gunakan, anda perlu mengira jumlah penuh transaksi dan jumlah modal trading anda. Leverage Sebenar = Jumlah Penuh Transaksi / Jumlah Modal Trading Sebagai contoh, jika anda mempunyai $10,000 USD dalam akaun anda dan anda membuka posisi bernilai $100,000 USD (iaitu bersamaan dengan 1 lot standard), anda akan berdagang dengan leverage 10 kali ganda daripada akaun anda (100,000 / 10,000). Jika anda berdagang 2 lot standard yang bernilai $200,000 USD dengan akaun berjumlah $10,000 USD, maka leverage anda adalah 20 kali ganda (200,000 / 10,000).
66 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 Ini bermakna, leverage berdasarkan margin adalah sama dengan leverage maksimum yang seseorang pedagang boleh gunakan. Oleh kerana kebanyakan pedagang tidak menggunakan keseluruhan modal mereka sebagai margin untuk trade mereka, ini bermakna leverage sebenar selalunya berbeza daripada leverage maksimum yang boleh digunakan. Secara umumnya, seseorang pedagang seharusnya tidak menggunakan keseluruhan margin mereka. Sebaliknya, gunakanlah leverage apabila kelebihan sememangnya berpihak kepada anda. Setelah jumlah risiko daripada segi bilangan pips sudah dikenal pasti, anda boleh untuk mengenal pasti potensi kerugian modal sekiranya loss. Untuk permulaan, kerugian ini tidak sepatutnya melebihi 3% daripada keseluruhan modal trading bagi setiap posisi. Jika sesuatu posisi telah digunakan leverage sehingga potensi kerugian boleh mencecah 30%, maka leverage tersebut seharusnya dikurangkan. Namun pedagang yang sudah berpengalaman dan lebih mengetahui risiko trade mereka boleh sahaja mengikut risiko kerugian yang tersendiri.
67 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 3.8.3 – Mengapa Leverage Diperlukan dalam Perdagangan Forex Dalam trading, kita memerhatikan pergerakan pasaran melalui pips, iaitu perubahan terkecil dalam nilai matawang. Pergerakan tersebut hanyalah pecahan daripada 1 sen. Sebagai contoh, apabila pasangan matawang seperti GBP/USD bergerak 100 pips daripada 1.9500 kepada 1.9600, matawang tersebut sebenarnya hanya bergerak sebanyak 1 sen sahaja! Sebab inilah perdagangan matawang haruslah dilakukan dalam amaun yang besar. Amaun besar membolehkan pergerakan harga tersebut menjadi keuntungan yang berlipat kali ganda melalui bantuan leverage. Apabila anda sedang berurusan dengan transaksi bernilai $100,000 USD, pergerakan harga matawang yang kecilsudah mampu memberi impak yang signifikan dalam mendapat keuntungan atau kerugian. 3.8.4 – Bagaimana Leverage Digunakan Dalam Pasaran Kewangan Bayangkan anda merupakan seorang pelabur yang berminat dalam forex dan mempunyai akaun dengan broker forex online. Broker anda menawarkan leverage kepada anda sebanyak 1:400. Leverage 1:400 ini juga boleh dikatakan sebagai leverage berdasarkan margin (margin-based leverage). Anda melaburkan amaun sebanyak $500 USD sebagai modal ke dalam akaun trading anda. Dengan bantuan leverage, anda boleh melakukan perdagangan dengan nilai maksimum
68 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 sebanyak $200,000 USD (500 USD x 400). Amaun ini sudah pasti akan naik turun berdasarkan untung dan rugi yang anda dapat. Contoh 1: Jual Euro / Beli USD (Short EURUSD) Amaun trade = EUR 100,000 (bersamaan 1 lot) Katakan anda melakukan perdagangan seperti di atas apabila kadar pertukaran adalah 1 EUR = 1.3600 USD (EUR/USD = 1.36). Anda membuat keputusan untuk menjual matawang Euro kerana analisa anda menandakan bahawa ia akan jatuh dalam masa terdekat. Leverage: Leverage sebenar yang anda gunakan untuk posisi perdagangan ini adalah sebanyak 1:272 (USD 136,000 / USD 500 = 272). Nilai Pip: Disebabkan matawang Euro disebut harga dalam USD, setiap pip adalah bersamaan 1% atau 0.01 amaun yang didagangkan bagi matawang asas (base currency iaitu Euro). Pip bagi pair EURUSD bermula daripada titik perpuluhan yang keempat. Nilai setiap pip adalah dalam USD oleh kerana USD adalah quote currency (matawang yang disebut harga). Dalam contoh ini, disebabkan kita berdagang 1 lot atau bersamaan €100,000 Euro, setiap pip adalah bernilai $10
69 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 USD. (Jika amaun yang didagangkan adalah €1 juta Euro atau bersamaan 10 lot, setiap pip akan bernilai $100 USD). Stop-loss: Sekiranya anda meletakkan stop-loss (SL) sebanyak 50 pip, ini bermakna jika harga mengenai SL anda, anda akan mengalami kerugian sebanyak $500 USD ($10 USD x 50 pips). Profit / Loss: Dalam trade ini, analisa anda adalah tepat oleh kerana matawang Euro jatuh ke paras EUR 1 = USD 1.34000 dalam masa beberapa hari sahaja. Anda pun menutup posisi anda dan mendapat untung sebanyak 200 pips (1.36000 – 1.34000), ataupun sebanyak $2,000 USD (200 pips x 10 USD/pip). Matematik Forex: Dalam terma konvensional, anda sebenarnya menjual €100,000 Euro dan mendapat $136,000 USD daripada jualan matawang Euro tersebut. Apabila anda menutup posisi, anda membeli semula Euro yang anda telah jual pada kadar yang lebih murah iaitu USD 1.3400 bagi 1 Euro. Anda membayar $134,000 USD untuk mendapatkan 100,000 Euro. Perbezaan 2000 USD ($136,000 - $134,000) tersebut mewakili untung anda. Kesan Leverage: Dengan menggunakan leverage, anda baru sahaja mendapatkan untung sebanyak 400% daripada pelaburan 500 USD anda! Ekuiti anda dalam akaun kini berjumlah $2,500 USD.
70 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 Bagaimana pula jika anda tidak mempunyai sebarang leverage? Tanpa leverage dan sekiranya anda hanya mempunyai $500 USD dalam akaun anda, anda tidak akan dapat masuk apa-apa posisi sekalipun anda menggunakan lot sebesar 0.01. Ini kerana 0.01 lot = 1,000 unit atau minimum $1,000 USD dalam akaun anda. NOTA
71 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 Contoh 2: Jual USD / Beli JPY (Short USDJPY) Amaun Trade = $200,000 USD (bersamaan 2 lot) Mendapat untung sebanyak 400% atau empat kali ganda daripada pelaburan anda membuatkan anda berasa lebih teruja untuk terus berdagang. Kini, anda mengalihkan pandangan anda kepada Japanese Yen (JPY). Dalam contoh ini: 1.0000 USD = 100.00 JPY. Bagi pair USDJPY, USD adalah matawang asas (base currency) manakala JPY adalah matawang yang disebut harga (quote currency). Analisa anda memberi petanda bahawa JPY akan menguat berbanding USD, jadi anda menjual USD dan membeli JPY (dalam erti kata lain, anda short USDJPY) pada amaun $200,000 USD (atau bersamaan 2 lot). Kejayaan trade anda yang pertama memberi keyakinan kepada anda untuk berdagang amaun yang lebih besar oleh kerana anda kini mempunyai $2,500 USD sebagai margin dalam akaun anda. Walaupun jumlah $200,000 USD lebih besar daripada trade pertama anda, anda boleh selesa dengan pengetahuan bahawa jumlah yang anda dagangkan ini masih jauh dengan nilai
72 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 maksimum yang anda boleh dagangkan (berdasarkan leverage 1:400) iaitu $1,000,000 USD (atau bersamaan 10 lot). Leverage: Nisbah leverage anda untuk trade ini adalah 1:80 (200,000 USD / 2500 USD). Nilai Pip: Dalam matawang JPY, pip bermula daripada 2 tempat selepas titik perpuluhan. Jadi nilai setiap pip dalam trade ini bernilai 1% daripada matawang asas yang dinyatakan dalam yen iaitu 2,000 yen. Stop-loss: Anda meletakkan stop-loss (SL) untuk perdagangan ini pada paras 101.00 yen atau sebanyak 100 pips. Ingat, anda sedang membeli yen dan menjual USD, bermakna anda mahu yen untuk meningkat nilainya berbanding USD. Jika pasaran bergerak bertentangan dengan analisis anda dan mengenai SL, kerugian anda adalah sangat besar: 100 pips x 2000 yen per pip = JPY 200,000 / 101 = $1,980.20 USD. Profit / Loss: Malangnya, berita bencana alam menyebabkan JPY melemah, dan harga telah bergerak dan mengenai SL hanya sehari selepas anda membuat perdagangan. Kerugian anda adalah sebanyak $1,980.20 USD seperti yang diterangkan di atas. Matematik Forex: Dalam terma konvensional, kiraannya adalah seperti ini:
73 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 Posisi pembukaan: Jual $200,000 USD pada harga 1 USD = 100 JPY. Jadi $200,000 USD adalah 20 juta JPY. Posisi tutup: Stop-loss bermakna $200,000 USD pada kadar 1 USD = 101 JPY iaitu sebanyak 20.2 juta JPY. Perbezaan sebanyak 200,000 JPY adalah rugi bersih anda, dan berdasarkan kadar pertukaran 101 yen bagi 1 USD, rugi anda adalah $1,980.20 USD Kesan Leverage: Dalam contoh yang kedua ini, penggunaan leverage membesarkan kerugian anda dan menyebabkan akaun anda rugi 79%!! Baki akaun anda kini hanyalah sebanyak $519.80 USD. Seperti yang anda dapat lihat, hanya dengan satu posisi perdagangan, anda sudah kehilangan 79% peratus daripada keseluruhan modal akaun anda. Di sinilah datangnya terma pedang dua mata yang disebutkan pada awal bab ini. Leverage mempunyai potensi untuk membesarkan untung DAN rugi dengan skala yang sama. Lebih besar leverage yang dikenakan ke atas modal anda, lebih besar risiko yang anda akan tanggung.
74 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 NOTA
75 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 3.8.5 – Tips apabila Menggunakan Leverage Memang benar, situasi mendapatkan untung yang besar dengan penggunaan duit yang minima memang sangat menggoda, namun anda perlu ingat, penggunaan leverage yang terlalu tinggi tanpa melihat kepada ekuiti akaun boleh menyebabkan anda gagal mengawal emosi, berasa tidak tenang jika floating serta mampu membuatkan anda tidak mampu untung secara konsisten. Anda boleh praktikkan beberapa langkah berjaga-jaga ini untuk membantu anda mengurangkan risiko menggunakan leverage. 1) Tetapkan Had Kerugian Anda Jika anda ingin mendapatkan keuntungan yang besar dalam forex, pertama, anda haruslah belajar bagaimana untuk memastikan kerugian anda adalah kecil. Tetapkan kerugian anda dalam lingkungan yang anda boleh kawal. Jika tidak, ia mungkin berkembang di luar kawalan anda dan boleh mengecilkan ekuiti anda dengan pantas. 2) Gunakan Hentian Strategik Hentian strategik seperti breakeven (BE) dan stop-loss (SL) adalah penting terutamanya dalam pasaran forex yang bergerak tanpa henti sepanjang Isnin hingga Jumaat. BE dan SL bukan sahaja boleh digunakan untuk memastikan risiko kerugian berada dalam kawalan, ia juga boleh digunakan untuk melindungi keuntungan anda.
76 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 3) Jangan Terlalu Mengikut Emosi Jangan cuba keluar dari posisi yang anda sedang rugi dengan menggandakan atau menambah posisi lain di atasnya. Kerugian trading yang besar kebiasaannya berlaku apabila seseorang trader tidak mahu menerima kerugian, sebaliknya menambah posisi dengan harapan ingin memulihkan keadaan. Malangnya, apa yang berlaku kebanyakan masa adalah posisi yang sedang floating itu kini menjadi lebih besar sehingga menyebabkan akaun terus stop out. Mungkin anda pernah mengalami situasi tersebut dan berjaya keluar daripada senario sebegitu, namun adalah lebih baik untuk rugi tetapi akaun anda masih hidup, supaya anda dapat meneruskan trade di waktu lain daripada menggunakan teknik harapan yang selalunya berakhir dengan kekecewaan. Walaupun leverage yang tinggi mampu menggandakan keuntungan dan juga risiko anda, dengan mengetahui apa yang anda lakukan, maka leverage adalah satu instrumen yang sangat berguna dalam membantu anda mendapatkan untung yang banyak dalam perdagangan forex.
77 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 3.9 – Swap & Rollover 3.9.1 – Apa itu Swap dalam Forex? Tahukah anda, setiap matawang mempunyai kadar faedah yang telah ditetapkan oleh bank pusat negara tersebut. Sebagai contoh, setakat Mei 2019, Bank Negara Malaysia (BNM) telah meletakkan kadar faedah semalaman (overnight interest rate atau overnight policy rate) bagi Ringgit Malaysia (MYR) sebanyak 3.00% [13] . Begitu juga dengan matawang yang lain. Semuanya mempunyai kadar faedah seperti yang ditetapkan oleh bank pusat masing-masing. Jadi bagaimana kadar faedah ini akan memberi kesan dalam forex? Di sinilah datangnya terma swap. Swap adalah merupakan bayaran faedah yang dibayar atau dikenakan kepada anda pada akhir hari trading. Di Malaysia, ini
78 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 bermakna, sekiranya anda mengekalkan posisi buy/sell selepas jam 5 pagi (6 pagi jika ada daylight saving), maka posisi anda akan dikenakan swap. Dalam trading, anda akan mendapat faedah daripada matawang yang anda beli manakala anda akan dikenakan faedah bagi matawang yang anda jual. Seperti contoh, jika anda buy pair USDJPY, ini bermakna anda akan mendapat faedah daripada matawang USD, dan anda akan dikenakan faedah bagi matawang JPY. Jika faedah yang anda dapat adalah lebih tinggi daripada faedah yang anda bayar, ini bermakna, nilai swap yang anda akan dapat lihat di MT4 anda adalah positif. Namun jika faedah yang anda dapat lebih rendah daripada faedah yang anda bayar, maka swap anda adalah negatif. Jadi, nilai sesuatu posisi anda boleh bertambah atau berkurang selepas ditambah nilai swap anda. Namun sekiranya anda membuka sesuatu posisi dan menutupnya pada hari yang sama, maka posisi tersebut tidak akan dikenakan sebarang faedah atau swap.
79 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 Figure 18: Swap long & short pada pair GBPAUD. Dalam gambar di atas, anda dapat melihat jika anda long posisi GBPAUD, maka swap akan dikenakan kepada anda dalam 2 pips. Namun jika anda short posisi GBPAUD, anda akan diberikan swap dalam 0.7 pips. Figure 19: Contoh swap yang dikenakan ke atas posisi yang dibuka.
80 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 Trader yang mahu mendapatkan untung melalui kaedah trading sebegini dikenali sebagai carry trader. 3.9.2 – Rollover Rate Rollover rate adalah kadar swap yang dikenakan atas proses memanjangkan tarikh penyelesaian (settlement) sesuatu posisi (iaitu tarikh di mana trade yang dilakukan harus diselesaikan). Pasaran trading membenarkan dua hari bekerja untuk menyelesaikan semua trade secara spot yang bermaksud penghantaran matawang secara fizikal. Walaubagaimanapun, dalam margin trading, penghantaran secara fizikal ini tidak ada. Jadi kesemua posisi haruslah ditutup pada penghujung hari (5 pagi GMT +8) dan dibuka pada hari trading yang seterusnya. Ini mengakibatkan sebarang penyelesaian atau settlement terpaksa dianjakkan selama satu hari trading lagi. Strategi ini dipanggil sebagai rollover. Realitinya, broker tidaklah menutup dan membuka semula posisi yang anda ada tetapi apa yang berlaku adalah posisi tersebut akan didebit/dikreditkan pada hari trading yang berikutnya. Nota: 1) Trade secara spot adalah seperti anda menukarkan wang anda di money changer. 2) Margin trading adalah apa yang kita lakukan apabila kita trade bersama broker. Anda hanya perlukan sedikit sahaja margin untuk
81 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 masuk transaksi yang mempunyai nilai besar disebabkan bantuan leverage. 3.9.3 – Bolehkah Anda Membuat Wang Melalui Swap dalam Trading? Sudah tentu boleh! Jika anda berminat untuk menjadi carry trader, langkah pertama adalah anda perlu mencari pasangan matawang forex yang mana salah satu matawang memberikan pulangan yang tinggi manakala satu lagi matawang memberi pulangan yang rendah. Contoh matawang yang memberikan pulangan yang rendah adalah Japanese Yen (JPY), Swiss France (CHF) dan juga Euro (EUR). Matawang yang memberi pulangan tinggi pula termasuklah United States Dollar (USD), Australian Dollar (AUD) dan juga New Zealand Dollar (NZD). Carry trader yang berpengalaman boleh juga melihat matawang yang eksotik seperti South African Rand (ZAR). Kebiasaannya, matawang eksotik mempunyai kadar faedah yang tinggi. Mari kita ambil contoh pasangan matawang Euro dan Australian Dollar (EURAUD). Kadar faedah bagi matawang Euro adalah pada 0%[14]manakala kadar faedah bagi matawang Australian Dollar adalah pada 1.5% [15]. Ini bermakna, sekiranya anda membeli AUD dan menjual EURO – bermakna anda short EURAUD – anda akan mendapat faedah/swap sebanyak 1.5% jika anda kekalkan posisi tersebut selama setahun.
82 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 Mudah bukan? Malangnya, ia tidaklah semudah itu. Tiada gunanya sekiranya anda mendapat 1 pip sehari hasil daripada swap tetapi pair tersebut bergerak dalam arah bertentangan sebanyak 100 pips / seminggu. Jadi, jika anda mahu trade pair EURAUD secara carry, lebih baik anda tunggu sehingga pair tersebut berada dalam downtrend, jual pair tersebut dan kekalkan posisi tersebut selama mana ia berada dalam arah downtrend. Anggaplah swap ini sebagai bonus atau insentif untuk anda mengekalkan trade tersebut secara jangka masa panjang (atau sebagai satu penghalang sekiranya swap anda negatif). 3.9.4 – Polisi Rollover Broker Seperti yang diceritakan pada awal bab ini, kadar rollover atau caj swap ini akan dikenakan kepada semua posisi yang kekal selepas jam 5 pagi GMT +8. Walaupun pasaran forex tutup pada hari Sabtu dan Ahad, bank sebenarnya masih mengira faedah terhadap posisi yang masih kekal sepanjang hari minggu. Jadi kebiasaan broker di seluruh dunia mengaplikasikan 3 hari rollover pada hari Rabu [16] . Ini bermaksud, posisi yang dikekalkan dari hari Selasa kepada hari Rabu, posisi tersebut akan dikenakan rollover sebanyak 3 kali.
83 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 3.9.5 – Pengiraan Rollover Setiap perdagangan matawang adalah berdasarkan meminjam satu matawang untuk membeli matawang yang lain. Faedah diberikan ke atas matawang yang dibeli dan dibayar ke atas matawang yang dipinjam. Sebagai contoh, katakan kadar faedah di Jepun adalah 0.25% p.a. dan kadar faedah di US adalah 2.5%. Jika anda membeli USDJPY pada harga 118.50 dengan saiz lot sebesar 1.00, anda akan menerima faedah sebanyak 2.5% setahun untuk USD anda dan anda perlu membayar 0.25% setahun untuk JPY yang anda pinjam. Formula untuk mengira rollover adalah seperti berikut: Rollover = Saiz lot x (Kadar Faedah anda dapat – Kadar faedah anda bayar) / 365 hari Ini bermakna, dengan posisi yang terbuka anda akan menerima 6.16 USD setiap hari [100,000 x (2.5% - 0.25%)/365]. Amaun ini akan dikreditkan ke dalam akaun anda dan adalah bersamaan 0.73 pips setiap hari [118.50 x (2.5%-0.25%) / 365]. Sebaliknya, jika anda mempunyai posisi short USDJPY, maka anda akan kehilangan 6.16 USD setiap hari. Kadar rollover ini boleh memberi profit atau loss tambahan kepada anda.
84 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 3.9.6 – Adakah Swap Dibenarkan Dalam Islam? Haa, satu persoalan yang menjadi tanda tanya bagi trader Islam di Malaysia dan penting untuk kita semua fahami. Kita tahu swap adalah kadar faedah yang dibayar kepada kita dan kadar faedah yang perlu kita bayar. Adakah kita boleh ambil wang daripada faedah? Jawapannya adalah tidak. Jadi apa yang anda boleh lakukan untuk mengelak caj swap adalah mencari akaun yang tiada swap (swap-free) untuk berdagang. Atau, anda juga boleh memastikan tiada posisi trading yang kekal sehingga memasuki hari trading baru (selepas jam 5 pagi) jika anda menggunakan akaun yang mempunyai swap. Pastikan anda memahami kesemua terma dan syarat yang dinyatakan oleh broker apabila berdagang dengan mana-mana broker. Jangan main terjah sahaja dalam semua perkara. Ambil masa dan fahami apa yang perlu supaya anda dapat pengalaman trading yang terbaik.
85 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 NOTA
86 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 3.10 – Trading Style Mari kita lihat pula stail umum trading yang digunakan oleh pedagang-pedagang forex. Kesemua stail boleh digunakan dan semuanya mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Tidak ada satu stail pun yang dikira “salah.” Ia bergantung kepada trader itu sendiri yang mahu menggunakan stail yang mana. Terdapat 4 stail umum trading iaitu: 1. Scalping Trading 2. Intraday Trading 3. Swing Trading 4. Position Trading
87 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 Mari kita kaji jadual di bawah ini. Stail Tempoh masa Time frame Kelebihan Kekurangan Scalping Sangat singkat (1 minit sehingga sejam) M1, M5, M15 1) Sangat cepat untuk mendapatkan profit 2) Boleh dibuat berulang kali dalam sehari 3) Risiko loss yang kecil 1) Pips yang sedikit 2) Perlu sentiasa melihat chart 3) Stress 4) Loss boleh menjadi besar sekiranya terlalu banyak posisi dan saiz lot tidak dikawal Intraday Singkat (dalam hari yang sama) M5, M15, M30, H1 & H4 1) Lebih relaks berbanding scalping 1) Sukar untuk mendapat posisi entri yang sesuai 2) Tidak terlalu banyak
88 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 2) Sesuai untuk part time trader 3) Pips yang lebih banyak berbanding scalping pips berbanding swing dan position trading. Swing Lama (harian atau mingguan) M30, H1, H4, Daily & Weekly 1) Lebih relaks berbanding intraday 2) Sesuai untuk part time trader 3) Boleh mencecah sehingga ratusan pips 1) Perlu menunggu lama untuk mendapat profit 2) Memerlukan margin yang tinggi 3) Risiko loss yang tinggi Position Sangat lama (bulanan atau tahunan) Daily, Weekly & Monthl y 1) Sangat relaks 2) Sangat sesuai untuk 1) Perlu menunggu sangat lama untuk
89 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 part time trader 3) Boleh mencecah sehingga ribuan pips mendapatkan profit 2) Memerlukan margin yang lebih tinggi 3) Risiko loss yang sangat tinggi 3.10.1 – Scalping Scalping adalah satu stail trading yang sangat aktif yang mana anda memasuki sesuatu trade itu dalam tempoh masa yang sangat singkat iaitu dalam lingkungan beberapa minit sehingga sejam. Kebiasaannya scalping ini dilakukan hanya untuk mencari pips yang sedikit sahaja dalam lingkungan 5-20 pips. Timeframe yang digunakan untuk scalping kebiasaannya adalah timeframe M1, M5 dan M15, berpatutan dengan masa trade yang singkat. Disebabkan cara trade ini dilakukan dalam masa yang singkat, stail ini boleh memberikan anda profit dengan pantas sekiranya dilakukan berulang-ulang kali dalam hari yang sama. Dengan teknik yang betul serta posisi yang banyak, anda berpotensi
90 Hak Cipta Terpelihara AAT 2019 untuk mendapatkan keuntungan yang sangat banyak walaupun satu posisi hanya memberikan 10-20 pips sahaja. Namun anda perlu ingat, semakin anda ghairah untuk memasuki banyak posisi dalam satu masa yang sama, semakin besar risiko kerugian yang anda boleh alami terutamanya sekiranya anda tidak mengawal saiz lot anda. Jika modal anda kecil, akaun anda mungkin tidak mampu menampung loss-loss kecil yang berlaku berulang kali. Selain itu, stail ini juga memerlukan anda untuk sentiasa melihat chart dan berpotensi membuatkan anda sangat stress jika anda mengalami loss. Secara umum, trading secara scalping kebiasaannya dilihat sebagai sangat berisiko kerana ia bergantung kepada peratusan menang yang tinggi. 3.10.2 – Intraday Trading atau Day Trading Intraday trading adalah memasuki dan keluar sesuatu posisi itu pada hari pasaran yang sama. Trading secara intraday dianggap sebagai sesi utama trading di mana kebanyakan aktiviti pasaran berlaku. Trading secara intraday kebiasaannya menggunakan timeframe seperti M5, M15, M30, H1 dan ada juga yang menggunakan H4. Dalam intraday, potensi pips anda adalah daripada puluhan pips dan boleh mencecah sehingga ratusan pips bagi setiap posisi, bergantung kepada kelajuan pair yang anda trade dan