TAJUK 9
INFO ROKOK : BAHAYA MEROKOK
Berikut merupakan beberapa info bahaya merokok:
• Pelajar bawah 18 tahun akan ditangkap kerana merokok dan sudah
ramai orang mati kerana merokok.
• Semua orang tahu merokok membahayakan kesihatan, tetapi ramai
orang yang sanggup menggadaikan nyawa dengan merokok.
• Ada tiga bahan bahaya dalam setiap batang rokok iaitu nikotin, karbon
monoksid dan tar.
• Nikotin adalah sejenis dadah yang boleh menyebabkan degupan
jantung menjadi cepat, mengecutkan salur-salur darah dan
meninggikan tekanan darah.
• Karbon monoksid adalah sejenis gas yang boleh menyebabkan
keupayaan darah membawa oksigen menurun. Bila darah kurang
membawa oksigen, badan akan menjadi letih dan mengantuk.
• Tar adalah bahan perangsang yang menyebabkan barah paru-paru,
usus atau mulut.
RUMUSAN : Undang-undang di negara kita sudah memulakan larangan
merokok. Peraturan sekolah juga tetap melarang pelajar merokok. Pelajar
yang melanggar peraturan ini akan dibuang sekolah.
PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH
TAJUK 10
CERPEN : AKU SEBATANG ROKOK
Aku rokok. Tidak perlu tahu nama penuhku. Cukup anda kenal aku sebagai
rokok. Badanku panjang. Putih dan kuning itu warna kulitku. Ada juga
bangsaku berwarna hitam. Sudah berkurun aku wujud di dunia ini. Pelbagai
inovasi telah dicipta dari bangsaku. Vape, shisha, itu semua cucu-cicitku.
Manusia menghabiskan masa dan wang demi menghirup secangkir bahagia
dari tubuhku. Agungnya aku apabila mereka letakkan dibibir yang sepatutnya
digunakan untuk mengukir sebuah senyuman. Pedih seksa tubuhku apabila
dibakar. Tidak mengapa wahai manusia. Hiruplah secangkir bahagia dari
tubuhku. Nikmatilah bahagia itu. Aku maafkan wahai manusia ketika kau
buang tubuhku ke tanah. Kau tenyeh badanku dengan kasut kulitmu. Sakit,
perit yang ku rasa setelah habis nikmat kau dapat. Kenapa aku maafkan kamu
wahai manusia? Sedang kamu bahagia membakarku aku dan bangsaku telah
berjanji aku merosakkan dirimu. Setiap sedutan aku titipkan kanser, penyakit
jantung. Jenis kanser? Tidak perlu pilih, aku siapkan semuanya untukmu
wahai perokok. Jika mahu selamat, tinggalkan aku, jauhi aku. Pesan pada
keluargamu jangan pernah mencubaku. Tiada erti sihat jika bersamaku.
PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH
TAJUK 11
TIPS BERHENTI MEROKOK 12M
1. Melengah-lengahkan - tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar.
2. Menarik nafas panjang - tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan.
3. Minum air- terutama air masak. Elakkan minuman berkafein.
4. Menyibukkan diri - buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk
melupakan rokok.
5. Menjauhkan diri - daripada orang yang merokok.
6. Mengelakkan diri - daripada suasana atau situasi yang mendorong
kepada merokok.
7. Mengunyah sesuatu - seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang
manis.
8. Membasuh tangan selalu.
9. Mandi dengan kerap.
10. Meregangkan otot - lakukan senaman regangan apabila rasa
mengantuk.
11. Meditasi.
12. Memohon doa - berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha
TAJUK 12
MONOLOG: AKU DAN SEBATANG SHISHA STICK
Sisi jahat: Shisha… boleh cuba ni.
Sisi baik : Shisha banyak buruknya. Perlu dielak.
Sisi Jahat :
Sisi Baik : Shisha stick ja.
Dari shisha stick ja boleh jadi ketagihan. Dalam shisha stick
ada nikotin. Sedut sekali ja dalam masa 10 saat terus sampai
otak.
Sisi Jahat: Jangan risau la. Shisha ni ada penapis.
Sisi Baik : Nikotin tak larut air. Penapis yang ada tu tak berguna.
Sisi Jahat: Sekali cuba tak jadi apa.
Sisi Baik : Bila dah kena jangkitan penyakit tuberkulosis dan hepatitis,
hepes, aspergillosis dan helicobacter baru nak sedar?
PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH
Sisi Jahat : Cuba la sikit, kawan nak paying tu.
Sisi Baik : Kongsi la shisha tu. Jangkitan paru-paru, kanser perut, dan
apa ja penyakit mudah berjangkit semua nak hinggap.
Aku :
SHISHA PERGI JAUH-JAUH!
TAJUK 13
LAGU : KEMPEN TAK NAK MEROKOK
Anak Malaysia warga berbudaya,
Bertatasusila, berimej mulia,
Merokok hanya akan mencemarkannya,
Janganlah kita ketagih dengannya
Tak nak merokok hoi hoi
Tak nak merokok hoi hoi
Jika merokok banyak padahnya..
Tak nak merokok hoi-hoi
Tak nak merokok hoi-hoi
Kerana rokok cemarlah budaya
Anak Malaysia warga berupaya
Sihat sejahtera, cergas sentiasa
Merokok hanya melemahkan kita
Itulah bahaya jika menagihnya
Tak nak merokok hoi hoi
Tak nak merokok hoi hoi
Jika merokok banyak padahnya..
Tak nak merokok hoi-hoi
Tak nak merokok hoi-hoi
(Menyanyi mengikut rentak lagu Can Mali Can)
PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH
TAJUK 14
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN BERKAITAN MEROKOK
Mengikut Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993 Pindaan 1997:
Peraturan 10 dan 12
1. Semua Premis Kerajaan. 8. Sekolah, Taman Asuhan,
2. Hospital dan klinik Tadika, IPT.
3. Kaunter bank, telekom dan
9. Kompleks sukan.
pos. 10. Hentian pengangkutan awam.
4. Kenderaan awam. 11. Lif awam.
5. Kedai berhawa dingin. 12. Stesen minyak.
6. Kompleks membeli belah. 13. Dewan orang ramai.
7. Stadium.
Peraturan 8
Adalah menjadi kesalahan bagi mana-mana pihak jika menjual hasil
tembakau kepada individu di bawah umur 18 tahun.
Peraturan 8A
Mana-mana individu di bawah 18 tahun yang merokok atau mengunyah
apa-apa hasil tembakau atau membeli atau memiliki samada guna sendiri
atau tidak, apa jua hasil tembakau telah melakukan satu kesalahan.
PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH
TAJUK 15
ROKOK ELEKTRONIK DAN KESANNYA
Rokok elektronik adalah satu alat elektronik menyerupai cara merokok tanpa
perlu perokok menyedut asap rokok yang berbahaya. Setiap kali rokok
elektronik disedut, cip komputer elektronik yang dikuasakan oleh bateri akan
menghidupkan atomizer yang kemudian akan memanaskan cecair yang akan
menghasilkan wap.
“Penjualan bahan dan produk itu adalah salah mengikut Akta Racun
1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Mereka yang didapati bersalah menjual dan mengedar produk itu dan
cecair nikotin untuk kegunaan rokok e-elektronik boleh didenda tidak
lebih RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua
sekali, katanya.” (Sumber: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong
Lai, Berita Harian: 21 Jan 2013).
Rokok elektronik mengandungi pelbagai jenis nikotin yang bervariasi, iaitu
nikotin pelarut, propilen glikol, dietilen glikol, dan gliseren yang apabila
dipanaskan akan menghasilkan nitrosamine. Larutan nitrosamine menjadi
penyebab terjadinya kanser.
PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH
BAHAGIAN 4
INHALAN
PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH
TAJUK 1
PENGENALAN INHALAN
Definisi Inhalan
Inhalan atau agen inhalasi termasuk dalam kelas dadah berbentuk gas atau
wap yang disalahguna secara inhalasi. Inhalasi bermaksud menghidu gas
sama ada melalui hidung atau mulut sehingga gas itu sampai ke paru-paru.
Agen ini wujud di dalam pepejal atau cecair meruap (volatile) yang
menghasilkan gas pada suhu bilik. Gas yang dihidu ini boleh menyebabkan
kesan psikoaktif atau mind-altering (merangsang perubahan minda).Ini
kerana gas ini mengandungi bahan kimia yang boleh mempengaruhi neuron
di otak. Kriteria utama agen inhalasi ialah gas ini hanya diambil secara
inhalasi untuk mendapatkan kesannya.Terdapat lebih daripada 30 barangan
harian yang boleh disalahgunakan. Penagihan agen ini tidak memerlukan
peralatan khas seperti jarum, straw, daun, sudu, botol, batang betik dan
mentol lampu. Kebanyakan penagih golongan ini merupakan kanak-kanak
dan remaja.
Kesan-Kesan Pengambilan Inhalan
Kebanyakan inhalan berbentuk pelarut dan gas akan menyebabkan penagih
khayal. Kesannya seakan sama dengan mabuk akibat meminum alkohol yang
banyak. Perasaan khayal ini biasanya berlaku selama 15 hingga 45 minit dan
akan berterusan sehingga satu hingga dua jam. Sekiranya kuantiti atau
kepekatan inhalan itu tinggi, penagih mungkin hilang deria rasa, sawan dan
seterusnya tidak sedarkan diri.
Sekiranya wap inhalan disedut dengan kuat dan dalam, atau
digunakan dengan banyak dalam tempoh yang singkat, seseorang itu akan
hilang kawalan diri, berkelakuan agresif, tidak sedarkan diri, atau mati.
Penagih juga akan berasa loya dan muntah. Jika muntah ketika pengsan,
kematian boleh berlaku akibat tersedak dan kesesakan nafas. Inhalan yang
PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH
dihidu pada kadar kepekatan tinggi boleh menyebabkan rasa kebas,
kekejangan anggota badan, kerosakan pendengaran dan penglihatan,
komplikasi sistem pembiakan, sirosis hati, kegagalan jantung dan kematian
mengejut.
Penagihan yang berterusan dalam jangka masa panjang boleh
mengakibatkan kerosakan sel-sel otak yang kekal. Penagih akan hilang daya
tumpuan, mudah marah, hilang ingatan, mengalami kekeliruan serta
kemurungan. Selain itu, selera makan serta berat badan penagih turut
merosot. Penagih juga akan mengalami keletihan serta kawalan pergerakan
badan akan turut terjejas. Inhalan juga boleh merosakkan organ-organ utama
badan seperti paru-paru, hati, buah pinggang, darah dan sum-sum tulang.
Mengenal Ciri-ciri Penagih Inhalan
1. Tanda-tanda penagihan inhalan dalam kalangan murid-murid:
2. Terdapat bau bahan kimia pada nafas, badan, pakaian dan di bilik
tidur.
3. Kesan cat atau bahan seumpamanya di kawasan muka, tangan, atau
pakaian.
4. Terdapat bintik-bintik merah dan pecah-pecah di sekitar mulut dan
hidung.
5. Mata seringkali kelihatan berair, merah dan berkaca, serta hidung
berair.
6. Terdapat bekas-bekas cat atau pelarut serta kain buruk atau pakaian
yang telah dicelup dengan bahan tersebut yang cuba disembunyikan
di dalam laci atau almari di bilik tidur.
7. Remaja tersebut seringkali mengalami loya-loya, hilang selera makan,
pertuturan yang kurang jelas, serta kelihatan tidak terurus.
8. Remaja terbabit kelihatan mengalami kurang daya tumpuan, mudah
marah dan murung.
PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH
Kenapa Inhalan Sangat Bahaya
1. Kematian yang mengejut akibat tersedak dan sesak nafas.
2. Merosakkan organ-organ utama badan seperti paru-paru, buah
pinggang, darah dan sum-sum tulang.
3. Kuantiti bahan inhalan yang sedikit tetapi boleh menyebabkan
penagih berasa khayal. Kesannya seakan sama dengan mabuk akibat
meminum alkohol yang banyak. Perasaan khayal ini biasanya berlaku
selama 15 hingga 45 minit dan akan berterusan sehingga satu hingga
dua jam.
4. Bahan inhalan mudah diperolehi di kedai-kedai barangan logam dan
tiada kawalan pembelian.
5. Disukai oleh remaja kerana harganya murah dan sukar dikenalpasti
oleh ibu bapa sehinggalah penagih pada tahap ketagihan yang teruk.
6. Ramai orang tidak menganggap inhalan sebagai dadah kerana bahan
inhalan digunakan sebagai bahan kegunaan di rumah.
7. Remaja tidak mengetahui bahan-bahan inhalan boleh menyebabkan
ketagihan yang kronik.
PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH
TAJUK 2
BAHAYA MENGHIDU INHALAN
Kesan serta merta menghidu inhalan adalah melalui tanda-tanda seperti
berikut :
Bil. Tempat Simpton
1 Deria - Sensitif kepada cahaya
(Sensory System)
- Gatal mata
2 Sistem-sistem pernafasan
(respiratory dan cerdial - Penglihatan berkembar
system)
- Telinga berdesing/ berdengung
- Sesak nafas
- Sakit dada dan rasa tidak selesa
- Degupan jantung
yang tidak normal
3 Lain-lain - Sakit-sakit otot dan sengal sendi
Penyedutan yang panjang atau penghiduan berulang dalam masa yang
singkat mungkin menyebabkan :
1. Ketidakserasian (disorientation)
2. Kehilangan kawalan diri
3. Tidak sedarkan diri/pengsan
4. Sawan (serangan otak dengan tiba-tiba)
5. Kurang penyelarasan pergerakan otot
6. Refleksi/ gerakan yang berkurangan (depressed reflexes)
7. Hidung berdarah, mata merah dan nafas berbau
8. Pening kepala selama beberapa hari.
PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH
Kesan Jangka Panjang Menghidu Inhalan
Penggunaan inhalan dalam jangkamasa panjang akan menyebabkan
perkara-perkara berikut :
1. Kelesuan / pucat
2. Hilang daya ingatan
3. Kehilangan daya untuk berfikir dengan jelas atau waras
4. Cepat dahaga
5. Susut berat badan
6. Kemurungan
7. Panas baran
8. Pemarah
9. Perasaan teraniaya
10. Pengurangan pembentukan sel darah dalam sum-sum tulang.
Kebanyakan kesan jangka panjang ini boleh dipulihkan semula (reversible)
jika penggunaan inhalan dihentikan. Penghiduan wap pekat yang dilakukan
berulang kali dalam tempoh masa yang berlanjutan boleh menyebabkan :
1. Kerosakan sistem saraf pusat yang kekal dan mungkin tidak dapat
dipulihkan kembali;
2. Penurunan keupayaan jasmani dan mental;
3. Kerosakan kepada hati, buah pinggang, darah dan sum-sum tulang;
4. Kematian mengejut yang berpunca daripada degupan jantung yang
tidak tetap dan kesukaran bernafas.
Kesan kepada tubuh badan
Wap yang disedut dari bahan pelarut atau aerosol akan masuk dengan cepat
ke dalam aliran darah melalui paru-paru, kemudian ianya teredar dengan
cepat sekali ke dalam organ yang mempunyai edaran darah yang besar
seperti otak dan hati. Wap yang disedut ini akan cepat terserap ke dalam
sistem saraf pusat menyebabkan banyak kelemahan kepada fungsi badan
termasuk tarikan pernafasan dan degupan jantung.
PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH
Kesan Pengambilan Inhalan (Keratan Akhbar)
Berdasarkan keratan akhbar di atas, rumusan yang dapat dibuat ialah
• Perbuatan menghidu gam lebih buruk berbanding penyalahgunaan
dadah kerana ia mampu merosakkan organ dalaman badan dalam
tempoh masa yang singkat.
• Kekurangan ilmu serta maklumat berkaitan inhalan menyebabkan
masyarakat memandang enteng gejala tidak sihat ini.
• Gejala pengambilan inhalan ini bertumpu di kawasan pedalaman dan
estet.
• Namun, dewasa ini gejala ini juga merebak dan sering membabitkan
kanak-kanak dan remaja yang menetap di flat perumahan kos rendah.
• Kesan hidu gam dalam masa 6 bulan :
o Kesan kepada jantung o Kanser Hati o Kerosakan organ
dalaman termasuklah buah pinggang, otak dan paru-paru.
PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH
TAJUK 3
CARA PENGAMBILAN INHALAN (GAMBARAJAH)
PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH
TAJUK 4
JENIS-JENIS INHALAN
1. Pelarut/Cecair
• Cat, bahan pengilat, minyak tanah, petrol, gam, cecair pemadam
dan dakwat pen
• Meruap pada suhu bilik
• Mudah dan senang didapati
• Thinner, pembersih cat, cecair dobi, gam, cecair pemadam dan
cecair penanda
2. Bahan gas
• Pemetik api, gas peti sejuk, klorofom, haloten dan nitrous oksida
• Pelali perubatan contoh eter, kloroform dan halothane
• Digunakan dalam produk di rumah
3. Aerosol
• Pemetik api, pewangi,penyembur rambut, pelindung fabrik
• Cecair yang mengandungi penyembur dan pelarut
4. Bahan nitric
• Bertindak meransang sistem pusat
• Climax, popers, rush dan locker room
PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH
TAJUK 5
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
Menghidu atau menyedut inhalan boleh membunuh walau hanya dengan
sekali sedutan atau hiduan sahaja. Antara yang dapat dilakukan adalah:
a) Sentiasa sedar, waspada serta ambil tahu tentang masalah ini dengan
cara mendapatkan maklumat lanjut tentang penagihan bahan
sedutan, jenis bahan yang sering disalahgunakan, dan caracara untuk
mengesan masalah ini sekiranya terjadi dalam kalangan anak-anak,
anak murid atau rakan-rakan anda.
b) Pastikan anak-anak, anak murid atau rakan-rakan anda mengetahui
tentang bahaya merokok, minum arak, penyalahgunaan dadah serta
inhalan.
c) Elakkan membeli produk-produk yang mudah disalahgunakan seperti
bahan pelarut dan produk-produk berasaskan bahan pelarut, gas,
minyak petrol dan aerosol. Usahakan untuk mendapatkan produk-
produk alternatif yang berasaskan air sekiranya ada.
d) Sentiasa awasi mengenai kuantiti produk yang telah digunakan oleh
anak sekiranya kuantiti yang digunakan agak banyak, soal dan
lakukan penyiasatan lanjut.
e) Sekiranya anda mengenalpasti sebarang perubahan tingkah laku
anak atau rakan anda, dampingi mereka dan mula berbincang
mengenai perkara yang membimbangkan anda. Jangan
melengahkan tindakan anda.
f) Elakkan sikap ‘tidak apa’. Ingatlah bahawa satu sedutan atau hiduan
mungkin akan membunuh orang tersayang.
PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH
TAJUK 6
BORIA INHALAN
Cerita hari ini tentang inhalan
Disalah guna memberi kesan
Jangan sengaja kita amalkan Boleh
akibat pelbagai kesan
Ewah…..
Bermacam jenis bahan inhalan
Yang kita guna dalam kehidupan
Jangan jadikan diri bebanan
Pada keluarga dan juga rakan
Kesan inhalan sangat bahaya
Hilang ingatan dengan tiba-tiba
Halusinasi menyusul pula
Benda yang tiada dikatanya ada
Ewah..
Jika inhalan jadi amalan
Apa ditutur tiada siapa peduli
Kita seperti dalam khayalan
Dengan masyarakat menjauhkan diri
Ewah..
Penagih inhalan buruk kesannya
Menjadi ganas dengan tiba-tiba
Badan pun kurus tiada selera
Kesan tempias pada negara
PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH
TAJUK 7
PANTUN NASIHAT INHALAN
Pagi-pagi menetak dahan,
Dahan pokok banyak duri; Jauhi
diri dari inhalan,
Jika diamal merosak diri.
Setiap petang berjalan-jalan,
Sambil berjalan berpimpin tangan;
Banyak kesannya mencuba inhalan, Batuk
muntah lemah badan.
Jika selalu mengambil inhalan,
Memberi kesan jangka panjang;
Jika diambil secara berterusan,
Rosak otak dan buah pinggang.
Wahai kawan dengarkan ini,
Pantun nasihat jadi panduan; Pandai-
pandailah menjaga diri,
Jangan tersalah memilih kawan.
PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH
TAJUK 8
SAJAK : MAAFKAN AKU
Aku tidak ingin mencuba dulunya
Namun pengaruhmu
Jadikan aku luntur, aku lemah.
Maafkan aku ibu, ayah
Ampunkan aku adik; abang; kakak
‘Sorry‘ cikgu; kawan-rakan
Dulu kuhidu janjinya hanya suka-suka
Dulu kusedut janjinya hanya ingin cuba.
Namun
Kudratku tidak sehebat mana rupanya Aku
jatuh lemas, tewas.
Maafkan aku ibu, ayah
Ampunkan aku adik; abang; kakak
‘Sorry‘ cikgu; kawan-rakan
Aku ingin melangkah kembali
Ke jalan benar dengan iman dan amal
Langkah penuh gagah
Selamat tinggal inhalan!!
PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH
TAJUK 9
CERPEN : KAU PEROSAK
Kumpulan pasukan olahraga acara larian Sekolah Kebangsaan Sempang 3
begitu terkenal dengan pelari-pelarinya yang handal untuk acara
berkumpulan. Pada awal tahun ini, seperti biasa, Naim, Zaidi, Razman dan
Omar begitu gembira kerana terpilih mewakili pasukan sekolah dalam acara
larian 4 x 200 meter. Mereka telah menjalani latihan beberapa kali dengan
dibimbing oleh jurulatih acara larian sekolah tersebut. Latihan menjadi lebih
kerap kerana hari pertandingan sebenar akan bermula beberapa hari lagi.
Zaidi : Razman, nampaknya kumpulan kita ini sudah terkenal dalam sekolah
kita. Dalam perhimpunan pun, kumpulan larian kita disebut-sebut oleh guru
kokurikulum.
Razman : Mestilah, kita sudah banyak menjalani latihan. Kita berempat
memang hebat dan benar-benar menjadi harapan sekolah supaya menjadi
johan peringkat negeri acara larian berpasukan ini.
Naim : Oh, yakah! Tapi saya rasa, kita belum tentu akan menang. Kaki saya
ni sekali- sekala berasa sakit. Kepala saya pun sering pening. Saya rasa
kumpulan kita tidak boleh menjadi johan lah.
Omar : Eh, eh, kau ni Naim! Apa pula kau merepek ni? Tinggal beberapa hari
lagi kita akan menyertai pertandingan sebenar. Jangan buat main-main,
Naim. Kita ni harapan sekolah. Jika kita berjaya memenangipertandingan ini
sebagai johan negeri, kita dapat mengharumkan nama kita dan sekolah kita.
Kita akan memperoleh sijil kemenangan yang berguna untuk ke sekolah
menengah yang terbaik. Naim Yalah, kita cubalah sedaya upaya.
Mudahmudahan kita berjaya.
(Naim bercakap dengan suara yang lemah. Matanya kelihatanmerenung jauh
seolah-olah menyembunyikan suatu rahsia) Pada hari yang lain…
PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH
Zaidi : Razman! Omar! Kau orang dengar tak? Tadi Naim pengsan. Dia
terjatuh di bilik air. Cikgu Kamaruddin telah menghubungi ambulans.
Omar: Oh, begitukah! Saya tak sangka pula Naim tiba-tiba jadi begitu. Tapi,
pada minggu lepas, saya masih ingat Naim kata kakinya selalu sakit dan
kepalanya sering terasa pening.
Razman: Ya lah! Saya pun terkejut ni. Mari kita bertanya kepada cikgu apa
yang sebenarnya terjadi kepada kawan baik kita itu. Mereka terus berjumpa
jurulatih pasukan olahraga sekolah mereka untuk bertanya mengenai
keadaan Naim.
Malangnya pada keesokan hari, mereka mendapat berita yang mengejutkan.
Rupa-rupanya, Naim telah mencuba-cuba menghidu gam. Doktor
mengesahkan ini yang menyebabkan kaki Naim sering sakit. Kepalanya juga
selalu pening dan akhirnya dia pengsan. Jurulatih olahraga kelihatan begitu
kecewa dengan berita buruk ini kerana Naim terpengaruh dengan amalan
menghidu gam. Naim terpaksa digantikan dengan peserta simpanan untuk
acara larian yang akan bermula pada keesokannya. Razman dan rakan-
rakannya berasa sangat sedih kerana Naim merupakan pelari yang terbaik
dalam kumpulan itu. Namun, akibat menghidu gam mereka terpaksa
kehilangannya).
PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH
TAJUK 10
WAWANCARA INHALAN
Ain Afiqah, murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Kota Lama dan merupakan
salah seorang Pembimbing Rakan Sebaya menemuramah seorang doktor
perubatan mengenai kesan inhalan terhadap kesihatan seseorang.
Afiqah : Selamat pagi doktor. Saya Afiqah dari Sekolah Kebangsaan Kota
Lama ingin menemuramah doktor tentang kesan dan akibat inhalan kepada
manusia.
Doktor : Selamat pagi. Silakan duduk.
Ain Afiqah: Bolehkah doctor ceritakan pengalaman merawat pesakit yang
terlibat dengan jenis inhalan? Doktor : Tentu sekali. Kebanyakan pesakit
tersebut melibatkan remaja.
Ain Afiqah : Apakah jenis inhalan yang biasanya digunakan?
Doktor :Kebiasaannya mereka menghidu gam tetapi terdapat satu kes
pesakit saya yang menghidu petrol.
Ain Afiqah : Bagaimanakah pesakit tersebut terlibat dengan ketagihan
menghidu petrol?
Doktor: Pesakit tersebut bekerja sebagai jurupam di sebuah stesen minyak.
Pada awalnya dia suka menghidu bau petrol secara tidak langsung
sehinggalah tanpa disedari dia menjadi ketagih.
Ain Afiqah: Apakah kesan ketagihan menghidu petrol?
PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH
Doktor: Ketagihan menghidu petrol memberikan kesan khayal dengan cepat
berbanding dengan kesan yang didapati daripada penyalahgunaan dadah
yang lain. Wap yang dihidu daripada petrol meresap ke dalam saluran darah
melalui paru-paru, kemudian tersebar dengan cepat ke otak dan hati yang
akhirnya boleh menyebabkan kematian mengejut.
Ain Afiqah: Apakah rawatan yang boleh diberikan kepada pesakit tersebut?
Doktor : Pada peringkat ketagihan awal, pesakit ini boleh dirawat. Walau
bagaimanapun penagihan tegar sukar dirawat yang mana kebanyakannya
membawa maut.
Ain Afiqah : Sebelum mengakhiri wawancara ini, apakah nasihat doktor
kepada golongan masyarakat di luar?
Doktor : Pertama, ibu bapa perlu memainkan peranan mengawal dan
mengawasi tingkah laku anak-anak. Seterusnya guru-guru sebagai penyalur
maklumat perlu memberi pendedahan kepada murid dari semasa ke semasa
mengenai bahaya penyalahgunaan dadah termasuk inhalan. Masyarakat
juga haruslah sentiasa bekerjasama untuk mewujudkan Masyarakat Madani
Tanpa Dadah.
Ain Afiqah: Terima kasih doktor atas perkongsian maklumat sebentar tadi.
Doktor : Sama-sama.
PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH
BAHAGIAN 5
HIV / AIDS
PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH
TAJUK 1
DEFINISI HIV DAN AIDS
HIV dan AIDS adalah penyakit sosial yang melanda masyarakat sejagat
termasuk Malaysia. Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit atau
lebih dikenali sebagai AIDS (Acquired Immune Deficiency Syndrome) ialah
satu penyakit serius disebabkan oleh virus HIV (Human Immunodeficiency
Virus). AIDS disebabkan oleh virus HIV yang menyerang dan memusnahkan
daya ketahanan badan. Seseorang individu dijangkiti AIDS apabila virus HIV
merosakkan sistem pertahanan tubuh badan. Sistem pertahanan badan yang
tidak berfungsi menjadikan individu mudah dijangkiti bakteria dan virus-virus
lain yang boleh menyebabkan sakit teruk.
Penyebaran HIV dan AIDS
HIV dan AIDS dapat disebarkan melalui cecair badan perhubungan seks
bebas, penerimaan darah yang tercemar perkongsian jarum suntikan dadah
dengan orang telah dijangkiti dan daripada ibu ke anak semasa mengandung,
melahirkan dan menyusu badan jika ibu adalah positif HIV.
Tanda dan Simptom HIV
Pada peringkat awal, pesakit kelihatan sihat tanpa menyedari dirinya HIV
positif. Namun demikian, AIDS boleh merebak dan menjangkiti orang lain.
Sebilangan pesakit mengalami simptom berikut dalam masa dua hingga
enam minggu selepas dijangkiti kuman HIV, tanda-tandanya adalah seperti
badan terlalu lemah dan lesu, penurunan berat badan yang mendadak,
demam panas yang kerap, kelenjar limpa membengkak, ruam kulit dan ulser
pada permukaan mukosa (contoh: lapisan dalam mulut), cirit-birit yang kronik
dan batuk yang kronik.
PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH
TAJUK 2
SIMPTOM JANGKITAN AIDS
Pesakit HIV mudah mendapat jangkitan kuman disebabkan sistem ketahanan
badan yang lemah. Dalam masa dua tahun, pesakit AIDS boleh dijangkiti
jangkitan kuman yang teruk, susut berat badan dan lemah.Sekiranya tidak
mendapatkan rawatan, simptom AIDS akan bertambah kronik. Simptom-
simptom AIDS adalah penyakit kulit dan jangkitan sistem pernafasan, cirit-birit
yang kronik, jangkitan bakteria yang teruk dan batuk kering, jangkitan kuman
pada otak (contoh: toxoplamosis), jangkitan kulat (contoh: candidiasis pada
saluran makanan atau sistem pernafasan) dan kanser (contoh: Kaposi's
sarcoma).
Perkembangan penyakit ini melalui beberapa fasa:-
Fasa 1: Bermula dengan HIV menjangkiti seseorang individu.
Fasa 2:
Virus terus membiak tetapi pesakit masih tidak mempamerkan
sebarang tanda atau gejala-gejala yang tertentu.
Fasa 3: Membiak dan berkembang membawa kepada kewujudan
beberapa tanda dan gejala yang memburukkan lagi
mekanisme pertahanan tubuh.
Fasa 4: Pesakit mula mengalami penyakit-penyakit yang jarang
berlaku yang digelar ‘Infeksi Oportunistik’ seperti
Pneumocystis Carinii Pneumonia dan kanser
termasukSarkoma Kaposi.
Fasa 5: Pesakit tersebut disahkan sebagai pesakit AIDS. Di dalam
fasa ini, mekanisme pertahanan mengalami kemusnahan
yang teruk dan sudah tidak mampu lagi untuk melawan
serangan bakteria, virus dan kuman-kuman lain.
PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH
TAJUK 3
BAHAYA HIV DAN AIDS
Penyakit AIDS ini berpunca daripada beberapa faktor. Beberapa laporan
tentang penyakit ini ditemui dalam kalangan lelaki homoseksual dan penagih
dadah yang menggunakan suntikan. Penerima darah dan pasangan seks
atau anak-anak kumpulan ini juga didapati menghidap penyakit yang sama
iaitu pendatang dari kepulauan Haiti, pesakit hemofilia (sejenis penyakit
keturunan yang semula jadi membunuh sel darah). Punca jangkitan yang
menyebabkan penyakit ini semakin menular di antara lainnya ialah
homoseksual, penggunaan dadah yang menyuntik (IDU) iaitu secara
pengkongsian, perlakuan heterosekual, industri darah yang telah tercemar
dengan penyakit ini dan juga aktiviti seks yang dilakukan secara rambang iaitu
seks dengan lebih daripada satu pasangan yang kerap diamalkan ini akan
mendatangkan kemudaratan terhadap pasangan tersebut. Mereka hanya
mementingkan kenikmatan semata-mata tanpa menghiraukan kesan jangka
panjang yang akan berlaku terhadap mereka.
Faktor dominan yang menyebabkan penyakit AIDS berleluasa ialah
kekurangan kesedaran tentang bahaya penyakit AIDS dan kurang
mengamalkan amalan gaya hidup sihat. Seterusnya, kekurangan
pengetahuan tentang penyakit AIDS juga menyumbang kepada peningkatan
bilangan pesakit AIDS. Rakyat seharusnya dibekalkan informasi tentang
penyakit AIDS supaya menjadi tanggungjawab mereka untuk melakukan
pemeriksaan darah secepat mungkin. Tindakan ini adalah untuk mengetahui
sama ada mereka ialah pembawa HIV yang berkemungkinan besar akan
menyebarkan virus tersebut melalui hubungan seks rambang, pemindahan
darah, ataupun melalui penyusuan ibu kepada anak. Jelaslah kepada kita
betapa pentingnya bagi rakyat menyedari tentang bahaya penyakit AIDS
yang bukan sahaja memudaratkan kesihatan tetapi boleh juga mengancam
nyawa seseorang.
PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH
TAJUK 4
PENYEBARAN HIV DAN AIDS
Fakta mengenai HIV :
1. HIV tidak dapat hidup di luar tubuh manusia.
2. HIV tidak boleh berjangkit melalui air peluh, air kencing dan air
mata.
3. HIV tidak boleh berjangkit menerusi kulit yang sihat dan melalui
udara.
4. HIV tidak boleh hidup di luar badan manusia seperti di permukaan
kulit dan pakaian,
HIV tidak boleh dijangkiti melalui :
• Pendermaan darah yang menggunakan peralatan disteril dan
mengikut piawai dapat menghindarkan jangkitan. Di Malaysia, semua
darah yang didermakan telah disaring terlebih dahulu bagi mengesan
antibodi HIV.
• Melalui sentuhan.
• Menjaga seseorang yang positif HIV.
• Berkongsi telefon, kolam renang dan tandas awam.
• Berkongsi makanan.
• Berkongsi tempat tinggal, bekerja dan belajar bersama serta
berkongsi tempat tidur.
• Menggunakan pinggan, sudu dan gelas yang digunakan oleh pesakit
HIV kerana virus HIV tidak boleh hidup lama di luar tubuh manusia.
Peralatan tersebut apabila dibasuh seperti biasa akan membunuh
virus HIV.
• Bersin, batuk, air peluh dan air kencing.
• Gigitan serangga (termasuk gigitan nyamuk) atau binatang.
TAJUK 5
UJIAN ANTIBODI HIV
PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH
Ujian Antibodi HIV ialah ujian darah bagi mengesan kehadiran antibodi HIV
dalam tubuh. Antibodi ialah sejenis protein yang dihasilkan oleh tubuh badan
bagi melawan anasir-anasir asing seperti kuman dan virus yang menyerang
sistem badan. Terdapatnya antibodi HIV dalam darah menunjukkan jangkitan
HIV telah berlaku. Bagaimanapun bagi jangkitan HIV, antibodi HIV yang
dihasilkan ini hanya mampu melawan virus HIV ini di peringkat awal jangkitan.
Apabila virus HIV ini membiak dan menjadi semakin banyak, antibodi HIV ini
menjadi semakin lemah dan tidak berupaya melawannya.
Bagi sesetengah individu pula antibodi HIV hanya dapat dikesan dalam darah
setelah tiga bulan. Jika keputusan ujian setelah tiga bulan itu adalah negatif
maka anda perlu membuat satu ujian HIV lagi setelah 6 bulan daripada tarikh
kemungkinan terkena jangkitan. Ini kerana tubuh mungkin mengambil masa
selama enam bulan untuk mengeluarkan antibodi HIV secukupnya. Oleh itu
dua ujian setelah tiga bulan dan 6 bulan mampu memberikan keputusan yang
lebih meyakinkan. Ujian pertama yang menunjukkan keputusan negatif iaitu
setelah tiga bulan bermakna antibodi HIV tidak dikesan di dalam contoh darah
yang diuji.
Namun, ini belum mengesahkan bahawa individu berkenaan bebas daripada
HIV. Ini adalah kerana terdapat satu tempoh yang dipanggil
“window period” dimana antibodi HIV tidak dapat dikesan di dalam darah
kerana badan belum menghasilkannya, walaupun telah terdapat virus HIV
yang banyak dalam darah atau air mani. Waktu antara jangkitan dengan
penghasilan antibodi HIV dipanggil “Window Period”. Sekiranya mereka yang
dikesan negatif dalam ujian pertama, perlu menjalani ujian darah sekali lagi
selepas tiga bulan (iaitu setelah 6 bulan daripada tarikh kemungkinan terkena
jangkitan) supaya status anda dapat ditentukan dengan lebih tepat. Perlu
diingatkan bahawa dalam jangkamasa 6 bulan elakkan aktiviti-aktiviti berisiko
tinggi agar ujian-ujian darah tersebut tidak sia-sia. Keputusan yang positif
bermaksud antibodi HIV telah dikesan dalam darah. Walau bagaimanapun,
ini tidak semestinya bermakna individu tersebut akan jatuh sakit dalam masa
PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH
yang singkat. Seseorang yang positif HIV perlu mendapatkan kaunseling dan
rawatan yang sempurna untuk mengekalkan kesihatan dan memanjangkan
hayatnya.
PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH
TAJUK 6
RAWATAN PENYAKIT HIV DAN AIDS
Masih tiada lagi ubat atau rawatan untuk menyembuhkan HIV dan AIDS
namun terdapat ubat dan rawatan untuk melambatkan proses penyakit ini.
1. Ubat-ubatan: Melibatkan pemusnahan kuman virus tersebut dan
merawat simptom yang dialami oleh pesakit seperti ubat anti retrovirus
yang menyerang dan memusnahkan retrovirus, termasuklah HIV.
2. Kaunseling: Membantu klien memulihkan dan menggerakkan klien ke
arah pertumbuhan diri yang lebih baik.
3. Makanan berkhasiat: Pengambilan makanan berkalori tinggi bersama
protein dan karbohidrat yang cukup, boleh mempertahankan diri dari
kekurangan zat makanan, malserapan nutrien, penurunan sistem imun
dan susut badan.
4. Senaman dan gaya hidup sihat
Usaha Mencegah Penularan HIV dan AIDS
Pencegahan dalam kalangan individu berisiko tinggi dan orang awam adalah
penting disebabkan tiada ubat untuk menyembuhkan penyakit AIDS dan
begitu juga vaksin untuk mencegah HIV :
• Pasangan yang ingin berkahwin diwajibkan menjalani ujian saringan
HIV dan AIDS.
• Menjauhkan diri daripada mengadakan hubungan seks bebas.
• Gunakan jarum dan alat suntikan pakai buang.
• Jangkitan melalui ibu kepada anak dapat dikurangkan dengan
mengambil anti virus sewaktu mengandung dan bersalin, elakkan
pembedahan dan penyusuan.
• Pegawai kesihatan hendaklah sentiasa mematuhi peraturan supaya
dapat mengelakkan kecederaan disebabkan jarum dan alatan tajam.
Individu berisiko tinggi hendaklah menjalani ujian HIV.
• Gunakan alat-alat yang telah disteril untuk menindik telinga dan
membuat tatu.
PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH
TAJUK 7
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MENANGANI HIV DAN AIDS
Usaha terbaik untuk menangani penyakit AIDS adalah melalui pendidikan
secara berterusan. Usaha pencegahan yang dilakukan adalah untuk
mendidik orang ramai mengenai AIDS dan HIV melalui:-
1. Mesej pencegahan melalui pendidikan di sekolah atau institusi
pendidikan.
2. Mesej pencegahan melalui pendidikan dalam keluarga.
3. Mesej pencegahan melalui pendidikan dalam kalangan masyarakat.
4. Usaha pencegahan melalui pewartaan akta iaitu:-
i. Akta Dadah Berbahaya 1952;
ii.Akta Racun 1952; iii. Akta Penagih Dadah (Rawatan dan
Pemulihan) 1983; iv. Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah
Pencegahan Khas)
1985;
v. Akta Dadah Berbahaya (Perlucutkan Harta) 1988; dan
vi. Akta Penggubalan Wang Haram 2001.
5. Mengamalkan gaya hidup sihat adalah amalan kehidupan yang
membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan
masyarakat.
6. Pegangan agama/moral yang kukuh
PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH
TAJUK 8
KISAH SEORANG PESAKIT HIV DAN AIDS
Shima merupakan anak sulung daripada empat orang adik beradik. Selepas
menamatkan persekolahan dia telah menyambung pelajaran dalam bidang
kejururawatan di sebuah kolej kejururawatan. Walaubagaimanapun, Shima
tidak menamatkan pengajiannya kerana masalah peribadi. Selepas berhenti
belajar Shima pulang ke kampung halamannya.
Selepas beberapa bulan menganggur Shima meminta kebenaran ibu
dan bapanya untuk bekerja di bandar sebagai seorang operator. Shima
tinggal bersama rakan-rakannya di rumah sewa. Shima mula bersikap liar,
hujung minggu sering dihabiskan bersama rakan-rakannya di kelab-kelab
malam.
Kehidupan Shima mula berubah, gajinya dihabiskan untuk
bersukasuka dan Shima mula berkenalan dengan seorang lelaki dan tinggal
bersama lelaki tersebut. Hidupnya dilimpahi kemewahan. Dia juga sering
bertukar-tukar pasangan. Shima mengetahui yang kekasihnya merupakan
seorang keldai dadah.
Pada suatu hari Shima telah ditahan polis kerana disyaki terlibat
dengan penipuan siber. Akaunnya telah digunakan oleh kekasihnya untuk
membuat penipuan siber. Selepas dibicarakan, Shima telah disabitkan
dengan kesalahan bersubahat dan dijatuhkan hukuman penjara selama 10
tahun.
Semasa dihantar ke Penjara, Shima telah menjalani ujian saringan
kesihatan. Semasa ujian tersebut Shima telah dikesan menghidapi penyakit
HIV positif. Shima tidak dapat menerima hakikat tersebut. Shima rasa
menyesal dengan perbuatannya dulu walau bagaimanapun penyesalannya
itu tidak berguna lagi kerana nasi telah menjadi bubur.
PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH
TAJUK 9
KISAH PEMUDA HIV DAN AIDS
Sekitar 13 tahun yang lalu, rutin hidupnya tidak pernah lekang daripada
berkongsi jarum suntikan. Hari ini, lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai
Haikal, 34, menanggung bahana daripada gaya hidupnya itu. Dia disahkan
menghidap penyakit HIV positif.
Namun, pesakit yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor itu tidak
menganggap disahkan sebagai pesakit HIV positif merupakan titik noktah
dalam kehidupannya. Sebaliknya dia bersyukur. Disahkan sebagai penghidap
HIV positif menyuntik keinsafan yang tidak terluah dengan katakata. Bahkan,
Haikal merasakan dirinya bertuah kerana itulah titik tolak baginya mengenal
erti kehidupan dan mendekatkan dirinya kepada Yang Maha Esa.
“Sebelum ini, saya bergelumang dengan dosa sampaikan surah Al Fatihah
pun saya tidak hafal apatah lagi menunaikan solat lima waktu,” tuturnya yang
gemar dengan aktiviti menghidu gam sejak usianya 15 tahun. Daripada aktiviti
menghidu gam, Haikal mula terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Namun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Haikal
akhirnya ditangkap di atas kesalahan memiliki dadah dan dipenjarakan
sebanyak empat kali. Di penjara, Haikal mula mengenal agama dan
menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam. Ketika di penjaralah
dia mendapat berita yang mengejutkan.
“Amat mengejutkan apabila saya disahkan sebagai penghidap HIV positif.
Namun, saya bersyukur kerana Allah memberi peluang kedua untuk
bertaubat,” ujarnya ketika ditemui di Rumah Pengasih Bukit Tunku, Jalan
Duta, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Bagi mengisi masanya, Haikal kini berkhidmat sebagai wakil pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) dengan membantu memberi khidmat kaunseling
kepada penghidap HIV/ AIDS.
PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH
TAJUK 10
PANTUN : HIV DAN AIDS
Kayuh rakit di Sungai Ular,
Kayuhan kuat bersama-sama;
Penyakit AIDS mudah menular, Jagalah
diri jangan terkena.
Riuh rendah suara teriak,
Kakak merenung sambil bersimpuh;
Andai HIV sudah membiak,
Pertahanan badan menjadi lumpuh.
Tanam petola pokok menular,
Jaga duri terkena sakit; Bila
Aids sudah menular,
Badan mudah dijangkiti penyakit.
Jalan-jalan keliling taman,
Sambil menghirup sedapnya susu:
Hidup mesti punyai iman,
Jangan ikut hawa dan nafsu.
PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH
PANEL PENULIS
1. En Freddy Au
Ketua Unit, Unit Pendidikan Pencegahan Dadah
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
2. Pn Hajah Noriah Binti Haji Molok
Pengelola Kanan, Unit Pendidikan Pencegahan Dadah
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
3. Pn Siti Zaiton Binti Ismail
SMK Tansau, Penampang
4. Pn Sabriah Maili @ Mohd Rasli
SMK Tansau, Penampang
5. En Ermiezam @ Adi Bin Awang
SK Tanjung Aru 1, Kota Kinabalu
6. Pn Ramah @ Rahmah Binti Omar Ali
Kolej Tingkatan Enam, Kota Kinabalu
7. Pn Mariatul Hanis Merani Abdullah
SM ST Michael, Penampang
8. Pn Connie Francis
SMK Bandaraya, Kota Kinabalu
9. Pn Norsinah Binti Ombi
Kolej Tingkatan Enam, Kota Kinabalu
10. Unit Pendidikan Pencegahan Dadah
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
11. Unit Pendidikan Pencegahan Dadah
Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
12. Unit Pendidikan Pencegahan Dadah
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
13. Unit Pendidikan Pencegahan Dadah
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH