PENGENALAN UKUR ARAS KEJURUTERAAN AWAM
Apa itu ukur aras? Apakah peralatan-peralatan yang digunakan dalam kerja ukur aras? Bagaimana menggunakannya? Sekiranya pembaca adalah pelajar atau orang yang perlu terlibat dalam bidang kejuteraaan Awam terutama dalam kerja pengukuran aras dan tinggi kedudukan, inilah buku yang dapat dijadikan rujukan untuk memahami Ukur Aras secara asas. Buku ini disusun secara santai, nota ringkas dan bergambarajah bagi memudahkan pembaca memahami atau mengulangkaji konsep dan istilah-istilah penting ukur aras, peralatan-peralatan serta prosedur melaksana kerja ukur aras.
Adakah memadai untuk mengetahui konsep asas ukur aras sahaja? Dalam bidang Ukur Kejuruteraan; maklumat kontur, keratan memanjang dan keratan rentas bagi bentuk dan cerun permukaan tanah sangat penting dalam pelaksanaan projek Kejuruteraan Awam. Adakah anda bersedia untuk mengetahuinya?
Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu membanjiri tanah-tanah lembah (dengan airnya) menurut kadarnya yang ditetapkan Tuhan untuk faedah makhlukNya,
(Surah al-Ra’d,13:17)
-
Follow
-
2
-
Embed
-
Share
-
Upload