The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Akidah adalah satu kepercayaan dan pegangan kukuh terhadap tuhan pencipta sekalian alam. Akidah yang benar dan mantap adalah berasaskan kepada rukun iman yang tertanam kuat di dalam lubuk jiwa. Kemantapan iman ini pula dapat dizahirkan melalui perlaksanaan ibadah-ibadah khusus sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam rukun Islam. Manakala implikasi daripada apa yang tertanam di dalam jiwa dan amalan-amalan zahir tersebut akan menghasilkan tingkahlaku yang baik melalui sifat ihsan terhadap setiap makhluk ciptaan tuhan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit PSIS, 2021-12-24 03:56:49

AKIDAH ISLAM: IMAN, ISLAM DAN IHSAN

Akidah adalah satu kepercayaan dan pegangan kukuh terhadap tuhan pencipta sekalian alam. Akidah yang benar dan mantap adalah berasaskan kepada rukun iman yang tertanam kuat di dalam lubuk jiwa. Kemantapan iman ini pula dapat dizahirkan melalui perlaksanaan ibadah-ibadah khusus sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam rukun Islam. Manakala implikasi daripada apa yang tertanam di dalam jiwa dan amalan-amalan zahir tersebut akan menghasilkan tingkahlaku yang baik melalui sifat ihsan terhadap setiap makhluk ciptaan tuhan

Keywords: AKIDAH ISLAM

PENGAJIAN
ISLAM



AKIDAH
ISLAM




MUHAMMAD ZAN SAILAN
NORHAFIZAH ABD KADIR

RAHIMAH HALIM

AKIDAH ISLAM




IMAN, ISLAM DAN
IHSAN







PENERBIT

PENGARANG
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH Muhamad Zan Sailan
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI Norhafizah Abd Kadir
Rahimah Halim


HAKCIPTA TERPELIHARA KETUA EDITOR
Muhamad Zan Sailan
Terbitan 2021

EDITOR
Mohd Rusdan Hasan
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh
diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan GRAFIK
ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat, samada Rahimah Halim
dengan cara elektronik, gambar dan rakaman serta sebagainya
tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit terlebih dahulu.



Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-
Penerbitan
Muhamad Zan Sailan, 1970- AKIDAH ISLAM : IMAN, ISLAM
DAN IHSAN / MUHAMMAD ZAN SAILAN, NORHAFIZAH ABD
KADIR, RAHIMAH HALIM;
KETUA EDITOR Muhamad Zan Sailan ;
EDITOR Mohd Rusdan Hasan.

Mode of access: Internet
eISBN 978-967-2860-09-9

1. Faith (Islam).
2. Pillars of Islam.
3. Islam--Customs and practices.
4. Religious life--Islam.
5. Government publications--Malaysia.
6. Electronic books.

I. Norhafizah Abd Kadir, 1973-.
II. Rahimah Halim, 1993-.
III. Mohd Rusdan Hasan, 1979-.
IV. Judul. 297.22

Diterbitkan oleh
Politeknik Sultan Idris Shah
Sg. lang, 45100 Sg Ayer Tawar

Selangor



No. Tel : 03 32806200
No. Fax : 03 32806400
Laman web : http://www.psis.edu.my

SENARAI KANDUNGAN

PENDAHULUAN

1 Pendahuluan IHSAN

IMAN

2 Definisi iman dari sudut bahasa dan 65 Definisi ihsan dari sudut bahasa dan


istilah

istilah
3 Tujuan iman bagi seorang muslim 66 Dalil-dalil ihsan

68 Kepentingan Ihsan

Rukun Iman 69 Bahagian-bahagian ihsan
4



Beriman kepada Allah SWT 75 Bagaimana melakukan ihsan
10 Beriman dengan malaikat 79 Latihan pengukuhan topik 3

14 Beriman dengan kitab Allah SWT


15 Beriman dengan rasul P
ENUTUP

22 Beriman dengan hari akhirat 80 Penutup
25 Beriman dengan qada' dan qadar
2


7 Latihan pengukuhan topik 1

ISLAM RUJUKAN

28 Definisi Islam dari sudut bahasa dan 81 Rujukan


istilah

624553924
























357 Rukun Islam
Syahadah
Ibadah Solat
Ibadah puasa
Ibadah zakat
Ibadah haji
Latihan pengukuhan topik 2

PRAKATA

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT dengan limpahan
serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan
kepada kami dapat juga kami menyiapkan penulisan e-Book
Akidah Islam ini dengan jayanya. Selawat dan salam buat
junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga
baginda serta para sahabat yang diredhai Allah SWT.
Alhamdulillah, penulisan e-Book yang dihasilkan ini adalah
penting sebagai bahan rujukan untuk pelajar-pelajar muslim
yang mengambil kursus Pengajian Islam khasnya dan umat Islam
amnya.

E-Book ini juga telah ditulis berdasarkan silibus terkini bagi
kursus Pengajian Islam yang telah disediakan oleh Bahagian
Pengurusan Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
E-Book ini juga mengandungi tiga bab utama daripada silibus
pembelajaran dan pengajaran iaitu Iman, Islam dan Ihsan. Dalil
al-Quran dan hadis juga telah disertakan bersama dalam
penulisan ini untuk rujukan pensyarah dan juga para pelajar.

Akhir kata, kami memohon kemaafan sekiranya terdapat
kekurangan dalam penulisan kami pada kali ini. Semua teguran
dan cadangan amatlah kami harapkan untuk penambahbaikan
pada masa akan datang. Kami juga mendoakan agar semua
pelajar mendapat kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Sekian, wassalam.

Penyusun,
Muhamad Zan Sailan
Norhafizah Abd kadir
Rahimah Halim

PENDAHULUAN

Akidah adalah satu kepercayaan dan pegangan kukuh
terhadap tuhan pencipta sekalian alam.
Akidah yang benar dan mantap adalah berasaskan kepada
rukun iman yang tertanam kuat di dalam lubuk jiwa.
Kemantapan iman ini pula dapat dizahirkan melalui
perlaksanaan ibadah-ibadah khusus sebagaimana yang
telah ditetapkan di dalam rukun Islam.
Manakala implikasi daripada apa yang tertanam di dalam
jiwa dan amalan-amalan zahir tersebut akan menghasilkan
tingkahlaku yang baik melalui sifat ihsan terhadap setiap
makhluk ciptaan tuhan.

1

IMAN




Maksud iman dari sudut bahasa ialah membenarkan di
dalam hati.

Manakala dari sudut istilah pula bermaksud suatu
pegangan dan keyakinan di dalam hati, dizahirkan dengan
pengakuan lisan dan dibuktikan dengan amalan.

Iman dapat disamakan dengan akidah yang merupakan
tempat bermula dan berputiknya Syariat Islam.

Amalan yang dikerjakan oleh manusia mestilah disesuaikan
dengan Syariat Islam agar dapat mengukuhkan lagi akidah
dan keimanan yang wujud di dalam jiwa mereka.

2

Tujuan Iman Bagi Seorang Muslim

i. Mengenal Allah SWT, iaitu mengenal nama-nama Allah SWT
dan sifat-Nya yang mulia, mengenali tanda-tanda kewujudan
dan keagunganNya pada alam semesta.
ii. Mengenal alam dan apa yang tersembunyi di sebaliknya atau
alam yang tidak dapat dilihat seperti malaikat serta mengenal
hakikat jin dan roh.

iii. Mengenal kitab Allah SWT yang diturunkan untuk
membezakan yang benar dan yang salah, halal dan haram
serta baik dan buruk.

iv. Mengenal nabi-nabi dan rasul yang diutuskan oleh Allah
SWT yang merupakan pemberi petunjuk dan pembimbing
manusia dan makhluk ke jalan yang benar.

v. Mengenali hari kiamat dan perkara-perkara yang berkaitan
seperti hari kebangkitan, pembalasan, dosa, pahala, neraka
dan syurga.

vi. Mengenal qada’ dan qadar Allah SWT serta mengikuti
peraturan alam semesta yang telah ditetapkan kepada setiap
makhluk.

3

RUKUN IMAN

i. Beriman kepada Allah SWT
ii. Beriman kepada malaikat
iii. Beriman kepada kitab
iv. Beriman kepada rasul
v. Beriman kepada hari kiamat
vi. Beriman kepada qada’ dan qadar




1.BERIMAN KEPADA ALLAH SWT

Iaitu kepercayaan dan keyakinan di dalam hati bahawa hanya Allah
SWT sahaja yang layak disembah, meyakini keesaan-Nya dan
meyakini kekuasaan-Nya terhadap seluruh alam.




Bagaimana cara mengenal Allah ?

i. Mengenal Allah SWT dengan perantaraan akal :



Setiap anggota tubuh manusia mempunyai tugas tersendiri dan tugas
akal ialah memerhati, membuat penelitian dan berfikir.

Apabila kekuatan akal ini terbiar, maka akan terhentilah kecergasan
hidup yang menyebabkan seseorang itu menjadi beku, mati dan
binasa. Islam menghendaki akal menjadi maju dan aktif. Oleh itu, ia
memerlukan kepada penelitian dan pemikiran.

4

Firman Allah SWT di dalam surah Yunus ayat 101 :

‫َوَم ا ُتۡغ ِني‬ ‫ُقِل ٱنُظ ُروْا َم اَذا ِفي ٱلَّس َٰم َٰو ِت َوٱَأۡلۡرِۚض‬
‫ٱٓأۡلَٰيُت َوٱلُّنُذُر َع ن َقۡوٖم اَّل ُيۡؤِم ُنوَن‬



“Katakanlah (wahai Muhammad): "Perhatikan
dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di
bumi dari segala kejadian yang menakjubkan,
yang membuktikan keesaan Allah dan
kekuasaan-Nya). Dalam pada itu, segala tanda
dan bukti (yang menunjukkan kekuasaan Allah),
dan segala rasul (yang menyampaikan
perintah-perintah Allah dan memberi amaran),
tidak akan memberi faedah kepada orang-orang
yang tidak menaruh kepercayaan kepada-Nya.”

ii. Mengenal Allah SWT dengan memahami
nama-nama (Asmaul Husna) dan sifat-
sifatNya



Mengenal nama-nama Allah dan sifat-sifat-Nya
merupakan antara jalan dan cara untuk
mengenal Allah SWT. Ia merupakan pintu yang
dapat menghubungkan dan menyampaikan hati
manusia kepada tuhannya. Ia menggerakkan
hati manusia untuk mengenal kewujudan Allah
SWT dan membuka rohani manusia untuk
menyaksikan cahaya dan petunjuk Ilahi.




5

Firman Allah SWT di dalam surah Al-A’raf ayat 180 :



‫َوِلَّلِه ٱَأۡلۡس َم ٓاُء ٱۡلُحۡس َنٰى َفٱۡدُعوُه ِبَه ۖا َوَذُروْا ٱَّلِذيَن ُيۡلِح ُدوَن ِفٓي َأۡس َٰٓم ِئِهۚۦ‬
‫َس ُيۡجَزۡوَن َم ا َكاُنوْا َيۡع َم ُلوَن‬

“Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka
serulah (dan berdoalah) kepadanya dengan menyebut nama-nama
itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran
dalam masa menggunakan nama-namaNya, mereka akan mendapat
balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.”

6

Bahagian Nama-Nama Allah

i. Nama-nama yang berkaitan dengan zat Allah SWT :

Al-Wahid, Al-Ahad, Al-Haq, Al-Quddus, As-Somad, Al-Ghina, Al-Awwal,
Al-Akhir, Al-Qayyum.

ii. Nama yang berkaitan dengan penciptaan :

Al-Khaliq, Al-Bari, Al-Musawwar dan Al-Badi’

iii. Nama yang berkaitan dengan sifat sayang dan rahmat :

Ar-Rauf, Al-wadud, Al- latif, al-halim, al-Afwu, As-Syakur, al-Mukmin, Al-
bar, Ar-Rafi’, Ad-Darajaat, Ar-Razaq, Al-Wahhab dan al-Wasi’.



iv. Nama yang berkaitan dengan kebesaran Allah SWT dan
keagungan-Nya :

Al-Azim, Al-Azizi, Al-A’li, Al-Mutaali, Al-Qawiy, Al-Qahhar , Al-Jabbar,
Al-Mutakabbir, Al-Kabir, Al-Karim, Al-Hamid, Al-Majid, Al-Matin, Az-
Zohir, Zul-Jalali wal ikram.

v. Nama yang berkaitan dengan ilmu Allah SWT :

Al-A’liy, Al-Hakim, As-Sami’ , Al-Khabir, Al-Basir, As-Syahid, Ar-Raqib,
Al-Batin dan Al-Mahin.



iv. Nama yang berkaitan dengan kehendak Allah SWT dan
pemerintahan-Nya :

Al-Qadir, al-Wakil, al-Waliy, Al-Hafiz, Al-Malik, Al-Mulk, Al-Fattah , Al-
Hasib, Al-Muntaqim dan Al-Muqit.

7

Sifat wajib bagi Allah (sifat 20)

Wujud Qidam Baqa’
(ada) (sedia) (kekal)

Mukhalafatuhu Qiamuhu binafsihi Wahdaniah
lilhawadis (berdiri sendiri), (esa)

(bersalahan dengan
yang baharu)

Qudrah Iradah Ilmun
(kuasa) (kehendak) (ilmu)

SSaammaa’' Basar Hayyun
(mmeennddeennggaarr)) (melihat) (hidup)

Kalam Qadiran ,
(berkata-kata), (yang berkuasa) Muridan
(yang berkehendak)
Aliman
(yang mengetahui)


Hayyan

(yang hidup), Sami’an
(yang mendengar)




Basiran Mutakalliman
(yang melihat) (yang berkata-

kata).

8

Para ulama’ telah membahagikan
sifat-sifat Allah kepada dua bahagian
iaitu :

i. Sifat Salbiah

Iaitu sifat yang bertentangan dengan
Allah SWT dan tidak sesuai dengan
sifat kesempurnaan-Nya.

Antara contoh sifat salbiah ialah
seperti tidur, penat, lupa, mengantuk
dan sebagainya di mana kesemua
sifat ini menafikan kesempurnaan
Allah SWT

ii. Sifat Tsubutiah

Sifat tsubutiah bermaksud segala
sifat yang menetapkan kesempurnaan
Allah SWT dan menafikan segala
bentuk kekurangan pada-Nya. Di
antara sifat tsubutiah Allah SWT ialah
qudrat, iradat, ilmu, hayat, kalam,
sama'.

9

2. BERIMAN DENGAN MALAIKAT

Malaikat tidak wujud secara zahir yang boleh dikesan oleh deria
manusia. Mereka berada di alam ghaib, tidak dapat dilihat dan tidak
diketahui hakikatnya kecuali Allah SWT. Malaikat ini suci daripada
syahwat, tidak cenderung kepada nafsu dan juga dosa serta
kesalahan-kesalahan.



Malaikat tidak bersifat seperti sesuatupun di dunia ini tetapi mereka
mampu menyerupai manusia dan sebagainya sepertimana Jibril
datang kepada Siti Maryam dengan menyerupai seorang manusia.

Firman Allah SWT di dalam surah Maryam ayat 16-17:

‫ َفٱَّتَخَذۡت ِم ن‬# ‫َوٱۡذُكۡر ِفي ٱۡلِكَٰت ِب َم ۡرَيَم ِإِذ ٱنَتَبَذۡت ِم ۡن َأۡهِلَه ا َم َكاٗنا َش ۡرِقّٗيا‬
‫ُدوِنِه ۡم ِح َجاٗبا َفَأۡرَس ۡلَنٓا ِإَلۡيَه ا ُروَحَنا َفَتَم َّثَل َلَه ا َبَش ٗرا َس ِوّٗيا‬

“Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam kitab Al-Quran ini
perihal Maryam, ketika dia memencilkan diri dari keluarganya di
sebuah tempat sebelah timur. Kemudian Maryam membuat dinding
untuk melindungi dirinya dari mereka maka Kami hantarkan
kepadanya: roh dari Kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai
seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya.”

10

Nama-nama malaikat dan tugas mereka adalah
sebagaimana berikut :



1. Jibril a.s Ditugaskan untuk menyampaikan wahyu
daripada Allah kepada para rasul-Nya.

2. Mikail Ditugaskan untuk menurunkan hujan.

3. Israfil Ditugaskan untuk meniup sangkakala.

4. Izrail Ditugaskan untuk mencabut nyawa.

5.Raqib dan Ditugaskan untuk mencatat segala amalan
Atid manusia.

6. Ridwan Ditugaskan untuk menjaga syurga.

7. Malik Ditugaskan untuk menjaga neraka.

8. Munkar dan Ditugaskan untuk menyoal mayat di dalam
Nakir kubur.

9. Lain-lain Ada juga malaikat yang ditugaskan oleh Allah
untuk menulis rezeki dan ajal manusia yang
masih di dalam kandungan ibunya.

11

iii. Kewajipan beriman dengan malaikat
Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 177 yang
bermaksud :
“Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu
kebajikan, tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah kebajikan orang
yang beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-
kitab, nabi-nabi, dan memberikan harta yang dicintainya kepada
kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang
memerlukan pertolongan), dan orang-orang yang meminta-minta; dan
(memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan salat, dan menunaikan
zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji;
dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan, dan
dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya),
dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.”

12

i. Asal kejadian malaikat
Allah SWT menjadikan malaikat daripada cahaya sepertimana Dia
menjadikan Adam daripada tanah dan menjadikan jin daripada api.

Diriwayat oleh Muslim daripada Aisyah bahawa Nabi SAW bersabda :

“Dijadikan malaikat daripada cahaya dan dijadikan jin daripada api
dan dijadikan Adam sepertimana yang disifatkan pada kamu”.

ii. Pekerjaan para malaikat :
Di antara tugas dan pekerjaan para malaikat adalah sebagaimana
berikut :

i. Bertasbih dan tunduk sepenuhnya kepada Allah SWT.

ii. Menanggung Arash.

iii. Memberi salam dan mendoakan ahli syurga.

iv. Mengazab ahli neraka.

v. Menurunkan wahyu kepada nabi-nabi

vi. Mendoakan kesejahteraan orang-orang yang beriman.

vii. Mengaminkan bersama orang-orang yang solat berjamaah.

ix. Para malaikat akan turun pada solat subuh dan asar setiap hari.

x. Para malaikat turun ketika manusia membaca al-Quran dan
mendengarnya, menulis amalan-amalan manusia samada baik atau
buruk, mencabut nyawa dan lain- lain lagi.




13

3. BERIMAN DENGAN KITAB ALLAH

Allah SWT telah mewajibkan kepada setiap manusia agar beriman
dan meyakini akan kebenaran wahyu yang telah diturunkan oleh
Allah SWT kepada para rasulnya, iaitu al-Quran yang telah
diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW, Injil diwahyukan kepada
Nabi Isa AS, Taurat kepada Nabi Musa AS dan Zabur kepada Nabi
Daud AS.

Firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah ayat 2 :

‫َٰذ ِلَك ٱۡلِكَٰت ُب اَل َرۡيَۛب ِفيِۛه ُهٗدى ِّلۡلُم َّتِق يَن‬

“Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi
mereka yang bertaqwa”.

Penurunan al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW adalah sebagai
pelengkap kepada kitab- kitab yang terdahulu.
Ia bermaksud segala syariat dan peraturan yang terkandung di dalam
kitab-kitab terdahulu telah terbatal dengan kitab suci al-Quran.




14

4. BERIMAN DENGAN RASUL

Allah mewajibkan ke atas setiap muslim agar beriman kepada
semua rasul tanpa membezakan mereka.

Dalam al-Quran diterangkan mengimani para rasul merupakan salah
satu ciri orang-orang yang beriman.

Firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah ayat 285 :

‫َوَم َٰٓلِئَكِتِهۦ‬ ‫ِبٱلَّلِه‬ ‫َءاَم َن‬ ‫ُكٌّل‬ ‫َوٱۡلُم ۡؤِم ُنوَۚن‬ ‫ُِّأرُنقِزَلَبۡيِإََلنۡيِهَأَِحمٖدنِّمَّرِّبنِهۦ‬ ‫ِبَم ٓا‬ ‫وُل‬ ‫ٱلَّرُس‬ ‫َءاَم َن‬
‫ُغ ۡف َراَنَك‬ ‫َأَط ۡع َنۖا‬ ‫ۡع َنا َو‬ ‫َس ِم‬ ‫ُّرُس ِلِهۚۦ َوَقاُلوْا‬ ‫اَل ُنَف‬ ‫ِلِهۦ‬ ‫َوُرُس‬ ‫َوُكُتِبِهۦ‬

‫َرَّبَنا َوِإَلۡيَك ٱۡلَم ِص يُر‬

“Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya
dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya
beriman kepada Allah, dan Malaikat-Nya, dan Kitab-Nya, dan Rasul-
Nya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang
dengan yang lain Rasul-Nya". mereka berkata lagi: Kami dengar dan
kami taat (kami pohonkan) keampunan-Mu wahai Tuhan kami, dan
kepada-Mu jualah tempat kembali".

15

Kepada siapakah para
rasul diutuskan ?

Para rasul diutuskan oleh Allah SWT
kepada setiap umat silih berganti
dari zaman ke zaman. Para utusan-
Nya berdakwah dan menyeru
mereka untuk beriman kepada Allah
serta menunjukkan mereka jalan
kebenaran.

Firman Allah SWT di dalam surah
Yunus ayat 47 :

‫ل َفِإَذا َجٓاَء َرُس وُلُه ۡم‬ٞۖ‫َوِلُكِّل ُأَّم ٖة َّرُس و‬
‫ُقِض َي َبۡيَنُه م ِبٱۡلِق ۡس ِط َوُهۡم اَل ُيۡظ َلُم وَن‬

“Dan bagi tiap-tiap satu umat ada
seorang Rasul (yang diutuskan
kepadanya); setelah datang rasul
masing-masing (menerangkan apa
yang mesti diterangkan) maka
hukuman pun dijalankan di antara
mereka dengan adil dan mereka
tetap tidak dianiaya.”

16

Bagaimana para rasul dipilih dan bagaimana
keadaannya?

1.Rasul merupakan seorang manusia yang dipilih oleh Allah daripada
umat itu sendiri.

2. Allah mengurniakan kepadanya persediaan akal dan roh yang kuat
bagi persediaan penerimaan wahyu.

3. Rasul merupakan seorang utusan yang istimewa daripada segi
mental dan fizikal agar menjadi ikutan bagi umat yang diserunya.

4. Rasul merupakan seorang lelaki, bukan daripada golongan malaikat
dan juga bukan daripada golongan perempuan.

5. Para rasul juga makan dan membeli belah di pasar. Mereka juga
berkahwin dan mempunyai anak sepertimana manusia biasa.

6. Para rasul juga boleh mendapat semua perkara yang menimpa
manusia biasa seperti nikmat kesihatan, kesakitan, kekuatan, hidup dan
mati agar manusia biasa tidak lari dan tidak menolak apa yang
disampaikan kepada mereka.

7. Setiap rasul tidak boleh mengubah kejadian, tidak boleh memberi
manfaat dan kemudharatan dan tidak memberi kesan untuk apa yang
telah ditentukanoleh Allah SWT.

8. Mereka juga tidak mengetahui perkara ghaib melainkan dengan
kehendak-Nya.

17

Tujuan diutuskan para rasul

Tujuan diutuskan para rasul ialah
untuk menyeru manusia agar
melaksanakan ibadah kepada
Allah SWT dan menegakkan
agama Islam.

Dalam surah Al-Anbiya’ ayat 25
Allah menegaskan :

‫َأنَنَ۠اّرَُفسٱۡعوٍُبلُد ِإاوَّلِن‬ ‫ِم‬ ‫ۡبِلَك‬ ‫ِم ن َق‬ ‫َوَم ٓا َأۡرَس ۡلَنا‬
‫ِإٓاَّل‬ ‫ِإَٰلَه‬ ‫َأَّنُهۥ ٓاَل‬ ‫ُنوِح ٓي ِإَلۡيِه‬

“Dan Kami tidak mengutus
sebelummu (wahai Muhammad)
seseorang Rasul pun melainkan
Kami wahyukan kepadanya:
"Bahawa sesungguhnya tiada
Tuhan (yang berhak disembah)
melainkan Aku. Oleh itu,
beribadatlah kamu kepadaKu".

18

Sifat-sifat para rasul

Mereka bersifat dengan sifat-sifat yang mulia seperti siddiq iaitu
benar, amanah dan jujur, menyebarkan kebenaran dan cerdik.
Mereka juga bersifat maksum iaitu tidak meninggalkan perkara yang
diwajibkan dan tidak melakukan perkara yang diharamkan.



Allah SWT berfirman di dalam surah Ali Imran ayat 161:




‫َوَم ا َكاَن ِلَنِبٍّي َأن َيُغ َّۚل َوَم ن َيۡغ ُلۡل َيۡأِت ِبَم ا َغ َّل َيۡوَم ٱۡلِق َٰي َم ِۚة ُثَّم ُتَوَّفٰى ُكُّل‬
‫َنۡفٖس َّم ا َكَس َبۡت َوُهۡم اَل ُيۡظ َلُم وَن‬

“Dan tiadalah patut bagi seseorang nabi itu (disangkakan)
berkhianat (menggelapkan harta rampasan perang), dan sesiapa
yang berkhianat (menggelapkan sesuatu), ia akan bawa bersama
pada hari kiamat kelak apa yang dikhianatinya itu, kemudian tiap-
tiap seorang akan disempurnakan (balasan bagi) apa yang telah
diusahakannya, sedang mereka tidak akan dikurangkan sedikitpun
(balasannya)”

19

Bilangan rasul yang wajib dipercayai adalah dua puluh lima orang iaitu :



1.Adam 2.Idris 3.Noh 4.Hud

8.Ismail 7.Lut 6.Ibrahim 5.Saleh

9.Ishak 10.Yaakub 11.Yusuf 12.Ayub

16.Zulkifli 15.Haron 14.Musa 13. Shuaib

17.Daud 18.Sulaiman 19.Ilyas 20.Ilyasa'

24.Isa 23.Yahya 22. Zakaria 21.Yunus

25.Muhammad 20
SAW

Ulul Azmi di kalangan para rasul

Ulul Azmi ialah yang sabar dan cekal dalam penyampaian dakwah.

Firman Allah SWT di dalam surah Al-Ahqaf ayat 35 :




‫َيۡوَم َيَرۡوَن‬ ‫َكَأَّنُه ۡم‬ ‫َتۡع ِج ل َّلُه ۚۡم‬ ‫َتۡس‬ ‫َواَل‬ ‫ٱلُّرُس ِل‬ ‫َص َبَر ُأْو ُلوْا ٱۡلَع ۡزِم ِم َن‬ ‫َفٱۡص ِبۡر َكَم ا‬
‫ٱۡلَٰف ِس ُقوَن‬ ‫ٱۡلَق ۡو ُم‬ ‫ۡل ُيۡه َلُك ِإاَّل‬ ‫َفَه‬ ‫غ‬ٞۚ‫َبَٰل‬ ‫ن َّنَه اِۚۢر‬ ‫َلۡم َيۡلَبُثٓوْا ِإاَّل َس اَع ٗة ِّم‬ ‫َم ا ُيوَع ُدوَن‬

“(Jika demikian akibat orang-orang kafir yang menentangmu wahai
Muhammad) maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya
Rasul-rasul "Ulil-Azmi" (yang mempunyai keazaman dan ketabahan
hati) dari kalangan Rasul-rasul (yang terdahulu daripadamu); dan
janganlah Engkau meminta disegerakan azab untuk mereka (yang
menentangmu itu).

Menurut pendapat yang masyhur bahawa rasul-rasul yang
tergolong dalam Ulul Azmi ialah ;



1. Nabi Muhammad,
2. Nuh,
3. Ibrahim,
4. Musa
5. Isa Alaihissalam.

Siapakah rasul yang terbaik ?

Rasul yang terbaik di kalangan para rasul ialah Nabi Muhammad
SAW yang merupakan nabi yang terakhir dan darjatnya diangkat
oleh Allah SWT kerana baginda adalah pelengkap agama Islam.
Agama Islam yang dibawa merupakan kesimpulan kepada agama
yang sebelumnya.




21

5. BERIMAN DENGAN HARI AKHIRAT

Iaitu suatu hari di mana bermulanya hari kebangkitan dengan
dihancurkan alam ini dan matilah semua yang hidup di dunia ini.

Kemudian dibangkitkan oleh Allah SWT di akhirat (di padang
Mahsyar) dan diberikan kehidupan yang kedua.

Selepas dibangkitkan semula, semua amalan akan dihitung samada
yang baik atau yang buruk.

Barangsiapa melakukan kebaikan mengatasi kejahatan maka akan
dimasukkan ke dalam syurga dan barangsiapa melakukan
sebaliknya, maka akan dicampakkan ke dalam api neraka.




Mengapakah al-Quran memberi penekanan
tentang hari akhirat ?

i. Orang-orang musyrikin Arab ketika di zaman Rasulullah SAW
terlalu mengingkari kewujudan hari kiamat.

ii. Beriman dengan hari kiamat menjadikan hidup kita mempunyai
hala tuju yang baik dengan membuat amalan kebajikan, menyuruh
berbuat kebajikan dan meninggalkan kemungkaran. sentiasa
melakukan perkara-perkara sunat, meninggalkan perkara keji yang
merosakkan anggota badan, akal dan harta.




22

Permulaan berlakunya hari kiamat

Permulaan berlakunya kiamat adalah dengan perlanggaran alam
antara satu sama lain. Tiada siapa yang mengetahui bilakah
bermulanya kecuali Allah SWT sahaja.

Firman Allah dalam surah Luqman ayat 34 : :

‫َوَيۡع َلُم َم ا ِفي ٱَأۡلۡرَحاِۖم َوَم ا َتۡدِري‬ ‫ِإَّن ٱلَّلَه ِع نَدُهۥ ِع ۡلُم ٱلَّس اَع ِة َوُيَنِّزُل ٱۡلَغ ۡيَث‬
‫ِبَأِّي َأۡرٖض َتُم وُۚت ِإَّن ٱلَّلَه َع ِليٌم‬ ‫س َّم اَذا َتۡكِس ُب َغ ٗدۖا َوَم ا َتۡدِري َنۡفُۢس‬ٞ‫َنۡف‬
‫َخِبيُۢر‬

“Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari
kiamat. dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang
mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam
rahim (ibu yang mengandung). dan tiada seseorang pun yang betul
mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik
atau jahat) dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi
negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah maha
mengetahui, lagi amat meliputi pengetahuan-Nya.”

23

Bermulanya hari akhirat pula
adalah dengan kebangkitan iaitu
dikembalikan kepada manusia, roh
dan jasad mereka sepertimana
semasa di dunia. Di dalam al-
Quran terdapat banyak dalil yang
menyentuh mengenai hari
kebangkitan seperti firman Allah
SWT di dalam surah Yasiin ayat
78-79.

‫َوَض َرَب َلَنا َم َثاٗل َوَنِس َي َخۡلَقُهۖۥ َقاَل َم ن‬
‫ُقۡل ُيۡحِييَه ا‬ ‫ٱۡلِع َٰظ َم َوِه َي‬
‫ُهَو ِبُكِّل َخۡلٍق‬ ‫م‬ٞ‫َرِم ي‬ ‫َأنَش َأَهٓا َأَّوَل‬ ‫ُيۡحِي‬
‫َم َّرٖۖة َو‬ ‫ٱَّلِذ ٓي‬

‫َع ِليٌم‬

”Serta ia mengemukakan satu
misal perbandingan kepada Kami
(tentang kekuasaan itu), dan ia
pula lupakan keadaan Kami
menciptakannya sambil ia
bertanya: "Siapakah yang dapat
menghidupkan tulang-tulang yang
telah hancur seperti debu?"
Katakanlah: "Tulang-tulang yang
hancur itu akan dihidupkan oleh
Tuhan yang telah menciptakannya
pada awal mula wujudnya; dan ia
maha mengetahui akan segala
keadaan makhluk-makhluk (yang
diciptakan-Nya)”.

24

6. BERIMAN DENGAN QADA’ DAN QADAR

Allah SWT maha menguasai terhadap sekelian makhluk. Dia tidak melakukan
sesuatu atas kehendak sesiapapun. Apa sahaja yang dikehendaki-Nya terhadap
sesuatu perkara pasti akan berlaku mengikut kehendak-Nya.

Firman Allah di dalam surah ar-Ra’du ayat 8.

‫ٱلَّلُه َيۡع َلُم َم ا َتۡحِم ُل ُكُّل ُأنَثٰى َوَم ا َتِغ يُض ٱَأۡلۡرَحاُم َوَم ا َتۡزَداُۚد َوُكُّل َش ۡيٍء‬
‫ِع نَدُهۥ ِبِم ۡقَداٍر‬

“Allah mengetahui akan apa yang dikandung oleh tiap-tiap ibu, dan
mengetahui apa yang kurang dari yang dikandung dalam rahim itu
atau yang lebih. dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisi-Nya
dengan kadar yang tertentu.”

25

Maksud Qadar

Dimaksudkan dengan qadar ialah ketentuanyang telah ditetapkan
oleh Allah SWT ke atas setiap benda yang wujud, peraturan-
peraturan yang umum dan sebab-sebab yang mengakibatkan
berlakunya sesuatu perkara.



Allah SWT berfirman di dalam surah Al-Qamar ayat 49 ;

‫ِإَّنا ُكَّل َش ۡيٍء َخَلۡقَٰن ُه ِبَقَدٖر‬

“Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir
(yang telah ditentukan).”

Adakah manusia diberikan kebebasan untuk
memilih ?

Manusia telah dikurniakan akal dan fikiran. Maka mereka bebas
memilih samada jalan yang baik dengan menjadi hamba yang
bersyukur atau memilih jalan yang salah lantas menjadi hamba yang
kufur.

Al-Quran ada menyebutkan di dalam surah Al-Insan ayat 3.

‫ِإَّنا َهَدۡيَٰن ُه ٱلَّس ِبيَل ِإَّم ا َش اِكٗرا َوِإَّم ا َكُفوًرا‬

“Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka sesungguhnya Kami
telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan rasul) akan jalan-
jalan (yang benar dan yang salah, maka terserahlah kepadanya)
sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia
berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka).

26

LATIHAN PENGUKUHAN
TOPIK 1 :

1. Sila jelaskan maksud iman dari segi bahasa dan istilah.
2. Apakah peranan iman dalam kehidupan seorang muslim?
3. Nyatakan kesan yang akan berlaku sekiranya seorang
manusia lalai dan alpa dari mengingati Allah dalam
kehidupan seharian mereka.
4. Apakah maksud sebenar beriman kepada Allah?
5. Umat Islam yang menjadikan al-Quran dan hadis sebagai
panduan adalah merupakan golongan yang berjaya di dunia
dan akhirat.
Sila nyatakan pendapat anda tentang sebab- sebab yang
boleh menyokong pernyataan tersebut.

27

ISLAM

Definisi Islam

Perkataan Islam dari segi bahasa bererti sejahtera dan aman.



Manakala dari segi istilah bererti tunduk, berserah diri dan taat
kepada Allah SWT iaitu tuhan sekalian alam secara ikhlas tanpa
sebarang paksaan.

Bukti penyerahan dan ketaatan ialah apabila seseorang hamba
dapat melaksanakan syariat Allah SWT yang diwahyukan kepada
Nabi Muhammad SAW dan disampaikan kepada seluruh umat
manusia.




RUKUN ISLAM

Islam itu berdiri di atas lima rukun iaitu :

i. Penyaksian bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu
pesuruh Allah

ii. Kewajipan menunaikan solat

iii. Kewajipan berzakat

iv. Kewajipan berpuasa di bulan Ramadan

v. Kewajipan mengerjakan haji

28

1. SYAHADAH

Syahadah bererti ilmu,

pengkhabaran, memberitahu dan

bukti.

Makna kalimah tauhid



‫َأْش َه ُد َأْن اَل ِإَلَه ِإاَّل ُهللا َوَأْش َه ُد َأَّن‬
‫ُم َحَّم ًدا َرُس ْو ُل ِهللا‬



Pertama: Penyaksian terhadap
keesaan Allah SWT - Aku naik
saksi bahawa tiada tuhan yang
layak disembah melainkan Allah
SWT

- bermaksud sesungguhnya aku
tahu dan berikrar serta beriktikad
bahawa yang layak disembah
sebenarnya ialah Allah.

Kedua : Penyaksian terhadap
kerasulan Nabi Muhammad
SAW

Ia membawa maksud mengetahui,
membenarkan dan berpegang
teguh bahawa Nabi Muhammad
SAW itu merupakan pesuruh Allah
dan dizahirkan dengan kata-kata
dan perbuatan.




29

Kewajipan terhadap Rasulullah SAW



1. Mencintai baginda melebihi daripada mencintai diri sendiri, anak,
ahli keluarga, harta dan manusia yang lain.
2. Memuliakan dan menghormatinya samada semasa baginda
masih hidup atau selepas kewafatannya.

3. Tidak menyakiti baginda dalam apa jua bentuk dan cara
sekalipun. Hukum menyakitinya adalah haram dan boleh
menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada Islam. Begitu juga
denga menyakiti para isteri baginda.
4. Berselawat ke atas baginda dan ahli keluarganya.

30

Firman Allah SWT di dalam
surah Al-Ahzab ayat ke 56 :

‫ِإَّن ٱلَّلَه َوَم َٰٓلِئَكَتُهۥ ُيَص ُّلوَن َع ىَل ٱلَّنِبِّۚي‬
‫َٰٓيَأُّيَه ا ٱَّلِذيَن َءاَم ُنوْا َص ُّلوْا َع َلۡيِه‬
‫َوَس ِّلُم وْا َتۡس ِليًم ا‬

“Sesungguhnya Allah SWT dan
malaikat-malaikatNya berselawat
untuk Nabi SAW, hai orang-orang
yang beriman, bersalawatlah kamu
untuk nabi dan ucapkanlah salam
penghormatan kepadanya.”

31

Perkara-Perkara Yang Membatalkan Syahadah

1. Menolak hukum-hukum Allah SWT.
2. Syak atau ragu-ragu dengan kekuatan al-Quran yang boleh
menyucikan diri dan mendidik diri ke arah kebaikan.
3. Berperangai buruk terhadap Allah SWT dan rasul-Nya.
4. Tidak mencintai Allah SWT dan rasul dengan sepenuhnya.
5. Melantik musuh Allah SWT sebagai pemimpin mereka.
6. Menarik diri dari medan jihad.
7. Menyuruh orang lain melakukan perkara yang ditegah dan
melarang daripada perkara yang diperintahkan dalam Islam.
8. Berakhlak buruk, antaranya apabila berjanji, dia mungkirinya,
apabila diamanahkan suatu perkara, dia mengkhianatinya, apabila
bercakap, dia selalu berbohong dan apabila bertengkar atau
berselisih faham, dia selalu melampaui batas.

32

2. IBADAH SOLAT

Pengertian solat dari segi bahasa ialah doa.
Menurut istilah syara’, solat bermaksud beberapa perkataan dan
perbuatan yang dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi
dengan salam.

33

Kepentingan Solat

1. Solat membezakan antara seorang muslim dan kafir.
2. Solat melambangkan sifat sebenar seorang muslim.
3. Solat juga dapat menunjukkan sifat sebenar seorang munafik.
4. Ibadah solat ini adalah perkara pertama yang akan ditanya oleh
Allah SWT kepada hamba-Nya di hari akhirat kelak.
5. Ibadah solat boleh menyucikan jiwa dan menghubungkan dirinya
dengan penciptanya dan mengingatkan hamba-Nya agar sentiasa
mengingati tuhannya.
6. Ibadah solat juga dapat mencegah seseorang daripada
melakukan kemungkaran kerana di dalam ibadah solat ini terdapat
zikir-zikir, bacaan al-Quran dan tasbih.

34

Syarat wajib solat

i. Islam
ii. Baligh atau cukup umur
( keluar air mani bagi lelaki, haid bagi perempuan)
iii. Berakal

Syarat-syarat sebelum mendirikan solat :

i Suci anggota badan daripada hadas besar, kecil dan najis.
ii Menutup aurat dengan pakaian yang bersih.
iii Mengerjakan solat di tempat yang bersih.
iv Mengetahui masuk waktu walaupun secara ’zonni’.
v Menghadap kiblat.

35

Rukun Solat

1. Niat
2. Berdiri bagi yang mampu
3. Takbiratul ihram
4. Membaca Al Fatihah
5. Rukuk serta tomakninah

(berhenti sekejap)
6. Iktidal dan tomakninah
7. Sujud dan tomakninah
8. Duduk antara dua sujud dan

tomakninah
9. Duduk tahiyyat akhir
10. Membaca tasyahhud
11. Membaca selawat atas nabi
12. Memberi salam yang pertama
13. Tertib

36

Perkara-perkara yang membatalkan solat :

i. Bercakap dengan sengaja
ii. Membuat pergerakan luar solat yang banyak
iii. Berhadas – samada hadas besar atau kecil.
iv. Terdapatnya najis
v. Terbuka aurat
vi. Berubah niat – berniat untuk keluar daripada solat
vii. Membelakangkan qiblat-mengadap qiblat merupakan salah satu

rukun solat
viii. Makan dan minum dengan sengaja
ix. Ketawa
x. Murtad

37

Lima waktu yang dilarang mengerjakan solat :

i. Selepas solat subuh sehingga terbit matahari.
ii. Ketika matahari sedang terbit hingga sempurna dan terbit

sekadar sebatang tombak.
iii. Waktu tengahari hingga gelincir matahari.

iv. Selepas solat asar hingga terbenam matahari.
v. Ketika terbenam matahari dan sempurna hilangnya.

38

Solat berjamaah

Solat berjamaah hukumnya adalah sunat muakkad samada lelaki
ataupun perempuan.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar RA bahawa Rasulullah
SAW bersabda :
“Solat berjamaah mempunyai kelebihan berbanding solat
bersendirian dengan dua puluh tujuh darjat”.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Menurut pendapat yang lebih tepat kewajipan mendirikan solat
berjamaah adalah fardhu kifayah ke atas lelaki yang bermukim dan
sampai seruannya.
Maksud hadis Nabi SAW :
“ Mana-mana lelaki dalam sebuah kampung atau kumpulan tidak
mendirikan solat berjamaah maka sesungguhnya ia telah dikuasai
dan dikalahkan oleh syaitan.”- (maksudnya berjaya dipengaruhi dan
dikalahkan oleh syaitan.

(Riwayat Abu Daud)



39

Solat jama’ dan qasar

Qasar ialah solat empat rakaat dipendekkan kepada dua rakaat
sahaja.

Solat maghrib dan solat subuh tidak boleh dipendekkan kerana
solat maghrib tiga rakaat dan solat subuh dua rakaat sahaja.

Jama’ ialah menghimpunkan dua solat fardhu ke dalam satu waktu
sahaja.

Solat zohor dan asar boleh dilakukan secara jama’ taqdim iaitu
dilaksanakan pada waktu zohor atau jama’ ta’khir iaitu dilaksanakan
solat zohor dan asar di dalam waktu asar.

Begitu juga dengan solat maghrib dan isyak, boleh dijama’ taqdim
atau ta’khir.

Niat solat Qasar :




Contoh : niat solat qasar fardhu Zohor,

“Sahaja aku solat fardhu Zohor qasar tunai kerana Allah.”



Atau,



“Sahaja aku sembahyang fardu zohor dua rakaat kerana Allah”

40

Niat Solat Jama’ Taqdim



Contoh : Niat solat qasar jama’ taqdim
1.Solat Zohor dan Asar dalam waktu Zohor.
“Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar dihimpunkan Asar
kepadanya tunai kerana Allah Ta’ala.”

Selesai melaksanakan solat Zohor, bangun untuk solat Asar pula
dengan lafaz niatnya:
“Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Ta’ala.”

2. Solat Maghrib dan Isya’ dalam waktu Maghrib.
“Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat dihimpunkan
Isya’kepadanya tunai kerana Allah Ta’ala.”

Selesai melaksanakankan solat Maghrib, bangun segera untuk solat
Isya’ dua rakaat qasar dengan lafaznya:
“Sahaja aku solat fardhu Isya’ dua rakaat qasar kerana Allah Ta’ala.”

41

Niat solat Jama’ Takhir.



1. Solat Zohor dan Asar dalam waktu Asar.
“Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar dihimpunkan
kepada Asar karana Allah Ta’ala.”

Selesai melaksanakan solat Zohor, bangun segera untuk solat Asar
pula dengan lafaz niatnya:
“Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar tunai kerana Allah
Ta’ala.”




2. Niat solat Maghrib dan Isya’ dalam waktu Isya’:
“Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat dihimpunkan kepada
Isya’ kerana Allah Ta’ala.”

Selesai melaksanakan solat Maghrib, bangun segera untuk
menunaikan solat Isya’ pula dengan lafaz niatnya:
“Sahaja aku solat fardhu Isya’ dua rakaat qasar tunai kerana Allah
Ta’ala.”

42

Syarat melaksanakan solat jama’ dan qasar



i. Perjalanan bukan untuk tujuan maksiat.
ii. Perjalanan sejauh enam belas farsakh iaitu bersamaan dengan

lebih kurang 81 km.
iii. Hanya solat yang empat rakaat sahaja yang dibenarkan untuk

dipendekkan.
iv. Hendaklah berniat untuk memendekkan solat ketika hendak

bermusafir.
v. Tidak berimamkan orang yang bermukim (solat empat rakaat

sempurna)

Syarat melaksanakan solat jama’ ta’khir



i. Berniat untuk menta’khirkan solat pada waktu solat yang
pertama.

ii. Berkekalan dalam perjalanan sehingga selesai kedua-dua solat
tersebut.

43

Syarat melaksanakan solat jama’ taqdim.



Para ulamak dalam mazhab Syafie mengatakan terdapat enam
syarat :

i. Tertib - iaitu mendahulukan solat zohor kerana pada waktu itu
adalah waktu zohor kemudian diikuti dengan solat asar atau solat
asar dahulu sekiranya berada dalam waktu asar.

ii. Niat untuk melaksanakan solat jama’ pada waktu solat yang
pertama lagi dengan meniatkan dalam hati bahawa dia akan
melaksanakan solat asar selepas melaksanakan solat zohor.

iii. Berterusan melaksanakan kedua-dua solat tersebut dengan tidak
menyelangi masa yang lama antara solat yang pertama dengan
yang kedua. Jika berhenti selepas solat pertama untuk
bertayammum atau azan dan iqamat maka terbatal jama’nya.

iv. Berterusan dalam perjalanan (masih lagi bermusafir)

v. Kekal berada dalam waktu solat yang pertama (zohor atau
maghrib)

vi. Menyangka dengan yakin bahawa solat yang pertama sah
dilaksanakan dan tidak ragu-ragu.

44

Solat Jumaat
Pengertian :



Dinamakan Jumaat kerana orang ramai berhimpun seminggu sekali
untuk menunaikan solat tersebut. Sesetengah pendapat
mengatakan dinamakan Jumaat kerana terhimpunnya banyak
kebaikan. Solat Jumaat difardukan ke atas orang-orang Islam
berdasarkan ayat-ayat al Quran ,hadis nabi dan ijma’ para ulama’.




Hukum mengerjakan solat Jumaat :



Solat Jumaat hukumnya fardhu ain dan dianggap kufur bagi orang
yang mengingkarinya. Ianya merupakan kefardhuan yang tidak
boleh diganti dengan solat zohor bagi mereka yang wajib
melaksanakannya kecuali ketika bermusafir, orang-orang
perempuan dan orang yang uzur dari mengerjakannya.

45


Click to View FlipBook Version