The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sebuah perkongsian yang ditulis secara santai mengenai beberapa perihal yang disusun sebagai 38 perkara yang sangat penting untuk pelajar seni bina tahu. Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis yang pernah menjadi pelajar seni bina selama 5 tahun dan
kemudiannya berkecimpung dalam industri selama hampir 2 tahun sebelum memulakan khidmat sebagai pendidik pada tahun 2008/2009. Berdasarkan pengalaman mengajar pula, pelbagai karenah dan suka-duka mengajar Diploma Seni Bina di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) menjadikan perkongsian ini berkisar kepada keperluan yang pastinya sangat penting untuk pelajar seni bina ambil peduli. Semoga perkongsian ringkas ini memberi manfaat
kepada anda para pembaca yang dikasihi.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit PSIS, 2021-12-26 21:18:14

38 PERKARA YANG SANGAT PENTING UNTUK PELAJAR SENI BINA TAHU

Sebuah perkongsian yang ditulis secara santai mengenai beberapa perihal yang disusun sebagai 38 perkara yang sangat penting untuk pelajar seni bina tahu. Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis yang pernah menjadi pelajar seni bina selama 5 tahun dan
kemudiannya berkecimpung dalam industri selama hampir 2 tahun sebelum memulakan khidmat sebagai pendidik pada tahun 2008/2009. Berdasarkan pengalaman mengajar pula, pelbagai karenah dan suka-duka mengajar Diploma Seni Bina di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) menjadikan perkongsian ini berkisar kepada keperluan yang pastinya sangat penting untuk pelajar seni bina ambil peduli. Semoga perkongsian ringkas ini memberi manfaat
kepada anda para pembaca yang dikasihi.

Keywords: SENI BINA

38

PERKARA

YANG SANGAT PENTING UNTUK

PELAJAR SENI BINA

TAHU

NUR SHUHADA BINTI HANAPI
SHAHRIL KHAIRI BIN ABDUL SHUKOR



Penerbit

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

Hakcipta Terpelihara
Terbitan Pertama 2021

Hakcipta Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada buku ini yang boleh
disiar-terbitkan semula dalam sebarang bentuk dan dengan apa cara sekalipun

termasuklah elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya tanpa
mendapat izin bertulis daripada Penerbit dan Pemilik.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Nur Shuhada Hanapi, 1984-
38 PERKARA YANG SANGAT PENTING UNTUK PELAJAR SENIBINA TAHU /
NUR SHUHADA BINTI HANAPI, SHAHRIL KHAIRI BIN ABDUL SHUKOR.

Mode of access: Internet
eISBN 978-967-2860-10-5

1. Architecture.
2. Government publications--Malaysia.
3. Electronic books.
I. Shahril Khairi Abdul Shukor, 1984-. II. Judul.
720

Diterbitkan oleh

Politeknik Sultan Idris Shah
Sungai Lang,
45100 Sungai Air Tawar
Selangor
No. Tel : 03 3280 6200
No. Fax : 03 3280 6400
Laman web : http://www.psis.edu.my

KATA MULA

Alhamdulillah, atas segala rahmatNya dapat kami berkongsi sedikit
buah fikiran yang ditulis berdasarkan pengalaman sewaktu belajar
dan mengajar. Gabungan pengalaman inilah yang membantu kami
menyusun 38 perkara yang dirasakan sangat penting untuk diambil
tahu oleh para pelajar yang berminat memilih bidang seni bina
sebagai kursus pilihan.

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Ketua
Program Seni Bina dan Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik
Sultan Idris Shah (PSIS) di atas peluang yang diberikan kepada kami
untuk menulis buku kecil ini. Ucapan terima kasih juga buat Unit e-
Pembelajaran & Pendidikan Digital (4IR) dan Pegawai Perpustakaan
PSIS yang telah banyak membimbing kami dengan tunjuk ajar yang
tidak berbelah bahagi sepanjang kami berusaha menyiapkan
penulisan ini.

Hasrat kami melalui buku yang digarap secara santai ini agar dapat
dijadikan panduan dan rujukan awal dalam bidang seni bina.
Semoga bakal pelajar seni bina dapat mengenalpasti kesungguhan
hati dan menilai keinginan diri agar selari dengan kesediaan serta
kesanggupan pelajar itu sendiri tatkala mendaftar sebagai pelajar
seni bina.

Jika anda salah seorang pelajar seni bina yang membaca buku ini,
kami ucapkan tahniah dan selamat datang ke dunia seni bina. Dunia
yang serba indah dihiasi dengan pelbagai warna warni pancaroba.
Dunia yang bakal mengundang tawa dalam tangisan dan

osenyuman dalam penderitaan.

Betul… tak tipu, sedih pun rasa bahagia… inilah dunia seni bina.

SINOPSIS

Sebuah perkongsian yang ditulis secara santai mengenai beberapa
perihal yang disusun sebagai 38 perkara yang sangat penting untuk
pelajar seni bina tahu. Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman
penulis yang pernah menjadi pelajar seni bina selama 5 tahun dan
kemudiannya berkecimpung dalam industri selama hampir 2 tahun
sebelum memulakan khidmat sebagai pendidik pada tahun
2008/2009. Berdasarkan pengalaman mengajar pula, pelbagai
karenah dan suka-duka mengajar Diploma Seni Bina di Politeknik
Sultan Idris Shah (PSIS) menjadikan perkongsian ini berkisar kepada
keperluan yang pastinya sangat penting untuk pelajar seni bina
ambil peduli. Semoga perkongsian ringkas ini memberi manfaat
kepada anda para pembaca yang dikasihi.

ISI KANDUNGAN 2
4
1. Skala 6
2. Jarak dan Ruang 8
3. Penukaran Unit 10
4. Komputer Spesifikasi Tinggi 12
5. Lukisan Kerja 14
6. Lukisan Persembahan 16
7. Simbol dan Corak 18
8. Ketebalan dan Jenis Garisan 20
9. Imaginasi 2D dan 3D 22
10. Pengamatan Sekitar kepada Pengalaman 24
11. Congak Ketinggian Siling dan Tangga 26
12. UBBL dan Garis Panduan Perancangan 28
13. Sketchbook 30
14. Perisian Komputer dan Aplikasi Terkini 32
15. Tutorial di Internet 34
16. Penyelesaian Masalah 36
17. Prinsip dan Elemen Reka Bentuk 38
18. Berangan-angan 40
19. Miliki Printer Sendiri 42
20. Fahami Laluan Menjadi Arkitek 44
21. Kerjaya Alternatif Selain Arkitek 46
22. Saiz dan Jenis Kertas 48
23. Bahan Binaan 50
24. Konsep dan Tema Reka Bentuk 52
25. Alatan Melukis dan Mewarna 54
26. Deadline 56
27. Terbuka dalam Berkomunikasi 58
28. Studio 60
29. Crit Session 62
30. Model 64
31. Kombinasi Warna 66
32. Analisa Tapak 68
33. Jiwa 70
34. Multitasking vs Single-tasking 72
35. Networking 74
36. Portfolio 76
37. Rajin Ambil Gambar 77
38. Competition, Workshop dan Exhibition
39. Rujukan

FRONT ELEVATION

SCALE 1:20

LEFT ELEVATION

SCALE 1:20

Skala 01

Kita mulakan topik pertama ini dengan satu perkara yang kedengaran
biasa untuk pelajar seni bina iaitu skala. Ya, terdapat sebahagian pelajar
menganggap perihal skala ini mudah sahaja, manakala sebahagian
pelajar pula memikirkan bahawa inilah perkara yang paling rumit lagi
menakutkan. Okey, kita cuba fahami fungsi skala dan kaedah mudah
untuk menggunakannya. Sebagai contoh; skala 1:1 (satu nisbah satu)
menunjukkan ukuran lukisan adalah sama dengan saiz ukuran objek. Kita
lihat pula contoh kedua:

Skala 1:20 skala
lukisan objek

Secara asasnya, nombor di sebelah kiri menunjukkan skala bagi lukisan,
manakala nombor di sebelah kanan pula menunjukkan skala bagi objek
atau saiz sebenar objek. Skala 1:20 menunjukkan nisbah satu dalam
lukisan adalah bersamaan 20 kali ganda bagi objek sebenar di dunia
realiti. Contohnya skala 1 mm lukisan adalah bersamaan 20 mm ukuran
sebenar objek. Mudah saja kan?

Boleh kita faham di sini bahawa kalau kita hendak melukis sebuah
bangunan yang besar ke dalam lukisan bersaiz A1 contohnya, mestilah
tidak muat kalau kita menggunakan skala 1:1. Jadi, kita perlu
menggunakan skala yang lebih bersesuaian untuk memuatkan lukisan
bangunan tersebut ke dalam saiz kertas kita sama ada skala 1:50, 1:100,
1:200 dan sebagainya. Secara mudahnya untuk kita faham, semakin
besar nombor di sebelah kanan itu menunjukkan semakin kecil saiz objek

eyang akan dilukis di atas kertas lukisan.

2



Jarak dan Ruang 02

Semasa di sekolah dahulu, kita biasa menggunakan pembaris pendek (15
cm) dan pembaris panjang (30 cm) untuk membuat garisan lurus. Perasan
tak ukuran milimeter (mm) serta sentimeter (cm) yang ada pada pembaris
tersebut? Kemudian, ingat tak kita juga pernah diajar untuk mengukur
jarak dalam kelas kemahiran hidup dengan menggunakan pita ukur yang
kebiasaannya boleh mencapai panjang maksimum bermeter-meter, ada
yang 5 meter, 8 meter dan sebagainya. Inilah pendedahan awal kepada
keperluan pengetahuan berkaitan bidang seni bina yang pelajar perlu
kuasai dengan baik iaitu membaca ukuran.

Dengan mengetahui ukuran jarak, kita boleh mengukur luas dan isipadu
bagi sesuatu ruang. Begitu juga dengan ruang. Pelajar tidak perlu
menghafal nombor-nombor ukuran ini, cuma perlu mengetahui kaedah
untuk membaca jarak dengan betul. Belilah satu pita ukur yang kecil
untuk memudahkan pelajar membawa dan menggunakan ia di mana-
mana. Selain penggunaan pita ukur, kini terdapat juga alat ukur elektronik
yang menggunakan laser untuk mendapatkan bacaan. Inilah peranti
yang sesuai untuk dimiliki oleh pelajar seni bina zaman sekarang. Rugi
kalau tidak menggunakan sepenuhnya kecanggihan yang ada. Lebih
baik lagi apabila pelajar kerap mengukur objek contohnya perabot,
ruang bilik, pintu, tingkap dan sebagainya kerana secara tidak langsung
dapat melatih daya menganggar jarak dan saiz ruang dengan lebih
tepat.

4

TAPAK CADANGAN

Penukaran Unit 03

Ini pun sebenarnya tidak susah kerana kita boleh merujuk kepada jadual
penukaran unit. Apatah lagi pada zaman sekarang ini, banyak aplikasi
serta laman web yang menyediakan perkhidmatan penukaran unit yang
sangat mudah untuk digunakan. Di Malaysia, kita menggunakan unit
metrik sebagai unit formal pengukuran bagi mengukur berat, jarak dan
isipadu seperti kilogram (kg), kilometer (km), meter persegi (m2) dan lain-
lain lagi. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa komponen binaan
atau pengiraan pertukangan yang masih menggunakan unit imperial
(kaki, inci) sebagai rujukan ukuran.

Selain itu, adalah penting juga untuk pelajar tahu cara untuk mengira
keluasan saiz tanah dan bangunan. Apabila pelajar menerima tugasan
projek bagi kursus reka bentuk yang memerlukan pelajar menghasilkan
rekaan pada tapak cadangan, saiz maksimum keluasan bagi bangunan
akan diberi. Sebagai contoh; sebuah bangunan berkeluasan 200 meter
persegi akan dibina di atas tanah bersaiz 0.163 ekar. Jadi, berapakah
keluasan tanah tersebut dalam meter persegi? Di sinilah pentingnya untuk
pelajar seni bina tahu dan menggunakan pengetahuan penukaran unit
tersebut.

6



Komputer 04

Spesifikasi Tinggi

Senang cerita, komputer spesifikasi untuk gaming. Bila celup kaki masuk
belajar bidang seni bina, kos untuk belajar bukanlah tinggi atau mahal di
sebabkan oleh yuran pengajian. Akan tetapi, keperluan untuk memiliki
peralatan-peralatan canggih dan mahal seperti contoh komputer yang
berspesifikasi tinggi bagi memastikan kita mampu survive seiring dengan
keperluan kursus.

Semasa di semester 1 dan 2, penggunaan komputer tidaklah menjadi
keperluan utama kerana kebanyakan kursus yang ditawarkan pada
semester tersebut bertujuan untuk mengasah bakat dan melatih
kemahiran pelajar melukis dan menghasilkan karya secara manual.
Namun, terdapat juga kursus seperti CADD yang memerlukan pelajar
menggunakan komputer. Semestinya pelajar akan belajar di makmal
komputer, tetapi jika boleh memiliki komputer sendiri akan memudahkan
pelajar membuat latihan di luar waktu kelas. Nak buat tugasan bagi kursus
lain pun senang kerana tidak perlu bergantung kepada makmal komputer
di perpustakaan dan sebagainya. Apabila berada di semester 3 dan ke
atas, hampir kesemua kursus memerlukan pelajar seni bina menggunakan
komputer. Jadi, memang tidak dapat lari dari kursus yang memerlukan
pelajar untuk menghasilkan model 3D, membuat rendering, animasi
bangunan, lukisan persembahan, video persembahan dan pelbagai lagi
tugasan.

Ada pelajar yang menggemari komputer riba sebab mudah dibawa ke
mana-mana, ada juga yang cenderung kepada jenis desktop. Kedua-
duanya tidak menjadi masalah, cuma masing-masing ada kelebihan dan
kekurangan.

8



Lukisan Kerja 05

Kalau di Politeknik, kursus lukisan kerja ini ditawarkan selama tiga semester,

dkalau tak pandai jugak tak tahu lah... Masa semester 1 ada kursus

Architectural Drafting, ini kiranya sesi pengenalanlah kepada lukisan kerja.

Selepas itu, di semester 2 ada Working Drawing 1, yang ini pelajar akan

mula menghasilkan lukisan kerja yang agak terperinci dan mengikut

format submission drawing rumah setingkat. Bolehlah kalau pelajar nak

mula buat pelan ubahsuai rumah apabila sudah memahami asas lukisan

kerja. Di semester 3, akan ada Working Drawing 2 pula, fuhhhh… yang ini

kira upgraded level sebab kena hasilkan lukisan kerja untuk bangunan

dua tingkat.

Lukisan kerja tidak susah pun sebenarnya bila pelajar faham setiap
komponen yang ada dalam lukisan tersebut. Kalau faham makna dan
maksud bagi simbol, ketebalan garisan, hatching pattern, shortform
dalam spesifikasi, skala dan semua item tersebut, nescaya akan jadi
mudahlah lukisan kerja kepada pelajar. Jadi, macam mana nak mudah
faham lukisan kerja? Kenalah banyak meluangkan masa melihat,
membelek, menelaah dan meneliti lukisan-lukisan kerja terdahulu. Yang
banyak dikongsi di internet pun sudah memadai untuk kita faham. Lebih
bagus kalau kita dapat tengok lukisan kerja bagi bangunan yang ada di
depan mata, atau lukisan kerja bagi bangunan yang dapat kita saksikan
sendiri supaya kita boleh mengamati rupa sebenar objek yang kita lihat di
dalam lukisan kerja.

Lukisan kerja ni ibarat ‘jiwa’ seorang arkitek. Kalau kita tidak menjiwai
lukisan kerja, buat apa kita buang masa belajar bidang seni bina kan?

10



Lukisan Persembahan 06

Lukisan persembahan adalah pengganti diri untuk mempersembahkan
idea reka bentuk kita dalam kursus Design Studio. Kalau presentation
board atau lukisan persembahan kita lengkap dengan informasi yang
perlu ditunjukkan akan membolehkan pensyarah, panel penilai semasa
portfolio serta orang awam yang melihat lukisan persembahan kita untuk
memahami isi kandungan idea kita. Satu kepuasan sebenarnya buat
pereka apabila orang lain memahami apa yang ingin disampaikan
melalui lukisan persembahan tersebut.

Lukisan persembahan tidak semestinya sama seperti lukisan kerja, lukisan
persembahan biasanya dipenuhi dengan lukisan pandangan perspektif
yang menarik, susun atur yang kemas dan bersesuaian dengan saiz
lukisan. Pemilihan warna memainkan peranan yang penting, rendering
bagi bebayang pada bangunan juga akan menimbulkan kesan visual
yang mendorong mata-mata yang melihat untuk menikmati lukisan kita
dengan lebih lama, sehinggakan terbit imaginasi pada minda si
pemerhati. Ya, lukisan persembahan yang jelas penyampaian dari segi
visual akan lebih menghidupkan karya kita bagi tatapan orang ramai.
Sekarang memang banyak aplikasi yang membolehkan pelajar
memanipulasi lukisan untuk dipersembahkan dalam rupabentuk yang
sangat menonjol, rendering secara manual ataupun dengan
menggunakan komputer jika kena pada gayanya akan memberikan hasil

Byang pasti memberangsangkan.

12



Simbol dan Corak 07

Setiap simbol dalam lukisan seni bina merujuk kepada maksud atau
komponen tertentu, contohnya simbol keratan rentas, simbol alat
pemadam api, simbol peralatan elektrik dan sebagainya. Begitu juga
dengan corak (pattern), contohnya corak jenis lantai, corak bahan bagi
bumbung, corak konkrit pada keratan bangunan, corak bata dan
sebagainya. Setiap item dalam lukisan ada maknanya dan pelajar tidak
perlu menghafal tetapi cukup dengan mampu memahaminya. Untuk
melatih kefahaman tersebut, kena rajin tengok lukisan kerja supaya lama-
kelamaan akan memudahkan pelajar mengingati simbol dan corak
tersebut.

Kalau nak mudah ingat, cuba tiru-tiru melukis semula simbol dan corak
lukisan tersebut, biarpun lakaran kita mungkin tak cantik, tapi kaedah ini
akan melatih otak kita menghasilkan visual bagi simbol serta corak yang
kita lukis. Pelajar juga boleh menyemak maksud simbol serta melalui buku-
buku rujukan seni bina yang ada di pasaran. Ada juga buku elektronik
yang memuatkan kompilasi simbol-simbol tertentu seperti simbol pokok
dan sebagainya. Ini amat membantu pelajar untuk menggunapakai
simbol-simbol tersebut ke dalam lukisan kerja serta lukisan persembahan.
Nak tahu? Alaa.. Kena cuba google sendiri, tak nak lah kongsi semua
secara terus saja, kan nak latih diri untuk berdikari kan? Haa... Kalau rajin,
boleh cuba buat satu buku lakaran untuk conteng semua jenis simbol dan
corak yang boleh pelajar jadikan rujukan kendiri. Mulakan satu hari satu

jsimbol, cukup setahun dah dapat 365 lukisan simbol tu.

14



Ketebalan dan 08

Jenis Garisan

Garisan dalam lukisan ada yang tebal dan ada yang nipis, ada juga
garisan putus-putus, ada yang garisan bertitik dan putus-putus. Ketebalan
garisan ini biasanya menunjukkan perbezaan kedudukan objek dalam
lukisan, yang tebal garisannya lebih ke hadapan, manakala yang
sederhana menunjukkan garisan di bahagian tengah dan yang lebih nipis
tu bahagian belakang sekali.

Manakala kalau jenis garisan yang putus-putus pula, kalau dalam pelan
lukisan kerja ada yang kita gunakan untuk menunjukkan bahagian
tangga yang tak kelihatan tapi komponen tersebut ada di situ. Garisan
yang putus panjang pendek berselang dan paling nipis pula digunakan
untuk membuat garisan grid. Inilah garisan yang akan memudahkan kita
meletakkan kedudukan tiang dan rasuk (column and beam).

Pelajar akan dapat menguasai penghasilan lukisan yang baik dengan
penggunaan jenis garisan serta ketebalan yang bersesuaian selepas
berulangkali menghasilkan lukisan tersebut. Jadi, jangan rasa penat
melukis atau membuat tugasan yang pensyarah beri, ada manfaatnya di

jsebalik tugasan-tugasan yang bertimbun itu.

16



Imaginasi 09

2D dan 3D

Imaginasi ini boleh dilatih dengan selalu berangan-angan dan berkhayal.
Kita kena selalu membayangkan bentuk, menggambarkan suasana
ruang seolah-olah kita sedang berada di dalam ruang tersebut, ataupun
bayangkan kita ini superman dan terbang ke sekitar bangunan. Kita boleh
melatih otak kita untuk membuat bayangan objek secara dua dimensi
dari pandangan atas, sisi kiri, kanan, hadapan, belakang, bawah, bucu
kiri bawah, bucu kanan atas, 30 darjah, 45 darjah, dan sebagainya. Haa...
baru kita punya minda terlatih dengan kemahiran berimaginasi.

Sebab itulah pelajar seni bina selalunya mempunyai daya imaginasi yang

tinggi sebab sudah terbiasa melihat bentuk dan ruang 3D dalam cerita

kartun animasi ataupun melalui permainan komputer. Potensi untuk

mempertingkatkan lagi kebolehan berimaginasi bagi gambaran dua

dimensi serta tiga dimensi ini akan bertambah baik bila pelajar mampu

menterjemahkan imaginasi masing-masing dalam bentuk lakaran.

dLakaran yang dihasilkan berkali-kali walaupun buruk akan

mengaktifkan hubungan memori tangan dan minda yang baik. Oleh itu,

janganlah cepat berputus asa kalau lakaran kita tidak cantik. Cuba buat
oberulang kali sampai jadi.
Barulah kita akan memiliki kebolehan

menggambarkan idea imaginasi kita dengan baik bagi membolehkan

orang lain faham apa yang kita bayangkan.

18



Pengamatan Sekitar 10

kepada Pengalaman

Pelajar seni bina perlu banyak membuat pemerhatian (Observation).
Pemerhatian kepada hal-hal di sekitar kita contohnya tingkah laku orang,
awan yang sedang bergerak perlahan, trafik di jalanraya, cuaca,
pemakaian orang di sekitar, bentuk binaan, jalanraya, papan tanda,
burung yang terbang dan hinggap ke dahan pokok, bayang bangunan
yang meneduhkan kawasan tertentu pada waktu tertentu, dan
sebagainya. Apa sahaja yang kita boleh tengok, sejauh mana objek yang
mampu mata kita tengok, kita amati dengan teliti. Pengamatan tidak
hanya bergantung kepada deria penglihatan, tetapi melalui deria
pendengaran dan juga deria hidu amat penting dalam membuat
pemerhatian.

Pengalaman pelajar seni bina dalam membuat pengamatan sekitar ini
merupakan salah satu kriteria yang dapat membantu pelajar membuat
keputusan ketika menghasilkan reka bentuk ruang dan bangunan kelak.
Kepekaan pelajar terhadap persekitaran yang bukan sahaja bergantung
kepada keadaan fizikal yang dilihat melalui mata, malah tafsiran kepada
situasi yang berkaitan dengan emosi, tingkah laku mampu melatih

jsensitiviti pelajar untuk menghasilkan reka bentuk mesra persekitaran.

20



Congak Ketinggian 11

Siling dan Tangga

Kalau kita masuk ke dalam mana-mana bangunan, perasan tak
ketinggian setiap ruang itu tidak sama? Contohnya kalau kita masuk ke
sesetengah kedai, ketinggian siling itu dianggarkan setinggi 2.8 meter ke 3
meter manakala kalau masuk ke muzium pula, ketinggian siling lebih tinggi
dua kali ganda kan? Ada sesetengah ruang macam lobi hotel
ketinggiannya kadang-kadang mencecah 4 meter. Ketinggian siling
dalam kelas kita pula kebiasaannya 2.6 meter.

Setiap ketinggian ruang dalam bangunan memberi kesan visual yang
berbeza mengikut fungsi ruang tersebut. Jadi, selaku pengguna yang turut
belajar bidang seni bina ini, kita dapat menilai kesesuaian ketinggian
ruang-ruang bagi bangunan yang kita masuk. Berdasarkan pengalaman
kita mencongak anggaran ketinggian inilah akan membolehkan kita
menilai dengan baik serta membuat reka bentuk ketinggian ruang yang
bersesuaian dengan keperluan serta memenuhi fungsi bagi ruang
tersebut. Jadi, masuk saja ke mana-mana ruang, dongak dan anggarkan
ketinggian. Lama-lama kita akan dapat membuat anggaran yang hampir
tepat dengan ketinggian sebenar siling tersebut.

Selepas itu barulah mudah untuk pelajar menganggar dan mengira
jumlah anak tangga yang bersesuaian mengikut ketinggian pula.
Ketinggian dan lebar anak tangga sudahpun ditentukan minimum serta
maksimumnya dalam UBBL, nanti pelajar cuba cari dan boleh ingat
sampai bila-bila kerana ia juga asas utama yang dalam bangunan

jbertingkat.

22



UBBL dan Garis 12

Panduan Perancangan

Pelajar seni bina memang biasa dipaksa untuk menyemak keperluan
undang-undang kecil bangunan seragam atau lebih glamour dengan
nama Uniform Building By-Laws (UBBL) bersama dengan garis panduan
perancangan dan piawaian. UBBL dan buku garis panduan perancangan
ini kiranya sudah jadi macam buku teks rujukan untuk pelajar seni bina di
Malaysia kerana arkitek pun akan menggunakan UBBL dan garis panduan
perancangan sebagai panduan mereka bentuk. Berapa jumlah minimum
parkir? Berapa nilai kiraan pencahayaan? Berapa saiz lebar minimum
bagi tangga? Apakah keperluan bomba? Berapa bukaan standard bagi
laluan jalanraya dan sebagainya semua akan dirujuk terlebih dahulu di
dalam UBBL sebelum menghasilkan reka bentuk yang bersesuaian.

Sebagai contoh, garisan anjakan bangunan atau Building Setback
adalah salah satu perkara yang pelajar seni bina perlu tahu. Setiap jenis
kategori bangunan ada garis panduan untuk kita ikut supaya kelulusan
majlis atau kebenaran membina dapat diperolehi. Kalau kita diberi
tugasan mereka bentuk rumah banglo, tapak diberikan bersaiz 25 meter x
30 meter, anjakan bangunan ke bahagian dalam untuk tapak rumah
adalah 20 kaki (6096 mm) dari sempadan tanah arah jalan masuk
hadapan dan 10 kaki (3048 mm) untuk setiap sisi tepi dan belakang.
Unjuran bumbung dibenarkan melebihi setback tetapi tidak boleh
melebihi 2 kaki setengah (762 mm). Jadi, semua binaan berdinding kekal
perlu berada dalam kawasan anjakan bangunan yang dibenarkan
pembinaan dibuat. Pelajar boleh juga menyemak saiz anjakan bangunan
bagi jenis bangunan yang lain melalui garis panduan dan piawaian
perancangan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan
Desa mengikut negeri masing-masing.

24



Sketchbook 13

Setiap pelajar seni bina perlu membiasakan diri melukis, menconteng,
melakar, mewarna, mencatat, dan pelbagai lagi aktiviti yang
berkaitan dengan lukisan. Boleh saja kalau nak conteng pada apa saja
jenis kertas, namun lebih praktikal kalau dilukis dalam buku conteng atau
sketchbook masing-masing. Sketchbook ini sememangnya salah satu item
wajib bagi kursus grafik dan untuk setiap semester digalakkan untuk
pelajar konsisten memiliki sketchbook sebagai medium mengasah
kemahiran melukis.

Pelajar sendiri akan dapat merasai sendiri perbezaan kemampuan melukis
yang semakin baik dan meningkat dari hari ke hari jika pelajar istiqomah
secara berterusan melukis, melakar dan menconteng dalam buku
tersebut. Nak lakar apa? Ahh..apa-apa sahaja yang disukai. Cumanya
kalau kita nak latih tangan dan jari, elok kita lembutkan dahulu dengan
melukis objek organik seperti tumbuhan, haiwan dan manusia. Kemudian
kita cuba lakarkan pula objek berbentuk seperti perabot, kereta,
bangunan dan lebih baik apabila kita sudah semakin berani untuk
melakarkan gambaran ruang yang memiliki komponen persekitaran yang
lengkap. Jangan lupa, elemen paling penting selepas membuat lakaran
ialah kita boleh melukis bebayang (shadow) untuk memberi nilai tambah
pada rupabentuk lakaran kita untuk kelihatan lebih hidup.

26



Perisian Komputer 14

dan Aplikasi Terkini

Kebiasaannya, pelajar seni bina yang mendapat pendedahan awal
kepada perisian komputer serta aplikasi terkini yang digunakan dalam
bidang seni bina akan lebih menonjol dan cemerlang apabila berada di
semester akhir kelak. Contohnya pelajar belajar 3D dan animasi semasa di
semester 3, pelajar akan banyak bereksperimentasi dengan kemampuan
perisian tersebut semasa di semester 3. Apabila pelajar masuk ke semester
4 dan 5, dengan mudah masing-masing dapat menunjukkan kemahiran
rendering yang superb, bombastik dan meletop sampaikan ada
pensyarah pun rasa tak percaya itu adalah hasil kerja pelajar sendiri.

Lumion, Enscape, Twinmotion, Sketchup, Revit, Coohom, Adobe

Photoshop, Canva, Kinemaster, Filmora, Camtasia dan banyak lagi jenis

perisian yang boleh digunakan seiring dengan kehendak semasa.

Bayangkan kalau pelajar mendapat pendedahan berkenaan perisian

berbantu komputer yang terkini dengan lebih awal secara personal di

semester 1 dan 2, pastinya di semester 3 itu sudah mampu menunjukkan

kualiti reka bentuk dan rendering yang berkualiti. Terdapat juga

perkhidmatan aplikasi mereka bentuk yang tidak lagi memerlukan pelajar

untuk install ke dalam komputer masing-masing tetapi hanya

menggunakan web browser sahaja. Lebih mudah, pantas dan tidak perlu

bergantung kepada spesifikasi komputer yang terlalu tinggi. Namun,

kebanyakannya merupakan perkhidmatan berbayar langganan secara

bulanan dan tidak semua pelajar mampu melanggan perkhidmatan

yang mahal-mahal. Walau bagaimanapun, cukuplah kalau

menggunakan versi percuma atau setakat trial version kerana kita masih

belajar. Kalau ada versi untuk education, boleh juga cuba langgan.

Mungkin ada beberapa features yang memberi kelebihan dan sesuai

dengan kemampuan pelajar. 28



Tutorial di Internet 15

Untuk setiap jenis tugasan ataupun apa sahaja perkara melibatkan DIY,
semestinya channel youtube menjadi pilihan pelajar yang cemerlang
untuk dirujuk terlebih dahulu sebelum bertanyakan kepada orang lain.
Hatta kalau melibatkan perihal membaiki komputer yang dimasuki virus,
membetulkan setting, installation dan troubleshoot masalah komputer
semuanya ada dikongsi di Youtube. Seni bina bukanlah kursus yang
meletakkan Lecturer-Oriented sebagai keutamaan tetapi ia bersifat
Student-Oriented.

Iya, betul, kalau semua boleh dapat di youtube, buat apa mendaftar

auntuk belajar di institusi? Bukanlah maksud untuk menidakkan

pembelajaran formal kerana yang itu berkaitan kursus yang diambil

mengikut sukatan pelajaran yang ditetapkan. Tetapi, perkembangan ilmu

hari ini sangat pantas. Seiring kemampuan teknologi yang berevolusi

hampir setiap hari, tidak menjadi kesalahan untuk pelajar menimba ilmu

baharu melalui internet kerana ilmu itu turut berguna untuk kita.

Lagipun, perkara seperti baikpulih komputer atau cara format hard disk
komputer tiada dalam sukatan pelajaran. Namun adalah bonus jika
pelajar tahu untuk membaikinya sendiri. Bukan sahaja boleh menjimatkan
duit malahan boleh membuat job sampingan untuk mendapat duit
tambahan. Jangankan pelajar, pensyarah yang mengajar juga banyak
merujuk kepada kandungan terkini di internet seperti di Youtube dan
sebagainya dalam memastikan pelajar menerima pengetahuan terbaru
berkaitan apa yang dipelajari.

30

BE A PROBLEM SOLVER
NOT A PROBLEM MAKER

Penyelesaian 16

Masalah

Minda pelajar seni bina ini selalunya orang akan sebut sebagai kreatif
berkarya, idea melimpah-limpah, sarat dengan reka bentuk yang
canggih, hebat dan sebagainya. Namun, yang paling utama untuk
pelajar pelajari dan kuasai dari kursus-kursus yang diambil ini bukanlah
semata-mata pada hasil kerja yang bagus dan impresif tetapi ia adalah
berkenaan penyelesaian masalah.

Setiap perkara yang dipelajari dalam kursus reka bentuk dan lain-lain
kursus memang akan membincangkan mengenai permasalahan. Apabila
pelajar membuat reka bentuk yang cantik sememangnya
mengkagumkan, tetapi adakah idea-idea yang dicadangkan itu dapat
menyelesaikan masalah-masalah yang berbangkit? Selain daripada
memberi cadangan reka bentuk yang bersifat nilai estetik, reka bentuk
tersebut juga perlu berpotensi menyelesaikan permasalahan bagi tapak,
rekaan bangunan dengan ruang dan sebagainya.

Pelajar juga harus menyelesaikan permasalahan melibatkan kehidupan
seharian pelajar sendiri. Seperti contohnya, jika tidak sempat menyiapkan
tugasan, maklumkan kepada pensyarah dan cuba mohon untuk
kebenaran menghantar walaupun terlewat. Belajar untuk mengatasi rasa
takut, malas dan perasaan nak melarikan diri dari menghubungi
pensyarah untuk maklumkan sebab-sebab kelewatan. Kena berani untuk
berhadapan dengan realiti. Selesaikan masalah dan bukan lari dari
masalah. Bila tindakan menyelesaikan masalah sudah sebati dengan
pemikiran pelajar, corak pemikiran ini jugalah yang akan sentiasa
mempengaruhi tindakan serta penentuan keputusan bagi pelajar
menyampaikan idea reka bentuk yang mampu menyelesaikan masalah.

32



Prinsip dan Elemen 17

Reka Bentuk

Prinsip dan elemen reka bentuk adalah perkara yang paling asas
dipelajari dalam kelas Design Studio. Pelajar akan menggunakan rujukan
paling utama iaitu buku Form, Space and Order yang dikarang oleh
Francis D.K. Ching. Prinsip dan elemen bagi reka bentuk ni sentiasa ada di
sekeliling kita. Asas elemen seperti point, line, plane dan volume.
Manakala prinsip reka bentuk pula adalah seperti emphasis, movement,
pattern, repetition, proportion, rhythm, variety, unity, axis, symmetry,
assymmetry, hierarchy, datum, transformation, balance dan pelbagai lagi.
Pembelajaran tentang prinsip dan elemen ini menyeronokkan. Ia ibarat
membuka penglihatan mata kita untuk menilai komposisi bentuk, ruang
dan persekitaran melalui elemen dan prinsip tertentu. Biasanya selepas
kita menghayati prinsip-prinsip dan elemen reka bentuk ini, kita akan
sentiasa menghargai setiap permandangan dengan mencari-cari
apakah elemen serta prinsip yang boleh kita perhatikan melalui
permandangan tersebut.

34



Berangan-angan 18

Benda paling best dalam dunia ini adalah berangan-angan kan?
Berangan untuk menjadi kaya, berangan untuk menjadi VVIP, bila
berjalan masuk dalam bangunan macam mana, berangan nak rumah
yang ekslusif, berangan nak pergi bercuti ke tempat yang cantik, damai
dan menenangkan... Ya, beranganlah perkara paling membuang masa
kalau hanya sekadar berangan tanpa usaha. Tidak bagus sebenarnya
hanya berangan-angan sebab boleh menjadi lalai dan dibuai perasaan
yang jauh dari realiti.

Tapi... untuk pelajar seni bina, berangan-angan dalam kursus reka bentuk,
kursus CADD, 3D dan multimedia pula amat dituntut ya. Lagi baik apabila
proses berangan tersebut diselang-seli dengan memegang sebatang pen
atau pensil sambil menggambarkan angan-angan tersebut dan
diterjemahkan ke dalam bentuk visual. Bertambah baik lagi apabila
angan-angan melayang bak layang-layang tetapi talinya tidak terputus.
Kawalan masih ada dan kita yang menguasai minda angan-angan
tersebut.

Lihat para arkitek terdahulu, mereka juga berangan-angan
(berimaginasi) dalam menghasilkan reka bentuk bagi memenuhi
kehendak client. Jadi, sediakan secawan kopi, duduklah sorang-sorang di

Itempat yang tenang dan jom berangan.

36



Miliki 19

Printer Sendiri

Walaupun sekarang ini zaman kelas online memang jarang
menggunakan printer dan kebanyakan tugasan semua dihantar secara
softcopy, namun untuk sesetengah perkara pula lebih mudah dengan
hardcopy seperti untuk menyemak ketebalan garisan bagi tugasan
Working Drawing 2, Design Studio dan sebagainya. Ada juga tugasan-
tugasan tertentu yang memerlukan pelajar untuk mencetak terlebih
dahulu borang, dokumen atau apa sahaja yang berkaitan dengan kursus
yang diambil. Paling tidak pun, pelajar akan memerlukan sebuah printer
untuk urusan peribadi sendiri. Jadi, adalah amat digalakkan untuk pelajar
seni bina memiliki printer sendiri.

Sebelum membeli printer, lebih elok sekiranya membuat survey terlebih
dahulu. Kalau boleh, carilah printer yang harga ink topup bottle yang
lebih murah dan berbaloi serta menawarkan kualiti cetakan yang baik.
Biasanya printer inkjet bersaiz A4 berharga lingkungan RM 200 ke RM 400
sudah cukup baik. Kalau dapat membeli printer yang ada scanner
sekaligus pun lagi bagus. Lebih mudah kalau kita nak mengimbas
dokumen-dokumen seperti sijil, borang dan sebagainya. Percayalah,
sangat berbaloi kalau pelajar dapat memiliki printer sendiri.

38



Fahami Laluan 20

Menjadi Arkitek

Belajar seni bina ini sememangnya laluan untuk menjadi seorang arkitek.
Selalu tak tengok dekat TV cerekarama dengan filem yang ada adegan
lakonan melibatkan arkitek? Seronok kan tengok gaya hidup seorang
arkitek yang glamourous? Tetapi, janganlah mudah tertipu. Arkitek
memang bergaya masa nak pergi present untuk mendapatkan projek,
tapi hari yang kena workout untuk menyiapkan tugasan pula biasanya
serabut dan serabai. Penat sebenarnya nak memerah otak untuk
menyempurnakan segala dokumen dan perancangan sambil melayan
karenah-karenah melibatkan urusan kerja. Namun, setimpal dengan hasil
yang diperoleh dan kerjaya seorang arkitek ini tetap menjadi dambaan
ramai orang walaupun tahu kesukaran yang perlu ditempuh sebelum

Bbergelar seorang arkitek.

Jadi, pelajar yang bercita-cita untuk menjadi seorang arkitek perlu
mengambil tahu serba sedikit laluan yang membawa kepada impian
tersebut. Tidak kisah di mana anda bermula, janji sampai ke garisan
penamat. Ada pelajar yang bermula dengan sijil pelukis pelan, kemudian
mengambil diploma berkaitan seni bina, dan kemudiannya menyambung
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Seni Bina (part 1) dan di ikuti dengan
Ijazah Sarjana Muda Seni Bina (part 2). Ada juga sesetengah universiti
yang menawarkan Sarjana Seni Bina (part 2). Setelah tamat (part 2) dan
bekerja dalam bidang, lengkapkan item-item yang diperlukan dan
memenuhi syarat Lembaga Akitek Malaysia (LAM) melalui ujian lisan dan
bertulis. Setelah lulus ujian tersebut, maka dapatlah gelaran Ar. (Part 3)
untuk melengkapkan perjalanan mencapai cita-cita menjadi seorang
arkitek.

40



Kerjaya Alternatif 21

Selain Arkitek

Tak semestinya kita belajar bidang seni bina membawa kita menjadi
seorang arkitek semata-mata. Ada ramai juga graduan seni bina yang
tidak memilih kerjaya yang berkaitan dengan bidang seni bina, namun
sedikit sebanyak ilmu yang diperoleh semasa pengajian dapat
dipraktikkan dalam bidang kerjaya alternatif lain. Contohnya,
videographer, choreographer, photographer, illustrator, painter,
landscaper, product designer, lecturer, producer dan pelbagai lagi.

Namun, ada juga bekas graduan yang bekerja sebagai penjual
kenderaan, ejen takaful dan insuran, peniaga pasar malam, dropshipped,
penasihat kewangan, penasihat kesihatan, pramugari, pelakon dan yang
menjadi pengurus ladang pun ada. Ini menunjukkan graduan seni bina
bukan sahaja terhad kepada kerjaya tertentu sahaja, malahan boleh
tapau apa sahaja bidang yang sebenarnya merupakan minat sebenar
sewaktu mereka menjadi pelajar seni bina. Namun, atas faktor ingin
menamatkan pengajian dengan menjadi graduan seni bina tidak
menghalang mereka untuk menceburi bidang yang berbeza setelah
tamat pengajian. Begitulah juga dengan anda semua. Bila tamat belajar
nanti, janganlah terlalu memilih bidang pekerjaan. Mana tahu kalau-kalau
bidang kerjaya tersebut akan membawa kejayaan besar kepada anda.
Dan pastinya apa sahaja kerja yang dibuat, lakukanlah ia dengan ‘jiwa’
serta motivasi seperti seorang arkitek yang bersungguh-sungguh.

42


Click to View FlipBook Version