KREATIF 10
ANOTHER 5 MINUTES PLEASE?
Nukilan : Linie Khairuddin
KRINGGGG!!!!
There goes the uninvited alarm…snooze another 5 minutes…
KRINGGGG!!!!!!!!!
Arrgghhh!! Can’t I just have another peaceful 5 minutes please?
What is the time now?
What day is today?
What plan do I have today?
Something special?
Don’t want to think of anything just another 5 minutes please?
Look at my little sister, still sleeping soundly
The room is still dark, must be dawn
Should I get up now?
But this cozy blanket of mine is tempting me
Don’t want to see anything just another 5 minutes please?
I hear school buses pass by my house
I hear my dad takes his bath
I hear my mom knocks on the door to wake me up
Should I get up now?
Don’t want to hear anything just another 5 minutes please?
135
I feel sleepy
I feel cozy
I don’t feel like waking up
Don’t want to feel anything just another 5 minutes please?
I’m tossing around
Thinking should I get up now?
Hugging my teddy tighter
Hears the radio is on (must be my dad)
And I still feel sleepy
Should I get up now?
Don’t want to do anything just another 5 minutes please?
Okay, 5 minutes are gone
Time to wake up and start a brand new day!
136
KREATIF 11
NUTRITIONAL FRIENDS
Nukilan : Linie Khairuddin
Ever heard of nutritional friends?
Friends also have nutritional facts
Carbohydrate as the base of friendship
Protein to make it last forever
Calcium to make it stronger
Vitamins to cure loneliness and moody
Iron and folate as the bodyguard
And what’s more
Nutritional friends
Cholesterol and bromate free!
137
KREATIF 12
JASA
Nukilan : RJ
Suatu waktu dahulu
Takbir bergema syahdu
Tika ayah menyambut kelahiranku
Disamping senyuman bahagia ibu
Dengan harapan setinggi langit
Agar ku menjadi insan mulia
Bekalan akhirat seimbang dunia
Muga menjadi manusia berjaya
Berbakti kepada nusa dan bangsa
Seumpama telur sesarang, dierami induknya.
Tersentak aku di suatu ketika
Pabila diri telah dewasa
Bagaimana diukur kejayaan manusia
Adakah dengan besarnya kuasa
Atau dengan bergedung harta
Juga dengan bahagianya keluarga
Dalam kesibukan mengejar cita-cita
Aku alpa pada keduanya
Ketutup mata, tanya pada hati
Apa yang kau kejar lagi
Jika suatu hari nanti telah pergi
Jangan nanti kau menyalahi takdir
Jika ianya salah sendiri
138
Ayuh buatlah sesuatu
Walau sesibuk mana hidupmu
Orang tuamu hanya satu
-Pengajaran Dari Sajak Ini-
Berjaya manapun seseorang manusia, hargailah jasa ibu bapa. Jangan apabila
telah tiada baru kita menyesal kerana masa tidak boleh diundur. Hargai masa
yang ada untuk membalas jasa kedua-dua orang tua kita.
139
KREATIF 13
LIFE ON ROLLERCOASTER
(A Compilation of Short Poems)
Nukilan : Zara Aziz
[I]
Missing
The bird is singing to me
Yet I can’t enjoy the rhythm
The wind is soughing a secret to me
Yet I couldn’t understand
The sun is shining brilliantly
Yet my eyes pour out the bitter tears
My heart is grieving
You are missing
[II]
You & I
You say it's blunt
I think it's harsh
You say it’s the truth
I think its resentment
140
You say it's right
I think it's unjust
You and your ego
I have had enough
[III]
Words
Words
Can bring joy and love to others
Our words too
Can crush & bring sorrow to others
Be kind with your words
Some words make people feel sour
Be kind with your words
Some words make people feel happy as a clam
Before you utter the word
It’s under your control
After you speak the word
It’s under their control
Words are powerful
Words are complex
Words are sharper than swords
Words define who you are
141
[IV]
Searching
My heart is aching
thinking of you
My heart is sinking
thinking of you
Where do you go?
disappear from my sight
Where do you go?
vanish from my heart
Where do you go?
hush in silence
[V]
Beggar
Begging for your help
Pleading for your kindness
Starving for your love
I am a beggar
Waiting for your mercy
142
[VI]
My own feet
Stand on your own feet
Don’t expect help from others
Stand on your own feet
Don’t expect them to raise you up
Stand on your own feet
Don’t beg for their kindness
Stand on your own feet
Don’t chase for their help
Stand on your own feet
Given by the Almighty
Stand on your own feet
Use your inner strength
Stand on your own feet
You don’t need them
to stand, to walk, to run
to achieve your dream
Stand on your own feet
Trust me you can do it!
143
KREATIF 14
NATRAH FIRZANI
Nukilan : Izreen Maisya
Natrah pulang dari kerja. Dia berasa amat penat pada hari itu memandangkan ramai
pesakit di dalam wad dia bertugas. Kemasukan pesakit baru tidak henti-henti
sepanjang syif pagi itu. Tambahan pula dengan rasa sakit hati dan sedih atas apa yang
berlaku malam tadi. Dia bergaduh besar dengan Khai, setelah dia terserempak Khai
berjalan berpimpin tangan dengan wanita lain. Nasiblah Maira, teman baiknya ada
untuk mengawal kemarahannya ketika itu. Jika tidak, mahu terbang pinggan nasi
goreng di depannya. Kayu betul si Khai ni! Tak sangka dia bercinta dengan buaya
selama 2 tahun ini. Betullah kata Firzani, dia pernah ternampak Khai dengan wanita
lain, tetapi Natrah tidak percaya. Cinta mata buta. Setelah kecewa putus cinta dengan
Akmal 5 tahun dulu akibat tidak direstui keluarga, kini dia sekali lagi terpaksa menelan
pahit perpisahan. Pisang berbuah untuk kali kedua. Adakah akan berlaku kali ketiga?
Keempat? Kelima? Huhh. Selesai solat Zuhur, dia tertidur di ruang tamu rumah sewa.
Maira masih belum pulang kerana waktu kerja mereka tidak sama. Malam nanti Maira
berjanji untuk keluar tengok wayang dengannya dan Firzani bagi mengubat duka lara
hatinya. Jadi biarlah dia berehat dulu secukupnya.
“Aku rasa Fir ada simpan perasaan kat kau la Nat,” usik Maira. “Kau gila? High taste
mamat tu. Nampak macam ‘metro’. Tak berani aku!” balas Natrah. Mereka berdua
tertawa. Mana mungkin dia jatuh cinta dengan bff mereka sejak dari kecil itu.
“Mana Fir ni? Jadi datang tak? Dah nak start movie ni” desis Natrah sambil melihat
jam di tangannya.
“Hoiii!” Firzani datang dari arah belakang dan menyergah dua anak gadis itu. Nasib
tak terlepas popcorn dan air di tangan Natrah. Sempat dia menyepak kaki Firzani.
144
“Kau, kalau tumpah benda ni tadi, kau kutip satu-satu!” marah Natrah. Laju
jantungnya berdegup, terkejut. Dia berjalan meninggalkan Fir dan Maira di belakang.
“Apalagi, jom lah!!” teriaknya.
Memang silap lah movie yang Maira book ni, kisah orang putus cinta. Menyedari air
mata Natrah mengalir, Firzani menghulur tisu kepada Natrah. Dia yang duduk di
sebelah kanan Natrah cuma memerhatikan tanpa sepatah kata.
“Kau ok ke Nat? Mana la aku tau ada scene breakup pulak ni. Aku bakar panggung
ni karang! Patutnya aku bawak kau tengok cartoon”, Maira turut simpati. Tapi sempat
buat lawak.
“Aku ok je lah, layan je sampai habis,” balas Natrah. Dia tidak mempedulikan Maira
dan Firzani di kiri dan kanannya. Setelah selesai movie, mereka bertiga lepak makan
malam bersama. Tetapi Natrah tidak mahu pulang lewat kerana esok dia kerja syif pagi.
Takut terlambat masuk kerja.
Sebulan berlalu. Dia sudah boleh move on. Memori bersama Akmal dan Khai sudah
lama terkubur. Natrah kerja syif malam untuk malam itu. Kerja sebagai nurse di wad
pembedahan ada kalanya amat memenatkan. Lagi-lagi pada hari di mana bilangan
kemasukan pesakit yang ramai. Malam itu dia bertugas di kaunter, menerima panggilan
kemasukan kes terbaru dari kecemasan.
“Wan Firzani Wan Fuad?” dia mendengar betul-betul nama dan IC pesakit yang
dirujuk masuk ke dalam wad pembedahan lelaki itu dari pihak kecemasan.
“Diagnosis- intraabdominal injury secondary to MVA!” walaupun dikhabarkan
pesakit stabil untuk menanti giliran pembedahan kecemasan, namun jantung Natrah
seakan mahu berhenti berdegup. “Fir accident!” cepat-cepat dia menelefon Maira
mengkhabarkan keadaan Firzani. Maira bergegas ke hospital bagi mengesahkan
berita itu, sebelum memberitahu ibu Fir yang berada di kampung. Mereka bertiga dari
kampung yang sama. Fir anak yatim dan anak tunggal Makcik Salmiah. Sudah tentu
hati tua itu sangat risau dengan perkhabaran itu.
145
Setibanya Fir di wad dengan diusung menggunakan troli pesakit, Natrah segera
mendapatkan sahabat baiknya itu. “Fir!! Camna ko boleh accident ni?” Natrah cuba
mengawal emosi. Dia sedar bahawa dia sedang bertugas waktu itu. “Sakit Nat!” cuma
itu jawapan lelaki itu. Natrah mengikut arahan doktor yang merawat untuk memberi
ubat kepada Firzani. Tidak lama kemudian, nama Firzani dipanggil untuk dihantar ke
dewan bedah untuk menjalani pembedahan. “Kau kena kuat Fir, aku doakan semuanya
selamat. Kau jangan takut ye, sikit je ni!” Natrah menyedapkan hati Firzani. Selesai
menghantar Firzani, Natrah kembali semula ke wad untuk menyambung tugasnya.
Hanya tuhan yang tahu perasaan hatinya malam itu. Cepatlah habis waktu syif, supaya
dia dapat menemani sahabat baiknya itu. Melalui kiriman whatsapp, Maira
memberitahu Makcik Salmiah dalam perjalanan ke hospital bersama Huzair, anak
buahnya untuk berjumpa dengan Fir. Hampir 2 minggu Firzani di wad, dalam
proses pemulihan selepas pembedahan. Dia mengalami kecederaan pada hati, liver
laceration akibat kemalangan tempoh hari. Sepanjang 2 minggu itu, dia dijaga oleh
sepupunya, Huzair. Makcik Salmiah tinggal bersama Maira dan Natrah. Pada hari
bertugas, Natrah akan menjenguk Firzani. Kini dia sudah ditempatkan di wad
pembedahan selepas keluar dari ICU minggu lepas.
“Akhirnya aku dapat keluar wad jugak hari ni! Bosan weh, macam mana ko boleh
tahan kerja kat sini!” ujar Firzani. Keadaannya semakin pulih. “Aku kerja, bukan
terbaring macam kau. Baring je memang la bosan,” balas Natrah. Sinis, tetapi Fir tahu
perangai wanita itu. Kasar di mulut, lembut di hati.
“Sayang jugak kau kat aku kan. Mesti kau cuak, takut aku mati!” duga Firzani.
Natrah sempat menjeling. Ada betul juga kata Firzani, namun dia tetap tidak tunduk
pada ego. “Aku nampak je kau menangis kat meja kaunter tu, masa aku masuk wad
malam tu. Pastu kau curi-curi intai aku kan, walaupun ko bertugas jaga cubicle lain,”
sambung Fir lagi.
“Perasan!” Natrah tidak mahu kalah. Walaupun hatinya mengiakan. ‘Yelah, risau
gila lah aku, takut kehilangan kau! Kau apa tahu?’ jerit hati Natrah. Natrah bantu Firzani
mengemas barang. Natrah telah tamat syif pagi. Sempat dia menukar uniform sebelum
membantu Fir.
146
“Kalau aku mati, mesti kau bertambah sedih kan,” sambung Fir.
“Eh kau ni dah kenapa? Sejak lepas operate, lain macam pulak aku tengok. Ada
urat yang putus agaknya,” balas Natrah. Dia tidak mahu Fir terus menduga hati dan
perasaannya.
“Lama dah aku tunggu kau Nat, aku tengok je kau bercinta hingga kecewa
dengan Akmal dan Khai”. Natrah tersentap dengan kata-kata Firzani. Dia memandang
tepat wajah lelaki itu menanti kepastian.
“Setiap hari aku doa, Allah bukakan hati kau menerima cinta aku, Nat”
mendengarkan ayat manis Fir, Natrah semakin hanyut dalam khayalan.
“Kau nak aku panggil doktor ke Fir? Kau mengigau ke sawan ni?” soal Natrah
dengan nada perlahan. Dia menjadi semakin keliru.
“Aku waras Nat”. Kata-kata Fir menyebabkan jantung Natrah semakin berdegup
kencang. Seakan rasa mahu pitam. Fir mengeluarkan sebentuk cincin dari poket
seluarnya, dihulurkan kepada Natrah.
“Aku nak buat surprise malam aku accident tu. Sbb malam tu birthday kau kan?
Tapi lain pulak jadinya,” dia tertawa kecil mengimbau kembali malam malang tidak
berbau itu. Dia bersyukur masih lagi dikurniakan nikmat nyawa untuk meneruskan
hidup.
“Aku tak sanggup lagi nak tengok kau kecewa untuk kali ketiga dan seterusnya.
Aku ikhlas menyintai kau, Nat. Percayalah,” pintanya. Walaupun semakin sembuh,
namun pergerakannya masih terbatas akibat luka panjang di bahagian perutnya.
“Gila lah kau ni!” Natrah terus meninggalkan Firzani dalam keadaan terpinga-
pinga menuju ke tandas staf. ‘Apa yang aku dengar ni Ya Allah? Jadi selama ini
memang aku tak bertepuk sebelah tangan. Dari sekolah menengah lagi aku
menyayangi Fir, namun aku membiarkan perasaan itu kerana aku rasa keliru antara
sayang seorang kawan baik dengan perasaan cinta’. Setelah Natrah menyembunyikan
perasaannya, dia keluar dari toilet dan pergi semula ke katil Fir. Waktu itu Huzair dan
Makcik Salmiah sudah sampai untuk membawa Fir pulang ke rumah. Makcik Salmiah
147
berterima kasih kepada Natrah kerana membantu menjaga Fir sepanjang dia di wad.
Dia dan Huzair akan pulang ke kampung setelah Fir benar-benar sembuh dan kuat
untuk menjalani kehidupan seperti biasa.
̴ Natrah merenung cincin pernikahan yang tersarung di jari manisnya. Majlis
sederhana itu berlangsung di teratak kecil Ayah dengan kehadiran keluarga terdekat
dan sahabat baiknya, Maira.
“Tahniah Nat, cantik betul kau hari ni,” puji Maira yang duduk bersebelahan
dengan Natrah. Cantik sentuhan solekannya. Hilang debarannya setelah selesai
upacara membatalkan air sembahyang tadi. Natrah sempat menjeling ke arah Firzani
yang duduk bersebelahannya. Firzani membalas senyuman isterinya yang tercinta.
Bagaikan mimpi dengan terlaksananya majlis pada hari itu. Semoga jodoh Natrah dan
Firzani berkekalan hingga ke akhir hayat.
-Pengajaran-
“Jodoh ketentuan Ilahi, jika dijejaki hatta hingga ke hujung dunia, tiada siapa
boleh menduga ianya hanya sejengkal di depan mata.”
* Metro- metroseksual, Bff- best friend forever, Intraabdominal injury- kecederaan pada bahagian dalam abdomen,
MVA- motor vehicle accident, Liver laceration- luka/ cedera pada organ hati
148
KREATIF 15
PANTUN SAJIAN MAKANAN MALAYSIA
Nukilan : Akmalfarhi76
Gugusan Kepulauan Melayu hebat berserakan,
Hujung Benua Asia lokasi dikatakan,
Malaysia nan indah tempat pelancongan,
Sajian makanannya sedap menyelerakan.
1.Perlis
Kuala Perlis tenang dan aman,
Disukai pelancong dan orang tempatan,
Kuahnya pekat menjadi idaman,
Laksa Belutlah jadi pilihan.
2.Kedah
Perisa stok daging harum menyelerakan,
Bahannya mudah ringkas disediakan,
Bihunnya special warna kekuningan,
Hidangan Sup Utara memang enak dimakan.
3.Pulau Pinang
Lauk-pauk bersusun di dalam talam.
Kuah campur, sotong dan telur dadar,
Hidangan pagi, tengahari, petang dan malam.
Tuuu diaaa..Pasemboq dan Nasi Kandar.
149
4.Perak
Rendang Tok Perak jadi pilihan,
Dimasak mesra dengan hirisan kelapa,
Ketupat dan Lemang jadi gandingan,
Hidangan istimewa di hari raya,
5.Selangor
Resepi Jawa banyak perkara,
Sambal goreng dan serunding wajib di antaranya,
Ayam Masak Kicap sedap rasanya,
Nasi Ambeng setalam dikongsi bersama.
6. Negeri Sembilan
Daging Salai podeh monyonggau,
Bahannya cili api dan kunyit hidup,
Pedasnya mencari air menggagau-gagau,
Yang kebal lidah, selamba kuah dihirup.
7.Melaka
Kota Melaka bumi Hang Tuah,
Tersisip di pinggang si Taming Sari,
Harum mewangi pekatnya kuah,
Asam Pedas Daging Tetel pilihan dihati.
8.Johor
Tanjung Puteri indah pemandangannya,
Otak-otak Kempas sangat tersohor,
Mee Rebus Tulang lazat rasanya,
Hidangan istimewa Negeri Johor.
150
9.Pahang
Sungai Pahang panjang alirannya,
Durian Musang King mahal harganya,
Ikan Patin Tempoyak hidangan istimewa,
Di bandar Temerloh asal-usulnya.
10.Terengganu
Daerah Losong sangat terkenal,
Nasi Dagang, Keropok Lekor dan Satar
Pelancong datang membungkus bekal,
Walaupun singgah hanya sebentar.
11.Kelantan
Gadis Kelantan sangatlah cantik,
Dari mata terpaut ke hati,
Che Mek Molek dan Tahi Itik,
Manis leting tidak terperi.
12.Sarawak
Puteri Santubong Puteri Sejinjang,
Penjaga gunung Negeri Sarawak,
Dari Hulu ke Hilir berpintal-pintal,
Sungai Rajang tersangatlah panjang,
Bandar Miri telaga minyak,
Kek Lapis Sarawak sangatlah terkenal.
151
13.Sabah
Sayupnya tinggi Si Kinabalu,
Daerah Kundasang banyak sayuran,
Hidangan apa di Kota Marudu?
Latok dan Hinava jadi pilihan.
14.WPKL
Wilayah Kuala Lumpur ibu negara,
Jadi tumpuan seluruh rakyat,
Penuhnya kenderaan sesak bergesel,
Menu istimewa macam-macam ada,
Hidangan ringan dan juga berat,
Hulurkan gambar Agong pastinya berhasil.
Tiupan Serunai membelai mimpi,
Rentak Rebana tak henti-henti,
Gendang gendut tali Kecapi,
Kenyang perut suka hati.
Buah Gajus isinya kelat,
Dimasak Pajeri kuahnya pekat,
Sajian Malaysia enak berkhasiat,
Badan sihat dapat manfaat.
Cengkih, Bunga Lawang, Kayu Manis dan Pelaga,
Rempah tradisi Warisan Negara,
Hidangan Malaysia tersebar merata,
Terkenal sudah di persada dunia.
152
KREATIF 16
PASEMBOQ DAN AYAQ SARBAT
Nukilan : Akmalfarhi76
8.00pm
“Ahhhhhhh Mal!!! Siniiiiii…Siniiiii!!! laung Abang Saddam sambal melambai. Kami lepak
depan gerai mamak menjual rojak.
“Lama dah abang sampai? Abang Farid mana? Dia kata nak join sekali.”
“Jap lagi ada lah tu…Haaaaa tu dia…Woiiii Farid!!! Sini…Siniiiii!!!” jerit Abang Saddam.
“Dah lama ka hang sampai?” tanya Abang Farid.
“Baghuu jaaa…tak panas pungkok lagi duk sini, hahahahahaha!!!”
“Hari ni aku nak ajaq si Kamal ni makan Pasemboq” kata Abang Saddam.
“Pasemboq tu apa?” tanyaku.
“Tuuuuu lah Pasemboq.”
“Ooohhhh, rojak.”
“Orang luaq panggil rojak lah…Kami panggil pasemboq, hahahaha!!! Hang pi order
kat mamak tu, hang pilih lah apa hang ndak.”
Aku bangun menuju ke arah gerai rojak. Aku pilih fish cake, fish ball, crab stick, udang,
sotong, kentang, cucur udang dan cucur kelapa. Mamak tu potongkan sliced kecil dan
tambah timun, tauhu goreng dan taugeh. Kemudian dia tuang kuah rojak banjir atas
bahan-bahan tu.
“Duaploh lima renggetttt” kata mamak tu.
“Haahhhh?
153
Mahalnya. Tapi bila dah potong semua bahan memang menimbun dalam pinggan
besar tu. Memang tak habis kalau makan sorang. Aku bawak rojak tu ke meja.
“Dua puluh lima ringgit Bang Saddam, rasa macam kena sembelih jer.”
“Hahahahaha! Hang ambek udang, sotong memang standard lah harga tu…Kalau
hang ambek setakat fishcake tak dak lah kena sembelih...Hahahahaha! Nah ambek
duit ni pi bayaq mamak tu.” Taubat aku nak makan Rojak Pasembur lagi. Kalau nak
makan kena ambil bahan yang basic jer.
“Hang nak minum ayaq apa Mal? Sini ada ayaq paling special…Ayaq Sarbat nama dia.
Hang nak try?”
“Air apa tu air sarbat? Tak penah dengar pun?”
“Try lah gerenti sedap” kata Abang Saddam.
Aku tengok Abang Farid dah pekup mulut dia menahan ketawa. Air apalah diorang nak
bagi aku minum ni?
“Hang nak ayaq apa Farid?”
“Aku ayaq nyioq.”
“Mamak!!! Ayaq nyioq dua, ayaq sarbat special satttoooooo…Bagi saiz Komtarrrrrrr”
pesan Abang Saddam. Tangannya menggayakan size gelas besar.
“Ayaq nyioq dua, ayaq sarbat special satu…Ini yaaaa…Semua tujuh rengget.”
“Nah mamak” Abang Farid pulak yang hulurkan duit.
“Haaaahhhhh! Minum Mal…Hang minum sampai lebammmm, hahahahaha!!!
Rupa-rupanya Air Sarbat tu Air Sirap. Special sebab ada biji selasih dan kembang
semangkuk.
“Laaaaaaaahhhhh…Ini ke Air Sarbat? Sirap jer rupanya, kataku. Apa yang special
sangat air sirap?”
154
“Hahahahaha!!! Ini lah ayaq paling special…Time kenduri kawen jaaaa selalu
ada…Hang kena jadi Raja Sehari, baghu dapat minum ayaq sarbat ni...Sebab tu lah
dia paling special…Hahahahahaha!!!”
-Pengajaran-
Mereka berdua ni tak habis-habis mengenakan aku. Tapi aku tak ambil hati.
Begitulah orang Penang, sentiasa bergurau. Dari pagi sampai ke malam bergelak
ketawa. Hari-hari happy ceria. Siapa sangka air sarbat tu adalah air sirap. Itulah
uniknya di Pulau Pinang. Syurga makanan di Malaysia. Pelbagai hidangan yang
enak boleh didapati di sini. Cuma perlu berhati-hati dengan pilihan lauk yang
diambil. Jika tersalah pilih habis koyak poket kita nak membayar harga makanan
yang mahal. Namun tetap juga pelanggan tak serik untuk berkunjung membeli
makanan. Sememangnya masakan di Pulau Pinang sangat istimewa. Pulau
Mutiara seindah gelarannya.
* pasemboq = rojak mamak, ayaq sarbat = air sirap
155
KREATIF 17
RINDU TANPA NOKTAH
Nukilan : Arinah
Kusisip gambar itu
Saat rindu datang
Kutatap wajah itu
Tak mampu kudakap
Tiada lagi bicara
Hanya lisan bisu
Meluah di angin lalu
Kupinjam kekuatanmu
Kugenggam kasih sayangmu
Menjadi teman
Menempuh hari mendatang
156
KREATIF 18
SYAIR ADAB BERGURU
Nukilan : Mirat Timur
Jasanya guru tidak terperi
Tiada jemu ilmu diberi
Luas tahunya umpama bahari
Laksana cepu berisi baiduri
Dengan gurumu rendahkan diri
Hilangkan sombong di sanubari
Andainya angkuh dijadikan ciri
Umpama pohon penuh berduri
Carilah guru tempat menghadap
Bila bertanya jagalah adab
Tutur dan kata jangan biadab
Keburukan guru jangan dihendap
Budi gurumu hendaklah dikenang
Di dalam kata eloklah dicanang
Dengan jasanya hidupmu senang
Tidak dirimu terenang-renang
Baktinya guru sudah tersurat
Dalam kata kias ibarat
Balasannya dunia serta akhirat
Timbangan kanan semoga berat
157
KREATIF 19
TEMPEYEK, OVERTIME DAN GULAI KUMBREN
Nukilan : Akmalfarhi76
12:00p.m.
“Hi Guys, Good afternoon!” sapa Chef Richard. Mat saleh berasal dari Jerman.
Berpangkat Executive Chef dan tak reti cakap melayu dia ni.
“Where is Ramly? I need to discuss something with him.”
“Ahhh…Ramly…Ramly no here…Ramly outside” jawab Pak Akob.
Dah start dah menggelabah biawak dia tu.
“Kamal! Meh sini jap. Kau tolong cakap kat Chef ni, aku bukan reti cakap omputeh ni.
Aduhhhhhh!” ngomel Pak Akob.
“Yes Chef. Chef Ramly went to the event location for the outside catering. Is there
anything that you want us to prepare?”
“Yesss, I need the new items for the tit bit section on the buffet line and the lounge
area. I love the local products which Ramly gave me last week. It’s round in shape and
looks like mini disc crackers.”
Makin berkerut muka Pak Akob tak faham. “Pobondo tu Mal? Aduhhhh…Payah botul
lah mat saleh ni.”
“It’s crackers like chips…there’s anchovies on top of it…and peanuts…a bit salty but
savoury.”
Bulat? Rangup? Ikan bilis? Kacang tanah? Macam crackers chip. Keropok ke kerepek?
“Is it kerepek Chef? Banana chips? Tapioca chips?” tekaku.
158
“No..no..no, not banana and tapioca. I know that one. I need the other one…The bigger
round shape one, about the size of my palm,” dia tunjukkan tapak tangan.
“Oooooohhhh tempeyek!” jawabku.
“What is it? Ttemm..themmpekkkkk?” tanya Chef Richard.
“No..no..Chef..not tempek…It’s Temph-payy-yeekkk,” jawab aku siap dengan tiga suku
kata.
“Aaaaa..Yessss, Temphpayyyeekkk,” balas Chef Richard, “I need three to four types
of them. The anchovies, the peanuts, the dhal and the green mung beans. Could you
please send it to the buffet line and lounge starting tomorrow?”
“Okay Chef…Sure. I will inform to Chef Ramly this evening,” janjiku.
“Yes. Please remind Ramly. He knew that I want that Themmpayyyekkk. Thank you
very much,” senyum mat saleh tu.
“You’re welcome Chef,” balasku.
“Po bondo dio ondak Mal? Tempeyek?”
“Ah..ahhh, dia nak tempeyek..tiga ke empat jenis..ikan bilis, yang ada kacang tanah,
yang kacang dhal dan yang kacang hijau.”
“Yang kacang hijau tu tumpi” sahut Pak Akob.
“Yer lah semua jenis yang macam tu lah, Untuk tit bit buffet line dengan lounge. Start
esok kata dia.”
“Wokehhhh, aku order sekarang jugak! Mujur ado kau. Haram sepatah aku tak paham
apo bondo mat saleh tu cakap, hahahahaha!!!”
2:00p.m.
“Ada Jerman tu datang tadi Bang?” tanya Chef Ramly pada Pak Akob. “Dia call saya
tadi, apa ndaknya?”
159
“Hampehh betul! Aku mana paham cakap omputeh. Nasib baik Kamal ada. Dia yang
jadi penterjemah tadi. Jerman tu nak tempeyek untuk buffet line dengan lounge. Aku
dah orderkan. Dah settle. Don’t worry.”
“Macam mana gheja budak Kamal ni Bang? Okay ke K.O?” balas Chef Ramly.
“Ehhhhhh! Okayyy budak ni, hang jangan bagi dia keluaq pi department lain. Biaq dia
stay sini. Biaq kita buli dia cukup-cukup, hahahahaha!!!”
“Haaaa! Caner Mal! Hang nak turun pastry ka hang nak stay sini?” tanya Chef Ramly.
“Saya nak stay sini Chef. Saya tak suka pastry. Banyak lagi Malay Food saya nak
belajar,” balasku.
“Okay, baik. Hang follow Saddam dengan Pak Akob. Esok ada function. Hang boleh
buat O.T. tak?”
“Boleh Chef…Boleh, no problem,” jawabku lagi.
“Baguiiihhhh! Hang kalau betul-betul nak belajaq kena join pembuka dan penutup.
Masak untuk fuction, kena tengok macam mana opening sampai closing. Baghu
lengkap proses belajaq tu.”
“Baik Chef. Faham Chef,” punya lah seronok hati aku. Gembira senyum sampai telinga.
Memang hajat aku nak stay kat Malay Kitchen sampai habis practical. Aku memang
minat Malay Hot Cuisine. Pastry, bab dessert, buat kek ni aku tak minat.
“Hang duk mana Mal?” tanya Chef Ramly kepadaku.
“Pulau Tikus Chef. Flat UDA di Klawai Road.”
“Okay. Kalau lewat sangat esok tak dak bas hang jangan ghisau. Aku boleh hantaq
hang balik. Kita satu jalan. Aku duduk kat Tanjung Bungah,” janji Chef Ramly.
“Okay Chef. Beresssss!” jawabku.
160
3:00p.m.
“Dah siap Mal?” tanya Abang Farid, “Jom ikut abang pi minum petang ni, abang
belanja.”
“Okay bang, ready, jom”. Kita nak gi minum kat mana bang?” tanyaku.
“Ikut jer laaahhh,” jawab Abang Farid.
Keluar dari staff entrance kami berjalan ke arah Chowrasta Bazar dan lepak di kedai
mamak di tepi bazar.
“Mamaakkkk!!! Roti Banggali sama gulai kamben dua set!!! Teh tarik sattoooo. Kau nak
minum apa Mal?” tanya Abang Farid.
“Milo ais lah,” jawabku.
“Mamak!!! Milo ais satttoooo.”
“Roti set, duaaa…Gulai kamben duaaa…Wokehhh, ini dia…Ada apa lagi mau?” tanya
mamak tu.
“Mamak!!! Ini bila punya gulai?”
“Hari ini lahhhhh…Baru jaaa masak.”
“Hari ni punya tak mau!!! Kasi tukar!!! Kumbren punya!!!”
Marah Abang Farid kat mamak tu. Pelik Abang Farid ni. Kari hari ni tak nak, tapi nak
kari yang semalam punya. Elok ke lagi kari semalam? Tak basi ke? Tak sakit perut ke?
“Wokehhh jangan marah lahhhh…Deyyyy!!! Kari kumbren rendekkkk!!!” Arah mamak
tu pada staff dia. Lauk kari yang dimasak semalam memang disimpan untuk regular
customer. Lauk kari yang disimpan semalaman memang lagi sedap rasanya. Inilah
cara orang Penang. Sarapan pagi Nasi Kandar atau Roti Banggali cicah kuah kari.
Minum petang pun kari. Hari-hari kari.
“Malam ni hang pi mana pulak?” tanya Abang Farid.
“Malam ni Abang Saddam ajak pergi Padang Kota Lama.”
161
“Wokehhh, aku join hangpa malam ni,” janji Abang Farid.
Inilah rahsia masakan mamak yang tidak menggunakan santan. Kuah kari akan pekat
hanya dengan menggunakan bawang besar yang dikisar halus. Kuah yang berlebihan
hari ini akan disimpan dan dipanaskan untuk dimakan keesokan harinya. Rasa kuah
akan lebih sedap kerana segala rempah akan lebih meresap mesra dalam bahan
masakan. Aku selalu praktikkan kaedah ini sekarang jika aku masak lauk kari ataupun
rendang. Sengaja aku biarkan rendang tu basah pada hari pertama. Hari esoknya aku
akan panaskan semula. Kuah rendang akan lebih kering dan garing, texture rempah-
rempah akan caramelized dan menerbitkan rasa yang lebih mesra dan lazat.
-Pengajaran-
Hari ini aku belajar betapa pentingnya kemahiran berkomunikasi. Kemahiran
Bahasa Inggeris sangat penting dalam bidang hospitaliti. Terutamanya jika pihak
atasan kita berbangsa asing dan tak faham Bahasa Malaysia. Aku juga belajar
untuk meraih sesuatu ilmu yang sempurna perlukan pengorbanan masa. Sebagai
pelatih, aku harus merendah diri dan tidak sombong dan perlu rajin bertanya.
* kumbren = kelmarin, caramelized = masakan yang dimasak lama sehingga rempahnya garing
162
KREATIF 20
THE ROTTEN APPLE
Nukilan : Son of Mohinder
Chapter 1 (Yes)
Kelly, a young energetic boy was very hardworking. At least he thought so. He
was in need of money, for that he needed a permanent job.
One day, Kelly had lady luck smiling upon him. He met an old man who was in
search of an employee. “Well boy, would you like to make some money on weekly
basis?” asked the old man. “I am Robert by the way,” said the old man when Kelly
looked at him in astonishment. Kelly answered Kelly’s happiness, acceptance with the
old man’s offer. He was to begin his new job the very next day, which happened to be
on a Monday.
Chapter 2 (Monday)
He woke up early the next morning, probably because he didn’t sleep that night.
Excited ready to go. His job’s task was explained to him by the old man. He had to go
to the old man’s apple farm, collect 100 apples and bring it back home by the afternoon
as the old man sells them in the nearby market from 2 p.m. onwards. Kelly, being the
hardworking boy knew that he was up for the task. So the young energetic boy began
his short journey to the apple farm. He had prepared a basket to collect the fresh ones.
It was no easy task as he had to choose the riped ones. He started collecting them
and placing them in the basket one by one. As he was on to his 47th apple, his employer
came to him. “I need you to help me fix my apple stall. One of the beams is broken and
it needs to be fixed.” Kelly instantly obliged and went to the market to get it fixed. He
took almost half-day to fix it as he had to make sure the screws and cement connecting
the beam is done perfectly. He felt good about it and headed back to the apple farm.
To his surprise, the old man was grumpy. It was already time for the old man to sell the
163
apples in the nearby market but Kelly only managed to collect 47 apples instead of
100. The grumpy old man let Kelly off with a warning. Kelly did feel confused and
disappointed. Well, more confused than disappointed. He had only one thing in his
mind, “Let’s hope tomorrow will be better.”
Chapter 3 (Tuesday)
A brand new day, new hope, same task. Kelly was up as early yesterday. He
knew his job/task, to collect 100 apples before noon. After meeting the old man, he
went straight to the farm. Like yesterday he went to the farm and started collecting.
One, then another and another remembering they had to be riped. As he plucked his
68th apple, the old man came running. His house was beginning to smell bad due to
the rotten apples being unsold for days/weeks. Therefore he needed Kelly to get rid of
the rotten apples instantly. Kelly immediately left for the old man’s house. The smell
was rather bad. However, the worse news was the smell came from the storeroom
which contained baskets of rotten apples. He had to fulfill this new task to the best of
his ability. By the time he got rid of the rotten apples from the storeroom, it was already
noon. The old man, although glad that the rotten apples and the smell is gone, was
rather disappointed that Kelly had failed to fulfill his core task, which is picking 100
apples second day in a row. Bummer.
Chapter 4 (Not up to the task)
The old man had to get rid of Kelly. Why? Simple because Kelly could not fulfill
his core task. Kelly was devastated. He started questioning himself. Was he wrong
about himself? Is he not hardworking? He can’t complete his core task? It was truly
a tragic ending to Kelly’s spirit.
-Moral of the story-
• Sometimes it’s never enough to impress people.
• People will have their own perception about you regardless of how hard
you work.
164
KREATIF 21
PANTUN-PANTUN MAJLIS BERTEMA SEKITAR PSIS
Nukilan : Lazuardi
PANTUN PEMBUKA ACARA
Burung merbah burung tempua
Banyak bersarang di Tebuk Jawa
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.
Ikan pekasam Kampung Perenggan
Ikan kering di Kampung Sekendi
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.
Sungai Tengar Jalan Peladang
Tempatlah orang bertanam kelapa
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
165
PANTUN KATA ALUAN/ PERASMIAN
Kalau tuan menjala ikan
Bawalah berjual di Sabak Bernam
Sudilah tuan beri ucapan,
Beri ucapan pemanis kalam.
Sungai Tengar warganya sopan
Sudahlah sopan senyumnya manis
Sudilah tuan beri ucapan,
Beri ucapan merasmi majlis.
Jalan Pekan Jalan Masduki
Tempat orang menjala ikan
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama serangkai kata aluan.
Jika berulam pucuk beluntas
Sambal belacan jangan lupakan
Silalah tuan naik ke pentas,
Ucapan aluan mohon sampaikan.
166
PANTUN BACAAN DOA
Sungguh manis halwa maskat
Dihidang pada hari lebaran
Agar majlis bertambah berkat,
Marilah doa kita bacakan.
Sagun sudah kemplang sudah
Sayang pecal belum dibeli
Pantun sudah aluan sudah,
Sayang berdoa belum lagi.
PANTUN JEMPUT MAKAN
Kuda kepang budayanya Jawa
Amatlah giat di Sungai Panjang
Juadah terhidang di atas meja,
Jemputlah santap tuan budiman.
Sungai Lang tempatnya lapang
Sekitaran bersih malah ternama
Pada tuan kami sembahkan,
Santapan kasih juadah mesra.
167
PANTUN PENUTUP MAJLIS
Sungai Lang terbentang indah
Tempat orang mengancur udang
Andai ada silap dan salah,
Sepuluh jari kami hulurkan.
Meriam gelugu batang kelapa
Dipasang orang di bulan puasa
Jika terlanjur tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
168
KREATIF 22
CATATAN SEORANG DOSEN
Nukilan : Syuhada Rodzi
Usai selesai menyiapkan kerja-kerja perancangan aktiviti dan program berkaitan
bagi tahun 2021, aku berhenti seketika melepaskan penat dan lelah. Meregangkan otot
sendi yang mula terasa menyucuk. Isu ergonomic kerana badanku statik agak lama
mengadap amanah kerja yang dipertanggungjawabkan. Sekejap sahaja masa berlalu.
Jam menunjukkan 1.15 petang rupanya.
Aku membuka “Instagram Story” untuk seketika menerusi telefon bimbitku.
Banyak terlihat perkembangan sahabat-sahabatku sama ada kenal rapat ataupun
secara maya. Tidak kurang juga perkembangan pelajar-pelajarku yang telah berjaya
menamatkan pengajian diploma mereka. Aku tersenyum. Tersenyum kerana rasa
gembira dan bahagia melibat perkembangan pelajar-pelajarku.
Pelajarku tidaklah seramai mana berbanding yang lain. Tetapi aku berbangga
dengan hasil didikan, sokongan, kata-kata semangat dan ilmu yang telah dicurahkan,
mereka berjaya di dalam kehidupan mereka. Ada yang telah berjaya menamatkan
pengajian Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam terkemuka dengan menjadi pelajar
cemerlang. Ada yang telah menggapai awan menaiki tangga karier di bidang kerjaya.
Ada juga berjaya menjadi usahawan sama ada usahawan senyap “home based
business” atau membuka premis perniagaan secara fizikal. Tidak kurang juga yang
telah berkeluarga dan menjadi surirumah sepenuh masa. Jangan dipandang rendah
kepada surirumah terutamanya surirumah yang berilmu kerana sesungguhnya tangan
yang mengayun buaian dapat menggoncang dunia. Aku benar-benar bangga dengan
kejayaan mereka.
Fikiranku terkenang kata-kata agung HAMKA; kecantikan yang abadi terletak
pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang. Bukan terletak pada wajah dan
pakaiannya. Adab dan ilmu adalah lambang kecantikan dan ketinggian sebenar
seseorang. Adab dengan keluarga, adab dengan sahabat, adab dengan rakan-rakan
169
sekerja, adab bersama jiran tetangga dan juga adab ketika menuntut ilmu. Semuanya
ada adab-adabnya. Pelajar yang berjaya dan cemerlang selalunya baik adabnya. Adab
itulah yang membentuk fikiran positif. Semangat berani mencuba. Berpantang maut
sebelum ajal. Sikap tidak mudah menyerah tanpa berusaha sehabis baik.
Tengiang-ngiang di fikiranku komen-komen nakal tetapi sebenarnya membina.
“Pelajar-pelajar lulusan institusi ini, kebanyakannya kerjanya tidak kemas,” kata-kata
ini disebut oleh seorang dosen kepadaku ketika diriku belum menjadi dosen. Begitu
juga komen dari rakan-rakan industri yang berurusan denganku terutamanya ketika
proses temuduga kerja. Sekali lagi kata-kata inspirasi HAMKA menerobos dibenakku;
Kalau hidup hanya sekadar hidup, kera di rimba juga hidup. Kalau kerja hanya sekedar
kerja, kerbau di sawah juga kerja. Makna kata, setiap kerja yang dilakukan perlulah
dibuat sehabis baik, kemas dan menepati ciri-ciri yang dikehendaki. Bukanlah sekadar
melepaskan batuk di tangga. Sikap ini jika tidak ditinggalkan akan terbawa-bawa
sehingga ke alam pekerjaan dan menjadi tabiat hidup sehingga akhir hayat.
Kunci kejayaan hidup adalah dengan berilmu. Semakin banyak ilmu, semakin
lapang hidup. Semakin kurang ilmu, semakin sempit hidup seperti diperkatakan oleh
HAMKA. Ilmu perlu diperbanyakkan untuk mendapat kehidupan yang lebih selesa.
Sering benar mendapat makluman, pelajar kesunyian terutamanya di hujung minggu.
Sebab itulah lebih gemar pulang bermalam ke kampung. Sebenarnya pelajar perlu
mencari aktiviti yang dapat mengisi kekosongan diri dan seterusnya meningkatkan
kemahiran diri. Tidak hanya mengharapkan apa yang ditimba dari dosen itu sendiri.
Contohnya menyertai aktiviti-aktiviti memperkayakan bakat dan kerja-kerja
sukarelawan seperti aktiviti-aktiviti CSR. Kenapa perlu terlibat? Aktiviti sebegini
membentuk diri pelajar itu untuk lebih berfikiran positif, menyemai semangat jatidiri,
bersosial menambahkan kenalan terutamanya sukarelawan-sukarelawan daripada
industri untuk membuka peluang dan menimba pengalaman selain daripada belajar
secara formal.
Lama benar diriku bermonolog dengan diri sendiri. Pelajar masih cuti. Rindukah
aku kepada mereka? Ya, mungkin juga. Sebagai seorang manusia, aku juga tidak
terlepas dengan memasang angan-angan di dalam hidup ini. Biarpun seribu kapal
170
tenggelam di lautan. Namun, cita-cita manusia tidak pernah padam. Itu juga salah satu
daripada kata-kata HAMKA. Berangan itu percuma! Dengan berangan, kita berimpian.
Dengan berimpian, menjadi dorongan untuk kita semua berusaha menggapai awan.
Jika kita putus mengharap, tiada harapan, hidup ini terasa tiada maknanya lagi. Jadi
ayuh kita berfikiran positif untuk teruskan kehidupan ini untuk mencapai kejayaan di
dunia dan akhirat.
-Pengajaran-
Mengamalkan adab yang baik, berfikiran positif, berusaha keras tanpa mudah
menyerah sebelum mencuba, berilmu, sentiasa tidak jemu menuntut ilmu dan
memperbaiki diri adalah kunci kebahagian hidup.
171
KREATIF 23
GILAPI PERMATA ITU
Nukilan : Erni Armila
Pendidik? Apa tu? Cikgu? Pensyarah? Guru? Dekan? Pengajar? Guru KEMAS?
Guru Al-Quran? Bagiku, besar tanggungjawab sebagai seorang pendidik. Tanggal 2
Januari 2005, ARAHAN PENEMPATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN
TINGGI DI POLITEKNIK SABAK BERNAM. Ya, sekarang surat yang berwarna kuning
ini sudah jelas isi kandungan dan ayatnya. Aku kena melaporkan diri di Politeknik
Sabak Bernam Pada 2 Januari 2005. Aku pun tak tahu di mana politeknik ni. Seronok
ke politeknik ni? Macam mana gaya orang-orang di politeknik? Entahlah, banyak pula
perkara yang bermain di fikiran aku.
Tanggal 2 Januari 2005 aku melaporkan diri di Politeknik Sabak Bernam.
Bertemu dengan pihak pengurusan dan ditempatkan di Jabatan
Perdagangan..Penyelaras jadual waktu Jabatan Perdagangan menyerahkan jadual
waktu bagi Tahun 2005.
“Puan Erni Armila, subjek ni yang akan puan ajar untuk semester ini, Business
Accounting.” Terima kasih Miss Azura. Aku letak dengan cermat jadual waktu di dalam
fail dan ingatan aku terus terkenangkan 15 tahun yang yang lalu semasa aku berada
di Sekolah Menengah Teknik 1 Kuantan Pahang. Banyak kenangan pahit di sini,
manisnya ada juga.
Miss Yeo, satu nama yang tak akan pernah aku lupakan sampai bila-bila,
seorang guru yang mengajar Prinsip Akaun semasa aku di Tingkatan 4 dan 5.
Berambut pendek, berkaca mata dan rendah sahaja orangnya. Bertubuh kecil dengan
pelat Bahasa Melayu. Masih segar dalam ingatan wajah Miss Yeo, cara
pengajarannya tentang Prinsip Akaun tidak pernah sama sekali luput diingatanku.
172
Semasa aku di Tingkatan 3 Amanah, apabila tiba hari mengambil keputusan
Penilaian Menengah Rendah (PMR) aku mendapat 6A 2B, cukuplah untuk ke sekolah
yang lebih baik dari sekolah yang aku berada dari Tingkatan 1 hingga 3. Aku tidak
pernah tahu apa itu Prinsip Akaun? Matematik memang mata pelajaran yang aku suka,
memang dapat A, tetapi masa aku di tingkatan 1 dan 2 dulu, Matematik ni pun
bukannya selalu dapat A, seorang kawan aku yang tidakk dapat aku lupa, yang selalu
mengajar aku tentang Matematik, dia selalu bercakap dengan aku,
“Math ni tak susah Erni, cuma awak kena tahu macam mana cara nak buat dan
selesaikan satu-satu masalah berkaitan Math.” Aku sering cakap aku yang aku tidak
berapa minat dengan subjek Math ni, tapi bila belajar bersama-sama dengan Rohani,
keputusan peperiksaan aku selalu baik dan aku score semasa di Tingkatan 3. Aku
dapat A dalam PMR untuk subjek Math.
Sebenarnya aku hendak ceritakan pasal Miss Yeo yang paling aku takut dan
geruni. Semasa di tingkatan 4 dan 5 bila ada subjek Prinsip Akaun, aku akan
menggelabah dan teramat takut sebab aku memang tidak tahu macam mana hendak
buat akaun. Aku menolak sama sekali apabila orang bercakap “Engkau pandai Math,
engkau akan boleh buat Accounting”. Tidak, tidak, tidak, itu salah! Itu adalah fakta
yang salah bagi aku, aku memang score Math tapi aku tidak boleh score Prinsip Akaun.
Apalah hendak jadi dengan aku ini? Kelas Prinsip Akaun ini adalah selama 2 jam, aku
rasakan bila Miss Yeo ini mengajar, macam 20 jam kat kelas Prinsip Akaun. Serabut
sangat dan cepat-cepatlah habis. Memang ada satu buku rujukan yang ditulis oleh Miss
Yeo dan kami semua gunakan buku rujukan itu sebagai panduan utama untuk subjek
Prinsip Akaun. Setiap kali kelas Prinsip Akaun, aku akan menjadi kesukaan Miss Yeo,
Dia akan panggil nama aku dan aim aku untuk buat jawapan akaun di papan putih.
Miss Yeo sangat garang dan bengis orangnya. Mata aku tak pernah mengantuk
langsung semasa belajar akaun, jika dibandingkan dengan subjek Sejarah. Haha…
sejarah, aku pernah tidur sampai dibuai mimpi bila belajar.
“Erni! you boleh buat dekat depan untuk soalan Akaun Perdagangan ini?” We
all mencari untung atau rugi bagi syarikat ni? You mulakan dengan pengiraan apa
Erni?” Terkulat-kulat aku kat depan papan putih.
173
“Cepat Erni! Apa yang you tunggu lagi? Cepat tulis kat papan putih! You all yang
lain-lain, jangan bagi tahu jawapan kepada Erni, biar dia buat sendiri. Selagi dia tidak
buat, berdirilah dekat depan itu sampai siap!” Kata-kata Miss Yeo tidak pernah aku lupa
walau apa keadaan yang berlaku, pedih dan bisa. Aku pun buatlah apa yang ada dalam
fikiran aku. Aku tulis nama syarikat, terketar-ketar tangan dan entah apa bentuk tulisan
yang aku tulis di papan putih. Satu sahaja yang aku fikir, aku buat apa yang aku rasa
betul dan aku tidak mahu berdiri di depan kelas lama-lama. Aku menangis tanpa rasa
malu, satu buku pun aku tak boleh bawa ke depan. Cukup apa yang ada dalam fikiran
aku sahaja, Miss Yeo sangat marah kerana jawapan yang aku tulis itu banyak yang
salah,
Ini ayat dia yang sangat deep bagi aku, “You aaarrr Erni! You jangan malukan
I, selama I mengajar akaun dekat sekolah ini, I tidak pernah jumpa student macam you,
apa yang you faham? Apa yang you buat? Kalau you rasa tidak boleh ambil jurusan
perakaunan you berhenti dari sekolah! Jangan jadi student yang jatuhkan gred sekolah
dan memalukan I!” Perasaan aku pada saat dan ketika itu malu, sedih, pilu,
menyampah,geram, macam nak bunuh sahaja Miss Yeo! Semua ada. Hendak letak
dekat mana muka ini?
Tidak habis lagi, “You Erni! tunggu dekat depan dan you tengok macam mana
kawan you jawab soalan ini! Selama 2 jam aku berdiri di depan, memang ramai yang
di dalam Tingkatan 5 Zamrud boleh menyelesaikan masalah perakaunan dengan baik.
“Balik nanti, you salin jawapan ini, sebanyak 100 helai muka surat, tulis kemas-kemas,
serahkan kepada I di bilik guru esok pagi”.
Peristiwa ini telah menjadi sejarah hitam dalam hidup aku. Aku rasa, kalau ada
diberikan kuasa aku ingin tikam sampai mati Miss Yeo pada waktu itu jugak. Bagi aku,
dia asyik mencari salah aku seorang sahaja, orang lain dia tidak pernah panggil.
Kenapa nama aku sahaja yang kena panggil setiap kali? Memang setiap kali kelas
akaun, aku kena bersedia dengan perisai. Lama kelamaan aku dah faham rentak Miss
Yeo ni dan bila Miss Yeo ada kursus, cikgu ganti yang akan masuk ke kelas, akulah
orang yang paling gembira. Tetapi bila cikgu itu mengajar lagilah aku tidak faham dan
bertambah buntu, baik lagi Miss Yeo yang mengajar. Satu perkara lagi kalau aku
174
ternampak Miss Yeo dari jauh aku sudah melarikan diri. Tidak sanggup untuk berjumpa
dengan dia.
Pukul 2.15 Petang semua pelajar pulang ke asrama masing-masing dan terus
ke dewan makan, makan pun sudah tiada selera, tetapi perut ini sangat lapar dan
mengeluarkan muzik yang menandakan lapar, makan sahaja, tidak tahu dengan siapa
masalah ini hendak dikongsikan? Aku memang ada seorang kawan baik, namanya
Yusmiza, dia kata,” tidak mengapalah Erni, engkau ikut sahaja apa yang Miss Yeo
cakap, engkau buat sahaja kerja yang dia suruh buat. Nanti aku ajar macam mana
hendak selesaikan setiap soalan yang berkaitan dengan perakaunan ini”.
Yusmiza seorang sahabat yang sangat baik dan cemerlang. Apabila tiba waktu
petang semasa prep, aku buatlah denda yang Miss Yeo hadiahkan pada aku, sakit
tangan menulis benda yang sama sampai 100 muka surat. Dalam seminggu, hari
Selasa dan Khamis ada subjek akaun. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, 2 tahun
merana bersama Miss Yeo. Pesanan dari Yusmiza kepada aku, “Erni, masa Miss Yeo
mengajar, kau kena fahamkan betul-betul dan tandakan apa yang kau tidak faham.
Nanti kita bincang bersama-sama. Akaun ni ada teknik dan caranya”. Yus memang
banyak membantu dan mengajar aku tentang akaun. Kawan yang lain pun ada juga
tetapi tidak sehebat Yus. Kawan-kawan sekelas tidak akan suka duduk bersebelahan
dengan aku sebab nanti mereka pula yang akan kena panggil di hadapan. Siapa yang
hendak berdiri di hadapan kelas? Malu yang teramat. Memang jadi pelajar semangat
perlu kuat dan hati yang kental. Perasaan ingin berjaya dalam pelajaran dan semaikan
semangat ingin tahu dalam diri. Aku sangat bersyukur mendapat kawan seperti
Yusmiza
Masa yang ditunggu telah tiba untuk menjawab SPM. Aku minta mak berdoa.
setiap kali pulang ke kampung aku akan bercerita dengan mak. Mak kata, “mak pun
tidak boleh hendak membantu Erni, mak hanya mampu berdoa yang baik untuk Erni.”
“Tidak mengapalah mak, Erni pun tahu yang mak tidak boleh menolong Erni,
doa mak itu sangat penting buat Erni. Mak jangan lupa doakan yang terbaik untuk Erni”.
Itulah ayat yang tidak pernah putus keluar dari mulutku.
175
Aku boleh! Aku boleh! Aku boleh! Ada 4 soalan seingat aku, dan aku menjawab
kempat-empat soalan itu, masa menjawab 3 jam, tidak cukup masa walaupun 3 jam,
hanya orang yang pernah mengambi paper Accounting sahaja yang tahu tentang
Accounting. Semua soalan aku jawab dengan baik. Memang tidak target gred A,
cukuplah lulus sahaja.
Tibalah masanya untuk mengambil result SPM, mata aku tertumpu kepada
subjek Prinsip Akaun sahaja. Percaya atau tidak, itulah hakikat. Hakikat yang aku dapat
A untuk Prinsip Akaun. Aljhamdulillah, Syukur padamu Ya Allah. Perkara yang aku
tidak pernah duga dan impikan. Usaha dan jangan mudah mengalah. Jangan mudah
putus asa, dan hormati guru. Belajar ini memang penat, bak kata pepatah dari Imam
Syafie, Jika kau rasa penat/lelahnya belajar, rasailah kobodohannya kelak.
Miss Yeo, aku ingin kau tahu, inilah Erni Armila, Miss Yeo. Sekarang, Erni
mendapat Ijazah Perakaunan Kelas Pertama dengan Kepujian di Universiti Utara
Malaysia, Erni ada Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional di KUiTTHO, kini
dikenali sebagai UTHM. Sehingga kini Erni mengajar anak bangsa Erni Perakaunan.
Miss Yeo, terima kasih di atas segala jasa, lelahnya dirimu dan kesatnya bahasamu
untuk menjadikan diri Erni faham apa itu Perakaunan!
-Pengajaran-
Carilah sahabat yang terbaik dalam dirimu, yang akan membimbing bersama-
sama membina kejayaan,sahabat di kala susah yang membantumu adalah
sahabat sejati.
Kejayaan tidak pernah datang bergolek, Tiada kejayaan tanpa usaha, getirnya
belajar dan menjadi pelajar. Terus berusaha dengan gigih, percayalah, jika kita
berusaha, bertawakal dan yakinlah kejayaan akan menjadi milik kita. Yakinlah
dengan Allah S.W.T.
176
Sidang EditorCENDEKIA 2
Kompilasi Penulisan Ilmiah & Kreatif
KETUA PENERBIT
Noor Azira Abdull Razak
PENOLONG KETUA PENERBIT
Roslaini Ahmad Sabri
SETIAUSAHA
Siti Suhana Wahab
KETUA EDITOR PENULISAN ILMIAH
Mohammed Ilias Harun Habib Amad Patel
EDITOR PENULISAN ILMIAH
Shahrizan Mohd Razali
Saiful Azhar Mahat@Kassim
Mohd Azmi Mh Busra
Zaleha Salamon
KETUA EDITOR PENULISAN KREATIF
Ruzanna Abu Bakar
EDITOR PENULISAN KREATIF
Anisah Mohd Noor
Ainie Hayati Noruzman
Siti Arinah Sanat
Muhammad Syafiq Abdul Ghafar
Mohd Faizal Yahaya
TEKNIKAL
Nor Hayati Mohammed Sani
Diterbitkan oleh
Politeknik Sultan Idris Shah
Sg. Lang, 45100 Sg Air Tawar
Selangor
No. Tel : 03 3280 6200
No. Fax : 03 3280 6400
Laman web : http://www.psis.edu.my