The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lin_ikmsp, 2020-02-19 04:14:29

IMPAK BEBAN TUGAS BUKAN HAKIKI TERHADAP PRETASI KERJA TENAGA PENGAJAR IKM LUMUT

JOURNAL R&D

Impak Beban Tugas Bukan
Hakiki Terhadap Prestasi Kerja
Tenaga Pengajar IKM Lumut

Disediakan oleh:

Norliza binti Zainal
Syalila binti Mohd Arshad
Nur Hidayah binti Hamzah

Fatihah binti Naupa
Farah Ardina binti Ahmad Khair

September, 2019

1

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pengenalan
Pembangunan negara yang pesat dengan berlakunya pelbagai perubahan dalam

masyarakat bagi mempersiapkan diri untuk menuju ke arah abad ke-21 menjadikan tugas
seorang tenaga pengajar semakin hari semakin mencabar. FORUM Ekonomi Dunia
(World Economic Forum) telah mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara yang
mempunyai tahap persaingan lebih baik dalam bidang pendidikan dari 141 buah negara di
seluruh dunia pada tahun 2018. Berdasarkan laporan terbaharunya, Malaysia menduduki
tangga ke-19 lebih baik daripada negara maju seperti United Kingdom (UK) di tangga 20,
Perancis di tangga 26, dan Jepun di kedudukan ke 31 (Sinar Harian, 2019). Komitmen
dan tujahan oleh kerajaan Malaysia yang memberikan keutamaan kepada aspek
pendidikan, menjadikan kualiti pendidikan terus berada di landasan yang terbaik.
Menurut Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010), sistem pendidikan akan dapat mencapai
matlamat apabila guru-guru yang berkualiti dapat dihasilkan. Hal ini kerana pencapaian
pelajar yang cemerlang adalah bergantung dengan keberkesanan sistem pengajaran yang
diguna pakai oleh guru mereka (Adeyemi, 2010). Sehubungan dengan itu, guru adalah
aset yang sangat berharga dalam sistem pendidikan bagi mana-mana negara sekalipun.
Hal ini kerana, peranan guru adalah sangat penting demi memastikan pencapaian objektif
dalam proses persekolahan secara amnya serta proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
secara khususnya.

2

Menurut Saedah dan Mohammed Sani (2012), tanpa penglibatan dan sokongan
daripada kaum guru, segala perancangan pendidikan yang telah disediakan akan
terbengkalai begitu sahaja. Ololube (2006) mengatakan bahawa pencapaian matlamat
pendidikan dalam mana-mana masyarakat secara dasarnya berkait rapat dengan prestasi
kerja guru-guru dalam masyarakat itu. Sebagai input utama dalam kualiti pendidikan,
prestasi kerja guru telah digariskan secara meluas sebagai faktor kritikal yang
mempengaruhi kualiti pendidikan. Nadeem et al. (2011) pula mengatakan bahawa dalam
keseluruhan sistem pendidikan, prestasi kerja guru merupakan salah satu faktor
penyumbang dalam menentukan keberkesanan sekolah dan hasil pembelajaran.

1.1 Latar Belakang Kajian
Institut Kemahiran MARA (IKM) diwujudkan dengan tujuan untuk

melahirkan belia Bumiputera yang berkemahiran dalam pelbagai bidang teknikal
dan kemahiran bagi melayakkan mereka berkhidmat dalam sektor perdagangan,
perusahaan dan perindustrian di samping mewujudkan bakal-bakal usahawan.
Perlaksanaan latihan dijalankan dengan cara mengadakan kursus di dalam
pelbagai bidang yang dijalankan di IKM di seluruh negara. Tenaga pengajar di
IKM terbahagi kepada dua (2) bahagian iaitu bahagian pertama terdiri daripada
pensyarah Teknikal iaitu pegawai latihan vokasional yang memegang gred
penjawatan DV22, DV29/30, DV36, DV38, DV 40 dan DV41. Bahagian kedua
pula terdiri daripada pensyarah Pengajian Am iaitu pegawai perkhidmatan
pendidikan yang memegang gred penjawatan DG41, DG44, DG48, DG52 dan
DG54. Kesemua tenaga pengajar di IKM diberi tanggungjawab untuk
melaksanakan tugas-tugas hakiki sebagai seorang tenaga pengajar seperti:

3

i. Menyediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran semester (setiap
kursus).

ii. Menyediakan dokumen pengajaran & pembelajaran.
iii. Mengajar subjek teori.
iv. Mengajar subjek amali.
v. Menyediakan soalan ujian dan penilaian.
vi. Melaksanakan ujian dan penilaian.
vii. Membuat pemantauan dan penilaian latihan industri.
viii. Kerja-kerja yang diarahkan dari masa ke semasa.

Walaubagaimanapun tugas seorang tenaga pengajar bukan hanya
berdasarkan kepada tugas hakikinya seperti pengajaran dan perkhidmatan
professional, mereka juga dibebani dengan tugas-tugas sampingan yang menuntut
masa serta keringat mereka. Antara tugas-tugas bukan hakiki yang biasa
dilaksanakan oleh tenaga pengajar adalah:

i. Menghadiri mesyuarat yang tiada kaitan dengan PdP.
ii. Menghadiri kursus yang tiada kaitan dengan PdP.
iii. Menyediakan dokumen bagi setiap tugas sampingan.
iv. Menyandang jawatan ad-hoc untuk majlis tertentu.
v. Melaksanakan tugas-tugas pengkeranian (fotostat, pencetakan dll)

Kombinasi tugas kerja di atas didapati memberi bebanan yang tinggi dan
tekanan kerja kepada golongan tenaga pengajar. Prestasi kerja dan beban kerja
saling berhubung rapat antara satu sama lain. Dari sudut pandangan ergonomi,
setiap beban kerja diterima oleh seseorang harus sesuai atau seimbang terhadap

4

kemampuan fisik, kemampuan kognitif dan keterbatasan manusia yang menerima
beban tersebut (Ira Pracinasari, 2013). Menurut As’ad (1991), prestasi kerja
adalah suatu hasil yang dicapai oleh seseorang dalam mengerjakan tugas atau
pekerjaannya secara efisien dan efektif.

Di dalam memastikan kesungguhan sesebuah institusi pendidikan didapati
terdapat perkembangan positif terhadap kefahaman tentang kepentingan
meningkatkan prestasi kerja demi menjadikan visi dan misi institusi mampu
dicapai. Namun begitu di dalam proses ini ia sudah tentu melibatkan penambahan
tugas dan tanggungjawab. Justeru itu bagi memastikan agar kepuasan kerja dapat
dimaksimumkan, adalah wajar pihak pengurusan menilai secara berterusan dan
sistematik kesan daripada bebanan kerja terhadap prestasi kerja demi mencapai
kepuasan kerja.

1.2 Penyataan Masalah
Dalam keadaan masyarakat sedang mengalami proses pembangunan

yang kian pesat kini, golongan pendidik juga tidak dapat dikecualikan
daripada menghadapi pelbagai cabaran. Salah satu daripada cabaran yang
dihadapi oleh para pendidik ialah tenaga pengajar diberikan pelbagai jawatan
yang bukan sepatutnya dilakukan oleh seseorang tenaga pengajar. Selain itu,
tanggungjawab seseorang tenaga pengajar pada masa kini bukan sahaja
mengajar beberapa kursus yang tertentu tetapi seseorang tenaga pengajar juga
terpaksa memegang beberapa jawatan penting dalam sesuatu jawatankuasa
atau memegang sesuatu jawatan yang tiada kaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Berdasarkan portfolio jawatankuasa staf IKM Lumut

5

tahun 2019 yang telah dikeluarkan oleh pihak pengurusan menunjukkan
kesemua tenaga pengajar telah dipertanggungjawabkan untuk memegang
lebih dari dua (2) jawatan sampingan setiap seorang (Lampiran 1). Antara
jawatan-jawatan tersebut adalah Pengerusi/Penyelaras, Timbalan
Pengerusi/Penyelaras, Setiausaha, Bendahari dan Ahli Jawatankuasa bagi
portfolio-portfolio penting di IKM Lumut. Bagi tenaga pengajar Gred DG41
dan ke atas, mereka perlu memegang jawatan penting seperti
Pengerusi/Penyelaras dan Timbalan Pengerusi/Penyelaras. Keadaan menjadi
lebih sukar apabila tenaga pengajar gred DG 41 dan ke atas masih diberi
tanggungjawab untuk memegang jawatan Setiausaha atau Bendahari
walaupun telah memegang jawatan Pengerusi/Penyelaras atau Timbalan
Pengerusi/Penyelaras. Selain daripada itu, para tenaga pengajar juga terpaksa
membuat kerja-kerja perkeranian seperti mengisi borang, menaip surat dan
menyediakan minit mesyuarat. Kerja-kerja ini telah menyebabkan para tenaga
pengajar menghadapi tekanan yang amat besar dan ini akan menjejaskan
prestasi pengajaran seseorang tenaga pengajar. Jelaslah bahawa tenaga
pengajar pada era ini menghadapi pelbagai cabaran dalam memikul
tanggungjawab yang tidak berkaitan dengan pengajaran dalam kelas.

Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti sejauh
manakah impak beban kerja bukan hakiki terhadap prestasi tenaga pengajar
IKM Lumut.

6

1.3 Objektif Kajian
Berdasarkan daripada permasalahan yang telah dibincangkan di atas, beberapa
objektif yang ingin dicapai dalam menjalankan kajian ini adalah:

1.3.1 Objektif Umum
1) Mengenalpasti hubungan di antara impak beban tugas bukan
hakiki dengan prestasi kerja tenaga pengajar IKM lumut.

1.3.2 Objektif Khusus
1) Mengenalpasti tahap beban tugas bukan hakiki tenaga pengajar di
IKM Lumut.
2) Mengenalpasti tahap prestasi kerja tenaga pengajar di IKM Lumut.
3) Mengenalpasti beban tugas bukan hakiki yang memberi impak
terhadap prestasi tugas hakiki tenaga pengajar di IKM Lumut.
4) Mengenalpasti tahap rungutan ketidakpuasan hati yang sering
disuarakan oleh tenaga pengajar berkaitan aspek
pengurusan/pelaksanaan beban tugas bukan hakiki tenaga pengajar
di IKM Lumut.

1.4 Soalan Kajian
Dalam kajian ini, terdapat beberapa soalan kajian yang ingin dijawab. Soalan-
soalan kajian tersebut adalah seperti berikut:-

1) Apakah tahap beban tugas bukan hakiki tenaga pengajar di IKM Lumut?

7

2) Apakah tahap prestasi kerja tenaga pengajar di IKM Lumut?
3) Apakah beban tugas bukan hakiki yang memberi impak terhadap prestasi

tugas hakiki tenaga pengajar di IKM Lumut?
4) Apakah tahap rungutan ketidakpuasan hati yang sering disuarakan oleh

tenaga pengajar berkaitan aspek pengurusan/pelaksanaan beban tugas
bukan hakiki tenaga pengajar di IKM Lumut?

1.5 Kerangka Konseptual Kajian

PEMBOLEH UBAH BERSANDAR

Kemaskini Sedia Sedia Sedia soalan Dokumenkan
maklumat PdP penilaian
di dalam BCoS Rancangan Rancangan penilaian pelajar
dalam fail
Pembelajaran Mengajar mengikut sokongan

mengikut mengikut JSU

silibus terkini silibus terkini

PRESTASI KERJA TUGAS HAKIKI

PEMBOLEH UBAH TIDAK BERSANDAR

Hadir mesyuarat Hadir kursus Sedia Sandang Laksana
yang tiada kaitan tugas
dengan PdP yang tiada dokumen bagi jawatan ad- pengkeranian

kaitan dengan setiap tugas hoc untuk

PdP sampingan majlis

BEBAN TUGAS BUKAN HAKIKI

Rajah 1.1 Kerangka Konseptual Kajian

8

Kerangka konsep kajian yang telah dirangka untuk menjalankan kajian
ini seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1 di atas. Kerangka ini
merangkumi dua (2) komponen utama iaitu beban tugas bukan hakiki dan
prestasi kerja tugas hakiki. Terdapat lima (5) element pembolehubah tidak
bersandar yang dipraktikkan oleh tenaga pengajar IKM Lumut iaitu
menghadiri mesyuarat yang tiada kaitan dengan PdP, menghadiri kursus yang
tiada kaitan dengan PdP, menyediakan dokumen bagi setiap tugas sampingan,
menyandang jawatan ad-hoc untuk majlis dan melaksanakan tugas-tugas
pengkeranian. Manakala pemboleh ubah bersandar pula memberi fokus
kepada lima atribut prestasi kerja bukan hakiki di kalangan tenaga pengajar
IKM Lumut iaitu mengemaskini maklumat PdP di dalam BCoS, menyedia
Rancangan Pembelajaran mengikut silibus terkini, menyedia Rancangan
Mengajar mengikut silibus terkini, memyedia soalan penilaian mengikut JSU
dan mendokumenkan penilaian pelajar dalam fail sokongan. Kerangka
konseptual kajian turut menjelaskan bagaimana hubungan di antara beban
kerja bukan hakiki dan prestasi kerja tenaga pengajar IKM Lumut.

9

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.0 Pengenalan

Bab ini memfokuskan perbincangan aspek-aspek yang berkaitan dengan
kajian berdasarkan literatur yang telah dijalankan. Perbincangan meliputi aspek
profesion tenaga pengajar, beban tugas akademik dan bukan akademik tenaga
pengajar, prestasi kerja dan hubungan positif di antara prestasi kerja dan beban tugas
berdasarkan laporan dapatan-dapatan daripada kajian-kajian sama di dalam atau di
luar negeri.

2.1 Profesion Tenaga Pengajar

Di dalam sistem pendidikan di mana-mana negara sekalipun, peranan
tenaga pengajar adalah penting. Hal ini kerana, peranan tenaga pengajar
adalah untuk memastikan pencapaian objektif dalam proses persekolahan
secara amnya serta proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) secara
khususnya tercapai. Pernyataan ini disokong oleh Esah Sulaiman (2003) yang
menyatakan pengajar bertindak sebagai pengurus pembelajaran, perlu
merancang pengetahuan, kemahiran dan nilai yang hendak diajar setiap hari
dan proses ini penting untuk memastikan nilai ilmu yang ingin disampaikan

10

tenaga pengajar kepada pelajar mempunyai nilai kualiti yang tinggi melalui
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang inklusif dan berimpak tinggi.

Profesion sebagai tenaga pengajar atau guru secara amnya
mengharuskan tenaga pengajar atau guru-guru memberikan sepenuh perhatian
mereka dalam mendidik dan mencurahkan ilmu. Tetapi kini, tenaga pengajar
tidak hanya perlu fokus dalam bidang akademik tetapi juga perlu melakukan
tugas di luar bidang akademik. Pernyataan ini disokong oleh Norashid dan
Hamzah (2014) di mana, dalam kajian mereka juga turut membahagikan
beban tugas tenaga pengajar kepada dua bahagian, iaitu beban tugas yang
bersifat akademik serta beban tugas bukan akademik.

2.2 Beban Tugas Akademik
Secara zahirnya, beban tugas guru yang bersifat akademik adalah

meliputi tiga bahagian, iaitu mengajar, memberi tugasan kepada para pelajar
dan juga mengendalikan ujian atau peperiksaan (Norashid, 2014). Manakala,
Shah (2017) menyatakan beban tugas akademik tenaga pengajar berkaitan
dengan tugas-tugas hakiki mereka iaitu menyediakan rancangan pengajaran
harian (RPH), menjalankan aktiviti pembelajaran dan pengajaran (P&P)
didalam dan diluar kelas, menulis refleksi kendiri selepas selesai pembelajaran
dan pengajaran.

11

2.3 Beban Tugas Bukan Akademik

Berbeza pula dengan beban tugas bukan akademik yang merujuk
kepada tugas-tugas yang berkaitan dengan pengurusan pentadbiran,
pengurusan kokurikulum dan hal ehwal murid. Kajian daripada Azizi
Yahaya et al. (2010) didalam kajian mereka dinyatakan, tenaga pengajar di
berikan beban kerja yang tidak disukai mereka. Di setiap beban tugas yang
diserahkan pihak pentadbir kepada orang bawahan atau tenaga pengajar,
pentadbir perlu memberi penghargaan sebagai dorongan dan menunjukkan
keyakinan bahawa tenaga pengajar mampu melakukannya walaupun tenaga
pengajar tersebut tidak pernah melakukan tugas itu sebelumnya seperti
melakukan kerja perkeranian.

Siti Rodziah Kadir (1982) membuat kajian tentang persepsi tenaga
pengajar yang mengajar di Sekolah Rendah di Selangor dan Negeri Sembilan
dan menyatakan, tenaga pengajar mengalami masalah kerana beban tugas
yang berat, saiz kelas yang besar, kekurangan peralatan, kekurangan persiapan
mengajar kerana kursus yang diikuti tidak mencukupi, dan kerja perkeranian
yang perlu dibuat atas arahan pihak pentadbir. Kerja perkeranian merupakan
beban kerja bukan akademik yang membebankan tenaga pengajar dan
membuatkan tenaga pengajar keletihan, mengurangkan komitmen dan masa
mengajar di kelas serta membuatkan fikiran tenaga pengajar tidak tenteram
kerana masanya sentiasa terganggu.

12

2.4 Prestasi Kerja

Prestasi kerja merujuk kepada tanggungjawab dan tugas yang perlu
dilakukan oleh seseorang sebagai tugasan individu (Dzulizzi, 2011). Manakala
Phalestie (2007) mengemukakan bahawa prestasi merupakan tingkat
penghasilan yang dicapai seseorang untuk mengetahui sejauh mana seseorang
mencapai prestasi yang diukur atau dinilai. Ini adalah selari dengan pendapat
oleh Hardani Widhiastuti (2002) yang menyatakan bahawa prestasi adalah
suatu hasil yang dicapai seseorang setelah ia melakukan suatu kegiatan.
Bernadin (1993) mendefinisikan prestasi adalah: “Work Performance is
defined as the record of outcomes produced in a specified job function or
activity produced in a specified time period “, yakni jumlah keluaran yang
dihasilkan pada fungsi pekerjaan tertentu atau keluaran aktiviti dalam jangka
tertentu. Sedangkan Simamora (1997) mengemukakan bahawa “prestasi
merupakan kemampuan individu dalam menyelesaikan pekerjaan sesuai
dengan kuantiti dan kualiti yang telah ditentukan, pada tahap pekerjaan
tertentu”.

2.5 Hubungan Positif Di Antara Prestasi Kerja Dan Beban Tugas

Di dalam kajian Amjad Ali Chaudhry, Muhammad Imran Malik, &
Iqbal Ahmad (2011), dinyatakan bahawa terdapat hubungan yang positif di
antara prestasi kerja dengan bebanan tugas. Mereka berpendapat bahawa
beban tugas berlebihan yang diberi kepada pekerja dapat meningkatkan
pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman yang lebih untuk pekerja seterusnya
meningkatkan prestasi organisasi. Pendapat ini tidak sehaluan dengan Gahlann

13

(2014), yang menyatakan bahawa bebanan tugas berlebihan yang diberikan
kepada pekerja akan menyebabkan pekerja tidak berpuas hati terhadap
organisasi dan seterusnya akan menjejaskan prestasi pekerja. Zhou dan George
(2001) menyokong pernyataan ini dan mereka berpendapat bahawa prestasi
pekerja akan menurun jika pekerja tidak berpuas hati dengan kerja yang
diberikan. Dapatan kajian oleh Gahlan (2014) dan Zhou, George (2001)
disokong oleh Norashid (2014) yang menyatakan beban tugas tenaga pengajar
sama ada beban tugas akademik, beban tugas bukan akademik atau beban
tugas secara keseluruhannya mempunyai hubungan atau impak yang negatif
dengan motivasi dan prestasi pengajaran mereka. Di sini dapat dirumuskan
bahawa semakin tinggi atau banyak beban tugas tenaga pengajar semakin
rendah atau kurang tahap motivasi dan seterusnya akan berimpak kepada
penurunan prestasi pengajaran mereka di dalam kelas.

14

BAB 3

METODOLOGI

3.0 Pengenalan
Bab ini membincangkan metodologi yang digunakan oleh penyelidik dalam

melaksanakan kajian ini. Ia bertujuan memberi penjelasan bagaimana kajian ini
dijalankan, data-data diperolehi dan dianalisis bagi mendapat maklumat yang tepat.
Perkara-perkara yang disentuh dalam bab ini adalah responden kajian, tempat dan
lokasi kajian, pembolehubah, instrument kajian, prosedur pengumpulan dan
penganalisaan data. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif di
mana maklumat dikumpulkan melalui instrumen soal selidik untuk mendapatkan
maklumat yang diperlukan bagi menjawab soalan–soalan kaji selidik yang telah
dikemukakan.

3.1 Populasi dan Persampelan Kajian
Kumpulan sasaran yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 112

orang pengajar Teknikal dan 29 orang pengajar Pengajian Am di IKM Lumut
bagi sesi Julai – Disember 2019. Keseluruhannya sebanyak 141 borang soal
selidik telah diedarkan kepada Jabatan Pengajian Am (6 unit) dan 14 program
yang terdapat di IKM Lumut. Kesemua pengajar dari unit-unit dalam
Pengajian Am dan program-program telah dipilih untuk menyertai kajian ini.
Program dan unit tersebut adalah:

15

i. Diploma Kompentasi Automotif (DGA)
ii. Diploma Kompentasi Elektrik (DCS)
iii. Diploma Kompentasi Kimpalan (ITW)
iv. Sijil Teknologi Kejuruteraan Komputer (SKM)
v. Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Lukisan Rekabentuk) (SLR)
vi. Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan (SPN)
vii. Sijil Teknologi Kejuruteraan Bangunan (SBN)
viii. Sijil Senibina (SSB)
ix. Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik Kuasa (SEP)
x. Sijil Teknologi Baikpulih Badan Kenderaan (STB)
xi. Sijil Teknologi Bekalan Air dan Pembentungan (STP)
xii. Sijil Teknologi Rekabentuk dan Pembuatan Perabot (STR)
xiii. Sijil Teknologi Upholsteri (STU)
xiv. Sijil Teknologi Foundri (STF)
xv. Jabatan Pengajian AM

- Unit Matematik
- Unit Usahawan
- Unit Pendidikan Islam
- Unit Pengajian Malaysia
- Unit Komputer
- Unit Bahasa Inggeris

16

3.2 Instrumen Kajian
Instrumen yang telah digunakan untuk mengumpul data bagi kajian ini

adalah soal selidik antara pengajar bagi memenuhi kehendak soalan kajian 1, 2
dan 3 serta disokong oleh temubual dengan enam orang pengajar yang terdiri
daripada empat orang pengajar teknikal dan dua orang pengajar pengajian am
bagi memenuhi kehendak soalan kajian 4.

3.2.1 Soal Selidik
Dalam kajian ini penyelidik menggunakan satu set soalan soal

selidik untuk diedarkan kepada pengajar. Set soalan tersebut terdiri
daripada 3 bahagian iaitu bahagian A, B, dan C (Lampiran 2).
Bahagian A merangkumi maklumat demografi seperti umur, kelayakan
akademik, tempoh perkhidmatan di IKM dan juga bidang masing-
masing. Bahagian B mengemukakan soalan berkaitan tahap beban
tugas bukan hakiki tenaga pengajar IKM Lumut manakala bahagian C
berkaitan dengan tahap prestasi tugas hakiki tenaga pengajar IKM
Lumut.

Bentuk soalan tertutup digunakan dalam kajian ini untuk
memudahkan proses analisa disamping memudahkan responden untuk
memberikan jawapan kerana mereka hanya perlu menanda pilihan
jawapan yang disenaraikan. Soalan berbentuk skala Likert 4 mata
mengikut skala 1 = tidak setuju, 2 = kurang setuju, 3 = setuju dan 4 =

17

sangat setuju digunakan untuk menjawab soalan dalam bahagian A, B
dan C.

Respon dan data daripada borang soal selidik telah dianalisis
menggunakan perisian Statistical Package for Sosial Science (SPSS)
untuk mendapatkan keputusan daripada soalan yang diajukan dalam
borang soal selidik tersebut. Perisian ini digunakan kerana ia
memberikan keputusan analisa yang tepat dan boleh menjimatkan
masa. Analisis deskriptif digunakan untuk mendapatkan min dan
sisihan piawai (SP) untuk menganalisis data yang diperolehi.
Keputusan yang diperolehi dibentangkan dalam bentuk jadual supaya
mudah difahami.

Penyelidik mengkategorikan maklumat yang dianalisis kepada
tiga bahagian iaitu bahagian B1 hingga B5 respon mengenai tahap
beban tugas bukan hakiki tenaga pengajar IKM Lumut dan bahagian
C1 hingga C5 mengenai tahap prestasi tugas hakiki tenaga pengajar
IKM Lumut.

3.2.2 Kaedah Temu bual
Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan temu bual separa

berstruktur yang bersifat lebih fleksibel supaya membolehkan
responden menghuraikan pendapat dan jawapan mereka kepada
penyelidik. Temu bual dengan enam pengajar teknikal dan pengajar

18

pengajian am di IKM Lumut yang dipilih secara rawak telah dijalankan
untuk mendapatkan maklumat secara terus mengenai masalah yang
dihadapi dan cadangan penambahbaikan dalam mengenalpasti tahap
bebanan bukan hakiki yang dihadapi oleh tenaga pengajar di IKM
Lumut. Kaedah ini membolehkan penyelidik mengulas dengan lebih
terperinci apabila terdapat kekaburan dalam sesuatu soalan.

Penyelidik terlebih dahulu menyediakan dua soalan untuk
dikemukakan kepada tenaga pengajar yang terlibat (Lampiran 3).
Penyediaan awal soalan adalah bertujuan supaya responden dapat
menjawab soalan tersebut dan penyelidik boleh memperolehi
maklumat sebanyak mungkin seperti yang dikehendaki untuk
melengkapkan kajian. Respon temu bual bersama pengajar yang
terlibat telah ditranskrip dan dianalisa.

3.3 Prosedur Pengumpulan Data
Borang soal selidik diedarkan kepada setiap pengajar melalui

Penyelaras Program dan Ketua Unit masing-masing. Responden diberi masa
selama seminggu untuk menjawab borang soal selidik yang diedarkan. Selepas
seminggu borang dikutip semula untuk dibuat analisa. Kadar pemulangan
kertas soal selidik adalah 116 iaitu (82.26%).

19

3.4 Analisis Data
Data soal selidik dianalisis dengan menggunakan Statistical Package

for Sosial Science (SPSS). Soal selidik dianalisis menggunakan statistik
deskriptif. Dapatan analisa dipaparkan dalam bentuk jadual yang
menunjukkan kekerapan, min dan peratusan. Daripada data yang diperolehi,
keputusan kajian dibincangkan berpandukan objektif dan persoalan kajian.
Kaedah deskriptif yang menunjukkan kekerapan, min dan peratusan telah
digunakan untuk mengukur tahap beban tugas bukan hakiki tenaga pengajar
dan tahap prestasi tugas hakiki tenaga pengajar di IKM Lumut.

1. Analisis bagi persoalan kajian tiga digunakan bagi mengenalpasti
tahap beban tugas bukan hakiki yang memberi impak terhadap prestasi
tugas hakiki tenaga pengajar di IKM Lumut.
a) Analisis Data
Dengan menggunakan program SPSS (Statistical Package for
Social Science) versi 20.0, data dianalisis melalui ujian korelasi
Pearson, r (Pearson Correlation ).
Aras Keertian (critical value) = 0.05 (95%)

20

BAB 4

ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.0 Pengenalan
Bab ini membincangkan kaedah penyelidikan yang digunakan dalam kajian untuk

mengumpul data dan maklumat bagi mencapai objektif kajian. Semua keputusan dan data
kajian akan dibincangkan dengan lebih lanjut dan terperinci. Segala bentuk dapatan kajian ini
adalah berdasarkan kepada maklumbalas yang diperolehi daripada pengedaran soal selidik
yang telah dilakukan oleh penyelidik. Data-data yang diperolehi akan dimasukkan ke dalam
satu sistem pemprosesan data yang dikenali sebagai Statistical Package for Social Science
(SPSS) versi 20.0. Setiap data yang diperolehi dimasukkan dan akan dianalisis oleh
penyelidik berkaitan dengan dapatan kajian yang sekaligus akan memberikan keputusan dan
kesimpulan bagi kajian yang dijalankan ini. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga
bahagian seperti berikut:

Bahagian 1: Analisis maklumat responden iaitu jantina, umur, kelayakan akademik,
gred jawatan dan tempoh perkhidmatan di IKM/KKTM.

Bahagian 2: Analisis kebolehpercayaan instrumen soal selidik.

Bahagian 3 : Analisis ujian item faktor pembolehubah (bersandar dan tidak
bersandar)

Bahagian 3: Huraian temubual tenaga pengajar IKM Lumut
21

4.1 Taburan Frekunsi (Latarbelakang Responden Kajian)

Perkara-perkara yang berkaitan dengan latarbelakang responden dalam kajian
ini adalah jantina, umur, kelayakan akdemik, gred jawatan dan tempoh
perkhidmatan di IKM/KKTM.

4.1.1 Jantina Responden
Jadual dan rajah 4.1 menunjukkan 59.5% iaitu seramai 69

daripada responden dalam kajian ini adalah lelaki manakala seramai 47
responden atau 47% adalah perempuan.

Jadual 4.1 Jantina Responden

Frequency Percent

Lelaki 69 59.5

Valid

Perempuan 47 40.5

Total 116 100.0

4.1.2 Umur Responden

Manakala jadual dan rajah 4.2 pula memaparkan bahawa

kebanyakan responden dalam kajian ini adalah berumur di

antara 41 hingga 50 tahun, iaitu seramai 53 responden (45.7%),

34.5% atau 40 responden berumur dalam lingkungan 31 hingga 40

tahun, 18.1% iaitu seramai 21 responden berumur 51 tahun ke atas

dan hanya seramai dua responden (1.7%) sahaja yang berumur di

antara 21 hingga 30 tahun.

22

Jadual 4.2 Umur Responden

Frequency Percent

21 hingga 30 2 1.7

31 hingga 40 40 34.5

Valid

41 hingga 50 53 45.7

51 ke atas 21 18.1

Total 116 100.0

4.1.3 Kelayakan Akademik Responden

Berdasarkan jadual dan rajah 4.3 ianya menunjukkan bilangan
responden tertinggi adalah berkelulusan diploma iaitu seramai 57 responden
bersamaan dengan 49.1%. Seterusnya diikuti dengan responden yang
berkelulusan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) seramai 27 responden (23.3%),
manakala bagi yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda adalah seramai 19
responden (16.4%) dan hanya segelintir sahaja responden yang berkelulusan
Ijazah Sarjana iaitu hanya seramai 13 responden (11.2%).

Jadual 4.3 Kelayakan Akademik Responden

Valid SKM Frequency Percent
Diploma 27 23.3
Ijazah Sarjana Muda 57 49.1
Ijazah Sarjana 19 16.4
13 11.2

Total 116 100.0

23

4.1.4 Gred Jawatan Responden

Faktor demografik seterusnya yang dikaji dalam kajian ini
adalah gred jawatan responden di mana sebilangan besar responden
yang terlibat adalah gred DV29/30/36/38 iaitu seramai 89 responden
yang bersamaan dengan 76.7%, ianya diikuti dengan responden dari
gred jawatan DG41/44/48 iaitu seramai 21 responden (18.1%) dan
hanya segelintir sahaja responden yang bergred DV40/41/42 iaitu
hanya seramai enam (6) responden atau 5.2% sahaja.

Jadual 4.4 Gred Jawatan Responden

Valid DV29/30/36/38 Frequency Percent
DV40/41/42 89 76.7
DG41/44/48
6 5.2

21 18.1

Total 116 100.0

4.1.5 Tempoh Perkhidmatan Responden di IKM/KKTM

Penyelidik juga memasukkan tempoh perkhidmatan responden
di IKM/KKTM sebagai faktor demografik. Merujuk kepada jadual dan
rajah 4.5 ianya menunjukkan bahawa sebilangan besar responden yang
terlibat dalam kajian ini telah berkhidmat lebih dari 11 tahun iaitu
seramai 100 responden atau 86.2%, manakala selebihnya telah
berkhidmat di IKM/KKTM antara 6 hingga 10 tahun adalah seramai 10
responden (8.6%) dan hanya enam (6) responden sahaja yang
berkhidmat anda setahun hingga 5 tahun.

24

Jadual 4.5 Tempoh Perkhidmatan Responden di IKM/KKTM

1 hingga 5 tahun Frequency Percent
Valid 6 hingga 10 tahun 6 5.2

11 tahun ke atas 10 8.6

100 86.2

Total 116 100.0

4.2 Kebolehpercayaan Instrumen Soal Selidik
Salah satu ciri soal selidik yang baik adalah boleh dipercayai.

kebolehpercayaan (reliability) bermaksud kebolehan sesuatu alat ukur atau
instrumen kajian menghasilkan keputusan yang tekal atau konsisten setiap kali
pengukuran dibuat. Menurut McMillan dan Schumacher (2006) tahap
kebolehpercayaan sesuatu alat kajian boleh dianggarkan menggunakan lima
kaedah iaitu menentukan kestabilan (stability), menentukan kesamaan
(equivalence), menentukan kestabilan dan kesamaan (stability and
equivalance), menentukan ketekalan dalaman (internal consistency) dan
menentukan darjah persetujuan (agreement).

Dalam perisian SPSS, kaedah ini boleh ditentukan dengan melihat nilai
koofesien Alpha Cronbach (McMillan dan Schumacher, 2006). Jika alat kajian
benar-benar boleh dipercayai, nilai koofisien (r) seharus 1.00 (Gay, 1996).
Namun sukar untuk mendapatkan alat kajian yang boleh dipercayai 100
peratus. Oleh itu, bagi kajian yang mengukur bilangan sampel kecil atau
perbezaan antara subjek kajian adalah kecil, maka penyelidik digalakkan

25

menggunakan alat kajian dengan koofesien yang besar iaitu nilai r>0.85. Bagi
kajian yang akan mengukur jumlah sampel yang besar atau perbezaan antara
subjek kajian besar, maka boleh digunakan alat kajian dengan koofesien yang
agak rendah iaitu nilai r>0.60 (Cates, 1990). Menurut McMillan dan
Schumacher (2006) pula, nilai kooefesien antara 0.7 hingga 0.8 sudah boleh
dianggap sebagai mempunyai kebolehpercayaan yang agak tinggi.

Jadual 4.6 di bawah menunjukkan indeks kebolehpercayaan bagi setiap
faktor yang digunakan dalam kajian ini. Daripada hasil ini, didapati pekali
Alpha Cronbach keseluruhan soal selidik bagi faktor analisis tahap beban
tugas bukan hakiki tenaga pengajar di IKM Lumut ialah r=0.850. Secara
keseluruhan, nilai pekali kebolehpercayaan ini adalah mencukupi dan ini
menunjukkan responden dapat memahami kehendak item yang dinyatakan.
Bagi faktor analisis tahap prestasi tugas hakiki tenaga pengajar di IKM Lumut
menunjukkan pekali Alpha Cronbach adalah 0.917. Nilai pekali ini
menunjukkan bahawa setiap item yang digunakan dalam soalan selidik
berkenaan merupakan item yang baik dan ianya mudah difahami oleh setiap
responden terpilih dalam menjawab soalan selidik berkenaan.

26

Jadual 4.6 Analisis Kebolehpercayaan - Alpha Cronbach

Faktor Bilangan Item Nilai
Kebolehpercayaan

Analisis Tahap Beban 5 .850
Tugas Bukan Hakiki
Tenaga Pengajar di
IKM Lumut

Analisis Tahap 5 .917
Prestasi Tugas Hakiki
Tenaga Pengajar di
IKM Lumut

4.3 Persoalan Kajian Pertama

Dalam bahagian ini, penyelidik telah mengutarakan lima pernyataan
kepada responden berkenaan antara beban-beban tugas bukan hakiki yang
perlu ditanggung oleh tenaga pengajar di IKM Lumut. Dapatan dapat
dirumuskan sebagaimana yang terdapat dalam jadual 4.7 di bawah.

Jadual 4.7 Tahap Beban Tugas Bukan Hakiki Tenaga Pengajar di IKM Lumut

1. Menghadiri mesyuarat N Mean Persepsi
yang tiada kaitan dengan 116 2.78
PdP. Positif
(Sederhana)

2. Menghadiri kursus yang 116 Positif
tiada kaitan dengan PdP. 2.58 (Sederhana)

3. Menyediakan dokumen 116 2.80 Positif
bagi setiap tugas
(Sederhana)
sampingan.

27

4. Menyandang jawatan ad- 116 2.59 Positif
hoc untuk majlis tertentu. 116 (Sederhana)

5. Melaksanakan tugas-tugas 2.53 Positif
pengkeranian (fotostat, (Sederhana)
pencetakan dll)

Jadual 4.7 di atas menunjukkan keputusan analisis tentang beban tugas
bukan hakiki yang dipegang oleh tenaga pengajar di IKM Lumut. Nilai min
bagi item satu, dua, empat dan lima di mana ianya menunjukkan persepsi
yang sederhana positif dengan nilai min di antara 2.50 hingga 2.80 di mana
hanya sebilangan tenaga pengajar sahaja yang menghadiri mesyuarat yang
tidak mempunyai kaitan dengan pdp. Terdapat segelintir juga yang perlu
menghadiri kursus yang bukan melibatkan PdP, menyandang jawatan ad-hoc
bagi sesuatu majlis serta melaksanakan tugas-tugas perkeranian. Hanya
sebilangan kecil sahaja yang terlibat dalam tugas-tugas bukan hakiki yang di
luar bidang hakiki seseorang pengajar itu, yang sedikit sebanyak mengganggu
gugat perjalanan sesi pembelajaran dan pengajaran tersebut.

4.4 Persoalan Kajian Kedua

Dalam menganalisis tahap prestasi tugas hakiki tenaga pengajar di
IKM Lumut, penyelidik telah menyediakan lima item yang menyentuh
tentang bagaimana tugas hakiki seorang pengajar mampu meningkatkan
prestasi kerja mereka. Dapatan kajian telah dirumuskan dalam jadual 4.8 di
bawah.

28

Jadual 4.8 di bawah menunjukkan bahawa setiap item yang diutarakan
mendapat persetujuan dari responden kerana mereka sememangnya
melakukan kerja-kerja hakiki berkenaan.

Jadual 4.8 Tahap Prestasi Tugas Hakiki Tenaga Pengajar di IKM Lumut

1. Mengemaskini maklumat N Mean Perspesi
PdP di dalam sistem BCoS. 116 3.45 Positif

2. Menyediakan Rancangan

Pembelajaran (RP) 116 3.71 Positif
mengikut silibus terkini.

3. Menyediakan Rancangan

Mengajar (RM) mengikut 116 3.66 Positif

RP terkini.

4. Menyediakan soalan

penilaian pelajar (kuiz,

ujian, tugasan dll)

mengikut Jadual 116 3.69 Positif

Spesifikasi Ujian (JSU)

terkini.

5. Mendokumenkan

penilaian pelajar (kuiz, 116 3.66 Positif
ujian, tugasan dll) dalam

fail sokongan kursus.

Dengan nilai min bagi setiap item melebihi 3.00 menunjukkan persepsi yang
positif di mana setiap pengajar tidak merasa terbeban dengan tugas bukan
hakiki yang diberi oleh pihak pengurusan dan tugas – tugas sampingan
tersebut tidak menjejaskan prestasi kerja hakiki mereka. Antara tugas hakiki
yang biasa dilaksanakan oleh seorang tenaga pengajar adalah seperti
mengemaskini maklumat PdP seperti Rancangan Pembelajaran (RP) dan
Rancangan Mengajar (RM) di dalam sistem BCoS, serta maklumat lain.

29

Selain itu, seorang tenaga pengajar perlu menyiapkan soalan penilaian pelajar
seperti kuiz, ujian, tugasan dan lain-lain. Setelah segala penilaian dilakukan,
pengajar perlu mendokumenkan penilaian pelajar dalam satu bentuk
simpanan yang selamat.

4.5 Persoalan Kajian Ketiga

Dalam menganalisis hubungan di antara beban tugas bukan hakiki
yang memberi impak terhadap prestasi tugas hakiki tenaga pengajar di IKM
Lumut, penyelidik telah menggunakan data analisa korelasi yang mengkaji
hubungan di antara pembolehubah tidak bersandar dan pembolehubah
bersandar. Penyelidik telah merumuskan dapatan kajian di dalam jadual 4.9 di
bawah.

Jadual 4.9 Analisis Korelasi di antara Tahap Beban Tugas Bukan Hakiki
dengan Prestasi Tugas Hakiki Tenaga Pengajar di IKM Lumut

Tugas Bukan Prestasi Tugas

Hakiki Hakiki

Pearson Correlation 1 .042
Tugas Bukan Hakiki Sig. (2-tailed) .652

N 116 116

Prestasi Tugas Pearson Correlation .042 1
Hakiki Sig. (2-tailed) .652
N 116 116

Berdasarkan jadual 4.9 di atas, ianya menunjukkan bahawa dapatan
kajian berkaitan dengan hubungan di antara pembolehubah tidak bersandar

30

dengan pembolehubah bersandar dalam kajian ini. Dapatan kajian dalam
jadual di atas menunjukkan bahawa nilai pekali Pearson, r = 0.042 dan nilai
Sig = 0.652. Oleh kerana nilai sig ini lebih besar dari 0.05, maka penyelidik
merumuskan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara beban
tugas bukan hakiki dengan prestasi tugas hakiki tenaga pengajar di IKM
Lumut. Ianya dapat dirumuskan bahawa tidak terdapat hubungan yang
signifikan kerana kebanyakan jawatan tertinggi seperti Penyelaras, Timbalan
Penyelaras, Setiausaha dan Timbalan Setiausaha disandang oleh tenaga
pengajar pengajian am yang bergred 41 dan ke atas. Hanya sebilangan kecil
responden sahaja yang terdiri daripada tenaga pengajar pengajian am iaitu
seramai 27 responden iaitu 23.28% sahaja.

4.6 Persoalan Kajian Keempat

Oleh kerana pandangan dan rungutan yang diterima oleh responden
adalah berbeza, maka kaedah temubual merupakan satu kaedah yang boleh
dilakukan dalam mengenalpasti ketidakpuasan hati tenaga pengajar dalam
pengurusan/perlaksanaan beban tugas bukan hakiki ini. Temubual ini adalah
bertujuan untuk mendapatkan persepsi mereka terhadap
pengurusan/perlaksanaan beban tugas bukan hakiki ini. Menurut Cannell dan
Kahn (2005), kaedah temubual adalah lebih sesuai bagi mendapatkan data
yang mendalam berbanding kaedah soal selidik. Melalui kaedah ini, maklumat
yang berkaitan dapat diperolehi daripada pihak yang berautoriti dan
bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan tersebut.

31

Dalam kajian ini, penyelidik telah memilih seramai enam responden
yang terdiri daripada lima jabatan yang terdapat di IKM Lumut secara rawak.
Keenam-enam responden diajukan soalan yang sama dalam mengenalpasti
ketidakpuasan mereka terhadap pengurusan/perlaksanaan beban tugas bukan
hakiki ini. Daripada enam responden yang terlibat, dua daripadanya
merupakan tenaga pengajar pengajian am yang sememangnya terlibat secara
langsung dengan beban bukan hakiki yang sedikit sebanyak mengganggu
tugas hakiki mereka sebagai seorang pengajar. Ini kerana mereka memegang
jawatan yang tinggi dalam sesuatu jawatankuasa di IKM Lumut iaitu sebagai
Penyelaras dan Setiausaha. Manakala empat responden yang lain tidak
memberi sebarang rungutan ketidakpuasan hati dengan beban tugas bukan
hakiki kerana mereka hanya memegang jawatan yang kecil dan tidak terlibat
langsung dalam apa-apa jawatan ad-hoc bagi sesuatu majlis.

32

Jadual 4.10 Analisis Temubual Berkaitan Ketidakpuasan Hati Berkaitan Aspek
Pengurusan/Perlaksanaan Beban Tugas Bukan Hakiki Oleh Tenaga Pengajar Di
IKM Lumut

Responden Jabatan Bil Jawapan
Responden 1
Jabatan Pengajian Am 1. Apakah jawatan tertinggi yang
disandang? – Setiausaha

2. Apa yang perlu anda lakukan
dengan jawatan tertinggi anda?
– Menyiapkan segala dokumen
seperti surat jemputan
mesyuarat, minit mesyuarat dan
lain-lain.

3. Apakah masalah yang dihadapi
apabila menyandang jawatan
tersebut?
– Antara masalah yang saya
hadapi adalah lambakan kerja-
kerja seperti menyiapkan minit
mesyuarat, menyediakan surat-
surat jemputan yang perlu
disiapkan dalam tempoh yang
ditetapkan. Ini bertindih dengan
tugas hakiki saya sebagai
seorang pengajar yang
menuntut saya menyediakan
dokumen sebelum memulakan
proses pdp.

33

Responden 2 Jabatan Pengajian Am 1. Apakah jawatan tertinggi yang
Responden 3
Jabatan Automotif & disandang? Penyelaras
Mekanikal
34 2. Apa yang perlu anda lakukan

dengan jawatan tertinggi anda? -

- Merangka dan menyelaras

aktiviti tahunan, menyediakan

dokumen penting, berurusan

dengan pihak pengurusan

berkenaan budget dan

kewangan.

3. Apakah masalah yang dihadapi

apabila menyandang jawatan

tersebut?

- Saya menghadapi masalah

apabila berurusan dengan

pengajar lelaki serta kurang

mendapat kerjasama dari

mereka. Pada pendapat saya

terdapat beberapa

jawatankuasa yang sepatutnya

dipegang oleh pengajar lelaki

seperti Jawatankuasa Minggu

Aktiviti dan Minggu

Silaturrahim.

1. Apakah jawatan tertinggi yang

disandang? Tiada, hanya

jawatan kecil.

2. Apa yang perlu anda lakukan

dengan jawatan tertinggi anda?

Hanya memegang jawatan kecil

yang tidak membebankan tugas

hakiki sebagai pengajar.

3. Apakah masalah yang dihadapi

apabila menyandang jawatan

tersebut?
- Saya tidak menghadapi kerana
hanya memegang jawatan kecil
sahaja.

Responden 4 Jabatan Awam, Alam Bina & 1. Apakah jawatan tertinggi yang
Seni Rekabentuk disandang? Tiada

2. Apa yang perlu anda lakukan
dengan jawatan tertinggi anda?
Tidak membebankan tugas
hakiki sebagai pengajar dan
sangat jarang dilantik bagi
jawatan ad-hoc dalam sesuatu
majlis.

3. Apakah masalah yang dihadapi
apabila menyandang jawatan
tersebut?
- Saya tiada masalah.

Responden 5 Jabatan Automotif & 1. Apakah jawatan tertinggi yang
Mekanikal disandang? Tiada

2. Apa yang perlu anda lakukan
dengan jawatan tertinggi anda?
Hanya memegang jawatan kecil
yang tidak membebankan tugas
hakiki sebagai pengajar.

3. Apakah masalah yang dihadapi
apabila menyandang jawatan
tersebut?
- Tiada masalah

Responden 6 Jabatan Elektrik & 1. Apakah jawatan tertinggi yang
Elektronik disandang? AJK biasa.

35

2. Apa yang perlu anda lakukan
dengan jawatan tertinggi anda?
Hanya memegang AJK biasa
yang tidak membebankan tugas
hakiki sebagai pengajar.

3. Apakah masalah yang dihadapi
apabila menyandang jawatan
tersebut?
- Saya tidak berhadapan dengan
apa-apa masalah.

36

BAB 5

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.0 Pengenalan

Bab ini membentangkan hasil penemuan kajian yang telah dilaporkan dan
kesesuaiannya menjawab soalan-soalan kajian yang telah ditetapkan. Perbincangan
akan dilakukan dengan membuat analisis min bagi setiap item dan mengenalpasti
sama ada wujud hubungan yang signifikan atau tidak di antara pembolehubah tidak
bersandar dan pembolehubah bersandar. Melalui perbincangan tersebut, kesimpulan
tentang kajian diperolehi dan melaluinya beberapa cadangan dapat dimajukan untuk
tindakan pihak pengurusan IKM Lumut.

5.1 Perbincangan dan Penemuan Kajian

5.1.1 Ujian Statistik Deskriptif (Frequency Distribution) - Analisis
Tahap Beban Tugas Bukan Hakiki Tenaga Pengajar Di IKM
Lumut

Keputusan min bagi setiap item yang diajukan bagi

menganalisis tahap beban bukan hakiki tenaga pengajar adalah

sederhana positif di mana ianya berada dalam lingkungan 2.50

hingga 2.80 sahaja. Ini menunjukkan bahawa responden yang terlibat

37

dalam kajian ini, tidak mengiakan pernyataan yang diajukan berkaitan
dengan beban tugas bukan hakiki ini. Melihat kepada responden yang
terlibat dalam kajian ini, hanya sebilangan kecil sahaja iaitu hanya
seramai 27 responden atau 23.28% sahaja yang memegang jawatan
tertinggi dalam sesebuah jawatankuasa seperti Penyelaras dan
Setiausaha, manakala selebihnya hanya memegang jawatan kecil dan
tidak begitu membebankan. Selain itu sebahagian besar dari responden
juga tidak terlibat secara langsung dalam memegang jawatan ad-hoc
bagi sesuatu majlis yang diadakan di IKM Lumut ini.

5.1.2 Ujian Statistik Deskriptif (Frequency Distribution) - Analisis
Tahap Prestasi Tugas Hakiki Tenaga Pengajar Di IKM Lumut

Dapatan kajian bagi analisis tahap prestasi tugas hakiki tenaga
pengajar di IKM Lumut ini, menunjukkan nilai min yang tinggi dan
positif iaitu ianya melebihi 3.00. Dapat dirumuskan bahawa responden
bersetuju dengan pernyataan yang dinyatakan dalam item-item soal
selidik di mana mereka melakukan tugas-tugas hakiki dengan baik dan
sempurna mengikut kehendak dan waktu yang ditetapkan. Segala
dokumentasi yang melibatkan pembelajaran dan pengajaran dilakukan
dengan baik dan sentiasa dikemaskini terutamanya dalam sistem
BCoS. Segala maklumat di dalam sistem BCoS dimuatnaik mengikut
semester yang sepatutnya. Oleh yang demikian, ini jelas menunjukkan
prestasi tugas hakiki tidak terjejas dengan bebanan tugas-tugas bukan
hakiki seorang pengajar.

38

5.1.3 Ujian Korelasi - Analisis Hubungan Tahap Beban Tugas Bukan
Hakiki Dengan Prestasi Tugas Hakiki Tenaga Pengajar Di Ikm
Lumut

Dalam mengkaji hubungan di antara pembolehubah bersandar
dan pembolehubah tidak bersandar ujian korelasi digunakan dalam
kajian ini. Berdasarkan kepada keputusan ujian korelasi yang
dijalankan, jelas menunjukkan bahawa nilai pekali Pearson, r = 0.042
dan nilai Sig = 0.652. Oleh kerana nilai sig ini lebih besar dari 0.05,
tidak wujud hubungan yang signifikan di antara beban tugas bukan
hakiki dengan prestasi tugas hakiki tenaga pengajar di IKM Lumut. Ini
kerana sebilangan besar responden yang terlibat dalam kajian ini iaitu
seramai 89 responden atau 76.72% terdiri daripada tenaga pengajar
teknikal, manakala hanya sebilangan kecil sahaja merupakan tenaga
pengajar pengajian am. Jawatan tertinggi dalam sesuatu jawatankuasa
di IKM Lumut disandang oleh tenaga pengajar yang bergred 41 dan ke
atas iaitu ianya melibatkan tenaga pengajar Pengajian Am. Hanya
segelintir sahaja jawatan tertinggi disandang oleh tenaga pengajar
teknikal.

5.1.4 Kaedah Temubual - Mengenalpasti Tahap Rungutan
Ketidakpuasan Hati yang Sering Disuarakan oleh Tenaga
Pengajar Berkaitan Aspek Pengurusan/Pelaksanaan Beban Tugas
Bukan Hakiki Tenaga Pengajar Di Ikm Lumut

Hasil dapatan dalam kaedah temubual ini juga jelas
menunjukkan bahawa tidak terdapat rungutan ketidakpuasan hati dari
kalangan responden yang tidak memegang jawatan tertinggi dalam

39

sesuatu jawatankuasa di IKM Lumut. Cuma terdapat rungutan
ketidakpuasan hati dari kalangan tenaga pengajar yang memegang
jawatan tinggi dalam sesuatu jawatankuasa iaitu sebagai Penyelaras
dan Setiausaha di mana mereka perlu menyiapkan segala dokumen
seperti surat jemputan ke mesyuarat jawatankuasa, menyiapkan minit
mesyuarat selepas mesyuarat diadakan, serta pelbagai kerja-kerja
dokumentasi yang sedikit sebanyak menganggu jadual dalam
melakukan tugas hakiki sebagai seorang pengajar. Mereka juga
berhadap dengan masalah komunikasi dengan tenaga pengajar lelaki
apabila jawatan tertinggi seperti Penyelaras disandang oleh tenaga
pengajar wanita bagi sesetengah jawatankuasa. Ini merencatkan
perjalanan sesuatu aktiviti bagi jawatankuasa tersebut.

Antara kesimpulan umum yang boleh dijadikan asas
perbincangan adalah tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara
beban tugas bukan hakiki dengan prestasi tugas hakiki ini jika ia
melibatkan responden dari kalangan teknikal. Ini kerana mereka tidak
memegang jawatan tertinggi dalam sesebuah jawatankuasa. Ini
bermakna pengukur prestasi tugas hakiki tidak melibatkan beban
bukan hakiki secara langsung, melainkan pemilihan responden hanya
terdiri daripada tenaga pengajar yang bergred 41 dan ke atas.

40

5.2 Cadangan
Kepuasan bekerja bagi tenaga pengajar menjadi satu indikator penting

untuk menjamin kesejahteraan tenaga pengajar dan pelajar-pelajar yang diajar.
Peningkatan kepuasan bekerja mendorong kepada pengekalan jawatan,
peningkatan prestasi pelajar dan dapat menghasilkan tenaga pengajar yang
berkualiti. Oleh itu, pengagihan kerja yang sama rata dikalangan tenaga
pengajar di mana jawatan Penyelaras sesuatu jawatankuasa diagihkan tanpa
mengira gred adalah salah satu langkah yang paling berkesan untuk mendidik
kesemua tenaga pengajar daripada bahagian teknikal dan pengajian am untuk
lebih bersedia dan bersatu dalam menjalankan tugas serta memberi
pengalaman berharga kepada setiap pengajar untuk mencuba perkara baru.

Disamping itu, terdapat beberapa jawatankuasa yang memerlukan
tenaga kerja lelaki untuk menjalankan tugas tersebut, namun kerana pihak
pengurusan terlalu memegang kepada gred jawatan untuk memegang jawatan
Penyelaras tersebut membuatkan tenaga pengajar di kalangan wanita yang
bergred DG41 dan ke atas perlu memikul tanggungjawab yang agak berat.
Tidak lupa juga, terdapat beberapa tenaga pengajar yang sama memegang
jawatan Penyelaras dalam satu jawatankuasa, tetapi perlu memegang jawatan
Setiausaha bagi jawatankuasa yang lain. Ini merupakan satu beban yang agak
berat kerana fokus pada tugas dalam skop yang besar disamping terpaksa
mengekalkan fokus kerja hakiki yang sama penting dengan tugasan bukan
hakiki tersebut.

41

5.3 Cadangan Kajian Lanjutan
Namun, dapatan kajian ini amat terhad kerana sebilangan besar

responden yang terlibat merupakan tenaga pengajar yang tidak terbeban
dengan tugas-tugas luar hakiki berbanding dengan tenaga pengajar yang
mempunyai beban tugas bukan hakiki yang lebih banyak. Diharapkan kajian
yang akan datang akan memberi tumpuan kepada aspek yang berbeza seperti
kepuasan kerja berdasarkan skop tugas pekerja mengikut gred. Selain itu,
memberi penekanan kepada bilangan subjek kajian yang melibatkan semua
bahagian agar hasil kajian yang diperoleh benar-benar telus dan boleh
digeneralisasikan kepada keseluruhan kakitangan IKM Lumut.

5.4 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, walaupun tidak wujud hubungan yang

signifikan di antara beban tugas bukan hakiki dengan prestasi tugas hakiki
tenaga pengajar di IKM Lumut, namum masih jelas menunjukkan bahawa
memang wujud faktor – faktor yang menyumbang kepada tahap tekanan dan
kepuasan kerja dalam kalangan tenaga pengajar IKM Lumut terutama tenaga
pengajar yang bergred 41 dan ke atas iaitu ianya melibatkan tenaga pengajar
Pengajian Am di mana mereka memegang jawatan yang tinggi dalam sesuatu
jawatankuasa di IKM Lumut iaitu daripada Penyelaras sehinggalah jawatan
Setiausaha.

Pihak pengurusan perlu menyedari hakikat ini dan seterusnya
mengambil tindakan selanjutnya bagi mengurangkan masalah tekanan dan
meningkatkan kepuasan kerja dalam kalangan kesemua tenaga kerja di IKM
Lumut. Ini disokong oleh pandangan Caprara (2003) yang menyatakan efikasi

42

diri yang tinggi membawa kepada kepuasan kerja yang tinggi. Pendidik yang
memiliki efikasi diri yang tinggi menunjukkan sikap keterbukaan, mempunyai
kemahiran berkomunikasi dengan baik, keinginan bekerjasama.

Kepuasan kerja merupakan satu elemen yang sangat penting kerana ia
akan mempengaruhi emosi serta motivasi seseorang pekerja dalam
menghasilkan kerja yang produktif dan secara tidak langsung meningkatkan
prestasi kerja dan komitmen dalam organisasi. Sebagai seorang pengajar,
setiap pengajar seharusnya mempunyai komitmen yang tinggi dalam
pekerjaan.

Sebagai sebuah institusi yang berperanan untuk melahirkan generasi
berpengetahuan, IKM Lumut perlu terus memastikan kepuasan kerja tenaga
pengajar berada pada tahap yang baik. Kepuasan kerja dapat membantu untuk
melahirkan para pekerja yang mempunyai tahap prestasi kerja yang lebih baik.
Gabungjalin kepuasan kerja serta prestasi pekerja yang baik akan membantu
IKM Lumut untuk mencapai visi dan misi serta membawa IKM Lumut gah ke
peringkat keusahawanan global.

43

RUJUKAN
Adeyemi, T. O. (2010). Principal’s Leadership Styles and Teacher’s Job Performance in

Senior Secondary Schools in Ondo State, Nigeria. Journal of Economic Theory, 3 (3),
84-97.

Amjad Ali Chaudhry, Muhammad Imran Malik, Iqbal Ahmad (2011). Examining the
Relationship of Work-Life Conflict and Employee Performance (A Case from NADRA
Pakistan) , International Journal of Business and Management, 6 (10).

As’ad, M., (1991). Psikologi Industri. Yogyakarta: Liberty

Azizi Yahaya, Jamaludin Ramli, & Mazeni Ismail (2010). Stres Dalam Kalangan Guru
Sekolah Menengah Di Empat Buah Negeri Di Malaysia (Factors that Contributed
to Stress among Secondary School Teachers in Four States in Malaysia). Jabatan
Asas Pendidikan. UTM, Skudai Johor.

Azlina Mohd Kosnin dan Tan Sew Lee. (2008). Pengaruh Personaliti Terhadap Kepuasan
Kerja dan Stres Kerja Guru. Universiti Teknologi Malaysia.

Azreen Harina Azman & Norudin Mansor (2016). Impak Beban Kerja Terhadap Prestasi
Kerja Pensyarah. Jurnal of Academic, (5)

Bernardin, H.J. and Russell, J.E. (1993) Human Resource Management An Experiential
Approach. McGraw-Hill, New York.

44

Caprara, G.T., Barbaranelli, C., Steca P. & Malone P.S. (2006). Teacher’s Self Efficacy
Beliefs As Determinants Of Jobs Satisfaction And Students’ Academic
Achievements: A Study At The School Level. Journal of School Psychology, 44(6),
473-490.

Chua Bee Seok. (2011). Personaliti, motivasi dan prestasi kerja dalam kalangan belia
Malaysia. Siri Kertas Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial Bil 2.

Dzulizzi Bin Hj. Sabuti, (2011). Hubungan Tekanan Kerja Terhadap Prestasi Kerja.
Sarawak, Universiti Malaysia Sarawak.

Esah Sulaiman. (2003). Modul pengajaran: Asas pedagogi. Skudai, Johor: Universiti
Teknologi Malaysia Press.

Gahlann V.S., (2014) The Effect of Role Overload and Role Ambiguity on Job Performance
of IT Professionals in India, The IUP Journal of Management Research, XIII(3),
37-49

Hardani Widhiastuti (2002). Studi Meta-Analisis Tentang Hubungan Antara Stress Kerja
Dengan Prestasi Kerja. Jurnal Psikologi 2002, No. 1, 28 – 42.

Ira Pracinasari (2013). Beban Kerja Fisik Vs Beban Kerja Mental. Universitas Sebelas Maret,
Surakarta.

Mat Zin Bin Mat Nawi. (2002). Hubungan di antara Personaliti dengan Tekanan Kerja dan
Komitmen Para Pekerja Terhadap Organisasi:Satu Kajian di MCIS, Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

45

Nadeem, M., Rana, M. S., Lone, A. H., Maqbool, S., Khan, A. W., Naz, K. & Ali, A. (2011).
Teacher’s Competencies and Factors Affecting the Performance of Female Teachers
in Bahawalpur (Southern Punjab) Pakistan. International Journal of Business and
Social Science, 2 (19), 217-229.

Neelavethy, Utandi and Ramlah, Jantan (2011). Personaliti Guru dan Hubungannya dengan
Prestasi Kerja. Universiti Pendidikan Sultan Idris

Norashid Bin Othman & Hamzah Bin Md.Omar. (2014). Beban Tugas dan Motivasi
Pengajaran Guru di Sekolah Menengah Daerah Ranau. Jurnal Pemikir Pendidikan
(Journal for Educational Thinkers) Vol. 5, 35-57

Ololube, N. P. (2006). Teacher job satisfaction and motivation for school effectiveness-An
Assesment. Essays in Education, 18, 1-19.

Phalestie, Aloysia Alfra. (2007). Hubungan Trait Kepribadian dan Kemampuan Komunikasi
Interpersonal dengan Prestasi Kerja Agen Asuransi. Tesis Fakultas Psikologi Unika
Atma Jaya, Jakarta.

Shah et.al (2017). Workload and Performance of Employees. Interdisciplinary Journal of
Contemporary Research in Business, 3(5): 256-267

Simamora, Henry, (1997), Manajemen Sumber Daya Manusia , Yogyakarta; STIE. YKPN.
Rivai, Veithzal

Sinar Harian, May 25, 2019

46

Siti Rodziah Kadir. (1982). Beberapa faktor yang mempengaruhi ketegangan serta kesannya
ke atas guru-guru. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki Miskon. (2010). Guru dan Cabaran Semasa.
Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Zhou.J., & George.J.M (2001) When Job Dissatisfaction Leads To Creativity: Encouraging
The Expression Of Voice, Academy of Management Journal, 44, 682-696.

47

LAMPIRAN 1

5 PENGERUSI/PENYELARAS
4 TIM. PENGERUSI/PENYELARAS
3 BENDAHARI
2 SETIAUSAHA

1 AJK

NAMA STAFF JUM.JAWAT
AN

44 JUM. MQA R&D KIK PEMB.S
JAWATAN UMBER
Norazlina binti MSR SPR IPMA KESATRIA MANUSI
Mahamud 4 A
3 LEMBAGA
1 4 LEAN
2 TATATERTI SUMBER
Nurwahidah Bt. 2
2 ISO B MANUSIA
2 Wahid
3 MSR MQA MQS PEM.IN PEMB.
Suhaila binti LEAN BESS NOVASI USAHAWAN
Baharain 5 MANAG PUSAT (USAHA
3 EMENT ISLAM WAN )
3 3 PUSAT
3 ISLAM JKPAP
Ku Azizah binti 3 PEM.
7 SUMBE MSR
4 Ku Teh R( PEM.
USAHA SUMBER (
Roslenda bt WAN) USAHAWA
Mohamad Rawi N)
TRACER
5 S STUDY

Mohamad b. ISO ALUMNI R&D LEAN
PEMAN
7 Che Ghani TAUAN LEAN J/K SUKAN SENAT
P&P JAMINAN TATERTIB
Normashita BIM & KUALITI
binti Ismail KERJAYA PUSAT MQS
ISLAM (
8 MPP IMARAH DISIPLIN
JKPAP SURAU ) PELAJAR
Haslinda bt Md KESATRIA PUSAT
Hanapiah

21

Masnita bt

9 Ibrahim Koni

Hamidah bt.
Hamri

17

Hazwani binti

23 Ahmad Razali

Asrul Effendi BIN
Hassan

27
28 Ahmad

48

Khairulnizam bin ISLAM IKML
Muhamad

Noramalina bt 3 KONVO MGG PUSAT

30 Dzulkifli KESYEN AKTIVITI ISLAM

10 41-42

HUBUN

Mohd Aziim bin 7 GAN LEMBAGA PENGUR
Mohd Noor INDUST TATATERTI AHLI

11 RI B SENAT USAN KIK

Ahmad Fauzi bin SENGGA
Mohamad
5 AHLI PENGURU RAAN (
12
JKPAP SENAT SAN M & E ) MQS

Abd Rashid bin 6 BIM.& AHLI TRACER

13 Abd Muthalib KERJAYA KESATRIA SENAT S STUDY PENGURUSAN

Mohd Asyraf bin 4 PENGURU
Rawi SAN JKPAP
MQS JKKP

Ab Aziz Bin 5 PENGURU AHLI MQS JKPAP
JKKP SAN SENAT
14 Abdullah

Mohd 'Irfan bin 2 TEKNOU
Rahmat SAHAW

15 AN R & D

Wan Nor PENGURU HUBUN
Kamilah bt. Wan
4 SAN GAN
Idris PEMANTA AKADEMI INDUST

16 MSEAD UAN P&P K RI

Sahila binti PUSAT
Ismail 3 SUMBE MGG

18 R AKTIVITI MSEAD

Noorhayati binti 4 PUSAT DANA PEM.USA

19 Abdul Latif PELAJAR KEBAJIKAN HAWAN

PEMBA

Ammar Yasir NGUNA PENGURU
bin Ab Suhukor 3N

USAHA

20 WAN SPMA SAN

Norliza bt Zainal 4 J/K TRACERS
R&D TATERTIB STUDY
22

Fatihah binti 3 MGG PUBLIC

24 Naupa R & D AKTIVITI RELATION

Tun Mafiza bt. MINGG
Tun Majid
4U PEMB.
25
AKTIVITI SPMA SENAT INOVASI

SENGAR

Syalila binti 4 AAN ( SENAT
Mohd Arshad ALATAN KONVOKES

26 ) YEN ISO PUSAT

LEMBAG

Norazlina binti 5A
Mohd Nasir TATATE PUSAT

29 RTIB ISLAM SPR IPMA LEAN KIK

49

Farah Ardina 3 KESATRI J/K PUSAT
binti Ahmad 3 A TATATERTI ISLAM
PEMAN B DANA
31 Khair TAUAN KEBAJIKA
P&P KIK N
Wan SUMBE
Jannatulnaimah R LEAN MPP
MANUSI MNGT
32 binti Bakar A SPR IPMA
DANA SUKAN SENAT
Munirah binti 4 KEBAJIK IKML PUSAT PUBLIC
Shamsuddin AN JKKP SPMA RELATIO
PELAJAR JADUAL N
33 KESATRI MQS
A MPP ALUMNI R & D
Nur Hidayah 5 PENGUR MQS
binti Hamzah USAN
4 MINGG PUSAT
34 3 U ISLAM
AKTIVITI
Ayu Yusnita

35 binti Mustafar

Dora Halena

36 binti Md. Khalil

Faridah binti 4 SPR KONVOKES
Mohamad 3 IPMA YEN

37 R&D KESATRIA JKPAP
MINGGU
Muhammad AKTIVITI
Ghazali bin

38 Abdullah

Abdul Rahman 3

39 bin Abdul Rahim

Mohd Nor Azmil bin Abdul

40 Kadir

41 38

Wan 5 DISIPLIN PENGURU CSR JKKP JKPAP
Mohammad PELAJAR SAN J/K KESELA MQA
Roslan B Wan 5 TATATERT MATAN
Husin 5 SPMA PENGURU IB &
6 PENGUR SAN KESIHAT
43 7 USAN AN )
7 PENGUR ALUMNI
Kamaruzaman 4 USAN SUKAN JKPAP
b. Osman 4 SENGGA IKML
RAAN MTS MSEAD JKPAP
44 ALATAN PENGURU
SAN MSEAD KIK JKPAP
Rosli b.
MTS JKPAP LEMBAGA
45 Mohamad
PSH MTS JKPAP JKKP PENGURUSAN
Zairul Anuar Bin
PENG.AKTI
46 Zamri
VITI PENGURU
Hamzah bin
Ahmad KIK ASRAMA SAN JKPAP

47 PENGURU

H. Abdullah bin KIK SAN MSEAD JKPAP

49 T. Hamzah

Zainal bin Hanifa

50

Md Shah Bin

51 Hitam

50


Click to View FlipBook Version