MANUAL PENGURUSAN KV BACHOK’20
KOLEJ VOKASIONAL BACHOK
KOD KOLEJ : DHA0001
E-MEL : [email protected]
: [email protected]
TEL. : 09-7783834, 09-7532290
FAKS : 09-7783835, 09-7532294
KV BACHOK NO. 1 — 1
MANUAL PENGURUSAN KV BACHOK’20
Sekapur Sireh Seulas Pinang
Bismilahirahmanirahim...
اَل َّس ََل ُم َع َل ْي ُك ْم َو َر ْح َمةُ اللهِ َوبَ َر َكا تُه
Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. dengan izinNya Manual Pengurusan Kolej Vokasional
Bachok 2020 dapat disediakan untuk tatapan warga kolej sebagai satu sumber maklumat. Tahniah dan
syabas kepada Jawatankuasa Manual Pengurusan Kolej yang telah bertungkus-lumus menyiapkan
manual pengurusan ini sebagai satu sumber dokumentasi yang bermanfaat kepada semua warga kolej.
Apa yang saya harapkan agar kita semua diberi kerahmatan dan kekuatan untuk bersama-sama
melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan.
Besar harapan saya untuk tahun 2020 ini agar semua warga KV Bachok membuka lembaran
dan berazam dengan menanam bertekad dan hasrat untuk mengorak langkah ke arah yang lebih baik
bagi mencipta kecemerlangan dan melakar kejayaan. Perkara paling penting untuk kita realisasikan
hasrat dan impian yang murni dalam usaha meletakkan KVB sebagai kolej vokasional yang disegani
adalah dengan memulakan satu perancangan untuk membina sebuah kekuatan. Kekuatan organisasi
yang memerlukan komitmen dan kerjasama semua pihak. Aktiviti-aktiviti kolej akan dapat kita
realisasikan jika semua warga KV Bachok pamerkan wibawa, dan kerjasama yang padu untuk
meletakkan “KV Bachok Nombor 1”. Hanya yang terbaik kita inginkan dan hanya yang terbaik juga kita
harapkan.
Buku Manual Pengurusan ini mengandungi garis panduan dan agihan tugas warga pendidik KV
Bachok dan ahli kumpulan pelaksana (AKP) serta takwim kolej 2020. Dengan harapan buku manual ini
dapat dijadikan panduan dan rujukan untuk melaksanakan tugas masing-masing dengan lebih baik dan
sistematik. Saya amat berharap semua pensyarah bekerja dalam situasi profesional. Hindarkan
daripada amalan dan budaya kerja negatif yang boleh menjejas kualiti kerja kita. Produktiviti harus kita
jaga, kerana budaya dan nilai kerja yang positif melambangkan kekuatan diri dan organisasi warga KV
Bachok.
Buku Manual ini juga adalah sebagai titik mula kerja buat kita sepanjang tahun 2020. Perkara
berkaitan dengan pengurusan akademik, pengurusan HEM dan pengurusan kokurikulum perlu kita
caknakan. Hal yang berkaitan dengan PdPc, asrama, bengkel, disiplin dan sukan perlu
penambahbaikan dan peningkatan dari semasa ke semasa. Saya yakin dan percaya warga KV Bachok
adalah warga yang berwibawa dan cakna dalam setiap tugas yang dipertanggungjawabkan.
Akhir kalam, saya ingin mengajak semua warga KV Bachok berganding bahu, berkerja bersama
saya berusaha untuk bersama-sama merealisasikan hasrat dan impian untuk meletakkan “KV Bachok
Nombor 1”. Bertekad dan berazam untuk menjadi pendidik yang amanah dengan tanggungjawab.
Harapan saya, semoga Kolej Vokasional Bachok dapat melahirkan pelajar berketerampilan dan
kompeten dalam bidang kemahiran. Kerjasama dan sokongan semua pihak diharap dapat
merealisasikan hasrat dan impian bahawa KV Bachok juga merupakan salah satu institusi Pendidikan
Vokasional yang disegani. Berkat kerjasama kita semua, KV Bachok telah berjaya mendapat
pengiktirafan MQA bagi kursus Rekaan Fesyen dan Kosmetologi. Seterusnya untuk tahun 2020 juga
saya amat mengharapkan komitmen dan kerjasama warga KV Bachok untuk mendapatkan pengiktirafan
MBOT bagi kursus Kejuruteraan Elektronik.
Insya Allah...
KV BACHOK NO. 1 — 2
MANUAL PENGURUSAN KV BACHOK’20
MAKLUMAT PERIBADI
Nama :
Alamat Rumah : No. KP :
Tarikh Lahir :
No. Telefon :
PERKHIDMATAN
Jawatan : Gred :
Tarikh Lantikan Pertama : Tarikh Disahkan :
Lantikan Sekarang : Tarikh Skim Pencen :
Laporan Harta : Sudah / Belum Tarikh Diluluskan :
Kelulusan Akademik : No. Fail Diri Sek :
Kelulusan Ikhtisas : No. Fail Diri Jab :
Tarikh Pergerakan Gaji : No. Gaji :
MAKLUMAT - MAKLUMAT LAIN
No. Passport : No. Kwsp :
No. Cukai Pendapatan :
MAKLUMAT WARIS ATAU TALIAN UNTUK KECEMASAN
Waris
Nama
Alamat
No. Telefon
KV BACHOK NO. 1 — 3
MANUAL PENGURUSAN KV BACHOK’20
TUGAS & JAWATANKUASA 2020
BIDANG JAWATAN / TUGAS
PENGURUSAN PENTADBIRAN &
PENGURUSAN AKADEMIK
SOKONGAN AKADEMIK &
KOKURIKULUM
PENJAMINAN KUALITI
TUGAS-TUGAS KHAS &
KEGIATAN SUMBANGAN LUAR
TUGAS RASMI
KV BACHOK NO. 1 — 4
MANUAL PENGURUSAN KV BACHOK’20
KANDUNGAN
KATA-KATA ALUAN PENGARAH..…………………………………………………………………………………………. 7
MAKLUMAT PERIBADI ………………………………………………………………………………………………………… 8
TUGAS DAN JAWATANKUASA 2020 ……………………………………………………………………………………. 9 - 12
BAB 1 : INFO UMUM DAN PROFIL KOLEJ 12
14
Falsafah Pendidikan Kebangsaan & Visi Misi Kementerian Pendidikan 15 - 17
Visi dan Misi Bahagian Pendidikan Latihan Teknik dan Vokasional 18
Pelan Pendidikan Transformasi Negara 21
Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Vokasional 21
Lapan Prinsip Pengurusan Kualiti BPLTV 22
Surat Edaran KPM 23
Modal Insan TVET dan Asas Pertimbangan 26
Pengertian Logo KVB 27 - 55
Brand Vision 56 - 63
Lagu Kolej 64 - 69
Program Yang Ditawarkan di KVB
Pelan Kawasan Kolej Vokasional Bachok 71
Senarai Bidang Tugas Pengurusan dan Pentadbiran 72
Carta Organisasi 73
Senarai Penjawat Staf Akademik dan Staf Sokongan 74
BAB 2 : TAKWIM PERANCANGAN 75 - 78
Kalender 2020 79 - 86
Penggal Persekolahan 2020 87 - 88
Jadual Pembayaran Gaji Bulanan
90 - 98
Cuti Am & Negeri Kelantan
100 - 109
Takwim Pengajian Akademik
Takwim Perancangan KV Bachok 111 - 123
Jadual Bertugas Pensyarah
BAB 3 : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 125 - 128
Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran
131 - 147
BAB 4 : PENGURUSAN AKADEMIK 149 - 152
Jawatankuasa Pengurusan Akademik 154 - 155
157 - 161
BAB 5 : PENGURUSAN SOKONGAN AKADEMIK
Jawatankuasa Pengurusan Sokongan Akademik
BAB 6 : PENJAMINAN KUALITI
Jawatankuasa Jaminan Kualiti
BAB 7 : LAMPIRAN
Rujukan MQA dan OBE
Prosedur Salah Laku Pelajar
Etika dan Bidang Tugas Pensyarah
Garis Panduan Staf Akademik Kolej Vokasional
KV BACHOK NO. 1 — 5
MANUAL PENGURUSAN KV BACHOK’20
INFO UMUM
&
PROFIL KOLEJ
BAB 1
KV BACHOK NO. 1 — 6
MANUAL PENGURUSAN KV BACHOK’20
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan
ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan.
MISIUsaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan Warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
VISI DAN MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk
membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi
negara
KV BACHOK NO. 1 — 7
MANUAL PENGURUSAN KV BACHOK’20
BAHAGIAN PENDIDIKAN
LATIHAN TEKNIK & VOKASIONAL
VISI DAN MISI BPLTV
VISI
Peneraju Pendidikan
Teknikal dan Vokasional yang Unggul
MISI
Memperkasakan Pendidikan Teknikal
dan Vokasional Melalui Pelaksanaan
Program yang Berkualiti
TRANSFORMASI
PENDIDKAN VOKASIONAL
Transformasi Pendidikan Vokasional
merupakan usaha merekayasa (reeginneering)
sistem pendidikan vokasional sedia ada sehingga
terbina sistem pendidikan vokasional baharu
yang dapat menyumbang kepada agenda
tranformasi Malaysia sebagai negara
berpendapatan tinggi.
KV BACHOK NO. 1 — 8
MANUAL PENGURUSAN KV BACHOK’20
LATAR BELAKANG _TRANSFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONAL (TPV)
LATAR BELAKANG _TRANSFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONAL (TPV)
Objektif Model Konsep TPV …bagi
Mengoptimumkan Ekonomi memastikan sijil
potensi murid dengan Pendapatan atau diploma
memberi akses pendidikan Tinggi yang bakal
TVET yang berkualiti dan
menjadi pilihan utama Usahawan Pelajar Sepanjang Hayat dianugerahkan KV
pendidikan bagi mencapai Berdaya Saing
ekonomi berpendapatan TRANSFORMASI Pekerja Mahir Bertauliah setaraf dengan
tinggi. Modal Insan PENDIDIKAN dan Berwatak
Berjati Diri VOKASIONAL Profesional sijil atau diploma
yang dianugerahkan
oleh pemberi
pendidikan
vokasional yang lain
dan diiktiraf
oleh industri.
TPV mengubah lanskap sistem Struktur KV
pendidikan negara
Usia Persijilan
(Tahun)
TRANSFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONAL Sambung 16-17 Sijil Vokasional
Pembelajaran Sepanjang Hayat Pengajian Malaysia (SVM)
Bekerja 18-19 Diploma
Vokasional
Belajar 20 Malaysia
OJT (5 bln) (DVM)
KV BACHOK NO. 1 — 9
MANUAL PENGURUSAN KV BACHOK’20
12
OUTCOME DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN KV
Kebolehpasaran Graduan KV
Outcome KV Kohot / Bil. Kebolehpasaran Peratus
Tahun Graduan Kebolehpasaran
Tenaga kerja mahir Bekerja Sambung Usahawan
Sambung Pengajian Pengajian
Tekno Usahawan 1 / 2016 2,273 1,957 73 243 100%
(86%) (3%) (11%)
2 / 2017 12,803 11,523 248 580 96.47%
(90.0%) (1.93%) (4.53%)
3 / 2018 13,741 9,030 1,144 1,437 84.50%*
(65.71%) (8.33%) (10.46%)
* Data pada 15 Mac 2019 (5 bulan selepas konvokesyen)
KV BACHOK NO. 1 — 10
MANUAL PENGURUSAN KV BACHOK’20
CHALLENGES Industry 4.0
1. Internet of things Digital Transformation
2. Cloud Computing Social Transformation
3. Autonomous Robots
4. Simulation “ …We are at the beginning of a revolution that is
5. Big Data Analytics fundamentally changing the way we live, work and relate to
6. Cybersecurity one another..”
7. Augmented Reality
8. Additive Manufacturing
9. System Integration
10. Artificial Intelligence
11. Advanced Manufacturing
Klaus Schawb, 2016 4
Executive Chairman
World Economic Forum
RANGKA KERJA TVET 4.0 (2018-2025)
ENAM TERAS
• Graduan TVET berkualiti (Industry fit graduates)
• Governans responsif dan mampan (Coordinated and optimised
resources)
• Bakat didorong teknologi ( Trainers with industrial experience)
• Sistem pendidikan TVET (Dynamic, Organic, Fluid and Agile)
• Kolaborasi industry & Komuniti (1 warga, 1 kemahiran)
• Penyelidikan dan gunaan (Pusat kemahiran Komuniti)
KV BACHOK NO. 1 — 11
MANUAL PENGURUSAN KV BACHOK’20
RANGKA KERJA TVET 4.0 (2018-2025)
ANTARA INISIATIF DIRANCANG:
• Melaksanakan program kebolehpasaran graduan berimpak tinggi
• Melaksanakan program keusahawanan 4IR
• Mewujudkan incubator keusahawanan 4IR
• Mempromosi dan membudayakan warga global
• Menyediakan infrasturktur 4IR
• Melaksanakan program pengayaan pengalaman di industri
• Memperluas jaringan kolaborasi dengan industri 4IR
• Kerjasama dengan agensi kerajaan yang mendepani 4IR
• Mengadaptasi 4IR kepada komuniti
KV BACHOK NO. 1 — 12
MANUAL PENGURUSAN KV BACHOK’20
MOTO BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
PERFORMANCE
Mempertingkatkan pencapaian dan prestasi pelajar pendidikan teknik dan
P vokasional dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum ke tahap yang seimbang
dan cemerlang.
RESPECTABILITY
R Melahirkan pelajar pendidikan teknik dan vokasional yang aktif dan
berpandangan positif terhadap pendidikan am dan pendidikan teknik dan
vokasional supaya seluruh masyarakat dan institusi pendidikan teknik dan
vokasional diberi pengiktirafan sewajarnya.
IMAGE
I Meningkatkan imej dan usaha institusi pendidikan teknik dan vokasional di mata
masyarakat dengan mendidik pelajar berdisiplin, berakhlak mulia dan berhemah
tinggi berlandaskan kepercayaan dan ketaatan kepada maha pencipta.
MANPOWER
M Membantu melahirkan tenaga kerja yang mahir, boleh berdikari serta mempunyai
etika dan sikap kerja yang baik bagi memenuhi keperluan negara untuk
mencapai wawasan 2020.
EXPECTATION
E Memenuhi aspirasi dan hasrat masyarakat, bangsa dan negara ke arah
melahirkan generasi insan yang produktif dan bersepadu.
KV BACHOK NO. 1 — 13
MANUAL PENGURUSAN KV BACHOK’20
LAPAN PRINSIP PENGURUSAN BERKUALITI BPLTV
1. TUMPUAN KEPADA PELANGGAN
Pelanggan merupakan sebab wujud sesebuah organisasi. Kehendak semasa dan masa
depan pelanggan perlu difahami organisasi. Oleh itu, organisasi perlu dapat melebihi harapan
pelanggan.
2. KEPIMPINAN
Pengurusan atasan perlu mewujudkan kesepakatan dalam memandu organisasi mencapai
matlamat pewujudannya serta menilai semula sistem pengurusan kualiti bagi memastikan
ianya masih sesuai dan berkesan.
3. PENGLIBATAN ANGGOTA ORGANISASI
Semua anggota merupakan sumber penting kepada organisasi. Penglibatan dan
kompetensi anggota-anggota ini amat diperlukan untuk menyumbang kepada
peningkatan prestasi organisasi.
4. PENDEKATAN PROSES
Pendekatan proses bermaksud proses transformasi input kepada output. Hasil yang
dihasratkan iaitu output daripada proses transformasi ini akan dapat dicapai dengan lebih
cekap apabila aktiviti-aktiviti dan sumber-sumber yang terlibat diuruskan mengikut
pendekatan proses.
5. PENGURUSAN YANG MENGAMALKAN PENDEKATAN SISTEM
Pendekatan sistem bermakna semua proses yang ada hubung kait dikenal pasti dan
diuruskan dengan baik supaya objektif organisasi dapat dicapai dengan lebih berkesan dan
cekap.
6. PENAMBAHBAIKAN SECARA BERTERUSAN
Usaha-usaha penambahbaikan secara berterusan hendaklah menjadi objektif kekal
organisasi. Organisasi perlu merancang dan mengambil tindakan penambahbaikan secara
terusan ke atas sistem pengurusan sistem kualitinya. Tindakan ini boleh diambil berasaskan
dasar kualiti, objektif-objektif kualiti, hasil audit, penganalisisan ke atas data, tindakan
pembetulan dan pencegahan serta kajian semula pengurusan.
7. PENDEKATAN MEMBUAT KEPUTUSAN BERDASARKAN FAKTA
Keputusan-keputusan hendaklah berdasarkan kepada data dan maklumat yang tepat supaya
keputusan-keputusan ini berkesan.
8. HUBUNGAN DENGAN PELANGGAN UNTUK FAEDAH BERSAMA
Organisasi dan pelanggan saling bergantung antara satu sama lain. Hubungan yang baik
akan membawa faedah dan meningkatkan prestasi kedua-dua pihak.
KV BACHOK NO. 1 — 14
MANUAL PENGURUSAN KV BACHOK’20
KV BACHOK NO. 1 — 15
MANUAL PENGURUSAN KV BACHOK’20
KV BACHOK NO. 1 — 16
MANUAL PENGURUSAN KV BACHOK’20
SISTEM PENGAJIAN DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL KPM
KV BACHOK NO. 1 — 17
MODAL MANUAL PENGURUSAN KV BACHOK’20
INSAN
TVET C = (K * S * E) A
C • Competence
K • Knowledge
S • Skill
E • Experience
A • Attitude
Memperkasakan SVM, pelaporan
baharu SVM akan meningkatkan
tahap kelayakan lulusan SVM bagi
mengikuti program DVM anjuran
KPM
Kandungan KSKV telah disemak
semula dan ditambah baik agar
format pentaksiran, pengoperasian
dan pelaporan SVM dapat
disetarakan dengan SPM bagi
beberapa mata pelajaran tertentu
Format pelaporan baharu SVM
ditambah baik agar selaras dengan
keperluan pengiktirafan program
DVM oleh Agensi Kelayakan
Malaysia (MQA) dan Jabatan
Pembangunan Kemahiran (JPK)
KV BACHOK NO. 1 — 18
MANUAL PENGURUSAN KV BACHOK’20
KV BACHOK NO. 1 — 19
MANUAL PENGURUSAN KV BACHOK’20
KV BACHOK NO. 1 — 20
MANUAL PENGURUSAN KV BACHOK’20
PENGERTIAN LOGO
• Warna merah merujuk kepada kesediaan warga kolej untuk menghadapi
pelbagai cabaran semasa.
• Warna biru merujuk kepada warna kemahiran. Warna biru juga
melambangkan warna perpaduan dan kesepakatan warga kolej dalam
melahirkan kolej yang serba unggul dan disegani.
• Warna kelabu melambangkan tekad atau kemahuan yang bersungguh-
sungguh untuk mencapai kecemerlangan.
• Alur melambangkan ombak yang merujuk kepada identitI daerah Bachok
yang berada di pinggiran pantai. Empat jalur juga merujuk kepada 4 tahap
pensijilan iaitu tahap 1,2,3, dan 4.
• Roda bergerigi melambangkan bidang industri yang ditawarkan iaitu
bidang teknologi, hospitality, seni reka dan pengurusan perniagaan.
• Gabungan huruf–huruf K merujuk kepada perkataan “Kolej”, huruf V
merujuk kepada perkataan “Vokasional” dan B merujuk kepada perkataan
“Bachok”.
• Glob mengambarkan hasrat dan cita-cita kolej untuk mencapai pendidikan
industri yang bertaraf dunia.
• Gabungan antara glob dan roda bergerigi merujuk kepada bidang
MOTO
“”
KV BACHOK NO. 1 — 21
MANUAL PENGURUSAN KV BACHOK’20
Mendamba Kejayaan
Kolej Vokasional Bachok Tersohor Merata
Sinar Kecemerlangan, Harum Semerbak
Senyuman Warga, Semangat Melonjak
Tabah Mendamba Kejayaan…....
Berilmu, Berkemahiran Serta Berdaya Saing
Akhlak terpuji, Utuh Tersemat
Mendokong Cita-cita, Allah Berkati
Menjana… Aspirasi Negara…….
*Teman dan Rakan, Berganding Meredah
Pensyarah Penyuluh Jalan
Azimat Ibu bapa, Pendamping Setia,
Gigih berusaha ke Puncak Menara…..
*Pendidikan Berkualiti Kami Utamakan
Teras Teknologi Ilmu Dibudayakan
Kolejku Cemerlang… Terbilang……
*Corus (Rangkap 3 dan 4)
Kami Datang Dengan Harapan
Kami Pulang Dengan Kejayaan
Kami Datang Dengan Harapan
Kami Pulang… Dengan Kejayaan….
KV BACHOK NO. 1 — 22
MANUAL PENGURUSAN KV BACHOK’20
PROGRAM YANG DITAWARKAN DI
KOLEJ VOKASIONAL BACHOK
DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN
Program ini dibentuk bagi menyediakan pelajar dalam
bidang pemasaran, perakaunan, operasi, komunikasi,
keselamatan pekerja, keusahawanan dan etika serta
protokol perniagaan.
DIPLOMA SENI REKA FESYEN
Program ini menyediakan pelajar tentang jenis, klafikasi
dan alatan jahitan serta fabrik dan tekstil, memberi
pendedahan tentang aliran bagi pakaian yang berkualiti
serta bersesuaian dengan tema dan kegunaan pasaran
tempatan dan antarabangsa mengikut fesyen terkini.
DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRONIK
Program ini memberi penekanan kepada mentafsir dan
mengenal pasti simbol, kompenan dan lukisan skematik,
memahami, menguji dan mengira litar prinsip
kejuruteraan elektronik, pemasangan dan
penyelenggaraan sistem audio dan video, digital, elektronik
kuasa, sistem kawalan, sistem komunikasi dan industri
robotik.
DIPLOMA KOSMETOLOGI
Program ini mendedahkan pelajar kepada penjagaan dan
rawatan wajah dan anggota badan, penggayaan rambut,
seni solekan, refleksologi serta amalan kesihatan dan
kebersihan, pengurusan dan pengoperasian salon.
KV BACHOK NO. 1 — 23
MANUAL PENGURUSAN KV BACHOK’20
KV BACHOK NO. 1 — 24
MANUAL PENGURUSAN KV BACHOK’20
KV BACHOK NO. 1 — 25
MANUAL PENGURUSAN KV BACHOK’20
KV BACHOK NO. 1 — 26
MANUAL PENGURUSAN KV BACHOK’20
SENARAI BIDANG TUGAS
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
SENARAI TUGAS PENGARAH KOLEJ VOKASIONAL
GRED JAWATAN : PPPS DG52
BERTANGGUNG JAWAB KEPADA : PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN
TEKNIK DAN VOKASIONAL, KPM
1. Menentukan hala tuju kolej melalui pelaksanaan dasar-dasar dan matlamat Pendidikan
Vokasional KPM
- Melaksanakan dasar, falsafah, visi, misi, dan matlamat yang ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia dan Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional KPM.
2. Merancang, mengurus dan memantau pengurusan pendidikan dan latihan mengikut bidang
kurikulum dan program akademik KV.
- Mengajar sebilangan waktu yang ditetapkan mengikut pekeliling 3/67 1982 (Pindaan).
- Merancang dan memantau perancangan kurikulum mengikut kehendak KV.
- Memantau, menyelia dan menilai proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
- Memastikan pengurusan pentaksiran dan penilaian diuruskan dengan cekap.
- Menilai, mengesah dan melulus soalan-soalan penilaian.
- Memastikan pengurusanon the job training ,School Enterprise dan Production Based
Education (PBE) dilaksanakan dengan berkesan mengikutkeperluan kurikulum.
- Memastikan kemudahan dan perkhimatan sokongan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran disediakan untuk memenuhi keperluan kurikulum.
- Merancang dan memantau perancangan kurikulum mengikut kehendak Kolej Vokasional.
- Memantau, menyelia, mencerap dan menilai proses pengajaran dan pembelajaran
kurikulum supaya mengikut kandungan Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV),
standard pembelajaran dan kriteria pencapaian dengan berkesan.
- Menyelia, mengawal, menentukan polisi-polisi mengenai penilaian dan peperiksaan
dilaksanakan.
3. Merancang peningkatan program dan aktiviti pengurusan kualiti KV termasuk bantuan
perkhidmatan pengurusan kualiti bagi proses PdP di setiap tahap dan fungsi kolej.
- Memastikan semuastaf dan organisasi memahami dan menghayati Sistem Pengurusan
Kualiti(SPK ).
- Merancang, melaksana dan memantau serta melapor pelaksanaan SPK.
- Memastikan tindakan bimbingan, pemantauan dan penambaikan secara berterusan.
4. Merancang dan mewujudkan jalinan kolaborasi dengan pihak komuniti, industri dan agensi luar
bagi melaksanakan pembangunan dan pengkomersilan, pendidikan berasaskan produk PBE.
- Merancang dan memantau perlaksanaan perkhidmatan kepakaran dan konsultansi yang
diberikan.
- Mencadang dan melaksanakan penambaikan yang berterusan.
- Memasarkan produk hasil buatan pelajar.
KV BACHOK NO. 1 — 27
MANUAL PENGURUSAN KV BACHOK’20
- Menyelia, mengawal, menentukan polisi-polisi on the job training dan latihan industri
bersama pihak industri mengikut kehendak kurikulum.
- Membuat kajian keperluan ekonomi setempat.
- Mengkaji dan mengenalpasti laluan kebolehkerjaan,kebolehpasaran, keusahawan
pelajar bersama pihak industri.
- Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang
memerlukannya
5. Merancang, mengurus dan memantau pengurusan hal ehwal pelajar, kokurikulum, bimbingan dan
kauseling, perkhidmatan sumber maklumat pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan selaras
dengan dasar pendidikan vokasional KPM.
a. Merancang, melaksana dan memantau pengurusan hal ehwal pelajar dari aspek :
- Pengurusan pendaftaran dan pengurusan pelajar baru.
- Pengurusan rekod dan data pelajar.
- Pengurusan pengembangan dan khidmat kaunseling.
- Pengurusan kebajikan pelajar.
- Pengurusan disiplin pelajar.
- Pengurusan kediaman pelajar.
- Program bina insan pelajar.
- Aktiviti jawatankuasa Perwakilan pelajar.
- Aktiviti Pelajar.
b. Melaksanakan akta 1974 (akta kualiti alam sekeliling) dikuatkuasakanmengikut keperluan.
c. Menentukan polisi untuk aktiviti kokurikulum dan koakademik.
d. Menandatangani Surat Akuan serta Sijil Berhenti KV.
e. Bertanggungjawab atas penggantungan dan pembuangan pelajar.
f. Memastikan langkah-langkah keselamatan pelajar semasa berada kolej berfungsi dengan baik.
g. Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berfungsi dengan baik.
h. Merancang dan memastikan program penyelidikan dan pembangunan profesionalisme
dijalankan.
i. Memastikan hasil penyelidikan didokumentasikan dan diterbit, dibentang,disebarluaskan
dan diambil tindakan susulan.
j. Memupuk budaya penyelidikan di kalangan staf dan pelajar.
6. Menggerakkan sumber secara optimum termasuk program latihan staf KV bagi membangunkan
organisasi secara menyeluruh berdasarkan kurikulum pendidikan vokasional KPM
a. Sumber Manusia Memastikan rekod perkhidmatan semua staf di KV dikemaskini. Mengesah dan
memperakukan laporan dan perakuan staf bagi tujuan memenuhi keperluan perjawatan dan
perkhidmatan dan kenaikan pangkat selaras dengan pekeliling perkhidmatan. Merancang dan
menentukan keperluan staf mengikut ABM dan waran perjawatan. Memastikan disiplin staf pada
tahap yang tinggi selaras dengan perintah am dan pekeliling perkhidmatan. Merancang dan
memantau pelaksanaan program pembangunan & latihan staf.
b. Pembangunan Infrastruktur Merancang, melaksana, memantau, menilai dan melapor program
insfrastrukur dan infostruktur KV. Merancang program pembangunan KV selaras dengan
keperluan latihan KV. Memantau pelaksanaan projek pembangunan selaras dengan spesifikasi
yang ditentukan. Melaporkan kemajuan pelaksanaan rancangan pembangunan KV kepada BPTV.
Merancang, melaksana, memantau dan menilai pembangunan Teknologi Maklumat & Komunikasi
(TMK) sesuai dengan keperluan semasa kini dan masa depan.
KV BACHOK NO. 1 — 28
MANUAL PENGURUSAN KV BACHOK’20
7. Mengurus dan memantau hal ehwal pentadbiran, perkhidmatan dan peruntukan kewangan bagi
menyokong program pendidikan KV.
a. Pentadbiran & Perkhidmatan
- Memastikan carta organisasi, misi, brand business, brand vision brand values, objektif dan
piagam pelanggan bagi KV disediakan dan dilaksanakan serta dipaparkan.
- Memantau dan menyelia pentadbiran pejabat, tugas-tugas pegawai dan kakitangan dengan
memberi perhatian yang wajar terhadap perkara-perkara yang disenaraikan mengikut arahan
Perkhidmatan JPA 1974, perintah-perintah am, arahan perbendaharaan, pengisytiharan
harta, akta prosedur kewangan 1957(akta 1961) tatacara pengurusan stor, akta rahsia rasmi
1972, akta 174 dan pekeliling-pekeliling lain yang berkaitan yang dikeluarkan oleh
agensi-agensi berkenaan dari masa ke semasa.
- Menyedia, menilai dan membuat kajian semula perancangan strategik ( tahunan ).
- Memantau dan menyelia pentadbiran pejabat, tugas-tugas pegawai dan kakitangan dengan
memberi perhatian yang wajar terhadap perkara-perkara yang disenaraikan.
- Menyelaras agihan tugas dan memantau pelaksanaan kepada semua staf.
- Memastikan budaya kerja cemerlang diamalkan.
- Memantapkan jaringan hubungan komuniti dan agensi luar.
- Menentukan proses pendaftaran, pelantikan, pengesahan dalam jawatan, penempatan
ke jawatan berpencen dan jenis cuti guru dan staf sokongan dilaksanakan. Membimbing
sasaran kerja staf sokongan. Menentukan dan menyelia tugasan serta deployment of staff
sepanjang tahun. Mengambil tindakan tatatertib ke atas pegawai yang melanggar Arahan
Perkhidmatan di bawah bidang kuasanya. Menjaga kebajikan pegawai. Memastikan
keselamatan staf, pelajar dan harta benda KV terjamin.
8. Pengurusan Peruntukan Kewangan
- Menyediakan anggaran belanja mengurus ( ABM ) tahunan.
- Mengawal perbelanjaan berasaskan arahan perbendaharaan dan pekeliling kewangan
sedia ada.
- Menyemak dan mengesah penyata perbelanjaan bulanan, suku tahunan dan tahunan.
- Memantau, memeriksa dan mengesahkan Buku Vot, Daftar Bil, Panjar Wang Runcit, Buku
Stok, Buku Daftar Log, penyelarasan flimsi, penyelarasan kutipan hasil kerajaan dan
dokumen-dokumen lain mengikut akta penyelenggaraaan stor dan pekeliling-pekeliling yang
berkaitan dari masa ke semasa.
- Menyemak dan mengesahkan emolumen dan tuntutan staf, elaun dan tuntutan pelajar serta
elaun perjalanan staf.
- Merancang, mengawal dan memantau pengurusan perolehan.
- Merancang, mengawal dan memantau pengurusan aset dan harta modal.
- Memastikan laporan kewangan, data dan lain-lain maklumat disediakan menepati masa dan
kualiti yang ditetapkan.
- Memastikan penggunaan penyenggaraan,penyelenggaraan,keselamatan peralatan dan
kemudahan KV diurus dengan berkesan
KV BACHOK NO. 1 — 29
MANUAL PENGURUSAN KV BACHOK’20
SENARAI TUGAS TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK
GRED JAWATAN : DG 48
BERTANGGUNG JAWAB KEPADA : PENGARAH
1. Bertanggungjawab mengurus dan menyelaras semua jabatan bidang akademik.
a. Memastikan perancangan strategik akademik bagi setiap jabatan disediakan dan
memantau pelaksanaannya.
b. Memastikan pelan tindakan setiap jabatan disediakan sebelum semester bermula.
2. Merancang, menyelaras, memantau dan menilai program-program Kurikulum Vokasional
termasukPendidikan Berasaskan Produk (Production - Based Education) dan School Enterprise.
a. Menyelia, menyelaras dan memantau pengurusan Production Base Education (PBE),
School Enterprise dan On the job training dilaksanakan dengan berkesan mengikut
keperluan kurikulum.
b. Merancang, menyelaras, memantau dan menilai keberkesanan pelaksanaan kurikulum
termasuk pendidikan berasaskan produk Production Based Education (PBE) dan
School Enterprise (SE).
c. Merancang dan menyelaras pemasaran hasil produk pelajar.
3. Merancang, menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan kurikulum KV.
a. Memastikan pelaksanaan kurikulum mencapai objektif yang ditetapkan.
b. Merancang, menyelaras dan memastikan jadual waktu disediakan sebelum semester
bermula.
4. Merancang, menyelaras, dan menilai proses pengajaran dan pembelajaran untuk menghasilkan
outcome yang menepati kebolehpasaran, keusahawanan dan kebolehkerjaan.
a. Mengajar sebilangan waktu yang ditetapkan mengikut pekeliling 3/67 1982 (Pindaan).
b. Merancang, menyelaras, memantau, mencerap dan menilai keberkesanan pelaksanaan
kurikulum untuk menghasilkan outcome yang menepati kebolehpasaran
keusahawanan dan kebolehpekerjaan .
c Memastikan kemudahan dan perkhidmatan sokongan bagi proses pengajaran dan
pembelajaran disediakan untuk memenuhi keperluan kurikulum terutamanya
menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK ).
5. Merancang, menyelaras, mengurus dan memantau pengurusan pentaksiran pelajar,
penyediaan instrumen penilaian, pelaksanaan peperiksaan, pengurusan keputusan dan
pensijilan KV.
a. Memastikan pengurusan Penilaian dan Pentaksiran diuruskan dengan cekap dan
berintegriti.
b. Menyelaras dan menilai serta memastikan kualiti moderasi kerja kursus berdasarkan
kompetensi.
c. Menyelaras penyemakan dan pemurnian soalan Pentaksiran Berterusan di peringkat
jabatan.
d. Menilai dan mengesahkan soalan-soalan Pentaksiran Berterusan.
e. Memantau, menyemak dan menilai semula pelaksanaan kerja kursus, Pentaksiran
Berterusan yang dikendalikan oleh jabatan.
f. Memantau pengurusan pentaksiran dan penilaian berjalan lancar
g. Mengurus dan menyelaras keputusan peperiksaan, pentaksiran dan penilaian.
h. Menganggotai Jawatankuasa Akademik untuk menilai kompetensi
pelajar.
KV BACHOK NO. 1 — 30
MANUAL PENGURUSAN KV BACHOK’20
6. Bertanggungjawab merancang dan mengurus kewangan bagi bidang akademik.
a. Merancang, mengurus, menyelaras dan menilai pengurusan kewangan.
b. Merancang dan menyediakan anggaran belanja mengurus bidang akademik.
c. Memastikan peruntukan kewangan dibelanjakan secara optimum.
7. Merancang, menyelaras, mengurus dan memantau latihan industri pelajar melalui hubungan dan
kolaboratif dengan pihak industri.
a. Merancang dan memantau perlaksanaan perkhidmatan kepakaran dan konsultasi yang
diberikan.
b. Mencadang dan melaksanakan penambaikan yang berterusan.
c. Menyelia, mengawal, menentukan polisi-polisi latihan industri (On-the-job training ) bersama
pihak industri mengikut kehendak kurikulum.
d. Membuat kajian keperluan industri setempat.
e. Mengkaji dan mengenal pasti laluan kebolehpekerjaan,kebolehpasaran, keusahawan
pelajar bersama pihak industri.
f. Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukannya.
g. Memantau lawatan industri yang dilaksanakan untuk program pemasyarakatan industri.
8. Merancang, menyelaras, memantau dan menilai program pembangunan staf termasuk latihan
kepimpinan, peningkatan kompetensi dan kemahiran komunikasi tenaga pengajar akademik.
a. Merancang, melaksana dan menilai aktiviti / program kemajuan profesionalisme termasuk
latihan kepimpinan, peningkatan kompetensi dan kemahiran komunikasi untuk staf jabatan
dari semasa ke semasa.
b Mempertingkat dan memantapkan pengetahuan serta kemahiran dalam bidang tugas
dengan menghadiri / menyertai kursus, seminar, bengkel, aktiviti penyesuaian kembali dan
program sangkutan industri.
c. Menyebarluaskan pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang diperoleh kepada staf
jabatan / institut / agensi luar.
d. Merancang, mengagih dan memantau pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (R&D)
yang berkaitan dengan jabatan. ( R&D ) yang berkaitan dengan jabatan.
9. Merancang, menyelaras, memantau dan menilai program perhubungan dengan agensi- agensi luar
termasuk perkhidmatan rundingcara dan temuduga kerjaya.
a. Mewujudkan hubungan baik ( win-win situation ) dengan agensi-agensi luar termasuk
perkhidmatan rundingcara dan temuduga kerjaya.
b. Menyelia, mengawal, menentukan program perhubungan dengan agensi-agensi luar
termasuk perkhidmatan rundingcara dan temuduga kerjaya.
10. Bertanggungjawab merancang, mengurus dan menyelaras infrastruktur dan prasarana bagi
bidang akademik.
a. Merancang, mengurus dan menilai keperluan bengkel, makmal, bilik kuliah dan bilik bilik
khas berkaitan dengan akademik.
b. Memastikan dan menilai semua keperluan infrastruktur dan prasarana yang terkini
( up to date) digunakan.
c. Memastikan kemudahan dan perkhidmatan Pusat Sumber memenuhi keperluan kurikulum.
11. Menjalankan tugas-tugas rasmi lain yang diarahkan oleh Pengarah dari semasa ke semasa.
KV BACHOK NO. 1 — 31
MANUAL PENGURUSAN KV BACHOK’20
SENARAI TUGAS TIMBALAN PENGARAH SOKONGAN AKADEMIK
GRED JAWATAN : DG 48
BERTANGGUNG JAWAB KEPADA : PENGARAH
1. Merancang, mengurus, memantau dan menilai program pengambilan pelajar, pembangunan pelajar
termasuk hal-hal berkaitan peraturan dan disiplin.
a. Pengurusan pengambilan dan penempatan pelajar baru
i. Pengurusan pemilihan dan pengambilan pelajar baru.
ii. Pengurusan pendaftaran dan pengurusan kediaman pelajar baru.
iii.Pengurusan rekod dan data pelajar.
b. Program pembangunan pelajar - Merancang, melaksana dan memantau pengurusan hal ehwal
pelajar dari aspek
i. Pengurusan pengembangan dan khidmat kaunseling.
ii. Pengurusan kebajikan pelajar.
iii. Program pembangunan sahsiah (bina insan) pelajar.
iv. Aktiviti jawatankuasa Perwakilan pelajar.
v. Aktiviti pelajar.
c. Pengurusan disiplin pelajar (Hal-hal berkaitan peraturan dan disiplin)
i. Merangka dan menentukan dasar-dasar disiplin dan peraturan kolej berpandukan Pekeliling
Kementerian.
ii. Membantu dan menyelesaikan masalah disiplin yang tidak dapat diselesaikan.
iii. Menjalankan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Pengarah.
iv. Menjadi pegawai perhubungan di antara ibubapa/waris dalam menangani masalah disiplin
pelajar.
v. Pembangunan Diri Pelajar.
vi. Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai murni.
vii. Memastikan peraturan-peraturan kolej dikuatkuasakan.
viii. Menjadi Penasihat Majlis Perwakilan Pelajar.
ix. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes pelajar yang melanggar peraturan
tatatertib dan salahlaku.
x. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin pelajar dan laporan pelajar.
xi. Mewujudkan hubungan dua hala di antara kolej dengan ibubapa/ penjaga.
xii. Bertanggungjawab atas penggantungan dan pembuangan pelajar.
d. Memastikan langkah-langkah keselamatan pelajar semasa berada kolej berfungsi dengan baik.
e. Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berfungsi dengan baik.
2. Merancang, mengurus, memantau dan menilai program ko-akademik, sukan dan kokurikulum.
a. Menentukan polisi untuk aktiviti sukan dan kokurikulum.
b. Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan kokurikulum.
c. Memastikan pelaksanaan kokurikulum mencapai objektif yang ditetapkan
d. Merancang, menyelaras dan memastikan jadual kokurikulum dan sukan.
e. Memastikan kemudahan dan perkhidmatan sukan dan peralatan memenuhi keperluan
program.
f. Memberi khidmat pakar semasa bertugas sebagai jurulatih/pegawai dalam kursus yang
dianjukanoleh KPM.
g. Bekerjasama dalam pelaksanaan SE.
KV BACHOK NO. 1 — 32
MANUAL PENGURUSAN KV BACHOK’20
3. Merancang, mengurus, memantau dan menilai program-program psikologi dan kerjaya.
a. Memantau perancangan tahunan program-program psikologi dan kerjaya yang berfaedah serta
berkesan.
b. Mengelolakan program suai kenal.
c. Memantau pengurusan rekod dan fail kaunseling.
d. Menyelia dan menyelaras program dan aktiviti kaunseling dalam aspek pengembangan,
pencegahan, pemulihan dan intervensi.
4. Merancang dan mengurus program pembinaan sahsiah pelajar untuk mencapai kemenjadian
pelajar KV.
a. Menentu dan memantau pengurusan program sahsiah pelajar.
b. Menyelaras perlaksanaan aktiviti kemenjadian pelajar berdasarkan takwim tahunan.
c. Memastikan perlaksanaan program dan aktiviti berdasarkan peraturan yang telah ditentukan
oleh KPM.
d. Memastikan perlaksanaan program berpandukan KPI yang ditentukan oleh Pengarah KV.
5. Merancang, mengurus dan memantau pengurusan asrama termasuk aktiviti-aktiviti pembangunan
insaniah pelajar.
a. Memastikan pengurusan asrama berjalan dengan baik dari segi penyediaan
makanan,kebersihan dan senarai aktiviti tahunan.
b. Memastikan peraturan asrama dipatuhi.
c. Bertindak mengikut Pekeliling Hal Ehwal Pelajar.
d. Merancang, menyelaras dan memantau kemudahan fizikal dan prasarana asrama.
6. Merancang, mengurus, memantau dan menilai program-program dan aktiviti-aktiviti pusat sumber
bagi menyokong program pendidikan KV.
a. Merancang, menyelaras dan menyelia program-program aktiviti-aktiviti pusat sumber jangka
pendek dan jangka panjang.
b. Memastikan pusat sumber berfungsi dengan berkesan untuk menyokong proses PdP.
c. Memastikan pengurusan pusat sumber berjalan dengan lancer.
7. Merancang, menyelaras dan menyelia program-program ICT dan teknologi untuk menyokong proses
Pengajaran dan Pembelajaran.
a. Membudayakan ICT dalam PdP.
b. Memantau program-program penghasilan bahan bantu mengajar/ modul.
c. Memastikan penggunaan ICT di dalam PdP adalah maksimum.
8. Merancang dan menyelaras pengurusan perhubungan awam dan agensi luar.
a. Mewujudkan jawatankuasa pelaksana perhubungan luar di peringkat KV.
b. Mengenalpasti entiti komuniti yang relevan untuk menganggotai jawatankuasa.
c. Merancang dan menyelaras takwim tahunan bagi unit perhubungan awam.
d. Sentiasa menjaga hubungan baik dengan agensi-agensi yang terlibat.
9. Merancang, mengawalselia, dan memantau projek-projek kecil pembangunan dan kerja-kerja
senggaraan fizikal, serta projek 5S bagi KV.
a. Mengamalkan 5S di KV terutama di bengkel-bengkel kerja.
b. Memastikan keadaan fizikal bangunan, padang dan persekitaran kolej berada dalam keadaan
baik.
c. Memastikan perabot sentiasa berada di dalam keadaan baik.
d. Mengambil langkah-langkah untuk menjaga keselamatan harta benda KV.
e. Memantau perjalanan projek-projek kecil dari mula sampai habis dengan optimum.
f. Memantau kerja-kerja senggaraan fizikal KV.
g. Memantau, menyelaras dan mengawal selia penyelenggaraan secara berkala.
h. Memastikan laporan berkaitan penyenggaraan dihantar mengikut keperluan.
KV BACHOK NO. 1 — 33
MANUAL PENGURUSAN KV BACHOK’20
6. Merancang, mengurus, memantau dan menilai program-program dan aktiviti-aktiviti pusat sumber bagi
menyokong program pendidikan KV.
a. Merancang, menyelaras dan menyelia program-program aktiviti-aktiviti pusat sumber jangka
pendek dan jangka panjang.
b. Memastikan pusat sumber berfungsi dengan berkesan untuk menyokong proses PdP.
c. Memastikan pengurusan pusat sumber berjalan dengan lancer.
7. Merancang, menyelaras dan menyelia program-program ICT dan teknologi untuk menyokong proses
Pengajaran dan Pembelajaran.
a. Membudayakan ICT dalam PdP.
b. Memantau program-program penghasilan bahan bantu mengajar/ modul.
c. Memastikan penggunaan ICT di dalam PdP adalah maksimum.
8. Merancang dan menyelaras pengurusan perhubungan awam dan agensi luar.
a. Mewujudkan jawatankuasa pelaksana perhubungan luar di peringkat KV.
b. Mengenalpasti entiti komuniti yang relevan untuk menganggotai jawatankuasa.
c. Merancang dan menyelaras takwim tahunan bagi unit perhubungan awam.
d. Sentiasa menjaga hubungan baik dengan agensi-agensi yang terlibat.
9. Merancang, mengawalselia, dan memantau projek-projek kecil pembangunan dan kerja-kerja
senggaraan fizikal, serta projek 5S bagi KV.
a. Mengamalkan 5S di KV terutama di bengkel-bengkel kerja.
b. Memastikan keadaan fizikal bangunan, padang dan persekitaran kolej berada dalam keadaan baik.
c. Memastikan perabot sentiasa berada di dalam keadaan baik.
d. Mengambil langkah-langkah untuk menjaga keselamatan harta benda KV.
e. Memantau perjalanan projek-projek kecil dari mula sampai habis dengan optimum.
f. Memantau kerja-kerja senggaraan fizikal KV.
g. Memantau, menyelaras dan mengawal selia penyelenggaraan secara berkala.
h. Memastikan laporan berkaitan penyenggaraan dihantar mengikut keperluan.
10. Merancang, mengurus dan mengawalselia program Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
( OHSAS - Occupation health and safety assessment series for health and safety management
systems ).
a. Merancang, menyelaras dan memantau pengurusan program Kesedaran Keselamatan dan
Kesihatan Pekerja.
b. Menyelaras pelan tindakan jangka pendek dan jangka panjang bagi program Kesedaran
Keselamatan dan Kesihatan Pekerja.
c. Mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang, dan ancaman dalam usaha penambahbaikan
program Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerja.
d. Memastikan usaha berterusan dijalankan untuk memastikan persekitaran kolej yang selamat, sihat
dan kondusif.
11. Membantu mengawalselia dan mengurus kewangan bagi bidang sokongan akademik.
a. Membantu menyediakan permohonan belanjawan tahunan KV khususnya berkaitan hal-hal
penyelenggaraan, pembangunan, asrama, sukan, kokurikulum dan bidang lain yang berkaitan.
b. Memantau pengurusan kewangan menepati kehendak dan tatacara kewangan serta
perbendaharaan KPM.
c. Mengawalselia urusan pembelian dan pembayaran menepati prosedur kewangan.
d. Sentiasa menitikberatkan semua perbelanjaan tidak melebehi bajet yang ditetapkan.
e. Membudayakan perbelanjaan berhemah.
12. Menjalankan tugas-tugas rasmi lain yang diarahkan oleh Pengarah dari semasa ke semasa.
KV BACHOK NO. 1 — 34
MANUAL PENGURUSAN KV BACHOK’20
SENARAI TUGAS KETUA JAMINAN KUALITI
GRED JAWATAN : DG 48
BERTANGGUNG JAWAB KEPADA : PENGARAH
1. Sekretariat Pengurusan Kualiti Kolej Voksional.
a. Membentuk dan melantik sekretariat Pengurusan Kualiti KV iaitu:
JAWATANKUASA JAMINAN KUALITI
Pengerusi : Pengarah
Timbalan Pengerusi : Ketua Jaminan Kualiti
Naib Pengerusi 1 : Timbalan Pengarah Akademik (Wakil Pengurusan)
Naib Pengerusi 2 : Timbalan Pengarah Sokongan Akademik
Setiausaha : ....................................................
AJK : Ketua Jabatan Teknologi Kejuruteraan Awam
Ketua Jabatan Teknologi Mekanikal
Ketua Jabatan Teknologi Elektrik dan Elektronik
Ketua Jabatan Perniagaan
Ketua Jabatan Pendidikan Umum
Ketua Jabatan (tambah ikut KV masing-masing)
Ketua Jabatan Penilaian dan Pentaksiran
Ketua Unit Perhubungan dan Latihan
Setiausaha Jawatankuasa SKPM
Penyelaras Unit Latihan Kemajuan Staf
Ketua Auditor Dalaman
Penyelaras KIK
Pegawai Tadbir Khidmat Pengurusan.
b. Menyelaras dan memantau skop pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) KV
dipatuhi.
c. Menjadi sumber rujukan kualiti akademik dan sokongan akademik KV.
d. Menerapkan nilai-nilai kualiti kepada semua warga KV.
e. Menerapkan pemahaman dan penghayatan SPK dari segi :
• Visi, misi dan etika organisasi
• Dasar dan Objektif organisasi
• Brand business, brand vision dan brand values organisasi
• Piagam pelanggan.
2. Merancang, melaksana, menyelaras dan memantau program / aktiviti pengurusan kualiti KV.
a. Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) selaras
dengan keperluan standard, dokumen kualiti serta peraturan yang sedang berkuatkuasa
dengan cara :
• Mengenal pasti dan membentuk pasukan pelaksana.
• Mengenal pasti proses utama yang menjadi skop pelaksanaan SPK KV.
• Memastikan Pelan Tindakan pelaksanaan pengurusan kualiti KV disediakan.
• Menjalankan analisis jurang untuk menilai tahap kepuasan pelanggan terhadap
perkhidmatan yang diberikan.
• Mengkaji Semula Dasar dan Objektif-Objektif Kualiti KV.
b. Merancang, menyelaras dan melaksanakan kursus, bengkel dan taklimat dalam aspek SPK
serta menilai keberkesanannya bagi memupuk, menerap dan meningkatkan kefahaman
amalan budaya kerja cemerlang ke atas setiap peranan yang diamanahkan.
KV BACHOK NO. 1 — 35
MANUAL PENGURUSAN KV BACHOK’20
3. Memberi bimbingan ( coaching and mentoring ) pengurusan kualiti pendidikan, pengajaran
dan pembelajaran dan program sokongan kualiti. (Unit Latihan dan Kemajuan Staf (ULKS)).
a. Menyelaras pelaksanaan program-program peningkatan kualiti dan produktiviti serta
program sokongan kualiti.
b. Memastikan tindakan bimbingan, pemantauan dan penambaikan SPK dilakukan secara
berterusan.
c. Memastikan tahap kesedaran dan komitmen staf kolej terhadap kepentingan SPK menepati
kehendak pelanggan dan dilakukan secara berterusan.
d. Memberi taklimat/ ceramah kepada Jabatan/ Unit dalaman dan pihak luar berkaitan kualiti
bila diperlukan.
4. Mengawal selia program dan perkhidmatan tidak akur, pembetulan, pencegahan dan
penambahbaikan program dan aktiviti.
a. Mengawal selia Sistem Pengurusan Kualilti (SPK) KV termasuk program dan proses PdP.
b. Mengawal selia Dokumen Kualiti iaitu Manual Kualiti, Prosedur Kualiti, Arahan Kerja dan
dokumen sokongan yang diluluskan
c. Memantau, memberi cadangan, mengenal pasti ruang dan peluang penambahbaikan
secara berterusan dalam aspek pelaksanaan SPK di peringkat Sekretariat, Jabatan,
Bahagian dan Unit dalam SPK.
d. Menyelaraskan maklumat mengenai segala maklumbalas pelanggan yang diterima bagi
perkhidmatan tidak akur dengan tujuan penambahbaikan yang berterusan.
e. Mencadang dan memastikan tindakan pembetulan, pencegahan dan penambahbaikan
dalam setiap program dan aktiviti dijalankan mengikut keperluan.
f. Menganjurkan aktiviti penambahbaikan seperti bengkel, kursus, taklimat dan lawatan
un tuk Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit dan staf Kolej mengikut keperluan semasa
berdasarkan kepada laporan yang diperolehi.
g. Melapor kepada Pengarah/Pengurusan Atasan berhubung dengan prestasi SPK dan
sebaran keperluan penambaikan sistem
5. Merancang dan mengurus pengauditan program (akademik) dan aktiviti serta kewangan
di peringkat KV.
a. Merancang pengauditan program dan aktiviti SPK yang ditetapkan.
b. Memantau dan memastikan pelaksanaan SPK KV mengikut jadual dan mematuhi
piawaian yang ditetapkan.
c. Merancang pengauditan Program dan Aktiviti Akademik.
d. Memantau, mengaudit dan memastikan Amalan 5S dijalankan dan diamalkan
secara berterusan.
e. Memantau dan mengaudit pelaksanaan SKPM dalam tempoh yang ditetapkan
f. Memantau dan mengaudit pelaksanaan OHSAS 1800 dalam tempoh yang ditetapkan
g. Memantau dan mengaudit Pengurusan Kewangan.
h. Memantau proses perjalanan kerja setiap Jabatan dan Unit untuk memastikan masing-
masing mempunyai dokumen yang diperlukan bagi staf seperti Rancangan Sesi Latihan
( RSL ), Rekod Pengajaran ( RP ), Portfolio Pengajaran, Fail Kursus, Fail Meja dan Manual
Prosedur Kerja yang lengkap.
6. Menyebarluas amalan kepimpinan terbaik di semua peringkat pengurusan KV bagi peningkatan
profesionalisme melalui maklumbalas pelanggan dan aduan pelanggan.
a. Mewujudkan kaedah bagi pengendalian maklum balas serta cadangan daripada pelanggan/
warga KV berhubung perkhidmatan yang diberikan serta menyebarluaskan untuk menjadi
amalan kepimpinan terbaik.
KV BACHOK NO. 1 — 36
MANUAL PENGURUSAN KV BACHOK’20
b. Menganalisis kehendak pelanggan/warga KV bagi memastikan keperluan mereka dipenuhi
berlandaskan peraturan dan kemampuan yang sedia ada serta amalan kepimpinan yang baik.
c. Memastikan maklum balas dan aduan daripada pelanggan/warga KV diambil tindakan
dengan sewajarnya dan membuat kajian semula pengurusan kualiti.
d. Menguruskan taklimat/ceramah kepada warga KV dan pihak luar berkaitan Kualiti Kepimpinan.
7. Menyelaras pembudayaan inovasi dan penyelidikan.
a. Merancang dan menyelaras program untuk membimbing Ketua- ketua Jabatan
menjalankan aktiviti-aktiviti inovasi dan penyelidikan khususnya kajian tindakan dalam
melaksanakan dasar dan keputusan.
b. Mewujudkan dan mengawak selia pelaksanaan aktiviti Kumpulan Inovatif dan Kreatif
(KIK) dan inovasi PdP.
8. Menyelaras pengumpulan laporan, data dan rekod di bawah bidang Jaminan Kualiti iaitu:
• Program dan Aktiviti Akademik
• Amalan 5S
• SKPM
• OHSAS 1800
• Pengurusan Kewangan.
• ULKS ( Unit Latihan dan Kemajuan Staf )
• dan lain-lain berkaitan dengan jaminan kualiti KV.
9. Menjalankan tugas-tugas rasmi lain yang diarahkan oleh Pengarah dari semasa ke semasa.
SENARAI TUGAS KETUA JABATAN PENDIDIKAN UMUM
GRED JAWATAN : PPPS DG44
BERTANGGUNG JAWAB KEPADA : PENGARAH, TIMBALAN PENGARAH
AKADEMIK DAN TIMBALAN PENGARAH SOKONGAN AKADEMIK
1. Bertanggungjawab menyelaras pengurusan dan aktiviti Unit Bahasa, Unit Sains dan Matematik dan Unit
Kemanusiaan.
2. Membantu merancang, menyelaras dan memantau program-program kurikulum kolej vokasional bagi
bidang Bahasa, Sains dan Matematik dan Kemanusiaan.
3. Menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan kurikulum bidang Bahasa, Sains dan Matematik dan
Kemanusiaan.
4. Menyelaras, mengurus dan memantau pengurusan pentaksiran dan penyediaan instrument penilaian
bagi bidang Bahasa, Sains dan Matematik dan Kemanusiaan.
5. Mengurus keperluan kewangan bagi bidang yang berada di bawah Jabatan Pendidikan Umum.
6. Memantau dan menilai keperluan program pembangunan staf termasuk latihan kepimpinan,
peningkatan kompetensi dan kemahiran komunikasi tenaga pengajar bidang Bahasa, Sains dan
Matematik dan Kemanusiaan.
7. Merancang dan mengurus pembangunan akademik murid dalam bidang Bahasa, Sains dan Matematik
dan Kemanusiaan
8. Bertanggunjawab mengurus dan menyelaras instrastruktur dan prasarana PdPc bagi bidang Bahasa,
Sains dan Matematik, dan Kemanusiaan
KV BACHOK NO. 1 — 37
MANUAL PENGURUSAN KV BACHOK’20
SENARAI TUGAS KETUA UNIT BAHASA
GRED JAWATAN : PPPS DG41
BERTANGGUNG JAWAB KEPADA : PENGARAH, TIMBALAN PENGARAH
AKADEMIK, TIMBALAN PENGARAH SOKONGAN AKADEMIK DAN KETUA
JABATAN PENDIDIKAN UMUM.
1. Bertanggungjawab terhadap pengurusan dan pelaksanaan PdPc mengikut standard kurikulum dan
program akademik bidang Bahasa.
a. Menyediakan Perancangan Strategik Tahunan untuk peningkatan dan kecemerlangan unit.
b. Memastikan penggunaan modul akademik (Bahasa) yang kemaskini.
c. Menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah-kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang kemaskini.
d. Menjalankan usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasakan Bahasa
Inggeris (MBMMBI) serta bahasa pilihan lain (Bahasa Mandarin dan Bahasa Arab).
e. Mencadangkan bahan rujukan yang perlu ada di pusat sumber atau rujukan tenaga pengajar.
f. Bertanggungjawab menyediakan bahan-bahan atau alat-alat untuk pameran, jika diperlukan.
g. Membantu menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan untuk kelulusan pihak pengurusan
kolej.
h. Mengajar sekurang-kurangnya 12 jam seminggu.
i. Menjalankan semua arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.
j. Menyediakan agihan tugas mengajar setiap pensyarah
2. Bertanggungjawab terhadap pengurusan dan pelaksanaan pentaksiran berdasarkan modul
pembelajaran bagi bidang Bahasa.
a. Menyelaras penyediaan soalan-soalan peperiksaan dalaman dan pemeriksaan kertas-kertas
jawapan.
b. Menyediakan analisis peperiksaan dan pencapaian pelajar dan melakukan post mortem.
3. Bertanggungjawab terhadap pengurusan dan pelaksanaan takwim akademik KV bagi
bidang Bahasa.
a. Memastikan RSL dan RPH disediakan oleh pensyarah pada waktu yang ditetapkan.
b. Mengadakan mesyuarat unit sekurang-kurangnya 2 kali dalam satu semester.
c. Memastikan aktiviti atau program dilaksanakan mengikut takwim perancangan tahunan.
4. Bertanggungjawab terhadap pengurusan dan pencapaian prestasi bagi bidang Bahasa.
a. Mengenalpasti masalah kelemahan pelajar dan mencari langkah- langkah untuk
mengatasinya.
b. Mengambil tindakan segera kepada setiap perubahan baru yang diperlukan seperti sukatan
mata pelajaran baru, pengkaedahan pengajaran dan pembelajaran baru.
c. Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dalam bidang Bahasa.
d. Melaksanakan program pembinaan jati diri dan sahsiah pelajar.
e. Menguruskan pelaksanaan aktiviti-aktiviti bimbingan, pemulihan, dan pengayaan bagi pelajar
kolej.
f. Menyediakan Headcount pelajar dan menetapkan sasaran pencapaian CGPA.
5. Menjalankan tugas-tugas rasmi lain yang diarahkan oleh Pengarah dari semasa ke semasa.
KV BACHOK NO. 1 — 38
MANUAL PENGURUSAN KV BACHOK’20
SENARAI TUGAS KETUA UNIT SAINS & MATEMATIK
GRED JAWATAN : PPPS DG41
BERTANGGUNG JAWAB KEPADA : PENGARAH, TIMBALAN PENGARAH
AKADEMIK, TIMBALAN PENGARAH SOKONGAN AKADEMIK DAN KETUA
JABATAN PENDIDIKAN UMUM.
1. Bertanggungjawab terhadap pengurusan dan pelaksanaan PdP mengikut standard kurikulum
dan program akademik bidang Sains dan Matematik.
a. Menyediakan Perancangan Strategik Tahunan untuk peningkatan dan kecemerlangan unit.
b. Memastikan penggunaan modul akademik (Sains & Matematik) yang kemaskini.
c. Menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah-kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang kemaskini.
d. Mencadangkan bahan rujukan yang perlu ada di pusat sumber atau rujukan tenaga pengajar.
Menyelaras penyediaan bahan-bahan atau alat-alat untuk makmal sains dan pameran, jika
diperlukan.
e. Menyelaras penyediaan bahan-bahan atau alat-alat untuk makmal sains dan pameran, jika
diperlukan.
f. Membantu menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan untuk kelulusan pihak pengurusan
kolej.
g. Mengajar sekurang-kurangnya 12 jam seminggu.
h. Menjalankan semua arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.
i. Menyediakan agihan tugas mengajar setiap pensyarah
2. Bertanggungjawab terhadap pengurusan dan pelaksanaan pentaksiran berdasarkan modul
pembelajaran bagi bidang Sains dan Matematik.
a. Mengesahkan kualiti soalan peperiksaan dalaman dan pemeriksaan kertas-kertas jawapan.
b. Menyelaras penyediaan soalan-soalan peperiksaan dalaman dan pemeriksaan kertas-kertas
jawapan.
c. Menyediakan analisis peperiksaan dan pencapaian pelajar dan melakukan post mortem.
3. Bertanggungjawab terhadap pengurusan dan pelaksanaan takwim akademik KV bagi bidang Sains
dan Matematik.
a. Memastikan RSL dan RPH disediakan oleh pensyarah pada waktu yang ditetapkan.
b. Mengadakan mesyuarat unit sekurang-kurangnya 2 kali dalam satu semester.
c. Memastikan aktiviti atau program dilaksanakan mengikut takwim perancangan tahunan.
4. Bertanggungjawab terhadap pengurusan dan pencapaian prestasi bagi bidang Sains dan Matematik.
a. Mengenalpasti masalah kelemahan pelajar dan mencari langkah- langkah untuk
mengatasinya.
b. Mengambil tindakan segera kepada setiap perubahan baru yang diperlukan seperti sukatan
mata pelajaran baru, pengkaedahan pengajaran dan pembelajaran baru.
c. Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dalam bidang Sains &
Matematik.
d. Melaksanakan program pembinaan jati diri dan sahsiah pelajar.
e. Menguruskan pelaksanaan aktiviti-aktiviti bimbingan, pemulihan, dan pengayaan bagi pelajar
kolej.
f. Menyediakan Headcount pelajar dan menetapkan sasaran pencapaian CGPA.
5. Menjalankan tugas-tugas rasmi lain yang diarahkan oleh Pengarah dari semasa ke semasa.
KV BACHOK NO. 1 — 39
MANUAL PENGURUSAN KV BACHOK’20
SENARAI TUGAS KETUA UNIT KEMANUSIAAN
GRED JAWATAN : PPPS DG41
BERTANGGUNG JAWAB KEPADA : PENGARAH, TIMBALAN PENGARAH
AKADEMIK, TIMBALAN PENGARAH
SOKONGAN AKADEMIK DAN KETUA
JABATAN PENDIDIKAN UMUM.
1. Bertanggungjawab terhadap pengurusan dan pelaksanaan PdP mengikut standard kurikulum dan
program akademik bidang Kemanusiaan.
a. Menyediakan Perancangan Strategik Tahunan untuk peningkatan dan kecemerlangan unit.
b. Memastikan penggunaan modul akademik (Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan
Pendidikan Jasmani & Kesihatan ) yang terkini.
c. Menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah-kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang kemaskini.
d. Mencadangkan bahan rujukan yang perlu ada di pusat sumber atau rujukan tenaga pengajar.
e. Menyelaras penyediaan bahan-bahan atau alat-alat untuk pameran, jika diperlukan.
f. Membantu menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan untuk kelulusan pihak pengurusan
kolej.
g. Mengajar sekurang-kurangnya 12 jam seminggu.
h. Menjalankan semua arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.
i. Menyediakan agihan tugas mengajar setiap pensyarah.
2. Bertanggungjawab terhadap pengurusan dan pelaksanaan pentaksiran berdasarkan modul
pembelajaran bagi bidang Kemanusiaan.
a. Mengesahkan kualiti soalan peperiksaan dalaman dan pemeriksaan kertas-kertas jawapan.
b. Menyelaras penyediaan soalan-soalan peperiksaan dalaman dan pemeriksaan kertas-kertas
jawapan.
3. Menyediakan analisis peperiksaan dan pencapaian pelajar dan melakukan post mortem.
Bertanggungjawab terhadap pengurusan dan pelaksanaan takwim akademik KV bagi bidang
Kemanusiaan
a. Memastikan RSL dan RPH disediakan oleh pensyarah pada waktu yang ditetapkan.
b. Mengadakan mesyuarat unit sekurang-kurangnya 2 kali dalam satu semester.
c. Memastikan aktiviti atau program dilaksanakan mengikut takwim perancangan tahunan
4. Bertanggungjawab terhadap pengurusan dan pencapaian prestasi bagi bidang Kemanusiaan
a. Mengenalpasti masalah kelemahan pelajar dan mencari langkah- langkah untuk
mengatasinya.
b. Mengambil tindakan segera kepada setiap perubahan baru yang diperlukan seperti
c. Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dalam Sejarah,
Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Pendidikan Jasmani & Kesihatan.
d. Melaksanakan program pembinaan jati diri dan sahsiah pelajar.
e. Menguruskan pelaksanaan aktiviti-aktiviti bimbingan, pemulihan, dan pengayaan bagi
pelajar kolej.
f. Menyediakan Headcount pelajar dan menetapkan sasaran pencapaian CGPA.
5. Menjalankan tugas-tugas rasmi lain yang diarahkan oleh Pengarah dari semasa ke semasa.
.
KV BACHOK NO. 1 — 40
MANUAL PENGURUSAN KV BACHOK’20
SENARAI TUGAS KETUA UNIT TERAS UMUM
GRED JAWATAN : PPPS DG41
BERTANGGUNG JAWAB KEPADA : PENGARAH, TIMBALAN PENGARAH
AKADEMIK, TIMBALAN PENGARAH
SOKONGAN AKADEMIK DAN KETUA
JABATAN PENDIDIKAN UMUM.
1. Bertanggungjawab terhadap pengurusan dan pelaksanaan PdP mengikut standard kurikulum dan
program akademik bidang Teras Umum ( Employability skills dan Modul Insaniah).
a. Menyediakan Perancangan Strategik Tahunan untuk peningkatan dan kecemerlangan unit.
b. Memastikan penggunaan modul akademik ( Employability skills dan Modul Insaniah)
c. Menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah-kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang kemaskini.
d. Mencadangkan bahan rujukan yang perlu ada di pusat sumber atau rujukan tenaga pengajar.
e. Menyelaras penyediaan bahan-bahan atau alat-alat untuk makmal sains dan pameran, jika
diperlukan.
f. Membantu menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan untuk kelulusan pihak pengurusan
kolej.
g. Mengajar sekurang-kurangnya 12 jam seminggu.
h. Menjalankan semua arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.
i. Menyediakan agihan tugas mengajar setiap pensyarah.
2. Bertanggungjawab terhadap pengurusan dan pelaksanaan pentaksiran berdasarkan modul
pembelajaran bagi bidang Teras Umum (Employability skills dan Modul Insaniah ).
a. Mengesahkan kualiti soalan peperiksaan dalaman dan pemeriksaan kertas-kertas jawapan.
b. Menyelaras penyediaan soalan-soalan peperiksaan dalaman dan pemeriksaan kertas-kertas
jawapan.
c. Menyediakan analisis peperiksaan dan pencapaian pelajar dan melakukan post mortem
3. Bertanggungjawab terhadap pengurusan dan pelaksanaan takwim akademik KV bagi bidang Teras
Umum (Employability skills dan Modul Insaniah ).
a. Memastikan RSL dan RPH disediakan oleh pensyarah pada waktu yang ditetapkan.
b. Mengadakan mesyuarat unit sekurang-kurangnya 2 kali dalam satu semester.
c. Memastikan aktiviti atau program dilaksanakan mengikut takwim perancangan tahunan
4. Bertanggungjawab terhadap pengurusan dan pencapaian prestasi bagi bidang Teras Umum (Core
Ability dan Modul Insaniah).
a. Mengenalpasti masalah kelemahan pelajar dan mencari langkah- langkah untuk mengatasinya.
b. Mengambil tindakan segera kepada setiap perubahan baru yang diperlukan seperti sukatan
mata pelajaran baru, pengkaedahan pengajaran dan pembelajaran baru, jika ada.
c. Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dalam Employability
skills dan Modul Insaniah.
d. Melaksanakan program pembinaan jati diri dan sahsiah pelajar.
e. Menguruskan pelaksanaan aktiviti-aktiviti bimbingan, pemulihan, dan pengayaan bagi pelajar
kolej.
f. Menyediakan Headcount pelajar dan menetapkan sasaran pencapaian CGPA.
5. Menjalankan tugas-tugas rasmi lain yang diarahkan oleh Pengarah dari semasa ke semasa.
KV BACHOK NO. 1 — 41
MANUAL PENGURUSAN KV BACHOK’20
SENARAI TUGAS KETUA UNIT PENTAKSIRAN
GRED JAWATAN : PPPS DG41
BERTANGGUNGJAWAB KEPADA: PENGARAH, TIMBALAN PENGARAH
AKADEMIK DAN TIMBALAN PENGARAH SOKONGAN AKADEMIK DAN KETUA
JABATAN PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN.
1. Menyediakan jadual penilaian dan pentaksiran untuk setiap semester
a. Menyediakan jadual penilaian dan pentaksiran berdasarkan takwim dari BPTV dan LPM.
b. Mengedar jadual pentaksiran kepada pelajar, guru dan ibu bapa serta industri.
c. Memberi taklimat prosedur pentaksiran kepada pelajar dan tenaga pengajar.
2. Merancang dan menubuhkan JK Pembinaan Item dan skema pemarkahan mengikut bidang
a. Mengadakan mesyuarat JK Pembinaan Item sekurang-kurangnya dua kali setiap semester.
b. Melaksanakan latihan / kursus pendedahan pembinaan item kepada tenaga pengajar.
3. Menguruskan percetakan, tempat menyimpan, pembahagian dan pengedaran kertas soalan.
a. Memastikan bahan dan alat percetakan ada dan berfungsi.
b. Mengurus dan memastikan percetakan item adalah sulit dan disimpan di bilik kebal
atau tempat yang selamat.
c. Memastikan kertas soalan mencukupi mengikut bilangan calon.
d. Memastikan pengedaran soalan mengikut jadual pentaksiran.
e. Memastikan skrip jawapan dikumpul dan diserahkan kepada pemeriksa.
4. Memproses keputusan pentaksiran berterusan (PB) dan penilaian akhir (PA) untuk mendapatkan
keputusan keseluruhan.
a. Mendapatkan semua markah pentaksiran daripada Ketua Jabatan untuk dikumpulkan dan
diproses (mengikut arahanLPM ).
b. Menyediakan analisa keputusan pentaksiran keseluruhan.
5. Menguruskan kaedah dan bentuk pelaporan keputusan penilaian dan pentaksiran.
a. Mencetak pelaporan dalam bentuk slip dan dimuat naik kelaman sesawang kolej untuk
dimaklumkan kepada pelajar-pelajar.
b. Menyimpan semua laporan keputusan dalam pangkalan data kolej.
6. Menjalankan tugas-tugas rasmi lain yang diarahkan oleh Pengarah dari semasa ke semasa.
1. Merancang, melaksana, memantau dan menyelia hal ehwal pelajar termasuk pengambilan dan
pendaftaran pelajar.
a. Menguruskan pendaftaran pelajar baru, lama dan penempatan pelajar.
b. Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orientasi bagi pelajar baru.
2. Merancang, melaksana, memantau dan menyelia urusan disiplin, kepimpinan dan kebajikan
(contoh : bantuan kewangan) pelajar.
a. Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai murni dalam pembentukan sahsiah
pelajar.
b. Memastikan undang-undang dan peraturan-peraturan kolej dikuatkuasakan.
c. Memastikan pelajar tidak terlibat dan terpengaruh dengan kegiatan anti sosial.
d. Menjadi Timbalan Penasihat Lembaga Perwakilan Pelajar.
e. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes pelajar yang melanggar peraturan-
peraturan tatatertib dan salahlaku dengan merujuk kepada Timbalan Pengarah Sokongan
Akademik.
f. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan laporan pelajar (data SSDM ).
g. Mewujudkan hubungan dua hala diantara kolej dengan ibubapa atau penjaga serta komuniti.
h. Menyelenggara perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan-bantuan lain.
i. Menyelia rekod-rekod biasiswa dan bantuan.
j. Menyelia tuntutan dan bayaran biasiswa dan bantuan pelajar.
k. Memastikan kawalan terhadap penularan penyakit berjangkit.
.
KV BACHOK NO. 1 — 42
MANUAL PENGURUSAN KV BACHOK’20
KOLEJ VOKASIONAL, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SENARAI TUGAS : KETUA UNIT HAL EHWAL PELAJAR .
GRED JAWATAN : DG 41
BERTANGGUNG JAWAB KEPADA : PENGARAH, TIMBALAN PENGARAH
SOKONGAN AKADEMIK DAN TIMBALAN
PENGARAH AKADEMIK
1. Merancang, melaksana, memantau dan menyelia hal ehwal pelajar termasuk pengambilan dan
pendaftaran pelajar.
a. Menguruskan pendaftaran pelajar baru, lama dan penempatan pelajar.
b. Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orientasi bagi pelajar baru.
2. Merancang, melaksana, memantau dan menyelia urusan disiplin, kepimpinan dan kebajikan
(contoh : bantuan kewangan) pelajar.
a. Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai murni dalam pembentukan sahsiah
pelajar.
b. Memastikan undang-undang dan peraturan-peraturan kolej dikuatkuasakan.
c. Memastikan pelajar tidak terlibat dan terpengaruh dengan kegiatan anti sosial.
d. Menjadi Timbalan Penasihat Lembaga Perwakilan Pelajar.
e. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes pelajar yang melanggar peraturan-
peraturan tatatertib dan salahlaku dengan merujuk kepada Timbalan Pengarah Sokongan
Akademik.
f. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan laporan pelajar (data SSDM ).
g. Mewujudkan hubungan dua hala diantara kolej dengan ibubapa atau penjaga serta
komuniti.
h. Menyelenggara perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan-bantuan lain.
i. Menyelia rekod-rekod biasiswa dan bantuan.
j. Menyelia tuntutan dan bayaran biasiswa dan bantuan pelajar.
k. Memastikan kawalan terhadap penularan penyakit berjangkit.
l. Menyelaras penyeliaan yang berkaitan dengan kafeteria kolej .
m. Menyelia dan menguruskan laporan kafetaria/kantin / SISMAKAN.
n. Menyelaras segala aktiviti kesihatan dan kebersihan makanan pelajar.
j. Menyelia tuntutan dan bayaran biasiswa dan bantuan pelajar.
k. Memastikan kawalan terhadap penularan penyakit berjangkit.
l. Menyelaras penyeliaan yang berkaitan dengan kafeteria kolej .
m. Menyelia dan menguruskan laporan kafetaria/kantin / SISMAKAN.
n. Menyelaras segala aktiviti kesihatan dan kebersihan makanan pelajar.
3. Menyelia dan menilai program perlindungan murid, program mencegah penyalahgunaan najis
dadah dan program-program lain di peringkat kolej.
a. Merancang dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan najis dadah dan
program-program lain diperingkat kolej.
b. Memastikan langkah-langkah keselamatan pelajar semasa berada di kolej.
c. Memastikan pelajar memakai uniform/pas pengenalan diri sepanjang masa berada di
kolej.
d. Mengurus dan memastikan semua pelajar dilindungi oleh insuran.
e. Menyelaras tuntutan insuran bagi kes-kes kemalangan yang layak dituntut.
f. Memastikan pelajar mematuhi undang-undang dan peraturan keselamatan jalanraya.
KV BACHOK NO. 1 — 43
MANUAL PENGURUSAN KV BACHOK’20
4. Mengurus dan merekod data pelajar.
a. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin pelajar di dalam SSDM.
b. Menyelaras dan menyediakan rekod peribadi pelajar di dalam Buku Rekod
Pendaftaran Pelajar serta data sistem maklumat murid (SMM) dan aplikasi pangkalan
data murid (APDM).
c. Menyelaras dan menyediakan rekod kehadiran di dalam Jadual Kedatangan
Harian Pelajar dan kehadiran.
5. Mengurus, menyelaras dan melaksanakan pengesanan pelajar (kehadiran).
a. Mengurus, menyelaras serta menyelia pengambilan kedatangan pelajar di dalam Jadual
Kedatangan setiap hari.
b. Mengurus, menyelaras serta menyelia pengambilan kedatangan pelajar di dalam Rekod
Kehadiran di kelas dan bengkel setiap hari.
6. Memantau dan menyelia program Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
( OHSAS - Occupation health and safety assessment series for health and safety
management systems ).
a. Merancang dan mengemaskini Program Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan
Pekerja.
b. Memastikan warga kolej melaksanakan Program Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan
Pekerja.
c. Menyediakan laporan pelaksanaan Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerja.
d. Menguruskan kemudahan rawatan pelajar .
e. Memastikan program-program kesihatan pelajar dijalankan dengan sempurna.
SENARAI TUGAS : KETUA UNIT SUKAN DAN KOKURIKULUM
GRED JAWATAN : DG 41
BERTANGGUNG JAWAB KEPADA : PENGARAH, TIMBALAN PENGARAH
SOKONGAN AKADEMIK DAN TIMBALAN
1. Menjalankan tugas-tugas rasmi lain yang diarahkan oleh Pengarah dari semasa ke semasa.
. Merancang, melaksana dan menyelia semua aspek pengurusan kokurikulum, sukan dan
permainan.
a. Menyelaras proses penubuhan dan pendaftaran kelab dan persatuan/ sukan dan
permainan serta unit beruniform
b. Menyusun, menyelaras dan memantau takwim kegiatan kokurikulum.
c. Menyediakan anggaran perbelanjaan pengurusan kokurikulum.
d . Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam kokurikulum diambil.
e. Membantu kolej dalam segala jenis pengelolaan atau penganjuran dalam program yang
melibatkan kokurikulum.
f. Menyelaras Program Kolej yang berkaitan kokurikulum.
g. Menyelaras pengagihan pelajar supaya terlibat dalam Unit Beruniform, Kelab Persatuan
dan Sukan Permainan.
h. Menyelaras pengagihan pelajar mengikut aktiviti dalam kegiatan kokurikulum untuk
meningkatkan tahap pencapaian.
i. Memastikan rekod dan data kokurikulum sentiasa dikemaskini dan lengkap.
j. Merancang aktiviti kokurikulum untuk aktiviti selepas peperiksaan dan semasa
semester pendek.
KV BACHOK NO. 1 — 44
MANUAL PENGURUSAN KV BACHOK’20
k. Merancang kegiatan persatuan dan kelab.
l. Menyelia kegiatan persatuan dan kelab.
m. Mengelolakan kegiatan kebudayaan dan kesenian melalui aktiviti kesenian.
n. Menyelaras dan mengelola program peningkatan kepimpinan dan pengurusan PersatuanKelab
o. Merancang kegiatan unit beruniform.
p. Menyelia kegiatan unit beruniform.
q. Merancang kegiatan sukan dan permainan.
r. Menyelia kegiatan sukan dan permainan.
s. Menyelaras aktiviti sukan dan permainan di dalam dan di luar kolej.
t . PLKN ( Dalam proses perbincangan di peringkat BPTV )
u. Membantu merancang program diri pelajar seperti perkhemahan tahunan, hari kokurikulum,
hari terbuka kolej dan lain-lain.
v. Mewujudkan hubungan dua hala di antara kolej dengan ibubapa dan komuniti.
w. Membantu pengurusan koperasi kolej.
2. Menyediakan khidmat latihan kepakaran dalam bidang sukan dan kokurikulum yang berkaitan
a. Mengurus kursus dan latihan untuk pensyarah dan pelajar dalam bidang kokurikulum.
b. Mengenal pasti pensyarah dan pelajar yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum dan
menyusun serta merancang latihan untuk mereka.
c. Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan persatuan dan kelab.
d. Menyelaras aktiviti persatuan dan kelab di dalam dan di luar kolej.
e. Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan unit beruniform.
f. Menyelaras dan memantau program pembangunan dan pengembangan di dalam dan di luar
kolej di dalam kokurikulum.
g. Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan sukan dan permainan.
h. Membantu mengembangkan potensi diri pelajar dalam bidang tertentu seperti kejurulatihan,
pengadilan dan lain-lain.
i. Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan kokurikulum.
j. Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kokurikulum kepada yang
memerlukannya.
3. Mengurus insfrastruktur dan kemudahan sukan dan permainan di KV
a. Menyediakan dan memastikan infrastruktur bagi kegiatan kokurikulum, sukan dan
permainan dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.
b. Menyediakan dan memastikan peralatan sukan, permainan dan kokurikulum mencukupi,
berkeadaan baik dan selamat digunakan.
c. Mengurus stok peralatan secara sistematik.
d. Merancang dan mengurus pembelian peralatan dengan mengikut prosedur kewangan.
e. Mengurus alatan dan kemudahan untuk kegiatan kokurikulum.
4. Menjalankan tugas-tugas rasmi lain yang diarahkan oleh Pengarah dari semasa ke semasa.
KV BACHOK NO. 1 — 45
MANUAL PENGURUSAN KV BACHOK’20
SENARAI TUGAS : KETUA UNIT PSIKOLOGI DAN KERJAYA
GRED JAWATAN : DG 41
BERTANGGUNG JAWAB KEPADA : PENGARAH, TIMBALAN PENGARAH
SOKONGAN AKADEMIK DAN TIMBALAN
PENGARAH AKADEMIK
1. Memberikan khidmat Bimbingan Kerjaya kepada pelajar-pelajar KV.
a. Merancang, mengurus dan melaksana program-program persediaan kerjaya dan
pembangunan karakter / personaliti untuk tujuan kebolehpasaran .berdasarkan ;
• Kajian psikologi melalui Inventori minat, personaliti, nilai dan kursus yang diambil.
• Melaksanakan aktiviti pengumpulan maklumat kerjaya (menyiapkan proposal dan
resume).
• Pendedahan peluang pasaran kerjaya.
b. Merancang, mengurus dan melaksana lawatan-lawatan industri.
c. Merancang, mengurus dan melaksanakan pameran dan ceramah kerjaya di peringkat KV.
2. Memberi perkhidmatan kaunseling kepada pelajar-pelajar KV.
a. Merancang, mengurus dan melaksana program khidmat kaunseling kepada warga kolej
seperti berikut;
• Melaksanakan kaunseling individu dan kelompok secara berkala
• Melaksanakan program mentor mentee dan Kelab Pembimbing Rakan Sebaya
b. Mengurus dan menyediakan fail pengurusan perkhidmatan secara sistematik.
c. Menjalinkan hubungan baik dengan agensi luar yang berkaitan dan komuniti setempat.
d. Mengenalpasti isu-isu semasa yang berkaitan dengan permasalahan kemenjadian pelajar
dan jalan penyelesaiannya.
e. Sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik dan mesra pelanggan.
3. Memberi perkhidmatan psikologi kepada pelajar-pelajar KV.
a. Mengadakan rundingan berkaitan perkhidmatan psikologi dan kaunseling.
b. Menyediakan laporan ujian psikologi.
c. Memberikan input psikologi untuk tujuan pembangunan, pencegahan dan pemulihan.
d. Membantu mengurus pegawai berprestasi rendah dan bermasalah atas arahan Pengarah.
e. Memberi perkhidmatan psikoterapi dan rawatan kepada klien.
4. Merancang, menyelaras dan melaksanakan kajian jejak KV.
a. Merancang dan mengurus kajian jejak pelajar.
b. Mengemaskini rekod-rekod pelajar lepasan kolej yang bekerja, menyambung pelajaran dan
menjadi usahawan.
c. Menyediakan laporan bekas pelajar kolej yang memasuki pasaran pekerjaan bagi setiap
tahap
5. Merancang, mengurus dan melaksanakan program-program pembangunan sahsiah.
a. Mewujudkan Ahli Jawatan Kuasa Program Pembangunan Sahsiah, Unit Psikologi dan
Kerjaya KV.
b. Mengadakan mesyuarat perancangan dalam kalangan Ahli Jawatan Kuasa.
c. Mengadakan sekurang-kurangnya empat Program Pembangunan Insan dalam setahun bagi
mempastikan KPI kearah pembangunan insan tercapai berdasarkan dapatan melalui kajian
psikologi inventori;
• Minat ( Ujian psikometrik )
• Personaliti dan
• Nilai
KV BACHOK NO. 1 — 46
MANUAL PENGURUSAN KV BACHOK’20
d. Merancang, mengurus dan melaksana program pemantauan kemenjadian pelajar
merangkumi aspek pembangunan, pencegahan, pemulihan dan intervensi.
e. Mengadakan ‘kajian tracer’ berkaitan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.
f. Mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pembangunan insan dan aktiviti pendidikan
pencegahan, pemulihan dan intervensi sekurang-kurangnya empat kali setahun.
g. Mengadakan kajian keberkesanan program melalui soalselidik, temubual dan perbincangan
dengan pentadbir, tenaga pengajar, pelajar, ibu bapa, bekas pelajar dan pihak-pihak yang
terlibat setiap kali selepas pelaksanaan program.
h. Menyedia dan menghantar kepada pentadbir pelaporan program pembangunan insan.
6. Menjalankan tugas-tugas rasmi lain yang diarahkan oleh Pengarah dari semasa ke semasa.
SENARAI TUGAS : KETUA UNIT PENGURUSAN ASRAMA .
GRED JAWATAN : DG 41
BERTANGGUNG JAWAB KEPADA : PENGARAH, TIMBALAN PENGARAH
SOKONGAN AKADEMIK DAN TIMBALAN
PENGARAH AKADEMIK
1. Mengurus, menyelia, memantau dan melaksana pengurusan pelajar asrama.
a. Pengurusan dan Pentadbiran
• Menentukan pengurusan dan pentadbiran asrama berjalan dengan sempurna.
• Memastikan kakitangan sentiasa mematuhi peraturan perintah am sewaktu bertugas.
• Membantu menguruskan perlantikan waden dan jadual waden bertugas.
• Membantu dan bekerjasama dengan waden memilih dan melantik jawatan kuasa asrama di
kalangan pelajar.
• Memastikan kakitangan sokongan, pembersihan dan keselamatan menjalankan tugas dan
tanggung jawab masing-masing.
• Menyediakan laporan tahunan segala program tahunan Asrama kepada Pengarah.
b. Penempatan
• Menguruskan dan memproses permohonan kemasukan pelajar ke asrama.
• Mengurus, menentukan penempatan dan pendaftaran pelajar baru dan lama berjalan
lancar.
• Melakukan pemeriksaan di bilik-bilik pelajar pada bila-bila masa.
• Menguruskan permohonan rayuan penempatan di asrama.
• Menguruskan permohonan penginapan asrama daripada PPD, JPN ,KPM dan organisasi
luar pada masa cuti dan memastikan persediaan berkaitan dibuat dengan rapi.
c. Kewangan
• Membantu menyediakan Belanjawan ( Budget ) tahunan.
• Membantu pengurusan kewangan asrama dengan cekap ,dan sistematik melalui
pematuhan kepada tatacara kewangan pada setiap masa.
• Menyediakan kertas kerja dan permohonan peruntukan kewangan.
• Menjadi ahli JK Sebutharga/Tender perolehan barang-barang atau perkhidmatan berkaitan
dengan asrama.
• Memantau pesanan pembelian barang-barang yang berkaitan dengan asrama dan
memantau penyelia asrama merekod barang-barang yang diterima dengan baik mengikut
spesifikasi yang ditetapkan.
• Memantau urusan rekod dan kawalan aset di stor asrama, pejabat waden, kelengkapan
bilik pelajar dan lain-lain.
• Memastikan stor dan peralatan diuruskan mengikut amalan 5S.
KV BACHOK NO. 1 — 47
MANUAL PENGURUSAN KV BACHOK’20
2. Merancang, menyelia, melaksana dan menilai program pembangunan insaniah pelajar asrama.
a. Program Pembangunan Insaniah
• Merancang, memantau dan menilai setiap program pembangunan insaniah yang
dilaksanakan.
• Memastikan program yang dilaksanakan selamat dan mengikut “SOP“ yang ditetapkan.
• Menyediakan pelbagai program sokongan yang berunsurkan keagamaan termasuk
kemudahan ICT dan bahan bacaan ilmiah.
• Memastikan setiap pelajar mengikuti program yang dilaksanakan
• Bekerjasama dengan warden menyediakan laporan pelaksanaan setiap program.
b. Hubungan Luar Asrama
• Bertanggung jawab merancang aktiviti luar yang boleh memberi manfaat kepada para
pelajar.
• Bekerjasama dengan kaunselor mengenalpasti agensi-agensi kerajaan, swasta ,
Industri,ILKA/ILKS,IPTA/IPTS dan NGO yang berpotensi untuk mengadakan hubungan
luar.
• Membantu menguruskan proses lawatan dan lain-lain yang ada kaitan dengan hubungan
luar.
• Membantu menguruskan program khidmat bakti pelajar asrama bersama komuniti
setempat.
3 Merancang, melaksana, memantau dan menyelia hal disiplin dan kebajikan pelajar asrama.
a. Disiplin Pelajar Asrama
• Memastikan pelajar-pelajar mematuhi peraturan asrama.
• Memberi taklimat mengenai pengurusan dan peraturan asrama kepada pelajar-pelajar
baru.
• Menyediakan laporan bertulis kes-kes salah laku disiplin pelajar di asrama
• Membantu menguruskan proses tindakan tatatertib.
• Membantu menyemak kes-kes rayuan tindakan disiplin asrama.
b. Kebajikan Pelajar Asrama
• Membantu menguruskan kebenaran keluar/masuk pelajar asrama.
• Membantu menguruskan pelajar asrama yang sakit dan urusan yang berkaitan
dengannya.
• Memantau kebajikan pelajar asrama berkaitan makanan, keselesaan di asrama,
kesihatan, keselamatan dan biasiswa.
4. Mengurus, memantau, menambahbaik dan memastikan kawasan dan fasiliti asrama baik dan
selamat.
a. Kemudahan Fizikal dan Fasiliti
• Memastikan kemudahan fizikal dan fasiliti asrama direkodkan dengan baik dan sistematik.
• Memastikan asrama dalam keadaan baik dan selamat sebelum pelajar mendaftar masuk.
• Membuat pemeriksaan berkala dan memastikan keadaan fizikal asrama berada dalam
keadaan selesa dan selamat.
• Memastikan kemudahan asas dan perabot asrama berada dalam keadaan baik ,
mencukupi dan berfungsi.
• Memastikan sebarang kerosakan fizikal dan peralatan dilaporkan kepada juruteknik dengan
segera untuk tujuan pembaikian/baik pulih.
• Memastikan setiap laporan kerosakan atau masalah telah diambil tindakan oleh juruteknik.
• Melaporkan sebarang kerosakan kritikal terus kepada Pengarah/ Timbalan Pengarah
Sokongan Akademik dengan segera.
• Membuat penarafan kendiri dan amalan 5S untuk pertandingan Asrama Gemilang dan
Terbilang.
KV BACHOK NO. 1 — 48
MANUAL PENGURUSAN KV BACHOK’20
b. Keselamatan Kebersihan dan Kesihatan (3K)
• Menguatkuasakan peraturan asrama dan memastikan keluar / masuk pelajar direkod pada
setiap masa.
• Menyediakan garispanduan / prosedur dan kebenaran keluar / masuk pelajar asrama
kepada waris.
• Memastikan rumah pam, pili bomba dan Alat Pemadam Api ( APA) dan sistem pencegahan
kebakaran berfungsi dengan baik.
• Memastikan Pelan Laluan Kecemasan/Kebakaran disediakan dan dipamerkan.
• Merancang dan melaksanakan latihan kebakaran kepada semua penghuni asrama.
• Memastikan kontraktor kawalan keselamatan mematuhi “ Standard “ kawalan asrama yang
ditetapkan.
• Menyemak dan menanda tangani dokumen yang berkaitan kawalan keselamatan di asrama
mengikut jadual.
• Memastikan kontraktor kebersihan mematuhi “ Standard “ kebersihan yang ditetapkan.
• Memastikan dorm dan asrama sentiasa bersih dan ceria.
• Menguruskan pelajar-pelajar asrama yang sakit ke hospital di luar waktu Pembelajaran dan
Pengajaran (PdP) atau lain-lainnya.
• Memastikan bilik sakit asrama diurus dan diselia dengan baik.
• Memastikan kelengkapan “ First Aid “ dan keperluan asas kesihatan disediakan.
• Mengadakan gotong royong kebersihan asrama secara berkala.
c. Dewan Makan Asrama
• Memeriksa kebersihan keseluruhan dewan makan.
• Memastikan menu makanan harian dan mingguan pelajar dipamerkan.
• Memastikan penyelia asrama membuat pemeriksaan dan menimbang bahan mentah basa
kering setiap hari.
• Memastikan makanan disediakan mengikut menu harian atau setaraf dengannya.
• Memastikan kualiti makanan adalah selamat dan kuantiti mencukupi.
• Memastikan kemudahan dan peralatan dewan makan dalam keadaan baik dan selamat
digunakan.
• Memastikan dewan makan sentiasa kelihatan ceria, bersih dan menarik.
5. Merancang, menyelia dan menilai dan program akademik dan kokurikulum pelajar-pelajar asrama.
a. Program Pembangunan Akademik Asrama
• Merancang dan menyediakan pelbagai program pembangunan akademik sesuai dengan
asrama sebagai “Pusat Kecemerlangan”.
• Menyimpan rekod pencapaian prestasi akademik pelajar asrama dalam setiap peperiksaan /
pentaksiran.
• Mewujudkan kemudahan ruang pembelajaran yang kondusif seperti mini perpustakaan, bilik
bacaan, pondok bacaan dan lain-lain yang berunsurkan pendidikan.
• Menyediakan bahan-bahan sokongan pembelajaran seperti kemudahan internet, ICT dan
bahan-bahan bacaan ilmiah.
. Berhubung dengan guru, ibubapa/penjaga bagi membantu kecemerlangan pelajar.
.
KV BACHOK NO. 1 — 49
MANUAL PENGURUSAN KV BACHOK’20
b. Program Pembangunan Kokurikulum Asrama
• Merancang dan memantau pelaksanaan program pembangunan kokurikulum.
• Menyediakan kemudahan dan peralatan bagi pelaksanaan pelbagai aktiviti kokurikulum.
• Membantu dan bekerjasama dengan Majlis Sukan Kolej untuk mencungkil bakat pelajar
dalam pelbagai kegiatan kokurikulum.
• Merancang dan menyertai Kejohanan KaVot ( Karnival Sukan Asrama Teknik dan
Vokasional ) mengikut Takwim BPTV.
• Merancang, melaksanakan dan memantau aktiviti riadah.
Menjalankan tugas-tugas rasmi lain yang diarahkan oleh Pengarah dari semasa ke semasa.
KOLEJ VOKASIONAL, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SENARAI TUGAS : KETUA UNIT PUSAT SUMBER
GRED JAWATAN : DG 41
BERTANGGUNG JAWAB KEPADA : PENGARAH, TIMBALAN PENGARAH
SOKONGAN AKADEMIK DAN TIMBALANPENGARAH AKADEMIK
1. Merancang, melaksana dan menyelaras perkhidmatan sumber maklumat, pengajaran, pembelajaran
dan penyelidikan .
a. Menyedia perancangan dalam penggunaan dan pembangunan Pusat Sumber dan
mengemukakannya kepada Timbalan Pengarah Sokongan Akademik.
b. Mengurus pelaksanaan yang berkaitan sumber pengajaran dan pembelajaran serta
penyelidikan.
c. Mengatur dan menyedia jadual waktu penggunaan Pusat Sumber mengikut keperluan kolej.
2. Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau pengurusan infrastruktur dan kemudahan pusat
sumber dan perpustakaan.
a. Merancang dan mengawalselia peruntukan kewangan untuk pembangunan pusat sumber
berkaitan dengan:
• Pembelian buku dan bahan rujukan mengikut keperluan kursus yang ada.
• Kemudahan asas seperti perabot, mesin fotostat dan sebagainya mencukupi.
b. Merancang, mengurus dan melaksanakan pentadbiran Pusat Sumber dalam aspek pengurusan
rekod, inventori serta asset:
• Menjalankan kerja-kerja menyemak stok dua kali setahun.
• Mengurus pelupusan bahan pusat sumber.
c. Merancang dan mengurus pembangunan fizikal, fasiliti dan keceriaan Pusat Sumber.
• Menjalankan kerja-kerja membaikpulih Pusat Sumber.
• Menjalankan kerja-kerja keceriaan Pusat Sumber.
• Menyediakan rancangan pembangunan fizikal perabot dan koleksi bahan.
• Memperoleh dan menyemak bibliografi, katalog daripada penerbit atau punca-
punca tertentu untuk mengetahui jenis-jenis buku mengikut keperluan kursus.
• Mengenalpasti dan mencadangkan pembelian alatan/ teknologi baru mengikut
keperluan dan kemampuan kolej.
• Mengurus dan mengelolakan usaha-usaha produksi dan duplikasi sumber-sumber
perisian media teknologi di Pusat Sumber.
• Bertanggungjawab dalam penyusunan perkakas dan perisian media teknologi di
Pusat Sumber.
• Mengurus dan menyelaras pusat akses ,bilik APD/ bilik tayang dan alat bantu
mengajar.
• Memastikan amalan program 5S dilaksanakan di Pusat Sumber.
KV BACHOK NO. 1 — 50