Kematiaan Pondolou telah menyemarakkan rasa dendam dan marah Tombiruo terhadap mereka yang telah menjadi punca kematian bapanya. Tombiruo lalu bertekad memburu mereka untuk membalas dendam bagi pihak bapanya juga untuk mencegah masalah-masalah yang mungkin akan timbul akibat perbuatan buruk mereka di hutan Keningau. 43
“Aku risau betul la dengan orang tua yang tuan Zamri tembak tadi, kalau dia mati kita juga yang dipersalahkan dan ditangkap nanti.” Zamri kemudian datang mendekati pekerja bawahannya dari belakang lalu mencelah perbualan mereka. “Tak usah kamu risaukan orang tua bodoh itu, hidup atau mati itu kesalahan dia sendiri kerana menyerang kita dulu. Kalau iya pun dia mati, tidak akan ada orang yang jumpa mayatnya di hutan yang luas dan jauh daripada kawasan tempat tinggal orang ini.” Zamri kemudiaan menyuruh pekerjanya tidur kerana hari suda lewat malam. 44
Keesokan harinya, Zamri pun mengarahkan pekerja bawahannya untuk meneruskan tujuan mereka. Banyak pokok- pokok yang tumbang akibat perbuatan mereka. Hutan yang pada mulanya kelihatan indah menjadi suram akibat kemusnahan alam sekitar, flora dan fauna. Tidak lama kemudian, Tombiruo yang berani muncul di hadapan mereka secara tiba-tiba tanpa disedari mereka. 45
46
Tombiruo muncul lalu pantas berkata, “Oi! Kamukah yang telah membunuh bapa saya? kamu tahukah saya dan bapa telah menjaga hutan ini dengan baik, sehinggalah di hari kamu menjejakkan kaki di hutan ini.” “Tidak ada orang mengatakan bahawa hutan ini milik kamu, suka hati kamilah mahu buat apa pun di hutan ini. Pergi, sebelum aku tembak kau seperti aku tembak bapa kau yang bodoh itu,” jawab Zamri kepada Tombiruo. 47
Dengan rasa yang amat marah mendengar kata-kata Zamri, Tombiruo bertindak menyerang mereka dengan menggunakan sebatang kayu yang hujungnya diikat dengan batu tajam. Ketika Tombiruo sedang menyerang pekerja bawahan Zamri, Zamri dengan yakinnya menggunakan pistol untuk menembak Tombiruo tetapi gagal apabila Tombiruo berjaya mengelak daripada terkena peluru pistol yang dilepaskan ke arahnya. 48
Zamri ingin melepaskan tembakan sekali lagi, namun gagal apabila sedar dia telah kehabisan peluru pistolnya. Zamri kemudian lari untuk menyelamat diri, namun Tombiruo berjaya mengejar dan menangkapnya. Tombiruo tanpa teragak-agak menikam Zamri di bahagian dadah menggunakan sebatang kayu yang dibawanya tadi. 49
“Mati la kau, rasakan apa yang bapa aku rasakan sewaktu kau menembak dadahnya.” Zamri lalu meraung kesakitan, namun Tombiruo tanpa rasa simpati hanya melihat Zamri yang pada ketika itu tidak lagi berdaya kerana sebatang kayu tajam yang menembusi di dadahnya. Tidak lama kemudian, Zamri mati akibat kehilangan darah yang banyak begitu juga orangorang bawahannya yang mati akibat serangan Tombiruo. 50
Sejak daripada peristiwa itu, Tombiruo tinggal di hutan Keningau seorang diri dan hanya bertemankan haiwan-haiwan yang ada di dalam hutan Keningau. Selepas kematian bapanya, Tombiruo menjadi seorang yang lebih pemberani dan bersedia memperjuangkan dirinya untuk melindungi hutan Keningau daripada diceroboh orang luar. 51
52
KESIMPULAN Cerita ‘Penunggu Rimba’ ini asalnya merupakan cerita legenda. Cerita legenda ini dipercayai pernah berlaku di salah satu hutan yang terdapat di Keningau, Sabah. Tombiruo dipercayai dan dianggap sebagai hantu atau roh jahat yang berkeliaran di hutan tersebut. Namun sebaliknya, Tombiruo merupakan seorang manusia yang tidak memiliki wajah seperti wajah manusia normal lain dan bertindak sebagai Penunggu Rimba di dalam hutan tempat ia membesar. 53
NILAI DAN PENGAJARAN 1. Keberanian - Kita haruslah berani melakukan sesuatu perkara selagi ia untuk kebaikan kita mahupun persekitaran. Misalnya, Tombiruo berani melawan Zamri dan orang bawahannya demi membalas dendam bagi pihak bapanya dan menghentikan mereka daripada melakukan aktiviti pembalakan di kawasan hutan jagaannya. (Penunggu Rimba) 2. Kasih sayang – Kita haruslah mempunyai sifat kasih sayang dalam diri seperti Tombiruo yang sayang akan bapanya sehingga sanggup membalas dendam dengan membunuh Zamri yang telah membunuh bapanya. (Penunggu Rimba) 3. Cinta akan keindahan alam sekitar – Kita perlulah mempunyai rasa cinta akan alam sekitar. Misalnya, Tombiruo yang telah menjaga hutan jagaannya dengan baik daripada orang-orang yang tidak bertanggungjawab. (Penunggu Rimba) 54
4. Tidak tamak – Kita haruslah tidak bersikap tamak seperti Zamri yang bertindak menebang pokok-pokok hutan demi mendapatkan keuntunngan hasil daripada aktiviti pembalakannya itu. (Penunggu Rimba) 5. Tidak terburu-buru – Kita hendaklah untuk tidak terburu-buru dalam melakukan sesuatu perkara agar kita tidak mendapat hasil yang sia-sia. Misalnya, Pondolou yang bertindak menyerang Zamri dan pekerja bawahan tanpa berfikir terlebih dahulu nasib yang mungkin akan dia hadapi. Akhirnya, Pondolou mati disebabkan terkena tembakan yang dilepaskan oleh Zamri. (Penunggu rimba) 6. Hormat-menghormati - Kita perlulah menghormati orang lain walaupun kita tidak mengenalinya. Misalnya, orang baik yang melayani nenek tua dengan baik walaupun tidak mengenalinya. (Misteri Todu Odu) 55
7. Prihatin – Kita haruslah mempunyai sikap prihatin dalam diri. Misalnya, orang baik yang telah Memberi nenek tua air minum apabila melihat keadaan nenek tua yang kelihatan tidak berdaya. (Misteri Todu Odu) 8. Beradab – Kita hendaklah sentiasa beradab tidak kira dimana jua termasuklah beradab apabila berbicara atau ketika berada di hadapan orang lain sama ada tua, sebaya atau muda daripada kita. Misalnya orang baik yang melayani nenek tua dengan baik berbanding penduduk kampung yang tidak beradab dengannya. (Misteri Todu Odu) 56
Glosari BAHASA DUSUN PENERANGAN Misteri Todu Odu Orang Tua Misteri Rogon Hantu/Bukan manusia Nunu mangan dokou do hiti id kinoyonon? Apa yang kamu buat disini? Sulap Suatu tempat seperti pondok yang diperbuat daripada kayu/bambu Apa! Posik Apa! Bapa! Bangun bapa! 57
RUJUKAN Lokman Abd. Samad, Mohd Suhaimi Md Yasin, (2019). Koleksi Cerita Rakyat Sabah, Universiti Malaysia Sabah. Ramlee Awang Murshid, (2017). Tombiruo, Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd. 58
INFORMEN LAMPIRAN JUSTINUS BIN FLAVIANUS @ LIAN, 65 TAHUN, BAPA PENULIS. NORLILA @ LAILA BINTI TAMBI, 58 TAHUN, IBU KANDUNG. AWANG TULUS BIN SENIN, 70 TAHUN, KETUA KAMPUNG TAMAN NARAYAT KENINGAU, SABAH. 59
BIODATA PENULIS PUTERI NABIHAH BINTI JUSTINUS (BC23110078) Puteri Nabihah Binti Justinus, berasal daripada Kampung Taman Narayat Keningau, Sabah. Dilahirkan di Hospital Keningau, pada 18 Mac 2003. Menerima Sijil Pelajaran Malaysia di sekolah Menengah keningau II lalu menyambung Pengajian Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia di Pusat Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan Keningau II. Kini sedang melanjutkan Pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Akademi Seni Dan Teknologi Kreatif di bawah program Seni Kreatif Tahun 1, Universiti Malaysia Sabah. 60
LAMPIRAN 61
Nenek tua asing yang tidak dikenali sedang berkeliaran semalam dari rumah ke rumah untuk meminta segelas air. Pasti daripada sikap angkuh dan ketamakan kita punca kampung menjadi begini. Hairannya, mengapa rumah engkau saja yang aman? Kebingungngan penduduk kampung Pampang memikirkan apa yang menyebabkan kampung mereka musnah dalam sekelip mata. Apakah sebenarnya yang berlaku di kampung Pampang? Apa pula kaitan kejadian yang menimpa kampung mereka dengan seorang nenek tua misteri tidak dikenali? Kematian bapanya menimbulkan rasa dendam dan marah yang membara terhadap sekumpulan lelaki yang menjadi punca kematian bapanya yang juga telah memusnahkan keindahan kawasan hutan jagaannya. Tombiruo merupakan seorang lelaki gagah dan pemberani yang telah membesar di dalam hutan bersamasama bapanya dan bertindak sebagai penunggu rimba. Dapatkah Tombiruo membalas dendam atas kematian bapanya? Dan mampukah Tombiruo pertahankan hutan yang telah dijaganya selama ini?