BAHASA MELAYU
MODUL TATABAHASA
PEDAGOGI :
PEMBENTUKAN
BAHAKSAATA MELAYU
SEMESTER 2 SESI 2021/2022
NAMA KURSUS: BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
TAJUK TUGASAN:
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI PEMBENTUKAN KATA:
Kata Tunggal, Kata Terbitan, Kata Majmuk dan Kata Ganda
KUMPULAN KULIAH: KUMPULAN D
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO. MATRIK PROGRAM PENGAJIAN
ROWENNA EMPINA ANAK D20201093050 ISMP KESUSASTERAAN MELAYU
MAWAT
NURUL AMIYANA BINTI D20201093055 ISMP KESUSASTERAAN MELAYU
BASSAR
NURSHAZIDA BINTI ALBANYA D20201093076 ISMP KESUSASTERAAN MELAYU
MUHAMMAD AMIRUL HAKIM BIN D20201093079 ISMP KESUSASTERAAN MELAYU
OTHMAN
NOR SYAHIERA BINTI JAMAL D20201094268 ISMP SEJARAH
NAMA PENSYARAH: ENCIK MOHD. RA’IN BIN SHAARI
TARIKH SERAHAN: 07/06/2022
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
ISI KANDUNGAN
Bil. Isi kandungan Muka surat
1.0 Pendahuluan 1
1.1 Tatabahasa Pedagogi 2-6
2.0 Konsep Ilmu Morfologi 7-59
2.1 Struktur Kata
2.2 Bentuk Kata 50-65
2.3 Penggolongan Kata 66-69
3.0 Dapatan Kajian 70
3.1 Definisi Pembentukan Kata
3.2 Kata Tunggal
● Latihan Peneguhan Kata Tunggal
3.3 Kata Terbitan
● Latihan Peneguhan Kata Terbitan
3.4 Kata Ganda
● Latihan Peneguhan Kata Ganda
3.5 Kata Majmuk
● Latihan Peneguhan Kata Majmuk
4.0 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdPc) untuk Murid
berdasarkan Pembentukan Kata menggunakan aplikasi digital.
4.1 Padlet
4.2 Telegram
4.3 Tiktok
4.4 Blendspace
4.5 Genially
5.0 Latih Tubi Pembentukan Kata
6.0 Kesimpulan
Rujukan
Lampiran
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
1.0 Pendahuluan
Komponen didefinisikan sebagai bahagian yang menjadikan sesuatu seperti enjin, pesawat, alat
dan lain-lain yang lengkap atau sempurna atau yang menjadi bahagian daripada sesuatu yang lebih
besar. Tatabahasa pula bermaksud pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan perkataan dan
proses pembinaan ayat serta penyusunan kata dalam ayat (Kamus Dewan Edisi Keempat).
Di dalam bahasa Melayu, terdapat elemen atau komponen yang melengkapkan bahasa itu.
Antara elemen yang terdapat dalam sesuatu bahasa, contohnya bahasa Melayu ialah fonologi,
morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik. Kesemua komponen ini telah menjadi satu bahan
pengajaran bagi memudahkan para pelajar khususnya penuntut universiti untuk lebih memahami
dan mendalami tentang bahasa Melayu.
Perkataan morfologi dipinjam dari bahasa Inggeris iaitu morphology yang terbentuk dari
perkataan morph, o dan logy. Morph disini bermaksud bentuk, manakala logy pula bermaksud
pengetahuan atau ilmu. Morfologi juga adalah kajian terhadap asas-asas pembentukan suatu kata
dengan mengenalpasti susunan unit-unit kata secara struktur, bagaimana unit-unit kata bercantum
hingga wujudnya struktur kata yang diucapkan merupakan elemen penting dalam apa jua kajian
bahasa. Dalam kajian ini, kami akan membahaskan tentang morfologi sebagai salah satu
komponen tatabahasa. Jadi mari kita lihat apakah yang dimaksudkan dengan morfologi secara
ringkas. Jadi disini dapat diringkaskan bahasa morfologi bermaksud kajian tentang bentuk kata
yang mengkaji struktur, bentuk dan pengolongan kata. Dalam kajian ini, kami akan membahaskan
tentang Modul Tatabahasa Pedagogi: Pembentukan Kata.
1
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
1.1 Tatabahasa Pedagogi
Tatabahasa ialah bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses
pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang
jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan dibina oleh
gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna, digabungkan menjadi suku
kata dan perkataan. Pedagogi pula ialah kajian mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam
pendidikan formal. Dari segi etimologinya, perkataan pedagogi datangnya daripada bahasa Yunani
paidagogos yang bermaksud hamba yang menghantar dan mengambil budak-budak pergi balik
dari sekolah. Tatabahasa pedagogi adalah tatabahasa yang digunakan untuk pengajaran dan
pembelajaran bahasa. Ia berbeza daripada tatabahasa pegangan. Tatabahasa pedagogi bukan sahaja
mengandungi huraian rumus-rumus tatabahasa dan contoh, tetapi juga latihan-latihan bagi
mengajarkan dan mempelajari bahasa. Tatabahasa pedagogi adalah untuk pengajaran dan
pembelajaran dan mesti dipunyai oleh semua murid, pelajar, guru dan pensyarah.
2.0 Konsep Ilmu Morfologi
Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan ilmu morfologi? Pernahkah anda mendengar
istilah morfologi? Mungkin ramai di antara kita yang belum memahami konsep ilmu ini, tetapi
sedarkah kita bahawa kita sentiasa menggunakan morfologi untuk bertutur, menulis, membaca
atau untuk menyatakan perasaan kita. Jika anda masih kabur tentang ilmu morfologi, marilah kita
meneliti beberapa definisi yang telah diberikan oleh beberapa tokoh bahasa.
a) Asmah Hj Omar (1993), menyatakan morfologi sebagai peninjauan linguistik
yang menitikberatkan hubungan antara morfem-morfem dan varian morfem.
b) Abdullah Hassan (2005), mentakrifkan morfologi sebagai bidang linguistik yang
mengkaji bagaimana perkataan dibina. Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang
2
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk- bentuk perkataan
yang dihasilkan.
c) John T. Jensen (1995), mendefinisikan morfologi sebagai kajian tentang struktur
dalaman perkataan.
d) Kamus Linguistik (1997), menjelaskan morfologi ialah cabang tatabahasa yang
mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata.
e) Nik Safiah Karim et al. (2008), menjelaskan morfologi sebagai bidang ilmu bahasa
yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.
Berdasarkan pendapat tokoh-tokoh di atas, ilmu morfologi ialah ilmu yang mengkaji struktur,
bentuk dan golongan kata. Pengkajian struktur, bentuk dan golongan kata adalah seperti berikut:
MORFOLOGI
Struktur kata Bentuk kata Golongan kata
- membesar (struktur - Jalan (bentuk - Sedih (golongan kata
betul) tunggal) adjektif)
- besarmem (struktur - Berjalan (bentuk - Menyedihkan
salah) terbitan) (golongan kata kerja)
Rajah 1: Konsep Morfologi
Sebelum kita mempelajari ilmu morfologi dengan lebih mendalam, marilah kita meneliti terlebih
dahulu beberapa konsep penting yang terdapat dalam ilmu morfologi ini. Dengan memahami
3
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
beberapa konsep penting ini, ia akan memudahkan kita memahami ilmu morfologi dengan lebih
mudah lagi. Berikut akan dijelaskan beberapa konsep utama dalam ilmu morfologi iaitu;
2.1 Struktur Kata
Struktur kata ialah susunan bunyi ujaran atau tulisan yang menjadi unit bahasa yang
bermakna. Perhatikan contoh di bawah:
Contoh:-
pekerjaan ( struktur betul )
ankerjape (struktur salah )
berasaskan ( struktur betul )
kanasasber (struktur salah )
Berdasarkan contoh di atas, kata pekerjaan adalah bunyi ujaran atau ejaan yang
berada dalam susunan atau struktur yang betul. Manakala, ejaan ankerjape merupakan
struktur yang salah dan tidak bermakna.
2.2 Bentuk Kata
Bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau mengalami proses
pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan.
4
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
Contoh:-
baik (bentuk kata tunggal)
berbaik (bentuk kata terbitan)
Baik-baik (bentuk gandaan)
Baik hati (bentuk majmuk)
Berdasarkan contoh di atas, kata jalan tidak mengalami apa-apa perubahan dan
bentuk yang tidak mengalami apa-apa perubahan ini dinamakan sebagai bentuk tunggal.
Kata berjalan merupakan bentuk kata yang telah menerima imbuhan iaitu imbuhan ber-.
Oleh itu, kata yang menerima apa-apa imbuhan dinamakan sebagai bentuk terbitan.
Seterusnya, bentuk jalan-jalan adalah bentuk gandaan iaitu kata dasar digandakan bagi
menunjukkan perubahan makna. Akhir sekali, kata jalan mati adalah gabungan dua kata
iaitu jalan dan mati yang membawa satu makna yang baharu. Bentuk dua kata yang hadir
serentak seperti jalan mati dinamakan sebagai bentuk majmuk.
5
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
2.3 Penggolongan Kata
Penggolongan kata merupakan penjenisan kata berasaskan fungsi tatabahasa. Tahukah
anda bahawa dalam sesuatu bahasa itu terdapat beribu malahan jutaan kata. Semua kata
tersebut perlulah dikelompokkan atau digolongkan dalam kategori tertentu. Dalam bahasa
Melayu, terdapat empat golongan kata iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata
tugas.
Contoh:-
Kata nama Bulan, Sarah, sekolah
Kata kerja Menari, menyanyi, bersalam
Kata adjektif Suka, marah, benci
Kata tugas di, akan, sangat
Berdasarkan contoh di atas, perkataan bumi, Ahmad, sekolah adalah merujuk kepada
nama-nama benda dan ke semua kata tersebut digolongkan sebagai kata nama. Perkataan
tulis, menyanyi, bersalam merupakan kata yang merujuk kepada perbuatan dan kesemua
perkataan tersebut digolongkan sebagai kata kerja. Seterusnya, kata cinta, marah, benci
adalah kata yang merujuk kepada sifat. Oleh itu, kata tersebut digolongkan sebagai kata
adjektif. Akhirnya ialah kata tugas iaitu kata yang berfungsi dalam ayat seperti di sekolah,
akan hadir dan sangat pandai.
6
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
3.0 Dapatan Kajian
Berikut merupakan dapatan kajian yang diperolehi oleh pengkaji terhadap pembentukan kata.
3.1 Definisi Pembentukan Kata
Definisi pembentukan kata adalah tentang beberapa cara bagi menghasilkan perkataan
dalam bahasa Melayu. Pada dasarnya, perkataan bahasa Melayu terhasil melalui empat proses iaitu
proses tunggal (kata tunggal), proses pengimbuhan (kata terbitan), proses pemajmukan (kata
majmuk, dan proses penggandaan (kata ganda).
Rajah: Pembentukan Kata Bahasa Melayu
Berdasarkan rajah di atas, perkataan bahasa Melayu boleh dihasilkan menggunakan empat
proses pembentukan kata. Setiap proses akan menghasilkan kata yang berbeza. Sebahagian besar
perkataan bahasa Melayu terhasil melalui proses terbitan iaitu kata dasar menerima imbuhan bagi
membezakan makna kata.
Menurut Nik Safiah Karim et.al (2008), bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa
aglutinatif atau bahasa yang bersifat derivatif. Jenis bahasa yang sedemikian membentuk
kebanyakan perkataannya melalui proses pengimbuhan atau penggabungan morfem kata dasar
dengan morfem imbuhan secara rentetan mendatar, iaitu imbuhan digabungkan serentak dengan
kata dasar, sama ada mendahului (awalan), menyisip (sisipan) atau mengikuti (akhiran) kata dasar
tersebut.
Selain itu, penghasilan perkataan bukan sahaja menggunakan proses pengimbuhan, ianya
juga boleh terhasil melalui proses pemajmukan dan penggadaan. Melalui proses pemajmukan,
makna-makna baharu dapat dihasilkan khususnya bagi menjelaskan sesuatu konsep. Sebagai
7
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
contoh, dua kata iaitu meja dan makan dapat menghasilkan satu konsep baharu iaitu meja makan.
Melalui proses penggandaan pula, makna jamak atau banyak dapat dihasilkan bagi suatu
perkataan.
3.2 Kata Tunggal
Kata tunggal ialah bentuk kata yang berdiri sendiri tanpa menerima sebarang imbuhan atau tidak
mengalami proses penggadaan atau pemajmukan. Menurut Tatabahasa Dewan, terdapat sekurang-
kurangnya dua jenis kata tunggal, iaitu kata tunggal yang mengandungi dua suku kata atau lebih.
Jika dilihat dari segi penyukuan kata, perkataan boleh mengandungi satu suku kata atau beberapa
suku kata. Sesuatu suku kata boleh terdiri daripada satu vokal (V) sahaja, satu vokal disertai satu
konsonan (K), atau satu vokal dengan beberapa konsonan. Konsonan-konsonan itu hadir
dihadapan atau di belakang vokal atau serentak dihadapan dan dibelakang. Terdapat juga konsonan
yang boleh hadir secara bergugus (KK)
Dalam bahasa Melayu, proses pembentukan kata tunggal boleh dilihat melalui pola vokal
dan konsonan dalam sesuatu kata. Pembentukan kata tunggal terhasil melalui gabungan vokal dan
konsonan yang akan dijelaskan seperti berikut :
Pola-pola yang mengandungi gugus konsonan (KK) juga terdapat dalam bahasa Melayu
yang merupakan satu gejala baru akibat proses pengambilan perkataan daripada bahasa-bahasa
asing. Pola-pola gabungan konsonan – vokal satu suku kata dalam bahasa Melayu adalah seperti
yang berikut.
a) Kata Tunggal Satu Suku Kata
KV (Ya, Yu)
VK (am)
KVK (tin, sen)
KKVK (gred, graf)
KVKK (bank, golf)
KKKV (skru)
KKKVK skrip)
8
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
Contoh ayat yang menggunakan perkataan kata tunggal satu suku kata menurut KORPUS:
Longgarkan skru kepingan penutup suis dan jauhkannya kira-kira 12 milimeter dari
dinding.
b) Kata Tunggal Dua Suku Kata
→ V + KV ( ini, apa)
→ V + VK (air, aur)
→ V + KVK (alas,ulat)
→ VK + KV (asli, anda)
→ VK + KVK (indah, umbut)
→ KV + V (dia, doa)
Contoh ayat yang menggunakan perkataan kata tunggal dua suku kata menurut KORPUS:
Semuanya indah, perkahwinan yang bahagia dengan tiga anak, memiliki rumah di pinggir
bandar Houston, dia dan suaminya menikmati hari-hari persaraan mereka dengan riang.
c) Kata Tunggal Tiga Suku Kata
i. KV + V KV (suara tiada)
ii. KV + V + KVK (kaedah ziarah)
iii. V + KV + V (idea usia)
iv. KV + KV + V (peria petai)
v. KVK + KV + V (pantai santai)
vi. KV + KV + VK (kelaur seluar)
vii. KVK + KV + VK (berlian tempias)
viii. V + KV + KV (usaha azali)
ix. V + KV + KVK (alamat azimat)
x. VK + KV + KV (asmara antara)
Contoh ayat yang menggunakan perkataan kata tunggal tiga suku kata menurut KORPUS:
9
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
Azimat terbahagi kepada berbagai-bagai jenis dan bentuk, ada yang mengandungi
kalimah-kalimah suci Al-Quran atau bentuk objek seperti tulang, kulit, kayu, serpihan besi
pejal dan pelbagai bentuk lagi.
d) Kata Tunggal Empat Suku Kata
KVK + KV + VK + KV (biduanda, keluarga)
KV + KVK + KV +KV (bijaksana, peristiwa)
KVK + KV + KV + KV (bendahari, sandiwara)
KVK + KV + V + KV (sentiasa)
KV + KV + KV + KV (samudera, selesema)
KV + KV + KV + KVK (muzakarah, kapitalis)
KVK + KV + KV + KVK (sentimeter)
KVK + KVK + KV +KV (singgahsana)
KV + KV + V + KVK (nasional, mesyuarat)
V + KV + KVK + KV + KV (universiti)
Contoh ayat yang menggunakan perkataan kata tunggal empat suku kata menurut KORPUS:
Keadaan bertambah teruk sehingga jualan kasar tahunan 1999 hanya mencatat kira-kira
RM10 juta saja dan ahli Lembaga Pengarah dalam mesyuarat bulanannya pada 14 Februari
bersetuju menutup Kopasar.
10
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
Aktiviti (Kata Tunggal)
Teka Silang Kata
1. Guru akan mengedarkan kertas yang mengandungi soalan teka silang kata kepada setiap
pelajar. Pelajar juga boleh mendapatkan soalan tersebut melalui QR Code yang telah
disediakan.
2. Pelajar diberi masa 15 minit untuk mencari kata tunggal dua suku kata dalam kertas soalan
teka silang tersebut.
3. Pelajar yang menjumpai dahulu kesemua jawapan dalam soalan teka silang kata tersebut
perlu menyebut kesemua jawapannya.
QR CODE UNTUK SOALAN KATA TUNGGAL
11
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
3.2.1 Latihan Peneguhan Kata Tunggal
1. Berdasarkan perkataan di bawah yang manakah merupakan kata tunggal satu suku kata?
A. Lelaki
B. Zink
C. Melayu
D. Menyanyi
2. Berikut merupakan kata tunggal satu suku kata.
I. Skrip
II. Kucing
III. Dram
IV. Almari
A. I Dan Ii
B. Ii Dan Iii
C. I Dan Iii
D. Iii Dan Iv
3.Berikan contoh perkataan kata tunggal satu suku kata bagi binaan pola suku kata
dibawah.
Pola Perkataan
I. KVK = __________
II. KVKK = __________
III. KKKV = __________
IV. KKKVK = __________
V. KV = __________
12
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
4.Berdasarkan petikan di bawah, yang manakah pola suku kata KVK dan KKVK?
A. Brek,Bank,Yu
B. Golf,Ya,Am
C. Bin,Brek,Draf
D. Bin,Brek,Straw
5. Cari kata yang mempunyai bina pola seperti berikut:
i. V + KV =_____________ vi. KV + V =______________
ii. V + VK =_____________ vii. KV + VK =______________
iii. V + KVK = _____________ viii. KV + KV =______________
iv. VK + KV =_____________ ix. KV + KVK =______________
v. VK + KVK =_____________ x. KVK + KV =______________
6. Berdasarkan pola suku kata yang disenaraikan dibawah, pilih kata yang sesuai dengan pola
kata tersebut.
KV+KVK+KVK
KV+KV+KVK
I. Mengganggu, Selepas
II. Bangun, Sahur
III. Binatang, Riwayat
IV. Gelombang, Gelanggang.
A. II & III
B. I & II
C. III & IV
D. I & III
13
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
7. UREA
Berdasarkan petikan di atas, yang manakah pola suku kata yang sesuai dengan kata di atas?
A. VK+KV+VK
B. V+KV+V
C. KV+KV+V
D. KV+V+KVK
8. Bina pola kata berikut:
i. Sederhana = ________________
ii. Bijaksana = ________________
iii. Sandiwara = ________________
iv. Sejahtera = ________________
v. Masyarakat = ________________
9. Cari kata yang mempunyai bina pola seperti berikut:
i. KV + KVK + KV +KV =__________________
ii. KVK + KV + KV +KV =__________________
iii. KVK + KV +V + KV =__________________
iv. KV + KV + KV +KV =__________________
v. KV + KV +KV +KVK =_________________
10. Nyatakan maksud akronim di bawah: 14
i. ADUN =_________________
ii. Perkeso =________________
iii. Cerpen =________________
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
3.3 Kata Terbitan
Menurut Abdullah Hassan (2007), menyatakan bahawa kata terbitan sebagai pengimbuhan di
mana ianya proses membentuk perkataan. Justeru itu, Nik Safiah Karim et.al (2008) turut
menerangkan bahawa kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses
pengimbuhan iaitu proses menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Proses pengimbuhan ini
melahirkan perkataan yang disebut sebagai kata terbitan manakala kata dasar ialah perkataan major
yang menerima imbuhan.. Proses imbuhan ini terdiri daripada morfem terikat sementara kata dasar
adalah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan tetapi hanya segelintir kata dasar
sahaja merupakan morfem terikat yang disebut akar.
Imbuhan pula ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir atau berdiri sendiri dalam ayat.
Hal ini kerana, bentuk morfem harus ditambahkan pada bentuk lain yang merupakan kata dasar.
Kata terbitan terdiri daripada kata dasar yang menerima imbuhan seperti berikut:
15
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
3.3.1 Imbuhan Awalan
Imbuhan awalan ialah imbuhan yang diletakkan di hadapan kata dasar. Imbuhan awalan dapat
dihasilkan bersama-sama kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan seperti
berikut:
Awalan
Kata Kerja
Awalan Awalan
Kata Nama Kata
Adjektif
Imbuhan
Awalan
a) Imbuhan Awalan Kata Nama
Awalan kata nama ialah awalan yang apabila bergabung dengan kata dasar akan membentuk kata
nama.
Bil. Imbuhan Awalan Contoh Perkataan
1. Pe- (penyapu, penulis)
2. Pem- (pemberi, pembuat)
3. Pen- (penderma, pendamai)
4. Peng- (pengguna, penggubal)
5. Penge- (pengecat, pengelap)
6. Pel- (pelajar, pelbagai)
7. Per- (pertapa, perasap)
8. Pe- (pesakit, petani)
9. Ke- (ketua, kelepek)
16
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
10. Juru- PEMBENTUKAN KATA
11. Maha-
12. Pra- (jurutera, juruwang)
13. Sub- (mahasiswa, maharaja)
14. Supra- (prasekolah, prasangka)
15. Eka- (subkelas, subsistem)
16. Dwi- (suprakelas, supranasional)
17. Tata- (ekabahasa, ekawarna)
(dwibahasa, dwifungsi)
(tatabahasa, tatanegara)
Contoh penggunaan imbuhan awalan kata nama dalam ayat:
pe + nulis = penulis
Julfekar menyanyikan lagu Hilang yang dipetik daripada albumnya berjudul Galau sambil
memetik gitar manakala anak saudaranya dan juga Juara Bintang RTM 2001 mendendangkan
sebuah lagu (judulnya tidak jelas) dan kekuatan vokalnya mengingatkan penulis kepada
penyanyi Indonesia, Emilia Contessa, yang terkenal dengan lagu Mimpi Sedih pada 1970-an.
pem + beri = pemberi
Jika ganjaran RM400,000 ditawarkan kepada pemberi maklumat sehingga tertangkapnya Dr
Azahari Husin dan Nordin Mohd Top sememangnya sukar ditunaikan kerana kelicikan mereka
berdua, maka ganjaran RM40,000 hanya untuk mengecam mereka yang sudah mati sepatutnya
dianggap satu perkara mudah.
17
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
pen + derma = penderma
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman berkata
kekurangan penderma buah pinggang di Malaysia memaksa ramai penghidap tenat penyakit
buah pinggang iaitu mereka yang berada di Peringkat Akhir Kegagalan Buah Pinggang (ESRD)
beralih kepada rawatan haemodialisis yang mahal.
juru + tera = jurutera
Beliau berkata pada kebiasaannya, pemeriksaan ke atas helikopter itu dijalankan
oleh jurutera yang bertauliah dengan mengikut beberapa proses pemeriksaan, umpamanya
mengikut jarak masa penerbangan yang tertentu.
dwi + fungsi = dwifungsi
Kefahaman yang jelas mengenai perkara ini dapat dicapai jika manusia memahami sebab
kewujudan manusia itu sendiri, iaitu untuk melaksanakan dwifungsi yang suci, iaitu sebagai
hamba Allah dan khalifah.
18
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
tata + negara = tatanegara
Ahli perniagaan, Roselan Mat Darus; Bendahari Umno Bahagian Bukit Katil, Saat Abu;
Pengarah Biro Tatanegara Perak, Sabudin Hasan; Bendahari Agung MAYC, Sheikh Badar
Sheikh Embong; Adun Tenang, Sulaiman Taha; Pendaftar UKM, Taip Abu; ahli perniagaan,
Tan Cheng Yam; Juruperunding Institut Jantung Negara (IJN), Dr Valliappa Kathiresan a/l
Valeeappan.
b) Imbuhan Awalan Kata Kerja
Awalan kata kerja ialah awalan yang apabila bergabung dengan kata dasar akan membentuk kata
kerja.
Bil. Imbuhan Awalan Contoh Perkataan
1. Me- (melawan, merasa)
2. Mem- (memfitnah, membawa)
3. Men- (mendaki, mendakwa)
4. Meng- (mengajar, menggali)
5. Menge- (mengecat, mengekod)
6. Memper- (memperisteri, memperhamba)
7. Ber- (berjalan, berlari)
8. Be- (beraja, berasa)
9. Bel- (belajar, belunjur)
10. Ter- (terbentuk, terjebak)
11. Di- (disusun, diatur)
12. Diper- (diperisteri, dipercepat)
19
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
Contoh penggunaan imbuhan awalan kata kerja dalam ayat:
me + lawan = melawan
Sebenarnya gejala samseng yang membawa kepada pembunuhan adalah merupakan
kemuncaknya, kerana gejala ini adalah dicerminkan oleh pelbagai tingkah laku buruk pelajar
seperti melawan guru, membelasah guru, berpakaian tidak sopan yang melambangkan
keangkuhan, berani mengacau pelajar lain di hadapan guru, selalu bergaduh dan berani
melawan bahkan mencabar peraturan atau disiplin sekolah.
mem + fitnah = memfitnah
Pada 10 Mei lalu, Mohd Saari mengeluarkan perintah sementara bagi menghalang Ruslan atau
wakilnya daripada terus memfitnah Megat Junid berhubung dakwaan beliau mempunyai
simpanan dalam bank di Israel sebanyak RM45 juta, sejak 1980.
memper + isteri = memperisteri
Tak sangka juga setelah dikaitkan dengan beberapa nama VVIP termasuk kerabat diraja,
akhirnya Datuk Azmi yang memang dashing juga orangnya berjaya memperisteri Mala yang
pernah mendapat jolokan Wanita Melayu Tercantik.
20
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
ter + bentuk = terbentuk
Proses pembentukan masyarakat Islam yang melalui pelbagai tahap ini
sehingga terbentuk sebuah kesatuan ummah dan seterusnya tertubuh sebuah negara dan
empayar yang menguasai dunia adalah berdasar kepada Islam kerana Rasulullah mengikat
penyatuan semua itu dengan akidah tauhid.
c) Imbuhan Awalan Kata Adjektif
Awalan kata adjektif ialah awalan yang apabila bergabung dengan kata dasar akan membentuk
kata adjektif.
Bil. Imbuhan Awalan Contoh Perkataan
1. Ter- (terbesar, terputih)
2. Te- (teruncing, terendah)
3. Se- (setebal, secantik)
Contoh penggunaan imbuhan awalan kata adjektif dalam ayat:
ter + besar = terbesar
Malaysia juga adalah rakan perdagangan ke-12 terbesar Amerika dan pasaran eksport ke-
17 terbesar dengan perdagangan Amerika-Malaysia melampaui perdagangan Amerika
bersama India, Indonesia dan Russia disatukan.
21
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
te + rendah = terendah
Dari segi tinjauan teknikal pula didapati, saham berkaitan perjudian dan perladangan
menikmati keuntungan minggu lalu daripada belian tempatan dalam dagangan singkat dua hari
sempena cuti Deepavali dan Aidilfitri melonjakkan Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI)
daripada paras terendah tiga bulan.
se + tebal = setebal
Pada keseluruhannya, buku setebal 170 halaman ini memaparkan kisah sejarah awal
pembukaan daerah Larut yang menjadi fokus utama termasuk perspektif sejarah daerah Kerian,
Matang dan Selama.
AKTIVITI:
Link video bagi mengenali kata imbuhan awalan yang terdapat dalam lagu Warisan.
https://youtu.be/NIq6sfctJRg
22
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
LATIHAN:
Arahan: Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
1. Kereta itu _______ dengan perlahan kerana muatannya yang banyak.
A. bergerak
B. tergerak
C. digerak
D. pergerakan
2. ______ yang terkenal itu mengacarakan majlis perkahwinan dengan baik sekali.
A. Juruwang
B. Juruheboh
C. Jurucara
D. Wawacara
3. Syahiera sedang ________ bola jaring di gelangang.
A. memainkan
B. bermain
C. termain
D. Dimain
4. Rowenna telah _______ sebagai ketua pasukan bola keranjang di sekolah.
A. terlantik 23
B. melantik
C. dilantik
D. Memperlantikan
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
5. Pilih ayat-ayat menggunakan perkataan yang bergaris dengan betul.
i. Pelbagai insentif untuk pekerja telah dirangka oleh majikan.
ii. Syamim pekerja sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Melati.
iii. Lima orang pekerja dari syarikat swasta telah dipecat.
iv. Semua guru perlu menjalan tanggungjawab dengan dedikasi.
A. i dan ii
B. i dan iii
C. ii dan iii
D. iii dan iv
3.3.2 Imbuhan Akhiran
Imbuhan akhiran ialah imbuhan yang diletakkan di akhir kata dasar. Imbuhan akhiran dapat wujud
dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan seperti berikut:
Akhiran Akhiran
Kata Kata Kerja
Nama
Imbuhan
Akhiran
24
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
a) Imbuhan Akhiran Kata Nama
Akhiran kata nama ialah akhiran yang apabila bergabung dengan kata dasar akan membentuk kata
nama.
Bil. Imbuhan Akhiran Contoh Perkataan
1. -an (mainan, jahitan)
2. -wan (sasterawan, angkasawan)
3. -man (seniman, budiman)
4. -wati (seniwati)
5. -isme (nasionalisme, sosialisme)
6. -in (muslimin)
7. -at (muslimat)
8. -ah (ustazah)
Contoh penggunaan imbuhan akhiran kata nama dalam ayat:
main + an = mainan
Reka bentuk, animasi serta kostum untuk watak utama alat mainan terbabit menggambarkan
tiga kebudayaan utama di Semenanjung, iaitu seorang pesilat Melayu, satu set alat mainan
orang India dan satu alat mainan tin masyarakat Cina.
sastera + wan = sasterawan
Pengiktirafan dalam pelbagai bentuk hadiah dan insentif kepada para penulis
dan sasterawan yang cemerlang dalam bidang masing-masing akan terus disediakan oleh
DBP.
25
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
seni + wati = seniwati
Boleh ditakrifkan gelaran seniwati layak diberikan kepada mereka yang banyak berjasa kerana
sudah lama terbabit dalam dunia lakonan filem dengan jumlah filem yang begitu banyak serta
watak yang memberi kesan mendalam kepada penonton.
muslim + in = muslimin
Tahun Pada tahun 1998 mendedahkan pengkhianatan terbesar para pemimpin negara-negara
kaum muslimin apabila mereka secara sepakat mengatakan komitmen mereka untuk berdamai
dengan Israel dalam perjumpaan OIC di Qatar baru-baru ini.
b) Imbuhan Akhiran Kata Kerja
Akhiran kata kerja ialah akhiran yang apabila bergabung dengan kata dasar akan membentuk kata
nama.
Bil. Imbuhan Akhiran Contoh Perkataan
1. -kan (tinggikan, besarkan)
2. -i (turuti, duduki)
26
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
Contoh penggunaan imbuhan akhiran kata kerja dalam ayat:
besar + kan = besarkan
Tetapi keadaannya menjadi begitu gawat di Malaysia kerana gambaran media massa,
terutamanya media asing, yang besarkan krisis ini, yang dengan gambaran itu olah ekonomi
negara ini keseluruhannya telah tumbang dan pendudukan telah menjadi papa kedana dan tidak
ada apa yang hendak dimakan lagi.
duduk + i = duduki
Sementara menyusun langkah beliau seterusnya termasuk kemungkinan bertanding semula
dalam pilihan raya Presiden empat tahun dari sekarang Gore, 52, merancang tinggal di rumah
di pinggir Virginia, kediaman yang sama beliau duduki sebelum menjadi Naib Presiden pada
1993.
AKTIVITI:
1. Guru meminta murid untuk membentuk beberapa pasukan dan setiap pasukan hanya terdiri
daripada 5 orang pelajar.
2. Setiap kumpulan akan diberi 20 minit untuk berbincang dan mengenalpasti kata imbuhan
akhiran yang terdapat dalam sajak kemerdekaan.
3. Pelajar perlu mengimbas QR Code tersebut:
27
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
Link: https://theinspirasi.my/sajak-kemerdekaan/
LATIHAN:
Bahagian A: Senaraikan kata dasar bagi perkatan imbuhan dibawah.
jahitan seniman
usahawan seniwati
nasionalisme komunisme
ustazah hadirin
sultanah muslimat
duduki turuti
tulisan manisan
Bahagian B: Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
1. Ayah ______ (aku) bahawa Syamimi seorang kakak yang penyayang.
2. Syahuri membeli radio antik itu semasa ______ (jual) lelong pada minggu lepas.
3. _____ (pamer) kereta itu berlangsung selama dua hari di Jalan Taman Satria.
4. Kolej Tingkatan Enam Saratok mengadakan ______ (lawat) ke Kuching selama seminggu.
5. Terdapat pelbagai jenis _____ (jamu) yang telah dihidangkan semasa majlis itu berlangsung.
28
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
3.3.3 Imbuhan Apitan
Imbuhan apitan ialah imbuhan yang hadir serentak di hadapan dan belakang kata dasar. Imbuhan
apitan wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan. Imbuhan
apitan dikenali juga sebagai imbuhan terbahagi.
Apitan Kata
Kerja
Apitan Kata Apitan Kata
Nama Adjektif
Imbuhan
Apitan
a) Imbuhan Apitan Kata Nama
Apitan kata nama ialah apitan yang apabila bergabung dengan kata dasar akan membentuk kata
nama.
Bil. Imbuhan Apitan Contoh Perkataan
1. Pe-.…-an (pelaksanaan, perasaan)
2. Pem-….-an (pembuatan, pembinaan)
3. Pen-….-an (pendapatan, pencarian)
4. Peng-….-an (pengesahan, pengesyoran)
5. Pe-….-an (peperangan)
6. Per-….-an (permainan)
7. Ke-….-an (kelebihan, kelainan)
Contoh penggunaan imbuhan apitan kata nama dalam ayat:
29
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
Beliau berkata, pelaksanaan kempen sedia ada dijalankan secara bersendirian oleh pihak
berkuasa tempatan dan badan swasta di negara ini, tanpa kesinambungan di antara satu sama
lain.
"Sektor pembuatan yang disertai CFB iaitu panel aluminium dan gentian kaca mempunyai
keupayaan untuk terus berkembang pesat memandangkan kepesatan
sektor pembinaan negara, terutama pembinaan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur di Sepang (KLIA)," katanya dalam pertemuan dengan Berita Harian di Kuala Lumpur,
semalam.
Hampir saban hari, kita disajikan di kaca televisyen pelbagai penderitaan yang mengharukan
terutama yang dideritai oleh anak-anak akibat peperangan sebagaimana yang berlaku di
Bosnia Herzegovina, Somalia, kanakkanak Iraq menjadi mangsa sekatan Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB) dan sebagainya.
Portugal mempunyai kelebihan satu mata di tangga teratas kumpulan selepas menumpaskan
Ukraine 1-0, manakala Albania dinafikan kemenangan kelima Piala Dunia, apabila Armenia
menyamakan kedudukan pada minit terakhir untuk seri 1-1 di Tirana.
30
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
b) Imbuhan Apitan Kata Kerja
Apitan kata kerja ialah apitan yang apabila bergabung dengan kata dasar akan membentuk kata
kerja.
Bil. Imbuhan Apitan Contoh Perkataan
1. Me-.…-kan (memainkan, menakutkan)
2. Men-….-kan (mendermakan, menzarahkan)
3. Mem-….-kan (membaikkan, membaharukan)
4. Meng-….-kan (menggunakan, menghairankan)
5. Menge-….-kan (mengepinkan, mengecamkan)
6. Ber-….-kan (berbajukan, beralaskan)
7. Ber-….-an (bermaafan, berjauhan)
8. Di-….-an (digunakan, dibiarkan)
9. Me-….-i (menyedari, melalui)
10. Men-….-i (menziarahi, mencurigai)
11. Mem-….-i (mempercayai, membaharui)
12. Meng-….-i (menganggotai, mengairi)
13. Di-….-i (diadili, didekati)
14. Diper-….-kan (diperlihatkan, diperdengarkan)
15. Diper-….-i (diperingati)
16. Memper-….-kan (memperlihatkan)
17. Memper-….-i (memperingati)
18. Ke-….-an (kepanasan, kehujanan)
31
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
Contoh penggunaan imbuhan apitan kata kerja dalam ayat:
Seorang lagi broker berkata, sudahlah pasaran terjejas sejak tiga minggu lalu berikutan pengurangan pembiayaan
margin itu, sejak beberapa hari lalu berita pendakwaan terhadap beberapa lagi tokoh korporat
terus menakutkan pelabur runcit.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Seri Rafidah Aziz, berkata bagi produk
yang tidak mudah rosak pula, pengeksport tempatan mencari laluan masuk pilihan, iaitu
dengan menggunakan pelabuhan di Mexico.
Krisis tanggungjawab NGO semakin bercelaru apabila perkara sama disentuh Timbalan Perdana
Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika berucap pada majlis memperingati Hari Antidadah
Antarabangsa 2001.
Perkataan berkenaan boleh dianggap sebagai simbol kepada pertarungan atau baru hendak
memulakan pertarungan. Begitu juga apabila pengasuh hendak berjumpa Raja dalam sesuatu watak,
pertuturan mereka berbunyi: sembah patik harap diampun Pengucapan dan gerak tetap ini pula akan
dibantu dengan kod muzik, lagu iringan, muzik yang diperdengarkan apabila watak dalam keadaan
marah dan rentak bagaimana mengiringi langkah hulubalang. Semua ini diwarisi sejak asal dan kod,
gerak serta ucap tetap ini sudah melekat dan sebati dalam fikiran dan minda mereka. Apabila selalu
dipraktikkan, mereka menjadi mahir.
32
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
Pokok yang ditanam itu bukan saja akan memberi suasana teduh kepada generasi akan datang malah
membantu menurunkan suhu dunia atau setidaktidaknya mengurangkan kepanasan di Malaysia
terutama di kawasan bandar.
c) Imbuhan Apitan Kata Adjektif
Apitan kata adjektif ialah apitan yang apabila bergabung dengan kata dasar akan membentuk kata
adjektif.
Bil. Imbuhan Apitan Contoh Perkataan
1. Ke-.…-an (kearaban, kecinaan)
Contoh penggunaan imbuhan apitan kata adjektif dalam ayat:
"Secara tidak langsung, pendekatan berkenaan membolehkan reka bentuk bangunan setempat
membawa simbol Islam sejagat dengan acuan Asia Tenggara dan tidak terbatas kepada seni bina Islam
berunsur kearaban mahupun Asia Barat," katanya ketika membentangkan kertas kerja `Semangat Asia
Tenggara Dan Pengaruh Islam Dalam Seni Bina'.
33
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
Bahasa Melayu di kalangan masyarakat Baba dan Nyonya adalah satu daripada dialek Melayu. Bahasa
itu masih mengekalkan struktur ayat bahasa Cina. Cuma leksikalnya digantikan dengan leksikal bahasa
Melayu. Ini berbeza dengan bahasa Cina peranakan Kelantan yang strukturnya sama seperti struktur
dialek Melayu Kelantan tetapi leksikalnya kekal leksikal Cina. Asimilasi budaya sudah banyak terjadi
antara kaum Baba dengan Melayu tetapi beberapa aspek kecinaan masih dipertahankan. Mereka masih
menganut agama lama mereka. Dari segi makanan, beberapa makanan Melayu menjadi makanan
kegemaran mereka dan masakan mereka menjadi kegemaran orang Melayu.
AKTIVITI:
Guru akan mengarahkan murid untuk mengenal pasti kata imbuhan sisipan yang terdapat dalam
Puisi Guru Oh Guru karya Usman Awang melalui link dibawah:
https://youtu.be/-3BMQ87AJYY
34
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
LATIHAN:
Arahan: Tambah imbuhan apitan pada kata nama dan kata kerja yang diberikan. Kemudian, isikan
di tempat kosong dalam ayat-ayat dibawah.
alas kahwin dedah tumpas
main ucap sembah tubuh
1. Sofia dan adiknya duduk di beranda rumah nenek _______ tikar mengkuang.
2. Pihak polis telah berjaya ______ lima orang penjenayah yang membunuh gadis itu.
3. Kelab Pencinta Alam Sekitar telah _______ sejak tahun 2015 lagi.
4. Generasi muda haruslah diberikan _______ tentang keunikan budaya warisan bangsa agar “tak
lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”.
5. Pihak sekolah ______ terima kasih kepada semua pihak yang hadir bagi menjayakan majlis
perasmian pada hari ini.
6. Gasing merupakan ______ tradisional masyarakat Melayu sejak zaman dahulu.
7. Murid-murid sedang ______ tarian zapin sempena majlis perasmian Minggu Kebudayaan dan
Kesenian di sekolah.
8. Tepak sireh merupakan adat dalam majlis _________ masyarakat Melayu.
35
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
3.3.4 Imbuhan Sisipan
Imbuhan sisipan ialah imbuhan yang hadir secara menyisip dalam sesuatu kata dasar. Bentuk-
bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan tertentu dan tidak dapat hadir dalam
perkataan-perkataan yang lain kecuali dalam beberapa istilah yang baru dicipta. Kata imbuhan
sisipan dalam bahasa Melayu dapat wujud dalam kata nama terbitan dan kata adjektif terbitan.
Sisipan Sisipan
Kata Kata
Nama
Adjektif
Imbuhan
Sisipan
a) Imbuhan Sisipan Kata Nama
Sisipan kata nama ialah sisipan yang apabila bergabung dengan kata dasar akan membentuk kata
nama.
Bil. Imbuhan Sisipan Contoh Perkataan
1. -el- (telunjuk, kelabut)
2. -er- (seruling, serabut)
Contoh penggunaan imbuhan sisipan kata nama dalam ayat:
PADA 17 April lalu umat Islam seluruh dunia terus dengan tradisi tahunan menyambut Ma'al
Hijrah 1420. Hijrah, pada sejarah awal adalah titik tolak kepada kegemilangan Tamadun Islam.
Seperti beberapa tahun yang lalu, Ma'al Hijrah disambut ketika sebahagian umat Islam di
36
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
beberapa tempat di seluruh dunia sedang dihimpit kegawatan dan krisis. Ditindas, dihalau dari
tanah air sendiri, dikenakan pelbagai sekatan dan tidak kurang juga dicucuk hidung
mengikut telunjuk kuasa-kuasa besar. Bagaimanapun sebagai umat Islam harus menerima
hakikat bahawa semua itu berpunca daripada perpecahan yang berlaku di kalangan umat Islam
hingga kita kini dianggap golongan lemah yang terpaksa mengharapkan orang lain untuk
menyelesaikan masalah sendiri.
MOHRAM, kumpulan yang memperjuangkan muzik etnik giat mencipta nama di persada seni
tanah air. Mereka yang dianggotai oleh Mohardiman Ismail dan Ramli Abdul Hamid akan
muncul dengan album kedua, Antarsuka, tidak lama lagi menggunakan alat
muzik seruling buluh dan gendang rebana. Ikuti temu bual wartawan Sastera Budaya,
NORZILAWATI SIDEK, dengan mereka.
b) Imbuhan Sisipan Kata Adjektif
Sisipan kata adjektif ialah sisipan yang apabila bergabung dengan kata dasar akan membentuk kata
adjektif.
Bil. Imbuhan Sisipan Contoh Perkataan
1. -el- (kelebak, selerak)
2. -er- (gerigi, serabut)
3. -em- (gemilang, gemerlap)
4. -in- (sinambung)
37
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
Contoh penggunaan imbuhan sisipan kata adjektif dalam ayat:
Menjaga tingkah laku dimajlis sangat penting. Biasanya di rumah terbuka tetamu akan dijamu
dengan jamuan selerak tetapi biarlah kita makan berpada-pada. Fikirkan tetamu lain yang juga
ingin merasa juadah yang dihidangkan, usah nanti tatkala pinggan kita sarat dengan makanan
rakan di sebelah kempunan untuk merasa juadah.
"PERJUANGAN di Mentor mungkin sudah selesai tetapi di luar cabaran itu lebih besar. Saya
sendiri sudah nampak ke mana haluan yang ingin dibawa. Cuma ketika ini, saya
agak serabut memandangkan saya menggalas dua peranan serentak. Saya sayangkan dunia
nyanyian, tetapi saya juga mahu jadi anak seni berpendidikan. Tidak mahu salah satu
daripadanya tercicir.
Ekonomi Malaysia semakin mampan dan tampan. Pertumbuhan melebihi lapan peratus selama
tujuh tahun. Apabila kita menyebut prestasi ekonomi kita tidak mencanangkan pencapaian
sementara tetapi adalah kemampuan dan daya sinambung kejayaan itu. Pertumbuhan tinggi
tetapi kita juga berjaya menumpaskan serangan inflasi dan mengawalnya pada paras yang
rendah. Pengagihan kekayaan semakin saksama dan penyertaan peluang perniagaan tersebar
luas.
38
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
AKTIVITI:
Link video bagi mengenali kata imbuhan sisipan melalui kisah Sang Kancil dan Si Perigi Buta.
https://youtu.be/PUGZ_cHWj8Q
LATIHAN:
Arahan: Imbas QR Code di bawah dan fahami kandungan sajak tersebut. Kemudian, senaraikan
penggunaan kata imbuhan sisipan yang terdapat dalam kesemua sajak tersebut.
Link: https://klscah.org.my/wp-content/uploads/2015/04/Puisi-Pak-Samad.pdf
39
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
3.4 Kata Ganda
Dalam bahasa Melayu, proses penggandaan ialah proses menggandakan kata dasar. Tujuan utama
proses penggandaan ialah untuk menghasilkan maksud jamak. Misalnya buku, (sebuah buku
digandakan menjadi buku-buku akan menghasilkan maksud banyak buah buku). Bagaimanapun,
terdapat kata ganda yang tidak membawa makna jamak seperti rama-rama, labah-labah, anai-anai
dan sebagainya yang hanya merujuk pada seekor rama-rama atau seekor labah-labah sahaja.
Terdapat empat bentuk penggandaan, iaitu:
Penggandaan Penuh Penggandaan Berentak
Separa Pengulangan Vokal
Berentak
Berimbuhan Penggandaan Berentak
Pengulangan Konsonan
Penggandaan Berentak
Bebas
40
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
a) Penggandaan Penuh
Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar
itu mengandungi imbuhan ataupun tidak.
Contoh penggunaan kata ganda penggandaan penuh (kata dasar) dan (kata nama) dalam ayat
menurut Korpus DBP:
➢ Penggandaan Kata Dasar:
Selepas berakhirnya aktiviti pembalakan, jalan-jalan seperti ini dibiarkan
begitu sahaja dan ini memberikan kesempatan kepada para pemburu untuk
memasuki kawasan hutan berkenaan.
Penduduk-penduduk di negara ini sering berkunjung ke sini untuk membeli
belah kerana harga barang-barangnya yang bukan sahaja murah malah
berkualiti. Maka tidak hairanlah pada masa cuti sekolah khsususnya, berderet-
deret bas-bas rombongan berkunjung ke kawasan ini.
Dia mendapati kekuatan yang barudiperolehinya, mampu untuknya bertindak
membalas dendam. Langsung dia melompat turun dari katil dan dengan
tangkas membuka daun pintu dan menyerbu ke ruang besar. "Ooooiii!" Dia
menjerit dan meraung semahu-mahunya sambil berlari tangkas mengelilingi
ruang besar diaturkan meja-meja dan kerusi-kerusi yang sebegitu rupa.
41
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
➢ Penggandaan Kata Nama:
Katanya, malah beliau mengadakan perbincangan Jumaat lalu dengan guru
besar, guru dan persatuan-persatuan guru dan ibu bapa SRJK (C) Eng Ling di
Lumut dan SRJK (T) Ladang Pundut di Sitiawan, Perak, yang akan ditempatkan
bersama dengan sekolah kebangsaan di bawah konsep itu.
Selain itu, pemilihan kedua-dua atlet itu sebagai Olimpian Terbaik berdasarkan
persembahan konsisten mereka pada kejohanan-kejohanan yang disertai
sepanjang 1998 termasuk Sukan Komanwel XVI lalu selain Sukan Asia.
b) Penggandaan Separa
Pembentukan kata ganda separa terhasil melalui proses menggandakan sebahagian kata dasar
sahaja. Penggandaan separa boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar. Penghasilan
kata ganda separa lazimnya melibatkan dua proses utama iaitu pengguguran suku kata dan proses
pelemahan vokal, misalnya a → e, i → e, dan o → e.
Contohnya:
Bola bobola bebola
Laki lalaki lelaki
Rambut rarambut rerambut
Jari jajari jejati
42
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
Contoh penggunaan penggandaan separa dalam ayat menggunakan Korpus DBP:
Seni tari Melayu begitu lembut sekali bersesuaian dengan seni muzik yang mengiringinya. Gerak
langkah tariannya begitu lembut dengan alunan tangan dan badan yang sungguh menarik. Penari-
penarinya terdiri sama ada daripada wanita sahaja atau lelaki sahaja. Ada juga tarian yang
penarinya terdiri daripada lelaki dan perempuan.
Di samping itu, Archimedes telah menunjukkan bahawa luas permukaan bagi mana-mana
segmen sfera adalah sama dengan luas permukaan melengkung bagi silinder yang mempunyai
jejari yang sama dengan jejari sfera dan ketinggian sama dengan ketinggian segmen, iaitu luas
permukaan segmen itu tidak bergantung pada jarak dari pusat sfera, tetapi hanya bergantung
pada ketinggian segmen itu sahaja.
c) Penggandaan Berentak
Pembentukan kata ganda berentak terhasil melalui proses yang menggandakan kata dasar
mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Penggandaan berentak ini juga dikenali
sebagai penggandaan berirama. Ianya adalah proses yang menggandakan kata dasar mengikut
rentak bunyi tertentu sama ada seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang
atau diubah dalam kata dasar tersebut. Kata ganda berentak ini dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:
i. penggandaan berentak pengulangan vokal
ii. penggandaan berentak pengulangan konsonan
iii. penggandaan berentak bebas
43
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
i) Penggandaan berentak pengulangan vokal ialah penggandaan yang mempunyai ciri-ciri
persamaan pada bunyi-bunyi vokal tertentu, iaitu terdapat ciri-ciri keharmonian vokal. Contohnya:
BIL Penggandaan Berentak Pengulangan Vokal
1. Hiruk-pikuk
2. Gotong-royong
3. Cerai-berai
4. Tungkus-lumus
5. Hingar-bingar
6. Hina-dina
7. Hiruk-pikuk
8. Sayur-mayur
9. Kuih-muih
10. Selok-belok
11. Lauk-pauk
Contoh penggunaan penggandaan berentak pengulangan vokal dalam ayat menggunakan Korpus
DBP:
Suasana ketika itu menjadi hiruk-pikuk kerana ramai antara kami yang tidak
mendapat tempat.
Seleranya makin bertambah dalam seminggu ini. Usai membayar harga makanan,
dia mula mencari tempat duduk di kafe yang lengang itu. Dia hanya mengambil
kuih-muih dan segelas air kosong.
44
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
Zainal berkata, sebelum ini penduduk kampung pernah menjalankan gotong-
royong di kawasan terbabit dengan membina dan memperbaiki sistem perparitan
itu bagi mengelakkan kawasan ditenggelami air ketika hujan lebat, tetapi ia masih
lagi tidak dapat menyelesaikan masalah.
ii) Penggandaan berentak pengulangan konsonan pula ialah penggandaan yang mempunyai ciri-
ciri persamaan pada bunyi-bunyi konsonan tertentu. Contohnya:
Mundar- Bukit- Gunung- Batu-batan Mandi-
mandir bukau ganang manda
Contoh penggunaan penggandaan berentak pengulangan konsonan dalam ayat menggunakan
Korpus DBP:
Selepas itu, kami pulang ke Castle Rock Ranch untuk mandi-manda sebelum berkumpul
di Base Camp. Selepas siap mengemaskan beg masing-masing dan memulangkan
peralatan yang dipinjamkan, kami menuju ke tapak bekas pengambaran filem koboi tidak
jauh dari situ untuk majlis makan malam perpisahan.
Fitri dapat melihat ke seluruh kawasan di sebelah jalan. Bangunan yang menghadap ke
jalan utama dan juga menghala ke arah banjaran Gunung Inas terlalu damai dan indah.
Segar mata dan jiwa untuk terus memerhati keindahan gunung-ganang itu. Sudah tentu
guru besar dan guru-guru di sekolah itu juga berasa tenang.
45
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
(iii) Penggandaan berentak bebas ialah penggandaan yang tidak mengandungi ciri-ciri persamaan
pada bunyi vokal atau konsonan. Contohnya:
Anak-
pinak
Titik-bengik Penggandaan Saudara-mara
Berentak
Bebas
Lintang-
pukang
Contoh penggunaan penggandaan berentak bebas dalam ayat menggunakan Korpus DBP:
“Sekarang ada lagi ketukan di pintu dan terdengar suara yang ramai bercakap di luar
kamar. Beberapa orang mahasiswa masuk dan kesemuanya gadis belaka. Demikian aku
menduga atau mungkin sudah ada antaranya yang sudah berumah tangga. Atau boleh
jadi sudah pun ada anak-pinak.”
Tentera Jepun tidak berdaya hendak mara. Ramai tentera Jepun yang tercedera dan ramai
pula yang terbunuh. Tentera Jepun yang bernasib baik telah lari lintang-pukang untuk
menyelamatkan diri. Dengan ini Leftenan Adnan dan anggota pasukannya telah
mencapai kemenangan yang gemilang.
46
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
(d) Penggandaan Berimbuhan
Pembentukan kata ganda berimbuhan terhasil melalui proses menggandakan sesuatu kata dasar
yang menerima apa-apa bentukimbuhan. Biasanya, penggandaan ini berlaku pada golongan kata
kerja dan kata adjektif. Proses penggandaan boleh berlakupada bahagiaan hadapan atau belakang
kata dasar. Pengandaan berimbuhan tidak boleh disamakan dengan kata ganda separa kerana
kedua-dua penggandaan tersebut terhasil melalui proses morfologi yang berbeza. Contohnya:
Penggandaan • Mencari-cari
Berimbuhan • Berturut-turut
• Sepandai-pandai
• Kejar-mengejar
• Bantu-membantu
• Benci-membenci
Contoh penggunaan penggandaan berimbuhan dalam ayat menggunakan Korpus DBP:
“Cikgu sudah pesan, budaya meniru adalah suatu kesalahan. Jangan amalkan jika
hendak berjaya. Mungkin sekali kamu buat, terlepas. Kamu bernasib baik. Akan
tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.” Mulanya
Cikgu Badrul berkias-kias sebelum menyentuh persoalan sebenar.
Hasil daripada kem motivasi itu, kami telah bersemangat untuk belajar dan berjaya
dalam pelajaran. Kami juga sedar tentang pentingnya hidup bantu-membantu dan
bekerjasama bagai aur dengan tebing.
47
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI