Nama Peserta : Ding Jun Wei No. Giliran
Tajuk Pidato : Perpaduan Asas Kecemerlangan Negara
19
Yang mulia tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru,
murid-murid dan para hadirin yang dihormati sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Pada
pagi yang mulia ini, izinkan saya menyampaikan sebuah syarahan bertajuk “Perpaduan Asas
Kecemerlangan Negara”.
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum, agama,
kebudayaan serta mengamalkan cara hidup yang berbeza. Oleh itu, perpaduan amatlah penting
dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan, sama ada dalam bidang ekonomi, sosial
mahupun politik. Perpaduan juga penting dalam pembangunan dan pentadbiran negara kerana
ia merupakan asas untuk mengekal dan mempertahankan kebebasannya sebagai sebuah negara
yang merdeka dan berdaulat.
Saudara-saudari yang dihormati sekalian,
Menerusi perpaduan yang kukuh, tahap pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkatkan
supaya taraf hidup rakyat akan bertambah maju di samping mewujudkan politik yang stabil.
Perpaduan yang kukuh dan kuat merupakan pemangkin kepada kecemerlangan negara. Dengan
wujudnya perpaduan dan negara yang aman damai, kita mampu mencapai kejayaan dalam
pelbagai bidang. Kejayaan yang dicapai membolehkan kita menjadi bangsa yang bermaruah
dan berdikari.
Saudara-saudari yang dihormati sekalian,
Sekiranya rakyat rapuh dan lemah, negara akan terdedah kepada pelbagai ancaman dan
masalah. Rakyat yang berpecah-pecah akan menyebabkan huru-hara, rusuhan, pergaduhan
kaum dan sebagainya. Keadaan ini pasti akan menjejaskan kedaulatan ekonomi serta kestabilan
negara.
Kita harus belajar daripada peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969, yang pernah melanda negara
ini agar pisang tidak berbuah dua kali. Perpaduan rakyat negara ini telah tergugat akibat
peristiwa pahit itu.
Sebagai langkah untuk menyatupadukan rakyat negara ini, kerajaan telah melancarkan Rukun
Negara pada 31 Ogos 1970. Prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara
merupakan kunci untuk memelihara serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum
negara ini.
Saudara-saudari yang dihormati sekalian,
“Perpaduan Asas Kecemerlangan Negara”. Sebagai warganegara Malaysia yang tercinta, kita
harus menjadikan perpaduan rakyat sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakat di negara
ini. Negara ini adalah tanggungjawab kita. Perpaduan negara ini adalah tanggungjawab kita
bersama. Kecemerlangan dan kejayaan negara pasti menjadi kemegahan kita semua. Maka itu,
kita harus sentiasa bersatu padu dan hidup dalam keharmonian.
Akhir kata, izinkan saya mengakhiri syarahan saya dengan pantun berikut.
Tasik Chini dipenuhi bunga,
Ada cerita terdapat naga;
Negara diancam huru-hara.
Perpaduan dengan Rukun Negara.
Sungai Pahang berjela-jela,
Naik rakit merentas desa;
Demi rakyat negara tercinta,
Perpaduan tonggak 1 Malaysia.
Sekian, terima kasih.
Nama Peserta : Tey Sueann No. Giliran
Tajuk Pidato : Bangsa Malaysia: Bangsa Harmoni
20
Negara Berkualiti.
Salam sejahtera dan salam kasih untuk anda yang berada di hadapan saya. Yang dihormati
untuk Tuan Pengacara Majlis, para pendidik yang dikasihi, barisan kehakiman bestari, dan para
hadirin yang dimuliakan. Hari ini saya ingin berbicara akan tajuk syarahan untuk
diperdengarkan kepada hadirin sekalian Bangsa Malaysia: Bangsa Harmoni Negara Berkualiti.
Berbicara akan Bangsa Malaysia: Bangsa Harmoni Negara Berkualiti sebenarnya membawa
erti bahawa bangsa Malaysia yang berbilang kaum diikat dengan penyatuan dan bersulamkan
toleransi. Yang seterusnya membina Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati. Lantaran
itu, tiga perkara bakal menghuraikan inti pati syarahan ini.
Hadirin semua. Yang pertama : Bangsa Harmoni Pembina Masyarakat Madani.
Lipatan sejarah telah membuktikan, gahnya masyarakat yang gemilang kerana bangsanya yang
mengerti makna keharmonian. Sejurus tawarikh keramat 31 Ogos 1957, Bangsa Melayu, Cina,
dan India menghulurkan tangan. Jemari menyambut dan menggenggam sebagai lambang
penyatuan fikiran, jiwa dan hati. Kini kita mengerti, atas terasnya penyatuan yang telah diikat
sekian lama, kita melangkah pula membina bangsa yang punya harga diri. Dengan Dasar
Ekonomi Baru, Dasar Sosial Negara sebagai tonggak ke arah pembentukan masyarakat madani.
Hadirin. Yang kedua: Bangsa Harmoni Pembentuk Pendidikan Berkualiti.
Gahnya Amerika kerana sains dan teknologi. Disiplin kerja tinggi, rahsia Jepun mampu teguh
berdiri. Malaysia juga punya inti pati. Persefahaman yang tinggi dan hidup harmoni. Begitulah
hebatnya petua kita. 42 bangsa dan kaum melafazkan ikrar taat setia bersama. Dengan ini pati
ini, kita duduk semeja membentuk pendidikan lebih berkualiti. Berasaskan Penyata Razak
sebagai pemula, kita terus membentuk Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Berasaskan
pendidikan ke arah perpaduan, kita garap pula dengan pembangunan modal insan. Hasrat yang
sama, perpaduan harus dilentur daripada rebungnya. Misi ini yang kita bawakan agar
pendidikan kualiti berteraskan keharmonian.
Hadirin. Yang ketiga: Bangsa Harmoni Pencorak Negara Bestari.
Bermula dari terdampar dalam penjajahan, kita mula bermudik ke kuala kebebasan. Dengan
menongkah lumpur penderitaan, akhirnya kita tiba di tebing kemakmuran. Pada saat itulah,
kita merenung ke hadapan dengan penuh jujur. Bangsa Malaysia perlu hidup bermaruah.
Negara ini perlu berubah wajah. Sedari akan hakikat ini, perbezaan bangsa dan budaya, kita
jadikan sebagai kekuatan. Kita semai dengan benih muafakat. Kita bajai dengan benih harmoni.
Dengan keyakinan yang penuh, kita ubah negara berindustri kepada negara berpendapatan
tinggi. Agar yang pipih mampu setanding helang di awan tinggi. Inilah maknanya bangsa
harmoni pencorak negara bestari.
Para hadirin yang dihormati,
Kesimpulannya, bangsa harmoni itu sebenarnya pembina masyarakat madani, pembentuk
pendidikan berkualiti, dan pencorak negara bestari. Yang pasti, asasnya tetap sama. Perpaduan
itulah ramuannya, muafakat itulah tiang serinya.
Sekian, terima kasih. Saya sudahi syarahan saya dengan …..noktah.
Nama Peserta : Lee Eu Han No. Giliran
Tajuk Pidato : Perpaduan Teras Kemajuan Negara
21
Terima kasih kepada peneraju acara, kombinasi hakim yang arif lagi saksama dan warga dewan
yang saya muliakan. Salam sayang untuk negaraku dan salam perpaduan buat anda semua.
Tajuk syarahan yang akan saya sampaikan ialah “ Perpaduan Kaum Teras Kemajuan Negara”.
Warga dewan yang saya muliakan,
Malaysia memiliki penduduk yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya, tetapi dapat
hidup dalam suasana yang harmoni. Bagaimanakah suasana ini terjadi ? Itulah indahnya
perpaduan yang menjadi teras dan landasan hidup masyarakat di negara ini . Hidup bak aur
dengan tebing dan bersatu serumpun bak serai, sesusun bak sirih, menolak perpecahan.
Hubungan harmoni sesama kaum, sudah terjalin sekian lama. Barisan pemimpin dan pejuang
kemerdekaan seperti Tunku Abdul Rahman, Tun HS Lee, Tun V.T Sambathan, Antanom dan
beberapa tokoh lagi telah membuktikan pentingnya semangat perpaduan. Hasilnya, negara kita
telah mengecapi nikmat kemerdekaan, sudah 64 tahun. Malahan, sehingga sekarang, negara
kita masih kekal dipacu oleh barisan pemimpin yang berbilang kaum dan sepakat .
Warga dewan yang saya muliakan,
Perdana Menteri Malaysia ketiga, Tun Hussein Onn digelar Bapa Perpaduan Negara. Beliau
bertindak tegas kepada sesiapa yang cuba membangkitkan isu perkauman dalam negara. Visi
dan perjuangan Tun Hussien Onn, menyatukan rakyat tidak sia-sia. Perpaduan kaum yang
terbentuk melalui prinsip Rukun Negara, Dasar Pendidikan Negara, Akta Bahasa Kebangsaan,
Dasar Perpaduan Nasional dan Dasar Wawasan Negara, terbukti, apabila hari ini, kita terus
meniti perubahan bersama dalam mencapai kemajuan ekonomi dan kestabilan sosial.
Warga dewan yang saya muliakan,
Setiap tahun, kita menyambut pelbagai perayaan setiap bangsa dan agama. Menghadiri rumah
terbuka tanpa ada rasa berbeza. Bertutur dengan satu bahasa, bersorak bersama ketika suka dan
saling membantu ketika duka. Kerana perpaduan, negara kita telah berjaya mencapai tahap
yang tinggi dalam pelbagai bidang dan dikagumi masyarakat dunia.
Hal ini tidak melalaikan kita. Kepimpinan negara masih terus berusaha memajukan negara.
Perpaduan tetap menjadi nadi utama. Terkini, Dasar Perpaduan Negara, telah dilancarkan oleh
Perdana Menteri ke lapan pada 15 Februari 2021. Dasar ini merupakan usaha berterusan bagi
memupuk, mengukuh dan memelihara perpaduan serta melestarikan keharmonian masyarakat
majmuk di negara ini.
Warga dewan yang saya muliakan,
Malaysia maju tidak akan bererti apa-apa, sekiranya rakyat masih berfikiran dangkal dan cetek.
Rasa sangsi dan tidak puas hati, yang diterjemahkan secara berlebihan hanya akan mewujudkan
persengketaan. Bersyukurlah dan bersatu agar negara terus maju.
Sekian, terima kasih.
Nama Peserta : Kok Heng Yi Kegemilangan No. Giliran
Tajuk Pidato : Perpaduan Memacu
22
Negara
Pemandangan indah di Tanjung Piai,
Terletak dalam bandar Pontian,
Perpaduan kaum mudah tercapai,
Amalan muafakat bawa keberkatan.
Selamat sejahtera dan salam Malaysia Prihatin buat peneraju acara, barisan panel hakim yang
bijaksana, penjaga masa yang sentiasa peka dengan detik jamnya, para peserta yang saya
kagumi serta hadirin yang saya hormati. Tajuk syarahan saya berbunyi “Perpaduan Memacu
Kegemilangan Negara”.
Perpaduan diertikan sebagai penggabungan, penyesuaian dan kecocokan. Perkataan memacu
pula bermaksud usaha untuk menggambarkan sesuatu kegiatan, manakala frasa kegemilangan
negara dapat dijelaskan sebagai kecemerlangan yang dicapai oleh sesebuah negara. Tuntasnya
dapat dijelaskan di sini bahawa perpaduan merupakan penggerak kecemerlangan negara yang
amat kita sayangi ini, iaitu Malaysia.
Warga dewan yang saya kasihi,
Kita tidak dapat menafikan bahawa Malaysia merupakan model perpaduan dunia. Dunia luar
begitu kagum dengan semangat perpaduan kental rakyat negara ini.
Warga dewan yang budiman,
Menjelang 31 Ogos 2021, bermakna 64 tahun kita bebas daripada belenggu penjajah. Rakyat
Malaysia pasti tidak akan lupa detik-detik yang ditempuhi sebelum merdeka. Kini, rakyat
Malaysia bertanggungjawab untuk berusaha bagi mengukuhkan serta mengekalkan nikmat
kemerdekaan yang dimiliki dengan menjayakan misi dan visi negara.
Warga dewan pencinta ilmu,
Perpaduan di Malaysia juga dapat dilihat melalui bidang pendidikan yang tidak mengira bangsa,
agama dan kaum. Pendidikan di Malaysia telah menjadi tunjang perpaduan.
Warga dewan yang saya hormati,
Semangat Malaysia Prihatin yang menjadi teras perpaduan telah menjadikan rakyat Malaysia
yang berbagai kaum bekerjasama kuat demi kegemilangan negara. Pelaksanaan dasar-dasar
ekonomi juga dapat berjalan dengan lancar dengan adanya perpaduan yang utuh dan seterusnya
memajukan tahap ekonomi negara. Di samping itu, semua rakyat tanpa mengira kaum, agama,
kawasan mahupun sosio-ekonomi perlulah bersatu untuk berjuang dan memenangi perang
wabak Covid-19.
Warga dewan yang berwawasan,
Konklusi daripada syarahan saya ini, perpaduan merupakan elemen penting yang mampu
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang gemilang dan terbilang. Rakyat Malaysia
perlu meningkatkan perpaduan untuk menggarap kejayaan yang lebih unggul demi membina
tamadun dan menjulang martabat negara di persada antarabangsa.
Sebelum mengundurkan diri, izinkanlah saya mengakhiri syarahan saya dengan serangkap
pantun:
Burung merpati terbang di awan,
Senja menjelang ditangkap helang,
Remaja berkualiti penjana wawasan,
Malaysia prihatin gemilang terbilang.
Sekian, terima kasih.
Nama Peserta : Chong Enn Yue No. Giliran
Tajuk Pidato : Bahasa Jiwa Bangsa
23
Sambutlah Salam Sejahtera, Salam Perpaduan, Semarak kasih, sekalung budi Tuan Pengerusi
Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi berkarisma, penjaga masa setia pada saat dan
ketikanya, dif-dif kehormat, seterusnyapara hadirin pencetus revolusi minda yang saya
muliakan.
Sebelum kaki mengorak langkah lebih jauh, izinkan saya mendefinisikan tajuk pidato saya.
Secara konotosinya Bahasa Jiwa Bangsa juga membawa maksud milik mutlak sesuatu bangsa
yang menjadi identiti kebangsaan. Sesungguhnya Bahasa itu menunjukkan jati diri sesuatu
bangsa. Kekuatan Bahasa itu juga membuktikan kuatnya sesuatu bangsa itu sendiri.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Apakah wasilah terpenting untuk membentuk bangsa Malaysia? Jawapannya jelas Bahasa
Kebangsaan kerana Bahasa Jiwa Bangsa. Hal ini bermakna bahasa apa yang kita daulatkan,
Bahasa itulah yang membentuk jiwa kita sekaligus memercikkan jati diri kebangsaan.
Persoalannya kini, mengapakah hanya Bahasa kebangsaan yang dinobatkan sebagai alat
pemersatuan bangsa? Perlu dinyatakan di sini, hanya bahasa kebangsaan yang dapat menitiskan
semangat satu bangsa, menyerapkan roh sebangsa, senegara dan menyemarakkan jati diri
kebangsaan.
Hadirin warga dewan yang dimuliakan,
Pidato saya pada hari ini akan mengupas dua komponen utama yakni peranan Bahasa
Kebangsaan ke arah memartabatkan negara di mata dunia. Komponen pertama, Bahasa
kebangsaan
Bahasa perpaduan. Sejarah telah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah menjadi Bahasa
Lingua Franca bagai negara- negara di kepulauan Melayu. Hal ini telah menjadi kebanggaan
kita untuk memartabatkan Bahasa Melayu.
Pada amnya, proses evolusi Bahasa Melayu berkembang selaras dengan taraf pembangunan
yang dicapai oleh negara dan rakyat. Tidak cukup dengan itu, dasar pendidikan kita juga
menetapkan bahawa Bahasa Kebangsaan sebagai Bahasa pengantar utama.
Warga pendengar yang budiman,
Pidato ini tiada selingan iklan, lantaran itu, izinkan saya membawa hadirin sekalian kepada
komponen pidato saya yang kedua iaitu bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu dan Bahasa
kemajuan.
Bahasa juga berperanan sebagai bahasa sosial, bahasa ekonomi, bahasa pentadbiran dan bahasa
peradaban moden. Bahasa Kebangsaan juga sebagai wadah terpenting untuk membentuk
keperibadian bangsa Malaysia. Sekiranya diabakan ini bermakna kita tergelincir daripada
gerabak pembentukan bangsa Malaysia.
Hadirin yang dimuliakan,
Dalam merenda arus globalisasi kini, media massa berperanan penting dalam mengembangkan
Bahasa Melayu agar identiti kita dikenali oleh masyarakat di seantero dunia. Sebagai rakyat
Malaysia, kita harus mengamalkan Bahasa Melayu dalam apa juga perkara agar kita dapat
menaikkan taraf Bahasa Kebangsaan kita seiring dengan bahasa-bahasa lain di dunia.
Hadirin yang dimuliakan,
Secara konklusinya, Bahasa Jiwa Bangsa jelas menunjukkan bahawa Bahasa Melayu itu
menjadi nadi penggerak yang amat penting untuk menzahirkan identiti diri kita. Bahasa ibunda
sewajarnya dipraktikkan agar tidak akan pupus ditelan zaman. Akhir sekali, bahasa itulah yang
menunjukkan bangsa.
Sekian, terima kasih.
Nama Peserta : Lim Yong Xuan No. Giliran
Tajuk Pidato : Pemimpin Terbilang Negara Cemerlang
24
Salam sejahtera.
Jutaan apresiasi buat tuan pengerusi, kombinasi intelektual kehakiman bervisi, penjaga masa
yang berdedikasi, seterusnya generasi pendukung wawasan negara.
Hadirin,
Pemimpin Terbilang Negara Cemerlang. Begitulah mauduk pidato saya pada hari ini.
Secara konseptualnya, pemimpin terbilang menjadi lambang penyatuan dan perpaduan bangsa
untuk membentuk sebuah negara yang berjaya dari segenap dimensi pencapaian.
Maka, berdirinya saya di sini adalah untuk mengetengahkan fenomena anjakan paradigma
Malaysia di bawah tampuk kepimpinan berwibawa menerusi 3 hala tuju bicara.
Bicara citra pertama,
Ekonomi Malaysia Terus Kukuh dan Teguh.
Berbicara tentang ekonomi, maka kekuatan Malaysia tidak boleh disangkal lagi. Program
Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi atau PEMERKASA merupakan antara inisiatif
kerajaan untuk memperkasa ekonomi rakyat. Dalam ucapan pada 17 Mac 2021, Yang Amat
Berhormat Tan Sri Mahiaddin Yassin , Perdana Menteri yang kita cintai berkata kerajaan perlu
melakukan konsolidasi fiskal untuk mengekalkan momentum ekonomi negara. Bukti jelas
betapa kepimpinan yang komprehensif mampu membantu dalam kemajuan dan keteguhan
ekonomi negara Malaysia.
Sidang hadirin yang santun budi,
Bicara citra kedua
“Prakarsa Penyatuan Bangsa Melalui Pendidikan”.
Dalam usaha untuk menyatukan masyarakat yang rencam adat dan budayanya, kerajaan telah
mewujudkan sekolah wawasan. Penyatuan bangsa perlulah dibina dan dibentuk sedari bangku
sekolah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Untuk itu hadirin sekalian, pelaksanaan
beberapa buah sekolah wawasan hingga kini memang kena pada masanya dalam usaha untuk
memperkukuh hubungan kaum agar terus satu dan menjadi padu!
Sidang hadirin yang penuh intelektual,
Bicara citra ketiga,
“Kecemerlangan Sukan Menyatupadukan Rakyat”.
Dasawarsa ini pencapaian sukan negara kita semakin mendapat perhatian di mata dunia. Atlet-
atlet Malaysia tamsilnya Lee Zii Jia, Azizul Hasni Awang dan Farah Ann sudah tidak asing
lagi dalam arena sukan antarabangsa. Setiap kali pemain Malaysia beraksi, jelas kedengaran
gema jeritan dan tepuk sorak daripada rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Inisiatif
serampang dua mata pihak kerajaan mengadakan Hari Sukan Negara, perlu diberi pujian.
Usaha ini bukan sahaja dapat membentuk rakyat yang sihat, malah dapat merealisasikan
integrasi nasional melalui penglibatan semua lapisan masyarakat. Nah! Inilah hasilnya
daripada cetusan idea pemimpin yang berwawasan dan berwibawa dalam menyatukan bangsa
Malaysia melalui dasar sukan negara.
Tuntasnya, Wahai anak bumi Malaysia tercinta,
Kita perlu sedar, utuh dan kukuhnya Malaysia pada hari ini adalah hasil kematangan dan
kecemerlangan pemimpin Negara yang disepadukan dengan keazaman rakyat Malaysia
tercinta.
Ayuh, tanamkan tekad di dalam hati, bulatkan azam penuh bermisi, jadikan Negara Malaysia
negara tersohor, gah di seantero dunia.
Sekian, terima kasih.
Nama Peserta : Wong Qi Bin No. Giliran
Tajuk Pidato : Perpaduan Asas Kecemerlangan Negara
25
Yang mulia barisan panel hakim yang adil lagi bijaksana, para hadirin yang dihormati sekalian.
Salam sejahtera saya ucapkan. “Perpaduan Asas Kecemerlangan Negara”, demikianlah
bunyinya tajuk syarahan yang akan saya sampaikan pada pagi yang mulia ini.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum, agama,
kebudayaan serta mengamalkan cara hidup yang berbeza. Oleh itu, perpaduan negara
merupakan matlamat yang amat penting dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan.
Menerusi perpaduan yang kukuh, tahap pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkatkan.
Dengan wujudnya perpaduan, kita mampu mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang.
Saudara-saudari yang dihormati,
Sekiranya perpaduan rakyat rapuh dan lemah, negara akan terdedah kepada pelbagai ancaman
dan masalah. Keadaan ini pasti akan menjejaskan kedaulatan, ekonomi serta kestabilan negara.
Sebagai langkah untuk menyatu-padukan rakyat negara ini, kerajaan telah melancarkan Rukun
Negara. Prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara merupakan kunci untuk
memelihara serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum negara ini.
Saudara-saudari yang dihormati sekalian,
“Perpaduan Asas Kecemerlangan Negara”
Sebagai warganegara Malaysia yang tercinta, kita harus menjadikan perpaduan rakyat sebagai
teras dan landasan hidup bermasyarakat di negara ini.
Perpaduan negara ini adalah tanggungjawab kita bersama. Kecemerlangan dan kejayaan negara
pasti menjadi kemegahan kita semua. Maka itu, kita harus sentiasa bersatu-padu dan hidup
dalam berharmoni.
Sebelum kaki melangkah pergi, sebelum bicara ternoktah di sini, izinkan saya menguntaikan
serangkap pantun.
Pucuk pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Hati di paut, jika bersatu
Perpaduan diwujud mencipta keamanan
Sekian, terima kasih.
Nama Peserta : Goh Ruen Tung No. Giliran
Tajuk Pidato : Integriti Memartabatkan Bangsa
26
Salam apresiasi buat saudara pengerusi majlis, barisan panel kehakiman yang penuh
berintegriti, dif-dif kehormat yang disanjungi,seterusnya hadirin yang bervisi dekat di hati.
Integriti Memartabatkan Bangsa.
Begitulah mauduk syarahan yang bakal saya persembahkan buat santapan minda warga dewan
yang budiman. Menurut Kamus Dwibahasa DBP,1985, integriti ialah kejujuran, ketulusan,
kesempurnaan dan keutuhan. Tuntasnya, integriti adalah merujuk kepada prinsip moral bagi
seseorang individu.
Maka, untuk memartabatkan bangsa, kualiti unggul yang digariskan menerusi konsep integriti
diperlukan bagi memacu kecemerlangan Malaysia. Namun persoalannya, bagaimanakah
integriti dapat memartabatkan bangsa?
Maka, hayatilah pragmatik yang pertama ‘Institusi Keluarga Diperkasa, Integriti Terpelihara’.
Institusi keluarga merupakan institusi penting dalam masyarakat kita kerana asas segala asuhan
bermula daripada keluarga. Ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya.Sedari kecil, anak-
anak perlu dididik dengan sifat peribadi yang teguh, dan ibu bapa juga seharusnya menjadi suri
teladan terbaik buat anak-anak. Kegagalan integriti diterapkan sedari awal menyebabkan
institusi keluarga menjadi pincang, dan akhirnya bangsa yang bermaruah terencat untuk
dizahirkan. Namun saya ingin berterima kasih kepada ibu bapa di hadapan saya yang sentiasa
menyemaisuburkan asas integriti dalam kalangan ahli keluarga berteraskan yang tua dihormati,
yang muda disayangi.
Sidang hadirin bervisi,
Pragmatik kedua ‘Pendidikan Dimantapkan, Integriti Dibudayakan’.
Institusi pendidikan seharusnya menjadi tapak untuk menanam asas integriti dalam kalangan
rakyat Malaysia. Kita sedar, institusi pendidikan merupakan institusi yang cukup dihormati dan
dekat di hati. Namun kita disentak dengan beberapa isu integriti dalam bidang Pendidikan, kes
kebocoran soalan UPSR yang tidak sepatutnya berlaku sehinggalah kisah pelajar memukul
guru yang berkorban mencurahkan ilmu. Usaha-usaha diperkasakan melalui sector Pendidikan
untuk menyemaisuburkan integriti bukan sahaja dalam kalangan pelajar, malahan kepada
warga pendidik. Dari seawal Penyata Razak sehinggalah Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia, pelbagai usaha dilaksanakan bagi melahirkan modal insan berintegriti. Pendidikan
agama dan moral diwajibkan, Pendidikan sivik dan kewarganegaraan juga diperkasakan,
kegiatan kokurikulum disulam dengan asas integriti yang kuat. Lantaran itu, lahirlah modal
insan bermentaliti kelas pertama.
Warga dewan yang Budiman, Pragmatik ketiga, ‘Media Massa Mainkan Peranan, Amalan
Integriti Ditingkatkan’.
Menyedari betapa dunia hari ini dihujani dengan ledakan media social, kita tidak boleh
mengatakan tidak kepada kehadiran teknologi ini. Dilaporkan bahawa kini terdapat lebih 500
juta pengguna facebook dan lebih 100juta pengguna twitter di seluruh dunia, membuktikan
media sosial merupakan satu ancaman jika tidak digunakan dengan cara uang betul. Lantaran
itu, pengguna media sosial yang memiliki integriti yang tinggi seharusnya berupaya menapis
dan menentusahkan setiap berita sebelum menyebarkannya di media massa.
Anak-anak bangsaku, konkluksinya,
Pada penghujung bicara, jelas tertera, tatkala kita jadikan integrit sebagai budaya, maka,
impaknya bangsa yang lulu tertiarap dimamah, kini kembali tegak bermaruah.Pada hari ini,
impian kita adalah untuk menjelmakan bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang bukan
bangsa yang kecundang ,pincang dan terbuang. Ayuhlah bangsaku, kita lakarkan potret
kecemerlangan Malaysia, maka benarlah Intergriti Memartabatkan Bangsa.
Sekian, terima kasih.
Pertandingan Syarahan Bahasa Malaysia Piala Perdaduan
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Peringkat Daerah Petaling Perdana 2021
MAJLIS GURU BESAR PETALING PERDANA:
SEMUA GURU BESAR SJK (C):
HAKIM-HAKIM:
Associate Professor Dr. Dahlia Janan
Dr. Jiani Binti Jaman
Puan Nor Hayati Mohd Shaharim
Puan Zaharimah Binti Subaini
PANEL PEMERHATIAN:
Encik Lee Kin Wai
(SJK (C) Tun Tan Cheng Lock)
Puan Teyun Pei Yien
(SJK (C) Han Ming)
Puan Ting Bee Yan
(SJK (C) Tun Tan Siew Sin)
AHLI JAWATANKUASA PERTANDINGAN:
Puan Tan Wat Nee
Puan Sea Bee Ching
Puan Pang Kim Nee
Encik Mohd Tarmizi Bin Sudin
Cik Ooi Lee Yin
Cik Au Yoke Leng
Puan Azmarina Binti Harun
Puan Low Kim Ching
Puan Ooi Ching Ping
Encik Lim Chun Ho
Encik Mohd Hazreen Shah Bin Hassan
Cik Hii Bii Hui
Puan Ling Suk Lei
Puan Foo Gin Gin
Puan Moh Siau Yen