BUKU
PANDUAN
PELAJAR
ISI KANDUNGAN
1
PERKARA MUKA SURAT
Visi dan Misi Kolej Komuniti ii
1. Pengenalan Kolej Komuniti Lahad Datu 1
1.1 Misi Korporat 2
1.2 Perjawatan 2-4
1.3 Program Yang Ditawarkan 4
2. Unit Akademik 5
2.1 Sijil Pemprosesan Dan Kawalan Mutu Makanan 5-16
3. Unit Sokongan 17
3.1 Unit Peperiksaan 17-25
3.2 Unit Pembangunan Pelajar 26-28
3.3 Unit Pengambilan 29-33
3.4 Unit Perhubungan Industri Dan Alumni 34-37
3.5 Unit Sukan 38-39
3.6 Unit Kaunseling 40-41
3.7 Unit Perpustakaan 42-43
3.8 Unit Komunikasi Dan Perhubungan Korporat 44-48
3.9 Unit Teknologi Maklumat 49-72
3.10 Unit Pembangunan 73
3.11 Unit Pentadbiran Dan Kewangan 75
Jawatankuasa Penerbitan 76
i
VISI KOLEJ KOMUNITI
Menjadi peneraju institusi TVET yang unggul.
MISI KOLEJ KOMUNITI
a. Menyediakan akses yang meluas kepada program TVET yang berkualiti dan diiktiraf.
b. Memperkasa komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat.
c. Melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang.
d. Memanfaat sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan.
ii
1 PENGENALAN
Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Politeknik mula diperkenal di Malaysia
melalui penubuhan Politeknik pertamanya, Politeknik Ungku Omar di Ipoh di bawah Pelan
Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 1969. TVET diperkukuhkan dengan
perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai pendidikan pada tahun 1979 dan Pelan Induk Perindustrian
Kebangsaan pertama (1985–1995). Kesemua perancangan termasuk perakuan Jawatankuasa Kabinet
mengenai latihan (1991), telah membolehkan penubuhan lebih banyak Politeknik serta menambah
program pengajian bagi dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan. Pada 20
November 2009, pihak Jemaah Menteri telah meluluskan Memorandum daripada Menteri Pengajian
Tinggi berkaitan dengan Hala Tuju Transformasi Politeknik yang melibatkan empat teras berikut:
1. Memperkasa politeknik ke arah menjadi pilihan yang setanding dengan universiti awam;
2. Membangunkan program pengajian dan penyelidikan dalam bidang tujahan yang bertunjangkan
kekuatan di setiap politeknik;
3. Memperkasa warga politeknik dengan pengetahuan dan kemahiran tinggi;
4. Membina imej bereputasi tinggi budaya kerja cemerlang.
Selain itu, pihak Jemaah Menteri pada 26 Mac 2010 telah menimbang Memorandum daripada
Menteri Pengajian Tinggi yang bersetuju supaya ditubuhkan sepuluh Politeknik METrO, empat politeknik
dalam RMKe-9 dan enam politeknik dalam RMKe-10. Konsep penubuhan dan pelaksanaan kolej
komuniti di setiap kawasan Parlimen telah dipersetujui pihak Jemaah Menteri pada 5 Julai 2000. Walau
bagaimanapun, pada 2005 pihak Jemaah Menteri telah menimbang semula konsep tersebut dan
bersetuju agar penubuhan kolej komuniti berdasarkan keperluan kawasan setempat. Pada tahun 2007,
Jemaah Menteri bersetuju agar kolej komuniti dijadikan hab Pembelajaran Sepanjang Hayat. Lanjutan
itu, pada tahun 2014, Jemaah Menteri telah mengambil maklum mengenai pelaksanaan program
Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) di kolej komuniti.
Bagi mengukuhkan peranan Politeknik dan Kolej Komuniti dalam bidang pendidikan dan latihan,
Jemaah Menteri pada 24 Mac 2017 telah meluluskan penggabungan Politeknik dan Kolej Komuniti
dalam satu jabatan. Struktur organisasi baharu Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
(JPPKK) telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 23 Februari 2018.
1
1.1 MISI KORPORAT
VISI
Menjadi pusat pembangunan TVET yang holistic.
MISI
1. Menyediakan akses kepada program TVET berkualiti dan diiktiraf bagi memenuhi keperluan
industri.
2. Melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelektual.
MOTTO
Kolej Komuniti Lahad Datu Melahirkan Juara.
1.2 PERJAWATAN
Pengarah, PPPT DH47/48
JAMALUDDIN BIN LANTARA
Timbalan Pengarah (Akademik), PPPT DH43/44
WELZAN SAIMON
Timbalan Pengarah (Pengurusan), PPPT DH43/44
NURUL QISTINA KHOO ABDULLAH
Peg. Pembangunan Pelajar, PPPT DH41/42/DH43/44
NOORMALINAWATI JAMAL
Peg. Pengambilan, PPPT DH41/42/DH43/44
ZUNAEDAH BINTI SAHRUL
Peg. Peperiksaan, PPPT DH41/42/DH43/44
ASRIANI BINTI KARIM
2
Peg. Perhubungan Industri & Alumni, PPPT DH41/42/DH43/44
NUR HAYATI BINTI BADU MINGO
Pensyarah,
Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi,
DH29/DH31/DH32/DH33/DH34/DH39/DH40/
DH41/DH42/DH43/DH44/DH47/DH48/DH51/
DH52/DH53/DH54
MANSUR BIN NASSIR
HASDARAINI BINTI MOHD HASSAN
AININ AZWANI BINTI ABDUL RAFA
KHAIRIL BIN TAUFIK LATIF
ANIS MASTURA BINTI AHMAD FUAD
NURFATIN SYAFAWANI BINTI JUNAIDI
AHMAD AL-MUNZIR BIN RIDZUAN
Penolong Jurutera, JA29/30 (TBK1 dan TBK2)
HERWIN BIN HASSAN
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, FA29
JAMSIDAH JAMES
Jawatan Hakiki Pembantu Tadbir (Kewangan), W19
SITI HALIJAH BINTI AMIN
Pembantu pustakawan, S19
ZARINA BINTI ABDUL BARI
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), N19
ROSMINA BINTI DOLLIN
SARINI FREZRIANNI DOUGHTY
Pembantu Operasi, N11
MOHD HAZRUL BIN IBRAHIM
3
Pemandu Kenderaan, H11
AMIRBAK @ RUBY BIN MOHD DAMIT
1.3 PROGRAM YANG DITAWARKAN
Program yang ditawarkan di Kolej Komuniti Lahad Datu ialah :
Sijil Pemprosesan & Kawalan Mutu Makanan
4
2 UNIT AKADEMIK
2.1 SIJIL PEMPROSESAN DAN KAWALAN MUTU MAKANAN
Sektor pemprosesan makanan menyumbang kira-kira 10% daripada pengeluaran perkilangan Malaysia.
Makanan yang diproses dieksport ke lebih daripada 200 buah negara dengan nilai eksport tahunan lebih
daripada RM11 bilion yang berjumlah dua pertiga daripada jumlah eksport makanan yang bernilai lebih
RM18 bilion. Walau bagaimanapun, Malaysia masih lagi menjadi pengimport bersih produk makanan
dengan import tahunan melebihi RM30 billion pada tahun 2018. Inisiatif jaminan bekalan makanan yang
produktif, selamat dan ditumpukan melalui usaha seperti Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan
Malaysia III (2016-2025) dan Dasar Agromakanan Negara. Dasar tersebut turut menekankan
pembangunan infrastruktur dan penggunaan teknologi moden, penyediaan modal insan serta
pengkomersialan pertanian termasuk inovasi dalam sektor penting. Selain itu, Dasar Keusahawaan
Nasional yang menyokong pemikiran masyarakat yang berbudaya usahawan juga menjadi pemangkin
inisiatif melahirkan latihan berunsurkan keusahawanan makanan. Perkembangan industri makanan
yang sangat memberangsangkan memerlukan pekerja separa mahir yang arif dengan kawalan mutu
makanan. Justeru itu, Program Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan dibentuk untuk
memenuhi keperluan majikan, kesatuan pekerja, tenaga pengajar dan pihak yang bertanggungjawab
dalam perkembangan sektor pekerjaan kerana sektor ini memberi pulangan yang besar dalam
perkembangan industri negara.
2.1.1 SINOPSIS PROGRAM
Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan dibentuk untuk mendedahkan pelajar dengan
pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh industri dalam menjadi pekerja separa mahir.
Program ini meliputi kemahiran dalam bidang sains dan teknologi makanan, kawalan mutu makanan,
konsep halal thoyyiba, pembungkusan makanan serta keusahawanan. Program yang ditawarkan ini,
sejajar dengan peraturan dan undang undang yang sedang berkuatkuasa.
2.1.2 PROSPEK KERJAYA
Program ini menyediakan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk menjadi tenaga
kerja separuh mahir yang kompeten dalam teknologi pemprosesan makanan untuk memenuhi
permintaan yang semakin meningkat dalam industri makanan. Antara pekerjaan yang berpotensi
adalah:
a. Pembantu Kawalan Kualiti Makanan
b. Penolong Pengurus Pengeluaran Makanan
c. Usahawan Industri Kecil dan Sederhana
5
d. Penolong Pengurus Restoran
e. Penolong Pegawai Penyelidik
f. Pembantu Makmal
2.1.3 OBJEKTIF PROGRAM (OP)
Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan mampu menghasilkan pengamal pemprosesan
makanan yang:
OP 1: mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam bidang
pemprosesan dan kawalan mutu makanan.
OP 2: mempamerkan kemahiran teknikal, kemahiran teknologi digital dan menunjukkan kemahiran
kuantitatif dalam bidang pemprosesan dan kawalan mutu makanan.
OP 3: mempamerkan kemahiran komunikasi dan kemahiran interpersonal serta ciri kepimpinan di dalam
kumpulan yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan budaya dalam memperkasa
pembelajaran sepanjang hayat.
OP 4: membudayakan pembangunan kendiri, pemikiran keusahawan serta mamatuhi etika kerja dan
profesionalisme dalam komuniti dan pihak berkepentingan.
2.1.4 HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (HPP)
Di akhir pembelajaran pelajar boleh:
HPP1: menjelaskan pengetahuan asas, teori, prinsip dan konsep dalam bidang pemprosesan dan
kawalan mutu makanan
HPP2: mengaplikasi kemahiran menyelesaikan masalah berkaitan tugas dalam bidang pemprosesan
dan kawalan mutu makanan
HPP3: mempamerkan kemahiran teknikal berdasarkan skop kerja yang diperlukan dalam bidang
pemprosesan dan kawalan mutu makanan.
HPP4: menghubung kait kemahiran komunikasi dan kemahiran interpersonal secara berkesan terhadap
individu atau secara berkumpulan dalam bidang pemprosesan dan kawalan mutu makanan.
HPP5: mempamerkan keupayaan menggunakan teknologi digital dan kemahiran kuantitatif dalam
bidang pemprosesan dan kawalan mutu makanan.
6
HPP6: menghubung kait keupayaan menjalankan tugas dengan ciri kepimpinan, autonomi dan
tanggungjawab dalam bidang pemprosesan dan kawalan mutu makanan.
HPP7: mengamalkan pembelajaran kendiri dan minda keusahawanan dalam bidang pemprosesan dan
kawalan mutu makanan.
HPP8: mengamalkan kebolehan untuk patuh kepada etika dan profesionalisme kerja dalam bidang
pemprosesan dan kawalan mutu makanan.
2.1.5 STRUKTUR PROGRAM
11 STRUKTUR PROGRAM
HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (HPP)
JAM HPP1 HPP2 HPP3 HPP4 HPP6 Personal & Kemahiran Keusahawanan HPP7 HPP8
PERTEMUAN HPP5
KLASIFIKASI NILAI KREDIT Kemahiran Kognitif Kemahiran Praktikal Interpersonal dan Kemahiran Kepimpinan, Autonomi & Tanggungjawab Etika & Profesionalisme PRASYARAT / SYARAT BERSAMA
Pengetahuan dan Pemahaman Komunikasi
KOD NAMA KURSUS
KURSU Kemahiran Digital & Numerasi
S KAT L
CLS1 CLS2 CLS3a CLS3b CLS3d CLS5
CLS3c CLS4
SEMESTER 1
Wajib SBC 10012 Aplikasi Komputer 1200 2 / /
Teras SBM 10012 Matematik 1020 2 /
Umum / /
SPK 10132 Asas Teknologi Pemprosesan
Makanan 2010 2 / //
SPK 10013 Pengenalan Sains Makanan 2200 3 /
Teras SPK 10022 Pengenalan Makanan Halal 1020 2 / /
Disiplin Pemprosesan Buah-Buahan dan
SPK 10034 Sayur-Sayuran 1500 4 / / //
SPK 10044 Pemprosesan Hasil Ikan dan Hasilan 1 5 0 0 4 / / //
Laut
JUMLAH 28 19
SEMESTER 2
MPU Pendidikan Islam*
13012
2000 2 ///
Wajib MPU Pendidikan Moral** 1000 1 /
13022
SUE 10011 Communicative English
SPK 20053 Pembungkusan dan Pelabelan 2200 3 // /
Makanan
7
SPK 20063 Kawalan Mutu Makanan 2200 3 / //
Teras SPK 20074 Pemprosesan Kek dan Roti 1500 4 // //
Disiplin
SPK 20084 Pemprosesan Hasil Bijian 1500 4 / / //
Wajib JUMLAH 23 17
SEMESTER 3
Teras
Disiplin SUE 20021 Workplace English 1000 1 /
/ //
MPU Pengajian Malaysia 2000 2
11012
MPU Keusahawanan 1020 2 // /
12012 1020 2
SPK 30092 Perundangan Makanan / /
// /
SPK 30103 Perusahaan Makanan 1030 3 // //
// //
SPK 30114 Pemprosesan Hasil Daging dan Ayam 1 5 0 0 4
SPK 30124 Pemprosesan Konfeksionari 1500 4
JUMLAH 25 18
HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (HPP)
JAM HPP1 HPP2 HPP3 HPP4 HPP6
PERTEMUAN HPP5 HPP7
HPP8
KLASIFIKASI NILAI KREDIT Kemahiran Kognitif Kemahiran Praktikal Interpersonal dan Kemahiran Kepimpinan, Autonomi & PRASYARAT / SYARAT BERSAMA
Pengetahuan dan Pemahaman Komunikasi Tanggungjawab
KOD NAMA KURSUS
KURSU Kemahiran Digital & Numerasi Personal & Kemahiran
S KAT L Keusahawanan
Etika & Profesionalisme
CLS1 CLS2 CLS3a CLS3b CLS3d
CLS3c CLS4
CLS5
Latihan SUT 40038 Latihan Industri SEMESTER 4 // ///
Industri JUMLAH 0000 8
JUMLAH KESELURUHAN NILAI KREDIT 08
62
i. (a) Wajib Jumlah Kredit Jumlah Kredit %
(b) Wajib (Bahasa Kebangsaan A)ᵃ Jumlah Keseluruhan Kredit 10 16%
2ᵃ 0%
ii. Teras Umum 2 3%
iii. Teras Disiplin 42 68%
iv. Pengkhususan 0 0%
54
vi. Latihan Industri 8 13%
62 100%
i. Kuliah
ii. Amali Jumlah Jam %
iii. Tutorial 17 28%
36 59%
Jumlah Jam Pertemuan 8 13%
61 100%
8
Petunjuk:
K : Kuliah, A : Amali, T : Tutorial, L : Lain-lain
(Nombor yang ditunjukkan di dalam K, A, T & L adalah mewakili jam pertemuan seminggu
untukdigunakan sebagai panduan untuk menyediakan jadual waktu)
*Untuk Pelajar Muslim
**Untuk Pelajar Bukan Muslim
Nota:
1. aMPU12022 Bahasa Kebangsaan A adalah WAJIB diambil oleh pelajar yang tidak
mendapatkredit di dalam subjek Bahasa Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
dan pengambilankursus ini akan menyumbang kepada CGPA pelajar.
2. Cluster:
a. CLS1 : Pengetahuan & Pemahaman
b. CLS2 : Kemahiran Kognitif
c. CLS3a : Kemahiran Praktikal
d. CLS3b : Interpersonal & Kemahiran Komunikasi
e. CLS3c : Kemahiran Digital & Numerasi
f. CLS3d : Kepimpinan, Autonomi & Tanggungjawab
g. CLS4 : Personal & Kemahiran Keusahawanan
h. CLS5 : Etika & Profesionalisme
2.1.6 SINOPSIS KURSUS
SPK 10013 – PENGENALAN SAINS MAKANAN
SINOPSIS :-
Kursus Pengenalan Sains Makanan ini dibina untuk memperkenalkan pelajar kepada perkara asas
dalam bidang sains makanan bagi memenuhi keperluan kerja berdasarkan permintaan industri. Melalui
program ini pelajar akan didedahkan dengan analisis kimia berdasarkan komposisi makanan, asas
mikrobiologi serta cara pengendalian makanan. Kursus ini ditawarkan dalam Semester 1 bagi membina
asas sains makanan yang membolehkan pelajar mempraktikannya kelak.
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS (CLO) :-
Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:
9
I. menjelaskan mengenai sains makanan, mikrobiologi dan kandungan makanan. (C2, HPP
1)
II. mempamerkan kaedah ekesperimen mikroorganisa dan analisis proksimat makanan. (P4,
HPP 3)
III. melaporkan hasil eksperimen mikroorganisma dan anlisis proksimat makanan. (A2, HPP
4)
SPK 10022 – PENGENALAN MAKANAN HALAL
SINOPSIS :-
Kursus Pengenalan Makanan Halal ini merangkumi asas dalam bidang pemprosesan makanan dalam
aspek halal bagi memenuhi keperluan kerja berdasarkan permintaan industri seperti konsep halal, impak
dan perlaksanaannya di Malaysia.
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS (CLO) :-
Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:
I. menjelaskan konsep dan keperluan makanan halal serta prosedur pensijilan halal. (C2 ,
HPP 2)
II. membincangkan teknik penyembelihan haiwan ternakan menggunakan aplikasi asas
teknologi digital. (A2 , HPP 4)
SPK 10034 – PEMPROSESAN BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN
SINOPSIS :-
Kursus Pemprosesan Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran ini dibina untuk memperkenalkan pelajar
kepada perkara asas dalam bidang pemprosesan produk makanan berasaskan buah-buahan dan sayur-
sayuran bagi memenuhi keperluan kerja berdasarkan permintaan industri. Melalui program ini pelajar
akan didedahkan dengan penghasilan produk berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran yang
menggunakan kaedah pendinginan, penyejukbekuan, pengeringan, pengekstrakan, penapisan,
pemeraman dan lain-lain. Kursus ini juga turut memberi penekanan dalam pengiraan kos pemprosesan
produk bagi mendedahkan pelajar kepada dunia keusahawanan.
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS (CLO) :-
Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:
I. menerangkan tentang buah-buahan dan sayur-sayuran serta pemprosesan produk yang
berunsurkan pengurusan bahan mentah yang mampan. (C1, HPP 1)
10
II. menghasilkan semula produk berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran menggunakan
teknik yang betul dengan pengurusan bahan mentah yang mampan. (P3, HPP 3)
III. melaporkan hasilan produk berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran menggunakan
aplikasi asas teknologi digital. (A2, HPP 5)
IV. menunjuk cara pemprosesan produk berasaskan buahbuahan dan sayur-sayuran secara
individu dengan menggunakan teknik dan bahan yang betul. (A3, HPP 6)
SPK 10044 – PEMPROSESAN HASIL IKAN DAN HASILAN LAUT
SINOPSIS :-
Kursus Pemprosesan Ikan Dan Hasilan Laut ini dibina untuk memperkenalkan pelajar kepada perkara
asas dalam bidang pemprosesan produk makanan berasaskan ikan dan hasilan laut lain seperti udang
dan sotong bagi memenuhi keperluan kerja berdasarkan permintaan industri. Melalui program ini pelajar
akan didedahkan dengan kaedah pemprosesan dan pengoperasian peralatan yang digunakan dalam
pemprosesan produk makanan berasaskan ikan dan hasilan laut. Kursus ini juga turut memberi
penekanan dalam pengiraan kos pemprosesan produk bagi mendedahkan pelajar kepada dunia
keusahawanan.
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS (CLO) :-
Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:
I. menjelaskan asas pemprosesan hasil ikan dan hasilan laut. (C2, HPP 1)
II. menghasilkan produk berasaskan hasil ikan dan hasilan laut menggunakan teknik yang
sesuai. (P3, HPP 3)
III. melaporkan dapatan penghasilan produk berasaskan hasil ikan dan hasilan laut dengan
menggunakan aplikasi asas teknologi digital. (A2, HPP 5)
IV. menunjuk cara pemprosesan produk berasaskan hasil ikan dan hasilan laut secara individu
dengan menggunakan teknik dan bahan yang sesuai (A3, HPP 6)
SPK 10132 – ASAS TEKNOLOGI PEMPROSESAN MAKANAN
SINOPSIS :-
Asas Teknologi Pemprosesan Makanan merangkumi teknologi yang berkaitan dengan kaedah
pemprosesan makanan. Kursus ini juga menerangkan peranan agensi yang berkaitan dengan industri
pemakanan seperti agensi kerajaan dam agensi bukan kerajaan (NGO).
11
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS (CLO) :-
Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:
I. menerangkan kaedah-kaedah pemprosesan dalam industri makanan. (C1, HPP 1)
II. membincangkan peranan agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam memastikan jaminan
kualiti dan keselamatan makanan. (A2 , HPP 4)
SPK 20053 – PEMBUNGKUSAN DAN PELABELAN MAKANAN
SINOPSIS :-
Kursus Pembungkusan Dan Pelabelan Makanan ini dibina untuk memperkenalkan pelajar kepada
perkara asas dalam bidang pembungkusan dan pelabelan produk makanan bagi memenuhi keperluan
kerja berdasarkan permintaan industri. Melalui kursus ini pelajar akan didedahkan dengan prinsip asas
pembungkusan, jenis dan sifat bahan pembungkus, pembungkusan mengikut komoditi makanan terpilih
dan kaedah pelabelan makanan. Kursus ini ditawarkan dalam semester yang pertama bagi membina
asas dalam operasi pembungkusan dan pelabelan makanan yang membolehkan pelajar
mempraktikannya dalam kursus yang seterusnya.
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS (CLO) :-
Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:
I. mengaplikasikan kaedah pemilihan bahan pembungkusan. (C3, HPP 2)
II. mempamerkan aktiviti pembungkusan komoditi makanan terpilih dengan pengurusan peralatan
dan bahan yang sesuai bagi memastikan kelestarian produk. (P3, HPP 3)
III. melakarkan rekabentuk pembungkusan dan pelabelan dengan menggunakan perisian dan
aplikasi terkini mengikut keperluan Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985. (P5, HPP
5)
SPK 20063 – KAWALAN MUTU MAKANAN
SINOPSIS :-
Kawalan Mutu Makanan merangkumi pengenalan kawalan mutu makanan. Penekanan kursus ini
berkaitan pengenalan kawalan mutu makanan, pengukuran, persampelan, pengujian, penilaian deria,
kebersihan dan sanitasi.
12
HASIL PEMBELAJARAN (CLO):-
Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:
I. menerangkan tentang kawalan mutu dalam makanan. (C2, HPP 1)
II. mempamerkan kaedah pengukuran dan pengujian dalam kawalan mutu makanan. (P2 , HPP 3)
III. melaporkan hasil pengukuran dan pengujian kawalan mutu makanan. (A2 , HPP 4)
SPK 20074 – PEMPROSESAN KEK DAN ROTI
SINOPSIS :-
Pemprosesan Kek Dan Roti membincangkan kaedah pemprosesan kek dan roti, bahan dan
kepentingannya, peralatan bakeri, pembungkusan dan penyimpanan, masalah dan cara mengatasinya
serta kawalan mutu produk.
HASIL PEMBELAJARAN (CLO):-
Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:
I. menjelaskan pemprosesan kek dan roti serta pengurusan sisa buangan hasil pemprosesan. (C2,
HPP 1)
II. mempamerkan kaedah penghasilan kek dan roti dengan menggunakan teknik yang sesuai. (P3,
HPP 3)
III. menghasilkan semula produk kek dan roti secara individu dengan menggunakan teknik dan
bahan yang betul. (A3, HPP 6)
IV. melaporkan hasil dapatan produk kek dan roti dengan menggunakan aplikasi asas teknologi
digital. (A2, HPP 7)
SPK 20084 – PEMPROSESAN HASIL BIJIAN
SINOPSIS :-
Kursus Pemprosesan Hasil Bijian ini dibentuk untuk memperkenalkan kepada pelajar asas dalam bidang
pemprosesan hasil bijian bagi memenuhi keperluan kerja berdasarkan permintaan industri. Melalui
program ini pelajar akan didedahkan dengan fungsi dan kegunaan peralatan, bahan mentah, kaedah
pemprosesan serta kawalan mutu pemprosesan produk makanan. Kursus ini ditawarkan dalam
Semester 2 bagi membina asas pemprosesan hasil bijian yang membolehkan pelajar mempraktikannya
kelak.
13
HASIL PEMBELAJARAN (CLO):-
Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:
I. menjelaskan pemprosesan produk serta pengurusan sisa buangan industri bijian. (C2, HPP 1)
II. mempamerkan kaedah pemprosesan produk berasaskan bijian dengan menggunakan teknik
yang sesuai. (P4, HPP 3)
III. mengukur ciri-ciri organoleptik dengan membandingkan penghasilan produk. (A2 , HPP 5)
IV. menunjukkan cara pemprosesan produk berasaskan bijian secara individu dengan
menggunakan teknik dan bahan yang betul. (A3, HPP 6)
SPK 30092 – PERUNDANGAN MAKANAN
SINOPSIS :-
Perundangan Makanan memberikan pendedahan dan pengetahuan tentang penguatkuasaan undang-
undang dan peraturan berkaitan keselamatan dan kualiti makanan yang digazetkan oleh pihak berkuasa
di Malaysia.
HASIL PEMBELAJARAN (CLO):-
Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:
I. mengaitkan pengetahuan berkaitan Akta Makanan 1983, Peraturan Makanan 1985 dan
Peraturan - Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dengan pelanggaran peraturan yang
dikuatkuasakan oleh pihak penguatkuasa. (C2, HPP 2)
II. melaporkan kesan penguatkuasaan undang-undang kepada pengguna dan pengeluar
berdasarkan kajian kes yang dilaksanakan. (A3, HPP 8)
SPK 30103 – PERUSAHAAN MAKANAN
SINOPSIS :-
Perusahaan Makanan bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran memulakan perniagaan
dalam usaha memupuk minat pelajar untuk berniaga. Pelajar akan didedahkan kepada konsep
perniagaan dalam pembangunan masyarakat dan negara. Kursus ini juga merangkumi aspek
mengenalpasti peluang-peluang perniagaan dan cara memulakan perniagaan dengan menyediakan
Business Model Canvas (BMC).
14
HASIL PEMBELAJARAN (CLO):-
Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:
I. menyatakan pelbagai kemahiran penyelesaian masalah yang digunakan dalam dunia
keusahawanan bagi memasarkan produk kepada pengguna. (C2, HPP 2)
II. menghuraikan pelan perniagaan berdasarkan konsep Kanvas Model Perniagaan yang telah
dipilih. (P2, HPP 3)
III. menghuraikan hasil dapatan daripada aktiviti jualan produk makanan yang telah dilaksanakan.
(A4, HPP 7)
SPK 30114 – PEMPROSESAN HASIL DAGING DAN AYAM
SINOPSIS :-
Pemprosesan Hasil Daging Dan Ayam mengandungi prinsip asas teknologi pemprosesan hasilan
berasaskan daging, ayam dan telur, kaedah pemprosesan mengikut formulasi terpilih dan kaedah
pengoperasian peralatan yang digunakan dalam penghasilannya.
HASIL PEMBELAJARAN (CLO):-
Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:
I. menjelaskan asas pemprosesan hasil telur, daging dan ayam. (C2, HPP 1)
II. menghasilkan semula produk berasaskan telur, daging dan ayam menggunakan teknik yang
betul. (P3, HPP 3)
III. melaporkan proses penghasilan produk berasaskan telur, daging atau ayam dengan penyeliaan
yang minima. (A2, HPP 6)
IV. melaporkan isu-isu yang berkaitan pemprosesan produk berasaskan telur, daging atau ayam
secara individu dengan mengaitkan Akta Makanan 1983 dan peraturanperaturannya. (A3, HPP
8)
SPK 30124 - PEMPROSESAN KONFEKSIONARI
SINOPSIS :-
Pemprosesan Konfeksionari membincangkan mengenai pengenalan konfeksionari, fungsi bahan
mentah, kaedah pemprosesan, peralatan dan mesin, penilaian fizikal dan organoleptik, pembungkusan,
penyimpanan, kawalan mutu dan pengiraan kos pemprosesan.
15
HASIL PEMBELAJARAN (CLO):-
Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:
I. menjelaskan asas pemprosesan hasilan konfeksionari daripada tepung, gula, sejukbeku dan ais.
(C2, HPP 1)
II. mempamerkan kemahiran teknikal pemprosesan konfeksionari berasaskan tepung, gula,
sejukbeku dan ais menggunakan teknik yang betul. (P3, HPP 3)
III. melaporkan proses penghasilan produk berasaskan tepung, gula, sejukbeku dan ais dengan
penyeliaan yang minima. (A2, HPP 6)
IV. melaporkan isu-isu yang berkaitan pemprosesan produk berasaskan tepung, gula, sejukbeku
dan ais secara individu dengan mengaitkan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturannya.
(A3, HPP 8)
SUT 40038 – LATIHAN INDUSTRI
SINOPSIS :-
LATIHAN INDUSTRI memberi pendedahan kepada pelajar untuk mengamalkan kemahiran dan
pengetahuan yang dipelajari dalam persekitaran kerja sebenar.
HASIL PEMBELAJARAN (CLO):-
Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:
I. menunjukkan kemahiran yang telah dipelajari mengikut keperluan tugas di tempat kerja. (P2,
CLS 3a)
II. mengamalkan komunikasi berkesan dan kemahiran sosial di tempat kerja. (A2, CLS 3b)
III. mengamalkan pembelajaran berterusan dan minda keusahawanan di tempat kerja. (A2, CLS 4)
IV. mengamalkan kerja berpasukan dan sikap tanggungjawab di tempat kerja (A2, CLS 3d) HPK5 :
mematuhi nilai etika dan profesionalisme dengan berkesan di tempat kerja. (A2, CLS 5)
16
3 UNIT SOKONGAN
3.1 UNIT PEPERIKSAAN
3.1.1 SINOPSIS
Unit Penilaian dan Pentaksiran bertanggungjawab melaksanakan segala urusan dan aktiviti
peperiksaan dan pentaksiran. Unit ini diketuai oleh Pegawai Peperiksaan.
3.1.2 PERATURAN AM KAEDAH PENILAIAN
3.1.2.1 MENDAFTAR KURSUS / LA
i. Pelajar yang telah mendaftar semester / modul dikehendaki mendaftar tiap–tiap kursus /
LA yang diambil melalui pensyarah kelas dalam tempoh satu (1) minggu selepas
pendaftaran semester / modul.
ii. Pelajar tidak dibenarkan mendaftar kursus / LA yang mempunyai pra-syarat, sekiranya
pelajar belum lulus kursus / LA yang menjadi pra-syarat bagi kursus / LA tersebut.
iii. Pelajar perlu mendapat pengesahan TPA / TP / Ketua Program sebelum mendaftar.
iv. Pelajar bertanggungjawab untuk menyemak senarai kursus / LA yang telah didaftarkan
dengan teliti.
v. Pelajar yang telah mendaftar kursus / LA berkenaan hendaklah mengikuti sepenuhnya
aktiviti pembelajaran bagi kursus / LA tersebut.
vi. Pindaan pendaftaran kursus / LA hendaklah diselesaikan pada minggu ketiga (3)
perkuliahan dengan mendapat kebenaran Timbalan Pengarah Akademik (TPA) /
Timbalan Pengarah (TP).
vii. Borang Pendaftaran Kursus / LA akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada minggu ketiga
semester / modul berkenaan kepada pelajar melalui pensyarah kelas.
viii. Satu salinan borang pendaftaran kursus hendaklah diserahkan kepada TPA / TP, Unit
Peperiksaan dan Fail Pelajar.
3.1.2.2 NILAI KREDIT
i. Setiap 40 jam belajar adalah bersamaan dengan satu (1) kredit.
ii. Setiap kursus / LA direkabentuk antara satu (1) hingga 5 kredit.
iii. Latihan Industri (LI) membawa lapan (8) hingga 12 kredit, mengikut keperluan program.
Satu (1) bulan LI bersamaan dua (2) kredit.
17
3.1.2.3 BEBAN KREDIT MINIMUM DAN MAKSIMUM
i. Pelajar dikehendaki mengambil minimum sembilan (9) kredit bagi setiap semester / modul
kecuali bagi semester akhir / modul terakhir.
ii. Pelajar yang mendapat HPNM kurang dari 2.00 hendaklah mengambil tidak lebih
daripada 13 kredit termasuk kursus wajib pada semester / modul berikutnya.
iii. Bilangan kredit maksimum yang boleh diambil ialah 19 kredit dengan kebenaran
Timbalan Pengarah Akademik (TPA) / Timbalan Pengarah (TP). Pelajar dinasihatkan
berbincang dengan pensyarah kelas terlebih dahulu.
3.1.2.4 KREDIT KURSUS / LA ULANGAN DAN TEBUS GRED
i. Sekiranya pelajar mengulang kursus / LA, gred terbaik menggantikan gred dahulu.
ii. Bagi tujuan pengiraan HPNM, kredit kira dan nilai mata terkini kursus/LA yang diulang
akan diambilkira, dan kredit kira serta nilai mata terdahulu dimansuhkan.
iii. Bagi pelajar yang perlu mengulang kursus/ LA minima 9 kredit, pelajar TIDAK
DIBENARKAN mendaftar kursus/LA bagi semester/modul yang berikutnya.
iv. Bagi pelajar yang mendapat status Lulus DIBENARKAN mengulang kursus/LA bagi
menebus gred, gred terbaik akan menggantikan gred terdahulu.
v. Bagi tujuan pengiraan HPNM, kredit kira dan nilai mata terkini kursus/LA yang diperbaiki
akan diambilikira, dan kredit kira serta nilai mata terdahulu dimansuhkan.
3.1.2.5 KREDIT LULUS PROGRAM DAN TEMPOH PENGAJIAN
i. Pelajar mesti lulus semua kursus/LA yang ditetapkan untuk program yang diambilnya
termasuk LI.
ii. Kredit minimum bagi program sijil adalah 60 kredit dan kredit keseluruhan hendaklah
dirujuk kepada struktur program.
iii. Tempoh pengajian lazim adalah antara 4 – 6 semester manakala tempoh MAKSIMUM
adalah 10 semester atau 40 bulan.
3.1.3 PINDAHAN KREDIT
i. Pelajar boleh memohon kelulusan pindahan kredit bagi mana-mana kursus/LA daripada
TPA.
ii. Mata kredit yang diperolehi bagi kursus/LA yang dipindah kredit tidak diambilkira dalam
pengiraan HPNM.
18
iii. Jumlah Jam Kredit bagi kursus/LA yang dipindahkan akan diambil kira bagi menentukan
Jumlah Jam Kredit Terkumpul untuk tujuan penganugerahan Sijil.
iv. Kursus-kursus/LA program Kolej yang telah dilaksanakan di sesebuah Kolej boleh
diterima atau dibawa ke Kolej lain yang menawarkan kursus/LA yang sama.
v. Pelaksanaan pindahan kredit hendaklah merujuk kepada Garis Panduan Pindahan Kredit
Program Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi edisi terkini.
3.1.4 PENILAIAN PROGRAM SIJIL
i. Struktur Penilaian = 100% PB
ii. Pelajar LULUS penilaian sesuatu kursus / LA jika memenuhi syarat-syarat berikut:
a. Pelajar WAJIB menghadiri sesi PdP tidak kurang dari 80% dari jumlah jam
pertemuan bagi setiap kursus / LA; dan
b. Memperolehi markah Pentaksiran Berterusan (PB) dengan minima 40 markah
(lulus bersyarat) atau gred D iaitu nilai mata 1.00.
3.1.4.1 PENILAIAN KHAS
Penilaian Khas (PK) boleh diadakan untuk kes-kes berikut:-
i. Pelajar yang tidak dapat menduduki penilaian kerana disahkan sakit oleh Pegawai
Perubatan Hospital kerajaan atau swasta.
ii. Pelajar semester akhir (sebelum LI) yang lulus dengan bertaraf ‘BAIK’ atau ‘KEPUJIAN’
tetapi gagal satu (1) kursus/LA daripada semester-semester/modul-modul sebelumnya.
iii. Pelajar yang kematian ibu/bapa/penjaga/suami/isteri/anak.
iv. Sebab-sebab lain yang dapat diterima oleh pihak Kolej.
v. PK tidak dapat diadakan bagi pelajar yang tidak menduduki PB tanpa sebab munasabah.
vi. Pelajar perlu mendapat kebenaran Pengarah Kolej Komuniti bagi menduduki PK.
3.1.5 MENGGUGUR KURSUS
i. Pelajar hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kelulusan daripada TPA.
ii. Pengguguran Kursus hendaklah dibuat dalam tempoh yang dibenarkan iaitu menggu
keempat (4) perkuliahan.
3.1.6 MENGULANG KURSUS/LA
i. Pelajar perlu mendaftar untuk mengulang kursus/LA bersama-sama dengan kursus/LA
yang ditetapkan bagi semester semasa setelah mendapat nasihat dan kelulusan
daripada TPA.
19
ii. Pindaan pendaftaran kursus hendaklah diselesaikan selewat-lewatnya pada minggu
kedua selepas pendaftaran dengan mendapat kebenaran TPA.
iii. Mengulang kursus adalah keadaan apabila seorang pelajar tidak mencapai kriteria
penilaian sesuatu kursus/LA atau gagal kursus/LA pada semester sebelumnya.
3.1.7 MENERUSKAN PENGAJIAN KE SEMESTER BERIKUTNYA
i. Pelajar dikehendaki mengambil semua kursus/LA yang gagal pada semester seterusnya
(sekiranya kursus/LA tersebut ditawarkan oleh pihak kolej).
ii. Pelajar dikehendaki lulus semua kursus/LA yang ditawarkan bagi sesuatu program
sebelum dibernarkan menjalani latihan industri di akhir pengajian. Pelajar yang mendapat
status HPNM Lulus Bersyarat perlu memperbaiki status keputusan sebelum menjalani
Latihan Industri.
iii. Walaubagaimanapun, pelajar yang tidak memenuhi syarat untuk mendaftar latihan
industri, boleh membuat rayuan untuk mempertimbangkan menjalani latihan industri jika
kursus berkenaan tidak ditawarkan pada semester tersebut dengan mendapat kebenaran
TPA.
3.1.8 MENAMATKAN PENGAJIAN PROGRAM
i. Pelajar dianggap telah menamatkan pengajian program sekiranya:
a. Mendapat HPNM 2.00 atau lebih dan telah lulus Latihan Industri
b. Memenuhi jumlah jam kredit yang ditetapkan.
c. Bagi pelajar Warganegara yang tidak kredit Bahasa Melayu SPM WAJIB LULUS
kursus MPU 1212 Bahasa Kebangsaan A. (berkuatkuasa sesi Mac 2015)
3.1.9 STATUS DIBERHENTIKAN
i. Memperolehi status akademik LULUS (PNM 1.00 – 2.00) sebanyak tiga kali berturut-
turut.
ii. Telah melebihi tempoh maksimum pengajian (10 semester) termasuk Latihan Industri.
3.1.10 PENGANUGERAHAN SIJIL
3.1.10.1 Pelajar hanya layak dianugerahkan Sijil Kolej Komuniti setelah memenuhi syarat-
syarat berikut:
i. Telah lulus semua kursus / LA yang ditetapkan bagi setiap program.
ii. Lulus Latihan Industri / WBL.
iii. HPNM ≥ 2.00.
iv. Tidak melebihi tempoh maksimum pengajian yang ditetapkan.
20
v. Syarat-syarat lain yang ditetapkan.
vi. Diperakukan oleh Jawatankuasa Peperiksaan Pusat Kolej Komuniti.
3.1.10.2 Pelajar akan memperolehi Anugerah Pengarah sekiranya memenuhi syarat-syarat
berikut:-
i. Pelajar mendaftar kursus/LA sekurang-kurangnya 12 kredit pada semester berkenaan;
dan
ii. Mendapat PNM ≥ 3.67 bagi semester berkenaan.
iii. Catatan “ANUGERAH PENGARAH” akan dimasukkan ke dalam slip.
3.1.10.3 Pelajar akan dianugerahkan Pingat Ketua Pengarah (PKP) pada Majlis Konvokesyen
sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:
i. Memperolehi HPNM sekurang-kurangnya 3.83;
ii. Cemerlang Latihan Industri;
iii. Kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh JK; dan
iv. Diperakukan oleh Ketua Pengarah
3.1.11 TRANSKRIP
i. Transkrip pelajar dikeluarkan dalam tempoh 14 hari selepas pengumuman keputusan
oleh Jawatankuasa Peperiksaan Pusat Kolej Komuniti.
ii. Sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan atas sebab-sebab munasabah, pelajar
boleh memohon salinan transkrip rasmi di Kolej Komuniti yang mengeluarkan dokumen
berkenanaan dengan mengemukakan borang permohonan beserta Surat Akuan Sumpah
yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah.
iii. Penggantian transkrip akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari selepas permohonan
lengkap.
3.1.11 SIJIL KOLEJ KOMUNITI
i. Sijil Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi hanya dikeluarkan sekali sahaja
setelah pelajar menamatkan pengajian di Kolej Komuniti. Sijil ini akan diserahkan semasa
Majlis Konvokesyen.
ii. Sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan atas sebab-sebab munasabah, pelajar
boleh memohon salinan sijil di Kolej Komuniti yang mengeluarkan dokumen berkenaan
21
dengan mengemukakan borang permohonan beserta Surat Akuan Sumpah yang
disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah.
iii. Penggantian sijil akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari selepas permohonan lengkap.
3.1.13 PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
i. Keputusan peperiksaan akan diumumkan dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh
Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Kolej Komuniti. Pegawai Peperiksaan akan
mengumumkan keputusan peperiksaan bagi pihak Jawatankuasa Peperiksaan Kolej
dengan mempamerkan di Kolej dan hebahan elektronik. Pelajar boleh menyemak dan
memuatturun slip keputusan secara atas talian di laman web CCMS iaitu
https://app.mypolycc.edu.my/ccms/.
3.1.14 RAYUAN KE ATAS KEPUTUSAN
i. Pelajar boleh membuat semakan semula markah Pentaksiran Berterusan (PB) melalui
Timbalan Pengarah Akademik (TPA) dengan mengisi Borang Rayuan Semakan Semula
Keputusan bagi mana-mana kursus/LA dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas
pengumuman Keputusan Rasmi Penilaian.
ii. Setiap rayuan hendaklah disertakan resit bayaran rayuan penyemakan.
iii. Kadar bayaran rayuan penyemakan adalah sebanyak RM25.00 bagi setiap kursus/LA.
Semua pembayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Kiriman Wang / Wang Pos atas
nama Pengarah Kolej Komuniti.
iv. Pelajar semester akhir yang ingin membuat penyemakan semula skrip jawapan sesuatu
kursus/LA hendaklah mengemukakan permohonan secara bertulis kepada
Jawatankuasa Peperiksaan Kolej Komuniti untuk mendapat pengesahan daripada
Jawatankuasa Peperiksaan Pusat Kolej Komuniti.
v. Keputusan semakan semula akan dimaklumkan kepada pelajar dalam tempoh 14 hari
bekerja dari tarikh penerimaan keputusan.
22
3.1.15 SISTEM GRED
3.1.15.1 Markah yang diperoleh oleh pelajar di dalam sesuatu kursus/LA akan diberikan
gred dan nilai mata mengikut kumpulan seperti berikut:
Markah Gred Nilai Mata Status
90 – 100 A+ 4.00 Sangat Cemerlang
80 – 89 A 4.00 Cemerlang
75 – 79 A- 3.67 Kepujian
70 – 74 B+ 3.33
65 – 69 B 3.00 Baik
60 – 64 B- 2.67
55 – 59 C+ 2.33 Lulus
50 – 54 C 2.00 Gagal
47 – 49 C- 1.67
44 – 46 D+ 1.33
40 – 43 D 1.00
0 – 39 F 0.00
i. Pelajar yang mendapat status Lulus perlu menebus kursus/LA untuk mendapat HPNM
bersamaan atau lebih 2.00 bagi tujuan penganugerahan sijil.
ii. Pelajar yang tidak memenuhi keperluan penilaian dan peperiksaan dengan kebenarana
atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan akan diberi gred TL (Tidak Lengkap).
iii. Pelajar yang mendapat gred TL akan diberi gred baru setelah melengkapkan aktiviti
penilaian dan peperiksaan yang diberikan dalam tempoh masa yang dibenarkan.
iv. Pelajar dibenarkan menebus gred (TG) sekali sahaja bagi kursus/ LA yang mendapat
status Lulus untuk memastikan HPNM bersamaan atau lebih dari 2.00.
3.1.16 SISTEM NILAIAN MATA
i. Sistem penilaian Kolej Komuniti Malaysia adalah berdasarkan kaedah penilaian
kuantitatif prestasi pelajar di dalam sesuatu program yang dikenali sebagai Sistem Nilaian
Mata/
23
ii. Mengikut sistem Nilaian Mata, prestasi pelajar bagi sesuatu kursus adalah berdasarkan
kepada Sistem Gred yang mana pencapaian pelajar dinilai menggunakan dua (2) ukuran
iaitu Purata Nilaian mata (PNM) atau Grade Point Average (GPA) dan Himpunan Purata
Nilaian Mata (HPNM) atau Cumulative Grade Point Average (CGPA).
ℎ
ℎ
( ) =
ℎ
ℎ
ℎ
ℎ ℎ
( ) =
ℎ
ℎ ℎ
iii. Status pencapaian akademik pelajar ditentukan pada setiap semester dengan
menggunakan Purata Nilai Mata seperti di dalam Jadual 2 berikut:
PENCAPAIAN STATUS AKADEMIK
3.67 – 4.00 Cemerlang
3.00 ≤ 3.67 Kepujian
2.00 ≤ 3.00 Baik
1.00 ≤ 2.00 Lulus Bersyarat
< 1.00 Gagal
24
3.1.17 KLASIFIKASI STATUS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
3.1.18 KAEDAH PENILAIAN DAN PERATURAN LATIHAN INDUSTRI
3.1.18.1 Kelayakan Menjalani Latihan Industri
i. Pelajar perlu LULUS SEMUA kursus/LA yang ditetapkan sebelum menjalani Latihan
Indsutri;
ii. Memperolehi HPNM 2.00 dan ke atas
iii. Jam kredit Latihan Industri diambil kira dalam pengiraan jumlah jam kredit bergraduat
tetapi tidak diambil kira dalam pengiraan HPNM (Rujuk Garis Panduan Pelaksanaan
Latihan Industri).
3.1.19 FOLIO PELAJAR
i. Pelajar perlu mengumpulkan semua bukti-bukti penilaian yang dibuat di dalam satu fail
yang dikenali sebagai Folio. Folio tersebut perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
a. Muka hadapan & tulang fail;
b. Senarai Kandungan Folio Pelajar;
c. Senarai Semak Folio Pelajar;
d. Borang Maklumat Diri Pelajar;
e. Borang Pendaftaran Kursus / LA (iSEMS);
25
3.2 UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR
3.2.1 SINOPSIS
Unit Pembangunan Pelajar Kolej Komuniti Lahad Datu merupakan unit yang menguruskan hal
ehwal pengurusan pembangunan pelajar. Pengurusan unit ini merangkumi Pengurusan
Kebajikan Pelajar dan Sosial Pelajar, Disiplin Pelajar, Hari Suaikenal, Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar (JPP) dan juga Kelab / Persatuan dan Bukan Persatuan. Matlamat unit ini agar mampu
membantu ke arah mencapai pelaksanaan kecemerlangan pelajar.
3.2.2 OBJEKTIF UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR
i. Melantik JPP dan merancang aktiviti tahunan.
ii. Merancang aktiviti Kelab & Persatuan serta memastikan perlaksanaannya.
iii. Menguruskan Minggu Suaikenal pelajar-pelajar baharu.
iv. Merancang aktiviti yang melibatkan keseluruhan pelajar secara umum.
v. Melibatkan pelajar dengan aktiviti JPP, berpersatuan, kelab dan sukan yang ditubuhkan
dibawah kelolaan.
3.2.3 PENGURUSAN KEBAJIKAN DAN SOSIAL PELAJAR
i. Menguruskan proses Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (Elaun).
ii. Menguruskan proses elaun pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU).
iii. Menguruskan proses elaun wang saku pelajar.
iv. Menguruskan tuntutan insuran pelajar.
v. Membantu dalam isu yang berkaitan dengan tempat kediaman pelajar.
3.2.4 PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR
Pengurusan Disiplin Kolej Komuniti Lahad Datu adalah ditentukan oleh KPM. Seseorang pelajar
adalah tertakluk kepada Akta 174 [Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976].
3.2.5 MINGGU SUAIKENAL
Menguruskan pelaksanaan Program Minggu Suaikenal (MSK) untuk setiap sesi pengambilan
pelajar baru. Memastikan tentatif Program Minggu Suaikenal (MSK) berjalan seperti dirancang.
26
3.2.6 JAWATANKUASA PEWAKILAN PELAJAR ( JPP )
Seksyen 7 Bahagian III, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 memperuntukkan
bahawa sesuatu institusi hendaklah mempunyai suatu Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)
yang diwakili oleh sebilangan pelajar yang ditentukan oleh Pengarah.
Objektif penubuhan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar adalah untuk:
i. Menjadi wadah dalam mengasah dan mengembangkan bakat kepimpinan dan sahsiah
diri pelajar kearah pelapis pemimpin masa depan yang berkaliber, berakhlak dan
berkebolehan;
ii. Memperkukuhkan semangat muhibah, perpaduan dan integrasi nasional selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan selari dengan penerapan jasmani, emosi,
rohani dan intelek; dan
iii. Menjadi perantara di antara pihak pelajar dan pihak pengurusan Kolej Komuniti dalam
memastikan masalah dan pandangan pelajar dapat disalurkan dan diambil tindakan yang
sewajarnya.
3.2.7 PENGURUSAN KELAB / PERSATUAN
Kelab atau Persatuan merujuk kepada sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur,
berperlembagaan, berperaturan dan berkepimpinan yang dianggotai oleh pelajar-pelajar Kolej
yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan
untuk saling bekerjasama, bantu membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti
dan mencapai cita-cita serta matlamat yang ditetapkan dan dipersetujui bersama bagi
menperkembangkan minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan masing-masing.
“Tanpa menyentuh Seksyen 7, maka adalah sah bagi tidak kurang daripada sepuluh (10)
orang pelajar sebuah institusi dengan mendapat kelulusan Pegawai Hal Ehwal Pelajar*terlebih
dahulu yang diberi selepas mendapat persetujuan Menteri dan tertakluk kepada apa-apa had
dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar itu, menubuhkan
sesuatu badan pelajar terdiri daripada pelajar-pelajar intitusi itu bagi menganjurkan sesuatu
tujuan atau kepentingan tertentu dalam institusi itu”.
27
Kelab / Persatuan diklasifikasikan seperti berikut:
BIL. BIDANG CONTOH KELAB / PERSATUAN
1. Sukan dan Rekreasi Futsal, Memanah, Boling, Kembara, Alam
Sekitar dan lain-lain
2. Unit Beruniform Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA)
3. Kebudayaan, Seni dan Busking, Muzikal, Teater, Seni Silat, Tarian dan
Warisan lain-lain
4. Akademik IoT, Perabot, Fesyen dan Penyelenggaraan
5. Sukarelawan Bangunan
Briged Sukarelawan Kolej Komuniti (BriSK)
28
3.3 UNIT PENGAMBILAN
3.3.1 SINOPSIS
Unit Pengambilan Pelajar adalah bahagian yang bertanggungjawab dalam urusan pengambilan
dan rekod pelajar Kolej Komuniti.
Pengambilan pelajar Sijil Kolej Komuniti ialah dua (2) kali setahun. Ambilan kemasukan atau
ambilan pelajar bagi tahun berkenaan dikenali sebagai:
i. Ambilan Jun; dan
ii. Ambilan Disember
3.3.2 PERTUKARAN KOLEJ KOMUNITI
Tawaran tempat pengajian di Kolej Komuniti adalah muktamad. Sekiranya ada rayuan, langkah
yang perlu dilaksanakan adalah seperti berikut:
3.3.2.1 Calon Yang Belum Mendaftar
Semua rayuan pertukaran Kolej Komuniti hendaklah dikemukakan oleh calon kepada Pengarah
Kolej Komuniti.
3.3.2.2 Pelajar Yang Telah Mendaftar
Semua rayuan pertukaran antara Kolej Komuniti, perlu dikemukakan kepada Pengarah Kolej
Komuniti tempat pelajar mendaftar.
Pegawai / Penyelaras Pengambilan hendaklah melaksanakan tindakan berikut:
i. Mengarahkan pelajar mengisi Borang Permohonan Pertukaran Kolej Komuniti (Sila rujuk
Lampiran G1) dan menyertakan dokumen sokongan (surat rayuan pelajar / ibubapa /
penjaga atau laporan kesihatan, jika ada);
ii. Menghubungi Kolej Komuniti berkenaan untuk pengesahan tempat;
iii. Membuat ulasan mengenai status permohonan;
iv. Kemukakan borang tersebut kepada Pengarah Kolej Komuniti asal untuk kelulusan;
v. Menghantar surat pertukaran kepada Pengarah Kolej Komuniti yang menerima
pertukaran pelajar berkenaan (Rujuk Lampiran G2);
vi. Mengemaskini data pelajar di pangkalan data;
vii. Menghantar Fail Peribadi Pelajar beserta semua salinan keputusan peperiksaan ke Kolej
baharu;
29
viii. Menyimpan satu salinan Dokumen Peribadi Pelajar berkenaan untuk rekod;
ix. Sekiranya permohonan pertukaran ini tidak berjaya, Pegawai / Penyelaras Pengambilan
hendaklah memaklumkan mengenai status permohonan ini kepada pelajar tersebut.;
x. Sekiranya permohonan pertukaran berjaya, Pegawai / Penyelaras Pengambilan
hendaklah memaklumkan status permohonan kepada pelajar tersebut dan
memaklumkan kepada Pegawai / Penyelaras Biasiswa dan Pinjaman;
xi. Pegawai / Penyelaras Biasiswa dan Pinjaman perlu memaklumkan perkara ini kepada
Unit Pembangunan Pelajar, BAPP JPPKK / Bahagian Biasiswa KPM;
xii. Tempoh pertukaran Kolej hanya dibenarkan sekali dalam satu semester / modul sahaja;
xiii. Pertukaran Kolej hanya dibenarkan selewat-lewatnya pada hari terakhir minggu pertama
sesi akademik ambilan tersebut; dan
xiv. Pelajar yang gagal melapor diri di Kolej baharu perlu ditangguhkan dalam Sistem
Pangkalan Data oleh Kolej baharu sebagai tangguh khas.
Pegawai / Penyelaras Pengambilan Kolej baharu hendaklah melaksanakan langkah-langkah
berikut sekiranya ada pertukaran pelajar dari Kolej lain:
i. Menyemak surat makluman daripada Kolej Komuniti asal, keputusan peperiksaan, surat
latihan industri / surat kelulusan tangguh pengajian;
ii. Mendaftar dan memberikan nombor pendaftaran baharu dengan mengekalkan tahun dan
ambilan pelajar tersebut di Kolej Komuniti baharu; dan
iii. Membuka Fail Peribadi Pelajar yang baharu.
3.3.2.3 Permohonan Pertukaran Ke Kolej Komuniti Asal
Pelajar yang telah bertukar tidak dibenarkan memohon pertukaran semula ke Kolej komuniti asal
kecuali mendapat kelulusan Pengarah Kolej asal.
3.3.3 PERTUKARAN PROGRAM
Tawaran program di Kolej Komuniti adalah muktamad. Sekiranya ada rayuan, langkah berikut
perlu dilaksanakan.
3.3.3.1 Calon Yang Belum Mendaftar
Semua rayuan pertukaran program hendaklah dikemukakan oleh calon kepada Pengarah Kolej
Komuniti. Keputusan rayuan akan dimaklumkan oleh Pengarah Kolej Komuniti kepada calon.
30
3.3.3.2 Pelajar Yang Telah Mendaftar
Rayuan pertukaran program dikemukakan kepada Pengarah Kolej Komuniti berkenaan selewat-
lewatnya pada hari terakhir minggu pertama sesi akademik ambilan tersebut.(Rujuk Lampiran H)
Pegawai / Penyelaras Pengambilan hendaklah melaksanakan langkah berikut:
i. Meminta pelajar mengisi Borang Permohonan Pertukaran Program;
ii. Mengemukakan borang tersebut kepada Timbalan Pengarah / Timbalan Pengarah
Akademik dan Pengarah Kolej Komuniti;
iii. Menyerahkan salinan borang yang telah diluluskan kepada pelajar; dan
iv. Mengemaskini data pelajar di pangkalan data.
3.3.4 TANGGUH PENGAJIAN
3.3.4.1 Calon Yang Belum Mendaftar
Semua rayuan penangguhan pengajian hendaklah dikemukakan oleh calon pelajar kepada
Pengarah Kolej Komuniti. Keputusan rayuan akan dimaklumkan oleh Pengarah Kolej Komuniti
kepada calon pelajar.
3.3.4.2 Pelajar Baharu Yang Telah Mendaftar / Pelajar Senior
i. Keputusan rayuan tangguh pengajian di bawah bidang kuasa Pengarah Kolej Komuniti.
ii. Tempoh penangguhan pengajian bagi sesuatu program adalah maksimum 10 semester.
Bagi pelajar yang menangguh pengajian melebihi 10 semester akan digugurkan status
pelajar (diberhentikan).
iii. Permohonan tangguh pengajian hanya dibenarkan bagi tempoh yang dipohon sahaja.
Permohonan tangguh pengajian berikutnya hendaklah dibuat sebelum tempoh tangguh
tersebut luput.
iv. Bayaran pengajian tidak perlu dikenakan kepada pelajar yang belum lagi mendaftar jika
lanjutan tangguh tersebut diperlukan.
v. Surat peringatan lapor diri (Lampiran F) dikeluarkan kepada pelajar Senior yang gagal
mendaftar selepas 7 hari daripada tarikh rasmi pendaftaran. Sekiranya pelajar gagal
melapor diri selepas 7 hari dari tarikh surat peringatan dihantar kepada pelajar tersebut,
status pelajar akan ditangguhkan secara tangguh khas di sistem epelajar. Pensyarah
kelas / Penasihat Akademik perlu mengisi Borang Penangguhan Pengajian pelajar
tersebut (Rujuk Lampiran I2).
31
vi. Pelajar tidak hadir melebihi 25% dari keseluruhan kelas semester / modul tersebut akan
diklasifikasikan Pelajar lari dari Pengajian dan ditangguhkan secara tangguh khas di
sistem epalajar. Pensyarah kelas perlu mengisi Borang Penangguhan Pengajian pelajar
tersebut (Rujuk Lampiran I2 ).
vii. Pelajar yang gagal hadir mendaftarkan diri ke tempat Latihan Industri sebelum hari
terakhir minggu kedua PnP pada takwim akademik akan ditangguhkan.
viii. Pelajar lari dari Latihan Industri / Internship akan diklasifikasikan Pelajar Lari dari
Pengajian dan ditangguhkan.
ix. Pelajar yang diberhentikan oleh syarikat semasa Latihan Industri akan ditangguhkan.
3.3.5 BERHENTI PENGAJIAN
Pegawai / Penyelaras Pengambilan Kolej Komuniti hendaklah melaksanakan langkah- langkah
berikut:
i. Meminta pelajar mengisi Borang Berhenti Pengajian (Rujuk Lampiran J).
ii. Menerima keputusan daripada Pengarah Kolej Komuniti dan memaklumkan keputusan
permohonan kepada pelajar.
iii. Mengedarkan salinan surat makluman tarikh kuatkuasa berhenti jika diluluskan kepada:
a. Timbalan Pengarah / Timbalan Pengarah Akademik
b. Pegawai Pembangunan Pelajar atau Pegawai / Penyelaras Biasiswa dan
Pinjaman
c. Pegawai Peperiksaan
d. Pegawai Perhubungan dan Latihan Industri
iv. Mengemaskini data pelajar dalam pangkalan data
3.3.6 KAD PELAJAR
Jawatankuasa Pendaftaran Pelajar Unit Pembangunan Pelajar (UPP) / Unit Pengambilan Kolej
Komuniti hendaklah melaksanakan langkah berikut:
i. Menyediakan kad pelajar sementara semasa hari pendaftaran.
ii. Menyerah dan mendapatkan pengesahan penerimaan kad pelajar kekal dalam tempoh
tiga puluh (30) hari dari tarikh pendaftaran.
iii. Struktur format Nombor Pendaftaran Pelajar
32
3.3.7 PENGURUSAN FAIL PERIBADI PELAJAR
i. Pensyarah kelas / Penasihat Akademik hendaklah melaksanakan langkah- langkah
berikut:
a. Mengemaskini Fail Peribadi Pelajar.
b. Memastikan pelajar mengemuka, melengkap atau menggantikan dokumen yang
tiada, tidak lengkap, rosak atau hilang.
ii. Proses pelupusan Fail Peribadi Pelajar:
a. Sekiranya tiada permohonan rujukan fail peribadi pelajar dalam tempoh 5 tahun
daripada tarikh fail ditutup, proses permohonan perlupusan bolehlah dipohon melalui
prosedur-prosedur berikut:
b. Mengisi Borang Arkib 5/08 (Borang Permohonan Bagi Pelupusan Fail) – Borang yang
lengkap hendaklah dihantar ke cawangan Arkib yang berhampiran. (Rujuk Lampiran
L)
c. Setelah mendapat kelulusan daripada arkib, fail peribadi pelajar yang disimpan
bolehlah dilupus mengikut ketetapan oleh pihak arkib.
33
3.4 UNIT PERHUBUNGAN INDUSTRI, ALUMNI DAN PENGESANAN GRADUAN
3.4.1 SINOPSIS
Unit Perhubungan dan Latihan Industri bertanggungjawab merancang, mengurus dan
menyelaras hal-hal berkaitan dengan latihan industri pelajar, jaringan dan hubungan industri,
pengesanan graduan, kebolehpasaran graduan dan pembangunan alumni seiring matlamat
Kolej komuniti mengikut masa dan kualiti yang ditetapkan.
Latihan Industri merupakan satu kursus penting di dalam kurikulum pengajian di Kolej
Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia. Secara amnya, tujuan kursus ini adalah untuk
mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan sebenar terutamanya dari aspek aplikasi
pengetahuan yang dipelajari di Kolej, perhubungan kemanusiaan dan etika serta amalan
keselamatan di tempat kerja.
Pelaksanaan kursus ini memerlukan pelajar ditempatkan di syarikat atau jabatan
kerajaan yang bersesuaian untuk tempoh 1 semester. Pelajar perlu lulus Latihan Industri ini
sebelum layak diperakukan untuk penganugerahan Sijil Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Objektif Latihan Industri adalah untuk membolehkan pelajar:
i. Mendapat pendedahan kepada alam pekerjaan sebenar;
ii. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran;
iii. Memahami perkaitan di antara pengetahuan yang dipelajari di bilik kuliah dengan amalan
praktik di tempat latihan;
iv. Menghayati semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik dengan pekerja di tempat
latihan;
v. Menghayati sifat jujur, amanah, berdisiplin, dan bertanggungjawab;
vi. Mengamalkan peraturan keselamatan dan amalan baik di tempat latihan; dan
vii. Mengukuhkan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi.
34
3.4.2 PROSES LATIHAN INDUSTRI PELAJAR
MK - Mengulang Kursus 35
3.4.3 PENGESANAN GRADUAN
Unit Pengesanan Graduan bertanggungjawab mengurus, menyelaras dan mengawal selia
Kajian Pengesanan Graduan (sebelum konvokesyen dalam tahun semasa). Unit ini diketuai oleh
Pegawai Pengesanan Graduan.
Tanggungjawab pelajar:-
i. Menghadiri taklimat Sistem Kajian Pengesanan Graduan kepada pelajar semester akhir.
ii. Menghantar maklumat asas pelajar semester akhir.
iii. Menjawab Kajian Pengesanan Graduan dalam tempoh 1 bulan sebelum konvokesyen secara
atas talian.
3.4.4 PERHUBUNGAN ALUMNI
Pengurusan ALUMNI di bawah Unit Perhubungan Industri dan Alumni Kolej Komuniti Lahad Datu
(UPIA) dan di bawah jenama MyAlumni Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK)
, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Ianya berfungsi untuk:
36
3.4.5 PERSATUAN ALUMNI
Persatuan Alumni Kolej Komuniti Lahad Datu (ALUMNI KKLD) ditubuhkan pada tahun 2016 dan
didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dengan nombor pendaftaran PPM-014-
12-04072016 bagi menyatupadukan bekas pelajar Kolej Komuniti Lahad Datu. Matlamat persatuan ini
juga termasuk untuk memberi ruang kepada para alumni untuk mengambil bahagian dalam rancangan
pembangunan dan kebajikan yang akan memberi faedah kepada ahli pertubuhan, masyarakat dan
institusi. Selain itu, persatuan ini juga merupakan platform untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kepada para
alumni juga untuk mengadakan pertandingan, kerjasama atau gabungan dengan pertubuhan-
pertubuhan berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.
Para alumni digalakkan untuk menyumbang kepada Kolej Komuniti Lahad Datu dalam pelbagai
bentuk seperti tenaga, idea, kewangan atau material untuk membantu pihak Kolej memperkukuhkan
institusi bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan Kolej kepada pelajar-pelajar semasa. Di antara program
yang pernah dijalankan oleh ALUMNI KKLD ialah Program Sepakat Komuniti di mana wakil alumni
dijemput untuk berkongsi pengalaman bersama para pelajar aktif, program Jalinan Kasih 1.0 di mana
alumni dan pelajar menyampaikan bantuan makanan kepada asnaf kawasan Lahad Datu dan banyak
lagi.
Beberapa wakil Alumni juga terlibat di dalam Jawatankuasa Penasihat Kolej (Alumni) yang
berperanan untuk memberi input dan sumbang saran berkenaan kurikulum semasa kolej agar sentiasa
relevan dengan tuntutan semasa.
Yuran seumur hidup bagi ALUMNI KKLD ialah sebanyak RM25.00 yang dibayar semasa Majlis
Konvokesyen setiap graduan setiap tahun. Para graduan akan diumumkan menjadi alumni Kolej
Komuniti secara rasmi selepas menerima Sijil Kolej Komuniti dengan syarat telah mengisi borang
keahlian dan menbayar yuran keahlian. Untuk sebarang hebahan dan aktiviti, anda boleh ke media
sosial Persatuan Alumni di Facebook (https://www.facebook.com/Alumni-Kolej-Komuniti-Lahad-Datu-
1543665565872577).
37
3.5 UNIT SUKAN
3.5.1 SINOPSIS
Peranan Unit Belia dan Sukan adalah sebagai badan utama yang menyelaras segala aktiviti
berkaitan aktiviti sukan di Kolej komuniti Lahad Datu. Unit ini juga bernaung dibawah Majlis
Sukan Kolej Komuniti Malaysia (MASKOM) yang mana sebuah badan induk yang akan
menyelaras segala aktiviti berkaitan sukan bagi Kolej Komuniti di seluruh negara. Tujuan lain unit
ini ditubuhkan juga adalah sebagai penggalak kepada para pelajar dan kakitangan untuk lebih
terlibat dalam aktiviti kesukanan dan program belia yang secara langsung boleh membantu
meningkatkan tahap keperibadian yang lebih yakin, sihat, berdisiplin dan interaksi sosial
bersama komuniti yang lebih baik. Ini adalah kerana unit ini juga sering merancangkan pelbagai
program yang dapat menambahnilai pelajar serta kakitangan melalui program-program yang
berbentuk sukan bersama komuniti serta juga yang berbentuk ilmiah. Pertandingan mahupun
aktiviti sukan yang dirancang mempunyai objektif iaitu membudayakan aktiviti sukan bagi seluruh
pelajar dan kakitangan Kolej ke arah gaya hidup yang sihat. Segenap lapisan warga Kolej
Komuniti Lahad Datu akan mendapat manfaat bersama dengan setiap program yang
dirancangkan oleh unit ini.
3.5.2 OBJEKTIF
Objektif Unit Sukan Kolej Komuniti Lahad Datu ialah:
i. Menguruskan aktiviti sukan Kolej dengan terancang dan sistematik;
ii. Menguruskan aktiviti yang dirancang mengikut Takwim Tahunan Kolej Komuniti Lahad
Datu dan Majlis Sukan Kolej Komuniti (MASKOM); dan
iii. Pembudayaan dan pembangunan sukan di Kolej komuniti kalangan warga Kolej komuniti
dengan masyarakat setempat.
3.5.3 FUNGSI
Unit Sukan Kolej Komuniti Lahad Datu adalah unit yang bertanggungjawab menguruskan aktiviti
sukan dan riadah pelajar serta kakitangan Kolej dengan :
i. Menganjurkan aktiviti di peringkat Kolej ke arah mencari bakat-bakat pelajar yang boleh
diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.
ii. Membantu Kolej Komuniti Lahad Datu supaya lebih aktif dan cergas dengan melibatkan
diri dalam aktiviti sukan sepanjang masa.
iii. Mencungkil kesedaran mengenai pentingnya kecergasan dan “Gaya Hidup Sihat” dengan
aktiviti sukan kepada seluruh warga Kolej Komuniti Lahad Datu.
38
iv. Menyediakan prasarana yang kondusif dan perkhidmatan (pinjaman peralatan) yang
berkualiti kepada pelajar dan kakitangan.
3.5.4 TUGAS UTAMA
i. Pengurusan aktiviti sukan pelajar melalui kejohanan dalaman dan menyertai kejohanan
anjuran komuniti setempat serta MASKOM.
ii. Pengurusan aktiviti sukan staf dan kegiatan riadah staf Kolej Komuniti Lahad Datu.
iii. Menjadi penghubung kepada program-program yang dianjurkan oleh jabatan atau agensi
peringkat persekutuan dan negeri yang berkaitan sukan dengan pihak Kolej Komuniti Lahad
Datu.
3.5.5 KELAB SUKAN
i. KELAB LARIAN KULUR KILIR
ii. KELAB BOLA JARING
iii. KELAB FUTSAL
iv. KELAB BOLA TAMPAR
v. KELAB PING PONG
vi. KELAB PETANQUE
39
3.6 UNIT KAUNSELING
3.6.1 SINOPSIS
Unit Pengurusan Psikologi bertanggungjawab dalam urusan merancang dan menetapkan
halatuju perkhidmatan psikologi melalui 4 aplikasi psikologi iaitu pembangunan personal,
intervensi, penilaian dan pencegahan serta rehabilitasi untuk pelajar dan kakitangan bagi
memastikan pembangunan modal insan yang sejahtera, berkompetensi tinggi dan mampu
melonjakkan potensi diri ke tahap yang optimum.
Kepentingan keberadaan psikologi dan kaunseling dalam sesebuah organisasi adalah
untuk memastikan supaya masyarakat bebas dari penyakit yang berkaitan dengan penyakit
mental. Peranan unit adalah untuk melaksanakan sesi kaunseling individu, kelompok dan
pelbagai intervensi serta merancang program pembangunan psikologi dan kaunseling kepada
pelajar dan kakitangan untuk meningkatkan potensi serta prestasi selaras dengan visi dan misi
organisasi. Kaedah psikologi dan kaunseling yang bersesuaian akan digunakan kepada pelajar
dan kakitangan bagi mempertingkatkan keupayaan mengurus minda, emosi, sikap dan tingkah
laku.
3.6.2 FUNGSI UNIT PSIKOLOGI DAN KERJAYA
Antara perkhidmatan yang disediakan adalah merangkumi :-
i. Perkhidmatan Sesi Kaunseling Individu dan Kelompok
Menyediakan perkhidmatan psikologi dan kaunseling secara khusus kepada klien.
Kaunselor akan memberikan perkhidmatan sesi kaunseling atau bimbingan psikologi
secara individu atau kelompok.
ii. Menyediakan Perkhidmatan Pengujian dan Pentaksiran Psikologi
Menyediakan perkhidmatan pentaksiran psikologi seperti ujian motivasi, personaliti,
pengurusan tekanan, minat kerjaya dan kepimpinan kepada klien bagi tujuan
penerokaan kendiri agar klien dapat berkembang sepenuhnya apabila mengetahui
potensi diri sendiri.
iii. Program dan Rundingan Kerjaya
a. Menyediakan khidmat kaunseling dan bimbingan kerjaya
b. Menyediakan Latihan dan Bimbingan Kerjaya seperti laluan kerjaya, penulisan
resume dan teknik temuduga.
iv. Program Motivasi Pelajar
a. Program intervensi pencegahan, pemilihan dan pembangunan diri
b. Menyelaras kelab kepimpinan pelajar iaitu Kelab Pembimbing Rakan Inspirasi
Siswa Siswi (PRISS)
40
3.6.3 TATACARA RUJUKAN PERKHIDMATAN
i. Sukarela (walk-in / temujanji)
ii. Dirujuk oleh Jabatan / Unit/ pensyarah / rakan sekerja / Ahli PRISS
iii. Dirujuk oleh ibu bapa / penjaga / keluarga
iv. Rujukan oleh Pegawai Psikologi di pelbagai agensi kerajaan / swasta
3.6.4 KAEDAH RUJUKAN PERKHIDMATAN
i. Surat Rujukan / Memo Merujuk Klien oleh Jabatan dan Unit
ii. Pemohonan Sukarela secara walk-in/ temujanji
iii. Melalui pihak ke-3/ hadir bersama ahli keluarga, rakan sekerja
iv. Telefon/ Telegram
v. Email
3.6.5 WAKTU PERKHIDMATAN
HARI MASA
Isnin hingga Jumaat 8.30 pagi – 5.30 petang
Sabtu dan ahad / cuti umun
TUTUP
Hubungi Unit (Pegawai Psikologi):
i. Khairil Bin Taufik Latif
ii. Telefon (P) : 016-8266341
iii. E-mail : [email protected]
41
3.7 UNIT PERPUSTAKAAN
3.7.1 SINOPSIS
Unit Perpustakaan merupakan satu unit yang berfungsi sebagai pusat carian maklumat bagi
tujuan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan kepada warga Kolej Komuniti Lahad Datu
khususnya dan komuniti amnya.
3.7.2 PERKHIDMATAN DAN PERATURAN
1. Perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Perpustakaan adalah :
i. Perkhidmatan sirkulasi (pinjaman dan pemulangan)
ii. Perkhidmatan rujukan dan pencarian maklumat
iii. U-Pustaka
iv. Perkhidmatan komputer dan Wifi secara percuma
v. Kelab Rakan Pustaka
3. Kemudahan dan peraturan perpustakaan Kolej Komuniti Lahad Datu :
1. Diwajibkan sentiasa memakai kad pelajar.
2. Berkelakuan sopan dan tertib.
3. Pelajar harus mematuhi etika pemakaian yang telah ditetapkan oleh Unit Pembangunan
Pelajar, Kolej Komuniti Lahad Datu.
4. Peminjam bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bahan pinjaman dan memastikan
bahan yang dipinjam dipulangkan pada tarikh yang ditetapkan.
5. Perkhidmatan rujukan dan carian maklumat adalah perkhidmatan yang memerlukan
khidmat nasihat serta cadangan buku yang diperlukan untuk sesuatu tugasan atau
maklumat.
6. Perkhidmatan U-Pustaka adalah pangkalan data percuma yang boleh diakses secara
atas talian sama ada menggunakan komputer atau telefon. Pelbagai jenis buku dan
bahan rujukan yang boleh dilanggan atau dipinjam daripada pangkalan data U-Pustaka.
7. Perkhidmatan komputer dan internet serta wifi percuma turut disediakan untuk
kemudahan pengguna khususnya pelajar.
8. Kelab Rakan Pustaka :
sebuah kelab dibawah Unit Perpustakaan yang ditubuhkan daripada sebilangan
pelajar yang layak untuk menjadi ahli.
42
Bertanggungjawab khususnya di dalam membantu melaksanakan pelbagai
program perpustakaan, Kempen Membaca dan keistimewaan lain sebagai ahli
Kelab Rakan Pustaka.
Keahlian adalah terhad (8-12 orang sahaja) Borang penyertaan boleh diambil di
Unit Perpustakaan.
Keputusan pemilihan ahli yang berjaya adalah muktamad dan sijil pelantikan akan
diberikan.
9. Peraturan Am :
Pelajar dikehendaki mematuhi jadual waktu perkhidmatan perpustakaan.
Tempoh peminjaman buku perlu dipatuhi.
Pihak perpustakaan berhak mengarahkan pelajar yang berkelakuan atau
tindakannya boleh disifatkan sebagai mengganggu ketenteraman pelajar lain
supaya meninggalkan perpustakaan.
Sebarang kehilangan buku yang dipinjam akan dikenakan bayaran mengikut
harga semasa buku berkenaan.
Sila pastikan buku yang dipinjam agar tidak diconteng atau dikoyakkan. Sebarang
kerosakan buku yang dipinjam akan dikenakan denda/bayaran.
Pelajar dikehendaki memulangkan buku yang dipinjam sebelum cuti semester.
Sekiranya terdapat buku yang tidak dikembalikan, pihak perpustakaan berhak
mengambil tindakan.
Peraturan ini akan sentiasa ditambah baik dari masa ke semasa mengikut
keperluan jabatan.
3.7.3 WAKTU PERKHIDMATAN
HARI MASA REHAT
ISNIN-KHAMIS 12.30 tengahari –2.30 ptg
8.30pg – 12.30 tghri
JUMAAT 2.30 ptg – 4.30 ptg 11.30pg – 2.30 ptg
8.30pg – 11.30 pg
2.30ptg – 4.30ptg
SABTU, AHAD & CUTI TUTUP
UMUM
43
3.8 UNIT KOMUNIKASI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
3.8.1 MEKANISMA SISTEM ADUAN KOLEJ KOMUNITI LAHAD DATU
Sistem Aduan Kolej Komuniti Lahad Datu (KKLD) di bawah pengawasan Unit Komunikasi dan
Hubungan Korporat diwujudkan untuk menyediakan satu mekanisma aduan buat semua pelajar,
staf dan orang awam untuk menyatakan cadangan dan aduan kepada pihak Pengurusan Tertinggi
KKLD. Semua aduan/cadangan boleh dibuat dengan mengisikan borang- borang berkenaan
melalui imbasan QR code di 3 lokasi yang terletak di Kaunter Pentadbiran, Pusat Sumber dan
ruang masuk utama KKLD dan juga melalui website rasmi KKLD untuk muat turun borang aduan.
Setiap aduan/cadangan pihak tuan/puan akan proses sebaiknya.
Proses pengurusan aduan dilaksanakan berdasarkan prosedur berikut:
I. Pelajar mengemukakan aduan melalui Peti Aduan atau Borang E-Aduan Kolej Komuniti
Lahad Datu. Semua aduan direkodkan.
II. PIC mengumpul semua aduan pada setiap hari Rabu dan Jumaat. Aduan disalurkan
kepada Unit berkaitan untuk mendapatkan maklumbalas. Tempoh masa yang diberikan
adalah selama 2 hari.
III. PIC menerima dan membuat semakan terhadap maklumbalas daripada Unit yang
diberikan. Sekiranya maklumbalas yang diberikan tepat, jawapan secara rasmi akan dibuat
kepada pengadu melalui surat rasmi. Bagi aduan yang tidak mempunyai maklumat
pengadu, ianya akan disimpan di dalam fail sehingga pengadu sebenar menampilkan diri.
3.8.1.1 Mekanisma aduan melalui Kaedah Manual (Isi Borang)
a. Aduan melalui kaedah manual iaitu mengisi borang yang diletakkan di Kaunter
Pentadbiran KKLD. Pelajar perlu mengisi semua maklumat yang diperlukan berserta
aduan yang perlu dinyatakan dan memasukan Borang Aduan tersebut ke dalam Peti
Cadangan/Aduan.
Contoh Borang Aduan:
44
3.8.1.2 Mekanisma aduan melalui Imbasan QR code.
Mekanisma aduan melalui Imbasan QR Code terletak pada 3 lokasi di Kolej Komuniti
Lahad Datu. Lokasi seperti yang dinyatakan di bawah:
Ruang masuk pintu utama KKLD.
Kaunter Pentadbiran KKLD.
Papan Kenyataan di Pusat Sumber KKLD
a. Imbas QR code pada Poster.
45
b. Paparan Laman Borang aduan akan tertera selepas Imbasan QR code
dilakukan.
c. Isikan setiap maklumat yang diperlukan kemudian klik butang “Submit” selesai. Aduan
anda akan diproses untuk tindakan selanjutnya oleh Penyelaras Unit Komunikasi dan
Hubungan Korporat Kolej Komuniti Lahad Datu.
46
3.8.1.3 Mekanisma aduan melalui Website rasmi KKLD.
a) Layari laman web KKLD di alamat https://kklahaddatu.mypolycc.edu.my/index.php
b) Klik 'Muat Turun' dan pilih 'Pelajar'
47