Untuk Tujuan Latihan Sahaja
Intervensi
Pembangunan
Profesionalisme
Modul Latihan LANJUTAN
COACHING & MENTORING
DALAM PENDIDIKAN
Kemahiran Mendengar, Menyoal,
Memberi Maklum Balas,
Memerhati dan Praktis
Strategi Membangunkan
Profesionalisme
Untuk Tujuan Latihan Sahaja
Disusun oleh
Abdul Razak bin Alias
Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek
[email protected]
[email protected]
Untuk Tujuan Latihan Sahaja
[email protected]
Untuk Tujuan Latihan Sahaja
KEMAHIRAN MENDENGAR
1
[email protected]
Untuk Tujuan Latihan Sahaja
Edaran ____
Mendengar Dalam Coaching
Apabila mendengar, kita menilai dan membentuk keputusan dalam fikiran kita. Kita
sentiasa menganalisis apakah makna perkataan tersebut buat kita dan bukannya apa
maksud kepada mereka yang berkata tentangnya. Apabila kita lebih fokus kepada apa
yang kita mahu cakap berikutnya, kita mengarah perhatian kepada diri kita, bukannya
kepada orang lain. Fikiran kita bercelaru dengan suara dan perbualan dalaman. Ini tidak
membawa kepada pandangan tentang seseorang yang seharusnya kita mendengar.
Apabila anda benar-benar mendengar kepada seseorang dan berkata tentang perkara
yang ia benar-benar mengambil berat tentang itu, anda menjalin pertalian dan membina
hubungan yang menyokong. Memaksimum kesan coaching anda dengan
menggunakan telinga dan hati untuk mendengar. Mendengar dan coach bila-bila masa!
Uji Kemahiran Mendengar Anda
Fikir perbualan yang cikgu adakan dengan rakan kerja cikgu baru-baru ini dan tanya diri
cikgu sendiri:
Apakah nisbah cikgu mendengar berbanding bercakap?
Apakah yang berlaku dalam fikiran cikgu apabila seseorang bercakap?
Adakah fikiran cikgu tenang atau penuh dengan perbualan dalaman?
Berapa kerapkah cikgu mencelah?
Adakah cikgu berjaya untuk menyesuaikan dengan emosi orang berkenaan?
Bagaimanakah cikgu mengakui perasaannya?
Adakah cikgu mampu untuk parafrasa apa yang orang berkenaan katakan?
Andaikan orang menilai cikgu bagaimana "mendengar" yang dia rasa, apakah
maklum balas yang mungkin?
Apakah yang boleh cikgu lakukan untuk menjadi pendengar yang baik?
2
[email protected]
Untuk Tujuan Latihan Sahaja
Gunakan jawapan cikgu untuk struktur perbualan cikgu seterusnya dengan coachee
cikgu. Lihat perbezaan dilakukan terhadap perbualan cikgu dan kualiti kemahiran
mendengar cikgu.
3
[email protected]
Untuk Tujuan Latihan Sahaja
Edaran ____
PERANGKAP SEMASA MENDENGAR!
Perbualan Dalaman
Mendengar untuk Mematah
Pura-pura Mendengar
Mendengar Secara Memilih
Menunggu Giliran Untuk Bercakap
Mendengar Cerita Semata-mata
TINDAKAN MENDENGAR
Tugas Untuk Menunjukkan Bahawa Anda Sedang Mendengar, Cuba
Katakan Ini
Paraprasa atau “Jika saya mendengar apa yang cikgu cakap adalah betul,
Menyatakan cikgu berkata...”
Semula
Untuk memastikan bahawa kita berada dalam kedudukan yang
sama, saya ingin menyatakan semula yang cikgu baru berkata
...”
Menjelaskan “Saya tidak pasti jika langkah yang cikgu ambil adalah betul.
Jadi di sini adalah kefahaman saya terhadap cerita ...”
“Hanya untuk mendapat kejelasan, tidakkah kita semua
bersetuju ”
“Saya seolah-olah mendapat gambar lain, adakah ianya
betul?”
4
[email protected]
Untuk Tujuan Latihan Sahaja
Tugas Untuk Menunjukkan Bahawa Anda Sedang Mendengar, Cuba
Katakan Ini
Menggulung “Bunyi seperti cikgu telah mencapai keputusan.”
“Jika saya boleh mengulangi apa yang kita baru bincang ...”
“Kelihatan seperti cikgu mempunyai tiga pilihan dan ianya ...”
Menunjukkan “Saya tertanya-tanya, apakah yang sedang berlaku dalam
Rasa Ingin Tahu fikiran cikgu sekarang?”
“Saya tertanya-tanya, apakah beza dengan pendekatan yang
cikgu ambil masa ini?”
“Sesuatu yang menarik! Bagaimanakah teruknya cikgu mahu
buat perubahan?”
Menunjukkan “Jika saya berada dalam situasi cikgu, saya akan berasa
Empati sebagaimana cikgu berasa kini.”
“Bunyinya cikgu kecewa, adakah apa-apa yang boleh saya
lakukan?”
“Cikgu seolah-olah terganggu, adakah cikgu memerlukan masa
sebelum kita teruskan?”
Menunjukkan “Cikgu buat apa? Wow!”
Memberi Galakan “Bagaimanakah cikgu mengurus mengatasi masalah itu?”
“Saya benar-benar hairan! Bagaimanakah cikgu
melakukannya?”
1234 5 6
Paraprasa Menjelaskan Menggulung Menunjukkan Menunjukkan Menunjukkan
atau Rasa Ingin Empati Memberi
Menyatakan Tahu Galakan
Semula
5
[email protected]
Untuk Tujuan Latihan Sahaja
Edaran ____
Penilaian Kendiri Mendengar
Arahan: Penilaian ini akan membantu anda kenal pasti cara meningkatkan kemahiran
mendengar anda. Tandakan X dalam salah satu petak di sebelah kanan bagi setiap
pernyataan, bergantung bagaimana kerap tingkah laku anda seperti pernyataan yang
dijelaskan. Sudah tentu anda perlu jujur dengan diri anda berkaitan dengan pernyataan
ini. Tiada siapa melihat penarafan anda melainkan anda secara sukarela berkongsi
tentangnya.
TINGKAH LAKU MENDENGAR SENTIASA
Apabila seseorang bercakap kepada saya, saya … KEBANYAKAN
MASA
KADANG-KADANG
JARANG-JARANG
TIDAK PERNAH
1. membuat kontak mata dengan orang itu.
2. fikir perspektif yang berbeza mengenai topik yang
sama.
3. menyusun semula komen-komen dan idea dan
menyata kembali kepada orang itu.
4. cuba untuk menjangka apa yang orang itu akan
berkata kemudian.
5. beri perhatian kepada ekspresi muka beliau,
isyarat tangan, postur, dan isyarat fizikal yang lain.
6. fikir tentang isu yang tidak berkaitan dengan
perbualan.
7. fikir tentang apa yang saya akan katakan
seterusnya.
6
[email protected]
Untuk Tujuan Latihan Sahaja
TINGKAH LAKU MENDENGAR SENTIASA
KEBANYAKAN
MASA
KADANG-KADANG
JARANG-JARANG
TIDAK PERNAH
8. menyampuk untuk memberi komen.
9. memberi respons sebelum komen.
10. senyum, mengangguk atau memberi isyarat fizikal
lain sebagai respons.
11. bertanya soalan susulan atau menyiasat untuk
mendapatkan penjelasan atau mendapatkan
maklumat lanjut.
12. segera bertindak balas dengan emosi kepada
mesej.
Keputusan penilaian ini boleh membantu mengarah dan menumpukan usaha anda
untuk meningkatkan kemahiran mendengar. Penilaian ini mempertimbangkan
bagaimana mahir anda berada di tiga aspek mendengar dengan berkesan: fokus,
maklum balas dan menyaring.
Fokus: Memberi perhatian kepada orang yang bercakap dan mesej yang dia
cuba disampaikan.
Maklum balas: Menyempurnakan kitaran komunikasi dengan menggalak untuk
terus bercakap, meminta penjelasan berkenaan soalan, paraprasa pernyataan
dan meringkaskan perkara utama.
Menyaring: Mewujudkan makna peribadi daripada komen penutur. Meletak
komen penutur dalam konteks pengalaman, pengetahuan dan persepsi anda.
Jika skor anda lebih kepada “Sentiasa” bagi soalan 6, 7 dan 9 atau lebih kepada “Tidak
Pernah” bagi soalan 1 dan 5, cikgu mungkin perlu meningkat kemahiran memberi fokus
apabila mendengar seseorang.
7
[email protected]
Untuk Tujuan Latihan Sahaja
Jika skor anda sendiri lebih kepada “Sentiasa” bagi soalan 8 atau kepada “Tidak
Pernah” bagi soalan 3, 10 dan 11, anda mungkin perlu untuk meningkatkan kemahiran
memberi maklum balas apabila mendengar seseorang.
Jika skor anda lebih kepada “Sentiasa” bagi soalan 2, 4 dan 12, anda mungkin perlu
untuk meningkatkan kemahiran menyaring maklumat apabila mendengar seseorang.
8
[email protected]
Untuk Tujuan Latihan Sahaja
KEMAHIRAN MENYOAL
9
[email protected]
Untuk Tujuan Latihan Sahaja
Edaran ____
Kemahiran Menyoal
Menyoal adalah asas proses coaching. Apabila anda menyoal bagi mendapat intipati
sebenar sesuatu perkara itu, anda mecipta ruang untuk coachee menentukan potensi
diri mereka sendiri. Sentiasa memulakan perbualan dengan soalan terbuka. Guna
soalan berbentuk bukan-menilai dan neutral bagi memboleh coachee membuka dan
melihat situasi dari perspektif berbeza. Guna soalan tertutup bagi mengecilkan lagi
pilihan dan menentukan tindakan berikutnya. Patah perkataan soalan perlu ringkas bagi
membolehkan coachee fokus menjawab berbanding memahami soalan berkenaan.
Tiada soalan yang betul dan salah, apa yang penting adalah soalan yang membantu
coachee bergerak ke hadapan atau keluar dari kesulitan yang dihadapi atau tersekat
dengan sesuatu perkara. Soalan yang baik akan membantu coachee membuat
perubahan.
10
[email protected]
Untuk Tujuan Latihan Sahaja
Edaran ____
SOALAN-SOALAN TERBUKA
Petikan:
Katakan seorang guru datang berjumpa anda dengan idea dan mahu input
daripada anda.
“Cikgu, sangat sedikit, antara 0-24% murid terlibat secara aktif dalam aktiviti
pembelajaran samada semasa perbincangan atau memberi respons terhadap soalan
saya. Begitu juga, sangat sedikit murid berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala
seperti murid dengan murid, murid dengan saya dan juga murid dengan bahan.
Demikian juga dalam memberi tumpuan terhadap pelajaran sepanjang waktu
pembelajaran. Apakah yang perlu saya lakukan?”
Bina soalan terbuka yang membolehkan kita menyoal guru berkenaan.
Apakah perancangan cikgu untuk keluar dari keadaaan ini?
Bagaimanakah ini boleh menyumbang kepada strategi meningkatkan
penglibatan murid?
Siapakah yang mendapat faedah daripada ini?
Bilakah cikgu jangkakan memperolehi pulangan hasil?
Bilakah cikgu akan laksanakan?
Mengapakah cikgu memilih pilihan ini berbanding yang lain?
Bagaimanakah kalau guru lain datang dengan idea yang lebih baik?
11
[email protected]
Untuk Tujuan Latihan Sahaja
Edaran ____
SOALAN-SOALAN MENGHUKUM / KRITIS BERBANDING NEUTRAL
Soalan Soalan Neutral
Menghukum
“Mengapakah cikgu lewat? Adakah cikgu “Saya bimbang apabila cikgu tidak hadir
tahu bahawa perbincangan kita bermula pada jam 8.30 pagi untuk menyertai
pada jam 8.30 pagi?” perbincangan ini. Apakah yang berlaku
kepada cikgu?”
“Mengapakah cikgu mengambil masa “Apakah yang perlu cikgu lakukan untuk
yang begitu banyak menyediakan melengkapkan laporan post mortem
laporan post mortem peperiksaan? peperiksaan sebelum esok?”
Tarikh akhirnya, esok.”
“Adakah cikgu pasti cikgu berada di “Apakah yang menunjukkan bahawa
landasan yang betul?” cikgu berada di landasan yang betul?”
“Tidakkah cikgu mahu berjaya dalam Apakah yang cikgu perlu lakukan untuk
laluan kerjaya sebagi guru?” berjaya dalam laluan kerjaya sebagai
guru?
“Mengapakah murid masih tidak capai
sasaran? Mengapakah cikgu tidak “Apakah yang boleh kita lakukan untuk
berbuat sesuatu?” mempastikan murid mencapai sasaran?”
Beri maklum balas soalan di ruangan kiri dan kanan!
12
[email protected]
Untuk Tujuan Latihan Sahaja
Edaran ____
APAKAH YANG SOALAN LAKUKAN?
A
Mendapatkan Maklumat
“Apakah yang pasukan cikgu amat hargai tentang gaya pengurusan cikgu?”
“Bagaimanakah perasaan cikgu-cikgu menjadi sebahagian daripada pasukan
cikgu?”
“Bolehkah cikgu beritahu saya lebih lanjut mengenainya?”
“Apakah tiga perkara yang cikgu amat hargai tentang diri cikgu?”
“Terangkan tiga pencapaian terbesar cikgu setakat ini?”
B
Menjelaskan Matlamat
“Di manakah cikgu lihat diri cikgu tiga tahun dari sekarang?”
“Bagaimanakah cikgu hendak terus melangkah ke hadapan untuk mencapai
impian cikgu?”
“Apakah yang cikgu lakukan untuk memenuhi matlamat cikgu?”
“Di manakah cikgu, berhubung dengan matlamat kerjaya cikgu sebagai guru
cemerlang?”
C
Mencetuskan Sikap Ambil Tahu
“Apakah maksud 'dihormati' orang lain oleh cikgu?” 13
“Selain daripada sikap ambil tahu, apakah yang cikgu tidak fikir?”
“Saya tertanya-tanya, jika cikgu berada di tempatnya, apakah yang boleh cikgu
lakukan?”
[email protected]
Untuk Tujuan Latihan Sahaja
“Katakan cikgu mempunyai semua sumber untuk melaksanakan rancangan
tersebut, apakah yang akan cikgu lakukan?”
“Apakah yang cikgu ingin sumbangkan kepada dunia pendidikan?”
D
Anjak Perspektif, Melihat Perspektif Baru, Mengundang Saat "Aha",
Melihat Kemungkinan
“Saya tertanya-tanya, apakah satu atau dua perkara yang cikgu boleh lakukan
untuk menjadi seorang guru yang berkesan?”
“Apakah yang cikgu suka peristiwa ini dikenali?”
“Jika cikgu tidak di dalam kerja ini, apakah cikgu akan lakukan?”
“Cikgu mesti mempunyai alasan yang baik untuk melakukannya dengan cara ini,
saya tertanya-tanya apakah yang akan berlaku jika pendekatan berbeza cikgu
gunakan?”
“Apakah yang boleh cikgu bayangkan, diri cikgu melakukan dengan lebih banyak
lagi?”
“Apakah yang mendorong cikgu dan membuat cikgu bangun dari tidur setiap
pagi untuk pergi ke tempat kerja?”
E
Mengenal Pasti Orang Penting dan Hubungan
“Siapakah model peranan cikgu?”
“Apakah ciri-ciri model peranan ini yang cikgu kagumi?”
“Jika teman baik cikgu memerhatikan perbualan ini, apakah yang akan dia
perkatakan?”
“Apabila cikgu mula untuk membuat perubahan, siapakah yang perasan?”
14
[email protected]
Untuk Tujuan Latihan Sahaja
F
Meregangkan / Mencabar
“Apakah projek yang cikgu ingin mencabar diri cikgu sendiri ?”
“Sepatutnya tarikh akhirnya adalah esok, apakah yang boleh cikgu lakukan?”
“Bagaimana kalau cikgu di tempat pertama, bagaimanakah cikgu bezakan diri
cikgu berbanding dengan pesaing?”
“Apabila cikgu berhadapan dengan situasi yang mencabar, apakah yang
membolehkan cikgu membuat keputusan secara yakin?”
G
Menimbulkan, Apakah yang Berfungsi
“Beritahu saya, apakah yang telah berfungsi sebelum ini, cikgu?”
“Apakah yang berfungsi dengan baik sekarang, cikgu?”
“Apakah yang membuat pencapaian ini jelas kelihatan bagi cikgu?”
“Saya tertanya-tanya, bagaimanakah cikgu boleh menggunakan pencapaian
lepas cikgu dalam peranan cikgu sekarang?”
“Apakah yang cikgu-cikgu sangat hargai tentang sekolah, cikgu?”
H
Mendapatkan Maklum Balas
“Sejauh manakah ianya membantu cikgu?”
“Dari skala 1 hingga 10, bagaimanakah cikgu menilai kemahiran pembentangan
cikgu?”
“Bagaimanakah cikgu boleh menjadi lebih berkesan sebagai pemimpin?”
“Beritahu saya, apakah satu atau dua perkara yang cikgu boleh buat lebih baik?”
15
[email protected]
Untuk Tujuan Latihan Sahaja
I
Membuat Keputusan
“Daripada tiga pilihan, yang manakah akan cikgu pilih?”
“Antara calon A dan calon B, yang manakah amat sesuai dengan tugas, cikgu?”
“Jika cikgu hanya pilih satu, bagaimanakah cikgu akan memutuskannya?”
J
Menyediakan Sokongan
“Bayangkan cikgu mempunyai semua sokongan, apakah yang akan jadi?”
“Melangkah ke hadapan, apakah sokongan yang cikgu perlu daripada saya?”
“Apakah jenis sokongan yang cikgu menjangka cikgu perlukan?”
“Beritahu saya, apakah sokongan yang terbaik yang cikgu telah terima yang
menyumbang kepada kejayaan sesuatu peristiwa?”
K
Mewujudkan Sikap Kesegeraan dan Mendorong Tindakan
“Kemanakah cikgu mahu pergi dari sini?”
“Apakah yang akan cikgu lakukan? Apakah rancangan cikgu?”
“Apakah langkah cikgu seterusnya? Bilakah cikgu akan melakukannay?”
“Bagaimanakah cikgu hendak mengesan kemajuan cikgu?”
“Apakah faedahnya jika cikgu melakukan kerja yang hebat?” “Apakah yang akan
berlaku jika cikgu tidak melakukannya?”
16
[email protected]
Untuk Tujuan Latihan Sahaja
Edaran ____
"MENGAPA" YANG TIDAK MEMBANTU DALAM COACHING
Mengapa Apa atau Bagaimana
Mengapakah anda mahu menjadi seorang Apakah tiga kualiti yang cikgu
pengetua? mengagumi seorang pengetua?
Bagaimanakah anda boleh membantu
orang ramai dengan menjadi seorang
pengetua?
Apakah yang cikgu lihat diri cikgu
lakukan sebagai seorang pengetua?
Terdapat pelbagai jenis pengajian
pendidikan, apakah satu yang tertentu
yang cikgu berminat?
Selain daripada minat, apakah anda
ingin capai dengan menjadi seorang
pengetua?
17
[email protected]
Untuk Tujuan Latihan Sahaja
Edaran ____
DARIPADA MEMPERTAHANKAN "MENGAPA" KEPADA MEMBANTU
"BAGAIMANA" ATAU "BAGAIMANA BOLEH"
Mengapa? Bagaimana atau Bagaimana Boleh?
“Mengapakah cikgu lewat?” “Bagaimanakah cikgu boleh lewat?”
“Mengapakah cikgu tidak menghantar “Bagaimanakah cikgu boleh tidak
buku rekod mengajar?” menghantar buku rekod mengajar?”
“Mengapa cikgu meminta murid A “Bagaimanakah pula cikgu membuat
melakukan tugasan berkenaan dan bukan keputusan untuk meminta murid A
murid B?” melakukan tugasan berkenaan dan bukan
murid B?”
“Mengapakah cikgu tidak belajar?” “Bagaimana cikgu boleh tidak belajar?”
“Mengapakah cikgu terlepas tarikh tutup “Bagaimanakah pula cikgu terlepas tarikh
permohonan penyertaan pertandingan tutup permohonan penyertaan
tersebut?” pertandingan tersebut?”
Fikirkan masa kakitangan cikgu datang kepada cikgu dengan masalah.
Apakah soalan yang cikgu tanya?
Apakah nisbah antara soalan terbuka berbanding soalan tertutup?
Bagaimanakah ayat diungkapkan?
Adakah cikgu diminta untuk mengulangi soalan?
Apakah yang cikgu belajar daripada latihan ini?
Apakah yang cikgu akan ulangi?
Apakah yang cikgu akan hentikan?
18
[email protected]
Untuk Tujuan Latihan Sahaja
KEMAHIRAN MAKLUM BALAS
19
[email protected]
Untuk Tujuan Latihan Sahaja
Edaran ____
Memberi Maklum balas
Maklum balas menawarkan peluang kepada coach dan coachee belajar sesuatu. Ianya
boleh juga menjadikan hubungan coach dan coachee lebih baik. Apabila memberi
maklum balas pastikan ianya spesifik tentang tingkahlaku sebenar yang anda
perhatikan atau keluarkan semasa perbualan dan jangan membuat kritikan atau
penilaian tentang personaliti atau apa yang tingkah laku mereka maksudkan.
Apabila maklum balas berkaitan dengan emosi, berhati-hati kesan daripada perkataan
anda dan tindakan kepada yang lain. Anda perlu menggunakan perkataan yang
menggalakkan kerjasama dan melahirkan kepercayaan. Ingat, masa adalah segala-
galanyna jadi penting untuk anda berkongsi maklum balas anda di awal sebaik sesuatu
peristiwa berlaku. Juga penting, hentikan melihat seseorang dari sudut kekurangan.
Apabila anda mendapati seseorang dalam pasukan anda melakukan sesuatu dengan
betul, galakan positif anda akan memotivasi mereka mengulangi tingkahlaku positif dan
berkesan.
NO
20
[email protected]
Untuk Tujuan Latihan Sahaja
Edaran ____
MAKLUM BALAS TENTANG SESEORANG BERBANDING MAKLUM BALAS
MENGENAI TINGKAH-LAKU
Maklum Balas Mengenai Orang Maklum Balas Mengenai Tingkah-Laku
“Cikgu adalah seorang pemimpin yang “Cikgu membawa pasukan cikgu dengan
hebat.” baik dengan menekan kepada mereka
tentang kebertanggungjawaban.”
“Cikgu sentiasa lewat untuk hadir kerja.” “Kelewatan cikgu mempengaruhi kerja
cikgu.”
“Murid cikgu menyukai keadaan semula “Murid menyukai cara cikgu menjawab
jadi cikgu yang menarik.” pertanyaan mereka.
“Saya dapati cikgu menjadi seorang yang “Saya mahu cikgu untuk
berfikiran tertutup.” mempertimbangkan pendapat orang lain,”
“Murid cikgu menyayangi cikgu.” “Murid cikgu menghormati profesionalisme
cikgu.”
“Cikgu sangat bersuara dalam mesyuarat.” “Biarkan orang lain mempunyai peluang
untuk bersuara.”
“Cikgu adalah orang yang popular.” “Cikgu mudah didekati dan mesra.”
21
[email protected]
Untuk Tujuan Latihan Sahaja
Edaran ____
KABUR BERBANDING SPESIFIK: LIHAT PERBEZAAN
Kabur Spesifik
“Kempen galakan menarik satu kumpulan “Kempen galakan cikgu menarik lebih
besar.” daripada 20 peratus sasaran cikgu.”
“Kemahiran perancangan cikgu “Akibat kelemahan perancangan di pihak
meninggalkan banyak perkara yang cikgu, kita terlepas 40 peratus daripada
diingini.” penyertaan bulan ini.”
“Pasukan cikgu menyukai mesyuarat “Kaji selidik itu menunjukkan kadar
tersebut.” kepuasan yang tinggi daripada ahli
mesyuarat.”
“Saya tidak pasti jika cikgu komited “Saya mempunyai banyak pengalaman di
dengan kerja cikgu.” mana saya perlu mengejar cikgu dengan
tarikh akhir cikgu.”
“Cikgu mencecah semua angka.” “Cikgu telah melebihi sasaran pencapaian
di kelas yang cikgu mengajar.”
22
[email protected]
Untuk Tujuan Latihan Sahaja
Edaran ____
Kes ____
Terdengar di bilik guru, guru Penolong Kanan (PK), Azam mengadu tentang maklum
balas yang diterima daripada pengetua selepas meningkatkan kehadiran murid ke kelas
tambahan. Semenjak menjadi PK empat (4) bulan yang lalu, kerjanya berfokus kepada
memastikan murid hadir ke kelas tambahan di mana masalah ini menjadi isu utama.
Pada hari mencapai kepada penyelesaian ini, beliau menjangkakan Pengetuanya,
Anisah gembira dengan beliau. Diharapkan kejayaan ini diikuti dengan penghargaan.
Apabila Azam diminta menghadiri mesyuarat JK Peningkatan Prestasi Sekolah, beliau
fikir, “Inilah dia!” Bagaimanapun, semasa mesyuarat berkenaan, Anisah memaklumkan
di dalam mesyuarat berkenaan, Azam telah melakukan kerja dengan baik tetapi kecewa
kerana tidak menyelesaikan masalah tersebut dalam tempoh masa yang singkat.
Setelah melalui keadaan kesukaran menerima ucapan tahniah, Anisah meneruskan
dengan kritikan. Pada masa yang sama, Anisah menyerlahkan prosedur yang tidak
dipatuhi, melihat kelemahan berbanding dengan memberi pengiktirafan dengan
pencapaian. Azam dijadikan “spesimen: kepada ketidakpatuhan.
Ahli mesyuarat menjadi keliru terhadap Azam. Tertanya-tanya bagaimana pemimpin
begitu tidak sesitif dengan keperluan emosi seseorang, beliau berasa telah dilanggar
dua kali.
Bincangkan maklum balas yang diberi oleh Anisah.
Maklum balas Anisah tidak spesifik dan tidak berfikir secara teliti atau
bertimbangrasa.
Anisah juga menunjukkan kelemahan kesedaran dengan kesan negatif dengan
perkataannya.
23
[email protected]
Untuk Tujuan Latihan Sahaja
Anisah komen tentang Azam berhubung melakukan kerja dengan baik adalah
kabur dan tidak spesifik. Apakah “kerja yang baik?” Situasi dan Tingkahlaku
spesifik tidak dijelaskan.
Anisah “sandwich” atau menyelangkan maklum balas positif dengan”tetapi”
dengan maklum balas negatif. Selepas menyebit Azam melakukan kerja yang
baik, beliau terlepas terlepas peluang menonjolkan sesuatu yang positif atau
memberi pengiktirafan sewajarnya apabila jelas Azam mencapai dengan baik
yang sepatutnya,
Tujuan maklum balas adalah mengiktiraf usaha Azam menangani masalah kehadiran
murid ke kelas tambahan dan juga memastikan Azam sedar dengan prosedur yang
harus dipatuhi. Sekiranya tidak dipatuhinya, Azam tidak boleh menyelesaikan masalah
dengan segera. Anisah seharusnya lebih berkesan jika ia mengikuti teknik memberi
maklum balas yang berkesan dan memberi makna dalam coaching.
24
[email protected]
Untuk Tujuan Latihan Sahaja
Edaran ____
Maklum Balas Yang Berkesan Dan Bermakna
Sentiasa berusaha untuk mencari dan menyatakan aspek-aspek positif tentang
sesuatu keadaan.
“Kerja yang bagus! Keupayaan cikgu untuk menjadikan perpustakaan
berfungsi dengan baik adalah satu pencapaian penting. Lebih-lebih lagi
memandangkan cikgu hanya berada di sekolah ini selama tiga bulan. Kami
telah cuba untuk menambahbaik selama setahun. Terima kasih kerana usaha
cikgu yang hebat!”
Menggambarkan tingkah laku spesifik dan menjelaskan mengapa ia adalah
berkesan.
“Cikgu berjaya mengatasi bantahan daripada ibu bapa dan penjaga dan
meyakinkan mereka bahawa kita adalah rakan kongsi yang tepat untuk
bekerja bersama mereka. Semangat yang tidak luntur dan ketabahan
cikgu benar-benar menjadikan mereka bertanggungjawab.”
Tidak menyentuh peribadi. Mengulas mengenai tingkah laku, bukan orang.
“Seperti yang cikgu maklum, kita mempunyai prosedur kerja dan kita
memerlukan cikgu untuk mengikutinya dengan teliti supaya cikgu boleh
menyediakan laporan dengan lebih cepat. Ini terpakai untuk kita semua,
termasuk cikgu.”
Tamat secara positif. Mengesahkan tingkah-laku yang positif untuk
menggalakkan pengulangan.
“Saya mengalu-alukan sokongan berterusan cikgu dan saya yakin
bahawa cikgu akan mengulangi kejayaan yang sama dan lebih banyak
lagi! Beritahu saya, apakah sokongan yang cikgu perlukan dari saya.”
25
[email protected]
Untuk Tujuan Latihan Sahaja
Edaran ____
KAEDAH SANDWICH
Berikut adalah beberapa contoh maklum balas sandwich:
“Saya kagum dengan cara cikgu menghulur bantuan kepada murid tetapi …”
“Penyelidikan yang cikgu bentangkan adalah sangat menyeluruh tetapi... …”
“Pengurusan sangat memuji dengan pelan perancangan cikgu tetapi …”
“Ianya idea yang hebat tetapi …”
“Cikgu berjaya mendapatkan perhatian tetapi …”
26
[email protected]
Untuk Tujuan Latihan Sahaja
Edaran ____
DARIPADA MELIHAT KEKURANGAN KEPADA MENUNJUKKAN PENGHARGAAN
Pendekatan Melihat Kekurangan Pendekatan Menghargai
“Apakah yang salah?” ““Apakah yang berlaku dengan baik?”
“Apakah masalah?” “Apakah kemungkinan?”
“Mengapakah cikgu berbuat demikian? “Apakah yang dipelajari daripada itu?”
Apakah yang cikgu fikir?”
“Apakah yang cikgu lemah?” “Apakah bidang pembangunan
profesionalisme cikgu?”
“Mengapakah cikgu terkandas lagi?” “Apakah yang berfungsi untuk cikgu
sebelum ini?”
“Tidak ada gunanya. Kita harus berhenti “Apakah pilihan yang kita ada?”
mencubanya?”
“Mengapakah cikgu terperangkap dalam “Apakah yang cikgu sangat hargai tentang
kerja yang akhir?” kerja cikgu?”
“Adakah cikgu melihat sebarang cahaya “Apakah harapan untuk masa depan
di hujung terowong?” cikgu?
“Apakah yang meletihkan cikgu?” “Apakah yang memberikan tenaga
kepada cikgu?”
“Jika cikgu tahu punca masalah, apakah “Jika masalah pergi, apakah perkara-
yang cikgu akan membetulkannya.” perkara berkenaan kelihatan.”
Siapakah yang akan menyalahkan cikgu Siapakah orang-orang yang telah
untuk ini? menyokong cikgu dalam kerjaya cikgu?
27
[email protected]
Untuk Tujuan Latihan Sahaja
Edaran ____
Kes _____
Situasi 1
Amir guru baru menghadapi masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) mata
pelajaran Sejarah yang diajarnya. Instrumen Elemen 4 Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia dijadikan alat ukur. Beliau bimbang dengan prestasinya yang rendah akan
menjejaskan pengesahan jawatannya. Menunggu untuk berjumpa dengan Pengetua,
Atikah, yang dikenali fokus kepada pencapaian prestasi, Amir menjangkakan suatu
tinjauan semula yang keras dan tegas. Tetapi Amir tidak bersedia dengan serangan
kritikan dan teguran Atikah yang dihamburkan ke atasnya ketika mesyuarat nanti.
Semasa makan tengahari, Amir memberitahu rakan sekerjanya tentang drama yang
berlaku semasa mesyuarat pagi yang mana kemuncaknya, beliau melangkah keluar
dari pejabat pengetua.
Ia ternyata maklum balas yang diberikan kepada Amir adalah mengelirukan,
bercampuran tuduhan, melabel sifatnya (“seorang yang tidak baik, jujur atau amanah”)
dan pemerian yang kabur (“kerja yang baik”). Selepas memesan makanan, Amir mula
meradang sebaik sahaja beliau mengingat semula perbincangan berkenaan.
“Ianya suatu maklum balas yang menyakitkan hati dan mengelirukan yang saya pernah
terima. Atikah bermula dengan memuji saya tetapi mula mengembar-gemburkan dan
meluahkan, memanggil saya sebaya tidak baik, jujur dan amanah dan menarik pasukan
ke bawah. Beliau juga menuduh saya tidak berusaha cukup kuat dan lambat melakukan
sesuatu.”
Peristiwa berkenaan meninggalkan rasa yang tidak selesa. Amir merumuskan maklum
balas: “Atikah hanya mahu melepaskan rasa panas hati dan meluahkan kekecewaan
beliauterhadap saya. Sebagai pemimpin, saya menjangkakan Atikah membantu saya
28
[email protected]
Untuk Tujuan Latihan Sahaja
menjelaskan isu dan menyokong saya denganperkara yang saya boleh tambah baik.
Kedua-duanya, beliau gagal.”
Bincangkan maklum balas yang diterima oleh Amir.
Atikah kurang berhati-hati dengan perkataan dengan maklum balas yang kabur dan
menuduh yang menjejaskan hubungan. Saya tertanya-tanya bagaimana besar
hubungan yang terjejas? Sejauh manakah kerosakan yang berlaku? Tidak dapat
dipulihkan? Adakah hubungan boleh diselamatkan? Apa sahaja, kehilangan
kepercayaan sangat besar. Daripada pengalaman Atikah, maklum balas bermula
daripada pendekatan melihat kekurangan. Amir berhadapan masalah untuk
mengaturnya, bukan kakitangan yang ada masalah. Atikah mengatur dengan cara yang
dia tahu yang terbaik. Memberitahu sebagaimana ianya sendiri. Melontar beberapa
teguran dan mengancam untuk ukuran yang baik. Atikah tidak risau tentang kesan
perkataan kepada Amir – adakah Amir perlu menjadi orang yang muka tebal. Atikah
percaya tiada yang dapat menandingi kaedah periuk tekanan bagi mendapatkan
keputusan segera. Satu cara mendapat keputusan adalah bertindak keras.
Situasi 2
Atikah percaya maklum balas adalah alat yang berkesan untuk pembangunan dan
pembelajaran. Sebelum sesi, Atikah membuat persediaaan. Mengetahui yang Amir
menghahadapi masalah dan tidak mencapai sasaran untuk PdP berkesan, beliau mahu
memastikan yang beliau ada sokongan untuk mengubah keadaan. Atikah memberi
fokus mengadakan dialog secara terbuka dan menyokong.
Atikah: “Sudah tiga (3) kali kajian semula sepanjang tempoh
masa percubaan. Ini merupakan kajian semula yang terakhir. Saya mahu
menjadikan perbincangan hari ini untuk bercakap tentang prestasi anda
sehingga hari ini. Ia menjadi matlamat saya. Apakah yang anda mahu
capai daripada perbincangan hari ini?”
29
[email protected]
Amir: Untuk Tujuan Latihan Sahaja
Atikah:
Amir: “Saya tidak mencapai sasaran dalam PdP dan saya risau
Atikah: tentang pengesahan jawatan saya.”
Amir: “OK, kita akan mengkaji semula sebaik mungkin. Ada perkara
lain cikgu mahu penuhi hari ini?”
Atikah: “Satu perkara lagi, saya mahu tahu jika prestasi saya cukup baik
bagi pengesahan jawatan saya?”
Amir: “OK, akan diberi perhatian tentang perkara tersebut. Perkara
Atikah: lain lagi? Anda telah enam (6) bulan berada dalam jawatan ini.
Bagaimanakah anda dapatinya? Apakah yang telah berlaku?”
“Saya telah melakukan yang terbaik dan mencapai sasaran
saya dalam tempoh lima (5) bulan yang lepas. Sehingga kini, pencapaian
saya dalam PdP adalah konsisten. Malangnya bulan lepas, saya gagal
mencapai sasaran dalam peperiksaan pertengahan tahun.”
Kelihatan seperti anda telah melakukan semua aktiviti berdasarkan
intervensi yang telah dirancang. Apakah aktiviti yang telahpun dilakukan
dengan baik buat anda? Aktiviti berkenaan telah membantu anda
mencapai sasaran untuk lima (5) bulan yang lepas. Bagaimanakah boleh
anda lakukan dengan lebih lagi?”
“Saya merancang untuk memastikan murid mendapat jumlah latihan yang
cukup. Ini sepatutnya menjadi pola untuk bulan seterusnya. Saya akan
pastikan penglibatan murid yang tinggi semasa pengajaran saya.”
“Sepertinya anda telah membuat pertimbangan dengan pilihan anda
tentang bagaimana anda meningkatkan pencapaian pelajaran Sejarah.
Mari kita letak ini sebagai pelan tindakan dan melakukan sumbangsaran
lebih lanjut! Saya yakin anda boleh membina pelan tindakan bagi
membantu meningkatkan prestasi anda. Saya akan mencadangkan anda
untuk disahkan dalam jawatan. Tahniah!”
30
[email protected]
Untuk Tujuan Latihan Sahaja
Edaran ____
MEMBERI MAKLUM BALAS KONSTRUKTIF
Minta ahli-ahli pasukan anda menulis maklum balas dalam bentuk “nota cinta” kepada
rakan mereka. Dalam “nota cinta” ini, tuliskan
Apakah yang mereka benar-benar menghargai tentang orang itu?
Jika mereka boleh memberi orang ini satu nasihat - satu yang akan membantu
beliau, apa yang boleh? Mulakan dengan "Di sini adalah satu idea untuk cikgu
..."
Pastikan maklum balas berdasarkan tingkah laku atau situasi yang spesifik,
disandarkan dengan fakta dan data. Jadikan ia sebagai suatu yang objektif.
MENGUJI KEMAHIRAN MAKLUM BALAS ANDA
Fikirkan perbualan maklum balas cikgu dengan ahli kakitangan cikgu, tanya diri cikgu:
Apakah asas maklum balas?
Bagaimanakah cikgu bersedia untuknya?
Bagaimanakah cikgu frasa maklum balas?
Adakah cikgu komen orang atau tingkahlakunya?
Bagaimanakah pula cikgu membuat seseorang berasa disahkan?
Andaikan cikgu bertanya kepadanya untuk dapatkan maklum balas, apakah yang
akan dia katakan?
Apa yang boleh cikgu lakukan untuk menjadi lebih baik dalam memberi maklum
balas?
Menggunakan respons cikgu untuk menstruktur perbualan cikgu seterusnya dengan
coachee cikgu. Lihat perbezaan perbualan cikgu lakukan dan kualiti kemahiran
maklum balas cikgu.
31
[email protected]
Untuk Tujuan Latihan Sahaja
Edaran ____
MEMBANGUNKAN KEMAHIRAN MAKLUM BALAS YANG EFEKTIF
Tangkap Situasi
“Pagi semalam, ketika kami melakukan pemeriksaan bangunan …”
“Hari Isnin yang lepas, selepas makan tengahari, ketika kami berjalan bersama Adibah
untuk menghadiri mesyuarat …”
“Hari ini, perkara pertama pagi ini, bila cikgu dan saya bercakap di mesin minuman …”
“Hari Jumaat yang lalu, semasa jamuan untuk jawatankuasa yang baru, apabila Adibah
menjelaskan deskripsi kerja baru beliau …”
Bukannya
“Beberapa hari yang lalu …”
32
[email protected]
Untuk Tujuan Latihan Sahaja
Edaran ____
MEMBANGUNKAN KEMAHIRAN MAKLUM BALAS YANG EFEKTIF
Menggambarkan Tingkah Laku
Menggambarkan Orang Menggambarkan Tindakan
“Beliau biadap semasa mesyuarat.”
“Beliau bercakap pada masa yang sama
“Beliau sibuk semasa perbincangan orang lain bercakap.” (Biadap)
kumpulan kecil.”
“Dia tunduk ke hadapan di kerusi, menulis
“Dia seolah-olah bosan dengan nota selepas orang lain bercakap dan
persembahan pasukan beliau.” kemudian berkata kepada kumpulan
dengan mengulangi beberapa perkara
“Beliau seolah-olah gembira dengan yang orang lain sudah cakap.” (Sibuk)
laporan yang dibentangkan pekerja.”
“Dia menguap, mata beliau memerhati
sekeliling dan memandang keluar tingkap.”
(Bosan)
“Dia tersenyum dan mengangguk
kepalanya. “(Gembira)
33
[email protected]
Untuk Tujuan Latihan Sahaja
Edaran ____
MEMBANGUNKAN KEMAHIRAN MAKLUM BALAS YANG EFEKTIF
Menggambarkan Tingkah Laku
Untuk memahami bagaimana sukar mengenal pasti tingkah laku yang boleh jadi, lihat
senarai berikut. Tanda di sebelah frasa yang menggambarkan tingkah laku:
_____ Terlalu yakin
_____ Sangat agresif
_____ Perlu kurang taktikal dan lebih strategik
_____ Angkuh
_____ Analisis dan amat logik dalam pendekatan
_____ Pemain pasukan yang baik yang mengambil berat tentang orang-orang di
jabatan
_____ Sangat produktif
_____ Cemerlang di semua bidang pengurusan
_____ Tegas
Jika cikgu tidak manandakan mana-mana, maka cikgu berada di landasan yang betul.
Tidak ada frasa dalam senarai yang menerangkan tingkah laku. Tingkah laku adalah
tindakan seseorang ambil. Sebaliknya, senarai di atas adalah kata sifat yang
menggambarkan seseorang – bukan tindakan seseorang.
34
[email protected]
Untuk Tujuan Latihan Sahaja
Edaran ____
MEMBANGUNKAN KEMAHIRAN MAKLUM BALAS YANG EFEKTIF
Menggambarkan Tingkah Laku
Maklum Balas
Bahasa Badan
Razali semakin jengkel dengan Faridah “Cikgu Faridah, semasa mesyuarat kita
semasa mesyuarat yang dihadiri. Faridah semalam di kubikel cikgu, saya melihat
sering mengoyangkan kakinya, cikgu melihat jam cikgu beberapa kali
mengangkat tempat duduknya berkali-kali, dalam tempoh lima belas minit. Cikgu
mengetuk pen dia atas meja berulang kali mengetuk pensil cikgu dengan kuat atas
dan mengangguk kepala kepada mereka meja dan beralih dari sisi ke sisi di tempat
yang lalu melalui kubikel ketika beliau duduk. Cikgu juga mengangguk kepala
bercakap. cikgu kepada yang mereka melepasi
kubikel cikgu ketika saya bercakap.”
Nada Suara dan Cara Bercakap
Faridah memperkenalkan idea strategi “Cikgu Faridah, semasa pembentangan
pengajaran baru kepada sekumpulan hari semalam, cikgu berhenti beberapa
rakan-rakan beliau. Semasa persembahan kali dan bercakap begitu perlahan
dia berhenti seketika sekurang-kurangnya menjadikan ia sukar bagi saya untuk
enam kali yang berbeza, terputus-putus di mendengarnya. Kemudian, pada akhir
tengah ayat. Selepas menghentikan pembentangan cikgu, apabila orang
seketika suaranya semakin perlahan bertanya soalan, cikgu bercakap dengan
dengan ketara. Dia bercakap dalam nada cepat dan suara cikgu menjadi lebih kuat.
yang rendah. Apabila orang bertanya Cara cikgu menyampaikan membuatkan
beliau, beliau tiba-tiba bercakap sangat saya berasa seperti cikgu tidak bersedia
cepat. Beliau menamatkan percakapan dengan baik atau cikgu tidak peduli
35
[email protected]
Untuk Tujuan Latihan Sahaja
Maklum Balas
beliau dengan kata-kata "Terima kasih, banyak perkara tentang pembentangan
terima kasih, terima kasih banyak-banyak" cikgu, dan cara cikgu bercakap dengan
dalam nada yang adalah lebih kuat cepat pada akhir membuatkan saya
daripada beliau telah digunakan berasa seperti cikgu berada dalam
sepanjang ucapan keseluruhan. keadaan tergesa-gesa untuk keluar dari
bilik.”
Pilihan Perkataan
Semasa mesyuarat dengan kumpulan “Razali, semasa mesyuarat pagi ini cikgu
kecil pembangunan, Razali marah apabila memanggil cikgu Faridah orang yang
dia mengetahui bahawa Faridah akan selalu 'gagal‟ di hadapan seluruh
terlepas tarikh akhir. Razali menggelar kumpulan. Saya benar-benar tidak selesa
Faridah sebagai orang yang selalu gagal apabila cikgu menggelarkan seorang dan
di hadapan seluruh kumpulan. Apabila guna jenis berbentuk penghinaan. Selepas
mesyuarat berhenti rehat, ahli-ahli mendengarnya, saya merasakan bahawa
pasukan secara senyap-senyap keluar kita tidak satu pasukan semuanya.”
satu per satu tanpa berkata-kata antara
satu sama lain.
36
[email protected]
Untuk Tujuan Latihan Sahaja
Edaran ____
MEMBANGUNKAN KEMAHIRAN MAKLUM BALAS YANG EFEKTIF
Menyampaikan Kesan
Maklum balas rakan sebaya. “Cikgu Faridah, pagi ini di koridor cikgu meminta pendapat
saya tentang keputusan untuk melancarkan strategi baru kita. Cikgu juga kerap
bertanya kepada saya untuk menyertai kumpulan itu pada waktu makan tengahari. Ia
membuatkan saya berasa dilibatkan, sebahagian daripada pasukan.”
Maklum balas sub-ordinat. “Cikgu Najmi, dalam mesyuarat dengan Penolong Kanan
baru semalam, cikgu tidak bersuara, walaupun ketika beliau bertanya cikgu. Cikgu
kelihatan mengenggam tangan cikgu beberapa kali. Saya rasa benar-benar selesa
dengan penyampaian cikgu.”
Maklum balas Ketua. “Cikgu Faridah, cikgu telah tidak mengulas sekalipun tentang
laporan lapangan yang telah dilengkapkan. Saya rasa terhina.”
37
[email protected]
Untuk Tujuan Latihan Sahaja
Edaran ____
10 Kesalahan Biasa Semasa Memberi Maklum Balas
1. Maklum balas menilai individu, bukan tindakan
“Cikgu bertindak sangat kasar.”
2. Maklum balas sangat kabur
“Cikgu seorang guru yang baik.”
3. Maklumbalas berdasarkan percakapan orang lain
“Penolong Kanan memaklumkan yang cikgu keliru tentang tugas baru
yang diamanhkan.”
4. Maklum balas negatif tesepit diantara positif
“Niat cikgu mungkin baik, tetapi anda silap jika anda fikir guru-guru lain
mendengar maklum balas sebegini akan mendapat mesej yang betul.”
5. Maklum balas dibesar-besarkan terlalu umum (Apabila mereka tidak
melakukannya apa yang anda katakan mereka melakukannya)
“Jangan cikgu melakukan perkara tersebut lagi.” Atau “Sentiasa cikgu
melakukan perkara tersebut.”
6. Maklum balas psikoanalisis motif di sebalik tingkah laku
“Cikgu melakukannya kerana ingin menjaga hati Pengetua.”
7. Maklum balas berlaku terlalu lama (Mengambil masa yang lama)
8. Maklum balas mengandungi ancaman yang tersirat
“Benarkah cikgu berjaya.”
38
[email protected]
Untuk Tujuan Latihan Sahaja
9. Maklum balas menggunakan jenaka yang tidak sesuai
“Selamat petang cikgu.” (Cikgu berkenaan lewat 10 minit di mesyuarat
pagi)
10. Maklum balas adalah soalan, bukannya pernyataan
“Adakah cikgu fikir, cikgu akan beri perhatian yang lebih baik semasa
mesyuarat yang akan datang.”
39
[email protected]
Untuk Tujuan Latihan Sahaja
Edaran ____
Maklum balas efektif
… anda mesti menceritakan situasi yang spesifik, menggambarkan tingkah laku
sebenarnya dan menjelaskan apakah impak tingkah laku terhadap anda.
10 Perangkap Semasa Memberi Maklum Balas
1. Jika anda menarik diri daripada maklum balas yang anda berikan, coachee akan
hilang mesej anda.
“Cikgu menganggu saya, membuatkan saya berasa marah, tetapi apabila
saya fikir tentangnya, ia adalah cukup sibuk pada waktu itu …”
2. Jika anda menarik kepada pengalaman anda sendiri, anda membawa rasa
pemilikan jauh daripada coachee sebagai penerima maklumbalas.
“Saya ingat bila saya melakukan perkara berkenaan …”
3. Jika anda menarik kepada kelemahan anda sendiri, anda menganggap tahu apa
yang coachee mengalami atau berfikir.
“Saya dahulu mempunyai masalah yang sama …”
4. Jika anda mengurangkan kesan maklum balas anda, anda boleh meletakkan
coachee dalam keadaan mempertahankan diri dan akan kurang terbuka dengan
mesej anda.
“Anda tidak akan suka mendengar ini …”
40
[email protected]
Untuk Tujuan Latihan Sahaja
5. Jika anda melabel maklum balas anda, anda akan mencipta kerisauan yang
tidak sepatutnya dan coachee mungkin tidak mahu mendengar mesej
sepenuhnya.
“Saya mempunyai beberapa maklum balas negatif untuk beritahu kepada
anda …”
6. Jika anda memberi nasihat bersama-sama dengan maklum balas anda, coachee
mungkin fikir yang anda mempunyai agenda sendiri.
“Mari saya beritahu anda, apakah yang anda perlu lakukan bagi
menjadikan mesyuarat lebih berkesan.”
7. Jika anda melabel tingkah laku sebagai masalah, anda meletak coachee dalam
keadaan mempertahankan diri dan mesej anda mungkin tidak didengari.
“Anda mempunyai masalah mendapatkan laporan pencapaian terkini
pada masanya.”
8. Jika anda tidak menggunakan perkataan secara tepat menyampaikan mesej
anda atau tidak peka dengan bahasa, anda boleh menyebabkan reaksi emosi
yang tidak sepatutnya.
“Anda memang kaki bebel di mesyuarat pagi tadi.”
9. Jika anda menilai orang, bukan tingkah laku, coachee yang mendengar maklum
balas anda akan menjadi mempertahnkan diri dan geram.
“Anda menganggu hari ini.”
10. Jika anda menangguh memberi maklum balas, ingatan anda mungkin tidak
cukup jelas untuk lebih spesifik dan coache mungkin tertanya-tanya mengapa
perbualan tidak berlaku lebih awal.
“Bulan lepas apabila kita menghadiri mesyuarat …”
41
[email protected]
Untuk Tujuan Latihan Sahaja
42
[email protected]
Untuk Tujuan Latihan Sahaja
KEMAHIRAN MEMERHATI
43
[email protected]
Untuk Tujuan Latihan Sahaja
Edaran ____
Seorang pemerhati mesti berkebolehan mencari – mengenal pasti bukti.
Seorang pemerhati mesti berkebolehan mendokumen – merekod bukti.
Seorang pemerhati mesti berkebolehan mentafsir – secara tepat menentukan
bukti yang signifikan.
Apakah pemerhatian
Otak kita boleh saring dan singkir maklumat.
Nyatakan beberapa butiran dalam foto ini.
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
44
[email protected]
Untuk Tujuan Latihan Sahaja
Otak kita mengisi jurang dalam persepsi kita.
Dalam usaha untuk memahami apa yang kita
lihat, otak kita sering memperkayakan dengan
terperinci apa yang kita lihat, dengar, (be)rasa,
bau, atau (me)rasa.
Selepas sesuatu peristiwa, kita boleh percaya
sesuatu adalah sebahagian daripada latar
belakang walaupun ia tidak.
Otak kita menggunakan pengetahuan sebelumnya untuk situasi baru.
Apakah andaian yang dapat dibuat tentang pemandangan ini?
Bagaimanakah mungkin semua andaian berkenaan adalah salah?
45
[email protected]
Untuk Tujuan Latihan Sahaja
Pemerhatian oleh Pemerhati (Saksi)
Dipengaruhi oleh:
Keadaan emosi.
Sama ada mereka bersendirian, sebahagian daripada kumpulan, atau sama ada
orang lain yang berada di kawasan itu.
Apa jenis dan berapa banyak aktiviti yang berlaku di sekeliling mereka
Keterangan / Pemerian Pemerhati
Laporan daripada individu tentang sesuatu peristiwa sering berbeza-beza.
Pemerhatian bergantung kepada tahap minat, tekanan, tumpuan, dan jumlah
dan jenis gangguan yang ada.
Prasangka, kepercayaan peribadi, motif, dan sebarang kesilapan kecil pada
masa sejak kejadian itu juga boleh memberi kesan.
Bagaimana Menjadi Pemerhati yang Baik
Memerhati secara sistematik
Bermula di satu bahagian pemandangan / peristiwa / kejadian dan
jalankan mata anda perlahan di setiap ruang.
Perlahan-lahan melihat setiap bahagian bukti.
Jangan anggap bahawa kemudian anda akan dapat ingat segala-galanya.
Mematikan Saringan / Tapisan
Jangan memberi perhatian kepada hanya apa yang anda anggap penting.
Untuk setiap pemandangan / peristiwa / kejadian anda tidak akan tahu
apa yang akan bertukar menjadi penting.
Ambil usaha untuk memberi perhatian kepada semua perkara di
persekitaran anda.
[email protected]
Untuk Tujuan Latihan Sahaja
Tinggalkan tafsiran akhir data sehingga kemudiannya 46
Boleh dilihat pola dan membuat perkaitan.
Lebih banyak maklumat diperolehi, lebih baik akan tafsirannya.
Ingat bahawa keterangan orang lain dan pemikiran anda sendiri boleh
mempunyai prejudis (rasa suka atau tidak suka yang tidak berasaskan
terhadap sesuatu.
Dokumentasi, dokumentasi, dokumentasi
Ianya adalah penting untuk menulis dan merakam gambar seberapa
banyak maklumat yang mungkin.
Perlu diingat bahawa ingatan boleh gagal.
Ingatlah bahawa otak kita cenderung untuk mengisi secara automatik
jurang dalam persepsi kita.
Pemerhatian Dalam Coaching
Mengkaji situasi
Cari petunjuk dalam perkara kecil yang biasa.
Bekerja daripada bukti (daripada belakang) untuk apa yang membawa kepada
sesuatu masalah.
Jadilah sabar
Amalkan
47
[email protected]
Untuk Tujuan Latihan Sahaja
Edaran ____
Anda ada masa 20 saat untuk melihat gambar di bawah dan buat kajian.
Apabila masa cukup, saya akan tanya atau menjawab beberapa beberapa
soalan tentang gambar tersebut.
Anda ada masa 4 minit untuk menyalin soalan dan dan menjawabnya dalam
ruangan yang disediakan.
Gambar 1
Soalan
Di manakah lokasi gambar ini diambil?
______________________________________________________________________
Berapakah bilangan murid?
______________________________________________________________________
Apakah warna baju murid?
______________________________________________________________________
Berapakah bilangan kerusi di dalam gambar?
______________________________________________________________________
48
[email protected]