PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN PROSEDUR PENDAFTARAN 1. Pendaftaran Ahli Baru Pendaftaran Ahli Baru melalui sistem e-Daftar di Sekolah / Daerah / Cawang masing-masing. 2. Ahli Seumur Hidup i. Isi borang Ahli Seumur Hidup di laman sesawang Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) ii. Yuran: RM 250.00 sekali bayar sahaja iii. Kelayakan: - Ahli PPPM yang berumur 35 tahun - Ahli PPPM yang kurang daripada 35 tahun perlu bayar pendahuluan RM 5.00 bagi setiap tahun sehingga umur 35 tahun - Contoh : jika umur 30 tahun - Bayaran (RM 5.00 x 5 tahun ) + RM 250.00 = RM 25.00 + RM 250.00 = RM 275.00 iv. Cetak / scan borang dan hantar ke ibu pejabat bersama bayaran atau bukti pembayaran
3. Pendaftaran Pasukan Baru / Semula i. Isi borang pendaftaran pasukan / semula secara atas talian di laman sesawang PPPM. ii. Salinan borang yang telah ditandatangani hendaklah dicetak dan dihantar ke ibu pejabat bersama-sama bayaran atau bukti pembayaran. 4. Yuran Keahlian Kebangsaan Tahunan i. RM 2.00 seorang setiap tahun (untuk ahli Pandu Puteri Tunas / Remaja / Renjer). ii. RM 5.00 seorang seorang setiap tahun (untuk ahli Pandu Puteri Kadet / Siswi / Dewasa / Pemimpin / Guild Trefoil). iii. Dibayar setiap tahun semas pendaftaran semula. iv. Dibayar sebelum 31 April setiap tahun. 5. Cara Pembayaran i. Bayaran melalui Pesuruhjaya Daerah / Ketua Pesuruhjaya Cawangan atau dibayar terus kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia. ii. Bayaran secara tunai, wang pos atau cek berpalang atas nama “PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA” di ibu pejabat Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia. iii. Bayaran dimasukkan terus ke akaun Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Bank CIMB. Nama Akaun : Persatuan Pandu Puteri Malaysia Nombor Akaun : 1426-0006320-004 (Fak/pos/emailkan Salinan transaksi bank ke Persatuan Pandu Puteri Malaysia) Sila dapatkan resit daripada pihak yang menerima bayaran yuran sebagai bukti pembayaran.
Lengkapkan borang-borang pendaftaran berikut: Borang Pendaftaran 2 – Borang Senarai Nama Ahli Dewasa – Pemimpin Borang Pendaftaran 3 – Borang Senarai Nama Ahli Pasukan Catatan: Borang-borang tersebut boleh dimuat turunkan atau diperoleh daripada Pesuruhjaya Daerah / Ketua Pesuruhjaya Cawangan atau ibu pejabat Perstauan Pandu Puteri Malaysia. Sertakan Salinan Sijil Pendaftaran Pasukan / Guild (untuk Pendaftaran Semula dan Pemberian Nama Baru Pasukan/ Guild). Jelaskan pembayaran yuran yang berkenaan. KUASA PENGANJUR 1. Tanggungjawab Kuasa Penganjur ialah:- Meluluskan pendaftaran tahunan unit Pandu Puteri dengan ibu pejabat Persekutuan Pandu Puteri Malaysia. 2. Merupakan salah seorang dari dua penurun tandatangan rasmi (official signatories) (seorang lagi ialah pemimpin kumpulan) bagi akaun simpanan atau semasa untuk unit pandu puteri itu. 3. Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh pemimpin pandu puteri 4. Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unti pandu puteri di mana perlu 5. Meluluskan pemohonan untuk aktiviti-aktiviti luaran (seperti rombongan, kembara, perkhemahan dan sebagainya) untuk ahli-ahli 6. Menyelia dan mengawal kemajuan unit pandu puteri di sekolahnya.
PERLEMBAGAAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA
Perlembagaan ini telah diluluskan oleh satu mesyuarat Majlis Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, di Kota Kinabalu, Sabah, pada hari Jumaat, 9 Jun 2006. Berikut ialah Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Mukadimah Kepanduan bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 dan pada tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Semenjak tahun 1928 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menerima pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan Malaysia. Ordinan Pandu Puteri 1953 telah digantikan oleh Akta Pandu Puteri 1953. Akta ini telah disemak pada tahun 1991. Perlembagaan ini merupakan asas pentadbiran seluruh pergerakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, sebagai sebuah pergerakan yang bebas, tidak terlibat dalam sebarang parti politik atau mana-mana badan kerajaan, tidak berasaskan keuntungan, dan bercorak kependidikan untuk kanak-kanak perempuan dan gadis, berteraskan Prinsip Asas Kepanduan, yang berdasarkan nilai rohaniah dan membaktikan untuk pembelajaran kanak-kanak perempuan dan gadis menerusi kaedah-kaedah yang telah diilhamkan oleh Pengasasnya seperti yang tertera di bawah. PERLEMBANGAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA PERKARA 1 – NAMA, STRUKTUR DAN LOKASI ➢ Persatuan ini dinamakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. ➢ Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah persatuan yang tersendiri. ➢ Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia terletak di Kuala Lumpur, Malaysia PERKARA 2 – KRITERIA KEANGGOTAAN, PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG Persatuan Pandu Puteri Malaysia mentaati Prinsip Asas Kepanduan, yang berteraskan Persetiaan dan Undang-Undang Asal, seperti yang diilhamkan oleh
Pengasasnya, Robert Baden-Powell. Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah keseluruhannya tadbir kendiri, bebas daripada sebarang pertubuhan politik dan tidak akan terlibat dalam sebarang parti politik. Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah organisasi yang tidak berasaskan keuntungan. Setiap ahli digalakkan untuk melafaz Persetiaan dan Undang-Undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Persetiaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti berikut: Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya: menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya Malaysia, menolong orang setiap masa, dan mematuhi Undang-Undang Kepanduan. Undang-Undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti yang berikut: 1. Seorang Pandu Pueteri boleh dipercayai. 2. Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia. 3. Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain, 4. Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain. 5. Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan-santun. 6. Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar. 7. Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah. 8. Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan. 9. Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat. 10. Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan. Kaedah Kaedah dan program yang digunakan diambil daripada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia yang merangkumi : i. Komitmen melalui Persetian dan Undang-Undang ii. Perkembangan kendiri yang progresif iii. Pembelajaran melalui perbuatan iv. Kerjasama berpasukan menerusi sistem kumpulan dan latihan untuk kepimpinan yang bertanggungjawab v. Kerjasama aktif antara remaja dan orang dewasa vi. khidmat masyarakat vii. Aktiviti luar viii. Simbolisme
KEANGGOTAAN Keanggotaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah secara sukarela dan terbuka kepada semua kanak-kanak perempuan dan gadis tanpa membezakan agama, bangsa, kerakyatan yang lain dengan pembayaran yuran keanggotaan tahunan. Keanggotaan merangkumi kategori-kategori yang berikut: Ahli aktif Setiap Ahli Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan atau yuran keanggotaan seumur hidup kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia. USUL 13 – Keanggotaan seumur hidup dibuka kepada dewasa berumur 35 tahun ke atas dengan pembayaran yuran keanggotaan seumur hidup. Persatuan Pandu Puteri Malaysia membayar kuota untuk setiap Ahli Aktif kepada Persatuaan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi: Bahagian Kepanduan 5 – 25 tahun Pandu Puteri Pra-Tunas 6 tahun ke bawah Pandu Puteri Tunas 6 – 12 tahun Pandu Puteri Remaja 12 – 15 tahun Pandu Puteri Renjer 15 – 18 tahun Pandu Puteri Kadet +18 tahun Pandu Puteri Siswi +18 tahun Pandu Puteri Dewasa +18 tahun Bahagian Dewasa +18 tahun Pemimpin Tidak Berwaran +18 tahun Penolong Pemimpin +18 tahun Pemimpin +18 tahun Jurulatih +18 tahun Pesuruhjaya +18 tahun Guild Mantan Pesuruhjaya +18 tahun Guild Pandu Puteri Raja +18 tahun Guild Trefoil +18 tahun
Ahli Tidak Aktif Setiap Ahli Tidak Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia tetapi Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak membayar kuota untuk setiap Ahli Tidak Aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Ahli-ahli Tidak Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi Ahli Aktif yang telah bersara daripada keahlian yang aktif, atau lekaki dan perempuan dewasa + 18 tahun, yang telah mendaftar sebagai Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri yang berkehendak untuk diikaitkan dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri menyumbang bantuan teknikal dalam bidang kewangan, perhubungan awam, projek-projek khidmat dan pembangunan serta terknologi maklumat. Ahli Kehormat Setiap Ahli Kehormat tidak perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak menjelaskan bayaran kuota untuk setiap Ahli Kehormat kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pangakap Puteri Sedunia. Ahli-ahli Kehormat ialah ahli yang membantu untuk mempromosikan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, seperti Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap-pengakap Malayis, kakitangan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan, orang-orang awm yang terkenal dan pentig, serta individu-individu termasuk Pesuruhjaya-pesuruhjaya dan Pemimpin-pemimpin yang tidak lagi memegang waran. Ahli-ahli Kehormat tidak termasuk bekas Ketua Pesuruhjaya, bekas Ketua Pesuruhjaya Cawangan dan bekas ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan akan menjadi ahli Guild Mantan Pesuruhjaya, dan Ahli Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia dengan jemputan.
Perletakan Jawatan dan Pembatalan Keanggotaan Seseorang ahli boleh meletakkan jawatan daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bila-bila masa secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaaan dan sekiranya mereka seorang pemimpin atau pesuruhjaya dengan memulangkan waran mereka. Hak istimewa dan kelebihan yang diperoleh daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia dilepaskan dengan serta-merta dengan perletakan jawata tersebut. Keanggotaan mana-mana ahli boleh dibatalkan sekiranya mereka tidak memathui keperluan-keperluan yang termaktub dalam Perlembagaan ini. Satu ‘Court of Honour’ akan diwujudkan dan dianggotai oleh sekurang-kurangnya tiga orang ahli yang terpilih untuk mendengar dan membuat keputusan ke atas setiap rayuan terhadap pembatalan keanggotaan. Keputusan daripada ‘Court of Honour’ adalah muktamad. PERKARA 3 – TUJUAN DAN OBJEKTIF Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan Ahli Penuh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia iaitu: a. Mempromosikan kepanduan, ke seluruh Malaysia dengan tujuan memupuk perpaduan dan meningkatkan persefahaman bersama berteraskan Prinsip-Prinsip Asas; b. Melebarkan sasaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memberikan kepada kanak-kanak perempuan dan gadis peluang-peluang latihan kendiri dalam perkembangan sifat dan watak, kerakyatan yang bertanggungjawab dan khidmat di dalam komuniti sendiri dan dunia. c. Menggalakkan persahabatan antara kanak-kanak perempuan dan gadis berbilang kaum di dalam Negara dan seluruh dunia. d. Untuk mempromosikan kepanduan secara aktif dan melibatkan gadis di bawah umur 30 tahun dalam kedudukan pembuat keputusan di Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
PERKARA 4 – LENCANA USUL 8 : Lencana Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengandungi tiga kelopak dan bintang pecah empat belas di tengah-tengahnya serta tertulis perkataan “Persatuan Pandu Puteri Malaysia” di dalam bulatan di sekelilingnya. Semua hakcipta dan harta intelek ke atas Lencana (keseluruhan atau sebahagian daripadanya), bersama dengan nama baik berkaitan dengannya dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia diberi kebenaran tidak eksklusif untuk menggunakan Lencana sepanjang tempoh Keahlian tetapi tidak mempunyai hak ke atas Lencana. Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak dibenarkan memberikan kebenaran kepada pihak lain untuk menggunakan Lencana tanpa kebenran Lembaga Eksekutif Kebangsaan melalui Ibu Pejabat Kebangsaan. PERKARA 5 – PENAUNG Dengan perkenan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, maka Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Tugas-tugas dan tanggungjawab Penaung Diraja adalah seperti berikut: - Mengisytiharkan pembukaan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia - Menandatangani dan menganugerahkan setiap Sijil Pandu Puteri Raja - Menyerikan acara-acara Persatuan Pandu Puteri Malaysia
PERKARA 6 – LEMBAGA EKSEKUTIF Lembaga seksektif Persatuan Pandu Malaysia ialah Lembagan Eksekutif Kebangsaan dan ditugaskan dengan pengendalian dan pengurusan Persatuan Pandu Puteri Malaysia antara meesyuarat Majlis Kebangsaan. Lembaga Eksekutif Kebangsaan bertanggungjawab kepada Majlis Kebangsaan. Oleh itu, Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa mutlak untuk menyuraikan Lembaga Ekselutif Kebangsaan juka perlu. Keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan Lembaga Eksekutif Kebangsaan terdiri daripada Pegawai-peggawai yang ebrikut: - Yang Dipertua - Timbalan Yang Dipertua - Ketua Pesuruhjaya - Setiausaha Kehormat - Bendahari Kehormat 6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan : - Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas - Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja - Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer - Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet - Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri - Pesurujaya Guild Kepanduan - 6 Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan : - Pesuruhjaya Antarabangsa - Pesuruhjaya Program & Latihan - Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan dan Dana) - Pesuruhjaya Keahlian - Pesuruhjaya Perhubangan dengan Masyarakat - Pesurujaya Struktur dan Pengurusan
USUL 7 : Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan ahli ex offician yang dilantik dari semasa ke semasa Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan Jawatan-jawatan di atas dipenihi melalui pemilihan yang akan berlangsung pada Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebnagsaan. Seorang Ahli Aktif perlu dicalonkan sebagai calon untuk jwatan yang tertentu. Setiap pencalonan memerlukan seorang pencadang dan dua penyokong, yang terdiri daripada Ahli=ahli Aktif Persekutuan Pandu Puteri Malaysia. Yang Dipertua Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah isteri Perdana Menteri Malaysia. Sekiranya Perdana Menteri Malaysia seorang wanita, maka Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Perdana Menteri Malayisa. Timbalan Yang Dipertua Usul 2 calon yang dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua akan memegang jawtatan tersebut untuk tempoh tiga tahun. Apabila tempoh tersebut berakhir, calon boleh terus dipilih sebagai Tmbalan Yang Dipertua untuk tempoh tiga tahun selanjutnya tanpa had tempoh keseluruhannya. Ketua Pesuruhjaya Calon yang diplih sebagai Ketua Pesuruhjaya akan memegang jawatan untuk tempoh lima tahun. Tempoh tersebut tidak boleh disambung selanjutnya.
Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat 6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan: 1. Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas 2. Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja 3. Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer 4. Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet 5. Pesuruhjaya Pandu Puteri Puteri 6. Pesuruhjaya Guild Kepanduan 6 Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan: 1. Pesuruhjaya Antarabangsa 2. Pesuruhjaya Program & Latihan 3. Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan dan Dana) 4. Pesuruhjaya Keahlian 5. Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat 6. Pesuruhjaya Sktrukur dan Pengurusan Calon-calon yang dipilih sebagai Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat, PesuruhjayaPesuruhjaya Bahagian Kebangsaan dan Pesuruhjaya-pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan akan memegang jawatan untuk tempoh tiga tahun. Calon-calon tersebut boleh terus dipilih untuk tempoh tiga tahun selanjutnya sehingga had tempoh maksimum enam tahun keseluruhannya. Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat 6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan: 1. Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas 2. Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja 3. Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer 4. Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet 5. Pesuruhjaya Pandu Puteri Puteri 6. Pesuruhjaya Guild Kepanduan 6 Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan: 1. Pesuruhjaya Antarabangsa 2. Pesuruhjaya Program & Latihan 3. Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan dan Dana) Calon-calon yang dipilih sebagai Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat, PesuruhjayaPesuruhjaya Bahagian Kebangsaan dan Pesuruhjaya-pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan akan memegang jawatan untuk tempoh tiga tahun. Calon-calon tersebut boleh terus dipilih untuk tempoh tiga tahun selanjutnya sehingga had tempoh maksimum enam tahun keseluruhannya.
4. Pesuruhjaya Keahlian 5. Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat 6. Pesuruhjaya Sktrukur dan Pengurusan Demi memastikan kesemua jawatan pegawai tidak diperbaharui atau digantikan pada waktu yang sama dan seandainya Majlis Kebangsaan bersidang sekali setiap tahun, Lembangan Eksekutif Kebangsaan harus memastikan bahawa tidak lebih daripada satu pertiga jawatan akan dipilih pada setiap Mesyuarat Agong Tahunan Majlis Kebangsaan. Sekiranya terdapat jawatan yang tidak dipenuhi, seorang timbalan pegawai perlu dilantik, yang akan memegang jawatan tersebut sehingga mesyurat Majlis Kebangsaan tahun berikutnya, di mana pemilihan yang baru akan diadakan. Calon baru tersebut akan dipilih untuk memegang jawatan bagi tempoho tiga (3) tahun sepenuhnya. USUL 3: Sekiranya berkemungkinan, Lembaga Eksekutif Kebangsaan perlu dianggotai oleh Pegawai di dalam kumpulan umur berikut : 30% di bawah umur 35 tahun, 40% di antara umur 35 hingga 60 tahun dan 30% di atas umur 60 tahun. USUL 1: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysai adalah merupakan ahli ex offcio Lembaga Eksekutif Kebangsaan, Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertanggungjawab kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan di dalam pengurusan dan pentadbiran ibu pejabat kebangsaan dan di atas perlaksanaan tugas yang ditetatpkan dari semasa ke semasa oleh Lembaga Ekekutif Kebangsaan. USUL 7: Lembaga Eksekutif Kebangsaan diberi kuasa untuk melantik ahli ex offcio tambahan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaanmengikut keperluan dari semasa ke semasa.
Kekerapan Mesyuarat Mesyuarat akan diadakan sekali setiap tiga bulan. Lembaga Ekskutif Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya. Timbalan Ketua Pesuruhjaya akan dilantik sebagai pengerusi semasa ketiadaan Ketua Pesuruhjaya. Sekiranya Timbalan Ketua Pesuruhjaya juga tidak hadir, ahli-ahi yang hadir aka melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut. Korum and Kuasa Pengundi Mesyuarat-mesyuarat Lembaga Ekskutif Kebangsaan adalah sah di sisi undangundang apabila korum dua pertiga daripada ahli yang mengundi hadir. Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu tarikh dua (2) minggu daripada tarikh asal dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah. Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir), keputusan ke atas usul-usul yang dibawa kepada Majlis Kebangsaan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undangundang kecil, dan pembuburan Persatuan Pandu Malaysia memerlukan dua pertiga undi majority. Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh dipanggil oleh sekurangkurangnya satu pertiga daripada keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan.
Tugas-tugas dan tanggungjawab Lembaga Eksekutif Kebangsaan ialah: i. Bertindak bagi pihak Majlis Kebangsaan antara mesyuarat badan perundangan ii. Bertanggungjawab atas pengurusan hari ke hari Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memastikan pencapaian yang baik iii. Menetapkan objektif-objektif, mengkaji semula, meluluskan dan memimpin strategi dan perancangan, merangka belanjawan dan mengawasi pelaksaan aktiviti iv. Memastikan dan menyelia pengurusan sumber manusia, pemilihan kakitangan dan pemampasan, pengawasan pelaksanaan tugas personel utama, peancangan pewarisan dan program latihan terancang v. Menghasilkan dan melaksanakan program-program untuk komunikasi yang berkesan dengan orang awam vi. Mengkaji kecukupan dan integrity sistem laporan perakaunan dan kewangan, system kawalan dalaman, audit dalaman dan sistem untuk mengawal risiko, kawalan kewangan dan pematuhan dengan undang-undang dan peraturan Pandu Puteri Malaysia vii. Mencalonkan Ketua Pesuruhjaya viii. USUL 7 : melantik Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia PERKARA 7 – BADAN UNDANGAN Badan undangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Majlis Kebangsaan, Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa muktamad dalam membuat keputusan dan penggubalan polisi Persatuan Pandu Puteri Malaysia, walaupun antara mesyuarat, tanggungjawab ini boleh diturunkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Keanggotaan Masjlis Kebangsaan Setiap Cawangan dibenarkan menghantar sepuluh (10) wakil utuk hadir dan mengundi di majjlis Kebangsaan. Kesepuluh (10) wakil tersebut perlu terdiri daripada Ahli-ahli yang berumur 18 tahun ke atas. Tiga daripada sepuluh wakil tersebut harus berumur di antara 18 – 35 tahun. Setiap cawangan dibenarkan juga menghantar seorang Sukarelawan Pandu Puteri, seorang Sahabat Pandu Puteri dan seorang Ahli Kehormat untuk hadir tetapi mereka tidak akan dibenarkan mengundi.
Keanggotaan Majlis Kebangsaan merangkumi: Pegawai-pegawai Lembaga Eksekutif Kebangsaan juga merupakan ahli Majlis Kebangsaan. Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, Ketua Pesuruhjaya, Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat, enam (6) Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan dan enam (6) Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak tujuh belas (17) undi. USUL 7 : Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia Tiada hak untuk mengundi. Wakil Cawangan USUL 9 : 13 wakil daripada setiap 1615 Cawangan. 10 wakil dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak satu ratus enam lima puluh (160150) undi. USUL 10 : Majlis Kejurulatihan 10 wakil daripada Mjlis Kejurulatihan. Guild Pandu Puteri Raja 1 wakil daripada setiap 14 Cawangan dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak empat belas (14) undi. Guild Trefoil 1 wakil daripada setiap 14 Cawangan dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak empat belas (14) undi. Guild Mantan Pesuruhjaya Setiap ahli yang hadir dibenarkan mengundi. Wakil Kelab Pandu Puteri Dibenarkan mengundi. Ahli-ahli Kehormat: Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengangkap-pengakap Malaysia, staf Persatuan Pandu Puteri Malaysia kakitangan Kementerian Pelajaran & Kementerian Belia & Sukan Tiada had untuk mengundi.
Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan ❖ Ahli Aktif akan dilantik atau dipilih oleh badan yang mereka wakil untuk hadir dan mengundi di Majlis Kebangsaan selama satu tahun. Tempoh jawatan ini boleh disambung. ❖ Jawatan yang tidak dipenuhi akan dibiarkan kosong sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun berikutnya, iaitu pemilihan yang baharu akan berlangsung. Kekosongan ini tidak seharusnya dibenarkan berpanjangan lebih setahun dari tarikh jawatan tersebut dikosongkan. Kekerapan Mesyuarat Majlis Kebangsaan akan bersidang dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada setiap tahun tidak lewat dari tarikh 30 Jun. Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan boleh dipanggil melalui permintaan daripada satu per lima daripada ahli Majlis Kebangsaan. Permintaan ini harus dibuat secara bertulis kepada Lembaga Ekskutif Kebangsaan. Korum and Kuasa Pengundian Korum akan dicapai apabila terdapat kehadiran daripada separuh, campur satu daripada jumlah ahli yang mengundi. Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu tarikh satu bulan dari tarikh asal mesyuarat yng dipanggil tersebut. Sekiranya korum tidak dicapai pada mesyuarat yang ditunda ini, mesyuarat ini tetap akan dijalankan dengan bilangan ahli yang hadir dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang dicapai akan diamnil kira sebagai sah. Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas hal-hal kewangan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-undang Kecil dan pembubaran Persatuan Pandu Puteru Malaysia memerlukan dua per tiga undi majoriti.
Tugas-tugas dan tanggungjawab Majlis Kebangsaan Tugas-tugas dan tanggungjawab Majlis Kebangsaan adalah seperti berikut: i. Memajukan Tujuan dan objektif-objektif Persatuan Pandu Puteri Malaysia ii. Menetapkan polisi dan hala tuju Persatuan Pandu Puteri Malaysia iii. Memperoleh pelbagai pandangan daripada Ahli Aktif dan Ahli Tidak Aktif tentang isu-isu penting iv. Melantik juruaudit untuk mengaudit kunci kira-kira dan akaun-akaun tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tahunan secara bebas dan menerima laporan kewangan dan laporan tahunan. v. Memilih atau memberi persetujuan ke atas perlantikan ke Lembaga Eksekutif Kebangsaan vi. Mendengar dan membuta keputusan ke atas permintaan untuk menarik balik balik waran-waran Ketua Pesuruhjaya dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya. vii. Membuat pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-undang Kecil ini. Viii. Menerima dan meluluskan Perlembagaan Cawangan dan pindaan-pindaan susulan. ix. Membuat keputusan ke atas pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Perkara-perkara lain boleh diperdengarkan dan diundi sekiranya perlu, di Majlis Kebangsaan dengan undi majoriti ahli-ahli Majlis Kebangsaan.
PERKARA 8 – KEWANGAN Dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia diperoleh daripada: i. Kuota tahunan yang dijelaskan oleh Ahli, dengan jumlah yang ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan. ii. Derma, sumbangan, yuran, pencarian dana, pusaka, harta peninggalan atau sumber dan pendapatan daripada pelaburan. Dana akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia selaras dengan polisi dan perancangan kewangan di mesyuarat Majlis atau Persatuan Cawangan dan tidak kepada mana-mana ahli individu atau kumpulan ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Harta dan sumber yang dimiliki Persatuan Cawangan akan diuruskan oleh Pemegang Amanah masing-masing. Harta dan harta tanah yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia diuruskan oleh jawatankuasa pengurusan, tetapi keputusan jangka panjang tentang penjualan atau pembiayaan harta tersebut harus dibuat oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Sukarelawan tidak akan dibayar untuk menjalankan tanggungjawab mereka, tetapi dibenarkan menerima wang perbelanjaan sekiranya dipersetujui oleh Majlis Kebangsaan. Semua akaun bank yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia harus mempunyai dua penandatangan yang diberikan kuasa untuk setiap transaksi, iaitu salah seorang daripada penandatangan itu ialah Bendahari Kehormat. Jawatankuasa Kewangan yang dipengerusikan oleh Bendahari Kehormat akan mentadbirkan dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia. USUL 5 : Bendahari Kehormat akan menyediakan Penyata Kewangan Tahunan tidak lewat dari tarikh 14 Mei setiap tahun. Audit bebas akan dikendalikan setiap tahun kewangan dan kunci-kunci serta akaun-akaun gabungan akan diperlihatkan kepada Majlis Kebangsaan untuk diluluskan. Tahun kewangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bermula pada 1 Januari hingga ke 31 Disember.
PERKARA 9 – CAWANGAN PERSATUAN Cawangan Persatuan terdiri daripada: i. Negeri-negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu. ii. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. iii. USUL 9: Maktab Rendah Sains Mara. Lembaga Eksekutif Kebangsaan mempunyai kuasa untuk menentukan Cawangan Persatuan dan isu-isu sokongan akan dimasukkan ke dalam Undang-Undang Kecil. Setiap Cawangan Persatuan mempunyai Perlembagaan Cawangan yang selari dengan Perlembagaan ini. Sekiranya terdapat perkara yang tidak konsisten antara Perlembagaan Cawangan dan Perlembagaan ini, Perlembagaan ini akan mengatasi Perlembagaan Cawangan, namum setiap Cawangan Persatuan diberikan kuasa untuk mengkoordinasi Lembaga Eksekutif Cawangan, tempoh jawatan pegawaipegawainya dan mana-mana perkara yang dibenarkan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Setiap Perlembagaan Cawangan akan dibentangkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan untuk diluluskan. Setiap Cawangan dibenarkan mencalon wakil untuk menghadiri Majlis Kebangsaan untuk tempoh yang ditetapkan. Setiap Cawangan dibenarkan membuat pencalonan untuk pemilihan Pegawai Lembaga Eksekutif Kebangsaan. PERKARA 10 – PINDAAN KE ATAS PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG KECIL Perlembagaan dan Undang-undang Kecil ini boleh dipinda di mesyuarat Majlis Kebangsaan melalui undian dua-pertiga daripada ahli-ahli yang hadir. USUL 6: Pindaan boleh dicadangkan oleh mana-mana ahli Majlis Kebangsaan atau Lembaga Eksekutif Kebangsaan pada bila-bila masa. Pindaan perlu diedarkan kepada ahli-ahli Majlis Kebangsaan empat belas hari bekerja sebelum tarikh mesyuarat Majlis Kebangsaan.
PERKARA 11 – PEMBUBARAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia hanya akan berlangsung melalui satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan yang diadakan untuk tujuan ini. Korum untuk mesyuarat ini ialah dua per tiga daripada ahli Majlis Kebangsaan. Cadangan untuk pembubaran harus disokong oleh dua per tiga undi majority daripada ahli-ahli yang hadir. Setelah Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibubarkan, sekiranya masih terdapat dana atau asset selepas semua hutang dan liabiliti dijelaskan, dana atau asset tersebut harus diagihkan sepertimana yang dipersetujui di Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan, iaitu pengundian untuk pembubaran telah berlangsung. Organisasi yang menerima dana atau asset tersebut harus mempunyai tujuan-tujuan yang sama dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Perlembagaan ini berkuat kuasa pada 24 September 2005, diterima oleh Majlis Kebangsaan pada 9 Jun 2006 dan disemak pada 30 Mei 2007. JURU PERTOLONGAN CEMAS Seorang juru Pertolongan Cemas yang baik dan mahir perlu mempunyai ciri-ciri: - Tajam Pemerhatian – Nampak segala tanda-tanda dan gejala kecederaan. - Pantas Ikhtiar – Menggunakan dengan sebaik-baiknya apa-apa yang ada sekelilingnya. - Tidak Kasar – Jangan menyakitkan orang yang tercedera. - Berakhlak Budi – Tidak menambah kesakitan. - Bertimbang Rasa – Menghiburkan hati orang yang tercedera. - Sentiasa Tersenyum – Muka yang tersenyum memberi keyakinan kepada pesakit. Tanggungjawab Juru Pertolongan Cemas - Sentiasa tenang dan dapat tanda dan gejala sesuatu kecederaan. - Memberi rawatan yang sesuai kepada mangsa. - Panggil doktor atau hantarkan ke hospital. - Berikan maklumat yang terang kepada doktor.
Tugas Juru Pertolongan Cemas - Memberi bantuan rawatan kecemasan kepada pesakit. - Menahan pendarahan. - Berikan perlindungan di tempat yang teduh dan selesa. - Berikan pemulihan pernafasan jika mangsa tidak bernafas. - Tanggalkan sebarang objek yang boleh menyukarkan mangsa untuk bernafas. - Jika mukanya pucat, baringkan dan selimutkan mangs aitu. - Berikan layanan tertentu yang dikehendaki. - Jangan memberi orang ramai berkerumun kerana pesakit perlukan udara yang bersih. PENGURUSAN BUKU LOG PERSATUAN PANDU PUTERI Buku log merupakan sebuah rekod catatan bagi seorang ahli Pandu Puteri tunas, ia merukan sebuah laporan kemajuan, pencapaian dan aktivit oleh ahli Pandu Puteri Tunas. Buku log harus mengandungi catatan rekod yang diharapkan boleh dijadikan panduan dan pengesahan terhadap penglibatan seseorang Pandu Puteri tunas itu. Ia juga merupakan rakaman peristiwa yang berlaku dan catatan harian bagi sesuatu aktiviti Pandu Puteri. Ahli Pandu Puteri tunas dapat mengasah kemahiran meneliti dan menghalusi pemahaman terhadap persekitarannya serta mampu menzahirkannya dalam bentuk penulisan, lakaran grafik atau bantuan visual. JENIS-JENIS BUKU LOG a. Buku Log Peribadi • Buku log ini mengandungi: • Biodata pemilik dan rekod jawatan Pandu Puteri yang disandang di sekoleh, • Daerah, negeri atau kebangsaan • Rekod penglibatan diri dalam aktiviti Pandu Puteri (Semua Peringkat) • Acara Pandu Puteri yang dihadiri (Semua Peringkat) b. Buku Log Kemajuan • Buku log ini mengandungi: • Semua laporan kemajuan Program Pandu Puteri Tunas • Laporan Lencana kecekapan c. Buku Log Acara • Buku log ini mengandungi laporan acara yang disertai
• Contoh acara adalah seperti berikut: i. Perkhemahan / Cuti Pasukan ii. Khidmat iii. Lain-lain projek CIRI-CIRI BUKU LOG • Buku log ini mengandungi rekod atau catatan maklumat hasil daripada pengalaman yang dilalui. Pastikan: a. Bahan-bahan disusun kemas b. Rokod disimpan berterusan, tersusun dan berperingkat c. Maklumat dikumpul menunjukkan perkembangan dan kkemajuan d. Melampirkan sijil atau surat perakuan atau bukti penyertaan e. Keaslian dan kreativiti amat digalakkan f. Hasil kerja boleh dizahirkan dalam bentuk tulisan tangan atau bercetak KECUALI biodata / profil diri. KANDUNGAN BUKU LOG a. Biodata / Profil Diri • Biodata atau profil diri secara ringkas bagi memudahkan pembaca mengetahui siapa penulisnya • Nama • No. Mykad / No. Mykid / No. surat beranak • Tarikh lahir • Alamat rumah • No. tel rumah / No. tel bimbit • Alamat e-mail • Nama & alamat sekolah • No. tel sekolah • Nama pasukan • Nama kumpulan Berenam
b. Penglibatan Dalam Kegiatan Pandu Puteri • Jawatan yang dipegang • Pencapaian dalam Pandu Puteri • Senarai acara Pandu Puteri yang disertai TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN Tanggungjawab pemimpin boleh dilihat daripada tiga bahagian: • Perancangan • Pengurusan Pasukan • Pertolongan Cemas PERANCANGAN • Merancang program perjumpaan mingguan untuk selama tiga bulan • Mengendalikan Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer, Pandu Puteri Kadet, Pandu Puteri Siswi atau Pandu Puteri Dewasa sendiri, tidak kurang daripada tiga bulan dan menghantar permohonan untuk penyeliaan oleh Pesuruhjaya Daerah. • Merancang dan mengelolakan projek khidmat untuk Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer, Pandu Puteri Kadet, Pandu Puteri Siswi atau Pandu Puteri Dewasa • Merancang pengembaraan (pioneering) dan menyediakan gejet berkaitan. • Memahami Skim Berdikari dalam Program Pandu Puteri Renjer untuk pemupukan system nilai hidup ahli-ahli yang dipimpinanya. • Merancang dan mengendalikan aktiviti dan ujian Program Pandu Puteri sejingga Kelas Satu. • Merancang dan mengendalikan aktiviti dan ujian Skim Lencana Kecekapan. • Menyediakan diri untuk layak mengambil Ujian Mutiara II dan Mutiara III.
PERKHEMAHAN 1. Permit Perkhemahan Permit Perkhemahan membolehkan Pemimpin berkhemah bersama-sama ahlinya dalam satu kumpulan kecil. Had laku permiy ini ialah dua tahun sahaja. • Pemimpin boleh mendapatkan Permit Perkhemahan dengan mengadakan satu perkhemahan ujian selama tiga hari dua malam, yang disertai oleh tidak melebihi daripada 18 orang ahli Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer. • Perkhemahan Ujian ini hendaklah diselia oleh seorang Jurulatih atau seorang pemegang Lesen Perkhemahan. 2. Lesen Perkhemahan Lesen Perkhemahan membolehkan Pemimpin mengadakan perkhemahan untuk ahli Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer yang dipimpinnya, serta membawa mereka menghadiri perkhemahan peringkat daerah, negeri kebangsaan dan antarabangsa. • Pemimpin boleh mendapatkan Lesen Perkhemahan dengan mengadakan perkhemahan Ujian selama tiga hari dua malam yang dihadiri oleh 36 orang ahli Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer. • Perkhemahan Ujian ini hendaklah diselia oleh seorang Jurulatih PERTOLONGAN CEMAS • Melengkapkan satu kotak Pertolongan Cemas persendirian dan mengetahui penggunaaan bahan-bahan yang ada di dalamnya • Mengetahui cara-cara mengambil suhu badan dan denyutan nadi untuk tindakan dan rawatan selanjutnya. • Memberi pertolongan cemas dan bertindak apabila menghadapi keaad tertentu seperti: o Luka o Terseliuh o Muntah-muntah o Terbakar o Melecur o Perut masak angina o Sengatan serangga o Sawan
RUMUSAN Persatuan Pandu Puteri Malaysia hari ini mempunyai 85,000 orang ahli dan sukarelawan di seluruh Malaysia. Di peringkat kebangsaan, Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan ahli gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Kebangsaan Pertuhuhan-pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO). Di peringkat antarabangsa pula, Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah ahli penuh Persatuan Pandu Puteri dan peangakap Puteri Sedunia (World Association of Girl Guides and Girl Scouts-WAGGGS). Oleh itu, adalah penting untuk menyertai Persatuan Pandu Puteri kerana mempunyai komitmen untuk melahirkan golongan kanak-kanak, remaja malah wanita dewasa yang melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai kepanduan demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat.
CONTOH KERTAS KERJA PERKHEMAHAN
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM KADET PANDU PUTERI MALAYSIA KUMPULAN PDP PAKK SEMESTER 5 TAHUN 2023
CADANGAN DARIPADA: JABATAN HAL EHWAL PELAJAR (Jabatan/Unit/Jawatankuasa) TAJUK AMALI MPU2101 KOKURIKULUM: UNIT BERUNIFORM PDPM AMB OKT 2021 TARIKH & MASA 9 dan 10 MAC 2023 (RABU& KHAMIS) TEMPAT KEM REKREASI MEKAR RAJA MELEWAR (KRIM) PROGRAM IKUT TAKWIM Tandakan √ YA TIDAK MELIBATKAN RMK Tandakan √ Jika Ya, Nyatakan kod RMK YA TIDAK .............................. PERKARA TANDATANGAN / ULASAN Disediakan oleh: PUAN HJH.AZIBAH BINTI BAHAROM No. Telefon: 019-6903211 Tarikh: ……………… Melalui KJ/KU: Nama: TN. HJ ABDUL HALIM BIN MD SALLEH Tarikh: ……………… Disokong oleh: Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Raja Melewar (Jika berkaitan) Tarikh: ……………… Disokong oleh : Ketua Jabatan Kecemerlangan Akademik IPG Kampus Raja Melewar (Jika berkaitan) Tarikh: ……………… Semakan urusetia: (Implikasi Kewangan) Tarikh: ……………… Disemak oleh: Timbalan Pengarah IPG Kampus Raja Melewar Tarikh: ……………… Ulasan MPPP Tarikh: ……………… Kelulusan oleh: Pengarah / Timbalan Pengarah, IPG Kampus Raja Melewar DILULUSKAN TIDAK DILULUSKAN Ulasan: Tarikh: ……………… Untuk Kegunaan Urusetia Tarikh Terima No. Rujukan KERTAS CADANGAN MESYUARAT PROFESIONAL, PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN IPG / / IPG KAMPUS RAJA MELEWAR JALAN SIKAMAT NEGERI SEMBILAN
SENARAI SEMAK KERTAS CADANGAN BIL PERKARA TANDAKAN ( / ) ULASAN URUSETIA 1 Format Kertas Kerja Menggunakan format kertas kerja terkini 2 Ringkasan Maklumat Kursus (RMK) / Maklumat Kursus Lampirkan salinan RMK/MK terkini Menyatakan dengan jelas bahagian 3 Jadual Kelas Ganti Jika melibatkan waktu kuliah, lampirkan jadual kelas ganti 4 Surat Kebenaran Jika melibatkan aktiviti luar kampus 5 Kertas kerja ini dihantar awal 1 bulan sebelum program Keputusan Urusetia: Kertas Kerja: 1. boleh di bentang dalam MPPP 2. tidak boleh dibentang dalam MPPP
FORMAT KERTAS CADANGAN MESYUARAT PROFESIONAL PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN IPG KAMPUS RAJA MELEWAR KERTAS CADANGAN DARIPADA (Jabatan/Unit/Jawatankuasa) : JABATAN PENDIDIKAN JASMANI, KESIHATAN DAN KOKURIKULUM TAJUK : “AMALI MPU2101 KOKURIKULUM: UNIT BERUNIFORM PDP AMB OKT 2021” TUJUAN 1. Kertas ini bertujuan memohon pertimbangan dan kelulusan Mesyuarat Profesional Pengurusan dan Pentadbiran IPGKRM berhubung cadangan mengadakan amali MPU2101D Kokurikulum Unit Beruniform yang ditawarkan kepada pelajar IPG kohort PDP PAKK Amb Oktober 2021. LATAR BELAKANG 1. Seramai 18 orang pelajar. 2. Dalam kursus ini memerlukan 10jam amali dan disasarkan aktiviti secara kolektif dalam satu program bagi menilai Kemahiran Asas Kokurikulum- Unit Berunform. 3. Kemahiran asas secara Amali ialah Tali temali, Kawad Kaki, Pertolongan Cemas, Kraf Perkhemahan, gejet dan Kembara. Dalam slot Kembara pelajar akan dilatih kemahiran komunikasi dalam kembara iaitu membaca symbol, membaca Pandu Arah: peta topo, Kompas, GPS dan Radio komunikasi Dua Hala) dan di akhiri dengan Masakan Rimba. Kesemua kemahiran itu akan diajar terlebih dahulu dengan teori. Pelajar akan mempamerkan keperibadian jati diri dan kepentingan kerja dalam pasukan. ASAS PERTIMBANGAN 3. Asas pertimbangan telah dinyatakan di dalam latar belakang program selengkapnya untuk disokong dengan hujah yang kukuh. Selain daripada itu perkara-perkara berikut adalah asas pertimbangan untuk diambil perhatiant: i. Guru Pelatih PDP PAKK perlu mengadakan amali dan diuji kemahiran Unit Beruniform dalam semester ini sahaja sebelum tamat pengajian di IPG. ii. Kesan negatif akan timbul sekiranya jika cadangan ini ditolak ialah guru pelatih tidak dapat diuji kemahiran tersebut dan kursus ini akan gagal.
PERINCIAN CADANGAN 4. Perkara-perkara yang boleh dinyatakan dalam perincian cadangan adalah seperti yang berikut: i. Objektif Program 4.1 Memberi pendedahan pengurusan, kepengelolaan dan kepegawaian kepada siswa didik guru dalam kemahiran Unit Beruniform 4.2 Menambah ilmu pengetahuan siswa didik guru untuk menunjukkan ketrampilan diri dalam kepimpinan dan kerja sama dalam kumpulan supaya dapat mengimplementasikan dalam program di sekolah. 4.3 Memupuk pengurusan risiko untuk diri, keluarga dan masyarakat dengan kemahiran yang dipelajari. 4.4 Mendedahkan siswa didik guru tentang Masakan Rimba dan kemahiran Kembara. ii. Maklumat Program Tarikh: 9-10 MAC 2023 Tempat : Kem Rekreasi Mekar IPGKRM (KRIM) iii. Sasaran 18 pelajar PDP PAKK Amb Oktober 2021 iv. Tetamu Kehormat KJ PJK, KU Kokurikulum v. Pengisian Program/Aturcara Tarikh : 9 MAC 2023 ( KHAMIS) Masa Program 8.00 pagi Pendaftaran Taklimat 9.00 pagi Ice-Breaking Sarapan Pagi 10. 00 pagi Menaikkan Khemah 11.00 pagi Ikatan dan Gejet 12.30 tgh MakanTengahari Pengurusan Diri 2.00 petang Gejet/ Kawad Kaki
4.00 petang Penilaian COH Break Camp 5.00 petang Nyanyian Unit Beruniform Refleksi 6.30 petang Makan Malam Tarikh : 10 MAC 2023 ( MAC) Masa Program 07.45 pagi Pendaftaran/SenamanPagi Taklimat Minum Pagi 8.00 pagi Kembara/ Bearing/Jalan Pandu Arah/Pertolongan Cemas Masakan Rimba Penilaian Masakan Rimba 1.30 tgh MakanTengahari Penutupan dan Penyampaian Hadiah Pembersihan dan Penyelenggaran Camp 3pm Minum Petang vi. JAWATANKUASA INDUK PROGRAM Bil Senarai Nama Jawatankuasa 1. Dr Mazlan Bin Aris Penasihat I Pengarah IPGK Raja Melewar 2. Tn Hj. Abdul Halim bin Md Salleh Penasihat II Ketua Jabatan Jabatan Jabatan Pendidikan Jasmani, Kesihatan dan Kokurikulum 3. Pn Erana binti Abd Seman Pemantau: Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Jabatan Pendidikan Jasmani, Kesihatan dan Kokurikulum 4. Pn. Hajah Azibah binti Baharom Penyelaras MPU2101D 5. Puan Sohaina Binti Mohd Salleh Pensyarah Penasihat UB