café, Waheeda sempat melihat seorang lelaki yang bernama Zahid setelah dibisikkan oleh Alex
kepadanya.
Di rumah Bazilah, semasa kedua-dua mereka berbual, Dr Zahari muncul. Waheeda sedar sejak
kebelakangan ini, Dr Zahari selalu dating ke rumah mereka. Tindakan Dr Zahari yang mesra dan
seakan-akan tidak memperdulikan Bazilah menyebabkan Waheeda kurang selesa. Waheeda
berasa Dr Zahari melemparkan pandangan mata yang cukup berlainan yang mugkin
menyebabkan Bazilah cemburu. Peristiwa ini menyebabkan Waheeda menganggap tirani itu
memang benar. Dengan alas an ini, Waheeda mengambil keputusan untuk berpindah ke
Flamingo Resort.
Pada minggu pertama di tempat kerja, Waheeda telah menerima tugas yang agak berat yang
diberikan oleh Encik Halloway. Waheeda cuba mengaitkan budaya masyarakat Singapura
dengan masyarakat Sarawak. Waheeda teringat akan orang Ulu, Long Dance atau Hiven Joh,
kebudayaan suku kaum Kelabit, Kayan, Kenyah, Long Bawang dan Penan.
Dalam pada merangka program yang terbaik untuk resort tersebut, Halloway datang dan
mengajak berjumpa dengan Zahid. Dalam pertemuan ini, Halloway telah menawarkan Waheeda
sebagai wakil Flamingo Resort dalam pertandingan ratu antarabangsa yang akan diadakan pada
pertengahan hadapan. Waheeda terkejut mendengar tawaran tersebut. Keadaan itu diredakan
apabila Halloway memuji kecantikan Waheeda.
Setelah Halloway beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid. Melalui perbualan tersebut,
Waheeda dan Zahid begitu teruja dan hati mereka terus berbunga.
BAB 10: SENYUM SEPULUH ELA
Datuk Yasser berkinjung ke Sngapura dan menginap di Flamingo Resort dengan tujuan untuk
menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk Yasser banyak
membincangkan isu yang terkandung dalam akhbar hari itu,termasuklah tentang Islam, rasuah,
cetak rompak dan sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada Zahid tentang kepulangan
Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia tidak suka tinggal di sana
kerana beberap isu negative terhadap Malaysia dan islam. Datuk Yasser berasa bersyukur atas
keputusan Zahid. Pada malam itu, perbualan anak beranak itu berkisar kepada pengembangan
perniagaan di Kuching, SSeri Gading dan mungkin ke Flamingo. Dalam kerancakan
perbincangan, rupa-rupanya senyuman manis Waheeda terlekat dalam lamunan Zahid.
Selepas menikmati makanan tengahari bersama Halloway, Waheeda didatangi oleh Zahid. S
eterusnya Zahid memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya Datuk Yasser. Perbualan Waheeda
dengan Datuk Yasser semakin rancak kerana Waheeda berasal dari Kuching dan ada kaitan
dengan Tajau Emas. Lantas ada kaitan dengan Seri Gading. Datuk Yasser sangat gembira dan
mencadangkan mereka makan bersama-sama pada malam itu.
Waheeda tidak sabar untuk menceritakan kepada Bazilah tentang pertemuannya dengan Zahid
yang mungkin akan membibitkan sesuatu yang bermakna.
Seterusnya, persiapan sedang dibuat oleh Kong dan Anati yang sibut memberi idea tentang
pakaian yang sesuai dipakai oleh Waheeda ke Pertandingan Ratu Cantik Miss Tourism
Internasional nanti. Waheeda mencadangkan bahawa dia tidak mahu memakai feksyen yang
berbelah sampai ke paha. Sebliknya dia akan mengenakan pakaian Gajoh Oleng yang merupakan
pakaian tradisi Sarawak.
BAB 11: ORANG RUMAH SEBELAH
Fatimah menerima E=Mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah menceritakan
bahawa Zahid yang yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk Yasser, tuan punya
Sri Gading holding. Raidah sangat gembira mendengar berita tersebut
Di Flamingo, berita kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International disebarkan
kepada semua. Detik-detik kegemilangan diceritakan oleh Anati kepada semua warga Flamingo
Resort. Seterusnya Waheeda diberi cuti satu hari. Di biliknya Waheda menerima bunga daripada
Zahid dan Dr. Rushidi. Waheeda juga menceritakan hubungannya dengan Zahid kepada Bazilah.
Bazilah sangat gembira dan berpesan supaya Waheeda menghantar kad jemputan nanti.
Manakala di Tajau Emas pula, Raidah berasa pelik bila diberitahu rombongan Datuk Yasser akan
dating merisik anaknya sedangkan Waheeda masih berada di Singapura. Acara merisik ini
diteruskan juga tanpa kehadiran Waheeda. Walaubagaimanapun, Raidah mengharapkan
Waheeda akan pulang pada majlis pertunangan itu nanti.
BAB 12: BIDADARI DARI LANGIT
Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibut. Banyak aktiviti melibatkan dirinya setelar digelar
Ratu Miss Tourism International. Halloway terus sahaja menyarankan beberapa tugas yang perlu
dilaksanakan oleh Waheeda untuk acara di Flamango. Waheeda tetap menjalankan tugas yang
diberi kepadanya. Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada keluarganya yang sibut mengurus
hal pertunangannya sedangkan dia tiada di sana.
Di Sri Gading, Zahid sering menunggu panggilan daripada Waheeda. Zahid berasa bersyukur
menginap di Flamingo Resort menjurus berkenalan dengan Waheeda. Zahid terus menelefon
Waheeda dan perbualan mereka agak panjang dan mesra. Dalam perbualan tersebut, Zahid
memujuk Waheeda supaya pulang ke Sarawak. Namun Waheeda memaklumkan kesibukan
tugasnya dan kontraknya masih belum berakhir.
Kesibukan persiapan di Tajau Emas disampaikan oleh Fatimah melalui telefon. Tetapi perbualan
mereka sering terganggu dengan bunyi bersin dan Waheeda menerangkan kepada Fatimah, dia
tidak berapa sihat dan sering selsema.
Rentetan daripada itu, Waheeda mendapatkan rawatan dari dokto di klinik panel Flamingo tetapi
kesihatannya tetap tidak berubah. Selsemanya masih berlarutan. Selepas bersin berpanjangna,
Waheda berasa tulang rawan hidungnya runtuh lalu menelefon Dr Rushidi. Kemudian Waheeda
terus ke SMC untuk mendapatkan rawatan.
BAB 13: MATI HIDUP SEMULA
Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaaah statistic pelancongan yang
semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak dan Asean. Dia gembira kerana
rezeki semakin bertambah di Sri Gading. Hotel dan Pusat Peranginannuya bernilai RM60juta.
Datuk Yasser menyedari bahawa keuntungannya datangnya dari usaha Waheeda yang sangat
bijak mengiklankan Sri Gading dan Tajau Emas kepada pelancong. Dalam pada itu, Datin
Hazirah, isterinya menyatakan kerunsingan apabila melihat anak mereka Zahid yang nampaknya
gelisah, berjalan mundar mandir akibat tidak dapat menghubungi Waheeda. Datin Hazirah juga
bimbang kerana majlis pertunangan akan berlangsung hanya tinggal 3 hari sahaja lagi.
Keresahan Zahid menunggu Waheeda dapat diredakan kerana dia ditemani oleh kawan baiknya
iaitu Aiman. Zahid berasa cemburu dan curiga lalu mengimbas kembali cara Kong dan
Halloway melayan Waheeda. Dia berasakan Waheeda berubah hati.
Majlis pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar menjadi majlis kenduri doa
selamat di rumah Dtuk Yasser. Manakala di rumah Hj Fathir dan Hjh Raidah diadakan majlis
pertunangan antara Fatimah dan Ghazi. Hal ini disebabkan ketidakhadiran Waheeda ke
rumahnya kerana dia sedang berada di SMCuntuk menerima rawatan.
Kerunsingan yang dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil keputusan untuk pergi ke
Singapura. Dalam pada itu juga , bapa Waheeda, HJ. Fathir marah kepada isterinya Raidah dan
telah menembahkan kerungsingan kepada Raidah. Mereka tidak mengetahui apa yang berlaku
kepada Waheeda. Hanya Fatimah dan Ghazi yang mengetahu hal sebenarnya bahawa Waheeda
di masukkan semula di SMC kerana proses rinoskopi untuk merekonstruksi hidungnya yang
telah mengalami satu komplikasi. Walaubagaimanapun, proses tersebut Berjaya dilakukan oleh
Dr Rushidi.
Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu oleh Anati bahawa Waheeda berada di SMC.
Zahid bergegas ke sana. Di sana proses merekonstruksi sudah selesai. Semasa meninggalkan
SMC, Zahid melihat kemesraan antara Waheeda dengan Dr Rushidi. Zahid cemburu tetapi
perasaan itu dapat diredakan apabila Waheeda menyatakan bahawa situasi tersebut berlaku
kerana Dr Rushidi ingin menguji deria bau dengan menyembur minyak wangi selepas
mengalami selsema yang agak teruk. Zahid kembali tenang.
BAB 14: BAGAIKAN PUTERI
Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas. Rombongan daripada
Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak. Suasana di tajau Emas sangat meriah.
Tetamu yang diundang melebihi 1000 orang. Pelancong yang menjadi tetamu Sri Gading dan
Tajau emas juga menjadi tetamu undangna majlis ini. Antaranya pelancong dari Arab, inggeris,
Jepun dan lain-lain lagi. Adat-istiadat Melayu Sarawak dipamerkan dengan teratur dan penuh
meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan pelancong untuk dating ke daerah itu. Irama
muzik tradisional Melayu Sarawak dihidangkan termasuk paluan kompang yang mengiringi 50
orang ahli hadrah. Suasana Tajau Emas menjadi gilang gemilang. Upacara ijab kabur telah
berjalan dengan jayanya. Lafas nikah dapat disempurnakan dengan sekali lafas sahaja. Selepas
acara akad nikah dan menyarungkan cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin diperkenalkan
kepada saudara mara kedua-dua belah pengantin. Majlis perkahwinan ini berlangsung selama
dua hari berturut-turut melibatkan semua kaum di daerah Matang. Datuk Yasser a.kan
mengadakan majlis sambutan yang serupa di Hotel Seri Gading pada minggu hadapan. Kedua-
dua keluarga yang bersatu itu sungguh gembira.
BAB 15: HIDUP RANGGI
Permandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah. Banjaran Matang yang
menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa kelihatan mengapung awan.
Senario pemandangan dari Tajau Emas hingga ke kaki banjaran bagaikan lukisan gambar. Ini
telah digambarkan oleh zahid semasa dia berada di kampungnya. Malahan pelancong asing juga
memuji permandangan di kawasan tersebut. Zahid juga mengenangkan nasib yang akan
menimpa kawasan yang menghijau tersebut sekiranya rancangan untuk membina lapangan
terbang kedua bagi Bandaraya Kuching menjadi kenyataan. Dalam masa yang sama, zahid juga
terkenang kehidupannya semasa berada di luar Negara bersama beberapa wanita. Malahan gaya
afsunnya boleh mencairkan hati wanita.
Sejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid tentang cinta dan kehidupan kini
berbeza. Zahid teringat kata-kata kawannya bahawa hidup ranggi tidak sampai ke mana
sedangkan usia semakin meningkat.
Dalam dua minggu bergelar pengantin baru, keintiman semakin terpaut utuh antara Zahid dan
Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana berjaya membina kerjaya serta keterampilan sentiasa
meniti dibibirnya.
BAB 16: MIMPI LAIN-LAIN
Zahid membaca akhbar dibilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert banyak member
gambaran negative kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda muncul secara tiba-tiba dan
menyatakan dua ratus ribu pelancong dari timur tengah akan melawat Negara ini pada tahun
depan. Seri gading dan Tajau Emas bakal menempatkan pelancong-pelancong tersebut yang
datang ke Sarawak nanti.
Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia yang menyatakan Malaysia jatuh ke nombor
lapan dalam kemajuan ekonomi domestik, khususnya sector pelancongan. Kemudian dia pula
mengambilsekeping wadahberkaitan alam sekitar yang ditulis oleh NAR, singkatan daripada
nasuha Abdul rahim. NAR merupakan rakan yang sudah terputus hubungan dengannya. Di
sinilah Waheeda terkenang kembali kawan karibnya itu semasa di sekolah dahulu.
Sepanjang pagi zahid tekun menelaah akaun hotelnya. Dalam masa yang sama, zahid menanti
isterinya, waheeda untuk makan tengah hari di restoran Sri gading bersama-sama. Namun,
Waheeda tidak muncul-muncul. Kesibukan masing-masing menyebabkan mereka banyak
membuat aluan masing-masing.
Zahid telah bergegas ke Tajau Emas apabila diberitahu bahawa Waheeda telah dipanggil oleh
pelanggan lelaki. Di Chalet tajau Emas, Zahid ternampak lelaki itu berjabat tangan dengan
Waheeda agak lama. Zahid kenal lelaki itu datangnya dari Dubai. Waheeda beredar cepat dari
situ bagi mengelakkan ketegangan dengan suaminya, Zahid.
Zahid perasan apabila sesekali terserempak pandangan pelanggan terhadap isterinya.
Kecantikan serta keterampilan Waheeda seolah-olah kini menjadi milik masyarakat. Bagi Datuk
Yasser pula, Waheeda bukan sahaja menantu yang cekap malah berupaya mengendalikan
perniagaan dengan baik. Datul Yasser akur dengan kehendak menantunya, Waheeda yang tidak
ingin bergabung antara Seri Gading dengan Tajau Emas kerana Waheeda ingin berdikari.
Waheeda cuba membandingkan perwatakan Datuk Yasser dengan ayahnya. Dimana ayahnya
suka berkebun manakala Datuk Yasser bekerja dalam bilik berhawa dingin. Waheeda kagum
dengan semangat dan tenaga yang dimiliki oleh ayahnya.
BAB 17: KONFLIK
Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan membayangkan dirinya
seolah-olah manusia individulistik apabila enggan menerima cadangan penggabungan Seri
Gading-Tajau Emas. Waheeda ingin berdikari dan ingin membina empayar sendiri. Walaupun
begitu, Waheeda sentiasa bersedia datang ke Seri Gadinguntuk membantu.
Waheeda banyak terkenangkan masa-masa lalunya. Dimana masa santainya biasanya diluangkan
bersama-sama ibunya. Pada masa ini juga, Waheeda mengusap-usap atas blaus ungu nipis yang
melindungi perutnya yang kini mencecah lapan bulan. Waheeda berbual-bual dengan ibunya
tentang dirinya. Raidah cukup terhibur mendengar luahan rasa anaknya.
Di samping itu, Waheeda masih memikirkan perubahan 360 darjah yang berlaku dalam dirinya.
Cantik dicemburui, hodoh pula dihina.Awal tengahari, Waheeda ke farmali di Mall Matang Jaya
untuk membeli ubat migrain. Namun ubat yang hendak dibelinya tiada stok di farmasi tersebut.
Waheeda berasa dia perlu bergantung kepada ubat untuk meredakan sakit kepalanya. Mungkin
Stress, tumpuan kerja, kerenah suami dan macam-macam lagi.
Bagi Zahid, Waheeda obsesi dengan kerja. Manakala Waheeda menganggap Zahid merupakan
seorang yang kuat cemburu. Sedangkan Waheeda jujur dengan suami, Zahid. Hati Waheeda
begitu tergores apabila Zahid mengungkitlan insiden di Tajau Emas tempoh hari dan peristiwa
semasa di SMC dahulupun masih dalam ingatan Waheeda.
Pada malam itu, Waheeda berseorangan setelah sehari suntuk tidak bersama suaminya. Waheeda
sudahpun tidur apabila Zahid pulang dari Seri Gading. Awal malam itu, Waheeda baring di atas
katil mengingatkan kenengan dalam kenangan yang melingkari hidupnya.
Ibunya, Raidah tidak menyebelahi sesiapa dan menasihati Waheeda supaya menjaga pergaulan
dan agar tidak ingkar dengan suami. Raidah faham bahawa keresahan dan sensitivity hanyalah
pembawaan anak dalam kandungan.
BAB 18: DILANDA NOSTALGIA
Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah hidup kehidupan
Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda bergurau tentang pendatang tanpa izin
yang ditujukan kepada Zahid. Sesampainya di bawah, Waheeda telah disambut oleh Halloway.
Halloway bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke Seri Gading tanpa pengetahuan Waheeda.
Mereka telah mengimbau semasa di Flamingo Resort. Kemesraan yang terjalin mereka
menyebabkan Zahid meminta diri untuk menyambung jogging. Pada waktu inilah, Halloway dan
Dr Rushdi memuji kecantikan Waheeda dan kecantikan dan kehebatan wanita-wanita dahulu
seperti halen of Troy, Cleopatra, Ratu Saba’ dan ramai lagi.
Zahid melenting dihujung talian telefon sekembalinya Waheeda ke biliknya. Zahid meragui
kejujuran dan keikhlasan Waheeda. Hati Waheeda tergores lagi. Malam itu zahid tidak pulang
ke rumah di Tajau emas dengan alasan untuk menonton bola.
Nostalgia pada peringkat awal begitu romantic bagi pasangan Waheeda dan Zahid terutamanya
apabila mengetahui kehadiran orang baru. Namun, sejak peristiwa itu, hati Waheeda mudah
tersentuh. Dia terkesan dinginnya perhubungan dengan suaminya. Waheeda rimas melihat
suaminya yang terlalu cemburu.
Riadah, ibu Waheeda termenung di katilnya. Kini menantunya semakin menjauhkan diri. Riadah
menasihati Waheeda supaya jangan membiarkan suaminya lalai akan tanggungjawabnya.
Bertubi-tubi motivasi diri memasuki benaknya. Waheeda pasrah dengan laluan yang
dihadapinya.
Waheeda bangun sebelum mentari menyinari bumi. Selepas bersenam kecil, waheeda ke dapur.
Raidah memberitahu Waheeda bahawa ada tetamu yang dating iaitu Nasuha dan kawannya
Balqis dari BERNAMA. Mereka dating bersama team BRP bagi menyisat kes seorang menteri
kanan yang dituduh rasuah. Waheeda berbual dengan Nasuha tentang zaman hodohnya dan
mengenai suaminya, Zahid. Nasuha terkesima mendengar cerita yang disampaikan oleh
Waheeda. Menurut Waheeda, bila-bila masa sahaja dia akan bersalin. Pada petang itu, Nasuha
menemani Waheeda dan Raidah ke Hospital Normah tanpa kehadiran Zahid.
BAB 19: BAGAIKAN BONGKAH BATU
Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad ekslusif Hospital
Normah, raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu, Waheeda menyatakan bahawa
Zahid tidak dating. Pada masa itu juga, Datin Hazirah, ibu mentuanya dating menziarahinya
dengan membawa jambangan bunga pemberian Zahid. Ibu mentuannya menyatakan Zahid sibuk
kerana di hotelnya berlangsung konvensyen antarabangsa.
Sebaik Datin Hazirah meninggalkan bilik tersebut, fikiran Waheeda teringat akan nada kasar
Zahid yang menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz, ingkar dan banyak lagi. Zahid suka
mengungkit perkara-perkara yang sudah berlaku. Paling menyakitkan hati Waheeda apabila
Zahid tidak pasti anaknya, Izzati itu anaknya. Raidah telah menasihati Waheeda supaya banyak
bersabar bagi meredakan perasaan tersebut.
Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu Balqis yang bekerja di Makmal
Spektro-Kimia. Waheeda mengajak Nurjihan makan di Sego Center atau Sukma Ria. Di sini,
Waheeda dan Nurjihan berbincang tentang ujian DNA terhadap anaknya, Izzati. Waheeda telah
membawa sampel rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati. Waheeda telah mengetahui
maklumat tentang ujian DNA setelah disampaikan oleh Nurjihan.
Di rumahnya, Waheeda tidak sabar-sabar membaca artikel mengenai ujian DNA yang
diharapkan dapat membantu membersihkan namanya. Dia membaca berulang kali demi untuk
member kefahaman tentang ujian DNA. Dibilik tidurnya, Zahid memerhati wajah bayi kecil
yang banyak persamaan dengan Waheeda. Manakala rambut lebat seperti dengan . Hidungnya
peset tidak sama dengan hidung Waheeda danZahid. Pada masa inilah, Zahid melemparkan
tuduhan terhadap Waheeda. Waheeda telah menunjukkan DNA yang telah dibuatnya. Waheeda
berusaha menyelamatkan rumah tangganya. Namun Zahid telah meninggalkan bilik tidurnya.
Sejak belakangan ini, kompromi antara Waheeda dan Zahid, seolah-olah terburai oleh sikap
Zahid yang jarang balik ke Tajau Emas. Ramai kawan-kawannya telah menenangkkan Waheeda.
Sekiranya Zahid dating, datangnya untuk menambahkan luka dihati Waheeda.
Raidah berasa senang dan terus ke bilik Waheeda. Raidah perasan perubahan yang dialami oleh
Waheeda. Perasaan sayang dan cintai terhadap Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak tenteram.
Kemurungan Waheeda juga dapat diperhatikan oleh Ghazi dan mencadangkan agar Waheeda
mendapat bantuan pakar perubatan dan kaunseling.
BAB 20: KE PUSAT RAWATAN ISLAM
Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak dengan Waheeda di
PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan Lais menjelaskan kepada Waheeda
bahawa kedatangannya menemani bapa saudaranya Pak CikAziz ke pusat rawatan tersebut. Lais
juga menerangkan bahawa Pak Cik Aziz telah diserang strok dan kedatangan mereka ke situ
bertujuan untuk mendapatkan rawatan. Lais menceritakan bahawa selepas bekerja di Flamingo
Resort dia telah membantu bapa saudaranya di chalet dan kebun strawberi di Cameron
Highlands. Selepas diisyhtiharkan bankrap, Pak Cik Aziz ingin menjualkan perusahannya.
Selepas keluar dari bilik rawatan, Lais memperkenalkan pakciknya kepada Waheeda, Raidah dan
Ghazi. Sebelum beredar Lais sempat meninggalkan alamat mereka di Cameron Hihglands dan
nombor telefon kepada Ghazi. Selepas itu Waheeda pula dipanggil untuk bertemu dengan
kaunselor yang bernama Dr.Qamariah. Waheeda telah menerangkan segala kesedihan yang
dihadapinya, bidang kerjayanya, dan sikap suaminya Yazid seorang yang panas baran dan kuat
cemburu sehingga melafazkan cerai talak satu kepadanya di hadapan keluarganya.
Setelah mendapat nasihat daripada Dr.Qamariah, serta sokongan moral ibu dan abangnya Ghazi,
Waheeda bersyukur dan berterima kasih serta semakin berfikiran positif, Waheeda sudah
berubah dan tidak murung lagi.Waheeda ingin memulakan hidup baru. Ghazi yang sedang
berada di apartment mereka di Kajang, tiba-tiba teringat akan chalet Pak Cik Aziz. Lalu dia
menelefon Lais dan Ghazi diberitahu bahawa Pak Cik Aziz akan menjualkan chaletnya ‘Iwana-
Iwani’ . Ghazi bersetuju dan akan berjumpa mereka pada keesokan harinya.
BAB 21: SINAR DI HUJUNG TEROWONG
Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu akan cucunya
Izzati. Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang pengambilalihan Chalet Iwana-Iwani
sedang berjalan rancak. Pak Cik Aziz menerangkan punca dia diisytiharkan muflis kerana
penyelewengan yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya. Ghazi dan Waheeda amat berminat
untuk membantu Pak Cik Aziz untuk mengambi; alih Chalet Iwana-Iwani di Cameron
Highlands setejah pergi melihat sendiri esok.Urusan mengambil alih berlaku dan urusan
dengan Bank Rakyat berjalan lancar. Dalam pada itu Waheeda menyuarakan hasratnya untuk
tinggal di Cameron Highlands kepada Ghazi. Dia ingin melupakan kenangan pahit antara dia dan
Zahid di Tajau Emas dan Seri Gading. Dia mengharapkan Tajau Emas dapat diuruskan oleh
Ghazi dan keluarga. Chalet Iwana-Iwani diberi nama baharu dan Waheeda mengharapkan
anaknya Izzati akan menjejak langkahnya menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.
BAB 22: BAGAIKAN AIR GUNUNG
Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya berpuluh tahun
dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya dan Zahid. Dia membacanya.
Tanpa disedarinya Izzati hadir menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya semasa dia
menerima Ijazah. Mereka terus berbincang tentang rupa paras masing-masing. Izzati hairan
melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya penyet tetapi hidung ibunya mancung.
Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan diri anaknya bahawa kecantikan rupa paras tidak
semestinya membawa bahagia malah kecerdikan otak amat perlu. Waheeda terus mengharapkan
Izzati terus bersyukur kerana Allah mengurniakannya otak yang pintar. Dengan kebijaksanaan
dan kelulusan Izzati dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-Sajinah (nama baru kepada Chalet
Iwana-Iwani) telah berkembangmaju dan dikunjungi oleh ramai pelancong dari dalam dan luar
negeri. Rezeki yang diterima oleh Waheeda dan Izzati melimpah-ruah bagaikan curahan air dari
gunung. Ketrampilan Izzati mengendalikan Aya-Sajinah terbukti apabila pada suatu pagi Lais
melihat Izzati menghormati dua orang pelancong warga emas yang mula mendaftar di chalet itu.
BAB 23: SEJUK-SEJUK TROPIKA
Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Café Iwani. Sambil menghirup
kopi panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid menceritakan kisah hidupnya kepada
Aiman. Bermula dengan kecantikan bekas isterinya, kecurigaannya akan kesetiaan, kelahiran
anaknya yang tidak langsung serupa dengan wajahnya dan isterinya sehingga tindakannya
menceraikan isterinya. Aiman baru saja mengetahui bahawa Zahid sudah keseorangan semula
sekarang. Zahid juga mengatakan bahawa kecantikan itu hanyalah tirani. Zahid juga mengakui
bahawa kesempurnaan fizikal juga hanya sementara, kerana pada bila-bila masa manusia boleh
menjadi cacat sebagaimana dirinya yang menjadi tempang akibat kemalangan. Lais sentiasa
berada di kaunter dan dapat mencuri dengar akan perbualan antara Zahid dan Aiman.
Lais cuba mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu malam untuk melihat para pelancong
yang menjadi tetamu chalet itu kerana pada waktu siang mereka menghabiskan masa dengan
bersiar-siar di luar chalet. Lais juga mengajak Izzati berada di kaunter untuk mendengar
perbualan antara dua orang tetamu mereka yang mendaftar pagi tadi. Perbualan mereka agak
kuat dan mereka banyak bercerita tentang Kuching, Kuala Lumpur dan Los Angeles. Izzati
bersetuju untuk menemani Lais selepas waktu isyak di kaunter. Pada malam itu, Zahid dan
Aiman masuk ke café. Zahid sempat bertembungan mata dengan Lais dan Izzati di kaunter.
Wajah dan senyuman Izzati amat meninggalkan kesan di hati Zahid dan menyatakan kepada
Aiman bahawa gadis di situ anggun. Perbualan antara Aiman dan Zahid berkisar tentang
kekesalan Zahid yang menceraikan isterinya akibat curiga dan menuduh isterinya curang
melahirkan anak yang tidak mewarisi wajah mereka berdua.Zahid juga menceritakan kepada
Aiman tentang sikapnya yang tidak mahu membaca laporan data DNA tentang anak mereka.
Zahid juga kesal kerana telah ditimpa kemalangan jalan raya di Los Angeles mengakibatkan
kakinya tempang dan doktor mengesahkan bahawa dia tidak lagi berdaya mendapat zuriat. Izzati
yang mendenagar terkedu.anakala Lais pula lebih daripada terkedu, malah dia dapat mengaitkan
Zahid, seseorang pemuda yang kacak yang pernah dikenalinya di Flamingo Resort ketika dia
bekerja di sana dahulu. Ketika ingin membuat pembayaran di kaunter, Zahid sempat menenung
wajah Izzati dengan satu tenungan yang agak berlainan dan menyatakan bahawa apabila dia
memandang wajah Izzati dia teringat akan anaknya. Apabila ditanya, Zahid mengatakan anaknya
bernama Izzati. Izzati terharu dan terkejut. Izzati pulang dengan wajah yang agak pelik dan
berlainan menyebabkan Waheeda juga agak hairan melihat tingkah laku anak gadisnya itu.
BAB 24: KAMA HATI
Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata. Ingatannya terpaku
kepada gadis di café tadi, yang benar-benar menggugat fikirannya.Senyuman, wajah, bulu
matanya, lekuk pada dagu, dan lesung pipit,pada wajah gadis itu seolah-olah entiti dirinya.dan
gerak- geri gadis itu mengingatkannya kepada seseorang yang pernah disayanginya. Zahid amat
menyesali dirinya yang enggan melihat laporan DNA dulu sekurang-kurangnya dia akan pasti
anak itu anaknya atau bukan.Zahid memohon agar Allah memberi petunjuk kepadanya. Pada
pagi esoknya Zahid muncul awal di Restoran Iwana.Harapannya akan dapat melihat wajah Izzati
dengan lebih dekat lagi.Akhirnya pertemuan Zahid dengan Izzati mengungkapan rasa kesal,
sedih, dan reda kerana gadis yang dilihatnya dalam tiga hari itu ialah anaknya yang selama ini
dirinduinya. Zahid juga ingin menemui Waheeda untuk meluahkan perasaan rindu, kesal dan
bersalah akibat tindakannya mengabaikan dan meninggalkan Waheeda dan Izzati selama 20
tahun. Pertemua Zahid dan Waheeda pada petang itu dalam suasana marah, kesal, sedih dan sayu
seolah-olah Waheeda tidak mahu memaafkannya. Namun Waheeda berasa amat bertuah kerana
Allah telah mengurniakan seorang anak yang sangat mulia jiwanya dan meminta ibunya
memaafkan ayahnya.
Bimasakti Menari
BAB 1: JANJI SRIKANDI
Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari pertamanya
bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor. Sekumpulan
pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru pengiring dari Sekolah Rendah
Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut untuk melihat buruj Orion atau buruj
Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa
telah menghadapi masalah di luar jangkaannya apabila langit pada malam tersebut yang
sepatutnya telah benar-benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan
situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut
dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia
dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada
kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. Pada malam tersebut,
Nurul Hafsa telah menanam azam dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para pengunjung
bahawa dia akan memulihkan keadaan yang berlaku dengan sedaya upayanya. Pada mulanya,
Puan Wickham mempersoalkan kemampuan manusia untuk menggerakkan bintang kembali ke
kawasan pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya menyatakan bahawa bintang-
bintang sememangnya sedia ada di langit, hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat.
Sedikit cahaya akan membuka deria manusia, manakala banyak cahaya pula akan menutup deria
kita. Dia memaklumkan bahawa tuhan menciptakan deria manusia dengan penuh keterhadan
agar kita tidak leka dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh deria.
BAB 2: WICHAM
Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir sebagai pengiring
kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu kepada salah seorang Pegawai Cerap
Sultan Salahuddin yang bernama Muhammad Taufik. Muhammad Taufik berasa kesal dengan
janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap pengunjung tersebut kerana dia benar-benar kenal
dengan ibunya, Puan Wickham yang akan datang lagi bersama kumpulan pengunjung tersebut
untuk menuntut janji yang dilafazkan oleh Nurul Hafsa. Walaupun Puan Wickham dan anaknya,
Muhammad taufik tinggal berjauhan namun kekerapan mereka berkomunikasi melalui rangkaian
sosial menyebabkan mereka tidak kekok untuk berbual setiap kali bersua muka. Mereka
mempunyai minat dalam bidang yang sama. Pada malam tersebut Muhammad Taufik menjemput
ibunya untuk bermalam di rumah prototaip Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan olehnya. Hal ini
bagi membolehkan Puan Wickham memberikan pendapat beliau tentang projek pembinaan
rumah mesra alam komersial yang sedang diusahakan oleh anaknya, Muhamad Taufik.
Muhammad Taufik bersyukur atas kepulangan ibunya walaupun dia tahu apabila subuh
menjelang, ibunya akan pergi kembali meneruskan tugas beliau.
BAB 3: SUNGAI RAHSIA
Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran kata-kata
kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat melihat kelip-kelip di
Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada abangnya, Budiman. Nurul Hafsa
telah pergi ke tempat orang melihat kelip-kelip dengan menaiki kereta yang dipandu oleh
ayahnya, Haji Yassir. Sesampai di sana, Haji Yassir tidak berminat untuk bersama-sama Nurul
Hafsa menaiki bot untuk melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur hidupnya Haji Yassir
tinggal di Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain ke Tanah Suci Mekah.
Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak kelip-kelip terbang dalam satu gerombolan dengan
jumlah berjuta-juta ekor dan melakukan kerlipan secara serentak. Malangnya, pemandangan
hebat tersebut hanyalah khayalan semata-mata. Realitinya, menunggu kehadiran serangga
tersebut bagaikan mereka menunggu kehadiran tetamu yang sangat pemalu. Akhirnya, Nurul
Hafsa menerima kanyataan bahawa perkara inilah yang dialami oleh kumpulan pengunjung dari
Jepun yang terbang beribu-ribu batu jauhnya tetapi hanya dapat menyaksikan kelip-kelip yang
cahayanya separuh mati kerana bilangannya yang sedikit. Nurul Hafsa turut mengajak
pengemudi bot yang dinaikinya untuk melalui suatu kawasan cabang sungai milik persendirian
yang dikatakan menjadi tempat kumpulan kelip-kelip berkelip serentak seperti lampu-lampu
hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa kerana kawasan persendirian tersebut tidak dapat
dilalui oleh mereka. Sepanjang perjalanan pulang, Nurul hafsa melayan perasaan sambil
memikirkan sudut hujahan yang bakal dibentangkan dalam satu persidangan kemuncak fantasi.
Kuala Selangor yang berubah menjadi bandar pelancongan telah dicemari oleh pencemaran
cahaya dengan senyap.
BAB 4: BUDIMAN
Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti yang diimpikan
oleh Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari bersama ayah mereka, Haji Yassir.
Seusai solat Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan khabar Nurul Hafsah tentang hari pertama
dia bekerja di balai cerap. Setelah mendapat jawapan yang mengecewakan daripada adiknya,
Budiman yang merupakan seorang guru Sains di Sekolah Menengah Kebangsaaan Tanjung
Keramat sejak tiga tahun yang lalu membaca laporan menggunakan Skala Langit Gelap Bortle
yang ditaip adiknya, Nurul Hafsah. Skala ini dicipta oleh John E Bortle untuk membantu
peminat-peminat kaji falak amatur membandingkan tahap kegelapan langit di sesuatu tempat
pencerapan dengan tempat pencerapan lain. Berdasarkan skala ini, Kuala Selangor yang pernah
diklasifikasikan sebagai kelas 1 sebelum ini, kini berada di kelas 8, iaitu langit terbias dengan
warna putih atau oren disebabkan cahaya lampu. Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala Selangor
yang baru empat tahun ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui penduduk Kuala
Selangor belum menyedari bahawa pembangunan dan kemudahan yang dinikmati jika tidak
dirancang dengan teliti akan membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa terkejut
namun gembira apabila menyedari bahawa Budiman turut menyokong usahanya untuk
menyelamatkan Kuala Selangor daripada terus tercemar akibat pembangunan yang tidak
terancang.
BAB 5: JIWA AYAHANDA
Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu kepulangan beliau
di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan kampung tempat projek rumah Ikhtiar
TeknoAlam yang didiami anaknya Muhammad Taufik. Sepanjang pemanduannya, beliau
mengimbas kembali kenangan perpisahan antara beliau dengan isterinya Maryam Wickham
Abdullah kerana Muhammad Taufik telah menghantar pesanan ringkas tentang kehadiran bekas
isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa puas dapat membuktikan kepada bekas isterinya
bahawa beliau telah melakukan yang terbaik untuk anak mereka. Sesampai beliau di rumah
Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah apabila dimaklumkan anaknya bahawa Puan
Maryam telah pulang. Beliau tetap bertanyakan khabar Puan Maryam kepada anaknya ketika
mereka bersama dengan pemandunya Sobirin menghadap hidangan yang dimasak Puan Maryam
sebelum bekas isterinya itu pergi. Walaupun Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya
kerana perbezaan pendapat dan membawa haluan masing-masing, namun mereka tidak pernah
bermusuh dan zuriat menjadi penyambung silaturahim mereka berdua.
BAB 6: CITA-CITA
Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai Atasan Pejabat
Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang tahap kecerahan langit Kuala
Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian, Nurul Hafsa hanya dinasihati agar tidak
mengharapkan sebarang tindkan diambil kerana Puan Foziah memaklumkan tiada undang-
undang alam sekitar yang telah dilanggar di Kuala Selangor. Namun demikian, Nurul hafsah
tetap mengingati janjinya terhadap kumpulan pengunjung kanak-kanak dari Jepun yang ingin
melihat bintang di Kuala Selangor dan impiannya yang sejak dulu hingga kini adalah untuk
menjadikan Kuala Selangor, Bukit Melawati dan Balai Cerap Sultan Salahuddin tempat tumpuan
peminat-peminat langit seluruh dunia melihat bintang. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsah
bertanyakan abangnya Budiman sama ada dirinya telah hilang akal dan bimbang tentang hal
yang remeh-temeh. Budiman menasihati Nurul Hasfa agar bertenang dan beristighfar serta
mendengar kata hati. Akhirnya, dia bertekad tidak akan membiarkan masalah pencemaran di
Kuala Selangor daripada terus berlaku. Mereka sedar perkara ini tidak boleh dilakukan tanpa
bantuan orang lain. Budiman bersedia untuk membawa adiknya berjumpa dengan ‘ lelaki kelip-
kelip’. Lelaki tersebut merupakan individu yang memagar sungai kecil di kawasan orang melihat
kelip-kelip dan dialah juga yang menghantar Budiman pulang ke rumah dengan kereta hibrid.
Pada awalnya, Nurul Hafsa tidak senang dengan lelaki tersebut, namun Budiman menasihati
adiknya agar tidak terburu-buru bersangka buruk terhadap orang lain. Nurul Hafsa bersedia
untuk berjumpa lelaki tersebut dengan folio yang dihasilkannya dengan tajuk Kuala Selangor:
Kawasan Simpan Langit Gelap.
BAB 7: LELAKI KELIP-KELIP
Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan berhati-hati. Dia
beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki berpangkat bapa dan berpengaruh
seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah mereka berdua sampai di kawasan
rumah lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki muda sedang membuat kerja-
kerja pertukangan yang melibatkan pembinaan sebuah peralatan pertanian kecil-kecilan. Apabila
Nurul Hafsa melihat wajah lelaki tersebut, mindanya cuba mengingati kembali wajah-wajah
yang pernah dia lihat sepanjang usianya. Akhirnya, Nurul Hafsa mengecam wajah lelaki
tersebut. Budiman memanggil lelaki tersebut dengan nama Muhammad Taufik dan bertanyakan
beliau sama ada masih mengingati adiknya, Nurul Hafsa. Rupa-rupanya Muhammad Taufik
merupakan rakan sekolah abangnya ketika bersekolah di Tanjung Keramat. Budiman
memaklumkan bahawa selepas tahun 6, dia belajar di Otago. Dalam masa yang sama, Nurul
Hafsa menyindir perbuatan Muhammad Taufik yang memagar sebahagian daripada sungai
Selangor. Muhammad Taufik menjelaskan bahawa dia yang meminta ayahnya membelikan tanah
yang menyusuri tepi anak sungai di Kampung Kuantan, terus ke kampung Api-api yang
berkeluasan 50 hektar. Semua ini dilakukannya apabila dia mendapati populasi kelip-kelip di
Kampung Kuantan semakin berkurangan akibat kehadiran pelancong yang ramai dengan bunyi
enjin motor bot, cahaya lampu di jeti, pencemaran air sungai, pemusnahan kawasan paya bakau,
cahaya dari kawasan petempatan manusia dan cahaya rodaferris yang semuanya membawa
ancaman kepada populasi kelip-kelip. Dia memagar anak sungai tersebut dengan harapan kelip-
kelip mempunyai tempat untk bersembunyi dan akan meruntuhkan pagar itu apabila populasi
kelip-kelip sudah pulih kembali. Nurul Hafsa yang mendengar penjelasan tersebut memohon
maaf daripada En. Taufik kerana telah tersalah anggap terhadap pemuda tersebut.
BAB 8: BEBAS GRID
Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang dilaksanakannya
kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak Budiman dan adiknya meneliti
rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri berteknologi tinggi yang dibinanya. Setelah
mendengar penjelasan Muhammad Taufik tentang sistem rumah tersebut, lalu Nurul Hafsa
membuat kesimpulan bahawa Muhammad Taufik mencipta satu model tempat tinggal di luar
grid. Muhammad Taufik mengakui bahawa dia hendak mendirikan rumah di atas tanah satu per
lapan ekar untuk sebuah keluarga, yang dapat mengurangkan kebergantungan penduduk terhadap
grid utiliti yang sedia ada. Hasratnya adalah untuk menyampaikan mesej dan menanamkan
kesedaran bahawa apabila manusia kembali bergantung kepada alam semula jadi secara terus,
manusia akan menyedari betapa pentingnya alam sekitar. Hal ini disokong oleh Nurul Hafsa.
Sepanjang pertemuan tersebut, Nurul Hafsa sering bersetuju dengan pendapat Muhammad
Taufik menyebabkan abangnya, Budiman tersenyum melihat gelagat dua pencinta alam etrsebut.
Namun begitu, dia sedar bahawa adiknya Nurul Hafsa dan sahabatnya Muhammad Taufik
emmpunyai misi penting yang tidak boleh dilalaikan dengan emosi. Akhirnya, Muhammad
Taufik mengingatkan Nurul Hafsa tentang tujuan asal mereka bertemu Muhammad Taufik
menolongnya membawa kembali kegelapan ke Kuala Selangor.
BAB 9: ZURIAT
Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri Muhaimin
untuk menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor satu kawasan simpan langit
gelap secara industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan profisional dan untuk menghalang
kepupusan kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri Muhaimin dengan rakan lamanya Tan Sri Yahya telah
membuka ruang kepada mereka untuk berbicara tentang zuriat masing-masing. Pada akhir
perbualan, Tan Sri Muhaimin bertahmit apabila menyedari bahawa usaha-usaha anaknya selama
ini merupakan gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia bernama Muhaimin dan Maryam.
BAB 10: SIDANG SEJUTA KELIP-KELIP
MuhamMad Taufik tersinggung jika sering dikaitkan dengan kedudukan dan kemewahan
ayahnya. Muhammad Taufik ketawa mengenangkan peristiwa dia selalu didampingi oleh
perempuan-perempuan yang ingin mengambil kesempatan atas kemewahannya. Namun begitu,
mereka akan meninggalkannya setelah mengenali Muhamad Taufik yang sebenarnya. Kini, dia
berhadapan dengan seorang gadis yang terang-terangan tertarik oleh keistimewaan-keistimewaan
yang ada pada dirinya. Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa bertemu di dalam bilik tutorial di
Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor untuk berbincang tentang
pembentangan tentang projek Kuala Selangor. Di situ mereka berbalas-balas hujah bagi
memantapkan pembentangan yang akan dilaksanakan nanti. Budiman menemankan mereka
berdua tetapi tidak mengganggu perbincangan mereka. Muhammad Taufik kagun akan kesetiaan
Budiman sebagai saudara tua yang hadir untuk menjaga tatatertib perhubungan antara lelaki dan
wanita yang bukan mahram. Nurul Hafsa mengemukakan rasional pelaksanaan projek tersebut,
iaitu untuk mengembalikan populasi kelip-kelip ke Kuala Selangor sebelum pupus sepenuhnya
dan mengembalikan kegemilangan Kuala Selangor sebagai pusat kajian falak yang terkenal di
peringkat antarabangsa. Selesai perbincangan, Muhammad Taufik mempelawa mereka berdua ke
rumahnya malam tersebut untuk menebus kekecewaan Nurul Hafsa yang tidak dapat melihat
kelip-kelip di jeti Kampung Kuantan tempoh hari.
BAB 11: LEWAT SATU MELINIUM
Muhammad Taufik memilih untuk menggerakkan sampan menggunakan pendayung, bukannnya
dengan menggunakan enjin motobot elektrik untuk membawa Nurul Hafsa dan Budiman ke
kawasan kelip-kelip. Mereka berhenti setelah sepuluh minit mendayung. Berdasarkan pandangan
Nurul Hafsa, keadaan gelap di situ adalah pada skala dua. Sambil menantikan kelip-kelip yang
mula hadir, Muhammad Taufik menerangkan kepada dua beradik itu tentang jenis kelip-kelip
atau dalam bahasa saintifiknya pteroptyx tener. Kemudian bilangan kelip-kelip menjadi semakin
banyak lalu menjadi satu gerombolan kelip-kelip yang berkerlipan secara serentak bagaikan
lingkaran Bimasakti. Pada malam itu Nurul Hafsa terkejut apabila dimaklumkan Muhammad
Taufik bahawa Puan Wickham ialah ibunya. Nurul Hafsa bersetuju dengan permintaan
Muhammad Taufik bahawa dia akan meneruskan pencerapan data populasi kelip-kelip andai
sesuatu terjadi kepada Muhammad Taufik.
BAB 12: STRATEGI
Muhammad Taufik akan mengambil masa seminggu untuk meminta bapanya menggunakan
pengaruh beliau agar dia dan Nurul Hafsa dapat bertemu dengan pegawai daerah dan panel
penasihatnya. Di hadapan dua insan penting tersebut, Nurul Hafsa memulakan pembentangan
dengan membaca surah al-A,raaf, ayat 56. Setelah dia dan Muhammad Taufik selesai membuat
pembentangan dan menjelaskan segala kekeliruan Dato’ Haji Mustofa , pegawai daerah Kuala
Selangor, mereka meminta Beliaumeneliti cadangan mereka untuk mewartakan Kuala Selangor
sebagai kawasan simpan langit gelap yang pertama di negara ini.
BAB 13: DENDAM KEMBALI MEKAR
Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama Johann Arlington-
Majid. Beliau memaklumkan minat mendalam menteri besar terhadap idea projek Kawasan
Simpan Langit Gelap. Johann marah dengan berita tersebut kerana hal itu bermakna dia tidak
dapat meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu-lampu daripada syarikat miliknya.
Johann merupakan ahli perniagaan yang hanya mementingkan kekayaan. Dia merupakan musuh
lama Tan Sri Muhaimin apabila Marion Wickham wanita yang dicintainya memilih Tan Sri
Muhaimin sebagai suami. Dato’ Mustafa memaklumkan bahawa Muhammad Taufik akan
membuat pembentangan terbuka tentang projek tersebut di hadapan menteri besar, ahli
akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Beliau meminta
Johann untuk belajar dan memberikan tempoh selama seminggu untuk berfikir bagi
mendapatkan tender projek tersebut jika mahu. Namun Johann tetap berkeras dengan
pendiriannya, dan rasa tamaknya.
BAB 14: GELAP DALAM TERANG
Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek yang diusahakan
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk memberi sokongan
malah untuk mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu. Nurul Hafsa dengan ditemani
Muhammad Haimin disisinya telah membentangkan projek tersebut kepada yang hadir. Segala
sanggahan daripada Johann telah berjaya dibidas dan Menteri Besar sentiasa menyokong
pandangan dan hujahannya. Pembentangan pada hari tersebut banyak berkisar tentang jenis
penggunaan lampu dan pencahayaan yang sesuai. Menteri Besar turut menegur sikap buruk
Johann dalam majlis tersebut. Pada akhir pembentangan Menteri Besar mengumumkan bahawa
pihak kerajaan negeri akan mengiklankan tender dalam masa terdekat. Johann yang sentiasa
bergelumang dengan dendam kesumat dalam diam mengatur rancangan untuk mengupah tiga
orang tonto bagi menyiasat pergeragan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan
mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut.
BAB 15: KHIANAT
Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju ke rumahnya
sambil memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia tidak pernah berasa terancam. Lorong
ke rumahnya memang tiada berorang melainkan dua tiga hari kebelakangan terdapat tiga orang
lelaki memotong rumput di tepi-tepi jalan. Namun demikian, dia hairan walaupun tiga orang
pemotong rumput bekerja tetapi lalang masih meninggi. Ketika dia menghentikan kenderaannya
di sisi motosikal Budiman, dia menerima berita Taufik ditimpa kemalangan. Mereka terus pergi
mencari Taufik dan bertemu dengannya dalam rimbunan lalang dengan bajunya dibasahi darah
di bahagian rusuk. Nurul Hafsa segera menelefon ambulans dan Taufik dibawa ke Hospital Besar
Tanjung Karang. Menerut siasatan awal, polis memberitahu walaupun penyerang mengambil
barang-barang berharga milik Taufik, namun mereka meninggalkan telefon bimbitnya sebagai
suatu mesej peribadi penjenayah kepada mangsa. Pihak hospital memaklumkan bahawa
Muhammad Taufik berada dalam keadaan stabil.
BAB 16: DUA KELIP-KELIP TERAKHIR DI DUNIA
Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk melawat Muhammad
Taufik. Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa Muhammad Taufik sedang
berbual dan sedikit bertelagah tentang kejadian yang menimpa anak mereka. Nurul Hafsa
meminta izain untuk berbual dengan mereka berdua dan menceritakan keazaman Muhammad
Taufik. Selepas itu mereka solat subuh berjemaah di surau hospital. Kemudian, mereka
mendapat khabar tentang keadaan Muhammad Taufik yang semakin baik walaupun belum sedar.
Nurul Hafsa melawat Muhammad Taufik dua hari kemudian sambal ditemani abangnya,
Budiman. Dia memohon maaf kepada rakan seperjuangannya itu atas segala yang terjadi. Dia
bersedia jika Muhammad Taufik ingin mengundurkan diri. Namun begitu, temannya itu masih
berkobar-kobar untuk meneruskan perjuang mereka bersama. Dalam pertemuan tersebut,
Muhammad Taufik sempat bertanyakan Nurul Hafsa tentang sebab dia tidak memakai selendang
hitam bermanik Kristal.
BAB 17: JALAN YANG DITINGGALKAN
Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan bekas isterinya berada di
hospital bersama Muhammad Taufik bahawa Ketua Inspektor Lim menasihati beliau agar
memberitahu pihak media bahawa kejadian yang menimpa anaknya merupakan kejadian jenayah
biasa bagi memudahkan pihak polis menjalankan siasatan. Namun begitu, Muhammad Taufik
tidak bersetuju dan meminta ayahnya memberitahu perkara sebenar bahawa serangan tersebut
bermotifkan khianat kerana dia yakin motif serangan tersebut adalah untuk membuktikan
kegelapan sebagai punca jenayah seterusnya menghalang projek kawasan Simpanan Langit
Gelap akan dihentikan. Setelah Menteri Besar berbincang dengan Tan Sri Muhaimin melalui
perbualan telefon, keesokan harinya akhbar mengeluarkan berita bahawa Kuala Selangor Akan
Diwartakan Sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap.
BAB 18: KERASUKAN
Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu kerja mencerap
populasi kelip-kelip terhenti. Sebagai menunaikan janji mereka terhadap Muhammad Taufik,
Nurul Hafsa dan Budiman meneruskan kerja tersebut dengan menggunakan peralatan pencerapan
yang telah disampaikan oleh Tan Sri Muhaimin kepada mereka berdua. Ketika meranduk semak
samun untuk balik ke kereta mereka selepas melakukan aktiviti pencerapan, tiba-tiba Nurul
Hafsa terdengar suatu bunyi dan ternampak Budiman tergelimpang di tanah. Sepantas kilat, dia
dicapai oleh tangan-tangan ganas. Dia ternampak susuk tiga orang lelaki sebelum mulutnya
dibalut dengan pita pelekat bersaiz lebar dan kepalnya disarung dengan kain gelap.
BAB 19: SELENDANG HITAM MANIK KRISTAL
Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan mengikut ibunya pulang ke
Otago apabila dia kejutkan dengan jambangan bunga berbalut selendang hitam bermanik kristal.
Dia menjumpai sekeping nota dalam jambangan tersebut yang memintanya berada di stesen
petronas pada jam 8.30 pagi hari tersebut. Hatinya bertambah bibang apabila melihat kerongsang
yang yakininya milik Nurul Hafsa. Muhammad Taufik meminta Tan Sri Muhaimin
menghentikan kereta di stesen petronas ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang dengan
alasan ingin ke tandas. Tanpa disedari kedua-dua orang tuanya, dia pergi ke tempat van putih
seperti yang tercatat dalam nota yang diterimanya. Ketika itu, dia diarahkan masuk ke dalam van
tersebut sebelum disarung sebelumnya tangannya diikat dan dimasukkan ke dalam but kereta.
Kepanya disarung dengan kain hitam sepanjang perjalanan. Muhammad Taufik dibawa ke lokasi
yang sama dengan tempat Nurul Hafsa ditahan. Menyedari situasi tersebut, dia cuba menenagkan
Nurul Hafsa walaupun tidak dapat melihat apa-apa sebelum dia dipukul di rusuknya sehingga
tidak sedarkan diri.
BAB 20: NYAWA UNTUK NYAWA
Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan keadaan Muhammad Taufik
yang belum dibebaskan. Dalam keadaan tersebut, Nurul Hafsa berasa bertuah kerana tidak
dicederakan. Dia pasti bahawa perancang jenayah ini sebenarnya ingin mencapai sesuatu yang
boleh diukur dengan wang. Jika rancangan tersebut gagal sekalipun, mereka masih boleh
melepaskan diri daripada tuduhan mencederakan, merogol atau membunuh mangsa. Dengan
bantuan pemandu van sekolah yang ditahannya ketika dia berjalan seorang diri, dia telah
membuat laporan polis. Haji Yassir dan Budiman bersyukur keran Nurul Hafsa selamat. Haji
Yassir menenangkan Tan Sri Muhaimin dengan meminta beliau bersabar, berdoa dan
menyerahkan segalnya kapada Allah. Kehilangan Muhammad Taufik disiarkan dalam berita
setiap jam di semua stesen televisyen tempatan.
BAB 21: LEGASI BAJU BIRU
Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Dengan
bantuan CCTV, pihak polis cuba mengecam van putih yang digunakan oleh penculik tersebut.
Malangnya, nombor pendaftaran kenderaan tersebut sukar dikesan kerana kabur. Tan Sri
Muhaimin telah memaklumkan kepada Ketua Inspektor Lim tentang pesanan ringkas yang
dihantar ke telefon bimbitnya yang memintanya menarik balik sebut harga Dedaun Emas jika
tidak mahu menerima padah. Berita tengah hari yang membawa khabar tentang penculikan
sensasi etrsebut secara besar-besaran telah membuahkan hasil. Seorang penduduk tempatan telah
membuat aduan tentang aktiviti bukan perladangan di sebuah ladang kelapa sawit yang terletak
jauh di pedalaman Bestari Jaya. Pasukan Gerak Khas telah diarahkan ke lokasi tersebut untuk
mengadakan serbuan dan tangkapan. Selepas berbalas tembakan, Muhammad taufik berjaya
diselamatkan.
BAB 22: CINTA PEJUANG
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor
untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin
dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas menyatakan rasa syukur
beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau. Musuh
perniagaannya pula bakan menghadapi pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik
meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Dia telah mengembalikan selendang hitam manik
kristal yang disimpannya semenjak hari pertama dia mengetahui Nurul Hafsa diculik.
Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke
kediaman orang tau Nurul Hafsa. Dalam keadaan malu dan meminta diri untuk membantu
mengemaskan kenduri yang baru selesai, dia menerima pesanan ringkas daripada Muhammad
Taufik bertulis kita ialah dua kelip-kelip terakhir di dunia.
Silir Daksina
BAB 1
Haiqal telah menerima sebuah manuskrip dan setiap hari pasti dibelek-belek olehnya manuskrip
itu. Manuskrip itu seolah-olah mempunyai tarikan untuk dibaca. Dia hampir-hampir kemalangan
akibat sentiasa memikirkan manuskrip itu. Manuskrip yang diterimanya itu berkaitan dengan
seorang lelaki yang bernama Abdullah bin Kayan. Haiqal teringat kembali semasa kecilnya iaitu
sewaktu ibunya memberitahu bahawa orang yang dipanggilnya walid iaitu Abdul Fatah hanyalah
bapanya tirinya. Bapanya yang sebenar ialah Abdullah bin Kayan. Sejak hari itu, dia bertekad
untuk mencari ayahnya apabila sudah dewasa.
BAB 2
Pada suatu petang Haiqal berada di sebuah gerai milik Ratna di tepi Pantai Batu Buruk kerana
ingin berjumpa dengan teman baiknya itu. Haiqa mengajak Ratna berjalan-jalan di tepi pantai
sambil bercerita tentang ayah kandungnya yang berpisah dengan ibunya. Dia tidak sanggup
bertanya kepada ibu sebab berlakunya perpisahan itu kerana takut menyinggung perasaan
ibunya. Haiqal memberitahu bahawa manuskrip yang baru diterimanya itu mungkin dapat
merungkaikan persoalan tentang ayahnya. Namun begitu, orang yang mengirim manuskrip itu
ialah seorang berbangsa cina yang bernama Ong Swee Hwa yang tidak dikenalinya.
BAB 3
1. Cikgu Amirulnizam (Abdullah Kayan) berada di balai raya untuk
belajar dan menyaksikan rakan-rakan dan anak muda sedang
belajar dan berlatih menari zapin. Dia tertarik hati dengan anak
Tauke Lim (Tauke Ong) , Ai Ling (Ong See Hwa) yang turut serta
dalam aktiviti itu. Setelah selesai berlatih, Amirulnizam berbual-
bual dengan Tauke Lim. Anak Tauke Lim itu mengingatkannya
kepada Aiman (Haiqal). Semasa di rumah, Amirulnizam berehat
sambil memandang rumah Tauke Lim. Amirulnizam teringat
peristiwa sewaktu Tauke Lim mula-mula datang ke kampungnya.
Asalnya dia seorang yang susah dan datang berjumpa dengan
arwah ayahnya untuk mengambil upah menoreh kebun getah milik
ayah yang terbiar selama ini. Sejak hari itu hubungan ayah dan
Tauke Lim bertambah baik. Dia seorang yang rajin sehingga
mampu mengumpul duit untuk membeli tanah kebun ayah. Sudah
18 tahun dia menetap di kampung itu dan amat disenangi oleh
penduduk kampung. Semasa arwah ayahnya masih hidup, dia
menganggap anak Tauke Lim iaitu Ai Ching dan Ai Ling seperti
cucunya.
Pada suatu pagi Tauke Lim meminta Amirulnizam untuk menumpangkan anaknya ke sekolah
kerana bateri keretanya tidak berfungsi. Amirulnizam mencadangkan Ai Ling menumpang dia
sahaja ke sekolah setiap hari. Semasa di sekolah, Amirulnizam diberitahu cikgu Latifah yang Ai
Ling seperti berminat dengan kelas Pendidikan Islam. Dia rasa dia mungkin ada peluang untuk
rapat dengan Ai Ling.
2. Setelah membantu Tauke Lim menggantikan bateri kereta,
Amirulnizam dipelawa oleh Tauke Lim ke pekan untuk belanjanya
minum. Semasa berbual-bual, Tauke Lim menyatakan
persetujuannya untuk membenarkan Ai Ling menumpangnya ke
sekolah setiap hari. Amirul berterus-terang dengan Tauke Lim
yang dia kesunyian semenjak ayahnya meninggal dunia dan dia
terpisah dengan anaknya Aiman.
3. Setelah selesai latihan zapin, Pak Haji Salam iaitu Ketua
Kumpulan Zapin Purnama meminta Amirulnizam dan beberapa
orang untuk berkumpul. Dia menjelaskan bahawa YB Samsuri
akan datang ke kampung itu dua minggu lagi dan pegawai Yayasan
Wawasan Negeri juga ingin datang kerana hendak mengkaji dan
mempelajari rentak zapin jincat. Amirul diminta untuk
menyiapkan atur cara persembahan nanti agar ramai yang hadir.
Tauke Lim pula berjanji untuk menanggung kos jamuan untuk
tetamu nanti. Abang Bakir mencadangkan agar majlis itu
diselitkan dengan acara deklamasi puisi dan Amirulnizam dapat
memilih peserta melalui murid sekolahnya. Amirulnizam teringat
kembali zaman kegemilangannya dalam bidang tersebut.
4. Amirul berasa gembira kerana Ai Ling merupakan salah seorang
peserta yang menyertai pertandingan deklamasi puisi yang
dirancangnya di sekolah. Ai Ling meminta agar Amirulnizam
mengajarnya cara mendeklamasikan sajak. Amirulnizam bersetuju
dan setelah berjanji, petang itu Ai Ling ditemani Ai Ching datang
ke rumahnya. Ai Ling memberitahu bahawa ibu bapanya
membenarkannya mendeklamasikan sajak di rumah Amirulnizam.
Amirulnizam mengajak Ai Ling dengan bersungguh-sungguh
sehinggakan dia dapat mendeklamasikan sajak dengan baik.
Setelah Ai Ling dan Ai Ching pulang, tiba-tiba sahaja
Amirulnizam teringatkan Aiman.
5. Kemenangan Ai Ling dalam pertandingan deklamasi puisi murid-
murid tahap satu telah menjadi perbualan ramai. Tauke Lim sangat
gembira. Dia mengucapkan terima kasih kepada Amirunizam
kerana mengajar anaknya sehingga menang. Tauke Lim, Abang
Bakir, dan Roslan meminta supaya Amirulnizam aktif semula
dalam bidang penulisan sajak dan cerpen. Sebenarnya, sejak
perpisahannya dengan isteri dan anaknya, dia telah membuat
keputusan untuk berhenti berkarya kerana kehilangan semangat.
Kehadiran Ai Ling mempengaruhi hidupnya. Ai Ling seolah-olah
pengganti kepada anaknya, Aiman sebagai tempat mencurahkan
kasih sayang.
6. Kehadiran YB Samsuri dan beberapa pegawai Yayasan Warisan
disambut meriah. Ramai orang kampung yang datang memenuhi
majlis tersebut. Semasa Ai Ling membuat persembahan deklamasi
sajak, Amirulnizam terbayang-bayang Ai Ling dan Aiman berada
di pentas itu. Lamunannya dikejutkan oleh tepukan gemuruh orang
ramai setelah persembahan selesai. Selepas itu, pelbagai
persembahan lain yang dipersembahkan. Majlis malam itu diakhiri
dengan persembahan lagu Gholiyabu yang dinyanyikan beramai-
ramai oleh penduduk kampung. Sebelum pulang, YB Samsuri
berjumpa dengan Amirulnizam secara peribadi dan mengucapkan
tahniah kepadanya. Beliau berharap agar Amirulnizam dapat
mengembangkan sastera dan bahasa di kampung itu dan
menjadikan Kampung Seri Purnama sebagai perkampungan
sastera.
7. Ai Ling sudah berusia dua belas tahun dan Amirulnizam
menganggapnya seperti anaknya sendiri. Kesihatan yang kurang
memuaskan telah membataskan aktivitinya. Suatu petang
Amirulnizam membawa Ai Ling dan Ai Ching ke Pantai Punggur.
Amirulnizam berbual-bual dengan Ai Ling. Ai Ling bertanya
tentang anak Amirulnizam iaitu Aiman. Amirulnizam
memberitahu bahawa Aiman berada di Terengganu dan seusia
dengan Ai Ling. Ai Ling teringin untuk berjumpa dengan Aiman
dan berkawan dengannya.
8. Amirulnizam semakin sibuk dengan persiapan aktiviti untuk acara
sambutan Hari Kemerdekaan peringkat mukim dan program
Berkampung Bersama Puisi yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Tahap kesihatannya semakin merosot dan bergantung kepada ubat
untuk mengurangkan kesakitan. Petang itu Ai Ling datang ke
rumah Amirulnizam. Dia bertanyakan helaian kertas kajang yang
ditulis oleh Amirulnizam. Amirulnizam berjanji akan menjadikan
Ai Ling orang pertama yang membaca hasil tulisan itu apabila siap
nanti. Bagi Amirulnizam, Ai Ling merupakan orang yang
menjadikan hidupnya yang kesepian menjadi lebih bermakna. Ai
Ling bertanyakan keadaan Amirulnizam yang kelihatan pucat dan
kurus. Namun dia menjelaskan bahawa dia penat dan banyak kerja.
Ai Ling juga turut bertanya tentang Aiman yang menyebabkan
Amirulnizam sukar untuk menjawabnya.
9. Dua hari sebelum majlis pelancaran Malam Sekampung Puisi
dilangsungkan, segala persiapan majlis itu berjalan dengan rancak.
Amirulnizam menggunakan masanya hingga larut malam untuk
menyiapkan puisi yang akan dideklamasikannya dan sempat
menaip dan menyimpan manuskripnya. Sakit kepalanya semakin
kerap menyerang. Pada malam itu dia rasa aneh kerana kerinduan
terhadap Aiman begitu kuat . Dia hanya mampu menatap gambar
anaknya sambil menangis teresak-esak.
BAB 4
Setelah habis membaca naskhah manuskrip yang ditulis oleh ayahnya, Haiqal berasa terharu dan
menitiskan air mata. Malam itu Haiqal pergi berjumpa dengan Ratna. Dia meluahkan rasa
bahawa cerita yang terdapat dalam manuskrip itu seolah-olah cerita tentang ayahnya. Haiqal
sentiasa berjumpa dengan Ratna untuk meluahkan masalah yang dihadapinya. Dia juga sentiasa
mengusik-usik Ratna dengan kata-kata dan bahasanya.
BAB 5
Manuskrip yang diterima oleh Haiqal itu telah menimbulkan kerinduan dan pelbagai persoalan
kepadanya. Haiqal begitu kagum dengan ayahnya. Dia terkilan tidak dapat hidup lama dengan
ayahnya kerana terpaksa memenuhi kehendak ibunya menguruskan perniagaan butik dan kilang
batik. Dia teringat lagi sewaktu dia tidak dapat menziarahi ayahnya yang meninggal dunia tujuh
tahun yang lalu kerana terpaksa menduduki peperiksaan UPSR.
BAB 6
Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna menyokong keputusan
Haiqal dan berharap dia pandai menjaga diri. Konflik timbul antara Haiqal dan ibunya setelah
dia menyuarakan hasrat untuk pergi ke kampung halaman ayahnya. Walaupun pelbagai perasaan
dan alasan yang diluahkan oleh Haiqal, namun ibunya tetap berkeras tidak membenarkannya
pergi. Namun begitu, Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman ayahnya walaupun tidak
dibenarkan oleh ibunya. Walid memahami perasaan Haiqal dan menyokong keputusannya secara
dam-diam.
BAB 7
Haiqal mula bertolak menaiki bas ekspres menuju ke Johor. Sebelum itu, dia dihantar dan
ditemani oleh Ratna sementara menunggu bas di stesen bas. Haiqal menolak tawaran bapa tirinya
untuk menghantarnya ke stesen bas kerana bimbang dia menjadi mangsa kemarahan ibunya.
BAB 8
Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah menaiki sebuah teksi untuk ke Kampung Seri
Purnama. Pemandu teksi iaitu pak cik Salleh telah menurunkan Haiqal di sebuah warung
kampung tersebut. Setelah bertanya kepada pemilik warung itu iaitu Wak Min, Haiqal diminta
menunggu Tauke Ong yang akan membawanya dan menunjukkan rumah arwah ayahnya. Setelah
Tauke Ong datang, dia diperkenalkan kepada Haiqal oleh Wak Min. Kemudian, Tauke Ong terus
membawa Haiqal ke rumah arwah ayahnya.
BAB 9
Haiqal dikejutkan dengan bunyi hon kereta Tauke Ong yang telah menunggunya di halaman
rumah. Setelah bersiap, Haiqal terus menaiki kereta Tauke Ong dengan perasaannya yang gelisah
kerana dia sedar ada seorang gadis di dalam kereta tersebut. Tauke Ong memaklumkan kepada
Haiqal bahawa mereka akan ke pekan untuk makan tengah hari.
BAB 10
Tauke Ong memberikan sebuah motosikal kepunyaan anaknya kepada Haiqal untuk
memudahkan pergerakan Haiqal. Haiqal menggunakan motosikal tersebut untuk ke kubur
ayahnya. Setelah berjaya mencari kubur ayahnya, Haiqal diselubungi rasa sebak mengenangkan
arwah ayahnya.
BAB 11
Haiqal menyedari bahawa dia telah berada di kampung arwah ayahnya selama seminggu. Dalam
tempoh ini telah banyak urusan berkaitan amanah yang ditinggalkan oleh ayahnya kepada Tauke
Ong berjaya diselesaikan. Namun, Haiqal tetap menyerahkan segala urusan tinggalan ayahnya
iaitu ladang kelapa sawit kepada Tauke Ong kerana dia tidak mempunyai pengetahuan mengenai
pengurusan ladang kelapa sawit. Walau bagaimanapun, Tauke Ong tetap mahukan Haiqal
mempelajari cara-cara menguruskan ladang kelapa sawit. Haiqal banyak mempelajari mengenai
kelapa sawit daripada dua orang kampung yang mengambil upah memotong buah kelapa sawit
iaitu Bidin dan Salleh. Semua yang berlaku dalam tempoh seminggu di Kampung Seri Purnama
diceritakan Haiqal kepada Ratna dan juga adik tirinya Nurul Asiyah melalui SMS. Haiqal telah
mula mengenali remaja-remaja kampung tersebut. Antaranya ialah Lazim iaitu anak kepada Haji
Salim yang seusia dengannya. Haiqal selalu diajak memancing ikan pada sebelah petang. Haiqal
telah pergi memancing ikan puyu bersama-sama dengan Lazim. Sambil mereka memancing,
Haiqal dapat melihat suasana kampung yang menyebabkan dia teringat kembali zaman kanak-
kanaknya. Lazim telah menyatakan hasratnya untuk tidur di rumah Haiqal pada malam minggu.
BAB 12
Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat keadaan balai
raya yang tidak terurus kecuali ada beberapa bahagian dalam balai raya itu yang kelihatan terurus
dan terjaga. Berbeza dengan sebelum ini, balai raya itu dikatakan lebih terurus dan mempunyai
banyak buku yang menjadi bahan bacaan penduduk kampung. Haiqal seakan tidak percaya
bahawa buku-buku yang terdapat dalam balai raya itu ialah hasil daripada penulisan arwah
ayahnya. Malah, sejarah hidup ayahnya juga turut dipamerkan di situ. Haiqal tertarik dengan
sebuah album besar yang menyimpan gambar-gambar ayahnya. Berdasarkan gambar-gambar
tersebut, Haiqal dapat mengetahui bahawa arwah ayahnya merupakan seorang penari zapin.
Hakikatnya, ayahnya ialah orang yang bertanggungjawab menghidupkan kumpulan zapin Seri
Purnama.
BAB 13
Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin dimainkan semula di balai raya kampung Seri
Purnama telah disampaikan kepada Ketua Kampung Seri Purnama oleh Pak Cik Bakar. Haiqal
juga memaklumkan perkara tersebut kepada See Hwa dan Tauke Ong.
BAB 14
Haiqal banyak menghabiskan masanya di balai raya kampung tersebut untuk bersama-sama
dengan penduduk kampung membuat latihan zapin.
BAB 15
Balai raya yang sebelum ini sepi telah kembali berseri. Penduduk Kampung Seri Purnama
masing-masing sibuk membuat persiapan untuk persembahan zapin.
BAB 16
Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang terletak di Bumi
Kenyalang. Haiqal sedar bahawa umi tidak lagi berdendam dengan ayah apabila umi bersama
dengan walid serta adik tirinya sanggup datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan
Haiqal mempersembahkan tarian zapin jincat. Persoalan Haiqal mengenai Ratna yang selama ini
sepi tanpa berita akhirnya terjawab. Ratna telah bertunang dengan seorang usahawan muda yang
menjadi rakan kongsi dalam perniagaannya.
SENARAI 5 KEKUATAN, KEKURANGAN DAN CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN SETIAP NOVEL
Leftenan Adnan Wira Bangsa
• kekuatan
Pada pendapat saya, terdapat lima kekuatan dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya
Abdul Latip Talib. Novel ini menarik kerana jalan cerita berdasarkan kisah benar tentang
pahlawan dahulu. Seterusnya, novel ini dapat memupuk semangat cinta akan negara dalam diri
pembaca. Novel ini juga mengajarkan kita untuk menghargai jasa mereka yang sanggup
bertumpah darah untuk memerdekakan kita. Gaya penulisan yang terperinci pula menambahkan
lagi aliran emosi dalam diri pembaca. Akhir sekali, novel ini dapat menaikkan semangat generasi
muda untuk mempertahankan Malaysia.
• kekurangan
Pada pendapat saya, terdapat lima kekurangan dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya
Abdul Latip Talib. Antaranya ialah jalan cerita dalam novel ini agak panjang dan meleret. Selain
itu, nombor-nombor dan fakta dalam novel ini terlalu banyak dan menganggu ketenteraman
pembaca untuk memahami jalan cerita. Seterusnya, penulis tidak mendedahkan situasi selepas
Leftenan Adnan dicampak dan ditikam oleh askar Jepun. Watak Amarullah, adik kepada
Leftenan Adnan juga tidak banyak diceritakan dalam novel ini. Akhir sekali, penulis tidak
menceritakan nasib isteri Leftenan Adnan, Sophia ketika suaminya pergi berperang.
• cadangan penambahbaikan
Pada pendapat saya, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan dalam novel Leftenan Adnan
Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib. Penulis perlu meringkaskan jalan cerita agar tidak melerat
dan panjang. Selain itu, penulis boleh menceritakan kejadian selepas Leftenan Adnan ditikam
teruk oleh askar Jepun. Penulis juga boleh mengurangkan penggunaan nombor dan faktar agar
tidak menganggu penyampaian jalan cerita. Akhir sekali, penulis menceritakan pengorbanan
Sophia menjaga 3 anak seorang diri ketika suaminya pergi berperang.
Di Sebalik Dinara
• kekuatan
Pada pendapat saya, terdapat lima kekuatan dalam novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor.
Antaranya ialah novel ini merupakan novel sains fiksyen. Selain itu, novel ini dekat dengan
dunia sekarang iaitu dunia IT. Seterusnya, novel ini sangat menarik kerana terdapat plot twist
yang tidak akan dijangka oleh pembaca. Novel ini mempunyai banyak fakta yang boleh
menambah ilmu pengetahuan pembaca. Akhir sekali, terdapat banyak nilai murni yang boleh
dicontohi dalam novel ini.
• kekurangan
Pada pendapat saya, terdapat beberapa kekurangan dalam novel Di Sebalik Dinara karya Dayang
Noor. Kekurangan yang pertama ialah nama tajuk novel tidak sesuai dengan cerita yang
disampaikan. Selain itu, novel ini lebih menceritakan tentang futuristik berbanding peristiwa
yang sedang berlaku sekarang. Seterusnya, watak antogis tidak begitu menonjol. Pengakhiran
cerita pula agak memeningkan kerana tiba-tiba satu watak dalam novel meninggal dalam cerita
tamat begitu sahaja. Akhir sekali, Watak tidak berkembang.
• cadangan penambahbaikan
Pada pendapat saya, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan dalam novel Di Sebalik
Dinara karya Dayang Noor. Antaranya ialah watak antogis perlu lebih kejam supaya dapat
menjayakan waktu tersebut. Selain itu, penulis boleh memastikan binaan ayat sesuai untuk
semua peringkat umur pembaca. Penulis juga boleh memperkemaskan lagi jalan cerita agar
pembaca faham. Seterusnya, menyelitkan situasi semasa daripada bercerita tentang futuristik.
Akhir sekali, kulit belakang novel ini nampak kosong dan tidak kreatif.
Jendela Menghadap Jalan
• kekuatan
Pada pendapat saya, terdapat lima kekuatan dalam novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin. Novel ini mempunyai jalan cerita yang suspens yang akan membuatkan
pembaca menjadi teruja untuk meneruskan bacaan. Selain itu, novel ini dapat menambat hati
pembaca tentang pengucapan watak secara bersendirian. Seterusnya, pembaca diberi gambaran
tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku. Akhir sekali, pembaca jugak tidak akan bosan
kerana novel ini mempunyai pertuturan antara dua watak.
• kekurangan
Pada pendapat saya terdapat lima kekurangan dalam novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin. Sesetengah plot yang digunakan kurang sesuai. Selain itu, jalan cerita di
dalam novel ini amat perlahan dan meleret. Plot di dalam novel ini juga berulang-ulang.
Seterusnya, bagi saya tajuk novel tiada kaitan dengan jalan cerita novel ini. Akhir sekali, watak
Lili terlalu pasif dan tidak berkembang.
• cadangan penambahbaikan
Pada pendapat saya, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan dalam novel Jendela
Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Antaranya ialah penulis boleh perbaiki plot untuk
menghasilkan plot yang lebih menarik. Selain itu, digalakkan untuk mengurangkan implikasi
dalam bahasa agar tidak meleret. Penulis juga boleh menambahkan lagi watak sampingan untuk
menjadikan cerita ini lebih menarik. Ayat yang digunakan boleh diringkaskan dan mudah
difahami. Akhir sekali, meletakkan banyak gambar agar pembaca dapat menggambarkan watak
atau sesuatu peristiwa.
Pantai Kasih
• kekuatan
Pada pendapat saya, terdapat beberapa kekuatan novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin.
Kekuatan yang pertama ialah pemulaan novel ini sangat menarik. Selain itu, penulis berjaya
membuatkan jalan cerita novel ini mudah difahami pembaca. Pembaca juga diberi gambaran
tentang peristiwa yang berlaku kerana terdapat dialog dalam novel ini. Seterusnya, pembaca
dapat menjiwai watak yang ditulis dalam novel melalui aliran emosi. Akhir sekali, terdapat
banyak pengajaran yang boleh diambil daripada novel Pantai Kasih.
• kekurangan
Pada pendapat saya, terdapat lima kekurangan dalam novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin.
Penulis boleh menambahkan bilangan bab dan mengurangkan kandungan dalam satu agar
pembaca tidak tertumpu di satu bab dan bosan. Perkembangan watak utama tidak terlaku
menjadi kerana terlalu baik dan memaafkan. Watak antogis pula begitu kejam terhadap orang
yang tidak bersalah. Seterusnya, cerita ini agak tergantung. Akhir sekali, pengakhiran cerita ini
tidak dramatik dan terlalu biasa.
• cadangan penambahbaikan
Pada pendapat saya, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan dalam novel Di Sebalik
Dinara karya Azmah Nordin. Antaranya ialah penulis boleh menambahkan bilangan bab supaya
dapat mengurangkan isi cerita dalam satu bab. Selain itu, jalan cerita akan lebih menarik jika
terdapat plot twist di hujung cerita. Seterusnya, menambah latar tempat di dalam novel supaya
jalan cerita menjadi lebih terperinci. Akhir sekali, mengembangkan perwatakan watak utama
supaya lebih menarik.
Songket Berbenang Emas
• kekuatan
Pada pendapat saya, terdapat lima kekuatan dalam novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Kekuatan novel yang pertama ialah pembaca boleh mencontohi perwatakan
watak utama dalam novel ini. Kekuatan novel yang kedua ialah jalan cerita di dalam novel ini
sangat dekat dengan diri pelajar kerana soal perhubungan dan persekolahan. Kekuatan novel
yang ketiga ialah dapat membuatkan pembaca emosi kerana jalan cerita yang menusuk kalbu.
Kekuatan novel yang keeempat ialah novel ini mengingatkan kita bahawa semua perkara yang
berlaku pastu ada hikmahnya. Kekuatan novel yang kelima ialah, novel ini menceritakan
tanggungjawab yang dipikul oleh anak sulung.
• kekurangan
Pada pendapat saya, terdapat lima kekurangan dalam novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Antaranya ialah watak utama dalam novel ini tidak membuat keputusan yang
tepat. Watak jahat di dalam novel ini tidak menonjol. Novel ini kurang semangat perpaduan
antara kaum. Akhir sekali, pengakhiran novel ini tergantung begitu sahaja.
• cadangan penambahbaikan
Pada pendapat saya, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan dalam novel Songket
Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Penulis perlu membuatkan watak antogonis dalam
novel ini lebih jahat. Selain itu, penulis boleh menambahkan dialog supaya jalan cerita lebih
mudah difahami. Penulis juga perlu menyusun ayat dengan lebih kreatif untuk menjadikan
penulisan lebih menarik. Seterusnya, menambah plot agar pembaca tidak bosan. Akhir sekali,
membina pengakhiran cerita yang lebih mantap.
Tirani
• kekuatan
Pada pendapat saya, terdapat lima kekuatan dalam novel Tirani karya Ben Sabariah. Antaranya
ialah perkembangan watak dalam novel ini bagus dan menarik. Selain itu, novel ini membuatkan
pembaca ingin tahu budaya masyarakat di Sabah. Seterusnya, terdapat banyak pengajaran yang
boleh diambil selepas membaca novel Tirani. Plot didalam novel ini juga tidak bosan kerana
tidak berulang-ulang. Akhir sekali, penulis bijak menyelitkan tentang budaya kaum di dalam
jalan cerita.
• kekurangan
Pada pendapat saya, terdapat lima kekurangan dalam novel Tirani karya Ben Sabariah. Jalan
cerita menyimpang daripada plot utama. Selain itu, watak utama tidak mensyukuri nikmat yang
telah diberikan oleh Allah SWT. Sebahagian jalan cerita pula mempunyai alasan yang tidak
munasabah. Jalan cerita novel ini tergantung pada hujung cerita. Akhir sekali, pembawaan cerita
yang biasa.
• cadangan penambahbaikan
Pada pendapat saya, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan dalam novel Tirani karya Ben
Sabariah. Antaranya ialah penulis mestilah memantapkan lagi pengakhiran agar tidak tergantung.
Jalan cerita juga perlu diperkemaskan agar tidak terlalu biasa dan bosan. Selain itu, mencari
sebab yang lebih munasabah untuk sesuatu peristiwa. Seterusnya, penulis digalakkan untuk
menyusun ayat dengan lebih mudah supaya pembaca tidak keliru. Akhir sekali, menggunakan
warna yang kontra sebagai kulit hadapan dan belakang novel.
Bimasakti Menari
• kekuatan
Pada pendapat saya, terdapat lima kekuatan dalam novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu
Mohd Yusop. Antaranya ialah jalan cerita yang sangat menarik. Penulis juga seorang yang bijak
kerana novel ini memerlukan pengetahuan penulis tentang galaksi. Oleh itu, pembaca dapat
banyak info baru tentang alam sekitar. Seterusnya, novel ini juga dapat memberikan kesedaran
kepada pembaca untuk menjaga bumi. Akhir sekali, jalan cerita novel ini tidak tersasar daripada
objektif penulis.
• kekurangan
Pada pendapat saya, terdapat lima kekurangan dalam novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu
Mohd Yusop. Antaranya ialah banyak konflik dalam novel ini yang memeningkan fikiran
pembaca. Watak antagonis pula muncul pada waktu yang tidak sesuai. Selain itu, penulis tidak
menjelaskan secara terperinci beberapa peristiwa dalam novel ini. Akhir sekali, watak utama
gagal mencapai matlamatnya.
• cadangan penambahbaikan
Pada pendapat saya, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan dalam novel Bimasakti
Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop. Antaranya ialah penulis boleh mengembangkan lagi
watak utama supaya lebih menarik. Selain itu, penulis digalakkan untuk tidak menambah konflik
yang terlalu banyak kepada watak utama dan menumpukan kepada objektif utama jalan cerita.
Seterusnya, membina satu plot yang lebih menarik agar pembaca tidak bosan yang lebih teruja.
Akhir sekali, penulis perlu lebih kreatif dalam memilih kulit buku.
Silir Daksina
• kekuatan
Pada pendapat saya, terdapat lima kekuatan dalam novel Silir Daksina karya Nizar Parman.
Antaranya ialah plot tidak menyimpang dengan jalan cerita. Yang kedua ialah penulis
memperkenalkan tarian kebudayaan kita iaitu tarian zapin. Seterusnya, novel ini dapat memberi
contoh kepada pembaca untuk mengeratkan perpaduan antara kaum. Watak di dalam novel ini
jelas. Akhir sekali, banyak pengajaran yang boleh diambil selepas membaca novel Silir Daksina
ini.
• kekurangan
Pada pendapat saya, terdapat lima kekurangan dalam novel Silir Daksina karya Nizar Parman.
Antaranya ialah matlamat novel ini terlalu sederhana. Watak tidak fokus kepada cerita utama.
Selain itu, watak sampinga tidak memberikan impak kepada jalan cerita. Seterusnya, Jalan cerita
yang perlahan dan membosankan. Akhir sekali, tajuk novel tidak sesuai dengan cerita.
• cadangan penambahbaikan
Pada pendapat saya, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan dalam novel Silir Daksina
karya Nizar Parman. Yang pertama, menguatkan lagi pernanan watak sampinga supaya memberi
impak kepada jalan cerita. Penulis juga boleh membina plot yang menarik agar cerita tidak
perlahan dan pembaca lebih teruja. Selain itu, menambahkan bilangan bab supaya kandungan
cerita tidak tertumpu pada satu bab sahaja. Seterusnya, penulis perlu memperkemaskan lagi jalan
cerita dan akhir sekali perlu kreatif dalam menghasilkan kulit buku.
RUJUKAN
i. Rujukan Buku
1. Goodreads. (1970, January 1). Jendela Menghadap Jalan by Ruhaini Matdarin.
Goodreads. Retrieved June 11, 2022, from
https://www.goodreads.com/book/show/6694364-jendela-menghadap-
jalan?ac=1&from_search=true&qid=iDZRDHFzuZ&rank=1
2. Goodreads. (1970, January 1). Pantai Kasih by Azmah Nordin. Goodreads.
Retrieved June 11, 2022, from https://www.goodreads.com/book/show/24969026-
pantai-kasih?ac=1&from_search=true&qid=8dTO13asY9&rank=1
3. Goodreads. (1970, January 1). Tirani by Beb Sabariah. Goodreads. Retrieved
June 11, 2022, from https://www.goodreads.com/book/show/5638062-
tirani?ac=1&from_search=true&qid=LAgHAutPn6&rank=3
4. Goodreads. (1991, January 1). Songket Berbenang Emas by Khairuddin Ayip.
Goodreads. Retrieved June 11, 2022, from
https://www.goodreads.com/book/show/6439054-songket-berbenang-
emas?ac=1&from_search=true&qid=9MPeykKZwI&rank=1
5. Goodreads. (2010, July 9). Silir Daksina by Nizar Parman. Goodreads.
Retrieved June 11, 2022, from https://www.goodreads.com/book/show/11704364-
silir-daksina?from_search=true&from_srp=true&qid=O1N4QyBvUu&rank=1
6. Goodreads. (2012, December 6). Di Sebalik Dinara by Dayang Noor.
Goodreads. Retrieved June 11, 2022, from
https://www.goodreads.com/book/show/16544951-di-sebalik-
dinara?ac=1&from_search=true&qid=eGi9Ms2Jk6&rank=1
7. Goodreads. (n.d.). Bimasakti Menari. Goodreads. Retrieved June 11, 2022,
from https://www.goodreads.com/book/show/12975147-bimasakti-
menari?ac=1&from_search=true&qid=wNIHbsSr0d&rank=1
8. Goodreads. (n.d.). Leftenan Adnan Wira bangsa. Goodreads. Retrieved June
11, 2022, from https://www.goodreads.com/book/show/9045221-leftenan-adnan-
wira-bangsa?ac=1&from_search=true&qid=ZZMAqcF5e6&rank=1
9. Novel pantai kasih : Tema, Persoalan, Nilai & Pengajaran. Ipendidikan.my.
(2021, August 10). Retrieved June 11, 2022, from
https://www.ipendidikan.my/novel-pantai-kasih.html
10. SGO, A. (2019, October 2). Novel Leftenan Adnan Wira bangsa. Sistem
Guru Online. Retrieved June 11, 2022, from
https://www.sistemguruonline.my/2019/09/novel-leftenan-adnan.html
11. Unknown. (1970, January 1). Nota KOMSAS Tingkatan 5 (novel). Sokesto
Bestari. Retrieved June 11, 2022, from
https://sksungaitong.blogspot.com/2017/10/nota-komsas-tingkatan-5-novel.html
12. YouTube. (2021, February 14). Drama pendek | novel pantai Kasih Ting 4 by
SMK Pernu #pantaikasih #novelpantaikasih. YouTube. Retrieved June 11, 2022,
from https://www.youtube.com/watch?v=JsjKZiE8Z0w
13. YouTube. (2021, February 4). Novel Silir Daksina (sinopsis). YouTube.
Retrieved June 11, 2022, from https://www.youtube.com/watch?v=rsJsI-lmQAM
14. YouTube. (2021, July 13). 5 minit: Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira
bangsa. YouTube. Retrieved June 11, 2022, from
https://www.youtube.com/watch?v=rCt8-OyCNLo
15. YouTube. (2021, June 21). Sinopsis novel Di Sebalik Dinara Karya Dayang
Noor. YouTube. Retrieved June 11, 2022, from
https://www.youtube.com/watch?v=FYw94a3bN6w
ii. Rujukan Internet
1. http://komsas4.blogspot.com/2017/02/sinopsis-leftenan-adnan-wira-bangsa.html?m=1
2. http://cuit-cuitbahasa.blogspot.com/2015/01/sinopsis-di-sebalik-dinara-bab-1-bab-5.html?m=1
3. http://noveljendelamenghadapjalan.blogspot.com/2016/12/sinopsis.html?m=1
4. https://mesradidik.blogspot.com/2017/04/novel-pantai-kasih-sinopsis-keseluruhan.html?m=1
5. http://cuit-cuitbahasa.blogspot.com/2018/01/sinopsis-novel-songket-berbenang-
emas.html?m=1
6. http://cikgusyahiza.blogspot.com/2019/01/sinopsis-keseluruhan-novel-tirani.html?m=1
7. https://www.sistemguruonline.my/2019/09/novel-bimasakti-menari.html
8. https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-silir-daksina-komsas-tingkatan-5.html?m=1