MOHD HUSNI BIN ABD HALID
MOHD RUSDAN BIN HASAN
MOHAMAD IZZUDDIN HILMI BIN MOHAMAD ZAINI
KEPENTINGAN
MEMAHAMI
MAQASID
SYARIAH
PENERBIT
1
KETUA EDITOR
MOHD HUSNI BIN ABD HALID
EDITOR GRAFIK
MOHAMAD IZZUDDIN HILMI BIN MOHAMAD ZAINI
EDITOR TEKS
MOHD RUSDAN BIN HASAN
PANEL PENULIS
MOHD HUSNI BIN ABD HALID
MOHD RUSDAN BIN HASAN
MOHAMAD IZZUDDIN HILMI BIN MOHAMAD ZAINI
HAKCIPTA TERPELIHARA
Terbitan 2021
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh
diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam
sebarang bentuk atau dengan sebarang alat, samada dengan cara
elektronik, gambar dan rakaman serta sebagainya tanpa kebenaran bertulis
daripada penerbit terlebih dahulu.
Diterbitkan oleh
Politeknik Sultan Idris Shah
Sg. lang, 45100 Sg Ayer Tawar
Selangor
No. Tel : 03 32806200
No. Fax : 03 32806400
Laman web : http://www.psis.edu.my
2
NAGNUDNAK ISI 04 PENGHARGAAN
05 PENGENALAN
07 DEFINISI MAQASID SYARIAH
12 SEJARAH MAQASID SYARIAH
- Zaman Rasulullah SAW
- Ijtihad Sahabat : Abu Bakar As-Siddiq RA
- Ijtihad Sahabat : Umar Al-Khattab RA
- Ijtihad Sahabat : Usman bin Affan RA
- Ijtihad Sahabat : Ali bin Abi Talib RA
20 KEPENTINGAN MAQASID SYARIAH
- Daruriyyat
- Hajiyyat
- Tahsiniyyat
30 PENGAPLIKASIAN MAQASID SYARIAH
- Pengurusan Ibadah Korban Pasca Covid 19
- Sistem Pendidikan di Malaysia Abad ke-21
43 HIKMAH PELAKSANAAN MAQASID SYARIAH
48 KESIMPULAN
50 ULANGKAJI
52 RUJUKAN
3
PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah S.W.T. Tuhan sekalian alam kerana dengan
limpahan rahmat, hidayah serta kurnia-Nya, maka dapatlah penulis
menyiapkan tugasan ini dengan baik dan lancar. Selawat serta salam
ke atas junjungan baginda Nabi Muhammad saw yang telah berjaya
mengubah masyarakat yang jahil berpandukan kepada wahyu Ilahi
iaitu al-Quran al-Karim.
Pada kesempatan ini, kami Mohd Husni bin Abd Halid, Mohamad
Izzuddin Hilmi bin Mohamad Zaini dan Mohd Rusdan bin Hasan ingin
merakamkan setingi-tingi perhargaan dan terima kasih kepada pihak
Politeknik Sultan Idris Shah yang telah memberikan satu peluang
untuk menghasilkan penulisan e-book ini.
Sekalung penghargaan dan untaian terima kasih juga kami tujukan
kepada seluruh ahli keluarga kami yang tercinta, khususnya kepada
ibunda dan ayahanda kami yang sentiasa memberikan doa,
bimbingan, sokongan dan bantuan moral. Teristimewa juga kepada
isteri kami yang sentiasa menemani disisi ketika dalam proses
menyiapkan penulisan ini, sentiasa memberikan inspirasi dan motivasi
serta berkorban masa dalam menjaga anak-anak kerana memberi
ruang dan peluang kepada kami dalam menyiapkan penulisan ini di
musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Hanya kepada Allah
S.W.T. sahaja penulis mengharapkan anugerah dan ganjaran yang
setimpal atas segala jasa baik beliau dalam menyumbangkan dan
menegmbangkan ilmu yang bermanfaat.
Pada kesempatan ini juga, kami mengucapkan terima kasih kepada
sahabat-sahabat dari Jabatan Pengajian Am Politeknik Sultan Idris
Shah yang sentiasa memberikan sokongan, yang tidak bosan untuk
diajak berkongsi idea dan bertukar-tukar fikiran, berkongsi ilmu
sepanjang proses menyiapkan penulisan ini.
Akhirnya, semoga penulisan ini akan dapat memberikan manfaat
kepada pembaca khususnya dan kepada umat Islam umumnya, dalam
rangka memberi kefahaman berkaitan dengan kepentingan
memahami Maqasid Syariah. Amin Ya Rabbal Alamin.
4
PENGENALAN
Assalamualaikum, hai apa khabar kawan-kawan semua?
Harapnya kawan-kawan semua berada dalam keadaan sihat wal
afiat, sejahtera tubuh badan dan akal minda yang cerdas. Baiklah,
kawan-kawan semua pernah dengar tak tentang Maqasid Syariah?
Ha! E-book kali ni nak cerita pasal Maqasid Syariah. Ada macam-
macam cerita pasal Maqasid Syariah yang nak dikongsikan di sini.
Jom kita baca sama-sama.
Sebenarnya, ilmu maqasid syariah merupakan satu ilmu
yang agak baru. Walaupun dah lama diaplikasikan, tetapi
perbahasan secara terperinci tentang Maqasid Syariah
hanya berlaku baru-baru ni je.
Kawan-kawan, ada banyak sebenarnya definisi atau pengertian
yang diberikan oleh ulama-ulama Usul Fiqh berkaitan dengan
Maqasid Syariah ni. Akan tetapi tiada definisi yang spesifik
berkaitan maqasid yang diberikan oleh ulama klasik. Imam al-
Syatibi, seorang pelopor dalam ilmu maqasid pun tidak pernah
memberikan definisi tertentu kepadanya. Ini bukanlah bermakna
tokoh-tokoh ilmuan klasik mengabaikan maqasid Syariah dalam
mengisbatkan sesuatu hukum. Tetapi berdasarkan karya-karya
penulisan mereka, dapat kita fahami mereka memang
menitikberatkan tentang Maqasid Syariah ni
5
NILAI-NILAI MAQASID
SYARIAH ITU TERKANDUNG
DI DALAM SETIAP IJTIHAD
DAN HUKUM-HUKUM YANG
DIKELUARKAN OLEH
MEREKA. INI KERANA NILAI-
NILAI MAQASID SYARIAH
ITU SENDIRI MEMANG TELAH
TERKANDUNG DI DALAM AL-
QURAN DAN AL-SUNNAH.
(AL-OBEIDI, 1401H/ 1992M)
6
DEFINISI MAQASID
Kawan-kawan, Maqasid Syariah ni sebenarnya perkataan
bahasa arab. Maqasid ni merupakan kata jama’, kata
mufradnya (kata asal) ialah maqsud. Maqsud ni sama erti
dengan tujuan atau matlamat.
TUJUAN BERMAKSUD ARAH, HALA, HALUAN,
YANG DITUJU, MATLAMAT, MAKSUD ATAU
TUNTUTAN (KAMUS DEWAN BAHASA DAN
PUSTAKA)
7
Menurut kitab Tabsirah Al-Hukkam yang ditulis oleh
Muhammad bin Farhun, beliau menukilkan kata-kata
Ibnu Rusyd yang menyifatkan maqasid sebagai
hikmah pensyariatan hukum. Perkataan hikmah ini
membawa erti yang sama dengan maqasid.
Sebahagian ahli fekah silam lebih cenderung
menggunakan perkataan hikmah Syariah yang juga
bermaksud maqasid syariah
CONTOHNYA IBNU FARHUN BERKATA: ‘DAN ADAPUN HIKMAH
QADA IALAH MENGANGKAT KACAU BILAU, MENOLAK BALA
BENCANA, MENCEGAH ORANG ZALIM, MEMBANTU YANG
DIZALIMI, MEMUTUSKAN PERTIKAIAN, MENYURUH YANG
MA’RUF DAN MENCEGAH KEMUNGKARAN’
(AUDAH).
Ibnu Asyur telah membahagikan maqasid dengan
lebih terperinci lagi dengan mengkategorikannya
kepada dua iaitu maqasid umum dan maqasid khusus.
Menurut beliau maqasid umum ialah maqasid yang
dapat dilihat dalam hukum-hukum yang wajib dan
melibatkan semua individu secara umum. Manakala
maqasid khusus pula ialah cara yang digunakan oleh
syariah bagi merealisasikan kepentingan umum
melalui tindak- tanduk perseorangan. Contohnya
hukum merekodkan perjanjian hutang dalam bidang
muamalat. (al-Misawi, 1998).
Bahas mudahnya, maqasid ini boleh kita katakan
sebagai kehendak, matlamat ataupun tujuan. Setiap
kehendak, matlamat ataupun tujuan ini hendaklah
menjurus kepada kebaikan (manafaah) dan menolak
keburukan serta menghilangkan kemudaratan
(mafsadah). Maksudnya, maqasid ni adalah tujuan
yang membawa kepada kebaikan.
8
DEFINISI SYARIAH
Sebelum ni kita dah cerita pasal maksud Maqasid, harap semua
kawan-kawan dapat faham lah ye. Baiklah, jom kita semak pula apa
pengertian Syariah.
Perkataan syariah berasal daripada perkataan bahasa arab iaitu
‘syara’. Dari sudut Bahasa, syara’ ni bermaksud jalan. Ada yang
berpendapat jalan menuju ke air. Kenapa air? Sebab air merupakan
salah satu perkara asas bagi manusia. Manusia memerlukan air
untuk hidup. Tiada air boleh membawa kepada maut. Jadinya
manusia ini memang memerlukan syara dalam kehidupan kita
Dari sudut istilah pula, syara ni bermaksud undang-undang. Kalau
kita semak kat Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, syariah
bermaksud hukum-hukum Islam.
MANAKALA MENURUT KAMUS KONTEKSTUAL
LENGKAP AL-KHALIL, SYARIAH BERMAKSUD
SESUATU ATAU APA YANG DISYARIATKAN OLEH
ALLAH S.W.T. SAMA ADA PEGANGAN ATAU
HUKUM, METOD SYARIAT DAN UNDANG-UNDANG
(DOLLAH, 2006).
9
MAQASID AL
SYARIAH
BERERTI
TUJUAN,
NATIJAH ATAU
MAKSUD YANG
DIKEHENDAKI
OLEH SYARAK
MELALUI
SUMBER
DALILNYA
MENERUSI AL-
QURAN DAN
AS-SUNNAH.
10
FIRMAN ALLAH
SWT DALAM
SURAH AL-ANBIYA
: 107
“DAN TIADALAH KAMI MENGUTUSKAN ENGKAU
(WAHAI MUHAMMAD), MELAINKAN UNTUK
MENJADI RAHMAT BAGI SEKALIAN ALAM”.
(SURAH AL- ANBIYYA : 107)
11
SEJARAH
MAQASID
SYARIAH
OK kawan-kawan, kalau sebelum
ni kita dah memahami definisi
Maqasid Syariah, kali ini kita cuba
selami sejarah Maqasid Syariah
pula...Jom teruskan membaca...
Zaman Rasulullah
Syariah itu sendiri adalah suatu
peraturan yang ditetapkan oleh Allah
S.W.T dalam bentuk hukum hakam
yang diperturunkan kepada baginda
Rasulullah S.W.T.
Maka secara tidak langsung boleh
difahami bahawa penurunan syariah
ketika zaman Rasulullah mempunyai
tujuan khusus dan telah dinyatakan
oleh Allah S.W.T sepertimana dalam
firmanNya.
Namun secara umum pada zaman
Rasulullah, ilmu Maqasid Syariah
belum dijadikan sebagai suatu disiplin
ilmu yang khusus kerana pada ketika
itu seluruh sahabat menjadikan
Rasulullah sebagai rujukan dalam
penetapan hukum dan dalam banyak
keadaan para sahabat tidak
melazimkan diri bertanya kepada
Rasulullah berkenaan sesuatu
peristiwa dan tujuan hukum
ditetapkan.
12
SEJARAH
MAQASID
SYARIAH
Hal ini boleh dilihat sepertimana
pada satu hadith yang masyhur yang
telah diriwayatkan oleh Saidina Umar
R.A berkenaan kedatangan Malaikat
Jibril bertemu Rasulullah:
Kemudian Baginda bertanya: Wahai
'Umar! Adakah engkau tahu siapa
lelaki yang bertanya itu? Aku berkata:
Allah dan RasulNya lebih mengetahui.
Baginda bersabda: Sesungguhnya dia
adalah Malaikat Jibril yang datang
kepada kamu untuk mengajar kamu
tentang agama kamu. (Hadith riwayat
Muslim dalam Kitab al-Iman: no. 9)
13
MAQASID SYARIAH PADA ZAMAN
SAHABAT NABI MUHAMMAD SAW
Setelah Nabi Muhammad SAW wafat dan Mereka memahami nas-nas syarak
wahyu terputus, persoalan berkaitan dengan menggunakan kaedah
agama terus hidup dan berkembang, dan aqalliyyah (logik/akal). Mereka
masalah-masalah baru yang tidak pernah menggunakan sumber daripada al-
terjadi pada masa Nabi berlaku dan Quran dan hadis lalu berijtihad di
menuntut penyelesaian hukum, maka para dalam kedua-dua sumber hukum
sahabat cuba mencari nasnya pada ayat- tersebut. Bahkan terdapat
ayat al-Quran mahupun hadis. Jika mereka sebahagian sahabat yang telah
tidak menemukan nas yang sesuai dengan mendapat keizinan dari Nabi SAW
masalah tadi pada al-Quran mahupun sendiri dalam berijtihad ketika Nabi
hadis, maka mereka akan berijtihad. Hal ini masih hidup.
kerana kefahaman mereka terhadap tujuan
dan matlamat risalah al-Quran adalah
istimewa berbanding dengan kefahaman
mereka yang terkemudian kerana mereka
bukan sahaja memahami zahir al-Quran
malah menjangkau tujuan di sebalik
penurunannya itu.
Kita dapati ijtihad-ijtihad mereka MUTIARA HIKMAH
bertepatan dengan kehendak syarak untuk
menjamin kemaslahatan umat sejagat.
Amalan mereka berpunca daripada "KITA TIDAK AKAN TAHU
pemahaman mereka tentang maqasid
syariah itu sendiri. Begitu juga keadaan SETINGGI DAN SEJAUH
pada zaman tabi’in yang sempat hidup MANA KITA AKAN TERBANG
bersama sahabat. Mereka mewarisi secara
praktikal pengambil kiraan maqasid syariah SELAGI KITA TIDAK
dalam mengeluarkan hukum yang MENGEMBANGKAN SAYAP
berasaskan kepada memberi maslahah dan
menolak mafsadah. KITA"
14
IJTIHAD PARA SAHABAT
Pada zaman Rasulullah S.A.W. dalam keadaan
tertentu sahaja baginda memebenarkan sahabatnya
berijtihad apabila tidak ada dalam dalam Al-Qur’an
dan Al-Sunnah. Dalam satu perististiwa Rasulullah
S.A.W. memberi wasiat kepada Mu’az Bin Jabal
sewaktu diutuskan ke Yaman
BAGAIMANAKAH NANTI ENGKAU AKAN PUTUSKAN
HUKUM APABILA DIBENTANGKAN KEPADA ENGKAU
SESUATU MASALAH? MU'AZ MENJAWAB: SAYA AKAN
PUTUSKAN BERPANDUKAN AL-QUR'AN. NABI BERTANYA
LAGI: SEKIRANYA KAMU TIDAK DAPATI DALAM AL-
QUR'AN? MU'AZ MENJAWAB, "SEKIRANYA SAYA TIDAK
MENEMUI HUKUMAN DALAM AL-QUR'AN, SAYA AKAN
BERPANDUKAN AL-SUNNAH." NABI BERTANYA,
"SEKIRANYA ENGKAU TIDAK DAPATI DALAM AL-
SUNNAH? MU'AZ MENJAWAB, “KIRANYA SAYA TIDAK
DAPATI JUGA DALAM AL-SUNNAH. SAYA AKAN
BERIJTIHAD DENGAN ILMU SAYA DAN SAYA TIDAK AKAN
MENGENEPIKAN PERKARA ITU. LALU RASULULLAH SAW
MENEPUK DADA SAMBIL BERSABDA, "SEGALA PUJIAN
BAGI ALLAH YANG MEMBERIKAN TAUFIK KEPADA
UTUSAN RASULULLAH SAW KE ARAH SESUATU YANG
DIREDAI OLEH RASULULLAH.” (ABU DAUD, AL-AQDIYAH:
3122; AHMAD, AL-'ASYARAH: 21528.)
Berdasarkan hadith diatas, selain berpandukan
rujukan daripada Al-Qur’an dan Al-Sunnah, Baginda
Rasulullah S.A.W. mengiktiraf penggunaan ijtihad
yang merupakan suatu instrumen menganalisis dan
mengeluaran hukum. Ijtihad yang tepat perlu meraikan
Maqasid dan tujuan yang hendak dicapai agar sentiasa
selari dengan kehendak dan tujuan syariah itu
diturunkan.
9
15
IJTIHAD PARA SAHABAT
: ABU BAKAR AS-SIDDIQ RA
Abu Bakar As-Siddiq ra
merupakan sahabat baik Nabi
Muhammad SAW. Antara yang
terawal memeluk agama Islam
dan menjadi Khalifah Islam yang
pertama
Beliau adalah khalifah yang pertama setelah Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a
kewafatan Nabi SAW. Pada zaman berkata: "Terdapat lapan perkara yang
pemerintahannya, beliau telah mengarahkan
pengumpulan dan pembukuan al-Quran dalam menjadi perhiasan kepada lapan
satu mushaf setelah mendapati ramai para perkara: –
qura dan hufaz gugur syahid dalam
peperangan Murtaddin. Beliau bimbang lama- 1. Menjaga perkara yang haram,
kelamaan mungkin tiada yang mengingati al- perhiasan kepada fakir.
Quran keseluruhannya.
2. Syukur perhiasan kepada nikmat
Abu Bakar As-Siddiq ra juga pernah 3. Sabar perhiasan kepada bala.
mengarahkan tentera Islam memerangi 4. Tawaduk perhiasan kepada
golongan yang tidak membayar zakat kerana kemuliaan.
bimbang perkara ini akan merebak dan
menyebabkan kekurangan dalam pengalaman 5. Berlemah lembut perhiasan kepada
ajaran islam. Beliau juga telah melakukan ilmu.
pemilihan khalifah selepasnya kerana takut
berlaku perbalahan perebutan kuasa 6. Merendah diri perhiasan kepada
pemerintahan selepas kematian beliau. orang yang bercakap.
Berdasarkan dua peristiwa di atas iaitu 7. Meninggalkan riyak perhiasan
pengumpulan al-Quran dan memerangi kepada kebaikan.
mereka yang enggan membayar zakat, dapat
kita rumuskan bahawa setiap tindakan, 8. Khusyuk perhiasan kepada solat.
perbuatan dan keputusan yang dibuat oleh
Saidina Abu Bakar R.A. mempunyai matlamat LUQMAN AL-HAKIM
dan tujuan yang tidak bercanggah dengan nas
al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.
Matlamat dan tujuan tersebut juga adalah "CARILAH SERIBU SAHABAT
untuk memelihara kepentingan agama dan DALAM PERGAULAN KERANA
maslahah umat Islam amnya. SERIBU SAHBAT BELUMLAH
16 BANYAK
JAUHILAH SEORANG MUSUH
KERANA MUSUH YANG SEORANG
ITU SUDAH LEBIH DARI BANYAK"
IJTIHAD PARA SAHABAT
: UMAR AL-KHATTAB RA
Diberi gelaran Al-Faruq yang
bermaksud Pembeza kerana
keupayaannya membezakan antar
yang haq dan batil dan penegak
kebenaran Islam
Beliau ialah khalifah yang kedua selepas Ibnu Qudamah menyatakan
kematian Saidina Abu Bakar R.A. Semasa
beliau memegang tampuk pemerintahan,
beliau telah melakukan banyak perubahan “Tiada hukuman potong tangan
demi kemaslahatan agama, nyawa, akal, nasab semasa berlaku tahun kebuluran.
keturunan dan harta benda.
Yakni, sekiranya orang yang
Antara sumbangan beliau ialah beliau tidak memerlukan mencuri apa yang
lagi membayar zakat kepada golongan mualaf dimakannya, maka tidak boleh
demi mengukuhkan keikhlasan keislaman dipotong tangan.” (al-Mughni,
mereka agar keislaman mereka bukan hanya
kerana ingin mendapatkan bahagian zakat 12/462)
semata-mata. Beliau juga tidak menjatuhkan
hukuman hudud di medan perang dan juga
semasa berlakunya musim kebuluran kerana MUTIARA KATA
menimbulkan elemen syubhat.
Beliau telah membatalkan hukum buang "JANGAN MUDAH MEMBUKA
negeri ke atas pesalah zina disebabkan orang- RAHSIA KEPADA SEORANG
orang yang dibuang negeri ke Rom telah SAHABAT AGAR ANDA TIDAK
banyak memeluk agama Kristian. Beliau telah TAKUT KEPADANYA APABILA
mewujudkan jabatan surat-menyurat dan pos
bagi memudahkan perhubungan di dalam DIA BERUBAH MENJADI
negara Islam. Daripada tindakan di atas, jelas MUSUH"
membuktikan kepada kita bahawa tujuan dan
matlamat para sahabat Nabi SAW dalam
melaksanakan sesuatu perkara itu sentiasa
berasaskan kepada Maqasid al-Syariah.
17
IJTIHAD PARA SAHABAT
: USMAN BIN AFFAN RA
Khalifah Islam yang ketiga.
Mengahwini dua orang puteri Nabi
Muhammad SAW dan mendapat
gelaran Zu Nurain (Yang Memiliki
Dua Cahaya)
Beliau ialah khalifah yang ketiga selepas Nasihat Saidina Usman bin
Saidina Umar r.a. Antara sumbangan- Affan ra :
sumbangan yang telah dilaksanakan oleh
beliau semasa pemerintahannya yang
berlandaskan prinsip maqasid syariah ialah "Ilmu pengetahuan lebih
penulisan semula mushaf al-Quran yang baik daripada harta
bertujuan untuk memelihara sumber rujukan
utama umat Islam dengan cara penulisan yang kekayaan, ilmu pengetahuan
sama bagi mengelakkan kekeliruan cara akan melindungimu,
bacaan pada ketika itu.
sedangkan harta kekayaan
Beliau telah mengagih-agihkan al-Quran harus dilindungi"
tersebut kepada rakyat di seluruh bandar-
bandar utama agar dijadikan rujukan oleh umat
Islam. Beliau juga mengarahkan agar azan MUTIARA KATA
diulang sebanyak dua kali pada hari Jumaat
kerana kaum Muslimin telah bertambah dan
perlu kepada persiapan untuk solat Jumaat "LIDAH IBARAT BENTENG,
terlebih dahulu. Beliau mengarahkan agar JIKA DIJAGA DENGAN BAIK
unta-unta yang kehilangan tuannya disita,
diiklankan, dan jika tidak dituntut akan dijual MAKA IA AKAN MENJAGA
terlebih dahulu lalu menyimpan wangnya KITA, JIKA DIBIARKAN, IA
sehingga tuannya membuat tuntutan. Langkah
ini diambil bagi mengelakkan penyelewengan AKAN MEMBINASAKAN"
terhadap harta orang lain.
18
IJTIHAD PARA SAHABAT
: ALI BIN ABI TALIB RA
Khalifah Islam yang terakhir dalam
sistem Khulafa Ar-Rasyidin.
Pernah menggantikan Nabi
Muhammad SAW untuk tidur
diatas katil baginda ketika
peristiwa hijrah Nabi Muhammad
SAW bersama Abu Bakar As-
Siddiq ra.
Beliau merupakan khalifah Islam yang keempat Berpandukan bukti-bukti di atas
dan terakhir. Beliau juga banyak melakukan dapat kita simpulkan bahawa para
perubahan dan pembaharuan dalam sahabat Nabi SAW telah berijtihad
pentadbiran dan urusan agama yang dengan mengambil kira prinsip maqasid
berasaskan prinsip maqasid syariah. al-Syariah yang pada asasnya menjurus
ke arah kebaikan. Malahan, para
Antara sumbangan beliau ialah keperluan sahabat telah mengeluarkan hukum
untuk mendapatkan ganti rugi daripada pihak yang tidak dihuraikan dalam nas al-
tukang dalam setiap tempahan yang dilakukan Quran dan hadis, tetapi berpandukan
sekiranya tempahan tidak menepati kehendak prinsip ‘maslahah’ atau kebaikan tanpa
pengguna. Alasannya, pada asalnya amanah sebarang bantahan dari kalangan
ini merupakan tanggungjawab para tukang mereka. Ini jelas membuktikan bahawa
dalam setiap perkara yang ditempah oleh cara tersebut merupakan satu ijma’ atau
pelanggan mereka. Walaupun begitu, ganti persepakatan dalam menentukan
rugi yang dikenakan ini akan menghalang hukum sejak dari zaman sahabat
mereka daripada melakukan kerja secara ‘lebih Rasulullah hingga ke hari ini.
kurang’ terhadap barangan yang amat
diperlukan oleh para pelanggan. MUTIARA KATA
Beliau juga menjatuhkan hukuman bakar
hidup-hidup ke atas golongan Syiah Rifdhah "HARTA AKAN HABIS
yang menyembah beliau dan mendakwa
dirinya sebagai Tuhan. DIGUNAKAN TANPA ILMU
19 TETAPI SEBALIKNYA ILMU
AKAN BERKEMBANG JIKA
IANYA DIGUNAKAN"
KEPENTINGAN
MAQASID
SYARIAH
Jom kita fahami kepentingan
maqsid syariah ini dalam
kehidupan kita.
MAQASID Syariah ungkapan yang
sentiasa segar dan mendapat tempat
dalam perbahasan masakini,
Keperluan pemahaman terhadap
maqasid menjadi suatu keperluan
yang harus dikuasai oleh semua
masyarakat Islam dan di cakna sebaik
mungkin. Ilmu ini sentiasa diberikan
nilai dan kefahaman yang
bersesuaian dengan perkembangan
semasa dengan memastikan falsafah
yang lahir dari maqasid dalam
kerangka dan acuan Islam. Hikmah
atau mutiara yang terbit daripada
pelaksanaan syariah sewajarnya di
bugar, dibumikan dalam bentuk
mudah difahami bagi meningkatkan
kefahaman masyarakat berkaitan
hikmah dan rahmat pelaksanaan
syariat dilaksanakan.
Syeikh Raisuni memberikan penjelasan
mempelajari maqasid Syariah adalah
perkara yang mudah. Masyarakat awam
dapat memahami apa yang
diperbincangkan.dengan baik bukan
sebagaimana mempelajari disiplin ilmu
lain seperti nahu yang perlu dipelajari
daripada awal.
20
KEPENTINGAN
MAQASID
SYARIAH
Jom kita fahami kepentingan
maqsid syariah ini dalam
kehidupan kita.
Begitu juga disiplin mustolah al-hadis
yang berkait rapat dengan syarat, illah
jaraah wata’dil. Nas-nas syarak yang zahir
tidak perlu kepada istinbat hukum atau
ijtihad daripada ulama memberikan
penerangan secara terperinci berkaitan
perkara tersebut. Memadai bagi masyarakat
awam mmebuat sedikit penilitian dan
kefahaman.
Perbincangan berkaitan maqasid
hanya akan tercapai apabila syariat
dilaksanakan dan diperkasakan
pelaksanaannya. Tanpa syariat yang
dilaksanakan, maqasid yang canang-
canangkan atau di perbincangkan sekadar
permainan lidah semata-mata sama ada
dibahaskan di forum, seminar, bengkel atau
apa sahaja platform tidak akan memberi
kesan yang tuntas seperti yang diharapkan.
Oleh itu, pemahaman berkaitan dengan
maqasid hendaklah diselarikan dan
diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita.
Semua pihak hendaklah bekerjasama dalam
memastikan pengaplikasian maqasid syariah
berjalan dengan lancar.
21
MANUSIA PERLU KEPADA PANDUAN,
STRATEGI, TUNJUK CARA SERTA ACUAN YANG
BETUL UNTUK HIDUP DAN MENJADI PENDUDUK
BUMI YANG TERASNYA BERDASARKAN ACUAN
DI TETAPKAN OLEH ALLAH YANG TELAH
DINYATAKAN DALAM SURAH AL-BAQARAH
AYAT 138. BEGITU JUGA TELAH DINYATAKAN
DIDALAM AL-QURAN PERIHAL KEDUDUKAN
MANUSIA ATAS MUKA BUMI INI
TANNGGUNGJAWABNYA ADALAH TAA’BBUD
KEPADA ALLAH SURAH AL-ZARIYAT AYAT 56.
OLEH YANG DEMIKIAN MANUSIA TELAH
DIBERIKAN KEISTEWAAN DARI SEGI AKAL, DAN
NAFSU SEBAGAI UJIAN PADA MAKHUK INI
DINILAI YANG TERBAIK DARI SEGI AMALANNYA
SEBAGAIMANA TELAH DISEBUT FIRMAN-NYA
DALAM SURAH AL- MULK AYAT 2. KEHENDAK
MANUSIA PELBAGAI ANEKA RAGAMNYA DARI
SEKECIL BENDA SEHINGGALAH KE SEBESAR-
BESAR PERKARA. JUSTRU SARJANA ISLAM
TELAH MELETAKKAN DISIPLIN KEUTAMAAN
PALING UTAMA UNTUK MELAYAN DAN
KEHENDAK MANUSIAWI DIMUKA BUMI INI
SUPAYA ADA TAWAZUN DAN TITIK
KESEIMBANGAN DALAM KEHIDUPAN
BERDASARKAN KEUTAMAAN.
22
1) DARURIYAT HAIRAYS DISAQAM
IMAHAMEM NAGNITNEPEK
Dalam perkara daruriyat usul khomsah (5 perkara
asas) berikut menjadi keutamaan,
MENJAGA AGAMA
Agama keutamaan utama dipertahankan terlebih
dahulu berbanding yang lain. Mereka yang telah
baiah taat setia melalui dua kalimah syahadah
namun mengingkarinya dengan murtad, Hukuman di
tetapkan adalah dibunuh setelah keengganan
bertaubat.
MENJAGA NYAWA
Nyawa keutamaan yang kedua berbanding yang lain.
Jika perlu membuat pilihan dalam keadaan dipaksa
maka pemilihan yang ringan perlu di lakukan agar
nyawanya tidak hilang.
MENJAGA AKAL
Akal lebih utama dijaga berbanding keturunan dan
harta. Islam tidak membenarkan sama sekali
kewarasan akal hilang asbab minum arak atau dadah
walaupun dengan jumlah kuantiti yang sedikit, Akal
yang tidak waras apabila berada dibawah pengaruh
alkohol atau dadah bukan setakat memudaratkan diri
sendiri bahkan melibatkan orang lain juga.
23
MENJAGA KETURUNAN HAIRAYS DISAQAM
Keturunan lebih utama daripada harta, sekiranya IMAHAMEM NAGNITNEPEK
dalam keadaan terpaksa perlu membuat pilihan
antara akan dirogol atau menyerahkan hartanya.
Maka menyerahkan harta adalah mudarat ringan
bagi menjaga maruah dan keturunannya.
MENJAGA HARTA
Pemeliharaan harta adalah keutamaan yang terakhir
daripada lima prinsip dharuriyat al-khoms(doruriyat
lima)Harta juga ternasuk elemen kehidupan yang
penting dan amat diperlukan oleh manusia untuk
proses muamalah dalam kehidupan hariannya.
24
Imam al-Shatibi
berkata
MAKSUDNYA: ADAPUN DHARURIYYAH, MAKSUDNYA
IALAH SESUATU YANG MESTI ADA DALAM MEMBINA
MASLAHAT AGAMA DAN DUNIA. TANPA KEWUJUDAN
KEPENTINGAN-KEPENTINGAN ASAS INI, MAKA URUSAN
KEHIDUPAN DUNIA TIDAK AKAN BERJALAN DENGAN
BETUL. TETAPI IA AKAN ROSAK, KACAU BILAU SERTA
KEHIDUPAN AKAN MUSNAH. MANAKALA PADA
KEHIDUPAN AKHIRAT, HILANGNYA KESEJAHTERAAN DAN
KENIKMATAN DAN KEMBALI DENGAN KERUGIAN YANG
NYATA
25
2. HAJIYAT
HAIRAYS DISAQAM Elemen-elemen yang menjadi
IMAHAMEM NAGNITNEPEK
keperluan manusia bagi
menghilangkan kepayahan.
Sekiranya perkara ini tiada
dalam kehidupannya tidak
mnecacatkannya atau
mengurangi hidupnya. Namun
manusia itu akan mengalami
kesusahan atau ketidak
selesaan.
Sebagai contoh diperboleh
solat secara berbaring
mengadap kiblat sekiranya
tidak boleh duduk.
26
3. TAHSINIYAT
Sesuatu perkara yang menjadikan Nota : Meningkatkan ilmu pengetahuan berkaitan
kehidupannya lebih baik, sempurna dan agama dapat memperkasa akidah dan keimanan.
selesa. Walaubagaimanapun ketiadaan
perkara ini tidak akan merencatkan atau B) MENINGKATKAN DAYA KETAHANAN
merosak sistem kehidupan dan tidak PADA INTELEKTUAL
menjadi kehidupannya menjadi sulit atau
susah. Sekadar tidak memenuhi tuntutan Kepentingan ketiga keperluan masyarakat
kepuasan, etika dam fitrah, contoh kereta memahami maqasid Syariah ialah sebagai
berjenama mahal dan dan besar serta benteng kepada umat Islam melawan,
tinggal di rumah yang serba mewah dan menjawab serta membuang keraguan
kondusif. dalam diri, serta memposisikan umat Islam
dalam posisi sebagai penerang yang baik
A) BERTAMBAH IMAN MEMPERKASA serta berhikmah kepada masyarakat secara
AKIDAH umumnya.
Pemahaman yang tepat serta seiring Ketika umat Islam berjaya
membebaskan kota suci Baitul
dengan kehendak agama menuju kepada Maqdis, Saidina Umar Al-Khattab
kesempurnaan mencapai maqasid yang di lalu berkata :
kehendaki oleh syariat. Keadaan ini dapat
"Kita adalah golongan yang
menambahkan dan meningkatkan keimanan
diberi kemuliaan oleh Allah
dan keyakinan kepada Allah serta
.SWT dengan Islam Sesiapa
mengukuhkan paksi kepercayaan di dalam
yang mencari kemuliaan
hati masing-masing. Implikasinya akan
selain dari apa yang telah
memantapkan pegangan agama serta
Allah muliakan maka ia telah
kepercayaan yang tinggi terhadapa syariat.
"dihina oleh Allah
Situasi ini melahirkan individu atau
masyarakat Islam yang memberikan
komitmen yang jitu dan padu dalam
memastikan pengamalan syariat
dilaksanakan, sehingga membuahkan
pelaksanaan ajaran Islam dengan penuh
keikhlasan. Bahkan kita semua akan rasa
cinta terhadap syariat.
27
3. TAHSINIYAT
Lebih khusus kita mampu menapis apa jua
serangan pemikiran yang sengaja dihalakan
kepada dunia Islam agar anak mudanya
terpesong daripada ajaran Islam yang
sebenar,
Oleh yang demikian pemahaman yang
sejahtera berkaitan maqasid akan
memudahkan masyarakat Islam
mematahkan agenda-agenda musuh Islam
yang sengaja mewujudkankan istilah-istilah
baru yang berbentuk propaganda palsu KATAKAN 'TIDAK' PADA
PROPAGANDA PALSU
serta slogan-slogan yang sinis dan
-IBNU AL MUBARAK RA PERNAH
memperlekehkaan umat Islam bagi :BERKATA
memastikan Islam sebagai cara hidup
dijauhi dan di takuti oleh masyarakat non- “AKU HAIRAN DENGAN ORANG YANG
.TIDAK PERNAH MENUNTUT ILMU
Muslim. Contoh memomokkan perjuangan
BAGAIMANA DIA BOLEH MENDAKWA
rakyat Palestin, orang beragama ekstrem,
?”."DIRINYA MULIA
ketinggalan zaman, pengganas dan
sebagainya. Sebarang muslihat propaganda
yang di lakukan oleh musuh Islam tidak
mampu untuk disedari sekiranya msyarakat
Islam tidak dapat memahami dengan baik
ilmu asas Maqasid Syariah yang sebenar.
28
3. TAHSINIYAT
C) MENGIKUT KEHENDAK ATURAN RABBANIAH
Sewajarnya kita sebagai umat Islam menyelaraskan kehendak dirinya mengikut aturan
syariat. Walaubagaimanapun bagi individu atau masyarakat Islam yang tidak
mempedulikan perihal keterikatan dirinya dengan agama, tidak dapat memastikan
apakah yang di maksudkan dengan kehendak syariat. Kita sebagai umat yang
menjunjung tinggi, taat dan patuh segala perintah serta menjauhi larangan daripada
Allah seharusnya memastikan segala tujuan maupun keperluan hidup disandarkan
secara terus kepada agama bukan sekadar menuruti hawa nafsu, atau sekadar
pendapat atau pandangan manusia yang tidak berpandukan kepada ajaran Islam.
Bagi orang yang mengerti berkaitan tujuan-tujuan syariat terdapat di dalamnya
ketetapan-ketetapan yang tidak boleh ubah dan dipinda dengan sewenang-
wenangnya sepatutnya memahami sebagai umat Islam semua syariat yang menjadi
kewajipan untuk dilaksanakan ada falsafah serta hikmah dah rahmatnya terhadap
umat Islam untuk mencapai kebaikan dan tujuan-tujuan syariat.
D) MEREALISASIKAN IBADAT
Kefahaman berhubung ilmu maqasid dapat membantu tahap pelaksanaan ibadat kita
dari segi khusus atau umum, jujur atau ikhlas dalam beramal bagi meraih redha Allah.
Pelaksanaan ibadah adalah tujuan sebenar kita sebagai manusia di jadikan oleh Allah
SWT.
Firman Allah dalam surah Ad-Dhariyyat ayat 56 yang bermaksud:
“ Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan
supaya mereka menyembah-Ku”
29
PENGAPLIKASIAN
MAQASID
SYARIAH
Konsep harmoni yang dinamik
dalam kehidupan beragama di
Malaysia melalui pendekatan
Maqasid Syariah
SELURUH kehidupan di dunia dikurniakan Nota : Menghormati antara satu sama lain
agama yang syumul dan panduan yang dapat mewujudkan suasana yang harmoni
lengkap, iaitu Islam. Antara kebaikan yang
akan diperoleh umat sejagat melalui ajaran Firman Allah dalam al-Quran, surah al-
Islam adalah amalan dialog dan komunikasi An’am 6: 108, yang bermaksud:
bersama yang berterusan. Dengan
mempraktikkan amalan tersebut, salah "Dan janganlah kamu cerca benda-
faham dan persengketaan antara dua benda yang mereka sembah yang lain
kalangan yang berbeza pegangan agama dari Allah, kerana mereka kelak, akan
dapat dielakkan. Keharmonian dalam mencerca Allah secara melampaui
kehidupan merupakan aspek yang sangat batas dengan ketiadaan pengetahuan.
penting yang mana ia merujuk kepada Demikianlah Kami memperelokkan
sesuatu yang menunjukkan persesuaian pada pandangan tiap-tiap umat akan
atau persetujuan( Kamus Dewan, 2002). amal perbuatan mereka, kemudian
Oleh kerana ia merupakan antara asas-asas kepada Tuhan merekalah tempat
penting dalam pembentukan kehidupan kembali mereka, lalu Ia menerangkan
bermasyarakat, maka setiap individu kepada mereka apa yang mereka telah
haruslah mempraktikkan konsep keadilan, lakukan.
menolak sebarang kezaliman, kebebasan
beragama, melaksanakan janji, dan toleransi. Ayat ini menjelaskan bahawa agama
Bahkan dalam Islam, wujudnya konsep Islam amat menghargai perbezaan
harmoni agama yang bermaksud ajaran agama yang dianut tanpa melakukan
agama Islam tidak dibenarkan membuat cela-mencela antara satu agama sama
cercaan kepada Tuhan agama lain. agama lain.
30
Dalam konteks Malaysia, konsep toleransi beragama telah ditetapkan
dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Namun demikian,
masih ramai yang kabur dan tidak memahami artikel ini sehingga sering
menyebabkan berlakunya kekeruhan dan perselisihan antara umat Islam
dan bukan Islam. Peranan bagi memastikan amalan harmoni beragama
bukanlah terletak di bahu setiap individu muslim semata-mata, malah
peranan pemimpin amat besar bagi merealisasikan kehidupan harmoni
beragama dalam sebuah negara yang majmuk.
Antara salah satu usaha yang boleh dilakukan adalah dengan
mengadakan kempen keharmonian yang diperhebat di seluruh negara
secara berterusan. Usaha ini adalah bagi menggalakkan semua rakyat
memahami konsep ini dengan sebaiknya dan seterusnya mempraktikkan
dalam kehidupan bermasyarakat. Tujuan utama konsep ini diamalkan adalah
bagi memenuhi maqasid syariah yang mana menjadi satu kewajaran dalam
menempuh kehidupan bermasyarakat tanpa mengira perbezaan agama,
bangsa dan negara.
Walau bagaimana pun, perlulah difahami bahawa konsep harmoni
hanya merujuk kepada kehidupan bermasyarakat tanpa melibatkan konsep
tauhid. Implikasi paling utama apabila mempraktikkan konsep harmoni ini
adalah membawa kepada maslahah dan mengelakkan kemudaratan dalam
kehidupan bermasyarakat.
31
Aplikasi Prinsip Maqasid Syariah dalam pengurusan Ibadah
Korban Pasca Covid 19
Pandemik covid-19 yang melanda dunia
secara umumnya dan khususnya Malaysia
telah merubah secara tidak langsung
lanskap sambutan ibadah korban di
Malaysia. Aspek keselamatan serta standard
operasi prosedur telah di wujudkan bagi
memastikan tidak berlaku perlanggaran
dalam kalangan ahli jawatankuasa masjid
atau surau dengan petugas-petugas yang
mengendalikan ibadah korban. Pelaksanaan
ibadah korban berdasarkan syarak bermula
10 Zulhijjah selepas solat Aidil Adha dan
bersambung sehingga 13 Zulhijjah. Tahukah
kita haiwan ternakan yang boleh disembelih
bagi tujuan ibadah korban terdiri daripada
unta, lembu, kerbau, kambing yang diniatkan
semata-mata hanya kerana Allah untuk
mendapatkan redha daripada-Nya.
MANTAN MENTERI(HAL EHWAL AGAMA) DI JABATAN
PERDANA MENTERI DATUK SERI DR ZULKIFLI MOHAMAD
AL-BAKRI MENCADANGKAN TUJUAN MAQASID DI
TUMPUKAN BAGI MENANGANI COVID-19. ISLAM SANGAT
CAKNA DENGAN KEHIDUPAN MANUSIA APATAH LAGI
BERKAIT DENGAN KESELAMATAN NYAWA. MASYARAKAT
SEWAJARNYA MENGAMBIL PENDEKATAN YANG SESUAI
BERDASARKAN KAEDAH USUL FIQH YANG MENYATAKAN
KEPADA KITA MUDARAT HENDAKLAH DI HILANGKAN BAGI
MENGELAKKAN KESAN BERPANJANGAN. ).
32
Aplikasi Prinsip Maqasid Syariah dalam pengurusan Ibadah
Korban Pasca Covid 19
33
Aplikasi Prinsip Maqasid Syariah dalam pengurusan Ibadah
Korban Pasca Covid 19
Sebagai contoh, negeri Pulau Pinang telah
menetapkan Prosedur Operasi Standard (SOP)
berpandukan Prosedur Operasi Standard (SOP)
yang telah di sediakan oleh pihak Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia JAKIM. Sebanyak tujuh SOP telah
dikenal pasti untuk di terapkan dalam pelaksanaan
ibadah korban 1441H yang lalu.
Nota : Pelaksanaan Program Ibadah Korban Pasca 1) Ibadah korban di laksanakan di perkarangan
Covid 19 masjid atau surau denga ndewan solat dan surau di
tutup atau mana-mana lokasi yang yang diluluskan
oleh pihak berkuasa tempatan
2) Petugas adalah warganega dalam lingkungan
umur 21-60tahun
3) Jumlah petugas untuk seekor binatang korban tidak
melebihi 10 orang bagi lembu, kerbau dan unta
manakala seekor kambing tidak melebihi 4orang.
4) Kelulusan ibadah korban berdasarkan carta alir
berikut:
a)Kebenaran perlu diberikan oleh pejabat Agama
Daerah
b)PBT menyatakan kelulusan untuk di laksanakan
diluar rumah sembelihan
c)Akuan kebenaran sembelih, pindah haiwan Nota : Pelaksanaan Program Ibadah
ternakan dan sijil kesihatan ternakan. Korban Pasca Covid 19
5) Kaunter pendaftaran hendak di buka dengan
menyediakan peralatan pengesan suhu serta cecair
sanitasi.
34
Aplikasi Prinsip Maqasid Syariah dalam pengurusan Ibadah
Korban Pasca Covid 19
6)Penetapan had sempadan kawasan sembelihan serta akses keluar masuk
7)Aktiviti memasak tidak benarkan para petugas makan secara berbungkus
Secara keseluruhannya pelaksanaan ibadah Korban masih boleh
dilaksanakan dengan mengikut Prosedur Operasi Standard yang telah
ditetapkan oleh Jabatan Agama Negeri masing-masing dan Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Bagi Waliayah Persekutuan pula, boleh
merujuk kepada Majlis Agama Wilayah Persekutuan bagi melaksanakan
ibadah Korban. Sudah semestinya terdapat perbezaan dalam pelaksanaan
ibadah Korban Pasca Covid 19 berbanding dengan sambutan Ibadah Korban
bagi tahun sebelum-sebelum ini. Namun perbezaan inilah yang perlu diraikan
bagi memastikan Ibadah Korban dapat dilaksanakan setiap tahun.
Nota : Pelaksanaan Program Ibadah Korban Pasca Covid 19
35
Aplikasi Maqasid Syariah dalam
Sistem Pendidikan di Malaysia:
Pembelajaran Abad ke-21
Sebuah negara yang maju dan berdaya saing “MURID HARI INI AKAN MEWARISI DUNIA
pendidikan adalah nombor 1 untuk YANG PENUH DENGAN CABARAN HEBAT,
melahirkan barisan pelapes yang mampan DARIPADA KEMUSNAHAN ALAM SEKITAR
pada masa akan datang. Ledakan globalisasi HINGGALAH KEPADA KONFLIK BERSENJATA.
yang melanda dunia secara tidak langsung UNTUK BERJAYA MENGHARUNGI SEGALA
mengubah corak penyampaian dan CABARAN INI MURID BUKAN SAHAJA PERLU
pendekatan penerimaan maklumat terhadap MEMILIKI KEMAHIRAN MEMIMPIN, TETAPI
sesuatu ilmu. Pelan Pembangunan JUGA NILAI MURNI SEJAGAT SEPERTI
Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang di INTEGRITI, BELAS KASIHAN, ADIL, DAN
bangunkan mentransformasikan pelajar ALTRUISM YANG DAPAT MEMBIMBING
seiring dengan perkembangan abad ke-21. MEREKA DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN
Saidina Ali memberi pesanan kepada kita BERETIKA. PADA MASA YANG SAMA,
keperluan melakukan perubahan dalam PEMBANGUNAN WARGANEGARA YANG
pendidikan mengikut suasana: “Didiklah
anakmu sesuai dengan zamannya, kerana GLOBAL PERLU DIIMBANGI DENGAN
mereka hidup bukan di zamanmu”. PEMBANGUNAN IDENTITI NASIONAL YANG
KUKUH.”(KEMENTERIAN PELAJARAN, 2012).
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013 – dalam Anjakan 3: Melahirkan rakyat
yang menghayati nilai menjelaskan :
36
Berdasarkan penilitian teks jurnal Zubair Bin
Amir Nur Rashid, 2019 dapat di simpulkan
bahawa aplikasi maqasid syariah pembelajaran
abad 21 dapat di simpulkan mengikut prinsip
a) Menjaga agama
Pembelajaran abad ke 21 penjagaan agama
melalui penerapan nilai murni kepada pelajar.
Pembangunan nilai dalam diri pelajar yang
diterapkan oleh guru-guru dan para pendidik
menjadi banteng terpenting merealisasikan
konsep taabbud dalam kehidupan.Penghayatan
terhadap nilai-nilai murni akan mencapai
tahsiniyyat pelengkap kepada aspek menjaga
agama. Penerapan 5 elemen berikut
berdasarkan teras PAK 21 yang
menggabungkan keseluruhan tujahan bagi
melestarikan kemenjadian pelajar yang
melibatkan teras-teras berikut:
1.Komunikasi
2.Kolaboratif
3.Kreativiti
4.Pemikiran Kritis
5.Nilai murni & etika
b) Menjaga nyawa
1.Melahirkan pelajar yang berprinsip dengan
pembelajaran berpusatkan kepada murid serta
beretika bukan sekadar di sekolah tetapi
mempunyai jati diri diluar sekolah.
37
2.Menyediakan murid atau pelajar dengan 3.Pengunaan ICT
pelbagai kemahiran yang merangkumi
kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah, Zaman sekarang adalah dunia tanpa
kerja berpasukan, dan mengelakakn sempadan. Semua maklumat boleh
keterikatan dengan buku teks semata-mata. dicapai dihujung jari. Begitu juga dengan
penyampaian ilmu bukan sekadar secara
3.Mengintegrasikan pelajar dengan konvensional malahan kepelbagaian
masyarakat dan mengapalikasikan hasil pendekatan boleh di lakukan terutama
pembelajaran di dalam bilik darjah ke suasana sekarang pembelajaran dari
lapangan. Disamping belajar berlapang rumah masih berjalan. Penguasaan
dada serta menghormati pandangan orang terhadap teknologi seperti googlemeet,
lain dan berbincang secara harmoni. kahoot, Quizizz, kelaspoint, padlet dan
sebagainya menjadi sebahagian
c)Menjaga akal keperluan semasa dalam sesi
pembelajaran.
1.Pemikiran kritis
Penerokaan idea baru melalui tugasan yang
di berikan atau mencipta dan
memperbaharui inovasi yang sedia ada di
perbaiki menjadi lebih baik. Bahkan dia
dalam alQuran juga menyatakan kepada
kita agar melihat kejadian penciptaan unta
yang padanya ada terdapat rahsia yang
harus disingkap.
2.Kreativiti
Keperluan masakini kemahiran berfikir aras Nota : Sesi Pengajaran dan Pembelajaran tetap
tinggi sangat di perlukan untuk melahirkan dilaksanakan secara atas talian walaupun negara masih
pelajar yang mempunyai kreativiti yang dalam pasca Covid 19
tinggi dalam menyelesaikan masalah,
Bukan sekadar sebagai pengguna bahkan
mampu merekecipata bagi kegunaan
harian. Bermula daripada perkara yang
mudah seperti membuat tabung simpanan
daripada bahan terbuang.
38
d)Menjaga nasab
1. Pihak kerajaan melaksanakan Rancangan Makanan Tambahan kepada
pelajar yang tidak berkemampuan supaya mereka dapat belajar dengan
baik sebelum sesi pembelajaran berlangsung.
2. Peluang sama rata di berikan kepada semua pelajar sama ada luar
bandar atau bandar mendapatkan kemudahan untuk akses kepada
maklumat berkaitan pembelajaran.Pihak yang berkenaan sewajarnya
mempertingkatkan daya upaya akses sistem atau telco di kawasan
masing-masing untuk memberi manfaat kepada pelajar.
3. Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai dan etika melalui
Elemen Merentas Kurikulum (EMK). Justeru, hal ini memungkinkan
semua pelajar dapat belajar dengan baik melalui pembelajaran abad 21
dan tiada pelajar yang keciciran dalam pembelajaran. Pendidikan
adalah teras mengeluarkan individu, keluaga dan masyarakat daripada
belenggu kemiskinan dan menaik taraf kehidupan. Apatah lagi
pembelajaran dari rumah memungkinkan setiap pelajar mempunyai
kendiri yang mantap bagi mengelakkan daripada keciciran pelajaran.
39
Aplikasi Maqasid Syariah dalam
Sistem Pendidikan di Malaysia:
Pembelajaran Abad ke-21
e)Menjaga harta
1. Kurikulum berasaskan kepada murid yang
dinyatakan oleh The American Association of
School Administrators (AASA) “Sekolah harus
menyediakan peluang pendidikan dengan
kurikulum berasaskan projek yang autentik dengan
keadaan kehidupan sebenar, melibatkan murid
menangani dan menyelesaikan masalah kehidupan
sebenar serta isu yang penting dalam kehidupan
sejagat.”
Kaedah ini dipercayai mampu melatih murid
agar lebih kreatif, inovatif dan berdaya saing
bagi bersaing di peringkat global. Pada masa
yang sama, mengamalkan nilai-nilai murni yang
diterapkan sepanjang proses PdP melalui
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) oleh para
guru. Hal ini sangat bertepatan dengan
maqasid menjaga harta yang menggalakkan
umat Islam berusaha dan mencari rezeki secara
halal tanpa mengambil hak orang lain. Kaedah
pembelajaran ini memberi ruang seluasnya
kepada pelajar untuk melakukan ekplorasi ilmu
mengikut kefahaman serta mampu berfikir
secara kritis dan meningkatkan daya saing
pelajar diperingkat global. Secara tidak
langsung pelajar mampu melakar kerja sendiri
pada masa akan datang tanpa terikat dengan
syarikat atau individu lain dengan syarat dalam
kerangka mencari rezeki yang halal. Tiga
elemen yang diterapkan secara langsung
kepada pelajar abad 21 dengah memastikan
kemahiran hidup dan kerjaya, belajar dan
inovasi serta mempunyai kemahiran teknologi
maklumat, komunikasi dan media.
40
Daripada Abu Hurairah RA,
bahawa Nabi SAW bersabda
MAKSUDNYA: “BARANGSIAPA YANG MENEMPUH SATU JALAN
UNTUK MENUNTUT ILMU MAKA ALLAH SWT AKAN
MEMUDAHKAN BAGINYA JALAN UNTUK KE SYURGA. TIDAKLAH
SATU KUMPULAN BERKUMPUL DI DALAM SEBUAH RUMAH DI
ANTARA RUMAH-RUMAH ALLAH, MEMBACA KITAB ALLAH (AL-
QUR’AN) DAN MEMPELAJARINYA SESAMA MEREKA MELAINKAN
AKAN TURUN KEPADA MEREKA SAKINAH (KETENANGAN),
DILIPUTI KE ATAS MEREKA RAHMAT DAN DINAUNGI OLEH
MALAIKAT SERTA ALLAH SWT AKAN MENYEBUT MEREKA PADA
MALAIKAT YANG BERADA DI SISI-NYA”. [HADIS RIWAYAT IMAM
MUSLIM (4867)]
41
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu
melanggar syi´ar-syi´ar Allah, dan jangan
melanggar kehormatan bulan-bulan haram,
jangan (mengganggu) binatang-binatang had-
ya, dan binatang-binatang qalaa-id, dan jangan
(pula) mengganggu orang-orang yang
mengunjungi Baitullah sedang mereka mencari
kurnia dan keridhaan dari Tuhannya dan apabila
kamu telah menyelesaikan ibadah haji, maka
bolehlah berburu. Dan janganlah sekali-kali
kebencian(mu) kepada sesuatu kaum karena
mereka menghalang-halangi kamu dari
Masjidilharam, mendorongmu berbuat aniaya
(kepada mereka). Dan tolong-menolonglah
kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan
takwa, dan jangan tolong-menolong dalam
berbuat dosa dan pelanggaran. Dan
bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya
Allah amat berat siksa-Nya.
Al-Maidah : 2
42
HIKMAH PELAKSANAAN MAQASID SYARIAH
Para ulama’ begitu memahami bahawa terdapat
kepentingan disebalik pensyariatan sesuatu hukum.
Kesemua hukum syariat digubal oleh Allah S.W.T. demi
kebaikan para hamba-Nya sama ada disegerakan atau
ditangguhkan. Justeru itu, terdapat pelbagai hikmah
disebalik sesuatu pensyariatan hukum itu.
Pertama : Pembawa Rahmat
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Anbiya ayat 207 :
١٠٧ َو َم ٓا َأۡرَس ۡلَٰن َك ِإاَّل َرۡحَم ٗة ِّلۡلَٰع َلِم يَن
107. Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai
Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi
sekalian alam.
Kalimah ‘rahmat’ di atas jelas bermaksud memelihara dan
menghasilkan segala bentuk kebaikan serta menolak
segala bentuk kemudaratan dan keburukkan.
Kedua : Ada Hikmah Disebalik Perintah Dan Larangan
Disebalik perintah AllAh S.W.T. dan larangan-Nya,
tersembunyi hikmah-hikmah yang tertentu. Firman Allah
s.w.t dalam surah Al-Ankabut ayat 45 berkaitan dengan
hikmah menunaikan solat :
43
HIKMAH PELAKSANAAN MAQASID SYARIAH
ٱۡتُل َم ٓا ُأوِح َي ِإَلۡي َك ِم َن ٱۡلِكَٰت ِب َو َأِق ِم ٱلَّص َلٰو َۖة ِإَّن ٱلَّص َلٰو َة
َتۡن َه ٰى َع ِن ٱۡلَف ۡحَش ٓاِء َو ٱۡلُم نَكِۗر َو َلِذ ۡك ُر ٱلَّلِه َأۡك َبُۗر َو ٱلَّلُه َيۡع َلُم َم ا
٤٥ َتۡص َنُع وَن
45. Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa
yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah
sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang
itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan
sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar
(faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah
mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
Begitu juga dengan perintah Allah S.W.T. berkaitan
puasa. Allah S.W.T. menyatakan bahawa hikmah berpuasa
adalah agar termasuk dalam kalangan orang-orang yang
bertaqwa. Firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Baqarah
ayat 183 :
َٰٓيَأُّيَه ا ٱَّلِذ يَن َء اَم ُنوْا ُكِت َب َع َلۡي ُكُم ٱلِّص َي اُم َك َم ا ُكِت َب َع ىَل
١٨٣ ٱَّلِذ يَن ِم ن َق ۡب ِلُكۡم َلَع َّلُكۡم َتَّتُق وَن
183. Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu
berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang
sebelum kamu agar kamu bertakwa.
44
HIKMAH PELAKSANAAN MAQASID SYARIAH
Begitu juga dengan perintah Allah S.W.T. berkaitan
dengan hukuman qisas. Qisas merupakan hukuman yang
telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. dalam Al-Quran bagi
kesalahan jenayah yang telah dilakukan oleh manusia dan
hikmahnya adalah jaminan hidup yang sejahtera dan
digolongkan dalam kalangan orang-orang yang bertaqwa.
Firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Baqarah ayat 179
١٧٩ ة َٰٓيُأْو ِلي ٱَأۡلۡلَٰب ِب َلَع َّلُكۡم َتَّتُق وَنٞ َو َلُكۡم ِف ي ٱۡلِق َص اِص َحَي ٰو
179. Dan dalam qisas itu ada (jaminan kelangsungan)
hidup bagimu, hai orang-orang yang berakal, supaya
kamu bertakwa.
Ketiga : Ketetapan Yang Wajib Dilaksanakan
Syariat merupakan undang-undang yang telah
ditetapkan oleh Allah kepada umat manusia. Hakikatnya
akal manusia yang waras tidak dapat menerima sebarang
peraturan ciptaan manusia yang direka cipta kerana tidak
mendatangkan sebarang faedah.
Justeru, tidak ada sebarang pertikaian mengenai
kebenaran dan keadilan syariat Allah yang banyak
mendatangkan faedah kepada manusia. Cuma ada
sebahagian manusia yang cuba menipu diri sendiri
dengan cara menyanggahinya. Namun setelah mereka
bosan dan tidak lagi mampu menanggung keburukan dan
kemudaratan yang menimpa diri mereka sendiri, golongan
ini akan kembali mengamalkan syariat Allah S.W.T..
45
HIKMAH PELAKSANAAN MAQASID SYARIAH
Keempat : Segala Ciptaan Allah Hanya Untuk Kegunaan
Manusia
Allah telah menjelaskan dalam surah al- Baqarah ayat 29 :
ُه َو ٱَّلِذ ي َخَلَق َلُكم َّم ا ِف ي ٱَأۡلۡرِض َجِم يٗع ا ُثَّم ٱۡس َت َو ٰٓى ِإىَل
٢٩ مٞٱلَّس َم ٓاِء َف َس َّو ٰى ُه َّن َس ۡب َع َس َٰم َٰو ٖۚت َو ُه َو ِبُكِّل َش ۡي ٍء َع ِلي
29. Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala
yang ada di bumi, kemudian Dia menuju dengan
kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu
dijadikannya tujuh langit dengan sempurna dan Dia Maha
Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Sekilas pandang sahaja sudah memandai untuk kita
merumuskan bahawa Allah S.W.T. telah mencipta seluruh
ciptaan dan makhluk di atas muka bumi ini semua untuk
kebaikan manusia. Namun, dalam menikmati dan
mengguna pakai kemudahan yang Allah anugerahkan ini,
jangan kita lupa batasan syariatNya yang didatangkan
sebagai peraturan dan cara mengguna pakai ciptaan Allah
s.w.t. itu agar mampu dimanfaatkan dengan sebaiknya dan
tidak memudaratkan diri.
46
HIKMAH PELAKSANAAN MAQASID SYARIAH
Kelima : Memberikan Maslahah Dan Menjauhkan
Mafsadah
Para ulama’ telah bersepakat mengenai perkara ini
bahawa syariat itu bertujuan memberikan kebaikan
kepada manusia dan menjauhkan mereka dari segala
bentuk keburukkan. Imam al-Razi r. pernah berkata :
“Ulama muslimin telah bersepakat bahawa syariat ini
merupakan segala bentuk kebaikan.”
Apa yang perlu diingatkan, semua kebaikan yang
ada pada hukum syarak ini merupakan satu anugerah
Allah s.w.t. kepada para hambaNya. Ini kerana Allah S.W.T.
yang memiliki dan menguasai tujuh lapisan langit dan
bumi tidak memerlukan kebaikan tersebut untuk diri-Nya
Menurut Imam Shatibi, syariah datang untuk membawa
maslahah kepada manusia seluruhnya, atau datang untuk
kepentingan manusia itu sendiri.Ia dapat menunjukkan
jalan keluar kepada apa juga masalah semasa, jika kita
memahami prinsip-prinsip universalnya, tujuan dan
matlamat syariah.
47
KESIMPULAN
ILMU maqasid syariah bukanlah suatu ilmu baru tetapi ianya satu
ilmu yang telah wujud sejak zaman Nabi Muhammad SAW sendiri.
Walaubagaimanapun istilah maqasid syariah itu hanya wujud sejak
zaman perbahasan berkaitan dengan hikmat atau kepentingan
sesuatu hukum itu dilaksanakan. Tujuan utama memahami
kepentingan ilmu maqasid syariah adalah untuk mengetahui
bahawa sesuatu hukum sama ada ianya bersifat perintah atau
larangan bukanlah datang dengan begitu sahaja tetapi ianya
mengandungi banyak hikmah yang perlu dikaji dan difahami.
Oleh yang demikian, pada bahagian awal dalam penulisan e-book
ini, kami ada menceritakan berkaitan definisi dan pengertian
maqasid Syariah itu sendiri.
Seterusnya kami membahaskan tentang sejarah perkembangan
ilmu maqasid syariah bermula daripada zaman Nabi Muhammad
SAW, zaman empat sahabat utama Nabi yang juga dikenali sebagai
zaman Khualfa Ar-Rasyidin (Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab,
Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib), zaman pemerintahan
khalifah-khalifah Islam sehinggalah pada zaman kini. Penerangan
ini disertakan dengan contoh-contoh yang telah diaplikasikan oleh
Nabi Muhammad SAW sendiri termasuklah para sahabat seperti
Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khtatab, Uthman bin Affan dan Ali bin
Abi Talib.
Seterusnya, kami menerangkan berkaitan kepentingan memahami
maqasid syariah serta kepentingan maqasid syariah dalam
kehidupan umat Islam.Terdapat lima kepentingan memahami ilmu
maqasid syariah yang dinyatakan iaitu pembawa rahmat, ada
hikmah disebalik perintah dan larangan, ketetapan yang wajib
dilaksanakan, segala ciptaan Allah S.W.T. hanya untuk kegunaan
manusia dan memberikan maslahah dan menjauhkan mafsadah.
48
KESIMPULAN
Secara umum, maqasid syariah ini penting untuk difahami agar
kita lebih jelas berkaitan objektif sesuatu hukum itu dilaksanakan.
Akhir kata, boleh dikatakan bahawa ilmu maqasid syariah adalah
satu bidang ilmu yang amat penting untuk diketahui oleh orang
ramai.Islam sebagai satu cara hidup adalah sesuai untuk semua
bangsa dan setiap ketika bersumberkan wahyu yang berupa nas-
nas yang terkandung di dalam al-Quran dan al- Sunnah. Nas-nas
yang terbatas kuantitinya tidak akan terbatas aplikasinya sekiranya
seorang mujtahid itu tidak hanya memahami dalil secara literal
(istilah) semata-mata , malah melihat kepada aspek maqasid
syariah di sebalik pensyariatan sesuatu hukum. Justeru,
kepentingan memahami maqasid syarak bagi seorang mujtahid dan
pengkaji hukum tidak boleh dikesampingkan untuk memastikan
penilaian yang dibuat terhadap sesuatu itu selari dengan kehendak
syariah.
49