BUKU PENGURUSAN PERANCANGAN DAN TAKWIM-SMKTJ 2022/2023
9.8.6 KLUSTER 6: GARIS PANDUAN DAN FAQ
KLUSTER TINDAKAN
Pengerusi: 1. Mempengerusikan mesyuarat.
En. Mohamad Fauzi bin Abdullah 2. Menyemak laporan perjalanan harian sekolah
(Pengetua)
pasca PKP.
Timbalan Pengerusi: 3. Menyelesaikan masalah dan kekangan yang
Pn. Marsita bt. Mohamad
(Penolong Kanan Pentadbiran) berlaku dari semasa ke semasa
4. Memberi penerangan dan pendidikan mengenai penularan dan
Urus Setia Induk :
1.En. Shahron bin Bahari cara pencegahan Covid-19 kepada semua murid dan warga
2.Pn. Nuradila bt. Md Hashim sekolah.
3.Pn. Ku Siti Norsyuhada bt. Ku Abdul 5. Memastikan murid dan warga sekolah
mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh
Rahman MKM/KPM
6. Memastikan perkara berikut berada dengan
KLUSTER 6- baik;
GARIS PANDUAN DAN FAQ -Prasarana sekolah
Penyelaras : -Keselamatan murid dan warga sekolah
Pn. Marsita bt. Mohamad -Proses PdPc
(Penolong Kanan Pentadbiran) -Peranan / Penglibatan ibu bapa
-Pengurusan asrama
i. Memastikan SMK Taman Jelutong melaksanakan penataran
kepada semua guru, AKP, Kontraktor Pembersihan, Keselamatan,
Kantin dan Dewan Makan Asrama.
• Taklimat disampaikan oleh Tuan Pengetua
En. Amir Faisal bin Akbar ii. Memastikan semua garis panduan termasuk annex yang
dikeluarkan oleh KPM disebarluaskan kepada semua guru,
waris dan murid.
• Telegram Info Rasmi sekolah
• Telegram Info Waris
iii. Menyediakan FAQ berdasarkan garis panduan yang telah
disediakan, soalan-soalan yang diterima semasa penataran
dan soalan yang diajukan kepada pegawai bertugas di Bilik
Gerakan.
• Penyediaan soalan lazim dan jawapan
Cik Maya Shahida bt. Abd Halim iv. Menyediakan infografik berdasarkan garis panduan yang
disediakan.
151
BUKU PENGURUSAN PERANCANGAN DAN TAKWIM-SMKTJ 2022/2023
9.8.7 KLUSTER 7: LAWATAN PEMANTAUAN SEKOLAH
KLUSTER TINDAKAN
Pengerusi:
En. Mohamad Fauzi bin Abdullah 1. Mempengerusikan mesyuarat.
(Pengetua) 2. Menyemak laporan perjalanan harian sekolah
Timbalan Pengerusi: pasca PKP.
Pn. Marsita bt. Mohamad 3. Menyelesaikan masalah dan kekangan yang
(Penolong Kanan Pentadbiran)
berlaku dari semasa ke semasa.
Urus Setia Induk : 4. Memberi penerangan dan pendidikan mengenai penularan dan
1.En. Shahron bin Bahari
2.Pn. Nuradila bt. Md Hashim cara pencegahan Covid-19 kepada semua murid dan warga sekolah.
3.Pn. Ku Siti Norsyuhada bt. Ku Abdul 5. Memastikan murid dan warga sekolah
Rahman mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh
MKM / KPM
KLUSTER 7- 6. Memastikan perkara berikut berada dengan
LAWATAN PEMANTAUAN SEKOLAH baik;
Penyelaras : -Prasarana sekolah
Cik Nur Hedayah bt. Tajudin -Keselamatan murid dan warga sekolah
(Penolong Kanan Kokurikulum ) -Proses PdPc
-Peranan / Pelibatan ibu bapa
-Pengurusan asrama
Semua Pengurusan Sekolah i. Memastikan tiada pertindihan sekolah yang dilawati
ii. Menyediakan instrumen pemantauan berdasarkan senarai semak
Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah oleh BPSH.
Pn. Siti Harlina bt. Che Lah iii. Menyediakan pelaporan lawatan untuk simpanan sekolah.
Pn. Najidah bt. Omar
Pn. Saif Salamah bt. Khairuddin
En. Muhamad Zaimi bin Omar
En. Syazwan bin Othman
152
BUKU PENGURUSAN PERANCANGAN DAN TAKWIM-SMKTJ 2022/2023
MANDAT PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
1.0 DASAR AM PENGURUSAN KELAS
1.1 PANDUAN PENGURUSAN REKOD SISTEM KEHADIRAN MURID (SPI BIL. 1/2019)
1.1.1 Pengurusan rekod kehadiran murid merupakan salah satu aspek penting dan utama dalam
1.1.2 pengurusan Hal Ehwal Murid di sekolah. Rekod kehadiran setiap murid perlu dicatat setiap
1.1.3 hari persekolahan berdasarkan takwim persekolahan. Rekod ini dapat membantu pihak
pengurusan sekolah membuat keputusan dengan tepat berkaitan perancangan dan strategi
pengurusan pengajaran dan pembelajaran mereka di sekolah.
Selain itu, rekod kehadiran murid juga adalah rekod rasmi sekolah yang perlu diurus dan
ditadbir dengan baik, cekap, kemas serta sistematik bagi memastikan rekod tersebut dapat
digunakan untuk membantu pihak pengurusan sekolah membuat keputusan dan tindakan
berkaitan pembangunan, kebajikan, keselamatan termasuk kesejahteraan murid.
Pada masa kini, pengurusan sekolah dikehendaki menggunakan Jadual Kedatangan Murid
(JKM) dan Sistem Kehadiran Murid (e-Kehadiran) bagi merekodkan kehadiran murid. Selari
dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) semasa, KPM bersetuju
bahawa kehadiran murid hanya direkod menggunakan Sistem Kehadiran Murid sahaja.
1.1.4 PELAKSANAAN
1.1.5
1.1.6 Sehubungan dengan itu, KPM telah memutuskan bahawa mulai tahun 2019 semua rekod
1.1.7 kehadiran murid di sekolah hendaklah direkodkan oleh guru kelas dengan menggunakan
Sistem Kehadiran Murid. Ini bermakna, sekolah tidak perlu lagi merekodkan kehadiran
1.1.8 murid di dalam Jadual Kedatangan Murid (JKM).
Walau bagaimanapun, bagi sekolah-sekolah di kawasan yang tiada capaian internet, pihak
perlu memohon kelulusan kepada Pegawai Pendidikan Daerah atau Pengarah Pendidikan
Negeri (bagi negeri yang tiada pejabat pendidikan daerah) untuk menggunakan Jadual
Kedatangan Murid (JKM) bagi merekodkan kehadiran murid.
Jika sekolah mengalami gangguan capaian internet, kehadiran murid dicatat menggunakan
Borang Kehadiran Sementara seperti di lampiran B. Kehadiran perlu dikemaskini ke dalam
Sistem Kehadiran Murid setelah capaian internet pulih seperti sedia kala.
Guru kelas juga hendaklah mengemaskini kehadiran murid di dalam Sistem Kehadiran Murid
atau Jadual Kedatangan Murid (JKM) sebelum tamat sesi persekolah hari berkenaan
(sebelum jam 9.00 pagi). Analisis bulanan kehadiran murid setiap kelas perlu disemak,
dicetak, disah dan difailkan pada hari terakhir setiap bulan. Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid pula hendaklah menyemak pelaksanaan perekodan kehadiran murid di sekolah
masing-masing.
Sistem Kehadiran Murid boleh diakses melalui https://apdm.moe.gov.my/ atau aplikasi
mudah alih (mobile app) eKhadiran Murid. Bersama-sama dengan ini disertakan Garis
Panduan Pelaksanaan Sistem Kehadiran Murid seperti di Lampiran A untuk rujukan dan
tindakan pihak sekolah.
TARIKH KUAT KUASA
1.1.9 Surat pekeliling ikhtisas ini berkuat kuasa mulai tarikh surat ini dikeluarkan (14 Januari 2019)
153
BUKU PENGURUSAN PERANCANGAN DAN TAKWIM-SMKTJ 2022/2023
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
1.2 Pengetua Pentadbir Utama bagi Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) di dalam
1.2.1 I. Modul Pengurusan Murid
II. Memastikan takwim cuti peristiwa, bencana dan ganti dikemaskini dalam
eOperasi (boleh dibantu oleh Penolong Kanan Pentadbiran) supaya paparan
III. cuti atau hari ganti persekolahan termasuk dalam kalendar kehadiran.
IV. Memantau dan melihat status pengisian kehadiran murid di dalam Sistem
V. Kehadiran Murid atau JKM (bagi sekolah yang menggunakan JKM).
VI. Merancang pelaksanaan intervensi bagi menangani masalah ketidakhadiran
VII. murid.
VIII.
Mengesahkan laporan bulanan Sistem Kehadiran Murid atau JKM bagi setiap
kelas.
Memberi arahan kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Guru Kelas
dari semasa ke semasa mengikut keperluan sekolah.
Membuat permohonan kepada pihak PPD / JPN untuk menggunakan JKM
kerana tiada capaian internet.
Menghantar analisis bulanan kehadiran murid bagi sekolah yang
menggunakan JKM kepada pihak PPD / JPN.
1.2.2 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)
I. Berperanan sebagai Pentadbir Sistem APDM.
II. Mendaftar dan menyemak maklumat guru kelas bersama Penolong Kanan
Pentadbiran di dalam APDM selaku pegawai yang bertanggungjawab untuk log
masuk Sistem Kehadiran Murid (SKM).
III. Memantau dan melihat status pengisian SKM atau JKM bagi setiap kelas pada setiap
hari.
IV. Memadam data murid yang bertukar sekolah atau berhenti sekolah.
V. Melaksanakan tindakan susulan terhadap langkah intervensi mengatasi masalah
ketidakhadiran murid.
VI. Memastikan guru kelas membuat cetakan analisis kehadiran murid di dalam SKM
pada setiap akhir bulan.
VII. Menyemak dan menandatangani analisis bulanan SKM setiap kelas.
VIII. Menyelaras dan memastikan rekod kehadiran harian murid direkodkan dalam SKM
atau JKM bagi kelas yang ketiadaan guru kelas disebabkankan bercuti atau
menjalankan tugas di luar pejabat.
1.2.3 Guru Kelas
I. Merekodkan kehadiran murid sebelum tamat sesi persekolah setiap hari.
II. Mengemaskini sebab ketidakhadiran murid dalam SKM berdasarkan dokumen yang
diserahkan oleh murid sebaik sahaj hadir ke sekolah pada hari berikutnya.
III. Mencetak, menandatangani dan memfailkan analisis bulanan SKM.
IV. Mendaftarkan murid ke kelasnya setelah menerima arahan daripada Penolong kanan
HEM.
V. Memastikan tarikh masuk kelas dalam sistem APDM bagi setiap murid adalah tepat
supaya tidak menjejaskan rekod kehadiran dalam SKM.
154
BUKU PENGURUSAN PERANCANGAN DAN TAKWIM-SMKTJ 2022/2023
1.2.4 Borang Kehadiran Sementara
1.2.5 I. Borang ini digunakan sekiranya terdapat gangguan capaian internet.
II. Guru kelas perlu merekod kehadiran murid ke dalam SKM setelah capaian inetrnet
pulih seperti sedia kala.
Sebab-sebab Tidak Hadir
I. Aktiviti sekolah
II. Ancaman keselamatan
III. Bencana alam
IV. Cuti sakit
V. Lain-lain sebab
VI. Masalah peribadi
VII. Tiada sebab
VIII. Urusan keluarga
1.3 FAIL PERIBADI MURID (FAIL KUNING )
1.3.1 Semua murid dari kelas Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 wajib mempunyai fail ini.
1.3.2 Sila pastikan nama penuh murid, kelas, tahun dan nama guru tingkatan ditulis pada helaian
1.3.3 pertama fail. Sila pastikan setiap fail dilekatkan gambar pelajar.
Semua maklumat peribadi murid seperti salinan surat beranak, kad pengenalan, keputusan
1.3.4 Peperiksaan Dalaman, PT 3 dan lain-lain disimpan dalam fail ini. Buku Kesihatan Murid yang
1.3.5 diuruskan oleh AJK Kesihatan akan disimpan di Bilik Rawatan.
Fail ini hendaklah diserahkan kepada murid apabila murid telah menamatkan
persekolahannya atau bertukar sekolah.
Semua fail perlu disimpan secara berlabel di pejabat sekolah.
1.4 FAIL KELAS GURU TINGKATAN
1.4.1 Semua surat menyurat murid, sama ada sijil sakit atau surat ibu bapa/penjaga bagi
1.4.2 memaklumkan ketidakhadiran murid disimpan dalam fail ini.
1.4.3 Semua salinan surat amaran ponteng dan salinan surat gantung / buang sekolah
yang dikeluarkan juga disimpan dalam fail ini
Fail kelas akan disemak pada setiap akhir bulan oleh penyelaras tingkatan dengan
menggunakan dokumen penyemakan fail kelas.
1.5 PENDAFTARAN MURID BAHARU
1.5.1 Penyelaras tingkatan akan menyemak semula status kewarganegaraan murid sebelum
1.5.2 urusan mendaftar dilakukan. Guru kelas hendaklah mendaftarkan murid baru dengan
memastikan Borang Maklumat Murid (Borang APDM) dilengkapkan oleh ibu bapa / penjaga.
Jika murid membawa bersama borang APDM dari sekolah asal, sila pastikan maklumat adalah
lengkap dan terkini.
Guru tingkatan menerima murid baru daripada penyelaras tingkatan. (Status
kewarganegaraan telah dikenal pasti oleh penyelaras tingkatan terlebih dahulu).
155
BUKU PENGURUSAN PERANCANGAN DAN TAKWIM-SMKTJ 2022/2023
1.5.3 Guru Tingkatan akan memasukkan data murid-murid baru dan mengemaskini data kelas
1.5.4 APDM secara online.
1.5.5 Guru tingkatan menyemak jika murid berkenaan menerima sebarang bentuk biasiswa dan
1.5.6 melaporkan kepada Guru Biasiswa.
1.5.7 Guru tingkatan mengenal pasti murid OKU yang berdaftar dan memaklumkan kepada PK
HEM.
Guru tingkatan menyemak latar belakang murid jika anak yatim/murid miskin dan
memaklumkan kepada PK HEM.
PK HEM mendapatkan laporan disiplin, PLBS / ULBS, PEKA, PAFA, dan lain-lain berkaitan
kerja kursus dari sekolah terdahulu.
1.6 BUKU TEKS
1.6.1 Semua murid warganegara Malaysia layak menerima SPBT.
1.6.2 Guru tingkatan membantu Guru SPBT semasa urusan penerimaan dan Pemulangan buku
1.6.3 teks.
1.6.4 Guru tingkatan membantu menyenaraikan nama murid yang tidak memulangkan buku teks.
Guru tingkatan memastikan setiap murid membalut buku teks dengan plastik lutsinar, nama
1.6.5 serta kelas dan murid yang tidak balut buku akan diminta membeli pembalut buku dalam
’Ops Balut’. Guru tingkatan juga perlu mengingatkan semua murid agar tidak meninggalkan
buku teks di sekolah
Satu set buku teks setiap murid akan diberi selewat -lewatnya pada hari pertama
persekolahan.
1.7 MURID KELUAR/BERTUKAR/BERPINDAH
1.7.1 Mempastikan surat kelulusan pertukaran telah diterima.
1.7.2
1.7.3 Mencatatkan maklumat/butiran dalam BJKM kelas.
1.7.4 Pertukaran keluar dari negeri Kedah :
❖ Menentukan semua buku teks telah dipulangkan.
1.7.5 ❖ Merekodkan judul buku yang dipulangkan.( Sila guna borang khas di pejabat)
1.7.6 ❖ Menyerahkan satu salinan borang ini kepada Guru SPBT.
1.7.7
Pertukaran dalam Negeri Kedah
❖ Merekodkan judul buku yang akan dibawa ke sekolah baru.( Sila guna borang khas di
pejabat).
❖ Menyerahkan satu salinan borang ini kepada Guru SPBT.
Guru tingkatan menyediakan Sijil Berhenti Sekolah bagi murid murid yang akan
melanjutkan pelajaran ke SBP , MRSM, Sekolah Teknik dan lain-lain.
Guru tingkatan menyediakan Sijil Berhenti dan Surat Akuan Murid bagi murid –murid
Tingkatan 5 yang tamat belajar di SMK Taman Jelutong.
Segala dokumen dimasukkan ke dalam sampul surat yang dilakri dan diserahkan kepada
murid berkenaaan pada hari akhir persekolahan. ( bergantung kepada keadaan ).
1.8 PENGURUSAN & ORGANISASI KELAS
1.8.1 Melantik JK Kelas bagi setiap Kelas:
1.8.2 ❖ Ketua Tingkatan
❖ Penolong Ketua Tingkatan
❖ AJK Kelas
Menyelaras penyediaan perkara berikut:
❖ Carta Organisasi Kelas - ditampal pada papan kenyataan hadapan kelas
❖ Jadual Waktu - ditampal pada papan kenyataan hadapan Kelas
156
BUKU PENGURUSAN PERANCANGAN DAN TAKWIM-SMKTJ 2022/2023
1.8.3 ❖ Jadual Tugas Kebersihan - ditampal pada papan kenyataan hadapan kelas.
1.8.4 ❖ Pelan kedudukan kelas - ditampal di atas meja Guru
1.8.5 ❖ Inventori Kelas - ditampal pada pintu
1.8.6 ❖ Moto kelas - ditampal pada papan kenyataan hadapan kelas.
❖ Misi & Visi Sekolah, Misi & Visi KPM, Piagam Pelanggan, Moto Sekolah, PIPP - ditampal
1.8.7
pada papan kenyataan hadapan kelas.
1.8.8 ❖ Sudut Program Pencegahan Dadah
1.8.9 ❖ Sudut Bacaan Kelas
❖ Maklumat mata pelajaran, artikel berinformasi & isu semasa – ditampal pada papan
kenyataan di belakang kelas
❖ Pelan laluan kecemasan sewaktu kebakaran.
❖ Parking lot
❖ Susun atur kedudukan pelajar
❖ Bilangan kehadiran harian mesti ditulis di penjuru papan putih.
Memastikan semua kerusi dan meja mencukupi.
Menggantikan dan membawa turun mana-mana perabot yang rosak.
Kebersihan kelas:
Memastikan kelas dibersihkan setiap hari persekolahan. Setiap guru yang masuk ke kelas
mesti memastikan keadaan dalam kelas sentiasa bersih dan teratur sebelum mula mengajar
atau menggantikan guru dan juga sebelum keluar dari kelas berkenaan.
Memastikan sampah di dalam laci dan bakul sampah dibuang pada waktu akhir setiap hari.
5 minit sebelum berakhir PdPc, murid bertugas mesti membersihkan kelas di bawah
penyeliaan guru. Semua murid menyendengkan kerusi ke meja. Menutup lampu dan kipas
serta pintu sebelum meninggalkan kelas. Memastikan pintu kelas dikunci.
Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun. Adalah menjadi tanggungjawab
pihak kelas untuk menggantikannya jika hilang atau rosak.
Mengambil perhatian terhadap perkara berikut:
❖ Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta suisnya dalam keadaan baik dan
selamat digunakan.
❖ Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru berkenaaan
( Guru Bertugas Mingguan / Guru Kelas / Penyelia Tingkatan ).
❖ Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas yang dilantik menjalankan tugas dengan
cekap dan penuh dedikasi.
❖ Mengadakan tabung kelas dengan jumlah kutipannnya terpulang kepada budi bicara
guru dan kemampuan murid. (Diputuskan dalam mesyuarat kelas dan diminitkan. Satu
salinan Minit Mesyuarat kelas hendaklah diserahkan kepada PK HEM selewat- lewatnya
pada minggu pertama). Tabung kelas ini perlu diwujudkan untuk tujuan
pembelian bahan-bahan keceriaan kelas, Pembelian test pad untuk kegunaan murid
dalam peperiksaan dalaman, jamuan akhir tahun, dan lain-lain.
1.9 SENARAI NAMA MURID DALAM KELAS (AWAL TAHUN)
1.9.1 Menyediakan senarai tersebut mengikut format yang disediakan. Serahkan senarai ini
kepada Penyelaras Tingkatan pada minggu 1 sesi persekolahan.
1.10 SENARAI NAMA MURID YANG TIDAK MELAPORKAN DIRI / TIDAK HADIR TANPA SEBAB
1.10.1 Mengisi borang senarai nama murid yang tidak melaporkan diri. Kumpulan murid ini
1.10.2 adalah mereka yang tidak hadir ke sekolah sejak hari pertama persekolahan sesi 2020,
tanpa sebarang surat daripada ibu bapa /penjaga atau surat sakit.
Mengambil tindakan dengan menghantar surat-surat amaran ponteng sekolah dan surat
157
BUKU PENGURUSAN PERANCANGAN DAN TAKWIM-SMKTJ 2022/2023
buang sekolah kepada ibu bapa atau penjaga mengikut tatacara yang telah ditetapkan.
2.0 DASAR AM PENGURUSAN DISIPLIN
2.1 PONTENG SEKOLAH
2.1.1 Murid adalah dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir sekolah dan tidak membawa
surat daripada ibu bapa / penjaga atau surat sakit pada keesokan harinya.
2.1.2 Guru tingkatan hendaklah menandakan “0” dalam buku BJKM kelas (sila rujuk Nota 1.1.3).
2.1.3 Jadual penghantaran surat kes Ponteng sekolah adalah seperti berikut:
Tindakan Ponteng Berterusan Ponteng
Amaran 1 ● 3 hari berturut-turut
Berkala/Tidak Berurutan
● 10 hari
Amaran 2 ● 7 hari selepas ● 10 hari selepas
Amaran 3 Surat Amaran 1 Surat Amaran 1
Buang Sekolah ● 7 hari selepas ● 20 hari selepas
Jumlah Keseluruhan Surat Amaran 2 Surat Amaran 2
● 14 hari selepas ● 20 hari selepas
Surat Amaran 3 Surat Amaran 3
31 hari 60 hari
2.1.4 Guru tingkatan hendaklah merekodkan semua proses tindakan di atas dalam
2.1.5
borang Rekod Ponteng Sekolah. Rekod hantaran surat kepada ibubapa/penjaga
(dalam fail kelas).
Semua surat amaran serta surat buang sekolah boleh didapati dari pejabat sekolah.
Surat Amaran 1, 2, dan 3 mesti diisi dalam 3 salinan dan ditandatangani oleh:
Amaran 1 Ditandatangani oleh GPKHEM
Amaran 2 Ditandatangani oleh GPKHEM
Amaran 3 Ditandatangani oleh GPKHEM
Buang Sekolah Ditandatangani oleh Pengetua
Salinan 1 ( untuk ibu bapa/penjaga)
Salinan 2 ( untuk dimasukkan ke dalam fail Rekod Salah Laku )
Salinan 3 ( untuk dimasukkan ke dalam fail kelas guru tingkatan)
2.1.6 Surat Buang Sekolah mesti diisi dalam 4 salinan dan terus hantar kepada GPK HEM untuk
2.1.7 tindakan selanjutnya dan ditandatangani oleh Pengetua.
Catatan dibuat dalam Fail Kehadiran Murid untuk surat seperti berikut:
AP: Amaran Pertama
AK: Amaran Kedua
AT: Amaran Terakhir
BS: Buang Sekolah
Sekiranya murid hadir ke sekolah selepas sesuatu tindakan telah dibuat, peraturan berikut
hendaklah dipatuhi:
158
BUKU PENGURUSAN PERANCANGAN DAN TAKWIM-SMKTJ 2022/2023
• Selepas surat Amaran 1, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu bapa /
penjaga masing-masing.
• Selepas surat Amaran 2, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu bapa /
penjaga masing-masing an berjumpa dengan GPKHEM terlebih dahulu.
• Selepas Amaran 3, murid mestilah datang ke sekolah bersama – sama ibu bapa / penjaga
dan berjumpa dengan pengetua.
• Murid hanya dibenarkan masuk ke kelas setelah Pengetua berpuas hati dengan jaminan
yang diberi oleh ibu bapa atau penjaga melalui surat akur janji. Murid hanya boleh
dibenarkan bersekolah semula setelah membuat rayuan dan diluluskan oleh pihak JPN.
2.2 BUKU REKOD PENGESANAN MURID (BRPM)
2.2.1 Semua guru tingkatan mesti memastikan kelas mereka mempunyai BRPM setiap hari.
2.2.2 Ketua Tingkatan akan mengambil BRPP diwaktu pagi di pejabat. Adalah menjadi
2.2.3 tanggungjawab setiap Ketua Tingkatan untuk memulangkan BRPM ke pejabat semula .
2.2.4 BRPP hendaklah sentiasa berada dengan Ketua Tingkatan dan diserahkan kepada guru yang
masuk pada setiap waktu.
2.2.5 Guru diminta mencatatkan bilangan murid yang berada di dalam kelas pada masa tersebut.
2.2.6 Bagi kelas yang bergabung seperti KKQ, Pendidikan Jasmani, ERT dll BRPM akan dibuat secara
2.2.7 berasingan.
Guru juga mestilah mencatatkan nama-nama murid yang keluar kelas / lambat masuk kelas
2.2.8 / ponteng kelas semasa guru mengajar.
2.2.9 Setiap guru yang memasuki kelas mesti memastikan keadaan kelas bersih dan teratur
sebelum menandatangani BRPM.
Semua kes salah laku murid yang ringan atau sederhana mesti diambil tindakan oleh guru
berkenaan semasa waktunya. Hanya kes-kes berat sahaja perlu dicatatkan dalam BRPM
untuk tindakan Penyelia tingkatan / Penyelia Disiplin pada keesokan harinya. Jika kes berat
yang memerlukan tindakan segera, buat catatan dalam BRPM dan terus maklumkan kepada
Ketua Guru Disiplin /GPK HEM.
Ketua Guru Disiplin akan menyemak BRPP setiap hari dan mengambil nama murid yang
bermasalah untuk tindakan selanjutnya pada keesokannya
Penyelia Tingkatan hendaklah menjaga BRPM dengan baik dan diserahkan kepada GPK HEM
pada setiap akhir bulan berkenaan.
2.3 PAS KELUAR
2.3.1 Semua guru hendaklah mendapatkan pas kebenaran keluar daripada GPK HEM pada awal
2.3.2 tahun.
2.2.3 Mana-mana murid yang ingin keluar kelas untuk ke tandas, berjumpa guru dan
sebagainya mesti memakai pas berkenaan.
Guru-guru berhak menahan dan meminta murid balik ke kelas untuk mendapatkan pas
daripada guru kelas atau guru kelas sebelahnya jika tiada guru.
2.4 DISIPLIN MURID
2.4.1 SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN (SPI Bil 10/2001). Oleh itu, guru-guru mestilah
memastikan murid mematuhi semua peraturan sekolah setiap masa.
2.4.2 Guru-guru mestilah member nasihat dan teguran jika mereka dapati seseorang murid itu
2.4.3 melakukan kesalahan disiplin.
2.4.4 Guru-guru mestilah memaklumkan kesalahan-kesalahan disiplin murid yang berat kepada
Ketua Guru Disiplin atau GPK HEM.
Guru hendaklah berpandukan kepada prinsip bahawa hukuman yang dikenakan mestilah
159
BUKU PENGURUSAN PERANCANGAN DAN TAKWIM-SMKTJ 2022/2023
2.4.5 berpatutan dan adil serta setimpal dengan kesalahan murid. Ini bertujuan supaya murid tidak
terasa teraniaya dan akan menerima hukuman dengan rela hati. Hukuman berganda(‘double
punishment)’ tidak boleh dikenakan kepada murid untuk satu salahlaku yang dilakukan.
Tiada sentuhan badan kepada murid atau tingkah laku negatif guru yang boleh menimbulkan
prasangka kepada murid.
2.5 KAWALAN/TANGGUNGJAWAB GURU
2.5.1 Guru mestilah mengenali setiap nama murid mereka. Ini diangap sebagai satu usaha bahawa
2.5.2 guru mempunyai sikap keprihatinan dan mengenali mereka sebagai seorang individu.
Guru hendaklah fahami dan kenali mana-mana murid yang sering menimbulkan masalah
2.5.3 disiplin dan berikan tumpuan yang lebih terhadap mereka bagi
2.5.4 mendapatkan kerjasama.
2.5.5 Jangan mulakan proses PdPc jika murid-murid tidak memberi tumpuan atau sedang bising
2.5.6 dan bercakap sesama sendiri.
Jangan biarkan murid-murid berkumpul di hadapan meja guru sedangkan murid-murid lain
2.5.7 dibiarkan bising di tempat mereka atau di belakang kelas.
Guru haruslah memeriksa kebersihan kelas termasuk bahagian kaki lima kelas dan
mengarahkan murid-murid mengemas dan membersihkannya dengan segera
Guru-guru haruslah mengambil perhatian terhadap murid-murid yang selalu tidak membuat
kerja rumah atau tugasan dalam kelas. Cuba kenal pasti sebab-sebabnya dan ambil tindakan
yang sewajarnya.
Penyemakan buku akan dilakukan sebanyak sebanyak 2 kali setahun oleh pentadbir. Bagi
murid-murid yang engkar walaupun telah diberi amaran , hukuman, guru-guru boleh
memaklumkan kepada Pengetua. Pengetua akan menjalankan tindakan seperti meminta
murid-murid tersebut berada di Dewan Terbuka untuk menyiapkan tugasan mereka. Perkara
ini akan dimaklumkan semasa perhimpunan dan murid-murid mesti mencatatnya di dalam
buku nota masing-masing. Hal ini juga akan dicatatkan di Buku Rekod Perhimpunan.
2.6 DASAR UMUM DISIPLIN
2.6.1 Setiap murid wajib memiliki buku peraturan sekolah dan mesti dibawa ke sekolah pada
2.6.2 setiap hari.
2.6.3 Setiap murid wajib memiliki buku nota dan wajib dibawa bersama sewaktu perhimpunan.
Pada awal tahun permulaan semasa persekolahan, murid akan diberi penjelasan dan
2.6.4 penerangan tentang peraturan sekolah dan tindakan-tindakan disiplin yang dikuatkuasakan
2.6.5 jika melanggar peraturan melalui forum disiplin.
2.6.5 Pemeriksaan Gempar / Spot Check boleh dijalankan dari semasa ke semasa ke atas murid
semasa berada di bilik kelas atau tapak perhimpunan atas arahan pihak pentadbir.
2.6.6 Guru disiplin / guru bertugas bersama guru tingkatan atau guru mata pelajaran dengan
bantuan pengawas akan menjalankan sport check dengan disaksikan oleh murid berkenaan.
2.6.7 Barang larangan akan dirampas dan maklumat murid tersebut akan direkod oleh guru
2.6.8 berkaitan dalam Buku Rekod Salah Laku. Barang Rampasan akan disimpan di dalam almari di
dalam bilik GPK HEM.
Barang rampasan yang mahal (seperti telefon bimbit) hanya boleh dituntut balik oleh ibu
bapa / penjaga murid selepas berjumpa dengan GPK HEM dan menandatangani surat
akujanji.
Barang rampasan yang tidak dituntut selepas tiga tahun akan dilupuskan setelah dibawa
mesyuarat AJK Lembaga Disiplin.
Kehilangan barang-barang berharga adalah di bawah tanggungjawab murid-murid.
160
BUKU PENGURUSAN PERANCANGAN DAN TAKWIM-SMKTJ 2022/2023
2.7 KAEDAH MENGATASI DISIPLIN
2.7.1 Edaran senarai kesalahan ringan, sederhana dan berat kepada semua guru, kelas-kelas
2.7.2 (untuk ditampal) dan bilik-bilik khas.
2.7.3 Guru mata pelajaran / guru kelas :
Rekod kesalahan murid di buku kawalan kelas akan kumpulkan oleh guru disiplin
2.7.4
Guru Disiplin bawa ke mesyuarat disiplin ikut keperluan.
Senaraikan nama murid dan tampal di papan kenyataan:
Kedatangan penuh 2 kali setahun
Kerap ponteng 2 bulan sekali ( oleh guru penyelaras)
Sijil Kehadiran Penuh :
• Kelas yang berjaya mengekalkan sifar ponteng akan diberikan sijil setiap bulan. Walaupun
tidak hadir, ianya mesti bersebab.
• Murid yang mengekalkan sifar ponteng akan diberikan sijil dan anugerah pada
akhir tahun
2.8 PENGURUSAN PERHIMPUNAN
2.8.1 Perhimpunan rasmi pada hari Isnin dan perhimpunan biasa pada hari-hari lain.
2.8.2 Program bacaan yassin dan tazkirah pelajar di adakan pada setiap pagi Khamis.
2.8.3 Diuruskan oleh AJK perhimpunan dan guru bertugas
2.8.4 Guru dan murid tidak dibenarkan bercakap semasa perhimpunan kecuali sedang bertugas
2.8.5 atau dengan kebenaran.
2.8.6 Perhimpunan perlulah ringkas dan padat.
Oleh itu, pengumuman berkaitan Persatuan/Kelab, Badan beruniform dan
2.8.7 permainan perlu dibuat di papan kenyataan masing-masing.
Guru-guru juga diingatkan agar tidak bercakap semasa perhimpunan sedang dijalankan.
Sekiranya perlu, maka guru dibenarkan keluar sebentar daripada berada di perhimpunan
tersebut.
Guru-guru yang menguruskan pengucapan awam perlu berada di belakang podium. Teks
pengucapan awam mestilah ditaip dan diserahkan satu salinan selepas selesai
perhimpunan.
3.0 DASAR AM KEBAJIKAN MURID
3.1 PENGURUSAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
3.1.1 Memastikan semua murid mendapatkan buku teks yang mencukupi selewat-lewatnya hari
3.1.2 pertama sesi baru persekolahan.
3.1.3 Melaksanakan arahan perpindahan Murid Bersama Buku Teks Dalam Zon yang sama. (Ruj:
3.1.4 K/P.BT.8945/Jld.28(24) – 17Mac 2008).
3.1.5 Membantu ibu bapa atau penjaga yang hendak membeli sendiri buku teks di pasaran terbuka
3.1.6 dengan menghubungi penerbit.
Guru Tingkatan mesti memastikan semua buku teks yang diterima oleh murid dibalut kemas
3.1.7 dan ditulis nama.
Guru Tingkatan mesti memastikan semua buku teks yang diterima oleh murid dibalut kemas
dan ditulis nama.
Guru tingkatan juga mesti memastikan mana-mana muridnya yang ingin bertukar sekolah di
luar Kedah memulangkan semula buku SPBT tersebut dengan mengikut tatacara yang telah
ditetapkan.
Guru SPBT mestilah mengumpulkan semula buku teks pada akhir tahun mengikut tarikh yang
ditetapkan serta membuat senarai murid yang tidak memulangkannya.
161
BUKU PENGURUSAN PERANCANGAN DAN TAKWIM-SMKTJ 2022/2023
3.1.8 Murid ”Bukan Warga Negara” (BWN) tidak layak menerima buku SPBT.
3.2 PENGURUSAN BIASISWA
3.2.1 Guru-guru biasiswa mestilah memastikan murid yang berjaya menerima surat
3.2.2 tawaran dan membuka akaun simpanan di Bank Simpanan Nasional. Guru-guru tingkatan
juga boleh meminta mana-mana murid yang layak untuk memohon biasiswa.
3.2.3 Buku simpanan tersebut hendaklah diserahkan kepada guru biasiswa dan pengeluaran wang
3.2.4 yang dibuat mestilah dikawal agar tidak disalahgunakan oleh murid berkenaan. Ibu bapa
3.2.5 atau penjaga dilarang sama sekali mengambil buku akaun murid. Seorang murid hanya boleh
3.2.6 menerima satu biasiswa sahaja. Jika mendapat lebih daripada satu biasiswa, satu surat
3.2.7 pemberitahuan perlu dihantar kepada pihak penaja.
3.2.8 Bagi penerima bantuan biasiswa Baitulmal, Guru Biasiswa berkenaan mestilah mengenalpasti
jika ada murid-murid baru terutamanya murid tingkatan satu yang pernah menerima
bantuan tersebut semasa mereka di sekolah rendah.
Walaupun murid-murid berkenaan pernah menerima bantuan, mereka mesti
memperbaharuhi permohonan mereka semasa di sekolah menengah dengan mengisi borang
permohonan bantuan Baitulmal.
Guru Tingkatan mesti memastikan bahawa murid-murid berkenaan dapat menyumbang
semula bantuan yang diterima dengan menyerahkan borang permohonan mereka yang
lengkap kepada Guru Biasiswa berkenaan.
Guru Tingkatan juga boleh mengenal pasti murid yang layak menerima sebarang bantuan
yang lain dan menyalurkan kepada pihak PIBG terutama pendapatan ibubapa / penjaga
kurang daripada RM1000 sebulan.
Guru biasiswa perlu menyimpan rekod prestasi akademik murid penerima biasiswa.
Murid ”Bukan Warga Negara” (BWN) tidak layak menerima biasiswa.
3.3 KHIDMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
3.3.1 Kaunselor mestilah memberikan galakan, motivasi dan merangsang minat murid terhadap
3.3.2 akademik di samping membantu serta membimbing murid menyelesaikan sendiri masalah
3.3.3 emosi- sosial yang dihadapinya.
3.3.4 Khidmat bimbingan dan kaunseling harus diuruskan mengikut etikanya, demi memelihara
3.3.5 hak murid. Segala maklumat murid adalah dianggap sulit dan hanya boleh didedahkan
3.3.6 kepada pihak yang bersama membantunya sahaja.
Kaunselor boleh membantu murid-murid dengan memberi bimbingan dan saranan sama ada
3.3.7 secara individu atau kelompok.
Kaunselor juga harus memainkan peranan aktif dalam merancang, mengelola dan
menjalankan program-program motivasi, kepimpinan, akademik dan kemahiran-kemahiran
belajar kepada pada murid.
Kaunselor harus membimbing murid dalam membuat pemilihan kerjaya mereka,
terutamanya calon-calon lepasan SPM yang ingin membuat pemilihan kursus di IPTA atau
IPTS.
Kaunselor mestilah mengatur masa untuk memberi khidmat kaunseling kepada murid yang
telah diberi surat amaran ponteng pertama, kedua dan ketiga. Bagi murid yang telah
digantung /dibuang sekolah dan diterima bersekolah semula, sesi kaunseling perlu
dilakukan selama enam bulan dan laporannya dihantar kepada PK HEM setiap bulan.
Guru Disiplin mahupun Guru Tingkatan boleh merujuk kepada kaunselor tentang murid yang
memerlukan bantuan kaunseling ataupun murid yang menghadapi masalah disiplin.
3.4 KEBAJIKAN MURID
3.4.1 Guru Tingkatan mestilah mendapatkan maklumat mengenai bilangan anak yatim atau murid
162
BUKU PENGURUSAN PERANCANGAN DAN TAKWIM-SMKTJ 2022/2023
3.4.2 yang terlalu rendah SES (Social Economic Status) agar mereka ini dapat diberikan bantuan.
3.4.3 Sila dapatkan maklumat ini pada minggu pertama sesi persekolahan dan isi borang maklumat
berkenaan. Serahkan borang tersebut kepada Penyelaras Tingkatan untuk rujukan PK HEM.
Guru Tingkatan hendaklah memaklumkan kepada PK HEM sekiranya ada di kalangan
muridnya yang menghidap penyakit denggi atau penyakit mudarat yang lain atau murid yang
mendapat kemalangan / kematian atau bencana dalam keluarganya.
Derma kilat akan dibuat oleh unit kebajikan sekiranya berlaku kematian / bencana seperti
kematian saudara terdekat (ibubapa) atau diri sendiri.
4.0 DASAR AM KEBERSIHAN DAN KESIHATAN
4.1 REKOD KESIHATAN MURID
4.1.1 Guru Tingkatan mestilah memastikan setiap muridnya mempunyai Buku Rekod Kesihatan.
4.1.2 Buku Rekod Kesihatan ini selalunya diperolehi sewaktu murid berada di sekolah Rendah lagi.
4.1.3 Ia akan dibawa dan diteruskan penggunaannya sehinggalah ke sekolah menengah.
4.1.4 Jika Guru Tingkatan mendapati muridnya tidak mempunyai atau kehilangan buku tersebut,
sila dapatkan daripada koperasi sekolah.
4.1.5 Buku Rekod Kesihatan wajib dimiliki oleh setiap murid kerana buku ini diperlukan apabila
pemeriksaan kesihatan dibuat ataupun semasa suntikan imunisasi ATT (untuk Tingkatan Tiga
sahaja)diberikan kepada murid oleh pegawai kesihatan.
Buku Rekod Kesihatan wajib dibawa bersama oleh murid yang bertukar sekolah dan
disertakan bersama Fail Peribadi murid berkenaan.
4.2 KAD PERGIGIAN MURID
4.2.1 Setiap murid sekolah mempunyai kad pergigian yang dibekalkan setiap tahun, terutamanya
4.2.2 kepada murid-murid Tingkatan Satu.
Guru Tingkatan mestilah memastikan kad ini diedarkan kepada ibu bapa / penjaga murid
4.2.3 untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan pemeriksaan gigi terhadap anak / anak
jagaannya.
Kad ini hendaklah diserahkan kepada pegawai kesihatan yang berkenaan dan pemeriksaan
akan dijalankan pada satu tempoh yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan berkenaan.
4.3 SURAT RAWATAN MURID
4.3.1 Guru Tingkatan hendaklah memaklumkan kepada murid bahawa mereka boleh mendapatkan
4.3.2 surat rawatan ini di pejabat sekolah.
4.3.3 Surat rawatan ini hendaklah ditandatangani oleh Pengetua atau mana-mana Penolong
Kanan.
Surat ini digunakan oleh murid apabila ingin mendapatkan khidmat rawatan di mana-mana
hospital atau klinik kerajaan.
4.4 MURID SAKIT
4.4.1 Guru Tingkatan mestilah prihatin jika ada dalam kalangan murid kelasnya yang sakit atau
kurang sihat pada hari tersebut. Kunci bilik rawatan akan disimpan setiap satu oleh Guru
4.4.2 Bilik Rawatan dan di pejabat. Guru yang mengambil akan menulis di buku pergerakan.
4.4.3 Jika murid berkenaan ingin meminta izin untuk pulang, Guru Bertugas atau Guru Tingkatan
boleh menghubungi ibu bapa / penjaga berkenaan untuk menjemputnya di sekolah.
Guru Bertugas atau Guru Tingkatan tidak boleh membenarkan murid berkenaan pulang
sendiri ke rumah walaupun rumahnya berhampiran dengan sekolah. Murid yang sakit boleh
berada di bilik rawatan sehingga rehat ditemani oleh rakan sekelas yang akan diganti pada
163
BUKU PENGURUSAN PERANCANGAN DAN TAKWIM-SMKTJ 2022/2023
4.4.4 setiap jam. Sekiranya ibu bapa / penjaga masih tidak dapat mengambil, murid tersebut perlu
4.4.5 balik semula ke kelas.
Jika tiada siapa yang dapat menjemput murid berkenaan, dia dibenarkan menggunakan bilik
4.4.6 rawatan yang disediakan di Bilik Rawatan.
Jika berlaku kes-kes kecemasan atau kecederaan, guru bertugas mestilah
menghubungi ibu bapa / penjaga dan menghantar murid berkenaan ke klinik atau hospital
terdekat atau ke rumah murid berkenaan.
Guru bertugas mestilah merekodkan butiran murid yang dibenarkan pulang dalam Buku
Laporan Bertugas dan Buku Rekod Keluar Murid.
4.5 KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH
4.5.1 Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan murid-murid menjaga kebersihan
4.5.2 diri,kelas, tandas, kantin, bilik-bilik khas, bangunan dan kawasan sekolah.
4.5.3 Guru-guru Tingkatan mestilah sentiasa mengingatkan murid-murid kelasnya supaya menjaga
kebersihan dan keceriaan kelas masing - masing.
4.5.4 Guru-guru Tingkatan bertanggungjawab mengambil inisiatif untuk menghias kelas mereka
4.5.5 agar kelihatan kemas dan teratur, ceria dan kondusif bagi memudah dan membantu dalam
4.5.6 proses P & P.
Guru-guru Tingkatan bertanggungjawab memastikan kelas mereka dibersihkan pada setiap
hari iaitu 5 minit sebelum waktu pdp bermula.
Guru-guru waktu akhir bertanggungjawab memastikan kelas atau bilik khas dibersihkan
sebelum murid keluar.
Pengurusan kelas juga dilakukan 5 minit sebelum waktu persekolahan berakhir. Murid-murid
dikehendaki menyandarkan kerusi ke meja.
4.6 KANTIN SEKOLAH
4.6.1 Guru AJK Kantin bertanggungjawab memastikan bahawa pengusaha kantin mengamalkan
4.6.2 kebersihan dalam penyediaan,penjualan dan menjaga seluruh kawasan kantin.
4.6.3 Guru AJK Kantin perlu membuat laporan harian kepada GPK HEM dengan menyemak Buku
4.6.4 Pemeriksaan Kendiri yang dibekalkan oleh JPN.
Guru AJK Kantin perlu membuat laporan kepada GPK HEM atau pentadbir lain jika
4.6.5 berlakunya kes keracunan makanan di kantin sekolah.
4.6.6 Guru-guru juga bertanggungjawab menasihatkan para murid supaya mengamalkan
4.6.7 pemakanan seimbang dan tidak menggalakkan murid membeli makanan daripada penjual di
4.6.8 luar kawasan sekolah.
Guru Disiplin serta Guru Bertugas Harian mesti berada di kantin bersama-sama pengawas
bertugas untuk mengawal disiplin murid semasa waktu rehat.
Guru Disiplin serta Guru Bertugas Harian mesti memastikan murid menepati masa untuk
beredar dari kantin dan masuk kelas apabila loceng dibunyikan.
Murid tidak dibenarkan membeli makanan / minuman di luar waktu rehat kecuali dengan
kebenaran khas.
Penggunaan plastik minuman dan polisterin adalah dilarang sama sekali.
4.7 KEBERSIHAN KELAS
4.7.1 Murid mesti membersihkan kelas sebelum waktu pertama dan waktu terakhir.
4.7.2 Guru mata pelajaran memeriksa kelas sebelum waktu pertama bermula dan untuk waktu
terakhir, 5 minit sebelum tamat persekolahan dan menyediakan laporan untuk makluman.
4.7.3 Guru bertugas harian membuat pemeriksaan setiap hari pada bila – bila masa sepanjang
minggu bertugas (3 Guru = 3 kali rondaan).
4.7.4 Markah diisi oleh guru bertugas dalam borang Keceriaan Kelas 5 Bintang untuk menentukan
164
BUKU PENGURUSAN PERANCANGAN DAN TAKWIM-SMKTJ 2022/2023
kelas terbersih @ terkotor pada minggu tersebut.
4.7.5 Guru bertugas akan mengira purata markah menentukan kelas /terkotor mengikut
mingguan.
4.7.6 Keputusan diumumkan pada hari Ahad.
47.7 Kelas terbersih diberi penghargaan replika Bintang 5.
4.7.8 Kelas terkotor didenda membersihkan kawasan sekolah selepas perhimpunan dan diawasi
oleh guru tingkatan/guru mata pelajaran sehingga seluruh kawasan sekolah bersih.
4.7.9 Kelas yang mendapat tempat pertama paling banyak sepanjang tahun akan diberi hadiah
berbentuk ’hamper’/ wang kemenangan pada setiap akhir tahun
5.0 DASAR AM KESELAMATAN SEKOLAH
5.1 LATIHAN KECEMASAN / KEBAKARAN
5.1.1 Memastikan bahawa latihan kebakaran (”fire drill”) dijalankan 2 kali setahun.
5.1.2 Mengadakan demonstrasi cara-cara memadam api apabila berlakunya kebakaran kecil.
5.1.3 Memastikan alat pencegahan kebakaran mencukupi dan berfungsi.
5.1.4 Guru-Guru mestilah memastikan murid-murid meninggalkan kelas /bilik khas dengan segera,
tetapi secara teratur apabila isyarat kebakaran dibunyikan. Murid-murid khas atau OKU
5.1.5 hendaklah dibantu keluar oleh guru mereka.
Guru-guru mesti memastikan suis lampu, kipas atau peralatan elektrik yang lain serta
5.1.6 bekalan gas ditutup sebelum keluar.
5.1.7 Fail Kehadiran Murid dibawa keluar dari pejabat oleh staf pejabat ke tempat berkumpul.
Guru Tingkatan mestilah mengambil Fail Kehadiran Murid kelas masing-masing di tempat
berkumpul dan mengira bilangan murid dengan segera. Mana-mana murid yang tiada
hendaklah dimaklumkan kepada Pentadbir dengan serta-merta.
5.2 POLISI SEKOLAH SELAMAT
5.2.1 Pihak sekolah mengamalkan tiga polisi utama dalam aspek keselamatan sekolah:
5.2.2 I. Polisi Keselamatan Pergi dan Balik dari Sekolah
II. Polisi Mengelakkan Gangguan Seksual
III. Polisi Keselamatan Menjalankan Aktiviti Kokurikulum.
Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan polisi-polisi ini dipatuhi dan diamalkan
setiap masa demi mewujudkan iklim sekolah yang selamat kepada semua warga sekolah.
5.3 KENDERAAN GURU DAN MURID
5.3.1 Guru-guru dan murid mesti memastikan kenderaan diletakkan di tempat yang telah
5.3.2 dikhaskan dan tidak mengganggu laluan masuk.
5.3.3 Guru-guru dan para murid diingatkan supaya berhati-hati apabila memandu kenderaan
mereka dalam kawasan sekolah untuk mengelakkan sebarang kemalangan.
Guru-guru hendaklah menasihatkan murid supaya mereka memiliki lesen memandu dan
insuran kenderaan bermotor bagi mereka yang menggunakan motosikal ke sekolah. (Hanya
yang membuat permohonan khas sahaja).
5.4 PONDOK KAWALAN KESELAMATAN
5.4.1 Guru-guru hendaklah memaklumkan kepada pentadbir sekolah sekiranya mereka mendapati
5.4.2 tiada pengawal keselamatan yang bertugas di pintu pagar sekolah.
Pintu pagar sekolah mestilah sentiasa ditutup dan mana-mana pelawat yang ingin berurusan
5.4.3 dengan pihak sekolah mesti menandatangani Buku Rekod Pelawat dan mendapatkan Pas
Pelawat terlebih dahulu.
Pengawal keselamatan memastikan pelawat mematuhi carta alir keselamatan yang terpapar
di pondok kawalan keselamatan sekolah.
165
BUKU PENGURUSAN PERANCANGAN DAN TAKWIM-SMKTJ 2022/2023
5.5 MENANGANI BENCANA
5.5.1 Menyelaras dan membekalkan data sekolah dan murid bila dikehendaki.
5.5.2 Menggubal dan melaksanakan panduan dan peraturan tindakan penggunaan bantuan
kemudahan dan tenaga.
5.5.3 Meningkatkan pemahaman bantuan pengurusan bencana alam.
5.5.4 Meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi bencana di sekolah.
166