The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SKPP 16(1) E-SAHSIAH AMALAN TERBAIK DISIPLIN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by abdrahman, 2018-10-18 08:18:46

SKPP 16(1) E-SAHSIAH AMALAN TERBAIK DISIPLIN

SKPP 16(1) E-SAHSIAH AMALAN TERBAIK DISIPLIN

1

E-SAHSIAH SEBAGAI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN DISIPLIN KE ARAH
TRANSFORMASI PENGURUSAN DATA: TINJAUAN DI SEKOLAH KEBANGSAAN

PUTRAJAYA PRESINT 16 (1)

AMALAN TERBAIK DISIPLIN

SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 16 (1)
SEKOLAH TRANSFORMASI TS25

WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

2

SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 16 (1)
SEKOLAH TRANSFORMASI TS25

WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
TEL : 03-88884452
FAKS : 03-88884051

E-SAHSIAH SEBAGAI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN DISIPLIN KE
ARAH TRANSFORMASI PENGURUSAN DATA: TINJAUAN DI SEKOLAH

KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 16 (1)

SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 16 (1)
SEKOLAH TRANSFORMASI TS25

WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
Abd Rahman Ismail, Soffeatul Raunaqiah Mohamad Rahim & Nadirah Kamarudzaman

2018

3

Kata Alu-aluan

GURU BESAR SK PUTRAJAYA PRESINT 16(1)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas buat warga sekolah Kebangsaan Putrajaya
Presint 16(1) SKPP161 khususnya atas usaha dalam persediaan menyertai symposium
hal ehwal murid peringkat kebangsaan ke-5 tahun 2018. Bertemakan Sebarkan
kegembiraan, serlahkan kasih sayang, semarakkan hormat menghormati ke arah
kemenjadian murid unggul, diharapkan murid hasil didikan di SKPP161 dapat
menggarap aspirasi yang diharapkan.

Transformasi Pendidikan (TS25) merupakan satu platform yang bertumpu kepada
elemen kemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan memantapkan kepimpinan
sekolah, memaksimumkan potensi guru dan murid serta mengukuhkan penglibatan ibu
bapa, komuniti dan pihak bertanggungjawab.

Transformasi dalam pendidikan adalah perlu untuk memenuhi keperluan semasa dunia.
Organisasi sekolah memainkan peranan yang penting dalam mengembleng usaha dan
tenaga untuk membentuk kemenjadian murid yang diharapkan. Akhir kata, diharapkan
SKPP16(1) akan menjadi salah sebuah sekolah transformasi yang cemerlang dalam
melahirkan generasi murid sejajar dengan hasrat dan dasar Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) masa kini.

4

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

ABSTRAK 5
A) LATAR BELAKANG
6
1.0 PENGENALAN 7
2.0 MISI, VISI & MOTO SEKOLAH 8
3.0 CARTA ORGANISASI SEKOLAH
B) AMALAN TERBAIK DISPLIN 9
1.0 IDEA /INOVASI: SISTEM E-SAHSIAH 11
15
1.1 KEASLIAN 17
1.2 KAJIAN LITERATUR 19
1.3 INOVASI/TRANSFORMASI
1.4 KEPERLUAN SEMASA 22
1.5 PRAKTIKAL 25
2.0 KREATIVITI/INOVASI 25
2.1 PENYELESAIAN MASALAH 27
2.2 OBJEKTIF KAJIAN 34
2.3 NILAI TAMBAH
2.4 MENARIK MINAT 35
2.5 MESRA PENGGUNA 36
3.0 PELAKSANAAN INOVASI 37
3.1 KAEDAH PENGGUNAAN 38
3.2 KAEDAH PEMANTAUAN
3.3 MENEPATI KEPERLUAN SASARAN 39
3.4 PENGURUSAN SUMBER INOVASI 40
4.0 IMPAK 47
4.1 KEBERHASILAN 48
49
4.1.1 Metodologi 54
4.1.2 Dapatan Kajian 55
4.1.3 Perbincangan 57
4.2 BUKTI YANG DISAHKAN 58
4.3 PENCAPAIAN & PENGIKTIRAFAN
4.4 TEMPOH MASA & KESAN
4.5 KETERLIBATAN
5.0 RUMUSAN
6.0 RUJUKAN
C) LAMPIRAN

5

ABSTRAK

Transformasi pendidikan di Malaysia bertujuan ke arah menghasilkan kemenjadian murid
dan kepimpinan sekolah yang berkualiti. Sahsiah murid merupakan salah satu aspek utama
yang perlu diberi perhatian dan dibantu melalui pengurusan disiplin yang lebih sistematik.
Ke arah menuju IR4 (industrial revolution), transformasi pendidikan turut memainkan
peranan dalam usaha memastikan pengurusan data ditadbir dengan baik. Penggunaan
E-Sahsiah diperkenalkan dalam membantu pengurusan data disiplin yang lebih sistematik
dengan mengenalpasti murid berpotensi melalui program Sniper. Kesannya intervensi yang
berkesan dapat dirancang. Soal selidik telah dijalankan ke atas 70 orang responden dalam
kalangan guru dan 30 orang responden dalam kalangan murid SKPP 16(1) bagi melihat
persepsi penggunaan E-Sahsiah dalam kalangan guru dan kesan kepada murid. Dapatan
menunjukkan bahawa penggunaan E-Sahsiah meringankan tugas pengurusan data,
menjimatkan kos, penggunaan yang mudah serta membantu mengenalpasti murid dalam
pencegahan awal masalah disiplin melalui program Sniper.

Kata Kunci : Disiplin, E-Sahsiah, Pengurusan data, program Sniper

6

A. LATAR BELAKANG

1.0 PENGENALAN

Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(1)(SKPP16(1)) dahulunya dikenali sebagai
Sekolah Kebangsaan Putrajaya terletak di Jalan P16G, Presint 16, Wilayah Persekutuan
Putrajaya. Lokasi sekolah ini terletak di kawasan Pusat Pentadbiran Putrajaya. Sekolah ini
merupakan sekolah ketiga dibuka di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan memulakan
operasi pada tanggal 6 Januari 2003. Sekolah ini dipimpin oleh guru besar yang berwibawa,
Puan Norihan binti Ismail yang baharu saja mula berkhidmat pada awal tahun 2018. Jumlah
murid bagi tahun 2018 adalah seramai 1121 orang dan bilangan guru adalah seramai 76
orang.

Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(1) (SKPP16(1)) merupakan ambilan kohort 2.0
dalam Program Transfromasi Sekolah 2025 (TS25) bermula pada tahun 2017. TS25
merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah
meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. TS25 yang bermula pada tahun
2015 dijalankan secara berperingkat setiap tahun dan menjelang tahun 2025, diharapkan
kesemua sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia berada dalam program TS25.

SK PUTRAJAYA PRESINT 16(1)

7

2.0 MISI, VISI & MOTO SEKOLAH

8

3.0 CARTA ORGANISASI PENTADBIRAN SEKOLAH

GURU BESAR SK PUTRAJAYA PRESINT 16(1)

Puan Norihan Binti Ismail

9

B. AMALAN TERBAIK DISPLIN

1.0 IDEA / INOVASI: SISTEM E-SAHSIAH

1.1 KEASLIAN

Seiring dengan transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan melalui Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM), sistem pendidikan turut bergerak dengan perubahan semasa.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah dihasilkan sebagai satu
panduan bagi merealisasikan transformasi pendidikan supaya setanding dengan negara
maju. Berdasarkan kepada pelan, murid yang diharapkan berupaya untuk bersaing pada
peringkat global dengan mempunyai etika dan kerohanian yang sejajar dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Etika dan kerohanian ini diperlukan dalam mendepani kehidupan
dewasa agar kelak berupaya membuat pertimbangan, berprinsip dan mampu
menyelesaikan konflik secara harmoni. Individu yang penyayang mampu menyumbang
kepada kesejahteraan komuniti dan negara. Maka, pembentukan diri murid perlu
dititikberatkan seawal usia persekolahan. Oleh itu, sistem pendidikan menjadi tulang
belakang untuk mencapai hasrat tersebut.

Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(1) (SKPP16(1)) merupakan salah sebuah
sekolah transformasi TS25 yang bertumpu kepada elemen kemenjadian murid dan sekolah
berkualiti yang dipengaruhi oleh aspek seperti guru berkualiti, pemimpin berkesan dan
sokongan PIBG serta komuniti. Maka, antara hasrat sekolah transformasi adalah untuk
memenuhi aspirasi sistem pendidikan yang memerlukan pengurusan pentadbiran yang
terbaik daripada pelbagai pihak. Pengurusan pentadbiran turut meliputi hubungan interaksi
komuniti dalam organisasi yang memberi tumpuan kepada kemenjadian murid khususnya.
Pengurusan pentadbiran terbaik dapat membangun dan memartabatkan institusi sekolah.
Sekolah yang berkesan dapat melahirkan murid yang seimbang, sekaligus menjadi
warganegara yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa (Mohd & Aziz 2014). Murid yang
seimbang secara holistiknya berdasarkan kepada misi KPM untuk melestarikan sistem
pendidikan yang berkualiti. Usaha ini adalah untuk membangunkan potensi individu bagi
memenuhi aspirasi murid berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perkara
ini turut dinyatakan dalam kajian oleh Jaclyn dan Mohd (2017) dimana, kecekapan
pengurusan disiplin di sekolah boleh melahirkan modal insan yang seimbang daripada segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek. Melalui pengurusan sistem yang terbaik di sekolah
seperti pengurusan disiplin melalui sistem E-Sahsiah, ketrampilan dan akhlak murid dapat

10
dibentuk. Pada masa yang sama murid yang berdisiplin membantu dalam kelancaran
pengajaran di dalam kelas dengan wujudnya suasana pembelajaran yang harmoni.
Berdasarkan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2001(Rajah 1) berkaitan pemantapan
pengurusan disiplin di sekolah, dinyatakan bahawa sistem tambahan adalah digalakkan
untuk urusan pemantauan dan kawalan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku murid
sepanjang mereka bersekolah. Oleh itu, penggunaan E-Sahsiah untuk tujuan pengurusan
disiplin sekolah transformasi di SKPP16(1) dapat mencapai matlamat yang ditetapkan
organisasi iaitu amalan pengurusan data pentadbiran yang sistematik dan efisyen.
Kesannya, sahsiah murid dapat dibentuk selaras dengan hasrat PPPM(2013-2025) dan
TS25 yang berfokus kepada kemenjadian murid.

Rajah 1: Surat Pekeliling

11

1.2 KAJIAN LITERATUR
1.2.1 Pengurusan

Pengurusan merujuk kepada proses pencapaian matlamat mengikut cara yang
berkesan dan cekap menurut Aizzat, Intan dan Zainal(2006) dalam penulisan Norzatulshima
dan Lilia(2013). Henri Fayol(1988), menyatakan bahawa sesebuah organisasi perlu
menjangkakan apa yang akan dicapai melalui perancangan, pengendalian, pengarahan dan
pengagihan tugas kepada ahli organisasi. Kesemua aspek ini bertumpu kepada pengurusan
sesebuah organisasi. Pemantauan dan kawalan dibuat bagi memastikan perjalanan
organisasi bergerak lancar dan mengikut jangkaan. Antara langkah pengurusan yang perlu
dipatuhi agar matlamat organisasi tercapai mengikut Armstrong(1999) adalah menerusi
perancangan, pengorganisasian, pemotivasian dan pengawalan. Dalam situasi di sekolah,
pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) dalam aspek disiplin perlu diberikan perhatian. Hal ini
kerana, melalui pengurusan terbaik disiplin murid, intervensi yang berfokus dapat
dilaksanakan hasil daripada corak salah laku yang dianalisis. Berdasarkan kepada Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2001 berkaitan pemantapan pengurusan disiplin di sekolah,
dinyatakan bahawa sistem tambahan adalah digalakkan untuk urusan pemantauan dan
kawalan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku murid sepanjang mereka bersekolah.
Oleh itu, penggunaan E-Sahsiah untuk tujuan pengurusan disiplin sekolah transformasi di
SKPP16(1) dapat mencapai matlamat yang ditetapkan organisasi iaitu amalan pengurusan
pentadbiran yang sistematik dan efisyen selaras dengan hasrat PPPM(2013-2025).

1.2.2 Sahsiah dan Disiplin

Sahsiah merupakan kesediaan mental yang tersusun daripada pengalaman yang
dapat mempengaruhi tindakbalas individu (Syafiqah & Tengku 2017). Pembentukan
sahsiah murid melibatkan pengurusan disiplin yang berkesan di sekolah. Sahsiah murid
yang positif dapat mewujudkan perilaku murid yang berdisiplin. Disiplin merupakan suatu
proses membangunkan peribadi individu untuk melahirkan sebuah persekitaran yang
kondusif (Muhammad, Norfariza, Simin, Husaina & Mokhtar 2014). Murid yang berdisiplin
mampu mempengaruhi suasana pembelajaran yang harmoni di dalam kelas. Pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas dapat berlaku dengan lebih efektif kerana setiap murid
mampu untuk mengawal diri dan menerima arahan dengan baik. Pembentukan peribadi
individu bermula daripada didikan di rumah. Sekolah menyediakan ruang kepada murid

12
untuk mendalami nilai dan etika dengan lebih halus. Maka, melalui pengurusan sahsiah
murid yang berkesan di sekolah, dasar PPPM 2013-2025 terhadap pembentukan murid
dapat dicapai. Murid dapat mengamati dan menghayati nilai-nilai yang perlu ada untuk
membentuk generasi akan datang yang mampu memimpin Negara dengan lebih
berwibawa.

1.2.3 Data

Pengurusan pentadbiran sekolah berkesan adalah berdasarkan kepada ketelitian
perancangan berdasarkan kepada maklumat yang sedia ada. Maklumat yang ada pula
adalah hasil daripada analisis data-data yang telah dikumpul. Data merujuk kepada
maklumat yang dikumpul secara sistematik dan disusun untuk mewakili sesuatu aspek
sekolah (Schildkamp & Lai 2013). Di sekolah, data dikumpul untuk tujuan melakukan
penambahbaikan dalam pelbagai bidang(kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid).
Penggunaan data yang berkesan mampu memberikan impak yang positif kepada sekolah
terutamanya dalam usaha melakukan perancangan. Ke arah menuju Revolusi Industri 4.0
(IR4.0), data memainkan peranan yang penting untuk membolehkan sesuatu organisasi
membuat keputusan. Maka dengan wujudnya data sesuatu perancangan dapat dibuat
dengan lebih berstruktur untuk mencapai objektif yang diharapkan dalam pentadbiran
sekolah. Sekolah sepatutnya mampu untuk menggunakan data bagi menambahbaik kualiti
sekolah (Kim, Cindy & Hans 2017). Berdasarkan data, masalah dapat dikenalpasti dan
tindakan dapat diambil. Melalui penggunaan E-Sahsiah, segala data disiplin murid dapat
direkodkan dengan lebih sistematik. Kemudian, data disiplin dianalisis untuk melihat jenis
maklumat yang wujud dan tindakan yang boleh dilaksanakan dalam usaha membentuk
sahsiah murid.

1.2.4 E-Sahsiah

Seiring dengan transformasi dan aspirasi pendidikan yang dilaungkan, murid yang
berketrampilan dapat dibentuk melalui pengurusan disiplin yang berkesan di sekolah.
Transformasi pendidikan di Malaysia turut mengambil kira aspek teknologi maklumat dan
komunikasi atas tujuan kemudahan pentadbiran di sekolah yang dinyatakan dengan jelas
dalam PPPM(2013-2025). Oleh itu, bidang pendidikan tidak terlepas daripada ledakan
teknologi masa kini yang dapat membantu memudahkan pengurusan berkualiti di sekolah.
Pelbagai usaha dilakukan untuk memastikan teknologi dapat diakses di sekolah pada tahap

13

maksimum, antaranya adalah dengan menaik taraf capaian internet kepada 4G untuk tujuan
pengurusan pentadbiran. Melalui ledakan penggunaan internet dan kecekapan telefon
pintar, pelbagai aplikasi dan laman sesawang boleh diakses oleh pendidik di SKPP16(1)
dengan mudah. Penggunaan E-Sahsiah dengan gabungan aplikasi Google Forms dan
Quick Response (QR)-code sebagai amalan terbaik pengurusan sahsiah murid dapat
membantu dalam mewujudkan pentadbiran data yang sistematik serta mengurus disiplin
murid dengan lebih baik. E-Sahsiah menggunakan aplikasi QR-code berbentuk kod dua
dimensi yang digunakan untuk merekod beribu nombor dan juga karakter dalam bentuk imej
yang kecil. Ia dicipta oleh Syarikat Denso-Waze pada tahun 1994 di Jepun (Rizal, Noah &
Afzaal 2017). Sistem QR-code ini telah menjadi popular di luar industri automotif kerana
mudah dibaca dan mempunyai kapasiti penyimpanan yang lebih besar berbanding dengan
Universal Product Code (UPC) atau biasa disebut sebagai barcode. UPC merupakan salah
satu aplikasi pengimbas satu dimensi yang terdiri daripada beberapa set nombor dimana
penggunaan UPC dapat dilihat pada produk-produk di pasaraya. QR-code terdiri daripada
modul hitam (titik-titik persegi) yang disusun dalam grid persegi pada latar belakang putih.
Maklumat yang dikodkan boleh terdiri daripada empat jenis keadaan data (angka, abjad
angka, bait / binari, kanji) atau melalui sambungan yang disokong, iaitu hampir mana-mana
jenis data. Aplikasi QR-code boleh dibaca oleh peranti pengimejan, seperti kamera, dan
diformat secara algoritma oleh perisian menggunakan Reed Solomon Error Correction
Code(ECC) sehingga imej boleh ditafsirkan dengan tepat. ECC membantu pengimbasan
QR-code dengan meminimakan kesilapan yang mungkin berlaku semasa pengimbasan
oleh imej QR-code yang dijana dan membolehkan QR-code diimbas walaupun terdapat
kerosakan pada imej QR-code yang dijana (Lubasi & Jackson 2018). Data kemudiannya
diekstrak daripada corak yang wujud pada kedua-dua komponen imej sama ada secara
mendatar atau menegak. QR-code boleh dijana dengan mudah dan percuma melalui
penggunaan aplikasi dilaman sesawang yang boleh diakses dengan mudah.

E-Sahsiah yang diisi melalui Google Forms boleh diakses melalui QR-code. Aplikasi
Google Forms merupakan salah satu aplikasi web yang membolehkan sesiapa sahaja
membuat koleksi data, dan penggunaannya semakin popular. Hal ini disebabkan oleh
kelebihannya yang mudah digunakan, menjimatkan kos dan sistem penyimpanan data yang
sistematik. Google Forms menjadi pilihan ideal untuk golongan pendidik dan mereka yang
terlibat dalam pentadbiran kerana boleh didapati secara percuma pada Google Drive.
Maklumbalas yang dihantar melalui Google Forms ini dikumpulkan secara automatik di
dalam hamparan elektronik berasaskan web (Google Spreadsheet) yang boleh diakses

14

secara atas talian atau dieksport ke perisian hamparan elektronik lain seperti Microsoft
Excel. Untuk menggunakan Google Forms, pengguna perlu mempunyai akaun emel
tersendiri. Akses kepada Google Forms ini boleh dihadkan kepada komuniti yang
diwujudkan. Sebagai contoh, untuk urusan pentadbiran hal sekolah, akaun emel rasmi
digunakan untuk membolehkan akses dikhususkan kepada komuniti sekolah sahaja.
Penggunaan Google Forms bagi tujuan pengumpulan data khususnya di sekolah, fitur
spreadsheet digunakan. Data-data tersebut disatukan dalam satu hamparan elektronik yang
membolehkan akses sepenuhnya ke atas data dibuat dan menjadikan sistem laporan
pengurusan sahsiah yang automatik dan terkini. Penggunaan aplikasi Google Forms ini
bukan sahaja menjimatkan masa dan tenaga berbanding kaedah konvensional yang dibuat
secara manual, malah membantu pentadbir dalam pemantauan disiplin murid.

15

1.3 INOVASI / TRANSFORMASI

Amalan terbaik pengurusan disiplin sekolah transformasi bermula melalui
penggunaan QR-code di SKPP16(1) untuk kegunaan secara umum bagi program dan majlis
anjuran sekolah seperti mesyuarat sekolah, perjumpaan bersama ibu bapa (PIBG), hari
pendaftaran murid Tahun 1 dan aktiviti-aktiviti lain yang dirancang oleh pihak sekolah.
Melihatkan penggunaan QR-code ini adalah efisyen, Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP)
yang bertujuan untuk meningkatkan pedagogi pendidik dalam pelbagai bidang dijalankan.
LADAP dijalankan bagi mendedahkan guru kepada penjanaan QR-code dan juga Google
Forms dalam sebarang aktiviti yang dirancang setiap panitia, badan beruniform atau
sekolah. Penggunaan yang lebih efisyen berbanding kaedah konvensional ini
dikembangkan dalam pengurusan pentadbiran(data) di bilik darjah dengan menggantikan
penggunaan buku rekod sahsiah murid dan juga buku rekod kawalan kelas. E-Sahsiah dan
E-Kawalan diperkenalkan dalam tempoh percubaan pada bulan Januari 2018 dan
digunakan secara rasmi pada bulan Februari tahun 2018. Rajah 2 menunjukkan garis masa
amalan terbaik pengurusan disiplin ke arah transformasi pengurusan data, sekolah
transformasi di SKPP16(1) yang menggunakan E-Sahsiah.

Rajah 2: Garis Masa Pelaksanaan E-Sahsiah

16
Berikut merupakan E-Sahsiah(Rajah 3) yang digunakan di SKPP16(1) melalui
imbasan QR-code yang dijana dan dipautkan pada Google Forms. Melalui Google Forms
data disiplin yang dimuatnaik oleh guru akan dianalisis oleh pihak yang bertanggungjawab.
E-Sahsiah tidak memerlukan penggunaan buku kerana rekod salah laku yang dibuat oleh
guru akan terus dimuat naik ke dalam Google Forms. Guru hanya perlu mengimbas QR-
code yang dicetak dan ditampal pada kawasan strategik(di dalam kelas, kantin, dataran,
bilik-bilik khas dan kawasan lain yang berpotensi).

Rajah 3: E-Sahsiah

17

1.4 KEPERLUAN SEMASA

Pembentukan sahsiah murid yang cemerlang menjadi tanggungjawab semua pihak
termasuklah ibu bapa murid itu sendiri. Namun begitu, di sekolah, disiplin menjadi
tanggungjawab pihak sekolah untuk memupuk sahsiah murid supaya menjadi individu yang
berketrampilan. Di sekolah, disiplin adalah nadi kepada pembentukan sahsiah murid-murid.
Masalah salah laku yang berlaku di sekolah perlu dikesan lebih awal supaya dapat
dibendung dan dilaksanakan pencegahan awal. Berkembang seiring dengan IR4 (Industrial
Revolution), data merupakan komponen utama yang diperlukan untuk membolehkan
sesuatu organisasi membuat keputusan yang lebih tepat (Ali 2017). Data-data yang dicatat
ini jika tidak diuruskan dengan baik menyukarkan tugasan mengesan murid yang berpotensi
untuk tujuan intervensi. Oleh itu, aspek pengurusan disiplin perlu lebih sistematik dalam
usaha membentuk kemenjadian murid dengan bantuan sistem E-Sahsiah

Sebelum pelaksanaan E-Sahsiah, pengesanan dilakukan melalui pemerhatian dan
dicatat di dalam buku rekod sahsiah murid(Rajah 4) yang dicetak pada awal bulan Januari
Tahun 2018. Penggunaan kaedah konvensional untuk pengurusan sahsiah murid di
SKPP16(1) seperti mencatat salah laku murid yang menggunakan pen dan kertas
sememangnya adalah kurang efisyen. Antara isu yang timbul dengan menggunakan
kaedah konvensional ini adalah daripada aspek ketelusan dan kecekapan dalam merekod
salah laku murid. Dalam pengurusan bilik darjah seperti masalah disiplin, kaedah
konvensional ini menimbulkan kesulitan dan memakan masa bagi guru untuk merekodkan
salah laku murid. Hal ini kerana, sekiranya salah laku berlaku di luar bilik darjah, guru perlu
membawa buku sahsiah murid kepada pentadbir atau guru disiplin untuk direkodkan. Situasi
ini disulitkan lagi dengan kesukaran mendapatkan bukti apabila berlakunya salah laku
disiplin oleh murid kerana tiada bukti konkrit. Perkara ini boleh menjejaskan prosedur
pengurusan Standard Operating Procedures (SOP) salah laku murid jika situasi adalah kes
yang berat dan perlu dirujuk oleh ibu bapa.

Selain itu, melalui penggunaan E-Sahsiah, disiplin murid dapat dicatat secara
menyeluruh. Penggunaan kaedah konvensional, lazimnya hanya akan mencatat isu berat
sahaja, seperti mencuri, membawa barangan larangan dan buli. Sistem baru E-Sahsiah,
membolehkan guru mencatat salah laku ringan, seperti ketiadaan buku dan kegagalan
menyiapkan tugasan. Catatan disiplin yang lebih menyeluruh membolehkan pencegahan
dan penyelesaian isu displin dilaksana dengan lebih berkesan.

18
Pemantauan dan analisis penggunaan buku rekod sahsiah murid menjadi kurang
efisyen kerana perlu dianalisis secara manual dan memakan masa. Perkara ini
sememangnya mengganggu kelancaran proses pengurusan pentadbiran sahsiah yang
berkesan. Selain itu, tiada sistem penyelenggaraan dan pengurusan yang sistematik untuk
buku rekod sedia ada (buku sahsiah murid). Buku rekod yang digunakan mudah hilang,
mudah terkoyak akibat kekerapan penggunaan yang tidak cermat dan menelan kos
pencetakan. Oleh itu, E-Sahsiah adalah sasaran sebagai satu sistem yang menjimatkan kos
dan memerlukan persediaan dan penyelenggaraan yang minimum dengan penggunaan
peranti mudah alih telefon pintar sedia ada. Sistem ini membolehkan penyimpanan rekod
yang lebih sistematik dan terkawal bagi tujuan analisis. Maka, penggunaan aplikasi E-
Sahsiah dalam pengurusan disiplin di SKPP16(1) sememangnya merupakan satu amalan
pengurusan sahsiah terbaik yang dapat meningkatkan kecekapan pengurusan disiplin
SKPP16(1)
.

Rajah 4: Buku Rekod Sahsiah Murid di SKPP16(1)

19

1.5 PRAKTIKAL

Penggunaan E-Sahsiah adalah praktikal daripada aspek,

1. Menjimatkan kos percetakan

Penggunaan kaedah konvensional iaitu buku rekod sahsiah murid melibatkan kos.
Buku rekod sahsiah murid yang hilang, rosak dan sebagai helaian tambahan memerlukan
pencetakan semula dilakukan. Kos pencetakan pula bergantung kepada bilangan kelas
yang ada pada setiap tahap bermula daripada tahun satu hingga tahun enam. Rajah 5
menunjukkan pengiraan kos buku rekod sahsiah murid yang memperuntukkan sebanyak
RM105 ringgit setahun yang tidak termasuk kerosakan dan lain-lain. Jumlah kos ini boleh
disalurkan untuk tujuan program pembangunan murid dan sebagainya apabila penjimatan
dilaksanakan. Melalui penggunaan E-Sahsiah, kos dapat dijimatkan kerana memerlukan
alat sedia ada seperti telefon pintar untuk tujuan mengimbas QR-code. Penjanaan QR-code
pula adalah berasaskan kepada aplikasi atas talian yang percuma dan mempunyai akses
imbas tanpa had. Rajah 1.5 menunjukkan pengiraan kos melalui penggunaan buku rekod
sahsiah murid yang memerlukan perbelanjaan dilakukan.

Buku Rekod Sahsiah
1kelas x 40 murid = 40 helai
40 x RM0.05= RM2 sebuah+RM1

(binding)
RM3 x 35 kelas= RM105 setahun

*TIDAK mengambil kira rosak dan hilang

Rajah 5: Kos Penggunaan Buku Rekod Sahsiah Murid

20

2. Menjimatkan masa menganalisis data

Data disiplin murid yang dikumpul perlu dilakukan analisis untuk memberikan
maklumat yang lebih terperinci keatas salah laku murid. Analisis data ini membolehkan
corak salah laku di sekolah dikenalpasti dan langkah intervensi dapat diambil oleh pihak
yang bertanggungjawab. E-Sahsiah memudahkan dan menjimatkan masa data disiplin
murid dianalisis. Data E-Sahsiah dianalisis daripada hamparan elektronik berasaskan web
(Google Spreadsheet) yang boleh diakses secara atas talian atau dieksport ke perisian
hamparan elektronik lain seperti Microsoft Excel. Daripada Google Spreadsheet. Fitur-fitur
yang ada pada Google Spreadsheet(Rajah 6) ini membolehkan data yang ada dapat
diasingkan mengikut kehendak pengguna daripada aspek jenis salah laku, bilangan salah
laku dan sebagainya dengan hanya beberapa klik pada masa yang singkat. Data disiplin
yang telah dianalaisis memudahkan proses untuk mengisi Sistem Sahsiah Disiplin Murid
(SSDM) iaitu satu sistem yang dibangunkan oleh KPM dalam usaha meningkatkan sahsiah
murid dengan kerjasama di semua peringkat sama ada di sekolah atau di jabatan. Melalui
data yang dianalisis menggunakan E-Sahsiah, proses untuk melapor data ke dalam SSDM
menjadi lebih mudah.

Rajah 6: Fitur pada Google Spreadsheet

21

3. Mudah digunakan

E-Sahsiah memudahkan proses merekod kesalahan murid oleh guru kerana hanya
memerlukan guru untuk menggunakan telefon pintar dan mengimbaspada QR-code yang
dijana (Rajah 7). Seterusnya, guru hanya perlu mengisi pautan Google Forms untuk tujuan
merekod salah laku murid. Semua guru merupakan guru disiplin di sekolah dan tidak hanya
bergantung kepada unit disiplin dan pengawas. Oleh itu guru boleh bertindak dengan
menggunakan E-Sahsiah untuk tujuan merekod salah laku murid. Guru tidak perlu
membazirkan masa untuk mencari keberadaan buku yang diletakkan di dalam kelas jika
kesalahan dilakukan di kawasan selain kelas. Perkara ini meringankan dan menjimatkan
masa guru untuk membantu dalam menangani masalah disiplin di sekolah dengan lebih
efektif.

Rajah 7: Mengimbas QR-code

22

2.0 KREATIVITI / INOVASI

2.1 PENYELESAIAN MASALAH

Penggunaan E-Sahsiah adalah bersandarkan kepada pendekatan sistematik(Rajah
8) di mana pendekatan adalah berdasarkan kepada kaedah yang boleh diulang dan
prosedur yang mudah untuk dipelajari langkah demi langkah. Pendekatan sistematik ini
adalah melalui data-driven decision making iaitu data digunakan untuk membuat sesuatu
keputusan yang lebih berkesan. Dalam pengurusan di sekolah, pentadbir menggunakan
data untuk tujuan pembangunan professional, pembangunan pengajaran dan akauntabiliti
iaitu kewajipan menjalankan tanggungjawab (Schildkamp, Lai, & Earl 2013; dalam Kim,
Cindy & Hans 2017). Oleh itu, pendekatan ini membantu pengurusan pentadbiran sekolah
dalam menggunakan data dan bertindak ke atas sahsiah murid.

Berdasarkan kepada pendekatan sistematik, proses yang pertama adalah membuat
analisis. Melalui penggunaan E-Sahsiah, data yang direkod pada Google Forms dianalisis
mengikut keperluan pengurusan HEM. Kemudian, langkah kedua melibatkan proses
mengenalpasti dan menakrif. Setelah data disiplin murid dianalisis, corak-corak disiplin
murid dapat diwujudkan. Analisis data E-Sahsiah menunjukkan terdapat beberapa jenis
salah laku yang paling kerap berlaku(Rajah 9). Daripada salah laku ini, kes bergaduh
merupakan salah laku yang dianggap berat dan perlu diberikan perhatian.

Dalam langkah ketiga iaitu memberikan keutamaan, program Sniper diwujudkan bagi
tujuan mengenalpasti murid berpotensi berdasarkan corak yang diperhatikan. Berdasarkan
daripada data yang diperolehi daripada E-Sahsiah, program Sniper ini mengkategorikan kes
murid yang bergaduh sebagai kes yang perlu diberikan perhatian.

Langkah terakhir adalah proses mengurus perubahan melibatkan intervensi murid
yang dikenalpasti oleh program Sniper. Intervensi yang dilaksanakan bagi kes bergaduh
adalah melalui ‘Sentuhan Jiwa’. Murid yang bergaduh dikelompokkan dan dijalankan
intervensi. Penggunaan E-Sahsiah yang bersistematik ini dapat membantu dalam
pengurusan masalah disiplin dengan lebih cekap dengan membantu guru mengenalpasti
murid yang perlu diberikan intervensi. Perancangan intervensi juga boleh dibuat

23
penambahbaikan daripada masa ke masa mengikut keberkesanan intervensi yang
dijalankan kepada murid.

MENGURUS 04
PERUBAHAN
MENGANALISIS
Intervensi

03 01

MEMBERI
KEUTAMAAN

Program Sniper MENGENALPASTI

02 & MENAKRIF

Rajah 8: Pendekatan Sistematik

24

2018

Rajah 9: Analisis Data Melalui E-Sahsiah

Rajah 10: Sentuhan Jiwa

25

2.2 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian dijalankan bertujuan untuk melihat keberkesanan E-Sahsiah sebagai satu amalan
terbaik pengurusan disiplin ke arah transformasi pengurusan data di SKPP 16(1). Berikut
merupakan objektif kajian yang lebih spesifik:

● Melihat persepsi penggunaan E-Sahsiah dalam kalangan guru.
● Melihat persepsi murid terhadap kesan pengurusan disiplin melalui E-Sahsiah.
● Melihat persepsi murid terhadap intervensi disiplin melalui program Sniper dalam

E-Sahsiah.
.

2.3 NILAI TAMBAH

E-Sahsiah mempunyai nilai tambah dalam memudahkan proses perekodan masalah
salah laku murid. Seiring dengan Transformasi Pendidikan TS25, perubahan perlu
dilakukan dalam usaha meningkatkan keberkesanan pengurusan yang menjurus kepada
murid. Kesannya, dalam aspek disiplin, sahsiah murid yang berkualiti dapat dibentuk untuk
melahirkan generasi yang mempunyai nilai. Antara nilai tambah yang ada pada E-Sahsiah
adalah;

1. E-Sahsiah membolehkan guru untuk memuat naik bukti(Rajah 11) sama ada dalam
bentuk gambar atau video. Bukti yang dimuatnaik ini akan disimpan sebagai
sebahagian data yang boleh
digunakan jika kes dirujuk.
Gambar dan video merupakan
bukti konkrit yang mampu
memberikan maklumat dengan
lebih tepat. Kesannya, kes dapat
diselesaikan dengan lebih telus
dan efisyen.

Rajah 11: Bukti Yang Boleh Dimuatnaik

26
2. E-Sahsiah juga dapat bertindak sebagai program Sniper dengan mengesan murid

yang berpotensi daripada data yang dianalisis(Rajah 12). Data yang dikumpul
membolehkan corak salah laku diperhatikan. Corak-corak ini membolehkan unit HEM
melihat kekerapan corak yang perlu ditangani dengan segera. Murid-murid yang
berisiko dapat dikesan dan dimasukkan kedalam intervensi mengikut kesesuaian.
Intervensi yang dilaksanakan bertindak sebagai salah satu program untuk
memperbaiki disiplin murid ke arah yang lebih baik.

Rajah 12: Analisis Data

3. Selain daripada rekod salah laku, fitur catatan perlakuan yang positif juga dapat
direkodkan menggunakan E-Sahsiah(Rajah 13). Catatan positif ini mampu
mendorong murid untuk lebih peka terhadap tindakan yang dibuat dan membentuk
sahsiah yang terpuji.

27

Rajah 13: Fitur Tingkah Laku Positif

2.4 MENARIK MINAT

Perkongsian antara sekolah turut dilaksanakan ke sekolah lain di sekitar Putrajaya
iaitu di SKPP14(1). Beberapa siri perjumpaan dan perbincangan dibuat bersama
SKPP14(1) bagi menerangkan penggunaan QR-code:E-Sahsiah dalam pengurusan
pentadbiran(data) sekolah kepada guru. Selain itu, penggunaan E-Sahsiah ini turut menarik
minat Sekolah Kebangsaan Danau Kota di Kuala Lumpur untuk berkongsi pengetahuan
dalam pengurusan E-Sahsiah. Perkongsian ini membolehkan pengurusan sekolah daripada
aspek merekod data disiplin murid supaya diurus dengan baik.

Perkongsian penggunaan QR-code:E-Sahsiah juga turut dilaksanakan melalui
Kursus Pemimpin Pelapis Sekolah (GPK) di Galeria Putrajaya, anjuran Jabatan Pendidikan
Wilayah Persekutuan Putrajaya. Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) diberikan kepada

28
pemimpin pelapis dalam kalangan pentadbir sekolah daripada aspek penyediaan dan
penggunaan E-Sahsiah di sekolah. Amalan terbaik ini dikongsikan untuk membolehkan
pentadbir menggunakan pengetahuan yang diperolehi bagi membangunkan kecekapan
mengurus disiplin murid setelah kembali ke sekolah.

Bahagian Pendidikan Guru (BPG) daripada KPM mengadakan lawatan di bawah
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) bagi penandaarasan untuk Latihan Rakan
Educational Leadership and Instructional Team (ELIT) Modul 5. Lawatan ini dihadiri seramai
60 orang peserta ke SKPP16(1) untuk melihat pengurusan terbaik sekolah transformasi
TS25. E-Sahsiah diperkenal dan maklumat dikongsi dengan peserta yang hadir untuk
memberi inspirasi ke arah transformasi dalam pendidikan.

Hebahan kepada sekolah-sekolah serta kepada orang awam di seluruh Malaysia
turut dibuat melalui perkongsian di laman social untuk tujuan menarik minat pihak-pihak
yang bertanggungjawab. Penerbitan dibuat iaitu melalui video pendek yang bertajuk
Sekolah Transformasi : QR-code berdurasi 7.48 minit menggunakan YouTube dan telah
mencapai jumlah 6.3 ribu tontonan dalam masa dua bulan penerbitannya. Selain itu,
perkongsian turut dibuat di laman facebook, Instagram dan twitter yang merupakan laman
sosial yang paling kerap dilayari oleh pengguna media sosial. Tujuan perkongsian melalui
laman sosial adalah untuk berkongsi idea penggunaan QR-code :E-Sahsiah sebagai salah
satu amalan pengurusan disiplin terbaik sekolah bagi membudayakan penggunaan
teknologi seiring dengan hasrat PPPM(2013-2025) dan ke arah pembangunan TS25.

29

SK DANAU KOTA

KUALA LUMPUR

Jalan 2/23e, Taman Danau Kota,
53100 Kuala Lumpur, Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur

SK PUTRAJAYA
PRESINT 14(1)

1A, Jalan P14, Presint 14, 62050
Putrajaya, Wilayah Persekutuan
Putrajaya

Rajah 14: Perkongsian E-Sahsiah Bersama Sekolah

30
Rajah 15: LADAP bersama Pemimpin Pelapis di JPWPP di Galeria

31
Rajah 16: Perkongsian Penandaarasan Team ELIT TS25

32
Rajah 17: Perkongsian di Laman Sosial

33

34

2.5 MESRA PENGGUNA

Penggunaan E-Sahsiah,

1. Hanya memerlukan pengguna untuk mengimbas QR-code. Qr-code yang dijana
ditampal di dalam kelas, bilik-bilik khas dan disekitar kawasan sekolah yang
berpotensi berlakunya salah laku murid. Pengguna hanya perlu memuat turun
aplikasi pengimbas yang percuma pada telefon pintar dan boleh digunakan pada
bila-bila masa.

2. Jumlah imbasan QR-code adalah tidak terhad dimana guru bebas untuk mengisi
E-Sahsiah tanpa batasan. Segala bukti salah laku murid dalam bentuk gambar atau
video boleh dimuatnaik dengan fitur yang ada dengan mudah.

3. Menjadikan analisis data disiplin murid lebih efisyen dan sistematik oleh unit HEM.
Data yang ada memudahkan corak salah laku murid paling ketara dikenalpasti. Murid
yang berpotensi dapat dikesan melalui program Sniper dimana daripada data,
program ini menyenaraikan. Kesannya, pengurusan sekolah dapat merancang
tindakan yang wajar untuk menangani masalah disiplin sekolah bagi melahirkan
murid yang mempunyai nilai.

35

3.0 PELAKSANAAN INOVASI

3.1 KAEDAH PENGGUNAAN E-SAHSIAH

Bagi tujuan penggunaan E-Sahsiah di SKPP16(1), imej QR-code dijana, dicetak dan
kemudian ditampal di kawasan-kawasan strategik seperti di bilik mesyuarat, bilik darjah,
bilik-bilik khas dan di sekitar kawasan sekolah yang menjadi tumpuan seperti di pejabat,
dataran perhimpunan dan sebagainya. QR-code E-Sahsiah diimbas dengan menggunakan
telefon pintar. Bagi memastikan kelancaran penggunaan QR-code, semua guru perlu
memuat turun aplikasi ini ke dalam telefon pintar masing-masing dan akaun emel rasmi
sekolah dijadikan sebagai syarat untuk log masuk. Rajah 18 menunjukkan carta alir
penggunaan E-Sahsiah yang dipaut pada Google Forms di SKPP16(1).

Rajah 18: Carta Alir Penggunaan E-Sahsiah

36

3.2 KAEDAH PEMANTAUAN

Segala rekod E-Sahsiah boleh diakses melalui Google Spreadsheet(Rajah 19)
dengan menggunakan akaun emel rasmi sekolah SKPP16(1). Unit HEM khususnya
bertanggungjawab ke atas rekod yang ada di dalam Google Spreadsheet. Rekod berbentuk
data ini perlu dianalisis mengikut kriteria yang ingin dilihat. Contohnya, pengguna boleh
mengasingkan data mengikut salah laku yang sama, kekerapan salah laku dan juga salah
laku berdasarkan individu. Data yang dianalisis ini boleh disimpan di dalam Google Drive
untuk tujuan rujukan dan tindakan. Data yang disimpan ini juga digunakan untuk
memudahkan pengisian SSDM secara atas talian dengan lebih sistematik. Unit HEM boleh
merancang program atau intervensi menggunakan saluran yang sepatutnya ke atas murid
yang menunjukkan potensi salah laku yang serius yang dikenalpasti melalui program
Sniper. Unit Kaunseling dan disiplin dapat memainkan peranan dengan lebih proaktif untuk
membantu murid-murid yang mempunyai masalah disiplin. Secara tidak langsung, salah
laku dalam kalangan murid di SKPP16(1) dapat ditangani.

Rajah 19: Rekod Salah Laku dalam Google Spreadsheet

37

3.3 MENEPATI KEPERLUAN SASARAN

E-Sahsiah menyasarkan penggunaan kepada jawatankuasa pengurusan sekolah
seperti unit HEM, guru dan juga guru ICT di sekolah(Rajah 3.2). Guru ICT
bertanggungjawab menyediakan janaan QR-code dan segala berkaitan dengan teknikal
penggunaan E-Sahsiah. Guru-guru pula bertanggungjawab dalam merekod salah laku
murid menggunakan E-Sahsiah dengan mengisi butiran pada Google Forms dan memuat
naik bukti yang sepatutnya. Memandangkan setiap guru merupakan guru disiplin, maka
menjadi tanggungjawab setiap guru untuk memastikan sahsiah murid sentiasa berada
dalam keadaan terbaik. Kemudian, data yang direkod dianalisis oleh unit HEM bagi
mendapatkan maklumat. Berdasarkan data, corak salah laku murid dikenalpasti. Tindakan,
penambahbaikan seperti program dan intervensi dapat dirancang secara berkesan bagi
membantu murid yang telah dikenalpasti melalui program Sniper dalam usaha membentuk
nilai dan etika murid selari dengan hasrat KPM.

Rajah 20: Sasaran Pengguna

3.4 PENGURUSAN SUMBER INOVASI 38

Memudahkan TENAGAHanya Menjimatkan
tujuan PENGGUNAANmemerlukan kos daripada
analisis data KEWANGANtelefon pintaraspek
salah laku dan jaringan pencetakan.
murid melalui internet.
Google Aplikasi
Spreadsheet. Data yang QR-code
diisi dapat yang
Membantu dikawal percuma dan
guru untuk dengan boleh
merekod akses terhad didapati
kesalahan kepada dengan
dengan lebih pengguna mudah
cekap dan akaun emel di laman
sistematik. rasmi sesawang.
sekolah.

39

4.0 IMPAK
4.1 KEBERHASILAN

4.1.1 Metodologi

Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan telah bagi melihat persepsi warga pendidik
dan juga murid di SKPP16(1) terhadap penggunaan E-Sahsiah. Populasi merupakan
kumpulan sasaran yang lebih besar di dalam kajian. Manakal sampel pula adalah
sekumpulan individu atau responden yang memberikan maklumat, fakta atau pandangan
di dalam kajian (Abdul Rashid 2009). Populasi kajian adalah terdiri daripada 70 orang guru
dan juga 30 orang murid tahap dua disalah sebuah sekolah di Wilayah Persekutuan
Putrajaya. Teknik pemilihan sampel pula adalah secara pensampelan tidak rawak dimana
pemilihan sampel adalah daripada suatu populasi yang telah dikenalpasti berdasarkan
kriteria yang ditetapkan (Norazman, Masdinah, Tina, Sahirah, Zanariah, Faruk, Siti &
Rohayah 2006).

Instrumen kajian dibina supaya dapat menerangkan data untuk menilai
keberkesanan kajian. Kajian tinjauan ini menggunakan instrumen soal selidik terhadap guru
dan murid. Bagi soal selidik guru terdapat 5 bahagian yang meliputi 19 item likert dimana
bahagian pertama melibatkan demografi responden iaitu perjawatan di sekolah, bahagian
kedua melihat kepada pengurusan HEM, bahagian ketiga merujuk kepada kesedaran
pengguna, bahagian keempat melihat persepsi terhadap E-Sahsiah dan bahagian terakhir
melibatkan persepsi umum responden. Melalui pelaksanaan E-Sahsiah, murid telah
dikenalpasti melalui program Sniper dan telah dirujuk untuk tujuan intervensi melalui
program ‘Sentuhan Kasih’ oleh unit bimbingan dan kaunseling. Maka, soal selidik telah
dilaksanakan bagi murid yang meliputi aspek demografi seperti jantina, tahun, kelas dan
status OKU. Terdapat 3 bahagian dan 11 item likert yang meliputi pelaksanaan E-Sahsiah,
pelaksanaan intervensi dan impak keseluruhan. Item likert ini perlu dipilih dan dijawab oleh
responden.

Item likert yang digunakan membolehkan responden memilih untuk paling setuju,
sangat setuju, setuju, tidak setuju dan paling tidak setuju dengan item. Kelebihan
menggunakan item likert yang mempunyai lima kategori ini membolehkan keputusan

40
varians yang lebih besar (Fred Kerlinger 1973). Oleh itu, variasi persepsi responden
terhadap penggunaan E-Sahsiah di SKPP16(1) dapat dilihat berdasarkan item soal selidik.

Set data yang diperolehi dilakukan analisis untuk membuat kesimpulan. Hasil
daripada analisis soal selidik yang dijalankan, statistik deskriptif telah digunakan dengan
melihat kepada min dan peratus bagi membolehkan ciri sesuatu set data dihuraikan secara
menyeluruh (Alexander & Craig 2003). Bagi melihat implementasi E-Sahsiah, analisis
adalah berdasarkan interpretasi min. Skor min melebihi tiga dianggap positif dimana nilai ini
menyatakan kebanyakan responden kajian melihat keberkesanan implementasi E-Sahsiah
berdasarkan skala likert(setuju ke arah sangat setuju dan paling setuju). Sebaliknya skor
min yang kurang daripada tiga dianggap negatif kerana responden melihat implementasi
E-Sahsiah adalah kurang berkesan berdasarkan skala likert( tidak setuju dan paling tidak
setuju).

4.1.2 Dapatan Kajian

i. Guru

Analisis profil responden telah dilakukan berdasarkan soal selidik kajian tinjauan E-Sahsiah
bagi melihat persepsi amalan pengurusan disiplin terbaik sekolah transformasi terhadap
warga pendidik di SKPP16(1). Jadual 1.0 menunjukkan hasil dapatan berdasarkan
demografi seramai 70 orang responden di SKPP16(1).

Jadual 1: Demografi Responden Berdasarkan Instrumen Soal Selidik

Jantina Demografi Peratus (%)
Lelaki 20
Perempuan 80

Jawatan Pentadbir, SU 30
Taraf Pendidikan HEM, AJK HEM
Guru akademik 70
Siswazah 96

Akses kepada internet Bukan Siswazah 4
Kebiasaan menggunakan Ya 98.6
Tidak 1.4
Ya 80

41

QR-code Tidak 20
Kebiasaan menggunakan Ya 87.1
Aplikasi Google Tidak 12.9
Aplikasi Google yang biasa Google Forms 58.2
digunakan

Berdasarkan Jadual 1, responden kajian terdiri daripada lelaki (20%) dan perempuan
(80%). 20 peratus daripada responden terdiri daripada pentadbir dan AJK unit HEM.
Seramai 96 peratus responden mempunyai taraf pendidikan siswazah dan hanya 4 peratus
yang bukan daripada golongan siswazah. Hampir kesemua responden mempunyai akses
kepada internet (98.6%) berbanding yang tidak mempunyai akses kepada internet (1.4%),
ini mungkin disebabkan kebergantungan kepada akses internet di sekolah. Seramai 80
peratus responden sudah biasa menggunakan QR-code dan hanya 20 peratus responden
yang masih tidak biasa menggunakan QR-code yang mungkin disebabkan oleh masalah
teknikal telefon pintar. Kebanyakan responden (87.1%) menunjukkan kebiasaan
menggunakan aplikasi Google kerana merupakan satu keperluan dalam hal seharian.
Responden menunjukkan peratus yang tinggi dalam penggunaan aplikasi Google Forms
iaitu sebanyak 59 peratus mungkin disebabkan oleh pendedahan LADAP yang telah
dijalankan untuk penjanaan QR-code.

Analisis telah dilaksanakan bagi melihat implementasi E-Sahsiah di SKPP16(1).
Rajah 21 menunjukkan hasil dapatan analisis.

MIN

POTENSI E-SAHSIAH
PERSEPSI E-SAHSIAH
KESEDARAN PENGGUNA

PENGURUSAN HEM
4.04 4.06 4.08 4.1 4.12 4.14 4.16 4.18 4.2 4.22
MIN

Rajah 21: Dapatan Skor Min

42

Berdasarkan Rajah 21, penggunaan E-Sahsiah menunjukkan nilai min=4.21 dan
interpretasi skor min yang positif dalam pengurusan HEM. Analisis menunjukkan bahawa
dalam kalangan pentadbir dan jawatankuasa di bawah unit HEM, E-Sahsiah memudahkan
pengurusan disiplin murid daripada aspek perekodan, pemantauan dan rujukan. Kesedaran
penggunaan E-Sahsiah dalam kalangan guru menunjukkan nilai min=4.22 dan interpretasi
skor min yang positif. Perkara ini menunjukkan guru-guru peka akan kewujudan E-Sahsiah
serta fungsinya dalam pengurusan sahsiah murid di sekolah. Dapatan kajian juga
menunjukkan persepsi yang positif terhadap penggunaan E-Sahsiah melihatkan nilai positif
min=4.14. Analisis ini menunjukkan bahawa, penggunaan E-Sahsiah adalah mudah
digunakan, direkod, diakses dan mempunyai kesahan yang tinggi dengan sistem muat naik
bukti disiplin. E-Sahsiah juga berpotensi dalam aspek menurunkan dan menghalang salah
laku murid dengan interpretasi skor yang positif (min=4.10). Keseluruhannya, hasil dapatan
menunjukkan bahawa responden menunjukkan persepsi yang positif terhadap
implementasi E-Sahsiah secara penggunaan QR-code. Dapatan kajian ini turut disokong
oleh Lubasi dan Jackson(2018) dalam kajian mereka ke atas penggunaan QR-code untuk
tujuan pengurusan dimana penerimaan penggunaan QR-code adalah tinggi iaitu sebanyak
66 peratus.

ii. Murid

Analisis profil responden telah dilakukan berdasarkan soal selidik kajian tinjauan E-Sahsiah
bagi melihat persepsi penggunaan E-Sahsiah dalam kalangan murid di SKPP16(1).
Jadual 2 menunjukkan hasil dapatan berdasarkan demografi seramai 30 orang responden
di SKPP16(1).

Jadual 2: Demografi Responden

Jantina Demografi Peratus (%)
Lelaki 67
33
Perempuan 17
50
Tahun 4 33
17
5 13

6

Kelas Brilliant

Excellent

OKU Intelligent 43
Genius
Smart 17
Ya 20
Tidak 33
0
100

Berdasarkan Jadual 2.0, responden kajian terdiri daripada lelaki (67%) dan
perempuan (33%). 17 peratus daripada responden terdiri daripada murid tahun 4, 50
peratus murid tahun 5 dan 33 peratus murid tahun 6. Pemilihan responden adalah mengikut
kepada kelas sedia ada di SKPP16(1) dimana 17 peratus daripada kelas Brilliant dan
Intelligent, 13 peratus daripada kelas Excellent, 20 peratus daripada kelas Genius dan 33
peratus daripada kelas Smart. Daripada kajian juga kesemua murid tidak mempunyai
sebarang kecacatan fizikal dan mental.

Analisis juga dijalankan bagi melihat Pelaksanaan E-Sahsiah, Intervensi yang
dijalankan dan iImpak keseluruhan E-Sahsiah. Jadual 3 menunjukkan analisis dapatan.

Jadual 3: Dapatan Peratus Peratus (%)

Item 6.7
10.0
PELAKSANAAN E-SAHSIAH 6.7
16.7
Soalan 1 : Saya tahu peraturan-peraturan sekolah secara umum 60
Paling Tidak Setuju
Sangat Tidak Setuju
Setuju
Sangat Setuju
Paling Setuju

Soalan 2 : Saya tahu bahawa salah laku di sekolah akan -
dikenakan tindakan 3.3
Paling Tidak Setuju 13.3
23.0
Sangat Tidak Setuju 60

Setuju
Sangat Setuju

Paling Setuju

44

Soalan 3 : Saya tahu bahawa salah laku di sekolah akan 6.7
dikenakan tindakan 10.0
Paling Tidak Setuju 13.0
Sangat Tidak Setuju 33.0
Setuju 37.7
Sangat Setuju
Paling Setuju 10.0
3.37
Soalan 4 : Saya tahu berkenaan pelaksanaan E- Sahsiah di 16.7
sekolah. 36.7
Paling Tidak Setuju 33.3
Sangat Tidak Setuju
Setuju 16.7
Sangat Setuju 10.0
Paling Setuju 20
13.3
Soalan 5 : Saya tahu fungsi E- Sahsiah 40.0
Paling Tidak Setuju
Sangat Tidak Setuju 50
Setuju -
Sangat Setuju -
Paling Setuju -
50
Soalan 6 : Saya pernah diterangkan berkenaan sistem E-Sahsiah
oleh guru 16.7
Paling Tidak Setuju 6.7
Sangat Tidak Setuju 6.7
Setuju 30
Sangat Setuju
Paling Setuju

Soalan 7 : Saya pernah melihat guru mencatit nama murid lain di
dalam E-Sahsiah
Paling Tidak Setuju
Sangat Tidak Setuju
Setuju
Sangat Setuju

Paling Setuju 45
IMPAK 40
Soalan 11 : Saya menjaga perilaku saya di serata kawasan
sekolah 13.3
Paling Tidak Setuju 3.3
Sangat Tidak Setuju 20.0
Setuju 30.0
Sangat Setuju 33.3
Paling Setuju
Soalan 12 : Saya mendapati rakan sekolah menjaga perilaku di 23.3
serata kawasan sekolah 6.67
Paling Tidak Setuju 20
Sangat Tidak Setuju 26.7
Setuju 23.3
Sangat Setuju
Paling Setuju

Berdasarkan Jadual 3.0, daripada aspek pelaksanaan E-Sahsiah dapatan
menunjukkan bahawa 60 peratus murid mengetahui tentang peraturan dan salah laku di
sekolah. Hal ini menunjukkan bahawa murid peka akan pengurusan disiplin di sekolah.
Selain itu, kebanyakkan murid tahu bahawa salah laku akan dikenakan tindakan dengan
nilai peratus sebanyak 37.7 peratus. Sebanyak 36.7 peratus murid tahu tentang
pelaksanaan E-Sahsiah dan 40 peratus murid tahu akan fungsi E-Sahsiah. Murid
menunjukkan bahawa mereka sedar akan penggunaan E-Sahsiah di sekolah. Namun
begitu, dapatan menunjukkan bahawa penerangan terhadap E-Sahsiah oleh guru kurang
dilaksanakan. Maka, penyebaran E-Sahsiah perlu dibuat secara menyeluruh kepada murid.
Melalui penggunaan E-Sahsiah seramai 40 peratus murid menyatakan bahawa mereka
melihat guru menggunakan E-Sahsiah untuk tujuan merekod salah laku. Impak penggunaan
E-Sahsiah di sekolah menunjukkan murid menjaga perilaku di sekitar kawasan sekolah. Hal
ini menunjukkan bahawa E-Sahsiah memberikan kesan terhadap perlakuan murid di sekitar
kawasan sekolah.

46

PELAKSANAAN INTERVENSI

3.2

3.4

3.9

2.4

2.4

0 0.5 1 1.5 2 2.5 3 3.5 4 4.5
Min

Saya berubah sikap setelah diberikan peringatan dalam bentuk yang demikian
Saya merasakan sesi ceramah atau program disiplin memberi kesedaran diri terhadap perilaku saya
Saya pernah menghadiri ceramah atau program berkenaan disiplin seperti Hentikan Pornografi, Minggu
Sahsiah dll.
Saya tidak mengulangi salah laku berkenaan setelah diberi sesi kaunseling
Saya berasa kesal ke atas salah laku saya setelah diberi sesi kaunseling

Rajah 22: Dapatan Skor Min

Berdasarkan Rajah 22, menunjukkan dapatan pelaksanaan intervensi yang
dilaksanakan setelah murid dikenalpasti melalui program Sniper hasil daripada analisis data
E-Sahsiah. Analisis menunjukkan bahawa murid tidak menunjukkan perubahan setelah
dilaksanakan intervensi dengan nilai min sebanyak 2.4 dan menunjukkan interpretasi skor
yang negatif. Hal ini bermakna sesi intervensi belum dapat memberikan kesan kepada
murid-murid yang dirujuk ini. Maka, Unit Kaunseling perlu membuat penambahkan
intervensi yang dilaksanakan. Dapatan juga menunjukkan bahawa murid pernah menghadiri
program berkenaan disiplin dan dan merasakan program memberikan kesedaran melalui
perubahan sikap. Jumlah min yang melebihi tiga menunjukkan intrepretasi skor yang positif
dimana murid menerima baik program berkaitan disiplin.

47

4.1.3 Perbincangan

Kajian tinjauan mengenai E-Sahsiah daripada aspek pengurusan HEM menunjukkan
bahawa barisan pentadbir dan jawatankuasa unit HEM bersetuju penggunaan E-Sahsiah
memudahkan tugas pengurusan. Kelancaran pengurusan dapat dilihat daripada aspek
merekod, pemantauan, mengenalpasti corak dan memudahkan perancangan berfokus
intervensi salah laku murid. Melalui pengurusan sistematik, segala keputusan berkait
dengan disiplin adalah hasil penelitian ke atas data yang telah dikumpul. Keputusan yang
dibuat berdasarkan analisis data akan meningkatkan mutu kualiti program yang dijalankan
kepada golongan sasaran(murid) disiplin (Mertler 2014). Selain itu, daripada kajian
menunjukkan, adanya kesedaran pengguna. Guru-guru tahu penggunaan dan kandungan
yang ada pada E-Sahsiah kerana konsepnya hampir sama dengan kaedah konvensional
yang ditambahbaik. Daripada kajian juga menunjukkan bahawa guru menunjukkan persepsi
yang positif terhadap penggunaan E-Sahsiah. Hal ini kerana, guru-guru sangat setuju
bahawa E-Sahsiah memelihara integriti dalam merekod disiplin murid melalui eviden yang
boleh dimuat naik. Bukti yang kukuh merupakan kekuatan kepada isu disiplin yang
dibangkitkan. Oleh itu, dengan E-Sahsiah, isu disiplin dapat diatasi dengan lebih cekap
berdasarkan bukti yang tekal. Guru-guru juga merasakan E-Sahsiah mampu meningkatkan
motivasi dan menjadi penghalang kepada salah laku murid. Penggunaan E-Sahsiah bukan
sahaja mencatat salah laku murid, tetapi turut membolehkan guru mencatat amalan baik
murid. Oleh itu, catatan amalan baik ini secara tidak langsung memberi kesan kepada
tingkah laku murid dan mampu meningkatkan motivasi mereka.

Kajian tinjauan terhadap murid pula menunjukkan bahawa murid peka terhadap
salah laku, peraturan dan tindakan yang akan dikenakan sekiranya tidak mematuhi
peraturan sekolah. Murid juga tahu mengenai pelaksanaan E-Sahsiah yang dijalankan
di sekolah. Hal ini menunjukkan bahawa murid tahu tentang fungsi E-Sahsiah yang
menggantikan penggunaan buku rekod sahsiah murid. Murid juga tahu salah laku yang
dilakukan akan dicatat di dalam E-Sahsiah. Hasil daripada kajian juga menunjukkan bahawa
dengan E-Sahsiah murid lebih menunjukkan kelakuan yang baik disekitar kawasan sekolah.
Murid lebih berhati-hati dalam tindakan mereka di sekitar kawasan sekolah dan menjaga
disiplin. Penggunaan E-Sahsiah memudahkan guru dalam mengenalpasti murid yang
memerlukan pemerhatian berdasarkan daripada program Sniper. Murid yang dikenalpasti
ini memudahkan intervensi dirancang dan dilaksanakan oleh Unit Kaunseling. Berdasarkan
dapatan kajian, intervensi ‘Sentuhan Jiwa’ yang dilakukan oleh Unit Kaunseling tidak

48
memberi kesan kepada murid yang dikenalpasti melalui program Sniper. Hal ini
menunjukkan bahawa penambahbaikan dan perancangan sesi intervensi yang baru perlu
diusahakan oleh Unit Kaunseling.

4.2 BUKTI YANG DISAHKAN

DATA • Rumusan tahun 2017 (LAMPIRAN A)
DISIPLIN

PENULISAN • Kolokium TS25 (LAMPIRAN B)
ILMIAH
• E-book semperna Konvensyen Kebangsaan TS25 Kali-2
(LAMPIRAN C)

SOAL • Persepsi Guru (LAMPIRAN D)
SELIDIK • Persepsi dan kesan pada Murid (LAMPIRAN E)

49

4.3 PENCAPAIAN & PENGIKTIRAFAN

Rajah 23: Sijil Pelantikan Sekolah Transformasi TS25

50
Rajah 24: Sijil Penyertaan Kolokium TS25 JPWPKL & JPWPP


Click to View FlipBook Version