The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sutera Syurga, 2023-02-05 00:53:24

BUKU PERATURAN PELAJAR KV GERIK

BUKU PERATURAN PELAJAR KV GERIK

BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 2 PROFIL PELAJAR NAMA PELAJAR : NO. PENDAFTARAN : NO. KAD PENGENALAN : PROGRAM : ****Memo Peringatan: Semua pelajar perlu memastikan bahawa Buku Peraturan Kolej berada dalam simpanan


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 3 ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. PERATURAN KOLEJ PENGURUSAN MASA Kehadiran ke kolej Kehadiran ke kelas PENAMPILAN DIRI Pakaian rasmi/ pakaian seragam Amaran tentang pakaian dan kekemasan diri BILIK / TEMPAT KHAS Bilik kuliah Bengkel dan makmal Perpustakaan Pusat akses Kafeteria Bilik khas/ dewan besar/ dewan terbuka Bilik Rawatan Koperasi Tandas KEGIATAN PELAJAR Perhimpunan Mingguan Aktiviti Kokurikulum Penggunaan Kenderaan Pelajar Rawatan perubatan atau kemalangan LARANGAN PELAJAR Barang Larangan Kawasan larangan di kolej Penggunaan peranti elektronik Berniaga di kawasan kolej Harta benda kolej Barangan Pos Pelajar dan Serahan Ibu Bapa PERATURAN AM Tatasusila dan perkara-perkara am Peraturan am Perkara-perkara tatatertib yang dianggap berat Jenis kesalahan dan hukuman yang boleh dikenakan mengikut jenis kesalahan Kesalahan berat Kesalahan sederhana Kesalahan ringan 2. HUKUMAN DAN TATATERTIB Kekemasan diri/ keterampilan pelajar Keberadaan pelajar/ ketetapan masa Rokok Barang larangan Kawasan larangan di kolej dan kolej kediaman Pergaulan pelajar lelaki dan perempuan Kesalahan jenayah Vandalisme Keluar kolej/ kolej kediaman tanpa kebenaran Lain-lain kesalahan Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM)


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 4 3. SOP UNTUK PANDUAN PELAJAR Mendapatkan Rawatan di Hospital Daftar Masuk Bilik Rawatan Keluar dari Kawasan Kolej Sewaktu PdP Keluar Masuk PLK Pendaftaran Peranti Elektronik Perlanggaran Tatacara Penggunaan Telefon Bimbit Pengisian Amalan Baik dalam SSDM 4. PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 5 1. PERATURAN KOLEJ PENGURUSAN MASA 1. KEHADIRAN KE KOLEJ 1.1 Semua pelajar dikehendaki hadir ke kolej: 1.1.1 pada hari-hari pengajian. 1.1.2 pada masa-masa kelas tambahan dan hari rasmi kolej. 1.1.3 pada masa aktiviti-aktiviti kolej seperti hari sukan, kegiatan kokurikulum dan lain-lain. 1.2 Waktu keberadaan pelajar SVM di kolej adalah bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. 1.3 Waktu keberadaan pelajar DVM di kolej adalah bermula jam 8.00 pagi hingga waktu kelas terakhir mengikut jadual waktu masing-masing. 2. KEHADIRAN KE KELAS 2.1 Pelajar dikehendaki hadir ke kuliah tepat pada masa yang ditetapkan oleh pihak kolej. Pelajar yang lewat (15 minit) ke kuliah tanpa sebab yang munasabah akan dikenakan tindakan disiplin. 2.2 Pelajar tidak dibenarkan keluar pada waktu pertukaran kuliah/waktu. Jika perlu, pelajar harus bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada pensyarah sekiranya berlaku kelewatan atau ketidakhadiran ke kuliah. 2.3 Pelajar yang terpaksa keluar kolej pada waktu persekolahan (8.00 pagi – 5.00 petang) dikehendaki mengisi borang kebenaran dengan lengkap dan menyerahkan kepada pihak pentadbir atau Unit Hal Ehwal Pelajar untuk tindakan. 2.4 Pelajar yang ponteng kuliah, rekod ketidakhadiran akan dicatat dalam Rekod Daftar Kehadiran Belajar. Pensyarah akan mengambil tindakan sepertimana yang telah ditetapkan dalam Peraturan Akademik ke atas pelajar yang tidak mempunyai dokumen sokongan untuk mengesahkan ketidakhadiran mereka. 2.5 Pelajar yang tidak dapat hadir ke kolej mesti memberitahu pihak kolej pada hari tersebut dan perlu menyerahkan Sijil Sakit Doktor atau Surat Ibu bapa kepada pensyarah berkenaan dengan segera. Pelajar yang gagal berbuat demikian dianggap telah melakukan kesalahan ponteng kuliah. 2.6 Pelajar yang berjumpa pensyarah dikehendaki mengemukakan “time slip” atau memo pemberitahuan yang dikeluarkan oleh pensyarah berkenaan.


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 6 PENAMPILAN DIRI 3. PAKAIAN RASMI / PAKAIAN SERAGAM 3.1 Pelajar dikehendaki memakai pakaian rasmi atau uniform yang telah ditetapkan kecuali yang dibenarkan oleh pihak kolej. 3.2 Pemakaian pakaian seragam kolej perlu dipakai mengikut Peraturan Pemakaian yang telah ditetapkan oleh pihak kolej iaitu PELAJAR SVM Hari Jenis Pakaian Rasmi Isnin Baju Korporat Rasmi Kolej Vokasional Selasa Baju Korporat Rasmi Kolej Vokasional Rabu Baju Korporat Rasmi Kolej Vokasional Khamis Baju Batik KV Gerik Jumaat Baju Melayu berwarna putih lengkap bersongkok hitam +sampin KV Gerik // Baju kurung berwarna putih + kain berwarna ungu PELAJAR DVM Hari Jenis Pakaian Rasmi Isnin Baju Korporat Diploma Kolej Vokasional Gerik Selasa Baju Korporat Diploma Kolej Vokasional Rabu Baju Korporat Jabatan / Baju kemeja bertali leher dan berseluar slack Khamis Baju Batik KV Gerik Jumaat Baju Melayu berwarna bebas lengkap bersongkok hitam dan bersampin // Baju kurung berwarna bebas 3.3 Pelajar yang tidak memakai pakaian seragam kolej yang lengkap atau pakaian yang sepatutnya boleh dikenakan tindakan oleh mana-mana pensyarah berkenaan. 3.4 Pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian sukan selain pakaian sukan yang telah ditetapkan oleh pihak kolej semasa sesi PdPc. Seluar sukan hendaklah berwarna gelap dan tidak ketat. 3.5 Pelajar mesti memakai pakaian rasmi kolej semasa masuk ke kawasan kolej dan dibenarkan menukar ke pakaian yang bersesuaian untuk amali masing-masing selepas itu. 3.6 Pakaian Pelajar lelaki 3.6.1 Baju korporat pelajar SVM ialah berwarna oren dan pelajar DVM berwarna coklat. 3.6.2 Baju korporat TIDAK DIBENARKAN diubah suai. 3.6.3 Seluar panjang adalah warna hitam. Ukuran bahagian pergelangan kaki ialah 16” hingga 18” keliling, iaitu 8” hingga 9” ukuran lintang.


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 7 3.6.4 Hanya saku jenis bertebuk sahaja yang dibenarkan pada seluar. Saku jenis bertampal tidak dibenarkan 3.6.5 Semua baju pelajar SVM kecuali baju batik hendaklah pada setiap masa sepanjang tempoh PdPc dimasukkan ke dalam seluar supaya kelihatan kemas manakala pelajar DVM dikecualikan hanya untuk Pakaian Rasmi Baju Korporat KVG dan Baju Korporat Jabatan. 3.6.6 Pakaian Batik rasmi Kolej dan Baju Korporat Jabatan hendaklah dipakai dengan seluar panjang berwarna hitam seperti dalam peraturan 3.6.3 3.6.7 Pakaian baju Melayu pada hari Jumaat hendaklah dipakai sepasang lengkap bersampin dan bersongkok hitam 3.6.8 Sarung kaki berwarna hitam sahaja. 3.6.9 Tali pinggang yang diperbuat daripada nilon atau kulit berwarna hitam sahaja dibenarkan. Ukuran lebar tali pinggang tidak melebihi 3 cm dan kepala tali pinggang tidak melebihi 4 cm besar. 3.6.10 Lencana kolej hendaklah dijahit di atas poket sebelah kiri Baju Korporat Rasmi 3.6.11 Kad Matrik pelajar adalah WAJIB dipakai dengan semua jenis pakaian pada setiap masa sepanjang tempoh PdPc 3.6.12 Kasut kulit atau PVC atau campuran berwarna hitam sahaja dibenarkan. Warna kasut sukan adalah bebas. 3.6.13 Tatacara Pemakaian pakaian amali / bengkel di makmal / bengkel adalah mengikut Jabatan masing-masing 3.7 Pakaian pelajar perempuan 3.7.1 Baju korporat pelajar SVM ialah berwarna oren dan pelajar DVM berwarna coklat. 3.7.2 Baju korporat tidak dibenarkan diubah suai. 3.7.3 Labuh baju mestilah melepasi paras pinggul dan sekurang-kurangnya separuh daripada paras paha. 3.7.4 Baju hendaklah longgar dan tidak menampakkan susuk tubuh. 3.7.5 Lengan baju tidak boleh dilipat. 3.7.6 Seluar panjang mesti berwarna hitam dan longgar. 3.7.7 Pakaian Baju Korporat Rasmi dan Jabatan hendaklah dipakai dengan seluar panjang berwarna hitam kecuali pelajar Jabatan Perniagaan dibenarkan memakai kain berwarna hitam. 3.7.8 Tudung pelajar SVM berwarna putih dan tudung pelajar DVM berwarna kuning air. Labuh tudung mestilah; dari paras bahu 5” atau lebih, dari dagu ke bawah 17” atau lebih; menutupi paras dada dan melepasi paras bahu. 3.7.9 Anak tudung mesti dipakai dan berwarna putih sahaja.


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 8 3.7.10 Baju batik dan baju kurung hendaklah longgar dan tidak menampakkan susuk tubuh 3.7.11 Lencana kolej hendaklah dijahit pada tudung sebelah kiri. 3.7.12 Kad Matrik pelajar adalah WAJIB dipakai dengan semua jenis pakaian pada setiap masa sepanjang tempoh PdPc 3.7.13 Sarung kaki berwarna hitam. 3.7.14 Kasut kulit atau PVC atau campuran berwarna hitam, tidak bertumit atau tidak melebihi 1” sahaj dibenarkan. Warna kasut sukan adalah bebas. 3.7.15 Tatacara Pemakaian pakaian amali / bengkel di makmal / bengkel adalah mengikut Jabatan masing-masing 4. AMARAN TENTANG PAKAIAN DAN KEKEMASAN DIRI 4.1 Pelajar DILARANG memiliki dan memakai jenis-jenis pakaian atau peralatan yang berikut semasa tempoh waktu PdPc berlangsung 4.1.1 Seluar ketat, labuh, berkaki besar berfesyen (pallazo) atau jenis jeans / ala jeans 4.1.2 Memakai kemeja T selain kemeja T pagoda / singlet putih di dalam Pakaian Rasmi Kolej 4.1.3 Baju kemeja T bercorak yang merupakan iklan dan berunsurkan perkara perkara yang menimbulkan suasana yang tidak disenangi 4.1.4 Kemaja T yang tidak berkolar kecuali dengan kebenaran. 4.1.5 Rantai leher, rantai/gelang tangan, berkuku panjang atau kuku bercat, subang anting-anting, cincin, bertatu atau barang-barang kemas/perhiasan yang seumpamanya sama ada emas atau sebarang jenis seumpamanya. 4.1.6 Tali pinggang berkepala besar melebihi 3 cm dan berfesyen. 4.1.7 Baju dan seluar yang mencolok mata seperti berseluar pendek. 4.1.8 Mewarnakan rambut dan kuku serta berinai. 4.1.9 Bersolek yang keterlaluan (memakai gincu, pelembap bibir berwarna pemerah pipi, celak, pembayang mata, mascara, kanta lekap berwarna, minyak rambut berwarna). 4.1.10 Topi/songkok/kopiah yang berwarna warni atau memakai serban / purdah. 4.1.11 Baju lengan pendek bagi pelajar perempuan Islam. 4.2 Rambut pelajar lelaki 4.2.1 Semua pelajar lelaki mestilah berambut pendek dan kemas seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 9 4.2.2 Semua pelajar SVM TIDAK DIBENARKAN menyimpan jambang, janggut dan misai. Semua pelajar DVM dibenarkan menyimpan janggut dan misai kecuali jambang dengan syarat janggut dan misai hendaklah dijaga rapi dan kemas pada setiap masa 4.2.3 Berambut panjang TIDAK DIBENARKAN. Merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1976 – Potongan Rambut Murid Murid , istilah berambut panjang adalah seperti berikut : Di hadapan - rambut menutup garis tengah dahi Di belakang - rambut jatuh melebihi garisan di bawah kedua-dua cuping telinga Di atas - rambut melebihi 6 inci panjang (15.24 cm) Di sisi - rambut menutup kedua-dua anak telinga atau sebahagian daripadanya dan sideburn melebihi garisan tengah hidung. 4.1.12 Rambut berfesyen punk, berekor, botak, skinhead, berwarna dan berjuntai di dahi DILARANG. 4.1.13 Pelajar lelaki adalah digalakkan berambut pendek seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan melalui surat KP(BS/HEP)8543/061(60) bertarikh 30 Jun 1997 dan K.P(BS) 8643/Vol II/ (58). 4.3 Rambut pelajar perempuan 4.3.1 Pelajar yang berambut panjang hendaklah mengikat rambut mereka sebagai tocang dan memakai anak tudung putih supaya tidak terkeluar dari tudung. (Pelajar Muslim) 4.3.2 Pelajar bukan Islam mestilah merapikan rambut / mengikat rambut supaya rambut sentiasa berada dalam keadaan terurus dan kemas. Getah pengikat rambut/ penyepit rambut mestilah berwarna hitam sahaja. 4.4 Kebersihan/ kekemasan diri 4.4.1 Pelajar mestilah memastikan kuku mereka dalam keadaan pendek dan bersih. 4.4.2 Pakaian pelajar mestilah sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan rapi. 4.4.3 Pelajar perempuan mesti merapikan tudung bahagian muka (melipat tepi tudung) dan boleh mengenakan pin/jarum peniti. 4.4.4 Pelajar dibenarkan memakai pewangi badan (deodorant) yang tidak keterlaluan untuk mengelakkan bau badan.


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 10 BILIK / TEMPAT KHAS 5. BILIK KULIAH 5.1 Kebersihan bilik kuliah adalah tanggungjawab pengguna bilik kuliah. 5.2 Perkara pertama yang sewajarnya dibuat oleh pensyarah dan pelajar sebelum memulakan sesi pdp ialah memastikan bilik kuliah berada dalam keadaan yang bersih dan selamat. 5.3 Meja tidak dibenarkan untuk dibalut 5.4 Papan kenyataan tidak dibenarkan ditampal dengan sebarang informasi matapelajaran. Memadai yang ada di papan kenyataan hanya Peraturan bilik kuliah / SOP Bilik Kuliah, peraturan keselamatan, pelan lantai dan beberapa perkara lagi yang telah dibincangkan dengan pihak pentadbir KVG. 5.5 Mohon diperbetulkan mana-mana bahan yang berada dipapan kenyataan jika tertanggal dan sebagainya 5.6 Pelajar TIDAK dibenarkan untuk makan di dalam kelas pada waktu rehat dan pastikan segala bungkusan dan sisa-sisa makanan di buang ke dalam tong sampah yang telah di sediakan, 5.7 Pergerakan kerusi dan meja keluar dari bilik kuliah yg ditetapkan adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI. Ini bagi menjaga kepentingan dan keselamatan aset kolej. 6. BENGKEL DAN MAKMAL 6.1 Pelajar tidak dibenarkan memasuki bengkel dan makmal tanpa kebenaran dan pengawasan daripada pensyarah. 6.2 Pelajar perlu beratur di luar bengkel atau makmal sementara menunggu arahan pensyarah untuk memasuki bengkel atau makmal. 6.3 Pelajar mesti berpakaian mengikut Peraturan Pemakaian di bengkel masing-masing sewaktu menjalankan kerja amali di bengkel. 6.4 Pelajar dilarang membawa/mengambil keluar peralatan dan bahan-bahan dari bengkel dan makmal. 6.5 Pelajar dilarang menjalankan kerja amali atau ujikaji tanpa pengawasan / arahan pensyarah. 6.6 Pelajar dikehendaki melaporkan kepada pensyarah/pembantu makmal dengan segera jika berlaku sebarang kemalangan atau kerosakan alat-alat/mesin. 6.7 Pelajar mesti mematuhi peraturan keselamatan di bengkel dan makmal pada setiap masa. 7. PERPUSTAKAAN 7.1 Pelajar tidak dibenarkan memasuki perpustakaan tanpa kebenaran dan pengawasan pensyarah atau pembantu perpustakaan.


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 11 7.2 Pelajar DVM dibenarkan memasuki perpustakaan dan menggunakan kemudahan perpustakaan semasa sesi ‘Free Time’ mengikut jadual waktu masing - masing 7.3 Pelajar-pelajar dikehendaki menjaga kebersihan di dalam dan di luar bilik perpustakaan. 7.4 Pelajar mesti mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak perpustakaan. 8. PUSAT AKSES 8.1 Pelajar hendaklah mencatatkan nama di dalam Buku Kehadiran / Buku Log Penggunaan Komputer. 8.2 Pelajar hendaklah berpakaian sesuai, kemas, sopan dan tidak mencolok mata ketika berada di dalam pusat akses. 8.3 Pelajar hanya dibenarkan menggunakan terminal stesen kerja yang telah ditetapkan. 8.4 Pelajar tidak dibenarkan membuat bising dan mengganggu ketenteraman pelajar lain ketika berada di dalam pusat akses. 8.5 Pelajar adalah dilarang sama sekali untuk ‘install’ perisian @ aplikasi lain ke dalam komputer di dalam Pusat Akses. 8.6 Pelajar juga tidak dibenarkan membuat sambungan perkakasan tambahan kepada komputer tanpa mendapat kebenaran / pengesahan pensyarah 8.7 Para pelajar hendaklah melaporkan kepada pensyarah dengan segera sekiranya berlaku sebarang masalah dengan sistem komputer. 8.8 Pelajar adalah dilarang sama sekali untuk membawa makanan dan minuman ke dalam Pusat Akses. 8.9 Pelajar mesti mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan Pusat Akses. 9. KAFETERIA 9.1 Pelajar tidak dibenarkan berada di kafeteria semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan kecuali dengan kebenaran pensyarah yang sedang mengajar. 9.2 Pelajar tidak dibenarkan membawa makanan atau minuman keluar dari kawasan kafeteria. 9.3 Pelajar mestilah beratur semasa membeli makanan / minuman, tidak membuat bising dan berebut-rebut. 9.4 Pelajar dikehendaki membuang sisa makanan ke dalam tong sampah / bekas yang disediakan. 9.5 Pelajar tidak dibenarkan masuk ke kawasan dapur dan tempat menjual makanan 9.6 Pelajar mesti mematuhi segala peraturan dan SOP yang telah ditetapkan


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 12 10. BILIK KHAS / DEWAN BESAR / DEWAN TERBUKA 10.1 Pelajar mesti diiringi dan diawasi oleh pensyarah sepanjang masa ketika bilik itu digunakan pada waktu PdPc. 10.2 Pelajar hendaklah menjaga kebersihan dan memastikan bilik berada dalam keadaan yang kemas selepas digunakan. 10.3 Pelajar dilarang makan atau minum di bilik khas dan Dewan Besar. 10.4 Pelajar tidak dibenarkan membawa keluar peralatan dari bilik khas/Dewan besar tanpa kebenaran. 10.5 Pelajar mesti mematuhi segala peraturan dan SOP yang telah ditampal di bilik-bilik dan tempat-tempat berkenaan. 11. BILIK RAWATAN 11.1 Pelajar yang sakit dan perlu berehat di Bilik Rawatan mestilah mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Pensyarah Bertugas Mingguan . 11.2 Pelajar tidak dibenarkan untuk memasuki/ menduduki bilik rawatan tanpa kebenaran guru bertugas mingguan walaupun pada waktu rehat. 12. KOPERASI 12.1 Pelajar tidak dibenarkan berada di kafeteria semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan kecuali dengan kebenaran pensyarah yang sedang mengajar. 12.2 Pelajar mestilah beratur semasa membeli dan tidak membuat bising dan berebutrebut. 12.3 Pelajar dikehendaki menjaga kebersihan membuang sampah ke dalam tong sampah / bekas yang disediakan 12.4 Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam koperasi dan tempat penjualan kecuali Ahli Koperasi 12.5 Pelajar mesti mematuhi segala peraturan dan SOP yang telah ditetapkan 13. TANDAS 13.1 Pelajar mestilah menggunakan tandas pelajar mengikut jantina masing-masing. 13.2 Pelajar tidak dibenarkan pergi ke tandas tanpa kebenaran pensyarah. Kebenaran keluar bilik kuliah mestilah diperolehi daripada pensyarah sebelum ke tandas. 13.3 Kebersihan tandas mestilah dijaga, Tarik pam selepas digunakan. Jimatkan penggunaan air. 13.4 Dilarang sama sekali menconteng dan merosakkan alat di dalam tandas. Jangan buang sebarang sampah/objek /kertas ke dalam mangkuk tandas. 13.5 Sampah mestilah dibuang ke dalam tong sampah yang telah disediakan. 13.6 Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menggunakan tandas pensyarah/staf.


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 13 13.7 Pelajar tidak dibenarkan menggunakan tandas Dewan Besar kecuali pelajar terlibat dengan aktiviti di Dewan Besar.


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 14 KEGIATAN PELAJAR 14. PERHIMPUNAN MINGGUAN 14.1 Pelajar diwajibkan menghadiri perhimpunan mingguan kolej dan mesti berada di Dewan Besar / Jabatan masing-masing 5 minit sebelum perhimpunan bermula. 14.2 Pelajar hendaklah memberi perhatian sepenuhnya kepada setiap pengumuman dan mencatat maklumat-maklumat penting yang disampaikan. 14.3 Pelajar mesti menghormati dan menyanyikan lagu kebangsaan”NegaraKu”, ”Negeri Perak” dan lagu kolej dengan penuh semangat dan penghayatan. 15. AKTIVITI KOKURIKULUM 15.1 Pelajar hendaklah menyertai sekurang-kurangnya satu jenis aktiviti kokurikulum berikut: i. permainan, ii. persatuan akademik/bukan akademik iii. badan beruniform. 15.2 Pelajar diwajibkan hadir dalam semua aktiviti kokurikulum mengikut jadual yang telah ditetapkan. 15.3 Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di dalam dan di luar kolej mestilah mematuhi peraturan yang ditetapkan. 15.4 Pelajar yang mewakili kolej dalam mana-mana pertandingan hendaklah menunjukkan tingkahlaku terpuji demi menjaga nama baik kolej. 15.5 Sebarang lawatan, perkhemahan, perkelahan dan seumpamanya atas nama kolej yang melibatkan pelajar mestilah mendapatkan kebenaran daripada Pengarah sebelum aktiviti dijalankan. 15.6 Pelajar yang terlibat dengan sebarang aktiviti hendaklah mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa/penjaga dengan menggunakan borang kebenaran yang disediakan oleh pihak kolej. Pelajar-pelajar yang gagal berbuat sedemikian tidak dibenarkan sama sekali untuk menyertai aktiviti tersebut. 15.7 Pelajar mesti memakai baju ’T’ kolej / kelab berkolar atau pakaian seragam kolej dan WAJIB berkasut yang sesuai semasa menyertai aktiviti kokurikulum. 15.8 Pelajar mesti berada di bilik/tempat kokurikulum bersama penasihat sepanjang kegiatan kokurikulum dijalankan. 16. PENGGUNAAN KENDERAAN PELAJAR 16.1 Pelajar yang ingin membawa kenderaan bermotor hendaklah memohon kebenaran dengan mengemukakan salinan pendaftaran kenderaan, lesen memandu, cukai jalan dan surat kebenaran ibu bapa / penjaga kepada pihak kolej melalui Unit HEP. 16.2 Semua kenderaan pelajar kolej yang memasuki kawasan kolej hendaklah memaparkan pelekat rasmi kenderaan kolej.


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 15 16.3 Semua kenderaan hendaklah diletakkan dengan teratur di kawasan yang dikhaskan untuk pelajar. 16.4 Semua kenderaan Pelajar Luar Kolej hendaklah diparkir di Zon Letak Kenderaan Pelajar yang telah disediakan di sebelah Dewan Besar atau kawasan yang ditetapkan oleh pihak kolej. 16.5 Semua kenderaan Pelajar Asrama yang memohon membawa kenderaan hendaklah diletakkan di Zon Letak Kenderaan Pelajar yang ditetapkan oleh pihak Kolej dan Asrama. 16.6 Pelajar Asrama yang membawa kenderaan adalah TIDAK DIBENARKAN membawa kenderaan sendiri ketika keluar ke bandar (outing). Kenderaan sendiri hanya dibenarkan untuk kegunaan pergi ke kolej atau pulang ke rumah semasa cuti semester atau cuti yang dibenarkan. 16.7 Semua kenderaan hendaklah berkunci dan mempunyai kelengkapan yang disyaratkan oleh pihak berkuasa. Sebarang kehilangan dan kerosakan adalah tanggungjawab pelajar itu sendiri. 16.8 Pelajar tidak dibenarkan berada di tempat letak kenderaan sepanjang waktu pengajaran dan pembelajaran. 16.9 Had laju kenderaan dalam kawasan kolej tidak lebih daripada 20 km/j. 17. RAWATAN PERUBATAN ATAU KEMALANGAN 17.1 Jika berlaku sebarang kemalangan di kawasan kolej semasa menjalankan aktiviti, ia hendaklah segera dilaporkan kepada Pensyarah Bertugas Mingguan, TPA/TPSA / Pengarah untuk tindakan seterusnya. 17.2 Untuk rawatan perubatan biasa, pelajar-pelajar yang ingin mendapatkan rawatan perubatan ke klinik atau hospital dikehendaki mendaftarkan diri di Pejabat Timbalan Pengarah Sokongan Akademik dan berurusan dengan Pensyarah Bertugas Mingguan pada masa – masa berikut : • Sesi Pagi : Sebelum jam 8.30 pagi • Sesi Petang : Sebelum jam 2.30 petang 17.3 Peti pertolongan cemas yang lengkap boleh didapati di Pejabat TPSA, Bilik Rawatan, Bengkel-bengkel dan makmal-makmal sains.


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 16 LARANGAN PELAJAR 18. BARANG LARANGAN 18.1 Pelajar TIDAK DIBENARKAN membawa / memakai seluar ‘Jeans’ / ‘Denim’ / ‘Bellbottom’ / Seluar panjang yang terlalu ketat / kecil dan sempit. 18.2 Pelajar TIDAK DIBENARKAN membawa / memakai pakaian yang mempunyai gambar dan catatan / tulisan yang melambangkan budaya yang negatif dan berunsurkan politik serta tidak wajar dan sesuai dipakai oleh pelajar. 18.3 Pelajar TIDAK DIBENARKAN membawa / memakai tali pinggang berkepala besar 18.4 Pelajar TIDAK DIBENARKAN membawa / memakai semua jenis perhiasan / barangan kemas seperti cincin, rantai leher dan gelang. 18.5 Pelajar TIDAK DIBENARKAN membawa sebarang jenis daun terup atau set permainan yang berunsur perjudian. 18.6 Pelajar TIDAK DIBENARKAN membawa sebarang senjata / alatan tajam yang merbahaya. 18.7 Pelajar TIDAK DIBENARKAN membawa gambar / buku / novel / majalah hiburan / komik yang tidak bersesuaian. 18.8 Pelajar TIDAK DIBENARKAN membawa rokok / pemetik api / mancis / vape / ‘flavour vape’ dan barang yang mudah terbakar. 18.9 Pelajar TIDAK DIBENARKAN membawa alat muzik tanpa kebenaran. 18.9 Pelajar TIDAK DIBENARKAN membawa mee segera / mee sedap / bihun segera dalam bentuk bungkusan atau jenis bekas cawan. 18.10 Pelajar TIDAK DIBENARKAN membawa semua jenis bahan api dan peralatan elektrik untuk tujuan memasak. 18.11 Pelajar TIDAK DIBENARKAN membawa air ketum / air arak dan semua jenis air yang memabukkan. 18.12 Pelajar TIDAK DIBENARKAN membawa barang-barang lain yang akan diberitahu dari masa ke masa. 19. KAWASAN LARANGAN DI KOLEJ 19.1 Pelajar Asrama TIDAK DIBENARKAN berada di luar kawasan asrama selepas waktu pengajian kecuali dengan kebenaran riadah atau mana-mana kebenaran khas. 19.2 Pelajar HANYA dibenarkan berada di kawasan riadah dengan kebenaran. 19.3 Pelajar hanya dibenarkan berada di kawasan surau pada waktu solat. 19.4 Pelajar TIDAK DIBENARKAN berada di kawasan / tempat ini pada setiap masa. Senarai kawasan larangan pelajar : 19.4.1 Persekitaran Rumah Pengarah / Pensyarah / Kakitangan / Warden kecuali dengan kebenaran dan urusan tertentu 19.4.2 Blok Bangunan Asrama berlainan jantina


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 17 19.4.3 Bangunan Pra Sekolah kecuali dengan kebenaran 19.4.4 Kawasan Bangunan Janakuasa Elektrik (sebelah surau) 19.4.5 Tangki Air 19.4.6 Garaj Bas kecuali adengan kebenaran 19.4.7 Tempat letak kenderaan Pensyarah dan Pelajar kecuali dengan kebenaran . 19.4.8 Bilik Suis 19.4.9 Pejabat / Bilik Pensyarah kecuali dengan kebenaran 19.4.10 Mana –mana tempat atau kawasan yang ditetapkan sebagai kawasan larangan adari semasa ke semasa. 20. PENGGUNAAN PERANTI ELEKTRONIK 20.1 Pelajar dibenarkan untuk membawa peranti elektronik ke kawasan kolej. Penggunaan peranti elektronik yang dibenarkan adalah tertakluk dengan syarat yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak kolej. 20.2 Kebenaran membawa peranti elektronik adalah berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil 2 Tahun 2018 Garis Panduan Pelaksanaan Dasar Murid Membawa Peranti Peribadi Ke Sekolah . Peranti elektronik yang dibenarkan adalah seperti berikut : 20.2.1 Laptop / Komputer riba 20.2.2 Tablet personal computer (tablet android, tablet IOS dll) 20.2.3 peranti audio (iPod, Multiplayer dsb) 20.2.4 peranti ciptaan baharu lain yang menyamai fungsi computer riba 20.3 Semua pelajar WAJIB untuk mematuhi semua peraturan penggunaan peranti elektronik yang telah ditetapkan oleh pihak kolej. Tindakan salahlaku akan diambil sekiranya pelajar gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan. 20.4 Peranti yang dibawa hendaklah didaftarkan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak kolej 20.5 Penggunaan telefon bimbit / telefon pintar adalah berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil 11 Tahun 2005 Garis Panduan Penggunaan Telefon Bimbit Oleh Murid Sekolah. Penggunaan telefon bimbit semasa PdPc adalah terhad semasa kelas sahaja atas kebenaran dan pemantauan Pensyarah berkenaan. Pelajar adalah DILARANG menggunakan telefon bimbit secara bebas di kawasan kolej . Pelajar juga DILARANG menggunakan telefon bimbit secara bebas di kawasan Asrama. 20.6 Kesalahan penggunaan telefon bimbit akan diambil tindakan berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2 2009 Penguatkuasaan Larangan Membawa dan Menggunakan Telefon Bimbit oleh Murid di Sekolah. 20.7 Pihak kolej tidak akan bertanggung jawab ke atas kerosakan/kehilangan peranti tersebut. 20.8 Pelajar tidak dibenarkan melayari laman web lucah/ tidak berfaedah/ bermain games/ menonton filem sebaliknya hanya dibenarkan menggunakan peranti elektronik untuk tujuan pembelajaran sahaja


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 18 21. BERNIAGA DI KAWASAN KOLEJ 21.1 Pelajar TIDAK DIBENARKAN untuk menjalankan sebarang perniagaan di kawasan kolej kecuali dengan kebenaran pihak kolej. 22. HARTA BENDA KOLEJ 22.1 Adalah menjadi tanggungjawab setiap pelajar untuk menjaga harta benda kolej. Sebarang kerosakan yang dilakukan oleh pelajar hendaklah diganti atau dibayar oleh ibu bapa / penjaga pelajar. 22.2 Kerosakan yang berlaku hendaklah segera dilaporkan kepada Pensyarah yang berkenaan. 22.3 Pelajar yang melakukan kerosakan akan dikenakan tindakan disiplin dan direkodkan dalam Sistem Sahsiah Dir Murid (SSDM) 22.4 Pelajar dilarang mengambil / memindahkan harta benda kolej kecuali dengan kebenaran. 22.5 Alat-alat dan perabot yang dipinjam/dipindah hendaklah dikembalikan dan disimpan di tempat yang telah ditetapkan. 22.6 Pihak kolej tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kecurian barang-barang peribadi kepunyaan pelajar. 23. BARANGAN POS PELAJAR DAN SERAHAN IBU BAPA 23.1 Pelajar dibenarkan untuk menerima barang melalui pos dan serahan tangan dari ibu bapa dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak kolej 23.2 Barangan Pos Pelajar 23.2.1 Pelajar asrama perlu menulis alamat Kolej Kediaman KV Gerik seperti berikut : Dorm B201, Kolej Kediaman KV Gerik, Kolej Vokasional Gerik, KM4, Jalan Kuala Rui, 33300 Gerik, Perak 23.2.2 Barangan yang dipos mestilah yang tidak menyalahi peraturan sedia ada . 23.2.3 Pemeriksaan bungkusan akan dilakukan di hadapan pelajar. 23.2.4 Urusan pengambilan barang di Pejabat Timbalan Pengarah Sokongan Akademik adalah mengikut SOP sedia ada. 23.3 Barangan Serahan Tangan oleh Ibu Bapa 23.3.1 Hanya barang-barang yg tidak menyalahi peraturan sahaja dibenarkan. 23.3.2 Pelajar perlu menerima sendiri barang yang dipesan dari keluarga. 23.3.3 Pengawal Keselamatan tidak lagi dibenarkan menerima barang bagi pihak pelajar. 23.3.4 Pemeriksaan bungkusan akan dilakukan di hadapan pelajar oleh Pengawal Keselamatan


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 19 23.3.5 Waktu penerimaan barang seperti berikut: Isnin – Jumaat : 5.00 pm-6.00pm Sabtu & Ahad : 8.00 am-10.00.am : 4.00 pm-6.00 pm 23.4 Berikut adalah barang yang yang TIDAK DIBENARKAN untuk dipos / dikirimkan ke Kolej Vokasional Gerik 23.4.1 Sebarang bentuk perhiasan seperti : cincin, gelang, rantai leher, subang dan lain-lain. 23.4.2 Semua peralatan elektrik seperti seterika, radio, tv, kettle, heater dan lain-lain 23.4.3 Alat solek seperti celak, gincu, eye shadow, pemerah pipi, bulu mata palsu, maskara dll. 23.4.4 Bahan bacaan / gambar / CD,VCD yang berbentuk hiburan, melalaikan dan lucah 23.4.5 Sebarang senjata dan bahan letupan seperti : keris, mercun 23,4,6 Alatan yang menggunakan api atau yang boleh mencetuskan api seperti mancis, lilin 23.4.7 Semua alat komunikasi seperti telefon bimbit,Ipad,Tablet dll 23.4.8 Rokok,vape dan bahan-bahan yang boleh memabukkan 23.4.9 Mi segera , minuman berkarbonat, minuman keras dan yang memabukkan 23.4.10 Perabut tambahan seperti almari, rak buku 23.5 Pelajar yang didapati menerima barang yang TIDAK DIBENARKAN akan dikenakan tindakan


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 20 PERATURAN AM 24. TATASUSILA DAN PERKARA-PERKARA AM 24.1 Pelajar mesti mengamalkan nilai-nilai murni dan sifat terpuji dan berusaha menjaga nama baik kolej pada setiap masa. 24.2 Setiap amalan baik pelajar akan direkodkan dan diberikan mata merit dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) manakala setiap kes disiplin akan diberikan mata demerit. 24.3 Setiap pelajar diwajibkan menghormati semua pensyarah, kakitangan pejabat, Ahli Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Ketua Kelas dan semua pelajar lain. 24.4 Setiap pelajar harus mengamalkan dan menunjukkan budaya hospitaliti (ramah, mesra dan bersopan) terhadap pelawat-pelawat yang hadir ke kolej. 24.5 Sebarang aduan atau ketidakpuasan hati hendaklah dirujuk kepada MPP. Sebarang perlakuan kasar adalah ditegah sama sekali. 24.6 Pelajar hendaklah berdiri dengan sopan apabila memberi hormat semasa pensyarah atau pelawat masuk dan keluar kelas. 24.7 Pelajar mesti mentaati segala peraturan dan arahan daripada pihak kolej. Kegagalan untuk berbuat demikian akan berhadapan dengan sebarang tindakan disiplin 24.8 Pelajar mestilah menjaga ketenteraman kolej. Sebarang masalah atau perselisihan faham dalam kalangan pelajar hendaklah diselesaikan secara aman. Jika perlu, dapatkan khidmat nasihat mana-mana pensyarah atau kaunselor. Penyelesaian melalui pergaduhan atau sebarang unsur kekerasan sama ada di dalam atau luar kolej merupakan kesalahan yang serius dan dilarang sama sekali. 24.9 Pelajar hendaklah sentiasa menghormati agama dan kebudayaan lain dan tidak boleh menghina mana-mana pengajaran agama atau amalan sesuatu kaum sama ada dengan perlakuan atau perkataan. Kelakuan tidak senonoh dan biadap seperti ’mengebooo’, menjerit, menyumpah atau apa-apa jua bentuk tingkahlaku yang kurang sopan dan mengganggu ketenteraman ditegah sepanjang masa. 24.10 Pelajar adalah dilarang sama sekali menggunakan media sosial seperti face book, Instagram, twitter, whatsapp dan sebagainya untuk mengecam atau menghina mana-mana pensyarah atau warga kolej. Sebarang perlakuan tersebut terdedah kepada tindakan undang-undang dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 25. PERATURAN AM 25.1 Pelajar Luar Kolej (PLK) yang membawa makanan / minuman dari luar hanya dibenarkan menikmati makanan di kawasan hadapan koperasi. 25.2 Pelajar DILARANG membuang sampah merata-rata di seluruh kawasan kolej. 25.3 Pelajar hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya menjaga harta benda, kebersihan dan keceriaan di kawasan kolej. 25.4 Pelajar DILARANG membawa, mengedar, menjual dan menghisap rokok, rokok elektronik, air ketum, shisha, senjata, dadah, ganja, syabu, arak ,sebarang bahan


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 21 yang memabukkan dan mengkhayalkan, bahan lucah, bahan multimedia terlarang dan bahan letupan ke kawasan kolej. 25.5 Pelajar WAJIB menjaga batasan pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Perkara berikut DITEGAH sama sekali: 25.5.1 berkhalwat/berdua-duaan di tempat sunyi/ berpelukan/ bercumbu-cumbuan 25.5.2 berzina, liwat, melakukan hubungan luar tabii, melacur, menjadi bohsia, bohjan, pondan. 25.5.3 merogol, meraba, mencabul kehormatan pensyarah atau pelajar lain 25.5.4 mengintai pelajar atau pensyarah lelaki/perempuan di tempat privasi seperti tandas, bilik air atau dorm. 25.5.5 melukis, menulis perkataan atau gambar lucah 25.5.6 duduk terlalu hampir antara pelajar perempuan dan lelaki. PERKARA-PERKARA TATATERTIB YANG DIANGGAP BERAT (Surat pekeliling Ikhtisas Bil 9/1975) JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN YANG BOLEH DIKENAKAN MENGIKUT JENIS KESALAHAN. (Surat pekeliling Ikhtisas Bil 7/2003) BIL. JENIS KESALAHAN JENIS HUKUMAN 1 * Kesalahan Berat Rotan di punggung dengan dilapik pakaian dengan menggunakan rotan ringan (maksima 3 kali sebatan) 2 ** Kesalahan Sederhana Rotan di tapak tangan dengan menggunakan rotan ringan (maksima 3 kali sebatan) 3 *** Kesalahan Ringan Diberi Amaran dan sesi kaunseling * KESALAHAN BERAT 1. Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga. 2. Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah. 3. Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau. 4. Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang benda yang memabukkan/mengkhayalkan. 5. Menyebabkan/melakukan pergaduhan atau kekerasan. 6. Melawan, mengancam, memukul, mengugut atau mencederakan pensyarah, ahli MPP, pengawas asrama atau pelajar lain.


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 22 7. Biadab terhadap pensyarah /ahli MPP ,pengawas asrama atau murid lain. 8. Memeras ugut pensyarah / ahli MPP , pengawas asrama atau pelajara lain. 9. Membawa/menggunakan senjata atau alat berbahaya ke kawasan kolej atau asrama . 10. Melakukan segala bentuk perlakuan buli ((pelancoan), penderaan atau paksaan terhadap pelajar lain. 11. Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan. 12. Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan. 13. Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau rakaman dan multimedia terlarang. 14. Membabitkan diri dalam kumpulan haram, samseng atau melakukan perbuatan gangsterisme. 15. Mencabul kehormatan pensyarah/pelajar lain. 16. Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii. 17. Melacur/menjadi bohsia/bohjan/pondan atau menyertai kumpulan mana-mana kumpulan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual, Transeksual ) 18. Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral. 19. Mengintai pelajar lelaki/perempuan di kawasan privasi seperti tandas, bilik air atau dorm asrama. 20. Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan reputasi kolej. 21. Merosakkan harta benda kolej, asrama, pensyarah atau pelajar lain. 22. Membawa atau menggunakan bahan letupan di kawasan kolej. 23. Menulis/melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah. 24. Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh. 25. Menyalahgunakan alat permainan elektronik atau bahan-bahan multimedia. 26. Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu pengajaran dan pembelajaran/peperiksaan atau ujian. 27. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan masyarakat Malaysia. 28. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia. 29. Melakukan ponteng kolej berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala (tidak berturut-turut) selama 60 hari selama 1 tahun sesi persekolahan. 30. Mengganggu / menjejaskan kuasa Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua Jabatan atau pensyarah yang menjalankan tugas. 31. Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan kolej tanpa kebenaran. 32. Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah.


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 23 33. Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat. 34. Melakukan hubungan yang dicurigai. 35. Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini. ** KESALAHAN SEDERHANA 1. Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali. 2. Menyalahgunakan / menggunakan peralatan/sumber bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran. 3. Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran. 4. Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian peperiksaan. 5. Ponteng sebarang acara rasmi sekolah tanpa sebab yang munasabah. 6. Tidak menghormati lagu-lagu / bendera / jata sekolah, negeri dan kebangsaan. 7. Fesyen rambut keterlaluan seperti punk / skin head atau berwarna. 8. Menconteng pada harta benda sekolah. 9. Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan memakai subang berlebihan pada satu cuping telinga. 10.Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini. *** KESALAHAN RINGAN 1. Menyimpan misai, janggut atau jambang yang keterlaluan. 2. Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu. 3. Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang. 4. Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dan sekolah tanpa kebenaran. 5. Keluar dari bilik kuliah tanpa kebenaran pensyarah. 6. Berada di kantin pada waktu persekolahan (kecuali waktu rehat) tanpa kebenaran. 7. Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan kolej tanpa kebenaran. 8. Menggunakan alat hiburan atau elektronik kolej tanpa kebenaran. 9. Memasuki atau tidak mematuhi peraturan dan arahan pensyarah di makmal / bengkel / bilik khas. 10. Memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek kecuali jam. 11. Memasuki mana-mana bilik khas tanpa kebenaran pensyarah. 12.Makan dan minum di bilik kuliah kecuali ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan PKP. 13. Melakukan pembaziran air/elektrik di kolej atau asrama.


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 24 14. Tidak memakai pakaian seragam kolej yang lengkap. 15. Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain). 16. Datang lewat ke kolej tanpa alasan munasabah. 17. Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/makmal tanpa alasan munasabah. 18. Bising dalam bilik kuliah sehingga mengganggu pelajar lain. 19. Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan kolej. 20. Berjalan-jalan tanpa kebenaran pensyarah semasa sesi PdPc. 21. Tidak membuat Pentaksiran Berterusan PB atau Kertas Tugasan yang ditugaskan. 22. Melakukan provokasi atau mengganggu ketenteraman kolej. 23. Mengganggu pensyarah semasa sesi PdPc berlangsuang. 24. Lewat masuk bilik kuliah, makmal atau bengkel tanpa alasan munasabah. 25. Perbuatan mengotorkan bilik kuliah, makmal, bengkel atau bilik-bilik khas dengan sengaja. 25. Melakukan sebarang bentuk perbuatan tingkahlaku musnah (vandalisme) 27. Tidak duduk di tempat yang disediakan di dalam bilik kuliah. 28. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 25 2. HUKUMAN DAN TATATERTIB 1. KEKEMASAN DIRI / KETERAMPILAN PELAJAR 1.1 RAMBUT PANJANG KESALAHAN Pemeriksaan kali pertama Arahan kpd pelajar untuk memotong rambut dalam tempoh masa yang ditetapkan (maksima 3 hari) Pemeriksaan kali ke 2 Rambut dipotong oleh pihak kolej 1.2 RAMBUT BERFESYEN KESALAHAN Pemeriksaan kali pertama Arahan kpd pelajar untuk memperbaiki rambut dalam tempoh masa yang ditetapkan (maksima 3 hari) Pemeriksaan kali ke 2 Rambut dipotong oleh pihak kolej 1.3 MISAI / JANGGUT KESALAHAN Pemeriksaan kali pertama Arahan kpd pelajar untuk memotong / mencukur dalam tempoh masa yang ditetapkan (3 hari) Pemeriksaan kali ke 2 Misai / janggut dipotong / dicukur oleh pihak kolej 1.4 PAKAIAN PELAJAR (LELAKI DAN PEREMPUAN) KESALAHAN Pemeriksaan kali pertama Arahan kpd pelajar untuk memperbetulkan pakaian Pemeriksaan kali ke 2 Arahan kpd pelajar untuk memperbetulkan pakaian / pakaian pelajar diambil untuk diserahkan kepada ibu bapa pelajar 1.5 BERSOLEK / MEMAKAI BARANG PERHIASAN KESALAHAN Pemeriksaan kali pertama Arahan kpd pelajar untuk membersihkan solekan / membuka dan menyimpan barang perhiasan (pelajar bawa pulang ke rumah) Pemeriksaan kali ke 2 Arahan kpd pelajar untuk membersihkan solekan / membuka dan menyimpan barang perhiasan (barang perhiasan disimpan oleh pihak Kolej dan dipulang kepada ibu bapa pelajar//pelajar bawa pulang ke rumah)


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 26 2. KEBERADAAN PELAJAR / KETEPATAN MASA 2.1 DATANG LEWAT KE KOLEJ KESALAHAN Setiap kali Catat nama di pondok pengawal Kesalahan direkod dalam SSDM Sesi Kaunseling 2.2 PONTENG KELAS KESALAHAN Setiap kali Direkodkan dalam Rekod Kehadiran sebagai tidak hadir tanpa sebab Kesalahan direkod dalam SSDM Sesi Kaunseling 2.3 PONTENG KOLEJ / KETIDAKHADIRAN TANPA SEBAB (BERTURUT – TURUT) KESALAHAN 3 HARI Surat Amaran 1 10 Surat Amaran 2 17 Surat Amaran Akhir 31 Buang Kolej 2.4 PONTENG KOLEJ / KETIDAKHADIRAN TANPA SEBAB (TIDAK BERTURUT – TURUT) KESALAHAN 10 Surat Amaran 1 20 Surat Amaran 2 40 Surat Amaran Akhir 60 Buang Kolej 2.5 PONTENG PERHIMPUNAN / MAJLIS RASMI / SOLAT 5 WAKTU / SOLAT JUMAAT /KEGIATAN PELAJAR KESALAHAN Setiap kali Amaran lisan Pelajar melaksanakan kerja amal / aktiviti yang memberi manfaat


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 27 2.6 PONTENG AKTIVITI KOKURIKULUM KESALAHAN Setiap kali Direkodkan dalam Rekod Kehadiran sebagai tidak hadir tanpa sebab Kesalahan direkodkan dalam SSDM Sesi Kaunseling 3. ROKOK 3.1 MENYIMPAN ROKOK / SHISHA / VAPE KESALAHAN Kali 1 Rotan 1 kali di punggung, amaran bertulis Kali 2 Rotan 2 kali di punggung Kali 3 Rotan 3 kali di punggung Kali 4 Gantung Persekolahan (selama tempoh tidak melebihi 14 hari) Ibu Bapa / Penjaga dipanggil ke kolej Sesi Kaunseling Kali 5 Buang Kolej 3.2 MENGHISAP ROKOK / SHISHA / VAPE KESALAHAN Kali 1 Rotan 1 kali di punggung, amaran bertulis Kali 2 Rotan 2 kali di punggung Kali 3 Rotan 3 kali di punggung Kali 4 Gantung Persekolahan (selama tempoh tidak melebihi 14 hari) Ibu Bapa / Penjaga dipanggil ke kolej Sesi Kaunseling Kali 5 Buang Kolej


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 28 3.3 MENGEDAR / MENJUAL ROKOK // SHISHA //VAPE KESALAHAN Kali 1 Rotan 1 kali di punggung, amaran bertulis Kali 2 Rotan 2 kali di punggung Kali 3 Rotan 3 kali di punggung Kali 4 Gantung Persekolahan (selama tempoh tidak melebihi 14 hari) Ibu Bapa / Penjaga dipanggil ke kolej Sesi Kaunseling Kali 5 Buang Kolej 4. BARANG LARANGAN 4.1 TELEFON BIMBIT KESALAHAN Kali 1 1. Amaran 2. Ibu bapa / penjaga / wakil penjaga pelajar perlu hadir ke kolej 3. Pelajar mengemukakan Surat Aku Janji tidak mengulangi kesalahan tersebut 4. Telefon bimbit diserahkan kepada ibu bapa / penjaga / wakil penjaga Kali 2 Pihak kolej berhak mengambil tindakan yang difikirkan sesuai selari dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2 /2009 bertarikh 25 Mac 2009 Penguatkuasaan Larangan Membawa dan Menyimpan Telefon Bimbit oleh Murid Sekolah 4.2 SENJATA / PERALATAN TAJAM BUKAN UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN KESALAHAN Kali 1 Digantung persekolahan dengan tujuan siasatan tidak melebihi 14 hari dan laporan polis(tujuan siasatan). Sesi Kaunseling Kali 2 Buang kolej


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 29 4.3 DADAH / GANJA / SYABU / KETUM KESALAHAN Kali 1 Kes dipanjangkan kepada pihak polis untuk tujuan siasatan 4.4 BAHAN LUCAH/BAHAN MULTIMEDIA TERLARANG KESALAHAN Kali 1 Bahan dirampas / dipadamkan Amran Bertulis /Ibubapa/Penjaga dipanggil ke kolej Sesi Kaunseling 4.5 LAIN LAIN BARANG LARANGAN KESALAHAN Kali 1 Barang larangan disimpan oleh pihak kolej Barang yang disimpan akan diserahkan kembali pada satu masa yang ditetapkan Kali 2 Barang larangan disimpan oleh pihak kolej Barang yang disimpan tidak akan dikembalikan 5. KAWASAN LARANGAN DI KOLEJ DAN KOLEJ KEDIAMAN 5.1 MENCEROBOH KAWASAN YANG DIWARTAKAN SEBAGAI KAWASAN LARANGAN (Berada di tempat yang tidak sepatutnya) KESALAHAN Setiap kali Amaran bertulis Ibubapa/Penjaga dipanggil ke kolej atau Bayar ganti rugi sekiranya berlaku kerosakan di kawasan yang diceroboh Sesi Kaunseling 6. PERGAULAN PELAJAR LELAKI DAN PEREMPUAN 6.1 BERKHALWAT KESALAHAN Kali 1 Ibubapa/Penjaga dipanggil ke kolej Sesi Kaunseling


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 30 6.2 MENGINTAI / MENYENTUH PELAJAR BERLAINAN JANTINA KESALAHAN Kali 1 Ibubapa/Penjaga dipanggil ke kolej Sesi Kaunseling 6.3 BERCUMBU-CUMBUAN KESALAHAN Kali 1 Ibubapa/Penjaga dipanggil ke kolej Sesi Kaunseling 6.4 BERGADUH / BERTUMBUK KESALAHAN Kali 1 Digantung kolej untuk tujuan siasatan tidak melebihi 14 hari Sesi Kaunseling Kali 2 Digantung kolej tidak melebihi 14 hari Kali 3 Dibuang Kolej 7. KESALAHAN JENAYAH 7.1 MENCURI KESALAHAN Kali 1 Amaran bertulis Laporan polis untuk tujuan siasatan Sesi Kaunseling Kali 2 Digantung kolej tidak melebihi 14 hari. Ibu bapa / penjaga dipanggil ke kolej Sesi Kaunseling Kali 3 Buang Kolej 7.2 BERJUDI KESALAHAN Kali 1 Sesi Kaunseling Kali 2 Digantung kolej tidak melebihi 14 hari. Sesi Kaunseling Kali 3 Buang kolej.


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 31 7.3 BULI KESALAHAN Kali 1 Amaran Keras Pelajar dan ibu bapa/penjaga menandatangani Surat Akujanji Atau Larangan menggunakan kemudahan kolej Atau Hukuman Rotan tidak melebihi 3 kali Atau Gantung kolej tidak melebihi 14 hari Atau Buang Kolej (bagi kes serius yang melibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa) 7.4 MELAWAN PENSYARAH / WARDEN / STAF / PENGAWAL KESELAMATAN KESALAHAN Kali 1 Amaran bertulis/Surat aku janji Sesi Kaunseling 7.5 KUMPULAN HARAM/KONGSI GELAP KESALAHAN Kali 1 Kes dipanjangkan kepada pihak polis untuk tujuan siasatan Sesi Kaunseling Kali 2 Buang Kolej 8. VANDALISME 8.1 ROSAK HARTA BENDA KOLEJ, KOLEJ KEDIAMAN, 8.2 ROSAK HARTA BENDA PENSYARAH, STAF, PELAWAT, PELAJAR LAIN KESALAHAN Kali 1 Ibu bapa/Penjaga dipanggil ke kolej Bayaran ganti rugi mengikut kerosakan oleh ibu bapa/penjaga Nama direkodkan dalam SSDM


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 32 9. KELUAR KOLEJ/KOLEJ KEDIAMAN TANPA KEBENARAN KESALAHAN Kali 1 Amaran KERAS Sesi Kaunseling 10. LAIN LAIN KESALAHAN 10.1 MENJALANKAN SEBARANG URUSNIAGA TANPA KEBENARAN KESALAHAN Kali 1 Amaran Barang niaga disimpan oleh pihak kolej dan ibu bapa / penjaga dipanggil ke kolej Sesi kaunseling Pihak kolej membimbing pelajar membuat permohonan berniaga melalui saluran yang betul 10.2 KESALAHAN – KESALAHAN YANG TIDAK DINYATAKAN *Hukuman dan tindakan adalah di bawah bidang kuasa Pengarah Kolej Vokasional Gerik *Tertakluk kepada Pearturan yang dikeluarkan Kementerian Pelajaran Malaysia dari semasa ke semasa *Sebarang perubahan dan pindaan bergantung kepada budi bicara Pengarah Kolej Vokasional Gerik 11. SISTEM SAHSIAH DIRI MURID ( SSDM ) 11.1 Semua kesalahan boleh direkodkan dalam SSDM oleh semua pensyarah 11.2 Semua pensyarah boleh merekodkan Amalan Baik pelajar dalam SSDM untuk mengimbangi kes salah laku pelajar.


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 33 3. SOP UNIT HAL EHWAL PELAJAR 1. MENDAPATKAN RAWATAN DI HOSPITAL BIL PROSES KERJA TANGGUNGJAWAB MULA 1 Rujuk waktu pelepasan pelajar ke hospital 1. Sesi pertama : 8.30 pagi 2. Sesi kedua : 2.30 petang Pelajar 2 Pergi ke Unit Hal Ehwal Pelajar untuk urusan berikut : 1. Ambil Kad Rawatan Pelajar 2. Rujuk Jadual Pensyarah Bertugas Mingguan Pembantu Operasi 3 Dapatkan tandatangan kebenaran Pensyarah Bertugas Pensyarah Bertugas Mingguan 4 Jika tidak dibenarkan, pelajar masuk ke kelas seperti biasa. 5 Jika dibenarkan, kembali ke Unit Hal Ehwal Pelajar untuk urusan berikut : 1. Isi Buku Rekod Pergerakan Murid ke Hospital Pembantu Operasi 6 Berkumpul di garaj bas sebelum waktu pelepasan ( Rujuk perkara 1 ) PELAJAR WAJIB MEMATUHI JADUAL PELEPASAN KECUALI KES KECEMASAN Pemandu Bas/Van 7 Bergerak ke Hospital 8 Terima rawatan di Hospital 9 Setelah selesai , semua pelajar terlibat berkumpul di lobi hospital dan hubungi Pejabat Kolej di Talian 057916288 untuk urusan kembali ke kolej Pemandu Bas/Van 10 Serah kembali Kad Rawatan Pelajar ke Unit Hal Ehwal Pelajar dan surat MC jika ada. Pembantu Operasi 4 Pelajar masuk ke kelas SELESAI


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 34 1. CARTA ALIR MENDAPATKAN RAWATAN DI HOSPITAL MULA SELESAI 1 2 6 5 4 9 8 7 3 10


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 35 2. DAFTAR MASUK BILIK RAWATAN BIL PROSES KERJA TANGGUNGJAWAB MULA 1 Pelajar tidak sihat dirujuk kepada Pensyarah Bertugas Mingguan Semua Pensyarah Pensyarah Bertugas 2 Pemeriksaan ringkas oleh Pensyarah Bertugas bagi menentukan kondisi pelajar. Pensyarah Bertugas 3 Jika keadaan kecemasan, pelajar dibawa terus ke hospital oleh Pensyarah Bertugas (rujuk SOP Mendapatkan Rawatan di Hospital) 4 Jika pelajar perlu diletakkan di Bilik Rawatan, Pensyarah Bertugas perlu mengambil tindakan berikut : 1. Membuka Bilik Rawatan 2. Mengambil cadar dan sarung bantal di Unit HEP untuk dipasang di katil 5 Pelajar sakit mendaftar masuk dengan mengisi Buku Rekod Penggunaan Bilik Rawatan 6 Pelajar sakit berehat Had masa bergantung kepada keadaan pelajar yang sakit. Jika perlu pelajar sakit akan dihantar ke Hospital (rujuk SOP Mendapatkan Rawatan di Hospital) 7 Pelajar perlu menanggalkan cadar dan sarung bantal yang telah digunakan dan diletakkan di dalam plastik yang disediakan. Pelajar 8 Petugas pembersihan akan menjalankan pembersihan dan sanitasi Petugas Pembersihan 9 Pensyarah Bertugas memastikan Bilik Rawatan kosong sebelum dikunci semula Pensyarah Bertugas SELESAI


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 36 2. CARTA ALIR DAFTAR MASUK BILIK RAWATAN 1 9 8 3 7 4 5 2 6


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 37 3. KELUAR DARI KAWASAN KOLEJ SEWAKTU PDP BIL PROSES KERJA TANGGUNGJAWAB MULA 1 Terima permohonan dari ibu bapa / penjaga pelajar secara bertulis TPSA 2 Pelajar / Ibubapa/ Penjaga isi Borang Permohonan Keluar ke Bandar/ Balik ke Rumah. Pelajar 3 Borang perlu ditandatangani dan mendapat kebenaran oleh Pengarah / TPA / TPSA / KJK sahaja. Pengarah / TPSA / TPA / KJK 4 Jika tidak dibenarkan, pelajar masuk ke kelas seperti biasa Pelajar 5 Jika dibenarkan, pelajar perlu mengambil tindakan berikut: Pelajar Luar Kolej : 1. Mengisi Buku Rekod Kebenaran Keluar semasa PDP di Unit Hal Ehwal Pelajar Pelajar Asrama 1. Mengisi Buku Rekod Kebenaran Keluar semasa PDP di Unit Hal Ehwal Pelajar 2. Menguruskan prosedur keluar bemalam di Pejabat Warden jika bermalam di rumah. TPSA Pembantu Operasi Pembantu Operasi Ketua Warden 6 Pelajar keluar Pelajar SELESAI


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 38 3. CARTA ALIR KELUAR DARI KAWASAN KOLEJ SEWAKTU PDP MULA SELESAI 3 1 2 5 6 4


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 39 4. KELUAR MASUK PELAJAR LUAR KOLEJ ( PLK ) BIL PROSES KERJA TANGGUNGJAWAB MULA 1 Pelajar Luar Kolej (PLK) tiba di kolej sebelum jam 8.00 pagi. Pelajar yang lewat akan dikenakan tindakan tatatertib Pensyarah Bertugas Mingguan 2 Pelajar tandatangan Rekod Kehadiran PLK di Pengawal Keselamatan Dewan Besar 3 Pelajar meletakkan kenderaan di petak yang telah disediakan sahaja 4 Pelajar masuk ke kelas Pelajar 5 Pelajar dibenarkan pulang pada jam 5.00 petang atau pada waktu yang telah ditetapkan. Pensyarah SELESAI


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 40 4. CARTA ALIR KELUAR MASUK PELAJAR LUAR KOLEJ ( PLK ) MULA SELESAI 1 2 3 4 5


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 41 5. PENDAFTARAN PERANTI ELEKTRONIK PELAJAR BIL PROSES KERJA TANGGUNGJAWAB MULA 1 Pelajar ke Unit HEP untuk urusan : 1. Ambil Borang Pendaftaran dan Aku Janji Peranti ke Kolej dan Kolej Kediaman KU HEP 2 Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan pada borang.Tandatangan ibu bapa/penjaga adalah wajib. Pelajar 3 Pelajar kembali ke Unit HEP : 1. Bawa peranti yang hendak didaftarkan 2. Serah borang yang telah lengkap KU HEP 4 Borang diterima dan disahkan 5 Pelekat dilekatkan pada peranti SELESAI


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 42 5. CARTA ALIR PENDAFTARAN LAPTOP MULA SELESAI 1 2 3 4 5


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 43 6. PERLANGGARAN TATACARA PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT BIL PROSES KERJA TANGGUNGJAWAB MULA 1 Pelajar menggunakan / mempamerkan telefon bimbit dalam tempoh masa PdPc tanpa kebenaran mana-mana pensyarah bertanggungjawab. Semua Pensyarah 2 Telefon bimbit pelajar dirampas 3 Telefon bimbit pelajar diserahkan kepada Unit HEP dan direkodkan oleh pensyarah bertanggungjawab . 4 Pelajar ( pemilik telefon bimbit ) datang ke Unit HEP untuk mengisi Rekod Kesalahan Telefon Bimbit. Pelajar 5 Pelajar memaklumkan kepada ibu bapa / penjaga tentang kesalahan yang dilakukan menngunakan telefon pejabat. Ketua Unit HEP 6 Ibu bapa/penjaga hadir ke kolej untuk menuntut telefon bimbit pelajar yang disimpan di Unit HEP Pelajar 7 Pelajar menyerahkan Surat Akujanji (disediakan sendiri) kepada Unit HEP semasa / sebelum telefon bimbit diserahkan kepada ibu bapa/penjaga Ketua Unit HEP 8 Ibu bapa/penjaga menandatangani ruangan di Rekod Kesalahan Telefon Bimbit. 9 Telefon Bimbit diserahkan kepada ibu bapa/penjaga. SELESAI


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 44 6. CARTA ALIR PERLANGGARAN TATACARA PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT 1 2 8 9 3 4 7 6 5


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 45 7. PENGISIAN AMALAN BAIK DALAM SISTEM SAHSIAH DIRI MURID ( SSDM) PENGISIAN SSDM – AMALAN BAIK (BERKUMPULAN) BIL PROSES KERJA TANGGUNGJAWAB MULA 1 Pelajar melaksanakan amalan baik di bawah pentadbiran pensyarah Semua Pensyarah 2 Pensyarah bertanggungjawab masukkan nama pelajar terlibat dalam sistem SSDM Amalan Baik SELESAI PENGISIAN SSDM – AMALAN BAIK (INDIVIDU PELAJAR) BIL PROSES KERJA TANGGUNGJAWAB MULA 1 Pelajar mengambil Borang Maklumat Amalan Baik di Unit HEP Pelajar 2 Pelajar melaksanakan amalan baik dengan inisiatif sendiri Pelajar 3 Pelajar perlu mendapatkan tandatangan pensyarah yang telah dibantu Semua Pensyarah 4 Borang Maklumat Amalan Baik dimasukkan ke dalam kotak di Unit HEP Pelajar 5 Borang Maklumat Amalan Baik dikumpulkan setiap hari Jumaat. Setiausaha J/K Pengurusan 6 Maklumat akan diisi dalam sistem SSDM Disipilin / SSDM 7 SELESAI


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 46 7. PENGISIAN AMALAN BAIK DALAM SISTEM SAHSIAH DIRI MURID ( SSDM) i. CARTA ALIR PENGISIAN SSDM – AMALAN BAIK (BERKUMPULAN) ii. CARTA ALIR PENGISIAN SSDM – AMALAN BAIK (INDIVIDU PELAJAR) i. ii. MULA MULA SELESAI SELESAI 1 2 1 2 3 4 5 6


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 47 4. PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN / ASRAMA 1.0 PERATURAN AM DI KOLEJ KEDIAMAN Peraturan kolej kediaman yang disediakan ini adalah untuk panduan penghuninya dan menjadikan setiap penghuninya sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan. Mana-mana pelajar yang kurang selesa perlulah datang dan berbincang dengan Warden, Ketua Warden, Pengarah atau wakilnya. - Pelajar hendaklah berkelakuan baik sepanjang berada di kolej kediaman. - Pelajar perlu menghormati pensyarah / warden / pengawas / ketua asrama dan sentiasa mematuhi arahan mereka. - Pelajar perlu mematuhi jadual waktu harian / cuti yang disediakan oleh pengurusan kolej kediaman. - Pelajar perlu mematuhi peraturan kolej dan kolej kediaman yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan kolej. - Pelajar dilarang berada di dalam dorm ketika sesi persekolahan, solat berjemaah dan kelas persediaan malam. Berikut merupakan salahlaku yang boleh dikenakan hukuman: 3.1 Jenayah Bergaduh / buli / keluar dari kolej kediaman tanpa kebenaran (fly) / pelacuran / mencuri / bawa minuman keras / menyimpan senjata / berjudi / salahguna dadah / membawa dan merokok. 3.2 Kurang Sopan Melawan warden / pengawas asrama / mengganggu dan mengejek orang lain / provokasi / berdua-duaan lelaki dan perempuan di kawasan asrama, dewan makan, surau atau kawasan yang jauh dari pandangan orang lain. 3.3 Berunsurkan Lucah Mengintai / bercumbu / tidur berdua-duaan (melakukan hubungan sejenis/tidak sejenis) / mengeluarkan kata-kata lucah / membawa bahan lucah / menconteng, menulis, melukis menyimpan dan menonton bahan lucah. 3.4 Tidak Kemas Berpakaian tidak kemas / berkuku panjang / tidak mengemas katil dan almari / tidak menjaga kebersihan dorm. 3.5 Vandelisme Merosakkan harta kolej / menconteng / penyalahgunaan elektrik (penyambungan extension). 3.6 Tidak Jujur Berbohong / menipu / tidak amanah / mencuri / mengambil barang orang lain / tidak jelaskan yuran.


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 48 1. JADUAL HARI PENGAJIAN 1.1. Jadual Harian (Hari Pengajian - Isnin hingga Khamis) 5.30 – 6.30 pagi : Inspirasi insani 6.30 – 7.00 pagi : Sarapan Pagi 7.20 – 7.50 pagi : Perhimpunan Harian Kolej Kediaman 8.00 pagi – 1.00 tengahari : Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P d P) 1.00 tengahari – 2.30 petang : Makan Tengahari & Solat Zohor berjemaah 2.30 petang – 5.00 petang : Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P d P) 5.00 petang – 5.30 petang : Minum Petang & Solat Asar berjemaah 5.30 – 6.30 petang : Riadah / Aktiviti bebas pelajar 6.30 petang – 7.00 malam : Makan Malam 7.00 – 9.00 malam : Solat Maghrib & Isyak berjemaah 9.00 – 10.30 malam : Kelas Persediaan Malam (Prep) 10.30 -11.00 malam : Minum Malam 11.15 malam : Padam lampu (Lightoff)


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 49 1.2. Jadual Harian (Hari Pengajian - Jumaat) 5.30 – 6.30 pagi : Inspirasi insani 6.30 – 7.30 pagi : Sarapan Pagi 7.20 – 7.50 pagi : Perhimpunan Harian Kolej Kediaman 8.00 pagi – 12.30 tengahari : Waktu Pengajaran dan Pembelajaran ( P d P) 12.30 tengahari : Solat Jumaat bagi Pelajar Lelaki : Makan Tengahari Pelajar Perempuan 1.30 petang : Solat Zohor berjemaah Pelajar Perempuan 2.00 petang : Makan Tengahari Pelajar Lelaki 3.00 petang – 5.00 petang : Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P d P) 5.00 – 5.30 petang : Minum Petang & Solat Asar berjemaah 5.30 – 6.30 petang : Riadah / Aktiviti bebas pelajar 6.30 petang – 7.00 malam : Makan Malam 7.00 – 9.00 malam : Solat Maghrib & Isyak berjemaah 9.00 – 10.30 malam : Aktiviti bebas pelajar 10.30 -11.00 malam : Minum Malam 11.15 malam : Padam lampu (Lightoff)


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 50 1.3. Jadual Harian (Cuti Hujung Minggu / Cuti Umum atau Am) 5.30 – 6.30 pagi : Inspirasi insani 6.30 – 7.00 pagi : Sarapan Pagi 9.00 – 10.00 pagi : Gotong-royong 12.30 tengahari – 1.00 petang : Makan Tengahari 1.30 tengahari – 2.00 petang : Solat Zohor berjemaah 4.30 petang – 5.00 petang : Minum Petang & Solat Asar berjemaah 5.30 – 6.30 petang : Riadah / Aktiviti bebas pelajar 6.30 petang – 7.00 malam : Makan Malam 7.00 – 9.00 malam : Solat Maghrib & Isyak berjemaah 9.00 – 10.30 malam : Aktiviti bebas pelajar 10.30 -11.00 malam : Minum Malam 11.15 malam : Padam lampu (Lightoff) 1.4. Peraturan Tambahan Jadual Harian • Semua pelajar kolej kediaman perlu melibatkan diri semasa gotong-royong hujung minggu. Warden bertugas akan membuat pemeriksaan pada pukul 10.15 pagi setiap hari Sabtu. • Kebenaran keluar ke Bandar (outing) bergantung pada warden bertugas. • Pelajar dibenarkan menonton televisyen pada waktu bebas pelajar, hari cuti umum atau am dan cuti hujung minggu bermula pada waktu-waktu sesuai sehingga pukul 10.00 malam sahaja. • Pelajar tidak dibenarkan berada di dalam dorm atau kawasan sekitar blok semasa waktu pengajian dan pada waktu solat fardhu setiap hari. Pagar blok akan dikunci semasa waktu pengajian oleh warden blok/pengawal keselamatan pada jam 7.15 pagi dan akan dibuka pada jam 5.15 petang atau selepas solat Asar berjemaah. • Jadual yang diberikan adalah tertakluk kepada perubahan semasa.


Click to View FlipBook Version