The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kebudayaan & Perpaduan Kaum di Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Odessa Endru, 2023-04-19 12:12:51

Kebudayaan dan Perpaduan Kaum

Kebudayaan & Perpaduan Kaum di Malaysia

Menganjurkan aktiviti-aktiviti atau pesta2 yang dapat meningkatkan lagi semangat setia kaum serta secara tidak langsung mnegeratkan hubungan antara kaum itu masing dan juga kaum-kaum yang lain. Contoh aktiviti atau pesta adalah seperti pesta 'BIRUMOH', aktiviti kebudayaan seperti pertandingan 'DAYUNG SANGON ' sempena musim perayaan Hari Gawai. 47


Kita juga harus melihat kepentingan untuk menerima mana-mana unsur adat dan budaya luar untuk dijadikan adat dan budaya kebangsaan. Walaupun telah dipersetujui bahawa adat Melayu merupakan adat teras yang dijadikan ikutan setiap rakyat Malaysia, namun ketetapan itu tidak bermaksud hanya itu sahaja adat yang akan diterima kearah pembentukan identiti yang seragam dalam masyarakat Malaysia. Adat dan budaya kaum lain yang sesuai juga dapat dipraktikkan asalkan ianya tidak bertentangan dengan semangat Perlembagaan dan Rukun Negara. Ini bagi memastikan tiada suara-suara yang mempertikaikan tindakan kerajaan yang menggariskan unsur-unsur penting kearah membentuk budaya kebangsaan. Pendek kata, penerimaan unsur-unsur asing ini ialah supaya keharmonian kaum di Malaysia akan terus berlangsung dengan jayanya.Unsur-unsur adat dan budaya luar juga penting untuk dijadikan adat dan budaya kebangsaan kerana bagi menghasilkan budaya kebangsaan yang tidak terlalu stereotaip dengan adat dan budaya Melayu, adat lain juga perlu disenaraikan. Budaya kebangsaan diwujudkan untuk menunjukkan peribadi dan identiti masyarakat Malaysia yang pelbagai, bukan hanya untuk melambangkan budaya dan adat Melayu semata-mata. Dengan adanya unsur-unsur yang diluar daripada adat dan budaya Melayu yang sesuai, maka akan terhasil suatu modul identiti masyarakat yang pelbagai dan bersifat luwes. Artikel diatas menunjukkan contoh isu perkauman Iban apakah kepentingan budaya & tradisi kaum? 48


Kebudayaan dan adat ahli masyarakat Malaysia walaupun berbeza, namun mempunyai asas yang sama iaitu membentuk keperibadian dan jati diri individu ke arah yang lebih baik. Melalui usaha membentuk identiti dan keperibadian kebangsaan, ia membolehkan masyarakat negara kita berinteraksi dengan lebih baik di antara satu sama dalam melaksanakan matlamat yang sama iaitu untuk membentuk masyarakat Malaysia yang bepegang teguh dengan ajaran agama masing-masing dan mementingkan nilai-nilai murni yang diajar didalarn agama mereka. Interaksi antara kaum ini penting untuk menghindari masyarakat daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat dan menyalahi norma-norma kehidupan. Interaksi antara kaum yang baik juga adalah merupakan satu jalan kearah perpaduan nasional dan mencetuskan masyarakat yang harmonis dan bersatu padu.Berbagai usaha telah dijalankan bagi mencapai matlamat untuk mewujudkan identiti dan keperibadian kebangsaan. Secara umumnya pencapaian matlamat dan objektif hasrat ini telah menunjukkan kejayaan yang boleh dibanggakan. Perlu diingat bahawa didalam pembentukan dan pewujudan satu kebudayaan kebangsaan, proses penyerapan dan penerimaannya akan mengambil masa yang lama dan mungkin melangkaui satu generasi ke satu generasi yang lain. kenapa harus memelihara kebudaayan kaum? Artikel merupakan contoh berita kaum Iban yang tersebar di laman sosial 49


Warisan budaya harus dikekalkan kerana ia melambangkan dan mencerminkan identiti sesebuah negara dan bangsa.Tamadun sesuatu bangsa biasanya dapat dilihat pada warisan seni budayanya, yang mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di negara, seperti pakaian, makanan, adat resam, seni, dan sebagainya.Dalam mengekalkan warisan budaya untuk menonjolkan variasi dalam kalangan masyarakat, kedatangan pelancong asing juga mampu menjadikan ekonomi Malaysia semakin meningkat iaitu melalui pertukaran wang asing. Perkara ini diumpamakan, sambil menyelam minum air, kerana di samping mengekalkan warisan budaya bangsa, kita juga dapat membantu meningkatkan ekonomi negara.Kesimpulannya, budaya warisan seharusnya dikekalkan bagi mengelakkan warisan budaya sesebuah bangsa itu pupusditelan zaman. Hal ini demikian kerana budaya ini merupakan warisan daripada nenek moyang kita yang harus dijagasebaik-baiknya agar dapat diwarisi oleh generasi akan datang. Semua pihak haruslah memainkan peranan penting dalammenjaga dan menjadikan warisan budaya sebagai satu identiti kaum, negara dan maruah bangsa. Artikel di atas menunjukkan perkembangan masyarakat kaum Iban Mengapa harus dipelihara? 50


Kesan kepelbagaian kaum Kesan kepelbagaian kaum di malaysia menjadikan malaysia sebuah negara yang unik.Hal ini kerana malaysia dapat hidup dengan aman walaupun masyarakat nya terdiri daripada berbilangn kaum.Selain itu, adanya kebudayaan yang pelbagai menyebabakan malayasia mempunyai banyak persembahan tradisional yang ada untuk dipersembahkan kepada masyarakat luar negara.selain itu juga kelpagaian adat ,pakain,perayaan dan alat muzik dapat menarik minat orang luar negara untuk menlancong ke negara kita kerana luar negara tidak mempunyai keunik seperti negara kita.Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan sektor pelancongan negara kita dan menjadikan malaysia sebuah negara yang harmoni pada pandangan luar negara. 51


Keratan akbar di atas menunjukkan keunikan pelbagai kaum di malaysia dan festival yang diadakan yang bertujuan menarik minat orang luar negara untuk melancong ke negara malaysia. 52


PERANAN KERAJAAN Kerajaan berperanan dalam memperluaskan sistem perlancongan di seluruh Malysia. Ini kerana, Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai pelbagai destinasi pelancongan yang menarik serta mempunyai pelbagai kaum dan budaya. Malaysia pernah berada di kedudukan ke-16 dari segi pendapatan pelancongan dan menguasai 2% daripada syer pasaran global pada tahun 2008. Manakala, industri pelancongan negara telah menggaji 1.7 juta pekerjaan atau hampir 16% daripada jumlah guna tenaga pada 2008. Kestabilan politik sesebuah negara amat memainkan peranan dan sekiranya kestabilan politik ini tidak dapat dicapai ia juga akan memberi impak yang besar kepada negara termasuklah pelaburan, perusahaan mahupun pelancongan. Ketidakstabilan politik menyebabkan pembangunan negara menjadi perlahan yang menyebabkan pembinaan prasarana untuk pelancong semakin berkurangan, serta semua aktiviiti pembangunan yang dirancang juga akan terganggu. Antara langkah yang dapat diambil ialah pihak kerajaan memperkenalkan produk pelancongan bagi menarik minat pengunjung ke Malaysia ialah dimana kerajaan hendaklah menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam program inap desa dengan lebih banyak. Selain itu, konsep pelancongan kesihatan agropelancongan, ekopelancongan, dan seumpamanya hendaklah dikembangkan. Kita juga wajar memperkenalkan pelancongan musim buah-buahan seperti musim durian, manggis, langsat, dan sebagainya. Produk pelancongan yang diperkenalkan mestilah dapat menarik hati para pelancong. 53


Keratan akhbar dan media di atas adalah merupakan isu peranan kerajaan dalam memperluaskan pelancongan di negara Malaysia yang mempunyai budaya dan masyarakat yang pelbagai kaum. 54


Kesimpulannya, perpaduan dalam kalangan masyarakat merupakan titik utama untuk memajukan ekonomi negara. Perpaduan kaum merupakan antara faktor terpenting dalam mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama. Jika tidak ada perpaduan, permusuhan akan berlaku dan menyebabkan semangat perkauman yang kesannya, generasi sekarang dan yang akan datang. Ini akan menyebabkan kesukaran untuk bekerja dan berkhidmat di sektor ekonomi negara kerana masalah perkauman. Oleh sebab itu nilai etika dan peradaban amat penting dalam diri kita sendiri. Kita tidak mahu tragedi-tragedi buruk di masa dahulu berlaku lagi seperti krisis ekonomi dan kewangan yang berlaku pada tahun 1997. Masyarakat Malaysia perlu menjadi penggerak utama dalam memupuk dan mengekalkan perpaduan antara kaum dalam usaha untuk mencapai matlamat ke arah status negara maju serta memastikan pembangunan ekonomi negara yang stabil dan konsisten. Belajarlah dari sejarah, agar sejarah tidak akan berulang lagi. PENUTUP 55


Latihan Pengukuhan Quizziz (5 soalan sahaja) 56


RUJUKAN https://nadz.my/pakaian-tradisionalcina/#:~:text=untuk%20panduan%20anda%3A-,Pakaian%20Tradision al%20Cina%20Cheongsam,sulaman%20benang%20emas%20dan%2 0sutera. https://voize.my/adat-resam-pantang-larang-kaum-cina-di-malaysia/ https://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Cina_Malaysia#:~:text=Etnik%20 Cina%20di%20Malaysia%20terdiri,bahagian%20komuniti%20berbez a%20di%20Malaysia. https://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_singa https://nurasyikinblog.wordpress.com/2016/06/11/pelanco ngan-di-malaysia/ https://www.sinarharian.com.my/article/234869/berita/politi k/henti-main-isu-kaum-agama-untuk-jatuhkan-kerajaanperpaduan https://pinangpaleo.com/4-tarian-tradisional-melayu-yangterkenal/ https://kebudayaandanperpadu4n.blogspot.com/2021/11/k ebudayaan-dan-perpaduan-di-malaysia.html https://devajitadj.blogspot.com/p/kaum-me.html https://educalingo.com/ms/dic-ms/kaum 57


"Malaysia Madani " Dari Itali ke kota Bosnia, Jangan lupa belajar bahasa. Mari ikuti kemajuan dunia, Tapi ingatlah budaya bangsa. Kebudayaan dan perpaduan adalah kunci kepada maju dan makmurnya negara dengan terdirinya pelbagai kaum yang berbeza.Kesepakatan setiap kaum dalam mewujudkan semangat perpaduan dapat dilihat dari cara hidup bersama sama antara satu sama lain. Perpaduan dan kebudayaan penting supaya kita dapat mengekalkan keistimewaan dalam setiap kaum. Dapat dilihat setiap kaum maju dengan adat dan tradisi masing-masing. Pelbagai cara dan ikhtisas yang dilakukan untuk mewujudkan perpaduan dalam kebudayaan masing-masing. Perbezaan hanya membezakan kita , perpaduan menyatukan kita.


Click to View FlipBook Version