Ikatan
Ikatan ialah satu aktiviti tali temali yang digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan
papan untuk jambatan, tiang bendera, menara kawalan dan sebagainya. Kebiasaannya dalam
aktiviti BSMM, beberapa ikatan digunakan seperti iakatan seraya, iakatan serong, ikatan
silang gunting dan ikatan lilit balak.
Jenis-Jenis Ikatan
Ikatan Seraya
(a) Ikatan seraya digunakan untuk mengikat kayu atau buluh yang bersudut tetap.
(b) Dimulakan dengan simpul manuk pada batang kayu/buluh kemudian lilit dengan kemas
dan ketat. Dikuti dengan lilitan di celah kayu/buluh. Ikatan seraya diakhiri dengan simpul
manuk pada kayu/buluh.
Ikatan Lilit Kacang
(a) Ikatan lilit kacang digunakan untuk mengikat kayu atau buluh semasa membuat gajet.
(b) Dimulakan dengan simpul manuk atau lilit balak pada sebatang tiang. Kemudian ikat
secara berselang-seli pada kayu/buluh lantai dari atas ke bawah hingga selesai. Ikatan lilit
kacang ditamatkan dengan simpul manuk.
(c) Selain mengunakan seutas tali, ikatan lilit kacang juga boleh dilakukan dengan
menggunakan dua utas tali. Lilit kacang yang menggunakan dua utas tali akan menjadikan
ikatan tersebut menjadi bertambah kemas dan kukuh serta terjamin kuatnya.
49
Rujukan
Rahim, A.A.A. (2004). Pengurusan gerak kerja kokurikulum, Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Rahim, A.A.A. (2004). Panduan perkhemahan, simpulan dan pioneering. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Malik, A. A,. & Hamzah,H. (2007). Persatuan pandu puteri Malaysia. PTS Sdn. Bhd.
Malik, A. A,. & Hamzah,H. (2007). Kadet remaja sekolah. PTS Sdn. Bhd.
Isa, A.R. (1989). Pertolongan cemas : prinsip dan amalan. Crescent News (KL) Sdn. Bhd
Persekutuan Pengakap Malaysia (2009). Buku panduan dan skim latihan pengakap kelana.
Persekutuan Pengakap Malaysia.
50
Lampiran
51
52
53
54
55
56