The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-02373439, 2022-05-31 14:14:36

BUKU MESYUARAT PIBG KALI KE 44 2022

MESYUARAT PIBG KALI KE 44 2022

Keywords: MESYUARAT PIBG KALI KE 44 2022

1

VISI
PIBG SK TUN DOKTOR ISMAIL

“ Menjadi Peneraju Permuafakatan Ibu Bapa,
Guru, Komuniti dan Pihak Swasta demi

kecemerlangan murid-murid SK Tun Doktor Ismail”

MISI
PIBG SK TUN DOKTOR ISMAIL

• Memberi perkhidmatan dan menjaga
kebajikan murid-murid untuk kemajuan

mereka.
• Menjalinkan hubungan erat dan mewujudkan

kemesraan warga sekolah dengan komuniti
dan pihak swasta demi kejayaan murid-murid.

2

TUJUAN PERSATUAN

Tujuan-tujuan Persatuan ialah:
a) untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-
murid dalam Sekolah dalam meningkatkan imej Sekolah;
b) untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi kehendak dan
keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka;
c) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah bertukar-tukar fikiran dan
maklumat mengenai pendidikan;
d) untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu
sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya; dan
e) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah untuk berusaha menambah
kewangan Sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan
kemudahan Pengajaran dan Pembelajaran

FUNGSI PERSATUAN

Fungsi Persatuan ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan
persatuan yang dinyatakan di perenggan 3, seperti:
a) membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid;
b) menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di
Sekolah;
c) meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara
Sekolah dengan masyarakat setempat;
d) meningkatkan keceriaan premis Sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang
kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program Pendidikan

3

CARTA ORGANISASI PIBG 2022

Penasihat

En Mohamad bin Asmara
Yang Dipertua PIBG

En. Khairul Azman bin Abd Hamid
Naib Yang Dipertua PIBG
En. Mohd Zairul bin Salleh
Setiausaha

En. Muhamad Iqbal bin Mahpod
Naib Setiausaha

Pn. Azian binti Abu Bakar
Bendahari

Pn. Masilah binti Maslor
Pemeriksa Kira-Kira

Cik Canthirikka a/p Mohgan (Guru)
En. Mohd Napiah bin Mohd Nor (Ibu Bapa)

AJK Ibu Bapa
En Mohd Misnan bin Sarimun

En Aznizam bin Rusdi
En. Mohd Hanafi bin Sabidin
En. Mohd Noor Azam bin Sarbini

Pn. Shamsiah binti Nordin
Pn. Siti Nirwana binti Mohd Ali
Pn. Noraliza binti Abdul halim

AJK Guru
En. Mohd Azmi bin Mt Zin
Pn. Aisyah binti Samsuddin

Pn. Jamilah binti Badri

4

JADUAL MESYUARAT AJK

BIL AHLI JAWATAN KUASA M1 M2
1 En Mohamad bin Asmara //
2 En. Khairul Azman bin Abd Hamid //
3 En. Mohd Zairul bin Salleh //
4 En. Muhamad Iqbal bin Mahpod //
5 Pn. Azian binti Abu Bakar //
6 Pn. Masilah binti Maslor //
7 Cik Canthirikka a/p Mohgan
8 En. Mohd Napiah bin Mohd Nor /
9 En Mohd Misnan bin Sarimun /
10 En Aznizam bin Rusdi
11 En. Mohd Hanafi bin Sabidin /
12 En. Mohd Noor Azam bin Sarbini //
13 Pn. Shamsiah binti Nordin //
14 Pn. Siti Nirwana binti Mohd Ali /
15 Pn. Noraliza binti Abdul halim /
16 En. Mohd Azmi bin Mt Zin //
17 Pn. Aisyah binti Samsuddin //
18 Pn. Jamilah binti Badri

5

PERANCANGAN PIBG 2021/2022

BIL PERKARA STATUS
1 Gotong Royong Perdana Masih belum terlaksana.
2 Sambutan Hari Raya Telah dilaksanakan pada
20 Mei 2022.
3 Hari Sukan Sekolah Akan dilaksanakan pada
31 Julai 2022.
4 Santun Komuniti Masih belum terlaksana.
5 Mesin Fotostat untuk murid Telah selesai dan
diletakkan di bilik guru.

6

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE 43 TAHUN 2021

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH KEBANGSAAN TUN DOKTOR ISMAIL,
45200 SABAK BERNAM, SELANGOR DARUL EHSAN

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 43 (2021)

Tarikh : 23 Oktober 2021 (Sabtu)
Masa : 09.30 pagi
Tempat : Google Meet

KEHADIRAN

1. En. Khairul Azman bin Abd Hamid - YDP PIBG
2. En. Mohd Zairul bin Saleh - Timbalan YDP PIBG
3. Pn. Siti Nirwana binti Mohd Ali - AJK I
4. En. Mohd Hanafi bin Sabidin - AJK
5. Pn. Shamsiah binti Nordin - AJK
6. En. Muhamad Iqbal bin Mahpod - Setiausaha
7. Pn. Jamilah binti Badri - AJK Guru
8. Cik Canthirikka a/p Mohgan - Kira-kira
9. Pn. Azian binti Abu Bakar - AJK Guru
10. En. Mohd Azmi bin Mat Zin - AJK Guru
11. Pn. Aishah binti Shamsudin - AJK Guru
12. Pn. Masilah binti Maslor - Bendahari
13. En. Mohd Noor Azam bin Sarbini - AJK
14. En. Mohd Nor bin Mohd Napiah - Pemeriksa Kira-Kira
15. Pn. Noraliza binti Abdul Halim - AJK
16. En. Aznizam bin Rusdi - AJK

HADIR BERSAMA - Guru Besar
- Pk Pentadbiran
1. En. Mohamad bin Asmara - Pk HEM
2. En. Mohd Aziz bin Mohd Yusof - Pk KOKU
3. En. Farrus bin Wahi Anuar
4. Pn. Siti Aishah binti Sariaat

7

1. PERUTUSAN PENGERUSI (YANG DIPERTUA ENCIK KHAIRUL AZMAN BIN ABD
HAMID)

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah dan
merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli mesyuarat yang hadir bagi Mesyuarat
Agung PIBG Kali Ke-43 bagi tahun 2021 SK Tun Doktor Ismail.
Makluman

1.2 Pengerusi berharap mesyuarat agung kali ini dapat memberikan kata putus untuk
kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Tun Doktor Ismail. Mesyuarat kai ini juga akan
menjalankan pemilihan AJK baharu untuk sesi tahun 2021/2022.
Makluman

1.3 Pengerusi merakamkan ucapan tahniah kepada semua Ahli Jawatan Kuasa PIBG
tahun 2020 cemerlang dalam memberikan komitmen yang tinggi semasa melakukan
persiapan dan pembukaan semula sekolah pada bulan Julai akibat dari Pandemik
Covid 19. Pelaksanaan sebarang aktiviti adalah terhad di dalam kawasan sekolah
sahaja dan perlu mematuhi semua SOP berdasarkan garis panduan dan pekeliling
yang sedang berkuatkuasa.
Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 42 TAHUN 2020

2.1 Dibentangkan oleh : En. Muhamad Iqbal bin Mahpod
2.2 Dicadang terima oleh Setiausaha PIBG
2.3 Disokong terima oleh
: En. Muhammad Fitree bin Mohd Fuhaad
Guru

: Pn. Siti Noor Hidayati binti Abd Shukor
Ibu Bapa

Mesyuarat sebulat suara bersetuju menerima dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung
Kali ke-42 Tahun 2020 dengan tanpa pindaan.

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Pembentangan usul tahun 2020 telah diambil tindakan. Terdapat beberapa usul yang
perlu ditangguhkan atas faktor pandemik yang sedang melanda sekarang.
Makluman

3.2 Usul Cikgu Fitree ditangguhkan sehingga aktiviti koku dibenarkan, usul akan dibawa
kepada tahun yang dibenarkan.
Makluman

3.3 Sumbangan RM 50 setiap keluarga dikekalkan untuk tahun ini.
Tindakan: Bendahari PIBG

3.4 Kelas tambahan tahun 4 dan 5 tidak dapat dilaksanakan kerana Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) atas sebab pandemik Covid-19.
Makluman

8

4.0 PERBINCANGAN

4.1 Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan Berakhir 31
Disember 2020

4.1.1 Dibentangkan oleh : Pn. Masilah binti Maslor
4.1.2 Dicadang terima oleh Bendahari PIBG
1. Disokong terima oleh
: En. Mohd Hanafi bin Sabidin
AJK Ibu Bapa

: Pn. Khairaton Amaliah
AJK Ibu Bapa

4.1.4 Perbentangan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2020 diterima sebulat
suara oleh ahli mesyuarat.
Makluman

1. Masih ada keluarga yang belum memberikan sumbangan kepada pihak
sekolah. Sebanyak 100 keluarga telah memberi sumbangan dan baki 55
keluarga masih belum memberikan sumbangan.

Makluman

1. Bendahari akan memasukkan nama dalam kumpulan atas talian kelas
murid untuk memaklumkan keluarga yang masih belum memberikan
sumbangan, sumbangan ini adalah untuk keperluan pelajar dan
pemulihan prasarana sekolah. Sekolah akan menambak kolam ikan untuk
dijadikan Kawasan pusingan U untuk ibu bapa menurunkan murid dengan
lebih mudah.
Makluman

1. Berkenaan pendapatan sawit sekolah, tanaman yang ditanam di tanah
kerajaan secara tanaman kekal telah habis sewaannya pada tahun lepas.
Pihak sekolah dan pihak PIBG telah terlepas pandang perkara ini, oleh itu
tanah tersebut telah mendapat penyewa yang baharu. Penyewa tersebut
telah memohon melalui saluran yang sah dan menjadi penyewa baharu
bermula 1 Oktober 2021. Penyewa tersebut telah bersetuju untuk
memberikan 3 bulan hasil kepada sekolah sebagai bentuk sumbangan
kepada sekolah.

Makluman

1. Pihak sekolah dan pihak PIBG akan memohon untuk menjadi penyewa
baharu sejurus sewaan sekarang tamat. Sekolah dan pihak PIBG akan
memohon setahun lebih awal untuk menjadi penyewa baharu tanah
tersebut.
Makluman

9

4.1.8 Pihak sekolah dan PIBG perlu memohon peruntukan dari DUN dan Parlimen
untuk menjadi dana tambahan PIBG. Dana ini amatlah penting untuk
keselesaan dan keselamatan murid-murid sekolah ini.

Makluman

4.2 Membahaskan Usul

4.2.1 Usul dan Tindakan.

BIL NAMA NAMA USUL/CADANGAN TINDAKAN
ANAK

1 SITI FATIMAH SITI DANIA menambahbaik kawasan Sekolah akan

BINTI MOHD FARISHA pusingan-U untuk menambak

ISMAIL MOHD kemudahan menghantar kolam ikan dan

SHAMIL dan mengambil anak dijadikan

sebagai tempat

pusingan U

kenderaan ibu

bapa.

2 MUHAMMAD NUR Mengusulkan bahawa Sekolah

FITREE BIN FALEESHA Pihak PIBG bercadang

MOHD HANA BINTI menghulurkan dana dan mengalihkan stor

FUHAAD MUHAMMAD ibu bapa sama-sama sukan ke lokasi

FITREE membantu untuk baharu yang

pengubahsuaian stor berdekatan

sukan sekolah yang agak dengan padang.

membahayakan kerana

dibimbangi terdapat

haiwan berbisa dan

berbahaya kepada murid-

murid.

3 MOHD HANAFI MUHAMMAD Latihan/Tugasan Murid Sekolah

BIN SABIDIN HANEEZ Kalau latihan bertulis, mengambil

HANAFI BIN gunakan dahulu soalan cakna hal ini.

MOHD latihan yang ada dalam Masalah ini tidak

HANAFI buku teks atau buku akan timbul

modul/buku kerja yang setelah sekolah

MUHAMMAD murid telah beli. Murid dibuka semula.
HAFEEZ tidak perlu cetak.
HANAFI BIN #Latihan ringkas/kuiz
MOHD online boleh diteruskan.

HANAFI

MUHAMMAD
HANEEF
HANAFI BIN
MOHD
HANAFI

10

4 PENGURUSAN 1. Sekolah PIBG
SEKOLAH mencadangkan meluluskan 1
wakaf untuk Murid 1 Rim
infrastuktur kertas, akan
sekolah tetapi jika
dilaksanakan. terdapat lebih
dari 2 orang
2. Mengaktifkan anak disekolah,
Kembali akaun FB ibubapa hanya
alumni sekolah. perlu
menyumbang 2
3. 1 Murid 1 Rim rim kertas
kertas untuk sahaja.
menanggung
keperluan murid Wakaf
disekolah. infrastruktur
akan
dipanjangkan
kepada alumni
sekolah.

11

4.3 Pemilihan Jawatan Kuasa PIBG 2021/2022
4.3.1 YDP merakamkan ucapan terima kasih kepada AJK PIBG Sesi 2019/2020

bagi kerja buat dan komitmen yang tinggi bagi kelancaran urusan PIBG
dengan pihak sekolah.
4.3.2 En. Farrus Bin Wahi Anuar bertindak sebagai Pengerusi Mesyuarat
sementara mengelolakan sesi Perlantikan AJK PIBG bagi sesi 2021/2022.
4.3.3 Senarai Nama AJK yang telah dilantik bersama jawatan.

En. Khairul Azman bin Abd Hamid

Yang Dipertua PIBG

En. Mohd Zairul bin Salleh

Naib Yang Dipertua PIBG

En. Muhamad Iqbal bin Mahpod

Setiausaha

Pn. Azian binti Abu Bakar

Naib Setiausaha

Pn. Masilah binti Maslor

Bendahari

Cik Canthirikka a/p Mohgan (Guru)
En. Mohd Napiah bin Mohd Nor (Ibu Bapa)

Pemeriksa Kira-Kira

AJK Ibu Bapa

En Mohd Misnan bin Sarimun
En Azmizam bin Rusdi

En. Mohd Hanafi bin Sabidin
En. Mohd Nor Azam bin Sarbini

Pn. Shamsiah binti Nordin
Pn. Siti Nirwana binti Mohd Ali
Pn. Noraliza binti Abdul halim

AJK Guru

En. Mohd Azmi bin Mt Zin
Pn. Aishah binti Samsuddin

Pn. Jamilah binti Badri

Makluman

12

4.4 Pemilihan Juru Audit Dalaman
4.4.1 Pn. Shamsiah binti Nordin mencadangkan En. Mohd Napiah bin Mohd Nor

sebagai Juru Audit Dalaman dan disokong sebulat suara.
4.4.2 En. Mohd Afiq Bin Mohd Yusof mencadangkan agar Cik Canthirikka a/p

Mohgan dikekalkan sebagai Juru Audit Dalaman dari kalangan Guru dan
diterima oleh ahli mesyuarat sebulat suara

Makluman

5.0 PERKARA-PERKARA BAHARU

5.1 Laporan PK Hal Ehwal Murid

5.1.1 Unit HEM SKTDI telah selesai menyalurkan semua bantuan kepada murid
SKTDI yang layak.

5.1.2 Pemulangan dan pengambilan buku teks untu tahun akan datang akan
dimaklumkan.

5.1.3 Pembukaan sekolah secara bersemuka akan bermula tidak lama lagi.
Murid-murid digalakkan hadir dengan uniform atau t-shirt sekolah.
Sekiranya ada masalah dengan uniform sekolah, murid boleh pakai
pakaian yang sesuai. Kasut sekolah digalakkan digunakan semasa sesi
persekolahan, jika terdapat masalah dengan kasut sekolah sandal adalah
dibenarkan bersama stoking.

5.1.4 Buku pembelajaran tidak dibenarkan ditinggalkan di bawah meja. Semua
buku harus dibawa pulang.

5.1.5 Semua kelas telah ditanggalkan langsir atas arahan KPM. Jika kels terlalu
panas, sekolah akan memikirkan jalan yang terbaik untuk mengatasi
masalah tersbut.

5.1.6 Ibu bapa perlu cakna isu kesihatan anak-anak dan ahli keluarga, jika tidak
5.1.7 sihat tidak perlu hadir dan maklumkan sahaja kepada guru kelas.
Bermula 1 November 2021, kantin sekolah akan mula beroperasi seperti
biasa. Murid-murid akan makan di dalam kelas pada waktu rehat.

5.1.8 Ibu bapa perlu cakna keselamatan anak-anak semasa musim hujan.
Mohon pantau dan ingatkan anak-anak agar tidak memancing di kawasan
yang merbahaya tanpa pengawasan ibu bapa.

5.1.9 Murid-murid atau ahli keluarga yang positif Covid-19 perlu memaklumakn
kepada pihak sekolah untuk memudahkan pemantauan berstruktur.
Semua warga sekolah termasuk ibu bapa perlu ambil maklum hal ini.

5.1.10 Aktiviti lain unit HEM akan ditangguhkan sehingga situasi pandemik
pulih.

Makluman
13

5.2 Laporan PK Kokurikulum

5.2.1 Terima kasih kepada ibu bapa kerana memberikan sokongan dengan
melatih, membimbing, dan ambil berat semua aktiviti koku dan
pertandingan anjuran sekolah, PPD, JPN dan KPM.

5.2.2 Terima kasih kepda guru-guru pembimbing yang melatih dan
menguruskan murid-murid dalam pertandingan yang dipertandingkan.

5.2.3 Kejohanan Merentas Desa peringkat Daerah Sabak Bernam
menunjukkan 3 orang murid sekolah mendapat tempat 15 terbaik dan
salah seorangnya berjaya menduduki tempat kedua dan akan mewakili
daerah Sabak Bernam ke peringkat Negeri Selangor. Seorang murid kita
berjaya menjadi wakil sabak untuk pertandingan Fit Workout ke peringkat
Negeri Selangor. Pertandingan bola sepak pula, murid kita berjaya
mendapat johan peringkat daerah dan akan mewakili daerah Sabak
Bernam ke peringkat Negeri Selangor.

5.2.4 Pertandingan STEM murid kita menyertai 5 acara. Pertandingan Fotgrafi
Alam Semulajadi, murid kita berjaya mendapat tempat kelima. Untuk
pertandingan bercerita pula, kita berjaya mendapat naib johan daerah dan
akan mewakili Sabak Bernam ke peringkat Negeri Selangor.
Pertandingan Poster Digital murid kita berjaya mendapat tempat keempat.
Pertandingan Peta I-Think murid kita berjaya mendapat tempat ketiga.

5.2.5 Pertandingan Olimpiad Matematik, murid kita menunjukkan prestasi yang
baik walaupun tidak berjaya dalam pertandingan ini. Pertandingan ini
amatlah mencabar kepada mereka.

5.2.6 Unit Pakaian Seragam Puteri Islam, murid kita berjaya mendapat tempat
keempat negeri Selangor dalam pertandingan bicara buku. Aktiviti
pengakap sekolah kita amat menggalakkan. Utuk TKRS sekolah,
pertandingan peringkat daerah agak kurang.

5.2.7 Terima kasih kepada En Zulfadhil Azim kerana membimbing Fatin Amirah
menjadi naib johan kebangsaan pertandingan Silat.

Makluman

6.0 HAL-HAL LAIN

6.1 Tiada

7.0 PENANGGUHAN MESYUARAT
7.1 Wakil ibu bapa, En Mohd Hanafi bin Sabidin mengucapkan terima kasih kepada guru-

guru SKTDI kerana terus mendidik anak-anak. Beliau berharap ibu bapa dapat beri
kerjasama yang baik kepada pihak sekolah.

14

7.2 Wakil guru, Ustaz Mohd Fakhruddin Ab Rahman mengucapkan terima kasih kepada
ibu bapa yang hadir mesyuarat agung pada hari ini. Beliau berharap dengan adanya
komitmen dari semua pihak, SKTDI dapat dimajukan bersama guru besar baharu.

7.3 Pengerusi mengucapkan juataan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat dan
berharap semua keputusan dan isu dapat dipanjangkan kepada semua ibu bapa/
penjaga, guru dan kakitangan serta diambil tindakan dengan kadar segera.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari.
Disediakan oleh:
Urus Setia Mesyuarat Agung PIBG
SK Tun Doktor Ismail
Tarikh : 17 November 2021

15

PENYATA KEWANGAN BERAKHIR
28 FEBRUARI 2022

PENYATA PENDAPATAN PIBG (SUMBANGAN)
DARI 01 JANUARI 2021 HINGGA 28 FEBRUARI 2022

A) SUMBANGAN IBU BAPA 2021

(DEBIT TUNAI)

A Bil Perkara Jumlah

1 Baki Sumbangan Tahun 2020 RM 6,733.55

2 Sumbangan Ibu Bapa 2021 RM 2,100.00

3 Sumbangan Ibu Bapa 2021 RM 1,850.00

4 Keuntungan Simpanan Agro Bank (Jan.) RM 7.13

5 Sumbangan Ibu Bapa 2020 (PPKI) RM 50.00

6 Keuntungan Simpanan Agro Bank (Feb.) RM 13.25
7 Keuntungan Simpanan Agro Bank (Mac) RM 12.89

8 Sumbangan Ibu Bapa 2021 RM 400.00

9 Keuntungan Simpanan Agro Bank (April) RM 13.51

10 Keuntungan Simpanan Agro Bank (Mei) RM 13.16

11 Keuntungan Simpanan Agro Bank (Jun) RM 13.36

12 Keuntungan Simpanan Agro Bank RM 14.07

(Julai)

13 Keuntungan Simpanan Agro Bank RM 14.53

(Ogos)

14 Keuntungan Simpanan Agro Bank RM 13.98

(Sept.)

15 Keuntungan Simpanan Agro Bank (Okt.) RM 10.76

16 Sumbangan Hasil Kelapa Sawit RM 650.00
JUMLAH RM11,945,83

16

PENYATA PERBELANJAAN PIBG
DARI 01 JANUARI 2021 HINGGA 28 FEBRUARI 2022

KREDIT RM742.00
TUNAI (RM) / CEK (NO CEK)

(A) LAIN-LAIN

Mesyuarat Agung PIBG

JUMLAH C (Unit Hal Ehwal Murid)
B (Unit Kurikulum)

Bil Perkara Jumlah Bil Perkara Jumlah

1 Pembelian Bekas Plastik RM 400.00 1 Hadiah Majlis RM511.00
(Bahan PdPR – Apresiasi RM600.00
Prasekolah, PPKI dan
Kelas Perdana) RM 600.00 2 Pinjaman Bayaran
Awal Persekolahan
2 Bayaran Fotostast Bahan
PdPR RM2,681.00
Tahap 2

3 Hadiah Majlis Apresiasi

4 Bayaran Fotostat Soalan RM667.50

Pentaksiran Setara

Standard & Modul Catch Up

Plan Tahap 2

5 Fail Tahun Enam RM180.00

JUMLAH RM4,528.50 JUMLAH RM1,111.00

17

KREDIT (TUNAI / CEK)

D (Unit Kokurikulum) E (PPKI)

Bil Perkara Jumlah Bil Perkara Jumlah

1 Pembelian Cenderahati RM100.00
Perpindahan Cikgu
Canthirikka a/p Mohgan

2 Hadiah Majlis Apresiasi RM253.00

JUMLAH RM353.00

JUMLAH PERBELANJAAN :

RM11,945.83 - ( RM742.00 + RM4,258.50 + RM1,111.00 + RM353.00)
= RM11,945.83 – RM6,464.50

BAKI SUMBANGAN PIBG = RM5,481.33

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………… B/P ……………
(MASILAH BINTI MASLOR) (SITI AISYAH BINTI
SARIAAT)
Bendahari PIBG PK Kokurikulum
Pemeriksa Kira-kira

18

USUL DAN CADANGAN

BIL NAMA NAMA ANAK USUL/CADANGAN
1 HAIRUL FAIZAL BIN NUR DANIA AMANI
NUR DHIYA YASMIN Mengusulkan supaya
ZAINAL ABIDIN MUHAMMAD THAQIF memberikan anak-anak kerja
ANAQI sekolah untuk dilakukan di
2 MOHD MARZUKI BIN rumah supaya mereka lebih
MOHD MANSOR NURAZMINA BINTI focus menyiapkan kerja yang
MOHD MARZUKI diberikan. Ini adalah untuk
NURAZIMAH BINTI murid tidak hanya bersama
MOHD MARZUKI gadget.

Mengusulkan sekolah untuk
mengkaji semula penglibatan
murid perempuan yang kurang
di dalam pertandingan
peringkat daerah.

Mengusulkan sekolah
mengadakan kelas tambahan
untuk murid tahun 5 dan 6.

19

PEMILIHAN AHLI JAWATAN KUASA PIBG
GURU DAN IBU BAPA 2022/2023

Penasihat

En Mohamad bin Asmara
Yang Dipertua PIBG

___________________________
Naib Yang Dipertua PIBG

___________________________
Setiausaha

____________________________
Naib Setiausaha

____________________________
Bendahari

____________________________
Pemeriksa Kira-Kira

____________________________
____________________________

AJK Ibu Bapa
____________________________
____________________________
____________________________
____________________________
____________________________
____________________________
____________________________

AJK Guru
____________________________
____________________________
____________________________

20


Click to View FlipBook Version