The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit PSIS, 2019-02-13 20:08:10

CENDEKIA 2019 : Kompilasi Penulisan Ilmiah & Kreatif

Kompilasi Penulisan Ilmiah & Kreatif

Keywords: Ilmiah, Kreatif,psis,penerbitan psis,penerbitan,buku,cendekia,ilmiah,kreatif,malaysia membaca,kompilasi,jom baca

segala apa di langit dan di bumi. Hanya Dia yang dapat menenangkan gundah gulana
dalam hati hambaNya ini. Benarlah manusia itu betul-betul mengingati dan
menyandarkan sepenuh hatinya kepada Khaliqnya bila dia benar-benar diuji.
Terus teringat lafaz zikir dimana tiada satu pun masalah yang tidak dapat
diselesaikan dengan zikir ini, dan sekecil-kecil masalah tersebut ialah kerisauan
dalam hati. Tak lain dan tak bukan, zikir tersebut ialah lafaz: 'La haula wa la quwwata
illa billahil 'aliyyil 'azim'. Bekal dikala gundah yang teramat. Masih cuba positifkan
diri dengan memikirkan sekurang-kurangnya aku hanya tertinggal beg dompet,
namun handphone masih di sisi.

"Ya Allah abang, baru teringatlah tadi dalam bilik dekat rumah, saya ada masukkan
kerongsang tudung dalam dompet. Bukannya dompet tertinggal dekat pejabat.
Pelik mana saya letak dompet tu ya?”, aku masih belum putus ada dalam mengorek
sisa ingatan akan lokasi dompet tersebut.

"Hmmm", balas suamiku.

Mungkin kelu lidahnya dan tak terdaya melayan kerenah isterinya yang masih
teringat-ingatkan dompet yang dicari. Putus asa tiada dalam kamus hidupku.
Lagipun mungkin beliau kepenatan setelah seharian bekerja dan malamnya pula
perlu menongkat mata memandu ke kampung halaman yang mengambil masa 2
jam perjalanan.

"Abang?"

"Ya?"

"Jom patah balik sekejap, saya rasa dompet tu ada dalam bilik dekat dalam rumah”,
cadangku penuh pengharapan.

"Hmm, tak payah la. Jauh dah ni”, balas suamiku, acuh tak acuh.

92

Logiknya, sememangnya suami aku berhak menolak cadangan tersebut kerana
telah 40minit kami meninggalkan rumah, dan kini telah pun berada di lebuhraya
LATAR. Akhirnya aku hanya mampu akur akan keputusan muktamad suamiku.
Ya mungkin dengan mendiamkan diri akan membuatkan hatiku lebih tenang,
setenang air di kali.

Arakian, di pertengahan jalan, suamiku mula mengadu yang beliau sangat
mengantuk dan tak berdaya lagi untuk memandu. Sebagai seorang isteri yang
memahami, patuh dan kebetulan mataku juga masih segar (sebab paling kukuh),
aku pun bersetuju untuk menukar posisi dengan beliau yakni aku yang memandu
dan suami menjaga anak-anak yang telah pun lena dibuai mimpi.

Hal biasa untuk memandu di tengah malam dimana acapkali kelihatan kelibat polis
dengan seragamnya berada di bahu jalan sedang menahan beberapa kenderaan.
Awalnya aku hanya memandang biasa suasana tersebut. Namun tiba-tiba akalku
tersentak; Ya Allah, aku memandu tanpa dompet di sisi. Bukan wang yang aku
risaukan, tetapi segala dokumenku iaitu Kad Pengenalan dan Lesen Memandu yang
tiada di sisi. Mulalah akalku ligat memikirkan apa yang bakal aku suarakan jika
ditakdirkan kereta aku ditahan polis. Dalam hati mula berfikir hanya Allah sebaik-
baik pembantu. Bantu aku Ya Allah.

Sehinggakan di suatu ketika, aku terlampau panik melihatkan lampu-lampu
berwarna biru di sepanjang bahu jalan kira-kira 300 meter di hadapanku.
Kusangkakan ia merupakan sekumpulan polis yang sedang menahan pemandu-
pemandu kenderaan. Tanpa berlengah aku terus kejutkan suami yang sedang lena
tidur dengan niat untuk menukar posisi suamiku untuk memandu kereta. Rupa-
rupanya lampu tersebut cumalah nyalaan daripada proses pembaikan jalan yang
sedang dilakukan. Hampa dan lucu, aku pun meneruskan pemanduan hingga
selamat tiba di destinasi.

Setiap penceritaan, pasti ada permulaan, klimaks dan penutup penceritaan. Kuasa
Illahi, sejurus aku memarkir kereta, menekan brek kaki, menukar gear ke ‘P’,

93

menarik brek tangan, hatiku meronta-ronta ingin melihat kandungan dalam beg
pakaianku. Kerana apa? Kerana baru aku teringat detik aku mengemas baju di dalam
bilik selari dengan detik aku memasukkan kerongsang di dalam dompet milikku.
Dengan harapan yang masih bersisa, aku pun segera berlari mencari beg pakaianku
di bonet belakang tanpa menghiraukan suami dan anak-anak yang masih lena di
dalam kereta.

“Ya Allah! Finally I found you!!”, tempikku sedikit kuat memecah keheningan
malam. Bercampur baur perasaan; sedih, syukur, gembira menjadi satu. Sedih
memikirkan aku yang separuh gila risau akan kehilangan dompet sepanjang 2 jam
di dalam kereta. Syukur mengenangkan dompet yang telah dijumpai dan juga
bersyukur yang aku akur pada keputusan suami untuk tidak berpatah balik setelah
40 minit kereta bergerak dari rumah ke kampung halaman. Gembira kerana yang
dirisaukan kini telah berada di dalam genggaman tanganku. Alhamdulillah. Segala
puji hanya layak ku ucapkan padaMu Ya Allah.

Berbalik pada hal dompet tadi, kecuaian dan mungkin kerana aku mengemas
pakaian pada waktu-waktu terakhir menyebabkan aku culas dan segera mengambil
jalan pintas memasukkan dompet di dalam beg pakaian; sesuatu yang tidak pernah
aku lakukan sebelum ini tanpa memikirkan impaknya. Ditambah dengan penyakit
lupa yang kian menjadi-jadi seiring peningkatan usia barangkali.

Setelah selesai mengalihkan barang-barang ke dalam rumah dan menguruskan
anak-anak, aku tergerak untuk memberitahu suamiku tentang penemuan dompet
tersebut. Dengan sisa kekuatan yang ada, aku ceritakan satu per satu pada suamiku
sambil menekup muka menahan perasaan malu atas sikap cuaiku tersebut. Tanpa
sebarang kata, suamiku terus melangkah keletihan ke kamar dan beradu
meninggalkan isterinya yang masih teringat-ingat kes dompet yang ‘hilang’
tersebut.

Aku juga cuba membayangkan sekiranya suamiku bersetuju dengan ideaku untuk
patah balik ke rumah. Tak tergambar wajah berang suamiku sekiranya perkara

94

tersebut terjadi ditambah dengan sikapku yang kadangkala memang menguji
kesabaran sang suami hari demi hari. Ampunkan isterimu ini abang. Hanya Allah
selayak membalas kesabaran seorang suami melayan setiap inci kerenah isterinya
ini.
Bertepatan dengan lirik lagu ‘Mr. Ragaman’ oleh penyanyi Faizal Tahir yang
berbunyi:
“dah berkali-kali kau (isteri) buat lagi.”
Semoga Allah merahmati setiap pasangan suami dan isteri di muka bumi ini, semoga
kebahagiaan buat kita semua berkekalan di dunia dan akhirat sehingga ke
SyurgaNya. Aminn.
Dan semoga aku lebih berhati-hati dan prihatin dalam memastikan segala barangan
berharga disimpan sebaik-baiknya, InsyaAllah mudah-mudahan.

95

KREATIF 13

KEMBARA SANG PENCINTA - SIRI 1
Nukilan : Norlina binti Alfan

Ketika ini aku mula menghela nafasku. Aku merenung nama klien yang baru
bertemu denganku sebentar tadi. Serentak aku mengimbas kembali butir
percakapanku. Ya, mungkin. Mungkin ada kekhilafan butir kata di dalamnya.
Mungkin juga ada emosiku yang mudah terusik ini menganggu perjalanan sesi
kaunseling tadi.
“Tak naklah. Rasa bosan.” Katanya dengan nada suara yang agak berlainan daripada
kebiasaan. Seorang yang terbiasa santun tiba-tiba melantunkan nada suara yang
agak keras.
Dan aku, perasaanku, berkocak kuat dari dalam. Ego seorang dewasa ini sangat
terusik dengan tingkahlaku sebegitu rupa. Di saat jiwaku berperang dengan rasa dan
perasaan, jantungku semakin kuat berdegup. Serentak aku cuba melawan dengan
membayangkan kalimah Allah terpahat dalam dadaku, memancarkan cahaya yang
terang benderang.
“Kalau rasa ego ini besar, sesungguhnya Allah Maha Besar! Allah izinkan klien ini
berperilaku begitu kerana Dia ingin menyatakan, Dia Maha Besar!” ku jerit di dalam
hatiku sambil ku kawal nafasku menahan rasa yang menganggu.
Peristiwa itu sangat menekan aku. Sangat menganggu. Sangat..ah!
Aku cuba menenangkan diri, sambil mencari di carian Google tentang peristiwa yang
berlaku di dalam sesi tadi.
“Resistance, in the context of the field of psychoanalysis, refers to oppositional
behavior when an individual's unconscious defenses of the ego are threatened by an
external source. Sigmund Freud, the founder of psychoanalytic theory, developed his
concept of resistance as he worked with patients who suddenly developed

96

uncooperative behaviors during sessions of talk therapy. He reasoned that an
individual that is suffering from a psychological affliction, which Sigmund Freud
believed to be derived from the presence of suppressed illicit or unwanted thoughts,
may inadvertently attempt to impede any attempt to confront a subconsciously
perceived threat. This would be for the purpose of inhibiting the revelation of any
repressed information from within the unconscious mind.” Larsen & Buss (2008).
Allah… Allah….! Serentak bergenang air mataku. Ya Rabb, bagaimana aku melihat
hamba-hambaMu dengan kasih sayang sekiranya keegoan dan keangkuhan ini
masih menebal di dalam dadaku? Kenapa sukar bagiku untuk memaafkan mereka
kerana berperilaku sebegitu? Adakah aku merasakan aku hambaNya yang terbaik,
sedangkan ujian hidupku cuma secuil berbanding dengan kelukaan hati yang dialami
seorang anak yang terpaksa melalui episod yang tidak terjangkaukan? Dan rasa
marah itu aku perlu lampiaskan kepadanya kerana aku seorang dewasa dan dia
seorang remaja? Angkuh dengan usia dan pengalamanku? Menidakkan perjalanan
insan lain yang sama-sama mencari cinta dan redhaNya?
Selama beberapa hari, aku kembali merenung bait-bait peristiwa yang berlaku.
Serentak aku membelah sejarah hidupku, mengenalpasti kesakitan dan lompong-
lompong yang pernah berlaku. Nyata… bibirku seringkali berdoa untuk menjadi
seorang Sang PencintaNya, tetapi batinku seringkali tumpas dan tak terdaya.
Pagi tadi… aku cuba menarik nafas sedalam-dalamnya, dan menyeru nama Maha
Cinta yang aku agungkan. Aku cuba menaip mesej ringkas, kutujukan khas buat klien
tersebut.
“…….. Puan, saya minta maaf kalau ada kata-kata dan perilaku saya menyinggung
perasaan puan..” Hujung ayat itu meruntun sanubariku.
“Takpe. Saya dah biasa. Itu adalah proses dalam terapi. Kalau awak dah bersedia,
bagitahu saya. Insya Allah saya akan cuba bantu awak nanti.”
“Ok puan.”

97

Noktah. Tetapi jauh di sudut hatiku… aku mengharapkan ia bukan satu penamat
mutlak. Syukur ya Allah! Kau anugerahkan rasa sayang kepada sesama manusia ini
melampaui rasa yang ada di dunia.
Alhamdulillah.

98

KREATIF 14

KISAH AKU DAN APAK
Nukilan : Marini Mohd Thaib

Saya nukilkan perbualan di antara saya dan Allahyarham bapa saya untuk dijadikan
kenangan. Allahyarham bapa saya dikenali sebagai seorang yang pandai bermain
kata dan gemar berbual – bual dengan sesiapa sahaja yang beliau temui. Saya masih
ingat lagi sewaktu kecil rumah saya seringkali didatangi oleh rakan – rakan beliau,
jirang tetangga malahan rakan – rakan adik beradik saya yang bertandang untuk
mendengar Allahyarham bapa saya bercerita berjam – jam lamanya. Di akhir usia
beliau, saya sempat menjaganya dan saya sisipkan perbualan di antara saya dan
beliau yang saya kira agak lucu untuk dikongsi kepada pembaca sekalian. Jalan
penceritaan diubahsuai sedikit menggunakan bahasa yang sesuai untuk terbitan ini.

KISAH 1 : UBAT GIGI

Apak : Anak bapak ada tapal gigi?
Saya : Hah? Tampal gigi?
(mungkin sebutan tidak jelas sebab beliau membuka gigi palsu beliau)

Apak : Bukan...tapal gigi (sambil menunjukkan gigi palsu beliau di tangan)
Saya : Apak nak tampal gigi ke? Mana boleh. Nak gam?
Apak : Allahuakhbar, apa susah sangat kau ni, tapal gigi.
Saya : Tampal gigi?
Apak : Ya Allah...tapal...tapal...tapal.
(ok...pening...bertekak dalam beberapa saat)

Apak : Apa punya Bahasa Melayu la kau tak tahu.
Saya : Ubat gigi ke maksud apak?
(sebab beliau membuat aksi seperti menggosok gigi palsu beliau)

99

Apak : Gigi tak sakit, buat apa nak ubat.
(Kemudian saya tunjukkan kepada beliau ubat gigi)
Apak : Haaa, ni lah tapal gigi. Kau tapal gigi pun tak tahu. Ini namanya tapal gigi.
Saya : Tak pernah belajar la pak kat sekolah pun, ni ubat gigi.
Apak : Ubat gigi...huh (berlalu sambil tersengih - sengih kata kita bodoh bahasa)

Tak puas hati...Google...ok..memang betul tapal gigi tu ubat gigi dalam bahasa
Indonesia. Apak , anak awak ni tinggal di Malaysia tau

KISAH 2: CERMIN

Apak : Kenapa apak selalu nampak bayangan sendiri?
Saya : Kat mana?
Apak : Dalam toilet.
Saya : Kat cermin?
Apak : Ya.
(Beliau bawa saya ke tandas untuk melihat cermin)

Saya : Memang lah pak, kita boleh nampak diri sendiri dalam cermin.
Apak : Tak rasa pelik ke kita ada dalam cermin?
Saya : Laaa,selama ni kan apak tengok cermin. Tak kan tak nampak diri sendiri?
Apak : Tak ada. Baru - baru ni je nampak. Bila apak cakap dengan dia, dia angguk.
Saya : Dah apak angguk, dalam cermin pun dia angguk lah.
Apak : Tapi dia kenyit mata dia kat apak.
Saya : Tak de la pak. Perasaan apak je tu.
Apak : Hari - hari apak jumpa dia. Yang peliknya dia tak makan, tak minum. Asyik
di situ sajA dia.
(Saya sudah tidak boleh tahan. Saya gelak kuat - kuat. Bapa saya ikut gelak.
Tiba – tiba beliau cakap)

100

Apak : Apak gerak - gerakkan tangan apak tapi kat cermin tangan dia diam aje.
(Ok la pak, daripada rasa kelakar dah rasa seram pula)

KISAH 3 : MAKAN

Hari ini saya menjemput apak di rumah kakak saya. Saya tanyakan kepada beliau
samada beliau sudah makan atau belum supaya saya boleh sediakan makanan yang
beliau teringin nak makan. Maka terjadilah perbualan seperti berikut;

Saya : Apak dah makan?
Apak : Belum.
Saya : Kenapa tak makan lagi? Sudah lewat.
(Apak terus membuat suatu aksi untuk menerangkan kenapa beliau tidak makan
lagi tanpa berkata - kata. Rugi pula saya tidak mengambil video sebab aksi yang
beliau tunjukkan sangat lucu. Maka berteka teki lah saya dengan beliau untuk
cuba menafsirkan apa yang ingin disampaikan.

Saya : Apa tu pak? Hisap rokok?
(Beliau menggeleng sambil meneruskan aksi lakonan)

Saya : Ish pak..dah mcm hisap ganja dah rupanya.
Apak : Benda makan, tak kan ganja pula. Ala, apa orang Melayu sebut tu, kakak kau
masak.
(Beliau meneruskan aksi menyedut sesuatu dengan bahu terhenjut - henjut persis
seperti orang menghisap ganja. Lama juga saya nak menangkap apa yang beliau
cuba sampaikan. Sudah kelihatan seperti bermain “Heads Up” pula.

Saya : Siput sedut kot ni.
Apak : Haaa, betul. Apak tak boleh makan lah kakak kau masak tu.

101

KISAH 4 : HILANG

Bapa saya menghulurkan wallet beliau.

Apak : Anak apak simpan beg duit apak. Rumah anak apak tidak aman lagi.
Saya : Kenapa pak, bukannya ada pencuri.
Apak : Kau tak tahu. Semalam sekotak rokok apak hilang, harini sekotak lagi
hilang. Sebatang pun apak tak sempat nak hisap. Hairan betul apak. Malam ni
temankan apak tido lah. Apak takut, ada benda kat rumah kau ni.
(Lalu beliau membaca surah - surah lazim untuk dijadikan pendinding)

Kalaulah beliau tahu suami saya yang sorokkan rokok beliau, mesti beliau sedih.
Sampai tak selera nak makan tadi teringatkan rokok beliau yang lenyap secara
tiba - tiba. Kami bukannya apa, kena kawal untuk beliau. Kalau merokok tu
seperti makan nasi. Jadi tugas kamilah nak kawal mana yang boleh.

KISAH 5 : RAMBUT

Setelah beberapa ketika sampai ke rumah setelah mengambil bapa saya dari
rumah kakak saya.
Apak : Siapa kau? Kenapa keluar masuk bilik anak saya? Apa dah kau buat dengan
dia?
Saya : Apak, ni orang lah. Marini.
(Beliau merenung saya)

Saya : Ni orang la pak.
Apak : Kau potong rambut?
Saya : Ya (saya baru memotong rambut pendek )
Apak : Apak mati - mati ingat ada lelaki masuk rumah. Dari tadi apak dalam
ketakutan. Apak fikirkan perompak.

102

KISAH 6: MAK

Apak : Apak nampak arwah mak kau dalam bilik. Sekarang dia ada lagi dalam bilik.
Apak cakap dengan dia, saya sembahyang dulu. Dia diam saje. Dia pakai sama baju
dengan apak. Dari mana dia beli baju sama macam apak?
(Kemudian bapa saya sengih)

Saya : Apak...masa Maghrib ni jangan macam - macam. Marilah kita sama - sama
sedekahkan fatihah kat arwah mak. Kita sama - sama doakan mak ek.

KISAH 7 : RADIO

Pukul 2.40 pagi kami suami isteri terjaga dari tidur setelah mendengar ketukan
pintu.
Apak : Yang...tengok dalam bilik apak. Ada perempuan menyanyi dalam bilik apak.
Suara dia sama macam arwah mak kau.

(Saya dah tak boleh buka mata, jadi suami saya tolong temankan bapa saya. Rupa
- rupanya suara perempuan yang dikatakan seperti suara arwah mak saya
datangnya dari lagu yang sedang berkumandang di radio iaitu lagu Projector
Band - Sudahku Tahu)

KISAH 8 : GARAM

Semalam saya goreng tempe tidak letak garam dan kunyit. Sengaja buat begitu, nak
eat clean kononnya. Bapa saya merungut tidak ada rasa garam, tawar. Saya
terangkan kepada beliau kebaikan eat clean ni. Tetapi tekak beliau tidak boleh
terima. Tadi saya goreng ayam nak masak black pepper. Beliau masuk dapur.

Saya : apak nak apa, lambat lagi waktu berbuka.
(perlahan - lahan beliau bisik di telinga saya)
Apak : Hari ini jangan lupa tambah garam.

103

KISAH 9 : NAMA
Bapa saya menceritakan kisah bagaimana beliau menamakan kami adik beradik.
Tidak pula saya bertanya. Mungkin beliau hendak mengimbau kenangan lama.
Kartini - nama seorang raden (pemimpin) di Tanah Jawa. Namanya Raden Ajeng
Kartini. Saya dah Google memang betul.
Iskandar - sempena nama Iskandar Zulkarnain. Semua orang tahu siapa dia.
Robin - nama sejenis burung. Dapat idea sebab nampak burung tu kat pokok.
Irwan - kesian abang saya. Tak ada cerita istimewa mengenai nama dia.
Marini - nama seorang penyanyi Indonesia era 60-an. Saya dah Google. Cantik
orangnya.
Anda bagaimana pula? Cuba tanyakan mak ayah anda. Mana tau ada cerita
menarik di sebalik nama anda.
P/S: Nama anak zaman sekarang, masyaAllah, panjang bukan main. Dasyat
trend zaman sekarang. Nama pangkal adik beradik saya jika disusun dari sulung
hingga bongsu menjadi KIRIM. Kalau ada 7 orang anak, jadi KIRIMAN, jika ada
sepuluh orang anak mungkin boleh jadi KIRIM SALAM.

104

KISAH 10 : KORIDOR
Apak : Apa maksud koridor?
(fuh...susah saya yang dikatakan bodoh bahasa oleh dia nak terangkan maksud
koridor)
Saya : hmmm..contoh lah macam kat sekolah. Ada banyak tingkat kan. Ada banyak
kelas kan. Keluar dari kelas nak ke kelas lain ada jalan...haa tu koridor.
(Beliau merenung saya agak lama. Saya dah seram, apalah yang nak kena
marah dengan beliau ni)
Apak : Tadi apak tengok berita dia cakap koridor raya. Tu macam highway ke?
(ooo...ok pak,,ni topik berat ni. Terus buka Google baca kan kepada beliau apa
maksud koridor raya. Koridor raya multimedia adalah satu kawasan kira-kira 50
km dengan 15 km yang meliputi tiga projek mega. Tiga projek mega tersebut
ialah Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Putrajaya dan Lapangan
TerbangAntarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Projek ini menggunakan produk dan
perkhidmatan multimedia.)
Apak : Apa itu multimedia?
(sudah - sudahlah pak...nanti dah jadi macam kelas IT pula)

105

KISAH 11 : TELEFON

Seharian masa yang diperlukan untuk menerangkan konsep bagaimana nombor

contact disimpan di dalam telefon kepada bapa saya. Gara - Gara handphone beliau

rosak dan saya gantikan yang baru. Beliau sangat susah hati banyak nombor yang

hilang dan beliau sangat bingung ke mana nombor - nombor contact itu hilang. Perlu

ditekankan bapa saya ni buta IT. Guna handphone hanya tahu membuat dan

menjawab panggilan sahaja.Yang lucunya beliau kata;

Apak : Tulis nama Abas dalam ni.
Saya : Apa nombor dia?
Apak : Apak tak ingat.
Saya : Jadi nak buat apa pak, bukannya ada nombor. Apak bukannya boleh call dia.
Apak : Tak mengapa. Nanti dia telepon apak, apak boleh tahu dia yang call.
Saya : (Pening)

KISAH 12 : KELIRU

Apak : Anak bapak dari mana? Tiba-tiba dah ada kat sini.
Saya : Orang dari dapur pak, basuh pinggan tadi.
Apak : Apak di mana sekarang?
Saya : Di rumah orang lah, kan apak di Sabak Bernam sekarang.
Apak : Kau siapa? Marini?
Saya : Ye pak, orang lah ni.
Apak : Apak di rumah Marini sekarang?
Saya : Ye, pak.
Apak : Astagfirullah, apak ingat sekarang di Klang. Sebab tu apak pening dari mana
kau datang tiba-tiba sudah ada di sini.

Kisah lepas sahur menunggu Subuh. Ni ok lagi daripada tiba-tiba beliau tanya,
"Siapa perempuan yang baru keluar dari bilik apak?"

106

KISAH 13: ANAK

Saya : Apak, dalam perut ni cucu apak. Perempuan.
Apak : Oh ya ke? (Ketawa)
Saya : Nama dia Fatimah.
Apak : Apa plak Fatimah. (Siap buat muka lagi)
Saya : Habis tu apak nak namakan dia apa?
Apak: Sulastri
(Tergelak besar saya. Itulah nama yang beliau nak berikan kepada anak kakak
saya. Alasan beliau, dulu kakak saya melahirkan anak yang ketiga. Bong *su* ,
*las*t , *three*. Jadi beliau gabungkan menjadi Sulatri. Kreatifkan bapa saya?)

KISAH 14 : KURUNG

Suatu hari jiran saya telefon suami saya.

Jiran : Bro, nak tanya la, sape ye orang tua kat rumah kau ni?
Suami : Bapa mertua aku tu, kenapa ek?
Jiran : Aku balik kuarters ni, dia dok terjerit-jerit kat balkoni.
Suami : Ooo..ok. Tak pe, aku dengan bini aku nak balik dah ni.
(Kami pun balik ke rumah. Sampai sahaja di kuarters sudah kedengaran jeritan
bapa saya)

Apak : Tolong…tolong...kenapa kurung saya di sini?
(Sampai sahaja ke rumah)

Apak : Balik pun engkau orang. Mari kita keluar dari sini. Kenapa kurung apak kat
sini?
Saya : Nak ke mana pak?
Apak : Keluar dari sini lah. Ini bukan rumah kita.
Saya : Apak, ni kan rumah kita, mau ke mana lagi?

107

Apak : Dari tadi apak terjerit - jerit, kereta tu lalu sahaja, tidak mahu berhenti.
Apak sudah haus. Bagi air sikit.
(Selepas bagi minum air, terus beliau duduk dan diam seperti tiada apa - apa
yang berlaku)

KISAH 15 : NYANYI
Sedang memasak di dapur tiba - tiba terdengar suara parau lelaki sedang menyanyi:
Andai kata kami gugur semua, taburlah bunga di atas pusara, kami mohon
doa, Malaysia berjaya...
Wah, bersemangat bapa saya ikut menyanyi lagu yang disiarkan di tv. Moral of the
story: bapa saya yang 86 tahun pun masih lagi bersemangat patriotik, kita yang
muda ni haruslah lebih bersemangat lagi. Malaysiaku tercinta gitu...

KISAH 16 : KUCING
Bapa saya jatuh di dapur (rumah kakak saya). Beliau cakap tiada ada orang ketika
itu di rumah hanya ada kucing peliharaan kakak saya. Tomo namanya. Bapa saya
cakap, kucing tu yang tarik beliau sampai ke ruang tamu. Bila kakak saya cerita,
memang tak masuk akal. Tapi bila difikirkan semula mungkin Allah datangkan
malaikat membantu bapa saya, mungkin bapa saya dalam keadaan mamai beliau
nampak macam kelibat kucing yang tarik beliau. Hanya Allah yang mengetahuinya.

108

KISAH 17 : BUDAK KECIL
Kisah Subuh tadi.
Tok tok tok. bunyi ketukan pintu.
Saya : Kenapa pak?
Apak : Siapa anak kecil dalam bilik apak? (dah sudah) .Mari, lekas tengok dalam
bilik.
Saya : Mana ada sape pak, kita bertiga je dalam umah ni. Suara dalam radio kot.
Apak : Tadi ada. Anak kecil laki. Masa apak sembahyang, dia pun sembahyang,
sedap suara dia mengaji. Apak tanya dia, sudah makan? Dia diam je.
(ok la pak...meremang aih bulu roma. No explanation. Dah lah kuarters ni
memang terkenal dengan perkampungan orang bunian)

KISAH 18 : JAM
Semasa menggodek beg bapa saya. Saya terjumpa jam tangan yang sudah rosak.
Saya : Apak, buang la jam ni. Dah rosak. Kan dah beli yg baru.
Apak : Biar lah dia kat situ. Dia bukan minta minum, bukan minta makan.

KISAH 19 : RAYA
Saya : Apak, bangun pak. Mandi. Siap - siap semua. Dah raya dah ni.
Apak : Eh...tiba-tiba je dah raya?

RUJUKAN
Randy Larsen, David Buss. (2018). Personality Psychology: Domains of Knowledge About
Human Nature. . New York: McGraw-Hill Education.

109

KREATIF 15

DARI MEJA SUSHI KING
Nukilan : ar.zira

Julai 2018
Sushi King Teluk Intan

“Kita buatla satu platform untuk orang hantar penulisan. Kita compile then kita
bukukan. Aku percaya ramai kawan-kawan yang nak join hantar penulisan ni”. “Kau
ingat senang ke..” “Boleehhh..kita buatla sama-sama, setup satu team….tu Zara ada
boleh tolong…” “Hah orang library kan ada, kita terus lantik jadi Ketua Penerbitla..”
Kenikmatan mengunyah seketul Salmon Nishoku terhenti. Aku pandang muka
sorang-sorang..”Tak maula aku. Setakat nak tolong register ISBN tu boleh laa…”
“Saya sokong Zara jadi Ketua Penerbit!”. Belum sempat aku mereka-reka
alasan..Nora Kay angkat tangan menjulang-julang chopstick sushi sambil tersengih-
sengih busuk. Anne dan Hyan angkat-angkat ibu jari tanda best sambil buat muka
comel memujuk.
Pembuli betul!
……………………………………………………………………………………………………………………………….

Julai 2018
Pusat Sumber

“Begini. Projek ini kita letak under Tuan Zoey, our Timbalan Pengarah as Penasihat.
Ketua Penerbit, kaula..hihi. kemudian kita lantik seorang Ketua Editor Ilmiah dan
Ketua Editor Kreatif. Ketua Editor masing-masing cari ahli jawatankuasa untuk
dapatkan seberapa banyak penulisan untuk kita compile”. Mata aku menari-nari
mengikut rentak contengan Hyan di atas sekeping kertas. “Ok. Lepastu kita plan
macam ni…” Pintas Anne tanpa sempat Hyan berceloteh lanjut. Aku rampas pen di
tangan Hyan dan mula mengisi cadangan nama di ruangan jawatan. “Nah! Prepare

110

kertas kerja” kertas penuh contengan tadi ku hulur kepada Nora Kay, setiausaha
tetap kami. Keesokkan harinya, aku mengadap Tuan Zoey untuk mendapatkan
sokongan dan bila berjumpa Pengarah Tuan Eshan…”Bila nak terbit?” Belum pun
sempat aku habiskan penerangan, bos dah tanya bila nak terbit. Huhu. Aku
menganggarkan dia akan mengambil masa yang lama untuk membelek dan
memberi komen tentang betapa tidak kemasnya kertas kerja ini, font tidak cantik,
itu ini begitu begini supaya nampak sempurna di matanya. Surat lantikan kami
belum pun di tandatangan tapi dia dah merentas masa ke depan; mahukan projek
penerbitan ini realistik, bukan lakaran-lakaran megah yang akhirnya tidak ke mana.
“So apa namanya buku ni?”…soalan-soalan berbisa seterusnya hanya mampu aku
jawab dengan sengihan yang panjang……
……………………………………………………………………………………………………………………………….

Ogos 2018
Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Hawa panas meruap ke seluruh ruang
pejabat akibat dari penghawa dingin yang di matikan sejam tadi. Mesyuarat
tergempar baru sahaja selesai. Bertekak, membantah, main-main malah melatah.
Aku sudah pening!
Beberapa hari setelah gerakan promosi dilancarkan..
Boleh tak saya nak hantar puisi? Boleh!
Boleh tak saya nak hantar cerpen? Boleh!
Saya ada satu artikel ilmiah nak share.. Boleh!
Bila tarikh last boleh hantar? 30 Oktober 2018!
Meriahnya pertanyaan tapi belum satupun penulisan yang kami terima….
Aduh duh! Jadi ke tak jadi ni?
“Hyan..Anne…dah berapa ramai yang hantar penulisan?”…baru lima artikel…….
Bila nak terbit?.....tiba-tiba soalan keramat pengarah terngiang-ngiang di kepala…

111

15 Februari 2019
Dewan Syarahan Induk

Satu demi satu slaid dimainkan.
Iringan lagu lagu rancak menambah debar dalam dada.
Paparan Screen gergasi itu kami tatap terpaku.
Menghampiri beberapa slaid terakhir….aku mencuri pandang wajah-wajah di
sebalik ceritera ini..
Kami berbalas pandangan..berbalas senyuman leret yang panjang..
Slaid terakhir!
Di biarkan kekal di layar gergasi; Pelancaran CENDEKIA: Kompilasi Penulisan Ilmiah
& Kreatif!
Lantang suara pengacara majlis kurasakan bergema seluruh dewan.
Bisik bisik suara timbul tenggelam dengan tepukan gemilang.
Tahniah! Akhirnyaa..

CENDEKIA: Kompilasi Penulisan Ilmiah dan Kreatif
Penerbit: Politeknik Sultan Idris Shah
eISBN 978967096238
3 Prakata
2 wacana
100 mukasurat
20 penulis
20 Karya

112

“So what is next project? Tanya Anne.
“Jom Sushi King!” “Jommmmmm!!!” serentak kami balas sahutan Nora Kay.
Hahahahah!! Adoi! Apalagi kali ini…aku dengar-dengar kakak yang dua orang tu
bukan main lagi nak buat projek cari duit raya pulak dah.
Buka butik katanya..amboiiiiii
Aku rasa kamu semua patut cuba cari idea berangan di meja Sushi King..
mungkin pedas wasabi yang menikam-nikam liang kepala boleh memberi idea yang
bercambah cambah!

113

SIDANG EDITOR

KETUA PENERBIT

Noor Azira Abdull Razak

KETUA EDITOR PENULISAN ILMIAH KETUA EDITOR PENULISAN KREATIF

Nor Hayati Mohammed Sani Ainie Hayati Noruzman

EDITOR PENULISAN ILMIAH EDITOR PENULISAN KREATIF

Siti Suhana Wahab Ruzanna Abu Bakar
Nora Shakirah Mat Desa Anisah Mohd Nor
Nurul Fika Ayuni Pauzi Muhammad Syafiq Abdul Ghafar
Mohammed Ilias Harun Habib Ahmad Patel Roslaini Ahmad Sabri

114

Politeknik Sultan Idris Shah
Sg. Lang, 45100 Sg Air Tawar

Selangor

No. Tel : 03 3280 6200
No. Fax : 03 3280 6400
Laman web :http://www.psis.edu.my


Click to View FlipBook Version