The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU2101D_Tugasan_1_D21150411_Lim Hwee Yick

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hweeyick, 2023-05-06 22:09:35

Buku Log Persatuan Pandu Puteri

MPU2101D_Tugasan_1_D21150411_Lim Hwee Yick

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR TAHUN AKADEMIK 2023 MPU2101D KOKURIKULUM – UNIT BERUNIFORM TUGASAN 1 BUKU LOG PROGRAM / UNIT : PDP (PAKK) AMBILAN : OKTOBER 2021 SEMESTER / TAHUN : SEMESTER 2 / TAHUN 2 NAMA PENSYARAH : PUAN HAJAH AZIBAH BINTI BAHAROM NAMA PELAJAR : LIM HWEE YICK ANGKA GILIRAN : 2021152380020 NO KAD PENGENALAN : 850320-01-5342 TARIKH HANTAR : 19-03-2023 Pengakuan pelajar: Saya mengesahkan bahawa maklum balas telah diberikan oleh pensyarah. Catatan (jika ada) Tandatangan Pelajar: Tarikh:


BIL ISI KANUDNGAN MUKA SURAT 1. Penghargaan 4 2. Buku Log Persatuan Pandu Puteri Malaysia 5 3. Sukatan Persatuan Pandu Puteri 6 4. Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran 7 - 11 5. Sejarah Pandu Puteri 12 - 31 6. Carta Organisasi Pandu Puteri 32 - 44 7. Persetiaan Pandu Puteri 45 – 49 8. Logo, Bendera Pandu Puteri 50 – 59 9. Pakaian Seragam Pandu Puteri 60 – 79 10. Prinsip Asas Perlembagaan, Visi, misi Pandu Puteri 80 – 84 11. Hormat Pandu Puteri 85 – 88 12. Istiadat-Istiadat Rasmi Persatuan Pandu Puteri Malaysia 89 – 107 13. Simpulan 108 – 115 14. Jenis-Jenis Ikatan 116 – 117 15. Perkhemahan 118 – 123 16. Gajet Perkhemahan 124 – 131 17. Permainan Pandu Puteri 132 – 134 18. Nyanyian 135 – 139 19. Ikhtiar Hidup 140 – 143 20. Masakan Rimba dan Masakan Solar 144 – 150 21. Malam Kebudayaan Pandu Puteri 151 – 154 22. Kembara dan Pandu Arah 155 – 160 23. Khidmat Kesukarelawan 161 – 162 24. Asas Pertolongan Cermas 163 – 168 25. Program Pandu Puteri Tunas 169 – 174 26. Pengendalian Ujian Percekapan 175 – 215 27. Pengurusan dan Pentadbiran Persatuan Pandu Puteri Malaysia 216 – 219 28. Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia 220 - 243 SENARAI ISI KANDUNGAN


29. Contoh Kertas Kerja Perkhemahan 244 – 254 30. Senarai Bidang Tugas AJK 255 – 262 31. Borang Permarkahan Amali Masakan Rimba 263 – 264 32. Floor Plan Perkhemahan 265 – 272 33. Dokumentasi 273 - 320


PENGHARGAAN Salam sejahtera dan salam mekar di hati. Kerja kursus tugasan 1 buku log dapat saya laksanakan dengan sempurna dan tepat pada masa. Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada: Pensyarah kursus ini MPU2101D, Kokurikulum – Unit Beruniform. Puan Hajah Azibah Binti Baharom yang telah banyak membimbing saya dalam menyiapkan tugasan ini. Beliau banyak memberi penerangan, bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar kepada saya tentang cara melakukan kerja kursus ini dengan banyak kesabaran. Begitu juga rakan-rakan seperjuangan lain yang saling bertukar idea, membuat perbincangan yang tidak terhingga bilangannya dan memberi galakan sesama kita dalam usaha menyiapkan tugasan bersama-sama. Sekian, terima kasih.


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR BUKU LOG PERSATUAN PANDU PUTERI KADET LIM HWEE YICK PDP PAKK OKT 2021 2021152380020


Nama : Lim Hwee Yick Angka Giliran : 2021152380020 Nombor Matrik : D21150411 No. Kad Pengenalan : 850320-01-5342 Program / Unit : PDP / PAKK Ambilan : Oktober 2021 Semester / Tahun : Semester 2 / Tahun 2 Nama Pensyarah: Puan Hajah Azibah Binti Baharom Kod Kursus: MPU2101D Nama Kursus: Kokurikulum Unit Beruniform Kredit: 2 Kumpulan Diajar: Kadet Pandu Puteri SUKATAN PERSATUAN PANDU PUTERI


RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEMESTER 2 TAHUN 2 (JAN – MEI 2023) MPU2101D KOKURIKULUM – UNIT BERUNIFORM PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Minggu dan Tarikh Topik/Tajuk Jam Interaksi Bersemuka (Seminggu) eP (MK) Catatan KTA (RMK) KTAL (MK) eP (TB) Minggu 1 29 Jan05 Feb 2023 PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM 29 Jan-05 Feb - Pendaftaran Kursus Thaipusam: 5 Feb 2023 Minggu 2 Interaksi 1 06-10 Feb 2023 1. Pengenalan Unit Beruniform • Sejarah Pertubuhan Unit Beruniform (UB) - Prinsip dan Tujuan Pertubuhan - Perlembagaan Pertubuhan - Objektif, Misi dan Visi - Lambang dan Cogan Kata - Bendera dan Lagu Pertubuhan - Persetiaan atau Ikrar dan Undang-undang Pertubuhan - Istiadat dalam Pertubuhan • Struktur dan Organisasi Pertubuhan - Peringkat Antarabangsa/ Kebangsaan/Cawangan/Sekolah • Pengurusan dan Pentadbiran Pertubuhan di Institusi - Konsep Kepemimpinan dalam UB - Tanggungjawab Pemimpin dalam UB - Pendaftaran Kumpulan dan Ahli - Sistem Patrol/Sekawan 2J 06-17 Feb 2023 (2minggu) Interaksi dalam Talian Verifikasi Pelaksanaan Kerja Kursus (fasa Perancangan)


- Pengurusan Buku Log, Folio atau Laporan Aktiviti Pertubuhan - Pakaian Seragam UB - Takwim dan Perancangan Aktiviti Tahunan 2. Pengurusan dan Pentadbiran Aktiviti Perkhemahan • Konsep dan Tujuan Perkhemahan UB - Jenis-jenis Perkhemahan UB-Perkhemahan Antarabangsa/Kebangsaan/Unit - Prosedur Perkhemahan - Peserta perkhemahan - Persediaan Sebelum, Semasa dan Selepas Perkhemahan Minggu 3 Interaksi 2 13-17 Feb 2023 3. Kemahiran Asas Unit Berunform • Konsep dan Prinsip Asas Kemahiran UB • Kelebihan Menguasai Asas Kemahiran UB • Jenis-jenis Kemahiran: - Seni dan Budaya - Tali Temali - Kawad Kaki - Pertolongan Cemas • Kraf Perkhemahan - Konsep Kraf Perkhemahan UB - Asas Perkhemahan dan susun atur perkhemahan - Gajet 1J 1J (A) Minggu 4 Interaksi 3 20-24 Feb 2023 3. Kemahiran Asas Unit Berunform • Konsep dan Prinsip Asas Kemahiran UB • Kelebihan Menguasai Asas Kemahiran UB • Jenis-jenis Kemahiran: - Seni dan Budaya - Tali Temali - Kawad Kaki - Pertolongan Cemas • Kraf Perkhemahan 1 (A) 18 Feb (Sabtu): Israk & Mikraj INTERAKSI FIZIKAL (4 MINGGU) 18 Feb 2023-19 Mac 2023 CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN


- Konsep Kraf Perkhemahan UB - Asas Perkhemahan dan susun atur perkhemahan - Gajet Minggu 5 Interaksi 4 27 Feb 2023 - 3 Mac 2023 4. Kembara >Pandu Arah dan Komunikasi >Konsep dan Tujuan Pandu Arah >Peralatan Pandu Arah >Prosedur Pelaksanaan Pandu Arah 1 (A) 18-19 Mac 2023 (Khamis): Awal Ramadhan INTERAKSI FIZIKAL (4 MINGGU) 18 Feb 2023-19 Mac 2023 Minggu 6 Interaksi 5 6-10 Mac 2023 4. Kembara >Pandu Arah dan Komunikasi >Konsep dan Tujuan Pandu Arah >Peralatan Pandu Arah >Prosedur Pelaksanaan Pandu Arah Laporan Pengembaraan dan Pandu Arah - Format dan Kriteria 1 (A) INTERAKSI FIZIKAL (4 MINGGU) 18 Feb 2023-19 Mac 2023 MInggu 7 Interaksi 6 13 – 17 MAC 2023 4. Kembara > Komunikasi: Konsep dan Tujuan,Jenis-jenis: Komunikasi Isyarat - >Tanda dan Simbol, Pandu Arah/ Membaca Kompas atau Global,Positioning Satelite (GPS)/ Membaca Peta Topo dan Kegunaannya/ Radio Komunikasi Dua Hala 1 (A) INTERAKSI FIZIKAL (4 MINGGU) 18 Feb 2023-19 Mac 2023 Minggu 8 Interaksi 7 20 – 24 MAC 2023 4. Kembara > Komunikasi: Konsep dan Tujuan,Jenis-jenis: Komunikasi Isyarat - >Tanda dan Simbol, Pandu Arah/ Membaca Kompas atau Global,Positioning Satelite (GPS)/ Membaca Peta Topo dan Kegunaannya/ Radio Komunikasi Dua Hala 1 (A) Markah Masuk Dalam BPBP 19 Mac -23 April 2023 MInggu 9 Interaksi 8 4. Kembara >Ikhtiar Hidup,Jenis Masakan Ikhtiar Hidup: 1 (A) Markah Masuk Dalam BPBP 19 Mac -23 April 2023


27 – 31 MAC 2023 ○ Masakan Solar/ Masakan Rimba/ Masakan Kelompok/Masakan Bencana Minggu 10 Interaksi 9 3-7 April 2023 4. Kembara >Ikhtiar Hidup,Jenis Masakan Ikhtiar Hidup: ○ Masakan Solar/ Masakan Rimba/ Masakan Kelompok/Masakan Bencana 1 (A) 8-21 April - Verifikasi Penyemakan Moderasi PB dan Ujian Amali (Fasa Selepas Moderasi) Minggu 11 Interaksi 10 10-14 April 2023 4. Kembara > Pembangunan Insan Guru (Rohani dan Moral) > Pendidikan sivik, kemasyarakatan, human governance 1 (A) Verifikasi PB Fasa Selepas Moderasi): 10-21 April 2023 Minggu 12 Interaksi 11 17-21 April 2023 4. Kembara • Laporan Pengembaraan dan Pandu Arah 1 (A) Hari Raya Idilfitri:22-23 April 2023 Exit Survey & IPPK: Hari Pekerja:1 Mei 2023 20 April-1 Mei 2023 Cuti Hari Raya Aidil Fitri 21-30 April: Kemasukan Markah Kerja Kursus di BKKP oleh Pensyarah CPS Minggu 13 24 -28 April 2023 CUTI PERTENGAHAN SEMESTER IPG (1 MINGGU) 21-30 APRIL 2023) 22-30 April CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1 (Sesi 2023/24: 9Hari) MU Minggu 14 01 -05 Mei 2023 MINGGU ULANGKAJI 01 Mei :Hari Pekerja 4 Mei: Hari Wesak MU MINGGU 15 8 -12 Mei 2023 MINGGU PEPERIKSAAN 01-14 Mei -Exit Survey dan Penilaian Pelajar terhadap Pnp pensyarah (IPPK) 09-28 Mei Kemasukan Markah Peperiksaan di BKKP oleh Pensyarah PEP MINGGU 16 15 -19 Mei 2023 MINGGU PEPERIKSAAN 09-26 Mei: Pemeriksaan Skrip Jawapan dan Moderasi 09-28 Mei Kemasukan


Markah Peperiksaan di BKKP oleh Pensyarah CAS MINGGU 17 22 Mei - 02 Jun 2023 CUTI AKHIR SEMESTER IPG 22 Mei-02 Jun 2023:Cuti Akhir Semester IPG 26 Mei-03 Jun 2023:Cuti Penggal 1 Persekolahan Sesi 2023/2024 JUMLAH JAM 3 10 13jam Catatan: Rancangan ini tertakluk pada pindaan eP (TB) = e-Pembelajaran (Tidak Bersemuka) dalam MK


SEJARAH PANDU PUTERI


Pengenalan Pandu Puteri Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) merupakan pertubuhan rasmi yang menggabungkan persatuan-persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri di seluruh dunia. Terdapat 145 organisasi ahli yang bergabung dengan WAGGGS dan mereka ditadbir mengikut lima rantau – Afrika, Arab, Asia Pasifik, Eropah dan Hemisfera Barat. WAGGGS mempunyai 10 juta orang ahli individu. Melalui Organisasi Ahlinya, WAGGGS menyediakan program pendidikan buakn formal yang berkualiti untuk remaja dan wanita muda mengembangkan kepimpinan dan kemahiran hidup melalui perkembangan kendiri, cabaran dan adventure. Pandu Puteri belajar melalui pengalaman. Pertubuhan Pandu Puteri ditubuhkan sebagai versi wanita kepada pengakap Lord Robert Baden-Powell, pada tahun 1910 dengan bantuan saudara perempuannya Agnes Baden-Powell. Pandu Puteri (dikenali sebagai Pengakap Puteri USA di Amerika Syarikat) adalah organisasi pengakap untuk gadis dan pemudi. World Association of Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) adalah badan penyelia antarabangsa kepada pergerakan pengakap puteri. Persatuan Pandu Puteri Malaysai (PPPM) pula telah ditubuhkan secara rasminya dalam tahun 1917 apabila ia didaftarkan di Calcutta tetapi Pusat Pentadbiran ialah di Singapura sehingga tahun 1956. Ibu Pejabat Kebangsaan kini terletak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur sejak tahun 1957. Disebabkan gadis dibenarkan memasuki Pengakap di British, jumlah Pandu Puteri merosot di sana. Di Britain, usia junior antara (7-10) of guides dikenali sebagai Brownies, younger girls (5-7) dikenali sebagai Rainbows and older guides become Young Leaders or Rangers (the former concentrating more on becoming guide leaders, the latter more on advanced guide actities). In Canada, the Guides are divided into multiple programmes depending on age: Sparks, Brownies, Guides, Pathfinders.


Tujuan Penubuhan Persatuan Pandu Puteri Malaysia ’01 Menerapkan sifat-sifat kepimpinan yang tulen dan nilai-nilai murni melalui program-program kepanduan. ’02 Mendidij, melatih dan mengembangkan potensi ahli-ahli persatuan agar dapat menjadi warganegara yang peka, berwibawa, berketerampilan dan berdisplin. ’03 Menjadu sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa dalam menyediakan mereka untuk menjadi pemimpin berwibawa pada masa hadapan. ’04 Melahirkan golongan remaja dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat.


Sejarah Pengasas Pengasas Pandu Puteri Olave St. Clair Soames (Lady Baden Powell) Olave St. Clair Soames atau lebih dikenali sebagai Lady-Baden Powell iaitu beliau adalah isteri kepada Lord Robert Baden-Powell telah mengetuai pertubuhan “Girl Guides” dengan bantuan adik Lord Robert Baden-Powell, Agnes Baden Powell pada tahun 1910 yang sebelumnya dikenali sebagai “Girl Scouts”. Padu tahun 1916, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Pandu Puteri atau “Girl Guides”. Kedumian pada tahun 1918, beliau telah dilantik menjadi Ketua Pandu Puteri atau “Chief Guide”. Beliau telah diberi gelaran “World Chief Guide” pada tahun 1930. Beliau hidup sehingga 25hb Jun 1977 pada umur 88 tahun.


Sejarah Penubuhan Pandu Puteri Tahun 1909 Sejumlah kecil gadis hadir untuk Perhimpunan Pengakap “Scout Rally” pertama di Crystal Palace, memanggil diri mereka Pengakap Puteri. Ini dibuktikan sebagai pemangkin untuk pergerakan Pandu Puteri pada hari ini. Mereka telah menarik perhatian pengasas pergerakan Pengakap, Lord Robert Baden-Powell. Lord Robert Baden-Powell menubuhkan Pandu Puteri sebagai pergerakan selari bagi mereka, diselenggarakan oleh adiknya Agnes Baden-Powell. Lord Robert Baden-Powell bimbang sekiranya mereka dikenali sebagai pengakap akan menyebabkan kanak-kanak lelaki menjauhi diri dan juga keluarga gadis. Oleh itu, Lord Robert Baden-Powell memilih nama “Girl Guides” atau “Pandu Puteri” dengan rujukan kepada Guides Corps di India. Dalam masa beberapa bulan, kumpulan perempuan ini telah mempunyai nama dan programnya sendiri. LORD ROBERT BADEB-POWWELL Tahun 1910 Agnes Baden-Powell, mengadapasikan buku “Scouting for Boys” untuk kegunaan Pandu Puteri dan seterusnya, pergerakan Pandu Puteri dilahirkan. Lord Robert Baden-Powell yang baru bersara mula bergerak secara sepenuh masa dalam Pengakap dan Pandu Puteri. Semasa satu lawatan promosi untuk Pengakap dan Pandu Puteri, beliau berjumpa dengan Olave Soames dan seterusnya berkahwin dengannya. OLAVE ST CLAIR SOAMES


Tahun 1912 Di serata dunia Walaupun pergerakan Pandu Puteri dilahirkan di Britain, tetapi perkembangannya ke tempat lain amat pantas. Sebelum persatuan ini ditubuhkan, telah wujud beberapa kumpulan. Pandu Puteri telah bertapak di 10 negara. Kumpulan-kumpulan ini mempunyai pakaian seragam, lencana, peraturan dan nama yang berbeza tetapi mereka berkongsi prinsip dan cita-cita yang sama. Tahun 1918 Sementara Agnes Baden-Powell memainkan peranan utama sehingga kematiannya, Olave Baden-Powell, menjadi Ketua Pandu Chief Guide England. Olave dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri United Kingdom dan meneruskan usahanya dengan Lord Robert Baden-Powell dalam mengembangkan Pandu Puteri di seluruh dunia. Tahun 1919 Oleh sebab Pergerakan ini terus berkembang, satu badan rasmi diperlukan untuk menyatukan semua ahli dan pada tahun 1919. Olave Baden-Powell membentuk Majlis Antarabangsa (International Council), perintis kepada WAGGGS. Robert Baden-Powell dilantik sebagai Ketua Pengakap Sedunia. Gambar Olave Baden-Powell menjadi Ketua Pandu Puteri


Tahun 1920 Setahun kemudian, Persidangan Antarabangsa yang pertama telah diadakan. Persidangan ini merupakan satu peristiwa yang bersejarah dan memberi peluang kepada dunia Pandu Puteri dan Pengakap Puteri untuk berjumpa dan bertukar fikiran dan pengalaman. Buat kali pertamanya, kumpulan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri mula merancang lawatan ke luar negara. Tahun 1924 Perkhemahan Sedunia yang pertama diadakan dan pada tahun berukutnya, Buletin Dunia dikeluarkan. Buletin ini kini dikenali sebagai “Our World News”. Sementara itu, pasangan Baden-Powell meneruskan usaha mereka dalam mempromosikan Pengakap dan Pandu Puteri/Pengakap Puteri di seluruh dunia. Tahun 1928 Selepas Persidangan Antarabangsa Keempat yang diadakan di Amerika Syarikat pada tahun 1926, wakil dari beberapa negara berjumpa dengan Baden-Powell untuk bertanya tentang pembentukan satu persatuan. Sebelum Persidangan Antarabangsa Kelima di Hungary pada tahun 1929, BadenPowell mendapatkan pendapat semua pertubuhan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri yang terkenal dan meminta mereka mempertimbangkan perkara ini secara serius. Akhirnya, perwakilan persidangan dari 26 negara membuat keputusan untuk membentuk Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Biro Dunia (World Bureau) Persatuan ini akan bertempat di Londan dan berfungsi sebagai urusetia. Selepas itu, keputusan diambil untuk pemilihan satu Jawatan kuasa Dunia. Lord dan Lady Baden-Powell serta Pengarah Biro Dunia aka menjadi ahli ex-officio kepada Jawatan kuasa ini. Satu draf perlembangan teah disetujui dan Pandu Puteri menjadi satu persatuan yang berpusat.


Tahun 1930 Perang Dunia Pertama tidak menghalang perkebangan Pergerakan ini. Banyak kumpulan yang menawarkan diri sebagai sukarelawan, 15 lagi negara yang memperkenalkan kumpulan Pandu Puteri, termasuklah Brazil, China dan Estonia, Olave Baden-Powell menjadi Ketua Pandu Chief Guide England dan Ketua Pandu Puteri Sedunia. Tahun 1931 Sementara itu, Pergerakan ini terus berkembang dengan pesat. Pada tahun 1931, keahlian persatuan ini melebihi satu juta. Tahun 1932 Pusat Dunia yang pertama dibuka Tahun 1939 Perkhemahan Sedunia Pandu Puteri / Pengakap Puteri diadakan di Hungary Tahun 1945 Setelah tergendala sementara disebabkan oleh peperangan, pergerakan ini dihidupkan semula pada tahun 1945 dan terus berkembang. Walau bagaimanapun, Lord Baden-Powell telah meninggal dunia pada masa itu. Walaupun bersedih atas pemergian suaminya. Olave meneruskan kerja beliau dalam Pandu Puteri. Tahun 1957 Pembukaan Our Cabaa Tahun 1966 Pembukaan Sangam


Tahun 1977 Olave Baden-Powell meninggal dunia pada Jun 1977. Bagi mengingati beliau, WAGGGS memulakan Projek Pusat Olave (Olave Centre Project) dan meletakkan semula Biro Dunia (urusetia WAGGGS) bersama Pusat Dunia London (Pax Lodge) Sehingga Hari Ini : Pertumbuhan pesat ini adalah disebabkan oleh usaha ramai wanita yag bersemangat mempunyai sumber dan berpandangan jauh. Mereka semua melihat ini sebagai peluang yang baik untuk pendidikan remaja wanita. Nama seperti Juliette Low (pengasas Pengakap Puteri di Amerika Syarikat), Olga Malkowska (pengasas di Poland) dan Antoinette Butte (pengasas di Perancis) membantu membentuk pergerakan yang kita kenali hari ini.


Sejarah Penubuhan Pandu Puteri TUNAS Di Malaysia Tahun 1917 Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan oleh Cik Gertrude Ballard di Perempuan Methodist, Kuala Lumpur, dibantu oleh tiga orang pemimpin berpangkat Leftenan iaitu Cik Ford, Cik King dan Cik Pykett. Pasukan ini telah didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri India dan dikelolakan di bawah YWCA. Lady Guillemard dilantik Yang Di Pertua dan Puan Cavendish dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya. Tahun 1919 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang. Tahun 1920 Pek Tunas Puteri yang pertama pula ditubuhkan di Sekolah Perempuan Kampung Baru, Kuala Lumpur. Tahun 1921 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Perak. Tahun 1923 Penubuhan Pasukan Kadet Pandu Puteri Pulau Pinang. Tahun 1924 Pasukan Pandu Puteri Negeri Sembilan ditubuhkan pada tahun 1924. Tahun 1925 Pasukan Pandu Puteri Melaka ditubuhkan. Penubuhan Unit Renjer Puteri Pulau Pinang. Puan P.M. Robinson dilantik sebagai Ketua Unit Renjer Puteri Malaya. Tahun 1928 Kepanduan mula mendapat perhatian pihak kerajaan yang berkuasa pada masaini. Kerajaan Negeri-negeri Selat serta Kerajaan Persekutuan telah memberi pengiktirafan rasmi dalam bentuk sokongan dan kerjasama seterusnya memberi sumbangan dan peruntukan tahunan sebanyak dua ribu ringgit.


Tahun 1932 Pasukan Pandu Puteri Johor dan Pasukan Pandu Puteri Kedah ditubuhkan dan merupakan Pasukan Pandu Puteri yang pertama mengadakan kegiatan dalam Bahasa Melayu. Tahun 1934 Ketua Pengakap Lord Baden Powell Dan Ketua Olave, Lady Baden Powell telah mengadakan lawatan ke Malaya. Tahun 1937-1946 Kegiatan kepanduan di Malaya tergendala disebabkan perubahan takhta pemerintahan kerajaan yang mana Malaya mula diperintah oleh kerajaan Jepun. Tahun 1947 Kegiatan kepanduan yang tergendala telah dihidupkan semula dengan usaha-usaha menggalakan lebih ramai lagi penyertaan gadis-gadis remaja apabila penubuhan Pasukan Pandu Puteri dilancarkan di semua negeri Persekutuan Tanah Melayu. Beberapa orang ahli pandu puteri dan pemimpin dari PPPM telah mengambil bahagian dalam perhimpunan antarabangs buat pertama kalinya. Tahun 1948-1960 Sekali lagi kegiatan kepanduan tergendala akibat pengisytiharan daurat di seluruh negara. Tahun 1957 Persatuan Pandu Puteri Malaya diterima bergabung dengan WAGGGS (Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia). Perjanjian Pandu Puteri yang diubahsuai untuk memenuhi keperluan negara mula digunakan. Tahun 1960 PPPM telah diterima sebagai Ahli Tenderfoot WAGGGS, dalam Persidangan Dunia ke-17 di Athens, Geece.


Tahun 1962 PPPM telah diberi penghormatan menjadi penganjur dan tuan rumah Persidangan Pemimpin Pandu Puteri Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Disember. Tahun 1964 Dame Leslie Whateley, Pengarah Biro Dunia telah memberi Pengiktirafan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, gabuangan Persatuab Pandu Puteri Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Mlaya) hasil dari pembentukan negara Malaysia pada 1963. Tahun 1967-1976 Sambutan Tahun Jubli Emas 50 Tahun disambut meriah dengan aktiviti-aktiviti Perkhemahan Jubli Emas. Tahun 1969 Perletakkan Batu Asas Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat, Wisma Pandu Puteri oleh DYMM Sri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Intan Zaharah Ibni Almarhum Tengku Seri Setia Raja Terengganu. Tahun 1977-1986 Sambutan Tahun Jubli Intan disambut dengan Jambori Jubli Intan, Penubuhan Guild Trefoil Malaysia , Bengkel Penyediaan Buku Dasar Pertubuhan dan Undang-undang (DPU) Perkhemahan dan Perkhemahan Antarabangsa KEMMS. Majlis Kebangsaan bersetujui menukarkan BROWNIE kepada TUNAS PUTERI. Pakaian seragam baru untuk Pandu Puteri, Tunas Puteri dan Peminpin mula digukana di seluruh negara. Tahun 1986 PPP Selangor dipecahkan untuk membentuk PPP Wilayah Persekutuan dan PPP Selangor.


Tahun 1987-1996 Merupakan tahun-tahun Kepanduan sebagi satu cabaran yang dimulakan dengan sambutan 70 Tahun Kepanduan di Malaysia secara besar-besaran di seluruh nagara. PPPM telah menjadu tuan rumah kepada Mesyuarat Jawatankuasa Asia Pasifik, Pesidangan Ketua Pesuruhjaya Komanwel dan Jambori pandu Puteri Kebangsaan. Satu lagi detik sejarah PPPM ialah penubuhan Masjli Kadet Pandu Puteri Maktad Perguruan Malaysai di mana semua urusan latihan dan program kepanduan guru-guru pelatih dipertanggangjawabkan kepada Pesuruhjaya Kadet Pandu Puteri yang setaraf dengan Pesuruhjaya Negeri. Pelbagai Projeck seperti Our Water Our Would, Cleanathon, Round Robin, Kem Cabaran 96 telah dilaksanakan. Tahun 1997 Sambutan 80 Tahun PPPM dengan Semangat Keamanan dan Harmoni bermula. Tahun 1998 Sempena SUKOM ’98 di Malaysia, PPPM telah menganjurkan Perkhemahan Komanwel ’98. Tahun 1999 Bagi menyahut cabaran perkembangan era ICT, Laman Web PPPM telah mula dilancarkan dengan peningkatan maklumat dari semasa ke semasa. Tahun 2000 8-15 Februari – Laporan Kemajuan WAGGGS ke atas Persatuan Pandu Puteri Malaysia oleh Jan Mac Intyre. Lawata ke Selangor, Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Melancarkan Projeck Biskut dan Penyerahan Jalur Gemilang – Ketua Kontinjen Bilateral Exchange Programme with China. Majlis Menandatangani Laman Web Persatuan Pandu Puteri Malaysia.


Tahun 2000 Pesta Tunas Puteri Antarabangsa 2000 / International Brownies Festival 2000 di UITM Shah Alam Selangor. Tema Kerjasama Sejagat Ke Arah Kesejahteraan Sedunia’ (Global Cooperation For A Better World) 11 negara mengambil bahagian. 20 – 26 November – Aktiviti Antarabangsa; “Bilaterial Exchange Programme Between Girl Guides Association Malaysia with The Chinese Young Pioneers” (Program Pertukaran Malaysia – China). Tahun 2001 7 – 12 September – Kem Integrasi 2001: Kem ini yang disertai oleh peserta dari dalam dan luar negara dari Maldives, Korea dan Pasukan Pakistan telah diadakan di Pusat Kecemerlangan dan Pembangunaan Insan YPJ, Sekakap, Mersing Johor. Projek Asia Pasifik : PPPM – Fiji GGA ; Lend A Hand Tahun 2002 April – Majlis Menjunjungjan Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah, Bekas Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Sambutan menyambut sempena 85 tahun Kepanduan di Malaysia. Tahun 2003 Projek Khidmat Hospital Majlis Renjer Puteri Kebangsaan telah dilancarkan di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. Projek berterusan ini akan diadakan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada Oktober sempena Sambutan Hari Kanak-kanak sedunia. Tema yang ditetapkan ialah “Kami Membawa Keriangan”. Ahli Pandu Puteri Renjer akan berkhidmat di wad kanak-kanak (pediatrik). Projek “Lids for Limbs” telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Projek Bungkusan Kasih atau”Peace Packs” telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.


Tahun 2004 Seramai 55 orang ahli Renjer Puteri dan Pemimpin mencipta sejarah mendaki Gunung Kinabalu dengan menyertai Ekspedisi Kinabalu rakan Muda yang bertemakan “Menuju ke Puncak”. Seramai 49 ahli Berjaya ke Puncak. Persatuan Pandu Puteri Malaysia dipilih sebagai salah satu organisasi ahli WAGGGS untuk projek International Signature Programme (ISP), satu kerjasama antara The UPS Foundation, WAGGGS dan PPPM. Melalui projek, PPPM menerima geran daripada The UPS Foundation selama tiga tahun untuk mencapai beberapa matlamat. Cycleton Puteri Terengganu (Ogos 2004) – 290 ahli Pandu Puteri dan Renjer Puteri berbasikal 300 km merentasi negeri Terengganu bagi menjana dana untuk kanak-kanak kurang upaya dan sakit kronik. Hasil kutipan dana telah dimasukkan ke Tabung Amal Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu. Ekspedisi Berbasikal Pulau Pinang (Oktober 2004) Berjaya memasuki Malaysia Book of Records sebagai “Ekspedisi Berbasikal Wanita yang Terbesar di Malaysia”. Tahun 2005 21 – 23 Februari – Pada pertama kalinya “GirlGuides’ Summit” diadakan di Hotel Kuala Lumpur Internatinal untuk ahli-ahli kepanduan lepasan sekolah. Seramai 105 orang peserta mengambil bahagian. Sambutan Hari Peringatan Sedunia Peringkat Kebangsaaan dengan tema “Makanan” turut diadakan di acara ini. Sebanyak 4,581 “Peace Packs” telah dihantar ke Iraq. Pengurusan penghantaran dibuat oleh Kementerian Luar Negeri dan kos penghantaran dibuat oleh Kementerian Luar Negeri dan kos penghantaran dibiayai oleh Kementerian Pertahanan.


Tahun 2005 16 – 17 April – Kursus Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS WAGGGS diadakan di Wisma Pandu Puteri dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia. Seramai 23 orang Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS Berjaya dihasilkan. 16 – 19 Ogos – Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Perhimpunan Agung Pertama Sahabat Asia Pasifik WAGGGS (Friends of Asia Pacific WAGGGS) yang diadakan di Kuantan, Pahang dan disertai oleh 190 orang peserta dari 12 negara. 17 Ogos – Masjli Pelantikan KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Mutawakkil’ Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, D.K.; D.K. (johor); S.P.M.J. sebagai Penaung Di Raja Sahabat Rantau Asia Pasifik WAGGGS di Kuantan, Pahang September – Mesyuarat Meja Bulat di Sungai Petani, Kedah bagi membincangkan Perlembagaan baru PPPM 20 Oktober – YABhg Datin Paduka Seri Endon Mahmood, Yang Di Pertua PPPM kembali ke Rahmatullah. Tahun 2006 Januari – Perubahan nama bahagian dalam PPPM berkuatkuasa; Nama Lama Nama Baru Tunas Puteri Pandu Puteri tunas Pandu Puteri Pandu Puteri Remaja Renjer Puteri Pandu Puteri Renjer Kadet Puteri Pandu Puteri Kadet Pek Tunas Puteri / Pasukan Pandu Puteri / Unit Renjer Puteri diubah kepada Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja dan Pasukan Pandu Puteri Renjer.


Tahun 2006 13 – 17 Mac – Perkhemahan Pandu Puteri Remaja Peringkat Kebangsaan diadakan di Kem Bina Negara, Kaki Bukit, Perlis dan dihadiri oleh 600 orang peserta. 1 – 6 April – Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Seminar Penilaian Signature Programme Volunteerism yang dihadiri 27 peserta dari Malaysia, Hong Kong, Mexico, Afrika Selatan serta pegawai dari Biro dunia WAGGGS, APCO Worldwide dan Point of Lights Foundation, Ketua Eksekutif WAGGGS, Lesley Bulman-Lever dan Pengarah Global Projek, Brenda Fitzpatrick bersama dengan rombongan PPPM mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Dato’ seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dan YB Puan Komala Devi, Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran Malaysia. Para peserta juga menghadiri Majlis Santapan bersama SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah, Penaung Di Raja PPPM. 26 April – 1 Mei – Ekspedisi Berakit Menyusuri Sungai Pahang. Ekspedisi 5 hari 4 malam sejauh 180 km disertai 140 orang ahli dan sukarelawan Pandu Puteri. PPPM mendapat hadiah Penyertaan Terbanyak. 9 Jun – Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibentang dan diluluskan oleh Majlis Kebangsaan, berkuat kuasa serta-merta. 9 Jun – Pelancaran projek khidmat masyarakat yang baru “Program etika Bendera: Kesedaran dan Penjagaan” tela disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan di Hotel Sutera Harbour, Kota Kinabalu.


Tahun 2006 Julai – Modul Program Pandu Siswi dimantapkan Oktober – Projek Perintis Kempen Pendaftaran Pasukan dan Ahli dijalankan di kesemua 9 daerah di negeri Selangor. Tahun 2007 Januari – Pelaksanaan Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Januari & Februari – Siri Bengkel Berfikir secara Kreatif “Scientific Creative Thinking” diadakan untuk ahli lepasan sekolah dengan kerjasama Empowering Potential Consultancy. 19 Januari – majlis Persembahan Selepang kepada SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah sebagai Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Istana Negara. 1 April – PPPM menerima tawaran daripada WAGGGS untuk menjadi Tuan Rumah Persidangan Rantau Asia Pasifik WAGGGS yang ke-9. 3 – 9 Jun - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada “9th Asia Pacific Regional Conference”. Kedua-dua acara ini diadakan di Sunway Resort dan dihadiri oleh 200 orang dari 22 negara di Rantau Asia Pasifik. Seramai 50 orang ahli dan sukarelawan PPPM berkhidmat sebagi sukarelawan di acara ini. Delegasi Malaysia ke Persidangan Rantau Asia Pasifik dianggotai oleh enam orang termasuk dua orang Pemimpin Muda. 6 Jun – forum Belia bertajuk “Voice of Girls and Young Women” diadakan sempena Persidangan Rantau Asia Pasifik. 100 orang ahli Pandu Puteri Remaja dari Malaysia dan Singapura mengambil bahagian.


Tahun 2007 7 Jun – Perjumpaan Ketua Eksekutif WAGGGS, Mary McPhail dengan ahli PPPM. 6 September – Kunjungan Hormat kepada YABhg Datin Seri Jeanne Abdullah, Yang Di Pertua baru PPPM. 9 Oktober – Lawatan Mesra YB Dato’ Seri Azalina binti Dato’ Othman Said, Menteri Belia dan Sukan bersama rombangan Kementerian Belia dan Sukan ke Wisma Pandu Puteri. 25 Noember – Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke-90 Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Tahun 2008 19 Januari – Pelancaran “Kempen Mega Pendaftaran Keahlian Peringkat Kebangsaan” di Sungai Petani, Kedah 6 – 12 Julai – Delegasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia menghadiri Persidangan Dunia WAGGGS Ke-33 di Afrika Selatan dan membentangkan pembidaan untuk Persidangan Dunia Ke-34, tahun 2011. 17 – 22 Ogos – Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja diadakan di Kem Bina Negara, Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Perkhemahan ini dihadiri oleh 500 peserta dari Malaysia, Maldives, Singapura, Sri Lanka, Hong Kong dan United Kingdom. SEHINGGA KINI Untuk mencapai hasrat membentuk ahli-ahli dan pemimpinpemimpin yang berkualiti, bersemangat kental, progresif, dinamik dan mampu menangani pelbagai saingan dan perubahan dunia di alaf baru, PPPM telah merancang, melaksana dan melibatkan semua pihak dalam pelbagai program baru.


SEHINGGA KINI PPPMmempunyai komitmen dalam melahirkan golongan Wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan negara dan bangsa melalui visi PPPM “Menerajui perkembangan potensi gadis dan wanita untuk membawa perubahan”. Setelah 100 tahun berada di Malaysia, PPPM telah menyumbang kea rah melahirkan pemimpin Wanita yang hebat, cemerlang serta berwibawa di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Kecermalangan PPPM semakin meningkat dan terserlah di bawah kepimpinan Ketua Pesuruhjaya dan pemimpin-pemimpin yang berpengalaman dan gigih. Dengan kerjasama dan sokongan pelbagai pihak, sama ada secara langsung atau pun tidak, PPPM akan terus memajukan serta meningkatkan kepimpinan dan penglibatan gadis dan wanita dalam aktiviti-aktviti tempatan dan antarabangsa.


CARTA ORGANISASI PANDU PUTERI


A. Carta Organisasi Pandu Puteri Kadet: IPGK Raja Melewar YANG DI PERTUA DR. MAZLAN BIN ARIS NAIB YANG DI PERTUA PN. HJH HALIMAH BT. CHE MAT KETUA UNIT KOKURIKULUM DAN PENYELARAS UNIT BERUNIFORM PN. AZIBAH BT. BAHAROM PESURUHJAYA PANDU PUTERI PN. AZIBAH BT. BAHAROM PEMIMPIN PN. SOHAINA BT. MOHD SALLEH PN. HJH FAIZAH BINTI A. KARIM KETUA PASUKAN EMMERALD EUGENIA ANAK JA’AU KETUA KUMPULAN TERATAI SITI NURAYUNI BT IZAL KENANGA NUR IZZATI BT ISMAIL MELUR NURIN BT HANIF SUHAIRI CEMPAKA NOOR SYAHIRAH BT ZAINAL SIANTAN KISHA ANN VELAN KESIDANG FAATIMATUZZAHRAH BT HALIMUDIN


Unit Pelajar


STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN PANDU PUTERI PERINGKAT KEBANGSAAN Timbalan Yang Di Pertua KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Maimunah Iskandariah Binti AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, D.K.D.K.(Johor), S.P.M.J Ketua Pesuruhjaya YBhg Datin Seri Hajah Zalillah Bte Mohd Taib Pesuruhjaya Ibu Pejabat Bahagian Antarabangsa Cik Jeyadhevi Subramaniam Pesuruhjaya Ibu Pejabat Bahagian Pandu Puteri Tunas Cik Noorlina bt Mohd Yusof Pesuruhjaya Ibu Pejabat Bahagian Pandu Puteri Remaja Cik Margaret Lim Pei Tee


Pesuruhjaya Ibu Pejabat Bahagian Pandu Puteri Renjer Puan Hajah Habibah bt. Abdul Rahman Pesuruhjaya Kadet Puan Samsiah Bte Hassan Pesuruhjaya Pandu Puteru Siswi dan Dewasa Puan Nurulain bt Hj. Ngah Pesuruhjaya Guild Kebangsaan YBhg Datin Salbiah by Abdul Aziz Pesuruhjaya Program dan Latihan Puan Tekbt Mohd Noor Pesuruhjaya Kewangan & Dana Puan Annie Chiew Yen Moi Pesuruhjaya Keahlian Puan Safiah bt Dato’ Abu Bakar Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat Cik Joyce Ong Choon Kim


STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN PANDU PUTERI PERINGKAT NEGERI PENAUNG YANG DI-PERTUA: YABag. Toh Puan Datin Seri Panglima Hajay Dayang Masuyah Binti Awang Jafaar PESURUHJAYA NEGERI Puan Lee Kim Yeok@Kim Chan, ADK,ASDK PENOLONG PESURUHJAYA AHLI-AHLI ATAS JAWATAN : (PESURUHJAYA BAHAGIAN, PESURUHJAYA DAERAH) SETIAUSAHA KEHORMAT BENDAHARI KEHORMAT AHLI TIDAK BERUNIFORM PEMERIKA KIRA-KIRA AHLI JEMPUTAN : (PENGARAH PENDIDIKAN, PENGARAH BELIA DAN SUKAN)


STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN PANDU PUTERI PERINGKAT DAERAH PENAUNG YANG DI-PERTUA NAIB YANG DI-DIPERTUA PESURUHJAYA DAERAH PENOLONG PESURUHJAYA 1 PENOLONG PESURUHJAYA 2 PENOLONG PESURUHJAYA BAHAGIAN: I. PANDU PUTERI II. TUNAS PUTERI III. RENJER PUTERI IV. LATIHAN & BERKHEMAHAN PEMIMPIN-PEMIMPIN AHLI-AHLI: I. TUNAS PUTERI, II. PANDU PUTERI, III. RENJER PUTERI


STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN PANDU PUTERI PERINGKAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU YANG DI-PERTUA : PENGARAH IPG NAIB YANG DI-PERTUA : TIMBALAN PENGARAH EX-OFFICIO : SETIAUSAHA GERKO SETIAUSAHA : PESURUHJAYA KADET PANDU PUTERI IPG PEMIMPIN : PENSYARAT PENASIHAT KETUA PASUKAN : AHLI KADET PENOLONG KETUA : SISWA PENDIDIK SEMESTER 3-5 KETUA PATROL : AHLI KADET PANDU PUTERI IPG PENOLONG KETUA PATROL : AHLI-AHLI KADET


STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN TUNAS PUTERI PERINGKAT SEKOLAH PENAUNG : GURU BESAR PENASIHAT : GPK KOKURIKULUM PENGERUSI : KAKAK SETIA SETIAUSAHA : SITI SETIA 1 BENDAHATI : SITI SETIA 2 KETUA PEK : PANDU PUTERI KAKAK BERENAM : SIANTAN KESIDANG TERATAI CEMPAKA MELOR KENANGA AHLI-AHLI TUNAS PUTERI


STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN PANDU PUTERI PERINGKAT SEKOLAH PENAUNG : PENGETUA PENASIHAT : PK HEM KAPTEN : PEMIMPIN DEWASA LEFTENAN : PEMIMPIN DEWASA (PEMBANTU-PEMBANTU KAPTEN) KETUA PASUKAN : AHLI PANDU PUTERI KETUA KUMPULAN : 4 KUMPULAN (NAMA BUNGA) PENOLONG KUMPULAN : SEORANG BAGI SETIAP KUMPULAN (PATROL) AHLI-AHLI PANDU PUTERI


STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN RENJER PUTERI PERINGKAT SEKOLAH PENAUNG : PENGETUA PENASIHAT : PK HEM KAPTEN : PEMIMPIN DEWASA LEFTENAN : PEMIMPIN DEWASA (PEMBANTU-PEMBANTU KAPTEN) KETUA UNIT : AHLI RENJER PUTERI PENOLONG KETUA : AHLI RENJER PUTERI SETIAUSAHA : AHLI RENJER PUTERI BENDEHARI : AHLI RENJER PUTERI AJK : KHIDMAT MASYARAKAT, KECERIAAN BULITEN AHLI-AHLI RENJER PUTERI


YANG DIPERTUA CAWANGAN Tempat Nama Johor Y.M.Tunku Fatimah Faridah Binti Tunku Osman Kedah YTM Dato’Seri Di Raja Tunku Soraya Binti KDYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah Kelantan YBhg. Puan Sri Kelana D’Raja Datin (Dr) Hajah Nik Azizah Binti Nik Yahya Melaka YBhg. Datin Wira Hajah zainun Binti Tun Ghafar Negeri Sembilan Y.M. Raja Datin Seri Utama Salbiah Binti Tengku Nujumuddin Pahang KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-marhum DYMM Baginda Almutawakkil Allallah Sultan Iskandar Perak DYTM Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Raja Nor Mahani binti Raja Haji Shahar Shah DKA, SPCM, PCM Perlis Y.M. Dato’ Tengku Shireen Binti Al-marhum Dato’ Paduka Tengku Suleiman Pulau Pinang YBhg. Puan Seri Datin Seri Dato’ Su Hashim Sabah YBhg. Datuk Naomi Chong Set Mui Sarawak YBhg. Datin Sri Hajah Dayang Morliah Binti Datuk Haji Awang Daud Selangor Y.A.M Tengku Puan Indera Setia Selangor. Tunku Irinah Binti Al-Marhum Tuanku Jaafar Terengganu Y.A.M Tengku Datin Seri Ramiah Azizah Binti Al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur YBhg. Dato’ Yeoh Soo Keng Wilayah Persekutuan Putrajaya YBhg. Datin Seri Utama Anggraini Binti Sentiyaki Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia YBhg. Dr Noriati Binti A. Rashid Maktab Rendah Sains MARA Yang Berusaha Puan Hanim Binti Abdul Wahab


PERSETIAAN, PANDU PUTERI


PERSETIAAN PANDU PUTERI Dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia akan menjalankan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja, dan Negara saya, Malaysia, menolong orang setiap hari terutamanya mereka di rumah dan mematuhi undang-undang Pandu Puteri Tunas. COGAN KATA PANDU PUTERI REMAJA & PANDU PUTERI KADET “Tolong Orang Selalu” (TOS). Cogan kata ini diucap setiap kali Pandu Puteri Tunas selesai membuat istiadat Lingkungan Pandu Puteri Tunas dan Istiadat Hormat Besar. “SELALU DIA” Bermauksud setiap ahli Pandu Puteri hendaklah sentiasa bersedia untuk mengulurkan bantuan tanpa mengharapkan sebarang imbuhan dan balasan COGAN KATA TUNAS PUTERI “TOLONG ORANG SELALU” COGAN KATA PANDU PUTERI RENJER “SELALU SEDIA – TERUS BERKHIDMAT”


PERSETIAAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, dengan sedaya upaya, menunaikan kewajiban saya kepada Tuhan, Raja dan Neh=gara saya Malaysia, menolong orang setiap masa dan mematuhi undang-undang kepanduan. 1. Pandu Puteri Tunas menunaikan kewajipan kepada Tuhan Segala benda yang hidup dalam dunia ini adalah ciptaan Tuhan. Setiap kali kita memandang atau menggunakan benda-benda yang ada di sekeliling kita, ini menunjukkan kita telah menikmati segala ciptaan Tuhan. Oleh sebab adanya segala ciptaan Tuhan, kita boleh hidup senang. Oleh itu, kita tidak boleh melupakan Tuhan dan sentiasa bersyukur kepadanya. Kita mengingati Tuhan dengan mengamalkan ajaran agama. 2. Pandu Puteri Tunas menunaikan kewajipan kepada Raja Kita mesti taat kepada Raja kita. Kita mesti mematuhi undang-undang negara kita dan menyokong para pemimpin negara. Jika rakyat tidak mematuhi undang-undang sudah tentu negara akan menjadi huru-hara. 3. Pandu Puteri Tunas menunaikan kewajipan kepada Negara Kita hendaklah menyokong dan melibatkan diri dalam semua kegiataan untuk memajukan negara. Kita harus berusaha meningkatkan ekonomi negara kita demi keselesaan hidup rakyat. 4. Pandu Puteri Tunas menolong orang setiap hari terutamanya mereka di rumah Kita hendaklah menolong orang lain untuk meringankan tugas mereka. Mereka sudah tentu akan berasa gembira. Di rumah, kita harus membantu ibu, bapa, adik-beradik dan ahli keluarga yang lain. Di sekolah, kita harus membantu guru dan rakan-rakan. Hal ini sudah tentu akan menggembirakan mereka.


5. Pandu Puteri Tunas mematuhi undang-undang Pandu Puteri Tunas. i. Boleh dipercayai Setiap ahli pandu puteri mestilah bercakap benar, sanggup melakukan sesuatu mengikut arahan pandai menjaga diri-sendiri, keluarga, agama dan negaranya. Peribadi yang baik dan mulia harus ditunjukkan pada setiap masa. ii. Suka menolong orang lain Pandu puteri harus tahu dan berusaha untuk melakukan apa sahaja agar dirinya berguna kepada keluarga, agama, bangsa dan negara. Menolong orang pada setiap masa harus dijadikan amalan. iii. Bersahabat dengan semua orang dan bersaudara dengan pandu puteri yang lain Pandu puteri akan bersahabat dengan sesiapa sahaja tanpa mengira warna kulit, agama, bangsa dan kebudayaan. Ke mana sahaja pandu puteri menjelajah, mereka akan diterima oleh rakan mereka. Pandu puteri juga akan menjalinkan persahabatan dengan orang lain yang bukan dalam kalangan pandu puteri sajaha. iv. Sentiasa bersopan santun. Pandu puteri harus sentiasa menghormati dan berbudi kepada sesiapa sahaja. Dengan ini peribadi yang mulia akan terbentuk dan mereka akan disanjung oleh masyarakat. v. Sentiasa berjimat cermat Pandu puteri harus bijak menggunakan wang atau berbelanja tanpa membazir. Selain itu, pandu puteri juga harus pandai menggunakan masa, menjimatkan masa, menjimatkan makanan dan apa jua keperluan harian.


Undang-undang Pandu Puteri • Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai • Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia • Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain • Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain • Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan santun • Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar • Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah • Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam masa kesulitan • Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat • Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan PIAGAM PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Persatuan Pandu Puteri Malaysia sentiasa: • Menyediakan latihan Pandu Puteri yang berkualiti • Menerapkan sifat-sifat kepemimpinan yang tulin melalui Program Pandu Puteri • Melahirkan ahli yang berkaliber • Menonjolkan ahli yang mempunyai nilai-nilai murni • Menampilkan ahli sebagai warga negara yang sihat dan berguna • Menggalakkan ahli berbakti secara sukarela tanpa apa-apa ganjaran


LOGO, BENDERA PANDU PUTERI


Click to View FlipBook Version