Saiz dan 22
Jenis Kertas
Saiz kertas ni kalau dah hari-hari ulang sebut memang boleh sampai
terhafal saiz dalam ukuran mm. Penting untuk pelajar seni bina tahu saiz
kertas sebab bila dah kerja nanti memang sentiasa akan terlibat dengan
cetakan plot bagi lukisan yang bersaiz selain A4 seperti A3, A2, A1 dan A0
bergantung kepada keperluan dan kesesuaian saiz lukisan. Jadi sewaktu
menjadi pelajar seni bina ini, memang pelajar akan dibiasakan dengan
membuat lukisan persembahan menggunakan kertas yang pelbagai saiz
kerana melibatkan skala projek yang pelbagai. Oleh itu, nak setting saiz
lukisan dalam AutoCAD, Layout SketchUp, Photoshop dan sebagainya
akan jadi lebih cepat dan mudah apabila pelajar dah terbiasa
mengingati saiz ukuran kertas.
Begitu juga dengan jenis kertas yang perlu pelajar seni bina tahu. Paling
asas, pelajar seni bina perlu tahu butter paper, tracing paper dan
cartridge paper. Ada juga beberapa lagi jenis kertas yang pelajar perlu
ambil tahu. Contohnya, apabila menggunakan marker colour, kertas
yang licin dan tidak menyerap dakwat itu lebih baik, manakala kalau
mewarna menggunakan warna air, dapatkan watercolour paper yang
biasanya lebih tebal untuk hasil yang lebih kemas.
44
Bahan Binaan 23
Banyakkan memerhati jenis bahan yang digunakan dalam membuat
binaan bangunan. Kalau sebelum menjadi pelajar seni bina, kita mungkin
tahu nama bahan binaan secara umum seperti, simen, bata, pasir, kaca,
plastik, besi dan sebagainya. Tetapi apabila sudah menjadi pelajar seni
bina, kita akan mendalami dengan lebih lagi berkenaan kategori bahan
tersebut serta kelebihan dan kekurangannya. Secara asasnya, ambil tahu
juga siapa pembekal produk tersebut, berapa harga pasaran semasa dan
berbaloi untuk digunakan bagi projek apa. Contohnya, bila kita sebut besi
dalam binaan bangunan. Ada pelbagai jenis besi yang digunakan
mengikut kesesuaian komponen bagi sesuatu projek seperti alloy, carbon,
stainless steel, steel rebar dan sebagainya.
Apabila bangunan telah siap dibina sepenuhnya, salah satu nilai
kecantikan pada bangunan tersebut datangnya dari bahan binaan itu
sendiri. Tekstur permukaannya, sifat warnanya dan kegunaannya akan
menimbulkan kesan visual serta nilai estetika yang memberi kepuasan
kepada pengguna. Bahan kemasan akhir seperti kemasan lantai dan
siling memberikan mood kepada pengguna bila memasuki sesuatu ruang.
Pemilihan kemasan dinding yang bersesuaian juga menaikkan mutu kualiti
ruang. Pengguna kepada bangunan yang mempunyai pelbagai variasi
kemasan akhir biasanya tidak cepat bosan kepada persekitaran ruang
tersebut. Jadi, sebagai seorang pereka bentuk, pilihlah bahan binaan
yang bersesuaian bagi menghasilkan mood dan kesan yang baik kepada
penggunanya.
46
Konsep,dan Tema 24
Reka Bentuk
Konsep dan tema jarang ditekankan kepada pelajar diploma seni bina
tetapi lebih ditekankan kepada pelajar seni bina part 1. Namun
pendedahan awal kepada pelajar diploma boleh memberi pengetahuan
tambahan yang amat berguna. Apa yang dapat disimpulkan, konsep
kepada sesuatu reka bentuk itu boleh terdiri dari penggayaan (style), imej
(image) dan juga metafora (metaphor).
Bila disebut tentang gaya seni bina, ia merujuk kepada penggayaan
tertentu mengikut zaman dan tempat seperti modern, gothic,
neoclassical, art deco, postmodern, victorian, tudor, colonial, vernacular,
brutal, prairie school, deconstructivism dan banyak lagi di mana pelajar
boleh melihat ciri-ciri setiap gaya itu berbeza dan unik. Imej pula biasanya
membawa gambaran bagi sesuatu tempat kepada reka bentuk kita,
contohnya imej suasana Bali pada ruang kolam renang rumah kita yang
berada di Subang Jaya, Selangor. Manakala metafora ini sesuatu yang
tidak semestinya mempunyai rupa untuk dijadikan inspirasi. Contohnya
konsep reka bentuk kita bertemakan ‘taman mimpi’. Taman tersebut tidak
terhad kepada rupa bentuk taman permainan, taman bunga, taman
rekreasi atau apa sahaja, dan mimpi pula adalah perkara yang bukan
objek, maka metafora tersebut mengibaratkan kiasan kepada karya yang
omenginspirasikan ‘taman mimpi’ sebagai konsep reka bentuk.
48
Alatan Melukis 25
dan Mewarna
Bagi kursus grafik, lukisan kerja dan reka bentuk memang memerlukan
pelajar seni bina untuk menggunakan alatan melukis dan mewarna yang
bersesuaian seperti T-square, set square, jangka lukis, protractor, pensil
warna, marker, water colour, berus mewarna, drafting pen, felt-tip pen, set
pensil kayu dan pelbagai lagi. Namun, pelajar tidak semestinya perlu
membeli peralatan yang baru untuk semua item tersebut. Jika ada kenal
dengan pelajar senior, bolehlah beli secondhand dengan harga yang
lebih murah dan berbaloi.
Alatan melukis ni masih menjadi kepentingan untuk pelajar di semester 1
dan 2 sebagai pendedahan awal untuk mengasah kebolehan asas reka
bentuk pelajar menggunakan kaedah manual sebelum pelajar diajar
dengan penggunaan komputer untuk menghasilkan lukisan kerja serta
lukisan persembahan bermula di semester 3 kelak. Rasional penggunaan
alatan melukis dan mewarna ni adalah sebahagian daripada keperluan
sukatan pelajaran. Selain itu, penggunaan kaedah manual di peringkat
awal dalam kursus grafik dan lukisan kerja dapat melatih stroke tangan-
tangan bakal arkitek.
50
Deadline 26
Setiap tugasan yang diberi ada tarikh akhir untuk pelajar siapkan dan
hantar bagi melayakkan pelajar mendapat markah yang selayaknya.
Perkara ini adalah normal dalam setiap pengajian pelajar. Apabila sudah
bekerja pula, kita akan terikat dengan tarikh akhir penghantaran tender
masuk projek dan sebagainya. Sebarang permohonan atau
penghantaran selepas tarikh adalah tidak diterima. Jadi, hal ini melatih
pelajar seni bina untuk memastikan tugasan dapat disiapkan sebelum
tarikh akhir penghantaran atau lebih mudah disebut deadline.
Walau bagaimanapun, situasi ini bergantung kepada budi bicara
pensyarah juga. Sekiranya pelajar tidak sempat juga untuk menghantar
tugasan sebelum atau pada tarikh yang telah ditetapkan, maklumkan
kepada pensyarah dan hantar juga tugasan anda walaupun sedikit
terlewat kerana mungkin pensyarah anda boleh menerima alasan yang
diberikan dan memberi markah untuk tugasan tersebut. Mungkinlah kena
tolak sikit markah bagi memberi keadilan kepada pelajar yang lain, tetapi
qitu lebih baik dari langsung tak ada markah.
52
citer citer
Korea Korea
best la.. bosan
best woo.. aa..
Terbuka dalam 27
Berkomunikasi
Terdapat tugasan kerja berkumpulan bagi kursus-kursus dalam program
seni bina ni dan ini adalah amalan biasa terutamanya tugasan
melibatkan kajian kes dan analisis tapak. Markah bagi kerja berkumpulan
juga diberi secara keseluruhan ahli kumpulan melainkan kalau memang
ada ahli ‘lelap’, maka markah pelajar yang tidak membuat kerja ini
memang akan ditolak juga. Kerja berkumpulan memerlukan kerjasama
dan komunikasi yang baik sesama ahli kumpulan. Jangan risau kalau kita
tidak berkawan rapat dengan ahli kumpulan kita. Bayangkan masa kita
bekerja nanti, bukan semua rakan sepejabat itu kita akan kenal dan
rapat. Asalkan kita tahu skop tugas kita dan kita buat sehabis baik untuk
memastikan tugasan tersebut berjaya disiapkan bersama-sama. Kunci
kepada kejayaan kerja berkumpulan hanyalah pada keterbukaan dalam
berkomunikasi. Komunikasi yang terbuka akan memudahkan semua ahli
dalam memahami peranan masing-masing dalam menyiapkan tugasan
secara saksama dan sempurna.
Begitu juga komunikasi dengan pensyarah. Tidak semua pensyarah
mempunyai pendapat yang sama kerana seni bina ini subjektif, terpulang
kepada pelajar untuk menerima pendapat yang mana satu jika berkaitan
komen atau kritikan berkaitan reka bentuk. Kritikan tidak akan
melemahkan apabila kita menerimanya dengan baik. Ambil yang positif,
raikan perbezaan pendapat kerana itulah keunikan dalam berkarya.
Perasan tak? Adakalanya yang cantik di mata kita terlihat biasa di mata
orang lain, namun akan ada yang bersependapat dengan kita. Jadi,
terimalah dengan terbuka atas apa yang disampaikan oleh orang lain.
54
Studio 28
Disebabkan Covid 19 dan PKP, kita terpaksa buat kelas secara dalam
talian. Bila dah kembali normal, pelajar seni bina akan masuk ke studio
lukisan bagi kursus tertentu melibatkan tugasan yang berkaitan dengan
lukisan. Kenapa dipanggil studio? Sebab studio bukan kelas, studio juga
bukan bilik syarahan, bukan bilik komputer, bukan bilik syarahan. Iya, kita
panggil studio sebab disitulah tempatnya semua pelajar seni bina
berkarya.
Projek reka bentuk bagi kursus Design Studio dan lukisan kerja bagi
Working Drawing merupakan kursus teras yang paling penting untuk
pelajar fokus. Jadi, pelajar seni bina banyak meluangkan masa
menyiapkan tugasan di studio. Studio biasa bersepah dengan mock-up
model, crit drawing, gumpalan kertas-kertas yang pelajar lukis tapi
dikoyakkan, alatan-alatan membuat lukisan dan model, itu normal.
Cuma, pada hari persembahan atau presentation, studio automatik akan
dikemaskan oleh pelajar dan dihias dengan cantik-cantik untuk
mempamerkan lukisan pelajar.
Studio ini ibarat rumah pertama bagi pelajar seni bina. Makan, tidur dan
menyiapkan tugasan, crit serta present kepada pensyarah dan rakan-
rakan, discussion dan banyak lagi aktiviti dalam studio ni. Cuma, atas
beberapa kekangan, tidak semua institusi membenarkan pelajar untuk
stay up di studio lagi. Ada yang hanya membenarkan pelajar untuk
berada di studio sehingga jam 7 malam sahaja, itu pun dah cukup okey
untuk pelajar buat kerja. Jadi sekiranya institusi membenarkan pelajar
menggunakan studio sehingga jam 7 malam, rancanglah sebaiknya masa
jmasing-masing. 56
Crit Session 29
Sesi crit merupakan sesi yang disukai oleh sesetengah pelajar seni bina
sebab inilah masanya pelajar boleh kongsikan buah fikiran dan idea-idea
yang terpendam di dalam kepala masing-masing. Tambahan lagi bila
pelajar tersebut sudah bersedia dengan lukisan-lukisan yang hendak
ditunjuk untuk dikomen oleh pensyarah dan kawan-kawan, pastinya sesi
crit akan menjadi sesi yang sangat memberi input dan menarik. Sesi crit ini
macam sesi kritik untuk mendapatkan komentar orang lain terhadap idea
serta reka bentuk kita. Sesi crit ini menyeronokkan sebab tidak ada
jawapan betul atau jawapan salah bagi reka bentuk kerana ia subjektif,
cuma setiap pandangan dan komen dari pensyarah dan rakan pelajar
lain amat berguna untuk diambil berat dan difikirkan.
Lukisan yang ditunjukkan sewaktu sesi crit bukanlah lukisan akhir yang
kena render, post-editing dan sebagainya, cukup sekadar menepati
keperluan asas seperti mengikut skala, lengkap dengan simbol bagi
komponen utama, ada penerangan ringkas tentang ruang-ruang
mengenai bahan yang sesuai digunakan. Boleh juga diterangkan perkara
melibatkan tema dan konsep, agar tidak bercanggah dengan
kesesuaian projek. Crit bukan bertujuan menghentam, tetapi membantu
pelajar untuk memperkuat intipati reka bentuk agar selari dengan
praktikaliti, keperluan projek serta menepati garis panduan piawaian
perancangan sesebuah bangunan. Pelajar juga janganlah terkejut dan
bersedih kalau kena tukar design atau redo tugasan yang diberikan
kerana itu juga sebahagian dari pembelajaran.
58
Model 30
Pelajar seni bina perlu membiasakan diri menggunakan peralatan
membuat model seperti pisau, pembaris besi, cutting mat, gam, pita
pelekat, pelbagai jenis model board, balsa wood serta pelbagai lagi.
Model pun ada beberapa jenis, kalau final model dikira kategori model
untuk dipersembahkan kepada tatapan umum, senang cerita macam
yang kita selalu jumpa di booth jualan rumah di pasaraya. Manakala
model yang dibuat semasa progress study ini dikira sebagai kategori
mock-up model. Mock-up model ini tidak perlu cantik macam nak
dipamerkan kepada umum, cukup sekadar menunjukkan rupa bentuk,
ruang-ruang yang perlu, atau pelajar nak tunjuk shadow effects pada
kedudukan dinding dan sebagainya, bolehlah gunakan mock-up model.
Apabila menghasilkan model, pelajar juga perlu tahu teknik memotong
board dengan baik supaya kemas. Pelajar juga kena pandai
menganggarkan jumlah lekatan gam supaya tidak meleleh dan
menjadikan model kita comot. Paling asas juga, kena pandai patahkan
mata pisau supaya model yang dihasilkan cantik kerana pisau
pemotongnya sentiasa tajam. Syarat wajib pula kalau nak memotong,
pastikan di atas cutting mat, jangan potong atas meja tanpa dilapik
wcutting mat, nanti rosak meja.
60
Kombinasi Warna 31
Setiap tahun, pengeluar cat akan keluarkan katalog warna dan turut
memberi tunjuk ajar bagi mendapatkan kombinasi warna pilihan serta
memilih warna tertentu sebagai pilihan warna tahunan berdasarkan
pembelian cat warna tertinggi. Terdapat juga kaji selidik pilihan warna
kegemaran berdasarkan pemilihan orang awam. Jadi, pelajar seni bina
tidak perlu risau jika tidak pandai membuat kombinasi sendiri warna-
warna untuk ruang dalaman atau bangunan itu sendiri kerana kita boleh
merujuk kepada katalog-katalog sedia ada. Tambahan lagi, ada
pelbagai jenis aplikasi serta laman web yang turut boleh digunakan
dalam membantu pelajar mengenal nama warna, padanan warna
bersesuaian dalam menghasilkan sebuah reka bentuk ruang yang
menarik.
Pelajar juga digalakkan untuk berlatih menghasilkan tona warna melalui
gabungan warna menggunakan medium water colour. Ini adalah aktiviti
menyeronokkan. Kita boleh membuat eksperimen mencampurkan warna-
warna ini untuk mendapatkan warna lain dengan merujuk kepada
lingkaran warna atau colour wheel. Tapi, jika pelajar mempunyai masalah
dengan penglihatan dalam mengenalpasti warna (colour blind) ini akan
sedikit menyukarkan pelajar untuk meneruskan pengajian bidang seni
bina. Bergantung kepada sejauh mana kemampuan pelajar untuk survive,
namun jika pelajar rasa tertekan, tidak perlu paksa diri untuk teruskan
kerana masih ada bidang lain yang bersesuaian dan tidak memerlukan
upelajar untuk menguasai perihal warna.
62
Analisis Tapak 32
Apabila pelajar mendapat projek reka bentuk, pelajar akan turut diberi
taklimat berkenaan analisis tapak atau site analysis. Analisis tapak ini
ibarat pemula kepada projek, kita kena tahu dulu lokasi projek kita, siapa
pemiliknya, berapa keluasannya, apa yang ada di sekitarnya, dan
pelbagai lagi persoalan berkaitan analisis tapak yang perlu kita dapatkan
jawapan. Kebiasaannya kerja analisis tapak ini dilakukan secara
berkumpulan.
Antara data yang penting yang perlu diperolehi oleh pelajar ketika
menjalankan kajian analisis tapak adalah berkenaan pengaruh iklim
terhadap tapak, konteks sekitar seperti kejiranan, perkhidmatan, adat
setempat, pencemaran melibatkan bau dan bunyi, pandangan dari luar
ke dalam serta dari dalam tapak ke luar yang dari sudut utama seperti di
simpang jalan dan sebagainya.
Analisis tapak bertujuan untuk merekod atau mendokumentasi inventori di
tapak serta membuat analisis berdasarkan informasi yang diperoleh untuk
membolehkan pelajar membuat sintesis ringkas. Berdasarkan analisis dan
sintesis inilah kemudiannya dirujuk oleh pelajar untuk menghasilkan reka
bentuk yang boleh memaksimakan kelebihan tapak dan menambahbaik
yreka bentuk dan persekitaran tapak cadangan.
64
Jiwa 33
Ini berkenaan bab hati. Kalau minat bidang seni bina hanya pada mulut,
lebih baik jangan teruskan dengan bidang ini sebab lama-kelamaan,
minat tersebut akan terpadam dengan cabaran-cabaran mendatang.
Sebenarnya, kehidupan seorang pelajar seni bina ini tidak indah sangat
pun, penat dan kadang-kadang timbul perasaan untuk undur diri kerana
tidak tahan dengan tugasan yang banyak, tidak tahan kena marah, iri
hati tengok kawan bidang lain tidak sibuk macam pelajar seni bina dan
macam-macam lagi.
Apa yang penting jiwa memang kena kental untuk celup kaki ke dalam
bidang seni bina ini. Ada ramai pelajar yang terhenti perjalanan sebagai
pelajar seni bina kerana masuk belajar atas desakan ibu bapa, terikut
dengan kawan dan sebagainya sedangkan pelajar itu sendiri tidak ada
hati untuk melukis sekali pun. Jadi, macam mana nak teruskan
tpembelajaran kalau hati tak selari dengan kehendak.
Namun ada
juga pelajar yang mula-mula benci dengan bidang seni bina, lama-lama
jatuh cinta pula. Ini pun soal hati, bila hati sendiri terbuka untuk terima
yang baik dan atasi yang lemah, sememangnya pilihan kehendak diri
amat berkait dengan semangat pelajar itu sendiri. Belajar seni bina bukan
setakat serah otak dan tangan sahaja untuk belajar tetapi kena serahkan
jjiwa sekali.
66
Multitasking vs 34
Single-tasking
Tak semua orang mampu multitasking kerana kalau silap langkah,
multitasking inilah yang merosakkan nilai produktiviti pada pelajar seni
bina. Multitasking kelihatan hebat apabila pelajar mampu menghasilkan
pelbagai tugasan dalam sesuatu masa. Tapi yang sebenarnya ia
hanyalah switch tasking yang mana kita membuat penukaran pelbagai
jenis tugas dalam masa yang pantas dan oppss... semestinya kualiti kerja
tersebut tidaklah sebagus membuat pekerjaan satu demi satu, tersusun,
terancang dan terkawal.
Bagi penulis, pelajar seni bina tidak semuanya berkebolehan dengan
multitasking ini. Kalau ingin menghasilkan sesuatu yang berkualiti, kita kena
kerja secara fokus dan bertumpu kepada sesuatu itu sebaik mungkin.
Contohnya kita menonton drama semasa membuat tugasan yang perlu
dihantar esok hari sambil memasak megi dan chatting di media sosial. Ya,
memang perkara seperti ini biasa kita buat, tetapi dapatkah kita
memastikan kualiti kerja atau tugasan yang kita buat itu paling terbaik
kualitinya? Tak apalah kalau kita jenis manusia single-tasking sekalipun,
asalkan kita fokus dan berazam untuk hasilkan setiap tugasan itu dengan
kualiti yang terbaik dan menepati masa, sudah memadai.
Ingat, seni bina bukanlah sesuatu yang menggalakkan kebolehan
multitasking, tetapi lebih mengutamakan kekemasan serta kualiti hasil
kerja yang bagus. Masa yang diluangkan untuk buat tugasan itu adalah
masa yang berkualiti, bertumpu pada kerja tersebut dan bukan buat
main-main atau sambil lewa.
68
Networking 35
Sesuatu yang sukar diterima tetapi itulah hakikatnya, pelajar seni bina hari
ini terlalu malu untuk berhubung dengan pelajar seni bina di lain institusi.
Mungkin nampak kekok, tetapi untuk kebaikan serta kepentingan
pembelajaran, kena wujudkan jaringan perhubungan sesama pelajar seni
bina walaupun berlainan semester, berlainan institusi atau berlainan
negara sekalipun. Ini dengan rakan batch yang sama pun boleh
bergaduh, macam mana nak survive atau mengharungi perjalanan
ndalam bidang seni bina ni dengan baik?
Okeylah, kalau terus nak berkawan dengan rakan lain institusi rasa
macam takut-takut, pelajar boleh mulakan dengan berkawan dengan
pelajar di semester lain dulu, dengan senior atau junior. Junior
kebiasaannya memanglah takut nak berkawan dengan senior, katanya
takut nanti dipergunakan, kena buli dan sebagainya. Rugilah macam tu,
sepatutnya kejar senior sebab mereka dah lalui apa yang junior-junior
bakal rasa, banyak ilmu dan kemahiran yang senior boleh tunjuk ajar
sebelum masuk ke kelas. Senior pun, rugi tak kejar junior, sekurang-
kurangnya boleh minta tolong junior bantu apa patut ketika terdesak, jual
peralatan dan buku-buku rujukan berkaitan kepada junior dengan harga
dmurah, kan lebih berbaloi daripada dibuang.
70
Portfolio 36
Bagi kursus Design Studio dan Working Drawing akan ada portfolio pada
setiap hujung semester, biasanya pada minggu peperiksaan kerana ia
merupakan salah satu kriteria yang menyerupai syarat peperiksaan akhir
tetapi dijalankan dalam bentuk portfolio. Portfolio ni adalah harinya
pelajar mempamerkan hasil kerja dalam bentuk ‘mini exhibition’ di studio
masing-masing. Ada juga inisiatif yang memerlukan pelajar menjalankan
portfolio di dewan dan sebagainya, namun formatnya tetap sama iaitu
pelajar perlu hadir pada hari portfolio tersebut kerana kegagalan untuk
hadir adalah bersamaan tidak hadir ke peperiksaan akhir yang
membawa kepada hukuman digagalkan bagi kursus tersebut.
Hari portfolio juga adalah hari perjuangan terakhir bagi kursus untuk
semester tersebut. Pelajar perlu meletakkan lukisan persembahan, model,
sketchbook dan segala progress bagi tugasan tersebut untuk
membolehkan pelajar dinilai markah yang diterima sama ada setimpal
atau tidak. Panel penilai akan memanggil pelajar yang ingin disoal dan
Mpelajar perlu sentiasa bersedia di luar studio. Kegembiraan adalah
setelah tamat portfolio, maka bolehlah pelajar menurunkan semula
semua lukisan dan mengemas studio sebelum meraikan tamat semester
bagi kursus dengan jamuan makan dan sebagainya.
72
Rajin Ambil Gambar 37
Satu masa dahulu, kamera merupakan sesuatu yang amat diperlukan
bagi pelajar seni bina, sayangnya harga yang agak mahal menyebabkan
tidak semua orang mampu untuk mengambil gambar. Hari ini, kamera
yang sangat berkualiti sudah berada bersama telefon bimbit. ‘Filem
kodak’ tidak lagi diperlukan untuk menyimpan gambar-gambar. Jadi
amatlah penting untuk pelajar seni bina untuk mengambil gambar bagi
memudahkan rujukan di kemudian hari.
Pelajar boleh mengambil gambar progress kerja membuat reka bentuk.
Pelajar juga boleh ambil gambar panorama bagi kajian tapak, ambil
gambar mock-up model sewaktu diletakkan dibawah bayang matahari
mengikut orientasi, pelajar boleh mengambil gambar bangunan
kegemaran sewaktu lawatan, ambil gambar permandangan indah dan
pelbagai lagi. Latih mata kita untuk mendapatkan sudut yang baik,
penataan cahaya yang bersesuaian dan komposisi gambar yang
memberi kesan. Ambillah juga gambar kenangan bersama rakan-rakan
seperjuangan terutamanya ketika berada di studio, lawatan bersama
atau ketika hangout bersama kerana ia juga akan menjadi sebahagian
dari sejarah hidup pelajar yang mahal untuk dikenang ketika dewasa
kelak.
Lepas rajin ambil gambar, kena rajin simpan juga ya. Letak di cloud
sebagai back-up, muatnaik di media sosial, simpan dalam harddisk, atau
boleh dicetak juga pilihan terbaik untuk dimasukkan ke album.
74
Competition,Workshop 38
dan Exhibition
Setiap tahun mesti akan ada pertandingan yang berkaitan seni bina
dianjurkan, diantaranya seperti pertandingan Asia Young Designer Award
(AYDA), Waste to Art, BIM Competition, begitu juga dengan Workshop
anjuran PAM. Exhibition yang tak patut kalau pelajar seni bina tak pergi
adalah Archidex dan banyak lagi. Pelajar seni bina berpeluang bertemu
dengan rakan baharu, mendapatkan informasi baharu, berkongsi idea
baharu melalui penyertaan pertandingan, workshop serta melalui
exhibition yang pastinya bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar
semasa bergelar pelajar, sehingga masuk ke alam pekerjaan pun aktiviti-
aktiviti seperti ini amat memberi impak positif.
Pelajar digalakkan untuk menyertai dan mewakili institusi ke acara yang
dianjurkan jika diberi peluang. Betul... pelajar sibuk dan terpaksa
utamakan tugasan-tugasan yang lebih penting dilaksanakan, namun
peluang untuk terlibat dengan dunia luar kursus kita ini juga merupakan
peluang untuk kita kenali seni bina dari sudut perspektif yang berbeza,
berkemungkinan juga jika kena pada cara dan ada rezeki, mungkin
tawaran kerja itu juga diperoleh melalui acara-acara ini.
Setiap kita memiliki 24 jam, hanya pada kebijaksanaan dan disiplin kitalah
yang menentukan sama ada kita mempunyai cukup masa atau tidak.
Sibuk itu pasti, mencari ruang lapang dicelah-celah kesibukan untuk
meluangkan masa bagi acara seperti inilah nikmatnya belajar dan
bbekerja dalam bidang seni bina ini.
76
RUJUKAN
1. Francis D. K. Ching. (2014). Architecture: Form, Space, & Order, 4th Edition,
Wiley.
2. Neufert (2019). Architects' Data. Wlley-Blackwell.
3. Frank Melendez. (2019). Drawing from the Model: Fundamentals of Digital
Drawing, 3D Modeling, and Visual Programming in Architectural Design, Wiley.
4. American Institute of Architects, Dennis J. Hall (Editor-in-Chief), (2016)
Architectural Graphic Standards, 12th Edition, Wiley.
77
TERUSKAN USAHA
SEMOGA BERJAYA
78
Sebuah perkongsian yang ditulis secara santai
mengenai beberapa perihal yang disusun
sebagai 38 perkara yang sangat penting untuk
pelajar seni bina tahu. Buku ini ditulis
berdasarkan pengalaman penulis yang pernah
menjadi pelajar seni bina selama 5 tahun dan
kemudiannya berkecimpung dalam industri
selama hampir 2 tahun sebelum memulakan
khidmat sebagai pendidik pada tahun
2008/2009. Berdasarkan pengalaman mengajar
pula, pelbagai karenah dan suka-duka
mengajar Diploma Seni Bina di Politeknik Sultan
Idris Shah (PSIS) menjadikan perkongsian ini
berkisar kepada keperluan yang pastinya
sangat penting untuk pelajar seni bina ambil
peduli. Semoga perkongsian ringkas ini
memberi manfaat kepada anda para
pembaca yang dikasihi.
BIODATA PENULIS
NUR SHUHADA BINTI HANAPI
Lulusan Sarjana Muda (Pengajian Seni Bina) (Kepujian),
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Pengalaman
berkhidmat di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) selama 13
tahun sebagai salah seorang pengajar Diploma Seni Bina
(DSB) bagi kursus Design Studio, Building Construction &
Materials, Architectural Drafting, Working Drawing,
Environmental Science dan CADD.
SHAHRIL KHAIRI BIN ABDUL SHUKOR
Merupakan Lulusan Sarjana Muda (Pengajian Seni Bina)
(Kepujian), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Pengalaman bekerja di industri selama 2 tahun, seterusnya
mengajar di KKTM Rembau hampir 2 tahun dan kini telah 10
tahun berkhidmat sebagai pengajar Diploma Seni Bina (DSB)
di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) bagi kursus Design Studio,
3D Modelling & Animation, Basic Engineering Survey dan
CADD.