Borang A
Pemohon boleh hantar ke mana-
mana Pejabat Tanah / Pejabat Pesaka
Kecil dari salah satu tempat hartanah
kepunyaan arwah
Contoh :
Arwah ada 2 rumah di mana sebuah
rumah di Bangi, sebuah rumah di Kota
Baharu. Pemohon atau waris boleh
memilih Pejabat Pesaka Kecil di Bangi
atau KB
t.me/celikpusaka
Pejabat Pusaka Kecil
( PPK )
Kebiasaan tempoh menunggu tarikh
bicara di antara 4-6 bulan. Memang
ada yang mendapat tarikh bicara di
bawah 4 bulan tetapi agak jarang.
Dalam tempoh menunggu ini
sebenarnya PPK membuat urusan
yang melibatkan nilaian tanah di
JPPH, pendaftaran di mahkamah,
mengemaskini data si mati, dsb
t.me/celikpusaka
Nak dapat borang
berkaitan?
Borang-borang berkaitan seperti
Borang A, Borang DDA, Borang P ini
boleh didapati di laman web JKTPG.
Sesetengah PPK mengarahkan
pemohon mengambil borang yang
telah mereka cetak di pejabat.
Borang-borang yang digunakan
boleh menggunakan BM atau BI.
t.me/celikpusaka
Laman sesawang
mendapatkan Borang A
https://www.jktpg.gov.my
t.me/celikpusaka
Pusaka kita tidak ada
rumah / tanah
Apabila arwah tidak ada tanah /
rumah, proses pusaka hanya boleh
dibuat di Amanah Raya atau di
Mahkamah Tinggi Sivil.
Contoh : Arwah Abu mempunyai
kereta Camry, Unit amanah
RM200,000, Saham syarikat, motosikal,
FD, akaun bank.
Di didapati arwah tidak ada rumah /
tanah maka urusan perlu ke ARB atau
Mahkamah Tinggi
t.me/celikpusaka
Pusaka kita melebihi
RM 2,000,000
Apabila harta kita melebihi nilaian RM
2,000,000, waris terus uruskan di
Mahkamah Tinggi Sivil. Perlu lantikan
syarikat amanah seperti Wasiyyah
Shoppe atau Peguam.
Jika waris kita berkeras ke PPK,
borang ini bakal ditolak.
Contoh : Arwah ada 1 geran yang
mana terkandungnya 10 ekar tanah
dan bernilai RM 2,300,000
t.me/celikpusaka
Proses mendapatkan
surat kuasa
Pejabat Amanah Mahkamah
Pusaka Kecil Raya Tinggi Syariah
(Tidak (Tidak (Melebihi
melebihi melebihi RM2j atau
RM600k sekurangnya
RM2j) RM60k ke atas
t.me/celikpusaka iaitu apabila
arwah tidak
ada dokumen
wasi)
Bagi urusan di
mahkamah atau
amanah raya
Borang A tidak digunakan apabila
harta pusaka kita tidak diuruskan di
Pejabat Pusaka Kecil
Waris-waris perlu mendapatkan
nasihat dari Wasiyyah Shoppe
contohnya yang akan menguruskan
di Mahkamah Tinggi Sivil atau
pegawai amanah raya bagi urusan di
sana.
t.me/celikpusaka
Amalan biasa
1. Waris menangguhkan pendaftaran
Borang A ini
2. Waris tidak ambil cuti disebabkan
PPK ini dibuka pada waktu
pejabat
3. Waris terus daftar tanpa
berbincang dengan semua waris.
Kemungkinan besar ulang bicara
akan berlaku
t.me/celikpusaka
KETUJUH
SEBELUM
BICARA
t.me/celikpusaka
Bincang pembahagian
sebelum hari bicara di
Pejabat Pesaka Kecil
Contoh harta berupa dua buah rumah,
sebuah kereta, kwsp, dan 6 orang waris
(isteri, mak, ayah, 2 orang anak lelaki 2,
seorang anak perempuan)
Setelah berbincang seperti langkah di
atas, keputusan kereta diberikan kepada
isteri, rumah pertama diberikan kepada
isteri, rumah kedua diberikan kepada 3
orang anak secara sama rata, kwsp
diberikan secara sama rata.
t.me/celikpusaka
Bincang di luar
tarikh bicara?
Perbincangan yang dibuat bukanlah
bertujuan menafikan pegawai yang akan
mendengar perbicaraan, bahkan jauh
sekali menafikan hukum faraid. Ia
sebenarnya bertujuan
1. Mempermudahkan perintah
dikeluarkan
2. Menjimatkan tenaga dan kos
disebabkan berulang-ulang kali bicara
3. Masa singkat kerana ada bicara
berjalan sehingga kadang kala
berjam-jam masa dihabiskan
t.me/celikpusaka
Sesekali bawa waris
ke Pejabat Tanah!
Memang kita ke Pejabat Tanah adalah
atas sesuatu urusan. Namun tidak salah
melihat suasana atau situasi sesebuah
keluarga yang masuk biacara pusaka.
Kita boleh ambil teladan :
1. Perhatikan dari tempoh masuk bicara
sehingga tamat bicara di kamar
pusaka
2. Melihat reaksi wajah waris-waris yang
baru keluar kamar pusaka
3. Adakah waris-waris saling bertegur
sapa
t.me/celikpusaka
KELAPAN
BAWAH
UMUR
t.me/celikpusaka
Waris ada di
bawah umur
Bagi waris-waris di bawah umur,
mereka tidak perlu hadir semasa sisi
bicara pusaka.
Mereka akan diwakilkan waris lain
seperti isteri arwah atau mak ayah
arwah
t.me/celikpusaka
Bahagian waris di
bawah umur
Waris-waris di bawah umur belum layak
menentukan penolakan atau hendak
mengambil harta pusaka terutama
hartanah.
Dalam perintah pembahagian nanti,
anak-anak di bawah umur akan
mendapat bahagian seperti mana di
dalam kiraan faraid.
t.me/celikpusaka
Menambah dan
menolak bahagian
Jika ada waris lain menolak bahagian
kepada anak bawah umur ini, ianya tidak
mengapa
Contoh : Isteri arwah menolak
bahagiannya kepada anaknya daripada
memperolehi 12/24 kepada 12/24 + 3/24 =
15/24 bahagian.
Manakala waris di bawah umur tidak
boleh menolak bahagiannya, contoh dia
mendapat 12/24 tetapi dia hanya nak
ambil 6/24 sahaja
t.me/celikpusaka
Hadhanah
Waris-waris di bawah umur juga
kadangkala diikuti dengan isu hadhanah
iaitu siapa yang akan menjaga mereka.
Kebiasaan suami meninggal isteri akan
mendapat penjagaan anak, manakala
isteri meninggal, suami akan mendapat
penjagaan anak
Mahkamah syariah akan menetapkan hal
ini jika penyelesaian bersama keluarga
tidak dapat diputuskan.
t.me/celikpusaka
Nafkah
Cerita nafkah kepada anak-anak di
bawah umur adalah cerita yang paling
terkenal.
“Siapa yang akan memberikan nafkah
pendidikan kepada mereka?”
“Adakah isteri sebagai pemberi nafkah
apabila suami mati?”
“ Apakah boleh digunakan bahagian
anak kecil ini untuk kehidupan mereka?”
t.me/celikpusaka
Wali mal /
penjagaan harta
Anak-anak di bawah umur ini memerlukan
seseorang yang akan menjaga dan
memegang harta mereka.
Kebiasaan wali mal untuk harta alih
adalah Amanah Raya bagi kes RM2j
mana kala harta tidak alih adalah
dikalangan pasangan / datuk / nenek
Bagi arwah yang meninggalkan harta
melebihi RM2j, proses pusaka akan
melihat adakah arwah melantik wasi
sebelum kematiannya
t.me/celikpusaka
KESEMBILAN
SELESAI
t.me/celikpusaka
Surat Kuasa
diperolehi
Apabila bicara pusaka telah selesai, waris
akan memperolehi Surat Kuasa dalam
tempoh 1-2 bulan.
Waris-waris seterusnya boleh menukar
nama seperti apa yang tertera di dalam
Surat Kuasa di institusi berkaitan.
Jika Maybank pergilah Maybank, jika
kereta pergilah JPJ…
t.me/celikpusaka
الحمد لله
t.me/celikpusaka
Perkhidmatan yang ditawarkan
1. Kelas Asas Faraid bermodul (1 & 2)
2. Ceramah pengetahuan am pusaka
3. Penyediaan dokumen hibah rumah
4. Membuat amanah, wasiat , h.sepencarian
5. Proses tuntutan pusaka di Pejabat Pesaka
Kecil & Mahkamah Tinggi Sivil
6. Pewarisan perniagaan
Hubungi : 010-302 0892 ( Akademi Celikpusaka )
t.me/celikpusaka