The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

• Sekiranya anda diminta untuk membuat pembentangan di hadapan khalayak ramai, apakah perasaan anda, apakah persediaan yang anda akan lakukan dan bagaimana anda menghadapi proses pembentangan tersebut?
• Komunikasi merupakan salah satu cabang dalam proses psikologi. Ia merangkumi pelbagai jenis komunikasi seperti intrapersonal dan interpersonal.
• Pembentangan adalah salah satu proses komunikasi yang sering dilakukan oleh pelajar mahupun pensyarah dan orang ramai sebagai proses penilaian dan medium perkongsian ilmu. Oleh itu, kita perlu persiapkan diri dengan pengetahuan berkaitan pembentangan supaya idea dan pengalaman kita dapat diadaptasikan dengan baik.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit PSIS, 2021-12-26 21:09:40

100 TIPS KOMUNIKASI DALAM PEMBENTANGAN

• Sekiranya anda diminta untuk membuat pembentangan di hadapan khalayak ramai, apakah perasaan anda, apakah persediaan yang anda akan lakukan dan bagaimana anda menghadapi proses pembentangan tersebut?
• Komunikasi merupakan salah satu cabang dalam proses psikologi. Ia merangkumi pelbagai jenis komunikasi seperti intrapersonal dan interpersonal.
• Pembentangan adalah salah satu proses komunikasi yang sering dilakukan oleh pelajar mahupun pensyarah dan orang ramai sebagai proses penilaian dan medium perkongsian ilmu. Oleh itu, kita perlu persiapkan diri dengan pengetahuan berkaitan pembentangan supaya idea dan pengalaman kita dapat diadaptasikan dengan baik.

Keywords: KOMUNIKASI

#19 1. Mohon maaf
2. Pandangan yang sesuai
5 TIP 3. Beri cadangan
KALAU TAK DAPAT 4. Beri rujukan
5. Jawab kemudian
JAWAB SOALAN

51

Mohon maaf sekiranya kita tidak dapat menjawab soalan yang diajukan akan menunjukkan
kita lebih bertanggungjawab daripada cuba memberikan jawapan yang tidak berkaitan dan
menujukkan kita tahu semua perkara.

Minta pandangan yang sesuai daripada yang memberikan soalan ataupun maklumbalas
daripada audien lain. Mungkin mereka ada pengatahuan dan pengalaman yang berkaitan dan
kita boleh sama-sama menimba pengetahuan. Ia juga boleh membantu kita mencari idea
untuk menjawab soalan.

Beri cadangan yang sesuai dengan situasi soalan. Mungkin ia bukanlah jawapan tepat yang
diperlukan audien, tetapi membantu mereka untuk mendapatkan jawapan yang lebih baik.

Nyatakan rujukan terbaik yang boleh dibuat audien untuk mendapatkan jawapan yang
diperlukan seperti merujuk kepada seseorang, laman web, institusi dan sebagainya.

Terima soalan dan nyatakan kita akan membuat rujukan terperinci seterusnya akan
menjawab pada sesi lain atau cara yang berbeza seperti melalui e-mail, panggilan telefon
dan sebagainya.

52

#20 1. Lantik Ketua
2. Saling menyokong
5 TIP 3. Berkongsi ruang
PEMBENTANGAN 4. Beri dorongan
5. Beri penghargaan
BERKUMPULAN

53

Lantik seorang ketua yang berperanan menentukan agihan sub topik pembentangan, kaedah
persembahan dan membawa hala tuju pembentangan dengan teratur supaya audien tidak
bercelaru semasa mendengan pembentangan.

Setiap ahli kumpulan perlu menyokong antara satu sama lain walaupun bukan sub topik yang
dibentangkan kerana ia menunjukkan kerjasama diberikan oleh setiap ahli kumpulan semasa
pembentangan.

Sentiasa berkongsi ruang dan peluang kepada semua ahli kumpulan dan tidak bersikap
monopoli terhadap pentas dan proses pembentangan. Sikap terlalu menonjol sehingga
menyebabkan ahli lain terkebelakang akan merugikan kumpulan.

Sentiasa memberi dorongan, sokongan dan cadangan kepada ahli kumpulan semasa membuat
persediaan pembentangan supaya kesepakatan dapat dicapai dan persediaan lengkap dapat
dibuat sebaiknya.

Selepas tamat sesi pembentangan, berikan penghargaan kepada setiap ahli kumpulan dalam
apa jua bentuk seperti ucapan atau raikan dengan sesuatu.

54

Mohd Rizal Bin Abd Rahim merupakan lulusan Ijazah
Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi
Malaysia (UTM) 2017 dan Diploma Kejuruteraan Awam
serta Pendidikan di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein
Onn (KUiTTHO) 2003. Berpengalaman selama 18 tahun
mengajar dalam bidang Kejuruteraan Awam secara teori
dan amali. Bergiat aktif dalam bidang pengacaraan dan
sering memberi ceramah di sekolah-sekolah mahupun
pelajar IPT. Berperanan sebagai Penyelaras Psikologi
Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Idris Shah
dan merupakan penasihat Majlis Seni Pengucapan Awam
(MSPA) dan Kelab Architec Civil and Environment (ACE).

55


Click to View FlipBook Version