The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU 3062 BUKU LOG BSMM
BONG SIAW CHEN
PISMP BM SJKC 3

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by siawchenbong14, 2021-09-12 11:48:11

MPU 3062 BUKU LOG BSMM

MPU 3062 BUKU LOG BSMM
BONG SIAW CHEN
PISMP BM SJKC 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, PETI SURAT
10491, 88805, KOTA KINABALU, SABAH.

KOKURIKULUM- UNIT BERUNIFORM
MPU 3062

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
BUKU LOG

PISMP SEMESTER SEM 1 TAHUN 2

NAMA: BONG SIAW CHEN
KAD PENGENALAN: 001114-13-0626
ANGKA GILIRAN: 2020072340158
AMBILAN: PISMP JUN 2020
OPSYEN: BAHASA MELAYU SJKC 3
NAMA PENSYARAH: PUAN JENNY KWONG SHUK WAH

ENCIK HAJI ALI BIN ABU BAKAR
TARIKH HANTAR: 5 OKTOBER 2021

Isi Kandung

Bil Kandungan Muka Surat
1
1.0 Biodata Guru Pelatih 2
3
2.0 Carta Organisasi 13
13
3.0 Laporan Aktiviti Mingguan 20
25
4.0 Pengenalan, Konsep, Sejarah dan Kepentingan Unit Beruniform 32
37
4.1 Perlembagaan Pertubuhan BSMM 37
40
4.2 Sejarah Unit Beruniform BSMM 42
44
4.3 Struktur dan Organisasi Pertubuhan 45
47
4.4 Pengurusan dan Pentadbiran Pertubuhan 50
51
5.0 Kemahiran Perkhemahan

5.1 Kraf Perkhemahan

5.2 Ikhtiar Hidup

5.3 Kebudayaan

5.4 Asas Kawad Kaki dan Istiadat

5.5 Asas Pertolongan Cemas

5.6 Simpulan dan Ikatan

6.0 Rujukan

7.0 Lampiran

1.0 Biodata Guru Pelatih

Maklumat Peribadi
Nama penuh: Bong Siaw Chen
Nombor kad pengenalan: 001114-13-0626
Tarikh Lahir: 14 November 2000
Bangsa: Cina
Agama: Buddha
Tempat Lahir: Hospital Umum Sarawak
No. Tel / hp: 011-33816862
Email: [email protected]
Alamat Surat Menyurat: No.421, Jalan Jambusan 94000 Bau, Kuching, Sarawak.
Maklumat PBSM:
Tahun mula PBSM di IPG: 2021
Nama IPG: IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah.

1

2.0 Carta Organisasi

Penaung
(Pengarah)

Pengerusi
(Ketua Jabatan)

Guru Penasihat

Pengerusi
(Pelajar)

Naib Pengerusi
(Pelajar)

Setiausaha Bendahari Komander Kuarter-master Ketua Biro

Penolong Penolong
Setiausaha Bendahari

2

3.0 Laporan Aktiviti Mingguan
Tarikh: 23 JUN 2021 (Minggu 1)
Masa: 7:30-9:30 Pagi
Tempat: Aplikasi Google Meet
Pensyarah: Puan Jenny Kwong Shuk Wah, Encik Haji Ali Bin Abu Bakar
Kehadiran: 97/97 orang
Nama ahli yang tidak hadir: Tiada

Pada 23 Jun 2021, kesemua ahli unit beruniform BSMM telah berkumpul di Google
Meet pada pukul 7:30 pagi untuk melaksanakan interaksi pertama. Puan Jenny Kwong Shuk
Wah selaku pensyarah yang bertugas bagi subjek kokurikulum (Unit Beruniform) iaitu kod
kursus MPU3062 telah memberi taklimat kepada ahli BSMM. Puan Jenny telah memberi
penjelasan tentang ringkasan maklumat kursus (RMK) yang merangkumi kerja kursus dan
pentaksiran. Seterusnya, beliau menjelaskan konsep, pengenalan, sejarah dan kepentingan
unit beruniform.

Selepas itu, beliau telah memberi pautan untuk ahli BSMM untuk mendaftar secara
dalam talian sebagai ahli PBSMM berdaftar. Setelah itu, beliau telah memberi tugasan kepada
kami untuk menghasilkan poster dan risalah berkaitan dengan prinsip, lagu, simbol, sejarah
penubuhan BSMM.
Refleksi: Pada pendapat saya, perjumpaan pada minggu ini memberi pengetahuan kepada
saya dengan lebih lanjut mengenai persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM).

3

Tarikh: 30 JUN 2021 (Minggu 2)
Masa: 7:30-9:30 Pagi
Tempat: Aplikasi Google Meet
Pensyarah: Puan Jenny Kwong Shuk Wah, Encik Haji Ali Bin Abu Bakar
Kehadiran: 97/97 orang
Nama ahli yang tidak hadir: Tiada
Pada 30 Jun 2021, kesemua ahli unit beruniform BSMM telah berkumpul di Google Meet pada
pukul 7:30 pagi untuk melaksanakan interaksi kedua. Encik Ali telah mengambil kehadiran
ahli unit beruniform terlebih dahulu sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran
pada hari tersebut. Kemudian, beliau telah berkongsi tentang pengalaman penglibatan beliau
dalam BSMM. Beliau juga menjelaskan tentang tajuk yang akan dipelajari oleh ahli BSMM.
Tajuk yang akan dipelajari oleh ahli BSMM merangkumi kraf perkhemahan, masakan, asas
kawad kaki, simpulan dan ikatan, asas pertolongan cemas , khidmat kesukarelawan dan jalan
lasak dan pandu arah.

Seterusnya, beliau telah menyuruh ahli BSMM untuk melengkapkan tugasan yang
diberikan iaitu membuat risalah dan poster.
Refleksi: Pada pendapat saya, perjumpaan pada minggu ini telah memberi pengetahuan
kepada saya tentang perkara yang akan dilakukan sepanjang menjadi ahli BSMM. Saya
berasa seronok dan teruja untuk melaksanakan aktiviti tersebut pada masa akan datang.

4

Tarikh: 7 JULAI 2021 (Minggu 3)
Masa: 7:30-9:30 Pagi
Tempat: Aplikasi Google Meet
Pensyarah: Puan Jenny Kwong Shuk Wah, Encik Haji Ali Bin Abu Bakar
Kehadiran: 97/97 orang
Nama ahli yang tidak hadir: Tiada
Pada 7 Julai 2021, kesemua ahli unit beruniform BSMM telah berkumpul di Google Meet pada
pukul 7:30 pagi untuk melaksanakan interaksi. Pada hari tersebut, puan Jenny telah
menjelaskan tentang topik kraf perkhemahan seperti tujuan perkhemahan, pengurusan dan
penjagaan khemah. Beliau telah menerangkan tentang ciri-ciri tapak perkhemahan yang
sesuai dan kegunaan pembuatan gajet.

Setelah penerangan daripada Puan Jenny, kami telah diberi tugasan untuk
menyediakan tugasan dalam bentuk powerpoint tentang tajuk kraf perkhemahan lengkap
dengan satu quiz atau permainan.
Refleksi: Pada pendapat saya, perjumpaan pada minggu ini telah memberi pengetahuan
kepada saya tentang kraf perkhemahan. Kraf perkhemahan ini adalah berkaitan dengan tajuk
pengurusan dan penjagaan khemah, pembuatan gajet, ciri-ciri tapak perkhemahan dan jenis
khemah.

5

Tarikh: 14 JULAI 2021 (Minggu 4)
Masa: 7:30-9:30 Pagi
Tempat: Aplikasi Google Meet
Pensyarah: Puan Jenny Kwong Shuk Wah, Encik Haji Ali Bin Abu Bakar
Kehadiran: 97/97 orang
Nama ahli yang tidak hadir: Tiada
Pada 14 Julai 2021, kesemua ahli unit beruniform BSMM telah berkumpul di Google Meet
pada pukul 7:30 pagi untuk melaksanakan interaksi. Pada hari tersebut, Encik Ali telah
membuat perbincangan dan taklimat perincian penilaian tugasan Kerja Kusus MPU 3062
bahagian kemahiran perkhemahan secara maya. Terdapat 8 tugasan yang harus
dilaksanakan oleh ahli BSMM untuk mendapatkan markah yang baik dalam kursus ini.
Tugasan ini merangkumi penyediaan buku log, simpulan dan ikatan, asas kawad kaki,
pertolongan cemas, kraf perkhemahan dan masakan.
Refleksi: Pada pendapat saya, saya telah mengetahui tentang tugasan yang perlu dilengkapi
sebagai ahli BSMM. Melalui tugasan tersebut, saya berharap dapat menguasai dan
memahami kemahiran dalam perkhemahan, asas kawad kaki, pertolongan cemas dan
sebagainya.

6

Tarikh: 21 JULAI 2021 (Minggu 5)
Masa: 7:30-9:30 Pagi
Tempat: Aplikasi Google Meet
Pensyarah: Puan Jenny Kwong Shuk Wah, Encik Haji Ali Bin Abu Bakar
Kehadiran: 97/97 orang
Nama ahli yang tidak hadir: Tiada
Pada 21 Julai 2021, kesemua ahli unit beruniform BSMM telah berkumpul di Google Meet
pada pukul 7:30 pagi untuk melaksanakan interaksi. Pada hari tersebut, puan Jenny telah
menjelaskan tentang khidmat kesukarelawan seperti minggu kerja, bantuan bencana dan
masyarakat penyayang. Beliau telah menerangkan tentang aktiviti kesukarelawan yang dapat
dilaksanakan sebagai ahli BSMM untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Setelah itu, beliau telah memberi tugasan kepada kami untuk mencadangkan satu
projek komuniti. Kami perlu menyampaikan projek kami dalam bentuk powerpoint yang
merangkumi maklumat seperti nama projek, tujuan, kumpulan dan cara pelaksanaan. Projek
ini akan dilaksanakan secara berkumpulan dengan satu kumpulan 5 orang.
Refleksi: Pada pendapat saya, saya telah mengetahui khidmat kesukarelawan yang boleh
dilakukan untuk memberi bantuan dan perkhidmatan kepada masyarakat yang memerlukan.

7

Tarikh: 14 Ogos 2021 (Minggu 9)
Masa: 9:00 pagi
Tempat: Aplikasi Google Meet
Pensyarah: Puan Jenny Kwong Shuk Wah, Encik Haji Ali Bin Abu Bakar
Kehadiran: 97/97 orang
Nama ahli yang tidak hadir: Tiada

Pada 14 Ogos 2021, kesemua ahli unit beruniform BSMM telah berkumpul di Google Meet
pada pukul 9:00 pagi untuk melaksanakan hari pertama perkhemahan secara maya.
Pembukaan hari perkhemahan secara maya telah dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku
dan lagu Bulan Sabit Merah. Puan Jenny telah memberi penerangan dan taklimat terlebih
dahulu berkaitan dengan pelaksanaan Perkhemahan Secara Maya ini. Kemudian, Pengerusi
dan AJK yang bertugas telah dilantik untuk memastikan proses pelaksanaan perkhemahan
secara maya ini berjalan dengan lancar.

Kemudian, aktiviti perkhemahan telah dijalankan dengan mengikut opsyen dan kelas
masing-masing. Kumpulan saya iaitu kumpulan BM SJKC 3 yang terdiri daripada 9 orang ahli
telah mengadakan satu perjumpaan dalam google meet untuk membincangkan tentang
pengurusan perkhemahan. Pengurusan perkhemahan ini adalah berkaitan dengan cara
pemasangan khemah, jenis-jenis khemah dan ciri-ciri tapak perkhemahan. Kemudian, kami
telah menyediakan dokumentasi sebagai bukti pelaksanaan aktiviti tersebut.
Refleksi: Pada pendapat saya, saya telah dapat mengetahui info pengurusan perkhemahan
dengan lebih mendalam.

8

Tarikh: 15 Ogos 2021 (Minggu 9)
Masa: 9:00 pagi
Tempat: Aplikasi Google Meet
Pensyarah: Puan Jenny Kwong Shuk Wah, Encik Haji Ali Bin Abu Bakar
Kehadiran: 97/97 orang
Nama ahli yang tidak hadir: Tiada

Pada 15 Ogos 2021, kesemua ahli unit beruniform BSMM telah berkumpul di Google Meet
pada pukul 9:00 pagi untuk melaksanakan hari kedua perkhemahan secara maya. Semua ahli
PBSM telah berkumpul di Google Meet bagi mendengar penerangan daripada pengerusi
berkaitan aktiviti pada hari tersebut. Kemudian, kami telah melaksanakan aktiviti mengikut
kelas masing-masing.

Aktiviti yang dilaksanakan pada hari tersebut adalah ikatan dan simpulan, kawad kaki
dan pertolongan cemas. Kumpulan kami telah mendengar penerangan daripada setiap ahli
berkaitan dengan aktiviti tersebut. Ahli-ahli PBSM telah menunjukkan contoh cara balutan
yang betul seperti anduh besar dan andur tangan. Seterusnya, kami juga telah mempelajari
tentang ikatan seraya, simpul manuk, simpul buku sila dan simpul tindih kasih. Bahasa
hukuman dan pergerakan dalam kawad kaki juga telah kami pelajari pada hari tersebut.
Refleksi: Pada pendapat saya, saya telah dapat mengetahui info ikatan dan simpulan, kawad
kaki dan pertolongan cemas dengan lebih mendalam.

9

Tarikh: 16 Ogos 2021(Minggu 9)
Masa: 9:00 pagi
Tempat: Aplikasi Google Meet
Pensyarah: Puan Jenny Kwong Shuk Wah, Encik Haji Ali Bin Abu Bakar
Kehadiran: 97/97 orang
Nama ahli yang tidak hadir: Tiada

Pada 16 Ogos 2021, kesemua ahli unit beruniform BSMM telah berkumpul di Google Meet
pada pukul 9:00 pagi untuk melaksanakan hari ketiga perkhemahan secara maya. Semua ahli
PBSM telah berkumpul di Google Meet bagi mendengar penerangan daripada pengerusi
berkaitan aktiviti pada hari tersebut. Kemudian, kami telah melaksanakan aktiviti mengikut
kelas masing-masing.

Aktiviti yang dilaksanakan pada hari tersebut adalah masakan rimba dan kraf
perkhemahan. Kumpulan kami telah mendengar penerangan daripada setiap ahli berkaitan
dengan aktiviti tersebut. Ahli-ahli PBSM telah menunjukkan contoh masakan rimba dengan
cara rebus, panggang dan bakar. Demonstrasi berkaitan dengan pembuatan gajet
perkhemahan juga ditunjukkan oleh ahli PBSM.

Malam kebudayaan juga telah diadakan melalui platform GM. Semua ahli telah
menyediakan persembahan yang menarik. Contohnya, video nyanyian lagu Melayu dan
pantun Melayu.
Refleksi: Pada pendapat saya, saya telah dapat mengetahui info masakan rimba dan kraf
perkhemahan.

10

Tarikh: 17 Ogos 2021(Minggu 9)
Masa: 9:00 pagi
Tempat: Aplikasi Google Meet
Pensyarah: Puan Jenny Kwong Shuk Wah

Encik Ali Bin Abu Bakar
Kehadiran: 97/97 orang
Nama ahli yang tidak hadir: Tiada

Pada 17 Ogos 2021, kesemua ahli unit beruniform di IPG Kampus Gaya telah berkumpul di
Google Meet pada pukul 9:00 pagi untuk melaksanakan hari terakhir perkhemahan secara
maya. Semua ahli unit beruniform iaitu PBSMM, pengakap dan pandu puteri telah berkumpul
di Google Meet bagi mengikuti majlis penutupan perkhemahan secara maya.

Seterusnya, majlis diteruskan oleh pengarah, ketua penyelaras unit beruniform dan
para pensyarah untuk memberi ucapan berkaitan perkhemahan ini.

Refleksi: Pada pendapat saya, saya telah mempunyai pengalaman untuk menjadi seorang
ahli PBSM yang mahir dalam membina gajet, balutan, masakan, kraf perkhemahan, simpulan
dan ikatan dan kawad kaki.

11

Tarikh: 28 Ogos 2021 (Minggu 10)

Masa: 2:00 - 4:00 petang

Tempat: Aplikasi Google Meet

Pensyarah: Puan Jenny Kwong Shuk Wah
Encik Ali Bin Abu Bakar
Encik Alvin Raj AL Santhanadass

Nama ahli yang tidak hadir: Tiada

Pada 28 Ogos 2021, ahli unit beruniform BSMM telah berkumpul di Google Meet pada pukul
2:00 petang untuk mempelajari tajuk jalan lasak dan pandu arah bersama dengan jurulatih
iaitu Encik Alvin Raj AL Santhanadass. Beliau merupakan seorang yang amat berpengalaman
dalam menjelaskan perkara dalam jalan lasak dan pandu arah ini. Seterusnya, beliau telah
menerangkan tujuan, peraturan dan pelaksanaan, prosedur jalan lasak dan pandu arah
dengan terperinci.

Beliau telah menunjukkan cara menggunakan kompas untuk menentukan arah dan
menggunakan radio amatur. Pengetahuan ini sangat penting apabila kita berada di hutan
untuk mengetahui kedudukan kita. Selain itu, beliau juga berkongsi tentang membaca peta
topo dan kegunaannya. Tajuk mengesan tanda dan simbol serta laporan pengembaraan juga
dijelaskan oleh beliau.

Refleksi: Pada pendapat saya, perkongsian pada minggu ini oleh Encik Alvin adalah amat
bermakna dan memberi pengetahuan kepada saya dengan lebih lanjut mengenai jalan lasak
dan pandu arah. Saya telah mempelajari tentang cara penggunaan Kompas, GPS, radio
amatur dan membaca peta topo sebagai pengetahuan kepada saya semasa ingin
mengembara.

12

4.0 PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT BERUNIFORM
4.1 Perlembagaan BSMM
Akta dan Perlembagaan BSMM
Pada 1 Julai 1965, Akta Persatuan Palang Merah Malaysia telah berkuatkuasa. Tujuan
penubuhan persatuan BSMM adalah untuk memberi bantuan kepada masyarakat dalam
menjaga kesihatan, mencegah penyakit dan mengurangkan penderitaan sama ada dalam
masa aman atau perang. Seterusnya, persatuan BSMM bertujuan untuk mewujudkan bantuan
sukarela kepada yang sakit dan cedera serta menjalankan tanggungjawab dalam negara.
Berikut merupakan akta dan perlembagaan dalam BSMM:

• Akta 4,1962 – Persatuan Persekutuan Palang Merah Malaya
• Akta Parlimen 1965 - Seksyen 3, akta 47,1965 – Persatuan Palang Merah Malaysia.
• Akta 47, 1965
• Akta Persatuan Palang Merah Malaysia.
• Akta 162, 1975 – Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

Perlembagaan BSSMM merangkumi Subperaturan 5(1) (a) dalam persatuan-persatuan
pendidikan (Persatuan sekolah) 1998. Akta pendidikan 1996 seperti dalam warta Kerajaan
Malaysia jilid 42, No. 11 Tambahan No. 41, Perundangan (A):P. U. (A) 196 bertarikh 1998
berikut merupakan peraturan-peraturan (perlembagaan) Persatuan Bulan Sabit Merah
Malaysia:
Peraturan 1: Nama dan alamat
Peraturan 2: Matlamat
Peraturan 3: Objektif
Peraturan 4: Keahlian
Peraturan 5: Guru Penasihat
Peraturan 6: Ahli jawatankuasa
Peraturan7: Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa
Peraturan 8: Kewangan
Peraturan 9: Penyertaan

13

Peraturan 10: Aktiviti
Peraturan 11: Peraturan-peraturan
Peraturan 12: Pindaan Perlembagaan
Peraturan 13: Perbubaran Persatuan
Peraturan 14: Tindakan disiplin
Peraturan 15: Hal-hal lain

Majlis akan mentadbir semua urusan persatuan. Menurut Akta 4, 1962, semua ahli
Majlis yang pertama adalah daripada Persatuan Persekutuan Persatuan Palang Merah
Malaya. Peraturan akan diwujudkan dari semasa ke semasa oleh Majlis. Pendapatan dan
harta benda tidak boleh dijadikan bonus, dividen atau apa-apa yang mendatangkan faedah
bagi ahli persatuan. Akta 162, 1975 iaitu Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
merupakan akta yang melibatkan pertukaran nama dan lambang persatuan. Kalau disabit
kesalahan dalam penyalahgunaan lambang akan mendapat dendaan sebanyak RM300.00

Objektif dan Tujuan BSMM adalah untuk mengekalkan dan meneruskan usaha untuk
mengurangkan penderitaan dan penyakit yang dihadapi oleh manusia. Selain itu, objektif
BSMM adalah untuk mempromosikan pembentukan cawangan dan cabang serta latihan dan
mempunyai kawalan umum ke atasnya. Seterusnya, penubuhan persatuan ini diharapkan
dapat mempromosikan serta mengekalkan minat masyarakat. BSMM akan bekerjasama
dengan persatuan sukarela yang lain serta agensi kerajaan untuk mengekalkan kawalan
pentadbiran sendiri. Ahli BSMM akan menjalankan aktiviti secara sukarela dan menjalankan
tugas sejajar dengan prinsip. Ahli BSMM juga akan mencegah penyalahgunaan simbol dan
lambang.

14

Prinsip-prinsip Asas BSMM
Pada tahun 1965 dan Konferen Antarabangsa ke 20, terdapat 7 Prinsip Asas yang diamalkan
di peringkat kebangsaan dan antarabangsa telah diterima bersama.
Prinsip Asas BSMM

1. Kemanusiaan
- berusaha mencegah dan mengurangkan kesengsaraan serta memupuk persefahaman,
persahabatan, kerjasama dan keamanan antara manusia.

2. Kesaksamaan
- memberi bantuan tanpa membezakan bangsa, kaum, agama, darjat, pangkat atau
perbezaan politik.

3. Berkecuali
- tidak menyebelahi kepada mana-mana pihak.

4. Kebebasan
- diberi kuasa untuk bertindak secara bebas.

5. Perkhidmatan Sukarelawan
- satu badan sukarela yang bertindak untuk berkhidmat kepada masyarakat tanpa memikirkan
keuntungan
6. Bersatu
- hanya terdapat satu BSMM atau PALANG MERAH di dalam sesebuah negara.
7. Kesejagatan
- BSMM adalah sebuah pergerakan antarabangsa

15

Persetiaan / Ikrar dan Undang-Undang Pertubuhan
Ikrar Bulan Sabit Merah Malaysia

Bahawa kami ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia,
Berikrar,

Taatsetia kepada Duli Yang Maha Mulia,
Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung dan Pemerintah-pemerintah

Di negeri kami,
Berdasarkan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara

Bahawa kami berikrar,
Akan sentiasa patuh kepada Perlembagaan dan Undang-undang
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Undang-undang yang lain

Dan arahan walaupun di mana jua kami berada
Bahawa kami berikrar,

Akan sentiasa memberikan khidmat sukarela kami,
Kepada mereka yang sakit dan menderita di waktu aman

Dan bencana,
Berdasarkan kepada prinsip Bulan Sabit Merah Malaysia seperti

KEMANUSIAAN
KESAKSAMAAN

BERKECUALI
KEBEBASAN
KHIDMAT SUKARELA
KETUNGGALAN
KESEJAGATAN

16

LAGU BSMM

LAGU BULAN SABIT MERAH
Bulan Sabit Merah Di Malaysia

Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama

Waktu Aman Atau Bahaya
Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia
Membantu Semua Yang Menderita

Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat

Di Mana Jua Adanya Sengsara
Di Sana Ada Kita

Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya
Lirik : Dato‟ Dol Ramli
Lagu : Dato‟ Johari Salleh

17

Lambang dan cogan kata
Cogan kata BSMM ialah Keamanan Melalui Kemanusiaan. Lambang Palang Merah dipilih
sebagai satu penghargaan kepada negara Switzerland, di mana simbol palang berwarna
merah yang berlatarbelakangkan putih seperti mana warna bendera negara Switzerland yang
diterbalikkan. Lambang ini diwujudkan untuk mengenalpasti perlindungan bagi mereka yang
tecedera di masa perang dan kakitangan-kakitangan yang menjaga dan merawat mereka.

Pada bulan November 1876, Turki yang sedang berperang dengan Russia,
mengumumkan kepada Majlis Persekutuan Swiss, sebagai penjaga Konvensyen Geneva,
bahawa lambang Palang Merah menghina kepercayaan agama anggota tenteranya dan
mereka menggunakan lambang Bulan Sabit Merah untuk perkhidmatan ambulans mereka.
Langkah tersebut diikuti oleh banyak negara-negara Arab dan negara-negara yang
majoritipenduduknya adalah beragama Islam. Sekarang ini sebanyak dua puluh sembilan
buah negara telah menggunakan lambang Bulan Sabit Merah untuk menandakan kakitangan-
kakitangan dan barang-barang yang dilindungi oleh Konvensyen Geneva.

Negara-negara yang menandatangani Konvensyen Geneva mestilah mengawal
penggunaan lambang tersebut. Lambang hanya boleh dipamerkan di atas kenderaan, kapal
terbang, kapal laut, bangunan, pembinaan dan juga oleh orang-orang yang ditugaskan untuk
menjaga dan mengangkut mereka yang tercedera akibat perang. Adalah dilarang
menggunakan lambang ini bagi tujuan peperangan, perniagaan dan pusbiliti. Persatuan

18

Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dibenarkan menggunakan lambang ini untuk
mengenalpasti bangunan, barang dan kenderaan kepunyaan mereka.
Protokol Tambahan III

Protokol ini mengiktiraf lambang tambahan yang tersendiri yang bebas daripada konotasi
agama, budaya atau politik, dengan status yang sama di sisi undang-undang seperti Palang
Merah dan Bulan Sabit Merah. Selain itu, protokol ini membolehkan Persatuan untuk
menggunakan palang merah dan bulan sabit merah bersama-sama dan mebolehkan
Persatuan Kebangsaan yang tidak mahu menggunakan palang merah atau bulan sabit merah
untuk menyertai pergerakan ini.

19

4.2 Sejarah Unit Beruniform BSMM
Sejarah pengasas - Jean Henry Dunant

Biodata Jean Henry Dunant
• Dikenali sebagai Bapa Palang Merah.
• Beliau telah dilahirkan pada 8 Mei 1828 di Geneva, Switzerland.
• Bapanya seorang ahli perniagaan perbankan yang masyhur dan mempunyai
kehidupan mewah.
• Ibunya pula merupakan seorang yang sentiasa mentaati agamanya dan memberi
sepenuh kasih sayang kepadanya.
• Beliau telah dididik sebagai seorang yang mentaati agama serta berjaya menjadi
seseorang yang berpengaruh dalam kalangan komunitinya kerana mempunyai sifat
disiplin yang tinggi.

Penglibatan Beliau dalam berkhidmat untuk masyarakat
Beliau mempunyai penglibatan dalam aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan. Hal ini terbukti
apabila beliau merupakan seorang yang sangat aktif dalam pelbagai pergerakan amal dan
keagamaan Beliau telah menjadi ahli kepada League of Aims di Geneva iaitu bandaraya
kelahirannya. Tujuan beliau menyertai aktiviti-aktiviti jasmani dan kerohanian ini adalah untuk
membantu penduduk miskin dan orang-orang yang berada dalam kesusahan, musibah serta
kesakitan. Selain itu, beliau juga sering membantu banduan-banduan yang berada di penjara-
penjara berdekatan untuk mempunyai kehidupan yang lebih baik melalui pendekatan
perubahan sikap dan perangai. Apabila usianya mencapai 30 tahun, beliau telah
menunjukkan minat kepada organisasi Young Men’s Christian Association (YMCA) yang
terletak di Switzerland, Belgium dan Perancis. Beliau juga telah memberikan cadangan
bahawa sesuatu organisasi seperti YMCA tidak hanya menghadkan pergerakannya di benua
Eropah sahaja seperti YMCA England.

20

Sumbangan beliau
Beliau telah menggabungkan beberapa kumpulan pergerakan di Eropah menjadi sebuah
organisasi yang besar pada tahun 1853. Hasilnya, wujudlah sebuah persidangan YMCA
Sedunia yang telah diadakan di Paris pada tahun1855.

Pada tahun 1849, beliau mula melibatkan diri dalam bidang perniagaan sebagai
seorang perantis di bank Geneva. Kemudiannya, beliau dilantik sebagai Pengurus Besar di
sebuah bank cawangan Colonies Suisses de Setif yang beroperasi di Algeria. Selepas
beberapa tahun, beliau telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatannya untuk
memulakan perniagaan sendiri.

Algeria merupakan tanah jajahan Perancis pada mas itu. Bagi mengembangkan
perniagaannya, beliau perlu berurusan dengan Maharaja Perancis. Sepanjang perjalanannya,
beliau telah singgah di beberapa buah bandar di Itali seperti Castiglione delle Pieve. Pada
bulan Jun 1859, beliau telah tiba di Solferino dan sebuah pertempuran telah meletus. Di
Solferino, beliau telah menyaksikan sendiri bagaimana medan peperangan telah dipenuhi
dengan askar-askar yang tercedera. Kedapatan juga mayat-mayat yang bergelimpangan di
merata-rata tempat. Perkara ini kerana pasukan perubatan di kedua-dua belah pihak yang
berperang itu tidak mempunyai anggota, kelengkapan dan kemudahan perubatan untuk
menangani situasi yang dashyat dan luar dugaan seperti ini. Disebabkan beliau mempunyai
nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi, beliau telah menangguhkan perjalanan. Beliau bukan
sahaja membantu askar-askar yang sakit dan cedera, malahan beliau sendiri telah
mengumpulkan orang kampung untuk memberikan rawatan di sebuah gereja yang
berdekatan dengan medan pertempuran. Peristiwa ini dengan mendadak telah
menukarkankan kerjaya perniagaan kepada seorang sukarelawan yang memberi
perkhidmatan untuk membantu mangsa-mangsa yang cedera dan menderita dalam
peperangan tanpa mengirakan pangkat dan negara asal mereka.

Setelah kejadian itu, beliau telah berpendapat bahawa tragedi peperangan di Solferino
ini perlu disebarkan kepada lebih ramai orang. Justeru, beliau telah menulis sebuah buku
yang bertajuk “Kenangan di Selferino”. Beliau telah mencadangkan pertubuhan persatuan
yang mempunyai sukarelawan-sukarelawan perubatan terlatih yang patut ditubuhkan di
semua negara di dunia untuk menolong, menjaga dan meringankan penderitaan askar-askar
yang cedera sewaktu peperangan. Idea-ideanya ini telah mendapat sambutan dan sokongan
ramai termasuk juga pihak berkuasa tentera. Untukmengembangkan lagi idenya dan
mendapat sokongan, beliau telah menjelajah ke negara-negara di seluruh Eropah bagi
memberikan penerangan dan penjelasan lanjut kepada raja-raja, pemerintah-pemerintah dan
orang-orang yang berpengaruh dalam usahanya untuk mencapai misi murni ini.

21

Atas usaha beliau yang berterusan tanpa mengenal penat lelah ini, cadangan-
cadangan yang diutarakan di dalam buku penulisan telah beliau mendapat sambutan serta
persetujuan daripada pihak-pihak berkuasa di pelbagai negara. Beliau telah semakin dikenali
dan diberi penghormatan yang sepatutnya oleh ramai orang yang berpengaruh. Pada
tahun1863 dan 1864, pelbagai pihak yang terlibat telah memberi sokongan dan beliau sudah
sampai ke kemuncak kegemilangannya dengan penubuhan jawatankuasa khas dan sebuah
konvensyen mengenai pengurangan penderitaan mangsa-mangsa peperangan telah
diadakan.

Namun begitu, kegemilangan beliau tidak kekal lama kerana ada pihak-pihak tertentu
yang tidak menghargainya jasa-jasa besarnya kepada nilai-nilai kemanusiaan. Pada tahun
1866, beliau mula meninggalkan pergerakan yang diasaskan olehnya. Pada tahun 1867,
perniagaannya mengalami kemerosotan. Pada umur 39 tahun, beliau telah berhijrah keluar
dari Geneva buat selama-lamanya. Selepas itu selama 20 tahun, beliau telah ditimpa
kemiskinan dan kesengsaraan. Namun, beliau masih dapat bertahan kerana mendapat
bantuan sara hidup keluarga dan sumbangan kawan-kawan. Kemudian, beliau telah ditemui
oleh seseorang yang sangat mengenali beliau dan sekali sekala beliau telah dijemput untuk
muncul dalam beberapa majlis penghormatan oleh Persatuan Palang Merah di Eropah seperti
Perancis, Itali dan Jerman. Pada tahun 1901, Jawatankuasa Nobel telah
menganugerahkannya pingat keamanan yang pertama dan dikongsi dengan Frederic Passy,
tetapi beliau tidak dapat hadir untuk menerimanya. Jean Henry Dunant telah meninggal dunia
pada hari Ahad, bertarikh 30 Oktober 1910 di Heidden, sebuah perkampungan pergunungan
yang tenang serta di kelilingi para penduduk yang sangat mengaguminya

Pada 8 Mei iaitu Hari lahirnya telah diisytiharkan sebagai Hari Bulan Sabit Merah dan
Palang Merah Antarabangsa. Rumah kebajikan Heiden dijadikan Muzium Henry Dunant.
Banyak bangunan, sekolah, jalan di Geneva dan pelbagai tempat di serata dunia dinamakan
sempena nama Henry Dunant. Pingat Henry Dunant dikurniakan oleh ICRC kepada sesiapa
yang berjasa dalam kerja-kerja kemanusiaan. Filem 'Henry Dunant: Du Rouge Sur La Croix'
telah diterbitkan bagi mengenang jasa-jasa beliau.

22

Sejarah Penubuhan BSMM
Jawatankuasa Berlima
Pada tahun 1863, sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Awam
Geneva telah ditubuhkan. Jawatankuasa ini terdiri dari Gustava Moynier, Dr. Maunior, Dr.
Louis Appia, General Dufour dan Henry Dunant.

Jawatankuasa ini juga dikenali sebagai Jawatankuasa Berlima. Matlamat
jawatankuasa ini adalah untuk merangka peraturan-peraturan bagi pelaksanaan dan
mempraktikkan cadangan-cadangan yang terkandung dalam buku “Kenangan di Solferino”.
Pada 26 hingga 29 Oktober 1863, satu Konvensyen Antarabangsa telah diadakan di Geneva
yang dihadiri oleh perwakilan dari 16 buah negara. Diakhir konvensyen ini, para perwakilan
telah menerima dan bersetuju melaksanakan sebanyak 10 resolusi dan 3 cadangan
untukmerasmikan penubuhan Persatuan Palang Merah.

16 buah negara yang menghadiri Keputusan Konvensyen Antarabangsa yang
Pertama telah memberi peruntukan seperti setiap negara perlu menubuhkan sebuah
Jawatankuasa Bantuan yang boleh membantu Perkhidmatan Perubatan Tentera pada masa
peperangan. Seterusnya, ambulans, Hospital Tentera dan kakitangan Perubatan adalah
dilindungi semasa peperangan. Selain itu, keputusan tersebut mengesahkan satu jenis
lambang yang seragam iaitu gelangang tangan dengan lambang palang merah yang berlatar
belakangkan putih.

Jawantankuasa ini telah mewujudkan konvensyen. Konvensyen Geneva Pertama
1864 merupakan tarikh penting dalam sejarah kemanusiaan bagi “memperbaiki keadaan
anggota tentera yang cedera dan sakit di medan perang”. Sebelum itu, adalah difikirkan
bahawa peperangan dan undang-undang tidak dapat dilaksanakan serentak kerana kedua-
dua mempunyai tujuan yang dianggap pada masa itu adalah bertentangan di antara satu
sama lain. Konvensyen Geneva Pertama 1864 meluaskan perlindungan yang diberikan
kepada ambulans dan hospital kepada bot penyelamat, kapal hospital dan anak-anak kapal.
Walau bagaimanapun, Pengasas Persatuan Palang Merah, Jean Henry Dunant tetap
berpendirian bahawa undang-undang tetap boleh digunakan semasa peperangan, dan ianya
mampu memberi perlindungan sewajarnya kepada mangsa-mangsa yang tidak berdaya untuk
melibatkan diri dalam peperangan.

Seterusnya, Konvensyen Geneva Kedua 1899 telah diwujudkan untuk memberi
perlindungan kepada anggota tentera yang luka, sakit dan yang karam di laut. Konvensyen
Geneva Ketiga 1929 adalah untuk memberi perlindungan kepada tawanan perang.
Konvensyen Geneva Keempat 1949 bertujuan untuk melindungi orang-orang awam di dalam
tahanan musuh.

23

Sejarah Penubuhan BSMM di Malaysia
• 1948 – Persatuan Palang Merah ditubuhkan di Tanah Melayu sebagai satu Cawangan
Palang Merah British
• 1950 – BSMM ditubuhkan di Pulau Pinang
• 1951 – BSMM ditubuhkan di Perak, Terengganu dan Selangor
• 1952 – BSMM ditubuhkan di Melaka, Johor dan Pahang
• 1961 – Pada 1 Mei 1961, Rang Undang-undang Persatuan Palang Merah
Persekutuan Tanah Melayu (Perbadanan) telah dibaca di Parlimen
• 1962 – Pada16 April 1962, Akta Persatuan Palang Merah Malaysia Persekutuan
Tanah Melayu (Perbadaanan) AKTA 1961 (No. 4 tahun 1962) telah berkuatkuasa.
• 1963 – Pada 4 Julai 1963, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC)
menerima mengiktiraf secara rasmi sebagai satu Persatuan Palang Merah.
• 1965 – Apabila Malaysia ditubuhkan, Parlimen telah meluluskan akta Persatuan
Palang Merah Malaysia (Akta No. 47 tahun 1965)
• 1975 – Pada 21 Ogos 1975 di atas persetujuan DiRaja, nama Palang Merah
ditukarkan kepada Bulan Sabit Merah dan diwartakan pada 4 September 1975 ( Akta
162 – membenarkan pertukaran nama dan lambang).

Matlamat Penubuhan Persatuan BSMM di Malaysia
Matlamat Pergerakan adalah seperti yang berikut:

• Memberi perlindungan dan meringankan kesengsaraan manusia dimana sahaja.
• Melindungi nyawa dan kesihatan.
• Memberi galakan perkhidmatan sukarela dan kesediaan berterusan untuk membantu

ahli-ahli Pergerakan.
• Menentukan penghormatan diberi kepada manusia, terutamanya di waktu konflik

bersenjata dan juga kecemasan.
• Berusaha ke arah pencegahan penyakit-penyakit dan kebajikan sosial.
• Menghayati perasaan perpaduan yang menyeluruh kepada mereka yang memerlukan

perlindungan dan pertolongannya

24

4.3 Struktur dan organisasi BSMM
Struktur Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM)

Jawatankuasa JAPM ini terdiri daripada 7 orang ahli jawatankuasa antarabangsa yang
bertanggungjawab mengenai hal-hal operasi dan penyeliaan secara langsung akan hal ehwal
pentadbiran. Ia bermesyuarat seminggu sekali dan dipengerusikan oleh Presiden JAPM.

Ibu pejabat Direktorat di Geneva berfungsi mengendalikan pelbagai perkhidmatan
yang menyokong aktiviti-aktivitinya di medan, sokongan operasi (Pengurusan Pentadbiran
Wilayah, mengendalikan agensi pengesanan pusat), pertimbangan mengenai undang-
undang kemanusiaan dan prinsip-prinsip pergerakan, sumber-sumber manusia, sokongan
kewangan dan pentadbiran, selain daripada komunikasi dan perhubungan raya.
Peranan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM)
1) Pemaju Konvensyen Geneva
▪ Memajukan Undang-Undang untuk kefahaman dan penyebaran Konvensyen Geneva.
2) Orang tengah yang berkecuali
▪ Bertindak selaku orang tengah di antara pihak-pihak yang bermusuh
▪ Memastikan mangsa-mangsa awam dan tentera dalam sesuatu peperangan mendpat
perlindungan dan pertolongan
3) Penjaga prinsip-prinsip
▪ Memastikan prinsip-prinsip asas dihormati.
▪ Memutuskan mengenai pengiktirafan persatuan-persatuan kebangsaan.

25

Aktiviti-Aktiviti Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM)
1. Perlindungan
▪ Memastikan tawanan perang dan orang tahanan mendapat makanan, tempat kediaman,
layanan dan keadaan kerja yang sepatutnya.
▪ Jika terdapat masalah, laporan akan dibuat untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

2. Pengesanan
▪ Memastikan orang tahan dapat berhubung dengan ahli keluarga masing-masing.
▪ Memdapat senarai orang-orang tahan kedua-dua pihak yang bermusuhan dan
memaklumkan kepada kedua-dua kerajaan yang terlibat.

3. Bahagian Bantuan Umum
▪ Mendapatkan dan memastikan bantuan yang sepatutnya sampai kepada pihak yang
memerlukan.

4. Bahagian Perubatan Umum
▪ Memastikan ubat-ubatan dan alatan perubatan mencukupi.
▪ Mengadakan pelbagai aktiviti seperti penjagaan pesakit serta pengeluaran alat-alat
prothesis dan ortopedik yang diperlukan oleh mereka.

Persekutuan Antarabangsa Persatuan-Persatuan Palang Merah & Bulan Sabit Merah

Persekutuan Antarabangsa Persatuan-Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah telah
ditubuhkan secara tidak langsung semasa Perang Dunia yang Pertama bagi menjalankan
aktiviti kemanusiaan seperti membantu mangsa perang dan tawanan perang.

Henry Pomeroy Davison mengesyorkan agar pertubuhan-pertubuhan disatukan di
persidangan perubatan antarabangsa dan membawa kepada Penubuhan Persekutuan
Persatuan-Persatuan Palang Merah Pada 5 Mei 1919.

26

Terdapat beberapa fungsi persekutuan yang ditubuhkan ini:
• Untuk menggalakkan dan mempromosikan dalam tiap-tiap negara penubuhan &

pembangunan Persatuan Kebangsaan yang bebas serta diikiraf
• Untuk memberi bantuan dengan apa jua cara kepada semua mangsa-mangsa

bencana alam.
• Untuk membantu Persatuan-persatuan Kebangsaan dalam persediaan bantuan

bencana, dalam organisasi tindakan bantuan mereka dan juga dalam operasinya.
• Untuk mengatur, menyelaras dan mengarah tindakan bantuan antarabangsa selaras

dengan “Prinsip-Prinsip dan Peraturan-Peraturan untuk Bantuan Bencana Palang
Merah dan Bulan Sabit Merah” yang diterima pakai oleh Persidangan Antarabangsa.
• Untuk menggalak dan menyelaras penyertaan Persatuan-Persatuan Kebangsaan
dalam aktiviti-aktiviti untuk menjaga kesihatan umum dan memajukan kebajikan
masyarakat dengan kerjasama pihak-pihak berkuasa kerajaan yang tertentu.
• Menggalak dan menyelaras di antara Perstuan-persatuan Kebangsaan , pertukaran
idea bagi pendidikan kanak-kanak dan belia dalam hasrat unggul kemanusiaan dan
untuk menjalin perhubungan persaudaraan di antara belia-belia daripada semua
negara.
• Membantu Persatuan-persatuan Kebangsaan untuk pengambilan masuk ahli-ahli
daripada penduduk dan memupuk prinsip-prinsip asas dan hasrat unggul pergerakkan
• Memberi pertolongan kepada mangsa-mangsa konflik bersenjata selaras dengan
perjanjian–perjanjian yang dibuat dengan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah
(JAPM/ICRC)
• Membantu JAPM/ICRC memaju dan membangunkan undang-undang kemanusiaan
antarabangsa dan bekerjasama dalam penyebaran undang-undang ini &
PrinsipPrinsip Asas di antara Persatuan-persatuan Kebangsaan.

27

Struktur dan Organisasi Peringkat IPGM

Penaung
(Pengarah)

Pengerusi
(Ketua Jabatan)

Guru Penasihat

Pengerusi
(Pelajar)

Naib Pengerusi
(Pelajar)

Setiausaha Bendahari Komander Kuarter-master Ketua Biro

Penolong Penolong
Setiausaha Bendahari

28

29

30

31

4.4 Pengurusan dan Pentadbiran Unit Beruniform

Pendaftaran ahli Pasukan Kanak-Kanak (Link)
Penerimaan dan Yuran Keahlian

• Ahli Kanak-Kanak Bulan Sabit Merah (Link) akan didaftarkan di Sekolah Rendah sama
ada sekolah tersebut di bawah tajaan Kerajaan atau Sekolah swasta atau sekolah
Persendirian di dalam negara Malaysia.

• Dalam perkara ini, ahli Kanak-Kanak di dalam lingkungan umur 9-12 tahun bagi tahap
4,5,6 di kategorikan sebagai ahli kanak-kanak. Penerimaannya dalam Keahlian Bulan
Sabit Merah (Sekolah Rendah) atau dipanggil “Red Cross Link.

Kaedah Pendaftaran Unit
• Yuran Keahlian Kanak-Kanak dikenakan kepada setiap murid sebanyak RM1.00 (Satu
Ringgit) setahun.
• Pendaftaran Keahlian tersebut disahkan melalui Cabang/Cawangan/Ibu Pejabat
Kebangsaan.
• Setiap Pasukan Kanak-Kanak mestilah mengandungi sekurang-kurangnya 12 orang
ahli kanak-kanak.
• Kanak-Kanak BSMM (Link) perlu mendapat kebenaran bertulis daripada
Ibubapa/Penjaga masing-masing sebelum menyertai Pasukan Kanak-Kanak di
sekolah masing-masing.
• Borang pendaftaran Pasukan, Borang yang berkaitan dengan keahlian ini hendaklah
dipenuhkan seperti di Lampiran.

Sijil Pendaftaran Unit Kanak-Kanak

• Sijil Pendaftaran Pasukan akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Kebangsaan dan
diserahkan kepada Guru Besar sekolah yang telah disahkan pendaftaran Unit melalui
Pejabat BSMM Cawangan/Cabang.

• Guru Pemimpin Unit Kanak-Kanak hendaklah mengisikan Borang Pendaftaran Unit
dan menyerahkan borang tersebut bersama-sama Borang Keahlian Tahunan kepada
Cabang dan seterusnya kepada Cawangan untuk disahkan.

32

Kad Pengenalan Ahli Kanak-Kanak
• Maklumat-maklumat mengenai BSMM boleh di perolehi melalui Pejabat BSMM
Cabang / Cawangan dengan menghubungi Pegawai Pentadbiran Pejabat BSMM
masing-masing atau layari email: [email protected] atau website:
http:/www.redcrescent.org.my atau email kepada Cabang / Cawangan masing-masing.

Sijil Keahlian Kanak-Kanak
• Setiap murid-murid sekolah rendah dari umur 9-12 (tahap 4,5,6) yang didaftarkan di
dalam Pasukan Kanak-Kanak BSMM (Link) akan diberikan Sijil Keahlian Kanak-Kanak.
• Murid-murid yang telah meninggalkan sekolah rendah selepas tamat Darjah 6 boleh
menyambung keahlian mereka di sekolah menengah dengan mendaftarkan diri di
Pasukan Belia Sekolah Menengah.

33

NOTA TAJUK BSMM
Pakaian seragam ahli dan pemimpin

34

35

36

5.0 KEMAHIRAN PERKHEMAHAN
5.1 Kraf Perkhemahan
Khemah ialah tempat perlindungan sementara yang selamat dan mempunyai kemudahan
asas yang minima. Berkhemah berkait rapat dengan ikhtiar hidup secara individu atau
berkumpulan. Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab
terhadap pengurusan peralatan, makanan, dan perlindungan di samping melibatkan diri
dalam aktiviti yang berkaitan dengan perkhemahan. Kraf perkhemahan merupakan kemahiran
asas yang perlu dipelajari untuk menghadapi cabaran alam sekitar dan alam semula jadi
dalam kegiatan luar atau perkhemahan.

Pengurusan dan Penjagaan Khemah
Jenis-jenis Khemah

1) Ridge tent:

• Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung.
• Diperbuat daripada material nylon yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat
2) Dome tent:

• Berbentuk gelembung dan menggunakan material yang sesuai dan fleksibel.
• Ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk berkelah atau perkhemahan

seperti di sekolah dan sebagainya.

37

3) Frame tent:

• Khemah jenis besar yang biasa digunakan untuk perkhemahan keluarga.
• Rangka khemah akan dipasang dahulu dan kanvas dipasang kemudian.
4) Bell tent:

Mempunyai satu tiang tinggi di puncak khemah. Khemah jenis ini sudah jarang digunakan
dan digantikan dengan khemah jenis “DOME”.

Penjagaan khemah ini perlu dilakukan untuk memastikan khemah dalam keadaan baik.
Pertama sekali, sentiasa melindungi pancang khemah dan pastikan tiang atau pancang
khemah berada dalam keadaan baik. Selain itu, kitab oleh meletakkan sedikit pelincir untuk
memudahkan memasukkan dan mengeluarkan tiang atau pancang.

Tujuan dan Faedah Membuat Gajet:
Gajet ditakrifkan sebagai perkasasan atau peralatan atau perabot, seperti pagar, pintu, kerusi,
katil, rak barang, ampaian dan sebagainya yang terdapat di rumah. Gajet-gajet ini diperbuat
daripada kayu dengan menggunakan paku, gam dan sebagainya supaya kelihatan kemas
dan cantik serta sesuai dengan situasi tempat. Gajet perlu didirikan mengikut kesesuaian
kerana terdapat pelbagai jenis gajet boleh dibinakan sepanjang aktiviti perkhemahan
dijalankan. Namun gajet perlu didirikan pada waktu yang lapang atau pada waktu yang telah
ditetapkan di dalam jadual perkhemahan. Antara gajet yang boleh dibina: ialah gajet dapur,
meja, rak kasut, alas atau rak untuk meletak beg pakaian, ampaian, pintu gerbang, menara
kawalan, dan sebagainya. Tujuan mendirikan gajet adalah untuk memudahkan sebarang
aktiviti dijalankan di dalam kawasan perkhemahan tanpa sebarang masalah dan gangguan,

38

seperti memudahkan pergerakan, senang mencari maklumat serta barangan dan peralatan
yang telah diletakkan atau disimpan di tempat yang sesuai.

Jenis-Jenis Gajet:

a) Tiang bendera

Tiang bendera didirikan dengan menggunakan kayu atau buluh, tali, dan bendera. Pelbagai
bentuk boleh dihasilkan untuk membuat tiang bendera. Walau bagaimanapun,
penghasilannya adalah bergantung kepada sumber bahan yang ada. Terdapat dua jenis tiang
bendera didirikan dalam aktiviti perkhemahan BSMM. Satu berupa tiang bendera utama yang
didirikan di hadapan kawasan lapang atau tapak perhimpunan yang digunakan untuk
mengibarkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera BSMM, manakala satu lagi
berupa tiang bendera yang digunakan untuk mengibarkan bendera Sekawan atau Patrol di
dalam kawasan perkhemahan Sekawan atau Patrol itu sendiri.

b) Pintu gerbang
Gajet pintu gerbang merupakan satu daripada gajet yang amat penting dibina dalam aktiviti
perkhemahan. Selain sebagai pintu masuk ke dalam kawasan perkhemahan, pintu gerbang
yang baik akan berperanan sebagai pusat kawalan, di samping sebagai tempat untuk
memasang bendera Sekawan/Patrol.

c) Papan Kenyataan
Gajet ini dibuat untuk mempamerkan beberapa kenyataan atau maklumat berkaitan ahli
Sekawan atau Patrol, pengumuman pemimpin, pelan atau gambar rajah kawasan
perkhemahan Kumpulan Seksyendan maklumat-maklumat lain yang berkaitan. Saiz papan
kenyataan yang ingin dibuat bergantung kepada keperluan dan sumber bahan yang ada. Bagi
memastikan agar maklumat yang dipamerkan itu terlindung daripada hujan dan matahari,
kreativiti BSMM amat diperlukan untuk menyediakan bumbung atau perlindungan yang
bersesuaian bagi papan kenyataan berkenaan.

d) Rak Kasut
Gajet rak kasut dibuat untuk meletakkan kasut-kasut ahli kumpulan dalam kawasan
perkhemahan tersebut. Tempat yang paling sesuai untuk membina rak kasut ialah
berhampiran dengan khemah ahli, khususnya berdekatan dengan pintu khemah. Gajet rak
kasut dibina dengan menggunakan beberapa batang bulu atau kayu berukuran antara suku
hingga satu meter dan diikat dengan tali menggunakan simpulan dan ikatan yang sesuai.

39

5.2 Ikhtiar Hidup
Ikhtiar hidup atau lebih dikenali sebagai survival boleh diertikan sebagai suatu situasi atau
keadaan genting serta mengalami kesukaran dalam usaha untuk meneruskan kehidupan,
terutamanya semasa mengikuti aktiviti perkhemahan di dalam hutan, bukit dan gunung. Oleh
itu, ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup atau daya
usaha yang diutamakan dalam proses kelangsungan hidup. Dalam konteks aktiviti luar, ikhtiar
hidup merupakan satu usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang supaya dia
terus hidup semasa menghadapi ancaman, termasuk sesat di dalam hutan.

Masakan Solar/ Rimba/ Kelompok
Masakan solar merupakan satu cara penyediaan makanan tanpa menggunakan peralatan
dapur dan hanya menggunakan cahaya matahari sebagai sumber tenaga pembakar.Kaedah
memasak menggunakan tenaga solar mempunyai banyak kebaikan.

Kebaikan masakan solar adalah seperti berikut:
• satu cara untuk mendidik ahli supaya sentiasa melindungi alam sekitar yang semakin
terancam.
• mengurangkan pencemaran pembakaran bahan api;
• mengurangkan bahaya gas dan kebakaran.

Bahan -bahan yang diperlukan ialah:
a. aliminium foil;
b. periuk memasak nipis yang telah disembur cat aerosol hitam;
c. kertas kadbord yang tebal atau kotak besar yang kosong;
d. gam/glue;
e. pelekat kertas /paper binding tap

Memasak beramai-ramai secara Clinton Cookers dengan berdasarkan unit tertentu.
 Unit bantuan ringan
 Unit Bantuan Berat
 Unit Penyelamat

Membuat Perangkap
Perangkap atau jerat dibina untuk memerangkap dan menangkap haiwan atau binatang ketika
kehabisan makanan semasa menyertai kegiatan perkhemahan di dalam hutan. Terdapat
beberapa jenis perangkap dan jerat yang digunakan antaranya:
a. perangkap atau jerat pelanduk;
b. perangkap atau jerat ayam hutan;

40

c. perangkap atau jerat hempap dan jerut;
d. perangkap kurungan.

Perangkap atau jerat pelanduk:
a. Mudah untuk dibuat kerana ia hanya memerlukan beberapa bahan sahaja.Bahan-bahan
yang perlu disediakan ialah :
(i) kayu pelentik;
(ii) tali pesawat yang kuat dengan ukuran panjang yang sesuai;
(iii) kayu cabang berbentuk ‟Y‟ yang ditajamkan kedua-dua belah
hujungnya;

Perangkap atau jerat ayam hutan:
a. Jerat jenis ini mempunyai mekanisme yang sama dengan jerat simbat dan
jerat sentak yang dibuat bagi menangkap burung ruak-ruak.Di antara bahan
bahan yang digunakan ialah:sebatang kayu lentik dengan ukuran panjang yang sesuai;
(ii) dua batang kayu yang bercabang;
(iii) tali pesawat;
(iv) dua batang kayu pelepas;
(v) sebatang kayu pesawat (kayu pembingkas) sepanjang 5 cm;

Perangkap atau jerat hempap dan jerut:
a. Perangkap atau jerat hempap biasanya dibuat untuk mencederakan haiwan
atau binatang. Perangkap jenis ini mudah dibuat dan dapat dilihat dengan
jelas.Beberapa jenis bahan yang perlu disediakan ialah:
(i) tali pesawat yang cukup kuat dan mempunyai panjang yang sesuai;
(ii) umpan;
(iii) tali pemberat tambahan;

Perangkap atau jerat kurungan:
a. Perangkap kurungan digunakan untuk membolehkan kita menangkap haiwan hidup-hidup.
Sungguhpun begitu cara ini kurang popular dan tidak praktis kerana ia mengambil masa yang
agak lama untuk disiapkan serta 69 banyak membazirkan tenaga. Bahan yang diperlukan bagi
membuat perangkap jenis ini ialah :
(i) batang-batang kayu yang secukupnya untuk dijadikan dinding,kayu alang, tiang pintu dan
sebagainya;
(ii) umpan;
(iii) gelang rotan;

41

5.3 Kebudayaan
Budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi dan berkelakuan (Kamus Dewan, 2005). Konsep
kebudayaan adalah mengenal pasti kelakuan yang biasa dipraktikkan, diperolehi melalui
pembelajaran oleh sesuatu kumpulan masyarakat.

Nyanyian / Lagu Perkhemahan
• Melahirkan ahli yang tahu menyanyikan lagu-lagu rasmi Negara dan negeri mengikut
protokol yang betul
• Menanamkan semangat patriotik dan cintakan Negara semasa menyanyikan
lagu patriotik. Contoh lagu PBSMM.

Permainan
Satu aktiviti yang penting dilaksanakan dalam sesuatu perjumpaan dan perkhemahan.
Kepentingan bermain dari aspek nilai psikomotor adalah untuk membentuk dan
mengembangkan otot-otot kanak-kanak dengan sempurna dan kuat. Dalam nilai pendidikan
adalah untuk mempelajari sifat-sifat objek seperti warna, bentuk, saiz dan rasa sentuhan.

Objektif Permainan:
• Membentuk sifat organ yang sihat dan membina kekuatan fizikal. Menghilangkan
ketegangan emosi terutama selepas belajar.
• Menimbulkan dan menanam nilai-nilai murni seperti bekerjasama, tolak ansur, simpati
dan kepimpinan dalam kalangan kanak-kanak.
• Kanak-kanak diajar supaya mengikut peraturan yang telah ditetapkan dengan jujur,
adil dan dapat menerima kekalahan dengan hati terbuka tanpa perasaan yang negatif.
Membina kemahiran.
• Memupuk interaksi sosial dalam kalangan kanak-kanak.

Contoh Permainan:
• Mengelak pukulan
• Daftar alat perkhemahan
• Elak bola dalam bulatan
• Permainan kim (deria bau,pandang,dengar,rasa)

42

Malam Kebudayaan
Diadakan bersempena dengan satu-satu aktiviti perkhemahan, iaitu dalam acara temasya
unggun api. Diadakan pada waktu malam.
Tujuan malam kebudayaan:

• Dapat mencungkil bakat kanak-kanak dari segi lakonan, nyanyian dan lawak jenaka.
• Melatih kanak-kanak supaya tidak malu dan segan tampil ke hadapan untuk

menunjukkan kebolehan dan bakat mereka.
• Bersuka ria sesama ahli setelah seharian bekerja, mengembara dan kegiatan-

kegiatan lain.
• Menerangi kawasan pada waktu malam dan bagi menjauhkan dan menakutkan

binatang buas pada waktu malam semasa berkhemah di hutan atau bukit.

43

5.4 ASAS KAWAD KAKI DAN ISTIADAT
Kawad ialah perbarisan oleh anggota pasukan seragam atau unit beruniform, seperti
Pergerakan BSMM dan Kadet Remaja Sekolah yang melibatkan pergerakan kaki, tangan dan
badan secara serentak mengikut arahan yang diberikan oleh ketua (komander). Berkawad
ialah berjalan dengan rentak kaki yang sama atau berbaris atau mengadakan perbarisan
berdasarkan arahan yang diberikan oleh ketua. Dua bentuk latihan diutamakan iaitu latihan
bahasa hukuman/perintah kawad dan latihan pergerakan.

Objektif kawad kaki adalah untuk membentuk semangat dan peribadi yang cergas,
setia dan bertatatertib. Seterusnya, kawad kai bertujuan untuk menanam dan menyemai sifat-
sifat yang teratur, kemas, berdisiplin dan berhemah tinggi serta menanam dan menyemai
semangat dan sikap bekerjasama.

Bahasa Hukuman Kawad
Tiga asas dalam membina bahasa hukuman kawad:

1. Ingatan:
Memberi peringatan kepada skuad/kumpulan apa yang akan mereka buat.

2. Harkat/Amaran:
Peringatan yang panjang terhadap perbuatan atau pergerakan yang akan dilakukan oleh
skuad.

3. Perbuatan:
Arahan perbuatan yang patut dilakukan oleh skuad (dilafazkan dengan suara yang amat
nyaring oleh komander/pemimpin kawad).

Latihan asas dalam membina bahasa hukuman kawad:
• Masuk Baris;
• Sedia;
• Luruskan barisan;
• Paras;
• Senang Diri;
• Rehatkan Diri;
• Keluar Baris;
• Pusing ke Kanan;
• Pusing ke Kiri;
• Pusing/Menghadap ke Belakang;
• Pusing/Menghadap ke Hadapan;
• Kawad Jalan Kaki;
• Berhenti Semasa Berkawad/Jalan Kaki;
• Bersurai.

44

5.5 ASAS PERTOLONGAN CEMAS
Pertolongan Cemas:

• Bantuan permulaan atau rawatan pertama yang diberikan kepada mangsa atau
pesakit. Usaha rawatan pertama dalam keadaan kecemasan sebelum ketibaan
ambulans atau sebelum mangsa atau pesakit menerima rawatan daripada doktor di
tempat kejadian

Tujuan pertolongan cemas:
1) Selamatkan nyawa:
• Memberikan bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa dalam situasi yang
mengancam nyawa, seperti pendarahan yang banyak, terhenti pernafasaan dan
jantung, kulit terbakar atau melecur.

2) Mengurangkan kesakitan:
• Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk memberikan kelegaan

kepada mangsa atau pesakit

3) Mengelakkan daripada bertambah buruk:
• Memberikan rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk mengelakkan

kecederaan atau keadaan pesakit menjadi bertambah buruk.

Anduh dan Balutan
Anduh bermaksud ampu atau ambin, iaitu sejenis kain yang digunakan untuk mengampu
anggota badan yang cedera.Kain anduh tiga segi merupakan kain yang sangat penting dalam
aktiviti pertolongan cemas kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan dalam
pelbagai situasi. Kain anduh yang baik berukuran satu meter

Antara kegunaan kain anduh ialah:
• menghenti atau menahan pendarahan
• menutup tempat yang luka atau cedera
• sebagai pengelap atau sebagai pembalut sejuk (ais)

45

Jenis-jenis anduh
• Anduh besar
• Anduk tiga segi
• Anduh kecil
• Anduh leher dan lengan
• Anduh Improvised

Pembalut atau balutan
Pembalut (bandage) ialah kain kasa bergulung yang berfungsi sebagai pembalut dan pengikat
di bahagian anggota yang cedera. Pembalut juga berfungi sebagai pembantu pembebatan.
Setelah luka dicuci atau dibersihkan, luka tersebut akan ditutup dengan pembalut untuk
mengelak pendarahan dan jangkitan kuman. Pembalut kain tiga segi – untuk menganduh,
membalut, mengampu , mengipas dan pengikat gelung cincin. Pembalut bergulung – untuk
melakukan balutan lapan, balutan circular atau spiraI dan balutan padi.

46

5.6 Simpulan dan Ikatan
Simpulan dan ikatan merupakan aktiviti tali-temali yang amat berkait rapat dengan aktiviti
perkhemahan. Menguasai kemahiran tali-temali ini amat penting bagi memudah dan
meringankan kerja serta untuk menjamin keselamatan semasa menggunakan simpulan dan
ikatan agar tidak ditimpa kemalangan atau kecelakaan akibat tersalah mengikat atau
membuat simpulan. Terdapat pelbagai jenis tali yang boleh digunakan untuk pelbagai
kegunaan dan situasi, sama ada sewaktu menjalankan aktiviti perkhemahan, pengembaraan,
pelayaran, pendakian, di sekolah, pejabat mahupun di rumah.

Simpulan

Simpulan ialah satu aktiviti tali temali yang menggunakan tali yang kecil dan sederhana
ukurannya untuk disimpulkan pada benda-benda yang kecil dan sederhana ukurannya juga.
Simpulan mudah diaplikasikan selalu walau di mana jua lokasinya, sama ada di hutan, di
rumah mahupun di pejabat. Misalnya, simpul manuk boleh digunakan untuk mematikan tali
ampaian. Manakala simpul buku sila pula boleh digunakan ketika membuat anduh untuk
menampung tangan yang tercedera atau patah.

Jenis-jenis Simpulan:
Simpul Manuk (Clove hitch):
(i) Simpulan yang tidak mudah terburai atau terlerai.
(ii) Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
(iii) Juga digunakan untuk mengikat tali pada botol atau tangkai buah
durian (mudah untuk membawanya).
(iv) Semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya, ikatan silang
gunting dan lilit kacang atau ular.

47

Simpul Bunga Geti (Sheet Bend):

(i) Digunakan untuk menyambung dua utas tali yang sama saiz dan berlainan saiz.
(ii) Juga digunakan untuk mengikat tali ke sesuatu tanjul.
Simpul Buku Sila (Reef knot):

(i) Simpulan yang tegap dan tidak mudah terlucut.
(ii) Digunakan untuk menyambung dua utas tali yang sama saiz.
(iii) Mematikan ikatan pada bungkusan.
(iv) Membalut luka, bandage atau mematikan ikatan anduh.
(v) Mengikat khemah yang sudah dilipat.
Simpul Tindih Kasih (Bowline)

(i) Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.
(ii) Sangat berguna dalam kerja-kerja menyelamat.
(iii) Akan diikat pada pinggang mangsa dan ditarik ke tempat yang
selamat.
(iv) Juga digunakan untuk mengikat leher haiwan.

48


Click to View FlipBook Version