Ebook
MENGURUS
HARTA PUSAKA
“Langkah yang bijak apabila kita membantu
anak-anak dan isteri menguruskan bakal harta
pusaka kita sendiri agar mereka tidak tersalah
langkah lalu mengambil hak orang lain “
Disediakan oleh :
Mohamad Akmal Mohamad
ISI KANDUNGAN
Pertama : Harta
Kedua : Hutang
Ketiga : Waris
Keempat : Bincang
Kelima : Dokumen
Keenam : Hantar Borang A
Ketujuh : Sebelum Bicara
Kelapan : Bawah Umur
Kesembilan : Selesai
t.me/celikpusaka
PERTAMA
HARTA
t.me/celikpusaka
Senaraikan harta-harta
yang ditinggalkan arwah
Contoh :
1. Rumah / tanah
2. KWSP
3. Takaful
4. Unit amanah
5. Kereta / motosikal
6. ASB / AHB
7. Tabung Haji
8. Saham koperasi
9. Akaun Bank Maybank / CIMB / RHB
t.me/celikpusaka
Harta-harta ini juga
adalah harta pusaka arwah
Contoh :
1. Baju / pakaian
2. Jam tangan
3. Pinggan-mangkuk
4. Telefon pintar
5. Komputer
6. Jam tangan
7. Alatan tulis
8. Buku dan kitab
9. Perabot
t.me/celikpusaka
Kenal pasti harta pusaka
dan harta bukan pusaka
Harta Pusaka Harta Bukan Pusaka
Kereta, rumah, Duit sumbangan
kwsp, takaful, semasa kematian,
tanah, perkeso, insurans,
simpanan pencen
tabung haji,
akaun bank,
unit amanah
t.me/celikpusaka
Duit tidak patuh
syariah, bukan harta pusaka
Contoh :
1. Pampasan insurans konvensional
2. Duit judi
3. Duit rasuah
4. Riba
5. Harta curi
t.me/celikpusaka
Cara agihan
harta tidak patuh syariah
Contoh : Pampasan insurans
Jumlah bayaran pokok contohnya
bulanan RM 100 x 60 bulan = RM 6,000
adalah sebagai harta pusaka
Baki pampasan contohnya RM 50,000
– RM 6,000 (pokok) = RM 44,000 perlu
diberikan kepada baitulmal atau atau
didermakan tujuan kebajikan
t.me/celikpusaka
Jika waris dalam
kategori miskin / fakir
Hukumnya harus waris-waris ini ambil
dari pampasan polisi konvensional
tersebut dengan jumlah kadar
keperluan
Baki wang perlu diagihkan kepada
baitulmal atau didermakan tujuan
kebajikan
t.me/celikpusaka
Faedah terbitan
dan pencen
Pencen bukanlah harta pusaka yang
perlu diagihkan seperti dalam
pembahagian pusaka
Kesalahan : Isteri terima pencen
kemudian isteri membahagikan
kepada semua waris-waris faraid.
t.me/celikpusaka
Kenal pasti harta yang
perlu diurus TANPA melalui
proses surat kuasa
Contoh :
1. Baju / seluar
2. Telefon pintar
3. Kasut / selipar
4. Pinggan mangkuk
5. Lembu / binatang ternakan
6. Meja / perabot
7. Barang kemas
t.me/celikpusaka
Kenal pasti harta yang
telah dibuat PENAMAAN
Contoh :
1. Takaful
2. Unit Amanah
3. KWSP
4. Tabung Haji
5. Saham Koperasi
t.me/celikpusaka
Penamaan
Penamaan dibuat agar para waris
dapat mencairkan harta dengan
kadar yang segera tanpa melibatkan
proses surat kuasa.
Waris-waris yang dinamakan penama
bukanlah penerima harta secara
mutlak tetapi diamanahkan untuk
mengambil harta di institusi yang
berkenaan lalu diagihkan kepada
yang berhak
t.me/celikpusaka
HARTA YANG
DITINGGALKAN
Harta Pusaka & Harta Bukan Pusaka
Harta yang Harta yang Harta yang
dicairkan dicairkan dicairkan dan
melalui proses
surat kuasa melalui diagihkan
penamaan tanpa melalui
proses surat
t.me/celikpusaka
kuasa dan
tanpa
penamaan
KEDUA
HUTANG
t.me/celikpusaka
Senaraikan hutang-piutang
yang ditinggalkan arwah
Hutang pada Allah : Nazar, haji,
kafarah, fidyah, zakat
Hutang kepada manusia / institusi :
Hutang rumah, hutang kereta, hutang
motosikal, kad kredit, hutang pada
kawan, hutang pendidikan
t.me/celikpusaka
Hutang Pada
Allah SWT
t.me/celikpusaka
Fidyah
Fidyah merupakan bayaran denda
yang dikenakan kepada seseorang
yang tidak dapat menggantikan
puasanya di bulan RAMADAN pada
suatu tahun mengikut makanan asasi
penduduk
Contoh : Pada Ramadan 1438H nenek
tidak berpuasa selama 15 hari kerana
keuzurannya. Tidak lama selepas itu,
nenek meninggal dan waris nenek
membayar fidyah nenek selama 15
hari
t.me/celikpusaka
Haji
Haji merupakan rukun Islam kelima
yang wajib ditunaikan oleh setiap
orang Islam.
Disebabkan faktor tertentu ketika
hidup seseorang yang tidak mampu
mengerjakan kefardhuan haji, maka
selepas kematiannya pula waris-waris
perlulah melaksanakan “badal haji”
yang mana upahnya diambil dari
harta yang ditinggalkan
t.me/celikpusaka
Kafarah
Kafarah bermaksud perbuatan yang
boleh menghapuskan dosa berupa
membebaskan hamba, bersedekah
dan puasa dengan syarat tertentu.
Contoh : kafarah merosakkan puasa
kerana berjimak pada bulan
Ramadan, kafarah musafir atau
pesakit kerana tidak menggantikan
puasa pada tahun yang sama,
kafarah sumpah, kafarah zihar.
t.me/celikpusaka
Nazar
Nazar adalah pengakuan bersumpah
bahawa seseorang akan melakukan
sesuatu kerana berlakunya peristiwa
yang dikehendakinya selagi
dibolehkan oleh syara
Contoh : “Apabila anakkudapat 5A
dalam SPM, aku akan berpuasa”.
Namun belum sempat berpuasa,
orang yang bernazar ini meninggal
dan ianya perlulah dibayar denda.
t.me/celikpusaka
Hutang Pada
Manusia / Institusi
t.me/celikpusaka
Hutang mengikut
nilaian
Nilai besar Nilai kecil
Contoh : Contoh :
RM 100,000 RM 500 hutang
hutang rumah
abang
t.me/celikpusaka
Hutang yang nilainya
besar perlu diberi perhatian
Ada hutang di mana nilai hutangnya
terlalu besar seperti :
1. Hutang rumah
2. Hutang kereta
Jika perkara ini wujud, waris-waris
perlu berbincang dengan pihak bank
atau institusi di mana arwah membuat
pembiayaan hutang agar penukaran
nama dapat dilaksanakan
t.me/celikpusaka
Ada beberapa perkara waris perlu jelas
berhubung hutang yang nilaiannya
besar ini :
1. Apakah hutang ini ingin dijelaskan
atau telah sepakat harta yang
berhutang ini ditinggalkan begitu
sahaja?
2. Jika salah seorang sahaja sebagai
pembayar hutang, adakah perintah
pembahagian terutama rumah / tanah
diletakkan pada si pembayar?
3. Siapakah waris yang akan
meneruskan pembayaran sehingga
keluar surat kuasa dan fasa yang
dibayar semasa surat kuasa dikeluarkan
adakah boleh dituntut nilainya semula?
t.me/celikpusaka
Perlindungan Takaful
Perlindungan takaful juga adalah
intrumen harta yang menjadi salah
satu pemudah cara dalam
pengurusan pusaka
Pemilik harta boleh mengurus dan
merancang takaful berdasarkan
keperluannya seperti
1. Membuat penamaan
2. Hibah takaful bersyarat
3. Menambah wasi sekiranya risau
pemilik dan penerima takaful mati
serentak dan anak di bawah umur
t.me/celikpusaka
Perlindungan Takaful
Pada masa kini, kebiasaan hutang
yang mana nilaian besar akan
dilindungi oleh pihak takaful. Perkara
ini sedikit sebanyak akan membantu
waris-waris dari bebanan hutang.
Contoh : MRTA / MRTT, MLTA / MRTT
t.me/celikpusaka
Rasulullah SAW
bersabda :
“Semua dosa orang mati syahid akan
terampun kecuali hutang”
-HR Muslim
t.me/celikpusaka
KETIGA
WARIS
t.me/celikpusaka
Kepentingan waris
Asas pembahagian harta pusaka
adalah dengan mengetahui waris
terlebih dahulu diikuti berapa banyak
bahagian yang mereka perolehi.
Waris-waris ini juga sebenarnya yang
akan memulakan proses tuntutan
harta disamping membantu arwah
yang telah pergi menghadapi soalan
harta benda di alam barzakh
t.me/celikpusaka
Senaraikan waris layak
Waris yang dimaksudkan di dalam
pembahagian harta pusaka adalah
waris-waris yang digariskan oleh ilmu
Faraid.
Ia juga disebut waris “qadim”.
t.me/celikpusaka
Bukan Arwah Isteri
Waris (2018) Arwah
Layak*
Waris
qodim
Menantu Anak Anak Anak Menantu
perempuan perempuan lelaki
Arwah
Arwah Arwah (2016)
(2017)
Cucu t.me/celikpusaka Cucu
Lelaki Lelaki
arwah arwah
Contoh waris layak
Si mati mempunyai anak lelaki, anak
perempuan, isteri, mak, ayah, adik
beradik kandung lelaki, adik beradik
kandung perempuan, datuk
Waris layak : anak lelaki, anak
perempuan, isteri, mak, ayah
Waris tidak layak : Datuk, adik beradik
kandung perempuan, adik beradik
kandung lelaki
t.me/celikpusaka
Tips Ringkas
Faraid
t.me/celikpusaka
Tips asas Faraid (1)
Waris-waris di bawah ini adalah waris
yang tidak terhalang disebabkan
waris lain-lain yang wujud.
1. Mak
2. Ayah
3. Anak lelaki
4. Anak Perempuan
5. Pasangan ( suami atau isteri )
t.me/celikpusaka
Tips asas Faraid (2)
Jika dua golongan ini tiada, maka
adik beradik arwah layak mendapat
pusaka
1. Anak lelaki dan keturunan lelaki ke
bawah
2. Ayah
t.me/celikpusaka
Tips asas Faraid (3)
1. Mak
2. Anak perempuan
3. Cucu perempuan dari anak lelaki
4. Cicit perempuan dari cucu lelaki
5. Isteri atau suami
6. Datuk
Semunya tidak MENGHALANG adik
beradik arwah mendapatkan harta
pusaka arwah.
t.me/celikpusaka
Tips asas Faraid (4)
Faraid adalah asas kepada harta
pusaka, namun di sana ada
pembahagian secara muafakat /
sama rata iaitu dalam bab
“takharruj”.
Contoh : Abang tahu haknya RM
600,000 dan hak adik perempuannya
mendapat RM 300,000, namun abang
serta adik berpakat mengagihkan
secara sama rata iaitu setiap seorang
RM 450,000
Kedudukan agihan
faraid
Harta pusaka
- Urusan jenazah
- Hutang-piutang
Harta pusaka kasar
Harta pusaka kasar
- Harta sepencarian (jika dituntut)
- Wasiat syarak (jika ada)
Harta pusaka bersih
(baki diagihkan faraid)
t.me/celikpusaka
KEEMPAT
BINCANG
t.me/celikpusaka
Waris perlu
fikirkan
1. Kesesuaian masa perbicangan
2. Tempoh perbincangan
3. Tempat perbincangan
4. Perlu pihak ke 3 atau tidak
5. Kos awal yang perlu ditanggung
6. Kemungkinan bantahan waris
t.me/celikpusaka
Waris layak perlu
jelas tentang perkara
1. Aset dan hutang arwah
2. Tanggungjawab yang perlu dipikul
3. Penjagaan anak / hadhonah
4. Perlantikan wasi atau pentadbir
5. Proses pemula di Pejabat Pusaka
6. Bahagian layak yang diterima
7. Harta & bahagian yang ingin dibuat
secara muafakat / sama rata
8. Kemampuan aset yang
ditinggalkan arwah untuk selesaikan
hutang besar & kecil
t.me/celikpusaka
Perkara mungkin
berbangkit
1. Harta amanah yang dipegang oleh
arwah seperti duit cawangan
2. Tanah yang dibeli arwah tetapi di
dalam geran nama orang lain
3. Wakaf tanah untuk pembinaan surau
atau kubur sedangkan nama di dalam
geran masih nama arwah
4. Hutang sekala kecil seperti hutang
arwah terhadap rakannya
5. Harta dari ayah atau datuk arwah
yang belum ditukar nama kepadanya
t.me/celikpusaka
6. Wasiat arwah yang didengar oleh
sebahagian waris sahaja
7. Harta arwah yang tidak diketahui
waris. Hanya kawan arwah tahu
8. Isteri ke2 yang dinikahi di seberang
9. Harta-harta yang diketahui waris
secara jelas diperolehi dari perkara
yang meyalahi syarak
10. Tanah rancangan seperti Felda
yang mana kemasukkan di dalam
geran hanya 1 @ 2 orang sahaja
t.me/celikpusaka
KELIMA
DOKUMEN
t.me/celikpusaka
Dokumen asas
yang diperlukan waris
1. Borang A
2. Salinan surat mati
3. Salinan kad pengenalan
4. Salinan sijil nikah
5. Salinan geran / sijil / hakmilik harta
6. Carian rasmi hartanah
7. Pesuruhjaya sumpah
t.me/celikpusaka
Dokumen yang
mungkin diperlukan
1. Borang DDA (Pelepasan)
2. Salinan penyata hutang
3. Salinan resit cukai tanah / pintu
4. Anggaran nilai harta
5. Lukisan struktur waris faraid
6. Sijil faraid dari mahkamah syariah
7. Surat akuan jika tersalah nama
8. Sijil mati mak / ayah arwah
9. Salinan perjanjian jual beli (S&P)
t.me/celikpusaka
Sijil Faraid?
Dalam kes di Pejabat Tanah (Pejabat
Pesaka Kecil) di bawah nilai RM2j, Sijil
Faraid tidak diperlukan kecuali dalam kes
tertentu yang diminta oleh pegawai
seperti
1. Waris tidak berpuas hati dan ingin
perintah faraid secara formal
2. Penyelesaian kes yang jarang berlaku
seperti datuk bersama adik beradik
3. Kes berlapis-lapis
t.me/celikpusaka
Dokumen DDA
(pelepasan / persetujuan)
Dokumen ini perlu dibawa semasa bicara
kuasa yang telah ditetapkan oleh Pejabat
Pesaka Kecil bertujuan pemakluman
waris-waris yang tidak dapat hadir dan
pembahagian yang telah diputuskan.
Borang DDA ini perlu ditandatangan di
depan pesuruhjaya sumpah. Sekurang-
kurangnya 2 orang waris hadir dalam
bicara kuasa.
t.me/celikpusaka
KEENAM
HANTAR
BORANG A
t.me/celikpusaka