YONG PENG
PEKAN SEJAHTERA
BERKEKALAN
Kapsyen Kulit Buku
Foto pandangan mata burung pekan Yong Peng pada tahun 1957. Ketua Kampung merangkap
Ahli Majlis Tempataan Yong Peng pada ketika itu, Lim Ee Goh mengambil gambar ini semasa
terbang bersama dengan juruterbang helikopter tentera British.
(Foto ihsan Koh Chee Ngee, 2022).
14, Jalan Helang Hindik,
Kawasan Perindustrian Kepong Baru,
52100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-6275 2300 Fax: 03-6270 1599
Penulis: Koh Yok Hwa
Penyelia Projek: Nurul Fadzillah binti Baharuddin
Pereka bentuk dan juru gambar: Tan Chee Mun
Pelukis : Teh Hun Yi, Sung Yew Fook
Muka Taip Teks: Century Schoolbook
Saiz Taip Teks: 10
© 2022 oleh Gemilang Publishing Sdn. Bhd.
Cetakan Pertama 2022
COPYRIGHT
All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, copied or transmitted, in any form or by any means,
electronic, mechanical, photocopying, recording or otherwise, without written permission from the Publisher. Under the
Copyright Act 1987 of Malaysia, any person who does any unauthorised act in relation to this publication shall be liable to
prosecution and claims for damages.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Koh, Yok Hwa
YONG PENG PEKAN SEJAHTERA BERKEKALAN / Koh Yok Hwa.
ISBN 978-967-2838-97-5
1. Yong Peng (Johor, Malaysia)--History.
2. Cities and towns--Malaysia--Yong Peng (Johor)--History.
3. Urbanization--Malaysia--Yong Peng (Johor).
I. Judul.
959.51190144
Dicetak oleh Colour Scan Separation Sdn Bhd
63, Jalan 5/62a, Bandar Menjalara, 52200 Wilayah Persekutuan,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Tel: 03-6275 3066
Buku ini didedikasikan untuk kedua-dua
ibu bapa saya, mendiang Koh Swee Chung
dan mendiang Tan Siew Kim.
Serta tidak lupa juga kepada Puan Yeo Choo Yik,
cikgu saya yang mencetus idea dan inspirasi penulisan
sejarah Yong Peng ini.
Kandungan 5
8
Prakata
Pengenalan Yong Peng
Bab 11
12
1 Sejarah Awal
Bab
2 Zaman Penerokaan Menjelang Sistem Kangchu (1847-1917)
Bab 36
3 Zaman Pembangunan (1918-1970)
Bab 64
67
4 Zaman Pemodenan (1971 sehingga Kini)
Bab
5 Demi Kesejahteraan Berkekalan
PRAKATA
Sesungguhnya, buku ini dihasilkan bukan di bawah perancangan saya pada awalnya. Pada
tahun 2021 - 2022, saya mengikuti Program Sarjana Pengajian Media & Komunikasi di Universiti
Malaya. Satu kajian perlu dilaksanakan untuk memenuhi syarat Latihan Industri, maka dengan
spontan, terlintas dalam otak saya untuk mengusahakan sebuah coffee table book tentang kampung
halaman saya, iaitu Yong Peng.
Saya dilahirkan di Yong Peng pada 1963, bersamaan tahun Tanah Melayu bergabung dengan
Sabah, Sarawak dan Singapura untuk membentuk negara Malaysia pada 16 September 1963.
Sewaktu kecil, saya bersama keluarga saya menghabiskan masa beberapa tahun di dalam
kebun getah di Batu 6, Jalan Muar. Ibu saya, mendiang Tan Siew Kim dan kakak-kakak saya
membanting tulang mengusahakan sebuah kebun getah seluas 6 ekar. Ibu menoreh getah pada
sebelah pagi. Pada sebelah petang pula, beliau tekun menanam sayur-sayuran di kebun yang
berdekatan untuk menambah pendapatan keluarga. Kehidupan di kebun sesungguhnya pahit,
namun ia menjana banyak memori manis mengisi zaman pendewasaan kami adik-beradik.
Ayah saya, mendiang Koh Swee Chung, seorang pengusaha kedai runcit di pekan. Beliau
juga seorang Ahli Majlis Tempatan dan banyak terlibat dengan kerja-kerja sosial dan kebajikan
sepanjang lebih kurang 50 tahun beliau berada di pekan Yong Peng.
Saya sendiri mendapat pendidikan awal di SJK(C) Yong Peng 1 dan SMK Yong Peng.
Kemudian saya melanjutkan pelajaran di Johor Bahru, Kluang dan Kuala Lumpur ketika berusia
17 tahun.
Bak kata pepatah, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
5
Saya bersyukur kerana berpeluang untuk membesar dan memperoleh pendidikan yang
lengkap di kampung halaman saya. Akhirnya, saya telah mengecap kejayaan yang munasabah
dalam kerjaya dan hidup saya sepanjang 59 tahun yang lepas.
Sesungguhnya, pekan Yong Peng telah pun makmur bahagia dan aman sejahtera seperti
nama pekan ini. Nama Yong Peng membawa maksud bebas daripada sebarang ancaman dan
kekal sejahtera untuk selama-lamanya.
200 tahun dahulu, tempat ini merupakan sebuah hutan belantara dan didiami binatang liar
seperti harimau dan buaya. Namun, atas keazaman dan kegigihan para perintis dan peneroka
pelbagai bangsa dan keturunan, Yong Peng wujud sebagai petempatan yang sangat penting
di negeri Johor. Yong Peng juga memainkan peranan sebagai hub ekonomi yang mustahak
bagi kemajuan ekonomi negara, baik dalam pertanian, perindustrian, penternakan mahupun
pelancongan.
Buku ini ditulis dengan kajian yang teliti ke atas bahan sejarah, keratan akhbar, catitan
terbitan sekolah dan persatuan, temu ramah dengan tokoh pemimpin dan individu yang berkaitan.
Foto-foto bersejarah yang bernilai turut dimuatkan dalam buku ini.
Walaupun buku ini dihasilkan dalam masa yang singkat, namun objektifnya hanya satu,
iaitu memaparkan dan mendedahkan sejarah tentang pekan Yong Peng buat pengetahuan semua
yang bermastautin di sini ataupun kepada mereka yang satu ketika dahulu merupakan anak
Yong Peng.
Hasrat penulis, dengan buku ini maka kita semua yang tidak mengenal keturunan dan latar
belakang, akan sama-sama tampil ke depan untuk menyumbang ke arah membuat Yong Peng
6
menjadi sebuah pekan yang lebih makmur dan cemerlang, menghayati semangat perpaduan dan
muhibah seperti yang dicadangkan oleh Rukun Negara.
Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Profesor Dr. Hamedi bin Mohd Adnan (Ketua Jabatan Pengajian Media & Komunikasi, Universiti
Malaya), Dr. Onn Huann Jan, Sim Chi Kian, Yang Ching Huat dan Wong Pang Siong, serta bekas
guru Bahasa Malaysia saya di Sekolah Menengah Kebangsaan Yong Peng, Cikgu Shamsuddin
bin Mohamad Salleh dan isteri beliau, Puan Zaiyah binti Mahmud yang juga seorang guru di
Sekolah Kebangsaan Yong Peng. Atas perkongsian pendapat dan input pengalaman mereka, buku
ini dapat dihasilkan dengan lebih sempurna.
Tidak lupa juga penghargaan kepada Puan Nurul Fadzillah selaku penyelia projek ini di
syarikat G Media Sdn Bhd. Berkat bimbingan beliau yang berkesan maka buku ini dapat dihasilkan
seperti yang dirancang.
Kepada pasukan penulisan dan produksi buku ini, saya turut merakamkan penghargaan
yang tidak terhingga.
Koh Yok Hwa
31 Ogos 2022
Yong Peng
7
Pengenalan Yong Peng
Yong Peng ialah sebuah pekan yang Yong Peng kini ditadbir oleh Majlis
terletak di Batu Pahat, kawasan tengah Daerah Yong Peng (MDYP). Dahulunya
negeri Johor. Yong Peng meliputi 1,911.6 dikenali sebagai Majlis Daerah Batu Pahat
hektar dengan jumlah penduduk kini sekitar Timur. Majlis Daerah Yong Peng diasaskan
29,046 (sumber: http://www.mdyp.gov.my/ pada 1 September 1979. Kawasan Majlis
ms/pelawat/info-yong-peng). Sebahagian Daerah Yong Peng merangkumi pekan Yong
besar penduduk di pekan ini adalah orang Peng, Ayer Itam, Parit Sulong, Sri Medan,
berketurunan Cina. Kangkar Bahru, Parit Yaani dan Lam Lee.
Statistik Penduduk Yong Peng Mengikut Etnik Sebelum di bawah pentadbiran MDYP,
kawasan Yong Peng pernah ditadbir oleh
Etnik Melayu Cina India Majlis Tempatan Yong Peng yang terbentuk
mulai tahun 1953 dan beroperasi sehingga
Peratus (%) 32% 60% 7% 1976.
Sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/Yong_Peng
Yong Peng ialah sebuah pekan yang mempunyai
sejarah pembukaan penempatan melebihi seratus
tahun
8
SJKC Yong Peng 2
SJKT Ladang
Yong Peng
Tanah Perkuburan SMK Yong Peng
Tionghua Yong Peng SK Seri Bertam Tokong Mah Choo
Jalan Bertam
Jalan Lim Ee GohKampung
Melayu
Jalan Labis
Sungai Bekok Bukit Jambu Gereja Presbyterian
Jalan Ah Looh Yong Peng
Kg Paya Persatuan
Hock Chew Gereja St Stephen Yong Peng
Yong Peng
MDYP SJKC High School
SK Yong Peng Yong Peng 1
Jalan Templer
SK Taman Seri Kota
Masjid Jamek Stesen Bas
Yong Peng
Jalan Ayer Itam
Balai Polis Jalan Besar
Jambatan
Yong Peng
Dataran Yong Peng
Taman Bahagia
Masjid Jamek Sungai Bekok
Lama Parit
SM Dato Seth Awang
SK Seri Yong Peng
Plaza Tol Yong Peng Utara
Plaza Tol Yong Peng Selatan
Pelukis: Song Yew Fook, 2022
Majlis Daerah Yong Peng
Bab
1 Sejarah Awal
Mengikut kisah orang Melayu tempatan, Sebuah rumah Melayu di Bukit Jambu
seawal tahun 1800, terdapat lima buah
rumah orang Melayu di tebing Sungai Surau Kampung Bukit Jambu di Jalan Ah Looh,
Bekok, kawasan berdekatan dengan Bukit Yong Peng
Jambu, Yong Peng sekarang. Bukit Jambu
terletak bersebelahan dengan Jalan Ah Looh, Pokok bertam kini hanya terdapat
Yong Peng. Bangunan MDYP kini dibina di di dalam hutan yang tebal
atas tapak yang dahulunya Kilang Papan
Bee Seng pada tahun 1950-1970-an. Tempat Jalan Bertam yang menghubungkan Jalan
itu juga sebahagian daripada Bukit Jambu. Kit Siang dan Jalan Ing Chong Sam,
Kampung Bukit Jambu mendapat namanya berdekatan dengan kawasan Bukit Jambu
kerana banyak pokok jambu di kawasan itu. untuk mengingati kewujudan Sri Bertam.
Tempat itu pada satu ketika dahulu
pernah digelar sebagai Sri Bertam kerana
terdapat banyak pokok bertam yang
bertumbuh di tebing-tebing Sungai Bekok.
Dilaporkan, pada satu ketika dahulu,
kampung itu ditadbir oleh seorang ketua yang
bernama Arujamin bin Runshut. Beliau ialah
seorang panglima perang Johor yang kalah
dalam Perang Tiga Segi yang berlaku antara
Belanda, Acheh dan Johor di Selat Melaka.
Kini, terdapat sebatang jalan bernama
11
Bab
2 Zaman Penerokaan Menjelang Sistem Kangchu (1847-1917)
Pada kurun-19, iaitu sekitar tahun 1835, Ban Seng untuk meneroka ladang gambir dan
Yong Peng pada masa itu masih dikelilingi lada hitam di Sungai Skudai (Trocki, 1975).
oleh hutan belantara dan belum diterokai.
Dalam masa yang sama, berlaku
Pemerintah kerajaan Johor pada ketika kekacauan politik dan sosial di negara China
itu, Temenggung Daeng Ibrahim mempunyai menyebabkan ramai rakyat China datang
hasrat yang besar untuk menggerakkan ke Tanah Melayu untuk mencari rezeki dan
ekonomi Johor dengan meneroka hutan hidup baharu.
dan kawasan paya bagi tujuan perladangan
terutama sekali penanaman gambir dan Pada tahun 1847, seorang peneroka
lada hitam. Baginda mendapat ilham untuk Teochew bernama Boo Koh Ah Ooi sampai
memajukan dan memodenkan ekonomi ke tebing Sungai Bekok, tempat sebelah kiri,
Johor ketika itu setelah melihat kejayaan
penanaman gambir di Kepulauan Riau dan
Singapura.
Bagi merealisasikan rancangan ini, Map
baginda memerlukan tenaga peneroka yang
mahir. Maka baginda menjemput para
peniaga Cina berketurunan Teochew di
Singapura datang ke Johor untuk membantu
baginda membuka ladang gambir dan lada
hitam di Johor.
Pada 9 Oktober 1844, Surat Sungai
pertama dikeluarkan kepada Ah Chun dan
12 Boo Koh Ah Ooi ialah peneroka Teochew pertama yang
sampai ke Hoe Seng Kang pada tahun 1847
Map Hoe Seng Kang
Yong Peng Kang
Penerokaan ladang gambir dan lada hitam di kawasan Sungai Batu Pahat
(Sumber: Kajian Penerokaan Kaum Teochew di Johor, 2003 (m.s. 11)
kira-kira di Batu 4, Jalan Labis, Yong Peng merupakan Jalan Ah Looh, Yong Peng
sekarang (Wong, 1959). sekarang. Di sini, Boo Koh Ah Ooi memanggil
orang sekampungnya di Ping Xi, Daerah Rao
Kumpulan peneroka menjelajah dengan Ping, Wilayah Kwang Tong, China untuk
bot kayu dari Sungai Batu Pahat masuk ke dibawa masuk secara beramai-ramai untuk
Sungai Simpang Kanan (Sungai Bekok). meneroka ladang gambir dan lada hitam di
Tempat itu dinamakan oleh peneroka Teochew tempat baharu.
sebagai Hoe Seng Kang. Jumlah penduduk
pada ketika itu dilaporkan hanya 100 orang. Walau bagaimanapun, beliau
Boo Koh Ah Ooi cuba memulakan penanaman
gambir dan lada hitam di tempat itu. menghadapi pelbagai kesukaran besar
Bagaimanapun usaha beliau tidak kerana ancaman binatang liar seperti
bertahan lama. Pada tahun 1848, beliau
mengambil keputusan untuk berhijrah harimau bermaharajalela di hutan-hutan dan
ke bahagian bawah Sungai Bekok yang
buaya-buaya mengganas di sungai. Malah,
munculnya penyakit berjangkit seperti
malaria menyebabkan ramai peneroka dan
pekerja beliau meninggal dunia. Kualiti
13
hidup mereka juga tidak kondusif kerana penerokaan tanaman gambir dan lada hitam
kurangnya zat pemakanan yang seimbang di kawasan yang dahulunya ditinggalkan oleh
yang sentiasa mengancam kesihatan peneroka terdahulu.
mereka. Akhirnya kerja penerokaan terpaksa
dihentikan untuk satu ketika. Dengan keazaman dan kegigihan
Boo Koh Ah Loo, akhirnya usaha beliau
Akan tetapi beliau tidak berputus membuahkan hasil apabila tempat itu
asa. Apabila menyedari akan kelemahan berkembang dengan maju. Lama-kelamaan
dan kekurangan pada ketika itu, beliau penempatan yang dibangunkan oleh beliau
menjemput saudaranya, Boo Koh Ah Loo dari muncul menjadi sebuah penempatan yang
Singapura untuk menyambung legasinya. meriah di sepanjang Sungai Bekok.
Boo Koh Ah Loo yang berasal dari Seterusnya pada 3 Julai 1887, Ah Loo
kampung Nan Cuo Yuan, pekan Ping Xi itu berjaya memperoleh Surat Sungai daripada
sudah berada di Singapura untuk satu ketika baginda Sultan Abu Bakar yang sekali
dan mempunyai rangkaian sosial yang kuat. gus melantik beliau sebagai kangchu di
Maka, Boo Koh Ah Loo memanggil orang- tempat itu (Onn, 2003). Kemudian tempat itu
orang Teochew yang lain untuk meneruskan berkembang menjadi pekan Yong Peng Kang.
Mengikut kajian Xu (1961), Boo Koh Ah
Loo ialah Kangchu Yong Peng dan Kangkar
Baru.
Jalan Ah Looh dinamakan sempena mengenang jasa Di Batu 3, Jalan Ayer Itam, Yong Peng,
14 Kangchu Boo Koh Ah Loo dahulunya juga terdapat satu tempat
penerokaan kangchu yang dipanggil Siah
Chu Kang. Ianya ditadbir oleh seorang
wakil kangchu bernama Siah Ah Wu
(Ng, 2001).
Surat Sungai Bekok sehingga ke Sungai Batu Pahat Kanan
dan Kiri. Kawasan yang dimaksudkan itu
Surat Sungai ialah permit yang meliputi kawasan yang luas, bermula dari
dikeluarkan oleh kerajaan Johor kepada Tuan pekan Parit Sulong, Sri Medan sehingga ke
Sungai atau kangchu dalam bahasa Cina pekan Yong Peng sekarang.
bagi sesebuah kawasan untuk diduduki dan
menjalankan kegiatan perladangan gambir Setelah memperoleh kejayaan yang
dan lada hitam. besar dalam menanam gambir dan lada
hitam di Yong Peng, Boo Koh Ah Loo
Dalam Surat Sungai bertarikh 3 Julai kemudian meneruskan penerokaannya
1887 yang dikeluarkan oleh kerajaan Johor ke Kangkar Baru, 7 batu dari pekan Yong
pada ketika itu kepada Boo Koh Ah Loo, Peng sekarang melalui Sungai Sedi. Beliau
kerajaan membenarkan kangchu membuka juga dilantik sebagai kangchu di sana
100 buah ladang gambir dan lada hitam di (Xu, 1961; Onn, 2003).
antara Sungai Hulu Kiri dengan Hulu Sungai
Di Kangkar Baru, dahulunya terdapat Jalan Alu di simpang jalan ke Kg. Sin Lik dari Jalan Besar.
16 Kini, jalan itu dinamakan sebagai Jalan Niyor
Dokumen Arkib Negara cawangan Johor Bahru bertajuk J/SUK13, Keterangan Membuka 17
Kebun Gambir dan Lada Hitam Johor, No.47 mengesahkan Boo Koh Ah Loo ialah Kangchu
Yong Peng Kang
Sungai Bekok merentasi pekan Yong Peng. Cabang sungai ini dipanggil Sungai Simpang Kanan
bertemu dengan Sungai Simpang Kiri di Parit Kassim dan menghubungkan Sungai Batu Pahat
Sistem Kangchu dilaporkan anak keempat beliau iaitu Kangchu
Kang (港 gCng) dalam bahasa Cina Boo Koh Soon Ming (1893-1942) menyambung
legasi beliau sehingga tahun 1917, tahun
bermaksud tebing sungai, chu (主 zhW) pula yang sama sistem kangchu dimansuhkan oleh
bermakna tuan atau pemilik. Tuan Sungai Sultan Johor.
atau kangchu diberi kuasa ke atas kawasan
penerokaan yang telah diwartakan dalam Terdapat sepucuk dokumen sejarah pada
Sungai Sungai. tahun 1916 dari Arkib Negara cawangan
Johor Bharu mengesahkan bahawa Boo Koh
Pangkalan di antara tempat pertemuan Soon Ming adalah Kangchu Yong Peng dan
sungai ini dinamakan sebagai Kangkar Kangkar Baru pada masa itu.
(港脚 gCng jiCo). Di sinilah terbentuknya
penempatan baharu setelah ladang gambir Kemerosotan permintaan dunia ke atas
dan lada hitam dibuka. gambir dan lada hitam pada awal abad ke-20
menyebabkan sistem kangchu ditinggalkan.
Daun gambir dikukus dalam kuali besar Tambahan pula campur tangan kerajaan
British dalam pentadbiran kerajaan Johor
Dipercayai Kangchu Boo Koh Ah Loo pada tahun 1914 juga antara faktor yang
memegang jawatan sebagai Tuan Sungai menyebabkan berakhirnya sistem kangchu.
di Yong Peng sehingga awal abad ke-20.
Namun begitu, tahun kematian beliau yang Akhirnya pada bulan Disember 1917,
sebenar tidak dapat dikenal pasti. Kemudian sistem kangchu ini dimansuhkan secara
rasmi. Kerajaan Johor dilaporkan memberi
pampasan kepada peneroka-peneroka Cina di
Johor untuk mengambil balik ke semua tanah
yang diusahakan oleh semua kangchu dalam
negeri Johor.
19
Ladang Gambir dan Lada Hitam Kebun lada hitam
Pada masa itu, gambir dan lada hitam
Penamaan Tempat Yong Peng
ialah komoditi yang agak bernilai. Daun pokok
gambir dipetik dan direbus sehingga menjadi Penamaan Yong Peng mempunyai
beku atau pepejal. Kemudian dieksport ke sejarah tersendiri.
pasaran Eropah untuk dijadikan bahan
pelembut untuk industri yang berasaskan Pada tahun 1887, Surat Sungai
kulit dan dijadikan bahan pewarna tekstil. dikeluarkan oleh kerajaan Johor kepada Boo
Koh Ah Loo dan Yong Peng Kang Kongsi,
Ketulan gambir syarikat milikan Ah Loo.
Daun gambir Oleh yang demikian, kemungkinan juga
penempatan yang dibuka oleh kangchu itu
Lada hitam pula cukup terkenal sebagai menggunakan nama syarikat sebagai nama
rempah ratus yang penting pada masa itu. tempat, iaitu Yong Peng Kang sejak tahun
Lada hitam biasanya digunakan dalam 1887.
masakan.
Menurut cerita lain pula, seorang
peneroka keturunan Teochew yang bernama
Hu Yanian yang telah sampai ke Yong Peng
pada tahun 1895 memberitahu kepada
masyarakat Cina di Yong Peng bahawa,
pada malam perayaan Mah Choo pada
30 April 1895, penduduk-penduduk
tempatan menamakan tempat ini sebagai
Yong Peng Kang (Wong, 1959).
20
Orang Cina percaya bahawa Mah Choo melindungi mereka sepanjang pelayaran ke selatan
Yong Peng (永平 yQng pJng) yang dalam sepanjang pantai bahagian selatan China,
bahasa Cina bermaksud keamanan kursusnya dalam kalangan orang keturunan
berkekalan (Everlasting Peace). Teochew dan Hainan. Mereka membawa
bersama kepercayaan ini apabila mereka
Penamaan tempat itu dibuat atas sampai ke Tanah Melayu.
kesyukuran pekan ini bebas daripada
ancaman buruk sepanjang lebih 40 tahun Selepas Perang Dunia ke-2, apabila
pembukaan dan mendoakan agar keselamatan kerajaan British melancarkan Rancangan
itu akan sentiasa mendampingi penduduk Briggs, berlaku penghijrahan besar-besaran
Yong Peng untuk selama-lamanya. ke kampung baru pada tahun 1950. Yong
Peng antara kawasan yang terlibat dengan
Orang Teochew di Yong Peng menerima kewujudan kampung baru. Sejak itu tempat
Dewa Mah Choo sebagai pelindung kepada itu dinamakan Kampung Baru Yong Peng.
mereka semasa berada di laut. Kepercayaan
rakyat ini sangat popular di kawasan
21
Pembangunan Pekan Lama Yong Peng Orang-orang Cina memanggil tempat itu
sebagai Shan Ding Zai yang bermaksud bukit
Selepas kangchu berjaya membuka yang kecil. Terdapat kedai runcit, makanan,
ladang gambir dan lada hitam, lama-kelamaan basikal, pasar, sekolah, panggung wayang,
penduduk semakin bertambah dan mereka kilang papan, kilang kicap dan lain-lain di
membentuk satu penempatan di tepi Sungai sini. Bangunan-bangunan yang ada pada
Yong Peng, iaitu sekitar kawasan Taman waktu itu hampir semua berbumbung atap
Bahagia, Yong Peng sekarang. Tempat itu dan dibina daripada kayu.
bercerun bukit kecil.
Jambatan Yong Peng mengasingkan Pekan Lama di sebelah kiri dan Kampung Baru Yong Peng di sebelah kanan
22
Jambatan Yong Peng menghala ke arah Muar yang pernah wujud sekitar tahun 1942
sebelum dimusnahkan semasa Perang Dunia ke-2 oleh Sappers of 2/30th Infantry Battalion
(Sumber: Australian War Memorial, https://www.awm.gov.au/collection/C223205)
Pelukis: Song Yew Fook, 2022
Di bawah pemerintahan British, banyak Sekolah yang terletak di atas bukit itu
jabatan kerajaan juga turut ditubuhkan di bertujuan untuk memberikan pendidikan
Yong Peng Kang. Balai polis didirikan pada kepada anak-anak peneroka. Persatuan
tahun 1921. Seterusnya pejabat pos, pejabat Hock Chew juga diasaskan pada tahun 1928
tempatan, pejabat pertanian, pejabat jualan untuk menjaga kebajikan peneroka baru
candu, pejabat jalan raya, mahkamah dan yang sampai ke Yong Peng Kang. Persatuan
lain-lain turut didirikan dalam tempoh Keng Chew, Kelab Meng Seng, Persatuan
10 tahun berikutnya. Kwang Tong, Aiqun She Kangkar Baru turut
ditubuhkan kemudian (Wong, 1941).
Sekolah Cina Ping Qun (平群学校) dibuka
pada tahun 1927 oleh masyarakat setempat. Pada 7 Julai 1937, berlakunya Peristiwa
77, satu konflik militan antara tentera Jepun
Rumah kedai dibina daripada kayu dan berbumbung daun dan tentera China di Lugouqiao, (Marco Polo
nipah (Foto ihsan Ng Hai Seng & Lim Ka Ching) Bridge) Daerah Fengtai, Beijing. Tentera
Jepun menyerang China maka orang-orang
Cina di Yong Peng tergerak untuk menyokong
usaha melawan tentera Jepun di kampung
halaman mereka. Ekoran daripada itu,
Persatuan Tionghua Yong Peng ditubuhkan
pada tahun 1939. Menurut Wong (1941),
satu badan kutipan derma atau dinamakan
Chouzhenhui didirikan untuk melancarkan
kutipan derma bulanan secara besar-besaran.
Sebanyak RM3,000 berjaya dikutip setiap
bulan daripada masyarakat Yong Peng
(Wong, 1941).
25
Sekolah Rendah Ping Qun diasaskan berkat kesepakatan masyarakat tempatan demi masa depan generasi muda
26
Feri usaha Wong Yong Kwang menghubungkan Batu Pahat-Yong Peng-Bekok melalui Sungai Bekok (Foto ihsan Wong Chin Sien)
27
Rumah-rumah tua di tepi sungai pada zaman silam (Foto ihsan Ng Hai Seng & Lim Ka Ching)
28
Penduduk Pekan Lama, Ng Shui Bee (1917-2007), mengayuh sampan di
Sungai Yong Peng (Foto ihsan Ng Hai Seng & Lim Ka Ching)
Kehidupan awal di Pekan Lama yang serba ringkas (Foto ihsan Ng Hai Seng Pada 25 Julai 1898, halaman ke-6, surat 29
& Lim Ka Ching) khabar Latbao (Berita Selat) di Singapura
melaporkan serangan harimau meragut
puluhan nyawa di Yong Peng Kang (Sumber:
Singapore Newspaper Archives)
Kampung Makaukang Mengikut cerita penduduk lama Yong
Peng, pada ketika itu pekan Makaukang telah
Menurut catatan sejarah, di Batu 4, dilengkapi dengan pelbagai infrastruktor
Jalan Labis, tempat yang mana dahulunya seperti hospital, balai polis dan tempat beli-
pernah cuba diteroka oleh Boo Koh Ah belah menjelang pemerintahan kerajaan
Ooi, kemudiannya dibangunkan semula British.
oleh seorang peneroka dari Guangdong
yang bernama Boey Hong Kiat (juga Kangchu Boey Hong Kiat
dikenali sebagai Buai Ah Sim). Tempat itu
kemudiannya dinamakan Makaukang. Namun, kemudian pekan itu semakin
merosot kerana peranannya diambil alih
Terdapat sekeping Surat Sungai oleh Yong Peng Kang yang lebih strategik
bertajuk J/SUK13 Keterangan Membuka lokasinya.
Kebun Gambir dan Lada Hitam Johor No.34
yang bertarikh tahun 1884 di Pejabat Arkib Sesungguhnya, pembukaan kedua-dua
Negara cawangan Johor Bahru, mengesahkan Yong Peng Kang dan Makaukang merupakan
bahawa Boey Hong Kiat dilantik sebagai asas utama pembukaan pekan Yong Peng.
kangchu untuk Sungai Bekok. Tempat ini
kemudiannya dikenali sebagai Makaukang
(Onn, 2003).
Kangchu Boey berusaha gigih untuk
membangunkan Makaukang sebagai
tempat penanaman gambir dan lada hitam
yang terkemuka. Di bawah kepimpinan
beliau, Makaukang muncul sebagai pusat
pentadbiran penting bagi kawasan Yong Peng
pada sekitar tahun 1920-an.
30
31a Suasana sibuk di Makaukang pada tahun 1920-an waris beliau dahulu mendiami tempat itu.
Mereka giat menguruskan perladangan dan
Keluarga Kangchu Boo Koh perniagaan gambir dan lada hitam.
Menurut Ng Shui Bee (1917-2007), tuan
Kangchu memiliki dua buah bot besar
kedai runcit Ng Guan Heng yang sudah yang boleh menghantar hasil perladangan
puluhan tahun menetap di Jalan Parit untuk dijual ke Singapura melalui Sungai
Awang, Pekan Lama Yong Peng, mengisahkan Batu Pahat.
bahawa rumah besar kangchu atau lebih
dikenali sebagai Tua Chu dalam sebutan
dialek Teochew, dahulunya terletak di tapak
Masjid Jamek Lama Parit Awang sekarang.
Namun demikian, tapak tanah tersebut
dipulangkan kepada kerajaan apabila
pemindahan tempat berlaku sekitar tahun
1950.
Kangchu Boo Koh Ah Loo dan waris-
31b Masjid Jamek Parit Awang antara salah satu kemudahan 31
untuk orang Melayu di Yong Peng
Orang Yong Peng Kang memanggil Kangchu Boo Koh Ah Loo dimakamkan
kangchu sebagai Ah Loo, sementara itu beliau di Tanah Perkuburan Tionghua Cina
dikenali sebagai Tun Zhi di kampung beliau Yong Peng
di China (Koh, S.X, komunikasi perseorangan,
Julai 23, 2022). meninggal dunia pada usia 50 tahun pada
tahun 1942 di Yong Peng River Estate, Jalan
Kajian menunjukkan ketiga-tiga generasi Muar menjelang Perang Jepun. Namun,
keluarga kangchu yang membuka Yong Peng tempat persemadian beliau masih belum
dan Kangkar Baru iaitu Kangchu Boo Koh dikenal pasti semasa buku ini dihasilkan.
Ah Loo, anak sulung beliau Boo Koh Soon Hee
yang juga bernama Jia Chong, anak keenam Waris-waris langsung keluarga Kangchu
beliau Boo Koh Soon Lok serta cucu Kangchu Boo Koh Ah Loo yang telah berkembang
Boo Koh Shou Kai, semuanya dikebumikan kepada generasi ke-6, kini bertaburan di
di Tanah Perkuburan Tionghua Yong Peng, di Singapura, Batu Pahat dan Yong Peng.
Batu 1, Jalan Labis, Yong Peng. Masing-masing mempunyai kerjaya yang
membanggakan.
Kangchu Boo Koh Ah Loo pernah
disemadikan di Tang Hak di Jalan Masjid,
Yong Peng (Tan, 2007). Kemudian diberi
penghormatan oleh masyarakat tempatan
untuk dipindahkan ke tanah perkuburan
sekarang kerana lebih sesuai tempatnya.
Kangchu kedua, Boo Koh Soon Meng,
anak kepada Kangchu Ah Loo yang keempat
yang mewarisi jawatan kangchu dilaporkan
32
Nama Keluarga Boo Koh Pekan Ping Xi yang diasaskan oleh Koh Ta An pada sekitar
Sebenarnya, Boo (巫 wU) dan Koh (许 xW) tahun 1350-an
merupakan dua nama keluarga berlainan
dalam Hundred Chinese Family Surnames Koh sebagai penghargaan ikhlas membalas
ataupun dikenali sebagai Baijiaxing tetapi di budi baik keluarga Boo kerana membesarkan
pekan Ping Xi, Daerah Rao Ping, pemberian beliau sehingga menjadi seorang insan yang
nama keluarga Boo Koh melalui sesuatu berguna.
sejarah yang amat menarik.
Anak sulung beliau bernama Boo
Pada kurun ke-14, pengasas pekan Koh Mu Wen. Generasi seterusnya kekal
Ping Xi, orang keturunan Teochew Koh Ta menggunakan nama keluarga Boo Koh
An (1322-1394), kerana keluarga sendiri sehingga kini.
hidup miskin, maka beliau dibesarkan oleh
keluarga mak cik beliau, iaitu kakak kepada Di Yong Peng, Kangchu Boo Koh Ah Loo
ayah beliau. Keluarga suami mak cik beliau merupakan generasi ke-17. Kini, keluarga
bernama Boo. Keluarga Boo bukan sahaja Boo Koh telah berkembang maju sehingga
melayan Ta An dengan baik, malah kemudian generasi ke-23 di Singapura. Ramai daripada
mencarikan jodoh untuk beliau. waris kangchu masih mengekalkan nama
keluarga Boo Koh demi menghayati nilai-nilai
Selepas berumah tangga, Ta An murni dan pegangan hidup keturunan orang
berhijrah dan membuka sebuah petempatan Teochew agar jasa dan budi baik orang lain
baharu di Kampung Shangshe, pekan Ping perlu sentiasa dikenang.
Xi, beliau mengabungkan nama keluarga Boo
dan Koh untuk zuriat beliau, yang mana Boo Kini, dianggarkan terdapat kira-kira
diletak di bahagian hadapan dan diikuti oleh 10,000 orang Teochew keturunan Boo Koh
menetap di Taiwan, Malaysia dan Singapura.
33
Sesungguhnya, semua orang keturunan orang keturunan Teochew dari Daerah Rao
Teochew dari Yong Peng yang mempunyai Ping, China.
nama keluarga Koh (walaupun tiada nama
keluarga Boo Koh dalam kad pengenalan Salasilah Keluarga Boo Koh
mereka), merupakan ahli keluarga Boo Bagi masyarakat Cina, mereka
Koh kerana rata-rata mereka berasal dari
kampung halaman yang sama, iaitu pekan mempunyai catatan salasilah keluarga.
Ping Xi dan merupakan cucu-cicit kepada Koh Setiap kelahiran baru, nama ahli keluarga
Ta An yang hidup 672 tahun dahulu. baru akan dicatatkan di balai nenek moyang
(ancestral hall). Salasilah keluarga Boo Koh
Pemberian nama keluarga Boo Koh turut mempunyai balai nenek moyang mereka
menyaksikan satu legenda yang manis lagi sendiri.
menarik dalam sejarah perkembangan zuriat
Selain itu, terdapat sebuah puisi empat
34 Salasilah keluarga Boo Koh disimpan oleh orang yang berwibawa dalam keluarga
rangkap yang menggambarkan salasilah keluarga Boo Koh. Setiap baris puisi mempunyai lima
perkataan (character), setiap satu perkataan mewakili satu generasi dan dibaca dari atas ke
bawah dan dari kanan ke kiri. Setiap perkataan itu memberi dorongan dan sokongan supaya setiap
generasi agar terus berkembang dan mewarisi nilai-nilai murni serta semangat kekeluargaan.
Puisi keluarga Boo Koh 35
(Disalin semula oleh mendiang Koh Yong Thiam, seorang penggiat persatuan
dan pembina kubur Cina berkaliber di Yong Peng)
Bab
3 Zaman Pembangunan (1918-1970)
Penanaman Getah Tanaman getah menjadi pilihan penduduk Yong Peng
Tanaman getah diperkenalkan di Yong Orang Hock Chew kemudiannya
Peng pada tahun 1895. Penduduk Yong Peng menggalakkan saudara-mara mereka yang
yang terdiri daripada pelbagai keturunan berasal dari daerah Fuzhou, China datang
di Pekan Lama mula cuba menanam pokok beramai-ramai untuk menanam pokok getah
getah. Getah mula ditanam di kampung di sini.
Parit Awang berdekatan dengan Pekan Lama
Yong Peng. Estet Shui Mei Shan yang seluas Dari tahun 1917 - 1934 dalam tempoh
25 ekar dan Estet Yong Xing Yuan yang seluas 17 tahun jumlah keluasan penanaman getah
85 ekar telah dibuka sebagai tapak perintis. di Yong Peng bertambah sehingga 50,000
ekar. Jumlah penduduk juga meningkat
Kemudian orang Hock Chew mula kepada 10,000 orang.
menanam getah secara besar-besaran mulai
tahun 1915. Li Litian, Xu Gui Hong, Jiang Jia
Gui dan Wong Zehu merupakan empat orang
perintis berketurunan Hock Chew dalam
penanaman getah di Yong Peng (Wong, 1947).
Mereka ini berunding dengan kerajaan British
agar para peneroka diberi insentif meneroka
hutan untuk menanam pokok getah. Para
peneroka diberi kebebasan membuka kebun
getah dalam kawasan sekitar 10 batu dari
pekan Yong Peng. Selepas tiga tahun pegawai
Pejabat Tanah akan datang mengukur dan
dipertimbangkan geran tanah rasmi.
36
37a Pekerja-pekerja di ladang getah mengangkut susu getah 37b Mesin getah yang digunakan untuk memproses susu
dengan mengayuh basikal ke tempat pemprosesan getah yang telah dibekukan (Foto ihsan Galeri Sejarah
getah (Foto ihsan Galeri Sejarah SJKC Kepong 1 & 2) SJKC Kepong 1 & 2)
37c Pekerja di ladang getah sedang menoreh getah 37
Pada sekitar tahun 1929, ekonomi geran tanah dan membayar cukai tanah.
dunia diancam oleh kemelesetan ekonomi Tambahan pula, ramai peneroka membuat
yang teruk. Harga getah menjunam jatuh pinjaman wang untuk meneroka tanah, maka
mendadak sehingga pada paras RM3.50 satu kehidupan mereka semakin tertekan.
tan. Penduduk Yong Peng yang bergantung
pada tanaman getah semata-mata hidup Pada tahun 1934, sebanyak 8,000 ekar
menderita dan tidak mampu memohon ladang getah di Kangkar Baru terpaksa
Taburan ladang getah di Yong Peng pada tahun 1945
38
39a Bangunan persatuan Hock Chew di Jalan Templer tanah tidak mampu membayar pinjaman
kepada ceti (peminjam wang orang India).
dilepaskan kepada syarikat perladangan Maka, mereka terpaksa menjual kebun getah
modal barat yang melalui orang tengah mereka pada harga yang amat murah iaitu
sehingga terbentuknya ladang A, B dan C di antara RM50 hingga RM100 bagi seekar
Kangkar Baru. Hal ini disebabkan pemilik tanah.
39b Penduduk Yong Peng bergantung pada Peristiwa itu memberikan satu tamparan
tanaman getah pada tahun 1920-an yang hebat kepada pengusaha getah di Yong
Peng dan menyebabkan 800 keluarga Hock
Chew di Yong Peng terpaksa pulang ke
tanah air mereka semula. Manakala, saki-
baki orang Hock Chew di Yong Peng bersama
dengan penduduk keturunan Hokkien,
Guangdong, Guanzhi terpaksa berusaha lebih
gigih meneruskan kehidupan mereka sebagai
pekebun kecil.
39
Jalinan Pengangkutan Yong Peng Wong Yong Kwang
Sungai menjadi jalan penghubung utama Peng Kang pada masa itu. Beliau banyak
pada awal pembukaan penempatan Yong menjalankan kerja amal untuk membantu
Peng. Sungai Bekok menjadi jalan utama bagi sekolah dan persatuan.
peneroka membawa hasil tanaman gambir dan
lada hitam ke Singapura sebelum dieskport ke Seterusnya, jalan darat mula
pasaran Eropah. Bot dan sampan menyusuri dibangunkan oleh kerajaan penjajah di Yong
Sungai Bekok ke Batu Pahat seterusnya ke Peng. Terdapat empat laluan jalan darat
Singapura. Pengangkutan sungai ini juga utama yang dibina pada masa itu. Dengan
penting dalam membawa segala makanan adanya jalan-jalan darat tersebut menjadikan
seperti beras dan barangan keperluan yang ekonomi Yong Peng semakin membangun
lain. dengan pesat.
Pada akhir kurun ke-19 dan awal kurun Pembinaan 4 jalan utama di Yong Peng
ke-20, seorang usahawan berketurunan
Hainan yang bernama Wong Yong Kwang Nama jalan Tahun pembinaan siap
membuka sebuah syarikat pengangkutan feri.
Perkhidmatan pengangkutan feri bermula Jalan Ayer Itam 1921
pada setiap pagi dari Batu Pahat dan akan
singgah di setiap penempatan di Yong Peng Jalan Paloh 1925
sehingga Pekan Bekok sebagai destinasi
terakhir. Jalan Labis 1930
Wong Yong Kwang juga terkenal sebagai Jalan Muar 1937
sebagai pemimpin masyarakat di Yong
40
41a Balai polis lama Yong Peng 41b Pejabat pos lama Yong Peng
41c Di Jalan Besar Yong Peng, rumah-rumah kedai beratap 41d Perkhidmatan bas mula ditawarkan untuk perjalanan ke 41
wujud di sebelah kiri dari arah Jalan Ayer Itam sejak Batu Pahat, Muar, Segamat, Paloh dan Ayer Itam selepas
1930-an. Ianya beransur-ansur diganti oleh bangunan batu Kg. Baru Yong Peng dibentuk pada tahun 1950
mulai tahun 1970
Perang Jepun Sebelum penjajahan itu, iaitu sekitar
Penjajahan Jepun di Tanah Melayu tahun 1937 – 1941, masyarakat Cina di Yong
Peng telah mengadakan kutipan derma untuk
bermula pada Perang Dunia ke-2, sekitar disalurkan kepada rakyat Cina di Tanah
tahun 1941 hingga 1945. Tentera Jepun mula Besar China yang gigih melawan tentera
mendarat di Tanah Melayu pada 8 Disember Jepun di sana.
1941 melalui jalan darat dan kemudiannya
berjaya menakluki Tanah Melayu dalam Semasa tentera Jepun menjajah Tanah
masa yang singkat. Melayu, orang-orang Cina di Yong Peng
bersembunyi di ladang getah dan hutan.
Yong Peng juga tidak terkecuali menjadi Mereka makan ubi kayu dan keledek untuk
medan peperangan antara tentera Jepun terus hidup. Ladang getah juga tergendala
dengan tentera British pada masa itu. Tentera kerana tiada orang menoreh getah.
Jepun mengebom rumah-rumah kedai di
Pekan Lama sehingga musnah terbakar. Pada 28 Februari 1942, sehari Chap
Goh Mei, dilaporkan tentera Jepun telah
Sepanjang penjajahan Jepun di Yong Peng, lebih daripada membunuh hampir 500 orang Cina di pekan
1,000 orang penduduk terkorban Makaukang, Batu 4, Jalan Labis. Peristiwa
hitam itu merupakan pembunuhan terbesar
ke atas penduduk Yong Peng dalam Perang
Dunia ke-2. Mereka ditahan oleh tentera
Jepun di sekatan jalan di Jalan Labis.
Kemudian dibawa beramai-ramai dengan
trak ke Makaukang dan seterusnya dibunuh
dengan kejam.
42
Pelukis: Teh Hun Yi, 2022 43
Darurat dan Penempatan Kampung Baru berada di sekitar Yong Peng menimbulkan
pelbagai huru-hara kepada kerajaan British.
Selepas kekalahan Jepun di Tanah Mereka merampas senjata, membunuh
Melayu pada tahun 1945, kerajaan British askar British, merompak lori yang membawa
kembali berkuasa di Tanah Melayu pada bekalan makanan dan ubat-ubatan serta
tahun 1946. Pada masa itu pasukan Anti- menggugat ketenteraman orang awam.
Jepun Malaya, yang dahulunya berjuang
menghadapi tentera Jepun masuk semula Oleh yang demikian, kerajaan British
ke dalam hutan untuk menentang kerajaan telah mengistiharkan Yong Peng sebagai salah
British. satu kawasan hitam yang utama di Tanah
Melayu. Kekuatan tentera British di Yong
Keadaan di Yong Peng selepas tamatnya Peng ditambah baik untuk menghapuskan
Perang Dunia ke-2 menjadi huru-hara kerana ancaman komunis.
anggota-anggota Parti Komunis Malaya yang
Penduduk-penduduk keturunan Cina di pinggir hutan diminta berpindah ke kampung baru di bawah Rancangan Briggs
(Foto ihsan Pusat Penyelidikan Cina Malaysia)
44
Rumah-rumah kayu yang terawal dibina di kampung baru (Foto ihsan Pusat Penyelidikan Cina Malaysia)
Bagi mematahkan kemaraan Parti penduduk Cina dari kawasan-kawasan
Komunis Malaya, pihak British telah terpencil yang bertaburan dan menempatkan
melaksanakan Rancangan Briggs iaitu mereka di kawasan penempatan semula.
sempena nama Leftenan Jeneral Sir Harold
Rowdon Briggs yang bertanggungjawab Penempatan kampung baru telah dibuka
sebagai pengarah operasi ini. Rancangan di Yong Peng. Sekumpulan besar orang-orang
Briggs telah dilancarkan di seluruh Tanah Cina dari beberapa kawasan lain dipindahkan
Melayu oleh Sir Henry Gurney pada secara paksa ke Kampung Baru Yong Peng
pertengahan tahun 1950. dalam masa 10 hari.
Rancangan Briggs bertujuan untuk Pemindahan ini berlaku secara
menyekat bekalan makanan dan ubat-ubatan berperingkat sebanyak tiga kali dengan
daripada sampai ke tangan komunis. Salah berfokuskan Balai Polis Yong Peng, ke arah
satu rancangan yang dijalankan di bawah Jalan Besar Yong Peng.
Rancangan Briggs ialah memindahkan
45
Berikut ialah butiran perpindahan penduduk di Yong Peng:
Penempatan asal Destinasi pemindahan baharu
Makaukang, Batu 4 Jalan Labis Kampung Baru Yong Peng
Batu 7 dan 8, Jalan Labis Kampung Baru Lam Lee
Batu 4 1/2, Jalan Paloh Kampung Baru Yong Peng
Batu 6 dan 9, Jalan Paloh Kampung Baru Kangkar Baru
Pekan Lama Yong Peng, Jalan Batu Pahat Kampung Baru Yong Peng
Pemindahan peringkat pertama dijalankan pada bulan September 1950, mewujudkan Jalan
Besar, Jalan Lama, Yong Peng.
Peringkat kedua pemindahan mewujudkan Jalan Templer. Peringkat ketiga pemindahan
pula mewujudkan Lim Ee Goh, Ann Peng, Jalan Ann Loh Yuen dan lain-lain.
Pemindahan berskala besar itu membentuk pekan lama dan pekan baharu di Yong Peng.
Pekan yang dibuka dahulu yang berfokuskan tepi sungai dipanggil Pekan Lama manakala tempat
baharu, selepas jambatan Yong Peng yang siap dipindah dinamakan Pekan Baru.
Pemindahan besar dari Pekan Lama yang dirobohkan adalah termasuk 79 unit rumah
kedai, 148 unit rumah kediaman, 5 buah banguan awam, melibatkan 268 keluarga dan penduduk
sejumlah 1,500 orang.
Pada mulanya, empat keluarga diminta berkongsi satu lot tanah. Selepas perbincangan
mendalam diatur dengan pihak kerajaan, akhirnya satu keluarga diberikan satu lot tanah. Setiap
keluarga diminta membina rumah sendiri dengan menanggung kos pembinaan dan rumah masing-
masing perlu disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
46
Jalan Templer diberi nama sempena mengenang jasa Sir Gerald Walter Robert Templer
Di sebelah kanan Jalan Besar Yong Peng pula, rumah-rumah kedai batu konkrit siap dibangunkan pada tahun 1953, menandakan
permulaan era baharu dalam pemodenan pekan Yong Peng
47
Pada zaman darurat, kawasan Kampung Dalam masa yang sama Pasukan Kawalan
Baru Yong Peng dipagari oleh pagar berduri Tempatan atau Home Guard ditubuhkan.
dan dikawal ketat oleh askar British. Hanya Setiap keluarga perlu menghantar seorang
ada satu pintu masuk yang mana setiap orang wakil bagi mengambil bahagian dalam kerja
yang masuk dan keluar akan diperiksa dengan rondaan setempat. Pasukan itu bertujuan
ketat. Penduduk tidak dibenarkan membawa untuk melakukan kawalan dan rondaan di
keluar apa-apa makanan dan ubat-ubatan sekitar kawasan kampung baru terutamanya
kerana kerajaan ingin menyekat kemaraan pada sebelah malam.
parti komunis. Penduduk di Kampung Baru
itu juga hanya dibenarkan keluar ke tempat Pasukan kawalan keselamatan
kerja pada sebelah pagi dan mesti pulang
sebelum malam. dibubarkan pada 1 Julai 1959 apabila
Ada satu masa, makanan dicatu secara berkurangnya ancaman komunis dan
ketat apabila setiap rumah tidak dibenarkan
menyimpan beras. Maka dengan itu, orang- seterusnya membawa kepada berakhirnya
orang kampung memasak makanan di
dalam kuali dan periuk yang besar secara darurat pada tahun 1960.
beramai-ramai untuk diedarkan kepada
semua penduduk. Program itu dinamakan
Nasi Periuk Besar. Penduduk akan datang
beratur dengan membawa pinggan atau bekas
makanan untuk mengutip makanan pada
waktu yang ditetapkan.
Sir Gerald Templer pernah melawat Yong Peng sebanyak
lima kali
48