The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kebudayaan & Perpaduan Kaum di Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Odessa Endru, 2023-04-19 12:12:51

Kebudayaan dan Perpaduan Kaum

Kebudayaan & Perpaduan Kaum di Malaysia

KOD KURSUS : MPU21032 SEKSYEN : NAMA KURSUS : PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN PROGRAM : SAINS KESETIAUSAHAAN PENSYARAH : FAYZATOL JAMIYAAH BINTI ABDUL RAHIM Kebudayaan & Perpaduan Di Malaysia DISEDIAKAN OLEH: EVELYN ANAK VENISON (20DSK22F2009) | WINIE PUTRI ANAK TEGONG (20DSK22F2061) | METHILDA KEIRA ANAK PRASARA(20DSK22F2013 ) | ODESSA ANAK ENDRU(20DSK22F2053) | FEDRA MEEYA ANAK NGALAYANG (20DSK22F2057)


ISI KANDUNGAN Pengenalan Ciri-ciri kaum Kaum Malayu Adat Kaum Melayu Adat Perkhawinan Melayu Adat Kematian Melayu Budaya Kaum melayu Perayaan Kaum Melayu Pakaian Tarian Alat Muzik Kaum Cina Adat kaum Cina Peryaan kaum Cina Pakaian Kaum Cina Tarian Kaum CIna Bahasa Kaum Cina Kaum India Adat Perkahwinaan Kaum Indai Adat Kematian kaum India Perayaan Kaum India Hari Thaipussam Hari Thaiponggol Pakaiaan Tradisional kaum Lelaki Pakaiaan Tradisional kaum perempua n T a ria n K a u m In dia A l a t M u zik K a u m In dia K a u m Ib a n T r a disi K a u m Ib a n B u d a y a K a u m Ib a n 1. 2. 45-6 7-9101113141516171819202122 23-2 4 2 5 2 6 2 7 - 2 8 2 9 3 0 3 1 3 2 3 3 3 4 3 5 3 6 1 - 23


Perayaan Kaum Iban Pakaiaan Kaum Iban Kaum Bidayuh Adat Perkahwinaan Adat Kematian Perayaan kaum Bidayuh Budaya Kaum Bidayuh Alat Muzik 3.Isu Permantapan Perpaduan dalam kaum Bidayuh 4.Cara memantapkan perpaduan dalam kaum bidayuh 5.Apakah Kepentingan budaya Tradisi kaum 6.Kenapa harus memelihara kebudayaan kaum 7.Kesan Kepelbagaiaan Kaum 8.Peranan Kerajaan 9.Penutup 10.Latihan 11.Rujukan 37 38 39 40 41 44 44 45 46 47 48 49-50 51-52 53-54 55 56 57


PRAKATA Salam sejahtera dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmatnya dapat kami menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan Fayzatol Jamiyaah Binti Abdul Rahim, Pensyarah Kursus Etika Dan Peradaban (MPU21032), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlangsung. Selain itu, tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang telah memberi sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini. Akhir kata, kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang ditunjukkan oleh rakan-rakan ternyata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang telah diberi. Tanpa bantuan dari semua pihak, tidak mungkin kami dapat menyiapkan kerja khusus ini dengan jayanya.


Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos dan membentuk sebuah negara yang majmuk. Perpaduan merupakan penyatuan dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakast ataupun kumpulan dan jiran mereka. Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum yang hidup secara harmoni. Misalnya, Malaysia mempunyai kaum utama seperti Melayu, Cina, dan India. Selain daripada itu, etnik juga merangkumi sub-kaum di Malaysia seperti di Wilayah Sabah dan Sarawak mempunyai etnik Iban, Bidayuh, Melanau, Kadazandusun, Bajau dan sebagainya. Kepelbagaian budaya, agama, dan bahasa serta kepercayaan mampu menggabungkan masyarakat. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun peradaban dan kemajuan. Banyak negara luar mencontohi Malaysia kerana masyarakat di Malaysia dapat hidup dalam keadaan yang damai walaupun berbeza budaya dan bangsa. Oleh itu, nilai perpaduan dan kebudayaan di Malaysia yang kukuh kerana terdiri daripada pelbagai kaum yang dapat mengaitkan perpaduan antara kaum. Pengenalan 1


memupuk semangat setiakaum dan perpaduan dalam masyarakat pelbagai. Mencipta keharmonian kebudayaan dalam masyarakat pelbagai. Membasmi kesan racist dalam masyarakat pelbagai. menjadi sumber rujukan kepada generasi muda akan datang tentang tujuan perpaduan dan kebudayaan dalam masyarakat pelbagai. 2


KAUM MELAYU Orang Melayu Malaysia ialah bangsa Melayu yang tinggal di Malaysia. Orang Melayu di Malaysia diperkirakan sebanyak 50.8% atau 15,479,600 daripada jumlah keseluruhan penduduk di Malaysia. Mereka ditakrifkan secara umum sebagai "Bangsa Melayu". Bangsa Melayu merupakan kumpulan etnik terbesar di negara ini. 3


Adat Kaum Melayu Masyarakat Melayu memang kaya dengan adat resam dan pantang larangnya yang tersendiri. Adat resam merupakan adat yang diwarisi oleh sesuatu masyarakat secara turun temurun oleh nenek moyang mereka bagi mengekalkan tradisi kaum mereka. Ia juga merupakan undang-undang atau hak yang tak tertulis dalam sesebuah masyarakat. 4


Antara adat kaum Melayu adalah adat 'Perkahwinan'. Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting. Pertama sekali adalah peringkat merisik. Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Dalam budaya Melayu, adat ini merupakan tahap awal menjodohkan teruna dan dara, yang melibatkan pertemuan antara wakil keluarga teruna dengan orang tua pihak dara. Pertemuan tersebut dianggap penting untuk menghormati keluarga pihak dara, sebagaimana ungkapan dalam adat Melayu kalau hendak meminang anaknya, pinanglah ibu bapaknya terlebih dahulu. Ungkapan tersebut menjelaskan bahwa pandangan dan restu orang tua perlu diperoleh terlebih dahulu dalam membuat keputusan yang besar seperti perkawinan. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya. Prosesi merisik dilakukan dengan tertib dan sopan untuk menjaga dan memelihara nama baik kedua belah pihak. 1.ADAT PERKAHWINAN 5


Seterusnya, 'Meminang & Bertunang'. Setelah kata persetujuan dicapai oleh keluarga di pihak lelaki, wakil dari pihak lelaki yang biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan diutuskan oleh ibu bapa lelaki tersebut untuk mewakili mereka meminang anak dara yang telah dipilih. Biasanya, ibu bapa kepada anak dara tersebut tidak akan memberi jawapan yang muktamad kepada pihak yang datang meminang kerana mengikut adat, mereka sepatutnya diberi tempoh untuk memberi jawapan atau dipanggil bertangguh. Ini kononnya kerana hendak berpakat dengan ahli-ahli keluarga dan waris yang rapat, walaupun sebenarnya mereka memang sudah bersedia untuk menerima pinangan itu. Sebenarnya, adat bertangguh ini mencerminkan budaya Melayu yang amat berhati-hati dalam menentukan jodoh dan menunjukkan kesopanan dalam setiap tingkahlaku. Sudah menjadi rutin dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu untuk tidak tergopoh-gapah dalam mengendalikan apa sahaja dan adalah menjadi pegangan bahawa setiap hal yang dilaksanakan perlu dijalankan dengan rapi dan tersusun mengikut adat yang ditetapkan. Majlis berinai di dalam masyarakat Melayu dijalankan secara berperingkat. Terdapat 3 peringkat berinai iaitu berinai curi, berinai kecil dan berinai besar. Pengantin perempuan akan memakai inai pada kesemua jari tangan dan kaki termasuklah pada tapak tangan. Sebaliknya, pengantin lelaki hanya memakai inai pada jari kelingking, jari manisdan jari hantu pada sebelah tangan sahaja. Namun kini, masyarakat hanya membuat majlis berinai secara kecil-kecilan kerana faktor kos yang tinggi jika mahu melaksanakan adat berinai besar. 6


2. ADAT KEMATIAN Bagi kebanyakan masyarakat Melayu, wajib bagi mereka menuruti kaedah pengkebumian berasaskan garis panduan al-Quran dan as-Sunnah dan diselitkan dengan sedikit adat-adat kemelayuaan. Pertamanya,semasa berlakunya kematian, keluarga si mati akan menghebahkan kematian kepada imam atau siak yang berada di masjid seterusnya masyarakat sekitar. Hal ini bertujuan mendapatkan pertolongan daripada orang yang lebih arif untuk menguruskan jenazah si mati.Di samping itu,untuk menghebahkan kematian si mati. 7


Mayat tersebut akan diletakkan di ruang tengah rumah dan dibaringkan serta ditutup dari kepala hingga ke kaki dengan sehelai kain. Kepalanya dihadapkan ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dikiamkan iaitu tangan kanan ditindihkan atas tangan kiri ke dada. Orang yang menziarah si mati akan menyedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran. Pada kebiasaannya di hadapan mayat itu, diletakkan sebuah tempat bara dan kemenyan akan dibakar. Tambahan pula,Semasa mayat masih berada di dalam rumah, sebarang jamuan tidak akan diadakan. Mayat tersebut juga perlu dikebumikan secepat yang mungkin. Kemudian, mayat akan dibersihkan melalui upacara mandi wajib (kecuali mati syahid). Proses memandikan jenazah hanya akan dilaksanakan oleh kaum sejantina si mati. Biasanya daripada kalangan keluarga si mati itu sendiri.Ianya meliputi membersihkan seluruh bahagian badan si mati menggunakan kapur barus dan mengeluarkan sisa-sisa perkumuhan dari tubuhnya.Ini kerana ianya sejajar dengan tuntutan agama yang menyatakan bahawa si mati perlu bertemu dengan tuhannya (Allah S.W.T) dalam keadaan bersih. Selesai memandikan mayat, jenazah akan dikafankan. Kafan disini mendukung maksud membalut badan jenazah dengan aturan tertentu. Proses mengafankan melibatkan penggunaan kain putih yang mencukupi beserta dengan tali, juga berwarna putih untuk mengikat seterusnya mengukuhkan lagi balutan kain kafan tersebut.Balutan lapisan bagi mayat lelaki ialh 5 lapisan manakala mayat perempuan 7 lapisan. Sesudah jenazah dikafankan, ahli keluarga terdekat dan muhrim dibenarkan mengucup mayat sebagai tanda penghormatan terakhir tetapi disyaratkan air mata tidak menitis pada tubuh jenazah. Sebelum jenazah dimasukkan ke dalam keranda,seorang wakil atau waris si mati akan memberi ucapan ringkas dan memohon ampun dan maaf bagi pihak si mati jika selama hayatnya beliau pernah berbuat dosa terhadap seseorang. Wakil tersebut juga akan meminta supaya mana-mana hutang si mati yang masih belum dijelaskan agar dapat dihalalkan ataupun si penuntut boleh menuntutnya pada waris si mati. Sebelum keranda diusung, ahli keluarga terdekat akan lalu sebanyak tiga atau tujuh kali dibawah keranda tersebut supaya mereka tidak terasa rindu pada si mati. Walau bagaimanapun adat lalu di bawah keranda ini tidak lagi dilakukan oleh masyarakat Melayu pada hari ini. Selepas itu jenazah akan dimasukkan ke dalam keranda dan diusung ke tanah perkuburan. Kaum lelaki digalakkan menghantar jenazah hingga ke kubur, sebaliknya kaum wanita kurang digalakkan kerana dikhuatiri akan meratapi kematian tersebut. Tangisan dan ratapan yang berlebihan terutamanya di tanah perkuburan tidak digalakkan dalam Islam (Ahmad Fahmi Irsyad bin Aziz Azmi) 8


Sebelum dikebumikan jenazah akan disolatkan di masjid atau surau yang berhampiran dahulu sebelum dikebumikan. Selesai sembahyang mayat, biasanya diedarkan sedekah berupa wang atau benda contohnya seperti kain pelekat kepada mereka yang telah menyembahyangkan mayat itu.Selesai sahaja solat mayat,mayat dengan kerandanya itu akan dibawa dan dimasukkan ke dalam kubur yang disedia.Sebelum ditimbus kubur itu, siak masjid atau sesiapa akan turun ke dalam kubur membuka papan tutup keranda itu dan mengerengkan mayat itu serta membukakan ikatan di kepala. Kepala mayat akan disendal dengan tanah yang telah dikepal-kepal dan selepas diazankan di telinganya. Selesai kubur itu ditimbus, dipacakkan sebatang ranting pohon sebagai tanda untuk memacakkan batu nesan pada kemudian hari. Dua batang batu nesan tertulis nama, tarikh lahir dan juga tarikh kematian akan dicacak di atas kubur sebagai tanda. Seterusnya upacara membaca talkin dan membaca doa kepada si mati akan dijalankan oleh tuan haji, lebai atau tuan alim. Selepas talkin dan doa habis dibaca, air akan disiram di atas kubur si mati dari bahagian kepala sampai ke bahagian kaki sehingga habis. Kemudian bunga rampai pula ditabur . Biasanya selepas kematian si mati,kenduri arwah dan doa selamat akan diadakan oleh keluarga si mati selepas jenazah selamat dikebumikan. Ia diadakan pada hari pertama, ketiga, ketujuh, keempat puluh empat atau keseratus hari. Tujuannya adalah untuk mendoakan kesejahteraan si mati yang berada di alam barzakh. Ada juga masyarakat Melayu yang melakukan adat turun batu iaitu menimbus kubur si mati dengan batu-batu kecil dan membina pagar kecil di sekeliling pusara tersebut selepas seratus hari seseorang itu meninggal dunia. 9


BUDAYA KAUM MELAYU Masyarakat terbesar di Malaysia ialah kaum Melayu. Mereka betutur menggunakan bahasa Melayu, beragama Islam dan mengamalkan tradisi dan adat istiadat Melayu. Dari sudut sejarah, rumpun Melayu meliputi penduduk yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu dan gugusan Kepulauan Melayu. 10


Perayaan Kaum Melayu Perayaan-Perayaan yang dirayakan oleh kaum Melayu adalah Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidil Adha dan Sambutan Maulidul Rasul . HARI RAYA AIDILFITI HARI RAYA AIDIL ADHA SAMBUTAN MAULIDUL RASUL 11


HARI RAYA AIDILFITI Pada tanggal 1 Syawal tahun Hijrah, seluruh masyarakat Islam di dunia akan menyambut Hari RayaAidilfitri. Di Malaysia, sambutan hari raya ini disebut juga sebagai Hari Raya Puasa. Hari raya inisetelah menghabiskan kewajipan puasa pada bulan Ramadan. HARI RAYA AIDIL ADHA Hari Raya Aidiladha atau juga disebut Hari Raya Korban dan Hari Raya Hajimerupakan perayaanagama yang disambut oleh seluruh umat Islam di dunia. Hari raya ini menandakan berakhirnyatempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, iaitu sehari selepas jemaah haji mengerjakan wukuf diArafah. SAMBUTAN MAULIDUL RASUL Perkataan 'maulid' berasal daripada Bahasa Arab yang bermaksud hari lahir seseorang. Apabiladisebut 'Maulidur Rasul', umum memahami ungkapan ini bermaksud hari keputeraan JunjunganBesar, Nabi Muhammad S.A.W. Nabi Muhammad S.A.W. dilahirkan di Tanah Suci Makkah pada 20April tahun Masihi 571 bersamaan 12 Rabiulawal Tahun Gajah. 12


PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MELAYU Baju Kurung Baju Kebaya Baju Melayu Masyarakat Melayu di Malaysia mempunyai pelbagai jenis pakaian tradisional yang telah pun dipakai sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Semua pakaian ini masih lagi mengekalkan ciri-ciri keasliannya seperti mana ia mula dipakai pada zaman dahulu. Ada antara pakaian tersebut mendapat pengaruh daripada budaya bangsa asing seperti Arab, Cina, India dan juga dari Kepulauan Indonesia. Berikut ialah senarai pakaian tradisional Melayu di Malaysia:- Baju Kebaya Baju Kurung Baju Melayu 13


TARIAN KAUM MELAYU Kaum Melayu mempunyai banyak jenis tarian. Tarian Melayu merangkumi pelbagai suku kaum yang terdapat di alam Melayu. Diantara tarian suku kaum Melayu adalah: Tarian Asli. Tarian Asyik. Tarian Ayam Didik. Tarian Balai. Tarian Balqis ( Arab) Tarian Barongan. Tarian Calok (SumpahSumpah) . Tarian Makyong adalah persembahan Melayu biasa, Makyong hanyalah kenangan atau cerita tentang teater yang sangat terkenal, anda juga boleh mengatakan dramatari. Makyong sendiri dianggarkan telah wujud di Riau hampir satu abad yang lalu, biasanya persembahan Makyong diadakan selepas menuai padi. Tarian Makyong dipersembahkan oleh penari bertopeng dan diiringi alat muzik seperti gendang, rebab dan tetawak. TARIAN MAKYONG 14


Antara alat muzik tradisional bagi masyarakat Melayu di Malaysia adalah seperti Serunai, Geduk, Gedumbak, Canang, Kompang, Kesi, Tetawak, Kecerek, Gendang Sembilan, seruling dan sebagainya. ALAT MUZIK KAUM MELAYU 15


Kaum Cina Kaum Cina di Malaysia berasal daripada keturunan pendatang berbangsa Han semasa pemerintahan Dinasti Ming semasa abad ke-15, Dinasti Qing dan Republik China. Suku etnik Cina di Malaysia terdiri daripada 6 subetnik utama iaitu Cina Min, Cina Yue, Cina Hakka, Cina Wu dan Cina Utara. Asal-Usul 16


Adat dan Pantang Larang Kaum Cina Setiap kaum mempunyai pantang larang dan adat resam tersendiri yang diwariskan dan peninggalan nenek moyang termasuklah kaum Cina. Akan tetapi, semua masyarakat perlu menghormati kepercayaan masyarakat lain. Percaya pada angka yang memiliki elemen negatif dan positif. Angka 8 membawa kepada kemewahan dan masa depan yang cerah. Contoh Kepercayaan dalam Adat Cina 1. 2. Tarikh perkahwinan mesti dielakkan dari berlangsung pada bulan perayaan hantu/ qing ming (bulan April) Duit dalam angpow mestilah berjumlah genap seperti 2,4,6 Wanita hamil dilarang membuat kerja-kerja memaku kerana dikhuatitri anak dalam kandungan cacat kerana terkejut Contoh Pantang Larang Kaum Cina 1. 2. 3. 17


Antara perayaan utama yang disambut oleh kaum Cina adalah Tahun Baru Cina. Tahun Baru Cina menandakan permulaan tahun baharu berdasarkan di dalam Kalendar Lunar Cina ataupun 21 Januari dan 20 Januari menurut takwim Gregory (takwim kalendar sekarang yang kita gunakan) Masyarakat Cina menyambut perayaan Tahun Baru Cina dengan mengunjungi dan meluangkan masa dengan keluarga. Pada perayaan ini, ahli keluarga yang sudah berkahwin akan memberikan wang yang diletakkan di dalam sampul merah yang dikenali sebagai angpao. Perayaan Kaum Cina 18


Pakaian Tradisional Kaum Cina Cheongsam dipakai dalam majlis yang bersesuaian seperti majlis perkahwinan dan tahun baru cina. Rekaan asal Cheongsam adalah penuh sulaman benang emas dan sutera. Istilah "Hanfu" berasal daripada kaum Han. "Yifu" bermaksud baju dalam bahasa mandarin. Hanfu direka dengan lengan yang kembang dan kolar leher yang selesa. Hanfu popular kerana rupa yang sopan dan direka secara moden. Cheongsam Hanfu 19


Tarian Tradisi Tarian Singa dilakukan di depan kedai perniagaan milik orang Cina untuk menarik tuah, untung dan kekayaan. Tarian Singa dilakukan dengan penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. 2 penari diperlukan untuk melakukan tarian Singa kerana memerlukan seseorang memainkan di bahagian kepala dengan menggerakkan kepala kostum dan seorang lagi penari memainkan bahagian belakang kostum singa. Maka, kedua-dua penari akan bergerak seperti singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah. 20


Bahasa Bahasa Mandarin sebagai bahasa komunikasi antara masyarakat Cina di Malaysia. Bahasa Cina juga mempunyai bahasa dialek yang berbeza sama seperti dialek kaum dan etnik lain. Dialek utama kaum Cina di Malaysia adalah Bahasa Hokkien, Kantonis, Hakka dan teochew. Selain daripada itu, masyarakat Cina di Malaysia juga menggunakan Bahasa Mandarin Baku dalam komunikasi dengan orang China dan Taiwan. Tambahan lagi, Bahasa Kantonis banyak digunakan dalam komunikasi antara masyarakat Cina di Malaysia dan orang Hongkong dan Macau. 21


KAUM INDIA Orang india Malaysia ialah rakyat Malaysia yang berasal India. Kebanyakan mereka datang samasa zaman penjajahan British di Malaya. Kini, kaum ini merupakan kaum ketiga terbesar di Malaysia selepas kaum melayu dan juga cina Asal Usul 22


1. Perkahwinan masyarakat India, ada tiga jenis perkahwinan dalam masyarakat India Thirumanam bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat. Ada tiga jenis perkahwinan dalam masyarakat India iaitu vaitikat thirumanam, tamil thirumanam, dan diya thirumanam. Perkahwinan ni akan mengikut suku yang ada dalam masyarakat India. Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan di bahagian atasnya, menuang air susu kedalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki kedua ibu bapa (basuh kaki ibu bapa, beri hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang).Biasanya pasangan pengantin akan bertukartukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas. Upacara ni menandakan pasangan ni secara rasmi telah menjadi suami isteri 23


2. Kematian umpama tidur sementara bagi masyarakat India Bagi masyarakat India, diorang mempercayai konsep kelahiran semula, iaitu kematian adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur. Sarjana India juga menyatakan kematian adalah perpisahan roh dan jasad, walaupun jasad akan hancur, ia akan kembali ke alam barzakh. Dalam masyarakat India, mayat akan dibakar atau di kebumikan. Untuk melaksanakan upacara ini pelbagai adat ditentukan. 3. Upacara menanggalkan thaali dan upacara vaikkarasi dalam upacara kematian Thaali vaangutal adalah upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya sesebuah kematian dalam sesebuah keluarga. Thaali iaitu rantai suci perkahwinan hanya boleh ditanggalkan oleh isteri setelah suaminya meninggal dunia. 24


Setelah dimandi dan dihias cantik, mayat akan dimasukkan kat dalam keranda. Pada masa yang sama lagu-lagu suci dimainkan. Saudara mara akan beri penghormatan yang terakhir kepada si mati dan mendoakan agar roh si mati akan tenang. Pada masa yang sama, ucapan tenna adudaiya shinaneepottri disebut beberapa kali sebagai menandakan upacara tersebut telah direstui oleh tuhan. Ahli-ahli keluarga akan kelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali sebagai tanda penghormatan. 4. Selain daripada dua upacara kematian tu, diorang juga ada upacara kollic catti Kollic catti ni bermaksud periuk tanah liat yang mengandungi api. Periuk tu diangkat dengan menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat pada periuk. Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si mati, orang yang bertanggungjawab periuk tanah liat tu adalah anak atau bapa si mati. Anak sulung akan lakukan tradisi ni untuk bapa yang meninggal dunia dan anak bongsu jika ibu yang meninggal dunia. Diorang akan bawa kollic catti mengiringi mayat. Sebelum tu pembawa kollic catti dikehendaki mencukur rambut. Ini menunjukkan bahawa mereka akan hidup lebih bahagia seperti rambut yang baru tumbuh. 25


Hari Deepavali Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa"yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya. Menurut lagenda, Raja Naragasuri yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasuri meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia. Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali. Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga. Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya diperbuat daripaja bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi, Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka. "Kolam" merupakaan upacara keagamaan bagi penganut Hindu dan orang Islam adalah dilarang mengikutnya. 26


Hari Thaipussam Hari Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu di seluruh dunia. Perayaan ini bagi menghormati dewa Hindu, iaitu Lord Murugan. Perayaan ini disambut pada bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil yang dikenali juga sebagai bulan 'Thai'. Bagi penganut yang beragama Hindu, Thaipusam adalah hari untuk menghapuskan dosa-dosa dan bertaubat sepenuhnya akan kesalahan yang lepas. Sebelum menyambut Thaipusam, penganut agama Hindu akan berpuasa selama sebulan untuk tujuan membersihkan jiwa. Dalam tempoh sebulan ini, mereka berpuasa dengan makan sayur sehari sekali dan sentiasa mengunjungi kuil. Dua puluh empat jam sebelum menyambut Thaipusam pula, mereka akan berpuasa sepenuhnya. Masyarakat yang beragama Hindu di Malaysia, biasanya akan menyambut perayaan Thaipusam ini di Batu Caves, iaitu sebuah tempat suci bagi masyarakat Hindu di sini. Pada hari Thaipusam, penganut agama Hindu akan membawa patung Dewa Subramaniam, iaitu anak bongsu Dewa Siva, di atas pedati perak dan diarak dengan muzik tradisi. Selain itu, antara ciri utama perayaan Thaipusam ini, penganut agama Hindu juga akan membawa 'kavadi', iaitu sebuah kerangka besi yang dihiasi dengan bunga, kertas berwarna-warni, dan buah-buahan segar yang dijunjung di atas bahu. Ini adalah sebagai tanda membayar nazar atau bertaubat kepada Dewa Subramaniam. 27


Bagi sesetengah penganut agama Hindu juga, mereka akan mencucuk logam atau besi yang menembusi kulit tubuh, lidah, pipi, dan anggota badan yang lain bagi tujuan membersihkan dosa dan menyucikan diri. Mereka akan berkumpul beramairamai sambil membawa 'kavadi'. Biasanya, pembawa 'kavadi' ini berada dalam keadaan terpukau sambil mengikut rentak lagu yang dimainkan. Di Malaysia, pembawa 'kavadi' ini akan berarak dan menaiki 272 anak tangga di Batu Caves sehingga sampai di pintu gua dan meletakkan kavadi dihadapan patung dewa. Selain itu, penganut agama Hindu juga akan membawa kelapa, madu, dan susu untuk dipersembahkan kepada dewa-dewa bagi mendapatkan restu. Perayaan Thaipusam di Malaysia, biasanya disambut secara meriah bagi masyarakat yang beragama Hindu. Perayaan ini turut mendapat perhatian daripada masyarakat yang berbangsa lain. Oleh itu, tidak hairanlah banyak pelancong yang datang dan merakamkan suasana menarik semasa sambutan perayaan ini. 28


HARI THAIPONGGOL Thaiponggol merupakan perayaan menuai yang diraikan mengikut kalender Hindu. Disebabkan hari perayaan Thaiponggol ditetapkan dalam kalender Hindu, hari Thaiponggol disambut berbeza dengan tempoh menuai yang sebenar. Pada kebiasaannya, orang-orang Tamil akan meraikan perayaan menuai Thaiponggol pada minggu kedua bulan Januari. Pada subuh pagi Thaiponggol, para petani akan bangun dan memasak bijiran yang baru dituai yang dikenali sebagai Ponggol. Masakan Ponggol ini merupakan masakan hasil tuaian baru yang akan dipersembahkan kepada matahari pada waktu pagi. Pesta Thaiponggol merupakan hari bagi memuliakan Dewa Matahari yang penting kepada semua tanaman. Upacara penyembahan juga diadakan di kuil secara besar-besaran, dan di rumah secara kecilkecilan. Bagi perayaan di rumah, seluruh keluarga akan bangun awal dan mandi dan berpakaian cantik sebelum subuh. Semua ini dilakukan tanpa menggunakan cahaya. Apabila semua ahli keluarga telah bersedia, mereka berkumpul mengelilingi gubahan buah dan bunga. Hanya ketika itu lampu akan di gunakan. Gambaran kecantikan alam semulajadi mesti merupakan gambaran pertama dilihat pada waktu pagi. Pada pagi hari, makanan pagi dari tumbuhan sepenuhnya "vegetarian" akan dihidangkan kepada semua ahli keluarga. 29


PAKAIAN TRANDISIONAL Dhoti Dhoti merupakan pakaian untuk kamum lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada kain yang bewarna putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut. Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkukan pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang bewarna kuning pudar atau kuning susu. Pakaian ini banyak dipakai oleh golongan ceti. 30


Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah pakaian seharian dan turut dipakai pada musim perayaan. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan lembut. Sebelum memakai sari, Si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan singkat. Kemudian sati dililit dari pinggan dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggang sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai. SariDari segi pemilihan warna, kebanyakan sari yang dipakai berwarna gelap seperti merah, biru, hijau dan ungu. Warnawarna ini lebih menarik untuk sari yang dipakai pada musim perayaan. Pemilihan corak pula adalah mengikut si pemakai. Ada yang lebih suka bercorak tumbuha-tumbuhan dan ada juga yang lebih suka bercorak haiwan. Untuk menjadikan si pemakai kelihatan menarik, kebanyakan mereka memilih sari yang mempunyai pelbagai jenis manik yang berkilat. Ini akan menyerlahkan lagi kecantikan si pemakainnya. Wala apapun pemilihan warna biasanya dipadankan dengan corak yang menarik dan sesuai dengan si pemakai. Sari 31


Tarian Tradisional Kebudayaan India telah wujud selama berribu tahun dahulu.Oleh sebab itu,kebudayaan india sangat kaya dengan pelbagai jenis tarian suku kaum india.Tarian india boleh dibahagikan kepada gaya klasik dan gaya trandisional.Daripada tujuh gaya klasiknya,tarian yang paling terkenal ialah Bharatam, dan Kathak. 32


Alat Muzik Tradisional Kaum India DHOLAK Dholak ataupun dholaki ialah sebuah alat muzik klasikal India Utara (Hindustan). Ia dimain dengan menggunakan tangan and mudah dipikul oleh pemainya. Bunyi yang dihasilkan oleh dholak berasal daripada hasil pukulan tangan keatas permukaan yang diperbuat daripada kulit haiwan. Dholak biasanya digunakan dalam penghasilan rentak untuk lagu-lagu filem dan sebagainya. 33


Iban adalah kaum peribumi asli (Orang asal tertua yang tinggal di pulau Borneo. Mereka boleh dijumpai di Sarawak, Kalimantan Barat, Brunei, Sabah (Iban Merotai) dan Labuan. Mengikut sejarah lisan, pembentukan dan perkembangan budaya sosial kaum Iban khasnya atau etnik austronesia amnya terjadi semasa zaman kegemilangan Austronesia di Kerajaan Panggau Libau di Tampun Juah, Iban mempunyai sejarah tertua dan paling panjang di Borneo.Namun begitu dalam pola migrasi modern, Iban dipercayai berhijrah dari Kapuas sejak kurun ke Semasa zaman kolonial Inggeris di Sarawak dan Belanda Iban disebut dengan nama Sea Dayak kerana kehadiran dalam aktiviti pemburuan/Ngayau di lautan China Selatan.Iban terdiri dari pelbagai suku atau puak.Salah satu puak Iban yang bukan berasal dari Kapuas adalah Iban Batang Lupar yang dulu dikenal sebagai Dayak Batang Lupar yang mana orang asal di kawasan itu sejak zaman berzaman. Nama Sungai Batang Lupar berasal dari nama suku Batang Lupar.Panggilan "Dayak" Adalah gelaran yang digunakan oleh pengembara eropah terhadap bangsa yg mendiami kepulauan Borneo kerana pada waktu itu sulit untuk mereka membezakan bangsabangsa yang terdapat di kepulauan borneo kerana kemiripan dan persamaan adat, kepercayaan dan rupa paras. Panggilan "Sea Dayak" kepada Iban adalah kerana keberadaan Orang Iban di lautan pada kurun ke 17 hingga ke 19 di lautan China Selatan. Tradisi kayau di lautan atau tradisi memenggal kepala musuh di lautan telah menggerunkan pelayar dan pedagang asing ke Pulau Borneo hingga tercatat didalam sejarah maritim bangsa Eropah sebagai "Vikings of Eastern Sea " dan "King of Sea Borneo". Kaum Iban 34


Tradisi orang Iban adalah adat, budaya dan kepercayaan asal mereka, tanah pusaka dan kehidupan di rumah panjang. Banyak adat-adat asal yang masih diamalkan dan digunapakai dalam komuniti di rumah-rumah panjang untuk menjaga ketenteraman dan keamanan masyarakat. Budaya menyimpan pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil tajau masih diamalkan hingga sekarang walaupun berkurangan. Ia diwarisi secara turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihomati. Tajau berfungsi sebagai harta simpanan dan diperoleh secara tukar barang. Sebilangan kecil masyarakat bumiputera Iban masih mengamalkan kepercayaan nenek moyang.Dalam kepercayaan Iban, mereka berpegang kepada adat yang diwarisi turun temurun dan beasr kemungkinan ditulis di dalam 'Papan Turai' oleh 'Tuai Raban Bansa' atau "Paramount Chief" dengan berpandukan nasihat 'Manang' dan 'Lemambang'.Orang Iban percaya bahawa semua binatang yang hidup, tumbuhan dan barangan fizikal seperti bukit, gunung, sungai, air, ribut dan sebagainya mempunyai semengat atau roh masing-masing. Mereka juga percaya kepada orang Panggau Libau dan Gelong sperti Keling dan Laja, dan Kumang dan Lulong. Juga disembah oleh orang Iban adalah roh-roh nenek moyang yang telah meninggal untuk meminta pertolongan semasa Gawai Antu. Tradisi Kaum Iban 35


Tarian Ngajat atau Tarian Norek adalah salah satu tarian tradisional yang berasal daripada Sarawak (Malaysia) yang sangat popular dalam kalangan orang Iban di Kalimantan Barat dan Sarawak.Asal-usul tarian ngajat menurut kajian pakar sains dan arkeologi mendapati bahwa ngajat merupakan tarian yang berasal dari Sarawak bermula daripada penghijrahan orang Iban dari Gua Niah ke Kapuas di Kalimantan Barat. Perkara ini diperkukuhkan lagi dengan Ngajat sebagai salah satu daripada senarai Warisan Negara 2009. Hal ini dilihat dari perbedaan pakaian tradisi sama musik serta rentak tari. Di Sarawak, masyarakat Iban memilih memakai baju tradisi dari leluhur mereka. Di Kalimantan Barat, masyarakat Iban lebih memilih memakai baju dari Sanggar Tari mereka. Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari berperang. budaya kaum iban 36


Perayaan Gawai merupakan pesta utama bagi suku kaum Iban sebagai upacara keagamaan dan kepercayaan asal untuk menyembah para dewa. Jenis-jenis Hari Gawai adalah seperti Gawai Dayak (Pesta Kehasilan Menuai), Gawai Burung dengan sembilan peringkat yang berturut-turut untuk memyembah Sengalang Burong dan keluarganya sebagai dewa perang atau pengubatan secara ajaib, Gawai Kenyalang (untuk menandakan kejayaan seseorang dalam kehidupannya), Gawai Umai seperti upacara manggul semasa mencari tapak umai, Gawai Batu untuk mengasah tajam peralatang besi sebelum menebas dan menebang, Gawai Ngalihka Tanah untuk memajak tanah yang tidak subur lagi, Gawai Benih untuk menimang benih padi supaya sihat, subur dan berhasil, Gawai Ngemali Umai untuk mengubati padi huma yang sakit, upacara Matah untuk memulakan penuaian padi, Gawai Bersimpan Padi selepas menuai, Gawai Pangkong Tiang apabila pindah ke rumah baru, Gawai Tuah untuk mencari dan memasukan nasib baik ke bilih keluarga, Gawai Lelabi (Melah Pinang / Majlis Nikah), Gawai Sakit untuk mengubati pesakit selain begama (bersentuh), belian (berubat oelh manang), besugi sakit dan berenong sakit, Gawai Antu untuk menghormati orang yang telah meninggal, Gawai Bertambah Bulu untuk menjahit sehelai baju kesihatan dan Gawai Nangga Langit untuk memohon pengampunan daripada dewa. Antaranya sambutan Hari Gawai Dayak yang dijalankan antara hari pertama mulanya pada 1 May dan hari kedua pada bulan 1 Jun adalah terpenting. Biasanya, [Tarian Ngajat]] ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam kehasilan menuai padi sepanjang tahun ini. Tuai rumah merupakan orang yang bertanggungjawab untuk menguruskan sambutan yang penting ini. Perayaan Gawai juga tidak akan lengkap, sekiranya Tuak tidak dihidangkan. Minuman yang diperbuat daripada ragi dan beras ini boleh didapati di rumah panjang. perayaan orang iban 37


Ngepan digunakan semasa perayaan seperti "Hari Gawai" . Ngepan Iban merupakan pakaian tradisi wanita suku kaum Iban. Asal usul ngepan indu iban dipercayai berasal daripada seorang gadis yang bernama Kumang pada zaman dahulu. Kumang merupakan seorang wanita yang sangat baik dalam kalangan wanita iban terdahulu. Beliau seorang wanita yang pandai membuat sebarang kerja wanita seperti bertenun, ngebat, membuat anyaman dan lain-lain. Selain itu, beliau dahulu bukan sahaja terkenal dengan kecantikan beliau tetapi beliau mempunyai sikap yang baik kepada orang lain.Kemahiran yang ada pada Kumang telah menghasilkan pakaian tersebut telah menjadi rujukan sebagai pakaian tradisional bagi masyarakat iban. Lengkap dengan perhiasaan perak, tembaga, manik dan kain yang dibuat daripada pelbagai corak telah menjadikan Kumang sebagai model bagi pakaian tradisional ini.Secara keseluruhannya, pengekalan pakaian tradisional ini amat penting supaya generasi masa kini dan hadapan dapat mengetahui budaya pakaian tradisional kaum Iban teruntamanya pakaian tradisional perempuan kaum Iban di Sarawak. Keunikan dan keistemewaan yang ada pada pakaian ini menunjukkan ketinggian budaya sebagai pakaian kebudayaan masyarakat Iban di Malaysia Pakaian Tradisional Kaum Iban 38


KAUM BIDAYUH Masyarakat kaum bidayuh merupakan antara salah satu suku kaum yang merupakan bumiputera Sarawak bersama masyarakat bumiputera yang terdiri dari pelbagai etnik. 'Bi' bermaksud 'orang' dan 'Dayuh' bermaksud 'Darat'. Oleh itu, Bidayuh bermaksud orang Dayak Darat oleh orang Eropah pada masa dahulu untuk membezakan mereka daripada masyarakat Iban (Dayak Laut). Bagi Dayak Laut, perkataan 'Laut' digunakan disebabkan mereka sudah pandai menggunakan perahu walaupun tinggal di pedalaman. Tidak seperti orang Bidayuh, mereka tiada kemahiran menggunakan perahu semasa kedatangan orang Eropah. 39


Adat Kaum Bidayuh Adat Perkahwinan Bagi masyarakat bidayuh,perkahwinan ialah satu cara untuk menjadi anggota dan menikmati hak sebagai anggota Bilik atau Ramin itu. Masyarakat Bidayuh mengamalkan monogami sahaja. Namun demikian, perkahwinan semula selepas penceraian ialah satu perkara biasa. Oleh sebab larangan yang kuat terhadap inses, perkahwinan luar daripada keluara sendiri ialah peraturan penting dalam masyarakat tersebut. Masyarakt Bidayuh juga melarang perkahwinan antara sepupu. Lelaki dan perempuan boleh bebas bergaul dan berkenalan antara satu sama lain sebelum mereka berkahwin. 40


Mengikut kepercayaan kaum Bidayuh, adat kematian diadaptasi daripada cerita 2 beradik yang bernama Rijong dan Buwah. Di dalam ceritera dua beradik ini dikatakan telah mengajar masyarakat Bidayuh untuk meratap setiap kali berlakunya kematian. Tujuannya adalah untuk memanggil roh-roh saudara terdekat yang telah pergi dahulu bagi membantu dan menunjukkan jalan kepada rohnya ke “Sidanah”. “Sidanah” mengikut kepercayaan masyarakat Bidayuh merupakan tempat untuk roh-roh orang dewasa menunggu sebelum dibenarkan masuk ke “Sibayan”. Adalah dipercayai setiap roh harus menunggu selama lebih kurang 4 tahun selepas kematiannya untuk ke “Sibayan” iaitu syurga mengikut kepercayaan mereka. Maka oleh kerana itulah sekiranya berlaku kematian maka akan ada waktu “penyembuhan” yang mana pengunjung luar tidak dibenarkan memasuki perkampungan masyarakat Bidayuh selama 7 malam berturut-turut. Tujuannya adalah untuk mengelak daripada roh jahat mengikuti jejak pengunjung sehingga boleh mendatangkan kerasukan dan sebagainya. Pada ketika inilah beberapa peraturan harus dipatuhi atau jika dilanggar akan dikenakan denda. Kebiasaannya warga perkampungan Bidayuh akan meletakkan tanda bagi memberi peringatan kepada pengunjung untuk tidak datang sepanjang waktu berpantang atau “Peris” di dalam bahasa Bidayuh. Namun sejajar dengan kedatangan agama kristianiti yang dianuti oleh rata-rata masyarakat Bidayuh Sarawak sekarang, segala bentuk pemujaan seperti ini sudah lama ditinggalkan sebaliknya upacara sembahyang mengikut lunas-lunas agama Kristian pula menggantikannya. Adat kematian 41


PERAYAAN KAUM BIDAYUH Kaum Bidayuh juga menyambut hari Gawai sama seperti iban, dimana hari Gawai disambut setahun sekali pada 1 atau 2 Jun. Perayaan ini disambut untuk menunjukkan bahawa berakhirnya musim menuai padi. 42


PAKAIAN TRADISI KAUM BIDAYUH Warna hitam adalah warna utama dalam pemakaian masyarakat Bidayuh. Bagi Kaum wanita masyarakat Bidayuh, pakaian lengkap adalah termasuk baju berlengan pendek atau separuh lengan dan sepasang kain sarung berwarna hitam paras lutut yang dihiasi dengan manik manik halus pelbagai warna disulami dengan kombinasi warna utama iaitu putih, kuning dan merah. Tudung kecil separuh tinggi dengan corak anyaman yang indah atau penutup kepala daripada kain berwarna warni dengan sulaman manik halus adalah pelengkap hiasan kepala wanita masyarakat Bidayuh. 43


BUDAYA KAUM BIDAYUH Terdapat beberapa jenis tarian dalam masyarakat Bidayuh, antaranya ialah Tarian Langgie Pingadap, Tarian Rejang Beuh, Tarian Tolak Bala, dan Tarian Langgie Julang. Tarian ini merupakan tarian tradisi yang melambangkan identiti masyarakat Bidayuh. 44


Alat Muzik Tradisional Bidayuh Kaum Bidayuh juga mempunyai alat muzik tradisional yang tersendiri. Antara alat muzik tradisional kaum Bidayuh ialah Silutuong, Kirunchong, Gendang Dumbak, Beduk Panjang dan Gong. Alat-alat muzik tradisi tersebut diguna pakai oleh kaum Bidayuh mengikut kawasan. 45


https://tvstv.my/2021/06/02/ pesta-birumoh-jadi-tunjangbudaya-asli-bidayuhkhasnya-dalam-kalanganremaja/ ISU PEMANTAPAN PERPADUAN DALAM KAUM BIDAYUH 46


Click to View FlipBook Version