The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Akidah adalah satu kepercayaan dan pegangan kukuh terhadap tuhan pencipta sekalian alam. Akidah yang benar dan mantap adalah berasaskan kepada rukun iman yang tertanam kuat di dalam lubuk jiwa. Kemantapan iman ini pula dapat dizahirkan melalui perlaksanaan ibadah-ibadah khusus sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam rukun Islam. Manakala implikasi daripada apa yang tertanam di dalam jiwa dan amalan-amalan zahir tersebut akan menghasilkan tingkahlaku yang baik melalui sifat ihsan terhadap setiap makhluk ciptaan tuhan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit PSIS, 2021-12-24 03:56:49

AKIDAH ISLAM: IMAN, ISLAM DAN IHSAN

Akidah adalah satu kepercayaan dan pegangan kukuh terhadap tuhan pencipta sekalian alam. Akidah yang benar dan mantap adalah berasaskan kepada rukun iman yang tertanam kuat di dalam lubuk jiwa. Kemantapan iman ini pula dapat dizahirkan melalui perlaksanaan ibadah-ibadah khusus sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam rukun Islam. Manakala implikasi daripada apa yang tertanam di dalam jiwa dan amalan-amalan zahir tersebut akan menghasilkan tingkahlaku yang baik melalui sifat ihsan terhadap setiap makhluk ciptaan tuhan

Keywords: AKIDAH ISLAM

Syarat wajib melaksanakan solat jumaat



i. Islam

ii. Baligh

iii. Berakal

iv. Merdeka

v. Lelaki

vi. Sihat

vii. Menetap dan tidak bermusafir

Syarat sah melaksanakannya Sunat-sunat jumaat




i. Hendaklah dilaksanakan di dalam i. Mandi dan membersihkan
bandar atau kampung. badan

ii. Terdiri sekurang-kurangnya empat ii.Memakai pakaian bewarna
puluh orang ahli jamaah mengikut putih
mazhab Syafie.
iii. Memotong kuku
iii. Dilaksanakan pada awal waktu
zohor. iv. Memakai wangi-wangian

iv. Dua khutbah - berdiri ketika
membaca kedua-dua khutbah
tersebut dan duduk sekejap antara
dua khutbah itu.

v. Solat dua rakaat dan dilaksanakan
berjamaah.

vi. Dilaksanakan di dalam masjid.

46

3. IBADAH PUASA

Pengertian puasa dari sudut bahasa :
Menahan diri – iaitu menahan diri daripada melakukan sesuatu.

Pengertian daripada sudut syara’ :
Menahan diri daripada makan dan minum serta semua bentuk nafsu
syahwat zahir dan batin bermula daripada terbit fajar hingga
terbenam matahari dengan niat yang tertentu.

Bahagian-bahagian puasa

i. Puasa yang diwajibkan – iaitu puasa di bulan Ramadhan , puasa
kaffarah dan puasa kerana bernazar.

ii. Puasa yang disunatkan – iaitu yang selain daripada
puasa yang diwajibkan.

iii. Puasa yang makruh hukumnya – iaitu puasa pada hari syak,
puasa pada hari jumaat sahaja, puasa pada hari sabtu sahaja dan
puasa pada hari-hari kebesaran bukan Islam.

iv. Puasa yang diharamkan – iaitu pada hari raya puasa, hari raya
Haji dan hari-hari Tasyrik.

47

Syarat wajib puasa

i. Islam
ii. Baligh
iii. Berakal
iv. Mampu untuk berpuasa

Fardhu puasa

i. Niat – sebelum fajar pada setiap
hari dan hati
ii. Berazam untuk melaksnakannya
dengan tujuan untuk mendekatkan
diri kepada Allah.
ii. Menahan diri daripada makan dan
minum serta bersetubuh
iii. Masa – iaitu di waktu siang.
Bermula dari terbit fajar hingga
terbenam matahari.

48

Perkara-perkara yang
membatalkan puasa

i. Menyampaikan sesuatu dengan
sengaja ke dalam rongga di bahagian
kepala seperti mulut, hidung dan
telinga.

ii. Memasukkan sesuatu ke dalam
qubul dan dubur.

iii. Muntah dengan sengaja.

iv. Bersetubuh di faraj.

v. Keluar air mani dengan sebab
ciuman dan permulaan persetubuhan.

vi. Haid.

vii. Nifas.

viii. Gila.

ix. Murtad




49

Perkara yang disunatkan semasa puasa

i. Mempercepatkan berbuka
ii. Melambatkan sahur
iii. Meninggalkan perkataan yang sia-sia seperti mencaci, mengumpat
dan sebagainya.
iv. Berdoa ketika berbuka.

Hari-hari yang diharamkan berpuasa

i. Dua hari raya iaitu hari raya haji dan dan hari raya puasa
ii. Hari Tasyrik

50

Hukum bersetubuh ketika berpuasa di bulan
Ramadan

Wajib baginya mengqada’ puasa dan membayar kaffarah.

Kaffarah yang dikenakan ialah :
i. Memerdekakan seorang hamba perempuan yang beriman.

ii. Jika tiada, maka hendaklah berpuasa dua bulan berturut-turut
iaitu tidak boleh diselang dengan tidak berpuasa dalam tempoh
tersebut. Jika ada hari yang tidak berpuasa dalam tempoh dua bulan
itu, hendaklah dimulakan semula selepas itu sebagai kiraan hari
yang pertama.

iii. Jika tidak mampu , maka hendaklah memberi makan 60 orang
miskin setiap seorang satu cupak bersamaan 650 gm seorang.




51

4. IBADAH ZAKAT

Pengertian :
Zakat dari sudut bahasa berasal daripada perkataan Arab ‘zaka’
yang memberi maksud suci dan bersih.

Manakala dari sudut istilah syarak ialah kadar yang wajib
dikeluarkan oleh pemilik harta yang cukup nisab (kadarnya) dengan
syarat-syarat yang tertentu.

Firman Allah SWT di dalam surat At-Taubah ayat 103 :



‫ُخْذ ِم ْن َاْم َواِلِه ْم َص َدَقًة ُتَط ِّهُرُهْم َوُتَزِّكْيِه ْم ِبَه ا َوَص ِّل َع َلْيِه ْۗم ِاَّن َص ٰلوَتَك‬
‫َس َكٌن َّلُه ْۗم َوُهّٰللا َس ِم ْيٌع َع ِلْيٌم‬

Ambillah zakat dari harta mereka, guna membersihkan dan
menyucikan mereka, dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya
doamu itu (menumbuhkan) ketenteraman jiwa bagi mereka. Allah
Maha Mendengar, Maha Mengetahui.

52

Hukum orang yang enggan mengeluarkan zakat

i. Berdosa hukumnya bagi seseorang yang tahu tentang kewajipannya
tetapi enggan menunaikannya. Walaubagaimanapun dia tidak dianggap
terkeluar daripada Islam. Dalam keadaan ini, ketua negara wajib
mengambilnya secara paksa tetapi tidak boleh mengambil lebih daripada
kadar zakat yang wajib dibayarnya.

ii. Barangsiapa yang enggan membayarnya sedangkan dia tahu tentang
kewajipan menunaikannya dan dia menghalang hartanya daripada
diambil secara paksa, maka hendaklah dijatuhi hukuman bunuh kecuali
jika dia bersetuju menunaikannya.

iii. Barangsiapa enggan menunaikannya dan mengingkari kewajipannya
maka dia telah dikira terkeluar daripada Islam dan dijatuhi hukuman
bunuh kerana kekufurannya.

53

Bahagian Zakat

i. Zakat yang berkaitan dengan badan- iaitu zakat fitrah.
ii. Zakat yang berkaitan dengan harta iaitu zakat binatang ternakan,
iii. zakat barang galian, zakat tanaman dan buah-buahan serta zakat
perniagaan.

Syarat-syarat Wajib Mengeluarkan Zakat

i. Islam
ii. Merdeka
iii. Milik sempurna
iv. Cukup nisab (kadarnya)
v. Cukup haul ( tempohnya)

54

IBADAH HAJI

Pengertian :
Haji daripada sudut bahasa :
Berniat dan menuju ke Baitullah Al-Haram.
Manakala dari sudut syara’ pula bermaksud :
Menziarahi Baitullah, wukuf di Arafah, Saei antara Safa dan Marwah
dengan cara-cara yang tertentu, pada waktu tertentu dengan niat
yang tertentu.

55

Hukum dan dalil ibadah haji

Hukum mengerjakan haji merupakan fardu ain sekali untuk seumur
hidup bagi lelaki dan perempuan.

Dalil kewajipan menunaikan haji termaktub di dalam al-Quran
surahAli-Imran ayat ke 97.

‫ت َّم َقاُم ِإۡبَٰرِه يَۖم َوَم ن َدَخَلُهۥ َكاَن َءاِم ٗنۗا َوِلَّلِه َع ىَل ٱلَّناِس ِح ُّج‬ٞ ‫ِفيِه َءاَٰيُۢت َبِّيَٰن‬
‫ٱۡلَبۡيِت َم ِن ٱۡس َتَط اَع ِإَلۡيِه َس ِبيۚاٗل َوَم ن َكَفَر َفِإَّن ٱلَّلَه َغ ِنٌّي َع ِن ٱۡلَٰع َلِم يَن‬

“Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan
kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. dan sesiapa
yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. dan Allah
mewajibkan manusia mengerjakan Ibadat haji dengan mengunjungi
Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadaNya, dan sesiapa
yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji itu), maka sesungguhnya
Allah maha kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian
makhluk.”

56

Syarat wajib haji

i. Islam
ii. Baligh
iii. Berakal
iv. Merdeka
v. Ada bekalan yang cukup dan kenderaan untuk pergi menunaikan

haji.
vi. Selamat dalam perjalanan
vii. Boleh bermusafir iaitu selamat perjalanan daripada sebarang

kesulitan sepanjang perjalanan.

Rukun Haji

i. Ihram beserta niat
ii. Wukuf di Arafah
iii. Tawaf di Kaabah
iv. Saei antara Safa dan Marwah
v. Bercukur

57

Wajib Haji

i. Ihram di Miqat.
Iaitu tempat-tempat yang telah ditentukan oleh Rasulullah SAW dari
pelbagai hala.
Terbahagi kepada :

- Miqat zamani iaitu tempoh yang ditentukan
berdasarkan waktu

- Miqat makani iaitu sempadan yang ditentukan
berdasarkan tempat.

ii. Melontar tiga jamrah
Iaitu pada hari-hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Jamratul
Aqabah sahaja pada 10 Zulhijjah. Melontar jamrah adalah dengan
tujuh biji batu.
iii. Bercukur

58

Sunat-sunat haji

i. Melakukan haji Ifrad
ii. Talbiah
iii. Tawaf qudum
iv. Bermalam di Muzdalifah
v. Solat dua rakaat
vi. Bermalam di Mina
vii. Tawaf Wida’ (tawaf selamat tinggal)

Tahallul

Tahallul bermaksud melepaskan diri daripada pantang larang yang
dikenakan sepanjang tempoh ihram.

Tahallul terbahagi kepada dua :
1. Tahallul awal

Iaitu apabila selesai mengerjakan dua dari tiga perkara iaitu:
a. Melontar Jumrah Al-Aqabah.
b. Tawaf rukun dan saie.
c. Bercukur / bergunting.

59

Apabila selesai melakukan tahallul awal, jemaah haji
terlepaslah daripada pantang larang dalam masa ihram
melainkan tiga perkara :
a. Berkahwin atau mengahwinkan (menjadi wali atau wakil
wali) atau menerima wakil kahwin.
b. Melakukan perkara-perkara permulaan persetubuhan
seperti bercium bercumbu-cumbuan dan sebagainya.
c. Bersetubuh.
2. Tahallul thani
Apabila selesai mengerjakan ketiga-tiga perkara yang tersebut
di atas maka tidak ada lagi pantang larang semasa berihram .

60

Perkara-perkara yang diharamkan ke atas
orang yang berihram

i. Memakai pakaian yang berjahit
ii. Menutup kepala bagi yang lelaki
iii. Menutup muka bagi yang perempuan
iv. Menyikat rambut
v. Mencukur rambut
vi. Memotong kuku
vii. Memakai wangi-wangian memburu binatang
viii. Akad nikah dan menikahkan
ix. Bersetubuh
x. Membuat permulaan persetubuhan dengan syahwat

61

Dam haji

1. Dam yang wajib dilaksanakan kerana meninggalkan satu ibadah
dalam masa ihram. Ianya hendaklah dilaksanakan dengan tertib:

Seekor kambing – jika tiada hendaklah berpuasa sepuluh hari, tiga hari
semasa menunaikan haji , tujuh hari apabila pulang ke tanah airnya.

2. Dam yang wajib kerana bercukur. Diberi pilihan samada menyembelih
seekor kambing, atau berpuasa tiga hari atau bersedekah dengan tiga
sak (gantang) untuk enam orang miskin. Satu sak bersamaan dengan
2400 gm.

3. Dam yang wajib akibat meninggalkan salah satu perkara wajib haji.

4. Dam yang wajib akibat membunuh binatang buruan.

5. Dam yang wajib dikeluarkan kerana bersetubuh, ianya mengikut tertib:

i. Badnah – iaitu unta atau lembu yang disembelih di Mekah. Jika
tiada…

ii. Baqarah – iaitu lembu betina. Jika tiada…

iii. Tujuh ekorkambing . Jika tiada…

iv. Dinilaikan badnah (iaitu unta atau lembu yang disembelih di Mekah)
dengan nilai makanan dan disedekahkan. Jika tiada….

v. Berpuasa mengikut cupak yang perlu disedekahkan iaitu secupak
untuk sehari.

62

Hukum haji ke
atas kaum Wanita

1. Seorang wanita yang belum
bersuami hendaklah ditemani oleh
mahramnya.

2. Tidak disunatkan bagi perempuan
yang berkahwin meminta izin
suaminya untuk keluar menunaikan
ibadah haji yang fardhu ke atasnya.
Jika diizinkannya untuk pergi maka
pergilah. Jika tidak diizinkannya
pergi, maka pergilah walaupun
tanpa izinnya kerana ia merupakan
haji yang wajib ditunaikan.

3. Jika haji sunat baginya (haji ke-2)
maka isteri tidak boleh pergi tanpa
izin suaminya.

4. Menunaikan haji bagi seorang
perempuan merupakan suatu jihad
baginya.

63

LATIHAN PENGUKUHAN
TOPIK 2 :

1. Sila jelaskan pengertian Islam dari sudut bahasa dan istilah.
2. Berdasarkan dalil kewajipan solat tersebut, sila berikan tiga
kesan solat terhadap urusan dan sikap seorang muslim dalam
kehidupan seharian.
3. Berikan tiga contoh amalan mukmin yang cemerlang di dunia
dan akhirat selain solat.
4. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara kita menzahirkan
rasa syukur dilahirkan sebagai seoang yang beragama Islam?
5. Keluarga Alif berada dalam golongan individu yang
berpendapatan tinggi, namun mereka sering meninggalkan
solat dengan beranggapan solat tersebut adalah tidak penting.
Berdasarkan kenyataan tersebut, nyatakan pendapat anda
tentang sebab situasi tersebut tersering berlaku dalam
kalangan masyarakat kita pada hari ini?

64

IHSAN

Definisi Ihsan

Dari sudut bahasa Ihsan merupakan kata terbitan yang berasal dari
kata dasar bahasa Arab ‘Ahsana’ iaitu mendatangkan perbuatan
yang baik. Maka Ihsan boleh diertikan sebagai kebaikan.

Manakala Ihsan dari sudut istilah memberi dua maksud iaitu :
Pertama : Ihsan dalam ibadah
Iaitu Ihsan bermaksud menyembah Allah SWT dalam keadaan
seolah-olah kita sedang melihat-Nya dan meyakini bahawa
sesungguhnya Dia sedang melihat dan memerhatikan perbuatan
yang kita lakukan.

Dalam hal ini Rasulullah SAW telah bersabda :

‫َأْن َتْع ُبَد َهَّللا َكَأَّنَك َتَراُه َفِإْن َلْم َتُكْن َتَراُه َفِإَّنُه َيَراَك‬

(Ihsan itu ialah) kamu menyembah Allah seolah-olah kamu
melihatnya, sekiranya kamu tidak dapat melihatnya maka
sesungguhnya Dia melihatmu.

65

Kedua : Ihsan dalam hak-hak makhluk

Iaitu memberikan segala bentuk kebaikan kepada semua jenis
makhluk mengikut keperluannya.

Firman Allah SWT di dalam surah Al-Nahl ayat 90 :




۞‫ِإَّن ٱلَّلَه َيۡأُم ُر ِبٱۡلَع ۡدِل َوٱِإۡلۡحَٰس ِن َوِإيَتٓإِي ِذي ٱۡلُقۡرَبٰى َوَيۡنَه ٰى َع ِن ٱۡلَفۡحَش ٓاِء‬
‫َوٱۡلُم نَكِر َوٱۡلَبۡغ ِۚي َيِع ُظ ُكۡم َلَع َّلُكۡم َتَذَّكُروَن‬





Sesungguhnya Allah menyuruh(kamu) berlaku adil dan berbuat
kebajikan, memberi bantuan kepada kerabat, dan Dia melarang
(melakukan) perbuatan keji, kemungkaran, dan permusuhan. Dia
memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil
pelajaran”.



Dalil-Dalil Ihsan

Firman Allah SWT di dalam surah al-Rahman ayat 60 :



‫َهۡل َجَزٓاُء ٱِإۡلۡحَٰس ِن ِإاَّل ٱِإۡلۡحَٰس ُن‬



Tidak ada balasan untuk kebaikan selain kebaikan (pula).



66

Firman-Nya lagi di dalam surah al-A’raf ayat 56 :

‫َواَل ُتۡفِس ُدوْا ِفي ٱَأۡلۡرِض َبۡع َد ِإۡص َٰلِح َه ا َوٱۡدُعوُه َخۡوٗفا َوَط َم ًع ۚا ِإَّن َرۡحَم َت ٱلَّلِه‬
‫ب ِّم َن ٱۡلُم ۡحِس ِنيَن‬ٞ‫َقِري‬

“Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi setelah (diciptakan)
dengan baik. Berdoalah kepadaNya dengan rasa takut dan penuh
harap. Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang yang
berbuat kebaikan”.

Seterusnya firman Allah SWT di dalam surah al-qasas ayat 77 :

‫ن‬ ‫ٱلُّدۡنَيۖا َوَأۡحِس‬ ‫ِم َن‬ ‫يَبَك‬ ‫َتنَس َنِص‬ ‫َواَل‬ ‫َءاَتٰى َك ٱلَّلُه ٱلَّداَر ٱٓأۡلِخ َرَۖة‬ ‫ََكوَٱۡمبَٓاتِغَأِۡحفَيسَمَٓنا‬
‫اَل ُيِح ُّب‬ ‫ٱلَّلَه‬ ‫ِإَّن‬ ‫ِفي ٱَأۡلۡرِۖض‬ ‫اَد‬ ‫ٱلَّلُه ِإَلۡيَۖك َواَل َتۡبِغ ٱۡلَفَس‬

‫ٱۡلُم ۡفِس ِديَن‬




“Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah

dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan

bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain)

sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah

kamu berbuat kerosakan di bumi. Sesungguhnya Allah tidak

menyukai orang yang berbuat kerosakan”.




Selain itu, dalam sebuah hadis Rasulullah SAW telah bersabda yang

bermaksud :

Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan (baik) terhadap
segala sesuatu. Maka jika kamu membunuh, bunuhlah dengan cara
yang baik, dan jika kamu menyembelih maka sembelihlah dengan
cara yang baik pula, dan hendaklah seseorang di antara kamu
menajamkan pisaunya dan menenangkan haiwan sembelihannya.







67

Kepentingan Ihsan

1. Orang yang memiliki sifat ihsan akan merasai kebersamaan dan
kecintaan Allah SWT.

2. Orang yang ihsan juga akan dekat dengan rahmat Allah SWT.

3. Ihsan dalam beribadat dapat menghindarkan diri daripada
perkara-perkara maksiat.

4. Menerapkan sifat ihsan dalam diri merupakan cara untuk
menghilangkan salah faham, buruk sangka dan yang
seumpamanya.

5. Bersifat ihsan terhadap sesama manusia menjadi penyebab
kepada sifat berlapang dada.

6. Ihsan juga dapat menghilangkan sifat hasad dengki sesama
manusia.




68

Bahagian-Bahagian Ihsan

1. Ihsan Kepada Allah SWT

Ihsan kepada Allah bermakna kita mengabdikan diri kepada-Nya
dengan ibadah menurut cara yang sebaik-baiknya sebagaimana
yang dikehendaki oleh syariat Islam samada zahir dan batin.

Firman Allah SWT di dalam al-Quran surah Az-Zariyat ayat 56 :

‫َوَم ا َخَلۡقُت ٱۡلِج َّن َوٱِإۡلنَس ِإاَّل ِلَيۡع ُبُدوِن‬

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka
beribadah kepada-Ku”.

Ihsan dalam ibadah kepada Allah SWT dapat dibahagikan kepada
dua peringkat :

i - Peringkat Yakin
Pada peringkat ini, seseorang yang beribadah kepada Allah SWT
dapat merasakan seolah-olah mereka dapat melihat Allah SWT
sebagaimana melihat-Nya dengan mata kasar.

Hal ini bertepatan dengan maksud hadis Nabi SAW yang bermaksud:
“Bahawa kamu menyembah-Nya dalam keadaan seolah-olah kamu
sedang melihatNya”.




69

ii- Peringkat Muraqabah

Seseorang yang tidak mampu mencapai peringkat yakin, maka
haruslah beribadah kepada Allah SWT dengan menanamkan sifat
muraqabah iaitu merasakan bahawa Allah SWT sentiasa
melihatnya dan mengetahui apa yang dikerjakannya. Dengan
demikian akan dapat mengelakkannya daripada mengingkari
perintahNya dan dapat pula menjauhi larangan-Nya.

Hal ini bertepatan dengan maksud hadis Nabi SAW yang
bermaksud :

“Sekiranya kamu tidak dapat melihat-Nya maka sesungguhnya Dia
sedang melihatmu”.

2. Ihsan kepada makhluk

Bersifat dengan sifat ihsan tidak hanya terbatas dalam peribadatan
kepada Allah SWT sahaja, bahkan ianya berhubungkait dengan
sesama makluk ciptaanNya samada di kalangan manusia, haiwan
mahupun tumbuh-tumbuhan dan alam persekitaran.

i. Ibu bapa

Allah SWT telah meletakkan kedudukan ibubapa pada darjat yang
tinggi dalam ketaatan seorang individu selain ketaatan kepada Allah
SWT, Rasulullah SAW, dan juga ketaatan kepada ulil amri.

70

Firman Allah SWT di dalam surah Al-Isra’ ayat 23 :



‫َوَقَض ٰى َرُّبَك َأاَّل َتْع ُبُدٓو۟ا ِإٓاَّل ِإَّياُه َوِبٱْلَٰو ِلَدْيِن ِإْحَس ٰـًنا ۚ ِإَّم ا َيْبُلَغ َّن ِع نَدَك ٱْلِكَبَر َأَحُدُهَم ٓا َأْو‬
‫ِكاَل ُهَم ا َفاَل َتُقل َّلُه َم ٓا ُأٍّف َواَل َتْنَه ْرُهَم ا َوُقل َّلُه َم ا َقْو اًل َكِريًم ا‬



“Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah
selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapak. Jika salah
seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia
lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau
mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah engkau
membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan
yang baik”.




ii- Kaum kerabat

Kaum kerabat adalah terdiri daripada individu-individu yang masih
mempunyai hubungan kekeluargaan. Dalam syariat Islam, mereka
juga adalah golongan yang perlu diberikan keutamaan oleh
seseorang individu dalam melakukan Ihsan.

Firman Allah SWT di dalam surah Al-Isra’ ayat 26 :

‫َوَءاِت َذا ٱۡلُقۡرَبٰى َحَّقُهۥ َوٱۡلِم ۡس ِكيَن َوٱۡبَن ٱلَّس ِبيِل َواَل ُتَبِّذۡر َتۡبِذيًرا‬

“Dan berikanlah haknya kepada kerabat dekat, juga kepada orang
miskin dan orang yang dalam perjalanan dan janganlah kamu
menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros”.

71

iii- Jiran

Istilah ’jiran’ membawa maksud orang-orang yang tinggal
bersebelahan rumah. Ia juga membawa maksud orang yang tinggal
bersebelahan kampung, daerah, negeri dan seterusnya negara.
Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW menyebutkan bahawa jiran itu
adalah mereka yang tinggal bersebelahan dari segenap penjuru
sehingga empat puluh buah rumah.




Baginda Rasulullah SAW bersabda :

‫ َواْلَم ْرَكُب اْلَه ِنيُء‬، ‫ َواْلَجاُر الَّص اِلُح‬، ‫ِم ْن َس َع اَدِة اْلَم ْرِء اْلَم ْس َكُن اْلَواِس ُع‬



Antara (tanda) kebahagiaan seseorang ialah rumah yang luas, jiran
yang soleh dan kenderaan tunggangan yang elok.

(Riwayat al-Bukhari)



Jiran yang baik tidak akan menyakiti orang lain, samada dengan
percakapan dan perbuatannya. Dia akan selalu menasihati kita
dengan nasihat-nasihat yang baik, memberi pandangan yang terbaik
dan menegur kita jika kita berbuat kesalahan.




iv- Fakir Miskin

Bersedekah merupakan salah satu cara berbuat ihsan kepada fakir
miskin. Ini adalah kerana dengan bersedekah akan dapat
meringankan beban kesusahan hidup yang ditanggung oleh mereka.

72

Firman Allah SWT di dalam surah al-Taubah ayat 60 :

۞ ‫ِإَّنَم ا ٱلَّص َدَٰق ُت ِلۡلُفَقَرٓاِء َوٱۡلَم َٰس ِكيِن َوٱۡلَٰع ِم ِليَن َع َلۡيَه ا َوٱۡلُم َؤَّلَفِة ُقُلوُبُه ۡم َوِفي ٱلِّرَقاِب‬
‫م‬ٞ‫َوٱۡلَٰغ ِرِم يَن َوِفي َس ِبيِل ٱلَّلِه َوٱۡبِن ٱلَّس ِبيِۖل َفِريَض ٗة ِّم َن ٱلَّلِۗه َوٱلَّلُه َع ِليٌم َحِكي‬



“Sesungguhnya zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang
miskin, amil zakat, yang dilunakkan hatinya (mualaf), untuk
(memerdekakan) hamba sahaya, untuk (membebaskan) orang yang
berhutang, untuk jalan Allah dan untuk orang yang sedang dalam
perjalanan, sebagai kewajipan dari Allah. Allah maha mengetahui,
maha bijaksana”.

v- Haiwan

Seseorang yang berjiwa penyayang akan selalu bersifat ihsan
terhadap makhluk lainnya samada dari kalangan manusia mahupun
haiwan. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:

“Orang-orang yang penyayang akan dikasihi oleh Allah. Kasihilah
kamu kepada mereka yang berada di atas muka bumi, nescaya Allah
akan mengasihi kamu.”

(Riwayat Abu Daud)

Dalam riwayat yang lain disebutkan daripada Abu Hurairah RA,
bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Ketika seekor anjing sedang mengelilingi sebuah perigi dan hampir
mati kerana kehausan, lalu seorang wanita pelacur daripada Bani
Israel melihatnya. Wanita itu membuka kasutnya dan memberi anjing
itu minum. Maka dosanya diampuni oleh Allah SWT disebabkan apa
yang telah dilakukannya terhadap anjing tersebut”.

(Riwayat al-Bukhari)



73

vi- Alam Sekitar

Alam sekitar mempunyai hubungan yang rapat dalam kesinambungan
hidup manusia di atas mukabumi ini. Ini kerana manusia dapat makan,
minum dan bernafas kerana adanya sumber yang dihasilkan oleh
alam sekitar ini. Daripada tanaman dan tumbuhan,manusia
memperolehi sumber makanan yang baik.

Daripada air yang mengalir juga manusia dapat menghilangkan
dahaga. Bahkan daripada oksigen yang dihasilkan oleh alam ini
manusia dapat bernafas dan meneruskan kehidupan mereka. Justeru,
menjaga alam persekitaran juga termasuk dalam ihsan demi
memastikan kitaran hidup ini terus terpelihara dengan baik.
Tanggungjawab memelihara alam ini juga dikira sebagai amal
kebaikan yang boleh mendatangkan ganjaran pahala dari Allah SWT.

Firman Allah SWT di dalam surah Al-A’raf ayat 128 :

‫َقاَل ُم وَس ٰى ِلَقۡوِم ِه ٱۡس َتِع يُنوْا ِبٱلَّلِه َوٱۡص ِبُرٓوْۖا ِإَّن ٱَأۡلۡرَض ِلَّلِه ُيوِرُثَه ا َم ن َيَش ٓاُء‬
‫ِم ۡن ِع َباِدِهۖۦ َوٱۡلَٰع ِق َبُة ِلۡلُم َّتِق يَن‬

“Sesungguhnya bumi (ini) milik Allah, diwariskan-Nya kepada siapa
saja yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya. Dan kesudahan
(yang baik) adalah bagi orang-orang yang bertakwa”.

7
4

Bagaimana melakukan Ihsan



i. Melakukan ihsan dengan anggota tubuh badan



Ia bermaksud seseorang yang berusaha dengan kemampuan
dirinya, menggunakan seluruh tenaga yang ada untuk memberikan
kebaikan kepada orang lain dan mengelakkan kemudaratan
daripada mereka serta mencegah kezaliman daripada berlaku
keatas mereka.

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

“Setiap ruas sendi manusia mempunyai sedekah, setiap hari ketika
matahari terbit engkau mendamaikan dua orang yang berselisih
adalah sedekah, menolong orang membawa barang dari untanya
atau mengangkat barang-barangnya adalah sedekah, perkataan
yang baik itu sedekah setiap langkah kaki yang ditujukan untuk
menegakkan shalat adalah sedekah dan menyingkirkan penghalang
di tengah jalan adalah sedekah”

(HR. Bukhari Muslim)

ii. Berbuat ihsan dengan harta benda



Bagi seseorang yang dikurniakan oleh Allah SWT dengan nikmat
kekayaan harta benda, harus menggunakannya untuk kebaikan
orang lain sesuai dengan syariat yang telah tetapkan Oleh Allah
SWT. Antara perkara yang boleh dilakukannya adalah dengan
menolong orang yang memerlukan seperti fakir miskin, bersedekah
dan perkara yang seumpama dengannya.

75

Firman Allah SWT dalam surah al-Hasyr ayat 7 :

‫َكۡي اَل َيُكوَن ُدوَلَۢة َبۡيَن ٱَأۡلۡغ ِنَيٓاِء ِم نُكۚۡم‬

“Agar harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya
saja di antara kamu”

iii. Berbuat ihsan dengan kedudukan



Kedudukan dan pangkat yang dimiliki bukanlah peluang untuk
mengumpul harta kekayaan dan bukan juga digunakan untuk
kepentingan diri sendiri. Sebaliknya ia adalah merupakan suatu
amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul dengan sebaiknya
sebagaimana yang dituntut oleh syariat Islam.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang raja atau
pemimpin itu, nescaya dijadikan baginya pembantu (menteri atau
penasihat) yang benar dan ikhlas. Jika pemimpin itu lupa atau leka,
nescaya diberikan peringatan, jika pemimpin itu mengingati,
nescaya akan diberikan pertolongan kepadanya. Sebaliknya jika
Allah menghendaki selain daripadanya (keburukan) kepada
pemimpin itu, nescaya dijadikan baginya pembantu yang jahat. Jika
pemimpin itu lupa dan lalai, nescaya tidak diberikan peringatan, dan
jika dia mengingati, nescaya tidak akan diberikan pertolongan
kepadanya.”

(Riwayat Abu Daud)




76

iv. Berbuat ihsan dengan ilmu



Orang yang berilmu dan melakukan ihsan dengan ilmu yang
dimilikinya akan mendatangkan kebaikan di dunia dan di akhirat.
Justeru orang yang dimudahkan oleh Allah SWT untuk mendapatkan
ilmu mempunyai tanggungjawab besar untuk mengajarkan ilmu
kepada orang yang jahil, menunjukkan jalan yang benar kepada
orang yang tersesat, menjawab pertanyaan orang yang meminta
pendapat dan lain-lain lagi.

Di dalam sebuah hadis yang disebutkan oleh Abu Huhairah RA,
menyatakan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda
yang bermaksud :
“Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah
amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang
dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan
untuknya”.

(Riwayat Muslim)



77

v. Berbuat ihsan dengan amar makruf dan nahi mungkar

Umat Nabi Muhammad SAW diiktiraf oleh Allah SWT sebagai umat
yang terbaik dibandingkan umat-umat terdahulu disebabkan kerana
adanya amar makruf dan nahi mugnkar. Ini berdasarkan firman Allah
SWT di dalam surah Ali Imran ayat 110.




ۗ ‫ُكنُتْم َخْيَر ُأَّم ٍة ُأْخِرَجْت ِللَّناِس َتْأُم ُروَن ِبٱْلَم ْع ُروِف َوَتْنَه ْو َن َع ِن ٱْلُم نَكِر َوُتْؤِم ُنوَن ِبٱلَّلِه‬
‫َوَلْو َءاَم َن َأْه ُل ٱْلِكَتٰـِب َلَكاَن َخْيًرا َّلُه م ۚ ِّم ْنُه ُم ٱْلُم ْؤِم ُنوَن َوَأْكَثُرُهُم ٱْلَفٰـِس ُقوَن‬




“Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk
manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan
mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya
Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara
mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah
orang-orang fasik”.

Amar makruf dan nahi mungkar tidak akan berjaya melainkan jika
pelakunya mengerjakan apa yang diperintahkan dan meninggalkan
apa yang dilarang. Jika tidak dilakukan maka perintah dan
larangannya itu akan sia-sia, sebagaimana firman Allah SWT dalam
surah As Saff ayat 3.

‫َكُبَر َم ۡقًتا ِع نَد ٱلَّلِه َأن َتُقوُلوْا َم ا اَل َتۡفَع ُلوَن‬



"Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa
yang tidak kamu kerjakan"

78

LATIHAN PENGUKUHAN
TOPIK 3 :

1. Sila jelaskan pengertian ihsan dari sudut bahasa dan
istilah.
2.Nyatakan dua kepentingan perasaan belas kasihan
(ihsan) terhadap binatang dalam kehiudpan manusia.
3.Bagaimanakan cara yang boleh dilakukan sekiranya anda
ingin melakukan ihsan dengan menggunakan anggota
tubuh badan?
4. Senaraikan contoh yang berkaitan dengan ihsan kepada
makhluk.
5.Perpaduan masyarakat berbilang kaun di Malaysia adalah
asas kepada kemajuan negara.
Berdasarkan pernyataan tersebut, nyatakan cara anda
sebagai pelajar muslim untuk mewujudkan perpaduan
dengan rakan-rakan yang bukan Islam di pusat pengajian
anda.

79

PENUTUP

Akidah dan iman yang mantap akan melahirkan insan yang benar-
benar bertaqwa kepada Allah SWT. Baik atau buruknya tingkah laku
seseorang itu adalah bergantung kepada teguh atau lemahnya iman
mereka.

Bagi memperteguhkan iman pula,seseorang individu itu mestilah
memperkemaskan amalan ibadah mereka dengan niat yang ikhlas
dan hati yang khusyuk kepada Allah azza wajalla. Justeru, perkara
berkaitan rukun iman, rukun Islam dan sifat ihsan adalah asas yang
perlu diterapkan untuk melahirkan insan yang benar-benar berkualiti
fizikal dan mental.

80

RUJUKAN

1. At-Tazhib Fi Adillah Matan al-Ghayah Wat-Taqrib. Dr. Mustafa Dib
Al-Bugha . Dar ibnu Kathir . Damsyik. Beirut.

2. Feqh Mar’ahal Muslimah. Ibrahim Al-Jamal Maktabah Al -Quran.

3. Tarbiyatul Aulad Fil-Islam. Abdullah Nasih Ulwan. Darus Salam.

4. Jahiliyah Al Qarnul Isyrin.Muhammad Qutb.Dar As Syuruq.1988.

5. Al-Islam Wal-Ilmaniah Wajhan Li Wajhin. Prof.Dr.Yusof
Al-Qardhawi.Maktabah Wahbah1997.

6. Madkhal Li Makrifat Al-Islam. Prof.Dr. Yusof Al-Qardhawi.
Maktabah Wahbah.Cairo.1996.

7. Rukn At-Ta’ah. Dr.Ali Abdul Halim Mahmud. Dar At-Tauzi’Wa An-Nasyr
Al-Islamiah.Cairo.1997.

8. Kitab Al-Feqh Alal-Mazahibil-Arba’ah. Abdur Rahman Al-Jaziri.
Rayyan lit-Turas.

9. Madkhal Makrifatul Islam. Dr.Yusuf Al-Qardawi. Maktabah
Wahbah.1996.

10. Usul Dakwah. Dr.Abd Karim Zidan. Maktabah Al-Quds.Darul Wafa’

11. Minhajul Muslim. Abu Bakar Jabir Al-Jazairi. Al Maktabah Al-Taufiqiyah.

12. Al-Munafiqun.Hamdi Ahmad Ibrahim.Darul Tauzi’ wan-Nasrul
Islamiah.

13. Al-Mustakhlis fi Tazkiyatil Anfus.Said Hawa.Dar As-Salam.

14. Al-Qamus Al-Fiqh Lughah Wa Istilah. Sa’di Abu Jaib. Darul Fikri. 1993.

15. Kertas kerja ‘Ke arah Pengukuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah’. Prof.Dr.
Muhammad Uthman El-Muhammady. 20 Mac 2010 di Auditorium MBSA
Shah Alam.

81

BIODATA PENULIS

MUHAMAD ZAN BIN SAILAN
Dilahirkan pada 23 April 1970 di Kampung Bukit Kuching, Jeram, Selangor. Beliau mendapat pendidikan
awal di Sekolah Kebangsaan Dato’ Maharajalela dan peringkat menengah di Sekolah Agama Menengah
Rendah Jeram dan seterusnya di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam.

Beliau meneruskan pengajian peringkat ijazah pertama di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir
dalam bidang Syariah Islamiah. Setelah tamat, beliau bertugas sebagai guru di sekolah agama kelolaan
Jabatan Agama Islam Selangor. Dalam masa yang sama beliau menjalani kursus Diploma Pendidikan
Lepasan Ijazah (DPLI) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Bahasa Arab dan
Pendidikan Islam. Beliau meneruskan tugas sebagai pensyarah di Politeknik Merlimau dan kemudian
berpindah ke Politeknik Sultan Idris Shah sebelum menyambung semula pengajiannya di peringkat sarjana
dalam bidang Syariah di Universiti Malaya (UM).

Kini beliau bertugas sebagai Ketua Jabatan di Jabatan Pengajian Am, Politeknik Sultan Idris Shah,
Sabak Bernam, Selangor. Memiliki tauliah ceramah daripada JAIS, beliau sering mengadakan kuliah
pengajian di masjid berdekatan. Selain dari itu, beliau juga aktif menulis teks-teks khutbah jumaat untuk
diterbitkan oleh Bahagian Pengurusan Masjid, JAIS sejak tahun 2008. Selain itu, beliau juga pernah
menerbitkan sebuah buku ‘Pengajian Islam : Aqidah & Ibadah’ yang digunakan sebagai rujukan pelajar-
pelajar Politeknik. Beliau dikurniakan tiga orang cahayamata hasil perkongsian hidup dengan Puan
Norhafizah bt Abd Kadir sejak tahun 1995.




NORHAFIZAH BINTI ABD KADIR
Dilahirkan pada tahun 1973 di Jeram Kuala Selangor, Selangor. Mendapat pendidikan formal bermula di
Sekolah Kebangsaan Jeram Batu 20 dan di peringkat Menengah di SAM Jeram Bt 20 Jeram, Selangor
seterusnya menyambung persijilan Sijil Tinggi Agama dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia di SAMT Tengku
Ampuan Rahimah Sg Manggis, Banting.

Meneruskan lagi pengajian di peringkat yang lebih tinggi di Universiti al Azhar, Mansurah Mesir pada
tahun 1992 hingga tahun 1997 dengan segulung ijazah sarjana muda bidang syariah Islamiah. Pada tahun
2000, beliau menamatkan pengajian dalam Diploma Pendidikan Bahasa Arab dan Pendidikan Islam di
UKM, Bangi Selangor. Kemudian, beliau menyambung pengajian lagi dengan biasiswa penuh tajaan
Kementerian Pengajian Tinggi di peringkat sarjana di Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) bidang
Pendidikan (Pengajian Islam) pada 2019 – 2021.

Mula berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Markaz Tahfiz Banat Selangor di Bukit Naga, Klang
Selangor kemudian di tempatkan untuk mencurah bakti di beberapa Sekolah Menengah agama di bawah
Jabatan Agama Islam Selangor sehingga tahun 2003. Pada tahun 2004 mula bertugas di Politeknik Sultan
Idris Shah sehingga tahun 2014. Dipinjamkan untuk bertugas di Education Malaysia Egypt (EME) sebagai
Atase Pendidikan selama tiga tahun sehingga tahun 2017. Alhamdulillah sehingga sekarang masih lagi
bertugas di Politeknik Sultan Idris Shah.

RAHIMAH BINTI HALIM
Dilahirkan pada tahun 1993 di Yan, Kedah. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Permatang
Buloh dan di peringkat menengah di Sekolah Menengah Agama al-Nahdzah, Yan, Kedah. Beliau
memperoleh Diploma Pengajian Islam (Pentadbiran Islam) dan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam
(Syariah) dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada tahun 2011-2018. Beliau juga pernah
berkhidmat dengan Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Kedah dan sekarang bertugas sebagai
pensyarah di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS).


Click to View FlipBook Version