The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sorfinaghani, 2022-05-18 12:05:42

EtikaPeradaban

EtikaPeradaban

Motif

Ragam hias masih dipertahankan terutama dalam aspek pembahagian dan
penempatan beberapa bentuk bahagian kain seperti kepala, kaki dan
badan kain.Penyusunan motif pula terbahagi kepada dua susunan bunga
penuh dan bunga tabur.Motif kain songket terdiri daripada dua unsur
penting iaitu unsur alam dan tumbuhan.Motif yang sering digunakan
meliputi bentuk bunga, daun atau pucuk dan bahagian tampuk buah-
buahan.Motif-motif reka corak yang menghiasi kain songket kebanyakannya
berasaskan bunga-bungaan.Dengan teknik menenun yang tersendiri,
kesemua bentuk motif terhasil dalam corak geometric.Motif-motif pada kain
songket disusun dengan susunan bunga penuh, bunga bertabur atau
susunan bercorak.Motif pucuk rebung dan lawi ayam sering ditempatkan
dikepala kain.Manakala motif 'awan larat' pula dijadikan sebagai kaki kain
(border design).

"Sehari Selembar Benang, Lama-lama

Menjadi Kain."

Bahan & Alat Tenun

Benang dan pewarna ialah bahannya. Alatnya pula
terdiri daripada kek tenunan, kek mengarat, rahak,
peleting buluh (bobbin), lidi daun kelapa, papan
gulung, anak kayu, dua belira, sikat dan jentera, jarum
culik, batang anak kayu, kayu karat, benang losen, lidi
nibung atau buluh, benang batang bunga songket,
darwin pakan, darwin benang emas, cuban, torak
pakan, torak benang emas dan sumbi.

Teknik & Proses



1. Melerai
Setelah benang dibersihkan dan dimasukkan ke
2. Menganing
dalam pencelup warna, ia dibilas dengan air dan
3. Menggulun
4. Menyampuk
dijemur hingga kering. Lapan proses lagi yang
5. Menghubung
terlibat sebelum sesuatu tenunan boleh
6. Mengarak
disiapkanialah melerai, menganing,
7. Menyolek
8. Menenun
menggulung,menyampuk, menghubung, mengarak,

menyolek dan menenun.

Keindahan Seni Batik Malaysia

Sejarah Batik

Sejarah Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15
Masihilagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa
dahulu,masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain
batiktelah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan
dinegara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dariIndonesia
dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula
bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu,sejenis batik yang
dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. DiMalaysia kebanyakan
kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.

Antara corak-corak yang selalu digunakan : Alatan digunakan untuk membuat batik :




• Corak berdiri  Blok penerap
• Corak Jalur  Campuran lilin
• Corak Melintang
• Corak Menyeluruh  Kain
• Corak Menyerong  Pencelup
• Corak Tompok-tompok  Sebuat meja
• Corak Ulangan Batu-bata
• Corak Ulangan Selang seli

Jenis - jenis Kain Batik .

Batik Blok

Kain putih akan diterapkan

dengan corak batik yang

menggunakan blok corak . Blok

corak diperbuat daripada kayu

atau logam . Proses ini dilakukan

berulang-ulang dengan mengikut

susunan yang tertentu

sehinggalah selesai . Dimana blok

itu telah dicelupkan terlebih

dahulu ke dalam pewarna

sebelum ditekapkan di atas kain

tersebut .

Batik Conteng

Alat canting digunakan bagi melakar
corak batik dengan lilin panas diatas kain
putih . Setelah kerja-kerja melakar selesai
, proses mewarna mengikut kesesuaian
corak dilakukan dengan menggunakan
berus cat , dimana bahagian-bahagian
yang terkena lilin itu tidak akan
meninggalkan kesan warna apabila
proses mematikan warna dilakukan . Lilin
akan cair dan tanggal menjadikan
bahagian-bahagian ini berwarna putih
sebagai benteng .

Batik Skrin

Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dbandingkan
dengan batik blok dan conteng . Hanya kaedah melakar
corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza .
Corak batik dibentuk di atas skrin yang diperbuat
daripada kain polyster yang berpengidang . Skrin
dilekapkan di atas kain putih , proses pewarnaan dengan
melakukan warna di atas corak tadi dengan
menggunakan sekuji . Cara begini akan diulang beberapa
kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan
corak batik yang lengkap . Ini disebabkan satu skrin
untuk saru warna sahaja .

Sulaman


Kebaya


Nyonya

Kebaya nyonya amat sinonim

dengan mereka yang


berketurunan baba nyonya. Ia

terkenal terutamanya di Melaka,

Penang dan Singapura. Kebaya


nyonya ini mempunyai nilai

estetika yang tersendiri. Ciri yang

nyata pada sulam baba nyonya ini


dapat dilihat pada kebanyakan

motifnya yang mengandungi

campuran motif fauna dan flora


dalam satu-satu rekaan.
Warna yang digunakan pula

adalah berwarna warni. Jika


sulaman kerawang yang

dihasilkan oleh masyarakat lain,


biasanya warna yang akan

digunakan adalah dari 1 hingga 3

jenis warna benang sulam sahaja

sebagai tona untuk mencantikkan


sulaman tersebut supaya lebih

menarik.

Namun, sulaman yang dihasilkan

berkonsepkan sulam baba nyonya


ini biasanya dibuat sepertimana

sebuah lukisan, yang dipotret

dengan warna-warna yang


pelbagai. Itulah yang menjadikan

ciri-ciri keunikana sulaman baba


nyonya ini.

jenis - jenis Kebaya
Di Malaysia

Kebaya Nyonya Baju Belah Kebaya Panjang

Kebaya Songket Kebaya Riau Pahang

Asal Usul Kebaya

Kebaya dulu hanya dikenakan golongan keluarga pemerintah di Pulau Jawa
sebelum 1600. Sepanjang zaman penjajahan Belanda di kepulauan itu,
wanita Eropah mula mengenakan kebaya sebagai pakaian rasmi.Pakaian
tradisional ini banyak digayakan wanita Malaysia dan Indonesia. Ia
diperbuat daripada kain kasa yang dipadankan dengan kain sarung, batik
atau pakaian tradisional lain seperti songket dengan motif warna-warni.Ia
dipercayai berasal dari negara Arab. Orang Arab membawa baju kebaya
(bahasa Arab adalah abaya) ke Nusantara sejak ratusan tahun yang lalu.
Kemudian ia mula dikenali hingga ke Melaka, Jawa, Bali, Sumatera, dan
Sulawesi.

Kesimpulan



Kesimpulannya , mutiara berharga seperti seni batik yang menjadi identiti

bangsa dan warisan tradisi ini wajar dikekalkan supaya tak lekang dek
panas , tak lapuk dek hujan . Pada masa hadapan , generasi muda


berbangga akan budaya tempatan yang dikekalkan untuk sekian lamanya

. Sudah sampai masanya industri batik tempatan yang diusahakan secara


turun temurun ini beralih kepada industri berdaya bersaing dan

menampilkan kewibawaan bangsa . Semoga warisan tradisi khazanah

bangsa terpelihara agar keindahan yang terpancar melaluinya tidak terus

dilupakan oleh generasi yang akan datang dan dihormati di peringkat


antarabangsa.

2022

SOALAN TEMU RAMAH

1. Pada pendapat anda , bagaimanakah cara
untuk mengekalkan warisan seni batik
dalam kalangan remaja pada masa kini ?

Pada pendapat saya , caranya adalah dengan
membuat pelbagai corak batik yang menarik
dan terkini supaya para remaja tertarik dengan
batik .

2. Pada pendapat anda , bagaimanakah untuk
menarik minat warga Malaysia dengan
warisan seni batik ?

NAMA : SARAH QADIJA BINTI MOHAMAD
Pada pendapat saya , kraf tangan Malaysia perlu
SHARIFUDDIN mengadakan kempen untuk membuat pemeran
dan cara membuat batik supaya dapat menarik
UMUR : 20 TAHUN minat warga Malaysia dan dapat membeli batik
PEKERJAAN : BELAJAR Malaysia.

2022

SOALAN TEMU RAMAH

1. Pada pendapat anda , bagaimanakah cara
untuk mengekalkan warisan seni batik
dalam kalangan remaja pada masa kini ?

Pada pendapat Saya cara untuk mengekalkan
warisan seni batik dalam kalangan remaja
Adalah dgn mengadakan kempen.

2. Pada pendapat anda , bagaimanakah untuk
menarik minat warga Malaysia dengan
warisan seni batik ?
Mengiklankan tentang seni batik di media masa.

NAMA : GHUNAL MANIMARAN
UMUR : 20 TAHUN

PEKERJAAN : BELAJAR

2022

SOALAN TEMU RAMAH

1. Pada pendapat anda , bagaimanakah cara
untuk mengekalkan warisan seni batik
dalam kalangan remaja pada masa kini ?

Pada pendapat saya , ibu bapa perlu
membawa anak – anak ke tempat seni batik
supaya mereka kenal batik di Malaysia.

2. Pada pendapat anda , bagaimanakah untuk
menarik minat warga Malaysia dengan
warisan seni batik ?

Pada pendapat saya , cara menarik minat
warga Malaysia dengan cara membuat iklan di
media sosial seperti tiktok dengan menarik.

NAMA : CHAN JUAN
UMUR : 20 TAHUN
PEKERJAAN : BELAJAR

DISEDIAKAN OLEH

KETUA EDITOR
NAMA : HUSNA SYAHIRA BINTI RASHIDAN

NO MATRIK : 18DDT20F2013
KELAS : DDT3B

NAMA : NURSORFINA BINTI ABD GHANI
NO MATRIK : 18DDT20F2002
KELAS : DDT3B

NAMA : ANIS AMRINA BINTI ZAKARIA
NO MATRIK : 18DDT20F2004
KELAS : DDT3B

NAMA : SITI NUR ‘AINAA’ BINTI MOHAMAD
NO MATRIK : 18DDT20F2015
KELAS : DDT3B



NAMA : NUR AQILAH BINTI SYDEE

NO MATRIK : 18DDT20F2027
KELAS : DDT3B

NAMA : NUR SYAZA BINTI JAMALUDDIN
NO MATRIK : 18DDT20F2035
KELAS : DDT3B

SUMBER RUJUKAN

https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2021/08/738654/pencapaian-azreen-
cetus-semangat-kem-olahraga

https://berita.mediacorp.sg/gaya-hidup/songket-tenunan-asli-melayu-
dapatkah-ia-terus-hidup-28696

https://malaysia.images.search.yahoo.com/search/images;_ylt=AwrxzsvIDH
1iGjUA1A7jPwx.;_ylu=Y29sbwNzZzMEcG9zAzEEdnRpZAMEc2VjA3BpdnM-?
p=baju+kurung&fr2=piv-web&type=E210MY885G91645&fr=mcafee-malaysia

http://zaan100.blogspot.com/

https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/07/70147/budaya-
unik-rumah-terbuka-wajar-diteruskan

http://koleksicikguharlina.blogspot.com/2018/03/kepentingan-amalan-
rumah-terbuka.html

https://says.com/my/seismik/sejarah-badminton-malaysia-yang-
orang-malaysia-perlu-tahu

GALERI

GALERI

GALERI

GALERI

GALERI


Click to View FlipBook Version