The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Apa itu ukur aras? Apakah peralatan-peralatan yang digunakan dalam kerja ukur aras? Bagaimana menggunakannya? Sekiranya pembaca adalah pelajar atau orang yang perlu terlibat dalam bidang kejuteraaan Awam terutama dalam kerja pengukuran aras dan tinggi kedudukan, inilah buku yang dapat dijadikan rujukan untuk memahami Ukur Aras secara asas. Buku ini disusun secara santai, nota ringkas dan bergambarajah bagi memudahkan pembaca memahami atau mengulangkaji konsep dan istilah-istilah penting ukur aras, peralatan-peralatan serta prosedur melaksana kerja ukur aras.
Adakah memadai untuk mengetahui konsep asas ukur aras sahaja? Dalam bidang Ukur Kejuruteraan; maklumat kontur, keratan memanjang dan keratan rentas bagi bentuk dan cerun permukaan tanah sangat penting dalam pelaksanaan projek Kejuruteraan Awam. Adakah anda bersedia untuk mengetahuinya?
Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu membanjiri tanah-tanah lembah (dengan airnya) menurut kadarnya yang ditetapkan Tuhan untuk faedah makhlukNya,
(Surah al-Ra’d,13:17)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit PSIS, 2021-12-23 21:16:48

PENGENALAN UKUR ARAS KEJURUTERAAN AWAM

Apa itu ukur aras? Apakah peralatan-peralatan yang digunakan dalam kerja ukur aras? Bagaimana menggunakannya? Sekiranya pembaca adalah pelajar atau orang yang perlu terlibat dalam bidang kejuteraaan Awam terutama dalam kerja pengukuran aras dan tinggi kedudukan, inilah buku yang dapat dijadikan rujukan untuk memahami Ukur Aras secara asas. Buku ini disusun secara santai, nota ringkas dan bergambarajah bagi memudahkan pembaca memahami atau mengulangkaji konsep dan istilah-istilah penting ukur aras, peralatan-peralatan serta prosedur melaksana kerja ukur aras.
Adakah memadai untuk mengetahui konsep asas ukur aras sahaja? Dalam bidang Ukur Kejuruteraan; maklumat kontur, keratan memanjang dan keratan rentas bagi bentuk dan cerun permukaan tanah sangat penting dalam pelaksanaan projek Kejuruteraan Awam. Adakah anda bersedia untuk mengetahuinya?
Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu membanjiri tanah-tanah lembah (dengan airnya) menurut kadarnya yang ditetapkan Tuhan untuk faedah makhlukNya,
(Surah al-Ra’d,13:17)

Keywords: PENGENALAN UKUR ARAS

TOPIK 6

46

KERATAN MEMANJANG DAN KERATAN RENTAS

Keratan memanjang dan keratan rentas (longitudinal and cross section)
digunakan dalam pembinaan jalanraya, jalan keretapi, saliran pengairan
dan sebagainya.
Dilaksanakan oleh jurukur untuk kegunaan jurutera/ perekabentuk untuk
pembinaan bagi penentuan:
• aras tanah sebenar
• aras cadangan tambakan/ pemotongan
• luas keratan rentas
• isipadu tanah
• jumlah korekan atau tambakan (kerja tanah)
• tempat yang tidak memerlukan pengorekan dan penambakan

KERATAN MEMANJANG

Gambaran menunjukkan ketinggian permukaan bumi sepanjang garis
tengah jalanraya, sungai, perparitan dan sebagainya.
Biasanya setiap rantaian yang dicerap sebagai titik pindah. C1,C2…..C6
adalah titik di sepanjang keratan memanjang.

PANDANGAN PELAN

JARAK
KERATAN MEMANJANG MELALUI TITIK C1 HINGGA C6

47

KERATAN MEMANJANG DAN KERATAN RENTAS

KERATAN RENTAS
Gambaran keratan tanah yang merentasi (contoh; jalanraya) dari tepi ke
tepi iaitu secara melintang.
Dicerap sebagai pandangan antara untuk memudahkan kerja aras. a,b,c,
d dan e adalah titik di sepanjang keratan rentas.

PANDANGAN PELAN

1 23
45 6

KERATAN RENTAS
KERATAN RENTAS BAGI SETIAP LOKASI 1 HINGGA 6

48

KERATAN MEMANJANG DAN KERATAN RENTAS

PROSEDUR PELAKSANAAN KERJA UKUR ARAS KERATAN MEMANJANG DAN
KERATAN RENTAS
Menggunakan kaedah HoC untuk dapatkan tinggi titik-titik keratan. Bagi
keratan memanjang, bacaan direkod hampir ~ 0.01m. Langkah-langkah
menjalankan pengukuran seperti berikut:
• Melaksanakan penjajaran untuk menentukan garis lurus dan lengkung

garis tengah.
• Menyediakan Garis Keratan Memanjang dan Rentas di atas tanah

sebelum kerja pengukuran dijalankan.
• Menanda piket-piket di garisan tengah dengan selang sekata bagi

membentuk keratan memanjang.
• Selepas itu, ukur kiri dan kanan di setiap piket secara bersudut tepat

bagi membentuk keratan rentas pula.
• Di atas keratan rentas, tandakan piket-piket secara bersela.
• Setelah garis memanjang dan melintang disediakan, kerja ukur aras

bolehlah dimulakan.
• Ia mesti bermula dan berakhir dari TBM atau BM.
• Ukur keratan memanjang dan keratan rentas boleh dijalankan serentak

atau berasingan mengikut kesesuaian.
• Alat aras boleh didirikan di atas atau luar garisan mengikut kesesuaian

dan keadaan kerja.

49

KERATAN MEMANJANG DAN KERATAN RENTAS

a1 a2 a3 a4 a5 a6
b1 b2 b3 b4 b5 b6
c1 c2 c3 c4 c5 c6
d1 d3 d4 d5 d6
e1 d2 e4 e5 e6
e2 e3

50

KERATAN MEMANJANG DAN KERATAN RENTAS

MELUKIS ARAS MUKA KERATAN
Selesai kerja cerapan dan pelarasan pembukuan, lukisan aras muka
keratan boleh disediakan seperti langkah berikut:
• Lukis garisan datum Kerja Aras Muka Keratan dan labelkan sebagai

Garis Datum berserta nilai aras larasnya.
• Gunakan skala yang sesuai bagi rantaian dan aras cerapan di

sepanjang garis datum dan jadualkannyaUntuk perbezaan ketinggian
yang nyata, gunakan skala tegak yang lebih besar berbanding skala
mendatar.
• Sambungkan setiap titik aras laras yang telah diplotkan dengan garisan
lurus.
• Masukkan juga penerangan catatan seperti nama jalan, tempat
hakmilik dan sebagainya.

51

KERATAN MEMANJANG DAN KERATAN RENTAS

52

TOPIK 7

53

TEKNOLOGI TERKINI DALAM UKUR ARAS

Terdapat instrumen yang menggunakan teknologi terkini dalam
kejuruteraan ukur aras seperti:
• Electronics Digital Level (Alat Aras Digital)
• GPS (Global Positioning System) dan GNSS (Global Navigation Satellite

system)
• Levelling Drone/UAV (Drone Ukur Aras)
• Rotary Laser Level

54

DIGITAL LEVEL

• Penggunaan alat aras digital di dalam kerja pengukuran ketinggian di
negara ini adalah semakin meluas.

• Ia sangat berkejituan tinggi dan mudah dikendalikan bagi menjalankan
kerja ukur aras kelas satu dan dua serta kawalan deformasi.

• Dengan menggunakan setaf yang khusus, ketinggian dan jarak dapat
ditentukan secara elektronik.

• Oleh yang demikian, kesalahan membaca setaf dan catitan dalam
buku kerjaluar yang sering berlaku ketika menggunakan kaedah
konvensional dapat dielakkan.

• Bacaan aras di skrin paparan alat aras dalam bentuk digital.
• Segala cerapan samada jarak atau ketinggian yang diambil akan

disimpan dalam ingatan yang terbina pada alat ataupun sistem kad
ingatan PCMCIA (PCMCIA Memory Card System).

ALAT ARAS DIGITAL

55

GLOBAL POSITIONING SYSTEM (GPS)

• Pengukuran menggunakan teknologi Global Positioning System (GPS)
merupakan kaedah popular yang digunakan dalam ukur topografi.

• Kerja ukur ini boleh menganalisis hasil pengukuran titik tinggi
menggunakan Real Time Kinematic GPS untuk pengukuran topografi.

• Pengambilan data dilakukan di kedudukan titik-titik ketinggian ufuk yang
sama dan di kedudukan titik-titik ketinggian ufuk yang berbeza.

• Selisih beza tinggi menggunakan GPS-RTK sekitar 0,033 m, manakala
selisih beza tinggi Total Station sekitar 0,036 m.

• Dari hasil pengukuran Total Station dan GPS-RTK pada titik ketinggian
yang sama tidak banyak perbezaan dengan selisih perhitungan isipadu
sebesar 0,26 %.

• Dari hasil pengukuran Total Station dan GPS-RTK pada titik ketinggian
ada banyak berbeza dengan selisih perhitungan isipadu sebesar 1,08 %.

ALAT ARAS BERBANTU GPS

56

DRONE/UAV LEVELLING

• Penggunaan drone atau Unmanned Aerial Vehicles (UAV) merupakan
alternatif terkini dalam bidang ukur.

• Teknologi ini telah mula mendapat perhatian pelbagai pengeluar
peranti berkaitan drone untuk menyediakan kualiti penghasilan peta 2D
dan 3D yang lebih jitu.

• Sebagai contoh, DJI Phantom 4 RTK telah mampu mencapai ketepatan
2 cm relatif vertical accuracy serta 1.2 cm relatif bagi horizontal
accuracy.

• Drone yang dilengkapi dengan kemampuan Real-time Kinematics (RTK)
dan Post-processing Kinematics(PPK) akan menghasilkan kesan kualiti
yang mencapai tahap ketepatan ukur sebenar apabila bergabung
dengan GCP (Ground Control Points)

DRONE PENGUKUR ARAS

57

ROTARY LASER LEVEL

• Rotary Laser Level ini banyak digunakan sebagai alat pengukur terkini
dalam mendapatkan nilai ketinggian sesuatu ukuran dengan cepat dan
tepat.

• Terdapat pilihan penggunaan bagi ruang dalaman bangunan serta luar
bangunan yang menggunakan bantuan laser detector.

• Terdapat pelbagai jenis rotary laser level, contohnya yang digabungkan
bersama bubble level, electronic self-levelling dengan bantuan
pendulum levelling system.

• Rotary Laser Level ini akan mengeluarkan cahaya laser merangkumi 360
darjah serta ketepatan dalam 1/8 inci per 30 kaki bagi jenis yang biasa
manakala yang mempunyai sistem bantuan pendulum dan magnet
boleh mencapai ketepatan 1/8 inci bagi jarak100 kaki.

ALAT ARAS ROTARY LASER

58

RUJUKAN

Mohamed, Ab. Hamid (2000) Asas ukur kejuruteraan. Penerbit UTM, Skudai,
Johor Bahru. ISBN 983–52–0199–4
Buku manual alat TOPCON AT G6. Topcon Instruments (Malaysia) Sdn. Bhd.
Buku Manual Alat Digital Topcon DL-101C, Topcon Instruments (Malaysia)
Sdn. Bhd.
World Design Guide. (n.d) Levelling Drone, Industrial Design. Retrieved 15
October, 2021, from https://ifworlddesignguide.com/entry/244875-leveling-
drone
Toby,Knisely (September 19, 2019) All You Need to Know About Drone
Surveying, A guide to drone surveying, deliverables, accuracy, and workflows
Retrieved 15 October, 2021, from https://enterprise-insights.dji.com/blog/all-
about-drone-surveying
Johnson Level & Tool Mfg. Co. Inc. (n.d) Rotary Laser Levels, Johnson.
Retrieved 15 15 October, 2021, from
https://www.johnsonlevel.com/News/RotaryLaserLevels

59

60

SINOPSIS

Apa itu ukur aras? Apakah peralatan-peralatan yang digunakan dalam kerja ukur aras?
Bagaimana menggunakannya? Sekiranya pembaca adalah pelajar atau orang yang
perlu terlibat dalam bidang kejuteraaan Awam terutama dalam kerja pengukuran aras
dan tinggi kedudukan, inilah buku yang dapat dijadikan rujukan untuk memahami Ukur
Aras secara asas. Buku ini disusun secara santai, nota ringkas dan bergambarajah bagi
memudahkan pembaca memahami atau mengulangkaji konsep dan istilah-istilah
penting ukur aras, peralatan-peralatan serta prosedur melaksana kerja ukur aras.

Adakah memadai untuk mengetahui konsep asas ukur aras sahaja? Dalam bidang Ukur
Kejuruteraan; maklumat kontur, keratan memanjang dan keratan rentas bagi bentuk dan
cerun permukaan tanah sangat penting dalam pelaksanaan projek Kejuruteraan Awam.
Adakah anda bersedia untuk mengetahuinya?

Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu membanjiri tanah-tanah lembah (dengan
airnya) menurut kadarnya yang ditetapkan Tuhan untuk faedah makhlukNya,

(Surah al-Ra’d,13:17)

PENULIS

IBRAHIM BIN MOHD ZULKIFLI

Penulis adalah tenaga pengajar di Jabatan Kejuruteraan Awam,
Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor. Berpengalaman
mengajar hampir 17 tahun dalam bidang Kursus Ukur Kejuruteraan di
politeknik. Lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Kepujian),
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Diploma Kejuruteraan Awam
serta Pendidikan, KUiTTHO (kini dikenali sebagai Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia, UTHM).

MOHD IZUDDIN BIN MAHMOOD

Lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Geomatik), Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) Skudai Johor. Mempunyai pengalaman
dalam bidang industri serta terlibat dalam pengajaran dan
pembelajaran Kursus Engineering Survey lebih daripada 10 tahun.
Sekarang merupakan tenaga pengajar di Politeknik Sultan Idris Shah,
Sungai Air Tawar, Selangor Darul Ehsan.

SHAHRIL KHAIRI BIN ABDUL SHUKOR

Merupakan lulusan Sarjana Muda (Sains) Pengajian Senibina
(Kepujian) di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan sedang
melanjutkan pengajian Sarjana Senibina Hijau di Universiti Teknologi
MARA(UiTM) Perak. Salah seorang tenaga pengajar bidang Senibina
di Politeknik Sultan Idris Shah dan berpengalaman hampir 10 tahun
mengajar Kursus Basic Engineering Survey bagi pelajar Senibina.


Click to View FlipBook Version