The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

• Sekiranya anda diminta untuk membuat pembentangan di hadapan khalayak ramai, apakah perasaan anda, apakah persediaan yang anda akan lakukan dan bagaimana anda menghadapi proses pembentangan tersebut?
• Komunikasi merupakan salah satu cabang dalam proses psikologi. Ia merangkumi pelbagai jenis komunikasi seperti intrapersonal dan interpersonal.
• Pembentangan adalah salah satu proses komunikasi yang sering dilakukan oleh pelajar mahupun pensyarah dan orang ramai sebagai proses penilaian dan medium perkongsian ilmu. Oleh itu, kita perlu persiapkan diri dengan pengetahuan berkaitan pembentangan supaya idea dan pengalaman kita dapat diadaptasikan dengan baik.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit PSIS, 2021-12-26 21:09:40

100 TIPS KOMUNIKASI DALAM PEMBENTANGAN

• Sekiranya anda diminta untuk membuat pembentangan di hadapan khalayak ramai, apakah perasaan anda, apakah persediaan yang anda akan lakukan dan bagaimana anda menghadapi proses pembentangan tersebut?
• Komunikasi merupakan salah satu cabang dalam proses psikologi. Ia merangkumi pelbagai jenis komunikasi seperti intrapersonal dan interpersonal.
• Pembentangan adalah salah satu proses komunikasi yang sering dilakukan oleh pelajar mahupun pensyarah dan orang ramai sebagai proses penilaian dan medium perkongsian ilmu. Oleh itu, kita perlu persiapkan diri dengan pengetahuan berkaitan pembentangan supaya idea dan pengalaman kita dapat diadaptasikan dengan baik.

Keywords: KOMUNIKASI

1

2

100 Tips KOMUNIKASI
dalam Pembentangan

Mohd Rizal Bin Abd Rahim

3

HAK CIPTA TERPELIHARA
PENERBITAN POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

Hakcipta Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada penerbitan ini yang Diterbitkan pada ǀ 23 November 2021
boleh disiar-terbitkan semula dalam sebarang bentuk dan dengan apa cara
sekalipun termasuklah elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya eISBN ǀ 978-967-2860-13-6
tanpa mendapat izin bertulis daripada penerbit.
Penulis ǀ Mohd Rizal b. Abd Rahim
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Disemak ǀ Unit Pengurusan Psikologi
Mohd Rizal Abd Rahim, 1982- Reka kulit Politeknik Sultan Idris Shah
100 Tips KOMUNIKASI dalam Pembentangan / Mohd Rizal Bin Abd Rahim.
ǀ Shahril Khairi b. Abdul Shukor
Mode of access:
Internet eISBN 978-967-2860-13-6 Diterbitkan oleh ǀ Politeknik Sultan Idris Shah, Sg. Lang, 45100
Sg. Air Tawar, Selangor.
1. Public speaking. 2. Oral communication. 3. Government publications-- No. Tel: 03 3280 6200
Malaysia. 4. Electronic books. I. Judul. 808.51 No. Fax: 03 3280 6400
Laman Web: https://psis.mypolycc.edu.my/

4

KANDUNGAN

1) 5 Prinsip Komunikasi…………………………………………… 8 11) 5 Tip Mulakan Pembentangan……………………………… 32
2) 5 Mitos Pembentangan………………………………………. 10 12) 5 Tip Bina Rapport………………………..…………………….. 34
3) 5 Sebab Kenapa Perlu Belajar Pembentangan……. 12 13) 5 Tip Tarik Perhatian Audien………………………………… 37
4) 5 Level Pembentangan……………………………………….. 15 14) 5 Tip Jawab Soalan………………………………………………. 39
5) 5 Persediaan Sebelum Pembentangan……………….. 17 15) 5 Tip Tutup Pembentangan………………………………….. 41
6) 5 Tip Kawal Gemuruh…………………………………………. 19 16) 5 Maklumbalas audien yang perlu dihargai………….. 44
7) 5 Tip Nampak Yakin…………………………………………….. 22 17) 5 Tip sopan depan audien……………………………………. 46
8) 5 Tip Bahasa Badan…………………………………………….. 24 18) 5 Tip stuck depan audien……………………………………. 49
9) 5 Step Struktur Pembentangan……………………………. 27 19) 5 Tip Kalau tak dapat jawab soalan……………………… 51
10) 5 Syarat Slaid Pembentangan………………………………. 29 20) 5 Tip Pembentangan berkumpulan……………………… 53

5

Prakata

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
• Naskah ini diterbitkan sebagai melengkapkan tugasan untuk pentauliahan Ahli Rakan Pembimbing

Perkhidmatan Awam (AKRAB) Malaysia. CRS berbentuk perkongsian ilmu kepada rakan-rakan
sejawat mahupun masyarakat secara umum perlu dilaksanakan dalam bentuk program, ceramah
mahupun penerbitan berunsurkan psikologi sebagai kayu pengukur kepada ahli baru. Maka dengan
itu, lahirlah idea penulisan e-Book bertajuk 100 Tips KOMUNIKASI dalam Pembentangan
berdasarkan pengalaman penulis.
• Sekiranya anda seorang pelajar, pengajar, ahli perniagaan, wakil masyarakat mahupun sesiapa
sahaja yang sering membuat pembentangan, naskah ini amat sesuai menjadi rujukan pantas anda.
• Naskah ini diharapkan dapat membantu anda menjadi seorang pembentang yang hebat dan
sentiasa bersedia untuk membuat pembentangan yang berkesan.
Selamat maju jaya dan terima kasih.

6

Sinopsis

• Sekiranya anda diminta untuk membuat pembentangan di hadapan khalayak ramai, apakah
perasaan anda, apakah persediaan yang anda akan lakukan dan bagaimana anda menghadapi
proses pembentangan tersebut?

• Komunikasi merupakan salah satu cabang dalam proses psikologi. Ia merangkumi pelbagai jenis
komunikasi seperti intrapersonal dan interpersonal.

• Pembentangan adalah salah satu proses komunikasi yang sering dilakukan oleh pelajar mahupun
pensyarah dan orang ramai sebagai proses penilaian dan medium perkongsian ilmu. Oleh itu, kita
perlu persiapkan diri dengan pengetahuan berkaitan pembentangan supaya idea dan pengalaman
kita dapat diadaptasikan dengan baik.

Selamat maju jaya dan terima kasih.

7

Pemberi Mesej Penerima
maklumat maklumat

#1

5 PRINSIP
KOMUNIKASI

Maklumbalas

8

Pembentang merupakan orang yang memulakan proses komunikasi untuk memberikan atau
menyampaikan sesuatu maklumat.
Audien adalah mereka yang menerima maklumat daripada pembentang dalam proses
pembentangan.

Mesej adalah sesuatu maklumat yang hendak disampaikan oleh pembentang kepada
audien.

Dalam proses pembentangan, suatu mesej boleh disampaikan dengan menggunakan cara
atau medium yang berbeza bergantung kepada kesesuaian mesej tersebut dan audien.

Maklumbalas yang diberikan oleh audien menunjukkan keberkesanan kesej itu disampaikan
dan tahap penerimaan audien terhadap proses pembentangan.

9

#2 1. Saya bukan pembentang
2. Orang tak nak dengar

5 MITOS DALAM 3. Orang perlekeh
PEMBENTANGAN 4. Pembentangan hanya bercakap

5. Berjaya sebab hebat

10

Pembentang yang hebat tidak dilahirkan dalam masa yang singkat. Bakat perlu digilap dan
timba pengalaman dalam pembentangan. Buat banyak latihan dan sentiasa ambil peluang
untuk membentang sesuatu. Perlu sentiasa belajar dan praktik.

Audien yang hadir inginkan sesuatu daripada kita, sebab itu mereka hadir ke proses
pembentangan kita. Kita ada sesuatu yang mereka tidak tahu, kongsikan sahaja.

Orang tidak akan perlekeh kita selagi kita tidak perlekeh diri sendiri. Hormat dan hargai diri
sendiri untuk dapat penghargaan dari audien.

Proses pembentangan bukan hanya bercakap-cakap, ia hanya memberikan impak yang
sedikit melainkan apabila ia dilengkapi dengan komunikasi non-verbal, bantuan teknikal dan
persekitaran yang sesuai.

Audien dapat faham apa yang kita bentangkan bukan kerana kita hebat membentang,
semuanya dengan izin Allah.

11

#3 1. Penilaian
2. Jual idea
5 SEBAB KENAPA 3. Jual produk
4. Persediaan masa hadapan
PERLU BELAJAR 5. Meningkatkan keyakinan

PEMBENTANGAN

12

PEMBENTANGAN adalah satu proses penilaian terhadap kefahaman serta hasil usaha anda
sama ada dalam bentuk hardskill mahupun softskill.

Idea yang bagus sekiranya cuma disimpan di dalam fikiran hanyalah merugikan, jadi ia perlu
diterjemahkan melalui PEMBENTANGAN supaya membuahkan hasil dan dapat dikongsikan
bersama.

Produk yang baik jika tidak dapat digunakan secara optimum menjadikan usaha belum
cukup sempurna, jadi ia perlu dikongsikan melalui PEMBENTANGAN supaya memberi
manfaat dan mendapat kepercayaan.

Hari ini mungkin kita hanya kongsikan idea kecil. Namun ia merupakan langkah awal untuk
PEMBENTANGAN idea yang lebih besar dimasa hadapan.

Keyakinan diri dapat dipupuk menerusi proses PEMBENTANGAN apabila fizikal, mental dan
emosi sentiasa bersedia untuk meluahkan idea. Mulakan pembentangan dengan bilangan
audien yang kecil sebelum beraksi di khalayak ramai.

13

“Bentangkan sesuatu
dalam konteks apa yang
orang nak tahu, bukan apa
yang kita nak bagi tahu.”

14

#4 1. Memaklumkan
2. Menghiburkan
5 LEVEL 3. Mendidik
PEMBENTANGAN 4. Mempengaruhi
5. Menginspirasi

15

MEMAKLUMKAN : Maklumat dapat disebarkan dengan cara paling ringkas dan mampu
menambah pengetahuan audien.

MENGHIBURKAN : Audien merasa gembira dan terhibur sepanjang proses pembentangan
dan ia meninggalkan kenangan yang menggembirakan.

MENDIDIK : Pembentangan yang dibuat dapat memberikan pengajaran dan merubah audien
kearah yang lebih baik.

MEMPENGARUHI : Audien akan bersetuju dan terpengaruh selepas mendengar
pembentangan dan menuruti permintaan kita dengan rela hati. Mereka mengubah persepsi
asal mereka berdasarkan input yang kita kongsikan.

MENGINSPIRASI : Menyebabkan audien berubah persepsi dan sentiasa membawa diri
kearah kejayaan yang lebih cemerlang secara berpanjangan walaupun ketika tidak lagi dalam
slot pembentangan.

16

#5 1. Diri
2. Bahan
5 PERSEDIAAN 3. Teknikal
SEBELUM 4. Jadual
5. Kawal Gemuruh
PEMBENTANGAN

17

Siapkan diri dari aspek fizikal, mental dan emosi sebelum membuat pembentangan.
Bahan pembentangan mesti difahami dengan mendalam dan tahu menghubungkaitkan
setiap maklumat. ‘Nampak’ dan ‘rasai’ setiap maklumat yang ingin disampaikan.
Tahu menggunakan sistem sokongan teknikal seperti hardware dan prop yang membantu
proses pembentangan.

Pastikan maklumat seperti tarikh, masa, tempat dan tema yang betul.

Gemuruh perlu ada tetapi ia harus dikawal dengan baik agar tidak mengganggu diri.

18

#6 1. Fasih dengan kandungan
2. Bersedia awal
5 TIP 3. Faham dengan proses
KAWAL GEMURUH 4. Banyak latihan
5. Aktiviti fizikal

19

Fasih dengan kandungan dan bahan pembentangan.

Buat persediaan lebih dari cukup dari awal dan hadir awal ke tempat pembentangan supaya
kita ada masa untuk menyesuaikan diri.
Faham dengan perjalanan proses pembentangan seperti penerangan, demonstrasi, sesi soal
jawab dan sebagainya.

Banyak buat latihan pembentangan dengan menggunakan semua bahan yang berkaitan.
Setiap latihan akan memberikan pengalaman.

Lakukan aktiviti fizikal yang ringan dan tidak terlalu memikirkan perasaan gemuruh.

20

“Pembentangan bukan
sekadar berkata-kata, tapi

ia disokong oleh seni-seni
yang tidak berkata-kata.”

21

#7 1. Imej kendiri

5 TIP 2. Tidak sabotaj diri
NAMPAK YAKIN 3. Bercakap lancar

4. Kurangkan fillers
5. Bahasa badan

22

Imej dan ketrampilan diri akan mempengaruhi tanggapan awal audien dan meningkatkan
keyakinan diri. Pakailah mengikut kesesuaian dan menonjolkan anda seorang pembentang
yang hebat.

Sentiasa menceritakan kekuatan diri dalam bidang yang ingin dibentangkan (bukan untuk
sombong) dan tidak merendahkan imej dan pengetahuan sendiri terutamanya diawal
pembentangan.

Bercakap dengan lancar dan tidak megulangi perkataan yang sama secara kerap. Gunakan
perkataan-perkatan yang sesuai dengan tahap umur, latar belakang dan pemikiran audien.

Kurangkan menggunakan penongkat kata (emmmm…. aaaa…. ), lebih baik berhenti seketika
untuk mencari perkataan yang sesuai.

Gunakan bahasa badan seperti eye contact, senyuman, expresi muka, postur badan dan
sebagainya untuk menarik perhatian audien.

23

#8 1. Eye Contact
2. Senyum
5 TIP 3. Gerakan tangan
BAHASA BADAN 4. Postur Badan
5. Kaki

24

Pandang audien semasa bentang menunjukkan kita minat dengan tajuk pembentangan dan
kita menguasai tajuk tersebut. Dengan pandangan bermaksud kita ikhlas berkongsikan suatu
ilmu. Berikan pandangan supaya kita dapat perhatian daripada audien.

Berikan senyuman yang ikhlas kepada audien menunjukkan kita selesa dan cukup sedia
untuk membuat pembentangan. Senyuman akan memberikan kekuatan dalaman kepada
diri. Beri senyum dan kita akan dapat senyuman daripada audien.

Biarkan tangan bergerak bebas sesuai dengan sesuatu yang kita terangkan kerana ia
membantu audien untuk lebih faham apa yang kita sampaikan.

Berdiri dengan postur badan yang tegak dan segak menunjukkan kredibiliti kita sebagai
pembentang dan ia akan membantu membentuk keyakinan audien kepada kita.

Berdiri di atas kedua belah kaki dan halakan badan ke arah audien akan membawa mesej
yang kita hendak sampaikan sesuatu kepada mereka. Audien akan lebih bersedia untuk
mendengar pembentangan.

25

“Persediaan sebelum
pembentangan akan
memberikan penghormatan
selepas pembentangan.”

26

#9 1. Salutasi
2. Pendahuluan
5 STEP STRUKTUR 3. Isi
4. Penutup
PEMBENTANGAN 5. Soal jawab

27

Struktur Kandungan Pemberat pembentangan
Salutasi 5%
Pendahuluan Mengalukan panel atau audien 15%
Isi 60%
Pengenalan, isu semasa,
Penutup kandungan, objektif. 10%
Soal jawab Metadologi, data, analisis, 10%
keputusan, contoh, perbincangan

Penekanan, cadangan, kesimpulan.

Terima soalan dan beri jawapan

28

#10 1. Tema
2. Jenis tulisan
5 SYARAT SLAID 3. Saiz tulisan
4. Warna
PEMBENTANGAN 5. Susun atur

29

Gunakan tamplet slide pembentangan dengan tema yang betul dan bersesuaian dengan
audien.
Gunakan jenis tulisan yang mudah dibaca dan tidak terlalu berseni.

Saiz tulisan yang boleh dilihat dari jarak yang tertentu semasa pembentangan.

Pemilihan warna tulisan dan latarbelakang perlu berbeza dan selesa mata memandang.

Susun atur yang kemas dan tidak terlalu penuh dengan maklumat. Masukkan perkara-
perkara penting sahaja sebagai alat sokongan pembentangan.

30

“Fikirkan output yang kita
inginkan dari audien akan

membuatkan kita lebih
bersungguh untuk
membentang.”

31

#11 1. Tarik perhatian audien
2. Reframe audien
5 TIP 3. Review big result
MULAKAN 4. Salam & Salutasi
PEMBENTANGAN 5. Rapport

32

Sebelum memulakan pembentangan, adalah amat penting supaya audien memberi
tumpuan kepada kita. Tarik perhatian mereka terlebih dahulu seperti bertanyakan soalan,
teknik storytelling, ice breaking dan sebagainya.

Setkan minda audien supaya fikiran mereka bersedia dan selari dengan topik pembentangan
kita. Nyatakan senario semasa yang berkaitan yang akan menguatkan lagi minat audien
untuk dengar pembentangan kita.

Tunjukkan sedikit keputusan dan impak bahan pembentangan. Tarik minat audien untuk
terus bersama dan nyatakan kepentingan kepada audien tentang pembentangan yang akan
dijalankan.

Memberi salam serta salutasi kepada audien dan panel sebagai tanda penghargaan dan
penghormatan kepada mereka.

Bina rapport atau hubungan dengan audien supaya kita rasa selesa dan audien dapat
menerima kehadiran kita. Bentuk kepercayaan antara satu sama lain.

33

#12 1. Senyum
2. Sapa
5 TIP 3. Puji
4. Cari persamaan
BINA RAPPORT 5. Panggilan hormat

34

Berikan senyuman ikhlas kepada semua audien akan membuatkan kita saling mempercayai.

Menyapa dengan memberi salam, berjabat tangan dan bertanya khabar akan membuatkan
kita berasa lebih mesra. Menyapa seberapa ramai yang boleh akan membuat kita rasa lebih
kuat untuk melalui pembentangan.

Pujian adalah satu penghargaan yang disukai. Oleh itu, berikan sedikit pujian yang
bersesuaian dengan keadaan dan tidak keterlaluan.

Cari persamaan antara kita dan audien seperti pakaian, minat, asal, bidang dan sebagainya.
Kita lebih minat berkomunikasi dengan orang yang sama dengan kita.

Gunakan panggilan hormat atau gelaran yang betul. Ia sensitif bagi sesetengah orang dan
boleh mengangkat kemegahan seseorang.

35

“Perasaan gemuruh itu
normal bagi setiap

manusia yang mempunyai
perasaan dengan

pembentangannya.”

36

#13 1. Attention grabber
2. Ice breaking
5 TIP TARIK 3. Imaginasi
PERHATIAN AUDIEN 4. Story telling
5. Aju soalan

37

Panggil audien dengan sopan sebelum memulakan pembentangan seperti : “Tuan-tuan dan
puan-puan sekalian”, “Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian”.

Lakukan aktiviti ringkas seperti tepuk tangan, gerakan-gerakan tertentu, sorakan,
tindakbalas visual dan sebagainya namun masih menjaga adab dan sensitiviti.

Bawa minda audien untuk berimaginasi seperti ke suatu situasi yang sesuai dengan topic
pembentangan kita : “kadang-kadang...”, “cuba kita bayangkan…”

Semua orang suka dengar cerita. Kongsikan cerita atau pengalaman yang bersesuaian
dengan audien dan tajuk pembentangan.

Ajukan soalan seperti : “Boleh kita mulakan pembentangan?”, “Sudahkah anda bersedia?”

38

#14 1. Alu & Terima soalan

5 TIP 2. Ulang soalan
3. Rangka jawapan

JAWAB SOALAN. 4. Jawab dengan yakin

5. Minta maklumbalas

39

Alukan pemberi soalan dan beri penghargaan. Dengar soalan dengan teliti (catat keyword
jika perlu) dan berikan eye contact sebagai penghormatan.

Ulang semula soalan yang diajukan supaya kita benar-benar faham soalan tersebut dan
dapat memberikan jawapan yang tepat.

Atur atau rangka jawapan dengan maklumat yang bersesuaian berdasarkan soalan yang
diberikan.

Jawab dengan yakin dan jelas beserta maklumat sokongan yang bersesuaian.

Minta maklumbalas daripada audien sama ada jawapan yang diberikan bersesuaian dengan
kehendak soalan dan audien faham dengan penjelasan yang diberikan.

40

#15 1. Tekankan penemuan
2. Harapan
5 TIP TUTUP 3. Perasaan
4. Penghargaan
PEMBENTANGAN 5. Senyuman

41

Buat kesimpulan dan penekanan sekali lagi menunjukkan idea atau produk kita baik dan
akan memberi impak yang besar dalam bidang kajian.

Nyatakan harapan terhadap idea atau produk kepada bidang kajian dan harapan kepada
audien yang mendengar pembentangan.

Kongsikan perasaan gembira dapat menyebarkan maklumat, pengetahuan dan pengalaman
kepada audien.

Berikan penghargaan kepada audien yang memberikan sokongan sepanjang proses
pembentangan dan doakan mereka ketika itu.

Sudahi pembentangan dengan salam dan senyuman dan ia akan memberikan mood yang
positif dan kenangan manis buat audien.

42

Sudahi pembentangan
dengan salam dan

senyuman dan ia akan
memberikan mood yang

positif dan kenangan
manis buat audien.

43

#16 1. Pandangan
2. Cadangan
5 MAKLUMBALAS 3. Soalan
AUDIEN YANG 4. Pujian
5. Kritikan
PERLU DIHARGAI

44

Hormati pandangan yang diberikan walaupun ia bercanggah dengan pemikiran kita. Setiap
orang ada pandangan tersendiri berdasarkan pengalaman mereka. Sekiranya pandangan
mereka selari dengan kita, raikan dan kukuhkan dengan penerangan yang lebih jelas.

Terima cadangan tidak bermaksud kita setuju. Raikan terlebih dahulu dan dapatkan
maklumat-maklumat yang berkaitan secara teperinci supaya kita dapat menilai dan
sesuaikan dengan keadaan.

Soalan merupakan salah satu maklumbalas yang positif daripada audien. Itu menunjukkan
pembentangan kita berjaya menarik perhatian dan membuka minda audien. Setiap soalan
perlu diraikan kerana ia merupakan kepercayaan audien kepada kita.

Penghargaan boleh diberikan dalam bentuk pujian terutamanya dikhalayak ramai. Jangan
menafikan pujian itu, malah terima ia dengan positif dan tidak meninggi diri. Kembalikan
semula pujian kepada pemberi sebagai maklumbalas.

Hadapi teguran atau kritikan dengan hati terbuka dan terima ia sebagai penambahbaikan.
Mungkin ada kelemahan yang boleh kita perbaiki. Ukirkan senyuman untuk mengawal emosi
kerana kita ditegur sebab kita disayangi oleh audien.

45

#17 1. Guna Penunjuk
2. Tidak membelakangi
5 TIP 3. Ganti nama
SOPAN DEPAN 4. Suara
5. Layan semua
AUDIEN

46

Dalam proses pembentangan, kita perlu menunjukkan data, objek, gambarajah dan
sebagainya. Elakkan menggunakan jari apatah lagi menjuihkan bibir. Lebih manis gunakan
penunjuk seperti pembaris, pen, laser pointer dan sebagainya.

Kita pasti kecewa sekiranya audien memalingkan muka daripada kita yang sedang membuat
pembentangan. Oleh itu, sentiasa menghadap audien dan tidak membelakangi mereka. Tidak
salah untuk mengiring atau memaling seketika selagi audien lebih banyak nampak muka
daripada punggung kita.

Gunakan ganti nama yang sesuai berdasarkan audien kita. Ia menggambarkan profesionalisme,
kredibiliti dan rapatnya hubungan kita dengan audien semasa pembentangan. Contohnya,
gantikan ‘kita orang’ kepada ‘kami’, ‘engkau orang’ kepada “anda’.

Intonasi suara yang berbeza akan membawa maksud yang berlainan apa yang kita bentangkan.
Hati-hati dan kawal suara mengikut tahap umur audien dan lokasi pembentangan dijalankan.
Lontaran suara yang tepat mampu menterjemahkan emosi teruja, sedih atau marah.

Semua audien mempunyai hak untuk mendapat perhatian daripada kita. Layan semua
audien walau dimana pun kedudukan mereka semasa pembentangan dan walau siapa pun
mereka.

47

“Ya Rabbku, lapangkanlah
untukku dadaku, dan

mudahkanlah untukku urusanku,
dan lepaskanlah kekakuan dari

lidahku, supaya mereka
mengerti perkataanku”

(QS. Thoha: 25-28)

48

#18 1. Selawat
2. Rujuk nota
5 TIP 3. Tanya soalan
STUCK DEPAN 4. Twist cerita
5. Ubah kedudukan
AUDIEN

49

Selawat 3 kali keatas Nabi Muhammad SAW. Berdoa semoga diberikan petunjuk untuk
meneruskan pembentangan.

Sediakan nota ringkas berkaitan topik dan buat rujukan pantas supaya kita mendapat idea dan
kembali kepada pembentangan. Tidak mustahil kita akan stuk walaupun kita mahir dengan
tajuk pembentangan.

Tanyakan beberapa soalan atau berbual-bual dengan audien berkaitan pembentangan
terlebih dahulu supaya kita dapat masa yang lebih untuk mendapatkan semula idea
pembentangan.
Ubah situasi pembentangan atau twist cerita dengan memberikan contoh berlainan, buat
penceritaan yang berbeza atau tukar kaedah penerangan namun masih mengekalkan topik asal
pembentangan.
Tukar kedudukan pembentangan dan ubah pandangan (view) pembentang supaya minda
kita boleh refresh semula.

50


Click to View FlipBook Version