The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pertandingan Syarahan Bahasa Malaysia Piala Perpaduan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Peringkat Daerah Petaling Perdana 2021 Secara Maya

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-94362018, 2021-07-19 03:39:19

Pertandingan Syarahan Bahasa Malaysia Piala Perpaduan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Peringkat Daerah Petaling Perdana 2021 Secara Maya

Pertandingan Syarahan Bahasa Malaysia Piala Perpaduan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Peringkat Daerah Petaling Perdana 2021 Secara Maya

Keywords: MGB 2021

Tarikh : 31 Julai 2021 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Lokasi Masing-Masing

Ahli Jawatankuasa Pertandingan Syarahan Bahasa Malaysia Piala Perpaduan
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Peringkat Daerah Petaling Perdana 2021

Pengerusi Majlis Puan Tan Wat Nee
Pengerusi Pengelola Puan Sea Bee Ching
Naib Pengerusi Puan Pang Kim Nee
Penyelaras Encik Mohd Tarmizi Bin Sudin
Setiausaha Cik Ooi Lee Yin
Penolong Setiausaha Cik Au Yoke Leng
Pengacara Majlis Puan Azmarina Binti Harun
Penasihat TMK Puan Low Kim Ching
Penyelia TMK Puan Ooi Ching Ping
AJK TMK Encik Lim Chun Ho
Encik Mohd Hazreen Shah Bin Hassan
Hadiah / Sijil Cik Hii Bii Hui
Puan Ling Suk Lei
Pengira Markah Puan Foo Gin Gin
Puan Moh Siau Yen

ATUR CARA MAJLIS

09.00 pagi : Pengenalan Para Hakim
09.15 pagi : Penilaian Video & Pemberian Markah (No. 1-13)
10.20 pagi : Waktu Rehat
10.30 pagi : Penilaian Video & Pemberian Markah (No. 14-26)
11.30 pagi : Pengiraan Markah
02.00 petang : Ucapan Pengerusi Majlis
02.10 petang : Ulasan daripada Para Hakim
02.30 petang : Keputusan
02.45 petang : Bersurai











HAKIM

ASSOCIATE PROFESSOR DR. DAHLIA JANAN

PENSYARAH UPSI

HAKIM

DR. JIANI BINTI JAMAN
PEGAWAI SISC+ BAHASA MELAYU

PPD PETALING PERDANA

HAKIM

PUAN NOR HAYATI MOHD SHAHARIM
PEGAWAI SISC+ BAHASA
PPD PETALING PERDANA

HAKIM

PUAN ZAHARIMAH BINTI SUBAINI
PEGAWAI SISC+

SAINS SOSIAL & BAHASA MELAYU
PPD PETALING PERDANA



SENARAI NAMA PESERTA PERTANDINGAN SYARAHAN BAHASA MALAYSIA PIALA PERPADUAN
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) DAERAH PETALING PERDANA 2021 SECARA MAYA

NO NAMA MURID TAJUK SYARAHAN
GILIRAN

1 ELISE SAM EE EN Akhlak Mulia Keluarga Bahagia

2 CHONG ENN QI Perpaduan Asas Kecemerlangan Negara

3 BEH EN THONG Demi Perpaduan: Satu Bangsa Satu Budaya

4 CHLOE LOH YUN FAY Perpaduan Negara Tanggungjawab Bersama

5 EDELINE OOI QI YI Membentuk Perpaduan Nasional Tanggungjawab Bersama

6 CHUAH QI HUI Malaysia Berjaya

7 TAN CHEN Peranan Pelajar Dalam Memupuk Semangat Perpaduan

8 MATTHEW LAM KEEN SON Perpaduan Asas Kecemerlangan Negara

9 ONG CHYI SHAN Nikmat Keamanan dan Perpaduan di Malaysia

10 WONG SH MAYN Perpaduan Asas Kecemerlangan Negara

11 SHERRYN WONG XUAN RYN Pemimpin Terbilang Negara Cemerlang

12 TAN GUAN YU Rukun Negara Amalan Hidup Kita

13 KHO SHU HAAN Malaysia, Tanah Airku Tercinta

14 MAK YEE XUAN Malaysia Berjaya

15 TAN KHYE WEI Membentuk Perpaduan Nasional Tanggungjawab Bersama

16 HANNAH LEONG XIN YE Perpaduan Asas Kecemerlangan Negara

17 YAP YI QING Budi Bahasa Budaya Kita

18 JOSHUA RYAN A/L JOSEPH Perpaduan Negara: Usaha Dan Peranan Kerajaan

19 DING JUN WEI Perpaduan Asas Kecemerlangan Negara

20 TEY SUEANN Bangsa Malaysia: Bangsa Harmoni Negara Berkualiti

21 LEE EU HAN Perpaduan Teras Kemajuan Negara

22 KOK HENG YI Perpaduan Memacu Kegemilangan Negara
23 CHONG ENN YUE Bahasa Jiwa Bangsa
24 LIM YONG XUAN Pemimpin Terbilang Negara Cemerlang
25 WONG QI BIN Perpaduan Asas Kecemerlangan Negara

26 GOH RUEN TUNG Integriti Memartabatkan Bangsa



Nama Peserta : Elise Sam Ee En No. Giliran
Tajuk Pidato : Akhlak Mulia Keluarga Bahagia
1

Sekalung apresiasi saya hulurkan buat tuan pengerusi, kombinasi intelektual kehakiman bervisi
seterusnya generasi pendukung wawasan negara.

Mauduk pidato saya pada hari ini ialah “Akhlak Mulia Keluarga Bahagia”.

Secara konseptualnya, “Akhlak Mulia Keluarga Bahagia” berkehendakkan kita semua berfikir
serta mentafsir betapa besarnya pengaruh akhlak mulia dalam melahirkan keluarga yang
berjaya. Untuk itu hadirin sekalian, marilah bersama-sama kita hayati 3 perspektif utama.

Bicara citra pertama : Peranan Ibu Bapa sebagai idola.

Keluarga bahagia merupakan impian saya, anda dan kita semua. Dalam sebuah keluarga hebat
dan bahagia, setiap ibu dan bapa perlu menjadi suri teladan yang terbaik kepada si anak.
Hadirin sekalian, lihat saja biografi pemimpin negara yang kita cintai Yang Amat Berhormat
Tan Sri Muhyiddin Yassin . Anakanda tercinta kepada seorang ulama tersohor di Muar, Tuan
Guru Haji Muhammad Yassin. Jelas menunjukkan bahawa , anak-anak mampu menjadi
pemimpin yang dikagumi dengan adanya didikan hebat daripada ibu dan bapa.

Hadirin, Bicara citra kedua : Keprihatinan kerajaan terhadap masyarakat

Pandemik Covid-19 mendatangkan impak yang sangat besar kepada segenap lapisan
masyarakat. Desakan ekonomi menjadi antara punca berlakunya kepincangan dalam keluarga
seperti kes-kes penderaan kanak-kanak. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh bahagian
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat , hampir dua ribu aduan
berkaitan kes keganasan rumah tangga dilaporkan. Oleh itu, penubuhan Persatuan Kesedaran
dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA) adalah satu inisiatif yang memang kena pada
masanya dalam usaha untuk terus memperkukuh hubungan kekeluargaan agar terus harmoni
dan bahagia!

Hadirin. Bicara citra ketiga: Penerapan akhlak melalui Pendidikan.

Pendidikan merupakan tulang belakang negara dalam memastikan generasi akan datang
menjadi generasi yang berupaya mendukung aspirasi negara. Pendidikan agama dan moral,
antara elemen yang tidak boleh dikesampingkan. Biar apa pun ujian mahupun cabaran
mendatang , anak-anak yang ampuh dirinya dengan ilmu, pasti tetap kukuh berdiri.Lihat saja
kisah hidup pelajar SPM terbaik Malaysia 2008, Nik Nur Madihah Bt Nik Mohd Kamal. Hanya
anak kepada seorang nelayan, namun mampu mengukir suatu kisah hebat lantaran
kecekalannya menimba ilmu.Nah! jelas sekali, melalui ilmu anak-anak mampu menjadi insan
yang berjaya dalam hidup.

Hadirin sekalian,

Dedikasi buat bangsa Malaysia, kita sebenarnya mempunyai kekuatan dan kelebihan yang
tersendiri. Nilai-nilai tradisi dan akhlak mulia masih utuh mendasari prinsip keluarga bahagia.
Ayuhlah bersama-sama, kita kekalkan warisan gemilang selagi hayat di kandung badan agar
Malaysia terus gah di persada dunia!

Sekian, Salam keluarga bahagia.

Nama Peserta : Chong Enn Qi No. Giliran
Tajuk Pidato : Perpaduan Asas Kecemerlangan Negara
2

dan murid-murid yang dihormati sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Pada pagi yang mulia
ini, izinkan saya menyampaikan sebuah syarahan bertajuk “Perpaduan Asas Kecermelangan
Negara”.

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum, agama,
kebudayaan serta mengamalkan cara hidup yang berbeza. Oleh itu, perpaduan negara
merupakan matlamat yang amat penting dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan,
sama ada dalam bidang ekonomi, sosial mahupun politik.

Perpaduan amatlah penting dalam pembangunan dan pentadbiran negara kerana ia merupakan
asas untuk mengekal dan mempertahankan kebebasannya sebagai sebuah negara yang merdeka
dan berdaulat.

Saudara-saudari yang dihormati sekalian.

Melalui perpaduan yang kukuh, tahap pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkatkan
supaya taraf hidup rakyat akan bertambah maju di samping mewujudkan suasana politik yang
stabil.

Perpaduan yang kukuh dan kuat merupakan pemangkin kepada kecemerlangan negara. Dengan
wujudnya perpaduan dan negara yang aman damai, kita mampu mencapai kejayaan dalam
pelbagai bidang. Kejayaan yang dicapai membolehkan kita menjadi bangsa yang bermaruah
dan berdikari.

Saudara-saudari yang dihormati,

Sekiranya perpaduan rakyat rapuh dan lemah, negara akan terdedah kepada pelbagai ancaman
dan masalah. Rakyat yang berpecah-belah dan tidak bersatu-padu akan menyebabkan huru-
hara, rusuhan, pergaduhan kaum dan sebagainya. Keadaan ini pasti akan menjejaskan
kedaulatan, ekonomi serta kestabilan negara.

Sebagai langkah untuk menyatupadukan rakyat negara ini, kerajaan telah melancarkan Rukun
Negara pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan negara.

Prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara merupakan kunci untuk memelihara
serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum negara ini. Rakyat negara ini harus
berusaha untuk membentuk satu bangsa yang bersatu- padu, setia dan cinta akan negara.

Saudara-saudari yang dihormati sekalian,

“Perpaduan Asas Kecemerlangan Negara”. Sebagai warganegara Malaysia yang tercinta, kita
harus menjadikan perpaduan rakyat sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakat di negara
ini.

Saudara-saudari yang dihormati

Negara ini adalah tanggungjawab kita. Perpaduan negara ini adalah tanggungjawab kita
bersama. Kecemerlangan dan kejayaan negara pasti menjadi kemegahan kita semua. Maka itu,
kita harus sentiasa bersatu-padu dan hidup dalam berharmoni.

Sekian, terima kasih.

Nama Peserta : Beh En Thong No. Giliran
Tajuk Pidato : Demi Perpaduan: Satu Bangsa Satu
3
Budaya

Kalungan terima kasih buat tuan pengerusi, salam perpaduan barisan juri disegani. Seterusnya
sidang hadirin yang dirahmati. Salam kasih ikatan murni. Dengarkanlah, mauduk syarahan
saya :

“Demi Perpaduan: Satu Bangsa Satu Budaya”

Tuntasnya mauduk ini menuntut kita untuk berbicara akan makna Satu Bangsa dan Satu
Budaya yang berpaksikan konsep Bangsa Malaysia untuk mengukuhkan perpaduan dan
mengutamakan rakyat ke arah aspirasi negara yang cemerlang dengan kemajuan yang gemilang.
Oleh itu, 3 isi bakal dikupas buat tatapan anak-anak merdeka.

Warga saksi dewan,

Isi pertama. Pendidikan Didahulukan, Perpaduan Diutamakan.

Tatkala pendidikan dirombak baharu. PPPM, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
dengan pendidikan bermutu, dengan tiga gelombang berteraskan sebelas anjakan utama, lima
aspirasi sistem pendidikan dan enam ciri utama, pendidikan kita terus digabung padu. Identiti
nasional yang kukuh melalui penghayatan prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan diperlukan untuk membina negara bangsa.1 Bangsa, 1 Budaya sebagai mauduk
utama.Lantas perpaduan ditekankan. Memperkasakan Bahasa Kebangsaan diutamakan.
Natijahnya, perpaduan berjaya disemai. Sistem pendidikan kita berkualiti dan bertaraf dunia.
Perpaduan bangsa dijulang.

Hadirin budiman.

Isi kedua. Modal Insan didahulukan, Jati Diri diutamakan.

Globalisasi bak api dalam sekam menjadikan kemelut sosial kian hebat mencengkam.
Kesannya, bangsa akan dipandang fakir, perpaduan bakal tersingkir. Jika ini terjadi, apa lagi
yang boleh kita banggakan ? Lantaran itu, Wawasan 2020 dipacu untuk membina jati diri yang
jitu, agar bangsa Malaysia digenggam erat, Kemajuan negara terus berdaulat. Kita mengerti,
masa hadapan negara itu pada jati diri bangsa. Jiwa merdeka itu daripada bangsa yang
mengenal diri mereka.

Hadirin pendengar setia,

Isi ketiga. Budaya Bangsa Didahulukan, Kesepaduan Diutamakan.

Demi merapatkan perpaduan, Dasar Budaya Kebangsaan membuka langkah. Persefahaman
dan toleransi kian bertambah cerah. Melahirkan budaya kebangsaan dengan lebih gagah.
Demi melahirkan budaya berkualiti, hubungan bertambah erat. Bahkan memupuk dan
memelihara kebudayaan kebangsaan mencuit harapan di hati. Semua kaum merasai kualiti
hidup yang seimbang dari segi kerohanian dan jasmaninya. Inilah buktinya, 1 Bangsa hidup
sejahtera, 1 Budaya ukhuwah bersama..

Maka hadirin sekalian. Tuntasnya, 3 isi tadi menjelaskan bahawa Bangsa Malaysia pemangkin
perpaduan negara bukan sekadar slogan untuk dilaungkan. Namun perpaduan mengajar kita
perkongsian. Perpaduan mengajar kita persamaan. Perpaduan mengajar kita makna
kemerdekaan. Perpaduan juga mengajar kita untuk berkorban, kerana perpaduan tunjang
perjuangan sesuatu bangsa yang mempunyai harga diri dan maruah. Andai bangsa ini hancur,
maruah negara akan lebur. Sekian, puteri Wawasan Malaysia mengundurkan diri.

Nama Peserta : Chloe Loh Yun Fay No. Giliran
Tajuk Pidato : Perpaduan Negara Tanggungjawab
4
Bersama

Yang dihormati, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru serta saudara-saudari
pencinta negara bangsa sekalian. Salam perpaduan semuanya. Sejak 31 Ogos 1957, penduduk
Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum hidup bersatu padu bagai aur
dengan tebing. Hakikat bahawa rambut sama hitam, tetapi hati lain-lain tidak menjadi
penghalang kepada masyarakat yang berbilang kaum ini untuk hidup dengan aman dan damai.
Semua pihak mempunyai peranan tersendiri dalam memastikan perpaduan negara yang kita
nikmati pada hari ini dapat dikekalkan selama-lamanya. Maka terimalah, tajuk syarahan saya
iaitu ‘Perpaduan Negara Tanggungjawab Bersama’.

Saudara dan saudari sekalian,

Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Izinkan saya untuk menerangkan serba sedikit tentang
tajuk syarahan saya. Perpaduan negara merujuk kepada satu bentuk penyatuan pelbagai
kelompok yang mempunyai latar belakang sosial, agama, budaya, dan bahasa yang berbeza.
Maka langkah-langkah yang tepat dan sesuai haruslah dijalankan bagi memastikan perpaduan
kaum di negara kita sentiasa utuh.

Saudara dan saudari yang dikasihi,

Antara peranan dan tanggungjawab kerajaan dalam membentuk perpaduan negara termasuklah
melalui dunia pendidikan. Dasar Pendidikan Kebangsaan bertanggungjawab mewujudkan
perpaduan dan integrasi kaum dalam kalangan pelajar. Pengisian kurikulum dan aktiviti
kokurikulum yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, nilai, unsur kebudayaan dan juga
kepercayaan segenap lapisan masyarakat secara tidak langsung mampu memberi kefahaman
kepada pelajar tentang maksud perpaduan sekali gus membiasakan mereka hidup dalam satu
suasana yang harmoni.

Saudara saudari yang dihormati,

Selain itu, aktiviti kemasyarakatan juga dapat mengukuhkan perpaduan kaum di negara kita.
Melalui penganjuran aktiviti gotong-royong, masyarakat dapat memupuk semangat
bekerjasama untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan kediaman. Pengenalan Skim
Rukun Tetangga oleh Tun Abdul Razak telah diteruskan sehingga ke hari ini dan ia merupakan
bukti bahawa aktiviti kemasyarakatan dalam menyatupadukan kaum yang pelbagai di negara
ini adalah sangat penting.

Hadirin sekalian,

Kita tidak dapat menafikan bahawa media massa merupakan rangkaian perhubungan yang
banyak digunakan dalam era globalisasi ini. Dalam konteks mengukuhkan perpaduan kaum, ia
seharusnya digunakan sebaik-baiknya untuk menyebarkan mesej dan informasi positif tentang
kepentingan bersatu padu. Sesungguhnya, perpaduan kaum akan tercapai dengan lebih mudah
melalui peranan media massa.

Kesimpulannya, keamanan dan kemakmuran sesebuah negara bergantung kepada perpaduan
kaumnya. Pelbagai pihak harus bergerak seiring dalam mencapai hasrat keharmonian dan
perpaduan negara. Pada saat negara sedang berperang melawan pandemik Covid-19 ini juga,
masyarakat Malaysia perlulah menunjukkan sokongan dan kerjasama yang padu dengan
mematuhi segala arahan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan harapan negara kita
kembali pulih seperti sedia kala.

Sekian, terima kasih.

Nama Peserta : Edeline Ooi Qi Yi Nasional No. Giliran
Tajuk Pidato : Membentuk Perpaduan
5
Tanggungjawab Bersama

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, panel hakim yang arif lagi bijaksana, dif-dif kehormat,
barisan guru pembimbing dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Salam sejahtera saya
ucapkan.

Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk
“Membentuk Perpaduan Nasional Tanggungjawab Bersama”.

Hadirin sekalian,

Sebelum perahu mula berlayar, sebelum mulut menutur kata, molek kiranya untuk kita sama-
sama memahami kata kunci bagi syarahan saya pada hari ini.

Secara konseptualnya, “Membentuk Perpaduan Nasional Tanggungjawab Bersama” merujuk
kepada satu usaha secara bersama bagi merealisasikan misi negara membentuk perpaduan
nasional dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum di negara ini.

Rentetan itu, pada hari yang mulia ini, saya akan menjelaskan tiga indikator yang dapat
membantu negara kita membentuk perpaduan nasional.

Hadirin sekalian,

Indikator saya yang pertama “Variasi Bahasa Keunikan Malaysia”. Seperti yang kita sedia
maklum, Malaysia terdiri daripada tiga kelompok kaum yang dominan, iaitu Melayu, Cina dan
India. Walaupun berbeza budaya, warna kulit dan bahasa, namun, berbekalkan budi bahasa,
ketiga-tiga bangsa ini boleh bergaul mesra sesama mereka. Dengan mengangkat bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan, ketiga-tiga kaum ini dapat duduk semeja, berkongsi idea
membina ketamadunan negara.

Oleh itu, penguasaan dan penghayatan kepada bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara
perlu dikuasai oleh seantero rakyat jelata bagi membantu negara merealisasikan misi perpaduan
nasional.

Hadirin sekalian,

Indikator saya yang kedua “Kepelbagaian Budaya Keistimewaan Malaysia”. Budaya di negara
kita amatlah rencam. Kepelbagaian budaya ini tidak menjadi penghalang kepada negara kita
untuk memupuk perpaduan nasional dalam kalangan rakyatnya. Hal ini jelas terpancar ketika
setiap kaum di negara kita menyambut perayaan mereka.

Apabila ketiga-tiga perayaan ini disambut, mereka tidak hanya menyambut perayaan itu
sesama mereka sahaja. Kaum-kaum lain turut di undang memeriahkan suasana melalui
penganjuran rumah terbuka. Dalam pada itu, kandungan Buku Teks Bahasa Melayu Sekolah
Jenis Kebangsaan telah mengajar saya erti hidup berbudaya. Oleh itu, marilah kita menghayati
kepelbagaian budaya ini dan mempelajarinya agar perpaduan sesama kita dapat dijalinkan.

Indikator saya yang terakhir; “Keprihatinan Kerajaan Julang Perpaduan”. Tatkala bumi di Asia
Barat sedang bergolak, rakyatnya pula sedang ketakutan dek peluru yang sedang mencari
mangsanya, rakyat Malaysia pula masih lagi mengecapi nikmat kebahagiaan dan kesejahteraan
hasil kebajikan kerajaan yang budiman. Melalui Skim Bantuan Prihatin Nasional ketika negara
dilanda pandemik Covid-19, golongan keluarga berpendapatan rendah terus dibela. Apabila
pemimpin mengutamakan rakyat, sudah pastinya rakyat akan terus memberi sokongan kepada
misi negara untuk membentuk perpaduan nasional.

Bulat manusia kerana muafakat,
Bulat Malaysia kerana sepakat.

Hadirin sekalian,

Sebagai kesimpulannya, kehidupan norma baharu ketika pandemik Covid-19 ini, bukanlah satu
masalah untuk kita terus berganding bahu membentuk perpaduan nasional. Walaupun kita
hidup dalam kepelbagaian bahasa dan budaya, nilai perpaduan amatlah penting.

Akhir kata daripada saya,

Semaikanlah perpaduan
Sedalam-dalamnya,
Agar kesejahteraan negara
Dapat kita kekalkan.

Terima kasih dan salam perpaduan.

Nama Peserta : Chuah Qi Hui No. Giliran
Tajuk Pidato : Malaysia Berjaya
6

Yang dihormati tuan pengerusi majlis, barisan hakim yang sentiasa berpegang pada paksi
keadilan dan para hadirin yang saya hormati. Salam perpaduan dan salam sejahtera untuk
semua.

Ayuh, mari dengarkan tajuk syarahan saya: Malaysia Berjaya.

Hadirin yang dikasihi.

Sebelum kaki melangkah jauh, izinkan saya membuat kupasan tajuk syarahan saya hari ini.
Tajuk ini berkaitan kita sebagai rakyat Malaysia yang terdiri yang pelbagai bangsa, adat dan
budaya. Kita dapat hidup bersama dan saling bekerjasama bagai aur dengan tebing. Kini, kita
mampu membina kejayaan dalam bidang pendidikan, ekonomi dan antarabangsa.

Sidang hadirin. kejayaan pertama dalam bidang pendidikan.

Pendidikan tidak pernah mengenal bezanya bangsa, pegangan dan budaya. Pendidikan itu
mengajar semua manusia menjadi insan berguna. Berguna kepada bangsa, agama, dan negara.
Sebab itulah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang terencana menjadi ilham dan
pedoman bahawa sesungguhnya kukuhnya perpaduan adalah hasil pendidikan yang
menekankan nilai kekitaan dan kebersamaan serta nilai murni yang diterapkan kepada generasi
muda masa hadapan. Hasil perpaduan inilah yang diharapkan agar bangsa Malaysia
mempunyai penyatuan hati, perasaan dan fikiran. Berganding dalam bekerja. Bersatu setiap
masa.

Hadirin yang dikasihi. Hujah saya yang kedua. Kejayaan kedua dalam ekonomi.

Dasar Eknomi Baru telah merencanakan keadilan ekonomi secara adil dan saksama. Dasar
Perindustrian pula mencorakkan pembangunan ekonomi negara. Oleh itu, pada hari ini, Model
Baru Ekonomi membentuk rencana yang lebih perkasa. Pengukuhan asas ekonomi negara dan
daya saing antarabangsa. Dengan perancangan yang mapan digerakkan. Lantaran itu,
penggembelengan tenaga manusia daripada pelbagai latar masyarakat dan bangsa perlu seiring
sepadu. Sehasrat menjinjing, sepikul membahu. Agar ekonomi teragih secara adil. Itulah
makna kejayaan ekonomi hasil muafakat pelbagai bangsa.

Hadirin semua, Hujah saya yang ketiga: Kejayaan di peringkat antarabangsa.

Globalisasi ialah padang yang sama rata. Sama memberikan dan sama mendapatkan. Tiada
yang dibezakan. Saksama yang dihasilkan. Sebab itulah, pemimpin negara mencorakkan
harapan. Malaysia perlu terus berpandangan jauh untuk menggapai kejayaan yang lebih
cemerlang. Lantaran itu, Transformasi Nasional 2050 diciptakan. Menjadi tunjang ke arah
muafakat dan kebersamaan kepada rakyat Malaysia untuk terus menempa nama di persada
dunia.

Hadirin semua,

Kesimpulannya, kejayaan dalam bidang pendidikan, ekonomi, dan di pentas dunia sebenarnya
membuktikan bahawa perpaduan bangsa Malaysia menjadi tunjang utama. Sesungguhnya,
perbezaan bangsa, agama, bahasa, dan budaya itu adalah suatu kelebihan kepada kita. Yang
seterusnya menjadi keunikan yang dicemburui di pentas antarabangsa. Percayalah, walau apa
pun yang diperkatakan tentang Malaysia dan masyarakatnya, sebenarnya kitalah bangsa yang
berjaya.

Sekian, terima kasih.

Nama Peserta : Tan Chen No. Giliran
Tajuk Pidato : Peranan Pelajar Dalam Memupuk
7
Semangat Perpaduan

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif dalam menegakkan keadilan,
guru besar, guru-guru serta rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi yang mulia ini ialah
“Peranan Pelajar Dalam Memupuk Semangat Perpaduan”

Hadirin Sekalian,

“Serumpun bak serai, sesusun bak sirih” betapa indah dan dalam maknanya peribahasa Melayu
kita. Amalan inilah yang kita perlu semai dalam kalangan pelajar kita bagi mengeratkan
perpaduan. Perpaduan kaum didefinisikan, semua kaum di dalam sesebuah negara saling
bekerjasama atau erti kata yang lain berganding bahu untuk membentuk negara yang makmur
dan damai. Sesebuah negara yang maju tidak akan wujud tanpa perpaduan dari semua kaum.
Oleh itu, apakah peranan kita sebagai pelajar?

Hadirin yang dihormati,

Peranan pertama yang perlu di pegang sebagai seorang pelajar ialah mereka sendiri menjadi
suri teladan kepada rakan-rakan sebaya. Dalam hubungan ini, setiap pelajar mestilah
mengamalkan dan menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan rakan sebaya. Mereka
mesti menunjukkan sikap saling menghormati rakan-rakan yang berbeza latar belakang budaya
dan agama. Dengan adanya persefahaman dan berbaik sangka maka akan timbul suasana yang
harmoni antara para pelajar.

Hadirin yang dimuliakan,

Peranan kedua sebagai seorang pelajar juga hendaklah menghayati dan mengambil iktibar
daripada sejarah negara. Hal ini demikian kerana ia perlu dijadikan iktibar supaya sesuatu yang
buruk dapat dihindarkan. Ahli falsafah George Santayana mengatakan, orang yang melupai
sejarah akan melakukan kesilapan yang sama. Oleh itu, pelajar hari ini hendaklah diterapkan
dengan pengetahuan sejarah secara lebih serius. Dengan mempelajari, memahami, menghayati,
dan mengambil iktibar daripada sejarah, maka mereka akan menjadi warganegara yang lebih
bertanggungjawab, rasional, dan berhemah tinggi.

Hadirin yang dimuliakan,
Selanjutnya, peranan ketiga sebagai seorang remaja dan pelajar juga hendaklah mengelakkan
diri daripada mementingkan diri dan bersikap etnosentrisme. Sikap seperti ini akan
menjejaskan hubungan dengan kaum-kaum lain. Mereka juga perlu menerima segala
perbezaan yang wujud antara kaum di negara ini dengan hati yang terbuka. Contohnya, pelajar
tidak harus menyentuh isu-isu sensitif seperti hak istimewa sesuatu kaum yang sudah
termaktub dalam perlembagaan. Mereka hendaklah mengamalkan sikap di mana bumi dipijak,
di situlah langit dijunjung. Jika semangat ini dapat diamalkan oleh semua pelajar, nescaya
negara kita akan terhindar daripada sebarang malapetaka.

Tuntasnya, pelajar berperanan penting dalam mewujudkan perpaduan . Pelajar merupakan
tonggak negara dimana mereka perlu cakna akan peranan mereka memupuk perpaduan tanpa
mengira kepelbagaian kaum dan kebudayaan . Selain itu, kesungguhan pelajar dalam memupuk
semangat perpaduan amat dituntut demi mewujudkan negara yang bersatu padu . Justeru itu,
semua pihak perlu menanam nilai keikhlasan dalam diri masing-masing. Jangan tangan kanan
menghulur madu, tangan kiri menghulur racun.

Sekian, terima kasih.

Nama Peserta : Matthew Lam Keen Son No. Giliran
Tajuk Pidato : Perpaduan Asas Kecemerlanagan
8
Negara

Yang dihormati Tuan Pengerusi majlis , para hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru dan
rakan-rakan yang dihormati. Selamat pagi dan salam 1 Malaysia. Pada pagi ini, saya, Matthew
Lam, akan menyampaikan syarahan saya kepada anda semua yang bertajuk "Perpaduan Asas
Kecemerlangan Negara".

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum, agama,
kebudayaan serta mengamalkan cara hidup yang berbeza. Oleh itu, perpaduan negara
merupakan matlamat yang amat penting dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan,
sama ada dalam bidang ekonomi, sosial mahupun politik.

Perpaduan amatlah penting dalam pembangunan dan pentadbiran negara kerana ia merupakan
asas untuk mengekal dan mempertahankan kebebasannya sebagai sebuah negara yang merdeka
dan berdaulat.

Saudara-saudari yang dihormati sekalian,

Menerusi perpaduan yang kukuh, tahap pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkatkan
supaya taraf hidup rakyat akan bertambah maju di samping mewujudkan suasana politik yang
stabil.

Perpaduan yang kukuh dan kuat merupakan pemangkin kepada kecemerlangan negara. Dengan
wujudnya perpaduan dan negara yang aman damai, kita mampu mencapai kejayaan dalam
pelbagai bidang. Kejayaan yang dicapai membolehkan kita menjadi bangsa yang bermaruah
dan berdikari.

Saudara-saudari yang dihormati,

Sebagai langkah untuk menyatu-padukan rakyat negara ini, kerajaan telah melancarkan Rukun
Negara pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan negara. Prinsip-prinsip
yang terkandung di dalam Rukun Negara merupakan kunci untuk memelihara serta
mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum negara ini.

Rakyat negara ini harus berusaha untuk membentuk satu bangsa yang bersatu padu, setia dan
cinta akan negara.

Saudara-saudari yang dihormati sekalian,

“Perpaduan Asas Kecemerlangan Negara”

Sebagai warganegara Malaysia yang tercinta, kita harus menjadikan perpaduan rakyat sebagai
teras dan landasan hidup bermasyarakat di negara ini.

Negara ini adalah tanggungjawab kita. Perpaduan negara ini adalah tanggungjawab kita
bersama. Kecemerlangan dan kejayaan negara pasti menjadi kemegahan kita semua. Maka itu,
kita harus sentiasa bersatu-padu dan hidup dalam berharmoni.

Sekian, terima kasih.

Nama Peserta : Ong Chyi Shan No. Giliran
Tajuk Pidato : Nikmat Keamanan dan Perpaduan di
9
Malaysia

Sejambak kasih, sekalung budi buat Pengerusi Majlis, panel hakim yang berkarisma, dif-dif
kehormat seterusnya hadirin yang budiman. Salam sejahtera dan salam perpaduan .

Hadirin yang dihormati,

Mari kita renung-renungkan dan berfikir sejenak. Dalam kehidupan kita, apakah erti nikmat
kebahagiaan? Ada orang berkata, mempunyai wang ,kereta , rumah besar,aset dan simpanan
yang banyak .Oh, bahagianya. tapi adakah itu nikmat kebahagiaan sebenar yang kita inginkan?

Justeru itu, pada pagi yang ceria ini, saya ingin mengajak hadirin untuk sama-sama menghalusi
tajuk pidato saya iaitu “Nikmat Keamanan dan Perpaduan di Malaysia“.

Merujuk kamus dewan, keamanan bermaksud tenang, damai dan tenteram .bebas daripada
keadaan kacau bilau, peperangan, pergaduhan dan bebas daripada gangguan yang tidak
menyenangkan.

Hadirin yang dimuliakan,

Malaysia adalah sebuah negara yang unik dan makmur. Walaupun penduduknya berbilang
bangsa,agama,adat-resam dan budaya. Namun kita mampu hidup aman dibawah satu Jalur
Gemilang .Ramai pemimpin dunia yang mengagumi keamanan dan kemajuan yang kita
kecapi.Sebenarnya, kejayaan ini tidak datang melayang,tidak pula datang bergolek.tetapi hasil
perpaduan dan kerjasama semua kaum .

Hadirin yang dikasihi,

Bersyukurlah kerana kita dilahirkan di Malaysia. Negara yang aman damai. Kita tidak hidup
dalam ketakutan dan kesengsaraan.. Masih segar dalam ingatan, tragedi 10 Mei 2021. Negara
Israel dengan rakus dan ganas menceroboh,membedil, menghancurkan keamanan sebuah
negara kerdil bernama Palestin . Seranganini sudah meragut 219 nyawa rakyat Palestin. Inilah
harga sebenar sebuah keamanan.Oh,begitu mahal sekali .

Hadirin yang dikasihi,

Hari ini, Malaysia merupakan negara yang aman di dunia.Namun,”Lautan mana tidak
bergelora,Bumi mana tidak ditimpa hujan” Walaupun ada segelintir pihak cuba mewujudkan
suasana tidak harmoni dengan menimbulkan isu-isu sentisif .Namun semuanya di selesaikan
dengan semangat perpaduan rakyat Malaysia.

Para hadirin yang berwawasan,

Tak tumbuh tak melata,tak sungguh orang tak kata. Sekiranya,rakyat negara ini tidak
bersatu.,Bolehkah dan dapatkah negara kita terus kekal aman sehingga hari ini ? ’Tepuk dada
dan tanyalah selera’.

Sebelum kaki melangkah pergi,sebelum bicara ternoktah disini,izinkan saya menguntaikan
serangkap pantun.

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan,
Hati di paut,jiwa bersatu,
Perpaduan diwujud mencipta keamanan.

Sekian, terima kasih.

Nama Peserta : Wong Sh Mayn No. Giliran
Tajuk Pidato : Perpaduan Asas Kecemerlangan Negara
10

Yang mulia Tuan Pengerusi majlis, barisan panel hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru
dan murid-murid yang dihormati sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Pada pagi yang mulia
ini, izinkan saya menyampaikan sebuah syarahan bertajuk “Perpaduan Asas Kecemerlangan
Negara.”

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum, agama,
kebudayaan serta mengamalkan cara hidup yang berbeza. Oleh itu, perpaduan negara
merupakan matlamat yang amat penting dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan,
sama ada dalam bidang ekonomi, sosial mahupun politik.

Perpaduan amatlah penting dalam pembangunan dan pentadbiran negara kerana ia merupakan
asas untuk mempertahankan kebebasannya sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Saudara-saudari yang dihormati sekalian,

Menerusi perpaduan yang kukuh, tahap pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkatkan
supaya taraf hidup rakyat akan bertambah maju di samping mewujudkan suasana politik yang
stabil.

Perpaduan yang kukuh dan kuat merupakan pemangkin kepada kecemerlangan negara. Dengan
wujudnya perpaduan dan negara yang aman damai, kita mampu mencapai kejayaan dalam
pelbagai bidang. Kejayaan yang dicapai membolehkan kita menjadi bangsa yang bermaruah
dan berdikari.

Hadirin yang dihormati,

Sekiranya perpaduan rakyat rapuh dan lemah, negara akan terdedah kepada pelbagai ancaman
dan masalah. Rakyat yang tidak bersatu padu akan menyebabkan huru-hara, rusuhan,
pergaduhan kaum dan sebagainya. Keadaan ini pasti akan menjejaskan kedaulatan, ekonomi
serta kestabilan negara.

Prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara merupakan kunci untuk memelihara
serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum negara ini. Jadi, rakyat negara ini harus
berusaha untuk membentuk satu bangsa yang bersatu padu, setia dan cinta akan negara.

Para hadirin yang dikasihi,

“Perpaduan Asas Kecemerlangan Negara”
Sebagai warganegara Malaysia, kita harus menjadikan perpaduan rakyat sebagai teras dan
landasan hidup bermasyarakat di negara ini. Perpaduan negara ini adalah tanggungjawab kita
bersama. Kecemerlangan dan kejayaan negara pasti menjadi kemegahan kita semua. Oleh itu,
kita harus sentiasa bersatu padu demi kesejahteraan semua.

Sekian, terima kasih.

Nama Peserta : Sherryn Wong Xuan Ryn No. Giliran
Tajuk Pidato : Pemimpin Terbilang Negara Cemerlang
11

Salam kasih dan salam perpaduan buat pengacara majlis, barisan hakim yang berketrampilan
dan berintegriti, warga pendidik yang terbilang seterusnya warga dewan yang dihormati.

Secara literal dan konseptualnya,pemimpin yang terbilang ditakrifkan sebagai pemimpin
yang berjaya dan cemerlang yang mampu untuk menyumbang kepada lahirnya sebuah negara
yang maju, pesat membangun,berdaya saing serta dikenali di arena global. Maknanya,
dalam konteks syarahan saya, pemimpin terbilang berperanan sebagai penjana bagi
melahirkan rakyat yang bersatu padu dan negara yang cemerlang.

Warga dewan yang cemerlang,

Indikator pertama , guru sebagai pemimpin terbilang. Guru merupakan aset yang sangat
penting untuk melahirkan perpaduan yang bermula daripada bangku sekolah, bak kata pepatah
‘hendak melentur buluh, biarlah daripada rebungnya’. Berasaskan pendidikan ke arah
perpaduan, kita garap pula dengan pembangunan modal insan. Dasar Pendidikan Kebangsaan
dan Pelan Pembangunan Pendidikan Negara telah menggariskan usaha-usaha yang boleh
dipraktikkan untuk mewujudkan perpaduan kaum yang dapat mencorakkan pendidikan negara
bertaraf dunia. Misi ini kita bawakan agar pendidikan kualiti berteraskan keharmonian. Perlu
dingat bahawasanya, guru yang berilmu, berwawasan dan cemerlang adalah pemangkin kepada
wujudnya satu bangsa Malaysia yang merdeka.

Warga dewan yang berwawasan,

Indikator saya yang kedua,rakyat sebagai permimpin terbilang. Persefahaman yang tinggi
dan hidup harmoni adalah inti pati penting. Begitulah hebatnya petua kita. 42 bangsa dan kaum
melafazkan ikrar taat setia hidup bersama. Dengan inti pati ini, kita duduk semeja membentuk
musyawarah ke arah perpaduan yang lebih kukuh. Perpaduan juga mengajar kita untuk
berkorban, kerana perpaduan tunjang perjuangan sesuatu bangsa. Contohnya, Dasar
Pendidikan Kebangsaan , Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan haruslah diselami dan dihayati oleh semua agar yang pipih mampu setanding
helang di awan tinggi. Inilah maknanya bangsa Malaysia pencorak negara bestari.

Warga dewan yang berkarisma,

Indikator saya yang ketiga, kerajaan sebagai pemimpin terbilang. Negara cemerlang mampu
dicapai apabila pemimpinnya berwawasan, berketrampilan, berani, yakin dan memenuhi
aspirasi negara. Dalam konteks bicara ini, perpaduan yang utuh mampu dicapai dengan objektif
menjadikan Malaysia lebih cemerlang. Persefahaman dan toleransi kian bertambah cerah.
Melahirkan bangsa Malaysia dengan lebih gagah. Hubungan kerajaan dan rakyat bertambah
erat. Semua kaum merasai kualiti hidup yang seimbang dari segi kerohanian dan jasmaninya.
Contoh jelas,Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Dasar Negara mengenai
Industri 4.0 digubal bertujuan untuk merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju,
bemaruah dan merdeka.

Warga dewan yang dihormati,

Konklusinya, pemimpin yang terbilang dalam pelbagai aspek adalah tonggak negara yang
cemerlang. Marilah kita bersama-sama berganding bahu dengan pemimpin yang terbilang
yakni, guru, rakyat dan kerajaan untuk memacu negara ke arah transformasi negara yang lebih
cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sekian, terima kasih.

Nama Peserta : Tan Guan Yu No. Giliran
Tajuk Pidato : Rukun Negara Amalan Hidup Kita
12

“Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan,
Kedaulatan undang-undang serta Kesopanan dan Kesusilaan.”

Terima kasih diucapkan kepada nakhoda pimpinan majlis, kombinasi kehakiman yang
berintergriti, seterusnya sidang hadirin yang dikasihi.Salam sejahtera dan salam perpaduan.

Berdirinya saya disini dengan penuh iltizam, ingin menyebarkan sedikit dogma berpandukan
tinta dan wacana para sarjana, malalui mauduk pidato yang berbunyi “Rukun Negara Amalan
Hidup Kita”

Sebelum kaki mengorak langkah, izinkan saya mewartakan dengan lebih jelas pendefinisian
Rukun Negara. Rukun negara adalah satu ideologi negara yang mengandungi prinsip-prinsip
kehidupan bermasyarakat, nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi aspek
keagamaan, kebudayaan, ekonomi, politik dan perundangan.

Warga dewan yang dihormati,

Hujah saya yang pertama, dengan prinsip Kepercayaan kepada Tuhan.

Albert Einstein pernah berkata, “Agama tanpa ilmu itu lumpuh, ilmu tanpa agama itu
buta”.Nah,terbuktilah bahawa agama amat penting dalam kehidupan manusia. Agama
dijadikan pegangan utama rakyat Malaysia kerana ketiadaan agama boleh meruntuhkan
keperibadian seseorang, sesuatu bangsa dan juga negara. Perlembagaan persekutuan telah
memperuntukkan bahawa Islam adalah agama rasmi persekutuan tetapi agama dan
kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan bebas di negara kita sekali gus
membuktikan bahawa rakyat negara ini mengamalkan sikap toleransi yang tinggi kerana tidak
membeza-bezakan warganya.

Pendengar yang penuh santun,

Hujah saya yang kedua, di bawah lembayung kata, Prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.

Berkorban apa saja, harta atau pun nyawa, itulah kasih mesra, sejati dan mulia.

Prinsip kedua ini amat penting diamalkan bagi melahirkan rakyat yang taat setia kepada
pemerintah dan negara kerana Raja lambang perpaduan negara. Sumpah taat setia kepada raja
dapat mengelakkan sesetengah rakyat di negara ini menggunting dalam lipatan atau
menangguk di air yang keruh demi kepentingan diri sendiri. Perkara buruk seperti rusuhan
kaum dapat dielakkan sekali gus menjamin kestabilan negara.

Warga dewan yang budiman,

Prinsip ketiga, dibawah kata kunci, Keluhuran Perlembagaan.

Prinsip ini menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran
atau kemuliaan perlembagaan negara kerana perlembagaan negara merupakan sumber

perundangan yang tertinggi. Rakyat perlu sedar bahawa Perlembagaan negara berfungsi untuk
melindungi hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Nah, sudah terang lagi
bersuluh, sudah tentulah setiap pesalah akan dikenakan tindakan tanpa mengira darjat.

Hadirin sekalian,

Beralih kita kepada hujah saya yang keempat adalah bedasarkan Prinsip kedaulatan undang-
undang.

Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat
yang aman, stabil dan makmur sekaligus menjamin kehidupan anggota masyarakat supaya
dapat bergerak dengan lancar dan teratur tanpa sebarang kekacauan. Sesiapa pun yang didapati
bersalah akan mendapat hukuman yang setimpal bertepatan dengan aforisme, “ular dipukul
jangan mati,kayu pemukul jangan patah,tanah dipalu jangan lembang.”

Sidang dewan sekalian,

Menyelusuri prinsip rukun Negara yang kelima iaitu Kesopanan dan kesusilaan.

Prinsip ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang yang bertujuan
untuk membentuk warganegara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen
Budi Bahasa dan Nilai Murni yang sedang giat dijalankan. Pengamalan prinsip ini
membolehkan rakyat berbilang kaum di negara ini mengamalkan sikap saling menghormati
dan menjaga hubungan baik antara satu sama lain.

Hadirin yang dikasihi,

Bulat air kerana pembentung bulat kata kerana muafakat. Yang berat sama dipikul yang ringan
sama dijinjing. Itulah amalan rakyat Malaysia yang sentiasa berpandukan kepada idealogi
negara yang telah membentuk rakyat yang berkualiti. Dengan adanya kerjasama yang erat dan
perpaduan yang kukuh berakar umbikan rukun negara, maka tidak hairanlah negara Malaysia
mampu membentuk rakyat yang berkualiti tinggi dan disegani di dunia.

Justeru, marilah kita bersama-sama menghayati rukun Negara.

Malaysiaku, negaraku!

Sekian, terima kasih.

Nama Peserta : Kho Shu Haan No. Giliran
Tajuk Pidato : Malaysia, Tanah Airku Tercinta
13

Senyuman manis buat Pengacara Majlis, kombinasi kehakiman yang berintegriti dan pastinya
menegakkan keadilan, dif-dif kehormat, guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati.

Sidang hadirin yang dihormati,

Adakah kamu sayang akan Malaysia?
Adakah kamu cinta akan Malaysia?

Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Oleh itu, untuk santapan ilmiah kita bersama, saya
titipkan satu syarahan bertajuk "Malaysia, tanah airku tercinta". Cinta bermaksud perasaan
sayang dan kasih kepada individu dan negara.

Warga dewan yang dihormati,

Bagaimanakah untuk kita menzahirkan rasa kecintaan kepada negara? Pertama, kita harus
menjunjung tinggi dan menghayati prinsip Rukun Negara, iaitu:-

Kepercayaan kepada Tuhan,
Kesetiaan kepada Raja dan Negara,
Keluhuran Perlembagaan,
Kedaulatan Undang-undang,
Kesopanan dan Kesusilaan.

Wah, begitu gah Rukun Negara digarap dan diolah. Namun, adakah ia dihayati dan difahami
oleh generasi muda pada hari ini? Justeru, pemimpin negara telah mencetus perpaduan sebagai
tonggak utama untuk melahirkan warga negara yang berkualiti, setia dan cinta kepada negara.

Sidang hadirin yang disayangi,

Kedua, sejarah merupakan guru yang terhebat. "Patah sayap bertongkat paruh, namun
perjuangan tetap ampuh". Begitulah kekentalan semangat perjuangan generasi dahulu. Nama-
nama gah yang terpahat kukuh di tugu peringatan dan buku sejarah, bukan sekadar untuk
tatapan tetapi untuk dihayati erti sebenar semangat cinta akan negara.

Mereka sanggup mati daripada tanah air dirampas, maruah bangsa dan agama dipersendakan.
Tangan-tangan penjajah yang jahat dan rakus inilah telah mengorek, merobek dan mengaut
kekayaan hasil bumi hingga menjadi gondol, tandus dan kontang. Inilah, inilah wajah sebenar
penjajah.

Sanggupkah kita lihat segala pengorbanan mereka menjadi sia-sia? Saya ulangi, sanggupkah?

Hadirin yang dihormati,

Ketiga, anak-anak umpama tiang seri dan aset terpenting negara. Akhlak mereka perlu diasuh,
bakat perlu digilap, minda perlu disemai dan ditanamkan dengan kisah-kisah sejarah. Dengan
itu, pasti akan tumbuh dan suburlah semangat cinta akan negara.

Sebelum mengundur diri, saya ingin menyeru generasi muda. Wahai, anak-anak muda,
bangunlah! Wahai, anak-anak muda, bangkitlah! Marilah, kita satukan hati-hati kita agar
menjadi satu bangsa yang cinta akan negara.

Malaysia, tanah airku tercinta.

Sekian, terima kasih.



Nama Peserta : Mak Yee Xuan No. Giliran
Tajuk Pidato : Malaysia Berjaya
14

Yang dihormati tuan pengerusi majlis, barisan hakim yang sentiasa berpegang pada paksi
keadilan dan para hadirin yang saya hormati. Salam perpaduan dan salam sejahtera untuk
semua.

Ayuh, mari dengarkan tajuk syarahan saya : Malaysia Berjaya.

Hadirin yang dikasihi.

Sebelum kaki melangkah jauh, izinkan saya membuat kupasan tajuk syarahan saya hari ini.
Tajuk ini berkaitan kita sebagai rakyat Malaysia yang terdiri yang pelbagai bangsa, adat dan
budaya. Kita dapat hidup bersama dan saling bekerjasama bagai aur dengan tebing. Kini, kita
mampu membina kejayaan dalam bidang pendidikan, ekonomi dan antarabangsa.

Sidang hadirin. kejayaan pertama dalam bidang pendidikan.

Pendidikan tidak pernah mengenal bezanya bangsa, pegangan dan budaya. Pendidikan itu
mengajar semua manusia menjadi insan berguna. Berguna kepada bangsa, agama, dan negara.
Sebab itulah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang terencana menjadi ilham dan
pedoman bahawa sesungguhnya kukuhnya perpaduan adalah hasil pendidikan yang
menekankan nilai kekitaan dan kebersamaan serta nilai murni yang diterapkan kepada generasi
muda masa hadapan. Hasil perpaduan inilah yang diharapkan agar bangsa Malaysia
mempunyai penyatuan hati, perasaan dan fikiran. Berganding dalam bekerja. Bersatu setiap
masa.

Hadirin yang dikasihi. Hujah saya yang kedua. Kejayaan kedua dalam ekonomi.

Dasar Eknonomi Baru telah merencanakan keadilan ekonomi negara secara adil dan saksama.
Dasar Perindustrian pula mencorakkan pembangunan ekonomi negara. Oleh itu, pada hari ini,
Model Baru Ekonomi membentuk rencana yang lebih perkasa. Pengukuhan asas ekonomi
negara dan daya saing antarabangsa. Dengan perancangan yang mapan digerakkan. Lantaran
itu, penggembelengan tenaga manusia daripada pelbagai latar masyarakat dan bangsa perlu
seiring sepadu. Sehasrat menjinjing, sepikul membahu. Agar ekonomi teragih secara adil.
Itulah makna kejayaan ekonomi hasil muafakat pelbagai bangsa.

Hadirin semua, hujah saya yang ketiga: Kejayaan diperingkat antarabangsa.

Globalisasi ialah padang yang sama rata. Sama memberikan dan sama mendapatkan. Tiada
yang dibezakan. Saksama yang dihasilkan. Sebab itulah, pemimpin negara mencorakkan
harapan. Malaysia perlu terus berpandangan jauh untuk menggapai kejayaan yang lebih
cemerlang. Lantaran itu, Transformasi Nasional 2050 diciptakan. Menjadi tunjang ke arah
muafakat dan kebersamaan kepada rakyat Malaysia untuk terus menempa nama di persada
dunia.

Hadirin semua,

Kesimpulannya, kejayaan dalam bidang pendidikan, ekonomi, dan di pentas dunia sebenarnya
membuktikan bahawa perpaduan bangsa Malaysia menjadi tunjang utama. Sesungguhnya,
perbezaan bangsa, agama, bahasa, dan budaya itu adalah suatu kelebihan kepada kita. Yang
seterusnya menjadi keunikan yang dicemburui di pentas antarabangsa. Percayalah, walau
apapun yang diperkatakan tentang Malaysia dan masyarakatnya, sebenarnya kitalah bangsa
yang berjaya.

Sekian, terima kasih.

Nama Peserta : Tan Khye Wei Nasional No. Giliran
Tajuk Pidato : Membentuk Perpaduan
15
Tanggungjawab Bersama

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, panel hakim yang arif lagi bijaksana, dif-dif kehormat,
barisan guru pembimbing dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Salam sejahtera saya
ucapkan.

Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk
“Membentuk Perpaduan Nasional Tanggungjawab Bersama”.

Hadirin sekalian,

Sebelum perahu mula berlayar, sebelum mulut menutur kata, molek kiranya untuk kita sama-
sama memahami kata kunci bagi syarahan saya pada hari ini.

Secara konseptualnya, “Membentuk Perpaduan Nasional Tanggungjawab Bersama” merujuk
kepada satu usaha secara bersama bagi merealisasikan misi negara membentuk perpaduan
nasional dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum di negara ini.

Rentetan itu, pada hari yang mulia ini, saya akan menjelaskan tiga indikator yang dapat
membantu negara kita membentuk perpaduan nasional.

Hadirin sekalian,

Indikator saya yang pertama “Variasi Bahasa Keunikan Malaysia”. Seperti yang kita sedia
maklum, Malaysia terdiri daripada tiga kelompok kaum yang dominan, iaitu Melayu, Cina dan
India. Walaupun berbeza budaya, warna kulit dan bahasa, namun, berbekalkan budi bahasa,
ketiga-tiga bangsa ini boleh bergaul mesra sesama mereka. Dengan mengangkat bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan, ketiga-tiga kaum ini dapat duduk semeja, berkongsi idea
membina ketamadunan negara.

Oleh itu, penguasaan dan penghayatan kepada bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara
perlu dikuasai oleh seantero rakyat jelata bagi membantu negara merealisasikan misi perpaduan
nasional.

Hadirin sekalian,

Indikator saya yang kedua “Kepelbagaian Budaya Keistimewaan Malaysia”. Budaya di negara
kita amatlah rencam. Kepelbagaian budaya ini tidak menjadi penghalang kepada negara kita
untuk memupuk perpaduan nasional dalam kalangan rakyatnya. Hal ini jelas terpancar ketika
setiap kaum di negara kita menyambut perayaan mereka.

Apabila ketiga-tiga perayaan ini disambut, mereka tidak hanya menyambut perayaan itu
sesama mereka sahaja. Kaum-kaum lain turut diundang memeriahkan suasana melalui
penganjuran rumah terbuka. Dalam pada itu, kandungan Buku Teks Bahasa Melayu Sekolah
Jenis Kebangsaan telah mengajar saya erti hidup berbudaya. Oleh itu, marilah kita menghayati
kepelbagaian budaya ini dan mempelajarinya agar perpaduan sesama kita dapat dijalinkan.

Indikator saya yang terakhir; “Keprihatinan Kerajaan Julang Perpaduan”. Tatkala bumi di Asia
Barat sedang bergolak, rakyatnya pula sedang ketakutan dek peluru yang sedang mencari
mangsanya, rakyat Malaysia pula masih lagi mengecapi nikmat kebahagiaan dan kesejahteraan
hasil kebajikan kerajaan yang budiman. Melalui Skim Bantuan Prihatin Nasional ketika negara
dilanda pandemik Covid-19, golongan keluarga berpendapatan rendah terus dibela. Apabila
pemimpin mengutamakan rakyat, sudah pastinya rakyat akan terus memberi sokongan kepada
misi negara untuk membentuk perpaduan nasional.

Bulat manusia kerana muafakat,
Bulat Malaysia kerana sepakat.

Hadirin sekalian,

Sebagai kesimpulannya, kehidupan norma baharu ketika pandemik Covid-19 ini, bukanlah satu
masalah untuk kita terus berganding bahu membentuk perpaduan nasional. Walaupun kita
hidup dalam kepelbagaian bahasa dan budaya, nilai perpaduan amatlah penting.

Akhir kata daripada saya,

Semaikanlah perpaduan
Sedalam-dalamnya,
Agar kesejahteraan negara
Dapat kita kekalkan.

Terima kasih dan salam perpaduan.

Nama Peserta : Hannah Leong Xin Ye No. Giliran
Tajuk Pidato : Perpaduan Asas Kecemerlangan Negara
16

Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat sejahtera untuk semua.

Yang dimuliakan, Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang adil lagi bijaksana, guru-
guru dan rakan-rakan yang dihormati sekalian. Berdirinya saya pada hari ini adalah untuk
menyampaikan sebuah syarahan yang diberi tajuk “Perpaduan Asas Kecemerlangan Negara”.

Hadirin yang dihormati,

Apakah itu perpaduan? Secara umumnya, perpaduan boleh didefinisikan sebagai satu proses
menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta
perasaan cinta dan bangga akan negara. Oleh itu, bagi sesuatu negara, perpaduan amatlah
penting dalam proses pembangunan dan pentadbiran kerana ia merupakan asas untuk
mengekalkan serta mempertahankan kebebasan sebagai sebuah negara yang merdeka dan
berdaulat.

Saudara-saudari yang dihormati sekalian,

Perpaduan yang kukuh dan kuat merupakan pemangkin kepada kecemerlangan negara. Kita
mampu mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang dengan wujudnya semangat perpaduan
dalam diri setiap masyarakat. Sebagai contoh yang saya dapat berikan adalah kejayaan dalam
bidang sukan menerusi pencapaian yang ditunjukkan oleh atlet berbasikal negara, iaitu Azizul
Hasni Awang. Beliau berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.
Kejayaan yang dicapai membolehkan kita menjadi bangsa yang bermaruah dan berdikari hasil
penyatuan kaum sebagai tunjang keharmonian. Bak kata pepatah, bersatu kita teguh, bercerai
kita roboh.

Hadirin-hadirat sekalian,

Apakah kesan jika sesebuah negara tidak langsung mempunyai semangat perpaduan? Andai
kata perpaduan sesebuah negara itu rapuh dan lemah, pasti negara akan terdedah kepada
pelbagai ancaman dan masalah dari dalam mahupun luar negara. Rakyat yang berpecah-belah
dan tidak bersatu padu akan menyebabkan terjadinya huru-hara, rusuhan, pergaduhan antara
kaum dan sebagainya. Keadaan ini pasti akan menjejaskan kedaulatan, ekonomi serta
kestabilan negara.

Hadirin yang dimuliakan,

Sebagai langkah untuk menyatupadukan rakyat negara ini, kerajaan telah melancarkan Rukun
Negara pada tarikh 31 Ogos tahun 1970 bersempena dengan ulang tahun ke 13 kemerdekaan
negara. Prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara merupakan kunci untuk
memelihara serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum di negara ini. Rakyat
Malaysia harus berusaha untuk membentuk satu bangsa yang bersatu padu, setia dan cinta akan
negara serta mengamalkan sikap serumpun bak serai, sesusun bak sirih.

Hadirin sekalian,

Perpaduan merupakan satu tunjang utama yang perlu kita pelihara dan merupakan satu
tanggungjawab yang perlu kita pikul bersama. Kecemerlangan dan kejayaan negara pasti
menjadi kemegahan kita semua. Oleh itu, ingatlah dan semat dalam jiwa bahawa kita harus
sentiasa bersatu padu dan berpegang pada kata-kata hikmah bersekutu bertambah mutu.

Berakhir sudah syarahan saya pada hari ini.

Sekian, terima kasih.

Nama Peserta : Yap Yi Qing No. Giliran
Tajuk Pidato : Budi Bahasa Budaya Kita
17

Yang dihormati Tuan Pengerusi majlis , para hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru dan
rakan-rakan yang dihormati. Selamat pagi dan salam 1 Malaysia. Pada pagi ini, saya, Yap yi
Qing, akan menyampaikan syarahan saya kepada anda semua yang bertajuk "Budi
Bahasa,Budaya Kita".

Hadirin yang dihormati,

Sebagai rakyat Malaysia, saya yakin bahawa kebanyakan rakan di sini pernah mendengar
ungkapan ' Budi Bahasa Budaya Kita '. Tetapi, adakah anda mengetahui maksud ungkapan ini?
Ungkapan ' Budi Bahasa Budaya Kita ' ini merupakan satu kempen yang dianjurkan oleh
kerajaan Malaysia bagi menyerapkan sikap budi bahasa dalam kehidupan golongan masyarakat.

Sebenarnya, sikap berbudi bahasa bukan susah sangat. Perbuatan mudah seperti mengucapkan
terima kasih dan memberi salam juga dikira sebagai bersikap budi bahasa. Walau
bagaimanapun, pihak kerajaan masih menganjurkan kempen ' Budi Bahasa Budaya Kita '
kerana golongan muda sekarang semakin terlibat dalam masalah sosial dan tidak lagi
menghormati orang yang lebih tua daripada mereka.

Hadirin dan hadirat,

Dengan bersikap budi bahasa, seseorang memperoleh banyak manfaat. Namun, faedah yang
paling utama dengan bersikap berbudi bahasa ialah seseorang akan disukai oleh orang ramai.
Jika kita selalu membantu orang yang berada dalam kesusahan, tentulah kita akan disukai oleh
banyak orang. Ketika kita sendiri mempunyai masalah, orang lain juga akan membantu kita.

Konklusinya, masyarakat Malaysia sayugianya mempunyai sikap budi bahasa dalam diri
sendiri agar dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Bagai kata pepatah, " hancur
badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga. "

Sebagai mengakhiri syarahan saya, saya mohon maaf jika tersilap kata dan terlanjur bicara.

Sekian, terima kasih.

Nama Peserta : Joshua Ryan A/L Joseph No. Giliran
Tajuk Pidato : Perpaduan Negara: Usaha dan Peranan
18
Kerajaan

Terima kasih buat peneraju acara, dif-dif kehakiman penuh intelektual, seterusnya saudara-
saudari sekalian.

Saudara dan saudari, mari sama-sama kita telusuri sejarah negara kita. Tanggal 31 Ogos 1957,
kita telah bebas merdeka serta. Namun peristiwa 13 Mei 1969, telah mengganggu keharmonian
dan keamanan negara. Rusuhan kaum yang berlaku merupakan sejarah hitam dalam
pembangunan negara. Perpaduan negara memerlukan usaha yang berterusan daripada pelbagai
pihak. Maka, ayuh bersama saya kita telusuri mauduk bicara ‘Perpaduan Negara: Usaha dan
Peranan Kerajaan’.

Saudara dan saudari,

Layaran ilmu pertama, kerajaan prihatin, bangsa bersatu.

Bagi meraikan kepelbagaian yang ada di negara kita ini, Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971
telah diperkenalkan. Ditambah pula dengan kewujudan Rumah Terbuka untuk Perpaduan tidak
lain dan tidak bukan untuk membentuk Bangsa Malaysia yang bersatu padu. Jika diteliti, segala
usaha kerajaan dalam segenap aspek ini menunjukkan betapa prihatinnya kerajaan dalam
memastikan perpaduan di negara kita ini sentiasa terpelihara.

Saudara dan saudari,

Lembaran ilmu kedua, sistem pendidikan berkualiti membentuk perpaduan.

Setelah negara kita mencapai kemerdekaan, kerajaan sedar akan pentingnya pendidikan dalam
memupuk perpaduan. Lantas, pelbagai inisiatif telah dijalankan. Falsafah Pendidikan
Kebangsaan telah diperkenalkan, dasar perpaduan negara telah diwujudkan. RIMUP, Sekolah
Wawasan, pengajaran subjek Sivik dan Kewarganegaraan serta pengajaran subjek TITAS di
Institut Pengajian Tinggi (IPT) diwajibkan tidak lain dan tidak bukan untuk membentuk
masyarakat yang bersatu padu.

Saudara dan saudari,

Lembaran ilmu ketiga, bahasa kebangsaan senjata penyatuan bangsa.

Pada zaman pemerintahan Maharaja Shih Huang Ti, sistem tulisan telah digunakan bagi
membolehkan puluhan suku kaum di China berhubung seterusnya membentuk perpaduan
dalam kalangan masyarakat pada ketika itu. Kita sebagai rakyat Malaysia juga harus percaya
bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa dunia. Oleh itu, bagi memperkukuhkan lagi
bahasa Melayu, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan
Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) sebagai bukti pentingnya bahasa dalam
membentuk Bangsa Malaysia.

Akhir kata, dengarlah pesanan saya buat bangsa. Dalam membina Bangsa Malaysia yang
bersatu padu, ia bukanlah proses singkat. Ia tidak sesingkat awan menjadi hujan, tidak

sesingkat arang menjadi abu, dan tidak sesingkat pasir menjadi debu. Dalam memastikan setiap
usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan berjaya mencapai matlamatnya kita perlu berganding
bahu bersatu hati agar negara yang lebih harmoni dapat kita kecapi.

Sekian, terima kasih.


Click to View FlipBook Version