The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sorfinaghani, 2022-05-18 12:05:42

EtikaPeradaban

EtikaPeradaban

KESEPADUAN

APRIL 2022

SIDANG PENGARANG

PENASIHAT
NAMA : PUAN AINUL FARHAAN BINTI HARUN



KETUA EDITOR
NAMA : HUSNA SYAHIRA BINTI RASHIDAN
NO MATRIK : 18DDT20F2013
TAJUK : RUMAH TERBUKA

NAMA : NURSORFINA BINTI ABD GHANI
NO MATRIK : 18DDT20F2002
TAJUK : OLAHRAGA MEMUPUK
SEMANGAT PERPADUAN

NAMA : ANIS AMRINA BINTI ZAKARIA
NO MATRIK : 18DDT20F2004
TAJUK : BAJU KURUNG MENYATUKAN

PELBAGAI KAUM

NAMA : NUR AQILAH BINTI SYDEE
NO MATRIK : 18DDT20F2027
TAJUK : SENI TENUNAN , KEINDAHAN SENI

BATIK MALAYSIA & KEBAYA NYONYA.

NAMA : NUR SYAZA BINTI JAMALUDDIN
NO MATRIK : 18DDT20F2035
TAJUK : GOTONG-ROYONG

NAMA : SITI NUR ‘AINAA’ BINTI MOHAMAD
NO MATRIK : 18DDT20F2015
TAJUK : SUKAN BADMINTON

isi
kandungan

1 PENGHARGAAN 04
2 OLAHRAGA 06
3 BADMINTON 10

4 KEUNIKAN BAJU KURUNG 14

5 RUMAH TERBUKA 15

6 GOTONG ROYONG
MENYATUPADUKAN RAKYAT

7 SENI TENUNAN SONGKET,
KEINDAHAN BATIK MALAYSIA DAN
KEBAYA NYONYA

PENGHARGAAN

Dengan kalam Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Bersyukur ke hadrat llahi dengan limpah kurniaan tuhan . Kami
berkumpulan dapat menghasilkan senaskah e-majalah. Saya sebagai
ketua kumpulan menitipkan ribuan terima kasih kepada semua ahli
kumpulan kerana telah bekerja keras untuk menghasilkan e-majalah
ini. Tanpa usaha ahli kumpulan, e-majalah ini mungkin tidak akan
wujud. Tidak lupa juga Puan Ainul Farhaan Binti Harun selaku
penasihat kerana sudi membantu dan memberi tunjuk ajar
sepanjang proses menyiapkan e-majalah ini. Kumpulan kami juga
ingin berterima kasih kerana telah mendedahkan kepada kami cara
untuk menggunkakan aplikasi "Canva". Kami amat menghargai jasa
baik dan penat lelah beliau dalam mendidik kami untuk
merealisasikan penghasilan e-majalah ini. Harapan kami kepada
pembaca ialah supaya mereka dapat menambah ilmu pengetahuan
mereka apabila mereka membaca e-majalah yang telah dihasilkan
oleh kumpulan kami.

SEJARAH OLAHRAGA April, 2022

Pada 1952, nama persatuan Organisasi olahraga terulung dicatat
ditukar pula kepada ‘Federation di Malaysia adalah Persatuan
of Malaya Amateur Athletic Olahraga Ipoh, pada tahun
Union’ (FMAAU) digabungkan 1906.Kejohanan olahraga pada masa
bersama dengan Majlis Olimpik itu dinamakan ‘Ipoh Athletic
Malaya.Pada 1960, kejohanan Sports’.Pemenang kejohanan ini
kebangsaan pertama yang dianggap sebagai Johan Malaya.Pada
menggunakan peraturan- 1914 hingga 1919 aktiviti olahraga
peraturan baru telah diadakan dihentikan kerana Perang Dunia
di Seremban,rekod-rekod Pertama. Pada 1920, mesyuarat
kebangsaan telah diiktiraf.Pada olahraga diadakan di Kuala Lumpur
1960 hingga 1962, Kejohanan untuk mengadakan pertandingan
turut disertai oleh peserta- olahraga di antara negeri buat kali
peserta dari luar negara.Dengan yang pertama.Kejohanan olahraga
penubuhan Malaysia pada antara negeri ini dikelolakan oleh
tahun 1963, FMAAU ditukar ‘Amateur Athletic of British
kepada ‘Malaysia Amateur Malaya’.Pada 1913, nama diubah
Athletics Union’ (MAAU). Presiden kepada ‘Amateur Athletic Association
MAAU yang pertama ialah Datuk of Malaya’.Nama kejohanan ditukar
Mohamed Ghazali bin kepada ‘Championships of
Shafie.Pada 1964, kejohanan Malaya’.Pada 1940 hingga 1948, aktiviti
pertama di bawah MAAU olahraga dihentikan sekali lagi kerana
diadakan. Semua negeri di Perang Dunia Kedua.
Malaysia mengambil bahagian.

PERKEMBANGAN

OLAHRAGA DI MALAYSIA

Perkembangan Olahraga di
Malaysia Negara kita mula
mengambil bahagian dalam sukan
olimpik pada tahun 1956, iaitu
ketika sukan Olimpik Melbourne,
Australia. Dalam penyertaan kali
pertama ini, Malaysia telah
menyertai acara hoki, olahraga,
renang dan angkat berat. Sejak itu,
negara kita tidak pernah gagal
mengambil bahagian, kecuali pada
tahun 1980 sebagai menyokong
pemulauan disebabkan
pencerobohan tuan rumah Rusia
ke atas Afghanistan ketika
itu.Sepanjang penyertaan negara
kita dalam sukan terbesar di dunia
ini, cuma satu pingat gangsa yang
mampu dimenangi, iaitu menerusi
acara badminton dalam Sukan
Olimpik 1992 yang pertama kali
memasukkan badminton sebagai
salah satu acara. Dalam acara atau
sukan lain, kita masih belum
memenangi sebarang pingat.

TOKOH OLAHRAGA YANG MENGHARUMKAN NAMA
MALAYSIA
1.
1.Datuk Lee Chong Wei
2.Datuk Nicol Ann David

2. 3.Pandelela Rinong
4.Azizulhasni Awang




3.

4.

OLAHRAGA DAPAT MENYATUKAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI
MALAYSIA




Tanpa mengira bentuk sukan yang menjadi pilihan sama
ada bola sepak, badminton, olahraga dan bermacam-
macam lagi aktiviti sukan, rata-rata penggemarnya
mampu mengeratkan hubungan silaturahim.Setiap kali
skuad negara bertarung di persada antarabangsa,
pastinya rakyat pelbagai bangsa bersatu dalam
memberikan sokongan padu kepada atlet negara yang
berjuang di gelanggang sukan.

Bahkan ada yang sanggup mengeluarkan belanja dan
meredah perjalanan beribu kilometer atau setidak-
tidaknya sekadar menjadi penyokong setia di kaca
televisyen demi sokongan padu kepada atlet negara
tanpa mengira bangsa mereka.Di sini kita dapat
melihat betapa besarnya peranan sukan dalam
memastikan perpaduan antara kaum terus utuh
selepas Malaysia menyambut Hari Kebangsaan ke-62
yang lalu.




Walaupun perpaduan antara kaum sejak
kebelakangan ini cuba ‘dijentik’, namun
keutuhannya masih lagi dapat dilihat sebagai
contoh pada aksi perlawanan persahabatan
Harimau Malaya bertemu Jordan di Stadium
Nasional Bukit Jalil yang lalu.

“Sukan bukan sahaja untuk kita lihat dan nikmati, tetapi jauh lebih besar
kerana sukan adalah ejen perpaduan yang akan menyatukan kita semua."Jadi
rakyat Malaysia perlu bangga dengan negara ini dan bangga dengan Jalur
Gemilang,” kata Datuk Lee Chong Wei.Jelaslah bahawa sukan adalah platform
perpaduan di negara pelbagai budaya seperti Malaysia kerana secara tidak
langsung ia menggalakkan orang ramai melupakan perbezaan kaum atau
prasangka sesama sendiri.






Sama ada anda penyokong, penggiat atau atlet sukan, tidak kira apa latar
belakang masing-masing maka usaha untuk memupuk dan memperkukuhkan
semangat nasionalisme, integrasi sosial, saling menghormati dan toleransi
seharusnya dikekalkan bukan sahaja di dalam gelanggang bahkan juga di luar
gelanggang.

SOALAN TEMU RAMAH

NAMA : ASHWIN JOHN
UMUR : 20
PEKERJAAN : PELAJAR

1.Pada pendapat anda,bagaimanakah olahraga dapat menyatukan
kaum di Malaysia?

Pada pendapat saya, tidak menghadkan penyertaan aktiviti sukan kepada sesuatu
kaum sahaja malah terbuka kepada mereka yang berminat.

2.Pada pendapat anda,apakah kebaikan yang dapat diperolehi dalam
sukan olahraga?




Pada pendapat saya,dengan bersukan seseorang itu dapat
menyihatkan badan mereka.

SOALAN TEMU RAMAH

NAMA : CITRA AREEYA
UMUR : 20

PEKERJAAN : PELAJAR




1.Pada pendapat anda,bagaimanakah olahraga dapat menyatukan
kaum di Malaysia?

Pada pendapat saya, para penyokong dapat memberi sokongan yang cerdas kepada
olahraga tidak mengira kaum .

2.Pada pendapat anda,apakah kebaikan yang dapat diperolehi dalam
sukan olahraga?




Pada pendapat saya, sukan dapat meningkatkan disiplin kepada setiap atlet. Hal ini
kerana individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang
tinggi dan dapat mengawal diri sendiri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan.

SOALAN TEMU RAMAH

NAMA : AMIRA SOFIA
UMUR : 20

PEKERJAAN : PELAJAR




1.Pada pendapat anda,bagaimanakah olahraga dapat menyatukan
kaum di Malaysia?

Pada pendapat saya, olahraga dapat menyatukan kaum di Malaysia kerana sukan
olahraga disertai oleh berbilang kaum dan boleh menyokong atau memberi semangat
antara satu sama lain dalam acara yang disertai.

2.Pada pendapat anda,apakah kebaikan yang dapat diperolehi dalam
sukan olahraga?




Pada pendapat saya, kebaikan yang boleh diperolehi dalam sukan olahraga ialah
dapat menjamin kesihatan diri, mengurangkan stress, dapat menggunakan masa yang
terluang dengan perkara-perkara yang berfaedah dan sebagainya

SEJARAH BADMINTON

SEPERTI kebanyakan sukan yang terdapat pada hari ini, badminton juga mempunyai sejarahnya

yang tersendiri.Pada peringkat awal permainan ini, tidak ada sebarang undang-undang atau

peraturan yang boleh dijadikan panduan permainan. Mereka yang bermain hanya sekadar


memukul bulu tangkis ciptaan mereka itu.Namun permainan mereka itu telah berjaya menarik

minat sebahagian masyarakat.Atas usaha seorang askar Inggeris iaitu Kolonel H.Q. Selby yang

bertugas di Karachi, India pada ketika itu, dia telah menubuhkan pasukan Badmintonnya sendiri

yang diberi nama ‘Bath Badminton Club’ dan undang-undang permainan dicipta tetapi masih


belum sempurna.Oleh itu, seperti permainan yang lain yang mempunyai badan atau

persatuannya sendiri di peringkat antarabangsa untuk menguruskan atau menyelaraskan

permainan, pada tahun 1934 Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) ditubuhkan dan


Presiden pertama ialah Sir George Thomas yang menjawat dari tahun 1934-1955.



BAM mula ditubuhkan Pada tahun yang sama (1934), Persatuan Badminton Malaysia (BAM) juga

telah ditubuhkan dan sejak itu, sukan badminton berkembang dan badminton telah menjadi acara


rasmi dalam sukan Olimpik pada tahun 1992.Sejak itu juga, BAM telah berjaya melahirkan

beberapa jaguh dalam beberapa dekad ini dan pelbagai pengiktirafan dan kejayaanN OtuMruA tD dI Cic a|p a2i4

oleh badan induk itu dengan memenangi beberapa kejohanan besar seperti Piala Thomas dan All


England.Tidak keterlaluan jika mengatakan badminton adalah antara sukan yang banyak

mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Keluarga Sidek dalam arena sukan tanah air bukan sekadar titian menonjolkan
imej negara, malah menjadi lombong emas badminton tempatan dan

menyumbang kepada perkembangan pasaran antarabangsa bernilai berjuta-
juta ringgit.Kemunculan Misbun dan adik-adiknya (Razif, Jalani, Rahman dan
Rashid) mula memberi saingan di Asia pada awal 1980-an, mendorong kepada

keberanian Kumpulan Pengurusan Antarabangsa (IMG) menerokai bidang
badminton di Malaysia.Imbasan detik kegemilangan 1992 tetap terpahat di
benak fikiran pencinta badminton negara apabila melihat Piala Thomas direbut
kembali di bumi sendiri dengan menamatkan kemarau suku abad.Walaupun
piala itu hanya bertahan 24 bulan di bumi ini sebelum menyeberang Selat
Melaka, namun kenangan sambutan orang ramai yang sanggup bermandi
peluh ketika berpusu-pusu menyentuh piala kebanggaan itu yang diarak ke
seluruh pelosok negara, masih jelas terbayang.Selain keluarga Sidek, pemain
badminton negara yang terkenal suatu ketika dahulu ialah Punch Gunalan, Ng
Boon Bee, Tan Aik Mong, Tan Aik Hwang dan Silvia Ng.Malah kini, BAM juga
berbangga selepas memiliki Datuk Lee Chong Wei yang meraih beberapa

kejayaan sekali gus menjadi kebanggaan Malaysia.

Borcelle PENCAPAIAN BADMINTON DI
MALAYSIA

Pasukan badminton kebangsaan Malaysia ialah
sebuah pasukan badminton yang mewakili
Malaysia di kejohanan antarabangsa.

Kemenangan terbesar untuk berpasukan lelaki
ialah ketika memenangi Piala Thomas sebanyak

5 kali, iaitu 1949, 1952, 1955, 1967, dan 1992.
Untuk berpasukan wanita, dalam Piala Uber,

Pasukan badminton kebangsaan Malaysia
belum pernah masuk separuh akhir atau
bahkan pusingan akhir pada 2004, 2008, dan

2010 hanya sehingga 1/4 akhir.

SBeellsetr

BAGAIMANA BADMINTON MENYATUKAN KAUM-KAUM DI MALAYSIA

Sokongan senjata keramat
Namun, apa yang membuatkan ahli sukan negara bermain bermati-matian hingga ke

titisan peluh terakhir ialah harapan dan sokongan rakyat Malaysia. Sokongan padu
rakyat adalah senjata keramat yang memberi kekuatan dan semangat kepada ahli
sukan negara.Sebenarnya sukan sudah lama main peranan penting dalam memupuk

semangat perpaduan di negara kita. Bagi generasi lama, sudah pasti dapat
mengimbau kembali zaman kegemilangan negara ketika memenangi Piala Thomas.
Malaysia memenanginya pada 1949, 1952, 1955, 1967 dan 1992.Ketika itu kita dapat
lihat bagaimana sukan badminton menyatu dan mengukuhkan perpaduan di kalangan
masyarakat Malaysia yang begitu berbangga dengan pencapaian negara memenangi
piala berprestij itu.Bahkan, termaktub dalam sejarah, Malaya adalah negara pertama

memenangi Piala Thomas pada 1949 apabila menewaskan Denmark dalam
pertandingan akhir di London.Pasti ramai yang masih ingat wira negara Piala Thomas

1992 yang terdiri daripada Rashid Sidek, Foo Kok Keong, Razif Sidek, Jailani Sidek,
Cheah Soon Kit dan Soo Beng Kiang. Mereka membawa pulang Piala Thomas setelah

kali terakhir memenangi piala berkenaan pada 1967.

TOKOH-TOKOH
BADMINTON

Dato’Haji Mohd Sidek
Haji Abdullah Kamar

Datuk Punch
Gunalan

Datuk Lee
Chong Wei

KESIMPULAN

Tidak dapat dinafikan

bahawa sukan badminton

merupakan platform dalam

mengukuhkan perpaduan

kaum di Malaysia , ini kerana

lagenda badminton terdiri

daripada pelbagai kaum

antaranya melayu , cina dan

india . Selain itu, sukan

badminton jugak memiliki

kelompok peminat dari

pelbagai lapisan masyarakat

yang tidak jemu

menunjukkan tanda

sokongan mereka tanpa

mengira latar belakang

bangsa dan budaya

Duke | 102

TEMU RAMAH

1.Pada pendapat anda, apakah faedah yang
diperolehi dalam sukan badminton?



-Menjadi suatu senaman kardio yang baik
- Mengisi masa lapang



2.Pada pendapat anda , bagaimanakah cara
untuk menarik minat remaja zaman sekarang

untuk menceburi sukan badminton?



- Mengadakan mini tournament
- Menyediakan tempat yang banyak dalam

pendaftaran kursus kelab

NAMA : SUSMITA VIGNESWARAN
UMUR : 20

PEKERJAAN : STUDENT

TEMU RAMAH

1.Pada pendapat anda, apakah faedah
yang diperolehi dalam sukan badminton?

Pada pendapat saya, sukan badminton
membantu kita meningkatkan stamina
disamping dapat menyihatkan tubuh
badan. Dengan tubuh badan yg sihat

membolehkan kita menjalani aktiviti
harian dengan lancar dan mengamalkan

gaya hidup yg sihat.
2.Pada pendapat anda , bagaimanakah
cara untuk menarik minat remaja zaman

sekarang untuk menceburi sukan
badminton?

Pada pendapat saya, dengan
mengadakan pertandingan badminton
serta menawarkan hadiah yg lumayan

dapat menarik minat remaja zaman
sekarang untuk menceburi sukan ini.
Selain itu, pihak berkuasa juga boleh

mengambil inisiatif ini dengan
mengadakan kelab badminton bgi
melatih para remaja yg berminat dengn
sukan ini untuk mempertingkatkan lagi
cara bermain dengan lebih profesional
secara percuma disamping dapt menarik
minat mereka dengan lebih mendalam.

NAMA : NUR ALIAH NATASYA BINTI ANUAR
UMUR : 19

PEKERJAAN : STUDENT

TEMU RAMAH

1.Pada pendapat anda, apakah faedah
yang diperolehi dalam sukan badminton?

Pada pendapat saya , faedah yang akan
diperolehi dalam sukan badminton ialah

dapat menyihatkan tubuh badan dan
dapat mengisi masa lapang . Selain itu
sukan badminton juga dapat menambah
kawan baru dan mengeratkan hubungan
silaturrahim antara kaum Cna , India dan

Melayu.



2.Pada pendapat anda , bagaimanakah
cara untuk menarik minat remaja zaman

sekarang untuk menceburi sukan
badminton?

Pada pendapat saya , cara untuk menarik
minat remaja zaman sekarang untuk
menceburi sukan badminton ialah

dengan mengadakan pertandingan dan
menyediakan hadiah yang lumayan
seperti wang tunai.

NAMA : ELJOHN DULAY
UMUR : 24

PEKERJAAN : KERJA

BOOK REVIEW 28 April, 2022
123 Anywhere St., Any City

Baju kurung ialah pakaian tradisional Selain terdapat perubahan pada
untuk wanita Melayu. Baju Kurung potongan dan bentuknya, untuk
terbahagi kepada dua iaitu Baju Kurung menghasilkan rekaan yang lebih moden
Lelaki dan Baju Kurung Perempuan. dan kreatif, baju kurung juga dihiasi
Baju Kurung lelaki juga dikenali juga dengan sulaman, kerawang, manik
sebagai Baju Melayu Ia menjadi pakaian mahupun labuci. Material untuk
rasmi untuk negara Brunei, Indonesia, menghasilkan baju kurung juga turut
Malaysia, Singapura dan Thailand berubah. Kini, terdapat pelbagai pilihan
material antaranya satin, organza,
Terdapat dua jenis baju kurung iaitu chiffon, sutera, batik, linen dan banyak
Baju Kurung Teluk Belanga dan Baju lagi.
Kurung Cekak Musang. Baju ini sesuai
dipakai oleh semua golongan Kini terdapat pelbagai variasi baju
masyarakat tidak mengira usia. Baju kurung dan ia dikenali sebagai Baju
Kurung juga digunakan untuk Kurung Moden.
menghadiri majlis perkahwinan, majlis Walaupun baju kurung telah mengalami
agama, dan majlis rasmi. Di Malaysia, evolusi selaras dengan perubahan masa
secara amnya seluruh wanita melayu dan citarasa pemakai, namun rekaannya
memakai baju kurung sebagai pakaian masih sama. Ia tetap selesa dan manis
tradisi ini termasuk pakaian rasmi pelajar dipakai selain menampakkan kesopanan
sekolah rendah dan menengah. Cuma gadis Timur dan keunggulan budaya
reka bentuk dan potongan baju kurung Melayu.
agak berbeza-beza mengikut negeri.

Baju yang dipakai oleh lelaki labuhnya
adalah separas punggung, alas
lehernya lebar dan mempunyai tiga
kocek iaitu di dada kiri, di dada kanan
dan di bahagian bawah hadapan baju,
manakala baju kurung yang dipakai
oleh kaum wanita pula labuhnya hingga
ke lutut dengan satu kocek di dada kiri
atau pun tanpa kocek. Kaum wanita
memadankannya bersama kain
samada kain dari jenis batik, songket
atau sutera. Kain ini pula diikat dengan
ikatan yang bernama ombak mengalun,
iaitu dengan lipatan-lipatan yang
letaknya di rusuk kanan atau kiri. Kepala
kain sarung lazimnya diletakkan ke
belakang apabila dipakai dengan baju
kurung ini.

Kain mantul, iaitu sehelai
selendang pendek yang bertekat
dengan kelingkan emas biasanya
akan disangkutkan ke bahu apabila
si pemakai mengenakan baju
kurung dengan kain dagang luar
ini. Walaubagaimanapun, baju
kurung pada hari ini tidak lagi
dipakai dengan kain-kain
tradisional sebegini yang lazimnya
hanya digunakan oleh masyarakat
Melayu zaman dahulu.

Baju Kurung Pahang March 2022

Baju Kurung Pahang atau dikenali
sabagai Baju Kurung Riau Pahang
pula menyingkap pertalian sejarah
antara kedua negeri Riau dan
Pahang. potongan pakaian ini yang
juga dikenali sebagai Baju Belah
atau Baju Kebaya Turki. Berbeza
dengan pesak baju kurung, kedua-
dua bahagian tepi Baju Kurung Riau
Pahang berpesak kembang yang
disambungkan kekek gantung. Baju
berkolar tinggi ini amat menarik
sekali dipakai dengan tujuh atau
sembilan butir butang

Potongan baju ini begitu unik dan
istimewa. Berbeza dengan pesak Baju
Kurung, kedua-dua bahagian tepi baju
berpesak kembang yang disambungkan
kekek gantung. Sesuai dipadankan
dengan kain selisih. Namun ada juga
yang memadankannya dengan kain
susun di tepi.Pada zaman dahulu, baju
yang berbutang tujuh atau sembilan
hanya untuk golongan kerabat.

KURUNG KEDAH

BAJU Baju Kurung Kedah dipakai bersama kain sarung.
KURUNG Kain sarung diikat ambak mengalur dan di masuk
KEDAH sebelah kiri atau kanan. Baju Kedah boleh disifatkan
MENJAMIN sebagai pakaian seharian atau pakaian basahan.
KESELESAAN Baju kurung Kedah dengan leher teluk belaga
SETIAP diperindahkan dengan perhiasan kalung papan di
PEMAKAI . dada. Baju dipadankan dengan kain lipatan
bertangkup atau berselisih di hadapan.

Baju Kurung Kedah dipercayai berasal dari Selatan
Thai, kerana baju tersebut menyerupai blaus pendek
dibuat singkat sampai ke paras punggung di selatan
Thai. Baju Kurung Kedah terdiri daripada baju yang
longgar dan diperbuat daripada kain yang
berbunga kecil ataupun kain kasa tebal atau nipis
yang jarang serta potongan leher bujur sireh

KESIMPULAN

Kesimpulannya, baju kurung perlulah
dipertahankan oleh rakyat malaysia
kerana ini akan melambangkan
perpaduan rakyat Malaysia yang
berbilang kaum. Pemakaian baju
sesuatu kaum itu tidak akan
menghilangkan martabat kaum tersebut
malah akan mengeratkan lagi hubungan
silaturahim antara masyarakat majmuk.
Pakaian tradisional Melayu seperti Baju
Kurung memainkan peranan yang
penting dalam memupuk semangat
perpaduan antara kepelbagaian etnik di
Malaysia. Hal ini dapat dibuktikan
melalui pemakaian Baju Kurung oleh
kaum lain dalam kehidupan seharian
tidak mengira tempat dan masa. Kini,
Baju Kurung bukan sahaja dilihat
sebagai lambang kebangsaan, malah
tidak lagi dianggap sebagai pakaian
yang hanya boleh dipakai untuk majlis
keagamaan sahaja. Masyarakat Malaysia
kelihatan selesa tatkala menggayakan
busana Melayu tanpa mengira agama
mahupun bangsa. Akhir kata,
pemakaian Baju Kurung antara
masyarakat majmuk di Malaysia boleh
menyuntik semangat perpaduan dan
muhibah. Pakaian ini haruslah
dipelihara agar tidak hilang ditelan
zaman. Bak kata pepatah, tak lapuk dek
hujan tak lekang dek panas.

BY ANIS AMRINA

TEMU
RAMAH

Nama : Tang Ying Min
Umur : 20
Pekerjaan : Barista

1. Pada pandangan anda, bagaimanakah baju kurung boleh
mencerminkan perpaduan kaum dan budaya di negara
kita?

Seandainya kaum lain juga memakai Baju Kurung, kita akan lebih
merasa kesepaduan apabila bersama

2. Apakah pakaian tradisional kaum lain yang sangat
menarik di mata anda dan mengapa?

Saya lebih tertarik dengan Saree iaitu pakaian dari kaum India. Cara
pemakaian dan aksesori yang digayakan sangat menarik bagi saya.

TEMU
RAMAH

Nama : Nurul Ain Izzaty binti
Mohamad Fauzi
Umur : 20 Tahun
Pekerjaan : Pelajar

1. Pada pandangan anda, bagaimanakah baju kurung
boleh mencerminkan perpaduan kaum dan budaya di

negara kita?
Kerana mencerminkan kesopanan dan kesusilaan seseorang

dari pelbagai kaum




2. Apakah pakaian tradisional kaum lain yang sangat
menarik di mata anda dan mengapa?

Saya memilih Cheongsam kerana keunikan potongan dan warna
baju tersebut.

TEMU
RAMAH

Nama : Thavaneshwaran A/L
Ravichandran
Umur : 20
Pekerjaan : Pelajar

1. Pada pandangan anda, bagaimanakah baju kurung boleh
mencerminkan perpaduan kaum dan budaya di negara kita?
Saya kurang pengetahuan tentang Baju Kurung, akan tetapi saya
merasakan bahawa penggayaan Baju Kurung dapat mencerminkan

kesopanan seseorang itu.

2. Apakah pakaian tradisional kaum lain yang sangat
menarik di mata anda dan mengapa?

Saya sungguh meminati Baju Melayu kerana potongan Baju Melayu
ringkas dan ianya nampak sungguh selesa

DISEDIAKAN OLEH :
HUSNA SYAHIRA

RUMAH
TERBUKA

OCTOBER 2019 • ISSUE 10 • VOLUME 12 MENGERATKAN
PERPADUAN

Where to get the best pizza in town / 13 •
Make your own pizza / 15 •

Choose the best sauce / 17 •

Rumah terbuka di Malaysia bermaksud sesuatu perayaan agama disambut
oleh penganut pelbagai agama dengan tujuan memupuk persefahaman di
kalangan rakyat Malaysia. Rumah terbuka tidaklah bertujuan
mengembangkan agama kepada penganut agama lain. Biasanya rumah
terbuka diadakan di padang atau di dalam dewan.

Sebelum ini, konsep rumah terbuka dijalankan secara kecil-kecilan di mana
tuan rumah menjemput rakan taulan datang ke rumah bagi menikmati
juadah yang disediakan. Rakan dari kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain
turut dijemput.

Amalan rumah terbuka memberi kefahaman kepada rakyat tentang nilai
hidup ajaran kaum berlainan yang menganjurkan sifat berbaik-baik sesama
manusia.

Amalan rumah terbuka ini sesuatu yang unik bagi Malaysia, telah mendorong
menyumbang kepada keamanan dan kebaikan keadaan dalam negara kita.
Rakyat bukan Islam mendapat gambaran sebenar mengenai ajaran Islam.
Selama ini rakyat bukan Islam sering mendapat gambaran mengenai Islam
yang dikaitkan dengan keganasan terutama selepas Serangan 11 September.

12 MAY 2022

MANFAAT DAN KEBAIKAN AMALAN RUMAH
TERBUKA KEPADA RAKYAT MALAYSIA

Sebagai sebuah negara majmuk, penduduk Malaysia
yang terdiri daripada pelbagai kaum mengamalkan
bahasa, agama, dan budaya yang berlainan. Oleh hal
yang demikian, maka wujudlah pelbagai perayaan
yang disambut oleh penduduk Malaysia sepanjang
tahun. Sebenarnya, inilah ciri-ciri keunggulan kita
sebagai sebuah negara majmuk.

Justeru, majlis rumah terbuka diadakan setiap kali

tiba musim perayaan. Kini majlis rumah terbuka telah

menjadi suatu kecenderungan aliran yang popular

dalam kalangan masyarakat negara in Konsep rumah

terbuka ini memberikan peluang kepada setiap

rakyat Malaysia untuk bersama-sama meraikan

perayaan sesuatu kaum yang lain. Secara tidak langsung, kecenderungan ini

dapat mengeratkan silaturahim dan

mencerminkan identiti masyarakat Malaysia

yang harmonis di mata pelancong asing. Hal ini

demikian kerana terdapat negara-negara lain

yang mempunyai penduduk majmuk seperti di

negara kita juga tetapi gagal mencapai tahap

perpaduan seperti kita. Malah, rakyat negara

berkenaan sentiasa bercakaran sesama sendiri.

Sesungguhnya, proses pembudayaan yang wujud Asal usul majlis rumah terbuka ini dapat dirintis
dalam konsep rumah terbuka menyaksikan kembali kepada adat budaya dan konsep
pertembungan antara dua atau lebih budaya. seruan beragama anutan setiap kaum di
Sebagai akibatnya, akan berlakulah proses Malaysia. Tanpa mengira mana-mana
asimilasi dan penyerapan unsur-unsur perayaan, sama ada Hari Raya Aidilfitri, Tahun
kebudayaan oleh sesuatu kaum minoriti daripada Baru Cina, Deepavati, Hari Natal, Pesta
kaum majoriti. Umpamanya, banyak unsur budaya Keamatan, Pesta Gawai dan sebagainya,
Melayu yang akan diterima secara tidak langsung masing-masing tetap menyambutnya dengan
sebagai unsur budaya kaum Iban, Kadazan, dan cara yang tersendiri.
Murut ekoran majlis-majlis rumah terbuka yang
diadakan saban tahun.

[History Today] 2022

FAEDAH AMALAN RUMAH TERBUKA

Memahami budaya kaum Mengeratkan perpaduan kaum

Dari sudut yang berbeza pula, amalan rumah merupakan salah satu inti pati utama faedah
terbuka dapat menjadi panduan atau rujukan amalan rumah terbuka dalam kalangan
kepada masyarakat untuk memahami budaya masyarakat di Malaysia. Amalan ini telah
sesuatu kaum itu kerana tak kenal maka tak lama dipraktikkan dalam kehidupan
cinta. Mereka yang berkunjung ke rumah masyarakat majmuk Malaysia yang berbilang
terbuka dapat melihat sendiri keunikan kaum dan bangsa. Malah amalan ini sentiasa
budaya bangsa yang diterjemah dalam bentuk dinanti-nantikan oleh semua kaun setiap kali
pakaian, juadah makanan dan muzik yang perayaan muncul. Maka amalan ini menjadi
melatari majlis tersebut. Sebagai contoh, agen perpaduan kerana apabila suatu
apabila mengunjungi majlis rumah terbuka perayaan disambut, setiap bangsa dan kaum
Aidilfitri, kita akan dapat melihat pakaian akan saling mengunjungi rumah terbuka
tradisional kaum Melayu seperti Baju Kurung rakan-rakan yang berlainan bangsa dan
dan Baju Melayu cekak Musang dipakai oleh agama. Perkara ini jelas menjadi cerminan
kaum lelaki dan perempuan Melayu. Malah masyarakat agar mereka menjadikannya
kita juga dapat menikmati juadah tradisional sebagai contoh ikutan kerana yang baik
kaum Melayu sep]rti lemang, ketupat nasi, dijadikan teladan yang buruk dijadikan
ketupat pulut, rendang dan serondeng. Jelas sempadan. Tegasnya amalan rumah terbuka
lagi nyata bahawa majlis rumah terbuka menjadi agen penyatuan kaum di Malaysia.
menjadi rujukan kepada bangsa lain tentang
keunikan sesuatu bangsa.

Daya tarikan pelancong ke Malaysia Merapatkan hubungan yang jauh

Dari kaca mata yang berbeza, penganjuran Dari neraca kekeluargaan dan
masyarakat pula, amalan rumah terbuka
rumah terbuka di peringkat kebangsaan akan merapatkan hubungan yang jauh
seperti peribahasa menyebut yang jauh
dapat menjadi daya tarikan pelancong ke didekatkan yang dekat dirapatkan.
Sebagai satu tamsilan, ahli keluarga yang
Malaysia. Kementerian Pelancongan jauh akan datang mengunjungi rumah
terbuka dan menjadikannya sebagai titik
dengan kerjasama Kementerian pertemuan semua ahli keluarga dan
keturunan. Kunjungan ke rumah terbuka
Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah akan menyebabkan anak-anak dapat
mengenali saudara mara yang jauh
menjadikan Majlis Rumah Terbuka sebagai seterusnya merapatkan hubungan
mereka. Hal in dikatakan demikian
satu produk dalam kalendar pelancongan kerana kesibukan belajar atau bekerja
menyebabkan hubungan kekeluargaan
yang perl dikunjungi oleh pelancong agar menjadi renggang apatah lagi jika ada
perselisihan faham, maka rumah terbuka
mereka dapat merasai sendiri keunikan menjadi medan pertemuan untuk
bermaaf-maafan.
majlis rumah terbuka di Malaysia. Antara

majlis rumah terbuka yang paling dinanti-

nantikan oleh pelancong asing ialah Hari

Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina,

Deepavali, Pesta Keamatan, Hari Gawai

dan Hari Natal. Pengalaman yang dirasai

oleh pelancong asing ini akan meniti dari

bibir ke bibir mereka apabila pulang ke

negara asal. Secara tidak langsung, nama

Malaysia akan terkenal di persada dunia.

AMALAN
MULIA

Masyarakat bukan Melayu juga
akan melihat budaya rumah orang
Melayu serta amalan mulia orang
Melayu yang bersalam salaman
serta cara bagaimana orang
Melayu melayan tetamu. Semua
ini pengalaman berharga yang
patut diamati bukan Melayu
supaya mereka memahami
budaya Melayu dengan lebih dekat
lagi.

Budaya rumah terbuka akan
mendidik sikap hormat
menghormati serta sikap respect
terhadap amalan kaum lain. Dalam
hal ini, orang bukan Melayu seperti
Cina dan India akan melihat
bagaimana budaya orang Melayu
itu dipengaruhi agama mereka
iaitu agama Islam. Tidak kira
dalam apa juga aspek seperti
bersalaman, pakaian serta
makanan. Perkara sama juga akan
dipraktikkan apabila orang Islam
mengunjungi rumah terbuka bagi
agama lain.

NOMADIC  |  24

KESIMPULAN

Terdapat banyak manfaat dan kebaikan yang kita akan perolehi
sekiranya menganjurkan rumah terbuka. Oleh sebab itu juga,
amalan rumah terbuka ini kekal relevan dari semasa ke semasa. Ia
menjadi lambang pertemuan pelbagai kaum dan mampu
mengeratkan hubungan dalam masyarakat berbilang kaum
secara lebih santai.

Selain itu, sajian makanan yang terdapat semasa penganjungan
rumah terbuka menjadi satu detik perpaduan untuk keseluruhan
rakyat Malaysia. Ikan dilaut, asam di darat, dalam periuk bikin
muafakat. Muafakat antara ahli masyarakat akan menjamin
kebolehan negara dalam mencapai kemajuan dan wawasan yang
ingin dikecapi.

[email protected]

SOALAN TEMU RAMAH REISE | PAGE 5

NAMA : NURUL IFTHIQAR BINTI ZAINAL
UMUR : 20 TAHUN
PEKERJAAN : PELAJAR

1) Pada pendapat anda, bagaimanakah amalan rumah
terbuka dapat mengukuhkan perpaduan kaum dalam
kalangan masyarakat Malaysia?

- Pada pandangan saya, amalan rumah terbuka dapat mengukuhkan
perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat Malaysia dengan mengenali
agama dan budaya berbagai kaum ni negara ini. Dengan ini, mereka akan
merayakan perayaan itu bersama-sama walaupun mereka berbeza latar
belakang, budaya dan juga agama. Amalan ini juga membolehkan setiap
kaum mengenali juadah kaum-kaum lain, memahami antara satu sama
lain selain didedahkan kepada adat resam dan pantang larang rakan-rakan
mereka sendiri.

2) Pada pandangan anda, apakah cara lain untuk
mengeratkan kemesraan masyarakat majmuk di Malaysia,
selain mengadakan rumah terbuka?

- Pada pandangan saya, cara lain untuk mengeratkan kemesraan
masyarakat majmuk di Malaysia selain mengadakan rumah terbuka
adalah dengan mengadakan sukan rakyat yang melibatkan semua kaum.

SOALAN TEMU RAMAH REISE | PAGE 5

NAMA : ALSON LOH
UMUR : 20 TAHUN
PEKERJAAN: PELAJAR






1) Pada pendapat anda, bagaimanakah amalan rumah
terbuka dapat mengukuhkan perpaduan kaum dalam
kalangan masyarakat Malaysia?

- Pada pendapat saya, seluruh rakyat negara Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaum memberi komitmen yang tinggi. Mereka menghadirkan diri
dan berhubung dengan satu sama lain dengan masyarakat yang terdiri
daripada pelbagai kaum. Interaksi antara kaum dalam majlis sebegini dapat
memperkasakan hubungan antara kaum di Malaysia.

2) Pada pandangan anda, apakah cara lain untuk
mengeratkan kemesraan masyarakat majmuk di Malaysia,
selain mengadakan rumah terbuka?

- Pada pandangan saya, cara lain ialah dengan mengadakan aktiviti hari
keluarga, hari sukan dalam komuniti setempat dan gotong-royong dalam
majlis perkawinan atau perayaan. Dengan cara ini dapat memupukkan lagi
erat masyarakat berbilang kaum antara satu sama lain.

SOALAN TEMU RAMAH

NAMA : VIKNESH A/L MATHESH
UMUR : 20 TAHUN
PEKERJAAN : PELAJAR






1) Pada pendapat anda, bagaimanakah amalan rumah
terbuka dapat mengukuhkan perpaduan kaum dalam
kalangan masyarakat Malaysia?

- Pada pendapat saya, acara rumah terbuka terutamanya sempena sambutan Hari
Raya Aidilfitri merupakan titik pertemuan bagi masyarakat majmuk di Malaysia
untuk mencapai erti perpaduan sebenar. Ini boleh merapatkan hubungan
pemimpin dengan rakyat, selain memantapkan perpaduan dan muhibah di
kalangan penduduk berbilang kaum. Melalui upacara sebegini, perpaduan kaum
dapat diperkukuhkan melalui budaya kunjung-mengunjung.

2) Pada pandangan anda, apakah cara lain untuk
mengeratkan kemesraan masyarakat majmuk di Malaysia,
selain mengadakan rumah terbuka?

- Pada pendapat saya, selain mengadakan rumah terbuka kita juga boleh
mengadakan kempen tentang budaya-budaya yang berada dalam Malaysia.
Oleh itu, kita dapat merapatkan silaturahim antara masyarakat majmuk di
Malaysia.

2022

GOTONG-ROYONG
MENYATUPADUKAN

MASYARAKAT

L Gotong royong adalah satu kegiatan yang
dilakukan oleh masyarakat secara
bekerjasama dan saling tolong menolong
dalam menyelesaikan pekerjaan secara
sukarela. Amalan ini juga merupakan satu amalan
yang membawa kebaikan kepada sesebuah
manyarakat. Amalan ini dapat mewujudkan dan
mengeratkan hubungan silaturahim diantara
kaum.

KEPENTINGAN BUDAYA TOLONG MENOLONG
GOTONG-ROYONG
KEPADA Malaysia adalah negara berbilang kaum. Gotong-
MASYARAKAT royong adalah salah satu cara yang efektif agar rakyat
Malaysia berinteraksi antara satu sama lain dan saling
tolong menolong tidak kira bangsa dan agama. Pada
zaman yang penuh dengan teknologi ini, rakyat
Malaysia menjadi semakin kurang berinteraksi antara
satu sama lain dan kurang bantu membantu antara
satu sama lain. Hal ini menjadi sangat
membimbangkan kerana ianya boleh menyebabkan
kurang persefahaman antara masyarakat. oleh itu,
aktiviti ini penting untuk menggalakkan interaksi antara
masyarakat.

MENGERATKAN HUBUNGAN SILATURAHIM

Gotong-royong juga mengajar masyarakat untuk saling
tolong-menolong antara satu sama lain. Sekiranya
amalan ini dipupuk dalam masyarakat, ianya akan
dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara
masyarakat sekeliling tidak kira bangsa dan agama.
Bak kata pepatah melayu, ‘Berat sama dipikul, ringan
sama dijinjing’. Pada masa yang sama, ia juga
merupakan suatu amalan yang mulia kerana gotong-
royong ini mampu memberi kebaikan kepada
masyarakat.

PUNCA-PUNCA GOTONG-ROYONG
SEMAKIN DILUPAKAN

PERKEMBANGAN TEKNOLOGI BUDAYA KAPITALISME

Teknologi masa kini telah menjadi salah Masyarakat kini dipengaruhi oleh budaya
satu punca amalan gotong-royong kapitalisme. Budaya ini mementingkan
semakin dilupakan. Manusia pada hari ini kebendaan, bayaran, dan ganjaran. Pada
terlihat lalai dengan teknologi mewah pandangan sesetengah individu, setiap
yang wujud pada zaman ini. Contohnya, pekerjaan haruslah diberi ganjaran. Nilai
telefon pintar. Mereka menjadi kurang ini jelas bertentangan dengan nilai
berinteraksi dengan orang sekeliling dan gotong-royong. Nilai gotong-royong
menyebabkan tahap perpaduan antara adalah menggalakkan seseorang
masyarakat semakin pudar. Hal ini terlihat berkorban masa dan tenaga dengan
jelas berlaku pada masa kini apabila rakyat tujuan membantu dan beramal.
kurang berinteraksi antara satu sama lain
dan lebih mementingkan telefon pintar
tanpa memikirkan hubungan silaturahim
antara masyarakat yang terlihat semakin
pudar dari hari ke hari.

LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN
ANTARA MASYARAKAT

01. AKTIVITI KEMASYARAKATAN

Dalam mengharungi arus
permodenan, usaha yang efisien harus
dilakukan untuk membentuk perpaduan
kaum di negara ini. Perpaduan ini dapat
dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan
yang memerlukan setiap kaum
mengambil bahagian dalam aktiviti yang
dijalankan. Cara ini dapat memupuk
semangat kerjasama dan saling
membantu antara satu sama lain dengan
menghapuskan sikap mementingkan diri
yang tertanam di dalam jiwa masyarakat
kini. Oleh itu, aktiviti kemasyarakatan ini
terlihat dapat menjadi wadah yang
terbaik bagi memupuk semangat
perpaduan yang perlu ada dalam diri
setiap rakyat seiring dengan hasrat
negara untuk mewujudkan masyarakat
yang Bersatu padu walaupun berlainan
bangsa dan agama.




02. MENGADAKAN KEMPEN YANG BERKESAN

Kerajaan harus mengambil beberapa inisiatif untuk menarik minat masyarakat
terhadap amalan gotong-royong. Antaranya adalah mengadakan kempen dengan
berkesan. Kempen ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan
gotong-royong serta menjadi rangsangan untuk melibatkan masyarakat dalam amalan
ini. Untuk memastikan kempen ini benar-benar Berjaya, peranan media elektronik
sangat penting. Media elektronik boleh menghebahkan kempen ini di dalam televisyen,
radio dan suratkhabar agar masyarakat terdedah dengan maklumat tersebut secara
meluas.

KESIMPULAN

Jelaslah bahawa aktiviti gotong-royong ini dapat
mengukuhkan lagi perpaduan yang dibina oleh masyarakat

berbilang kaum di negara kita. Jika aktiviti ini semakin
kerap dijalankan, maka tahap perpaduan akan semakin
meningkat. Dengan perpaduan yang lebih kukuh ini, ianya
dapat mewujudkan negara Malaysia yang harmoni dan

sejahtera



Di samping itu, aktiviti ini juga mampu menerapkan etika
alam sekitar dalam kalangan masyarakat di negara ini.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa gotong royong
dilihat mampu memberi kesedaran dan mengajar
masyarakat untuk lebih menghargai alam sekitar.



Oleh itu, semua pihak haruslah memainkan peranan untuk
mengekalkan budaya hidup bergotong royong ini dalam
kehidupan seharian manyarakat agar keharmonian dalam
masyarakat akan kekal utuh dan menjadi tunjang kepada
kemajuan negara pada masa kini.



ÉCHAPPER | 02

SOALAN TEMURAMAH

NAMA : SITI SYAMIMI BINTI AYOB
UMUR : 20 TAHUN
PEKERJAAN : PELAJAR

1. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk menggalakkan
amalan gotong-royong dalam kalangan masyarakat?



jawapan : Antara langkah yang dapat dilakukan adalah dengan mengadakan
kempen yang menggalakkan aktiviti gotong royong.

2. Pada pendapat anda, apakah manfaat aktiviti gotong-royong kepada
masyarakat?

jawapan : Antara manfaat aktiviti gotong royong adalah dapat melahirkan
masyarakat yang bersatu padu dan saling bekerjasama.

SOALAN TEMURAMAH

NAMA : SURENDRAN
UMUR : 20 TAHUN
PEKERJAAN : PELAJAR

1. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk menggalakkan
amalan gotong-royong dalam kalangan masyarakat?



jawapan : Pada pendapat saya, antara langkah yang dapat dilakukan adalah
mengadakan kempen kesedaran tentang kebaikan amalan gotong-
royong kepada masyarakat dan negara

2. Pada pendapat anda, apakah manfaat aktiviti gotong-royong kepada
masyarakat?

jawapan : antara manfaat aktiviti gotong royong adalah dapat mengeratkan
hubungan antara masyarakat.

SOALAN TEMU RAMAH

NAMA : CHONG SAU YONG
UMUR : 20 TAHUN
PEKERJAAN : PELAJAR

1. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk menggalakkan
amalan gotong-royong dalam kalangan masyarakat?



jawapan : Pada pendapat saya langkah-langkah untuk menggalakkan amalan
gotong-royong dalam kalangan masyarakat ialah meyebarkan flyer
atau poster mengenai gotong-royong kepada masyarakat, membuat
kempen cintai alam sekitar untuk meningkatkan semangat gotong-
royong mansyarakat dan juga menyebarkan info-info dan kebaikan
amalan bergotong-royong di media sosial untuk menarik perhatian
masyarakat

2. Pada pendapat anda, apakah manfaat aktiviti gotong-royong kepada
masyarakat?

jawapan : Pada pendapat saya,manfaat kativiti bergotong-royong kepada
masyarakat dapat tinggal dalam suasana yang bersih dan dihindari
daripada pelbagai jenis penyakit, masyarakat yang saling bergotong
royong juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama
lain.

Seni

Tenunan
Songket

Sejarah Tenunan

Songket

Songket, lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang diwarisi zaman berzaman. Kemahiran
dan kretiviti tukang tenun terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah
lagi menarik.Kedatangan pedagang-pedagang ke Tanah Melayu telah menggiatkan lagi
perkembangan tenunan tempatan.Tenunan songket mula berkembang dibeberepa negeri
terutama di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang.Di zaman
silam, motif dan warna yang terdapat pada tenunan songket melambangkan strata atau
kedudukan seseorang.Secara tradisi, songket ditenun dengan menggunakan benang sutera
halus dan benang emas serta dipakai oleh kerabat diraja Melayu dan golongan
Bangsawan.Kini, songket ditenun dengan benang kapas dan mula dipakai oleh golongan rakyat
biasa sebagai pakaian rasmi untuk majlis-majlis tertentu.Keanggunan kain songket, selain
dijadikan sebagai pakaian tradisi untuk mempermanis dan memperaga seni budaya, ia juga
turut diilhamkan pada pelbagai barangan dalam bentuk beg, bingkai gambar, hiasan dinding,
kusyen dan sebagainya.Tradisi menenun masih dapat dikekalkan tidak berubah sebagaimana
seratus tahun dahulu. Alat-alat tenuna atau kek, motif dan ragamhiasnya sera cara menenun
itu sendiri memperlihatkan keindahan dan kesempurnaan hasil ciptaan zaman silam yang
masih segar hingga ke hari ini.


Click to View FlipBook Version