The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mingtoh82, 2020-04-06 07:51:48

Asas Kelestarian Tingkatan 4

Asas Kelestarian Tingkatan 4

Keywords: Lestari

MATA PELAJARAN ELEKTIF IKHTISAS

ASAS
KELESTARIAN

Tingkatan 4

PENULIS
AZHAR BIN SULAIMAN
MOHAMAD BIN ABU DAUD

EDITOR
MUHAMMAD ZULFADHLI BIN ABD RAHMAN

PEREKA BENTUK
MUHAMAD FAIZAL BIN MOKHTAR

ILUSTRATOR
MASKI YU BIN LATIF YU

2016

No Siri Buku : 0112 PENGHARGAAN

KPM2016 ISBN 978-967-0520-79-7 Kami merakamkan penghargaan dan ucapan
Cetakan Pertama 2016 terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
© Kementerian Pendidikan Malaysia 2016 dan memberikan sumbangan dan bantuan
dalam pelbagai bentuk sehingga buku ini berjaya
Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam diterbitkan. Setinggi-tinggi penghargaan dan
buku ini, tidak dibenarkan diterbitkan semula, ucapan terima kasih diberikan kepada:
disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan
lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang • Jawatankuasa Penambahbaikan Pruf Muka
bentuk atau cara, baik dengan elektronik, Surat, Bahagian Buku Teks, Kementerian
mekanik, penggambaran semula mahupun Pendidikan Malaysia.
dengan cara perakaman tanpa kebenaran terlebih
dahulu daripada Ketua Pengarah Pelajaran • Jawatankuasa Penyemakan Pembetulan
Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks,
Perundingan tertakhluk kepada perkiraan royalti Kementerian Pendidikan Malaysia.
atau honorarium.
• Jawatankuasa Penyemakan Naskhah Sedia
Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan Kamera, Bahagian Buku Teks, Kementerian
Malaysia oleh: Pendidikan Malaysia.
Aras Mega (M) Sdn. Bhd. (164242-W),
18 & 20, Jalan Damai 2, • Pegawai-pegawai Bahagian Buku Teks
Taman Desa Damai, Sg. Merab, dan Bahagian Pembangunan Kurikulum,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tel: 03-8925 8975
Faks: 03-8925 8985 • Jawatankuasa Peningkatan Mutu, Aras Mega
Laman Web: www.arasmega.com (M) Sdn. Bhd.
E-mel: [email protected]
Reka Letak dan Atur Huruf: • Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Aras Mega (M) Sdn. Bhd. Malaysia, Skudai, Johor.

Muka Taip Teks: Minion Pro • Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad,
Saiz Muka Taip Teks: 11 poin Banting, Selangor.
Dicetak oleh:
Mudah Urus Enterprise Sdn. Bhd. • Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan
No 143, Jalan KIP 8, Teknik, Bandar Enstek, Negeri Sembilan.
Taman Perindustrian KIP,
Bandar Sri Damansara, Semua pihak yang sudi berkongsi maklumat,
52200 Kuala Lumpur. pendapat, kerjasama, cadangan dan sokongan
sama ada secara langsung atau tidak langsung
bagi menyempurnakan penerbitan buku ini.

KANDUNGAN 2
4
Bab 1 Perkembangan Teknologi dan Kelestarian 5
Pendahuluan 8
1.1 Evolusi Pembangunan ke Arah Kelestarian 14
1.2 Teknologi ke Arah Kelestarian 19
1.3 Agenda Tempatan 21 (LA 21) 25
1.4 Teknologi Hijau 28
1.5 Isu-isu Pembangunan Lestari 29
Rumusan 30
Aktiviti
Latihan 32
34
Bab 2 Reka Bentuk 35
Pendahuluan 37
2.1 Reka Bentuk, Teknologi dan Kehidupan 46
2.2 Faktor Reka Bentuk 66
2.3 Proses Reka Bentuk 70
2.4 Kelestarian Reka Bentuk 71
Rumusan 72
Aktiviti
Latihan 74
76
Bab 3 Sumber Tenaga 77
Pendahuluan 99
3.1 Sumber Tenaga 135
3.2 Penjana, Penghantaran dan Pengagihan Tenaga Elektrik 136
Rumusan 138
Aktiviti
Latihan 140
142
Bab 4 Pengangkutan 143
Pendahuluan 171
4.1 Sistem Penggerak Utama Kenderaan 177
4.2 Kenderaan Cekap Tenaga 196
4.3 Kawalan Hidraulik 210
4.4 Kawalan Pneumatik 226
4.5 Kawalan Elektrik Mudah 227
Rumusan 228
Aktiviti 230
Latihan 233
Glosari 235
Indeks
Rujukan iii

PENDAHULUAN

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Asas Kelestarian Tingkatan 4 adalah salah
satu Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas (MPEI) dalam bidang teknologi untuk Tingkatan 4 dan 5.
Buku teks Asas Kelestarian Tingkatan 4 ditulis berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran yang bermatlamat memberi kesedaran kepada murid untuk melengkapkan diri
dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai serta berfikiran kreatif, kritis, inovatif dan inventif serta
berpotensi membudayakan diri dengan amalan lestari seiring dengan transformasi perkembangan
Teknologi Hijau ke arah memenuhi kehendak pembangunan industri negara.

Buku teks Asas Kelestarian Tingkatan 4 ini mengandungi empat bab yang merangkumi empat
daripada tujuh modul; iaitu Perkembangan Teknologi dan Kelestarian, Reka Bentuk, Sumber Tenaga
dan Pengangkutan yang melayakkan pelajar untuk mendapat sijil pengiktirafan asas selain sijil
SPM. Modul-modul ini merangkumi tiga domain aspek pembelajaran iaitu kognitif, psikomotor
dan afektif.

Di samping itu, kurikulum ini juga mementingkan pemupukan nilai murni, kemahiran berfikir
dan kerja-buat-sendiri (DIY) selain peka terhadap masalah sekeliling serta sikap yang positif semasa
menjalankan aktiviti bagi melahirkan murid yang celik teknologi, kreatif dan mempunyai ciri-ciri
keusahawanan.

Bagi membantu mencapai matlamat, ikon-ikon berikut digunakan:

PENGENALAN IKON Kemahiran berfikir aras tinggi Info
bagi merangsang pemikiran
Latihan berstruktur dan berfokus Memberikan maklumat
dalam kalangan murid. dan informasi tambahan
Menguji pemahaman murid berkaitan dengan bab yang
pada akhir setiap bab. dibincangkan.

Amali QUICK RESPONSE CODE

Menerangkan sesuatu kerja Imbas di sini!
amali dengan bantuan
gambar foto langkah demi Layari laman sesawang Sesuatu yang menarik
langkah. www.arasmega.com/qr-apps untuk diterokai.
untuk memuat turun aplikasi AR CODE
Bijak Kewangan pengimbas Quick Response
(QR) CODE. CONTOH
Menerapkan elemen celik Layari laman sesawang
kewangan dalam kalangan Imbasan QR Code membantu www.arasmega.com/qr-apps
murid. pengguna untuk terus melayari
bahan berkaitan dengan cepat. Imbas di spuinenntugikimmbeams uQautictukrRuensappolniksaesi

Nilai Murni Augmented Real(iQtyR) CODE.

Layari laman sesawang Untuk mengimbas kod ini,
pengguna perlu memuat turun
Memaparkwawnw.anraislmaei-gna.icloami/ar-apps aplikasi Augmented Reality
murni yangpunentwugkimambjeaamshuAautgdtmuirceunonteandpRtlieokaalhsitiyi terlebih dahulu.
oleh murid(A.R).
Layari laman sesawang
www.arasmega.com/ar-apps
untuk memuat turun aplikasi
pengimbas Augmented Reality
(AR).

iv

BAB 1

ASAS BAB 2
KELESTARIAN
BAB 3
1BAB 4

PERKEMBANGAN

1BAB TEKNOLOGI DAN
KELESTARIAN

Standard Pembelajaran

Pada akhir pembelajaran murid berupaya:

Menerangkan evolusi pembangunan ke arah kelestarian.
Menghubung kait kesan evolusi pembangunan ke arah kelestarian terhadap kehidupan
manusia dan pembangunan negara.
Membanding beza definisi teknologi dengan kelestarian.
Membuat justifikasi perkembangan teknologi melalui tiga elemen kelestarian iaitu Ekonomi,
Sosial dan Alam Sekitar.
Menilai hubung kait elemen kelestarian terhadap tiga konsep kelestarian iaitu Closing the
loop, More from less, Efficient design.
Mengesan kronologi perlaksanaan persefahaman Agenda Tempatan 21 (LA 21).
Membahas keberkesanan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), masyarakat dan sektor swasta
dalam melaksanakan Agenda Tempatan 21 (LA 21).
Mengesan kronologi pelaksanaan dan perkembangan Teknologi Hijau di Malaysia.
Menilai kesesuaian objektif pelaksanaan Teknologi Hijau terhadap elemen kelestarian.
Membuat justifikasi perkembangan Teknologi Hijau di Malaysia dalam pelbagai bidang.
Membahaskan isu-isu semasa mengenai pembangunan lestari dari aspek peranan dan
tanggungjawab yang dilakukan oleh negara maju, kerajaan, industri dan institusi pendidikan.

HiTjeaBkuannodloagr i
Bandar

Pekan
Kampung

EVOLUSI
PEMBANGUNAN

Pendahuluan

BAB 1 Teknologi ialah pengetahuan tentang usaha manusia dalam
mencipta sesuatu dengan menggunakan pelbagai alat, sumber,
teknik dan sistem untuk mengurus kehidupan di samping
meluaskan potensi manusia. Sementara, kelestarian merupakan
satu usaha menghindari pelupusan sumber serta memastikan
kadar kerosakan terhadap alam sekitar adalah pada kadar
minimum. Dua istilah ini saling berkaitan bagi memastikan
kelangsungan hidup yang sejahtera.
Sebagai rakyat Malaysia, memahami erti pembangunan ke
arah kelestarian adalah amat penting. Hal ini muncul daripada
kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan
sumber alam semula jadi.

Pemuliharaan Pemeliharaan

Pemuliharaan membawa Pemeliharaan pula
maksud membaik pulih meliputi aspek penjagaan
sumber-sumber alam sekitar dan perlindungan untuk
seperti air, hutan, udara dan mengekalkan sumber-sumber
mineral yang telah digunakan semula jadi daripada diteroka
tanpa membiarkan segala dengan rakus oleh manusia.

sumber itu pupus.

Rajah 1.1 Definisi pemuliharaan dan pemeliharaan Foto 1.1 Aktiviti pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar
Pelan Pembangunan
Nilai Murni
• Ekonomi
• Sosial Menyayangi dan menghargai
• Alam Sekitar alam sekitar dengan menyedari
tanggungjawab untuk
memelihara dan memulihara
alam bagi mengekalkan
keseimbangan ekosistem.

Pembangunan Lestari Video penerangan tentang
Rajah 1.2 Proses pembangunan lestari pemuliharaan sumber.

4

1.1 Evolusi Pembangunan ke Arah Kelestarian BAB 1

1.1.1 Evolusi kelestarian pembangunan

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun dengan pesat. Pembangunan ini
perlu bagi memastikan Malaysia mampu berdiri setanding dengan negara-negara maju di peta
dunia. Dalam kalangan negara-negara maju, teknologi dan inovasi berkembang dengan begitu
pesat. Rajah 1.3 dan Jadual 1.1 di bawah menunjukkan garis masa evolusi pembangunan dan evolusi
pembangunan ke arah kelestarian di negara-negara maju. Rajah 1.4 pula menunjukkan evolusi
pembangunan ke arah kelestarian di Malaysia.

Revolusi Industri (1750-1850)
Pengeluaran produk, mesin
mudah dan kenderaan

Peristiwa Revolusi Ilmu (700-1300) Abad ke-21
Perkembangan ilmu dan teori Era teknolgi
dalam bidang mekanikal, maklumat dan digital.
perubatan, binari dan lain-lain. Pembangunan lestari

Abad ke-20
Era modenisasi

Tahun
Rajah 1.3 Evolusi era pembangunan

Jadual 1.1 Evolusi pembangunan lestari di negara-negara maju

Negara Dahulu Kini
Jepun
Denmark Penggunaan petrol dan diesel sebagai Penggunaan kereta elektrik mula
sumber bahan api utama kenderaan. menggantikan kenderaan petrol dan diesel.
Jerman
Norway Penggunaan sumber tenaga yang tidak Pada kadar optimum, berjaya
boleh diperbaharui. menghasilkan 140% tenaga daripada
Penggunaan sumber tenaga yang tidak sumber yang boleh diperbaharui.
boleh diperbaharui. Pada kadar optimum, mampu
menghasilkan 100% tenaga daripada
sumber yang boleh diperbaharui.

Pembalakan yang terancang untuk Negara pertama yang komited untuk pelan
tujuan pembangunan. pembalakan sifar.

5

BAB 1 1991 Dasar Pembangunan Nasional - Mengambil kira faktor alam sekitar dan
1992 sosial dalam pembangunan ekonomi. Menggalakkan kemajuan ekonomi,
1993 sosial dan budaya melalui pembangunan yang lestari.
1996-2000 Pelan Tindakan Pembangunan Lestari Global - Dikeluarkan pada
1999 deklarasi Earth Summit di Rio de Janerio, Brazil. Menekankan peranan
2001-2010 dan penglibatan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam melaksanakan
2001 pembangunan lestari.
2006-2010 Dasar Pemuliharaan Nasional - Mengambil kira pertimbangan terhadap
2009 alam sekitar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan pembangunan
2014 ekonomi negara.
2016 Rancangan Malaysia ke-7 - Pelan pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar dan pengurusan mampan sumber asli sebagai salah satu agenda
6 dalam Rancangan Malaysia ke-7.
Indeks Kualiti Kehidupan Malaysia - Merangkumi aspek-aspek seperti
kualiti udara, pembalakan, bekalan air bersih, pendapatan, kehidupan bekerja,
pengangkutan dan telekomunikasi, kesihatan, pendidikan, perumahan, alam
sekitar, keluarga, keselamatan dan adat.
Dasar Wawasan Nasional - Menggalakkan kesaksamaan sosial, pertumbuhan
eknomi yang mampan dan penjagaan alam sekitar.
Compendium of Environment Statistics - Memfokuskan kepada penyelesaian
isu-isu berkaitan udara, air, tanah dan alam sekitar.
Rancangan Malaysia ke-9 - Menggalakkan penjagaan alam sekitar bagi
memastikan wujudnya keseimbangan antara keperluan pembangunan dan
alam sekitar.
Green Building Index (GBI) - Satu bentuk ujian untuk industri pembinaan
Malaysia. Objektif GBI adalah untuk menjimatkan tenaga, sumber,
penggunaan bahan kitar semula dan menyesuaikan bangunan di Malaysia
dengan cuaca, tradisi, budaya dan alam sekitar.
Rebat Cukai - Insentif dalam bentuk rebat cukai untuk pembelian kenderaan
hibrid bagi menggalakkan penggunaan Teknologi Hijau.

Feed in Taarif - Program di bawah kelolaan Sustainable Energy Development
Authority (SEDA). Program ini membolehkan individu atau syarikat menjual
tenaga daripada sumber yang boleh diperbaharui kepada syarikat tenaga
seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Rajah 1.4 Evolusi pembangunan ke arah kelestarian di Malaysia

1.1.2 Kesan evolusi pembangunan ke arah kelestarian terhadap BAB 1
kehidupan manusia dan pembangunan negara.

Dalam membincangkan isu kelestarian, terdapat tiga elemen penting yang terlibat iaitu, ekonomi,
sosial dan alam sekitar. Ketiga-tiga elemen kelestarian ini perlu digunakan untuk mengukur kejayaan
sesuatu pembangunan yang lestari. Untuk itu, kesan pembangunan terhadap kehidupan manusia
dan pembangunan sesebuah negara perlu dilihat daripada perspektif ketiga-tiga elemen ini.

Jadual 1.2 Kesan evolusi pembangunan terhadap manusia dan pembangunan negara

Elemen Kehidupan Pembangunan
Kelestarian manusia negara

Ekonomi • Penggunaan alat dan mesin-mesin • Penghasilan teknologi yang lestari
yang dapat membantu pekerja untuk dapat memaksimumkan penggunaan
bekerja dengan lebih efisien. sumber negara secara optimum bagi
meningkatkan pendapatan negara.
• Menjimatkan masa.
• Budaya kerja yang lebih produktif. • Pembangunan ekonomi yang lebih
• Menjimatkan kos. terancang dan mampan.

Sosial • Kesedaran tentang isu kesihatan • Pengenalan peraturan seperti sistem
telah mendedahkan masyarakat tadahan air hujan untuk projek
tentang pentingnya keperluan perumahan bagi mengawal banjir.
sumber makanan dan air yang sihat
menggunakan proses atau kaedah • Pentadbiran negara menetapkan
yang lestari. peraturan untuk menanam pokok-pokok
dan taman-taman rekreasi untuk
• Pembangunan luar bandar untuk kesejahteraan masyarakat.
memudahkan akses kemudahan
perkhidmatan awam.

Alam sekitar • Menerapkan unsur kelestarian dalam • Pengurusan industri yang
aktiviti seharian seperti pembuangan mengutamakan penggunaan Teknologi
sampah mengikut kategori, dan Hijau dalam pengurusan dan
mengurangkan penggunaan beg penghasilan produk yang mesra alam.
plastik dan sebagainya.
• Penjagaan alam sekitar menjadi faktor
• Kehidupan yang lebih berkualiti utama dalam pembangunan ekonomi.
dan sihat hasil daripada kadar
pencemaran yang rendah.

Nilai Murni “Demi kemajuan, alam sekitar perlu
dikorbankan”. Setujukah anda?
Setiap individu bertanggungjawab atas pencemaran dan degradasi Bincangkan.
alam sekitar yang disebabkan oleh mereka. Membuang bahan
tercemar di sesuatu tempat adalah seumpama kita meracuni 7
orang yang mendiami tempat tersebut

BAB 1 1.2 Teknologi ke Arah Kelestarian

1.2.1 Definisi teknologi dan kelestarian

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 teknologi ialah aktiviti atau kajian yang menggunakan
pengetahuan sains untuk tujuan amalan dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan dan
lain-lain. Kelestarian pula bermaksud keadaan (hutan, persekitaran dan lain-lain) yang tidak
berubah atau terpelihara seperti asal.

Kelestarian Teknologi
Aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan perindustrian dan lain-lain
bagi memenuhi keperluan generasi sekarang tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang untuk
memenuhi keperluan mereka.

Panel solar sebagai sumber
tambahan tenaga elektrik.
Lubang udara untuk
pengaliran haba keluar.

Aliran udara
panas keluar

Aliran udara
sejuk masuk

Kedudukan rumah memaksimumkan Cat warna cerah untuk Takungan air hujan
kemasukan cahaya matahari untuk memantulkan haba. untuk membasuh laman
mengurangkan penggunaan lampu. dan menyiram pokok.
Rajah 1.5 Rumah lestari
Perbincangan:
Info Cadangkan idea berkaitan
teknologi dengan kelestarian
Dalam pembinaan bangunan, kita mempunyai beberapa agensi yang diaplikasikan di Malaysia.
yang mengeluarkan sijil pengiktirafan bagi bangunan mesra alam.
Sebagai contoh, kita mempunyai ‘Green Building Index’ (GBI)
sebagai sistem pengukur dan pengiktirafan bangunan mesra alam
di Malaysia. Di peringkat antarabangsa, ‘Leadership in Energy and
Environmental Design’ (LEED) merupakan sistem pengiktirafan
yang paling banyak digunakan.

8

1.2.2 Perkembangan teknologi melalui tiga elemen kelestarian BAB 1

Pembangunan adalah satu keperluan bagi memastikan kelangsungan hidup. Namun, ia perlu
mengambil kira elemen-elemen kelestarian iaitu ekonomi, sosial dan alam sekitar bagi memastikan
keperluan generasi akan datang terjamin.

Ekonomi Sosial

• Meningkatkan sumber pendapatan. Kesaksamaan • Meningkatkan aspek kesihatan.
• Menstabilkan ekonomi. • Menyediakan sistem pendidikan
• Mementingkan aspek Lestari
kelas pertama.
perkembangan kemahiran, ilmu dan • Sumber pemakanan yang cukup
penjagaan alam sekitar.
• Mempunyai kesedaran terhadap dan bersih.
konsep mesra alam, jejak • Memperbanyakkan kawasan
karbon dan kitar semula dalam
pembangunan. rekreasi di bandar.
• Meningkatkan peluang pekerjaan. • Menyediakan peluang sama rata
• Menghasilkan tenaga lestari.
kepada semua lapisan masyarakat.
• Meningkatkan kualiti hidup.

Kebolehlaksanaan Kebolehidupan

Alam sekitar

• Menangani pencemaran alam sekitar dengan
perkembangan teknologi yang mesra alam.

• Menguruskan sisa dengan lebih sistematik dan
mesra alam.

• Mengawal aktiviti pembalakan.
• Menanam semula setiap pokok yang ditebang.
• Menangani isu pemanasan global. 

Rajah 1.6 Perkembangan teknologi melalui tiga elemen kelestarian

Info Bagaimanakah anda menunjukkan semangat
cintakan persekitaran yang bersih, cantik
Menurut Kamus Dewan Edisi-4, justifikasi bermaksud dan nyaman? Bincangkan.
suatu alasan (yang kuat) yang menjadi sesuatu wajar
dilakukan (diusahakan dan sebagainya) atau diberikan. 9

1.2.3 Hubung kait elemen kelestarian terhadap
tiga konsep kelestarian
BAB 1
Dalam membincangkan isu pembangunan yang lestari, terdapat tiga konsep utama kelestarian
perlu dititikberatkan iaitu konsep Closing the loop, More from less dan Efficient design. Tiga konsep
ini memainkan peranan yang penting dalam sesuatu pembangunan yang lestari.
1. Closing the loop

Biasanya, aktiviti kehidupan seharian kita serta operasi sesebuah industri akan menghasilkan sisa
buangan. Konsep Closing the loop dapat membantu mengatasi masalah ini. Closing the loop bermaksud
satu kitaran lengkap untuk proses sesuatu pembuatan. Sistem Closing the loop juga memastikan hasil
atau sisa digunakan semula supaya tiada sisa terbuang dan pencemaran dapat dikurangkan. Berikut
merupakan beberapa contoh penggunaan konsep Closing the loop dalam kehidupan harian:

• Tin minuman lama dikitar semula untuk dijadikan tin minuman baharu.
• Sisa najis haiwan digunakan sebagai baja untuk tanaman.
• Hasil daripada pokok kelapa dapat digunakan untuk pelbagai perkara seperti daun kelapa untuk

ketupat, lidi untuk penyapu, buah kelapa untuk santan dan airnya untuk diminum dan batang
kelapa boleh digunakan sebagai titi.

SISTEM Ramalkan keadaan persekitaran
KITAR SEMULA rumah anda, sekiranya anda
dan keluarga membuang bekas
Closing the loop makanan merata-rata.

Rajah 1.7 Kitaran Closing the loop Bijak Kewangan

10 Selain dapat membantu alam
sekitar, amalan mengitar
semula dapat menjana
pendapatan tambahan. Anda
boleh mengumpul barangan
terpakai seperti tin, botol kaca
dan surat khabar lama dan
menjual di pusat kitar semula.

Closing the loop

Ekonomi Sosial Alam sekitar BAB 1

1. Menjana sumber pendapatan. 1. Komuniti yang lebih sihat 1. Sisa buangan berada pada
hasil daripada alam sekitar kadar rendah.
2. Menggunakan produk yang bersih.
dengan sepenuhnya dapat 2. Alam sekitar yang bersih
mengurangkan kos seharian. 2. Kesan daripada ekonomi kesan daripada kadar
dan alam sekitar yang lebih pencemaran yang rendah.
3. Meningkatkan ekonomi baik boleh mewujudkan
dengan impak rendah pada masyarakat yang harmoni. 3. Menghasilkan sumber air
alam sekitar. yang lebih bersih.

Rajah 1.8 menunjukkan aplikasi konsep Closing the loop dalam perusahaan ternakan ayam.

Ayam sihat hasil daripada
makanan organik berkualiti.

Tanaman diproses Najis ayam
menjadi makanan ayam. yang sihat boleh
menghasilkan baja
yang berkualiti.
Najis ayam
dikumpulkan.

Najis ayam diproses
menjadi baja kompos.

Baja kompos digunakan
untuk tanaman.

Rajah 1.8 Contoh Closing the loop dalam aktiviti ladang ternakan

11

BAB 1 2. More from less

More from less merupakan satu konsep iaitu penggunaan secara maksimum akan dapat diperoleh
daripada sumber yang sedikit. Konsep More from less menekankan kepada kecekapan penggunaan
sumber supaya sumber yang digunakan itu dapat dikekalkan untuk kegunaan generasi akan datang.
Berikut adalah beberapa contoh penggunaan konsep More from less:

1. Penggunaan pengangkutan awam berbanding kereta persendirian dapat menjimatkan
ruang penggunaan jalan raya serta mengurangkan kesesakan lalu lintas.

2. Reka bentuk pembungkusan yang efektif dapat menjimatkan ruang simpanan. Lebih
banyak bungkusan dapat disimpan di dalam ruang yang sama.

3. Penggunaan lampu jimat tenaga dapat menghasilkan lebih cahaya dengan tenaga yang
lebih rendah.

Ekonomi More from less Alam sekitar

1. Memberi nilai tambah dalam Sosial 1. Dapat mengurangkan
produk yang dihasilkan. 1. Produk yang dihasilkan sisa buangan.

2. Dapat menjana pendapatan mampu berfungsi mengikut 2. Menjadikan persekitaran
tambahan melalui cara hidup pengguna. lebih bersih dan cantik.
kepelbagaian produk hasil 2. Meningkatkan kesedaran dan
daripada penggunaan mengurangkan kerosakan 3. Mengurangkan kadar
sumber yang sepenuhnya. terhadap alam sekitar. pencemaran alam.

Rajah 1.9 menunjukkan perbezaan di antara penggunaan kenderaan dan bas untuk sekumpulan
orang. Penggunaan bas dapat membawa lebih ramai penumpang (more) dengan penggunaan ruang
jalan raya yang lebih sedikit (less).

Rajah 1.9 Contoh aplikasi More from less

12

3. Efficient design

Efficient design merupakan satu konsep yang memfokuskan kepada penghasilan sesuatu reka bentuk BAB 1
yang baik dengan mengambil kira beberapa faktor penting seperti manusia, fungsi, kekuatan, estetika
dan bahan.

1. Reka bentuk kerusi yang mengambil kira faktor postur badan manusia.
2. Reka bentuk tayar yang lebih stabil ketika kenderaan melalui jalan basah.
3. Reka bentuk kereta yang mengambil kira zon remuk bagi mengurangkan risiko kecederaan

terhadap penumpang ketika berlaku kemalangan.

Ekonomi Efficient design Alam sekitar

1. Memberikan lebih banyak Sosial 1. Menggunakan bahan
pilihan produk. 1. Membantu membina yang mesra alam terhadap
alam sekitar.
2. Meningkatkan daya saing kehidupan yang lebih baik
antara industri. dan berkualiti. 2. Menggunakan teknologi
2. Aktiviti sosial yang mesra alam yang
3. Kos penggunaan, lebih terancang. dapat mengurangkan
penyelenggaraan dan pencemaran alam.
pembaikan yang rendah.

Rajah 1.10 Rumah lestari Foto 1.2 Stesen mengecas kereta elektrik menggunakan
tenaga solar di Universiti Teknologi Malaysia

Info Bincangkan bagaimana
anda boleh mempraktikkan
Rumah yang direka bentuk bagi mengoptimumkan penggunaan konsep Closing the loop
cahaya matahari dan arah angin dapat mengurangkan kos dalam bilik darjah anda.
elektrik sebanyak 40% - 60%. Kos ini dapat dikurangkan 100%
dengan pemasangan sistem tenaga solar.

13

1.3 Agenda Tempatan 21 (LA 21)

BAB 1 1.3.1 Kronologi pelaksanaan persefahaman Agenda
Tempatan 21 (LA 21)

Agenda Tempatan 21 merupakan satu pelan tindakan pembangunan lestari global yang dikeluarkan
pada deklarasi Earth Summit di Rio de Janerio, Brazil pada tahun 1992. Ia menekankan peranan dan
penglibatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam melaksanakan pembangunan lestari.

1 JUN 1992

Pelancaran Agenda Tempatan 21

• Bertujuan menyediakan dunia bagi menghadapi segala cabaran abad kini dan akan datang.
• Mencapai persetujuan global mengenai usaha pembangunan dan alam sekitar yang lestari.
• Menjadi tanggungjawab pihak pemerintah untuk menyediakan suatu dasar, strategi dan proses

yang sistematik.
• Mewujudkan kerjasama antarabangsa bagi menyokong dan melengkapi usaha kelestarian.
• Mengukuhkan peranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam memantau

perkembangan Agenda Tempatan 21:
-- Menyelaras sumber kewangan.
-- Menampung kos tambahan bagi menangani masalah alam sekitar global.
-- Membuat penilaian terhadap perkembangan program dan aktiviti pembangunan dan alam

sekitar lestari.

2 DISEMBER 1992

Penubuhan The Comission on
Sustainable Development (CSD)

• Sebagai badan pemerhati dan melaporkan pelaksanaan Agenda Tempatan 21.
• Memastikan tindakan susulan yang berkesan hasil daripada Persidangan PBB mengenai

pembangunan dan alam sekitar lestari.
• Melibatkan diri secara aktif bagi memantau dan menilai aktiviti pembangunan dan

persekitaran lestari di semua negara.
• Menyediakan kumpulan kerja bagi membincangkan matlamat tersebut.
• Menyediakan kertas kerja lengkap bagi program dan aktiviti yang berterusan.
• Mewujudkan komuniti pakar antarabangsa dalam menyediakan dana bagi pembangunan

lestari keseluruhannya.

14

3 JUN 1997 BAB 1
Asia Pasific Economic Cooperation (APEC) mengiktiraf kepentingan
Agenda Tempatan 21

• Negara APEC bersedia melaksanakan pembangunan lestari untuk kesejahteraan manusia sejagat.
• Persetujuan khusus yang dicapai:

-- Mengadakan program kerjasama yang berkekalan terhadap alam sekitar seperti kebersihan
dan mewujudkan bandar lestari.

-- Menyediakan bandar-bandar yang mesra alam sekitar dan menghargai program-program
yang disediakan oleh sesebuah negara.

-- Sektor kerajaan, swasta dan komuniti setempat berganding bahu mengubah prinsip
pembangunan yang lebih lestari.

4 MAC 2000
Pelaksanaan Agenda Tempatan 21 di Malaysia

Sebagai penyelaras, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama
Unit Perancang Ekonomi dan United Nations Development Berhad (UNDB) telah bertindak:
• Menubuhkan sekretariat Agenda Tempatan 21 bagi menyelaras, memantau dan menyediakan

laporan pelaksanaan program kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
• Meningkatkan peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam mendidik orang awam untuk

turut serta dalam pembangunan dan persekitaran lestari.
• Perbadanan Putrajaya memulakan program bandar lestari dan bersepakat menjadikan

Putrajaya ceria, mesra alam, selamat, beridentiti dan mempunyai penduduk yang berilmu
dengan mengamalkan nilai-nilai murni demi kesejahteraan masa kini dan akan datang.

5 SEPTEMBER 2002
Pelaksanaan penuh Agenda Tempatan 21 dan program tambahan
serta komitmen prinsip Rio dikuatkuasakan semula
• Malaysia melancarkan Dasar Alam Sekitar Negara (DASN)

-- Bermatlamat untuk meneruskan kemajuan ekonomi, sosial dan budaya serta meningkatkan
kualiti hidup rakyat Malaysia menerusi kesejahteraan pembangunan dan alam sekitar lestari.

-- Tujuan khusus adalah untuk mewujudkan alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan
produktif bagi generasi masa kini dan akan datang.

Rajah 1.11 Kronologi pelaksanaan Agenda Tempatan 21

15

1.3.2 Keberkesanan pihak berkuasa tempatan (PBT), masyarakat dan
sektor swasta dalam melaksanakan Agenda Tempatan 21 (LA 21)
BAB 1

Berdasarkan prinsip dalam Agenda Tempatan Pihak Berkuasa Perbadanan Putrajaya
Tempatan, masyarakat dan sektor swasta perlu melaksanakannya
dengan berkesan. Rajah 1.12 menunjukkan keberkesanan Situasi semasa
pelaksanaan Agenda Tempatan 21 (LA 21) .
Sambutan masyarakat
Prinsip Penerangan masih pada tahap
Penyertaan dan ketelusan minimum. Usaha
Maklumat tentang mempromosi program
program Tempatan perlu di jalankan
Agenda 21 dan secara menyeluruh.
pembangunan
mampan mesti
sentiasa terbuka
dan telus kepada
masyarakat tempatan.

Usaha sama Mewujudkan Kerjasama antara
usahasama dan PBT, masyarakat
tanggungjawab dan swasta perlu
bersama antara semua ditingkatkan untuk
pihak berkepentingan. faedah bersama
secara konsisten.

Kebertanggungjawaban Semua rakan Terdapat keputusan
usahasama dan tindakan yang
bertanggungjawab diambil kurang dipatuhi
kepada keputusan dan menyebabkan program
tindakan yang diambil. kurang berkesan.

Pendekatan menyeluruh Menangani punca Masyarakat tempatan
masalah-masalah kurang memberi
sosial, ekonomi dan kerjasama terhadap
alam sekitar dengan program dari pihak
cara yang sepadu dan PBT yang boleh
merangkumi seluruh mewujudkan suasana
masyarakat tempatan. kehidupan tidak selesa.

16

Prinsip Penerangan Situasi semasa BAB 1
Peka kepada
keupayaan Memastikan bahawa Isu pembangunan
corak hidup dan mampan di peringkat
Kesaksamaan pembangunan kita tempatan perlu dikaji
adalah mesra alam dan ditangani bersama.
dan selaras dengan
keupayaan alam sekitar.

Memastikan bahawa Peluang untuk
semua lapisan masyarakat dan
masyarakat tempatan, sektor swasta turut
tanpa membezakan serta dalam proses
kaum, jantina, umur, pembangunan masih
keupayaan, taraf pada tahap sederhana.
sosioekonomi atau
latar belakang, diwakili
dalam program Agenda
Tempatan 21.

Mementingkan masa Memastikan bahawa Sokongan ahli
hadapan kepentingan pada masyarakat dan sektor
masa kini dan masa swasta terhadap
hadapan diambil kira program-program yang
dalam semua peringkat akan membawa manfaat
program Agenda kepada semua masih
Tempatan 21. boleh ditingkatkan.

Hasil yang nyata Membuahkan hasil Hasil yang nyata
yang nyata supaya cuma dapat dihasilkan
program Agenda di bandar raya dan
Tempatan 21 dapat bandar besar sahaja.
dipertingkatkan dan Contohnya, Putrajaya.
dipastikan berterusan.

Rajah 1.12 Keberkesanan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), masyarakat dan sektor
swasta dalam melaksanakan Agenda Tempatan

17

BAB 1 Untuk keberkesanan yang berkekalan, kerjasama semua pihak amat penting dalam menjayakan
Agenda Tempatan 21 ini. Rajah 1.13 menunjukkan peranan dan tanggungjawab yang penting antara
pihak yang terlibat dalam perlaksanaan Agenda Tempatan 21.

Sebagai individu: Sebagai wakil kerajaan:
Menyokong usaha pihak kerajaan
dalam program alam sekitar. Meningkatkan persefahaman antara
Memulakan usaha sendiri seperti masyarakat dengan pihak kerajaan.
kitar semula.
Menjimatkan penggunaan elektrik Meningkatkan sokongan masyarakat
dan air. kepada program-program yang akan
membawa manfaat kepada semua.
Agenda
Tempatan Mempertingkatkan imej sebagai
wakil kerajaan yang mempraktikkan
21 tadbir urus yang baik dengan adanya
penyertaan awam, ketelusan, kepekaan,
kesepakatan, keberkesanan dan
kecekapan, kebertanggungjawaban
dan wawasan strategik.

Organisasi Berasaskan Komuniti (CBO), Badan Bukan Kerajaan (NGO) atau
syarikat (pihak swasta):
Meningkatkan imej sesebuah pertubuhan sebagai badan masyarakat atau korporat yang
bertanggungjawab dan peka terhadap keperluan-keperluan masyarakat tempatan dan
pihak-pihak berkepentingan.
Menjalankan program-program dengan lebih berkesan kerana adanya kerjasama dari
pihak-pihak berkepentingan yang lain.
Peluang untuk merancang dan menguruskan pembangunan alam sekitar bersama-sama
dengan pihak berkuasa tempatan.
Peluang untuk memberi input kepada dasar-dasar dan kaedah operasi tempatan yang
ada kesan kepada alam sekeliling dan kualiti hidup masyarakat tempatan.
Peluang untuk berkhidmat untuk masyarakat.

Rajah 1.13 Hubungan kerjasama pihak individu, swasta dan kerajaan

Info Apakah usaha-usaha yang perlu
dijalankan supaya Malaysia menjadi
CBO - Community Based Organisation negara maju dan makmur.
NGO - Non-Governmental Organisation

18

1.4 Teknologi Hijau BAB 1

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) mendefinisikan "Teknologi Hijau" sebagai
pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam
semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Produk
atau sistem yang mengaplikasikan Teknologi Hijau perlu memenuhi beberapa kriteria berikut:

Meminimumkan degradasi kualiti persekitaran.

Mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau yang rendah atau sifar.

Selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk
semua hidupan.

Menjimatkan tenaga dan sumber asli
Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.
Rajah 1.14 Dasar Teknologi Hijau Negara.

Mencari 4 Meningkatkan
ketidakbergantungan pembangunan
Dasar Teknologi ekonomi negara
tenaga dan Hijau Negara melalui penggunaan
mempromosikan
kecekapan tenaga teknologi

Tenaga Ekonomi

Memulihara Meningkatkan
dan meminimumkan kualiti hidup untuk

kesan kepada semua
alam sekitar
Sosial
Alam sekitar

Rajah 1.14 Dasar Teknologi Hijau Negara

Bijak Kewangan

Sisa bangunan lama yang dirobohkan dapat digunakan sebagai bahan penguat tanah bagi
menggantikan batu kelikir dalam proses pembinaan bangunan atau jalan raya. Selain penjimatan
kos, penggunaan semula sisa lama bangunan ini dapat mengurangkan aktiviti penarahan bukit
untuk mendapatkan batu kelikir.

19

1.4.1 Pelaksanaan dan perkembangan Teknologi
Hijau di Malaysia
BAB 1
Perkembangan teknologi adalah penting untuk pembangunan sesebuah negara. Pembangunan tidak
terancang akan memberikan impak yang negatif terhadap alam sekitar. Pertimbangan terhadap
alam sekitar adalah perlu bagi menjamin kestabilan ekosistem dan kelangsungan sumber-sumber
alam . Rajah 1.15 menunjukkan garis masa pekembangan perlaksanaan Teknologi Hijau di Malaysia.

1990-an 1992

Pembinaan kincir angin pertama Malaysia Menekankan peranan dan penglibatan Pihak Berkuasa Tempatan
di Pulau Layang-layang, Sabah. (PBT) dalam melaksanakan pembangunan lestari.

2009 2009 2007

Penubuhan KeTTHA. Penubuhan sistem Green Penubuhan Malaysia
Building Index (GBI). Green Building Confederation

(MGCB).

2009 2013

Pelancaran Dasar Pembinaan ladang solar
Teknologi Hijau Negara. di Sepang.

2013

Kemasukan kereta elektrik pertama
ke Malaysia dari negara maju.

Rajah 1.15 Perkembangan Teknologi Hijau di Malaysia

20

BAB 1

2000 2000

Isu pelepasan Penubuhan CETREE USM 9 Centre for
gas rumah hijau dapat dikurangkan Education and Training in Renewable Energy.

melalui penjimatan tenaga.

2004

Penubuhan Kementerian
Sains Teknologi dan Inovasi

2005 2005

Pembinaan bangunan Green Pembinaan sistem jana kuasa
Tech - Bangunan Tenaga Sifar. hibrid di Pulau Perhentian
(angin, solar, diesel).

2014 2014 2016

Rebat cukai untuk pembelian Kereta EEV Malaysia pertama Pelancaran Program Feed in
kenderaan hibrid. Produa Axia. Taarif (Di bawah kelolaan SEDA)

21

1.4.2 Kesesuaian objektif pelaksanaan Teknologi Hijau
terhadap elemen kelestarian
BAB 1
Penerapan Teknologi Hijau dalam kehidupan dilihat sebagai satu jalan penyelesaian untuk
menangani isu berkaitan tenaga dan alam sekitar secara serentak. Teknologi hijau membantu kita
untuk terus maju ke hadapan tanpa memberikan impak negatif yang besar kepada alam sekitar.
Jadual 1.3 menunjukkan kesesuaian pelaksanaan Teknologi Hijau terhadap elemen kelestarian.

Jadual 1.3 Objektif pelaksanaan Teknologi Hijau

Elemen kelestarian Objektif Penerangan

Ekonomi • Mengurangkan kadar • Pengurangan kadar
peningkatan penggunaan penggunaan tenaga dapat
tenaga serta meningkatkan mengurangkan kos operasi.
pembangunan ekonomi.
• Merancakkan lagi
• Membantu pertumbuhan pembangunan ekonomi
dalam industri Teknologi negara dengan menyertai
Hijau dan meningkatkan industri baharu seperti
sumbangannya kepada industri Teknologi Hijau.
ekonomi negara.

Sosial • Meningkatkan keupayaan • Taraf kehidupan dapat
bagi inovasi dalam ditingkatkan dari segi
pembangunan Teknologi kesihatan dan kewangan
Hijau dan meningkatkan daya dengan pembangunan
saing dalam Teknologi Hijau ekonomi yang lestari.
di persada antarabangsa.
• Menambah peluang pekerjaan
• Meningkatkan pendidikan dengan pertumbuhan industri
dan kesedaran awam Teknologi Hijau.
terhadap Teknologi Hijau dan
menggalakkan penggunaan • Memudahkan kehidupan
meluas Teknologi Hijau. seharian dengan teknologi
baharu yang lebih lestari.

Alam sekitar • Memastikan pembangunan • Menjamin pengekalan
mampan dan memulihara sumber-sumber alam untuk
alam sekitar untuk generasi kegunaan masa hadapan.
akan datang.

Inovasi penting dalam kaedah pembuatan
bahan makanan. Bincangkan.

22

1.4.3 Perkembangan Teknologi Hijau di Malaysia dalam
pelbagai bidang
BAB 1
Sejajar dengan usaha kerajaan untuk menjaga alam sekitar, sektor-sektor utama perlu memainkan
peranan penting bagi menjayakan usaha ini. Sektor seperti tenaga, pengangkutan, pembinaan,
rawatan sisa dan air merupakan nadi penggerak sesebuah negara. Rajah 1.16 di bawah menunjukkan
perkembangan Teknologi Hijau dalam sektor-sektor berkaitan.

Sumber Tenaga

Dahulu Sekarang Masa Hadapan

• Jana kuasa elektrik diesel • Jana kuasa elektrik solar • Jana kuasa elektrik ombak
• Arang batu • Kincir angin • Sel hidrogen
• Jana kuasa hidro

Rajah 1.16 (a) Perkembangan Teknologi Hijau dalam sektor sumber tenaga

Pengangkutan
dan Kuasa

Dahulu Sekarang Masa Hadapan
• Kereta api levitasi magnet
• Kandar • Kereta
• Beca • Kapal terbang
• Kuda • MRT (Mass Rapid Transit)

Rajah 1.16 (b) Perkembangan Teknologi Hijau dalam sektor pengangkutan dan kuasa

23

Pembinaan

BAB 1

Dahulu Sekarang Masa Hadapan

• Bahan seperti kayu, buluh • Batu bata, simen dan • Pengunaan bahan-bahan
dan daun nipah. tetulang keluli. kitar semula seperti plastik
dan kertas.

Rajah 1.16 (c) Perkembangan Teknologi Hijau dalam sektor pembinaan
Rawatan Air

Dahulu Sekarang Masa Hadapan

• Rawatan air semula jadi • Penapis osmosis • Penyulingan air laut dan
dari air bukit, mata air. songsang, penapis karbon, teknologi biofilem.
penapis seramik

Rajah 1.16 (d) Perkembangan Teknologi Hijau dalam sektor rawatan air
Rawatan Sisa Pepejal

Dahulu Sekarang Masa Hadapan
• Sisa pepejal dibakar • Kitar semula
• Tapak pelupusan
sampah, biojisim

Rajah 1.16 (e) Perkembangan Teknologi Hijau dalam sektor rawatan sisa pepejal

24

1.5 Isu-isu Pembangunan Lestari BAB 1

1.45.13 Isu-isu semasa mengenai pembangunan lestari dari aspek
peranan dan tanggungjawab oleh negara maju, kerajaan,

industri dan institusi pendidikan

Negara Maju

Isu-isu semasa Peranan Tanggungjawab

• Pembangunan pesat • Penggunaan sumber • Perlu berusaha
memberi kesan negatif alam dapat dikurangkan mengurangkan impak
kepada alam sekitar dengan penggunaan negatif terhadap
teknologi terkini seperti alam sekitar. Contoh
kereta elektrik. impak negatif:
penipisan lapisan ozon,
peningkatan suhu global,
kemusnahan sumber
dan lain-lain.

• Usaha mengurangkan
peningkatan suhu
global yang meningkat
2oC sebagai satu
agenda penting dalam
pembangunan lestari.

Foto 1.3 Pemandangan bandar

Kerajaan

Isu-isu semasa Peranan Tanggungjawab

• Pertambahan penduduk • Menentukan peraturan • Undang-undang
yang memerlukan dan undang-undang perumahan untuk
kepada penempatan dan yang berkaitan dengan kesejahteraan masyarakat.
sistem pengangkutan. pembangunan perumahan.
• Sistem penguraian trafik.
• Sistem pengangkutan
yang lebih sistematik.

25

BAB 1 Industri Peranan Tanggungjawab
Isu-isu semasa

• Penghasilan produk • Membuat pemasangan • Pengusaha kilang
secara besar-besaran peralatan untuk mengukur perlu memastikan
bagi memenuhi kandungan asap dan bahan buangan yang
permintaan pasaran. habuk yang dilepaskan. dibuang ke sungai tidak
mengandungi bahan
• Produk yang dihasilkan • Mengekhaskan toksik dan beracun.
tidak mengambil kira kedudukan kawasan
faktor alam sekitar. perindustrian jauh dari • Pengusaha kilang perlu
kawasan perumahan mematuhi undang-undang
• Penghasilan produk dan dilengkapi sistem yang mewajibkan
yang tidak berkualiti dari pembuangan sisa pengusaha kilang
aspek fungsi, ketahanan yang sistematik mengambil langkah
dan keselamatan. untuk mencegah
• Pihak industri dan pencemaran. Contohnya:
Foto 1.4 Asap kilang perlu ditapis pengusaha kilang boleh membina kolam
untuk mengurangkan tahap mengikuti program pemendapan untuk
pencemaran udara pendidikan alam sekitar. sisa-sisa cecair dan
pemasangan penapis di
corong asap (Akta Mutu
Alam Sekeliling, 1974).

• Menggunakan semula
sisa-sisa lebihan dari
kilang memproses
hasil pertanian untuk
dijadikan baja organik.

Nilai Murni
Usaha pemuliharaan dan
pemeliharaan alam sekitar perlu
bermula dari diri sendiri.

Foto 1.5 Pemandangan alam yang bersih hasil daripada amalan sistem
pembuangan sisa yang sistematik

26

Institusi Pendidikan Peranan Tanggungjawab BAB 1
Isu-isu semasa

• Tahap kesedaran • Pendidikan pembangunan • Memberi kesedaran
tentang isu dan lestari merupakan isu tentang isu kecekapan
masalah alam sekitar yang ditekankan dalam tenaga yang menerapkan
sangat rendah. Pelan Induk Pembangunan amalan penjimatan
Pendidikan (PIPP). sumber-sumber
• Kurang pemahaman alam yang terhad,
tentang kepentingan • Fokus PIPP 2006-2010 pembangunan lestari
penjagaan alam adalah untuk memupuk dan pemeliharaan
sekitar seperti kesan rasa kecintaan terhadap alam sekitar.
pembakaran terbuka, seni, warisan dan budaya
pembalakan hutan bangsa (PIPP 2007). • Membudayakan
dan penggunaan pemikiran ke arah
sumber tenaga yang • Mendidik pelajar agar penghasilan dan
tidak terancang. dapat menghayati, penggunaan teknologi
menghargai, menyayangi yang lestari dalam
seni warisan dan budaya kehidupan seharian.
untuk membentuk identiti
unik bangsa Malaysia. • Memberi kefahaman
tentang kesan dan akibat
• Kementerian Pendidikan daripada aktiviti yang
Malaysia dan Kementerian mencemarkan alam sekitar.
Sumber Asli dan Alam
Sekitar telah melancarkan • Mendidik cara-cara
Program Sekolah Lestari. penjagaan alam sekitar
dalam aktiviti harian.
• Guru perlu berkemahiran
dalam menyampaikan
pendidikan alam sekitar
secara berkesan.

Rajah 1.17 Kempen kitar semula

Foto 1.6 Gotong-royong sekolah

Info

Di Malaysia 90% daripada jumlah tenaga yang digunakan ialah tenaga elektrik. 45% daripada permintaan
tenaga elektrik di negara ini adalah daripada sektor domestik dan komersial yang kebanyakannya
digunakan untuk lampu, pendingin udara dan pemanas air di dalam bangunan seperti rumah kediaman.

Sumber: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

27

BAB 1 Rumusan

Teknologi dan Kelestarian

Evolusi Teknologi ke Agenda Teknologi Hijau Isu-isu
pembangunan pembangunan
arah kelestarian Tempatan LA 21
ke arah lestari
kelestarian Perkembangan Kronologi Kriteria Teknologi
teknologi Pelaksanaan Hijau Peranan dan
Kesan Persefahaman tanggungjawab
pembangunan • Ekonomi Kronologi
• Sosial Agenda Pelaksanaan dan • Negara maju
lestari • Alam sekitar Tempatan 21 Perkembangan • Kerajaan
Teknologi Hijau • Institusi
Konsep (LA 21)
kelestarian Perkembangan pendidikan
• Closing the loop Keberkesanan Teknologi Hijau • Industri
• More from Less PBT, Masyarakat dalam pelbagai
• Efficient design
dan Sektor bidang
Swasta dalam
melaksanakan • Sumber tenaga
• Pengangkutan
Agenda
Tempatan 21 dan kuasa
• Pembinaan
(LA 21) • Rawatan air
• Rawatan sisa

pepejal

Kesesuaian
objektif Teknologi

Hijau

• Ekonomi
• Sosial
• Alam sekitar

28

Aktiviti BAB 1
1 Bincangkan secara berkumpulan peranan Kementerian Sains, Teknologi dan

Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).

2 Bahaskan secara berkumpulan tentang peranan manusia terhadap alam

sekitar yang lestari.

3 Huraikan pembangunan negara Malaysia yang lestari berdasarkan

pemuliharaan sumber, pembangunan fizikal, kualiti alam sekitar, ketidaksamaan
sosial, ekonomi, agama dan budaya.

4 Cadangkan idea teknologi lestari baharu yang boleh diaplikasikan

dalam kehidupan.

5 Bincangkan bukti-bukti yang menunjukkan wujudnya industri yang

mengamalkan kelestarian di Malaysia menggunakan persembahan multimedia.

6 Bentuk dua kumpulan, satu kumpulan mencadang dan satu kumpulan

membangkang bagi tajuk “Keberkesanan Pihak Berkuasa Tempatan
melaksanakan Agenda Tempatan 21”.

7 Berikan kepentingan perlaksanaan Teknologi Hijau di Malaysia menggunakan

persembahan multimedia secara berkumpulan.

8 Secara berkumpulan atau individu, cadangkan idea baharu atau penambahbaikan

pelbagai isu yang berkaitan dalam pembangunan lestari.

29

BAB 1 Latihan

1 Pernyataan berikut berkaitan dengan perkembangan teknologi dan kelestarian.
Tandakan ( ✓ ) pada pernyataan yang betul dan ( x ) pada pernyataan yang salah
dalam petak yang disediakan.

Penubuhan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar adalah untuk
pembangunan dan persekitaran yang baik dan teratur.

Pembangunan lestari menjadikan rakyat Malaysia berjimat cermat
berbelanja untuk keperluan harian.

Pemuliharaan alam sekitar bertujuan untuk mengurangkan pencemaran alam.

Akta Kualiti Alam Sekeliling (1974) pencemaran laut pencemaran tasik.

2 Berdasarkan pernyataan di bawah, tuliskan A, B, C, D dan E dalam petak yang
disediakan mengikut bidang yang bersesuaian dengan kelestarian.

A PerindAustrian C SumbeAr tenaga E Sisa pAepejal
B PengaAngkutan D PembinAaan

Aktiviti mengumpulkan tin-tin minuman untuk kitar semula.
Tidak mengalirkan air sisa pembuatan ke sungai berhampiran.
Menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja.
Menyediakan bahan tenaga solar yang murah kepada penduduk.
Memulihkan perumahan terbengkalai.

30

3 Bincangkan kepentingan Agenda Tempatan 21 dalam konteks pembangunan BAB 1
lestari di bandar dan di luar bandar?

4 Huraikan peranan dan tanggungjawab institusi pendidikan dalam pembangunan
lestari di Malaysia?

5 Apakah yang anda faham tentang Teknologi Hijau?

6 Cadangkan aktiviti pembangunan yang mengambil kira tiga elemen kelestarian
seperti gambar rajah di bawah.

Ekonomi Sosial

Alam Sekitar

31

2BAB REKA BENTUK

Standard Pembelajaran

Pada akhir pembelajaran murid berupaya:

Menjelaskan definisi dan tujuan reka bentuk.
Menilai kesesuaian penghasilan sebuah produk berdasarkan faktor reka bentuk
iaitu manusia, fungsi, kekuatan, estetika dan bahan.
Mengesan ciri-ciri lestari dalam reka bentuk produk.
Membanding beza produk yang dihasilkan melalui reka bentuk konvensional dan
reka bentuk lestari.

MMmeeemnncgbaiukdauattnjugurksuattinafinck.aarstiapaelmiriplirhoasnesprreokdaukbetenrthuakdbaeprdkaosnasrekpankefluensgtasriisaaentI.widapaeplaaronses

Membezakan model reka bentuk berdasarkan kriteria.
Menilai kriteria pengujian bagi setiap model reka bentuk.

MenSciatduaangskian bahan yang sesuai dalam proses penghasilan model reka bentuk.
Membdinaanmodel reka bentuk yang lestari berdasarkan carta alir proses reka bentuk.

masalah

Pengumpulan Idea
maklumat awalan

Memahami Situasi Idea Meng
dan penyelesaian reka be
dan perincian
masalah Pen
Pengumpulan
Idea maklumat
awalan
tema dan

Situamsi enghasilkan model
dan reka bentuk.
masalah

Pengumpulan
maklumat

Pengembangan Membina
idea model

Memahami Memahami Memahami
keperluan carta produk definisi dan
alir proses reka tujuan reka
yang memenuhi
bentuk. justifikasi faktor bentuk.

Idea reka bentuk.
penyelesaian
dan perincian Menguji
reka bentuk

Idea Menguji
penyelesaian reka bentuk
dan perincian

Pendokumentasian

Pendokumentasian Memahami
keperluan produk
Membina melalui proses reka
model
bentuk.

Pengembangan Membina
idea model

Pengembangan
idea

BAB 2 Pendahuluan

Kehidupan manusia dipenuhi dengan siri aktiviti yang kompleks. Bagi memastikan kelancaran
aktiviti-aktiviti ini, manusia mencipta alat, produk atau proses sebagai bantuan dalam menjalani
kehidupan harian mereka. Reka bentuk yang baik dapat memastikan alat, produk atau proses yang
dicipta berfungsi dan dapat menyelesaikan masalah tertentu.
Sesuatu reka bentuk perlu melalui satu proses perancangan yang terperinci supaya tujuan reka
bentuk dapat dicapai. Reka bentuk yang baik akan menghasilkan satu teknologi yang baharu yang
dapat membantu kehidupan seharian manusia. Ini menjadikan reka bentuk dan teknologi saling
berkait rapat. Rajah 2.1 menunjukkan evolusi reka bentuk dan teknologi komputer.

Evolusi reka bentuk komputer

Komputer generasi I Komputer generasi II Komputer generasi III

Komputer generasi IV Komputer generasi V Komputer riba Tablet

Rajah 2.1 Evolusi reka bentuk komputer

Aspek penyimpanan komponen dan Nilai Murni
keselamatan sangat ditekankan dalam
proses pembuatan. Berikan ulasan. Dalam melakukan sesuatu kerja, kita hendaklah
berusaha mencapai matlamat, di samping dapat
34 memberi pandangan tanpa dipengaruhi oleh emosi.

2.1 Reka Bentuk, Teknologi dan Kehidupan BAB 2

2.1.1 Pengenalan reka bentuk

Definisi

Reka bentuk ialah aktiviti penyelesaian masalah yang bersistem untuk
memenuhi keperluan manusia. Aktiviti ini memerlukan daya kreativiti dan
inovasi untuk menghasilkan sesuatu produk baharu atau menambah nilai
produk sedia ada.

Masalah Proses Produk
reka

bentuk

Brif 1
Gunakan kucing untuk
menangkap tikus.

Brif 2
Bina perangkap tikus menggunakan
bahan sedia ada.

Rajah 2.2 Penjanaan brif dalam situasi dan masalah

35

2.1.2 Tujuan reka bentuk

Terdapat beberapa tujuan reka bentuk. Antaranya ialah:

BAB 2 Menyelesaikan Keselamatan pengguna dan
masalah kesejahteraan alam

• Reka bentuk dapat membantu pereka • Reka bentuk yang selamat dan mudah
bentuk menyelesaikan masalah dan untuk dikendalikan serta memberikan
mencari kaedah menyelesaikannya. kesan negatif yang minimum kepada
alam sekitar.

• Reka bentuk yang mengelakkan
permukaan panas, tajam dan sebagainya.

Meningkatkan Memberikan saingan dan
kualiti produk menguasai pasaran

• Reka bentuk dapat memastikan aspek • Reka bentuk dapat memenuhi
kualiti terjamin. permintaan pasaran dan dapat
menguasai pasaran sesuatu produk.
• Pemilihan bahan penting dalam
memastikan kualiti dan ketahanan • Mengkaji permintaan pasaran dari
sesuatu produk. segi fungsi, warna dan bentuk.

2000 2016

1990-an Info

1980-an Kepuasan pelanggan terhadap produk:
Foto 2.1 Contoh evolusi reka bentuk kereta Proton Saga 1. Prestasi fungsi
2. Daya tahan
3. Kesesuaian terhadap spesifikasi
4. Ciri-ciri menepati cita rasa
5 Kebolehpercayaan
6. Kilatan serta kemasan

36

2.2 Faktor Reka Bentuk

Reka bentuk sesuatu produk perlu mengambil kira faktor-faktor berikut iaitu:

Manusia Fungsi Estetika Kekuatan Bahan

Manusia BAB 2

Faktor manusia dalam reka bentuk merupakan satu kajian interaksi antara manusia, produk dan
persekitaran. Faktor ini merupakan satu bidang yang dipanggil ergonomik. Antara perkara yang
diambil kira dalam faktor manusia ialah:
1. Saiz dan bentuk (mengikut kesesuaian pengguna).
2. Pergerakan manusia (penggunaan ketika berjalan, berlari, duduk dan sebagainya).
3. Umur (pengguna kanak-kanak, dewasa atau warga emas).
4. Pengguna kurang upaya (memudahkan penggunaan).
5. Keselamatan dan kesihatan (mengurangkan risiko dan bahaya kepada manusia).
Contohnya, ketinggian kerusi boleh laras dan bentuk kerusi yang mengikut postur badan.

Untuk membolehkan pereka bentuk mengambil kira faktor manusia, ukuran purata bahagian
badan manusia perlu digunakan pada reka bentuk. Ukuran purata ini akan menunjukkan data
seperti purata ketinggian, berat badan, panjang kaki dan tangan manusia mengikut faktor seperti
umur dan jantina. Rajah 2.3 menunjukkan reka bentuk meja dan kerusi yang ergonomik.

B Kedudukan monitor pada jarak dan C Bahagian penyandar
sudut yang sesuai dengan pengguna. menyokong tulang belakang
mengikut postur yang betul.
B

A Ketinggian meja yang E
betul memastikan
keselesaan capaian papan A D Tempat duduk kerusi
kekunci dan menulis. pada ketinggian

D yang selesa. Ia boleh
dilaras mengikut
ketinggian pengguna.

F E Bucu meja direka bentuk tidak
F Saiz meja yang sesuai tajam untuk tujuan keselamatan.

untuk membantu capaian.

Rajah 2.3 Reka bentuk meja dan kerusi yang mengambil kira faktor manusia

37

BAB 2 Fungsi

Dalam proses mereka bentuk, seseorang pereka bentuk perlu mengenal pasti tujuan dan fungsi
produk yang ingin direka bentuk. Bagi memastikan produk yang dihasilkan berfungsi dan dapat
menyelesaikan masalah pengguna, tiga aspek fungsi perlu dianalisis:

• Tujuan
• Penggunaan
• Ukuran

Contohnya, kasut sukan direka bentuk mengikut kesesuaian aktiviti sukan menggunakan bahan
yang tahan lasak dan tidak mudah terkoyak. Reka bentuk kasut keselamatan pula mengambil kira
faktor keselamatan dalam aktiviti seharian pengguna. Biasanya dilengkapi dengan besi di bahagian
hadapan bagi melindungi jari kaki dan di bahagian bawah kasut. Rajah 2.4 menunjukkan fungsi
bahan kasut keselamatan dan Rajah 2.5 menunjukkan fungsi kasut sukan.

Reka bentuk sokongan
pergelangan kaki.

Pelapik span dan kulit lembut
untuk melindungi tendon
Achilles dan buku lali.

Pelindung besi tahan Getah ringan, Vulcanised Nitrile
hentakan 200 joule. Rubber (VNR) dengan corak
anti gelincir.
Lapisan tengah
daripada besi
Rajah 2.4 Fungsi kasut keselamatan

Fabrik yang Saiz mengikut ukuran kaki pengguna Bentuk tapak yang
mempunyai pengaliran Rajah 2.5 Fungsi kasut sukan mengikut pergerakan
udara yang baik. kaki ketika berlari.
Kusyen gel untuk
menyerap hentakan
ketika berlari.

38

Kekuatan
Faktor kekuatan merupakan satu aspek penting dalam proses reka bentuk. Secara umumnya,
kekuatan bahan mestilah lebih besar daripada beban yang dikenakan ke atas sesuatu objek. Berikut
adalah beberapa kategori beban (rujuk Rajah 2.6):

1. Beban statik Beban angin
Beban yang dikenakan oleh objek yang pegun.
2. Beban dinamik Beban dinamik
Beban yang dikenakan oleh objek yang bergerak. Beban statik

3. Beban angin BAB 2
Beban tiupan angin ke atas struktur menegak.

Rajah 2.6 Kedudukan daya, mampatan dan tegangan

Selain itu, kekuatan sesuatu produk akan diukur dari sudut kemampuannya untuk menahan daya
mampatan dan tegangan yang dikenakan ke atasnya. Jika daya mampatan dan tegangan melebihi
kekuatan sesuatu produk itu, produk itu boleh patah, rosak dan sebagainya. Rajah 2.7 dan Rajah 2.8
menunjukkan kedudukan daya mampatan dan tegangan serta faktor kekuatan dalam reka bentuk
meja komputer.

Daya

Mampatan Objek Mampatan

Tegangan

Rajah 2.7 Kategori beban

Daya

Rasuk A Regangan
Rasuk julur yang disokong
dengan sokongan hujung Kasau
terikat dan kasau. Digunakan untuk memberi
sokongan tambahan
Mampatan B kepada rasuk.
Mampatan C
D Regangan

Rajah 2.8 Faktor kekuatan dalam reka bentuk meja komputer

39

Estetika
Estetika merupakan satu perkara yang melibatkan rupa bentuk sesuatu produk. Sesuatu produk
biasanya direka bentuk untuk kelihatan cantik dan canggih supaya dapat menarik perhatian
pengguna. Reka bentuk yang menarik dapat dihasilkan dengan mengaplikasi elemen reka bentuk.
Antara elemen reka bentuk ialah garisan, rupa, bentuk, warna dan tekstur.

BAB 2 1. Garisan Mengufuk Menegak
Terbentuk apabila dua atau lebih titik

bersambung. Penggunaan garisan penting untuk
menghasilkan rupa dan bentuk sesuatu reka
bentuk. Garisan boleh dihasilkan dalam bentuk
lurus, menegak, mengufuk dan melengkung.

Condong Melengkung

2. Rupa

Satu kawasan rata yang dilingkari oleh garisan tertutup. Mempunyai panjang dan lebar tetapi
tidak mempunyai jisim. Rupa boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu rupa geometri dan
rupa organik.

Rupa geometri Rupa organik

3. Bentuk
Satu kawasan menonjol yang mempunyai

keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu
permukaan. Bentuk utama terdiri daripada bentuk
piramid, sfera, kubus, silinder dan kon.

Piramid Sfera Kubus Silinder Kon

40

4. Warna
Merupakan satu elemen penting dalam proses reka bentuk. Penggunaan warna yang sesuai

dan menarik dapat memberikan identiti kepada rekaan yang dihasilkan. Terdapat tiga kategori
warna iaitu warna primer, sekunder dan tertier.

(a) Warna primer ialah warna asas yang tidak boleh
dihasilkan dengan campuran warna lain.

Hijau BAB 2
Biru
Ungu Jingga
Kuning (b) Warna sekunder dihasilkan melalui campuran
Merah dua warna primer.

(c) Warna tertier ialah campuran satu warna
primer dan satu warna sekunder yang duduk
bersebelahan dalam roda warna.

Rajah 2.9 Roda warna

Campuran warna Jadual 2.1 Campuran warna

Biru + Kuning Warna
Kuning + Merah
Hijau
Merah + Biru Jingga
Kuning + Hijau Ungu
Kuning + Jingga Kuning hijau
Merah + Jingga Kuning jingga
Merah + Ungu Merah jingga
Merah ungu
Biru + Ungu Biru ungu
Biru + Hijau Biru hijau

5. Tekstur Tekstur kayu Tekstur batu-bata Tekstur kain
Tekstur ialah rupa dan bentuk sesuatu
41
permukaan. Penggunaan tekstur yang
sesuai dapat memenuhi fungsi dan
keperluan rekaan. Selain itu, tekstur
juga dapat memberikan nilai tarikan.
Contoh tekstur adalah licin, kesat,
kasar, lembut dan tajam.

Bahan
Ketika membuat pemilihan bahan yang hendak digunakan, pereka bentuk perlu mengambil kira
beberapa faktor seperti fungsi, kuantiti produk dan kos. Bahan secara umumnya boleh dibahagikan
kepada dua kategori utama iaitu bahan logam dan bahan bukan logam. Penggunaan bahan yang
betul adalah penting supaya produk yang direka bentuk dapat berfungsi dengan baik. Rajah 2.10
menunjukkan kategori bahan.

Bahan kejuruteraan

BAB 2 Bahan logam Bahan bukan logam

Ferus Bukan ferus Seramik Komposit Polimer

Rajah 2.10 Kategori bahan kejuruteraan

Bahan logam
Logam ferus
Mengandungi besi sebagai kandungan utama. Merupakan bahan penting dan diguna pakai
secara meluas dalam bidang kejuruteraan dan pembinaan. Mempunyai sumber yang banyak dan
kepelbagaian penggunaan dari segi sifat mekanikal dan fizikal. Antara kelemahan utama logam
ferus adalah mudah berkarat. Contoh logam ferus ialah keluli dan besi tuang.

(a) Keluli

Keluli ialah campuran utama antara besi dan karbon. Keluli biasanya diklasifikasikan mengikut
kadar kandungan karbon. Terdapat dua jenis keluli utama iaitu keluli aloi dan keluli berkarbon.

(i) Keluli aloi
• Keluli tahan karat
Ciri-ciri : Keras, teguh, tahan karat.
Kegunaan : Sinki, sudu, pisau, kuali, turbin gas, tangki air dan lain-lain.

(ii) Keluli berkarbon
• Keluli berkarbon rendah (kurang dari 0.15% karbon)
Ciri-ciri : Lembut, mulur, teguh, mudah dimesin dan mudah ditempa.
Kegunaan : Badan kereta, kepingan keluli untuk kegunaan, paip, bangunan,

jambatan dan tin makanan.

• Keluli lembut (0.15% - 0.30% karbon)
Ciri-ciri : Kekuatan regangan yang tinggi, kuat dan teguh serta boleh ditempa.
Kegunaan : Digunakan dalam bangunan, paip, jambatan, kepingan keluli, bolt, nat

dan lain-lain.

42

• Keluli berkarbon tinggi (0.7% - 1.4% karbon) BAB 2
Ciri-ciri : Keluli berkarbon yang keras.
Kegunaan : Digunakan untuk membuat spring, roda kereta api dan seumpamanya.

(b) Besi tuang
(i) Besi tuang kelabu
Ciri-ciri : Kekuatan mampatan yang tinggi, kekuatan regangan yang agak rendah,
mudah berkarat dalam keadaan lembap dan basah.
Kegunaan : Paip besar, rangka mesin, kotak gear, komponen enjin, blok enjin.

(ii) Besi tuang putih
Ciri-ciri : Sangat keras tetapi rapuh, kekuatan mampatan yang lebih tinggi daripada besi

tuang kelabu, tahan karat dan lebih tahan geseran.
Kegunaan : Digunakan dalam pembuatan komponen seperti bearing dan gear.

(iii) Besi tuang tempawan
Ciri-ciri : Mulur dan mudah dimesin, sangat keras dan tidak rapuh, kekuatan regangan

yang tinggi.
Kegunaan : Aci engkol, roda, takal, radiator, rivet, gasket dan lain-lain.

Sifat mekanikal logam
• Kerapuhan
Kecenderungan sesuatu logam untuk patah, mudah pecah atau retak apabila dikenakan
hentakan atau ketukan.
• Ketempaan
Kebolehan logam dibentuk melalui kaedah tempaan dan ketukan.
• Kemuluran
Kebolehan sesuatu logam untuk menegang tanpa putus atau pecah apabila ditarik.
• Keanjalan
Keupayaan sesuatu logam untuk kembali ke bentuk asal selepas mengalami perubahan
bentuk akibat tekanan atau daya yang dikenakan.
• Kekuatan
Keupayaan sesuatu logam menahan beban atau daya tanpa perubahan bentuk.
• Kekerasan
Keupayaan sesuatu logam menahan perubahan kekal akibat oleh daya luar.
• Keteguhan
Keupayaan logam untuk mengekalkan kekuatan asal walaupun berlaku perubahan bentuk
yang kekal. Sifat ini berlawanan dengan kerapuhan.

43


Click to View FlipBook Version