The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit PSIS, 2019-02-13 20:08:10

CENDEKIA 2019 : Kompilasi Penulisan Ilmiah & Kreatif

Kompilasi Penulisan Ilmiah & Kreatif

Keywords: Ilmiah, Kreatif,psis,penerbitan psis,penerbitan,buku,cendekia,ilmiah,kreatif,malaysia membaca,kompilasi,jom baca

Jadual 4.3: Keputusan analisis pasca soalselidik

Soalan Peratus Analisis Output
Kumpulan
Soalan Responden menunjukkan respon yang Baik bahawa mereka
1 ‘Baik’ memahami mengenai topik Windows Operating System selepas
menggunakan cd interaktif.
76.67% Responden menunjukkan respon yang Baik bahawa mereka
semakin berminat untuk mempelajari topik Windows Operating
Soalan 90% System selepas menggunakan cd interaktif.
2 Responden menunjukkan respon yang Baik bahawa tahap motivasi
mereka untuk mempelajari topik Windows Operating System
Soalan 79.9% meningkat setelah menggunakan cd interaktif.
3 Responden menunjukkan respon yang Baik bahawa pembelajaran
bagi topik Windows Operating System lebih proaktif dan berdaya
Soalan 90.01% saing setelah menggunakan cd interaktif.
4 89.97% Responden menunjukkan respon yang Baik bahawa mereka lebih
tertarik untuk menghadiri kuliah selepas menonton cd interaktif.
Soalan
5

4.3 Perbandingan markah Penilaian Berterusan (PB) Pelajar

Perbandingan telah dibuat ke atas peratusan markah Penilaian Berterusan pelajar
antara dua semester iaitu semester sebelum inovasi dihasilkan iaitu pelajar yang tidak
menonton video dan semester setelah inovasi berjaya diimplementasikan iaitu pelajar yang
menonton. Markah penuh bagi setiap Tugasan Praktikal ialah 20 markah. Berikut adalah impak
hasil inovasi CD Interaktif terhadap pelajar:

42

Jadual 4.4 : Perbandingan Penilaian Berterusan Pelajar

Semester / Tajuk Tugasan Purata Markah Purata Markah
Disember 2015 Disember 2016

Tugasan Praktikal 1: 16.6 19.3
‘Partition & Formatting’

Tugasan Praktikal 2: 17.6 19.1
‘Virtual Memory and Backup’

Tugasan Praktikal 3: 16.1 18.8
‘Defragment and Disk Cleanup’

Berdasarkan perbandingan yang telah dijalankan, satu graf dapat dihasilkan
seperti berikut:

Rajah 4.6: Perbandingan PB pelajar bagi semester Disember 2015 dan Disember 2016
Graf pada Rajah 4.6 menunjukkan purata markah Penilaian Berterusan bagi Tugasan
Praktikal 1 hingga 3 pelajar adalah lebih tinggi pada Semester Disember 2016 iaitu kelas yang
menonton video pada CD Interaktif berbanding purata markah Tugasan Praktikal Pelajar yang
tidak menonton.

43

Ini menjadi indikator bahawa CD Interaktif yang dihasilkan dan dipertontonkan kepada
pelajar di awal sesi pembelajaran topik mampu memberi impak kefahaman kepada pelajar
untuk melakukan tugasan Praktikal dengan lebih berkesan dan difahami sekaligus memberi
peningkatan yang sangat ketara dan positif dalam Penilaian Berterusan pelajar.

5.0 Kesimpulan

Penggunaan video pembelajaran yang sesuai dalam pengajaran akan meninggalkan
kesan yang berbeza terhadap pelajar. Pensyarah sebagai pendidik yang memainkan peranan
utama di dalam kelas harus memberikan perhatian yang serius tentang hal ini.

Berdasarkan soal selidik video pembelajaran yang dibangunkan dapat memberi panduan
kepada pelajar bagaimana langkah-langkah melakukan tugasan praktikal bagi topik berkenaan.
Video pembelajaran ini juga mampu meningkatkan minat kepada pelajar berbanding langkah-
langkah tutorial dalam format word .doc yang dimuatnaik ke dalam platform CIDOS dan padlet.
Hal ini kerana video yang dipaparkan memberi penerangan mudah kepada pelajar secara visual
dan dibantu dengan keterangan secara teks. Pembinaan video ternyata telah menepati
kenyataan tersebut. ini terbukti apabila sebanyak 90.01 peratus pelajar mengatakan
pembelajaran bagi topik Windows Operating System lebih proaktif dan berdaya saing setelah
menggunakan CD interaktif ini.

Sungguhpun begitu, penggunaan nota masih dikekalkan dalam sesi P&P sebagai bahan
rujukan alternatif bagi topik yang terlibat sekiranya pelajar ingin meneliti langkah-langkah
beserta huraian di dalam nota.

5.1 Implikasi dapatan kajian
Hasil daripada kajian yang dijalankan, beberapa faktor perlu dititikberatkan apabila

video pembelajaran ini dilaksanakan didalam kelas. Faktor-faktor tersebut penting bagi
memberi manfaat kepada pelajar agar proses pembelajaran dengan menggunakan video ini
dapat dijalankan dengan baik dan sempurna.

Antara faktor tersebut ialah:
1. Penggunaan Bahasa dan sari kata.
2. Isi kandungan dan objektif.
3. Kualiti video dan audio.

Penilaian terhadap aspek bahasa dan sari kata perlu memfokuskan kepada pemilihan
perkataan yang sesuai dengan tahap kebolehan pelajar. Contoh yang digunakan juga mestilah

44

sesuai dan mudah untuk difahami. Urutan isi kandungan perlulah logik atau mengikut susunan.
Pensyarah perlu memastikan contoh yang diberi antara teknik-teknik adalah tepat dan mudah
faham. Arahan yang jelas dan teknik penceritaan yang mudah difahami juga adalah elemen
yang penting bagi sesebuah video pembelajaran koswer yang baik. Muzik latarbelakang yang
digunakan haruslah bersesuaian dan menarik perhatian pelajar. Elemen ini amat bertepatan
sekali dengan Teori Pembelajaran Multimedia yang mengesyorkan bahawa unsur audio mampu
menarik perhatian pelajar.

5.2 Pelajar
Kaedah yang diterapkan kepada pelajar perlulah sesuai bagi mendapatkan hasil

pembelajaran yang sempurna. Pelajar juga haruslah memberikan kerjasama dan tumpuan
ketika proses pembelajaran dan pengajaran diajalankan. Oleh itu, video pembelajaran ini dapat
dilaksanakn dengan berkesan.

5.3 Pensyarah
Pensyarah hendaklah dapat menyediakan video pembelajaran ini bertepatan dengan

kehendak silibus itu sendiri. Isi kandungan video yang dibangunkan hendaklah bersesuaian
dengan topik yang dipilih.

5.4 Cadangan kajian lanjutan
Berdasarkan peratusan respon pasca soalselidik, didapati respon bagi Soalan 1 dan 3

menunjukkan peratusan yang agak rendah bagi kumpulan ‘Baik’. Berikut merupakan Cadangan
penambahbaikan yang dapat dirumuskan untuk meningkatkan tahap pemahaman pelajar dan
meningkatkan lagi motivasi pelajar dalam mempelajari topik Windows Operating System:

Jadual 5.1 : Peratusan respon pelajar kumpulan ‘Baik’

Item disoal Peratusan Respon Pelajar
Kumpulan ‘Baik’

Pemahaman mengenai topik Windows Operating System 76.67%

Pertambahan tahap motivasi mempelajari topik 79.9%
Windows Operating System

Jika diteliti pada kajian ini, terdapat beberapa perkara yang boleh dibaiki untuk kebaikan
bersama. Paling jelas ialah media bantu mengajar video perlu diperbaiki. Antara cadangan
penambahbaikan pada video ialah perlu ditambah elemen audio agar audio agar pelajar dapat
menggunakan semua teknik pembelajaran dengan lebih berkesan. (Sulaiman, 1981)

45

Cadangan penambahbaikan yang kedua ialah pembangun perlu memperkayakan lagi
video dengan fakta tambahan berkenaan subtopik yang dipelajari dan perlulah kandungan yang
terkini.

Seterusnya, aspek instrumen soal selidik juga perlu diteliti. Soal selidik juga perlu
dibahagikan kepada beberapa bahagian yang lain. Sebagai contoh, memasukkan persoalan
berkenaan antaramuka CD Interaktif yang dibangunkan. Ini akan membantu pensyarah untuk
memperbaiki video pembelajaran pada masa akan datang. Kajian dan penyelidikan yang
dijalankan secara tinjauan amat berguna untuk mendapatkan data dalam jumlah yang besar.
Sungguhpun begitu, dalam kajian ini didapati instrumen kajian yang mudah difahami dan sesuai
dengan persoalan kajian amat penting kepada pengkaji. Cara mentadbir soalan soal selidik
kepada pelajar juga harus diberi perhatian kerana ia turut memberi pengaruh besar terhadap
kajian yang dijalankan. Skop kajian yang terhad iaitu bagi satu kelas untuk satu semester di satu
politeknik juga perlu di perluaskan kepada beberapa politeknik-politeknik yang lain yang
mengikuti kursus yang sama.

Kesimpulannya penggunaan video di dalam pembelajaran dan pengajaran di kelas
sangat penting dalam bidang pendidikan. Pembangunan video tutorial Sistem Pengoperasian
bagi topik Windows Operating System ini telah memberikan pilihan alternatif kepada pelajar
dan pensyarah dalam proses pembelajaran dan pengajaran malah ia juga telah membantu
meningkatkan pencapaian pelajar di dalam tugasan yang diberikan. Dapatan kajian terhadap
keberkesanan video pembelajaran menerusi soal selidik telah membuktikan video
pembelajaran ini mampu menarik minat pelajar terhadap kaedah pembelajaran yang baru.

RUJUKAN

Dewan Bahasa dan Pustaka (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Xentral Methods Sdn
Bhd.

Jamalludin Harun, Zaidatun Tasir (2000). Pengenalan Kepada Multimedia. Edisi Pertama.
Kuala Lumpur: Venton Publishing

Katherine A. Batterton and Kimberly N. (2017). The Likert Scale What It Is and How To Use
It. Sumber: Hale Phalanx Vol. 50, No. 2 ms. 32-39

Mazihah Binti Othman (2013). Analisis Keperluan Pelajar, Guru Dan Kandungan Untuk

46

Pembangunan E-Bahan Instruksional Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan
Elektrik Dan Elektronik Tingkatan Empat : Satu Kajian Kes Kualitatif. Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia
Norasykin Bt Mohd Zaid & Faridah Binti Mohamad (2010). Pembangunan Modul
Multimedia Interaktif Menggunakan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Senario
Bagi Tajuk Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan Cd-Rom. Universiti
Teknologi Malaysia.
Rensis Likert (1932). A Technique For The Measurement Of Attitudes.
Salmi Binti Abdullah, Noor Shuhada Binti Ahmad (2017). Keberkesanan Aplikasi Youtube
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Kejuruteraan Di Politeknik Seberang
Perai. E- Proceeding National Innovation And Invention Competition Through
Exhibition 2017.
Sulaiman, A.H. (1981). Media Audio Visual Untuk Pengajaran, Penerangan dan Penyuluhan.
Jakarta: PT Gramedia.

47

ILMIAH 9

BUKAN BIASA BIASA
Mohd Azli Bin Adnan
[email protected]
Politeknik Sultan Idris Shah

ABSTRAK
Penulisan ini menjelaskan beberapa amalan terbaik dalam kehidupan insan. Bermula daripada
niat, percakapan, pemikiran, tindakan dan perilaku seseorang akan dijadikan bahan
perbincangan. Rujukan penulisan perpustakaan ini adalah akhlak Rasulullah SAW. Setiap aspek
kehidupan baginda sarat dengan nilai adab yang luhur dan mendidik jiwa. Objektif utama
penulisan ini adalah untuk menjadikan baginda ikutan sepanjang kehidupan. Tiada tokoh yang
lebih berjaya sebagai individu, suami, bapa, sahabat, jiran, pengembala, peniaga, mentor,
coach dan ketua negara melainkan Rasulullah SAW. Daripada bangun tidur hingga tidur
semula, baginda menzahirkan adab yang terpuji. Penulis membincangkan antara akhlak terbaik
baginda SAW beserta contoh-contoh untuk dijadikan panduan. Hasil penulisan ini, penulis
mendapati adab yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW adalah amalan yang boleh
dilaksanakan dalam kehidupan.

Kata kunci : Akhlak, Adab dan Amalan
PENGENALAN
Kehebatan insan adalah terletak kepada pelbagai faktor. Setiap faktor tersebut
mempunyai kesan langsung kepada status seseorang. Insan yang baik akan melahirkan akhlak
yang baik. Akhlak yang buruk lahir daripada insan yang tidak baik. Balasan yang buruk akan
diberikan kepada kehidupan yang didasari dengan akhlak yang buruk. Kesan akhlak yang baik
akan memberikan kebahagian kepada pemiliknya dan orang sekitarnya.

48

Akhlak yang mulia adalah matlamat utama kedatangan Islam ke dunia ini [Fathi Yakan,1996:45].
Bagi menentukan prestasi hidup beragama seseorang, maka kualiti akhlak yang terpuji menjadi
rujukan utama. Keberhasilan kehidupan seseorang di akhirat adalah diukur berdasarkan
keluhuran akhlaknya semasa di dunia [Fathi Yakan,1996:47].

Seseorang yang berakhlak mulia lebih mulia berbanding orang yang berilmu berakhlak
buruk. Akhlak mulia bermula dengan niat yang kudus. Disusuli dengan fikir untuk
melaksanakannya dengan daya mujahadah [juang] yang padu. Kemudian latihan demi latihan
berteraskan paksaan dan kesabaran akan menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi amalan.
Rasulullah SAW adalah manusia yang mempunyai catatan kehidupan lengkap. Bukan sekadar
cacatan peristiwa penting yang berlaku kepada baginda SAW, tetapi catatan mengenai amalan
harian yang penuh dengan nilai-nilai akhlak mulia [Azfalur Rahman,2002:56].

APAKAH AKHLAK TERBAIK RASULULLAH SAW

1. Bercakap bila perlu

Baginda SAW lebih mengutamakan diam jika tidak perlu. Diamnya berfikir tentang cara
untuk menyelamatkan umat dari kemurkaan Allah SWT. Tutur kata baginda SAW fasih,
ringkas tetapi padat. Bila bercakap baginda menghadap seluruh tubuh kepada orang yang
bercakap dengannya. Tidak pernah berkata kotor, melukakan hati orang lain, kasar, maki
hamun, mengumpat, mengata dan mengaibkan orang lain [Muhadir Dol,2016:22]. Baginda
SAW gemar mengulangi tiga kali percakapannya supaya mudah difahami [Rusydi
Ramli,2012:Hadis Riwayat Al-Tirmizi dan Hakim].

2. Memilih yang memudahkan bukan yang menyulitkan

Baginda SAW seorang mengutamakan keperluan dan kebajikan orang lain daripada
dirinya. Apabila ada sesuatu perkara atau isu yang mempunya dua pilihan cara
melaksanakannya, maka baginda memilih untuk yang memudahkan. Baginda mendidik
umat dengan konsep memberi dengan cara yang paling mudah. Tidak perlu kepada wang
ringgit dan material, sebaliknya memberikan kemudahan kepada orang lain.

3. Menjauhi perselisihan, sombong dan segala yang tidak diperlukan [Muhadir Dol,2016:23]

Indahnya akhlak Rasulullah SAW yang mengajar makna Ihsan. Kebanyakan orang gemar
menunjukkan kehebatan diri dengan cara mengadakan isu bagi wujudkan perselisihan.
Kelebihan yang ada berupa harta, kedudukan dan pengaruh digunakan bagi menunjukkan
diri hebat hingga menafikan kehebatan orang lain. Hingga sampai satu tahap sesuatu yang
tidak perlu dicampuri diambil peduli untuk tujuan tertentu. Rasulullah SAW contoh terbaik
tidak menggemari watak sebegini kerana ia menyamai perangai syaitan.

49

4. Mempamirkan sifat tawaduk yang tinggi [Muhadir Dol,2016:29]

Bukti ketinggian sifat ini ditunjukkan oleh Rasulullah SAW yang akan menemui orang yang
berhajat kepada baginda SAW, bukan orang yang berhajat menemui Rasulullah SAW. Baginda
SAW akan memenuhi undangan walaupun datang daripada seorang hamba. Tidak sesekali
baginda SAW menghina makanan yang tidak sedap secara terbuka. Tidak menghampakan
undangan walaupun hidangannya tidak enak. Tidak suka para sahabat bangun menghormatinya
apabila baginda SAW menemui mereka [Rusydi Ramli,2012:183-184].

5. Seorang yang pemaaf dan tidak pernah marah atau berdendam kerana dirinya dan hal
dunia [Muhadir Dol,2016:22,Rusydi Ramli,2012:180,Syamail Muhammadiyah,2014:198-
192]

Akhlak sehebatnya ini merupakan daya tarikan kepada indahnya hidup beragama.
Rasulullah SAW telah mengamalkan akhlak ini hingga membawa kepada ramai menjadi Islam
dan lawan menjadi kawan. Sebagai satu contoh hebatnya Rasulullah SAW menzahirkan sifat ini
melalui kisah memaafkan seorang Badwi yang kencing di satu sudut masjid [Muhadir
Dol,2016:49]. Normal manusia akan marah dan menghukum orang tersebut. Kesan akhlak ini
menyebabkan Badwi tersebut bersama kaumnya telah memeluk Islam.

6. Menunjuk cara dan contoh amalan terbaik kepada sahabat

Rasulullah SAW adalah suri pelbagai contoh yang tiada tandingannya. Baginda SAW paling
bertaqwa sebelum menyuruh umat bertaqwa [Muhadir Dol,2016:53]. Mengamalkan akhlak
mulia sebelum mengarahkan umat berakhlak mulia. Bagindalah yang mendahului segala
kebaikan sebelum menyuruh orang lain melakukannya. Indah akhlak ini seumpama baginda
SAW adalah keindahan Islam yang sedang bergerak. Inilah pendekatan yang paling terbaik dan
mudah dicontohi berbanding hanya pandai bercakap, mengarah dan menyuruh.

7. Teguran berhikmah dalam semua hal [Muhadir Dol,2016:50]

Rasulullah SAW menempuh pelbagai cabaran dan tentangan selama 23 tahun. Dakwah
merupakan tanggungjawab baginda SAW bagi memastikan umat manusia selamat dunia dan
akhirat. Sudah pasti kaedah berdakwah adalah paling penting bagi memastikan Islam diterima
secara rela. Amalan menegur secara berhikmat dipaparkan dalam kisah baginda menggunakan
ayat “Biarkan mereka wahai Abu Bakar. Sesungguhnya setiap kaum ada hari rayanya. Ini
jawapan balas kepada ayat Abu Bakar yang mengatakan Seruling Syaitan di hadapan
Rasulullah SAW kepada 2 dua orang pelayan perempuan sedang menyanyi kerana hari itu hari
raya.”

50

8. Hidup penuh dengan kesopanan dan kesantunan [Azfalur Rahman,2002]
Orang yang terbaik di kalangan kamu ada adalah yang mempunyai peribadi yang paling

baik. Tingkah laku dan kesopanan yang kelihatan sangat ringan di dunia akan menjadi kebaikan
yang sangat berat di akhirat. Inilah ucapan Rasulullah SAW yang menjadikan baginda paling
indah kesopanan dan kesantunannya. Tiada seorang pun antara kawan atau lawan, tua atau
muda, miskin atau kaya, lelaki atau perempuan yang pernah terasa hati dengan baginda SAW.
Penampilan yang ceria, penuh senyuman, sapaan yang bermakna, memberi salam setiap yang
ditemui, ringan tangan, duduk bersama semua peringkat manusia, melayan tetami dengan baik,
sedia ditegur, pemaaf dan bukan pendendam, tidak tergoda dengan dunia, utamakan orang lain
dan suka menyantuni orang susah merupakan beberapa personaliti yang terunggul

RUMUSAN

Tuntasnya, kita tiada pilihan untuk menjadikan Rasulullah SAW ikutan terbaik dalam
kehidupan seharian. Tiada model yang telah mencipta kehebatan diri, tamadun dan peradaban
insan yang lebih hebat di dunia melainkan Rasulullah SAW. Baginda bukan sahaja tersohor di
dunia malah penghulu segala Nabi dan Rasul yang memberikan syafaat di akhirat. Baginda SAW
telah membuktikan kejayaan bukan biasa biasa di dua dimensi hidup dunia dan akhirat.

RUJUKAN

Azfalur Rahman terj. Zaharah Salleh, Ensiklopedia Sirah Jilid 1 : Sunah, Dakwah dan Islam, 2002.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka
Fathi Yakan. 1996. Apa Ertinya Saya Menganut Islam. Shah Alam : Dewan Pustaka Fajar
Muhadir Jol. 2016. Perihal Rasulullah SAW. Petaling Jaya : Galeri Ilmu Sdn.Bhd.
Faslin Syarina Salim. 2014. Terj. As-Syamail Muhammadiyah. Selangor : PTS Islamika Sdn.Bhd
Rusydi Ramli Al-Jauhari. 2012. Biografi Agong Rasulullah SAW. Kuala Lumpur : Must Read
Sdn.Bhd

51

ILMIAH 10

TEKNOLOGI AUGMENTED REALITY DALAM TVET
Ummu Kalsom Binti Abdul Latif, Norqursiah Binti Saad
[email protected], [email protected]

Politeknik Sultan Idris Shah

Industri 4.0 didorong oleh Pendigitan dan Integrasi Rantai nilai menegak dan mendatar
(digitization and integration of vertical and horizontal value chains). Di mana ianya
mendigitalkan dan mengintegrasikan proses secara menegak di seluruh organisasi, dari
pembangunan produk dan pembelian, melalui pembuatan, logistik dan perkhidmatan. Semua
data mengenai proses operasi, kecekapan proses dan pengurusan kualiti, serta perancangan
operasi tersedia secara langsung, disokong oleh realiti tambahan dan dioptimumkan dalam
rangkaian bersepadu. Penggabungan mendatar melangkaui operasi dalaman dari pembekal
kepada pelanggan dan semua rakan kongsi rantaian nilai utama. Ia termasuk teknologi dari trek
dan peranti jejak untuk perancangan bersepadu masa nyata dengan pelaksanaan.

Dalam institusi Pendidikan dan Latihan Vokasional Teknikal, guru menghadapi kesulitan
penting dalam proses pengajaran kerana perlu memenuhi pelbagai keperluan pendidikan khas
pelajar serta kekurangan pelajar seperti tahap kecekapan asas, motivasi, fokus di dalam kelas,
perhatian, keyakinan dan latar belakang pengetahuan yang berbeza di antara pelajar. Walau
bagaimanapun, masih sangat sedikit aplikasi Teknologi AR yang digunapakai dalam dunia
pendidikan TVET serta kesannya terhadap pelbagai keperluan pendidikan khas pelajar seperti
masalah pembelajaran. Ini adalah bukti yang jelas mengenai keperluan menggunapakai
teknologi ini dalam pendidikan TVET.

Hasilnya, bukan sahaja pelajar yang mempunyai keperluan pendidikan khas akan
mendapat manfaat daripada reka bentuk pembelajaran inklusif aplikasi Teknologi AR, tetapi
semua pelajar akan menerima manfaat yang hebat dalam pendidikan

52

menggunakan Teknologi AR. Satu lagi implikasi praktikal penting ialah pengenalan Teknologi AR
di institusi TVET untuk menyokong proses pembelajaran dapat membantu para pelajar untuk
mengenali teknologi ini yang akan mereka gunakan di masa depan ketika latihan industry atau
sewaktu menempuh alam kerjaya. Ini terutamanya kerana penggunaan Teknologi AR dalam
industri adalah semakin meningkat.

Beberapa Universiti di seluruh dunia telah mengaplikasikan Teknologi AR, seperti
Universiti Wisconsin, Madison, Amerika; Kolej Komuniti Beaver County, Pennsylvania; California
State Polytecnic Universiti; dan Universiti Plymouth, United Kingdom. Di Malaysia, khususnya di
Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor yang telah berjaya membangunkan produk AR yang
dinamakan Animales. Produk AR ini membantu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah
rendah untuk mata pelajaran Sains. Produk ini dibangunkan oleh pensyarah dan pelajar Jabatan
Teknologi Maklumat & Komunikasi untuk Sekolah Kebangsaan Parit Baru, Sabak Bernam,
Selangor.

Institusi pendidikan berminat untuk memperkenalkan kaedah yang lebih produktif
untuk meningkatkan interaksi pembelajaran dan meningkatkan tahap pemahaman dan
pemerolehan maklumat oleh pelajar. Teknologi komputer telah meningkatkan dengan ketara
kaedah penggunaan aplikasi AR, di mana ianya membolehkan penjimatan masa guru untuk
mengulangi penerangan di dalam kelas. Pengulangan penerangan atau ulangkaji sesuatu topik
boleh dilakukan oleh pelajar sendiri menggunakan aplikasi mudah alih. Teknologi AR adalah
teknologi yang berkesan yang menyediakan pelajar dengan kandungan yang lebih menarik dan
menunjukkan demonstratif daripada sumber asal iaitu kertas. Bidang yang paling berkesan bagi
institusi untuk menggunakan teknologi ini ialah kelas Teknologi AR.

Bagi sesebuah institusi TVET yang hendak mengaplikasikan penggunaan Teknologi AR
dalam pendidikan, beberapa garis panduan dibentuk, iaitu pertama, Kelas Teknologi AR. Kelas
Teknologi AR mesti dilengkapi dengan penambahan Teknologi AR. Kelas ini mempunyai
pelbagai tujuan yang menunjukkan kandungan maya seperti dunia nyata. Sebagai contoh,
pelajar boleh mengimbas elemen tertentu dalam buku dan menerima teks, audio atau tip video
dari guru yang boleh membawa kepada komunikasi yang lebih baik. Kedua, menterjemahkan
bahan teori ke dalam konsep 3 dimensi (3D). Teknologi AR mempunyai keupayaan untuk
menjadikan objek yang sukar dibayangkan dan menjadikannya model 3D. Teknologi ini
menggabungkan dunia nyata dan maya bersama supaya pelajar dapat melihat, mendengar dan
berinteraksi dengan animasi 3D yang realistik serta pop out dari buku-buku ke dalam
persekitaran yang sebenar. Fenomena ini dapat mengubah setiap kelas menjadi persekitaran
pembelajaran yang mengejutkan terutama sekali untuk pelajar visual dan praktikal di mana
sesiapa sahaja dapat menterjemahkan bahan teori menjadi konsep yang sebenar. Ketiga,
keterlibatan dan interaksi. Dengan memasukkan Teknologi AR ke dalam pengajaran guru dapat

melibatkan pelajar ke dalam proses dengan model 3-dimensi. Pada asasnya dalam model 3D,
pelajar dapat menetapkan putaran, ketelusan, skema warna, gaya dan banyak lagi. Selain
daripada telefon pintar, pelajar boleh menggunakan alat khas seperti kanta hologram untuk
memahami animasi lanjutan. Keempat, Latihan. Latihan menggunakan Teknologi AR mesti
disediakan bersesuaian dengan bidang-bidang tertentu. Bagi pelajar dalam bidang teknikal,
mereka memerlukan latihan dan pengalaman praktikal. Dengan latihan yang betul, ciri AR boleh
membantu melaksanakan amalan maya - dengan tutorial tambahan, pemodelan digital,
simulasi, dan memperoleh pengalaman. Oleh itu, ia akan memotivasikan dan melibatkan
pelajar untuk memahami subjek dengan lebih baik dan belajar dengan lebih cepat.

54

ILMIAH 11

PERANAN POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH (PSIS)
DALAM PERKEMBANGAN IBS DI MALAYSIA

Mohd Rizal Abd Rahim
[email protected]
Politeknik Sultan Idris Shah

Malaysia, sebuah negara yang pesat membangun, bakal menuju kearah sebuah negara
maju. Berdasarkan statistik CIDB, nilai projek pembinaan pada tahun 2016 adalah sejumlah
RM229 bilion dengan sebanyak 6,855 projek pembinaan direkodkan.

Walaubagaimanapun, pembangunan pesat ini perlu menghadapi beberapa cabaran.
Kebergantungan kepada warga asing yang begitu tinggi dalam bidang pembinaan amat
merisaukan penduduk Malaysia. Setiap tahun, dianggarkan berbilion Ringgit dihantar ke luar
negara sebagai tukaran wang asing.

Untuk menangani masalah ini, langkah jangka masa panjang yang telah diambil adalah
dengan memperkenalkan IBS di Malaysia yang dapat mengurangkan bilangan pekerja
pembinaan. Sistem Binaan Berindustri (IBS) adalah kaedah pembinaan dimana komponen
dibuat dikilang, dibawa dan dipasang di tapak.

Politeknik Malaysia termasuk Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah mengorak langkah
untuk menyediakan modal insan yang berpengetahuan dalam bidang IBS. Ke arah
memperkasakan TVET ke peringkat yang lebih tinggi, Diploma Kejuruteraan Awam (DKA)
diberikan pendedahan awal berkenaan teknologi IBS seawal semester 2.

Kaedah pembelajaran secara teori dijalankan di dalam kelas dengan menggunakan
bahan-bahan rujukan terkini berbentuk buku, video interaktif, model dan perbincangan
kumpulan.

Kerja amali merupakan kaedah pembelajaran yang dapat memberikan pengalaman
secara praktik kepada pelajar. Ia dapat meningkatkan kemahiran dan pemahaman yang lebih
mendalam berkaitan IBS.

55

Selain daripada teori dan amali, pelajar juga dibawa melawat ke Pusat IBS, CIDB untuk
memberi pendedahan yang luas kepada pelajar. Pelajar dapat mengenali dengan lebih teperinci
berkaitan jenis-jenis IBS terkini yang terdapat di pasaran.

PSIS telah mengorak langkah aktif dengan menandatangani LOI dengan Garden IBS
Construction. Beberapa usahasama telah berjaya dilaksanakan diantara PSIS dan Garden IBS
Construction seperti Pembinaan Green Studio di PSIS, Kursus intensif binaan berasaskan
Interlocking Block dan Kajian projek pelajar semester akhir.

Green studio dibangunakan bersama antara Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) PSIS,
Garden IBS Construction dan Tereal SDN. BHD. Pembinaan sebuah studio yang menggunakan
kaedah IBS jenis interlocking block system secara keseluruhannya telah mendapat bimbingan
dari pihak Garden IBS Construction. Pelajar dan pensyarah dari JKA telah terlibat secara
langsung dalam projek yang telah memberi impak yang amat positif.

Kearah meningkatkan lagi kepakaran pensyarah dalam penyampaian maklumat
berkaitan IBS, seramai 5 orang pensyarah JKA PSIS telah menyertai Kursus Binaan Batu Bata IBS
yang dianjurkan oleh Garden IBS Construction di pusat operasinya iaitu di Ulu Behrang, Tanjung
Malim, Perak. Mereka telah dibawa ke kilang penyediaan Interlocking block dan diberikan
latihan secara teori dan amali dalam pembinaan yang menggunakan kaedah tersebut.

Dengan pengalaman dan pengetahuan melalui perpindahan teknologi serta kepakaran
diantara PSIS dan industri seperti Garden IBS Construction, JKA PSIS mengorak langkah
menganjurkan Skill Fighter Compertition 2017. Pertandingan yang telah disertai oleh 40 orang
pelajar telah berjaya membina 4 buah gazebo dengan menggunakan Interlocking Block System.

PSIS juga telah melibatkan diri dengan beberapa projek pembinaan di peringkat
kebangsaan. Programn POLYHOME di Besut, Terengganu telah melibatkan beberapa buah
politeknik di seluruh Malaysia. Kaedah pembinaan IBS yang menggunakan lightweight block
adalah hasil dari kerjasama politeknik dengan GBIBS SDN. BHD. PSIS telah berjaya membina
sebuah rumah komuniti di Kuala Besut, Terengganu.

My Beautiful New Home juga telah memberi ruang kepada pelajar dan pensyarah
politeknik untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang IBS. Kerjasama dengan Ascension
Technology SDN. BHD dalam projek rintis di Sitiawan, Perak dan Merlimau, Melaka yang
melibatkan pelajar-pelajar PSIS merupakan antara projek yang berjaya memberikan kemahiran
pelajar dengan kaedah binaan menggunakan reusable formwork dan steel freaming system.

56

Pelbagai langkah telah diambil oleh PSIS dalam usaha untuk menyediakan modal insan
yang berpengetahuan dalam bidang IBS pada masa hadapan. Diharapkan usaha keras yang
dijalankan oleh PSIS untuk melahirkan modal insan yang berkepakaran dalam bidang IBS dapat
mengurangkan kebergantungan kepada warga asing di sektor pembinaan di Malaysia.

Pelajar politeknik akan menjadi pendokong utama dalam pembangunan negara selaras
dengan usaha untuk memperkasakan TVET di Malaysia.
Kata Kunci: IBS, Politeknik, PSIS
Mohd Rizal Abd Rahim
Penyelaras Kursus IBS (DCC2042)
Jabatan Kejuruteraan Awam
Politeknik Sultan Idris Shah

57

ILMIAH 12

PENYAMPAIAN CURAIAN MESYUARAT BERBENTUK MULTIMEDIA
(e-Curai)

Nizam Mohd Nasir, Mohammad Noor bin Ibrahim
[email protected], [email protected]
Politeknik Sultan Idris Shah

1.0 PENGENALAN

e-Curai merupakan satu inovasi yang dibangunkan oleh En Nizam bin Mohd Nasir dan En
Mohammad Noor bin Ibrahim daripada Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
PSIS. Inovasi ini dibangunkan bertujuan untuk memudahkan penyampaian maklumat
kepada pihak yang berkenaan khususnya bagi menyampaikan maklumat selepas mereka
menghadiri sesuatu mesyuarat mewakili jabatan. Inovasi ini membantu memudahkan
lagi proses penyampaian maklumat dengan cara mengadaptasikan elemen multimedia
agar proses penyampaian minit mesyuarat lebih menarik dan senang difahami

2.0 PROSES PEMBANGUNAN INOVASI e-CURAI

e-Curai yang dihasilkan ini menggunakan perisian iSpring untuk menjadikannya lebih
menarik. Kaedah penghasilan e-Curai perlu melalui langkah-langkah seperti di Rajah 1.

•menghadiri mesyuarat yang diarahkan
Hadir •mencatat nota / kandungan mesyuarat
Mesyuarat

•Menggunakan perisian iSpring membangunkan inovasi

Menghasilkan •Menukar catatan yang dibuat ke bentuk persembahan
e-Curai
multimedia

Capaian •Meletakkan e-Curai ke pelayan
online
•e-Curai boleh dicapai oleh mana-mana pihak pada bila-
bila masa dan tempat secara atas talian internet

Rajah 1: Proses Pembangunan e-Curai

58

3.0 PAPARAN INOVASI e-CURAI
Sistem yang dibangunkan menggunakan elemen-elemen multimedia iaitu audio, video, teks,
gambar, warna, dan gerakan. Selain itu juga unsur-unsur elektif terdapat pada inovasi e-
Curai ini apabila pengguna perlu untuk membuat pilihan setiapkali menggunakan inovasi ini.

Rajah 1: Inovasi ini boleh dilayari di alamat http://jtmk.psis.edu.my/kpdns/

Rajah 2: Inovasi ini menggabungkan elemen multimedia khususnya dengan
memasukkan video pembentang
59

Rajah 3: Saiz video dan paparan boleh dipilih mengikut kesesuaian pengguna

Rajah 4: Pengguna boleh memilih slide paparan mana yang dikehendaki dan boleh ditonton
berulang-ulang.

4.0 PELAKSANAAN
Inovasi ini telah mula digunakan pada 9 Mei 2014 dengan terhasilnya e-Curai bagi
Mesyuarat Pengurusan yang berlangsung pada 6 Mei 2014 yang dihadiri oleh En Nizam
bin Mohd Nasir. Seterusnya, penghasilan dokumen e-Curai akan dihasilkan bergantung
kepada mesyuarat-mesyuarat yang dihadiri daripada semasa ke semasa.
60

5.0 PENGGUNA

Sepanjang inovasi e-Curai ini diletakkan atas talian, sejumlah bilangan pengguna telah
direkodkan. Berikut merupakan senarai pengguna e-Curai untuk tempoh 9 Mei 2014 – 9 Jun
2014.

Jadual 1: Senarai Pengguna E-Curai

Bil Nama pengguna Tarikh guna Masa masuk
1 JAILANI BIN MOHIDEEN @ MAHADI
2 NOR HAYATI BINTI MOHAMMED SANI 11052014 23:14:45
3 KHALID BIN DERIS
4 NURUL ZAKIAH BINTI KASNUN 10052014 09:05:13
5 ZALEHA BT SALAMON
6 AJISA BEEVI BINTI ABD WAHAB 09052014 11:19:23
7 AZROL HISHAM BIN MOHD ADHAM
8 HAFIDAH BINTI MAHAT 09052014 16:20:12
9 MAZNAH BINTI AHMAD
10 MOHAMMAD NOOR BIN IBRAHIM 13052014 16:12:14
11 SYAIFUL IDZWAN BIN MAHMUD
12 SITI DIANAH BINTI ABDUL BUJANG 12052014 16:34:45
13 NORAKMAR BINTI MOHD NADZARI
14 RUZANNA BT ABU BAKAR 11052014 11:10:05
15 AINIE HAYATI BINTI NORUZMAN
16 KU SITI AISHAH BT KU ABDUL HAMID 10052014 15:29:56
17 NORQURSIAH BINTI SAAD
18 ASNIDATUL ADILAH BINTI ISMAIL 09052014 16:05:04
19 SYARIFAH NUR BINTI SYED ISMAIL
20 NORAZLIN BINTI ZAINAL ABIDIN 09052014 09: 09:55
21 NOORASHIKIN BINTI NAZIR
22 NOR FA`ALINA BINTI ABU HASSAN 12052014 16:34:34
23 AHMAD ZAFIR BIN LATIB
24 TAMIL CHELVI A/P VADIVELU 09052014 10:04:44
25 NURUL AIN BINTI AMIR ADLI
10052014 10:06:10

09052014 10:15:12

16052014 12:34:12

13052014 15:45:55

13052014 16:34:21

11052014 08:15:54

12052014 10:55:45

10052014 14:22:11

09052014 13:44:12

09052014 12:17:07

09052014 11:52:29

10052014 17:04:10

13052014 10:34:22

**Sumber daripada data pelayan JTMK

61

6.0 ANALISA KEBERKESANAN INOVASI
Bagi melihat keberkesanan inovasi yang dijalankan, satu kajian telah dilakukan bagi
melihat keberkesanan inovasi yang dibangunkan. Kajian ini telah memilih seramai 46
orang pensyarah yang telah mencuba menggunakan inovasi ini. Instrumen kajian yang
dilakukan adalah berdasarkan kaedah soal selidik secara atas talian. Fokus utama kajian
berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:
a) Mesra pengguna
b) Pemilihan warna
c) Kefahaman maklumat yang disampaikan
d) Praktikal
e) Penjimatan

Hasil kajian adalah seperti berikut:
1. Daripada 46 pengguna yang menggunakan inovasi ini, 42 orang pengguna bersetuju

bahawa e-Curai SANGAT MESRA PENGGUNA. Dan 4 orang pengguna bersetuju bahawa
e-Curai MESRA PENGGUNA.

Inovasi e-Curai daripada sudut mesra
pengguna

Sangat Mesra Pengguna
4

Mesra Pengguna

Tidak Mesra Pengguna
42

Sangat Tidak Mesra
Pengguna

62

2. Daripada 46 pengguna yang menggunakan inovasi ini, 30 orang pengguna bersetuju
bahawa pemilihan warna e-curai SANGAT MENARIK, 10 pengguna memilih MENARIK,
manakala 6 lagi pengguna memilih BIASA untuk pemilihan warna.

Pemilihan warna inovasi e-Curai

6 Sangat Menarik
10
Menarik
30 Biasa sahaja

Tidak Menarik

3. Daripada keseluruhan sampel, 32 sampel setuju bahawa inovasi ini SANGAT MUDAH
untuk dicapai. 12 sampel pula memilih MUDAH untuk dicapai. Manakala, selebihnya
memilih SUKAR UNTUK CAPAI

Capaian inovasi e-Curai

31 16
26
Sangat Mudah Dicapai
Mudah Dicapai
Sukar Dicapai
Tidak Boleh Dicapai

63

4. Daripada keseluruhan sampel, seramai 24 pengguna memilih PERLAHAN untuk masa
inovasi e-Curai beroperasi. 3 orang pengguna memilih SANGAT LAJU, 10 orang
pengguna memilih LAJU, manakala 9 pengguna memilih AGAK LAJU. Keputusan ini
bergantung kepada kelajuan talian internet yang digunakan.

Masa Inovasi e-Curai beroperasi

3
10
SANGAT LAJU

24 LAJU
9 AGAK LAJU
PERLAHAN

5. Daripada keseluruhan sampel, 36 pengguna FAHAM dengan maklumat yang
disampaikan. Manakala 3 pengguna memilih SANGAT FAHAM dan selebihnya memilih
TIDAK KISAH.

Kefahaman pengguna terhadap
Kandungan Inovasi e-Curai

73 Sangat Faham
36 Faham
Tidak Kisah
Tidak Faham

64

6. Daripada keseluruhan sampel, 35 pengguna memilih peningkatan kefahaman yang
TINGGI berbanding menggunakan kaedah sedia ada. 2 pengguna pula memilih SANGAT
TINGGI, manakala selebihnya memilih TIADA PENINGKATAN.

Kadar Peningkatan Kefahaman Pengguna
e-Curai berbanding Kaedah Sedia ada

0 Sangat Tinggi
92 Tinggi
Tiada Peningkatan
35 Penurunan Peningkatan

7. Daripada keseluruhan sampel, 28 pengguna memilih inovasi e-Curai MENJIMATKAN
masa penyampaian maklumat. Manakala selebihnya memilih TIADA MASA
DIJIMATKAN.

Penjimatan Masa penyampaian
maklumat

00

18 Sangat Menjimatkan Masa
Menjimatkan Masa

28
Tiada Penjimatan Masa
Masa Bertambah

65

8. Daripada keseluruhan sampel, 27 pengguna bersetuju bahawa e-Curai praktikal untuk
dibangunkan. 10 pengguna lagi menyatakan bahawa e-Curai Agak praktikal
dibangunkan, manakala selebihnya memilih e-Curai tidak praktikal untuk dibangunkan.

e-Curai praktikal untuk dibangunkan

0
9

Sangat Praktikal
10 27 Praktikal

Agak Praktikal
Tidak Praktikal

9. Daripada kajian yang dilakukan, 40 pengguna menyatakan bahawa latihan
membangunkan e-Curai perlu diberikan. Selebihnya memilih untuk tidak memerlukan
latihan.

Keperluan Latihan Pembangunan e-Curai
di Kalangan Pensyarah

Sangat Perlu
Perlu
Agak Perlu
Tidak Perlu

66

10. Daripada kajian yang dijalankan, 23 pengguna sangat SANGAT BERSETUJU bahawa e-
Curai juga sesuai digunakan oleh pengguna daripada jabatan lain. 10 pengguna lagi
memilih SETUJU, manakala selebihnya memilih TIDAK PASTI.

Gunasama inovasi e-Curai dengan
Jabatan Lain

Sangat Setuju
Setuju
Tidak Pasti
Tidak Setuju

7.0 KEPUTUSAN KAJIAN
inovasi e-Curai merupakan satu inisiatif yang dibangunkan bertujuan untuk melicinkan
lagi proses penyampaian maklumat setiap kali sesuatu mesyuarat dihadiri. Berikut
merupakan kesimpulan kepada kajian yang dilaksanakan:
1. Penjimatan kos dan masa
 Inovasi ini tidak melibatkan belanja yang besar kerana menggunakan sumber
perisian yang percuma (muatturun di ineternet)
 Inovasi ini boleh dicapai berulang-ulang di mana-mana dan pada bila-bila
masa. Impaknya, pengguna boleh melaksanakan kerja-kerja lain mengikut
keutamaan.

2. Potensi dan guna sama
 Inovasi ini boleh juga dijadikan rujukan dan panduan bukan sahaja di jabatan
tertentu bahkan di mana-mana jabatan yang berminat

67

3. Rekabentuk dan pemilihan warna
 e-Curai sangat mudah untuk digunakan dan menarik daripada segi pemilihan
warna dan susun atur antaramukanya.

4. Cabaran
 Latihan – Inovasi ini merupakan inisiatif pembangun sendiri. Untuk
pebglibatan staf lain, latihan perlu diberikan khususnya dalam pembangunan
menggunakan perisian iSpring.
 Kesahan kandungan - Selain itu juga, kandungan persembahan yang
dibangunkan juga tidak disahkan akan kesahihannya kerana pembangun
hanya menyampaikan maklumat berdasarkan catatannya di mesyuarat yang
diambil beliau. Keputusan mesyuarat sebenar perlu menunggu minit
mesyuarat sebenar dikeluarkan.

68

Penulisan Kreatif

KANDUNGAN MUKASURAT

Aku Pendosa 71
1 Norafiza Akma Binti Shamsudin 72
73
Aku 74
Norafiza Akma Binti Shamsudin 75
2 76
77
Bila Resah 78
3 Norafiza Akma Binti Shamsudin

Bangkitlah Semua
4 Siti Arinah Binti Sanat

Rindu
5 Siti Arinah Binti Sanat

Laila
Aikay Aristo
6

Tangan Rakus Ini
Azzah Syahmina Azman
7

Rain...
8 Radika A/P Subramaniam

69

Penulisan Kreatif

KANDUNGAN MUKASURAT

Who Am I? 79
9 Radika A/P Subramaniam

10 Al kIsah di Suatu Petang.. Di Pondok Bas Sabak Bernam
80

Muhamad Anuar Bin Marsib

Kompilasi Kisah Emak dan Anak-anaknya 85
1 1 Nurul Ain Amir Adli 90

12 Cemas
Nurul Ain Amir Adli

13 Kembara Sang Pencipta (Siri 1) 96
Norlina binti Alfan 99
110
14 Kisah Aku dan Apak
15 Marini Mohd Thaib

Dari Meja Sushi King
ar.zira

70

KREATIF 1

AKU PENDOSA
Nukilan : Norafiza Akma Binti Shamsudin

Akulah si pendosa
Galak bermadah demi menutup rasa

Kadang ikhlasku kaku
Kadang tawaku tak berlagu
Ingin menerima tidak menerima
Ingin pejam mata tapi tidak lena

Akulah si pendosa
Asyik meladeni rawan jiwa
Melayan gelojak dengan sinis di muka
Berbisik syaitan membenci tanpa rela
Mencari relevan di sebalik kata-kata
Walau di tutup tak tertutup
Walau kau sorok tetap nampak buruk

Maafkan aku
Si pendosa yang membuak rasa
Kerna kadang aku benci dan sakit hati

Bukan pada tinggimu
Juga bukan pada peranmu

Tapi kerna kata-kata
Yang kau sendiri telanjangi
Aku rela dianggap sepi*96
Malah rela menjauhkan diri
Daripada amarah merengsa di sanubari
Dan sanjung hormat kian mati

71

KREATIF 2

AKU
Nukilan : Norafiza Akma Binti Shamsudin

Aku
Bertatih membaca alif ba ta
Gigih mengira satu dua tiga
Gambaran si pujangga tiada nama
Kertas dan kanvas teman setia
Berperang minat dengan kerjaya

Aku
Hanyalah si pandir yang cuba berbahasa
Menginterpretasi ilmu pelbagai makna

Berteman naskhah berbunga indah
Coretan ilusi riang dan gundah
Kadang tergantung
Kadang bernoktah

Aku
Terbuai kemasyhuran sang munsyi

Bait pujangga membidik hati
Melayan mata pena melangkah tari

Memberi warna
Pada kertas yang lompong

Tidak berseri

72

KREATIF 3

BILA RESAH
Nukilan : Norafiza Akma Binti Shamsudin

Bila jasad ada, hati tiada
Kadang kita alpa mengingat DIA
Sehinggalah saat waktu sentiasa mengejar
Girang dan rindu terasa pudar
Bergetar bibir membaca alif ba ta
Dan mengira satu dua tiga terasa sukar

Bila hati mula menangis
Tak mampu meluah walau sebaris

Sedu sedan tanda merintih
Mencari tenang tak datang menoleh

Dan akal kian terasa letih
Sikap yang waras mula berkalih
Gantilah resahmu dengan zikir tahajud
Tukarkan tangis duniamu dgn bersujud

Kikiskan rawan di hati insan
Berteman amalan tidak bertepian
Moga tiada yang dalam kerugian
Bertemu akhirat penuh keberkatan

73

KREATIF 4

BANGKITLAH SEMUA
Nukilan : Siti Arinah Binti Sanat

Saat mendongak ke langit…
kulihat bebutir halus melindung matahari…

Mungkinkah mendung?
Rupanya jerebu menglilingi…
Udara kuhirup tidak sebersih dulu…

Disepanjang perjalanan
Kulihat pepohon kering

MATI
Dek kerakusan manusia mengejar kekayaan dunia

Tanah kian bogel
Diratah manusia durjana

Air mengalir deras
Tidak tahu dimana hentinya
Tiada lagi stesen untuk disinggah
Maka dilanggar semua di depan mata
Manusia hanya mampu berdoa

Agar air tak garang
Merampas detik bahagia
Namun segalanya terlewat

Kini…
Bangkitlah semua

Bersatu
Membantu mereka yang memerlukan

Jangan di noda bumi indah ini
Agar kita dapat hidup
Aman dan bahagia

74

KREATIF 5

RINDU
Nukilan : Siti Arinah Binti Sanat

Biar waktu berlalu
Rasa rindu ini tidak pernah padam
Rasa sayang ini rasa terawang-awang
Tiada lagi akan menyambut kata-kata sayang…

Tiada lagi ucapan doa darinya
dalam keriuhan, aku rasa sunyi

Setiap detik aku rasa rindu
Seperti belum puas berbakti

Tiada kata-kata akhir
Mereka pergi umpama mentol yang dipadam

Sekelip mata, kami ditinggalkan sendirian
Moga akan bersatu di alam sana
Moga tenang di sana

75

KREATIF 6

LAILA
Nukilan : Aikay Aristo

Laila datang lagi dalam mimpiku.
Apa fantasiku ini terlalu besar buat jadi realitas hidup?

Apa bisa si pencopet mencuri hatinya Laila?
Ah.. Ternyata akulah Majnun si gila!

Laila.. Laila…
Si Raja bilang aku gila kerna kamu.

Tapi aku bilang dia yang buta.
Apa hatiku atau mata si Raja yg buta?

Ketika hati berbicara cinta,
Tinta, pena dan lembaran cerita,

Buat hati yang penuh duka,
Ku simpan kidunganku buat si Laila.

Ku bersimpuh di depan Tuhanku mengarang doa,
Bicara hati mengubat duka,

Alangkah indahnya bisa bersama Laila,
Bertemu dengan mataharinya cinta

Mawar merah buat bauan abadi,
Mawar kuning buat tatapan hakiki,
Alangkah indahnya musim silih berganti.
Akan mekarkah bunga di musim semi?

76

KREATIF 7

TANGAN RAKUS INI
Nukilan : Azzah Syahmina Azman

Tangan rakus ini tiada kesudahan
Tangan rakus ini tiada kekesalan

Tangan rakus ini buta hati
Tangan rakus ini patut dikeji

Tangisnya si air
Sedihnya si udara
Hibanya si pepohon
Deritanya si haiwan
Angkara durjana tangan rakus ini
Haloba, nafsu menguasai raga
Sisa dimuntahkan hari demi hari
Sakitnya tiada terperi
Ditanggung mati flora dan fauna sendiri
Hapuslah habitat dimamah kepupusan
Pasti akan hilang kewujudannya hari demi hari
Tangan rakus ini sedarlah
Setiap inci perlakuan dilihat oleh Sang Pencipta
Jadilah khalifah sejati di bumi Tuhan
Usahlah biar tangan rakus ini terus membinasakan
Moga alam ini kembali indah, harmoni
Penuh kehijauan…..
Penuh kegembiraan…..
Dengan tawa si haiwan

Riang si pokok
Senyuman si udara
Biarlah ia begitu, seindah seperti syurga
Sehinggalah sangkakala akan melenyapkan semuanya

77

KREATIF 8

RAIN….

Nukilan : Radika A/P Subramaniam

Rain,
Your every drop says something,

Something that I want to say,
Please stay,

For you have come,
You have come as a source,

Triggering my thought,
To render a few lines.

What are you?
What have you come for?

Have you come to halt,
The miserable drought?
Have you come to gift,

Many lives in rift?

What are you?
What have you come for?
Have you come as a sign,

A sign of doom?
Have you come as a moment,

A moment of gloom?
What are you?
I have no clue.

If you stay,
As a token of enjoyment,

Let me treasure you,
If you leave,

As a sign of grief,
Let me not mourn,
For it’s your call,
Let me set you free,
For you’re not meant to be.

78

KREATIF 9

Who am I?
Nukilan : Radika A/P Subramaniam

I am the way you are
That makes me who I am

I am humble
You cast me as an amateur

I am passionate
You cast me as a lover

I am trustworthy
You cast me as a friend

I am dedicated
You cast me as a worker

I am critical
You cast me as a judge

I am nasty
You cast me as a rival

I am brutal
You cast me as a perpetrator

I am you
The way you mould me
I am nowhere for you to seek

I am your reflection
The reflection that resides in you

79

KREATIF 10

AL KISAH DI SUATU PETANG…… DI PONDOK BAS SABAK BERNAM
Nukilan : Muhamad Anuar Bin Marsib

Al kisah di suatu petang... Di Pondok Bas Sabak Bernam…
Pada ketika itu aku sedang menunggu bas..
Disebelah aku ada pasangan kekasih yang juga sedang menunggu bas untuk pergi
ke lokasi tertentu..
Berdasarkan pengamatan aku... pasangan kekasih ni sedang berbual sesuatu.. tapi
isi perbualan mereka agak unik...
..
Si lelaki cakap sepatah..
Si wanita jawab sepatah..
..
Si lelaki cakap sepatah..
Si wanita jawab sepatah..
..
Si lelaki cakap sepatah..
Si wanita jawab sepatah..
..
Begitulah seterusnya..
..
Perbualan tersebut berterusan dalam tempoh masa yang agak lama... Aku cuba
mengamati intisari perbualan mereka.
“Nampak menarik… Tapi aku tak berapa faham”.. getus aku dalam hati..
Semakin aku memerhatikan mereka… Semakin rasa berminat nak tahu..
Apa yang rancak sangat mereka bualkan…
Belum sempat aku nak pasang telinga betul-betul…
Perbualan tersebut telah pun tamat..
..

80

..
Aku rasa kecewa… Tak ada rezeki aku…
..
TAPI..
..
Kemudian mereka memulakan perbualan semula...
..
Kali ni aku nekad nak pasang telinga betul-betul untuk mendengar apa yang mereka
sembangkan??...
..
Tak kisahlah… Apa orang nak kata…
Jaga tepi kain orang pun, jaga tepi kain oranglah…
Daripada aku tak buat apa-apa sambal menunggu bas ni..
“Sekurang-kurangnya ada juga perkara berfaedah yang dapat aku buat dekat sini”..
bisik hati kecil aku..
..
(Perbualan pun dimulakan)
Lelaki : d4
Wanita : d5
Lelaki : c4
Wanita : c6
Lelaki : Nc3
Wanita : Nf6”
Lelaki : Nf3
Wanita : e6
Lelaki : e3
Wanita : Be7
Lelaki : Bd3
Wanita : dxc4
Lelaki : Bxc4
Wanita : mmm….. b5
Lelaki : ooo…. Nak main kasar yer… Bd3

81

Wanita : Hahaha… Bb7
Lelaki : “Oooo… Kat situ yer… Ok O-O dulu… Safety first “
Wanita : You O-O?… I pun follow jugaklah.. O-O Hahaha
Lelaki : a3
Wanita : Nbd7
Lelaki : b4
Wanita : a5
Aku terus memasang telinga mendengar perbualan mereka...
Walaupun aku tak faham sebenarnya apa yang mereka bualkan??...
Kod rahsia mereka agaknya bisik aku dalam hati
Lelaki : Rb1
Wanita : axb4
Lelaki : axb4
Wanita : Nd5
Lelaki : Nxd5
Wanita : exd5
Lelaki : Qc2
Wanita : Eh..Eh…Eh… Ada hati nak makan tu ye??… hehehe… g6
Lelaki : Off Course lah… Sedap tu.. Cuba lah buat-buat tak perasan ;)… Hmmmm…
Bd2
Wanita : f5
Lelaki : Ra1
Wanit : Bd6
Lelaki : Rxa8
Wanita : Bxa8
Sehingga ke saat ini pun aku masih tak faham.. aku lihat keadaan si lelaki semakin
bersemangat...
Reaksi wajah si wanita pula kelihatan agak cemas...
..
“Apa yang dah berlaku sebenarnya ni?” keinginan nak tahu semakin membuak-buak
dalam hati
Sambil terus mendengar..

82

Lelaki : Ra1
Wanita : Nb6
Lelaki : h4
Wanita : Qe7
Lelaki : Qb1
Wanita : Bb7
Lelaki : h5
Wanita : Ra8
Lelaki : hxg6
Wanita : hxg6
Lelaki : g3
Wanita : Rxa1
Lelaki : Qxa1
Wanita : Na8
Lelaki : Nh4
Wanita : Kf7
Lelaki : Qa7
Wanita : Qc7
Lelaki : g4
Wanita : fxg4
Lelaki : Bxg6+ Check
Wanita : Alamak… Tak perasan… Hahaha… Tak Aci betul.. Kf6
Lelaki : Aci ada dekat kedai.. Hahaha
..
..
..
Waktu ni aku dah tak dapat nak tangkap hasil perbualan mereka…
Agak pantas… Dan samar-samar..

Sehinggalah akhirnya...
Si lelaki menjerit... Yes!!! I Win… Hahaha..
Si wanita “Tak acilah… You main tipu…”..

83

Aku pun terpingga-pingga...
Perasan nak tahu semakin membuak-buak..

Lalu aku pun bertanya kepada pasangan ini...
"Maafkan saya.. boleh saya tahu awak berdua buat apa tadi?" aku bertanya kepada
mereka..

Dengan serentak mereka menjawab : "Kami main Chess tadi"
“Main chess rupanya”.. aku terpinga-pinga…
“Erk.. awak berdua main chess.. catur tu ke?”, tanya aku lagi inginkan kepastian
“Ye.. kami berdua main Blind Chess. Main chess hanya dengan menggunakan
notifikasi” jawab si wanita.

Baru aku tahu, ada juga orang main chess macam ni..
Walaupun tiada chess fizikal... tiada software... tiada gadget... tiada komputer..
tiada smartphone.... tapi mereka masih tetap boleh bermain chess dekat stesen bas
jer… Sambil-sambil tunggu bas…

“Hebat! Hebat”… Kata aku dalam hati..
Sedang aku bercakap sendirian dalam hati…
Tiba-tiba ada orang panggil aku.
“Adik… Adik tak nak naik bas ke?” jeritan daripada pemandu bas…
Aku tersedar dari khayalan…. Lalu menjawab… “Nak… Nak… “
Lalu aku menaiki bas… Dan bas berlalu pergi…
Dengan satu info baru yang dapat aku pelajari pada hari ini…
Main Chess boleh dimainkan secara imaginasi.
Lepas ni aku nak try jugaklah…
Nota: cerita ini hanya rekaan semata-mata.. tapi tak mustahil ia boleh berlaku..

84

KREATIF 11

KOMPILASI KISAH EMAK & ANAK-ANAKNYA
Nukilan : Nurul Ain Amir Adli

Berikut merupakan kompilasi kisah saya dan anak-anak; Aulia’ 4 tahun dan Izzah 2
tahun. Setiap hari merupakan hari terindah bersama anak-anak dan setiap hari juga
saya belajar untuk menjadi ibu yang terbaik walaupun hampir pasti sukar untuk
menjadi seorang ibu yang sempurna. Semoga anak-anak yang dilahirkan termasuk
anak-anak pembaca membesar menjadi anak-anak yang soleh solehah penyejuk
mata ayah ibu & menjadi aset syurga buat kita semua di Hari Penentuan kelak.
Amin.

KISAH 1 : TEKA-TEKI

Main teka-teki dengan anak-anak hari ini. Aulia' si anak sulung siap suruh tekan meja
ala-ala buzzer kalau nak jawab. Fungsi seorang ibu seperti biasa pura-pura tidak
tahu akan jawapan dan pantau keadaan.

Adik: Siapa yang buat mata?
Kakak: Allah!
Adik: Betul! Ok ada lagi. (Kakak dan ibu menunggu).
Adik: Siapa yang buat mata sebelah lagi?
Kakak: Allah!
Adik: Betul! Ok ada lagi.
(Nampak gaya adik sahaja yang monopoli tanya soalan Kakak dan ibu
menunggu soalan).

Adik: Siapa yang cipta Allah?
(Ibu berlakon tidak tahu dan pura-pura sedang berfikir dengan niat untuk beri
peluang pada kakak Aulia’ untuk jawab).

85

Kakak: Allah!
Emak: Erm, Tiada sesiapa yang ciptakan Allah. Allah berdiri dengan sendirinya. Allah
tu Maha Berkuasa.☺
Seketika, kakak ada bertanya: “Siapa yang buat huruf ABC?”
Lantas aku menjawab: “Manusia yang cipta, tetapi Allah yang beri ilham dan ilmu
tu”.
Didoakan cahaya mata kita semua sentiasa menjadi penyejuk mata dan aset
syurga buat kedua ayah dan ibu kelak. Amin.

KISAH 2 : ADIK VS BABY
"Waaaa~ waaaa~"
Tiba-tiba terdengar suara adik Izzah menangis.
"Kenapa dengan adik tu Aulia'? Menangis betul ke main-main tu?", tebakku.
"Ini bukan 'adik', ini BABY", balas si Izzah seraya berhenti berlakon menangis.
Oh, rupanya dia dengan kakak Aulia' tengah main ‘mak-mak’. Seorang jadi mak
(kakak), sorang jadi baby (adik Izzah).
Habis dibalutnya adik persis sardine roll dengan karpet kecil yang baru dibeli.
Takpelah nak, janji kalian bahagia.

86

KISAH 3 : BELAJAR NAMA JARI DENGAN ADIK IZZAH
Izzah: Mak, ini jari ibu. Ini jari telunjuk, ini jari hantu, ini jari masin.
(Sambil tunjuk pada jari-jari yang berkenaan).
Emak: Jari apa?
Tekejut dan bertanya semula pada Izzah menyangkakan aku tersalah dengar.
Izzah: Ini jari masin.
(Sambil menunjukkan jari di antara jari kelingking dan jari hantu).
Emak: Bukan jari MASIN lah adik, jari MANIS yang betulnya.
Seterusnya, aku menyoal nama jari yang paling hujung.
Emak: Ini jari apa Izzah? Jari keeeee......??
Izzah: KELABU!!
Ok, sikap yakin diri yang perlu dicontohi walaupun berlaku kesilapan yang agak
jelas. Sepatutnya KELINGKING.
Good attempt my dear. *Grin*
KISAH 4 : SYURGA – BAHAGIAN 1
"Allah...Allah..Allah..", berulangkali kakak Aulia' sebut. Tak semena-mena, disambut
oleh adiknya Izzah:
"Jangan cakap 'Allah, Allah' la"
"Kenapa tak boleh dik?", aku bertanya.

87

"Kalau sebut 'Allah' banyak kali, insyaAllah dapat pahala, boleh masuk Syurga",
sambungku lagi.
"Entah adik ni, adik nak masuk api neraka ke?", kakak menyampuk.
"Alamak kakak, janganlah cakap macam tu", tequrku.
Yang sebenarnya, Izzah suka menyakat kakaknya, dan dua beradik ini ada tabiat
suka mengadu dan suka larang satu sama lain untuk sebut apa-apa perkataan,
walaupun sebenarnya okay je apa yang disebutkan tu.
KISAH 4 : SYURGA – BAHAGIAN 2
"Emak, Syurga tu macam mana?", tanya kakak Aulia'.
"Syurga tu tak terbayang Aulia'. Tapi memang sangat-sangat cantik & seronok."
"Syurga tu cantik? Cantik macam kubur ke?"
Mungkin kerana dia bandingkan syurga dengan kubur kerana aku dan suami
pernah beritahu sebelum ke Syurga, seseorang perlu mati dan masuk kubur
terlebih dahulu.
"Bukan macam kubur (tergelak kecil), kalau Aulia' nak tengok dan masuk Syurga,
kenalah ikut perintah Allah, solat, dengar cakap mak ayah.
Lagi Aulia, orang yang masuk Syurga semua akan senyum sahaja sepanjang masa
sebab best sangat duduk dalam tu.
Dalam tu nanti, apa sahaja yang kita mintak, semua kita dapat. Aulia' nak apa?"
"Aulia' nak main game la, game handphone"

88

" Ha, InsyaAllah boleh. Aulia' tak payah cakap pun, Aulia' terlintas fikiran dalam
kepala pun boleh dapat nanti"
"Macam mana tu mak?"
Kebetulan maknya dah bergegas ke bilik air untuk qada’ hajat dan mungkin kena
tingkatkan pembacaan dan kutip kuliah-kuliah dari ustaz ustazah untuk bersedia
dengan soalan yang diluar jangkaan oleh anak-anak kesayangan ini.
Juga suka untuk dikongsikan berkenaan Hadith Naqli tentang manusia yg sentiasa
tersenyum (Faakihun) dalam Syurga atas sebab tersangat bahagia seperti yang
diterangkan oleh Ustaz Syaari Ab Rahman dalam salah satu kuliah tadabbur beliau:
Boleh rujuk Surah Yasin pada ayat 55. (36:55)
"Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka
menikmati kesenangan;"
Menurut Ustaz Syaari Ab Rahman, Syurga tidak diterangkan secara terperinci di
dalam Al-Quran kerana indahnya takkan terbayang dek akal manusia. Cuma
Allah sering menggambarkan bagaimana keadaan manusia di dalam SyurgaNya.
Wallahu'alam.

89

KREATIF 12

CEMAS
Nukilan : Nurul Ain Amir Adli

Setibanya di stesen minyak, sedang sang suami bergegas menerpa ke kaunter
pembayaran, aku pula terus bergegas mencari dompet di dalam kereta bak lipas
kudung. Namun tak ketemuan. Katakan sahaja di mana tempat yang tak ku cari;
dalam beg tangan? beg makanan? di celah-celah ruang tempat duduk kereta?
Namun masih gagal ketemuan dengan dompet nan satu.
"Abang, ada nampak dompet saya?” tanpa berlengah aku suarakan kegusaranku
kepada suami yang telah kembali ke dalam kereta.
"Tak nampak pula. Cuma yang abang ingat, zip handbag awak memang dah terbuka
masa abang masukkan dalam kereta tadi. Risau anak-anak ada main waktu kita
tengah berkemas tadi”, jelas suamiku.

Sesaat, terus aku menoleh ke susuk cahaya mataku yang kedua; Izzah yang kini
telah menginjak ke usia 2 tahun 7 bulan. Petah berkata-kata selain gemar bermain
dengan barang-barang kepunyaan aku dan suamiku.
"Izzah ada main dompet mak tadi?"
"Takda", jawabnya bersahaja.
"Kakak Aulia' ada main dompet mak?” tebakku pada Aulia' si kakak sulung yang beza
usianya hanyalah 2 tahun dengan adiknya. Seorang yang agresif namun lembut hati
jika kena pada cara melayannya.

90

"Mana ada", jawab Aulia’ dengan nada sedikit menjengkelkan. Mungkin kurang
selesa dituduh secara rambang. Sesiapapun mungkin menunjukkan reaksi yang
sama jika ditebak begitu rupa.
Spontan, aku menghelakan nafas berat. Ya, di waktu ini apa yang mampu dibuat
hanyalah pejamkan mata, berfikir dengan tenang dan tentulah berfikiran positif.
Apa impaknya jika benar-benar dompet tertinggal di rumah? Selain memikirkan
solusi terbaik jika aku memerlukan wang. Muncul idea yang transaksi wang boleh
dilakukan secara online. Suami juga ada jika aku memerlukan wang. Kelihatan lucu
namun segala solusi perlu difikirkan di kala diuji sebegini. Hanya yang pernah
mengalami kehilangan dompet yang faham perasaan tersebut.

Akhirnya aku tewas, dalam hati masih ligat memikirkan di manakah tempat terakhir
aku buka dompet tersebut.

‘Mana aku letak ya?’, gumamku dalam hati.

"Oh abang, baru teringat, saya tertinggal dompet dekat pejabat siang tadi untuk
bayar duit makanan."

Ok yakin. Tenang sekejap hati yang tadi bergelora bak lautan Hindi. Namun,
mungkin sifat hati itu sendiri atau dalam bahasa arabnya; qalbun yang bersifat
berbolak-balik. Aku tak dapat menipu diri sendiri yang keresahan itu masih menerpa
tak henti-henti.

"Abang confirm abang tak nampak apa-apa tercicir dekat luar rumah tadi kan?",
ujarku pada suami tersayang.

"Ya, abang tak nampak apa-apa sayang", balas sang suami sambil tangkas memandu
membelah kepekatan malam.

Baiklah. Dikala ini, yang terakhir yang dapat aku usahakan hanyalah berzikir
sebanyak-banyaknya mengingati sang Pencipta diri. Dialah yang Maha Mengetahui

91


Click to View FlipBook Version