PEMBENTUKAN KATA
AKTIVITI DI DALAM KELAS:
1. Shout Out
Secara berkumpulan, murid akan melontar bola kertas kepada rakan dan rakan yang kena perlu
menjawab. Soalan tersebut dipilih oleh guru itu sendiri. Kumpulan terbaik ialah kumpulan yang
paling awal menghabiskan set soalan yang disediakan oleh guru. Guru boleh membuat aktiviti ini
di dalam kelas dan memberi hukuman kepada kumpulan yang menjadi tempat terakhir
menghabiskan soalan. Hukuman yang diberikan adalah pelajar hendaklah menyenaraikan contoh
penggunaan kata ganda penggandaan penuh beserta contoh dalam ayat. Contohnya:
a) Penggandaan Penuh
buku-buku meja-meja daun-daun anai-anai
b) Penggandaan Separa
tetikus lelayang kekabu bebenang
c) Penggandaan Berentak
cerai- tumbuh- lauk-pauk kusut-
berai tumbuhan masai
48
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
3.4.1 Latihan Peneguhan Kata Ganda
Bahagian A
Arahan: Sila isi tempat kosong dalam jadual tersebut dengan jawapan yang tepat.
rama-rama kekuda menghuru-harakan bas-bas
berturut-turut kayu-kayan budak-budak lelangit
dedaun sayur-mayur saudara-mara tergesa-gesa
Bentuk Kata Ganda
Penuh Separa Berentak Berimbuhan
Bahagian B
Arahan: Sila jawab soalan berikut.
Pilih kata ganda berimbuhan yang sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
1. Kita hendaklah menghargai jasa pejuang yang telah mempertahankan negara.
A. kemerah-merahan
B. kejar-mengejar
C. bermati-matian
D. berkobar-kobar
49
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
2. Hidup saling dapat mengeratkan perpaduan kaum.
A. mengada-ngada
B. bantu-membantu
C. bermusuhan
D. saudara-mara
3. Pada cuti persekolahan yang lalu, kami sekeluarga pergi ke Langkawi
A. berjalan-jalan
B. melonjak-lonjak
C. melambai-lambai
D. keanak-anakan
4. Anum menangis apabila mendapati dirinya gagal untuk melayakkan diri ke
peringkat akhir dalam pertandingan nyanyian itu.
A. terhenti-henti
B. teresak-esak
C. berkelip-kelip
D. tersenyum-senyum
5. Dayah sering apabila diminta membayar yuran persatuan.
A. berulang-alik
B. berturut-turut
C. berdolak-dalik
D. berlari-lari
50
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
3.5 Kata Majmuk
Dalam proses pemajmukan adalah satu proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan
bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai
satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan dari unsur lain. Dalam bahasa
Melayu, bentuk kata majmuk dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:
Rangkaian Kata Bebas
• Rangkaian kata bebas ialah bentuk kata majmuk yang tidak mempunyai hubungan makna antara
perkataan pertama dengan perkataan kedua, dimana kedua-dua perkataan itu mendukung makna
tersendiri.
• Dimana, seperti jam dan tangan masing-masing mempunyai makna tersendiri, iaitu jam ialah
alat bagi menunjukkan waktu manakala tangan ialah salah satu anggota pada tubuh manusia
contohnya:
kuning langsat
biru laut
gambar rajah
terima kasih
Kata atau nama gelaran juga termasuk di bawah kata majmuk rangkaian kata bebas, contohnya:
raja muda
menteri besar
perdana menteri
profesor madya.
51
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
Kata majmuk istilah khusus
• Kata majmuk istilah khusus pula ialah terdiri daripada rangkai kata yang digunakan bagi
merujuk kepada istilah-istilah tertentu dalam sesuatu bidang ilmu.
• Lazimnya, terdapat bidang sains, matematik dan geografi
Contoh Istilah Khusus
kertas kerja
model linear
garis pusat
kanta tangan
mata pelajaran
papan kekunci
pita suara
Simpulan Bahasa
• Kata majmuk simpulan bahasa ialah terdiri daripada rangkai kata yang terhasil dari
simpulan bahasa
• Sebahagian besar simpulan bahasa bagi bahasa melayu adalah dalam bentuk kata majmuk
contohnya:
buah hati
duit kopi
makan angin
pilih kasih
hati batu
52
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
Kata Kerja Majmuk
Kata kerja majmuk terdiri daripada dua morfem bebas atau lebih tetapi unsur kata dasar awal
mestilah terdiri daripada kata kerja dan unsur kata dasar berikutnya boleh terdiri daripada kata-
kata lain.
Contohnya:
Hapus kira
Lipat ganda
Ambil ahli
Bersatu padu
Mendatangani
Gulung tikar
Terima kasih
Kata Adjektif Majmuk
Kata adjektif majmuk ialah kata yang terhasil daripada proses rnerangkaikan dua kata dasar
atau lebih tetapi kata dasar awal mestilah terdiri daripada kata adjektif dan kata dasar berikutnya
boleh terdiri daripada kata-kata lain.
Contohnya:
Merah jambu
Terang hati
Kuning langsat
Muda remaja
Panas terik
Sukacita
53
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
Bentuk yang Telah Mantap
Kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh,
walaupun bentuk kata tersebut mengandungi dua kata dasar, akan dieja sebagai satu perkataan
sahaja. Terdapat 33 kata majmuk yang dieja rapat, contohnya:
Antarabangsa Jawatankuasa
Beritahu Kakitangan
Barangkali
Bumiputera Tanggungjawab
Jawatankuasa Manakala
Kakitangan Bumiputra
Kadangkala
Olahraga Suruhanjaya
Kerjasama Tandatangan
Matahari
Sukarela Beritahu
Apakala Warganegara
Pesuruhjaya
Walhal
Setiausaha Beritahu
Sukarela Peribadi
Sukacitra Peribahasa
Dukacita Walhal
Kepada
Daripada
54
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
Contoh ayat yang menggunakan perkataan kata kata majmuk yang telah mantap menurut
KORPUS DBP:
Beberapa pengunjung yang ditemui amat berharap kerajaan Iran serta
pertubuhan antarabangsa memulihkan semula kota warisan itu.
Penggandaan kata majmuk
Penggandaan kata majmuk berlaku apabila kata majmuk digandakan dan ianya hanya melibatkan
kata yang pertama. Penggandaan boleh juga berlaku kepada simpulan bahasa dan bentuk yang
sudah mantap tetapi ianya akan melibatkan keseluruhan kata tersebut.
Antara contoh bagi penggandaan kata majmuk yang melibatkan kata yang pertama.
Kata tunggal Kata jamak
Kapal terbang Kapal-kapal terbang
Jirim organik Jirim-jirim organik
Alat lukis Alat-alat lukis
Ketua menteri Ketua-Ketua Menteri
Garis pusat Garis-garis pusat
Suku kata Suku-suku kata
Balai raya Balai-balai raya
Satu kecualian ialah penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap, penggandaannya
melibatkan keseluruhan unsur. Contohnya:
Bumiputera-bumiputera
Tandatangan-tandatangan
Warganegara-warganegara
Sukarela-sukarela
Tanggungjawab-tanggungjaawab
Sukacita-sukacita
Pesuruhjaya-pesuruhjaya
55
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
Pengimbuhan kata majmuk
Jika kata majmuk menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja, perlu dieja terpisah.
Contohnya:
Daya serap Daya serapan
Ulang kaji Mengulang kaji
Daya saing Berdaya saing
anak tiri
ubah suai dianak tiri
campur aduk diubah suai
temu bual bercampur aduk
ditemu bual
Manakala, jika kata majmuk menerima imbuhan apitan, perlulah dieja rapat. Contohnya:
Ambil alih Pengambilalihan
campur aduk Mencampuradukkan
ulangkaji Pengulangkajian
urus niaga diurusniagakan
daya serap berdayaserapan
satu padu menyatupadukan
56
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
Latihan Peneguhan Kata Majmuk
3.5.1 Aktiviti
1) Berdasarkan jadual gambar di bawah, sila padankan bentuk kata majmuk bagi setiap
perkataan tersebut dengan betul.
Gambar kata majmuk Bentuk kata majmuk
(Raja muda )
(Telinga kuali)
(Papan kekunci)
(Hijau muda)
57
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
2) Antara berikut, manakah merupakan penggandaan kata majmuk
i. Gambar-gambar rajah
ii. Gambar rajah
iii. Setiausaha-setiausaha
iv. Kapal-kapal besar
A. i dan ii
B. i dan iv
C. ii dan iii
D. iv dan iii
3)
Mengulas lanjut, Pesuruhjaya Tinggi yang berada di Kuala Lumpur sejak setahun
setengah lalu itu berkata, tumpuan kepada Malaysia kerana ia kini
(JAMHARIAH JAAFAR. Pakistan jamin hantar pekerja 'bersih'. Global, 2005)
Berdasarkan petikan diatas, apakah contoh kata majmuk yang telah mantap?
4) Apakah contoh kata majmuk bagi kata garis pusat selepas kata majmuk mendapat imbuhan
apitan?
A. Bergaris pusat
B. Menggarispusatkan
C. Menggariskan pusat
D. Garis pusatkan
5) Berikan satu kata majmuk yang boleh menerima imbuhan dan mestilah mematuhi ejaan
yang telah ditetapkan.
Kata majmuk
Menerima awalan
58
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
Menerima apitan
6) Berdasarkan petikan di bawah, sila kenal pasti bentuk kata majmuk yang mantap digunakan.
Apapun, tindakan mendapatkan sumbangan daripada syarikat pembekal ini sama ada
secara sukarela , ikhlas atau terpaksa, sebenarnya tidaklah digalakkan kerana ia boleh
mendorong kepada rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
(Sumber:Akhbar Zizou bawa kembali sinaran. Sukan, 2005)
7) Mesyuarat_______ dari seluruh daerah negeri sabah akan diadakan di kota kinablu, sabah.
A. guru besar
B. guru-guru besar
C. guru besar-besar
D. guru besar-guru besar
8) Muka siti__________________ apabila dimarahi oleh pengetua sekolah kerana kedapatan
ponteng sekolah.
A. biru pucat
B. hitam manis
C. kuning langsat
D. merah padam
59
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
4.0 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdPc) untuk Murid berdasarkan Pembentukan
Kata menggunakan aplikasi digital.
4.1 Padlet
Padlet adalah sebuah aplikasi internet yang sangat kreatif serta memudahkan para pelajar
untuk mengakses nota serta latihan yang telah disediakan oleh guru secara maya. Yang
kedua, Padlet juga mampu memberangsangkan pemikiran pelajar untuk lebih aktif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran selaras dengan kemajuan teknologi pada masa kini.
Ianya adalah sesuatu yang sangat berbeza dengan cara dahulu yang mana memerlukan
papan putih sebagai sumber guru mengajar. Menggunakan padlet, guru boleh memuat naik
segala maklumat dalam satu lama sahaja. Pelajar pula akan bersemangat apabila melihat
sesuatu yang baharu dan seronok untuk mengaplikasikannya semasa membuat latihan.
Yang ketiga adalah Padlet juga boleh digunakan oleh pelajar untuk menghantar
segala latihan dan nota yang dibuat mereka. Misalnya, latihan yang dimuat naik guru boleh
diakses oleh pelajar kemudian terus memuat naik jawapan kedalam laman padlet miliki
guru itu. Pelajar juga boleh memiliki akaun padlet sendiri untuk dijadikan tempat membuat
nota dan sebagainya. Perkara ini secara langsung memudahkan urusan guru serta belajar
menggunakan teknologi adalah lebih tertarik dan seronok dengan grafiknya.
Baiklah seterusnya, saya akan bergerak kepada bahagian yang menceritakan
tentang kebaikan aplikasi Padlet ini, aplikasi padlet ini memudahkan pelajar untuk
mengakses segala nota dan latihan yang diberikan guru.
Selain itu, aplikasi ini sesuai untuk pelajar menghasilkan nota yang bertemakan
pembelajaran abad ke-21 apabila inovasi ini turut menawarkan template yang sesuai seperti
peta minda, peta buih dan sebagainya. Selain itu juga, pelajar juga boleh memuat naik
60
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
pautan seperti vidio dari Youtube, Imej dan audio ke dalam padlet. Ianya juga boleh
dikongsi bersama kawan-kawan.
Aplikasi Padlet juga boleh dijadikan tugasan berkumpulan apabila setiap laman
sesawang itu mempunyai privasu nya yang tersendiri. Yang memiliki pautan sahaja boleh
mengakses akaun padlet tersebut. Maka hal ini memastikan pelajar dapat menjalankan
tugas dalam bentuk kumpulan dengan menggunakan pautan yang sama.
Pelajar diminta untuk mengimbas QR Code atau melayari pautan dibawah untuk
memulakan permainan kuiz dan latihan secara digital.
https://padlet.com/amirulmiyyo03/f2mw3azff0e186lh
61
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
4.2 Telegram
Telegram ialah aplikasi pemesejan dengan menumpukan kepada kelajuan dan keselamatan.
Aplikasi ini sangat pantas, mudah dan percuma. Pengguna boleh menggunakan Telegram
pada mana-mana peranti sama ada telefon bimbit ataupun komputer. Telegram mempunyai
fungsi Bots yang dapat memberi fungsi menarik tanpa perlu dikawal oleh manusia. Bots
adalah aplikasi pihak ketiga yang berfungsi di dalam Telegram. Dengan hanya menaip
arahan, Bots mampu menjalankan sesuatu tugas yang mampu memudahkan urusan harian
anda. Bot hanyalah akaun Telegram yang dikendalikan oleh perisian (bukan manusia) serta
mempunyai ciri AI. Ianya boleh melakukan apa sahaja termasuklah mengajar, bermain,
mencari, menyiarkan, mengingatkan, menyambung, berintegrasi dengan perkhidmatan
lain. Aplikasi Telegram secara sistematiknya lebih mudah berbanding Whatsapp kerana
guru boleh memuat naik bahan pengajaran berbentuk link youtube, pdf, word, ppt dan
sebagainya dengan menambahkan elemen yang menarik dan mengikut susunan. Pelajar
perlu mengakses bahan pembelajaran di aplikasi Telegram ini.
Berikut merupakan QR code bagi group Telegram beserta bahan pembelajaran Kata
Ganda:
62
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
Berikut merupakan QR Code bagi kuiz secara atas talian mengenai Kata Ganda:
Contoh soalan di Quizbot adalah seperti berikut:
63
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
4.3 Tiktok
Aplikasi Tiktok adalah sebuah jaringan sosial dan platform video. Melalui aplikasi tiktok
ini, pengguna boleh menghasilkan video pendek. Pada era kemajuan teknologi ini
membolehkan manusia menggunakan pelbagai jaringan sosial dalam kehidupan
termasuklah aplikasi tiktok. Pada hari ini, penggunaan Tiktok sangat digemari oleh semua
lapisan umur sama ada dalam kalangan remaja, kanak-kanak dan orang dewasa. Oleh itu,
selari dengan perkembangan penggunaan Tiktok ini wajar digunakan dalam bidang
pendidikan. Hal ini kerana, penggunaa tiktok dilihat sebagai ruang perkongsian pelbagai
ilmu kepada semua lapisan masyarakat. Justeru itu, setiap kandungan video menampilkan
kaedah pembelajaran ringkas yang kreatif dan mengandungi fakta penting untuk dipelajari.
Dalam bidang pendidikan, aplikasi tiktok ini boleh dikatakan menjadi versi baharu yang
boleh digunakan untuk melaksanakan aktiviti PdPc. Lantaran itu, penggunaan tiktok ini
dapat menarik minat pelajar untuk belajar serta meningkatkan kefahaman mereka terhadap
topik yang dipelajari. Berikut merupakan cod contoh video tiktok pengajaran tatabahasa:
Link: https://vt.tiktok.com/ZSdpVrQW3/ Link: https://vt.tiktok.com/ZSdpVkaK9/
64
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
4.4 Blendspace
Blendspace adalah sebuah aplikasi di mana guru atau pelajar dapat dan boleh berkongsi
apa-apa maklumat, membuat persembahan pengajaran melalui dalam talian dan semua
pengunjung boleh melihat slaid persembahan dalam aplikasi ini. Blendspace ini amat
berguna kepada cikgu dan pelajar untuk melaksanakan sesi pembelajaran dan pengajaran.
Pelajar diminta untuk membaca bahan kata majmuk dan menjawab kesemua soalan melalui
QR Code atau melalui pautan link dibawah:
https://www.blendspace.com/lessons/MVa4IjBTd3f7EQ/edit
4.5 Genially
Pelajar diminta mengimbas QR Code atau melayari link dibawa untuk memulakan
permainan video kuiz bagi soalan keseluruhan pembentukan kata.
https://view.genial.ly/6279d029bb7b3e00198868a5/interactive-content-quiz-
video-pembentukan-kata
65
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
5.0 Latih Tubi Pembentukan Kata
Bahagian A
Soalan objektif bagi pembentukan kata
1. Padankan proses pembentukan kata dengan contoh kata.
Proses pembentukkan kata P Contoh kata
Q
I. Pengakroniman R Beritahu, dinihari
II. Pengimbuhan S Motel, jengkaut
III. Penggandaan Seruling, selisih
IV. Pemajmukan Sesungut, bebenang
I. II. III. IV.
AQ RS P
BR PQ S
CP QS R
DS PQ R
2. Kata tunggal merupakan perkataan-perkataan yang tidak mengalami proses seperti berikut,
kecuali
a) Pengimbuhan
b) Pemajmukan
c) Penggandaan
d) Penerbitan
3. Antara berikut merupakan kata dasar bagi kata terbitan, kecuali
a) Kata tunggal
b) Kata kerja
c) Kata terbitan
d) Kata ganda
66
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
4. Antara berikut, yang manakah dikategorikan sebagai kata majmuk rangkai katabebas atau
umum?
a) Ibu bapa
b) Makan angin
c) Alat tulis
d) Beritahu
5. Anatra berikut merupakan golongan kata yang membentuk kata ganda, kecuali
a) Kata nama
b) Kata tunggal
c) Kata tugas
d) Kata kerja
67
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
Bahagian B
Soalan struktur bagi pembentukan kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda.
1. Nyatakan proses yang tidak dialami oleh kata tunggal.
a)
b)
c)
2. Kata terbitan terbahagi kepada:
a)
b)
c)
d)
3. Berdasarkan petikan di bawah, sila kenal pasti bentuk kata majmuk yang digunakan.
Pengguna tidak akan berhadapan dengan imej paparan yang muncul pada skrin terhasil
hanya pada bahagian tengah dan memanjang serta kemunculan jalur hitam di bahagian
atas dan bawah semasa menonton drama melalui cakera keras ataupun cakera video
digital (DVD). Ini bermakna, pengguna berpeluang untuk menikmati pandangan paparan
secara penuh pada seluruh skrin monitor.
(Sumber: Utusan Malaysia 6 Oktober 2008)
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
68
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
4. Terdapat 4 bentuk kata majmuk dalam bahasa Melayu. Nyatakan.
a)
b)
c)
d)
5. Apakah konsep kata ganda?
_____________________________________________________________________
6. Nyatakan jenis-jenis kata ganda.
a)
b)
c)
69
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
PEMBENTUKAN KATA
6.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, terdapat empat bentuk kata dalam Bahasa Melayu iaitu kata tunggal, kata
terbitan, kata ganda dan kata majmuk. Bentuk-bentuk kata ini dijelaskan dengan lengkap di dalam
module ini. Hal yang demikian, proses bagaimana sesuatu kata itu dicipta, dibentuk, atau
diwujudkan dalam sesuatu bahasa, daripada tiada kata kepada ada kata. Kewujudan proses ini
adalah melalui pembentukan kata iaitu melalui proses tertentu seperti penggandaan dan
pengimbuhan. Selain itu, bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang berdiri sendiri tanpa tidak
menerima sebarang imbuhan. Manakala, Pengakroniman pula berlaku melalui pencantuman
bunyi-bunyi pertama dalam sejumlah perkataan, atau pencantuman bahagian-bahagian. Dengan
itu, imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat, seterusnya,
imbuhan awalan ialah imbuhan yang hadir pada awal kata dasar, Imbuhan akhiran ialah imbuhan
yang hadir pada akhir kata dasar dan Imbuhan apitan ialah imbuhan yang hadir serentak di hadapan
dan belakang kata dasar dan imbuhan sisipan ialah imbuhan yang hadir secara menyisip dalam
sesuatu kata dasar. Seterusnya, proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar
atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Proses penggandaan ialah proses
menggandakan kata dasar.
70
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
RUJUKAN
Abdullah Hassan. (2009). Tatabahasa Pedagogi untuk Sekolah Menengah. KualaLumpur: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Hj Sabran, Nawi Ismail, Mohd Zaini Othman, Ton Ibrahim.
(2012). Tatabahasa Asas. Kuala Lumpur. Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia.
Aji, W. N., & Setiyadi, D. B. P. (2020). Aplikasi tik tok sebagai media pembelajaran
keterampilan bersastra. Metafora: Jurnal Pembelajaran Bahasa dan Sastra, 6(2), 147-
157.
Hasmidar Hassan, Mardian Shah Omar dan Puteri Roslina Abdul Wahid. (2018). Kecelaruan
Morfologi Dalam Penulisan Bahasa Melayu Oleh Penutur Asing. Jurnal Linguistik,
22(2), 020-036
Hutamy, E. T., Swartika, F., Alisyahbana, A. N. Q. A., Arisah, N., & Hasan, M. (2021). Persepsi
Peserta Didik Terhadap Pemanfaatan Tik Tok Sebagai Media Pembelajaran. Prosiding
Penelitian Pendidikan dan Pengabdian 2021, 1(1), 1270-1281.
http://prosiding.rcipublisher.org/index.php/prosiding/article/view/294
Korpus Dewan dan Pustaka. (2022). Diperoleh daripada
http://sbmb.dbp.gov.my/korpusdbp/
Mohd Ra’in Shaari, Alias Mohd Yatim, & Abdullah Yusof. (2009). Pembelajaran Tatabahasa
Bahasa Melayu: Morfologi dan Sintaksis. Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Zairosni Yusof, Mohd Ra’in Shaari dan Adenan Ayob. (2020). Amalan Pemilihan Tatabahasa
Pedagogi Berkonteks Oleh Guru Bahasa Melayu Sekolah. International Journal of
Humanities Philosophy and Language (IJHPL), 3(9), 36-43
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
Lampiran
1. Pembahagian tugas ahli kumpulan.
Bil. Nama Bidang Tugas
1. ROWENNA EMPINA ANAK
● Pendahuluan
MAWAT ● Dapatan kajian - Kata Ganda
● Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdPc)
2. NURUL AMIYANA BINTI
BASSAR untuk Murid berdasarkan Pembentukan Kata
menggunakan aplikasi Telegram
3. NURSHAZIDA BINTI ● Latihan Peneguhan Kata Ganda
ALBANYA
● Konsep Tatabahasa Pedagogi
4. MUHAMMAD AMIRUL HAKIM ● Struktur Kata
BIN OTHMAN ● Bentuk Kata
● Penggolongan Kata
5. NOR SYAHIERA BINTI JAMAL ● Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdPc)
6. Semua ahli terlibat untuk Murid berdasarkan Pembentukan Kata
menggunakan aplikasi Genially
● Latih tubi Pembentukan Kata
● Dapatan kajian - Kata Majmuk
● Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdPc)
untuk Murid berdasarkan Pembentukan Kata
menggunakan aplikasi Blendspace
● Latihan Peneguhan Kata Majmuk
● Penutup
● Dapatan Kajian
● Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdPc)
untuk Murid berdasarkan Pembentukan Kata
menggunakan aplikasi Padlet
● Definisi Pembentukan Kata
● Dapatan Kajian - Kata Tunggal
● Latihan Peneguhan Kata Tunggal
● Dapatan kajian - Kata Terbitan
● Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdPc)
untuk Murid berdasarkan Pembentukan Kata
menggunakan aplikasi Tiktok
● Latihan Peneguhan Kata Terbitan
● Rujukan
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI