Selangor. Journal website: journal. zakatkedah. com. my, 2(1).
Kuratko, D.F. and R. M. Hodgetts (2002) Entrepreneurship: A Contemporary
Approach. Mason, OH: South-Western.
Manaf, A. A., Omar, N. H., & Yee, L. K. (2012). Faktor kritikal kejayaan usahawan
dalam perniagaan. e-BANGI, 7(1), 34-45.
Mohamad, A., Buang, N. A., & Hussin, M. (2014). Memformulasikan pelajar institusi
pengajian tinggi ke arah kerjaya usahawan. Prosiding PERKEM Ke-9, 9, 433.
Othman, N., Othman, N. H., Tin, P. B., Ismail, R., & dan Pengurusan, F. E. (2012).
Impak globalisasi dan tingkah laku pemilihan kerjaya keusahawanan dalam
kalangan pelajar universiti. Prosiding Perkem Vii, 1(2012), 435-445.
Othman, N., Anuar, A., & Husin, M. (2009). Kekangan dalam Menjalankan
Perniagaan dalam Kalangan Pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Malaysian Journal on Student Advancement, (12).
Omar, A. R. C., Othman, A. S., Ishak, S., Abd Moen, J., Palil, M. R., Hamid, M. A.,
& Jani, M. F. M. (2017). Mengasuh bakal usahawan Malaysia: Penentu
keberkesanan pembelajaran kewangan di institusi pengajian tinggi awam
(Nurturing Malaysia’s future entrepreneurs: Determinants of financial
learning effectiveness in public institutions of higher learning). Geografia-
Malaysian Journal of Society and Space, 10(2).
Pihie, Z. A. L., & Elias, H. (2004). Keupayaan usahawan Bumiputera melaksanakan
kemahiran keusahawanan: Satu kajian kes. Pertanika Journal of Social
Sciences & Humanities, 12(1), 61-70.
Subramaniam, T. S., Ab Majid, N. F., Ariffin, A., Hamzah, N., & Rubani, S. K. (2018).
Kemahiran Keusahawanan Dalam Kalangan Pelajar Tahun Akhir (Fptv) Di
Uthm. Online Journal for TVET Practitioners, 3(2).
Warman, S., Roddin, R., Esa, A., Awang, H., Mohamed, M., & Ab Rahman, A.
(2010). Penerapan Kemahiran Keusahawanan Dalam Kalangan Pelajar Di
Politeknik.
86
ILIMIAH 13
PANDEMIK COVID 19 DAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN :
ASAS PEMILIHAN APLIKASI E-PEMBELAJARAN
Mohd Fakhrurazi bin Awang, Latifah binti Samsuddin, Yusnizah binti Selamat
[email protected], [email protected],
[email protected]
Politeknik Sultan Idris Shah
ABSTRAK
Wabak Covid-19 merupakan ancaman yang dihadapi setiap negara dan tidak
terkecuali Malaysia. Penutupan premis dan aktiviti utama tidak dapat dielakkan bagi
membendung penularan wabak penyakit. Ianya memaksa institusi pendidikan
membuat perubahan kaedah pembelajaran bersemuka kepada pembelajaran atas
talian bagi memastikan proses pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan.
Pemilihan dan penggunaan aplikasi pembelajaran atas talian yang tepat akan
membantu melancarkan proses penyampaian dan dapat mengatasi cabaran dan
halangan yang wujud disebabkan kepelbagaian latar belakang pengajar dan
pelajar. Aplikasi mesra pengguna, kepelbagaian fungsi, kebolehpercayaan dan
rekabentuk aplikasi menjadi kriteria utama pemilihan sesuatu aplikasi e-
pembelajaran sama ada menggunakan aplikasi sedia ada mahupun yang bakal
dibangunkan.
Kata kunci : e-pembelajaran, mesra pengguna, kepelbagaian fungsi,
kebolehpercayaan dan rekabentuk
PENGENALAN
Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah menyatakan Covid-19 sebagai wabak
yang menimbulkan ancaman kontemporari kepada manusia. Pandemik ini memberi
kesan besar di seluruh dunia termasuk Malaysia berikutan virus ini yang mudah
87
merebak dan boleh menyebabkan kematian. Pihak kerajaan melaksanakan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
(PKPP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan
Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang disertakan dengan garis panduan serta
Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi membendung penularan wabak Covid-19.
Ini menyebabkan penutupan pelbagai sektor - sektor utama seperti aktiviti
perniagaan, pembuatan, pengangkutan, pelancongan serta melibatkan penutupan
institusi pendidikan.
Keadaan ini mendorong institusi – institusi pendidikan terutamanya di
peringkat pengajian tinggi untuk mencari solusi dan alternatif terbaik bagi
memastikan proses pembelajaran dan pengajaran dapat diteruskan. Ianya
termasuk memperkenalkan dan memperluaskan lagi kaedah pembelajaran atas
talian bagi menggantikan kaedah pembelajaran dan pengajaran secara bersemuka
yang sebelum ini hanya digunakan untuk pembelajaran jarak jauh. Pembelajaran
atas talian melibatkan penggunaan laman sesawang, aplikasi e-pembelajaran,
kemudahan internet dan beberapa teknologi penting lain untuk membangunkan
bahan pendidikan, penyampaian instruksional dan pengurusan program.
Kepelbagaian faktor geografi, lokaliti, kewangan, kemudahan peralatan dan
talian internet sama ada bagi pelajar mahupun institusi pendidikan merupakan
cabaran utama yang perlu diambil kira bagi menentukan kaedah pembelajaran atas
talian yang akan diguna pakai. Namun begitu, tidak boleh dinafikan bahawa
pemilihan aplikasi atau platform e-pembelajaran yang tepat juga menjadi suatu
perkara yang penting bagi memastikan proses penyampaian dapat berjalan dengan
lancar dan memenuhi kehendak pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai
aplikasi sedia ada di pasaran sama ada berbayar mahupun yang percuma dan
pihak institusi juga mempunyai pilihan untuk membangunkan aplikasi sendiri bagi
memastikan ianya memenuhi keperluan semasa. Antara kriteria yang perlu diambil
kira bagi pemilihan aplikasi ataupun platform e-pembelajaran adalah mesra
pengguna, kepelbagaian fungsi, kebolehpercayaan dan rekabentuk aplikasi.
88
KRITERIA PEMILIHAN APLIKASI
Kriteria pertama adalah aplikasi yang mesra pengguna. Aplikasi yang
mempunyai ciri – ciri mesra pengguna memberi kesan yang signifikan untuk
mempengaruhi pengguna untuk menggunakan aplikasi tersebut. Antara contoh
aplikasi yang mesra pengguna adalah seperti senang diakses, mudah digunakan
dan boleh difahami dengan cepat tanpa perlu merujuk kepada garis panduan
ataupun buku tatacara. Aplikasi yang baik akan dapat menampung aliran trafik
pengguna yang tinggi dalam satu-satu masa tanpa menyebabkan berlakunya
sekatan dan kegagalan semasa digunakan. Kajian membuktikan bahawa
kemudahan penggunaan aplikasi atas talian akan mempengaruhi persepsi positif
pengguna terhadap kemampuan aplikasi tersebut. Ianya perlu ringkas, mudah dan
berkualiti untuk memastikan pengguna dapat terus menggunakannya tanpa perlu
mencari alternatif yang lain.
Kriteria kedua ialah aplikasi yang pelbagai fungsi. Aplikasi e-pembelajaran
perlu mempunyai kriteria kepelbagaian fungsi. Ianya merujuk kepada aplikasi yang
boleh melakukan lebih dari satu fungsi sahaja di antaranya kemampuan untuk
membuat perkongsian maklumat, berkomunikasi sama ada secara chatting,
bersemuka, membuat penilaian dan menghantar tugasan. Kepelbagaian fungsi
sesuatu aplikasi memberikan kelebihan kepada pengguna dan pembangun sistem
kerana ianya akan menjadi satu pusat tumpuan dan boleh mengelakkan pengguna
perlu memuat turun atau melayari aplikasi yang lain untuk melaksanakan sesuatu
urusan.
Kriteria ketiga adalah keselamatan aplikasi. Kriteria utama yang perlu
menjadi pertimbangan adalah kebolehpercayaan dan keselamatan sesuatu aplikasi
e-pembelajaran daripada ancaman siber. Ianya melibatkan kemampuan sesuatu
aplikasi menyimpan data pengguna dan menjaga maklumat transaksi ataupun
interaksi yang terkandung didalam aplikasi tersebut. Kaedah penggunaan daftar
masuk setiap kali penggunaan aplikasi adalah pilihan yang terbaik samada
menggunakan nombor pin, cap jari ataupun pengenalan wajah. Namun begitu,
89
ianya tidak terhad kepada aplikasi sahaja kerana ianya juga berkait rapat dengan
kemampuan pusat pelayan untuk mengelak daripada berlakunya serangan siber
seperti virus dan digodam. Polisi keselamatan dan perkongsian maklumat
pengguna perlu diteliti agar tidak berlakunya kes seperti kebocoran dan
perkongsian data aplikasi dengan pihak ketiga.
Akhir sekali ialah kriteria rekabentuk aplikasi. Rekabentuk aplikasi menjadi
suatu pertimbangan utama kerana merupakan salah satu faktor yang boleh
mempengaruhi minat seseorang pengguna. Kualiti rekabentuk merangkumi kualiti
sistem, kualiti maklumat dan kualiti perkhidmatan. Ianya melibatkan kaedah susun
atur bahan, penggunaan warna, butang dan kemudahan untuk mencari maklumat.
Rekabentuk aplikasi yang memberi kebebasan dan mesra pengguna termasuk
pengguna kurang upaya atau mempunyai masalah kesihatan menjadi suatu nilai
tambah seperti mempunyai pilihan warna tema, saiz dan jenis tulisan serta
pemilihan Bahasa. Kejayaan aplikasi mempengaruhi pengguna semasa pertama
kali menggunakannya akan memberi kesan berpanjangan kepada pengguna untuk
terus menggunakan aplikasi tersebut.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, pemilihan aplikasi e-pembelajaran yang tepat adalah
penting bagi memastikan proses pembelajaran dan pengajaran dapat diteruskan
dengan lancar dan dapat mengatasi cabaran yang ada. Di samping itu juga,
penambahbaikan dalam aplikasi e-pembelajaran dari semasa ke semasa adalah
penting untuk memastikan perkhidmatan dan fungsi yang disediakan sesuai dengan
keperluan pelanggan sama ada pengajar mahupun pelajar dan mengikuti
perkembangan semasa dalam teknologi.
90
ILIMIAH 14
KAJIAN GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR DIPLOMA TEKNOLOGI
MAKLUMAT (TEKNOLOGI DIGITAL) BAGI TREK PEMBANGUNAN APLIKASI
DAN PERISIAN DAN TREK SISTEM RANGKAIAN DI POLITEKNIK SULTAN
IDRIS SHAH MENGGUNAKAN MODEL VARK
Ajisa Beevi Abdul Wahab, Ruzanna Abu Bakar, Susilawaty Ahmad Osman
[email protected]; [email protected]; [email protected]
Politeknik Sultan Idris Shah
ABSTRAK
Kaedah pengajaran yang efektif merupakan faktor utama dalam meningkatkan
pemahaman pelajar dalam sesuatu kursus. Kajian ini bertujuan mengenalpasti gaya
pembelajaran pelajar Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) (DDT) bagi
Trek Pembangunan Aplikasi dan Perisian dan Sistem Rangkaian untuk menentukan
kaedah pengajaran yang sesuai untuk disampaikan kepada pelajar. Kajian ini
dijalankan dengan menggunakan instrumen soal selidik VARK (Visual, Auditory,
Read/Write. Kinesthetic) yang telah diedarkan secara atas talian. Sampel kajian
adalah seramai 198 orang pelajar Semester 3 dan ke atas yang telah membuat
pemilihan trek. Dapatan kajian menunjukkan pelajar daripada kedua-dua trek
adalah lebih dominan kepada gaya pembelajaran kinestetik, diikuti auditori, visual
dan gaya pembelajaran yang paling rendah peratusannya adalah jenis membaca
dan menulis. Berdasarkan dapatan yang diperolehi, beberapa kaedah pengajaran
telah dikenalpasti untuk meningkatkan kefahaman pelajar yang lebih dominan
kepada kinestetik.
Kata kunci : Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital), Trek Sistem
Rangkaian, Trek Pembangunan Aplikasi dan Perisian, VARK (Visual, Auditory,
Read/Write. Kinesthetic)
91
PENDAHULUAN
Perancangan pengajaran dan pembelajaran yang menarik serta
kepelbagaian pendekatan yang digunakan dalam proses itu menjadi faktor untuk
mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan dan mudah difahami oleh
pelajar. Terdapat pelbagai gaya dalam proses pembelajaran dan setiap individu
mempunyai cara pembelajaran yang berbeza-beza. Hasil pembelajaran dapat
dioptimumkan sekiranya gaya pembelajaran yang telah dipilih sesuai dengan
pelajar tersebut [1]. Mengenalpasti gaya pembelajaran di kalangan pelajar dan
kaedah pengajaran menggunakan pendekatan yang memenuhi gaya pembelajaran
pelajar akan menghasilkan kesan yang lebih baik terhadap tahap pengetahuan
mereka [2].
Program Diploma Teknologi Maklumat (DDT) yang ditawarkan di Politeknik
Sultan Idris Shah, Sg Air Tawar, Selangor menyediakan dua pilihan trek iaitu Trek
Pembangunan Aplikasi dan Perisian serta Trek Sistem Rangkaian. Program ini
menyediakan pendidikan dan latihan yang spesifik kepada bidang Teknologi
Maklumat. Kaedah pengajaran dan pembelajaran adalah berbeza-beza, sama ada
teori, mahupun praktikal. Perbezaan pemberat ini turut memberi kesan kepada
proses pembelajaran dan pengajaran memandangkan latar belakang dan gaya
pembelajaran pelajar yang berbeza-beza.
Hasil yang diharapkan dari kajian ini adalah untuk membuktikan wujudnya
gaya pembelajaran yang berbeza dikalangan pelajar Diploma Teknologi Maklumt
(DDT) di Politeknik Sultan Idris Shah. Kajian ini juga sebagai sumbangan kepada
pendidik untuk lebih fleksibel, kreatif dan inovatif di dalam kelas terutamanya untuk
menyediakan bahan pengajaran yang relevan dan bertepatan dengan kepelbagaian
gaya pembelajaran.
92
KAJIAN LITERATUR
Gaya Pembelajaran
Gaya pembelajaran menunjukkan perbezaan kemampuan diri individu dalam
menerima pengetahuan. Pada asasnya, gaya pembelajaran adalah strategi yang
paling memungkinkan seseorang boleh mendapatkan dan menggunakan maklumat
dengan kaedah tertentu. Setiap individu mungkin memliliki satu atau lebih gaya
pembelajaran. Gaya pembelajaran seseorang individu dapat dikenalpasti sejak dari
usia muda [5]. Mengenal pasti gaya pembelajaran tertentu dapat menolong
seseorang untuk meningkatkan tahap penerimaan pengetahuan, sebilangan pelajar
mungkin belajar lebih baik melalui gambaran visual, namun ada juga pelajar yang
cenderung dengan kaedah teori dan ada juga yang lebih terkesan dengan kaedah
pembelajaran secara ‘hands-on’[4]. Kajian yang sama menunjukkan terdapat lebih
daripada 70 teori yang telah diperkenalkan sejak 30 tahun yang lalu. Oleh kerana
terdapat banyak teori gaya pembelajaran, hanya teori VARK (dikenali sebagai
Visual, Auditory, Reading dan Kinesthetic) dipilih dalam kajian ini.
Gaya Pembelajaran VARK (Flemming, 1987)
Gaya pembelajaran VARK merupakan idea utama dalam bidang psikologi dan
pendidikan [7]. Matlamat utama model ini adalah untuk mengenalpasti bagaimana
seseorang individu dapat belajar dengan baik. Model gaya pembelajaran VARK
mengklasifikasikan empat kategori pelajar iaitu pelajar visual, pelajar auditori,
pelajar membaca dan menulis serta pelajar kinestetik. Rajah 1 menunjukan model
VARK oleh Neil Fleming.
93
Rajah 1: Model VARK (Neil Fleming, 1987)
Pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar visual cenderung menggunakan
deria penglihatan semasa proses pembelajaran. Golongan ini belajar dengan cara
melihat elemen grafik, contohnya gambar rajah, video, carta, illustrasi dan bentuk
visual yang lain. Individu ini lebih mudah faham dengan melihat data yang
ditunjukkan dalam bentuk visual daripada membaca teks bertulis. Pelajar auditori
atau juga dikenali sebagai pelajar yang cenderung menggunakan deria
pendengaran lebih mudah belajar dengan mendengar maklumat. Individu ini lebih
mudah mengingati fakta yang dipelajari di dalam kelas melalui syarahan yang
disampaikan oleh pensyarah. Pelajar dari kategori membaca dan menulis pula lebih
mudah memahami dan mendapatkan maklumat di mana ia dipaparkan sebagai
perkataan. Bahan pembelajaran yang berasaskan teks sangat digemari oleh
golongan pelajar ini. Pelajar kinestetik dikenali sebagai pelajar ‘hands-on’ yang
menggunakan deria sentuhan untuk belajar. Pengalaman ‘hands-on’ adalah elemen
utama kepada pelajar kinestetik untuk memperoleh pengetahuan yang lebih baik.
METODOLOGI KAJIAN
Sampel Kajian
Sampel kajian bagi penyelidikan ini terdiri daripada pelajar program DDT, Politeknik
Sultan Idris Shah. Terdapat dua trek di bawah program DDT iaitu Trek Sistem
Rangkaian dan Trek Pembangunan Aplikasi dan Perisian. Seramai 69 sampel
94
pelajar dari trek Sistem Rangkaian dan 129 sampel pelajar dari trek Pembangunan
Aplikasi dan Perisian bagi semester 3 dan ke atas yang telah memilih trek telah
terlibat di dalam kajian ini.
Instrumen Kajian
Borang soal selidik “How I Learn Best” versi 7.8 yang terdiri daripada 16 soalan
berbentuk objektif. Terdapat lebih daripada satu jawapan yang boleh dipilih oleh
pelajar. Soal selidik ini juga dikenali sebagai inventori VARK yang mempunyai
skema penandaan yang dapat digunakan untuk mengira skor pilihan bagi
mengenalpasti gaya pembelajaran pelajar. Rasional pemilihan model VARK adalah
kerana ciri-ciri pengkelasan model ini yang lebih ringkas dan lebih mudah untuk
diramalkan. Pelajar akan dikategorikan mengikut gaya pembelajaran mereka yang
paling dominan (Visual, Auditori, Membaca dan Menulis atau Kinestetik). Markah
tertinggi yang dicatatkan untuk inventori, menunjukkan gaya pembelajaran pelajar
yang paling dominan. Inventori VARK versi 7.8 digunakan dan setiap gaya
pembelajaran pelajar dikenalpasti dan analisis terhadap data yang dikumpulkan
yang dijalankan.
DAPATAN KAJIAN
Analisa bagi sampel kajian telah dijalankan ke atas 129 orang pelajar DDT
daripada Trek Pembangunan Aplikasi dan Perisian dan 69 orang pelajar DTT
daripada Trek Sistem Rangkaian.
Jadual 1: Jadual Gaya Pembelajaran bagi Trek Sistem Rangkaian dan Trek
Sistem Aplikasi dan Perisian
GAYA TREK SISTEM TREK SISTEM APLIKASI
PEMBELAJARAN RANGKAIAN (%) DAN PERISIAN (%)
Visual 13.75 12.16
Auditori 23.75 18.24
Membaca/ menulis 5.00 8.11
Kinestetik 57.50 61.49
95
Merujuk kepada Jadual 1 menunjukkan gaya pembelajaran pelajar DDT Trek
Sistem Rangkaian adalah lebih cenderung kepada kinestetik dengan peratusan
tertinggi sebanyak 57.50%, diikuti gaya pembelajaran jenis auditori sebanyak
23.75%, gaya pembelajaran secara visual sebanyak 13.75% dan gaya
pembelajaran membaca/menulis adalah paling rendah peratusannya iaitu sebanyak
5%.
Gaya pembelajaran pelajar DDT Trek Sistem Aplikasi dan Perisian juga lebih
cenderung kepada kinestetik dengan peratusan tertinggi sebanyak 61.49%, diikuti
gaya pembelajaran jenis auditori sebanyak 18.24%, gaya pembelajaran secara
visual sebanyak 12.16% dan gaya pembelajaran membaca/menulis adalah paling
rendah peratusannya iaitu sebanyak 8.11%.
Perbandingan Gaya Pembelajaran Pelajar bagi Trek Sistem
Rangkaian dan Trek Pembangunan Aplikasi dan Perisian
70 57.50 61.49
60
Peratus 50 23.75 18.24
40
30 5.00 8.11
20 13.75 12.16
10 Auditori Membaca/menulis Kinestetik
0
Visual
Gaya Pembelajaran
Trek Sistem Rangkaian Trek Pembangunan Aplikasi dan Perisian
Rajah 2: Rajah Perbandingan Gaya Pembelajaran Pelajar bagi Trek Sistem
Rangkaian dan Trek Pembangunan Aplikasi dan Perisian
Rajah 2 menunjukkan perbezaan gaya pembelajaran bagi pelajar DDT Trek
Sistem Aplikasi dan Perisian dan juga Trek Sistem Rangkaian. Berdasarkan analisa
yang telah dibuat, didapati pelajar daripada kedua-dua trek adalah lebih dominan
kepada gaya pembelajaran jenis kinestetik di mana peratusannya adalah sangat
ketara berbanding dengan gaya pembelajaran auditori, visual, membaca/menulis.
Sebanyak 57.50% pelajar dominan kepada gaya pembelajaran jenis kinestetik bagi
96
Trek Sistem Rangkaian dan 61.49% bagi Trek Pembangunan Aplikasi dan Perisian.
Perbezaan peratusan bagi kedua-dua trek hanyalah sebanyak 3.99% sahaja.
Daripada dapatan kajian yang diperolehi, menunjukkan pelajar yang
dominan dengan gaya pembelajaran kinestetik sesuai belajar secara ‘hands-on’
yang menggunakan deria sentuhan untuk belajar. Pengalaman ‘hands-on’ adalah
elemen utama kepada pelajar kinestetik untuk memperoleh pengetahuan yang lebih
baik. Pelajar yang dominan dengan gaya pembelajaran jenis kinestetik ini juga lebih
menyukai pembelajaran dengan kaedah pergerakan atau berdasarkan pengalaman
yang dilalui. Pelajar akan lebih menguasai pelajaran jika mereka melakukan
manipulasi dan praktikal dalam pembelajaran.
Pensyarah boleh menggunakan beberapa kaedah pengajaran kepada
pelajar yang lebih dominan dengan gaya pembelajaran kinestetik seperti kajian kes,
demonstrasi, pengajaran menggunakan aplikasi dan alatan dan rakaman video atau
filem yang menunjukkan pengalaman sebenar untuk meningkatkan keupayaan
pelajar dalam pembelajaran. Selain itu pensyarah boleh merancang aktiviti yang
membuat pelajar bergerak (kerja kumpulan, lakon peranan/ ‘role-plays’, lawatan
lapangan). Pensyarah juga boleh menyediakan situasi simulasi sebenar bagi
pelajar kinestetik agar dapat mengaplikasikan teori yang dipelajari.
Gaya pembelajaran kedua tertinggi bagi pelajar DDT daripada Trek
Pembangunan Aplikasi Perisian dan Trek Sistem Rangkaian adalah jenis auditori
iaitu sebanyak 23.75% bagi Trek Sistem Rangkaian dan 18.24% bagi Trek
Pembangunan Aplikasi dan Perisian. Perbezaan gaya pembelajaran jenis auditori
bagi kedua-dua trek adalah sebanyak 5.51%. Bagi gaya pembelajaran auditori,
pelajar lebih cenderung untuk belajar dengan mendengar apa yang disampaikan.
Kaedah penyampaian kepada pelajar yang cenderung dengan gaya
pembelajaran auditori adalah dengan mendengar kuliah lisan, perbincangan,
penjelasan dan melalui perbualan. Selalunya, golongan ini mahir menggunakan
deria pendengaran mereka untuk mendengar cerita, penjelasan, pengajaran,
97
penggunaan humor, memahami sintaks dan makna perkataan, mengingati
maklumat, berhujah dengan pandangan mereka dan menganalisis penggunaan
bahasa.
Walaupun gaya pembelajaran bagi visual dan membaca/menulis mempunyai
peratusan yang rendah bagi kedua-dua trek, namun kaedah ini masih perlu
digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran kerana terdapat juga pelajar
yang mempunyai gaya pembelajaran secara visual dan membaca/menulis.
Oleh itu pensyarah juga perlu menyampaikan kaedah pengajaran secara
tayangan video atau tayangan slaid pembentangan yang mempunyai rajah dan
tulisan yang menarik dan menonjol bagi gaya pembelajaran secara visual. Bagi
kaedah pembelajaran secara membaca/ menulis pensyarah boleh meyampaikan
pengajaran dengan memberikan nota-nota tambahan untuk bacaan pelajar.
KESIMPULAN
Pelajar program DDT bagi Trek Pembangunan Aplikasi Perisian dan Trek
Sistem Rangkaian mempunyai gaya pembelajaran yang sama iaitu kedua-duanya
lebih dominan kepada kinestetik dan kurang dominan kepada gaya pembelajaran
jenis membaca/menulis. Pensyarah dicadangkan untuk menggunakan kaedah atau
pendekatan yang sesuai untuk meningkatkan tahap pencapaian pelajar yang lebih
menjurus kepada kinestetik. Walau bagaimanapun, pensyarah juga perlu
menggunakan kaedah yang dirasakan perlu mengikut kursus yang diajar kerana
ada juga pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran jenis auditori, visual dan
membaca dan menulis.
98
RUJUKAN
Willingham, D. T., Hughes, E. M., & Dobolyi, D. G. (2015). The Scientific Status of
Learning Styles Theories. Teaching of Psychology [1]
Howard-Jones. (2014). Neuroscience and education: Myths and messages. Nature
Reviews Neuroscience. [2]
WillDietz, PengLi, JohnRegehr, & VikramADve. (2015). Understanding Integer
Overflow in C/C++. [3]
Truong, H. M. (2016). Integrating learning styles and adaptive e-learning system:
Current developments, problems and opportunities. Elsevier. [4]
Essays, U. (November, 2013). Individual Learning Styles and Strategies. Retrieved
from Essays, UK: https://www.ukessays.com/essays/teaching/individual-
strategies-and-learning-styles.php?vref=1 [5]
Boneva, D., & Mihova, E. (2012). Learning Styles and Learning Preferences. [6]
Cherry, K. (6 April, 2018). Which Learning Style Do You Have? [7]
99
ILIMIAH 15
PENGURUSAN HAL EHWAL PELAJAR : BAHAGIAN KEBAJIKAN
Fatin Shafinas Binti Rokman
[email protected]
Politeknik Sultan Idris Shah
ABSTRAK
Institusi pendidikan merupakan sebuah platform bagi sesebuah negara dalam
melahirkan pelapis peneraju negara. Bagi merealisasikan perkara ini, institusi
pendidikan khususnya Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) mengambil kira pelajar
sebagai klien utama atau pihak berkepentingan. Pembangunan akademik adalah
teras utama dalam perkhidmatan ini. Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) dalam
mana-mana institusi memainkan peranan dalam mendukung proses pembelajaran
pelajar agar berjalan lancar. JHEP : Bahagian Kebajikan mempunyai 3 sub-kategori
utama iaitu Pembiayaan Pendidikan, Polisi Insurans dan Tabung Amanah
Kebajikan. Tiga sub-kategori ini memainkan peranan yang penting dalam
memastikan para pelajar dapat menjalani proses pembelajaran dengan lebih lancar
dalam keadaan lebih kondusif serta efektif. Selain dari itu, bahagian ini juga
berperanan dalam memastikan kebajikan pelajar sentiasa terjaga sambil
memastikan perjalanan pendidikan mereka dalam keadaan yang baik.
Kata kunci : kebajikan pelajar, pembiayaan pendidikan, polisi insurans, tabung
amanah kebajikan
PENGENALAN
Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) adalah platform utama dalam menghasilkan
bakal graduan yang akan menjadi peneraju negara. Pelajar yang progresif dalam
sektor pendidikan ini dianggap sebagai pihak berkepentingan dan klien utama bagi
sesebuah institusi. Justeru itu, menjadi objektif utama bagi mana-mana institusi
100
pendidikan dapat melahirkan graduan yang berkualiti tinggi dan bermutu agar
kelangsungan kemajuan negara bergerak seiring dengan arus pemodenan dunia.
Teras utama dalam mana-mana IPT adalah memastikan kualiti penyampaian
akademik pada tahap tertinggi. Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
amatlah dititik beratkan dan pelbagai kajian kaedah penyampaian ilmu dikaji dan
diolah dalam memastikan proses PdP ini berjalan dengan baik dan lancar. Bahkan
segala keperluan seperti hasil pembelajaran kursus, sistem peperiksaan, kaedah
pembangunan silibus dan soalan dipantau selia serta diselaraskan kepada badan-
badan akreditasi yang bersesuaian agar bakal graduan mempunyai sijil pendidikan
yang diiktiraf bukan sahaja di peringkat negara malahan secara global.
Namun begitu, proses akademik ini mampu terganggu dengan pelbagai
aspek luaran. Umum diketahui, semua individu atau pelajar mempunyai latar
belakang yang berbeza. Setiap pelajar mempunyai faktor luar masing-masing yang
mampu mempengaruhi perjalanan akademik mereka. Sehubungan dengan itu,
JHEP: Bahagian Kebajikan memainkan peranan yang amat penting dalam
memastikan keperluan pelajar yang bersesuaian dapat diberikan, didedahkan dan
diselaraskan demi kecemerlangan pelajar dapat dicapai. Bahagian kebajikan
pelajar ini meliputi pelbagai cabang dan terbahagi dengan 3 sub-kategori utama.
Tiga sub-kategori ini adalah merangkumi pembiayaan pendidikan, polisi insurans
dan akhir sekali tabung amanah kebajikan. Ketiga-tiga sub-kategori ini adalah
tunjang utama dalam memastikan keperluan kebajikan pelajar dapat dipenuhi
sepenuhnya.
SUB-KATEGORI BAHAGIAN KEBAJIKAN PELAJAR
Ketiga-tiga sub-kategori yang dimaksudkan di dalam petikan di atas adalah
seperti berikut :-
101
Sub-kategori Pertama : Pembiayaan Pendidikan.
Pembiayaan pendidikan adalah bertanggungjawab memudahcara urusan
pembiyaan pelajar dalam tempoh pengajian mereka. Umumnya, terdapat dua
kaedah bagi pembiayaan pendidikan.
i. Kaedah Pertama adalah dengan kaedah peminjaman.
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau singkatannya
(PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan
Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) dan fungsi utamanya adalah untuk
menguruskan pembiayaan kewangan dan pinjaman pelajaran pengajian
tinggi kepada pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di institusi
pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia. Badan ini merupakan badan
utama dalam kaedah peminjaman pendidikan. JHEP bertindak sebagai
orang tengah dalam mengurus, menyelia dan menyelaras proses
permohonan dan pengesahan diantara pelajar dan pihak PTPTN. Malahan
JHEP juga bertanggungjawab menguruskan sebarang proses pertukaran
intitusi pendidikan agar peminjaman pendidikan pelajar tidak terjejas.
ii. Kaedah kedua adalah melalui tajaan pendidikan.
Kaedah ini amat meluas dimana terdapat banyak badan-badan kerajaan,
badan berkanun dan juga badan bukan kerajaan yang menawarkan tajaan
pendidikan sesuai dengan keperluan masing-masing. Sehubungan dengan
ini, JHEP mampu bertindak dengan mewar-warkan sebarang iklan tajaan,
kepada penasihat akademik dan juga pelajar bagi menggalakkan
permohonan daripada pelajar yang berkelayakkan. Disamping itu juga, JHEP
juga bertindak sebagai rujukan utama bagi mana-mana badan penaja
ataupun peminjaman pendidikan dalam pengesahan status dan pencapaian
akademik pelajar yang terkini dalam memastikan saluran kewangan dapat
diberikan secara telus.
102
Sub-Kategori Kedua : Polisi Insurans
Ini adalah amat penting bagi setiap individu yang bergelar pelajar khususnya
mereka yang berada di dalam sektor Technical and Vocational Education and
Training (TVET) dimana pendidikan secara praktikal dilaksanakan di institusi dan
juga di peringkat latihan industri. JHEP berfungsi dengan menguruskan
pendaftaran, pembelian, pembaharuan dan proses permohonan tuntuan insurans
oleh pelajar secara berkelompok dengan mana-mana syarikat insurans yang telah
dilantik oleh pengurusan institusi. Insurans ini adalah sebagai satu jaminan, dimana
para pelajar yang mendaftar dalam institusi pendidikan akan sentiasa terjaga dan
dilindungi dari sebarang kemungkinan dan risiko kerja fizikal sewaktu menjalankan
kuliah praktikal.
Sub-Kategori Ketiga : Tabung Amanah Kebajikan
Ini adalah tabung kebajikan institusi dimana JHEP bertindak dalam menapis dan
memproses permohonan para pelajar serta menyalurkan bantuan bagi yang
berkelayakkan. Tabung amanah ini mempunyai syarat-syarat kelayakan dan proses
permohonan juga hendaklah melalui beberapa lapisan pengesahan. Ini secara tidak
langsung, proses ini membantu JHEP untuk mengetahui keadaan dan keperluan
pelajar terhadap faktor-faktor yang mampu mempengaruhi perjalanan akademik
mereka. Disamping ia dapat diperketengahkan dan diselesaikan dalam cara
penyelesaian yang terbaik.
Akhir sekali adalah perkara lain-lain yang menyokong segala keperluan
kebajikan pelajar bagi memudahkan proses perjalanan akademik mereka. Ini
adalah perkara-perkara selain daripada tiga sub-kategori utama namun tidak
kurang kepentingannya dalam memastikan jaminan kebajikan pelajar. Badan-
badan yang ingin menyalurkan sebarang bantuan, bukan sahaja dari sudut
kewangan, malahan daripada pelbagai aspek, seperti program amal, anak angkat,
dan program motivasi juga mampu menjana persekitaran yang kondusif bagi
memastikan para pelajar dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai pelajar
sepenuhnya tanpa sebarang faktor luaran yang mampu mempengaruhi proses
pendidikan mereka.
103
KESIMPULAN
Kesimpulannya, teras utama pelajar yang merupakan klien utama dalam
institusi pendidikan adalah perjalanan akademik itu sendiri. Dan bagi mendukung
objektif ini, JHEP memainkan peranan penting dalam memastikan proses ini
berjalan lancar dengan membantu pelajar dalam aspek kebajikan. Oleh itu,
prosedur kebajikan pelajar hendaklah dilaksanakan dengan telus dan menyeluruh
agar pelajar dapat menjalani proses pembelajaran mereka dengan lancar dan
efektif.
RUJUKAN
Aisyah, A.R. & Wajeeha, Z. (2016). Faktor penentu pengurusan kewangan: kes
mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar,
19(2), 85-94.
Anuar Abdullah. (1990). Perkaitan Di Antara Latar Belakang Dan Konsep Kendiri
Pelajar Dengan Pencapaian Akademik. Projek sarjana yang tidak diterbitkan.
Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Abu Bakar, E., Masud, J. and Jusoh, M.Z. (2006), Knowledge, attitude and
perceptions of university students towards educational loans in Malaysia,
Journal of Family Economics Issue, Vol. 27, pp. 692-701.
Mastura, M., Fadilah, Z., & Nor Akmar, N. (2007). Analisis faktor penyebab stress
di kalangan pelajar. Jurnal Kemanusiaan, 9, 62-72.
Edward , W., Nasharuddin, A. & Kamisah, I. (2015). Education Loan Repayment
and Performances: The Malaysian Graduates Perspectives. Jati, Volume 20,
158-172
104
PENULISAN
Kreatif
KREATIF 1
AKU KASI GORENG
Nukilan : Kias Baiduri
Pagi ni macam hari-hari biasa bak kata ‘omputih’ typical weekday, rutin aku
masuk office dan on PC, benda first kena buat dalam List to do today adalah buka e-
mel dan scroll laju-laju baca sekali imbas. Tiba-tiba mataku tertancap pada satu emel
tajuknya berbunyi begini ‘PROGRAM JIWAKU MALAYSIA@LIBRARY 2020’. “Ehh.
wait… apa dia ni… nampak menarik, baca sat.” dan aku tertarik dengan ‘benda alah’
ni, nama dia Apresiasi Jiwaku Malaysia, ok bunyi macam best ni. “Apresiasi jiwaku
Malaysia ye... jiwa Malaysia..only in Malaysia. Hmmm boleh try ni, apa aku nak goreng
ni ye”, gumamku dalam hati. Okeylah, ini kali aku kasi goreng…
Kasi goreng satu kali… Nasi Goreng Kampung: Bapak Angkat India, Abang
Angkat Cina.
Zaman kanak-kanakku dulu sangat menyeronokkan. Memandangkan aku anak
bongsu perempuan, dan di atasku ada dua orang abang dengan jarak umur yang
hampir sebaya, jadi sepanjang masa aku bermain dengan abang-abangku and the
geng. Aku ni harap je perempuan, tapi lasaknya ya ampun!!! dengan penampilan yang
comot, berbaju t-shirt seluar katok dan lastik tergantung di leher memang macam
kampung boy. Sampaikan kawan-kawan sekeliling menggelarku tomboi. Setiap petang
selepas balik sekolah atau semasa cuti sekolah, jangan harap aku duduk diam di
rumah. Ada saja projeknya; ikut abang memancing ikan, mencari cacing dan
menangkap katak di bendang untuk dijadikan umpan, melastik burung, main konda
kondi atau baling selipar, lumba panjat tiang bendera di balai raya, panjat pokok sampai
ke pucuk, main gelongsong di tangga masjid, tangkap ikan laga dalam parit di kebun
kelapa, main masak-masak sampai punah bunga kertas mak aku dan macam-macam
lagi. Tapi yang paling segar dalam kenangan, bila aku ada bapak angkat India dan
abang angkat Cina. Begini ceritanya;
105
Pet...pet...petttt... bunyi hon uncle India jual roti naik motor yang aku panggil
‘Uncle’. Petang-petang biasanya Uncle memang pusing keliling kampung berjual roti
benggali. Mak aku pesan, “petang nanti kalau Uncle tu lalu, adik tahankan ye, mama
nak beli roti”. Maka dengan penuh terujanya aku pun berlari-lari dan melompat sambil
mendepang tangan menahan motor Uncle. Dari jauh aku nampak Uncle senyum dan
mula memperlahankan motor. “Macam-macam inti ada… kaya ada, kacang ada,
kelapa ada, gula ada, keju ada, apa mau kakak” itu la ayat dia setiap kali mak aku nak
beli roti dan yang pasti setiap kali itu jugalah aku akan dapat dua ban roti inti kacang
free. Kadang-kadang kalau buat muka comel lebih sikit, Uncle bagi empat ban roti
hahaha. “Uncle belanja untuk adik comel” katanya. Terima kasih Uncle, ucapku sambil
tersengih gembira. Tapi yang specialnya, Uncle hanya akan bagi roti free bila aku yang
tahan motor dia, kalau abang atau kakak aku yang tahan, dia cuma bagi senyuman
manis je. Pendek kata asal aku tahan je dapat free, asal free je mesti aku yang tahan.
Sampaikan abang aku akan bagi alasan begini setiap kali mak aku menyuruhnya
menahan motor Uncle untuk membeli roti, “adik je la yang tahankan, adik kan anak
angkat dia” Hahaha
Selain Uncle roti, ada juga Uncle Aiskrim yang selalu pusing kampung jual
aiskrim potong dan aiskrim kon zaman dulu-dulu. Tapi Uncle Aiskrim ni, jarang-jarang
aku tahan sebab aiskrim dulu kategori makanan orang bangsawan. Jadi aku kena
kumpul duit belanja sekolah dulu sebelum dapat beli aiskrim ni. Biasanya selepas
penat merayap bermain sekeliling kampung dan kalau duit yang dikumpul sudah
cukup, kami akan menahan motor Uncle Aiskrim dan beliau akan berhentikan motornya
di depan Bengkel Kereta Ah Yong yang terletak berhampiran rumah kami.
Kebiasaannya, pekerja di bengkel itu pun akan join beli aiskrim juga bila Uncle Aiskrim
berhenti. Nak dijadikan cerita, ada seorang pekerja bengkel berbangsa Cina yang aku
gelarkan Abang Bengkel kerap belanja aku aiskrim dan yang pasti aiskrim yang dia
belanja best-best belaka. Boleh dikatakan setiap kali dia beli aiskrim pasti dia akan
belanja aku satu kon aiskrim cornetto. Yahoo!!! tersengih-sengihlah aku macam kerang
busuk sambil ucapkan terima kasih. Maklumlah, bagi anak kampung kategori rakyat
marhain macam aku ni dulu kalau dapat aiskrim cornetto, rasa seronok macam dapat
106
emas!!! Yang bertambah seronoknya lagi, aku sorang je yang dapat, abang-abang aku
tak dapat dan biasalah ayat orang dengki bila tak dapat aiskrim “Eleh... seronoklah tu,
abang angkat cina dia belanja” akan keluar dari mulut abang-abang aku. Aku iyakan
saja. Tapi walaupun aku sorang je yang dapat, aiskrim itu tetaplah dikongsi bersama.
Maka disebabkan itulah abang-abangku dengan rasminya menggelarkan Uncle
sebagai ‘adik punya bapak angkat India’ dan Abang Bengkel itu pula ‘adik punya abang
angkat Cina’. Sampai sekarang, bila tiba Tahun Baru Cina atau Deepavali, abang-
abangku akan berseloroh kepadaku “Kau tak pergi beraya rumah bapak angkat India
dan abang angkat Cina kau ke dik”.
Kasi goreng dua kali… Mee Goreng Mamak: Hari rayaku hari rayamu jua
Malaysia dan raya memang sinonim. Tengok sajalah kalender, penuh dengan
cuti raya, Aidilfitri, Aidiladha, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Gawai, Hari Keamatan,
Thaipusam dan banyak lagi perayaan-perayaan yang kita sambut. Yang paling
seronoknya, tak kisahlah raya apa pun, kita semua akan sambut bersama dan
berkongsi raya, tak kira kaum dan agama. Jalan sesak di mana-mana kerana semua
balik beraya. Teringat semasa bersekolah dulu, bila tiba cuti raya, tak kisah lah raya
apapun, aku dan kawan-kawan akan buat ‘baraan’ berbasikal dari rumah ke rumah
mengumpul duit raya@angpau. Bila Aidifitri, berbondong-bondonglah kami berbasikal
ke rumah kawan untuk makan kuih raya, ketupat rendang. Bila tiba Tahun Baru Cina,
kami beramai-ramai beraya bersama sambil makan kuih kapit, kuih bakul dan limau
mandarin begitu juga bila Deepavali tiba, kami raikan sambil makan laddu, muruku,
briyani dan capati kari kambing. Duit raya dapat, kenyang pun dapat, kawan-kawan
pun jadi rapat. Seronoknya!!!
Kasi goreng tiga kali… Char Kuetiau: Makcikku 3 in 1
Jangan ingat kopi je ada 3 in 1, manusia pun ada juga. Siapakah gerangannya?
Makcik aku la orangnya. Kenapa aku bagi gelaran Makcikku 3 in 1 adalah disebabkan
makcik aku ni raut muka mirip kaum Cina, namanya pula macam kaum India tapi
identitinya kaum Melayu. Kalau orang yang baru pertama kali jumpa makcik aku, selalu
beranggapan bahawa makcik aku seorang Cina mualaf sebab mukanya sangat mirip
107
Cina dengan mata sedikit sepet, hidung sederhana kecil, putih melepak dan kening
sederhana nipis. Pendek kata memang ada ciri-ciri raut wajah kaum Cina. Uniknya
Makcik aku ni, namanya macam India, sebab dulu nenek aku bekerja di estet ladang
kelapa sawit. Nenek dikelilingi oleh kawan-kawan di kalangan kaum India. Kawan
neneklah yang mencadangkan nama ‘Ratna Dewi’ semasa nenek bersalinkan
makcikku dulu dan disambut baik oleh nenek. Maka jadilah makcikku 3 in 1, lengkap
kombinasinya Melayu, Cina dan India.
Okey, dah cukup muka surat, sat gi lebih-lebih Kak Hang marah pulak. Only in
Malaysia; Nasi Goreng Kampung, Mee Goreng Mamak & Char Kuetiau. Cukuplah
rasanya goreng tiga kali, lain kali aku goreng lagi. Asal jangan rentung sudahlah.
-Pengajaran-
Hargai keamanan, keharmonian dan perpaduan yang wujud dalam masyarakat
pelbagai kaum di negara ini selain menjadikan semangat setiakawan dan
muhibah sebagai pegangan bagi memastikan keamanan dan kestabilan negara
sentiasa terpelihara.
108
KREATIF 2
AKU TAHU KAU KUAT
Nukilan : Ayuin
(Puisi ini untuk kamu)
Mahu rasanya ku berlari padamu,
Menghulurkan bahu,
Dan membenarkan kau menangis semahumu.
Mahu rasanya ku berlari padamu,
Merangkul erat tubuhmu,
Dan membiarkan kau luah segala yang terbuku di kalbu.
Mahu rasanya ku berlari padamu,
Menggenggam erat tanganmu,
Tanda aku sentiasa ada untukmu.
Kuatlah.
Aku tahu kau kuat.
Lebih kuat dari yang aku tahu.
Doaku sentiasa ada buatmu, sahabatku.
109
KREATIF 3
BERSEDIAKAH AKU?
Nukilan : Asuno Marhain
Hati ini terdetik acapkali apabila azan subuh berkumandang, kenapa diri ini
begitu malas untuk bangun. Ku cuba untuk kalih ke kiri dan ke kanan, memeluk erat
bantal peluk, tetapi hati putih ini tetap mengatakan …”ayuh bangun”…
“mandi”…”solat subuh”… dalam masa yang sama…hati hitam ini pun berkata…”cuba
tarik selimut”…”hari masih belum siang”,.. “lambat lagi”…akal fikiran ku mula
berserabut Ya Allah.. kuatkan hatiku ini.. Bangun!!.. Bangun!!. Dalam pergelutan
fikiran, nafsu dan iman… akhirnya hati putihku yang menang… dan aku pasti… hari
esok belum tentu kerana hati hitam ini tidak akan putus-putus cuba untuk meracuni
fikiran dangkalku.
Usai solat subuh, aku termenung. Lantas aku buka aplikasi kegemaran ramai..
“TikTok”. Ada yang seronok untuk dilihat, ada yang ketawa bila melihat dan ada yang
terasa apabila mendengar nasihat. Aku terhenti seketika, apabila satu nasihat
menyinggah di halaman TikTokku. Nasihat yang diberikan oleh seorang penceramah
agama terkenal. Dia menyatakan dengan suara yang merintih dan jelas. Adakah anda
bersedia? Adakah anda bersedia? Adakah anda bersedia untuk menghadapi hari
akhirat? 3 kali diucapkan. Aku terdiam, aku terkedu, kerana aku tahu…diriku ini
bukanlah seorang yang baik, malah diriku ini adalah seorang pendosa. Nasihat itu terus
bermain didalam benak fikiran ku sepanjang perjalanan ke tempat bekerja.
Ya Allah…aku tidak bersedia… kerana dosa-dosaku seperti diibaratkan buih-
buih yang berterbangan di lautan. Sesungguhnya hambaMu ini banyak mengumpul
dosa daripada mengumpul pahala, tetapi diriMu ya Allah…tetap memberikan aku
kenikmatan, kebahagian dan ruang peluang untuk diriku bertaubat. Seandainya boleh
110
ku undur masa.. tidaklah aku berbuat demikian.. akan ku cuba untuk menggantikan
masa tersebut dengan tidak menyakiti hati keluarga, membuat amal kebaikan dan
kebajikan serta mengumpul pahala. Hati putih ku mula berkaca dan berkata “Ya
Allah...terasa ruginya masa itu”.
-Pengajaran-
Sesungguhnya akhirat dan alam kematian itu benar. Carilah dan kumpullah
pahala.. sementara masa masih diizinkan oleh Allah swt. Rebutlah peluang untuk
bertaubat seperti kamu akan mati pada esoknya.
111
KREATIF 4
SI KUNING FERBIE
Nukilan : Alya Ammara
Seawal 6.15 pagi enjin dihidupkan menandakan bermulanya kerjayaku pada
setiap hari. Begitulah rutinku setiap hari usai solat subuh, Mimi yang ku lihat agak kelam
kabut di pagi hari memacuku sejauh 100km dari rumah ke tempatnya mencari rezeki
tanpa mengenal erti perit jerih dan jemu. Bacaan doa dan zikir dimulakan sebelum si
tayar bergolek meninggalkan perkarangan rumah.
Aku kagum dengan Mimi yang ku lihat agak cermat mengawal pergerakanku.
Keutamaan laluan amat dititikberatkan kepada penunggang motosikal. Bukan sahaja
motosikal bahkan lori-lori yang membawa muatan yang besar seperti Scania, Hicom
bahkan Isuzu yang ku lihat agak keterlaluan dan bermaharaja lela di atas
jalanan..”mentang-mentanglah besar suka hati je nak bawak laju-laju atas
jalan…belum hari hujan lagilah melampau memotong kereta sana-sini sehingga
membahayakan pemandu kenderaan yang lain”..getus hati kecil ku.
Perjalanan dari tempat kediaman Mimi ke tempat kerjayanya melalui 3 buah
daerah di selatan Perak. Banyak pengalaman yang ku hadapi sepanjang bersama Mimi
tidak kira di mana sahaja dia membawaku. Teringat di suatu pagi, ntahkan mana
datangnya suatu bunyi lalu Mimi ku dengar terkumat kamit bertanyakan bunyi yang
datang ntah dari mana di sekitar badanku...”eh bunyi apa ni…Ya Allah lindungilah
hambaMu ini sepanjang perjalananku ke tempat kerja”…doa yang Mimi acap kali
lafazkan dibibir sejurus mendengar bunyi yang tidak tahu datang dari arah mana.
Kasihan ku lihat Mimi, gigih juga meneruskan perjalanan ke tempat kerjanya tapi dia
memandu dalam keadaan yang agak perlahan lebih kurang 60km/jam.
Usai memasukkan badanku di tempat letak kereta dalam keadaan parking, Mimi
terus keluar dariku dan bergegas ke pejabat. Aku masih bingung bunyi apakah yang
keluar dari sekitar badanku ini. Aku cuba merasa disekeliling badan, mungkin ada di
112
antara bahagian badan yang tidak sihat, dan yang lebih memeranjatkan ku lihat Mimi
datang semula menghampiriku.
Kali ini ku lihat Mimi mengelilingku. Beberapa pusingan dibuat oleh Mimi
sehingga dia berhenti dibahagian belakang lalu memicit si tayar di bahagian belakang...
“Ya Allah” jerit si Mimi lalu aku dengar dia menangis..aku jadi hairan kenapa dia
menangis secara tiba-tiba..kemudian aku terdengar Mimi menadah tangan dan berdoa
“ Ya Allah…terima kasih Ya Allah kerana selamatkan perjalanan ku, tayarku tercucuk
paku tajam dan tayar ku kempis..kau selamatkan perjalanan ku Ya Allah..aku berterima
kasih Ya Allah” sekali lagi aku mendengar tangisan Mimi dan kali ini lebih kuat dari
sebelumnya.
Setelah mendengar tangisan Mimi, aku turut bersedih dan bersyukur kehadrat
Allah SWT kerana kekuasaan yang ditunjukkan olehNya. Benar aku yakin dengan
amalan yang sering dilakukan oleh Mimi sebelum memulakan sesuatu perjalanan, dia
akan berdoa dan berzikir sebelum keempat-empat tayarku bergolek meneruskan
perjalanan.
Setelah itu, ku lihat Mimi bergegas memacuku ke kedai tayar yang berada di
pekan lebih kurang 20 minit perjalanan dari tempat kerjanya. Muka mimi agak pucat
dan kali ini ku lihat dia lebih berhati-hati memacuku ke kedai tayar.
Sejurus tibanya di kedai tayar, ku lihat Mimi terus keluar dan berlari
mendapatkan tauke kedai tayar tersebut dan memaklumkan perihal tayar yang pancit.
Tauke kedai terus keluar dan meluru ke arahku lalu memanggil pekerja-pekerjanya
untuk memeriksa keempat-empat buah tayar di sekitar badanku.
Penukaran tayar mengambil masa lebih kurang 20 minit. Satu persatu tayar di
periksa seperti yang disarankan oleh Mimi. Selesai penukaran tayar dibuat, ku lihat
Mimi menjelaskan bayaran kepada tauke kedai tersebut sambil kedengaran “ berapa
jumlah tauke?”..kemudian tauke membalas “ eh takpe-takpe, ada lubang sikit
saja..saya kasi free sama you”…sekali lagi kali ini ku lihat Mimi menangis sambil
mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT…
113
Kemudian Mimi meneruskan perjalanan dari kedai tayar ke tempat kerjanya
semula..sambil mengatakan kepadaku..”terima kasih Ferbie”…Ferbie adalah nama
timangan yang diberikan oleh Mimi kepadaku.
“Semua ini adalah berkat doamu jua Ferbie”..kata Mimi kepadaku. Aku sedih
dan terharu dengan ungkapan doa yang ditujukan oleh Mimi kepada ku. Bagi ku ini
adalah penghargaan yang sangat tinggi yang ditujukan oleh Mimi kepada
ku..alhamdulilah ku tahu Mimi bukan sahaja tuan ku bahkan ku tahu dia juga sangat
menghargaiku sehingga ke hari ini walaupun aku bukan sebaris dengan jenama-
jenama kereta antarabangsa, aku merasa sangat bangga kerana nilai-nilai budi pekerti
yang ditunjukkan oleh Mimi terhadapku.
Aku sangat berbangga dengan Mimi kerana denganku dia memacuku ke sana
sini untuk mencari rezeki bukan sahaja untuk keluarganya, bahkan untuk ibu bapa dan
adik beradik serta ipar duai. Dia juga banyak ku lihat membawaku untuk membuat
kerja-kerja amal kebajikan dan juga membuat kebaikan di merata-rata tempat. Semoga
segala kebaikan, kebajikan dan amalan yang dilakukan oleh Mimi ini nanti dapat
dimanafaatkan oleh orang lain dan menjadi iktibar untuk kita semua.
-Pengajaran-
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sedekahnya orang Muslim itu
dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk, Allah akan
menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri
sendiri.” (Hadis Riwayat Thabrani)
114
KREATIF 5
CONTINENTAL
Nukilan : Mrwick
Sekian berpurnama dikata diam akur telunjuk meja utama
Dekat 07 kering tandatangan ambil pena lantas berceritera
Berduyunan telah lepas dipentas aprisiasi
Continental masih sama.
Justifikasi ruang berubah atas yang awan
Karikatur diktator menunjuk jalan ditutup mata dikatakan jurang
Continental takut, Continental masih sama.
Heckler & Koch dan Glock dicampak ke dasar hebat
Kerusi main table dibina atas stigma bertutup mata
Haram istilah dan kertas namun halalkan cara
Semua terdiam, continental masih sama.
Tiba satu laungan wajib berevolusi lihatkan dinasour sudah pun kesekolah
Asal jua mata dit-utup disuruh melihat matahari
Suria turun setiap hari namun arus kemudi masih buta
Mendongak harapkan bintang cari arah bak Maui tapi ilmu haramkan lebihi
tunjuk jari
Continental masih sama, Continental kecewa.
115
Pesan akhir Syeikh Al maliki jangan tawar bermanisan jasa
Terus usaha tanpa luluh dan buruk sangka
Heretlah bahteramu, bawalah assassin semua
Terus laungkan jiwa takbir shafaat Rasul
Mudahkan jiwa ini sirat arah destinasi
Continental masih stigma, tapi ingin bersama.
Alhamdulillah.
116
KREATIF 6
DUA PULUH DUA PULUH
Nukilan : Nurza Kasnun
2020 kian meniti pergi,
tiada lagi cuti-cuti destinasi,
tiada lagi kereta terbang dinanti,
hanya duduk di depan TV,
menunggu berita status terkini.
Ke sekolah tiada lagi,
anak-anak perlu diperhati,
ibu bapa sebagai pengganti,
menjadi guru silih berganti,
memantau tugasan yang diberi,
agar tercapai apa yang diimpi.
Wajah ibu lama sudah tidak ditatapi,
wajah mulus ayah sentiasa diingati,
kampung halaman makin dirindui,
kerana tidak dapat merentas negeri.
Kita diuji,
untuk terus peduli,
untuk terus menyelidiki,
apakah boleh diubati
dengan teknologi vaksin terkini?
117
S.O.P disyaratkan di sana-sini,
perlu sama saling patuhi,
sama-sama kita insafi,
duduk muhasabah diri,
BERDOA,
agar semua dilindungi.
2020 kian meniti pergi,
banyak yang tidak pasti,
apakah akan terus begini?
118
KREATIF 7
KOMPILASI ANEKDOT: IBU DAN ANAK
Nukilan : Ain Amir
KISAH 1:
Anak-anak request kisah Nabi. Nabi Sulaiman yang dipilih. Bab Nabi nak
melintas ada seekor semut bersuara dan Nabi sedikit tersenyum kerana mendengar
arahan ketua semut tersebut.
Firman Allah swt yang tersebut:
Maksudnya: (Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-
Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu
masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu,
sedang mereka tidak menyedari". Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-
kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku
supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada
ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan
masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu
yang soleh".
(Surah al-Naml: 18-19)
Akhirnya Nabi ucapkan syukur pada Allah atas nikmat untuk memahami bahasa
haiwan yang Allah kurniakan kepada baginda. Izzah mencelah;
“Nabi faham bahasa cina tak mak?”
“Aaaaa…”
119
-Pengajaran-
Mudah-mudahan dengan membiasakan anak-anak dengan kisah Nabi akan
menjadikan anak-anak lebih teguh keimanannya menempuh hari yang
mendatang.
KISAH 2: TERKESIMA.
Order makanan.
Lambat sampai.
Dah sampai tu secoet pula hidangannya.
Si kecil Yusra dah mengamuk menjerit sebab lapar mungkin.
Makanya terpaksa ambil spageti anak kedua, Izzah untuk kongsi pada adik dia.
“Izzah ok ke? Sorry ya mak ambil spageti Izzah nak bagi Yusra makan”
“Kan ada hadis sabar belajar di sekolah, kak ngah boleh sabar mak”, ujarnya lembut
dan spontan sambil jari tak putus bagi spageti dalam pinggan dia ke pinggan untuk
adik.
Terharunya mak nak oiii. Mak hang ni nama je dengar kuliah tapi bila diuji rasa macam
sesak dada bila nak bersabar tu.
-Pengajaran-
Sungguhlah sesiapa pun dalam hidup ini tanpa mengira tua atau muda boleh
menjadi medan untuk kita reflek diri kita di tahap mana sekarang.
120
KISAH 3: CERITA.
"Mak ada cerita pasal Nabi Muhammad tak?"
"Alamak, nak cerita pasal apa ya. Pasal waktu sebelum nabi lahir nak?"
"Ha"
"Sebelum Nabi lahir, ada sekumpulan tentera. Tapi dia bukan bawa kereta kebal
macam sekarang. Izzah rasa dia bawa apa?"
"Apa dia?"
"Dia bawa gajah tu. Gajah besar tu! Hebat kan?"
"Waaa…"
"Tapi, Allah tu Maha Besar. Sebenarnya askar tu nak serang Mekah, Kaabah. Tapi
akhirnya Allah datangkan banyak sangat burung, dari bermacam-macam jenis, lepas
tu burung-burung tu bawa batu berapi dari neraka."
"Ha? Neraka?"
"Ya, Neraka Sijjil. Macam dalam surah Al-Fil."
Usai bacaan surah;
"Izzah nak tahu, batu tu dia hentam askar-askar. Bunyinya macam ni, arghhh argghhh!"
(sambil buat gaya orang tengah elak batu-batu yang turun dari langit).
Izzah masih memberikan tumpuan dan mungkin ada riak pelik dari wajahnya
melihatkan reaksi spontan dari emaknya semasa asyik bercerita.
"Ha, dahsyat tak izzah?"
"Dahsyat!"
"In the end, Izzah tahu apa jadi kat askar-askar tu?"
"Tak tahu"
121
"Mereka mati macam daun-daun yang kena makan dengan ulat. Izzah perasan tak,
daun-daun tu jadi berlubang-lubang, dah tak ada rupa daun elok dah. Kuning-kuning.
Macam tulah teruknya askar-askar tu kena tembus dengan batu-batu dari api neraka."
"Oh, macam daun-daun yang kena makan dengan ulat bulu tu ke mak?"
"Haaa betul tu.Good girl.”
-Pengajaran-
Semoga dengan menghayati kisah-kisah dari Al-Quran dapat menyuburkan
ketauhidan kita dan generasi akan datang dalam menjadi hamba yang
diredhaiNya. Insya-Allah.
122
KISAH 4: ANAK-ANAK BERGADUH.
"Kenapa bergaduh ni? Syaitan suka manusia bergaduh."
Dua beradik sambung bergaduh lagi.
"Sekarang dua-dua baca A'uzubillahiminaissyaitonirrajim untuk halau syaitan."
Lalu anak-anak pun lantas membaca lafaz isti’azah.
"Hmm… ok sikit. Lepas ni kalau awak berdua nampak mak ayah bergaduh, tegur ya."
Beberapa minit lepas tu, ada sedikit perbalahan laki bini. Terus laki ceq habaq macam
ni kat bini dia;
"Ha, baca A'uzubillahiminassyaitonirrajim pulak."
"Huhu."
Bini pun baca isti'azah berbekalkan sisa-sisa kesabaran yang ada dan berkuranganlah
juga rasa nak menjawab tu.
-Pengajaran-
Untuk renungan bersama, mungkin kita boleh mengingati semula yang memang
disebut dalam Al-Quran bahawa neraka itu bahan bakarnya adalah manusia dan
batu.
Syaitan diberi keizinan oleh Allah untuk tinggal di dunia untuk mencari
sekutunya ke neraka. Syaitan tidak pernah berhenti berdendam dengan umat
manusia. Justeru, kita dinasihatkan untuk mengamalkan bacaan isti'azah. Hanya
kepada Allah tempat kita berlindung. Aminn.
123
KISAH 5: IBRAH KEHIDUPAN?
"Mak, Izzah nk ke tandas"
Tengah drive ni, nak ambil si kecil kat rumah pengasuh.
"Aulia' pun".
Huuu. Baiklah. Dah kenapa dua-dua nak ‘membuang’ serentak. Tapi senang jugalah
berhenti sekali saja untuk kedua-dua anak selesaikan ‘hajat’ masing-masing.
Maka berhentilah di stesyen minyak yang terdekat sambil memikirkan mungkin ada
hikmah atas semua yang Allah takdirkan.
Ada lebih kurang 15 minit tergendala perjalanan sebab masing-masing buang ‘hajat’
besar.
Setelah selesai urusan, buckle tali pinggang anak-anak dan teruskan perjalanan
dengan harapan tiada sesiapa merengek-rengek untuk berhenti di mana-mana lepas
ni.
Setelah ambil anak yang ketiga dari rumah pengasuh, menuju ke jalan besar, nampak
trafik semacam perlahan daripada kebiasaan. Kelihatan juga ramai orang berkerumun
di laluan jalanraya.
“Ada kemalangan agaknya", getusku dalam hati.
Memikirkan sebentar tadi tergendala perjalanan dek melayan keperluan anak-anak,
timbul rasa syukur. Memikirkan kejadian kemalangan tersebut yang mungkin aku boleh
jadi antara mangsa yang terlibat.
Selang beberapa minit, ada ambulan tiba di tempat kejadian. Mujur jarak hospital dan
kejadian hanya beberapa meter sahaja.
124
-Pengajaran-
Dalam hidup ini banyak takdir Allah yang kita tidak faham kenapa ia berlaku.
Mengingatkan aku suatu kisah dalam surah Al-Kahfi, ketika Nabi Musa a.s
mengikut seorang hamba Allah yang dipercayai bernama Khadir. Secara
kasarnya tiada insan waras yang bersetuju untuk seseorang membocorkan
sampan orang-orang miskin, membunuh orang lain dan membina tembok
berdekatan kawasan yang diduduki oleh orang yang tidak berbudi bahasa
kepada tetamunya. Tiada logik di situ.
Setelah dikaji sedikit sebanyak, nyatalah hanya sesetengah orang sahaja yang
diizinkan Allah untuk memperoleh ilmu tersebut yakni ilmu untuk mengetahui
apakah hikmah disebalik semua yang dilakukan atau yang berlaku. Kemudian
setelah itu Nabi Khadir menerangkan kepada Nabi Musa apakah sebab Nabi
Khadir melakukan semua perlakuan aneh tersebut.
Sekadar peringatan, Nabi Khadir melakukan segalanya berdasarkan wahyu dari
Allah swt. Untuk kita manusia biasa, adalah berdosa besar untuk seseorang
membunuh orang lain dan tentunya akan disoal dan diberi pembalasan yang
setimpal di akhirat kelak.
Seperti itu jugalah yang berlaku dalam kehidupan kita. Untuk kebanyakan masa,
kita ini memang akan dapati yang kita tidak faham kenapa berlaku A, B, atau C.
Secara zahirnya kita akan dapati sesuatu itu berlaku dengan tidak adil.
Hakikatnya, Allah semestinya sudahpun memberi yang terbaik untuk semua
makhluknya sama ada daripada segi masa, keadaan dan sebagainya.
Seperti dalam petikan dari Surah Al-Imran ayat 26;
“Di tangan Engkaulah segala kebaikan.”
‘Telan’ ayat suci ini hari-hari sampai ke liang lahad. Semoga ketenangan dengan
takdir Illahi menjadikan kita lebih kuat dalam hidup. Insya-Allah.
125
KREATIF 8
JACK AND HIS MATHS TEACHER
Nukilan : Sukhvinderjeet Singh A/L Mohinder Singh
Aishah Humaira Abdullah
Siti Zaharah Abdul Aziz
CHAPTER 1: INTRODUCTION
I am Jack bin Halim, an average student in a secondary school in Sekinchan.
Why do I say I am an average student? Well, it’s simply because I bring average marks
for all the subjects that I am taking. Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Science,
Geography and Economic Studies. However, Math was one subject that I was most
certainly weak at. I never liked it. Why should I? To be honest, counting was never my
thing. Algebras, finding the value of X, multiply, minus really made me feel uneasy. Still,
it was a compulsory subject and I had no choice. To make matters worse, Math’s
subject was taught every day in school. And yes…what can I say about my Math’s
teacher.
CHAPTER 2: MY MATH TEACHER
En. Rashid was a very strict teacher. I have never seen him smile. That is
because he never did. He was a ‘straight to the point’ kind of a teacher. A typical Math
teacher. His tall towering figure made him intimidating as well. He was in his late 40s
but he looked kind of older for his age. I dare say that where his looks and age were
concerned, the figures were not adding up.
126
CHAPTER 3: A TYPICAL MATH CLASSROOM
Usually, math class is held during the first lesson in my school. This means
finding the dreaded value of ‘X’ almost every morning. To be honest, I never paid
attention in class. I admit it’s something that I am never proud of. Not because En.
Rashid was a boring teacher, not because it was too early in the morning, it was simply
because I never liked it. In a typical math class, En. Rashid always asked a lot of
questions. He was fond of randomly calling students in front of the class to complete
the math equations. I never liked it.
CHAPTER 4: I WASN’T PAYING ATTENTION
En. Rashid was having his usual math class and I was playing the fool with my
friends. By playing the fool, I meant sharing jokes and laughing and giggling with my
friends. Taufik, Sarah and myself were simple not paying attention during the class. I
am sure you can guess what happened next. En. Rashid noticed. Called out our names
and asked us to come in front of the class to complete a math equation that he was
explaining earlier. We obviously couldn’t complete it at all. Not even the first step. En.
Rashid was furious. He decided to conduct a test covering two chapters the next day.
The whole class blamed us. As much as I hate to admit it, it was our fault.
CHAPTER 5: TEST
Just minutes before En. Rashid enter the classroom bringing the test papers,
Taufik, Sarah and myself decided to sit together. For one sole purpose, to copy. Not an
ounce of guilt feeling while planning this. And we were doing it. Copying. Within the first
10 minutes of the test, we were caught. The whole test had to be called off because of
our shameful action. I remember En. Rashid telling us one thing that I will never forget
for the rest of my life. He said ‘’ Today, you cheat in a classroom exam, tomorrow you
may cheat in other things. Nothing you do will have value’’. These were his exact words.
I was devastated. We apologized.
127
CHAPTER 6: AFTER SCHOOL
The three of us met En. Rashid that evening after school to apologize. And we
did. We promised never to cheat in any of our subjects. I admitted to be weak in math
to him. En. Rashid offered to help us after class every day to improve our Math. I had
no words to express my gratitude towards his willingness to help us. Especially after all
that we have done. Our next math exam was in two weeks’ time. So he got us started
immediately. There was no time to waste and none was wasted. So every day, after
school, we met him and he used to give us exercises after exercises to improve our
math level. He promised to give us tips two days before the exam. We were looking
forward for the tips.
CHAPTER 7: TWO DAYS BEFORE D-DAY
En. Rashid was teaching us that evening after school. We were waiting for the
tips that he had promised to us. Tips that will put us on the front foot. Tips that will give
us the advantage over the rest. As he was teaching us, his phone rang. He answered.
He had to leave hastily. Just like that. We felt betrayed as he never came to school the
next day. The test was tomorrow. We had to score. After school, we went to the office
to find out about En. Rashid. We were shocked to find out that he died in a car accident.
He was driving back to see his wife in a hospital (suffering from breast cancer) when
he met a fatal accident. We were speechless. Sadness beyond anything. I told Taufik
and Sarah to do our best in the test for him. For our beloved teacher.
CHAPTER 8: MATH TEST
The day came. A replacement teacher came. He conducted the test. I must
admit, it was never easy. Not because of the questions but because En. Rashid was
no longer with us. The emptiness. Who will help us find the value of X? We did the test.
We tried our best. We did it for him.
128
CHAPTER 9: THE RESULTS
The substitute teacher came in with the marked papers. He was announcing the
names and the grades of the students. Taufik’s name was called first, he got a B+.
Taufik got a B+. He never got anything beyond a D before this. Sarah and myself got
an A. Can you imagine, me, a student with no hope in math, scored. I could imagine
En. Rashid looking at us and smiling. He would be so proud of us. I guess I somehow
figured out the tips that he wanted to give us. It was as simple as “Work hard and
everything is in your hands’’. We could never have done it without him. Our Math
Teacher. His dedication, his patience. Our very own, the late En. Rashid.
-Lesson to be Learned-
1. Work hard and everything is in your hands.
2. Today, you cheat in a classroom exam, tomorrow you may cheat in other
things. Nothing you do will have value.
129
KREATIF 9
GULAI IKAN
Nukilan : Akmalfarhi76
8:00a.m.
“Assalamualaikum semua, hari ni seperti biasa kita produce items ala-carte macam
biasa. Saddam! Hang handle clearing buffet breakfast. Lepaih tu hang ikut aku pi
keluaq sat. Kita nak pi tengok location outside catering weekend ni. Kamal! Hang follow
Pak Akob. Hang belajaq masak untuk staff cafeteria hari ni. Boleh yer Bang Akob? Biaq
budak ni menuntut dengan abang hari ni?”
“Bolehhhhhh!!! Pengeras dia ayam golek sekoqqq!!!’ laung Pak Akob,
“Haahahahahhahaha!!!”
Begitulah rutin harian. Arahan tugasan dari Chef Ramly. Malay Sous Chef di Malay
Kitchen Shangri-la Penang. Aku hanyalah student practical a.k.a kitchen helper a.k.a
budak suruhan. Apa sahaja arahan kena patuh. Jangan melawan. Di mana bumi dipijak
di situ langit dijunjung. “Baikkk Chef! Arahan diterima.”
“Kamal, kau nampak ikan tu? Tau tak ikan apo tu?”
“Ikan tenggiri kan?” balasku.
“Tenggiri apo?”
“Entah, tenggiri apa?” soalku kekeliruan.
“Ekau ni…Ikan pun tak konal! Ini tenggiri batang. Yang bosar, bulek isi ehh. Kalau yang
kocikk nipihh tu tenggiri papan,” Pak Akob turunkan ilmunya kepadaku.
“Oooo,” jawabku setelah mengetahui perbezaan ikan tersebut.
130
Begitulah sabarnya Pak Akob mengajar berkongsi ilmu dan pengalaman. Pak Akob
seorang askar pencen. Pesara tentera darat yang pakar bahagian masakan melayu.
Asal Negeri Sembilan. Pengalaman otai ni hebat. Macam-macam resepi dia boleh
masak dan air tangan dia memang sedap. Cuma satu jer kelemahan Pak Akob.
Bahasa. English dia fail. Kalau Chef mat saleh tu datang masuk Malay Kitchen Pak
Akob akan mula menggelabah biawak. Biru muka Pak Akob macam ayam berak kapur.
Boleh nampak macam ayam dengan itik bercakap. Satu apa pun tak faham.
“Kita nak masak apa ikan ni Pak Akob?” tanyaku.
“Kito masak gulai, nissmillan style…Biar podehhh monyonggauuuu, hahahahaha!”
“Macam mana nak masak banyak-banyak ni? Saya tak reti masak banyak-banyak. Kita
rebus semua ikan ni dalam kuah gulai tu boleh?”
“Relekkkkssss…Don’t worry. Kau poie ambek long insert tu sepuloh. Ikan tu kau
boghosehkan, potong tobal ehh ikut ibu jari. Kalau bosar laie kau potong duo melintang.
Jangan memanjang pulak! Lagi sonang hancur lak ikan tu nnti. Lopeh tu kau ambek
garam halus campurkan kunyit seghobok, gaulkan minyak masak dan lumur kat ikan
tu. Jangan banyak sangat, sapu-sapu manjo yor. Kang terlobeh garam kang,
bordontum masin ehh. Hahahahaha!”
Memang seronok keja di Shangri-la Penang ni. Staff semua sangat friendly. Suka
bergurau buat lawak. Happy-happy. Keja yang banyak pun jadi tak stress. Tak tension
kerja. Kalau disuruh stay back buat overtime semua staff okay jer. Aku pun sama.
Selalu aku akan masuk shift pagi pukul 7 pagi terus sambung O.T. sampai pukul 9
malam. 14 jam kerja tak terasa penat pun. Seronok dapat belajar dengan otai-otai ni.
“Pak Akob! Mintak ayaq kopi secawannn!” Abang Farid, pengunjung setia setiap hari
di Malay Kitchen. Abang Farid adalah technician, boiler man. Memang selalu datang
tumpang minum kopi kat dalam kitchen. Bukannya tak ada air disediakan di staff
cafeteria. Tapi dia memang sengaja suka datang berjumpa kawan-kawan di dalam
kitchen.
131
“Awattttttt!!! Hari-hari hang mai singgah nak minum kopi. Hari-hari aku kena bancuh
kopi untuk hang! Apa?!!! Hang ingat aku ni ammmahhhhh hang? Banyaaakkkkkk cantik
muka hanggggg!!!” bunyi macam Pak Akob marah.
Begitulah gurauan Pak Akob dengan Abang Farid. Walaupun bahasa di mulut bunyinya
macam orang bergaduh, tapi tangan Pak Akob tetap akan membancuh kopi seteko
dan siap tuangkan air kopi itu ke dalam cawan.
“Nahhhhh!!! Minummm!!! Hang minum sampai kembong!!!” jerit Pak Akob,
“Hahahahaha!!!”
“Terima kasih Pak Akob, Pak Akob encemm lah hari ni. Hahahahaha!!!”
“Sudah!!! Kau jangan nak bodek-bodek aku. Hahahahaha!!!”
“Hari ni menu apa makan tengahari?” tanya Abg Farid.
“Masak gulai ikan tenggiri” aku menjawab.
“Chantekkkkkkkk!!! Gulai memang peberetttt aku,” sambil tangannya menunjuk thumbs
up.
“Saya dah siap Pak Akob. Ikan ni nak kena goreng dulu ke?”
“Tak payahhh! Kau susun elok-elok dalam long insert tu, masukkan dalam pressure
steamer sepuloh minit. Badan ikan jor dan kepalo dio kau masukkan dalam kuah untuk
bagi raso stock ikan. Dah siap kuah tu, baru tuang ke dalam insert…So ikan kau tak
hancur. Ini caro masak banyak dan copekk! Kau kono siap setting kul sebolehh.
Hahhh...Tunggu apo laie…Doghehhh…Doghehhh!!!” arah Pak Akob.
“Cili api ni cukup tak?”
“Tambah lagi tigo gonggam, biar podehhh monyonggau. Santan sepuloh kotak,
bawang tak payah. Guno kunyit hidup. Asam kopeng segonggam. Kalau tak cukup
masam nanti boleh tambah. Soghai sepuloh batang, kau kotuk yor. Daun kunyit kau
mayang, nanti tabor maso nak setting. Cili tu blend sekali dengan tangkai ehhh! Itu
petuo orang tuo-tuo…Podeh kek mulut yor, poghut tak podiihh.”
132
10:45a.m.
“Haaaaaa!!! Mana lauk gulai? Aku dah kebuloq ni,” laung Abang Farid. Dia dah siap
menunggu di cafeteria. Tak sabar dia nak makan gulai ikan favourite dia kononnya.
Tak dan aku nak susun lauk dia dah sibuk mencedok nasi.
“Laaaaaaaa!!! Ini bukan gulai!!! Ini masak lemak cili api!!! Awwatttttt hang ni Kamal?
Kata nak masak gulai? Aduuuuuuuhaaaiiiiiiii!!!” kecewa benar bunyinya.
“Pak Akob yang cakap. Suh masak gulai Negeri Sembilan style. Biar podehhh
monyonggauuu,” aku jual nama Pak Akob. Takut dituduh aku memandai tukar menu.
Barulah aku tahu, rupanya di Penang ni kalau lauk gulai, maknanya lauk yang berkuah
kari. Aku asal KL. Keturunan Negeri Sembilan. Kalau mak aku, masak gulai tu
maknanya gulai lemak cili api lah. Sama macam Negeri Sembilan. Cuma bezanya
resepi original Negeri Sembilan tak menggunakan bawang. Hanya guna kunyit hidup,
cili api, asam keping, serai dan santan.
“Ah Limmm ahhhhh! Hang masak lauk apa hari ni?” tanya Abang Farid pada Abang
Lim. Staff Chinese Halal Section.
“Gulai Ayam Nyonya style,” jawab Abang Lim.
“Wokkkkehhhhhh…janji lauk gulai. Ini anak Penang sejati lah….365 hari setahun, wajib
makan gulai hari-hari.”
Memang orang Penang ni pencinta lauk gulai kari yang tegar. Sarapan pagi pun boleh
pekena Nasi Kandar.
“Kamal! Petang ni lepaih gheja hang ikut abang. Kita pi minum petang,” ajak Abang
Farid.
“Baik bang.” Rasa bersalah punya pasal aku ikut jer pelawaan Abang Farid. Rasa
menyesal pun ada. Kecewa Abang Farid macam orang putus cinta. Namun aku berjaya
belajar ilmu yang baru hari ini.
133
-Pengajaran-
Bahasa dan terma kulinari Melayu ini luas. Terma gulai adalah untuk lauk yang
berkuah. Kalau di sebelah utara maknanya gulai kari, kalau di daerah tengah KL
dan Negeri Sembilan maknanya gulai lemak cili api. Kalau di pantai timur
maksudnya gulai kawah. Di Johor, Singapura dan Kepulauan Riau, gulai
bermaksud lauk gulai asam pedas, namun jarang orang Johor menyebut gulai
asam pedas. Cuma terma asam pedas lebih sinonim digunakan. Begitulah
uniknya budaya bahasa masakan Melayu. Satu terma gulai, namun menjelaskan
pelbagai maksud.
*boghosehkan = bersihkan, kunyit seghobok = kunyit serbuk, podeh monyonggau = pedas yang amat sangat
bordontum masin = masin sangat, ammah = orang gaji/suruhan, otai = all timers/ orang yang lebih tua dan
bepengalaman, poghut = perut, kebuloq = kebulur
134