The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU 5 MINIT ANTI DADAH SK SUNGAI BURONG TANJONG KARANG

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ibnuyusop87, 2022-05-30 19:27:30

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH SK SUNGAI BURONG

BUKU 5 MINIT ANTI DADAH SK SUNGAI BURONG TANJONG KARANG

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BURONG
BATU 12 JALAN BERNAM
45500 TANJONG KARANG
SELANGOR

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH 1

BAHAGIAN 1

DADAH

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH 2

TAJUK 1
APA ITU DADAH?

Dadah ialah bahan psikoaktif yang mendatangkan kemudaratan kepada
kesihatan seseorang pengguna dari segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan
emosi) serta tingkahlaku apabila digunakan sama ada dimakan, diminum,
disuntik atau dihidu. Dadah tidak digunakan bersama perkataan
"penyalagunaan" yang lazim digunakan oleh orang ramai. Perkataan
penyalahgunaan adalah berlebihan (redundant) apabila digunakan bersama
istilah "DADAH". Dalam hal ini, perkataan "penggunaan" atau "penagihan"
adalah perkataan yang sesuai bagi menggambarkan penggunaan dadah.

Dadah mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
a. Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan
saraf tunjang);
b. Digunakan bukan untuk tujuan perbuatan dan penggunaanya adalah
dilarang;
c. Diperolehi secara haram;
d. Membawa kepada penggantungan fizikal dan psikologikal dan
meningkatkan daya tahan terhadap dadah; dan
e. Mendatangkan kesan-kesan buruk/bahaya ke atas kesihatan dan
fungsi sosial.

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH 3

TAJUK 2
JENIS-JENIS DADAH

Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut :

a. OPIAT - Heroin, Morfin, Candu dan Kodein

b. KANABIS - Ganja, Hashish

c. DEPRESEN - Sedatif / Hipnotik, Jenis Barbiturat dan
bukan

Barbiturat serta Transquilizer

d. STIMULAN - Jenis Amfetamin dan Kokain;

e. HALUSINOGEN - Lysergic Acid Diethylamine (LSD),
Meskalin.

Takrif dadah tidak meliputi bahan-bahan pelarut seperti gam dan petrol,
termasuk alkohol dan tembakau walaupun bahan-bahan ini mempunyai
banyak persamaan dengan dadah dari segi kesannya.

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH 4

TAJUK 3
PERBEZAAN DI ANTARA UBAT DAN DADAH

Ubat dan Dadah mempunyai perbezaan yang amat ketara di antara satu
sama lain. Perbezaannya adalah seperti berikut :-

BIL UBAT DADAH

1. Ubat memberi manfaat seperti Dadah tidak bersifat sedemikian
menyembuh dan merawat penyakit. tetapi memudaratkan kesihatan.

2. Ubat tidak memberikan kesan yang Dadah akan memberi kesan
tidak diingini atau kesan sampingan berbahaya yang berkekalan
yang minima seperti pening kepala, sebagai satu tabiat yang
panas badan dan mengantuk. berkekalan (withdrawal) walaupun
Kesan ini akan hilang apabila pengambilan dan penggunaannya
pengambilan ubat tersebut dihentikan.
dihentikan.

3. Ubat tidak semuanya berupaya Semua jenis dadah memberi
mempengaruhi otak dan minda kesan mendalam terhadap otak
seseorang yang menggunakannya. dan minda seseorang. Oleh itu,
dadah dikenali sebagai bahan
psikoaktif dan penggunaannya
tertakluk kepada Akta Dadah
Berbahaya (ADB) 1952, pindaan
1982.

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH 5

TAJUK 4
CIRI-CIRI PENAGIHAN DADAH

Dadah mewujudkan satu keprihatinan dengan keinginan, keperluan dan nilai-
nilai tersendiri yang berbeza sama sekali berbanding dengan keadaan
sebelum menagih. Kehidupan mereka (sosial, psikologikal dan fizikal)
bergantung kepada dadah secara total. Tumpuan utama dalam hidup ini
ialah kepada dadah dan wang serta hendak mendapatkan bekalan. Ciri-ciri
lain penagihan dadah termasuklah ;

1. Toleran meningkat.
2. Gejala tarikan
3. Merasa terdesak (gian) untuk mengambil dadah, lebih-lebih

lagi apabila cuba berhenti daripada mengambilnya.
4. Tidak dapat mengawal kekerapan menggunakan dadah.
5. Cenderung untuk menagih semula setelah berhenti.

Apabila seseorang terjebak dalam dunia dadah, amat sukar sekali untuk
keluar dari jaringan dadah ini.

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH 6

TAJUK 5
KESAN-KESAN PENGGUNAAN DADAH KE ATAS MANUSIA

Kesan pengambilan dadah kepada manusia amat buruk sekali, sama ada
pengambilan dadah secara suntikan ataupun pengambilan dadah melalui
mulut. Kesan-kesan buruknya adalah seperti berikut:

Kesan Pengambilan Dadah Secara Suntikan.

1. Meningtis (penyakit jangkitan otak)
2. Tetanus ( penyakit kancing gigi)
3. Endokarditis (penyakit jangkitan jantung)
4. AIDS, Hepatitis B,C dan D
5. Bisul, Kudis kurap dan pelbagai penyakit kulit lain.

Kesan Pengambilan Dadah Melalui Mulut

1. Kerosakan paru-paru dan hati.
2. Kerosakan sistem penghadaman (zat makanan tidak

mencukupi
3. Kerosakan buah pinggang
4. Otot-otot badan mengecut menyebabkab badan lesu dan

tidak bermaya.
5. Berat badan menurun.
6. Kemungkinan akan lumpuh

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH 7

TAJUK 6
UNDANG-UNDANG DADAH DI MALAYSIA

Undang-undang dadah di Malaysia merupakan antara undang-undang yang
paling keras di dunia. Pada masa ini terdapat beberapa undang-undang yang
berkaitan dengan pengawalan dadah di Malaysia. Terdapat juga beberapa
peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah yang dikeluarkan oleh Menteri di
bawah Akta dan Ordinan tersebut.

Lima undang-undang utama yang berkaitan dengan dadah ialah:

1. Akta Dadah Berbahaya 1952
2. Akta Racun 1952
3. Akta Penagih Dadah (Rawatan dan pemulihan)1983
4. Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan

Khas) 1985
5. Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakkan Harta) 1988.

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH 8

TAJUK 7
AKTA DADAH BERBAHAYA

Di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) Pindaan 1983, seseorang akan
dihukum mati mandatori (Seksyen 39B) jika didapati mengedar dadah yang
beratnya adalah seperti berikut :-

HEROIN - 15 gram atau lebih
MORFIN - 15 gram atau lebih
CANDU - 1000 gram atau lebih
GANJA - 200 gram atau lebih
KOKAIN - 40 gram atau lebih

Akta Dadah Berbahaya 1952 merupakan undang-undang utama berkaitan
dengan pengawalan dadah di Malaysia. Akta ini agak menyeluruh di mana
ia mengandungi beberapa aspek berkaitan dengan kesalahan, prosedur dan
keterangan. Antara lain ia juga memperuntukkan hukuman gantung sampai
mati mandatori bagi kesalahan mengedar dadah.

Undang-undang ini telah melalui proses pindaan bagi menghadapi
peningkatan masalah pengedaran dan penagihan dadah yang semakin berat.

Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, mula berkuatkuasa di Semenanjung
Malaysia pada 1 November 1952. Pemakaian Akta ini telah diperluaskan ke
Sabah dan Sarawak (termasuk Labuan) pada 1 Jun 1978 melalui Perintah
Pengubahsuaian Undang-undang (Racun dan Dadah Berbahaya) (Perluasan
dan Pengubahsuaian).

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH 9

TAJUK 8
PUNCA-PUNCA PENGLIBATAN REMAJA DALAM PENAGIHAN DADAH

Pada era dunia globalisasi kini, masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan
masyarakat di negara kita, khususnya remaja sekolah amat membimbangkan
dan menjadi semakin rumit untuk ditangani. Antaranya ialah penyalahgunaan
dadah. Penularan gejala ini telah menimbulkan satu masalah besar kepada
negara. Kerajaan berhasrat membanteras gejala ini untuk merealisasikan
Sekolah Bebas Dadah 2012 dan seterusnya Negara Bebas Dadah 2015.
Namun begitu setiap tahun, bilangan penagih dadah semakin bertambah
sedangkan penagih yang sedia ada tidak pula berkurangan atau sembuh.

Remaja dan proses bina insan adalah sesuatu yang bergerak seiring.
Remaja adalah tonggak negara pada masa hadapan. Remaja akan menjadi
jentera penggerak untuk menerajui negara. Kualiti remaja hari ini
melambangkan kualiti negara pada masa akan datang. Aspek pembinaan
insan menjadi amat penting untuk membentuk jati diri seorang pelajar agar
prosesnya berlaku secara harmoni dan seimbang.

Dari sudut psikologi, zaman remaja merupakan zaman yang penuh dengan
keindahan dan pancaroba yang perlu dilalui dengan jati diri yang kuat.
Penularan penyalahgunaan dadah bermula daripada pengaruh rakan
sebaya. Remaja umpama lalang, mudah terikut-ikut dan terpengaruh oleh
pujukan serta desakan pihak lain. Remaja lazimnya mudah menerima dan
meniru perlakuan rakan sebaya. Hal ini berpunca daripada pujukan rakan
yang telah melibatkan diri dengan perlakuan yang tidak sihat seperti mencuri,
menagih dadah dan sebagainya, mereka dilihat begitu mudah terpengaruh.
Jika pada awalnya sekadar suka-suka, lama kelamaan apa yang dilakukan
itu telah menjadi sebati dalam diri sehingga akhirnya menjerat diri sendiri.

Kajian Caroll (1998), menunjukkan bahawa pengambilan dadah
dalam kalangan remaja berpunca daripada ketidakupayaan untuk

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH 10

mengelakkan diri daripada pengaruh rakan sebaya. Hubungan akrab dalam
kalangan rakan sebaya ini disebabkan oleh sikap dan pengalaman yang
dilalui oleh mereka. Rakan sebaya yang memiliki imej kendiri yang negatif
serta tidak pernah takut untuk mencuba sesuatu tingkah laku baru, telah
mendorong mereka untuk melibatkan diri dalam penyalahgunaan dadah.

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH 11

TAJUK 9
DADAH TIRUAN

Kebijaksanaan yang diberikan oleh ALLAH disalahguna oleh sesetengah
pihak. Ada sesetengah pihak yang menggunakan kebijaksanaan yang diberi
untuk merosakkan diri, masyarakat, agama dan Negara. Dadah tiruan
ataupun designer drug merupakan jenis dadah yang terhasil daripada
campuran beberapa jenis bahan kimia yang diproses di makmal-makmal
pemprosesan dadah. Dengan kata mudah, dadah yang direka/dicipta sendiri
untuk mendapat kesan yang lebih kuat.

JENIS PENGENALAN NAMA KESAN BURUK DAN
JALANAN BAHAYA

PENGGUNAANNYA

Ecstasy Merupakan mood E, ADAM, love Muntah, kekejangan
enhancing drug yang drug, yuppie otak, cenderung
mempunyai kesan drug, pinklady, bertindak ganas, mudah
kepada keadaan blue kisses. marah, kemurungan,
sekeliling terutamanya resah, kerosakan buah
warna dan bunyi. pinggang, hati dan
jantung.

Pil kuda/ Sebenarnya digunakan Blue 10, TP. Ketagihan yang sukar
yaba untuk merangsang kuda dihentikan, boleh
mengawan. Juga menjadi gila dan
dikenali sebagai moody membawa maut,
pil. keganasan seksual,
pergerakan yang tidak
boleh dikawal dan
banyak lagi.

Syabu Berbentuk seperti kaca Ice, Kristal. Halusinasi, paranoia
pecah atau tawas. dan bertindak agresif.

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH 12

TAJUK 10
BAGAIMANA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA DADAH?

Panduan untuk mengelakkan diri daripada dadah.

1. Berusaha untuk memahami dan mengetahui bahaya serta akibat
penggunaan dadah. Hal ini dapat memberikan pengetahuan yang
mendalam dan menghasilkan sikap negatif terhadap dadah dan
seterusnya menjauhi dadah.

2. Mengisi masa lapang dengan cara yang berfaedah dan mengelakkan
diri daripada terjebak dengan najis dadah.

3. Sentiasa bersikap positif terhadap masalah dan mengetahui bahawa
dadah bukanlah jalan penyelesaiannya.

4. Mewujudkan bentuk komunikasi yang sihat sesama rakan dan
masyarakat.

5. Sentiasa berhati-hati dalam pergaulan.

6. Bersikap asertif iaitu tegas diri dan berani menyatakan tidak terhadap
sesuatu permintaan / tawaran yang membahayakan diri.

7. Merujuk kepada kaunselor atau individu yang mampu membantu
anda untuk menyelesaikan masalah dengan cara yang tepat.

8. Elakkan tekanan yang boleh menyebabkan anda memilih jalan mudah
untuk mencuba dadah.

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH 13

TAJUK 11
KELDAI DADAH

Dalam Wikipedia, Keldai Dadah merujuk kepada seseorang yang secara rela
atau terpedaya untuk menjadi kurier, membawa dadah atau barang seludup
ke negara lain. Taktik ini dikatakan boleh mengurangkan risiko pengedar atau
penyeludup dadah ditangkap oleh pihak berkuasa di sesebuah negara.
Kaedah penyeludupan termasuklah menyembunyikan barang dalam
kenderaan, bagasi atau pakaian, mengikat pada badan ataupun dengan
menelannya.

Merujuk kepada beberapa kes yang berlaku menunjukkan bahawa
mereka yang menjadi keldai dadah ini ada yang sedar bahawa mereka
adalah pembawa barangan larangan tersebut, namun banyak kes yang
melibatkan rakyat negara ini seolah-olah mereka tertipu dan tidak tahu
menahu bahawa mereka sebenarnya menjadi Keldai Dadah kepada sindiket
dadah sehinggalah mereka ditangkap di pintu masuk sesebuah negara
kerana dalam beg mereka terdapat sejumlah dadah. Penyeludupan dan
pengedaran dadah ini memang dirancang oleh sindiket dadah antarabangsa.
Mengikut laporan dadah ini biasanya datang dari negaranegara seperti
Argentina, Sepanyol, Colombia, dan beberapa negara Asia Selatan.
Biasanya kos harga dadah dari negara tersebut lebih murah.

Kebanyakan mangsa mendakwa hanya menyedari ‘kerja’ yang
dijanjikan dengan upah lumayan itu sebenarnya membawa dadah ke
beberapa negara selepas tidak berdaya untuk menolak akibat diugut bunuh,
tambahan pula mereka sendirian jauh beribu-ribu kilometer di negara orang.
Tidak kurang juga yang mengakui tarikan wang dan peluang melancong ke
luar negara seperti Amerika Latin, Asia Barat dan Eropah menjadi ‘umpan’
paling mudah, apatah lagi tiket penerbangan termasuk hotel ditaja
sepenuhnya menyebabkan ramai tidak berfikir panjang sebelum
menerimanya.

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH 14

TAJUK 12
PANTUN : ENAM JAHANAM

Ke pasaraya membeli kain,
Kain dibuat kebaya nyonya, Usah
terpedaya senyuman heroin,
Indah sementara kecundang sudahnya.

Dalam hati resah gelisah,
Bimbang sekali dimarah ibu, Bertindak
agresif pemarah dan resah, Itulah
penangan ectasy dan syabu.

Lembut dan enak ikan kerisi,
Tidak seperti si ikan emas, Penagih
morfin kerap halusinasi,
Sering sembelit, gagap dan cemas.

Ke kedai BATA membeli kasut,
Untuk dipakai di majlis kahwin, Hilang
pedoman, gelisah dan takut,
Akibat melayan kanabis dan kokain .

Pagi hari pergi bersenam,
Bersenam dengan seisi keluarga,
Bersama membanteras enam jahanam, Agar
Negara makmur sejahtera.

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH 15

TAJUK 13
PANTUN : KESAN-KESAN DADAH

Jelapang padi diberi nama,
Negeri makmur dalam negara, Hindarilah
dadah musuh utama,
Tanpa dadah keluarga sejahtera.

Pergi memancing di Kuala Kedah,
Makan siakap tiga rasa, Jika
hidup berabdi dadah,
Diri menderita keluarga terseksa.

Dari Langkawi ke Tanjung Bendahara,
Singgah sebentar di Kampung Sena,
Hilang keluarga hilang saudara, Kerana
dadah jiwa merana.

Pohon jati dahannya rendah,
Tempat berteduh si anak dara,
Sekolah dijulang tanpa dadah,
Terbilang bangsa maju negara.

Sayangkan ibu sayangkan ayah,
Hidup selamat sentiasa berkat,
Tanpa dadah sifar jenayah,
Komuniti sihat hidup muafakat.

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH 16

TAJUK 14 17
SAJAK : SENGSARANYA DIRI INI

Najis dadah,
Jika kau suntik ditubuhmu,
Pelbagai penyakit akan menghinggap,
Meningtis memberi kesan jangkitan otak, Tetanus
bisa menyebabkan kancing gigi,
Pabila Endokarditis menyerang jantungmu,
Muncul pula AIDS, Hepatitis B, C, dan D,

Maka,
Bisul, kudis, kurap mula menjadi raja di kulitmu.

Oh rakan,
Seksa sungguh azab dadah itu,
Sekali kau mencuba,
Selamanya kan sengsara.

Najis Dadah,
Kesan secara makan melalui mulut,
Peparu dan hati mula merosak,
Buah pinggang tidak dapat berfungsi,
Otot-otot mula mengecut,
Tubuh mu mula lesu tidak bermaya,
Berat badan mula menyusut,
Lama-kelamaan kau mula rebah..lumpuh!

Justeru rakan-rakan,
Jauhi dadah musuh Negara,
Kitalah penggerak ke arah …. Generasi Bebas Dadah!

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH

TAJUK 15
LAGU : DADAH… BOLEH BLAH

Engkau cuba buatku merana,
Tapi sayangnya ku keras kepala, Engkau
cuba buatku terpana,
Dari asmara …khayal dan gila.

Ku lepaskan,
Semua yang terkena,
Di dalam diam, Dadah
yang kudamba.

Ulang korus :
Kau fikir kau siapa,
Fikir kau siapa,
Fikir kau siapa, Boleh
blah.

Aku cuba bukan tak mencuba,
Hapuskan dadah, kau tetap bersama,
Di merata kau penuh agenda, Serlahlah
makna kau fikir ku siapa.

Ku lepaskan,
Semua yang terpendam,
Di dalam jiwa,
Sakit yang tak didamba.

Kau fikir aku siapa,
Kau fikir aku siapa,
Lemas Lemas dengan dirimu.(2X)

(Melodi lagu Boleh Blah oleh Nana Sheme)

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH 18

TAJUK 16
KISAH BENAR : MENYIMPANG DARIPADA LANDASAN

Satu kejadian yang amat menginsafkan saya pernah berlaku di kampung
kelahiran saya lebih kurang 30 tahun yang lalu. Menurut ibu saudara saya
itu, dia pernah pergi melawat seorang pemuda yang separuh badannya
tertanam di dalam tanah hingga meninggal dunia.

Asal ceritanya, seorang pemuda yang bernama Akil meminta wang
daripada ibunya yang dipanggil Mak Tom. Kerana tidak mendapat wang
daripada ibunya, Akil naik berang lalu bersemburlah pelbagai kata-kata keji
terhadap ibu yang melahirkannya itu.

Mak Tom tidak mahu menghulurkan wang kerana Akil sudah selalu
sangat meminta, dan jika dapat pun, Mak Tom tahu bahawa wang tersebut
akan digunakan untuk membeli dadah. Lantas, hari itu Mak Tom berkeras.
Sedikit pun tidak diberikan wang kepada Akil. Tambahan pula dia kesempitan
wang waktu itu.

Akibat terlalu marah, Akil telah menengking, memaki-hamun,
mencerca, kemudian menendang serta menumbuk wanita tua itu. Setelah
itu, dia mencuri wang Mak Tom dan membawanya lari. Allah Maha Berkuasa,
sebaik saja kaki Akil mengatur langkah ke arah permatang bendang untuk
membeli dadah bersama kawan-kawannya, tanah yang dipijaknya tiba-tiba
menjerlus. Akil terjerlus ke dalam tanah tersebut hingga paras dada.

Menurut ibu saudara saya lagi, Akil meraung-raung kepanasan.
Tubuhnya yang terbenam itu hangat bagaikan dibakar hangus. Tulangnya
terasa seperti meremuk dan mencucuk-cucuk di dalam badan. Terpekik
terlolonglah dia di situ. Orang-orang kampung tidak mampu membantunya.
Masing-masing hanya mampu melihatnya saja. Lagipun, tanah tempat Akil
terjerlus itu amat panas seolah-olah ada api di bawahnya.

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH 19

Namun begitu, menjelang malam barulah Akil berjaya ditarik keluar.
Itu pun dengan menggunakan tali dan ditarik oleh kerbau. Semasa
melawatnya, ibu saudara saya melihat Mak Tom menghulurkan makanan dan
minuman kepada anaknya itu. Dia menangis melihat Akil meraung dan
menjerit kesakitan.

Sambil menangis teresak-esak, Akil meminta ampun daripada ibunya.
Namun, walaupun Mak Tom sudah memaafkannya, keadaan tubuh Akil tidak
berubah. Seluruh tubuhnya melecur seolah-olah dibakar. Ada sesetengah
bahagian daging tubuhnya sudah masak dan reput.

Jiran-jiran berkerumun datang. Hampir semuanya menangis melihat
penderitaan Akil dan raungan Mak Tom mengampunkan kesalahan anaknya
itu. Begitulah teruknya seksaan yang dilalui Akil hinggalah dia meninggal
dunia. Sesungguhnya Allah Maha Esa.

TAJUK 17
AKIBAT DADAH KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA

Akibat penagihan terhadap masyarakat adalah seperti berikut:
1. Kejadian jenayah seperti mencuri, menyamun, merompak dan
membunuh.
2. Menimbulkan persengketaan dan perselisihan faham antara satu
keluarga dengan satu keluarga yang lain.
3. Melemahkan perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat.
4. Menimbulkan kecurigaan kepada ibu bapa terhadap anak-anak
mereka.
5. Melibatkan perselisihan faham antara kaum.
6. Melemahkan keimanan dan kecenderungan terhadap agama mereka.
7. Menjejaskan kesopanan dan Kesusilaan.

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH 20

8. Membebankan dari segi kos permulihan, pencegahan dan
penguatkuasaan.

Akibat dadah kepada negara adalah seperti berikut:
1. Melemahkan tenaga rakyat dan ini memberi peluang kepada
musuhmusuh negara mencapai tujuan mereka.
2. Musuh-musuh negara juga dengan keuntungan yang
lumayan hasil dari penjualan dadah untuk dapat membeli
senjata-senjata bagi memperkuatkan keanggotaan mereka.
3. Melemahkan jentera kerajaan dan juga kekuatan pasukan
keselamatan untuk mempertahankan negara.
4. Menggalakkan perbuatan rasuah yang boleh menjejaskan
keselamatan negara.
5. Menggalakkan kegiatan anasir subversif.
6. Menimbulkan perasaan curiga dan takut di kalangan rakyat.
7. Menyebabkan keluarga menjadi miskin.
8. Merosotkan ekonomi di bidang perniagaan dan perusahaan.

9. Melemahkan jentera-jentera pentadbiran kerajaan.
10. Mengakibatkan pengkhianatan kepada jentera-jentera

perusahaan.
11. Mengurangkan pengeluaran hasil bumi, hasil pertanian dan

hasil perusahaan.
12. Menyebabkan pengaliran wang keluar negeri.
13. Keseluruhan ekonomi negera akan terjejas.

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH 21

BAHAGIAN 2

ALKOHOL

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH 22

TAJUK 1
KENALI ALKOHOL

Tahukah rakan-rakan, apa itu alkohol?

Alkohol adalah sejenis bahan kompaun organik yang terhasil daripada
proses pemeraman kanji atau gula dalam pelbagai buah-buahan serta bijirin.
Alkohol juga merupakan minuman yang mengandungi lebih daripada 2%
ethanol serta merangkumi minuman alkohol yang diambil bagi tujuan
perubatan seperti tonik kesihatan. Alkohol sinonim dengan arak atau
minuman keras. Minuman ini boleh memabukkan dan boleh menimbulkan
kesan ketagihan dan pergantungan. Selalunya ia diminum ketika bersosial
atau digunakan untuk mempertingkatkan “moods”.

Minuman alkohol juga dikategorikan sebagai dadah. Ini kerana ia
dapat memberi kesan ke atas sistem saraf pusat atau sistem otak dan ia
dapat memberi kesan terhadap badan peminumnya. Seorang yang ketagih
pada alkohol mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk meninggal dunia
15 tahun lebih awal daripada yang dijangkakan disebabkan oleh penyakit
jantung, kanser, kemalangan, dan bunuh diri.

Rakan-rakan semua,

Menurut laporan dari World Health Report pada tahun 1991, Malaysia
merupakan salah sebuah negara yang tinggi penggunaan alkohol. Penyakit-
penyakit yang disebabkan oleh penggunaan alkohol yang berlebihan seperti
kanser semakin meningkat. Meminum minuman beralkohol akan
menyebabkan seseorang menjadi mabuk, pening, tidak sedarkan diri,
terlena, dan sebagainya. Ia boleh mengakibatkan ketagihan jika selalu
diminum. Minuman beralkohol terdapat dalam pelbagai bentuk seperti bir,
wain, brandi dan wiski. Amalan meminum minuman beralkohol merupakan
suatu tabiat buruk. Masalah ini ditahap serius yang sama dengan masalah-
masalah sosial lain. Semakin hari masalah ini semakin meruncing.

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH 23

Biasanya minuman keras mengakibatkan atau menimbulkan hal yang negatif
bagi si peminumnya. Kebanyakan agama mengharamkan pengambilan arak.
Manakala di kebanyakan negara pula, penjualannya dikawal oleh kerajaan
kerana ia boleh memberi kesan berbahaya kepada kanak-kanak.

Di pasaran ada tiga jenis arak yang popular iaitu:

i. Bir - yang dibuat dari biji-bijian dan mengandungi 3-6% alkohol terdiri
daripada jenis-jenis seperti shandy dan stout.

ii. Wain - yang diperbuat daripada buah-buahan dan mengandungi
1114% alkohol.

iii. Liquor - dihasilkan dengan memeram ataupun mendidihkan bahan
makanan sehingga menjadi arak dan ia mengandungi 40-50%
alkohol, iaitu terdiri dari jenis-jenis seperti vodka dan whisky.

Alkohol juga merupakan sejenis dadah psikoaktif yang tergolong di dalam
kategori dadah pendepres sistem saraf pusat. Pengambilan alkohol secara
berlebihan dan tidak terkawal dikenali sebagai alkoholisme. Antara simptom
yang selalu berlaku ialah keketaran, hilang selera makan, sukar tidur,
muntah-muntah, hilang ingatan, sakit kepala, halusinasi dan sawan. Simptom
ini berlaku 6 hingga 48 jam selepas dos yang terakhir diambil. Sindrom yang
lebih serius dipanggil delirium tremens yang berlaku antara 48 hingga 96 jam
selepas dos yang terakhir. Penghidap akan mengalami kekeliruan, halusinasi
serta pengaktifan sistem saraf yang teruk hingga boleh menyebabkan
kematian.

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH 24

TAJUK 2
ARAK PEROSAK MINDA

Minuman beralkohol, biasanya dikenali juga sebagai minuman keras, atau
arak. Minuman ini boleh memabukkan dan boleh menimbulkan kesan
ketagihan (addiction) dan pergantungan (dependence). Minuman alkohol
juga tergolong sebagai sejenis dadah, oleh kerana ia dapat memberi kesan
ke atas sistem saraf pusat atau sistem otak serta kesan terhadap tubuh
peminumnya.
Pada masa kini, amalan meminum minuman keras telah menjadi suatu
‘penyakit’ yang kian menular dalam kalangan masyarakat. Lebih
membimbangkan, para remaja juga sudah mula berjinak-jinak dengan
kegiatan meminum minuman keras ini dengan alasan membuat mereka
kelihatan lebih dewasa, matang dan ‘macho’. Malangnya kedewasaan seperti
ini boleh menjerumuskan para remaja kita ke arah masalah kesihatan seperti
sakit jantung atau hati, radang paru-paru, kanser, keracunan alkohol yang
teruk dan juga kemalangan.

Minuman beralkohol adalah minuman yang mengandungi etanol.
Etanol adalah bahan psikoaktif dan pengambilannya menyebabkan
penurunan terhadap kesedaran manusia. Pengambilan alkohol yang
berlebihan akan menyebabkan kesan sampingan Ganggguan Mental
Organik (GMO), iaitu gangguan dalam fungsi berfikir, perasaan, dan
tingkahlaku. GMO ini adalah disebabkan kesan langsung alkohol pada selsel
saraf pusat. Sifat adiktif alkohol juga tanpa disedari akan menyebabkan
keracunan atau mabuk.

Mereka yang terkena GMO biasanya mengalami perubahan
tingkahlaku seperti ingin berkelahi atau melakukan tindakan kekerasan, tidak
mampu menilai kebenaran, terganggu fungsi sosial, dan pekerjaan.
Perubahan fisiologi juga terjadi seperti cara berjalan yang tidak teguh, muka
mejadi merah atau mata juling. Perubahan psikologi yang dialami oleh si
peminum alkohol adalah mudah tersinggung, bercakap tidak tentu hala dan
kehilangan tumpuan.

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH 25

TAJUK 3
KESAN PENGAMBILAN ALKOHOL

Kesan ketagihan akibat meminum alkohol bukannya bergantung kepada jenis
alkohol tetapi jumlah yang diminum pada satu-satu masa. Pada dasarnya
terdapat dua kesan yang ketara pada penagih alkohol iaitu kesan jangka
pendek dan jangka panjang.

Kesan jangka pendek pengambilan alkohol lebih kurang satu botol
besar menjadikan seseorang itu kurang daya koordinasi seperti tidak boleh
berjalan dengan betul dan tidak boleh membuka pintu. Dalam masa yang
singkat ini juga boleh menyebabkan hangover. Hangover lazimnya
disebabkan oleh keracunan alkohol, bahan lain dalam alkohol dan
tindakbalas ketagih alkohol. Tanda-tanda hangover alkohol termasuklah sakit
kepala, loya, muntah, cirit birit, gangguan pergerakan usus dan menggeletar
selama 8 hingga 12 jam kemudian.
Kesan jangka panjang akan dirasai selepas meminumnya selama beberapa
bulan atau tahun. Kesan utama adalah seperti sakit jantung, hati atau
penyakit dalam perut. Bila situasi ini berlaku mereka akan kurang selera
makan, kekurangan vitamin, jangkitan penyakit, mati pucuk atau kekurangan
haid. Kematian yang awal adalah lebih kerap pada orang yang kuat minum,
terutamanya daripada sakit jantung atau hati, radang paruparu, kanser,
keracunan alkohol yang teruk, kemalangan, pembunuhan dan pembunuhan
diri.

Masalah ketagihan alkohol boleh merosakkan hubungan
persahabatan, kehilangan pekerjaan, hutang, simpanan keluarga dihabiskan,
masalah rumah tangga, penganiayaan, penderaan, keruntuhan moral dan
sebagainya. Kesan samping terlalu banyak minuman beralkohol juga
melumpuhkan sistem kekebalan tubuh badan. Penagih alkohol juga mudah
dijangkiti virus termasuk HIV. Mereka yang sudah ketagihan biasanya
mengalami suatu gejala yang disebut sindrom putus alkohol, iaitu rasa takut
diberhentikan minum alkohol. Mereka akan selalu merasa gementar, jantung
berdebar-debar, cemas, gelisah, murung, dan banyak berhalusinasi. Oleh itu,

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH 26

hindarilah dari meminum minuman tersebut kerana jelas keburukan alkohol
jauh mengatasi kebaikannya.

Oleh kerana golongan remaja ini adalah golongan yang suka kepada
cabaran dan tingkahlaku yang berisiko, pengambilan alkohol akan lebih
mendedahkan remaja kepada tingkahlaku yang merbahaya akibat hilang
pertimbangan kerana pengaruh alkohol seperti memandu dalam keadaan
mabuk atau terlibat dengan perlumbaan motor haram. Apabila mereka telah
mabuk, tanpa mereka sedari, mereka juga akan terdedah kepada
penyalahgunaan dadah. Bagi remaja wanita pula, mereka mungkin akan
menjadi mangsa perkosaan dan seterusnya terdedah kepada masalah
kandungan luar nikah dan penyakit kelamin.

Pengambilan alkohol oleh para remaja akan memberi banyak kesan negatif
yang akan mempengaruhi proses pertumbuhan fizikal dan jasmani remaja
tersebut seperti berikut:

Kesan kepada Psikososial
1. Proses pembelajaran akan terganggu. Pelajar tidak dapat memberi
penumpuan kepada pelajaran.
2. Remaja / pelajar tidak menghadirkan diri ke sekolah (ponteng
sekolah) dan ini akan memberi kesan terhadap prestasi pelajaran
yang akan merosot.
3. Masalah kenakalan remaja, dimana remaja terlibat dengan masalah
tingkahlaku ‘delinquency’. Berkawan dengan pelajar yang bermasalah
dan terjebak dengan aktiviti negatif yang lain. Tekanan ekonomi untuk
memperolehi kewangan untuk membeli alkohol akan mendorong
pelajar untuk terlibat dengan kegiatan jenayah, seperti mencuri dan
lain-lain.

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH 27

TAJUK 4
ALKOHOL MADU BERACUN

Hampir setiap agama di dunia ini melarang tabiat meminum alkohol atas
beberapa alasan yang berlandaskan kesihatan dan budaya. Kesan
ketagihan alkohol bukan bergantung kepada jenis alkohol tetapi jumlah
alkohol yang diminum pada satu-satu masa.

Berikut adalah kesan pengambilan alkohol:
• Kesan jangka pendek:
Menyebabkan ‘Hangover’ akibat keracunan alkohol iaitu sakit kepala,
loya, muntah, cirit-birit, gangguan pergerakan usus dan menggelentar
selama 8 hingga 12 jam kemudian.
• Kesan jangka panjang:
Terdedah kepada penyakit jantung, penyakit hati atau penyakit dalam
perut malahan membawa kepada kematian awal.

Kesan pengambilan alkohol dapat dilihat secara terperinci pada
bahagianbahagian berikut:

• Kesan pada otak:
Darah beralkohol yang dibawa ke otak akan mempengaruhi kelakuan
dan tindakan yang tidak terkawal seperti sifat kurang malu, fikiran
bercelaru, dan hilang pertimbangan.

• Kesan pada hati:
Setiap kali minum alkohol, hati akan cedera lalu sel hati akan mati dan
menjadi parut yang seterusnya akan mengurangkan fungsi hati
malahan hati mungkin tidak berfungsi langsung yang dipanggil Sirosis
hati yang boleh membawa maut. Hepatitis juga akan berlaku jika
terdapat lebihan toksik alkohol dalam hati.

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH 28

• Kesan pada saraf:
Membawa kepada pelbagai penyakit seperti Sindrom
WernickeKorsakoff dan kerosakan sel-sel otak seterusnya membawa
kepada kompilasi psikiatri.

• Kesan pada perut:
Menyebabkan kerengsaan perut (gastrik) yang boleh membawa
kepada ulser perut.

• Kesan pada janin:
Jika peminum hamil ciri-ciri kecacatan mungkin berlaku kepada janin
seperti kurang berat badan, saiz kepala kecil berbanding tubuh,
keadaan muka yang rata, dan lemah-lemah sendi.

Jelaslah alkohol mampu memudaratkan diri seseorang, maka jauhilah bahan
ini demi hidup yang sihat dan sejahtera.

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH 29

TAJUK 5
JENIS-JENIS ALKOHOL

Minuman beralkohol adalah minuman yang mengandungi alkohol lebih
daripada 5%. Berikut adalah antara jenis-jenis alkohol :

Anggur / Adalah pati buah anggur yang diragikan. Kemudian melalui proses
Wine pemeraman selama beberapa tahun untuk menghasilkan anggur
yang matang. Jumlah kandungan alkohol antara 8% hingga 14%.
Daripada proses pemeraman, wine ini terbahagi kepada empat:

a. Aromatized Wine - berasal dari pemeraman buah anggur putih
ditambah aroma tertentu dan ditinggikan jumlah alkohol
dengan menambahkan minuman spirit seperti red martini rossi.

b. Natural Wine – pemeraman dari pati buah anggur yang baru
dipetik.

c. Sparkling Wine – pemeraman dengan penambahan gula pada
pemeraman kedua sehingga terdapat gelembung udara.
Contoh champagne.

d. Fortified Wine – hasil pemeraman dengan menambahkan gula
dan spirit.

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH 30

Spirit Merupakan alkohol yang berwarna jernih yang diolah melalui proses
pemeraman yang berulang dan ia memiliki kadar alkohol yang tinggi
iaitu antara 36% hingga 45%. Spirit terbahagi kepada dua iaitu :

a. Liqours – ia berasal dari padi-padian. Kadar alkoholnya tinggi
dan tidak berasa manis. Contoh liqours seperti brendi, cognac,
tequila, vodka, rum dan wiski.

b. Liqueurs – merupakan campuran daripada liquors dan
ditambah perasa seperti Tia Maria atau kah lua.

Bir Merupakan minuman yang diperoleh dari hasil peragian malt dan
hop. Ia memiliki kadar alkohol 3% - 5%.

Arak dan Ia berasal dari beras dan mengandungi kadar alkohol antara 16% -
Sake 30%.

Tuak Sejenis minuman yang dihasilkan daripada proses pemeraman
nira, beras atau bahan minumam atau buah yang mengandungi
gula. Ia merupakan minuman yang mengandungi alkohol. Kadar
alkohol yang terkandung di dalam minuman tuak adalah berbeza.

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH 31

TAJUK 6
KESAN ALKOHOL KEPADA KESIHATAN TUBUH

Kesan jangka pendek
Pada kuantiti yang rendah, seseorang akan hilang rasa malu. Pada kuantiti
yang lebih tinggi, ia menyebabkan seseorang menjadi mudah marah,
mempunyai pertuturan yang tidak lancar, hilang imbangan semasa berjalan,
kecelaruan fikiran dan tidak sedarkan diri.

Kesan jangka panjang 32
a. Ketagihan
- Memerlukan jumlah alkohol yang lebih tinggi setiap kali ia
minum bagi mencapai kesan yang sama.
- Sindrom tarikan akan timbul apabila individu berhenti
atau kurang mengambil alkohol setelah menggunanya
secara berterusan buat tempoh yang lama. Antara tanda-
tanda sindrom tarikan adalah ketar, keinginan yang kuat
atau gian untuk mendapatkan alkohol, loya, muntah,
demam, gila, sawan dan meracau.
b. Kesan pada sistem saraf
- Kesan-kesan kekal pada otak dan saraf adalah seperti
hilang ingatan dan kebas.
c. Kesan-kesan pada sistem penghadaman
- Penyakit hepar seperti hepatitis, sirosis dan kanser.
- Muntah darah
- Radang kelenjar pankreas
- Anemia
- Kekurangan zat makanan
d. Kesan pada sistem kardiovaskular
- Tekanan darah tinggi
- Strok
- Kerosakan otot jantung

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH

e. Kesan psiko-sosial
- Cemburu buta
- Murung
- Bunuh diri
- Penderaan terhadap keluarga

Pengambilan alkohol oleh para remaja memberi banyak kesan negatif yang
mempengaruhi proses pertumbuhan dan perkembangan remaja tersebut.
Antara kesan negatif tersebut adalah seperti berikut:

Terhadap Kesihatan
Pengambilan alkohol bermula pada peringkat umur yang muda, sudah tentu
dalam jangka panjang kesan terhadap keadaan kesihatan remaja akan
bertambah teruk. Penggunaan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan
kemandulan dan gangguan haid pada wanita. Alkohol juga akan
meningkatkan risiko terjadinya keguguran atau ‘abortion’ dan juga kelahiran
pra-matang.

Proses Pembelajaran Akan Terganggu
Remaja tidak dapat memberi penumpuan kepada pelajaran.

Ponteng Kelas Atau Sekolah
Remaja tidak menghadirkan diri ke sekolah (ponteng sekolah). Ini akan
memberi kesan terhadap prestasi pelajaran yang akan merosot.

Masalah Kenakalan Remaja
Remaja terlibat dengan masalah kenakalan atau ‘delinquency’. Berkawan
dengan murid yang bermasalah dan terjebak dengan aktiviti negatif yang lain.
Remaja juga cuba memperolehi kewangan untuk membeli alkohol. Ini
mendorong murid terlibat dengan kegiatan jenayah, seperti mencuri dan lain-
lain.

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH 33

TAJUK 7
CIRI-CIRI KETAGIHAN ALKOHOL

Ciri-ciri ketagihan alkohol adalah seperti berikut:

i. Memerlukan jumlah alkohol yang lebih tinggi setiap kali ia minum bagi
mencapai kesan yang sama (toleran). Ini bermaksud semakin lama
seseorang itu mengambil alkohol, maka ketagihan alkohol seseorang
itu semakin tinggi.

ii. Aktiviti hidupnya berpusat pada alkohol. Ini menyebabkan mereka
yang ketagihan alkohol sering menghabiskan masanya hanya
dengan alkohol.

iii. Sindrom tarikan (withdrawal syndrome) akan timbul apabila individu
berhenti atau kurang mengambil alkohol setelah menggunakannya
secara berterusan bagi tempoh yang lama. Antara tandatanda
“withdrawal” adalah ketar, keinginan yang kuat atau gian (craving)
untuk mendapatkan alkohol, loya, muntah, demam, gila (psikosis),
sawan dan meracau. Kesan sindrom tarikan ini juga boleh membawa
maut.

Faktor-Faktor Pengambilan Alkohol
Antara faktor-faktor yang mendorong para remaja untuk mengambil alkohol
ialah:

Pengaruh Rakan Sebaya

Kebanyakan remaja menganggap bahawa alkohol memudahkan mereka
mendapat ramai kawan dan diterima sebagai sebahagian daripada ahli
kumpulan. Sekiranya mereka enggan mengikut cara hidup rakan, mereka
akan disingkirkan. Secara realiti, rakan yang bebas alkohol lebih mudah
dipercayai daripada rakan yang ketagihan alkohol. Perhubungan antara
kawan juga lebih sihat tanpa penggunaan alkohol.

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH 34

Pengaruh Iklan
Pengiklanan arak dalam panggung wayang, VCD dan media cetak tidak
diharamkan malahan seperti dibenarkan. Akhbar-akhbar bahasa Inggeris
juga semakin kerap mengiklankan minuman-minuman beralkohol dan
dipaparkan dalam bentuk yang sangat menarik. Selain daripada itu, sukan
bola sepak, badminton dan golf mula mendapat penajaan daripada syarikat
arak. Wanita pula sering dieksploitasi dengan imej seksi dan
mengghairahkan untuk melariskan lagi penjualan.

Mudah Diperolehi
Penjualan arak dijalankan di mana-mana sahaja. Kesannya, remaja mudah
memperolehi bekalan alkohol pada bila-bila masa. Ini mendorong mereka
mengambil minuman keras dengan lebih kerap.

Latar Belakang Keluarga
Keluarga yang bermasalah juga menjadi pendorong kepada pengambilan
alkohol.

Pengaruh Orang Terkenal Atau Mencontohi Idola
Remaja seringkali mencontohi dan menjadikan ikon mereka sebagai ikutan.

TAJUK 8
KESAN-KESAN NEGATIF PENGAMBILAN ALKOHOL

Pengambilan alkohol sememangnya memberikan kesan-kesan negatif ke
atas kesihatan tubuh seseorang, antaranya seperti:

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH 35

Memudaratkan Kesihatan
Kesan utama adalah seperti sakit jantung, hati atau penyakit dalam perut.
Apabila situasi ini berlaku mereka mengalami kurang selera makan,
kekurangan vitamin, jangkitan penyakit, mati pucuk atau kekurangan haid.
Kematian awal lebih kerap berlaku kepada orang yang kuat minum alkohol.
Kesan pengambilan minuman keras ialah mereka tidak mampu mengawal
emosi serta hilang keupayaan berfikir. Keadaan menjadi semakin teruk
apabila murid mula ketagihan minuman keras itu. Masalah tersebut akan
merosakkan kesihatan murid sekaligus menjejaskan pelajaran dan masa
hadapan mereka.

Tahap Kemalangan Meningkat
Kebanyakan kes kecederaan dan kematian disebabkan oleh pemandu
mabuk. Pengambilan alkohol berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala
dan rasa meragam di dalam perut. Jenis kandungan dadah yang terdapat di
dalam minuman beralkohol ini ialah etil alkohol atau etanol. Ia merupakan
dadah sedatif yang memperlahankan aktiviti sistem saraf. Oleh itu,
kemungkinan besar kemalangan boleh berlaku dalam keadaan mabuk.

Kelakuan di Luar Kawalan
Manusia memiliki pusat kawalan di otak. Gangguan pusat kawalan di otak
boleh menyebabkan perubahan tingkah laku daripada tingkah laku normal
kepada perbuatan yang bertentangan sama sekali dengan peribadinya.

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH 36

Kesan Alkohol Ke Atas Otak Dan Badan

Apabila seseorang meminum alkohol, ia terus bertindak ke atas sel-sel otak
dengan merangsang otak itu sebelum mengganggu fungsinya sehingga
menyebabkan gangguan kepada penglihatan, hilang ingatan dan
seumpamanya.

Pengambilan 2-3 gelas alkohol di dalam masa sejam sudah
mencukupi untuk menjadikan seseorang tidak stabil. Ketagihan arak memberi
kesan negatif kepada diri, keluarga dan masyarakat. Di sudut diri ia boleh
menyebabkan sawan dan halusinasi dan pengambilannya di dalam jangka
masa yang panjang boleh merosakkan otak untuk selama-lamanya. Di
samping itu, ia juga boleh menyebabkan sakit jantung, radang paru-paru,
batuk kering, barah mulut dan kerongkong, radang, kerosakan dan barah hati
serta melemahkan sistem pertahanan badan.

Untuk kesan jangka pendek pada kuantiti yang rendah, seseorang akan hilang rasa
malu. Pada kuantiti yang lebih tinggi, ia menyebabkan seseorang menjadi
mudah marah, mempunyai pertuturan yang tidak lancar (slurred), hilang
imbangan semasa berjalan, kecelaruan fikiran dan tidak sedarkan diri.

Sesungguhnya arak itu terlalu banyak keburukan dan kemudaratannya
kepada manusia, di antaranya:

• Merosakkan akal fikiran dan kesihatan.
• Merosakkan akhlak dan akidah seseorang.
• Memalingkan manusia daripada ingatkan Tuhan Semesta Alam dan

daripada mengerjakan ibadat.
• Membawa manusia ke arah kemurkaan Tuhan.
• Boleh menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara manusia.
• Memporak-perandakan rumahtangga, keluarga, masyarakat dan

negara.

Mesej 5 Minit
Pendidikan Pencegahan Dadah 37

TAJUK 9
ALKOHOL DALAM MAKANAN, MINUMAN, PEWANGI DAN UBAT-

UBATAN

Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh
pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra
Malaysia serta dengan mengambil kira keputusan-keputusan yang telah
diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Agama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa
Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang
membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-
ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti
berikut:

1. Setiap minuman arak mengandungi alkohol. Walau bagaimanapun
bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi
daripada proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.

2. Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan
arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam
bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.

3. Minuman ringan yang diproses atau dibuat bukan dengan tujuan
untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%
adalah harus (boleh) diminum.

4. Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang
sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak
atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.

5. Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara
semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta
perahannya atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara
sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman
adalah tidak najis dan harus (boleh) dimakan atau diminum.

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH

6. Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau
pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah
harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan
daripada proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk
akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi
0.5%.

7. Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan
melarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut
bukan diambil melalui proses pembuatan arak.

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH

TAJUK 10
AKTA YANG BERKAITAN DENGAN MINUMAN BERALKOHOL

Akta Pengangkutan Jalanraya (Road Transport Act) 1996:
i. Pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk yang ditangkap
bagi kali pertama akan didenda sebanyak RM2,000.00 atau 6 bulan
penjara atau kedua-dua sekali atau lesennya akan digantung selama
setahun.
ii. Kesalahan berikutnya didenda RM4,000.00 atau penjara satu tahun
atau kedua-duanya sekali.
iii. Jika menyebabkan kematian boleh dihukum penjara 3-10 tahun dan
boleh didenda tidak kurang RM8,000.00 - RM20,000.00.

Akta Pembasmian Samsu Haram (Eradication of Illicit Act) 1976
Peruntukan ini menumpukan kepada kaedah penyediaan dan
pengedaran minuman samsu.

Akta Makanan (Food Act) 1983
Menghalang penjualan minuman beralkohol kepada kanak-kanak
atau remaja di bawah umur 18 tahun.

Cara Menghindari Daripada Alkohol
I. Mengamalkan gaya hidup sihat dan banyak bersenam.
i. Berkemahiran untuk menangani stres dan masalah yang dihadapi.
ii. Jauhi daripada rakan yang mengambil alkohol.
iii. Isi masa terluang dengan bersukan, membuat hobi yang berfaedah. dan
mengikuti SLAD. iv. Jangan menerima pelawaaan untuk mencuba alkohol
walaupun untuk sekali sahaja.
v. Jauhi dari tempat yang boleh menggalakkan pengambilan alkohol
seperti bar, kelab malam, disko dan sebagainya.
vi. Mempunyai kemahiran kebolehan bagi menangani masalah sama
ada kecil atau besar.

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH

BAHAGIAN 3

ROKOK

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH

TAJUK 1
KANDUNGAN ASAP ROKOK
Setiap kali anda sedut asap rokok anda mengisikan paru-paru anda dengan
3 jenis bahan :

1. NIKOTIN

Sejenis dadah yang sangat merbahaya kepada jantung dan sistem saraf. Ia
boleh menyebabkan bertambahnya denyutan jantung, mengecutkan saluran-
saluran darah dan menaikan tekanan darah. Nikotin menyebabkan ketagihan
perokok kepada rokok.

2. KARBON MONOKSIDA

Sejenis gas merbahaya jika disedut terlalu banyak. Ia mengurangkan
keupayaan darah membawa oksigen ke tisu-tisu dan menyebabkan kurang
nafas dan cepat letih. Ia merupakan faktor utama menyebabkan penyakit
jantung.

3. TAR

Sejenis bahan perangsang yang boleh menyebabkan kanser. Perokok
mempunyai risiko barah paru-paru, perut dan mulut yang jauh lebih tinggi
daripada orang yang tidak merokok.

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH

TAJUK 2
KESAN NEGATIF MEROKOK KE ATAS KESIHATAN

Diantara bahaya-bahaya merokok adalah seperti berikut :-

1. KERONGKONG
Asap menyebabkan terlalu banyak hingus yang menyumbatkan tenggorak,
menyebabkan batuk dan kesukaran bernafas.

2. CILIA

Ia adalah bulu-bulu halus (microscopic hair) yang menyapu keluar
kumankuman dan kekotoran dari saluran pernafasan. Asap rokok
memusnahkan Cilia dan ini menyebabkan pemendapan bahan-bahan yang
menyebabkan barah.

3. PARU-PARU

a. Sesak nafas
b. Kurang tenaga

4. JANTUNG

a. Menjerut saluran darah
b. Mengurang pengaliran darah dan oksigen
5. SISTEM PENGHADAMAN

Menambahkan risiko seperti bisul dalam perut

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH

6. MENYEBABKAN PENYAKIT

a. Enfisema
b. Bronkitis
c. Membahayakan bayi dalam kandungan

7.

MENYEBABKAN

KANSER

a. Kanser ruange. Kanser

mulut kerongkong

b. Kanser petif. Kanser

suara pundi kencing

c. Kanser buahg. Kanser

pinggang paru-paru

d. Kanser pankreas

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH

TAJUK 3
LANGKAH-LANGKAH UNTUK BERHENTI MEROKOK
Langkah-langkah untuk berhenti merokok adalah seperti berikut :
1. Merasa bangga kerana tidak merokok.
2. Elakkan godaan – simpan mancis atau pemetik api
3. Menentang gian dengan kesibukan
4. Jauhkan diri daripada mereka yang merokok
5. Berwaspada selepas waktu makan dan minum.
6. Simpan wang yang digunakan untuk membeli rokok di satu tempat
khas.
7. Sediakan bahan gantian.
8. Pelajari cara-cara yang boleh menenangkan diri.
9. Ingatkan sebab-sebab yang anda tidak boleh merokok.
10. Jangan menerima sebaran tawaran merokok.
Saya percaya ANDA BOLEH lakukannya!

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH

TAJUK 4
TAHUKAH ANDA?

Tahukah Anda?

Tembakau membunuh hampir separuh daripada penggunanya di dunia, iaitu
kira-kira hampir 6 juta orang setiap tahun. Menurut Tinjauan Kebangsaan
Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2015, prevalens merokok dalam kalangan
penduduk dewasa yang berumur 18 tahun ke atas ialah sekitar 25 peratus.
Prevalens perokok lelaki yang berumur 18-19 tahun meningkat dari 24.6
peratus pada 2011 kepada 40.1 peratus pada 2015. Prevalens perokok
wanita juga meningkat dari 1.1 peratus pada 2011 kepada 1.4 peratus pada
2015. Selain itu prevalens perokok di kawasan luar bandar lebih tinggi iaitu
sebanyak 29.4 peratus berbanding 22.3 peratus di kawasan bandar.
Sehubungan itu, negara kita sepakat dengan usaha Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) dalam mengurangkan prevalens merokok sebanyak 15
peratus menjelang 2025.

Rokok Eletronik Atau Vape

Rokok elektronik adalah nama panggilan kepada alat yang membekalkan dos
nikotin dalam bentuk wap dengan memanaskan cecair campuran propylene
glycol, glycerol, perasa makanan dan nikotin menjadikannya berbentuk wap
dan disedut oleh pengguna. Alat ini memberikan perokok yang ingin berhenti
merokok masih mendapatkan dos nikotin dan masih lagi dapat menikmati
aktiviti merokok kerana wap yang dikeluarkan adalah kelihatan seumpama
asap rokok. Terdapat beberapa nama panggilan untuk rokok elektronik ini
termasuklah e-rokok, vapor dan e-cig. Namun, oleh kerana panggilan rokok
elektronik masih menggunakan perkataan ‘rokok’, ianya masih lagi
memberikan stigma kepada masyarakat yang tidak arif mengenainya.
Panggilan ‘vapor’ yang bermaksud ‘wap’ adalah lebih ringan diterima
masyarakat.

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH

TAJUK 5
BAHAN KIMIA DALAM ROKOK

Bertujuan mendedahkan tentang bahan-bahan kimia yang terdapat dalam rokok
dan kesan merokok pada diri dan orang lain.

Kandungan rokok terdiri daripada 3 jenis bahan kimia yang berbahaya
kepada kesihatan iaitu nikotin, karbon monoksida dan tar.

• Merokok merupakan penyebab kepada 40% penyakit jantung dan
strok.

• Perokok adalah 4 kali berisiko mati akibat serangan jantung
berbanding bukan perokok.

• Mereka yang terdedah dengan asap rokok pasif mempunyai risiko
yang lebih tinggi terhadap serangan jantung.

• Merokok menyebabkan anda membawa masuk pelbagai jenis bahan
beracun ke dalam tubuh badan anda melalui paru-paru dan
seterusnya diserap dalam sistem peredaran darah.

• Gangguan aliran darah ke otak menyebabkan serangan strok.

Kesan merokok kepada :
• Isteri – mempunyai risiko menghidap barah paru-paru yang tinggi
berbanding isteri bukan merokok
• Rakan-rakan sepejabat – mereka yang bekerja dipersekitaran yang
tercemar dengan asap rokok untuk jangkamasa yang lama boleh
mengalami kerosakan paru-paru
• Bayi dan kanak-kanak – asap rokok boleh merencatkan pertumbuhan
bayi di dalam rahim ibu. Anak-anak perokok lebih mudah terkena
serangan jangkitan paru-paru, batuk, lelah, selesema dan sakit
kerongkong.

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH

TAJUK 6
SYAIR SENGSARA ROKOK

Sengsara hidup bangkai bernyawa,
Angkara rokok musuh durjana,
Marilah kita seia sekata,
Bulatkan hati kuatkan jiwa.

Penyakit kronik datang melanda,
Perokok sakit dimamah usia,
Menyedut racun bahan kimia, Sedap
di mulut diri merana.

Rokok,
Tanpamu hidup kami lebih cergas,
Jauh dari penyakit berbahaya,
Gigi bersih nafas pun segar,
Contoh yang baik untuk generasi muda.

Rokok
Tanpamu umur kami mungkin lebih panjang,
Kami juga berselera untuk makan,
Tidak membazir menjimatkan wang.
Tiada habuk tiada pencemaran.

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH

TAJUK 7
LAGU : BAHAYA VAPE

(Rentak lagu : Lagu Tiga Kupang)

Rokok elektronik
Hisap wap nikotin
Kesannya negatif
Diri sendiri

Bila sudah cuba
Mesti mahu lagi
Rosak gigi kamu
Jantung dan hati

c/o:
Rokok elektronik
Vape nama diberi
Asap kepul-kepul
Buat sakit hati
Hei…

Jangan hampirinya
Nanti kau terseksa
Rokok elektronik
Baik buang saja

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH

TAJUK 8
SAJAK : BAHAYA ROKOK

Rokok
Kewujudanmu mengubah segala
Setiap pelosok negara kau mendapat tempat
Hadirmu membawa gembira si penghisap rokok
Adakah mereka sedar akan bahayamu
Mereka lupa
Kau pembunuh seperti dadah
Mereka tidak sedar
Kau penyebab penyakit kronik
Kanser, diabetis, jantung, buah pinggang membawa mati

Siapa sangka
Kepulan asapmu yang putih itu
Punyai 4000 bahan kimia berbahaya
Mengundang derita si pembau
Isteri, anak, kawan-kawan menjadi mangsa
Sedarla wahai perokok
Merokok hanyalah penderitaan
Kau akan merana dibelenggu penyakit
Hidupmu hanyalah kesakitan

Wahai perokok
Bersihkanlah tubuhmu
Muhasabahlah dirimu
Sucikanlah hatimu
Ceriakanlah hidupmu
Sinarilah hayatmu TANPA
rokok..

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH


Click to View FlipBook Version