The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sutera Syurga, 2023-02-05 00:53:24

BUKU PERATURAN PELAJAR KV GERIK

BUKU PERATURAN PELAJAR KV GERIK

BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 51 2. KELAS-KELAS PERSEDIAAN BELAJAR MALAM. 5.1 Kelas persediaan 5.1.1 Kehadiran adalah WAJIB untuk semua pelajar kolej kediaman. 5.1.2 Pelajar tidak dibenarkan membuat bising dan menganggu pelajar lain semasa kelas persediaan berlangsung. 5.1.3 Pelajar lelaki dan perempuan perlu berada di tempat kelas belajar yang ditetapkan. 5.1.4 Penggunaan perpustakaan tertakluk kepada kebenaran warden. 5.1.5 Pelajar yang membuat bising atau tidur dianggap telah melakukan kesalahan disiplin. MPP bertanggungjawab untuk membuat laporan kepada warden / Ketua warden. 5.2 Belajar Lewat Malam 5.2.1 Belajar lewat malam adalah tidak digalakkan. Walaubagaimanapun, pelajar boleh menggunakan bilik persediaan yang disediakan sehingga jam 12.00 tengah malam sahaja. 5.2.2 Pelajar tidak dibenarkan berada di tempat lain selain daripada dorm selepas jam 12.00 tengah malam. Tindakan boleh dikenakan jika ada pelajar yang ingkar. 3. PAKAIAN 6.1 Keluar Bandar / Balik Kampung / Ke Kolej Kediaman 6.1.1 Pelajar diwajibkan memakai pakaian seragam kolej kediaman dan berkasut. (Baju korporat kolej, T-shirt rasmi kolej, T-shirt kolej kediaman dan berseluar slack). 6.2 Semasa Bermain/Sukan/Riadah 6.2.1 Pelajar perlu memakai pakaian yang sesuai dan menutup aurat semasa melakukan aktiviti. 6.2.2 Pelajar tidak dibenarkan memakai selipar semasa melakukan aktiviti. 6.3 Semasa Kelas Persediaan Malam 6.3.1 Pelajar lelaki berpakaian baju melayu atau jubah. 6.3.2 Pelajar perempuan perlulah memakai pakaian baju kurung atau jubah. 6.3.3 Pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai seluar kecuali pelajar bukan Islam. 6.4 Pakaian Seharian 6.4.1 Pakaian kemas, bersopan dan menutup aurat (bagi pelajar Islam) 6.5 Semasa Makan Di Dewan Makan


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 52 6.5.1 Pakaian kemas, bersopan dan menutup aurat. 6.5.2 Pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai seluar kecuali pelajar bukan Islam dan memakai pakaian yang bersih. 6.5.3 Pelajar perempuan perlu memakai pakaian baju kurung atau jubah ketika makan malam dan supper. 6.6 Semasa Aktiviti Kokurikulum 6.6.1 Sukan dan Permainan 6.6.1.1 Pakaian sukan dan memakai kasut 6.6.2 Kelab dan Persatuan 6.6.2.1 Pakaian kemas dan memakai kasut 6.6.3 Unit Beruniform 6.6.3.1 Pakaian unit berunifom / T-shirt kolej dan memakai kasut 6.7 Semasa persediaan diri 6.7.1 Pelajar mesti memakai pakaian yang kemas dan menutup aurat ketika berada di dalam dorm atau semasa berada di bilik air. 6.7.2 Pelajar perempuan tidak dibenarkan berada di koridor dalam keadaan tidak menutup aurat. 4. DEWAN MAKAN 4.1. Pakaian – rujuk 6.5 4.2. Waktu makan – ikut jadual yang ditetapkan 4.3. Pelajar mesti beratur mengambil makanan dan tidak dibenarkan berebut-rebut. 4.4. Kebersihan Dewan Makan adalah tanggungjawab bersama para penghuni. 4.5. Pelajar yang menyertai sebarang pertandingan di luar kolej boleh memaklumkan terlebih dahulu untuk membuat tempahan makanan di Dewan Makan. 4.6. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke bahagian dapur dewan makan 4.7. Pelajar tidak dibenarkan membawa makanan atau peralatan makanan keluar dari dewan makan 4.8. Jawatankuasa Makanan 7.8.1 Menyediakan laporan bertulis tentang penyediaan makanan pada tiap-tiap hari. 7.8.2 Melaporkan kepada warden mana-mana pelajar yang melanggar peraturan dewan makan. 7.8.3 Pelajar yang menghadapi masalah pemakanan hendaklah berbincang dengan Penyelia Asrama dengan membawa surat akuan doktor. 7.8.4 Pelajar perlu meletakkan pinggan dan gelas ke dalam bekas yang disediakan selepas makan.


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 53 5. KELUAR MASUK KOLEJ KEDIAMAN Pelajar-pelajar hanya dibenarkan pulang ke kampung mengikut ketetapan oleh pihak kolej. 8.1 Keluar ke Bandar (Outing) 8.1.1 Semua pelajar dibenarkan keluar ke bandar pada hari-hari tertentu sahaja. 8.1.2 Pelajar dikehendaki mendaftarkan diri di pondok pengawal sewaktu keluar dan pulang daripada outing dan mengikut masa yang ditetapkan. 8.1.3 Pelajar-pelajar yang outing wajib menggunakan pakaian t-shirt kolej kediaman. 8.1.4 Pelajar-pelajar dibenarkan outing seawal jam 10.00 pagi sehingga jam 6.00 petang bersama penjaga dan jam 2.00 petang hingga 6.00 petang bagi pelajar yang outing tanpa penjaga. 8.1.5 Pelajar hanya dibenarkan outing sekali sahaja samada bersama penjaga atau outing sendiri. 8.1.6 Buku outing perlu dikumpulkan sebelum diserahkan kepada warden bertugas untuk ditandatangani. 8.2 Balik Kampung 8.2.1 Setiap pelajar mestilah mempunyai Buku Kebenaran Balik Kampung dan Keluar ke Bandar yang disimpan oleh warden blok masing-masing. 8.2.2 Pelajar yang ingin balik selain balik wajib mestilah memohon kebenaran daripada Warden dan mengemukakan surat dan cop daripada pejabat HEM. Permohonan hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada pukul 12.00 tengahari hari Rabu minggu berkenaan. 8.2.3 Pelajar hendaklah datang semula ke asrama SELEWAT-LEWATNYA pada pukul 6.00 petang hari Ahad/selepas tamat cuti 8.2.4 Pelajar perlu memastikan waris menandatangani buku kebenaran balik kampung. 6. IBADAT 6.1. Tuntutan Ibadat 6.1.1. Diwajibkan menunaikan Rukun Islam dan aktiviti agama yang diadakan di kolej dan kolej kediaman (Solat berjemaah, solat jumaat, berpuasa, menutup aurat, ceramah dan menjaga adab pergaulan) 6.1.2. Pelajar yang menunjukkan akhlak yang buruk serta ingkar dan malas menunaikan tuntutan Agama Islam boleh DISINGKIR dari kolej kediaman. 6.1.3. Pelajar tidak dibenarkan mengamalkan ajaran sesat. 7. PENGGUNAAN ELEKTRIK DAN AIR 7.1. Menjimatkan penggunaan air dan elektrik. 7.2. Tidak dibenarkan mencuci pakaian kotor selepas pukul 11.00 malam.


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 54 7.3. Sambungan elektrik secara haram tidak dibenarkan. 7.4. Alat-alat persendirian yang menggunakan elektrik tidak dibenarkan dibawa ke kolej kediaman / kolej (kecuali Komputer). 7.5. Jaga keselamatan peralatan elektrik kolej. 7.6. Pelajar tidak dibenarkan membawa sebarang alat elektronik termasuklah telefon bimbit, tablet dan alat telekomunikasi lain. Sebarang kehilangan yang berlaku adalah tanggungjawab pelajar sendiri. 8. KEGIATAN KOKURIKULUM 8.1. Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam kegiatan ko-kurikulum kolej/ kolej kediaman seperti persatuan, permainan atau sukan dan unit beruniform. 8.2. Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum di dalam dan di luar kolej hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. 8.3. Semua pelajar perlu berada di kawasan permainan untuk menjalankan aktiviti atau kawasan yang selamat untuk melakukan aktiviti. 11.4 Dilarang bermain ketika hari hujan, berguruh atau berkilat. 11.5 Pelajar dibenarkan membawa alat-alat permainan sukan sendiri dan perlu memaklumkan kepada warden. 11.6 Pelajar tidak dibenarkan menjemput pasukan luar atau kumpulan luar bermain atau apa juga aktiviti TANPA KEBENARAN BERTULIS daripada Pengarah atau wakilnya. 9. KESELAMATAN DAN KEBAKARAN DI KOLEJ KEDIAMAN 9.1. Tindakan Ketika Berlaku Kebakaran 12.1.1 Loceng Amaran akan dibunyikan secara berterusan dengan panjang. 12.1.2 Amaran lain ialah laungan “API, API, API…. 12.1.3 Telefon nombor 999 untuk menghubungi Bomba dan Polis. 12.1.4 Pelajar hendaklah bersegera turun mengikut laluan yang telah ditetapkan 12.1.5 Utamakan keselamatan diri daripada harta benda. 12.1.6 Kejutkan kawan yang tidur sebelum turun menyelamatkan diri. 12.1.7 Jangan panik, gugup, tergopoh-gapah, berebut-rebut atau melaung tidak tentu arah. 12.1.8 Semua pelajar dikehendaki berkumpul di padang kolej.


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 55 12.1.9 MPP dan pengawas asrama dikehendaki mengarahkan pelajar bergerak ke tempat yang ditetapkan. 12.2 Tindakan Mencegah Kebakaran 12.2.1 Pelajar dilarang menggunakan lilin, pelita, ubat nyamuk dan sebarang alat yang boleh menyebabkan punca kebakaran tidak dibenarkan. 12.2.2 Pelajar hendaklah melaporkan kepada Penyelia Asrama / warden jika berlaku sebarang kerosakan elektrik. 12.2.3 Latihan menyelamatkan diri semasa berlaku kebakaran akan dijalankan dari semasa ke semasa. 12.2.4 Semua alat pemadam api hendaklah dijaga dengan baik dan tidak digunakan sesuka hati atau sengaja menggunakannya. 10. BILIK/ DORM 10.1. Katil dan loker ditentukan oleh pihak kolej. Pelajar TIDAK DIBENARKAN membuat pertukaran dorm tanpa kebenaran dan menginap di dorm lain. 10.2. Setiap dorm mesti melantik Ketua Dorm dan Penolong. 10.3. Mestilah sentiasa kemas, bersih dan tersusun. Kain cadar hendaklah dipasang rapi, bantal bersarung, tuala dan pakaian disidai di tempat sidaian yang disediakan. 10.4. Pelajar TIDAK DIBENARKAN memindah keluar/masuk apa-apa perabot / harta benda kolej tanpa kebenaran warden. 10.5. Wajib menjaga kebersihan dalam dorm dan kawasan sekitar kolej kediaman (selipar dan kasut disusun di tempat yang disediakan). 10.6. Setiap dorm wajib mempunyai carta organisasi dan jadual bertugas harian masing-masing. Ketua/AJK wajib melaporkan pelajar yang tidak ada semasa pemeriksaan malam. 10.7. Tidak dibenarkan membawa alat-alat komunikasi seperti telefon bimbit, radio, kamera & sebagainya. Pihak kolej kediaman tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan. 10.8. Pemeriksaan Dorm akan diadakan setiap pagi. 10.9. Pelajar tidak dibenarkan terlibat dengan permainan mistik. 11. BILIK RAWATAN DAN REHAT 11.1. Dibawah kawalan dan tanggungjawab Penyelia Asrama/warden 11.2. Penyelia asrama/warden dengan bantuan MPP biro kebajikan bertanggungjawab dalam: 11.2.1. Mengawas dan menjaga kebersihannya 11.2.2. Mengurus pesakit dan mendapatkan rawatan 11.2.3. Menguruskan makan minum.


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 56 11.3. Pelajar yang tinggal dalam bilik sakit mestilah mendapatkan kebenaran daripada warden / pensyarah bertugas dan penyelia asrama 11.4. Pelajar-pelajar lain dilarang masuk ke dalam bilik sakit. 12. KEBERSIHAN DAN KESIHATAN DIRI 12.1. Kebersihan 12.1.1. Pelajar perlu memastikan koridor bersih daripada sebarang pakaian, bekas makanan dan lain-lain 12.1.2. Pemeriksaan kebersihan kolej kediaman akan sentiasa diadakan oleh warden bertugas harian 12.1.3. Kebersihan bilik di kolej kediaman adalah tanggungjawab setiap ahli. Penghuni dorm yang kotor akan didenda. 12.1.4. Kebersihan kawasan kolej kediaman adalah tanggungjawab semua penghuni. 12.1.5. Dewan makan, bilik bacaan, bilik tetamu, koriror bilik dorm, bilik air, dan tandas mestilah sentiasa dijaga kebersihannya. 12.1.6. Gunakan tong sampah yang disediakan. 12.2. Kesihatan 12.2.1. Jika berlaku sebarang kes kesihatan segera hubungi warden blok/warden bertugas 13. KESELAMATAN 13.1. Dilarang keras membuli / bergaduh / bertumbuk, mencetuskan pergaduhan atau menghasut / batu api. Pelajar yang didapati melakukan kesalahan ini akan DIBUANG kolej kediaman tanpa amaran dan tidak boleh merayu. 13.2. Keselamatan harta benda pelajar adalah tanggungjawab masing-masing. Pelajar dikehendaki mengunci loker / almari kepunyaan sendiri. 13.3. Dilarang keras membawa senjata tajam. 13.4. Semua peraturan kolej dan kolej kediaman wajib dipatuhi. Tindakan keras akan dikenakan jika gagal mengikut peraturan. 13.5. Pelajar dilarang keras membuat sambungan elektrik. 14. LARANGAN MEMBAWA MASUK MAKANAN DARI LUAR DAN BERNIAGA 14.1. Sebarang bentuk perniagaan tidak dibenarkan sama sekali kecuali atas kebenaran pihak kolej dan kolej kediaman. 14.2. Jika didapati pelajar melakukan kesalahan ini TINDAKAN boleh diambil (merampas barangan pernigaan dengan serta merta dan tindakan lanjut bergantung kepada pengurusan kolej kediaman) 15. PELAWAT 15.1. Waktu melawat kolej kediaman adalah pada hari Sabtu dan Ahad / hari kelepasan awam dari jam 10.00 pagi hingga 5.30 petang.


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 57 15.2. Semua pelawat (termasuk ibu bapa/penjaga) tidak dibenarkan berada dalam kawasan kolej kediaman tanpa kebenaran 15.3. Penghuni kolej kediaman DILARANG menjemput orang luar atau pelajar harian masuk ke kawasan kolej atau kolej kediaman. 15.4. Pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan kolej kediaman dan naik ke dorm pelajar. 15.5. Lawatan di luar waktu (perkara 18.1) boleh dipertimbangkan jika ibubapa/penjaga sendiri berjumpa Timbalan Pengarah Sokongan Akademik(TPSA), Ketua Warden atau Warden. 15.6. Ibubapa/penjaga tidak dibenarkan membawa pulang pelajar (selain dari waktu yang telah ditetapkan) kecuali mendapat kebenaran dari Pengarah atau wakilnya. 16. KEROSAKAN PERALATAN / KELENGKAPAN / KEMUDAHAN 16.1. Pelajar yang sengaja merosakkan kemudahan, kelengkapan dan peralatan di kolej/kolej kediaman hendaklah membayar harga barang-barang tersebut atau menggantikannya dengan yang baru dan serupa.


BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 58


Click to View FlipBook Version