The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by puteri _, 2024-01-07 03:44:59

CERITA SASTERA SABAH "PENUNGGU RIMBA"

FULL STORY (SKM) PUTERI NABIHAH 2

HAK CIPTA Cerita ini bukanlah sepenuhnya idea penulis. Penulis hanya memilih beberapa cerita rakyat yang terdapat di daerah Keningau Sabah, yang kemudiannya diolah mengikut kreativiti penulis. Sebahagian daripada nama, watak dan juga latar tempat yang terdapat di dalam cerita rakyat ini adalah rekaan semata-mata namun, terdapat juga nama, watak dan latar tempat yang penulis kekalkan. Di samping itu, sebahagian daripada ilustrasi yang dipaparkan di dalam buku cerita Sastera Rakyat Sabah ini adalah hasil lukisan tangan penulis sendiri, namun terdapat juga beberapa bahagian ilustrasi yang telah penulis peroleh daripada laman internet. Walau bagaimanapun, adalah tidak dibenarkan sama sekali mengeluarkan atau mencetak mana-mana bahagian penulisan, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman, mekanik, atau cara lain sebelum mendapat keizinan daripada pihak penulis dan penerbit buku. i


PENGHARGAAN Terlebih dahulu penulis ingin mengucapkan setinggitinggi penghargaan kepada pihak yang telah memberikan sokongan dan kelulusan kepada penulis untuk melaksanakan kerja kursus penilaian 2 Sejarah Kesusteraan Melayu (CA10103) bagi tahun 2023/2024 yang berkenaan dengan penghasilan Buku Cerita Sastera Rakyat di Sabah. Penulis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Miss Fatin Najla Omar selaku pensyarah bagi subjek Sejarah Kesusteraan Melayu, kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan panduan kepada penulis atas segala perkara berkaitan dengan tugasan ini serta sentiasa memastikan penulis dalam keadaan yang sentiasa bersedia menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah ditetapkan. Tidak lupa juga penulis ingin merakamkan terima kasih kepada kedua ibu bapa iaitu Encik Justinus Bin Flavianus @ Lian dan Puan Norlila @ Laila Binti Tambi yang sentiasa membantu dan memberi semangat yang paduh kepada penulis sepanjang proses penyediaan tugasan ini. ii


Di samping itu, ribuan terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan dan pihak-pihak yang telah menyumbangkan masa dan idea untuk membantu penulis menyiakan tugasan penilaian 2 ini dan tidak lupa juga di masa-masa ketika penulis ketandusan idea. Akhir kata, penulis dengan seikhlas tulus kata ingin menghulurkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terbabit sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses penulis menyiapkan tugasan ini. Segala bantuan dan sokongan dari pelbagai pihak, kerja kursus penilaian 2 Sejarah Kesusteraan Melayu (CA10103) bagi tahun 2023/2024 dapat penulis siapkan dengan jayanya. Sekian, terima kasih. iii


PRAKATA Buku berjudul “Jelajah Cerita Orang Kita” ini mengandungi dua buah cerita, yang mana kedua-dua merupakan cerita rakyat daripada daerah Keningau, Sabah. Sastera rakyat atau cerita rakyat merupakan sebuah sastera melayu yang disampaikan secara lisan atau dituturkan. Ia disebarkan dan disampaikan daripada satu generasi ke satu generasi dan penyampaiannya bertokok tambah. Sastera rakyat juga boleh didapati dalam bentuk cerita dan bukan cerita. Antara sastera rakyat yang berbentuk cerita adalah seperti cerita penglipur lara, teladan, asal-usul, mitos, legenda,jenaka, dan binatang. Dalam penghasilan buku cerita sastera rakyat ini, penulis telah memilih untuk menghasilkan buku cerita sastera rakyat yang berunsurkan cerita mitos dan cerita legenda. Orang-orang pada waktu dahulu percaya bahawa cerita ini benar-benar pernah berlaku berdasarkan peristiwa-peristiwa besar yang pernah terjadi di daerah Keningau dan sehingga sekarang kedua-dua cerita ini masih lagi popular di kalangan masyarakat Keningau. iv


ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN HALAMAN MISTERI TODU ODU.....................................1-28 PENUNGGU RIMBA.......................................29-53 NILAI DAN PENGAJARAN..............................54-56 GLOSARI........................................................57 RUJUKAN.......................................................58 LAMPIRAN...................................................59-61 v


Pada suatu hari menjelang malam, terdapat sebuah perkampungan bernama kampung Pampang yang sedang berseronok meraihkan keramaian. Semua penduduk kampung pada ketika itu sedang asyik dibuai keseronokan yang jarang-jarang mereka raihkan. Tanpa penduduk kampung itu sedari, entah dari mana datang seorang nenek tua, berjalan bersendirian di sepanjang jalan perkampungan Pampang pada malam itu. 1


2


Nenek tua itu berjalan dengan menggunakan tongkat di sebelah tangan kirinya dan memegang segelas cawan pada tangan kanannya. Muka nenek tua itu sukar untuk dilihat kerana selendang yang dipakai menutupi separuh wajahnya. ketika nenek tua itu tiba di persimpangan kampung itu, nenek tua tersenyum lalu berkata pada dirinya, “Aku harap orang sini baik-baik, kalau tidak akan ku datangkan musibah.” 3


4


Nenek tua pun berjalan mendatangi dari satu rumah ke satu rumah dengan membawa segelas cawan yang dipegangnya itu. Apabila tiba di depan rumah yang pertama, nenek tua itu melihat melalui tingkap yang terbentang luas, terdapat sebuah keluarga yang sedang berseronok menyambut keramaian dengan hidangan lauk-pauk dan air minuman yang kelihatan sedap. 5


6


Nenek tua kemudian berjalan lagi mendekati rumah itu, lalu berdiri di depan pintu. “Tok… tok… tok... tok...,” bunyi ketukan pintu Si Nenek Tua. Lalu, keluarlah seorang laki-laki yang kelihatan seperti mabuk sambil melihat nenek tua itu dari atas ke bawah dengan tatapannya yang sinis. “Kau siapa? Ada urusan apa kau kesini?” tanya lelaki itu dengan nada yang angkuh. 7


8


Nenek tua pun bertanya, “Nak, boleh bagi nenek segelas air?” dengan nada seperti orang yang tidak berdaya sambil menghulurkan segelas cawan yang dibawanya itu. “Cish, aku tidak kenal kau siapa, dengan baju kau yang buruk, bau badan busuk, jangan harap aku mau layan kau. pergi kau dari sini, jangan sekali-kali lagi kau datang ke rumahku!” Bang! bunyi pintu kuat ditutup. Nenek tua hanya berdiam diri dan terus berjalan menuju ke rumah berikutnya. 9


Tiba di rumah yang kedua, nenek tua melihat terdapat penduduk kampung yang sedang berseronok di halaman rumah. “Kelihatan sungguh meriah mereka, mungkin akan ada salah satu dari mereka yang baik hati akan memberiku air,” kata si nenek tua Kepada dirinya sendiri. 10


11


Dia pun mendekati orang-orang disitu dan bertanya sekali lagi, “Nak, boleh ka bagi nenek segelas air, nenek haus.” Malangnya, tiada satupun diantara mereka yang melayani pertanyaan nenek tua itu, mereka hanya bereaksi seolah-olah nenek tua tidak berada disitu. 12


“Mak, oh mak, tu nenek minta air mak,” kata seorang anak kecil yang terdengar permintaan nenek tua itu sambil berlari kearahnya. Namun, dengan pantas ibu si anak kecil itu menarik tangan anaknya. “Ish nak! jangan sembarang mau pergi dekat orang yang tidak kenal bah, bukan kau tau dia baik atau jahat,” kata ibu si anak kecil itu kepada anaknya. Ibu dan anak kecil itu pun berbalik tanpa melihat nenek tua itu. 13


14


Dengan perasaan yang kecewa dan marah nenek tua itu pun pergi untuk mendapatkan segelas air di rumah-rumah yang seterusnya. Namun, keinginannya tidak tercapai apabila tidak ada satu orang pun yang memberinya segelas air. Sebaliknya, hanya mendapat cacian dan rungutan daripada penduduk kampung disitu. Nenek tua berasa marah juga kecewa dengan sikap penduduk kampung Pampang yang sombong dan tamak. 15


Lalu nenek tua itu pun berpesan kepada penduduk kampung yang ada pada ketika itu, “Jika benar penduduk kampung ini tidak memiliki air walaupun setitik, maka akan ku berikan kamu air yang banyak sehingga kamu tidak mampu menampungnya.”’ Nenek tua itu kemudiaan berlalu pergi meninggal kampung Pampang. Orang kampung yang mendengar pesanan Nenek tua ketika itu hanya mentertawakannya. 16


Tiba-tiba pada waktu lewat malam tanpa disedari penduduk kampung Pampang, air yang sangat-sangat besar telah melanda di Kawasan perkampungan mereka sehingga menyebabkan banyak rumah-rumah tenggelam dan hanyut akibat banjir deras yang menimpa kampung mereka pada waktu itu. Kesemua rumah rosak dan ramai penduduk kampung yang kehilangan nyawa. 17


18


19


Apabila banjir sudah surut, ramai penduduk kampung yang bersedih atas kerosakan dan kehilangan orang-orang yang disayangi mereka. Kesemua mereka kehairanan kerana tanpa ada apaapa tanda musibah, tiba-tiba saja kampung mereka yang sebelum ini kelihatan indah dan penuh kehijauan pokok-pokok, sekelip mata hilang dari penglihatan mereka begitu sahaja. Yang mereka lihat hanyalah sebuah perkampungan yang hampir kesemuanya diselaputi dengan lumpur. 20


21


Tidak lama kemudian, penduduk kampung dapati terdapat sebuah rumah sahaja yang terselamat daripada ribut banjir yang telah melanda kampung mereka malam semalam. Rupa-rupanya, rumah itu adalah rumah orang baik yang telah memberi nenek tua itu air. 22


23


Apabila penduduk kampung bertanya kepadanya bagaimana hanya rumah dia saja yang terselamat, orang baik itu pun berkata, “Semalam, entah dari mana ada seorang nenek tua yang datang ke rumah meminta segelas air, kerana kesian dengan nenek tua itu, saya pun memberikannya minum dan makanan kerana nenek itu kelihatan tidak berdaya,” 24


“Namun, sebelum pergi dia sempat berpesan kepada saya, untuk berhati-hati kerana tidak lama lagi lewat malam dan bencana akan tiba,” tambahnya lagi, orang baik yang terselamat itu kepada penduduk kampung yang bertanya. 25


Penduduk kampung terkejut mendengar kata-kata orang baik kerana terhadap nenek tua itulah mereka bersikap kurang ajar pada malam sebelum bencana itu terjadi. Mereka pun berfikiran bahawa ribut yang telah melanda kampung mereka itu adalah berpunca daripada sikap mereka sendiri yang telah melayani nenek tua itu dengan buruk. 26


Mereka menyesal dan bersepakat untuk memohon maaf kepada nenek tua, namun sudah terlambat apabila kewujudan orang tua misteri itu tiada siapa yang tahu kerana menghilang begitu saja. 27


KESIMPULAN Cerita asal Misteri Todu odu ini adalah cerita mitos. Cerita ini disebut mitos kerana orang kampung Pampang percaya bahawa cerita ini memang benar-benar pernah berlaku dan menjadi punca kepada berlakunya Ribut Tropika Greg. Oleh itu, cerita mitos ini wujud akibat peristiwa Ribut Tropika Greg yang pernah melanda perkampung Pampang pada tahun 1996. Walau bagaimanapun, punca berlakunya ribut tersebut adalah disebabkan oleh takungan air di tanah tinggi akibat daripada hujan berterusan yang membawa kepada pembentukan siklon tropika di Laut China Selatan yang kemudian dikenali sebagai Ribut Tropika Greg. Hujan berterusan selama beberapa hari di kawasan itu menyebabkan air yang bertakung di kawasan tersebut melebihi had sehingga pecah dan melimpahi Sungai Pampang pada pagi 26 Disember 1996. 28


Di dalam sebuah hutan Keningau yang tenang dan indah, terdapat seorang lelaki gagah dan pemberani bernama Tombiruo, yang tinggal dengan bapanya dengan aman di dalam hutan itu. Tombiruo membesar dan telah menghabiskan waktu hidupnya tinggal di dalam hutan bersamasama bapanya, Pondolou sejak kecil lagi. 29


30


Dahulu Pondolou pernah berkahwin dengan seorang wanita rogon. Akibat daripada tindakan bapanya menjalinkan hubungan dengan wanita rogon, Tombiruo lahir dalam keadaan yang tidak memiliki wajah sama seperti manusia normal yang lain. 31


32


Oleh itu, Tombiruo selalu memakai topeng pada wajahnya sejak daripada kecil lagi bagi menyembunyikan wajahnya yang buruk itu dan tidak pernah menunjukkan diri di hadapan orang ramai bahkan keluar daripada Kawasan hutan Keningau. 33


Tombiruo mahir dalam seni pertahanan diri kerana bapanya yang selalu mengajar dan melatihnya. Tombiruo dan bapanya telah bertapa di kaki gunung hutan Keningau. Tombiruo bahkan tahu dan mahir tentang selok belok hutan Keningau. 34


Pada suatu hari, terdapat sebuah Syarikat yang ingin menjalankan aktiviti pembalakan di sekitar hutan Keningau. ‘Zamri’ adalah nama seorang lelaki yang mengetuai aktiviti pembalakan syarikatnya. “Hutan ini adalah pilihan yang terbaik untuk kita laksanakan tujuan kita. Lihatlah pokok-pokok besar ini, banyak hasil yang akan kita dapat,” kata Zamri kepada pekerja bawahannya dengan senyuman yang lebar. 35


Tidak lama kemudiaan, Zamri pun mula melaksanakan aktiviti pembalakan mereka. Bunyi gergaji yang kuat memotong pokok-pokok di hutan itu, membuatkan bapa Tombiruo tertanya-tanya dari mana bunyi itu datang. Setelah puas tercari-cari, akhirnya Pondolou melihat terdapat sekumpulan lelaki yang sedang menebang pokokpokok di kawasan hutan tempat tinggalnya selama ini. 36


37


Pondolou tanpa berfikir terus menunjukkan diri di depan sekumpulan lelaki itu. “Hoi! Nunu mangan dokou do hiti id kinoyonon?” tanya Pondolou kepada Zamri dan lelaki-lelaki yang ada bersama pada ketika itu. “Hutan ini adalah kawasan jagaan saya, kamu tidak berhak menebang pokok-pokok disini!” dengan tegasnya Pondolou berkata kepada mereka sekali lagi. Namun Zamri yang ada disitu hanya melihat dan kembali mengarahkan pekerja bawahannya meneruskan aktiviti mereka. 38


Pondolou yang ketika itu geram dan marah terus menyerang mereka daripada menebang pokok-pokok hutan. Zamri yang cemas melihat tindakan Pondolou menyerang pekerjanya, bertindak mengambil pistol dan menembak terus ke arah Pondolou. “Argh!” Pondolou meraung kesakitan akibat terkena tembakan pistol di bahagian dadahnya. Pondolou lalu berlari menghilangkan diri daripada pandangan sekumpulan lelaki itu. 39


Tombiruo yang pada ketika itu berdekatan dengan sulap tempat tinggal mereka, terkejut melihat bapanya yang balik dalam keadaan berdarah dan tidak berdaya. Tombiruo pun berlari ke arah bapanya. Belum sempat Tombiruo sambut, Pondolou sudah terbaring di atas tanah dalam keadaannya yang sudah di hujung-hujung nyawa. “Apa! Nokuro ko iti?” tanya Tombiruo sambil menggigil ketakutan melihat keadaan bapanya. 40


41


“Siapa yang buat bapa begini?” tanya Tombiruo sekali lagi. “Tombiruo, bapa minta maaf, bapa tidak mampu pertahankan hutan ini daripada diceroboh orang luar.” Pondolou kemudian menarik nafas panjang lalu menghembuskan nafasnya. “Jagalah diri kamu dan hutan ini baik-baik.” “Apa!... posik apa!” meraung Tombiruo, menyuruh bapanya bangun walaupun tahu bapanya sudah tidak bernyawa. 42


Click to View FlipBook Version