KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5
4 ZON DI MALAYSIA
Nama Pelajar : Nur Syazliana Binti Ezzuan Fifi
No. Maktab : Pb190177
Homeroom : Cikgu Rafizal
Nama Guru : Siti Norakma Binti Muhammad Ariffin
ISI KANDUNGAN
1) Penghargaan
2) Pengenalan setiap 8 novel
i. Cerita secara ringkas tentang novel
ii. Biografi setiap penulis
iii. Kulit hadapan dan kulit belakang novel
3) Sinopsis 8 novel
i. Sinopsis keseluruhan
ii. Sinopsis setiap bab
4) 5 kekuatan setiap novel
5) 5 kekurangan setiap novel
6) 5 cadangan penambahbaikan
7) Rujukan
i. Rujukan Buku
ii. Rujukan Internet
PENGHARGAAN
Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya
dapatlah saya menyiapkan tugasan kajian 8 buah novel tingkatan 4 dan 5 dalam 4 zon di
Malaysia yang diberikan kepada saya sewaktu cuti sekolah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua guru Bahasa Melayu
Tingkatan Tiga terutamanya Cikgu Shurdi kerana sudi meluangkan masa untuk menjawab
beberapa pertanyaan saya semasa cuti sekolah. Seterusnya, ribuan terima kasih kepada ibu bapa
dan rakan-rakan saya yang banyak memberi sokongan dan bantuan bagi melengkapkan folio ini.
Akhir sekali,kepada semua pihak yang telah membantu saya sama ada secara langsung atau
tidak langsung bagi menyiapkan tugasan folio ini, jasa anda amatlah saya hargai. Semoga Allah
SWT memberikan balasan yang lebih baik Jua. Amin.
PENGENALAN SETIAP 8 NOVEL
i. Cerita secara ringkas tentang novel
Leftenan Adnan Wira Bangsa
Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu menunjukkan keberanian dan semangat
keperwiraan yang hebat di mana seramai 152 anggota Askar Melayu, termasuk 7 pegawai
Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu telah
terkorban. Antara pegawai Askar Melayu yang terkorban itu adalah Leftenan Adnan bin Saidi.
Dia bersama 42 orang anggotanya berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. Novel
Leftenan Adnan Wira Bangsa, Memaparkan kisah keberanian dan keperwiraan askar Melayu
yang sanggup berjuang sehingga ke hujung nyawa.
Di Sebalik Dinara
Novel ini mengisahkan sebuah persaingan dalam penciptaan sains dan teknologi. Pada awalnya
Karl dapat menerima Medina ataupun Marilyn sebagai pembantu penyelidiknya. Tetapi apabila
dia berasakan Marilyn lebih hebat daripadanya, dia mula merancang sesuatu untuk melenyapkan
pesaingnya itu. Marilyn dijadikan bahan uji kaji sehingga akhirnya dia menjadi gila. Walaupun
dikatakan gila oleh kebanyakan orang, Marilyn tetap meneruskan dendamnya untuk menjatuhkan
Karl. Dia meneruskan ciptaan sainsnya dan akhirnya dapat menyebarkan virus ke dalam sistem
komunikasi terbaharu yang dihasilkan oleh Karl iaitu Dinara
Jendela Menghadap Jalan
Sepanjang berada di Kampung Sentosa, Lili tidak pernah menghubungi ibunya di Kuala Lumpur
untuk mengadu nasib atau berkongsi masalah. Sebaliknya, dia berusaha sedaya upaya menempuh
semua ujian tersebut dengan semangat yang kental.
Pantai Kasih
Karya penulisan novel ini mengisahkan tentang seorang doktor muda yang bernama Raiha.
Beliau telah menghadapi pelbagai cabaran sebelum berjaya menjadi seorang doktor bedah. Raiha
juga gagal dalam perkahwinannya bersama Dr. Sadiz. Selepas itu, Raiha menerima pelawaan
mentornya, Doktor Uwang untuk bekerja di sebuah pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai
Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Songket Berbenang Emas
Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi oleh teman-
temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga mengganggu tumpuannya
terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya.
Tirani
Novel ini mengisahkan tentang kisah seorang gadis yang mahu menjadi cantik dan berhidung
mancung kerana hidungnya pesek. Gadis yang bernama Waheeda juga ingin mengecapi
kemajuan atas anma dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid mengatakan
bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri.
Bimasakti Menari
Novel ini mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan
Salahuddin. Beliau dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj Orion atau
buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun gagal kerana
langit terlalu cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya
telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan
hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut.
Silir Daksina
Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia hidup bersama ibu
dan ayah tirinya.Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip lama yang didalmnya terdapat
hasil penulisan ayah kandungnya.
ii. Biografi setiap penulis
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
Abdul Latip Talib
Abdul Latip bin Talib dilahirkan di Kampung Ulu Seperi Rembau Negeri Sembilan pada 2hb Jun
1954, pernah bekerja sebagai pegawai ladang FELCRA selama 20 tahun dan kini merupakan
penulis sepenuh masa. Beliau menulis dalam pelbagai genre seperti sajak, cerpen, rencana, drama
tv dan novel. Sehingga kini telah menghasilkan 20 buah novel kanak-kanak, remaja dan dewasa.
Kini menumpukan penulisan novel sejarah dengan PTS. Antara karya yang telah diterbitkan
Salahudin Penakluk Jerusalem 2007, Khalid Memburu Syahid 2007, Ikramah Penentang Jadi
Pembela 2007, Tariq Menang atau Syahid 2007, Si Bongkok Tanjung Puteri 2007, Setelah Roboh
Kota Melaka 2007, Abu Bakar Sahabat Sejati 2008, Sultan Muhamad al fateh 2008, Leftenan
Adnan Wira bangsa 2008, Hikayat Amir Hamzah jilid 1, 2 dan 3 2008.Ketekalan beliau
menghasilkan karya telah melayakkan beberapa buah karya beliau merangkul pelbagai anugerah.
Abdul Latip yang kini menetap di Jelebu Negeri Sembilan pernah menerima Anugerah Sastera
Negeri Sembilan 2005 dalam genre cerpen dan esei. Dan sekali lagi pada tahun 2007 dalam genre
novel remaja.Beliau dikurniakan Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (PMC) oleh kerajaan
Negeri Sembilan pada tahun 2007
Novel Di Sebalik Dinara
Dayang Noor
Nama sebenarnya adalah Noor Aziza Binti Sulaiman. Beliau menamatkan ijazah kejuruteraan
dalam bidang Elektronik dan Komputer di Universiti Putra Malaysia. Beliau mempunyai 15
tahun pengalaman dalam bidang IT. Bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Kerayong,
Triang, Pahang. Beliau belajar di Sekolah Menengah Tun Fatimah, Johor Bahru pada tingkatan 4
dan 5 dan mengambil aliran sains.
Novel Jendela Menghadap Jalan
Ruhaini Matdarin
Dilahirkan di Hospital Queen Elizabeth dan dibesarkan di Kota Kinabalu, Sabah. Anak sulung
daripada tiga orang adik-beradik, suka melancong dan membaca. Pada tahun 2006 menang
tempat pertama peraduan mengarang cerpen sempena kempen Budi Bahasa Budaya Kita anjuran
Kekwa, pada tahun 2008 menang Hadiah Sastera Sabah 2006/2007, kategori novel remaja
menerusi novel Gadis Adikara dan pada tahun 2009 menang tempat kedua Hadiah Sastera
Kumpulan Utusan 2008 menerusi novel Jendela Menghadap Jalan. Manakala Waris Pejuang
menang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011 juga di tempat kedua.
Novel Pantai Kasih
Azmah Nordin
AZMAH NORDIN dilahirkan di Kulim, Kedah Darul Aman pada 10 Januari 1958. Kini, beliau
bermastautin di Sabah semenjak tahun 1973. Pada tahun 1985 Azmah Nordin mula melibatkan
diri dalam dunia penulisan dan giat menghasilkan karya-karya dalam genre cerpen dan novel
termasuklah novel kanak-kanak, remaja dan dewasa. Sehingga hari ini, beliau telah banyak
menghasilkan karya. Azmah menerima pelbagai anugerah penulisan sastera perdana, novel
berusur islam dan SEA Write Award. Novel Timulak Kapal Perang terbitan tahun 1988 pernah
terpilih sebagai teks komsas menengah rendah. Novel Pantai Kasih ini terbitan tahun 1994.
Novel Songket Berbenang Emas
Khairuddin Bin Ayip
Khairuddin bin Ayip lahir pada 25 Februari, 1962 di Karnpung Jelotong, Parit Raja, Batu Pahat,
Johor. Beliau merupakan anak keenam daripada sembilan adik beradik. Ayahnya pekerja JPT
sementara ibunya seorang penoreh getah. Beliau mendapat pendidikan awal di SK Pintas Raya
dan pada tahun 1975, beliau meneruskan persekolahan di SM Tun Ismail sehingga lulus SPM.
Pada tahun 1980, Khairuddin melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam di SM Dato' Bentara
Luar. Setelah lulus STP, pada tahun 1982 hingga 1984 beliau mengikuti kursus dalam bidang
Pendidikan Sekolah Menengah, Pendidikan Seni dan Pengajian Melayu di Maktab Perguruan
Temenggung Ibrahim, Johor Bahru. Pada tahun 1975, beliau mula menulis dan karyanya yang
pertama tersiar dalam Berita Harian semasa beliau di tingkatan tiga. Karya pertamanya dibayar
sebanyak RM1O.OO menerusi rencana yang tersiar dalam majalah Teruna. Pada tahun 1980,
sewaktu menunggu keputusan SPM, Khairuddin menulis novel Cinta Yang Rapuh yang
diterbitkan oleh Knight Publising dengan imbuhan RM250.00. Waktu itu mulai timbul
keyakinan bakat dirinya dalam bidang penulisan. Setahun kemudian, beliau menulis novel
Pelangi Senja yang diterbitkan oleh Tra-tra Publishing pada tahun 1983. Semasa menunggu
keputusan STP, beliau menggarap novel Ayahku Ayahku Jua (diterbitkan dengan judul Guruku
Ibuku Jua), yang berjaya mendapat tempat ketiga Peraduan Hadiah Sastera Esso-GAPENA 11,
1982.
Novel Tirani
Beb Sabariah
Beb Sabariah atau nama penuhnya Bibi Sabariah Hj Abang Awet, lahir di Kampung Pusa,
Saribas, Bahagian Betong, Sarawak. Lulus Senior Cambridge dari SMK Green Road Kuching
beliau terus mendapat pendidikan ikhtisas, diploma dari Maktab Perguruan Rajang Bintangor,
Sarikei dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Baharu. Beliau mula aktif dalam
penulisan karya kreatif pada tahun 1999 dalam genre cerpen, puisi, rencana serta rencana
kritikan sastera. Menetap di Bandar raya Kuching, Beb Sabariah adalah ahli KEPEZI (Kelab
Penulis Zaharah Nawawi) dan PEKASA (Persatuan Karyawan Sastera Sarawak). Beliau juga
penerima Anugerah Penghargaan Penulis Sarawak oleh DBP Cawangan Sarawak pada tahun
2001 dalam genre puisi dan Naib Johan Sayembara Menulis Cerpen sempena sambutan 50 tahun
DBP-2006 dari bahagian Penerbitan dan Penulisan Sastera Kreatif DBP Cawangan Sarawak.
Mendapat tempat ketiga rencana kritikan sastera Hari Guru dalam Antologi Guru ke-XX tahun
2007. Kini bergiat dalam penulisan novel dan novel pertama berjudul Tirani kini di pasaran.
Dalam proses penerbitan adalah sebuah kumpulan cerpen berjudul Mawar Magenta.
Novel Bimasakti Menari
Sri Rahayu Mohd Yusop
Pengarang wanita ini wajar dimasukkan dalam Malaysia Book of Records kerana dalam tempoh
12 tahun berkarya, Beliau telah menghasilkan sembilan buah novel dan kesemua novel tersebut
memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan Kategori Novel Remaja. Dua daripadanya, iaitu
Bukan Legasi Lalang dan Bimasakti Menari memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia
Kategori Kesusasteraan Remaja (Novel) bagi tahun 2000/2001 dan 2012. Latar belakang
pendidikannya bukan kesusasteraan Melayu sebaliknya memiliki Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan TESL daripada University of Otago, New Zealand & Dunedin College of Education,
New Zealand.Sri Rahayu Mohd Yusop merupakan suatu nama yang sedang mekar dalam jagat
kesusasteraan Melayu. Minatnya kepada dunia penulisan berkait dengan minatnya yang suka
bercerita.
Novel Silir Daksina
Nizar Parman
Nizar Parman atau nama sebenarnya Md. Nizar bin Parman dilahirkan pada 31 Ogos 1973 di
Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor. Pendidikan rendahnya di Sekolah Kebangsaan Seri Paya, Parit
Raja, Batu Pahat, sementara peringkat menengahnya di Sekolah Menengah Datuk Menteri, Ayer
Hitam, Batu Pahat. Beliau lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun 1992. Nizar
Dari tahun 1994 hingga 1996, beliau meneruskan pengajian di Maktab Perguruan Kinta (MPKI),
Jalan Dairy, Ipoh, Perak. Pada tahun 2015, beliau berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Rendah daripada Open University of Malaysia. Sebelum
berkarya, Nizar Parman lazimnya banyak melakukan perkara yang digemarinya, seperti bergaul
dengan kelompok masyarakat sama ada dalam majlis keramaian seperti kenduri-kendara ataupun
di warung. Baginya, cerita atau perbualan dengan rakan atau sesiapa sahaja yang dikenalinya
banyak memberikan ilham dalam penulisan. Namun begitu, ada masanya juga Nizar Parman
mengakui bahawa beliau lebih gemar menyendiri untuk mencari idea, terutama pada saat-saat
yang kritikal sehingga tidak menghiraukan orang lain.
iii. Kulit hadapan dan kulit belakang novel
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
Novel Di Sebalik Dinara
Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Pantai Kasih
Novel Songket Berbenang Emas
Novel Tirani
Novel Bimasakti Menari
Novel Silir Daksina
SINOPSIS 8 NOVEL
i. Sinopsis keseluruhan
Leftenan Adnan Wira Bangsa
Pada awal penceritaan,novel ini mengisahkan kehidupan Adnan semasa kecil.Beliau dilahirkan
di sebuah kampung di Sungai Ramal,Selangor. Rata-rata penduduk kampung itu masih berada
dalam kemiskinan.Kehidupan mereka bergantung pada sawah dan kebun getah yang luasnya
sekadar cukup makan sahaja.Keadaan ini turut dirasai oleh Pak Saidi dan Mak Milah,iaitu bapa
dan ibu Adnan yang membesarkan tiga orang anak,iaitu Adnan,Ahmad dan Amarullah.Adnan
merupakan anak sulung keluarga Pak Saidi.Sejak kecil,Adnan rajin membantu keluarganya dan
merupakan anak yang taat akan perintah orang tuanya.Walaupun usianya baru mencecah sepuluh
tahun,setiap pagi Adnan akan pergi ke kebun getah membantu orang tuanya menoreh
getah.Selain itu,dia turut membantu keluarganya mengerjakan sawah bendang.Pak Saidi dan
anak-anaknya tidak suka membuang masa dengan duduk bersembang di kedai kopi.
Pak Saidi sebenarnya berketurunan pahlawan.Beliau sengaja merahsiakan keturunannya kerana
khuatir akan diburu oleh pihak penjajah kerana moyangnya menjadi orang buruan inggeris.Darah
kepahlawanan itulah yang mengalir dalam jiwa Adnan.Semangat patriotik yang dimiliki oleh Pak
Saidi amat tebal.Pak Saidi amat mengambil berat tentang sejarah tanah air.Beliau sentiasa
menekankan betapa pentingnya orang-orang Melayu mengubah kehidupan di negara sendiri.Para
penjajah telah mengambil kekayaan negeri ini dan menjadikan kaum peribuminya hidup dalam
kemiskinan.Nasib orang Melayu terpinggir dan tidak terbela.Pak Saidi tidak mahu anak-anaknya
mewarisi pekerjaannya.Pengetahuan Pak
Saidi yang luas tentang sejarah tanah air amat dikagumi oleh penduduk kampungnya.Pak Saidi
banyak membaca tulisan pengarang tanah air ketika itu seperti Syed Syeikh Al-Hadi.Keberanian
pahlawan Melayu seperti Dol Said,Mat Kilau,Datuk Bahanam,dan Datuk Siamang Gagap sering
menjadi inspirasi dalam meningkatkan semangat patriotisme yang ada dalam dirinya.
Pak Saidi tidak mengabaikan tanggungjawabnya untuk memberikan pendidikan terbaik untuk
anak-anaknya.Beliau mahu anak-anaknya berbakti kepada agama,bangsa,dan tanah air.Oleh
sebab itu,Adnan telah dilengkapi dengan ilmu keagamaan dan ilmu persilatan.Pak Saidi sedar
bahawa dengan ilmu pengetahuan sahajalah negara akan dapat dibangunkan.Pihak penjajah
sememangnya tidak suka orang melayu menjadi pandai.Pelajaran yang diperolehi mereka setakat
boleh membaca dan menulis sahaja.Atas dasar itu,Pak Saidi berhasrat mahu menghantar anak-
anaknya ke sekolah aliran Inggeris untuk memperoleh ilmu pengetahuan.Tindakan Pak Saidi itu
mendapat tentangan daripada
Masyarakat kampung yang khuatir anak-anak Pak Saidi akan diresapi pengaruh agama Kristian
dan seterusnya menjadi murtad.Tentangan penduduk kampung itu tidak mematahkan semangat
Pak Saidi untuk menghantar anak-anaknya menimba ilmu di sekolah aliran inggeris.Bagi Pak
Saidi,masyarakat Melayu perlu belajar daripada orang Inggeris yang lebih maju dalam pelbagai
bidang keilmuan.Anak-anak perlulah dilengkapi dengan ilmu pengetahuan kerana itu sahaja
caranya untuk mengambil alih pemerintahan
Negara ini daripada tangan penjajah.
Adnan bersekolah di sebuah sekolah aliran inggeris.Di sekolah, Adnan terkenal sebagai pelajar
rajin dan pintar.Sikap ringan tulangnya amat disenangi oleh teman-teman dan juga guru-guru
sekolah.Adnan menyatakan cita-citanya untuk menjadi askar.Setelah tamat persekolahan, beliau
diterima menjadi guru pelatih di Sekolah Melayu Sungai Ramal. Namun,bidang perguruan
bukanlah minatnya.Cita-citanya hanyalah satu,iaitu untuk menjadi askar.Adnan telah terpilih
menjadi askar dalam suatu sesi temu duga yang diadakan di Port Dikson.Kejayaan Adnan
terpilih untuk menjalani latihan ketenteraan menjadi buah mulut di pelosok kampung.
Konflik berlaku apabila Nordin memperlekehkan usaha Adnan untuk menjadi tentera.Adnan
dituduh sebagai pengkhianat bangsa kerana menjadi tali barut Inggeris.Adnan tidak
menghiraukan tempelak rakan-rakan sekampungnya.Beliau menjadi
Pengasas Kompeni Percubaan Pasukan Askar Melayu yang hanya berjumlah 25
Orang.Kegigihan Adnan membolehkan beliau terpilih mewakili platun Askar Melayu dalam
perbarisan memberi hormat bagi menyambut upacara pertabalan King George VI di
London.Adnan telah berkahwin dengan Sophia,anak Pak Fakih.Adnan membawa Sophia dan
anak-anaknya ke Singapura.Namun,Adnan terpaksa menghantar anak-anaknya dan
Isterinya pulang ke kampung selepas mendapat berita yang mengejutkan. Beliau mendapat tahu
bahawa Jepun mahu menyerang Singapura.Mereka juga mahu menjajah Tanah
Melayu.
Kesungguhan dan kecekalan 25 orang perintis askar Melayu ini telah berjaya menyakinkan
Mejar G.Mc Bruce mengenai kemampuan anak-anak muda Melayu menjadi tentera lalu
diadakan pengambilan rekrut baharu.Pada 1 Januari 1935,pasukan percubaan Askar Melayu telah
ditukarkan menjadi Rejimen Askar Melayu dengan kekuatan anggota sebanyak 150
orang.Kemudian dipercepatkan pengambilan anggota baharu menjadi 232 orang.Mereka
dibahagikan kepada dua kompeni dilengkapi dengan platun
Mesingan,seksyen semboyan, dan unit tambur.Pada 1 Januari 1938,Batalion Pertama Askar
Melayu ditubuhkan dengan dianggotai 17 pegawai British,6 pegawai melayu,11 pegawai
waran,759 pegawai,dan lain-lain pangkat.Pada bulan Mac 1941,Rejimen Askar Melayu ditambah
kekuatan menjadi dua batalion.Mereka diberi tanggungjawab untuk mempertahankan Tanah
Melayu daripada serangan Jepun.
Pada Sabtu 6 Disember 1941,satu persidangan telah berlangsung di Manila yang dihadiri oleh
pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat dan British.Laporan perisikan menyatakan
bahawa angkatan laut Jepun telah berlayar menuju Asia.Risikan mendapati sekurang-kurangnya
25 buah kapal pengangkut yang diiringi oleh kapal tempur,kapal penjajap,dan kapal pembinasa
menuju Laut China Selatan.Hal ini merupakan isyarat jelas bahawa Jepun akan terlibat dalam
Perang Dunia Kedua.
Batalion Kedua Askar Melayu ini ditempatkan di Kelantan menentang pendaratan askar Jepun
dan mereka terlibat dalam pertempuran di Pantai Cahaya Bulan pada 8 Disember 1941.Pada hari
pertama askar Jepun mendarat,mereka telah ditentang hebat oleh askar Melayu yang dibantu oleh
tentera India British yang berkubu di sepanjang pantai.Pada hari kedua,kapal-kapal perang Jepun
telah melepaskan tembakan di sepanjang pantai menyebabkan ramai yang terkorban.Hal ini
banyak menyebabkan askar India yang berkhidmat dengan tentera British melarikan
diri.Namun,askar Melayu terus bertahan dan berjaya menggagalkan pendaratan askar
Jepun.Namun,pada hari ketiga,askar Melayu yang sedang bertempur diarahkan berundur.Dengan
itu,askar Jepun berjaya mendarat di Kelantan setelah tiga hari bertempur.
Mitos keunggulan tentera British di Tanah Melayu dapat dihancurkan oleh Jepun dalam masa
tiga hari sahaja apabila askar Jepun berjaya mendarat di Kota Bharu,Kelantan.Pertahanan tentera
British mudah sahaja ditewaskan oleh tentera Jepun yang cukup licik dan memiliki kemahiran
dalam peperangan. Akibatnya,negeri-negeri di Tanah Melayu satu persatu jatuh ke tangan tentera
Jepun.Kemudian,mereka terus mara ke Singapura dan dalam masa 69 hari Inggeris terpaksa
menyerah kalah kepada Jepun.
Pada mulanya British begitu yakin akan kekuatan tenteranya untuk menangkis serangan askar
Jepun.Sebaik-baik sahaja mendapat laporan tentang tentera Jepun
Mendarat di Kota Bharu,Inggeris telah menghantar askarnya berkubu di sepanjang pantai.British
juga menghantar dua buah kapal perang, iaitu Prince Of Wales dan Repulse untuk
mempertahankan Tanah Melayu.Malangnya,kedua-dua buah kapal perang kebanggaan British itu
berjaya ditenggelamkan oleh kapal terbang Jepun yang melakukan serangan kamikaze.Berita
tenggelamnya dua buah kapal perang itu telah mengejutkan British sekali gus melemahkan moral
dan semangat askarnya.
Namun,mereka masih percaya satu-satunya kubu pertahanan yang dianggap kebal ialah
Singapura. Malah Inggeris yakin kubunya di Singapura itu tidak akan dapat ditembusi oleh askar
Jepun.Dalam pertempuran dengan askar Melayu di Kelantan dan di Singapura,askar Melayu
telah menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang hebat. Sebanyak 152 orang askar
melayu,termasuk 7 pegawai Melayu yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu
terkorban.Antara pegawai askar Melayu yang terkorban itu
Termasuklah Leftenan Adnan bin Saidi.Beliau bersama-sama dengan 42 orang anggotanya yang
masih hidup telah berjuang sehingga titisan darah yang terakhir.Pada 15 Februari 1942, askar
Jepun berjaya menakluki Singapura setelah berlaku pertempuran hebat.Akhirnya British terpaksa
menyerah kalah kepada Jepun.
Di Sebalik Dinara
Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA. Tanpa disedari,
Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengan tujuan untuk menguji DNA gadis itu.
Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat memasuki rumahnya kerana Azraai (abang Farisha)
telah memasang pengimbas retina pada pintu rumahnya yang disewa bersama-sama Shida.
Azraai bimbang akan keselamatan adiknya. Keesokan hari, Farisha dan Rosman bertemu dengan
Aqram di sebuah simposium. Aqram menawarkan sebuah projek mini kepada mereka. Beberapa
hari kemudian, Farisha menyatakan persetujuannya terhadap projek itu. Aqram memperkenalkan
Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi. Mereka berada di rumah kepunyaan Karl iaitu seorang
penyelidik di Soft Lab yang banyak berjasa malah pernah menerima anugerah inovasi peringkat
kebangsaan. Dr. Maxi menawarkan RM1.5 juta kepada Farisha dan Rosman untuk menggodam
tiga kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh empat minggu.
Kini, Karl terlantar akibat barah dan projek Dinara di Soft Lab terhenti. Farisha dan Shida
memulakan kerja di Soft Lab. Shida diminta oleh Soft Lab untuk menulis sebuah rencana
manakala Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Farisha diperlukan oleh
Dr. Maxi untuk rancangan mereka manakala Shida pula ialah physical backup kepada Farisha.
Rakan kongsi Farisha iaitu Rosman tidak dapat bersama-sama di Soft Lab kerana mengurus
projek di Senawang. Pagi berikutnya, Farisha telah dipukau oleh Alia berdasarkan arahan Dr.
Maxi. Dalam keadaan bawah sedar, Alia telah berkomunikasi dengan Karl yang meminta
pertolongan Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Hal ini mengundang kemarahan Alia yang
menyangka Farisha menjalin hubungan dengan Karl. Ketika makan tengah hari, Shida
mengungkapkan persoalan tentang Medina yang menghilangkan diri secara tiba-tiba dari Soft
Lab. Pada pendapat Farisha, kehilangan Medina bukanlah persoalan yang besar.
Semasa meneliti kontrak yang diberikan oleh Soft Lab, Farisha mengalami sakit kepala secara
tiba-tiba. Rosman, Farisha dan Shida memutuskan untuk pulang ke rumah. Uncle Seng, pemilik
kedai runcit di bangunan itu memberitahu mereka bahawa dia melihat dua orang yang kelihatan
mencurigakan namun tiada laporan polis dibuat. Dua malam kemudian, Farisha mengunjungi
Azraai dan keluarganya. Dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa Azraai terkena serangan
jantung dan hakikat bahawa dia ialah anak angkat kepada keluarga Azraai.
Keesokan pagi, Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Aqram mendapatkan
Shida untuk mengetahui penyakit yang sedang dihidapi oleh Farisha namun Shida tidak tahu
apa-apa mengenainya. Dr. Maxi bersedia dengan Plan B iaitu menyediakan Shida sebagai
pengganti Farisha. Di rumah, Shida mencari bukti tentang penyakit Farisha tetapi tidak berjaya
sebaliknya dia mengetahui rahsia Farisha yang merupakan anak angkat. Di hospital, Farid dan
Amin menggunakan peranti untuk mendapatkan maklumat daripada fikiran Farisha dan berjaya.
Selepas mereka beredar, Aqram pula datang dan mengukur tahap kesihatan gadis itu.
Kesihatannya amat tidak memuaskan. Dr. Maxi mengarahkan Aqram, Khairul Anwar dan Alia
bersedia untuk menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha.
Keesokannya, Shida menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi dengan Karl. Dr. Maxi
hanya menghentikan sesi tersebut setelah lima minit walaupun Shida menunjukkan tindak balas
di luar jangkaan. Farisha pula dihubungi oleh mummy melalui minda bawah sedar. Di suatu
tempat yang lain, Farid dan Amin kehairanan melihat Marilyn kegembiraan. Rupa-rupanya
Marilyn (mummy) telah dapat berhubung dengan Farisha. Di Soft Lab, Shida yang kemurungan
mengurungkan diri di bilik Farisha. Aqram mencuba menerobos minda Shida namun gagal.
Di hospital, Azraai memberitahu Farisha tentang ibu kandung Farisha. Setelah Farisha
memaklumkan Azraai bahawa mummy telah menghubunginya, Azraai membawa Farisha keluar
dari hospital lalu menuju ke selatan. Di Soft Lab pula, Shida berhubung dengan Karl melalui sesi
bawah sedar. Karl mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ kerana virus yang disusup ke
dalam Dinara akan diaktifkan lalu memusnahkan Dinara serta ribuan manusia. Dalam perjalanan
ke Kulai, Farisha diculik oleh orang suruhan mummy. Karl (Shida) mendedahkan kisah
silamnya. Antaranya ialah penyeksaan terhadap seorang wanita hingga cacat dan pendedahan
identiti sebenar Khairul Anwar. Alia mengakui bahawa dialah wanita cacat yang diseksa oleh
Karl kerana enggan meninggalkan agamanya. Medina pernah menjalani proses seperti Shida
tetapi gagal. Rosman dan Azraai menuju ke Soft Lab. Keadaan di Soft Lab semakin tegang
apabila Karl (Shida) menyanyikan lagu yang didendangkan setiap kali dia selesai menyeksa Alia.
Aqram merayu kepada Dr. Maxi supaya mengembalikan diri Shida yang sedia kala. Marilyn
berusaha mengambil hati Farisha dengan menceritakan perkara sebenar yang terjadi. Melalui
telefon, Dr. Haris memberikan amaran tentang kesihatan Karl yang semakin merosot namun
tidak dipedulikan oleh Dr. Maxi. Karl(Shida) berusaha untuk menghapuskan virus dalam Dinara
dengan menggunakan komputer table. Kedatangan Marilyn (Medina / mummy) ke Soft Lab telah
membongkar rahsia bahawa Marilyn (Medina / mummy) dan Karl ialah ibu bapa kandung
Farisha. Karl (Shida) dipengsankan kerana Karl yang sebenar sedang nazak.
Semua orang bergegas ke rumah Karl. Mereka diberikan peluang untuk berjumpa dengan Karl
buat kali terakhir. Karl menghembuskan nafas terakhir tepat pada pukul 7.00 malam. Wasiat
terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya ditabur di Selat Melaka. Upacara dijalankan di
Port Dickson. Shida yang berkelakuan aneh menyebabkan Aqram berpendapat bahawa Karl
masih berada dalam diri Shida. Farisha yang terkejut berlari mendapatkan Marilyn. Apabila Karl
(Shida) menyatakan bahawa dia tidak sanggup meninggalkan Akeem, Aqram terus terdiam.
Jendela Menghadap Jalan
Lili ialah seorang remaja berusia 17 tahun yang tinggal bersama--sama ibu dan bapanya di Kuala
Lumpur. Ketika cuti sekolah, ibu ingin menghantar Lili bercuti bersama-sama nenek di
kampung. Walaupun Lili agak keberatan untuk pulang ke kampung, tetapi disebabkan perasaan
hormatnya kepada ibu, Lili pulang juga untuk bercuti bersama-sama datuk dan neneknya.
Ketika berada di kampung, Lili menyaksikan beberapa peristiwa yang menjadikan dirinya lebih
tertarik untuk tinggal lebih lama di situ. Datuk Lili merupakan antara orang pertama yang
membuka kampung itu. Datuk merupakan seorang pengamal perubatan tradisional. Sejak
belakangan ini, pesakit datuk semakin berkurangan kerana mereka beralih kepada cara perubatan
moden disebabkan oleh pengaruh yang dibawa oleh anak-anak mereka yang masih muda.
Lili juga menyaksikan pertentangan pendapat antara golongan muda dengan golongan tua
berkaitan dengan isu kubah masjid, sama ada perlu diletakkan di atas surau sedia ada ataupun
membina masjid baharu. Geetha dan Danel yang ditemuinya ketika dalam perjalanan ke
kampung menjadi sahabat baiknya. Mereka mempunyai cara pemikiran yang sama, tetapi
bertentangan pendapat dengan masyarakat yang lebih tua di situ.
Terdapat sebuah keluarga yang porak-peranda di kampung itu, iaitu keluarga Che Jah. Anak Che
Jah, iaitu Rafiq dan Haziq sering dibelasah oleh orang kampung kerana suka mencuri dan terlibat
dalam pengambilan dadah. Pada suatu ketika, sewaktu Lili pulang dari bandar, dia telah
ditangkap oleh Rafiq dan Haziq. Lili dibawa ke suatu kawasan yang tidak diketahui dan telah
ditawan oleh mereka. Akhirnya, Lili berjaya diselamatkan oleh Danel.
Walaupun Lili pernah ditawan oleh Rafiq dan Haziq, namun dia mempunyai pendapat yang
berbeza dengan orang kampung. Dia tidak memandang rendah kepada Che Jah dan anak-
anaknya kerana baginya semua yang terjadi disebabkan oleh suami Che Jah yang tidak
bertanggungjawab. Dengan pertolongan Hamimah yang kebetulan datang untuk berubat dengan
datuk, akhirnya suami Che Jah ditangkap dan anak-anaknya akan dibantu sehingga pulih. Setelah
pulang ke Kuala Lumpur, datuk dan nenek telah menceritakan sejarah kedatangan mereka ke situ
dan rahsia jendela yang menghadap jalan.
Pantai Kasih
Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk
cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan dalam
perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar
menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu tentang
komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang bagi
mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan itu. Anehnya,
yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang serupa. Kian terganggu
Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada pesakit. Dari mata kasar, memang
tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada
X-Ray itu. Ini membuatkan Raiha tambah tertekan.
Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-lahan
mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan menyayat hati.
Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang
perubatan.
Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang, ternyata
mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang adalah guru
demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri ataupun
pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi ortopedik, di
institusi tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia memulakan
klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan, pernah beberapa kali membantu Doktor Uwang
dalam bilik pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke ceramah-ceramah perubatan dan
sebagainya. Malah, hatinya pernah tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu mungkin
tidak menyedari pun akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu, selain daripada sebagai
mentor, Doktor Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.
Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor Uwang dan ditugaskan untuk
mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi komplikasi berulang-
kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah. Pelbagai tanda tanya, menyelubunginya.
Dan peristiwa aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami kemalangan di jalan
yang berhampiran dengan pusat rawatan itu.
Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tentang menjalankan
operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli khas oleh doktor itu
sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana.
Songket Berbenang Emas
Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi oleh teman-
temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga mengganggu tumpuannya
terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa
memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah melanda keluarganya.
Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami masalah tekanan mental. Ayahnya
dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa hari. Adik lelakinya pula terpengaruh
dengan kawan-kawan sehingga tidak berminat untuk belajar. Situasi ini telah menyebabkan
Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya.
Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila hubungannya dengan Azhari dipandang
serong oleh jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak
dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya.Walau bagaimanapun, Dahlia
tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah atas kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup
ialah kejayaan Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan
Azhari.
Tirani
Cerita novel ini dimulakan dengan kisah Waheeda yang berkeinginan tinggi untuk melakukan
pembedahan plastic pada wajahnya yang bertujuan untuk membaiki, memulih dan menjaga
kekemasan diri. Sebagai pengurus inap desa Tajau Emas, Waheeda bertanggungjawab mengurus
segala keperluan dan kemudahan yang diperlukan oleh tetamu yang menginap di inap desanya
dengan dibantu oleh sanak saudaranya.
Fadhil teringat akan bantahannya terhadap hasrat anaknya, Waheeda untuk melakukan
pembedahan kosmetik pada hidungnya kerana dianggap bertentangan dengan hukum syarak dan
konvensi agama. Suara Kamri mengejutkan Waheeda, Fatimah dan para pengunjung tentang
kehadiran monyet Belanda yang menyerang secara tiba-tiba dalam kawasan chalet mereka.
Semua pekerja dan penghuni bertempiaran untuk menyelamatkan diri. Waheeda telah
dicederakan oleh salah seekor monyet Belanda pada wajah dan hidungnya hingga dia dikerjakan
ke hospital oleh Fadhil sambil ditemani oleh ibunya, Raidah.
Waheeda menaiki pesawat ke Singapura untuk menjalani proses pembedahan mata dan
hidungnya. Bazilah menyambut ketibaan Waheeda di rumahnya di Yishun Street dengan
membuat kejutan. Iaitu menjengul secara tiba-tiba dari belakang pintu. Keesokan harinya,
Waheeda berbincang dan menyerahkan dokumen sejarah kesihatan dan pemeriksaan amnya
kepada Dr. Alma Hollis Chen tentang prosedur pembedahan yang akan dilaksanakan di SMC.
Waheeda memaklumkan kepada Bazilah bahawa pembedahan hidung dan mata yang akan
dilaluinya memakan masa antara 10 hingga 15 jam. Raidah meminta Ghazi membelikan tiket
kapal terbang dan meminta Kamri membelikan daun nipah muda untuk dibuat kelongsong
ketupat lepas atau ketupat tolak bala sebagai sebahagian adat orang Melayu Sarawak.
Menurut Dr Alma Chen, pembedahan matanya akan diketuai oleh Dr. Shirrim Ghazizadeh, pakar
bedah mata yang berpengalaman manakala pembedahan hidungnya akan diketuai oleh Dr.
Averroes. Waheeda melangkah keluar dari SMC bersama-sama dengan ibunya setelah
menjelaskan sebahagian kos rawatan. Raidah kembali semula ke Sarawak setelah Waheeda
selamat menjalani pembedahan mata dan hidungnya.
Petang itu, Waheeda menerima satu berita yang menggembirakan apabila pihak pengurusan di
Flamingo Resort menghubunginya untuk temu duga jawatan Pegawai Perhubungan di resort itu.
Waheeda hadir di Flamingo de La Rossa sebagai Pegawai Perhubungan Awam. Di Restoran de
La Rossa, Zahid memperkenalkan Waheeda kepada bapanya, Datuk Yasser Arief. Anati
menceritakan pengalaman manisnya menemani Waheeda yang terlibat dalam Pertandingan Ratu
Perlancongan Antarabangsa di The Four Seasons Hotel. Kenangan menjadi lebih manis apabila
Waheeda dinobatkan sebagai juara pertandingan pada malam itu.
Zahid menelefon Waheeda untuk memberitahu bahawa upacara merisik pihak perempuan
daripada pihak lelaki telah selesai dijalankan dan Waheeda kini merupakan sebahagian miliknya.
Zahid memujuk Waheeda agar memberikan notis berhenti kerja di Hotel Flamingo de La Rossa
tetapi Waheeda enggan berbuat demikian atas alasan kontraknya yang masih terikat dengan
pihak hotel tersebut. Waheeda menghubungi Dr. Rushdi meminta Waheeda datang ke SMC
untuk pembedahan segera pada bahagian hidungnya.
Cerita diteruskan dengan peristiwa majlis pertunangan antara Waheeda dengan Zahid dibatalkan
dan digantikan dengan majlis pertunangan ringkas antara Ghazi dengan Fatimah. Majlis
perkahwinan antara Zahid dengan Waheeda dijalankan dengan meriah dan berlandaskan adat
serta budaya Melayu Sarawak. Waheeda tidak bersetuju dengan idea bapa mentuanya, Datuk
Yasser Arief untuk menggabungkan Hotel Seri Gading dan Chalet Tajau Emas menjadi satu
syarikat perniagaan. Zahid mencari dan menemui Waheeda di salah sebuah bilik penginapan
penghuninya di Chalet Tajau Emas. Peristiwa itu mewujudkan perasaan cemburu serta salah
sangka yang mendalam terhadap kesetiaan Waheeda.
Waheeda selamat melahirkan bayi perempuan dan menerima rawatan di bilik wad eksklusif,
Hospital Pakar Normah tetapi tidak dihiraukan oleh suaminya, Zahid. Waheeda meluahkan krisis
rumah tangganya kepada ibunya, Raidah. Raidah memberikan nasihat kepada Waheeda agar
bersabar dan sentiasa berfikir secara positif atas ketentuan Allah. Waheeda meminta dan merayu
suaminya agar melihat hasil laporan DNA tetapi dipertikaikan oleh suaminya.
Zahid bertindak nekad dengan menceraikan isterinya, Waheeda dengan talak satu disebabkan
faktor cemburu dan sikap curiganya yang terlampau itu. Waheeda yang terlalu mencintai
suaminya itu mengalami masalah kemurungan dan migrain meroyan akibat tindakan suaminya
yang kejam itu. Ghazi dan Raidah menemani Waheeda untuk mendapatkan rawatan dan khidmat
kaunseling di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Kuala Lumpur. Waheeda menyatakan
keinginannya kepada ibunya untuk berehat seketika di Semenanjung selepas selesai menjalani
rawatannya di Pusrawi.
Bimasakti Menari
Novel ini mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan
Salahuddin. Beliau dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj Orion atau
buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun gagal kerana
langit terlalu cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya
telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan
hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah
mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat
pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor.
Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung Kuantan.
Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak sungainya dipagar untuk
menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa menemui ‘lelaki
kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan pemilik anak sungai
tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian agar populasi kelip-kelip tidak terancam. Nurul
Hafsa membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar, ahli
akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Rancangannya
ditentang oleh Dato’ Johann Arlington dan dia mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang
tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka
tidak dapat melaksanakan projek tersebut. Berita kemalangan Muhammad Taufik mengejutkan
Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim mengesyaki kemalangan itu dirancang oleh musuhnya.
Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi mangsa apabila diculik dan abangnya, Budiman
cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba membebaskan Nurul Hafsa dengan mengikut arahan
penculik untuk berjumpa di stesen minyak Petronas.
Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba
menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor. Balai
Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa terdapat aktiviti bukan
perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini menyerbu dan
berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar menyerah diri. Muhammad
Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim.
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor
untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin
dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan menyatakan rasa
syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau dan musuh
perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan kemuka pengadilan. Dalam majlis
tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik
menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul
Hafsa.
Silir Daksina
Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia hidup bersama ibu
dan ayah tirinya.Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip lama yang didalmnya terdapat
hasil penulisan ayah kandungnya.
Teruja dengan kandungan nmanuskrip iyu, Haiqal bertekad untuk mencari jejak kehidupan
arwah ayah kandungnya itu di sebuah kampung di Batu Pahat, Johor. Keputusannya untuk ke
kampung arwahayahnya mendapat tentangan daripada uminya. Umi melarang Haiqal ke Johor
atas sebab-sebab tertentu.
Hubungan umi dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia sehingga berpisah. Umi
membawa Haiqal tinggal bersamanya di Kuala Terengganu. Ayah Haiqal, Abdullah bin Kayan
tinggal kesepian di Johor. Hidupnya kesepian, keseorangan dan dihurung kerinduan terhadap
anaknya.
Haiqal telah membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi walaupun uminya melarang keras
keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal mengikuti jalan hidup seperti arwah ayah
kandungnya. Haiqal tidak diberikan sebarang wang perbelanjaan untuk kesana.
Kampung Seri Purnama, Haiqal disambut mesra oleh penduduk kampung. Hal ini dikatakan
demikian kerana ayah kandung haiqal seorang yang sangat disegani di sana. Sedikit demi sedikit
Haiqal mula mengetahui mengenai arwah ayahnya melalui peceritaan penduduk-penduduk
kampung di situ.
Terdapat sedikit ilmu mengenai tarian zapin di dalam novel ini. Beliau juga seorang yang amat
mecintai sastera. Dari situlah perlahan-lahan Haiqal mengenali ayah kandungnya. Semenjak
ayahnya meninggal dunia , Kampung Seri Purnama kehilangan orang penting untuk
memperkenalkan tarian zapin ini.
Sebelum pulang, Haiqal ingin kumpulan zapin D’Purnama membuat persembahan zapin. Haiqal
dan See Hwa menari bersama-sama. Haiqal sangat terharu kerana umi, walid, dan adik tirinya
turut memberikan sokongan. Dendam uminya terhadap Abdullah bin Kayan telah melebur
apabila dia datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari.
ii. Sinopsis setiap bab
Leftenan Adnan Wira Bangsa
BAB 1 – Darah Pahlawan
Leftenan Adnan Wira Bangsa dimulakan dengan kisah Adnan (yang masih kecil) bersama
keluarganya. Pak Saidi berasa amat gembira kerana dikurniakan tiga orang anak lelaki. Yang
sulung bernama Adnan, yang tengah bernama Ahmad dan yang bongsu dinamakan Amarullah.
Tiga beradik itu membesar di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Adnan sekeluarga
memiliki darah pahlawan – moyangnya pernah membantu Dol Said menentang Inggeris di
Naning. Namun begitu Pak Saidi tidak suka menghebah-hebahkan cerita itu kerana sentimen
‘siapa yang menentang Inggeris ialah penderhaka’ masih kuat ketika itu. Penjajah (British) tidak
suka kepada sesiapa yang menentang mereka. Mereka mahu menyedut keluar sebanyak
banyaknya hasil bumi daripada Tanah Melayu.
BAB 2 – Kampung Sungai Ramal
Adnan bermimpi mengenai kehebatan Hang Tuah dan kawan-kawannya. Dia sangat menggemari
kisah kepahlawanan Hang Tuah. Sebelum tidur emaknya akan bercerita mengenai kisah-kisah
pahlawan dahulu kala. Setiap pagi, Pak Saidi akan membawa anak sulungnya ke tempat
kerjanya. Tujuannya ialah untuk mengajar anaknya itu mengenai betapa susahnya untuk mencari
rezeki. Pak Saidi memiliki satu hektar kebun getah dan sebidang tanah sawah tinggalan orang
tuanya yang menjadi sumber pendapatan kepada Pak Saidi untuk menyara keluarganya.
Penduduk kampung Sungai Ramal bergantung hidup kepada aktiviti pertanian sepenuhnya.
Mereka akan mengusahakan sawah padi dan menoreh getah untuk mendapatkan sumber
pendapatan. Namun, terdapat segelintir penduduk kampung yang lebih suka menghabiskan masa
dengan bersembang di warung kopi milik Pak Samad yang terletak di persimpangan kampung.
Pak Saidi dan Adnan singgah sebentar di warung tersebut untuk melepaskan lelah. Warung itu
tidak pernah sunyi dengan riuh-rendah suara penduduk kampung yang menjamu selera sambil
berbual dan ada juga yang bermain dam.
BAB 3 – Harapan Seorang Ayah
Pak Saidi disambut oleh anak-anaknya apabila pulang dari menoreh getah. Hatinya gembira
apabila melihat gelagat anak-anaknya itu. Sambil duduk berehat di atas pangkin kayu, Pak Saidi
melihat gelagat anak-anaknya yang sedang berlatih silat. Adnan mengajak adik-adiknya untuk
berlawan dengannya. Walaupun perlawanan itu melibatkan dua lawan satu, namun Adnan tidak
mudah dikalahkan oleh kedua-dua adiknya kerana sikapnya yang tidak mahu mengalah. Setiap
kali mereka bersilat, Adnan yang selalu menang. Pak Saidi dapat melihat semangat pahlawan
yang ada dalam diri anak sulungnya itu. Walaupun tidak berpelajaran, tetapi Pak Saidi
mempunyai wawasan serta keazaman yang tinggi terhadap masa depan anak-anaknya.
BAB 4 – Dusun Durian Di Tanah Perkuburan
Pak Saidi bersama anak sulungnya, Adnan pergi ke dusun durian untuk membersihkan kawasan
dusun tersebut. Setelah selesai membersihkan dusun, mereka melepaskan penat dengan berehat
di sebuah pondok yang terdapat dalam dusun tersebut. Sambil berehat di pondok, Adnan
mengambil peluang untuk bertanya ayahnya mengapa dusun itu terletak berdekatan dengan
kawasan kubur. Ayahnya telah menceritakan tentang asal usul kawasan dusun tersebut. Adnan
juga telah bertanya mengenai asal usul keluarganya yang berasal daripada keturunan
Minangkabau. Pak Saidi juga telah bercerita kepada Adnan mengenai penentangan orang Melayu
terhadap pihak penjajah.
BAB 5 – Harapan Seorang Ibu
Pak Saidi baru pulang dari ladang getah dan ditegur oleh isterinya, Mak Milah. Mak Milah
mempelawa Pak Saidi untuk makan tengah hari. Pak Saidi mengajak anak-anaknya untuk makan
tengah hari bersama. Ketika makan, Pak Saidi tidak lupa untuk memberi nasihat kepada anak-
anaknya. Adnan meminta kebenaran daripada ayahnya untuk bersekolah pada tahun hadapan.
Mak Milah telah bertikam lidah dengan Pak Saidi untuk menghantar Adnan sama ada di sekolah
Melayu, sekolah Inggeris ataupun di sekolah pondok. Akhirnya, Mak Milah akur dengan
keputusan yang diambil oleh Pak Saidi.
BAB 6 – Guru Besar Steward
Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Walaupun ramai penduduk kampung yang
tidak mahu anaknya bersekolah Inggeris kerana kononnya akan menjadi murtad, namun Pak
Saidi berfikiran sebaliknya. Dia ingin anak-anaknya menjadi orang yang berpelajaran. Setiap
pagi, sebelum pergi ke sawah, Pak Saidi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah
Inggeris di pekan Sungai Ramal. Tengah hari dia menjemput anaknya dari sekolah.
BAB 7 – Mereka Tidak Mengerti
Penduduk Kampung Sungai Ramal menjadi gempar. Orang ramai heboh bercerita mengenai Pak
Saidi yang menghantar anaknya belajar di sekolah Inggeris. Ramai penduduk tidak bersetuju.
Pak Saidi orang pertama yang berbuat demikian. Mereka khuatir anak Saidi akan dipengaruhi
oleh Orang Putih. Lebai Pian menyuruh Tok Ketua mengambil tindakan atas perebutan Saidi.
Namun, Tok Ketua membantah. Lalu, Tok Ketua menyatakan bahawa anak Lebai Pian mencuri
buah rambutan dan durian orang kampung. Nordin iaitu anak Lebai Pian membuat rancangan
untuk mengenakan Pak Saidi.
BAB 8 – Seteguh Karang
Pak Saidi berehat di pondok yang terletak di tepi sawah untuk berehat, tiba-tiba Karim datang
menghampirinya lalu menyerahkan wang hasil jualan getah. Kemudian, Karim memberitahu Pak
Saidi bahawa Abu menghasut Tok Ketua supaya mengambil tindakan ke atas Pak Saidi kerana
menghantar anaknya ke sekolah Orang Putih. Karim inginkan penjelasan daripada Pak Saidi
sebab mengapa menghantar anaknya ke sekolah Orang Putih. Petang itu rumah Pak Saidi
didatangi oleh Tok Ketua Kampung, Lebai Pian, Karim dan Isa untuk mendengar penjelasan Pak
Saidi. Sedikit perbalahan telah berlaku antara Pak Saidi dengan Lebai Pian. Akhirnya Lebai Pian
kehilangan kata apabila telah dibidas oleh Pak Saidi.
BAB 9 – Anak-anak Kampung
Adnan dan Mamat duduk di atas pangkin kayu untuk melepaskan penat setelah bermain perang
olok-olok. Adnan telah mengajar Ahmad serba sedikit perkataan bahasa Inggeris. Pada malam
itu, rumah Pak Saidi telah dicerobohi mencuri. Adnan dan Pak Saidi telah cuba untuk mengejar
pencuri itu, Pak Saidi kagum dengan keberanian yang dimiliki Adnan. Tayar basikal Pak Saidi
telah dibocorkan oleh pencuri itu. Di sekolah, Adnan terkenal sebagai pelajar yang rajin dan
pintar. Dia amat disenangi teman dan guru-gurunya.
BAB 10 – Masuk Jawi Basikal Baru
Adnan merupakan pelajar yang rajin dan disayangi gurunya seorang lelaki Inggeris bernama
Anderson. Tambahan pula apabila Adnan mengatakan dia bercita-cita menjadi seorang askar.
Adnan berasa risau akan dirinya yang akan dikhatankan tidak lama lagi. Selepas berkhatan, Pak
Saidi telah berjanji untuk membelikan Adnan sebuah basikal baharu.
BAB 11 – Yakin Boleh
Adnan ingin mencuba menyertai pertandingan syarahan dalam bahasa Inggeris, rakan-rakannya
telah mengejek Adnan. Cikgu Nazri telah tertarik dengan kesungguhan Adnan. Selepas itu, ramai
rakannya yang lain turut ingin menyahut cabaran daripada Cikgu Nazri. Mak Milah menguji
sikap anaknya yang berkobar-kobar dan berkeyakinan tinggi. Pak Saidi memberi kata-kata
semangat supaya menguatkan lagi semangat Adnan untuk menang. Adnan telah menjuarai
pertandingan tersebut.
BAB 12 – Jaguh Kampung
Adnan dan Budin telah berlawan dalam pertandingan tinju. Budin dan Adnan telah bertikam
lidah sebelum pertandingan berlangsung kerana Budin tidak berpuas hati atas kemenangan yang
berpihak kepada pasukan bola Sungai Ramal dalam perlawanan bola sepak. Pada hari itu, telah
diadakan perlawanan tinju antara kampung Sungai Ramal dan Kampung Sungai Merab, Adnan
dan Budin telah terlibat dalam pertandingan itu. Para penyokong telah menyokong dengan
keghairahan. Kemudian penonton terkejut apabila melihat Budin dan Adnan berpelukan dan
bersalaman.
BAB 13 – Darah Muda
Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih mengajar di sekolah
Sungai Ramal namun Adnan tidak minat bekerja sebagai guru. Dia bercita-cita menjadi seorang
askar. Namun ketika itu belum ada peluang menjadi askar Melayu. Semenjak kecil Adnan gemar
mendengar cerita kisah pahlawan-pahlawan Melayu. Dari situ timbulnya semangat untuk
menjadi askar Melayu bagi mempertahankan tanah air. Tambahan pula pada masa itu telah mula
bertiup semangat kebangsaan dalam kalangan anak-anak muda terutama dalam kalangan guru-
guru.
BAB 14 – Askar Melayu Di Raja
Tersebar berita mengenai ura-ura penubuhan askar Melayu. Inggeris akan mengambil anak-anak
muda bagi dilatih menjadi askar. Maka semakin kuat keinginan Adnan hendak menjadi tentera.
Pada suatu hari, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh beberapa anggota tentera British yang
bertujuan mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam
pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan Bin Saidi ingin memohon
tetapi tidak dibenarkan oleh ibunya. Ibunya lebih suka Adnan terus menjadi guru mendidik anak
bangsa. Tetapi Adnan tetap berkeras ingin menjadi tentera. Ayahnya Pak Saidi, merestui cita-cita
anaknya. Akhirnya ibu Adnan mengalah.
BAB 15 Buku – Bertemu Ruas
Adnan bersama beberapa orang rakannya, nekad keluar dari kampung untuk pergi ke kem latihan
ketenteraan di Port Dickson. Mereka pergi Cuma berjalan kaki dan menumpang lori barang dari
Kajang ke Seremban. Dan dari Seremban ke Port Dickson. Mereka telah diterima menjadi
tentera selepas dimaklumkan oleh dua orang anggota tentera yang datang ke rumahnya.
BAB 16 – Perwira
Setelah melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa menjalani latihan fizikal dan mental
bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Adnan menunjukkan kesungguhan yang
mendalam semasa menjalani latihan sehingga terpilih rekrut terbaik dan seterusnya beliau
diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Itulah saat yang paling menggembirakan hati
Adnan. Setelah selesai upacara perbarisan, semua rekrut telah dimaklumkan mengenai perintah
pertukaran. Adnan telah diumumkan akan bertukar ke Singapura manakala Mamat pula ditukar
ke Kedah. Semua rekrut telah dibenarkan bercuti selama seminggu. Berita itu amat
menggembirakan mereka kerana masing-masing terlalu rindu akan keluarga yang telah lama
ditinggalkan.
BAB 17 – Kehidupan Baharu
Kerana kesungguhannya maka dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan
pangkat menjadi Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih menyertai
upacara pertabalan King George VI di London. Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan pangkat
sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Sekembalinya Leftenan Adnan Saidi dari London, dia
berkahwin dengan seorang guru di kampungnya bernama Sophia Pakih Muda.
BAB 18 – Berhari Raya Di Kampung
Mahligai perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia ditambah dengan kehadiran tiga orang
anak; dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak perempuan. Bagaimanapun bayi
perempuan itu meninggal dunia. Pada akhir tahun 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan di Pasir
Panjang dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar diPasir
Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu. Mereka hidup
bahagia.
BAB 19 – Perang Dunia Kedua
Apabila berlaku Perang Dunia 11, dan Jepun Jepun bersedia untuk menjajah Tanah Melayu maka
Leftenan Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang. Ini merupakan
masa yang getir bagi Leftenan Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang mengandungkan anak
mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama. Dengan hati yang amat berat
Sophia membawa anak-anaknya pulang ke kampung mereka di Kajang.
BAB 20 – Bukit Candu
Leftenan Adnan diarahkan untuk bertugas di Bukit Candu kerana bukit itu penting untuk
dipertahankan. Sekiranya pertahanan di bukit Candu dapat ditembusi maka musuh boleh
menguasai Singapura dengan mudah. Sampai ke bukit Candu, Leftenan Adnan mengarahkan
anggota tenteranya menggali lebih banyak parit untuk dijadikan kubu serta berjumpa dengan
penghulu Sidek bagi membincangkan masalah mengenai penduduk kampung yang enggan
berpindah.
BAB 21 – Di Ambang Perang
Pada hari Sabtu, 6 Disember 1941, pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat
mengadakan persidangan di Manila, Filipina. Antara yang hadir Laksamana Thomas C. Hart,
pegawai pemerintah Angkatan Asia Amerika Syarikat (U.S. Asiatic Fleet), dan Laksamana Sir
Thomas Phillips, komander Tentera Laut British, Timur Jauh. Mereka membincangkan
mengenai persiapan tentera Jepun untuk menakluk Asia termasuk Tanah Melayu dan Filipina.
Masing-masing yakin serangan tentera Jepun itu dapat dipatahkan tambahan pula dengan adanya
askar Melayu yang diberi tugas bersama tentera Inggeris mempertahankan Tanah Melayu.
BAB 22 – Hati-Hati Yang Resah
Sebuah pesawat peninjau Lockheed Hudson, Australia yang berpangkalan di lapangan terbang
Tanah Melayu terjumpa konvoi Jepun yang berlepas dari Saigon, Indochina Perancis. Komander
pesawat tersebut, Pegawai Penerbangan Ramshaw, melaporkan pada mulanya hanya tiga buah
kapal belayar, diikuti selepas itu oleh sekurang-kurangnya 25 buah kapal pengangkut lain.
Angkatan itu diiringi oleh sebuah kapal tempur, lima buah penjajap dan tujuh buah kapal
pembinasa (Ramshaw tersilap melaporkan kapal penjajap berat sebagai kapal tempur). Pada
pendapatnya, kapal-kapal tersebut sedang menuju ke arah Thailand yang berkecuali, atau ke
Tanah Melayu.
Situasi merupakan isyarat yang amat jelas kepada kedua-dua laksamana bahawa perang akan
meletus. Kedua-dua laksamana itu bertindak dengan segera. Empat buah kapal pembinasa
Amerika Syarikat di Balikpapanmenerima arahan agar belayar ke laut lepas, sementara
Laksamana Muda Arthur E.F. Palliser dan Panglima Besar Phillips menerima arahan agar
memerintah HMS Repulse untuk membatalkan pelayarannya ke Darwin, Australia, dan kembali
ke Singapura secepat mungkin. Lebih banyak perutusan mengenai konvoi Jepun tiba. Pesawat
British diperintahkan agar melakukan lebih banyak penerbangan peninjauan lanjut, tetapi pihak
Jepun bernasib baik pada hari itu kerana cuaca buruk menghalang pesawat British daripada
berlepas. Pada pukul 7 petang, angkatan penjajahan Jepun bertukar arah dan belayar ke utara
menujui Teluk Siam.
BAB 23 – Bermulanya Sengketa
Penduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera Jepun akan menyerang.
Namun ada juga yang berasa gembira kononnya Jepun hendak menghalau penjajah dan
memerdekakan Tanah Melayu. Penduduk kampung Sungai Ramal juga bercerita mengenai
perang. Pak Saidi tetap tidak mahu berlakunya perang. Namun dia berserah kepada takdir kerana
tiga orang anaknya iaitu Leftenan Adnan dalam askar Melayu, Ahmad dalam angkatan tentera
Laut dalam kapal HMS Pelanduk, dan Amarullah juga dalam askar Melayu. Pak Saidi bangga
kerana ketiga anaknya berada dalam angkatan tentera. Namun ibunya tetap risau sekiranya
berlaku peperangan. Leftenan Adnan sering mengutus surat kepada adik-adiknya sambil
memberi kata-kata peransang supaya berjuang bersungguh-sungguh demi tanah air.
BAB 24 – Perangkap Tidak Kena
Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang dipertahankan oleh
pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam British mula membedil sepanjang
kawasan persisiran pantai dan laut sewaktu telah jelas bahawa tentera Jepun sudah memulakan
pendaratan mereka. Tembakan suar menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan unit Dogra
mula menembak ke arah pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu diterangi suar. Usaha
pertahanan dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi mereka menghadapi
tentangan yang sengit.
Kubu mesingan (MG) di pantai digunakan dengan berkesan terhadap tentera Jepun yang mula
mendarat dipantai dan membunuh banyak askar Jepun termasuk komander batalionnya, Mejar
Nakamura, yang mengetuai orang-orangnya menyerbu kedudukan musuh. Kolonel Masanobu
Tsuji menulis dalam bukunya mengenai Kempen Tanah Melayu : “Kubu-kubu kecil musuh yang
disediakan dengan teliti bertindak dengan ganas dan sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang
kami terbaring di pantai, separuh dalam air, separuh di pantai, tidak dapat mengangkat kepala
mereka”. Tidak sehingga tentera Jepun memusatkan serangan mereka terhadap dua buah kubu
kecil dan parit pertahanan sokongan yang menguasai kawasan pendaratan, barulah mereka
menguasai tempat mendarat.
Dalam pertempuran secara berhadapan, tentera Jepun berjaya menumpaskan tentera India British
yang bertahan kawasan penting ini. Semasa pertempuran ini berlaku, gelombang penyerang
kedua tersangkut di pantai terbuka dihujani tembakan meriam British yang mengakibatkan
jumlah korban yang teruk. Bagaimanapun, sebaik sahaja kubu kecil telah dimusnahkan, pasukan
ini mampu bergerak ke hadapan dan membolosi kedudukan Dogra. Walaupun membuat serangan
balas, kedudukan supai India tidak dapat dipertahankan lagi dan pasukan pertahanan mula
berundur.
BAB 25 – Gagalnya Operasi Matador
Pada pagi 8 Disember 1941, bertempat dalam Bilik Gerakan Tentera British, Kota Bharu suatu
mesyuarat tergempar diadakan. Pemerintah Kor. Jeneral Heath segera menghubungi Ibu Pejabat
bagi memaklumkan bahawa tinjauan dari udara di Teluk Siam mendapati adanyanya gerakan
besar-besaran tentera Jepun di Songkla dan Pattani. Tetapi Ops Matador tidak
dapatdilakasanakan kerana Jeneral A. E. Percival yang bertanggungjawab dengan Ops Matador
sedang menghadari mesyuarat Majlis Perundangan Negeri Selat. Mereka mendapati Tentera
Jepun sudah mendarat di Kota Bharu. Keadaan di Barat, nasi sudah menjadi bubur. Jeneral A. E.
Percival menghubungi Panglima Sir Brooke-Popham memaklumkan perkara tersebut barulah
Ops Matador dapat dijalankan. Di Kota Bharu kemaraan tersekat di Sungai Kelantan. Pihak
Tentera Jepun telah terkorban akibat letupan yang kuat.
BAB 26 – Serangan Bertali Arus
Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang oleh Tentera Jepun dalam masa
yang singkat. Kebanyakan pertahanan telah pun musnah. Empat buah kapal pembinasa yang
menjadi kapal pengiring tidak dapat berbuat apa-apa kerana maereka juga diserang oleh kapal
terbang Jepun. Jener A.E Percival mengarahkan tentera India British menyerang tentera Jepun.
Dalam keadaan kelam kabut, Panglima Brid. Jen. Garret dilaporkan hilang semasa menyeberangi
sungai dan mereka terputus hubungan. Pada masa yang sama, Jeneral Yamashita memerintahkan
85 buah pesawat pengebom Jepun menyerang pertahanan British di Pulau Pinang. Pak Saidi
mengatakan bahawa Ahmad sudah tiada. Pegawai tentera laut yang membawa berita tentang
Ahmad, sudah terkorban di medan perang. Penduduk kampung ramai membaca Yasin untuk
Ahmad.
BAB 27 – Perancangan Dua Jeneral
Penduduk Johor Bharu gempar dengan kehadiran ramai Tentera Jepun. Mereka tiba di Johor
Bharu setelah hampir sebulan mendarat di Kota Bharu.Pertempuran demi pertempuran telah
berlaku dan jatuhnya satu demi satu negeri-negeri di Semananjung Tanah Melayu dalam masa
yang singkat Pihak British terpaksa berputih mata dan terpaksa mengundurkan tenteranya ke
Singapura. Lalu membuat pertahanan di situ. Panglima Tertinggi British di Timur Jauh Sir
Robbert Brooke-Propham dilucutkan jawatan dan digantikan oleh LT. Jen. Sir Henry Pownall.
Petang 31 Januari 1942, seluruh Semenanjung Tanah Melayu jatuh ke tangan tentera Jepun.
Tentera Jepun telah menawarkan Samad agar berkerjasama dengan mereka untuk membebaskan
Singapura , Samad bersetuju dengan tawaran tersebut. Jeneral A. E. Percival agak tertekan
dengan keadaan yang sedang melanda. Panglima Tentera Australia Henry Gordon Bennett
membuat pemeriksaan kedudukan pertahanan pasukan tenteranya di bahagian Barat Laut.
Kapten Rix dan Adnan mengatur persiapan bagi menentang tentera Jepun di Bukit Candu dan
Pasir Panjang.
BAB 28 – Pertempuran Demi Pertempuran
Serangan mengejut segera dibalas angkatan tentera diraja British. Serangan balas tersebut
membuatkan tentera Jepun menggandakan bedilan yang bertubi-tubi. Pasukan tentera India dan
tentera British yang bertahan tidak berupaya memberikan tentangan berkesan dan terpaksa
berundur. Kejayaan tentera Jepun amat menggembirakan hati Jeneral Yamashita. Jeneral
Yamashita dan telah menghantar surat kepada Jeneral A. E. Precival supaya menyerah kalah.
Leftenan Adnan akan mempertahankan Pasir Panjang dan Bukit Candu dengan apa-apa.
Di Sebalik Dinara
BAB 1
Farisha seorang gadis yang bertugas sebagai jurutera keselamatan sistem baru sahaja selesai
bermesyuarat di NusaJaya. Semasa berada di Lapangan Terbang Senai, Farisha berkenalan
dengan Aqram dan secara kebetulan mereka duduk bersebelahan di dalam kapal terbang ke
KLIA. Farisha agak teruja melihat jam tangan yang dipakai oleh Aqram yang merupakan pusat
kawalan elektronik peribadinya. Sesampainya di pintu apartmentnya, Farisha terperanjat sekali
lagi apabila melihat pintunya juga telah terpasang “retinal scanner”. Farisha terpaksa menunggu
Shida kawan serumahnya yang sedang bermain skuasy dengan JUJU sebuah android untuk
masuk ke apartment mereka. Farisha ingin tidur awal kerana besok dia akan menghadiri satu
simposium di Hotel Renaissance. Dalam masa yang sama rupa-rupanya Aqram sudah dapat
mencuri cawan minuman Farisha semasa di dalam kapal terbang tadi dan dapat bekerjasama
dengan Dr.Maxi untuk mengkaji DNA Farisha.
BAB 2
Pada keesokan harinya Farisha dan Rosman pembantunya menghadiri sebuah simposium yang
akan dirasmikan oleh Phillips Young, Presiden Persatuan Penggodam Antarabangsa. Bermula
daripada pendaftaran, pencetakan bahan, sehingga mengatur kedudukan dalam simposium
tersebut semua diuruskan oleh robot. Sehinggakan Farisha berasa kecewa kerana Phillips Young
menyampaikan ucaptama beliau hanya melalui hologram sahaja. Tanpa diduga Farisha bertemu
lagi dengan Aqram. Dalam pertemuan ini Aqram menyatakan keinginannya mencari
jururunding untuk sebuah projek mini di makmalnya. Dalam pada itu Aqram telah berjaya
menerobos fikiran Farisha menggunakan penetrator berupa sebatang pen berwarna perak. Tetapi
pendinding WALL yang dimiliki oleh Farisha dapat menangkis segala maklumat yang dikumpul
dalam ingatan Aqram. Sebenarnya Aqram sudah sebulan cuba menjejaki Farisha untuk dibawa
ke Soft Lab untuk menyelamatkan Dinara.
BAB 3
Berikutan dengan tawaran Aqram yang ingin mencari jururunding untuk satu projek, Farisha dan
Rosman telah menghubungi Aqram. Aqram bersetuju membincangkan perkara itu di Puchong,
berjumpa dengan Karl. Karl seorang yang pernah menerima anugerah inovasi peringkat
kebangsaan tiga tahun dahulu. Tetapi sebelum berjumpa dengan Karl, Aqram telah
memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr.Maxi dan beliau telah menawarkan RM1.5 juta
kepada mereka berdua untuk tugas menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh
empat minggu. Farisha meminta sedikit waktu untuk membuat keputusan. Sebelum pulang
Farisha dan Rosman diberi peluang untuk melihat Karl yang terlantar sakit barah. Projek Dinara
yang diteraju oleh Karl terhenti kerana dia sakit.
BAB 4
Pada hari Isnin berikutnya, Farisha bersetuju berjumpa dengan Aqram di Soft Lab di Cyberjaya.
Farisha menumpang kereta Shida yang kebetulan ada temu janji dengan Khairul Anwar di Soft
Lab juga. Bangunan Soft Lab dilengkapi oleh sistem keselamatan yang canggih termasuklah
penggunaan imbasan tangan dan retina mata. Aqram juga menunjukkan beberapa bilik dan ruang
di situ yang canggih dan lengkap. Farisha amat teruja, terutamanya apabila dia memasuki pusat
data. Itulah Dinara yang memuatkan hampir semua aplikasi dan data. Di sinilah Farisha
mendapat kepastian bahawa tugasnya ialah menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Pada
petangnya barulah tugasan Farisha dan Shida selesai dan mereka pulang bersama-sama. Namun
dalam masa yang sama Dr.Maxi, Aqram, dan Khairul Anwar mengadakan perbincangan.
Rancangan mereka hampir berjaya mendapatkan Farisha dan Shida untuk berada di Soft Lab
untuk menjayakan rancangan mereka. Mereka amat perlukan Shida juga sebagai physical
backup kepada Farisha. Mereka akan mengusahakan untuk memasukkan mikrocip ke dalam
tubuh Shida, sebagaimana yang ada dalam tubuh Farisha. Pada malam itu juga Dr.Maxi akan
memadamkan beberapa ingatan dan perasaan Alia sebuah cyborg canggih supaya ia tidak akan
mengganggu rancangan yang diatur untuk Farisha dan Shida.
BAB 5
Keesokan harinya Farisha dan Shida mula bekerja di Soft Lab.Shida dibawa oleh Khairul Anwar
ke Arkib manakala Farisha diberikan taklimat oleh Alia tentang semua kod program yang ada
dalam Soft Lab. Pada sebelah petang Aqram pula memberi taklimat kepada Farisha. Aqram
menjelaskan bahawa Karl yang telah membangunkan teknologi hypervisor di dalam Dinara,
tetapi Dinara sekarang sudah diceroboh dan penceroboh telah berjaya menyusupkan satu virus
bom jangka yang akan memusnahkan Dinara pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Sebenarnya
inilah tugas Farisha dengan bayaran RM1.5 dia perlu membersihkan virus bom jangka itu dan
mengatasi semua kelemahan Dinara. Pada petang itu juga Farisha mendapat tahu bahawa
Rosman tidak dapat bersama-sama dengannya bertugas di Soft Lab kerana dia terpaksa
meneruskan projek di Senawang yang telah menawarkan bayaran dua kali ganda daripada
perjanjian awal.Farisha bersetuju. Farisha pulang dengan kepala yang berat memikirkan tentang
Dinara yang sudah diceroboh itu. Ini bererti tugasnya amat berat. Di Soft Lab, Alia pula
bertengkar dengan Dr.Maxi kerana banyak data pengetahuan dan perasaannaya telah
dipadamkan dan tindakan Alia itu juga menggambarkan dia mempunyai perasaan cemburu dan
tidak gemar jika ada perempuan lain ada sebarang hubungan dengan Karl. Pada masa yang sama
Khairul Anwar menjelaskan bahawa Rosman tidak akan mengganggu mereka di Soft Lab lagi
kerana dia telah mempengaruhi syarikat di Senawang itu untuk membesarkan lagi skop kerjanya.
Pada malam itu Farisha mengalami mimpi ngeri sehingga dia terlambat bangun.