The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ad ku, 2024-04-27 00:53:38

INTELEK ed. 2023

Draft

INTELEK SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOTA MARUDU “sekolah bitara murid juara” “KEJAYAAN PASTI TERCAPAI”


Doa Sidang Redaksi Kata-kata aluan/Ucapan Kenangan Bersamamu Guru AKP Enrolmen kelas Pengetua dan semua Penolong Kanan Guru sesi pagi Guru sesi petang AKP SENARAI STAF DAN ENROLMEN MURID/PELAJAR SMK KOTA MARUDU FOTO-FOTO STAF SMK KOTA MARUDU 25 27 30 35 SMK KOTA MARUDU 18 19 22 1 3 4 9 9 KANDUNGAN Sejarah SMK Kota Marudu Logo SMK Kota Marudu Falsafah SMK Kota Marudu Lagu Sekolah Ikrar Sekolah Lokasi Sekolah 18 19 22 24 25 25 Pencapaian STPM 2022 Pencapaian SPM 2022 Analisis keputusan peperiksaan 2023 LAPORAN AKADEMIK 18 19 22 KHAS SMK KOTA MARUDU GEMILANG Anugerah -MADEX -PPD -STEM 18 19 22 24 KILAUAN HEM Anugerah sepanjang tahun Rumusan aktiviti 18 19 LAPORAN KOKURIKULUM 2023 Pra Universiti Perdana 18 19 AKTIVITI SEKOLAH Sukan Sambutan Hari Guru Sambutan Bulan Kebangsaan 18 19 KARYA GURU & PELAJAR Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Arab Bahasa Cina Bahasa Kadazan Dusun Bahasa Jepun 18 19 FOTO KELAS Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 18 19


DOA ِ ْسمِ اللهِ الرَّ ْح َم ِن الرَّ ْحِ يمِ ب ْج َم ِعْي َن َ ِهِ أ ْصحَاب َ َوأ ا ُمحَ َّم ٍد َو َعَلى آلِهِ ُم َعَلى َسِّي ِدنَ ْمِ ي َن, َو َّ الصلاَة ￾ َو َّ السلاَ َ َعال ْ هِ َر ِّب ال َّ ْحَ ْم ُد لِل ل َ ا Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih Kurniakanlah kami tekad dan semangat yang tidak pernah padam, untuk bekerja dengan penuh dedikasi dan keikhlasan, agar dapat menghasilkan mutu kerja yang berkualiti, dan mampu memenuhi kehendak para pelanggan kami. Ya Allah, Tuhan Yang Maha Berkuasa Bimbing dan restuilah kehidupan kami. Teguhkanlah sifat integriti di dalam diri kami, untuk mencintai dan menyempurnakan amanah, membenci rasuah, menghindari segala bentuk penyelewengan dan salah guna kuasa, serta mengatasi segala bentuk kelemahan. Ya Allah, Tuhan Yang Maha Penyayang Kekalkanlah permuafakatan dan budaya kerja sepasukan dalam kalangan kami. Suburkan dalam hati kami, nilai cinta dan kasih sayang, kegembiraan dan kebahagiaan, serta saling menghormati sesama manusia. Bukakanlah pintu hati kami, untuk sentiasa menghayati slogan keramat kami : SEPAKAT SABAH HEBAT, MARUDU HEBAT: DRIVE to EXCELLENCE. Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui Anugerahilah kami kekuatan fizikal, ketahanan mental, kematangan emosi dan kemantapan rohani. Lindungilah kami dari sebarang fitnah, bencana dan perpecahan, yang boleh menggugat kekuatan kami. Hanya kepadaMu kami memohon pertolongan. َيا َح َسَنة ￾ َو ِفي الأخِ رَةِ َح َسَنة ￾ َو ِقَنا َع َذ َ اب َّ النار ￾ َربََّنا َءاتَِنا ِفي ُّ الدنْ O Allah, the Most Merciful, Grant us unwavering determination and spirit, to work with dedication and sincerity, so that we can produce quality work and meet the needs of our customers. O Allah, the Almighty, Guide and bless our lives. Strengthen the integrity within us, to love and fulfill our responsibilities, detest corruption, avoid all forms of misconduct and abuse of power, and overcome all weaknesses. O Allah, the Most Compassionate, Maintain teamwork and work culture among us. Instill in our hearts the values of love and compassion, joy and happiness, and mutual respect for fellow human beings. Open our hearts to always live by our sacred motto: SEPAKAT SABAH HEBAT, MARUDU HEBAT: DRIVE to EXCELLENCE. O Allah, the All-Knowing, Grant us physical strength, mental resilience, emotional maturity, and spiritual steadfastness. Protect us from any temptation, disaster, and division that may undermine our strength. We seek help only from You.


AJK BAHAN DAN KANDUNGAN PN. BIANIH KANGAU 1. PN. MASDILA BINTI MAT HUSIN2. EN. BANI ISWADI BANI AMIN3. EN. SABINUS BIN MARCUS4. CIK SHARIFAH NURIMAN5. PN. NUR AFIFAH BENSUI6. AJK GRAFIK PN. RAINAH MAKANTAL1. PN. ZIZIMISRINAH ZAMAN2. CIK. MAZLIAH MAJALIN3. PN. NAZIRAH TIARDEK4. PN. AGNESIA JORI5. PN. EVA EDORA WESMIN6. CIK EMMA GUNIK 7. CIK ADLIN ADANGKU @ GEORGE ( KETUA REDAKSI ) EN. NELSON MICHAEL JR ( TIMBALAN KETUA REDAKSI) AJK MAKLUMAT (KURIKULUM) PN.ALLIEY CHANG YEN HA 1. EN. YAU POOL CHERN 2. PN. FRANSSISCA CHANDRA VOO 3. PN. ELVINA MARANDA 4. PN. SALZIAHHTY MIJIA 5. CIK ESTER DAPUN 6. AJK MAKLUMAT (KOKURIKULUM) EN. CALLIXTUS GADANA 1. CIK STELLA VERONICA BULUGU 2. PN. NATILIE KUINTIN3. EN. SHELDON SANTI4. AJK PENGIKLANAN PN. NERONIKA FAIRON 1. EN. SUNGSON GANTAR 2. PN. ARNI BT. MAJOHN 3. PN. VIANDON MAIRON BAHANJA 4. CIK SHALIZAH ASMIN 5. AJK FOTOGRAFI DAN LAPORAN EN. DEVON ROY SATOR1. EN. RAZALI ENDOT2. PN. KARTINAH MAJININ3. AJK PERCETAKAN EN. JULIAN ABAN1. EN. FREDDY BAIWAL 2. PENYELARAS KARYA PN. HAPISAH BINTI MUHAMAD ( BAHASA MELAYU) 1. PN. AUDRENA MAYLYNE TAY (BAHASA INGGERIS) 2. PN. CHONG CHIN LU (BAHASA CINA) 3. PN. SUIDA MASUNDANG (BAHASA KADAZANDUSUN) 4. USTZ. FATMAWATI BT. RAMLI (BAHASA ARAB) 5. CIK LEONG SUK MEE (BAHASA JEPUN) 6. CIK JUDIAH MOJIOU ( SETIAUSAHA ) PN. CEYRRON BAINGKON ( TIM. SETIAUSAHA ) PN. SHARIFAH ROSDIANAH SH. SHEK ( BENDAHARI ) EN. JONRIM MAKOPIN ( TIM. BENDAHARI )


SMK KOTA MARUDU PETI SURAT 11, 89107 KOTA MARUDU SABAH. BICARA PEMBUKA


Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani Salam Sabah Maju Jaya Salam Sepakat Sabah Hebat Syabas diucapkan kepada anak-anak generasi berilmu kerana berupaya berkolaborasi sebagai satu pasukan dalam menghasilkan majalah INTELEK SMK Kota Marudu. Majalah INTELEK ini bakal dijadikan medium rujukan. terhadap segala perkembangan yang berlaku memori suka duka pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu. Bagi pihak Jabatan Pendidikan Neger Sabah, segala komitmen dan sumbangan warga sekolah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penghasilan majalah ini sangat dihargai dan disanjung tinggi. Dunia pendidikan pada alaf ini semakin kompleks dan bersifat global. Malah ilmu menjadi prasyarat kepada pembentukan mana-mana tamadun yang hebat suatu masa dahulu. Menyedari hakikat in, marilah kita sama-sama mendukung usaha Kementerian Pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 hingga 2025. Pelan in merupakan satu pelan pembangunan pendidikan yang komprehensif dan holistic dalam membina modal insan yang mampan dan berdaya saing. Sekapur Sirih Seulas Pinang KATA ALU-ALUAN PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH Penghasilan Majalah INTELEK telah membuktikan bahawa pelajar-pelajar SMK Kota Marudu berfikiran kreatif, berinovasi, berilmu dan berdaya saing. Tahniah diucapkan kepada pihak sekolah kerana berjaya membimbing pelajar-pelajar dalam penghasilan majalah ini walaupun terdapat kekangan dalam memberikan akses pendidikan akibat Pandemik Covid-19 suatu ketika dahulu.s Akhir kata, semoga usaha dan kerjasama yang diberikan ole warga sekolah sepanjang penghasilan majalah ini dapat diteruskan dalam apa jua program sekolah yang akan datang. Saya percaya dengan adanya kerjasama yang jitu pasti akan melahirkan keemerlangan pelajar sama ada dari segi akademik mahupun sahsiah. Sekian, terima kasih. DATUK HAJI RAISIN BIN SAIDIN PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah hidayah-Nya, majalah sekolah kali ini dapat diterbitkan lagi. Saya sangat berbesar hati kerana pihak kami diberi peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majalah ini. Penerbitan majalah edisi kali ini amatlah bermakna kepada semua warga sekolah kerana dapat merakamkan pelbagai memori sepanjang tahun 2023. Di samping itu, penerbitan majalah sekolah ini juga memberikan peluang kepada para pelajar untuk memaparkan idea-idea yang bernas dan menarik. Tahun 2023 yang serba mencabar ini telah menguji dunia pendidikan dengan pelbagai dugaan namun sama sekali tidak mematahkan semangat warga sekolah terutamanya para guru dan pelajar juga dengan kerjasama ibu bapa untuk terus melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan kurikulum dan juga kokurikulum. Usaha yang gigih dan berterusan ini banyak membawa kejayaan yang bermakna kepada pihak sekolah khususnya para pelajar. Akhir kata, saya yakin bahawa peneribtan majalah sekolah edisi kali ini dapat menjadi pendorong kepada pelajar untuk terus mempamerkan bakat masing-masing. Saya berharap agar warga SMK Kota Marudu akan terus mencapai kejayaan yang cemerlang pada masa akan datang. Marilah kita sama-sama bekerja dengan penuh keikhlasan dan komitmen yang tinggi demi mencapai matlamat kita bersama. Marudu Hebat. Drive to Excellence. Sekian, terima kasih. Datu Roslin Bin Datu Siabok Pegawai Pendidikan Daerah Kota Marudu KATA ALU-ALUAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KOTA MARUDU


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk merakamkam sepatah dua kata dalam Majalah INTELEK kali ini. Sekalung tahniah saya hadiahkan buat Sidang Redaksi Majalah INTELEK atas kejayaan menerbitkan majalah sekolah bagi tahun 2023. Segala jerih payah dan sumbangan dalam penerbitan majalah merupakan usaha yang dihargai kerana penerbitannya merupakan satu usaha murni dalam merakamkan sejarah penglibatan sekolah yang diwakili oleh guru dan murid SMK Kota Marudu dari segenap sudut. Di sini, saya ingin mengucapkan tahniah buat para murid kerana pencapaian murid dalam bidang akademik sangat memberangsangkan terutama sekali bagi SPM dan STPM yang menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.. Bagi kokurikulum pula sekolah kita telah berjaya menghantar atlet yang berpotensi bukan sahaja diperingkat daerah dan negeri malah juga berjaya mencungkil bakat di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.Terdapat juga penglibatan dalam bidang yang lain yang turut sama mengharumkan nama sekolah. Terima kasih atas usaha para guru dan juga murid yang terlibat. Semoga pencapaian seperti ini akan berterusan dan akan dapat dipertingkatkan KATA ALU-ALUAN PENGETUA SMK KOTA MARUDU Selain itu, penerbitan majalah ini juga merupakan satu platform buat para pelajar memaparkan idea-idea yang bernas dan juga hasil karya mereka yang mana akan dapat mencerminkan keperibadian dan perwatakan warga sekolah SMK Kota Marudu yang sentiasa bersedia untuk memacu suatu pencapaian yang lebih tinggi dari masa ke masa. Diharap juga koleksi catatan pencapaian sekolah yang diabadikan di dalam Majalah INTELEK ini merupakan pencapaian yang dapat menjadi pemangkin ke arah pelaksanaan Pendidikan Abad ke-21 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM). Akhir kata, sebagai wakil pihak pentadbiran, ingin saya katakan di sini bahawa marilah kita bersama-sama berjuang untuk melahirkan generasi yang mempunyai pemikiran minda kelas pertama yang cemerlang dan sentiasa tercabar mindanya seiring dengan penerapan KBAT secara holistik meliputi kurikulum, kokurikulum dan sahsiah murid. Semoga nama SMK Kota Marudu akan sentiasa menjadi sebutan atas pencapaian yang membanggakan dan saya juga berharap agar semua usaha kita diberkati Allah SWT dan mendapat rahmat daripada-Nya. “Kejayaan Pasti Tercapai” Rosmih Binti Nc Jamari @ Jamal Pengetua Cemerlang Smk Kota Marudu


Salam Malaysia Madani, Tahniah buat SMK KOTA Marudu dan Sidang Redaksi Majalah, juga komitmen yang diberikan dalam menerbitkan majalah sekolah. Saya selaku YDP PIBG SMK KOTA MARUDU ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk merakamkan perutusan dalam Majalah Sekolah edisi kali ini. Saya yakin komitmen yang tinggi serta kerjasama antara warga sekolah maka majalah ini dapat diterbitkan dengan jayanya .Pihak PIBG mengambil kesempatan mengucapkan setinggi Tahniah kepada SMK SMK KOTA MARUDU telah berjaya menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik dan juga ko-kurikulum. Kejayaan ini adalah hasil dari kewujudan kerjasama yang erat antara guru dan ibubapa dan juga pelajar. Guru memainkan peranan penting dalam membentuk pelajar di sekolah manakala ibubapa pula giat mendidik pelajar di rumah. Juga tidak dinafikan pengaruh masyarakat juga memberikan impak yang besar dalam pembentukan sahsiah pelajar. Maka dengan itu ketiga-tiga pihak ini haruslah meneruskan kerjasama antara mereka dan juga memantapkan lagi usaha mereka untuk memajukan pelajar sekolah. Akhir kata adalah tinggi harapan kami sebagai ibu bapa pelajar agar guru-guru meneruskan usaha ke arah melahirkan generasi yang cemerlang dan inovatif yang dapat mengharumkan nama sekolah ibu bapa dan kita sendiri. Semoga dengan adanya komitmen antara ibubapa, sekolah, pelajar juga masyarakat ini pasti akan menjadikan SMK Kota Marudu bertambah cemerlang dan berdaya saing serta dapat merealisasikan matlamat pendidikan Negara. Sekian, terima kasih. Puan Luna Moon Mairon YDP PIBG SMKKM KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG SMK KOTA MARUDU


Salam Malaysia Madani, Saya selaku ketua editor bagi sidang redaksi tahun 2023 amat berbesar hati kerana diberikan kesempatan untuk saya mencoretkan sepatah dua kata dalam ruangan ini. Saya amat berbangga dan bersyukur kerana penerbitan majalahINTELEK edisi kali ini dapat dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama daripada semua guru-guru terutamanya AJK sidang redaksi tahun 2023 yang bertungkus lumus mengumpul pelbagai bahan sepanjang tahun. Bukan begitu mudah untuk menjayakan penerbitan majalah sekolah ini lebih-lebih lagi dengan kesibukan yang tidak kunjung reda namun semangat jitu yang ada pada semua AJK yang terlibat sangat mengharukan kerana tanpa mengira penat lelah agar penerbitan majalah ini dapat disiapkan pada masa yang tepat. Penerbitan majalah INTELEK pada kali ini diharapkan dapat memberikan peluang kepada para pelajar untuk mencurahkan bakat masing-masing dalam bidang yang diminati. Saya amat berharap agar kerjasama semua pihak dapat diteruskan pada masa akan datang demi kejayaan sekolah yang berterusan. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat. Sekian, terima kasih. Adlin Adangku George Ketua Editor Majalah INTELEK Tahun 2023 KATA ALU-ALUAN KETUA EDITOR MAJALAH EDITOR SMK KOTA MARUDU


Salam Sejahtera, Salam Kecemrlangan buat SMK Kota Marudu dan Salam Malaysiaku Madani. Setinggi tahniah dan syabas saya zahirkan bagi mewakili semua pelajar SMK Kota Marudu kepada ahli-ahli sidang redaksi INTELEK edisi digital kerana berjaya meneruskan kesinambungan penerbitan majalah ini. Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas ruang dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menitipkan sepatah dua kata dalam majalah edisi kali ini. Sebagai permulaan coretan, saya dengan penuh takzimnya mengucapkan syabas dan ribuan terima kasih kepada warga pendidik SMK Kota Marudu yang telah banyak membimbing kami semua sehingga berjaya menjadi insan yang berguna buat, agama nusa dan bangsa. Sepanjang berada di sekolah ini, saya percaya setiap pelajar telah dilengkapi dengan pelbagai ilmu yang bakal kami gunakan dan manfaatkan untuk mendepani kehidupan yang serba mencabar ini. Sebagai pelajar, kami tahu dalam dunia yang cukup mencabar ini kami perlu mengisi diri kami bukan sahaja dengan ilmu pengetahuan tetapi juga dengan aspek-aspek yang boleh menjadikan kami mempunyai jiwa yang kental. Oleh itu sebagai seorang pelajar, walau apa pun aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah haruslah disokong dengan penuh rasa bangga kerana tanpa kita sedar aktiviti yang diadakan secara langsung atau tidak langsung dapat membina sifat kepimpinan, keyakinan diri, semangat kebersamaan, kerjasama dan menjadikan kita seorang insan yang berdisiplin. Dengan itu jelas sekali bahawa semua ini dilakukan demi kebaikan semua pelajar. Dari Kaca mata yang lain saya membawa kita semua untuk terus memupuk semangat pembelajaran dan berinovasi dalam setiap aspek kehidupan kita. Kejayaan INTELEK bukan hanya milik individu, tetapi merupakan sumbangan kolektif dari keseluruhan komuniti pelajar. Ini boleh dilihat apabila majalah ini memuatkan pelbagai pencapaian yang dikecapi dan menjadi satu kebangaan semua warga SMK Kota Marudu sepanjang tahun 2023. Ekoran itu, karya-karya kreatif yang terdapat dalam majalah ini membolehkan para pelajar sentiasa menjana idea mereka dan berusaha lebih gigih dalam menghasilkan karya-karya yang bermutu serta berkualiti. Sebelum pena diskusi melebuhkan noktahnya, saya ingin mengucapkan selamat membaca kepada semua warga SMK Kota Marudu dan saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan dan ketidaksempurnaan dalam majalah ini. Saya membawa kita semua untuk terus bersatu dan menyokong satu sama lain dalam mengejar keunggulan INTELEK. Jadikan setiap cabaran sebagai peluang untuk tumbuh dan berkembang. Melalui daya usaha dan semangat positif, kita mampu mencapai tahap kecemerlangan yang lebih tinggi. Teruskan usaha, pelajar-pelajar kita yang hebat! Sekian, terima kasih. Dick Hansen Selvister Ketua Pelajar SMK Kota Marudu KATA ALU-ALUAN KETUA PELAJAR SMK KOTA MARUDU


SMK KOTA MARUDU PETI SURAT 11, 89107 KOTA MARUDU SABAH. BERSAMAMU KENANGAN


KENANGAN BERSAMAMU PUAN DAYANG KHURSIAH BINTI DATU KADIR TAHUN BERKHIDMAT: 1996 - 2022 Beliau telah berkhidmat di SMK Kota Marudu selama 26 tahun. Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah banyak memberikan sumbangan terhadap kejayaan sekolah terutamanya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Beliau dilantik menjadi Setiausaha Peperiksaan sebelum menjawat jawatan Penolong Kanan Pentadbiran. ENCIK JAISIN GOPORI TAHUN BERKHIDMAT: 1994 - 2023 Beliau telah berkhidmat di SMK Kota Marudu selama 29 tahun. Beliau memegang jawatan sebagai Ketua Panitia Geografi sebelum memegang amanah sebagai Penolong Kanan Kokurikulum. Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah banyak memberikan sumbangan terhadap kejayaan sekolah terutamanya dalam pengurusan bidang kokurikulum. PUAN KUTILY @ SYLVIA GILONG TAHUN BERKHIDMAT: 2000 - 2022 Beliau telah berkhidmat di SMK Kota Marudu selama 22 tahun. Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah banyak memberikan sumbangan terhadap kejayaan sekolah terutamanya dalam bidang kurikulum dan melaksanakan banyak program inovasi sebagai Guru Cemerlang Prinsip Perakaunan. Beliau juga sangat berdedikasi dalam menjalankan amanah beliau sebagai Ketua Panitia Prinsip Perakaunan dan kemudiannya sebagai Ketua Bidang Vokasioanl dan Teknologi.


KENANGAN BERSAMAMU ENCIK RICHARD SAMIE KIOU TAHUN BERKHIDMAT: 2001 - 2023 Beliau telah berkhidmat di SMK Kota Marudu selama 22 tahun. Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah banyak memberikan sumbangan terhadap kejayaan sekolah terutamanya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Beliau menjadi guru akademik Tingkatan 6 sebelum dilantik menjadi Penolong Kanan Tingkatan 6 dan seterusnya kepada Penolong Kanan HEM. PUAN MARCILLA NATTA MADIUS TAHUN BERKHIDMAT: 2016 - 2023 Beliau telah berkhidmat di SMK Kota Marudu selama 7 tahun. Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah banyak memberikan sumbangan terhadap kejayaan sekolah terutamanya dalam bidang kokurikulum iaitu Olahraga. Beliau juga sangat berdedikasi dalam menjalankan amanah beliau sebagai Ketua Panitia Sejarah. PUAN NOLIAH ATIN TAHUN BERKHIDMAT: 2022 - 2023 Beliau telah berkhidmat di SMK Kota Marudu selama 1 tahun. Beliau telah dilantik sebagai Penolong Kanan Pentadbiran semasa berkhidmat di sekolah ini. Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah banyak memberikan sumbangan terhadap kejayaan sekolah terutamanya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. PUAN ROSMINAH BINTI SAIT TAHUN BERKHIDMAT: 2022 - 2023 Beliau telah berkhidmat di SMK Kota Marudu selama 1 tahun. Beliau telah dilantik sebagai Ketua Bidang TVET semasa berkhidmat di sekolah ini. Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah banyak memberikan sumbangan terhadap kejayaan sekolah dalam pelbagai bidang terutamanya bidang kurikukum.


SMK KOTA MARUDU PETI SURAT 11, 89107 KOTA MARUDU SABAH. SEKOLAH MAKLUMAT


Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu (SMKKM) telah ditubuhkan pada 31hb Januari 1968 dikenali dengan nama “Government Junior Secondary School”. Pada awal penubuhannya, sekolah ini menumpang selama 12 tahun di Sekolah Rendah Kebangsaan Bandau yang kini dikenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Pekan Kota Marudu.Pada tahun 1974 apabila Bandau telah diiktiraf sebagai sebuah daerah kecil, namanya telah ditukar kepada Daerah Kota Marudu. Sejajar dengan itu, nama sekolah Government Junior Secondary School telah diubah kepada Sekolah Menengah Kebang- saan Kota Marudu. Pada Januari 1981, SMK Kota Marudu telah berpindah ke bangunannya sendiri yang terletak di sim- pang empat di atas sebidang tanah berkeluasan 11.4 ekar kira-kira 3 kilometer dari Sekolah Rendah Kebangsaan Pekan dan setengah kilometer dari Pekan Baru Kota Marudu. Kedudukannya yang agak strategik menyebabkannya mudah dikenali oleh sesiapapun yang baru tiba ke daerah ini. Tanggal 23hb April 1982, bangunan SMK Kota Marudu telah dirasmikan pembukaannya oleh bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah pada ketika itu iaitu Datuk James P. Ongkili. Semenjak itu SMK Kota Marudu telah berkembang pesat dan telah menyambut ulang tahun Jubli Emas penubuhannya pada tahun 2018. Dalam tempoh lebih separuh abad sekolah ini menjadi sekolah impian dan telah ditaraf sebagai Sekolah Showcase i-Think Negara pada tahun 2013 dan terkini telah diiktiraf sebagai Sekolah Amalan Cemerlang KBAT pada tahun 2018. Pada tahun 2020, sekolah ini diamanahkan menjadi Sekolah Men- tor KBAT kepada tiga buah sekolah menengah di daerah Kota Marudu: SMK Tandek, SMK Bandau dan SMK Bengkongan. Seterusnya sekolah ini diharap akan terus maju dan berhasrat menjadi Sekolah Transformasi 2025 kelak. SEJARAH SEKOLAH


Merah Teguh Semangat kental dan benar yang diamalkan di sekolah ini. Kuning Mulia Kemuliaan perjuangan yang dihadapi oleh para pelajar dan guru sebagai asas tanggungjawab menuju kejayaan. Hijau Alam Semesta Keindahan kehijauan sekolah yang belum dicemari. Putih Bersih Kebersihan dan kesediaan asas pelajar dan gurumengharungi pendidikan. Melambangkan tingginya hasrat dan cita-cita yang hendak dicapai. Biru Langit Kedamaian luhur yang diharapkan dalam alam persekolahan. GUNUNG OBOR Semangat untuk belajar dan memberi tunjuk ajar yang sentiasa menyala dan tidak pernah padam LAUT Gelombang usaha gigih yang diharungi oleh pelajar dan guru. BUKU Medan pendidik itu luas, seluas dunia. LOGO SEKOLAH


MOTO SEKOLAH “KEJAYAAN P A S T I T E R C A P A I” “SEPAKAT HEBAT” adalah moto pegangan sekolah ini. Ia diamalkan dan dipegang sebagai landasan untuk berjuang di alam pendidikan untuk berjuang di alam pendidikan VISI TS25 SMK KOTA MARUDU VISI TS25 SMK KOTA MARUDU VISI TS25 SMK KOTA MARUDU Melestarikan KBAT untuk Memacu Kecemerlangan Sekolah MISI TS25 SMK KOTA MARUDU Membangunkan potensi murid secara holistik untuk melahirkan Insan Unggul berlandaskan falsafah pendidikan Kebangsaan IKRAR PELAJAR SEKOLAH Bahawasanya Kami pelajar smk kota marudu Sesungguhnya berjanji Dengan segala upaya kami Untuk menjadi insan yang seimbang dan harmoni Dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani Berdasarkan kepada Prinsip-prinsip rukun negara yang berikut Kepercayaan kepada tuhan Kesetiaan kepada raja dan negara Keluhuran perlembagaan Kedaulatan undang-undang Kesopanan dan kesusilaan Kami juga berjanji akan, Berusaha mencapai wawasan sekolah, Mengharumkan nama sekolah, Mematuhi segala peraturan sekolah, Dan menghormati guru-guru dan ibu bapa kami LAGU SMK KOTA MARUDU Kami para pelajar semua Rela menempuh segalanya Demi mencapai cita-cita Rela berbakti untuk nusa bangsa Prinsip Rukan Negara Tetap menjadi amalan Bersatu berganding tenaga Kejayaan pasti tercapai Walau di mana kami berada Jasa guru tak perna dilupa Ayah bonda tetap dihargai Semoga hidup kami Berbahagia FALSAFAH, LAGU DAN IKRAR SEKOLAH


LOKASI SEKOLAH


SMK KOTA MARUDU PETI SURAT 11, 89107 KOTA MARUDU SABAH. MURID/PELAJAR SENARAI STAF DAN ENROLMEN


SENARAI STAFF DAN AKP DIREKTORI GURU DAN AKP SMK KOTA MARUDU TAHUN 2024


ENROLMENT MURID/PELAJAR DAN KELAS


PN. ROSMIH BINTI NC JAMARI @ JAMAL ( PENGETUA CEMERLANG )1. PN. NUR EMILYA ZULAIKHA LIONG ABDULLAH ( PK PENTADBIRAN )2. EN. LARRY ANDANG ( PK HEM)3. EN. JEPIRIN BIN RANGGANGON ( PK KOKURIKULUM )4. EN. JESON MAJIMAL ( PK PETANG)5. EN. PAIN GAGAU ( PK TINGKATAN 6 )6. 7. EN. EDDY AWING ( KETUA BIDANG VOKASIONAL DAN TEKNIK ) PN. MARHANI BINTI IRIN ( KETUA BIDANG KEMANUSIAAN ) 8. PN. ARNI BINTI MAJOHN ( KETUA BIDANG BAHASA )9. PN. JENNY BINTI GAI ( KETUA BIDANG SAINS DAN MATEMATIK ) 10. BARISAN PENTADBIR SMK KOTA MARUDU


Barisan paling belakang ( dari kiri ke kanan) Nazmi, JR.Dickson, Patrick, Devon, Joseph, Dahlan, Bani Iswadi, Lukman, Albot, Sheldon, Mustaqim, Princhero, Mazren, Julia Barisan ketiga ( dari kiri ke kanan) Hapisah, Petronella, Stella, Fransisca, Alina, Shalizah, Natilie, Adlin, Chin Siew Yee, Ratinah, Stephanie, Leong Suk Mee, Elvina Viandon, Frozaline Hazel, Wong Lee Fong, Ezra, Dynawaty Barisan kedua ( dari kiri ke kanan) Nelson, Darwina, Fadhilah, Ethelyn, Nur El-Hanizah, Sakinah, Fatmawati, Audrena, Rosnah, Sutijari, Rahimah, Nadya,Alliey Chang, Edna, Shirley, Bianih, Ernest, Julika, Fitriah, Rosasfiza, Ester, Daymna, Misa Barisan pertama ( dari kiri ke kanan) Yau Pool Chern, Razali, George, Alexander, Yazid, Eddy, Jeson( PK Petang), Jepirin( PK KOKUM), Nur Emilya Zulaikha( PK 1), Rosmih ( Pengetua), Larry( PK HEM),Pain ( PK T6), Arni, Marhani, Jenny, Rainah, Wasnah, Jabita, Mastura, Pilinah BARISAN GURU SESI PAGI SMK KOTA MARUDU


Barisan paling belakang ( dari kiri ke kanan) Sabinus, Freddy, Victor, Rockye, Jonrin, Joevenron, Callixtus, Sungson, Hindijo Barisan ketiga ( dari kiri ke kanan) Martika, Florah, Ivy Iyonne, Siti Mariah, Athirah, Suzlana, Norihan, Debranythira, Nazwa, Jerena, Ceyrron, Hidayah, Khatizah Barisan kedua ( dari kiri ke kanan) Feranita, Masdila, Sandra, Eva Eadora, Salziahty, Emma, Edolina, Mazliah, Mazziah, Eloise, Norah, Josnah, Zizimisrinah, Josephine, Wong Lee Fong, Asiah, Agnesia, Hartey, Junaidah Barisan pertama ( dari kiri ke kanan) Neronika, Suida, Jeson (PK Petang), Jepirin( PK KOKUM), Nur Emilya Zulaikha( PK 1), Rosmih ( Pengetua Cemerlang), Larry ( PK HEM),Pain ( PK T6), Madzim, Roslinda,Nazirah BARISAN GURU SESI PETANG SMK KOTA MARUDU


Barisan kedua ( dari kiri ke kanan) Catherine, Peanny, Yatikah, Betsy, Jasilah, Neela Weina Barisan pertama ( dari kiri ke kanan) Sherry, Sharifah Rosdianah ( Ketua Kerani), Abdul Razit, Larry ( PK HEM ), Rosmih ( Pengetua Cemerlang), Jepirin ( PK KOKUM), Jeson (PK Petang), Alim Shah, Jevinos BARISAN AKP SMK KOTA MARUDU


LAPORAN AKADEMIK


1. FITRAH ALEEYAH BINTI ALIUDIN PNGK=4.00 (4A) 2. JESNEY BEROH (3.75) 3. SYAFIQAH NABIHAH BINTI NOZELAN (3.75) 4. NUR ALEYA BINTI ABDUL PATTA (3.67) 5. FATIN ANNABELLA BINTI ABDUL JALIL (3.67) 6. NUR DINI BINTI SABTU (3.59) 7. SARI ASMA' BINTI SARIAT (3.58) 8. BENNEDDY S. TOMPOONG (3.58) 9. GWYNNETH SEMBRANO (3.58) 10. ONNEYSELLYN MORITIN @ MARTIN (3.50) 11. CHENG JUI WENG (3.50) 12. SITI HASMAH BINTI ZAINAL (3.42) 13. MAZLINA MALI (3.33) 14. PATRISSCIA RISSNY JAPIRIS (3.25) 15. NUR SYAHIRAH BINTI ALIAMAT (3.25) 16. VENNA ELFY BINTI VENSON (3.25) 17. ALCEY REDWAN @ MELIP (3.17) 18. STACIE SARA GEORGE (3.09) 19. ELINA AARONNICA DURASI (3.09) 20. NUR AIN NABILAH BINTI AMIRSYED (3.09) 21. JESSY LEE AI CHING (3.08) 22. RITA GOMOK (3.00) 23. SEFSIA JUPIRI (3.00) 24. LEONG HAO HANG (3.00) 25. CHRISTINA JEININ (3.00) 26. MAGDALENE WONG LISHEN (3.00) Tahniah & Syabas! STPM2022SMK KOTA MARUDU 100% Lulus! PENCAPAIAN STPM 2022


PENCAPAIAN SEM 1 & SEM 2 2023 (PNGK 3.00 KEATAS) SENARAI PELAJAR YANG MENDAPAT PNGK 3.00 DAN KE ATAS DALAM SEMESTER 1 2023 SENARAI PELAJAR YANG MENDAPAT PNGK 3.00 DAN KE ATAS DALAM SEMESTER 2 2023


FITRAH ALEEYAH BINTI ALIUDIN PNGK = 4.00 (4A) Pengajian Am (A), Pengajian Perniagaan (A), Ekonomi (A), Geografi (A) Each lesson serves as a step towards your goals. See failure as a chance to improve and advance. If you follow through on your dreams with determination, the outcomes will demonstrate your dedication. Most importantly, once prayer becomes a habit, success becomes a lifestyle.


PENCAPAIAN SPM 2022 M U R I D C E M E R L A N G S P M 2 0 2 2 ALIRAN SAINS ALIRAN KEMANUSIAAN


PENCAPAIAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2023 MURID TERBAIK ALIRAN SAINS PERCUBAAN SPM (TINGKATAN 5) MURID TERBAIK ALIRAN KEMANUSIAAN PERCUBAAN SPM (TINGKATAN 5)


PENCAPAIAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2023 MURID TERBAIK ALIRAN SAINS (TINGKATAN 4) MURID TERBAIK ALIRAN SASTERA (TINGKATAN 4)


PENCAPAIAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2023 MURID TERBAIK TINGKATAN 3 MURID TERBAIK TINGKATAN 2 MURID TERBAIK TINGKATAN 1


KHAS SMK KOTA MARUDU GEMILANG


ANUGERAH MADEX Malam Anugerah Marudu Hebat (Drive to Excellence) MADEX 2023 merupakan satu majlis penghargaan yang dirancang dan dilaksanakan oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu bagi menghargai serta memberikan penghargaan kepada sekolah-sekolah yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam pelbagai aspek terutama dalam bidang akademik, sahsiah dan ko-kurikulum. SMK Kota Marudu telah menerima anugerah: 1. Anugerah Khas PLATINUM MH5S Kategori Sekolah Menengah 2023 2. Anugerah Khas Atlit Terbaik PPD Kota Marudu 3. Anugerah Khas Pelajar Terbaik SPM PPD Kota Marudu 2022 4. Anugerah Khas Pelajar Terbaik STPM PPD Kota Marudu 2022 5. Anugerah Khas PIBG Terbaik Kategori Sekolah Menengah PPD Kota Marudu Tarikh: 06/12/2023 Masa: 0630 petang – 1100 malam Tempat: Dewan Komuniti Daerah Kota Marudu Sabah


ANUGERAH MADEX


MEKAR XI SMK Kota Marudu Sabah melakar satu lagi kejayaan di mana sekolah telah menerima Anugerah Pencapaian STPM 2022 Sekolah Lulus 100% dalam Majlis Kecemerlangan Akademik JPN Sabah Mekar XI tahun 2023. Tarikh: 13/09/2023 Tempat: Dewan SM Kian Kok Kota Kinabalu Sabah


ANUGERAH PAMER KEUNGGULAN 22/231.ANUGERAH PAMER KEUNGGULAN PERINGKAT NEGERI SABAH PENGURUSAN KOKURIKULUM CEMERLANG ANUGERAH PAMER KEUNGGULAN PERINGKAT NEGERI SABAH KATEGORI SUKAN DAN PERMAINAN SEKOLAH MENENGAH (KELAB OLAHRAGA) 2. ANUGERAH PAMER KEUNGGULAN PERINGKAT NEGERI SABAH KATEGORI BADAN BERUNIFORM SEKOLAH MENENGAH (KADET REMAJA SEKOLAH) 3.


Program ini disertai oleh murid-murid yang berpotensi untuk memasuki kelas Aliran STEM di mana dapat menarik minat murid dalam bidang STEM seterusnya membudayakan STEM dalam kehidupan seharian. Selain itu, program ini mendedahkan murid berkaitan bidang kerjaya STEM. Tarikh: 21/08/2023 Masa: 0700 – 0500 Tempat: Dewan Komuniti Daerah Kota Marudu Sabah PROGRAM KEMBARA SAINS BORNEO Siri 1


PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2023 Tarikh: 24 – 26 mei 2023 SMK Kota Marudu Sabah telah menyertai Fiesta STEM dalam dua bahagian iaitu Pameran Pendidikan dan Kerjaya dan Bridge Building Competition (BBC) Peringkat Negeri Sabah. SMK Kota Marudu Sabah mendapat pengiktirafan anugerah GOLD dalam Pameran Pendidikan dan Kerjaya dan mendapat anugerah PERAK dalam Bridge Building Competition (BBC). Fiesta STEM ini dapat mencetus dan menimbulkan minat murid generasi baharu untuk mempelajari STEM melalui pendekatan pembelajaran berpusatkan murid, pembelajaran berasaskan projek, aktiviti pelbagai disiplin dan pembelajaran melalui inkuiri. 1.Pameran kerjaya dan Pendidikan – anugerah GOLD 2.Bridge building competition – anugerah PERAK Adreel Nicco Doison Aeron Mah Vui Jian Hattrick Rajius Chadryz De Avelz Guru Pengiring: Fransisca Chandra Voo dan Sabinus Marcus PROGRAM STEM FIESTA TAHUN 2023


Pertandingan ini merupakan satu platform dalam mengetengahkan serta mencungkil bakat, kreativiti dan memberi pendedahan kepada murid-murid tentang ilmu reka bentuk, teori-teori dalam kejuruteraan fizik (konsep asas pembinaan), dan memupuk minat murid dalam mata pelajaran sains serta reka bentuk dan teknologi. Pemenang bagi pertandingan ini telah mewakili sekolah ke Bridge Building Competition Peringkat Negeri Sabah tahun 2023. Tarikh: 22/05/2023 Masa: 0700 – 0430 Tempat: Makmal Sains SMK Kota Marudu PERTANDINGAN MEMBINA JAMBATAN DARI BATANG AISKRIM


Program SaMu dilaksanakan bagi membantu semua murid yang mengambil mata pelajaran Fizik untuk mendapat tahap penguasaan tertinggi (TP6) di samping memberi pendedahan kepada murid berkaitan ilmu fizik dan menggalakkan kreativiti serta percambahan minda dalam menghasilkan inovasi yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Pertandingan Roket Air Anjuran Panitia Fizik SMK Kota Marudu Sabah 04 ogos 2023 1.Tempat pertama : Kumpulan Barbie (4 Kritis) 2.Tempat Kedua : Kumpulan NASA (4 Kritis) 3.Tempat Ketiga : Kumpulan Triple T (5 Kritis) Program SaMu (Saintis Muda)


ANJURAN UBK DAN BIDANG SAINS MATEMATIK 06 JULAI 2023 Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid aliran STEM (A,B,C dan D) berkaitan dengan pengiraan markah merit aliran Sains yang akan memberi kesan kepada kepada muridmurid aliran STEM apabila melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Di samping itu, murid juga didedahkan keperluan setiap mata pelajaran elektif berbeza bagi setiap aliran bagi memberi bayangan kepada murid-murid bagi bidang kerjaya yang berkaitan. Taklimat ini dihadiri oleh murid kelas 4 kritis, 4 inovatif, 4 kreatif dan 4 dinamik. TAKLIMAT PENGIRAAN MARKAH MERIT ALIRAN SAINS TAHUN 2023


KILAUAN HEM


UNIT HEM SMK KOTA MARUDU


UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK KOTA MARUDU


Click to View FlipBook Version