51
Rajah 25: Sijil Pembentangan Amalan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling &
Disiplin
52
Rajah 26: Sijil Penyertaan Konvensyen Kebangsaan TS25 Kali-2
53
Rajah 27: Sijil Johan Amalan Terbaik Disiplin Peringkat JPWPP
54
4.4 TEMPOH MASA & KESAN
JANGKA PENDEK
Kesan penggunaan E-Sahsiah dalam tempoh masa yang singkat melihatkan
kerjasama daripada semua warga SKPP16(1) untuk menggunakan E-Sahsiah dengan lebih
proaktif. Melalui amalan kebiasaan untuk merekod salah laku murid oleh guru-guru,
kepekaan guru untuk menggunakan E-Sahsiah dapat dipertingkatkan. Disamping itu, kos
pencetakan buku rekod sahsiah murid dapat dikurangkan kerana pihak sekolah tidak perlu
mencetak semula buku yang hilang atau rosak.
JANGKA PANJANG
Penggunaan E-Sahsiah dalam jangka panjang adalah daripada aspek pengurusan
data rekod sahsiah murid. Data salah laku murid yang telah direkodkan merupakan
maklumat hasil daripada analisis yang dilakukan. Maklumat yang diperolehi membolehkan
pihak sekolah mengenalpasti corak salah laku murid yang kerap dilakukan dan juga yang
dirasakan perlu ditangani dengan kadar segera. Murid yang berpotensi dapat dikenalpasti
melalui Program Sniper yang diperkenalkan. Perancangan tindakan dapat dilakukan untuk
melaksanakan intervensi ke atas murid yang dikenal pasti supaya salah laku dapat
ditangani. Maka, dapat dilihat bahawa melalui E-Sahsiah, data murid dapat ditadbir dengan
lebih sistematik seiring dengan transformasi dalam pendidikan, dimana aspek pengurusan
harus diperkukuhkan terutamanya yang melibatkan data. Hal ini kerana melalui data,
pelbagai tindakan dapat dilaksanakan dalam usaha membangunkan potensi sesebuah
organisasi. Disamping itu, dengan penggunaan E-sahsiah, tiada lagi pencetakan dibuat
untuk buku rekod sahsiah murid. Maka, kos yang diperuntukkan untuk tujuan rekod sahsiah
murid dapat digunakan untuk program lain yang bertujuan untuk pembangunan murid.
Sebaran E-Sahsiah kepada sekolah-sekolah dapat dilaksanakan dengan lebih menyeluruh
bukan sahaja diperingkat sekolah tetapi ke peringkat jabatan dan kementerian untuk
berkongsi amalan terbaik daripada aspek pengurusan data yang cekap.
55
4.5 KETERLIBATAN
Amalan terbaik pengurusan disiplin menggunakan E-Sahsiah ke arah transformasi
pengurusan data, sekolah transformasi di SKPP16(1) adalah melalui keterlibatan dalam
Kolokium TS25 yang dikelolakan oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur(JPWPKL). Selain itu, idea ini telah terpilih untuk tujuan penulisan E-book semperna
Konvensyen kali ke-2 Program Transformasi Sekolah 2025(TS25) tahun 2018 yang
dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Dr Maszlee Malik di UKM. Melalui penulisan
tersebut, sekolah-sekolah dapat berkongsi idea amalan terbaik sebagai salah sebuah
sekolah transformasi di seluruh Malaysia.
Rajah 28: Pembentangan Kolokium TS25 JPWPKL
56
Rajah 29: Penulis E-book bagi Konvensyen Kali ke-2 TS25
57
5.0 RUMUSAN
Penggunaan Sistem E-Sahsiah dalam pengurusan disiplin membolehkan murid yang
melakukan salah laku dikenalpasti melalui program Sniper hasil daripada analisis. Corak
salah laku yang muncul hasil daripada analisis data menunjukkan bahawa sekolah
berpotensi untuk menambahbaik amalan disiplin murid. Intervensi terhadap murid yang
dikesan dapat dirancang dan dilaksanakan atau ditambahbaik daripada masa ke masa oleh
Unit Disiplin dan Kaunseling.
Beberapa cadangan dikemukakan supaya lebih banyak penambahbaikan terhadap
aplikasi E-Sahsiah, 1) idea penggunaan E-Sahsiah, harus dikembangkan oleh pihak
bertanggungjawab seperti JPN atau PPD dengan mengupayakan sekolah-sekolah di
Putrajaya dan di seluruh Malaysia yang mempunyai capaian internet. Hal ini kerana
penggunaan E-Sahsiah, membolehkan penyimpanan data disiplin murid yang selaras
sebelum di masukkan ke dalam sistem sedia ada (SSDM) lalu memberi peluang
perbandingan statistik yang adil antara sekolah-sekolah. Data yang bernilai ini boleh
digunakan dalam mengkaji keberkesanan atau kelemahan sesuatu pengurusan disiplin
murid di sekolah. 2)Sekolah yang kurang dana dan masih menggunakan buku log bagi
merekod salah laku murid, penggabungan teknologi QR-code dan Google Forms wajar
dilaksanakan bagi menggantikan sistem konvensional. Sekolah bukan sahaja mampu
merekod dan menganalisis data dengan lebih sistematik, tetapi turut menjamin kesahan
data yang dikumpul selain penjimatan kos dari sudut cetakan buku yang banyak dengan
menggunakan E-Sahsiah.
58
6.0 RUJUKAN
Che Nidzam Che Ahmad, Kamisah Osman & Lilia Halim. 2010. Hubungan ramalan
persekitaran makmal Sains dengan tahap kepuasan pelajar. Jurnal Pendidikan
Malaysia 35(2): 19-30.
Fred Kerlinger. 1973. Foundations of Behavioral Research 2nd Edition. New York: Rinehart
and Winston.
Jaclyn Ding & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2017). Tahap kecekapan pengurusan disiplin
dalam kalangan guru-guru sekolah rendah daerah Baram. Seminar Serantau UKM.
Judy, L.D. & Jean, B.M. 2008. Teaching and Learning with Technology. United States.
Pearson Education Inc.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2015. Buletin Transformasi Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM
2013-2025).
Kim Schildkamp, Cindy Poortman, Hans Luyten & Johanna Ebbeler. (2017). Factors
promoting and hindering data-based decision making in schools, School
Effectiveness and School Improvement, 28:2, 242-258
Law, Ching Yin, & Simon So. 2010. QR Codes in Education. Journal of Educational
Technology Development and Exchange 3(1).
Lubasi Kakwete Musambo & Jackson Phiri. 2018. Student facial authentication model based
on open CV’s object detection method and QR code for Zambian Higher Institutions
of Learning. International Journal of Advanced Computer Science and Applications
9(5): 88-94.
Md Rizal M.H., Mohd Noah A.R. & Afzaal. H. S. 2013. Smart attendance system applying
QR Code. 12th International Conference on Latest Trends in Engineering and
Technology:1-5.
Md Rakibul Hoque & Adnan Albar. (2015). Development of web-based e-discipline system:
a case Study for the Kingdom of Saudi Arabia. Journal of Advances in Computer
Networks 3(3).
Mertler, C. A. (2014). The Data-Driven Classroom: How Do I Use Student Data to Improve
My Instruction? New York: ASCD Arias publication.
59
Mikulski J. (2011). 10 Ways to Use QR codes in the Classroom. Classroom in the Cloud.
Retrieved from http://www.classroominthecloud.net/2011/06/10-ways-to-use-qr-
codes-in-classroom.html
Mohd Ibrahim K.A., Mohammed S.I. & Rosemawati M. 2015. Kompetensi Kepemimpinan
Instruktional diKalangan Pengetua Sekolah:Satu Kajian Empirikal di Negeri
Selangor. Jurnal Kepimpinan Pendidikan 2(3).
Muhamad Hassan Abdul Rahman. 2000. Media Pengajaran Penghasilan Bahan
Pengajaran Berkesan. Selangor. Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Muhammad Faizal A. Ghani, Norfariza Mohd Radzi, Simin Ghavifekr, Husaina Banu
Kenayatullah & Mokhtar Muhamad. (2014). Pengurusan disiplin murid di sekolah
kawasan bandar dan luar bandar: perspektif pemimpin Sekolah. Jurnal Kepimpinan
Pendidikan 1(1).
Nurul Huda Ab Rahman & Azlin Norhaini Mansor. 2017. Tahap amalan guru besar serta
pengajaran dan pembelajaran guru sekolah rendah. Malaysia Journal of Society and
Space 13(3): 65-74.
Noorazma Hamzah, Muhammad Faizal A. Ghani, Norfariza Mohd Radzi & Misyati Amat
Sehab. (2018). Reka bentuk profil amalan terbaik pengurusan disiplin murid. Jurnal
Kepimpinan Pendidikan 5(1).
Nurzatulshima Kamarudin & Lilia Halim. 2013. Konsep Pengurusan alatan dan bahan untuk
pembelajaran Sains di makmal. Jurnal Teknologi 60: 65-70.
Sharon, E.S., James, D.R., Robert, H. & Michael, M. 2005. Instructional Technology and
Media for Learning. United States of America. Pearson Prentice Hall.
Shahidan Shafie & Ling Yi Leh. (2017). Pembentukan sahsiah berkualiti melalui
penghayatan kurikulum pengajian Islam: satu kajian korelasi di Politeknik. National
Conference on Thinking Culture (ICTC).
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2001.
Walker C. (2010). QR Codes: Applications in education. Learn Tech Bits. Retrieved from
http://cawa.co.uk/workshops/qr-codes-applications-in-education/
Yakcop Jantan & Chua Yan Piaw. (2017). Kompetensi guru dalam membentuk sahsiah
pelajar sekolah. Jurnal Kepimpinan Pendidikan 4(3).
Lai M., McNaughton S. (2013) Analysis and discussion of classroom and achievement data
to raise student achievement. In: Schildkamp K., Lai M., Earl L. (eds) Data-based
decision making in education. Springer 17.