The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sebenarnya, ilmu maqasid syariah merupakan satu ilmu yang agak baru. Walaupun dah lama diaplikasikan, tetapi perbahasan secara terperinci tentang Maqasid Syariah
hanya berlaku baru-baru ni je. Kawan-kawan, ada banyak sebenarnya definisi atau pengertian yang diberikan oleh ulama-ulama Usul Fiqh berkaitan dengan Maqasid Syariah ni. Akan tetapi tiada definisi yang spesifik berkaitan maqasid yang diberikan oleh ulama klasik. Imam al-Syatibi, seorang pelopor dalam ilmu maqasid pun tidak pernah memberikan definisi tertentu kepadanya. Ini bukanlah bermakna tokoh-tokoh ilmuan klasik mengabaikan maqasid Syariah dalam mengisbatkan sesuatu hukum. Tetapi berdasarkan karya-karya
penulisan mereka, dapat kita fahami mereka memang menitikberatkan tentang Maqasid Syariah ni

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit PSIS, 2021-12-27 01:45:22

KEPENTINGAN MEMAHAMI MAQASID SYARIAH

Sebenarnya, ilmu maqasid syariah merupakan satu ilmu yang agak baru. Walaupun dah lama diaplikasikan, tetapi perbahasan secara terperinci tentang Maqasid Syariah
hanya berlaku baru-baru ni je. Kawan-kawan, ada banyak sebenarnya definisi atau pengertian yang diberikan oleh ulama-ulama Usul Fiqh berkaitan dengan Maqasid Syariah ni. Akan tetapi tiada definisi yang spesifik berkaitan maqasid yang diberikan oleh ulama klasik. Imam al-Syatibi, seorang pelopor dalam ilmu maqasid pun tidak pernah memberikan definisi tertentu kepadanya. Ini bukanlah bermakna tokoh-tokoh ilmuan klasik mengabaikan maqasid Syariah dalam mengisbatkan sesuatu hukum. Tetapi berdasarkan karya-karya
penulisan mereka, dapat kita fahami mereka memang menitikberatkan tentang Maqasid Syariah ni

Keywords: MAQASID SYARIAH

ULANGKAJI

OK kawan-kawan, sekarang ini kita dah samapai pada sesi
ulangkaji...Ha! kat sini ada beberapa soalan uji minda kita
berkaitan kefahaman tentang Maqasid Syariah...Jom kita
jawab...

1.Apakah maksud Maqasid Syariah?
2.Berapakah kategori Maqasid Syraiah menurut Ibn Asyur
3.Nyatakan pengertian syariah menurur bahasa dan istilah
4.Bagaimana sikap sahabat berkaitan sesuatu peristiwa
yang berlaku depan mata mereka dan Rasulullah ada
ketika itu.
5.Siapakah sahabat Rasulullah yang diutuskan ke Yaman?
6.Nyatakan contoh ijtihad yang dilaksanakan oleh para
sahabat untuk menjaga maslahah umat
7.Adakah mempelajari Maqasid Syariah sesuatu yang
sukar?
8.Berikan pandangan Syeikh Raisuni berkaitan
mempelajari disiplin maqasid syariah di kalangan orang
awam?

50

ULANGKAJI

9.Apakah maksud daruriyat?
10.Jelaskan daruriyat al khomsah yang merupakan perkara
utama dalam penjagaan untuk diberikan perhatian.
11.Berikan contoh situasi menjaga nyawa.
12.Bagaimana membendung budaya buli berdasarkan
pendekatan maqasid syariah.
13.Muhasabah dan buat pemerhatian contoh aplikasi
maqasid syariah dalam kehidupan harian anda.
14.Berapakah nilaian anda berkaitan kefahaman terhadap
Maqasid Syariah jika skala 1 hingga 5 di berikan sebagai
pilihan.
15.Apakah anda setuju bahawa media sosial sebagai
perantara terbaik penyebaran kefahaman berkaitan
maqasid syariah.

51

RUJUKAN

1. Abu Ishaq Al-Syatibi, Al-Muwafaqat Fil usul Al-Syariah, Dar al-
Hadis, Kaherah, Jld 2 ms 17

2. Ahmad Termizi Ab Lateh, ‘. A. (2021). Aplikasi Prinsip Maqasid
Syariah Dalam Pengurusan Ibadah Korban Pasca Covid 19. Asian
People Journal, 187-194

3. Al-Misawi, M. a.-T. (1998). Ibn Asyur wa Kitabuhu Maqasid al-
Syariah. Kuala Lumpur: Al-Basyair lil al-Intaj Ilmi.

4. Al-Obeidi, H. (1401H/ 1992M). al-Syatibi wa Maqasid al-Syariah.
Tripoli: Mansurot Kuliyah Dakwah Islamiyyah.

5. Audah, A. Q. (t.t.). Tabsirah Al-Hukkam.

6. Dollah, A. A. (2006). Kamus Konstektual Lengkap Al-Khalil (Arab-
Melayu). Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

7. Kamus Dewan edisi Ketiga (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

8. Setiyawan Gunardi, M. M. (2020). Konsep Harmoni Yang Dinamik
Dalam Kehidupan Beragama Di Malaysia Melalui Pendekatan
Maqasid Syariah. Journal Of Islamic Social Sciences And
Humanities,Vol. 23(2), Special Issue, 157-166.

9. Yunus, M. I. (2011). Maqasid Al-Syariah. Kuala Lumpur: Universiti
Terbuka Malaysia.

10. Zubair Bin Amir Nur Rashid, N. M. (2019). Aplikasi Maqasid
Syariah Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia: Pembelajaran Abad
Ke-21. International Journal Of Business, Economics And Law, Vol.
18, 81-90.

52

KENALI

KAMI

MOHD HUSNI BIN ABD HALID

Dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.
Mula berkhidmat sebagai Pegawai Pendidikan
Pengajian Tinggi (PPPT) pada Januari 2009 di
Politeknik Kuching Sarawak. Pada Ogos 2014,
bertukar tempat perkhidmatan di Politeknik Sultan
Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan
sehingga kini...(2021). Telah mendirikan rumah
tangga dan memiliki 3 orang cahaya mata

MOHAMAD IZZUDDIN HILMI BIN
MOHAMAD ZAINI

Berasal dari Setapak, Kuala Lumpur. Berkelulusan
Ijazah Sarjana Muda Syariah Fiqh dan Usul
Universiti Malaya (2011). Mula berkhidmat sebagai
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Tinggi di
Politeknik Sultan Idris Shah pada 2015. Telah
mendirikan rumah dan dianugerahi 2 orang cahaya
mata. Berpengalaman sebagai mutawif profesional
membawa jemaah menunaikan ibadah umrah

MOHD RUSDAN BIN HASAN

Dilahirkan di Kg Batu 38, Sabak Bernam Selangor.
Mula berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmata
Pendidikan Siswazah(PPPS) pada tahun 2004 di
Politeknik Sabak Bernam. Bermula pada 2009
berpindah kepada Skim Pegawai Pendidikan
Pengajian Tinggi pada tahun 2009 di Politeknik
Sultan Idris Shah. Telah mendirikan rumah tangga
dan dianugerahkan 5 orang cahaya mata

53

MAQASID
SYARIAH

UNIT PENDIDIKAN ISLAM
& MORAL

JABATAN PENGAJIAN
AM

POLITEKNIK SULTAN
IDRIS SHAH


Click to View FlipBook Version